P. 1
ELM 3103 Penilaian Pendidikan Moral

ELM 3103 Penilaian Pendidikan Moral

|Views: 7|Likes:
Published by syieffa
mn
mn

More info:

Published by: syieffa on Mar 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/24/2014

pdf

text

original

©Cikgu Madrid

UNIT 4

PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis
Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral. 2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) 3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.

1

©Cikgu Madrid

TAJUK 1

PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Pengenalan Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian? Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan

mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Jenis Penilaian 1.1.1 Penilaian Formal Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral dengan penilaian bagi mata pelajaran lain? Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. pengajaran. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam sama

2

UPSR. SPM. Rekod Anekdot iv. buku skrap dan lain-lain PMR. Sijil STPM. Senarai semak dan skala pemeringkatan iii.2 Penilaian Tidak Formal Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Peperiksaan peperiksaan akhir tahun 1. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : i.©Cikgu Madrid Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif: Fungsi UJIAN FORMATIF Menghasilkan maklumat UJIAN SUMATIF balik Pensijilan murid pada akhir kursus kepada murid dan guru tentang Masa diberi Kesukaran item Jenis alat Contoh kemajuan murid Sepanjang pengajaran Berubah-ubah mengikut segmen Pada akhir satu-satu kursus atau unit Semua peringkat. Perguruan. lembaran kerja. Temu bual i) Pemerhatian 3 . Pemerhatian ii. Hasil kerja pelajar v. Ada penilaian yang sangat senang dan ada yang susah Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun bentuk khusus Ujian bulanan. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar.1.

7. ii) Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. bilik darjah dan kawasan sekolah Menghormati rakan. Semakin tinggi markah senarai semak. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan. 6. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat 4 . 2. TINGKAH LAKU Menjaga kebersihan diri. 5. 4. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu.©Cikgu Madrid Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. peraturan dan undang-undang Bersopan santun Memberi kerjasama kepada rakan dan guru Selalu bersikap adil Menepati masa Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor iii) Skala Pemeringkatan Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. guru dan kakitangan lain di sekolah Mematuhi arahan . Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :- SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR Nama : Kelas: Tempoh : PEMERHATIAN (YA) (TIDAK) BIL 1. 3. 8. semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid.

©Cikgu Madrid amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Mendengar arahan guru 7. Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN) Nama : TINGKAH LAKU 1 1. Memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih Skor Jumlah Besar Skala : 1.sangat rendah 2.rendah 3. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal.sederhana 4. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas 6. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif.sangat baik iv) Rekod Anekdot 5 . Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. 4. Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan 8. Mematuhi peraturan sekolah 2.baik 5. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol. menyanyikan lagu `Negaraku’ Berbaris semasa perhimpunan Memberikan salam Kelas : SEMESTER 1 2 3 4 5 1 Tahun: SEM ESTER 2 2 3 4 5 apabila berjumpa dengan guru 5. Berdiri tegak semasa 3.

04 17. 04 Jenis Perlakuan Bergaduh di dalam kelas Berbual-bual semasa perhimpuan Tidak memakai lencana sekolah Merosakkan meja di dalam kelas Meniru semasa ujian matematik Tandatangan Guru ___________________ Tahun : ________________ Komen V) Hasil Kerja Pelajar Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :- REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tarikh 9. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.04 2. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti.8. ringkas dan objektif.©Cikgu Madrid Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.9. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.9. Vi) Temu bual 6 . Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas. 04 3.8.7.04 23.

PERBEZAAN Fungsi PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF Masa diberi Contoh Soalan 2 Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:- PERBANDINGAN Fungsi PENILAIAN FORMAL PENILAIAN TIDAK FORMAL Kelebihan 7 . Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Tuliskan perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan. Semasa menjalankan temu bual. guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral. Soalan 1 Anda telah pun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. isu-isu penting dengan membuat ulasan.©Cikgu Madrid Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid.

Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar. Bhd. Rujukan: Abd. 8 . Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral. Rumusan Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.©Cikgu Madrid Kelemahan Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda. Serdang. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya. (1994) Pendidikan Moral (Elektif). Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut. yang boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia. Bacaan Asas: Ee Ah Meng. Rahman Md. TAJUK 2 PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN Pendahuluan Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah.

Menentukan Jadual penentuan ujian Menulis item-item soalan. Menyunting item. • • • ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru. Menjalankan praujian.©Cikgu Madrid Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: • • • • • • Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji. 2. Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. 9 . afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972). ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan. ujian diagnostik dan ujian sumatif. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. • ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. ujian formatif. ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domaindomain kognitif (Bloom 1956).1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Mentadbir ujian atau peperiksaan.

Latihan 2. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk: 10 . Masa untuk rehat. Oleh sebab perkhidmatan anda di sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru besar. Sila minum dulu. Huraikan tugas-tugas dan cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.2 Penyediaan Jadual Penentuan Ujian Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian.©Cikgu Madrid Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan ujian. tujuan penilaian dan ujian yang akan dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan Ujian (JPU). Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka. pentadbir sekolah melantik anda sebagai setiausaha peperiksaan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian. Selepas ini anda bolehlah teruskan pembacaan bagi tajuk yang berikutnya.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut : Soalan 1 Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. 2.

menyenaraikan isi bahan pelajaran.5%) Jumlah 11 .©Cikgu Madrid • • menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur. JADUAL PENENTUAN UJIAN Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral Aras kemahiran atau kandungan Penge isi tahuan (5. dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian adalah : • • • memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji. dan membina carta-carta dua hala.0%) Kefahahaman (25%) Aplikasi (55%) Analisis (10%) Sintesis Penilaian (2.5%) (2.

Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. peratus taburan soalannya ialah: & 1 1 2 akan 1 2 4 1 8 1 4 11 3 1 20 1 1 4 6 1 1 2 & 1 1 2 12 . 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu disediakan untuk ujian berkenaan. sintesis dan penilaian. Pada umumnya dari JPU di atas. aplikasi. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan. analisis. 4 soalan aras kefahaman. Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi).©Cikgu Madrid Nilai kebersihan Fizikal mental Nilai harga Diri Sayang terhadap keluarga Tanggung jawab terhadap masyarakat Cinta Negara Kebersihan Keindahan Alam Sekitar Jumlah 3 10 22 4 1 40 Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan. 11 soalan aras aplikasi. kefahaman.

menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.0% aras pengetahuan 25% 55% 10% aras kefahaman aras aplikasi aras analisis 2. anda diberi amanah sebagai salah seorang penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal soalan bagi matapelajaran ini. membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.5% aras penilaian JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:• • • • • • • menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.©Cikgu Madrid • • • • • • 5.5% aras sintesis 2. membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Soalan 1 Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah. menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Latihan 2. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30 soalan Tahun 4. menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun. merupakan satu panduan kepada penggubal soalan. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian 13 .

dan Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas.Cantuman • Soalan betul salah • • • Soalan Subjektif Soalan memerlukan jawapan yang pendek Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita Soalan menggunakan gambar Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif 14 ..©Cikgu Madrid RUMUSAN • • • JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan.Positif dan negatif .3 Pembinaan Item Ujian Pendahuluan Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal.jawapan terbaik . Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya 2. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :- Soalan Objektif • Soalan aneka pilihan . JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur.

Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan. tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar.©Cikgu Madrid Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan. objektivitinya tinggi. Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :• • • • pembinaan ujian memerlukan belanja. menggalakkan pelajar meneka jawapan. Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:• • unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka. boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. masa dan tenaga yang tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza. kefahaman. sintesis dan penilaian. 15 . pelajar kurang membuat persiapan rapi Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:• • • • senang dibina dan ditadbir. masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat. aplikasi. ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad. menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya. analisis. Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:• • • • merangkumi semua bidang matapelajaran.

pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Apakah tindakan anda A. B. I dan II sahaja B. Semasa menjalankan tugas. III dan IV sahaja D. Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:1. III. anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.Contoh soalan objektif (Positif / negatif) Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja.©Cikgu Madrid • • pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak. II dan III sahaja C. kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali A. Contoh soalan objektif (Cantuman) Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar I II III IV V Menebang pokok sesuka hati Membuang sampah ke dalam sungai Menanam pokok bunga di kawasan lapang Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula Menderma baju lama ke rumah anak yatim A. II. C. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik) Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah.IV dan V sahaja 3. Membayar ganti rugi kepada jiran 16 . D. Memarahi mereka Menasihati mereka Tidak mempedulikan mereka Menghalau mereka keluar dari perpustakaan 2.

3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut 17 . Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat) a) Peperiksaan akhir hampir menjelang. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri 1.________________________________________________________________ ( ( ) ) Latihan 2. b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan 5. anda harus ________________________ b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita kerana ____________________________________________________ 6. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran 4.©Cikgu Madrid B. Contoh soalan betul / Salah a) Apabila Sabri marah. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. dia memukul adiknya. Melarikan diri dari tempat kejadian C. Menggantikan pasu bunga yang baru D. Manjit terus makan kerana letih dan lapar.________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________ 3. Apabila sampai di rumah . Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek) a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat.

. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah. Rujukan Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons secara bertulis. Setiap satu mengandungi empat pilihan jawapan. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur. salah benar. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.©Cikgu Madrid Soalan 1 Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. Soalan 2 Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4 Rumusan: 1. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan maklumat yang sah. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. 2. Pendidikan Moral. Rahman Md. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Bhd. 3. Bhd. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bacaan Asas Abd. Longman Malaysia Sdn. 18 . Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan. kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Petaling Jaya.Aroff & Chang Lee Hoon (1994).

Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah berasaskan matlamat KBSR. Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi peperiksaan di peringkat pusat. 19 .©Cikgu Madrid TAJUK 3 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) Pengenalan Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.

1. afektif (nilai. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi 3. bacaan. Kerana itu proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna 2. kemahiran psikomotor pendidikan jasmani. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan 4. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan 3. sikap.1 Skop Penilaian PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental).©Cikgu Madrid 3. amali muzik dan ko-kurikulum Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral.1 Tujuan-tujuan PKSR 1.1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. agama dan ko-kurikulum Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral 20 .2 Pendekatan PKSR PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut: • • • • • Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kefahaman Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan. minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental) 3.

keadaan yang penuh sesak telah tercicir daripada poket seorang pengunjung Jawapan anda 3.00 anda akan di Kuantan ialah perarakan buat apabila terjumpa B. RM10. Sekarang. Contoh: Situasi Soalan A.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Soalan 1 Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas. wang Dalam wang itu? C. Satu acara Hari Kebangsaan Apakah kereta dua helai berhias. teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah. D.©Cikgu Madrid Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda memerlukan bantuan Syabas. Latihan 3. 21 .2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Berikan pandangan anda berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.

Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang.©Cikgu Madrid Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. nilai. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak. Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. jawapan pendek. melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot). Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran? Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan. dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang yang meliputi sikap. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.00? 22 . Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap. nilai. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.

Bhd.©Cikgu Madrid Latihan 3. (1990). Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian anda. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. Bhd. Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Kesimpulannya.2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan asrama di sebuah sekolah. Rujukan: 23 . Bacaan Asas: Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Rumusan Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. oleh sebab Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap. maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat. Pendidikan Moral.

Rahman Md. Soalan Tutorial 1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik (1jam) 2. Universiti Putra Malaysia. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam) 3.(2003). Kuala Lumpur. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and (2 jam) 24 .©Cikgu Madrid Abd. Pusat Perkembangan Kurikulum. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Serdang.

Retrived on 23-6-04 from http://www.cmich.©Cikgu Madrid Rujukan Abdul Rahman Md. Pendidikan Moral. Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Serdang: Penerbit UPM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.edu. (2000). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral. Carter. M. Bahagian Pendidikan Guru (2003).pdf. J.H. (2004). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Retrived on 20-5-04 from http://www. Eow. (1999). Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia 25 .php Central Michigan University.edu/Clear/TotalClear. Life management skills: taking charge of your future.Aroff. p 214. Albany: Delmar Publishers. Driggers.tepd. (1999). B.nsw.Teacher education CLEAR conceptual framework. (2002). Schools.

D (Pendidikan). (2000). Ed (Bimbingan & Kaunseling).Sc. & Bohlin. Kuala Lumpur B. USM M. (1995). Thiroux. Ethics Discovering right and wrong (3 ed).E. UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun KELAYAKAN BA (Hons) Sejarah. PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA PENYELARAS Dr. J. L. 803500 Larkin. (1995). and Gewirtz. Bhd. Universiti Queensland.) New Jersey: Prentice Hall. UM M. New Jersey: Prentice Hall. Ryan. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun BSc (Hons) Kimia. Kurtins. (7th. USA: Wadsworth Publishing Company. K. USM Diploma Pendidikan.Ed Teknologi Pendidikan. USA: Wadsworth Publishing Company. (1999). US: Allyn and Bacon. CA: Jossey-Bass. Pendidikan Moral. (1998). UM Ph.M. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Mackinnon. K.L. Ed. Maznah Binti Abd. P. Pn. (2001). (Hons) Sejarah & Geografi. Ethics: theory and practice. L. Contemporary moral issues: diversity and consensus. UPM. Johor.©Cikgu Madrid Sdn. (2nd. Ethics: theory and contemporary issues. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi 2 Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah.A. Pojman. Building character in schools. W. Moral development: an introduction. P. Hinman. UM M. ed). J.P. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun 1 3 26 . M.

Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kelayakan B. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak Pn. DK. Pn. Maktab Perguruan Raja Melewar. PENGERUSI Pn. 803500 Larkin. 2. 70990. Sarawak B. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun 1.A. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun 5 6 7 8 PANEL PEMURNI MODUL Bil. Pn. Sc. Seremban. Pendidikan Islam. Negeri Sembilan. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun B. Nama PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas. Mohd. UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun B. Quran Sunnah. 98009 Miri. Jalan Yaacob Latif. Beg Berkunci 43. Noorlela bt. Ed. Johor Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah. UKM SPI. Shariff. 56000 Kuala Lumpur Pn. (Hons). Johor Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun 27 . Soc. (Hons) Sejarah M.A.©Cikgu Madrid 4 Pn.

Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun 5. B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. 80530 Larkin Johor Baharu. Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Sc. Pn. Pn.A. 98009 Miri. B. Pn. Sc. Pengurusan (UM) Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral 4. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak. B. Soc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun 6. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M.Ed. (Hons) Sosiologi USM Diploma Pendidikan: Siviks UM Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun 7. A. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra. 56000 Kuala Lumpur. Serawak.©Cikgu Madrid 3. Kedah Darul Aman BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun 28 . (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) M. Kedah Darul Aman B. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas. Jalan Bakam. Jalan Yaacob Latif. Jalan Datin Halimah.

©Cikgu Madrid 29 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->