REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat daripada Allah S.W.T. akhirnya saya dan rakan-rakan Berjaya menyiapkan kerja kursus anatomi ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Rashid Bin Mohamad iaitu pensyarah untuk subjek anatomi kerana banyak membantu saya ini sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kawan-kawan yang banyak member pandangan dan perkongsian idea yang bernas dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan.

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda baru dan pengalaman dalam proses penghasilan tugasan pjk kali ini. Pada mulanya saya berasa agak keliru terhadap keperluan-keperluan soalan tugasan ini tetapi selepas mengadakan perbincangan bersama dengan kawan-kawan lain, saya berjaya membuahkan idea pada akhirnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti semua bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Pada mulanya agak sukar untuk menterjemahkannya kerana subjekan atomi banyak menggunakan perkataan sainstifik, tetapi dengan kecanggihan teknologi zaman kini, Alhamdulillah perkara itu dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah.

Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya membuat banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diberi. Dari situ, saya telah membina sifat tidak berputus asa, mengikut arahan dan bertanggungjawab. Melalui tugasan ini juga, saya didedahkan dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari ilmu yang baru kerana melaui usaha yang kuat, seseorang itu akan lebih paham apa yang dikuasainya

Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bag itajuk system otot, system tulang, dan system sendi semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya meningkatkan pengetahuan tentang tajuk ini dan seterusnya membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

ianya tidak sama sekali mengganggu focus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai kesimpulannya. perjalanan tugasan ini memang banyak member pengalaman baru kepada saya. .Akhir sekali. akan tetapi. Di harap agar kerja kursus ini akan memberiman faat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful