You are on page 1of 2

NVENTORI KENDIRI (UNTUK REMAJA) JAMES BATTLE PH.

D (1964) Matlamat : Membantu individu menilai diri dengan lebih berstruktur. Pelaksanann : Arahan : jawab (ya) bagi kenyataan yang menggambarkan diiri anda jawab (tidak) jika kenyataan tidak menggambarkan diri anda. Ini bukanlah satu ujian oleh itu t idak ada jawapan yang betul atau salah. Ia hanya merupakan kenyataan yang memperihalkan diri mengikut pandangan anda. 1 Saya suka kalau dapat kembali kecil 2 Kawan-kawan sukakan saya 3 Selalunya saya putus asa apabila kerja susah 4 Saya sungguh gembira dengan kedua ibu bapa saya 5 Ibu bapa tidak pernah marahkan saya 6 Selalunya saya gembira 7 Saya tidak memiliki kawan yang ramai 8 Saya suka keadaan saya sebagai lelaki/perempuan 9 Di sekolah saya seorang yang gagal 10 Saya selalu gagal bila mencuba sesuatu perkara yang penting 11 Ibu bapa membuatkan saya berasa tidak cukup baik 12 Saya selalu rasa malu dengan diri saya 13 Saya tidak pernah mencuri 14 Kebanyakan kawan lain bermain lebih baik dari saya 15 Saya selalu rasa saya tidak baik langsung 16 Kebanyakan kawan adalah lebih cerdik dari saya 17 Ibubapa tidak sukakan saya kerana saya tidak cukup baik. 18 Saya suka kepada semua orang yang saya kenali. 19 Kebanyakan kawan adalah lebih baik dari saya 20 Saya suka bermain dengan kawan yang lebih muda dari saya. 21 Saya selalu rasa nak berhenti sekolah. 22 Saya sedia mengubah diri saya sekiranya saya boleh. 23 Beberapa kali saya ingin lari dari rumah. 24 Saya tidak pernah risau mengenai apa-apa perkara pun. 25 Saya gembira seperti kawan lain. 26 Saya boleh buat apa saja kawan lain boleh. 27 Guru rasa saya tidak cukup baik. 28 Ibubapa rasa saya seorang yang gagal. 29 Saya selalu berkata benar. 30 Banyak perkara yang saya risaukan. Analisis : Sila kira respon yang positif dan yang negatif. Ini dapat membantu anda memahami diri sendiri. Panduan : Inventori ini mengandungi empat aspek utama dalam membentuk konsep kendiri iaitu pandangan anda terhadap diri melalui jangkaan anda terhadap pandangan ibunapa terhadap diri anda, pandangan kawan-kawan, padangan pihak sekolah dan penerimaan anda terhadap diri anda sendiri. Pecahan Item : 1. Pandangan terhadap ibubapa : item 4, 5, 11, 17, 23, dan 28. 2. Pandangan terhadap kawan : item 2, 7, 14, 16, 19 dam 20.

3. Pandangan terhadap sekolah : item 3, 9, 21, dan 27. 4. Penerimaan terhadap diri : item 1, 6, 8, 10, 12, 13, 15, 18, 22, 23, 24, 25, 26, 29 dan 30. Item Positif : 2, 4, 5 ,8, 13, 18, 24, 25, 26, dan 29 Item Negatif : 1, 3, 7, 9, 10, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 19, 20, 21, 22, 23, 27, 28, dan 30. Oleh kerana ia bukanlah satu ujian alat ini adalah baik untuk memperihalkan keadaan diri anda sahaja. Apa yang penting ialah perbincangan yang dijalankan setelah alat ini digunakan. Ia bukanlah sesuatu yang konklusif, hanya sebagai alat pencetus perbincangan. Refleksi : Senarai semak ini dapat membantu ahli memahami dirinya dengan lebih jelas. Sumber : Konsep Kendiri, Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim PhD Salleh Amat Abdul Aziz Mohd. Yat im

You might also like