P. 1
Faktor-faktor yang mempengarhi FDI di Malaysia

Faktor-faktor yang mempengarhi FDI di Malaysia

4.5

|Views: 14,540|Likes:
Published by Ima Binti Ibrahim

More info:

Published by: Ima Binti Ibrahim on Mar 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

1

KAEDAH PENYELIDIKAN
TAJUK: PELABURAN LANGSUNG ASING DI MALAYSIA(PLA); FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELABURAN LANGSUNG ASING FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
NAMA : IMA BINTI IBRAHIM A112347

2 ABSTRAK Pelaburan langsung asing (FDI) merupakan salah satu penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ketidakstabilan FDI memberikan impak yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Antaranya adalah seperti terjejasnya eksport, terjejasnya peluang pekerjaan, kurangnya kemasukan modal tambahan seperti modal kewangan, modal fizikal dan modal manusia yang mahir, penyelidikan dan pembangunan(R&D), wujudnya jurang tabungan-pelaburan yang besar, menjejaskan Imbangan Pembayaran negara dan sebagainya. Kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti penentu-penentu bagi kemasukan FDI ini mengambilkira tujuh penentu iaitu peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi, perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik dan asing, serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1976 sehingga tahun 2005 yang merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini juga menggunakan kaedah pembentukan model ekonomi yang bersifat sebab akibat dengan menggunakan kaedah regresi linear. Berdasarkan kriteria statistik, pengujian yang biasa digunakan ialah R2, ujian F dan juga ujian t. Sebanyak tiga model telah dibentuk dan hasil kajian mendapati bahawa ujian statistik F signifikan pada aras keertian 1% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Selain itu, ujian R2 menunjukkan bahawa antara 85.3%-90.7% pembolehubah penerang(penentu FDI) mampu menerangkan pembolehubah bersandar(FDI). Manakala, ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan parameter yang dipilih iaitu β
1,2,3...n.

Berdasarkan kajian

ketiga-tiga model, kesemua pembolehubah mampu menerangkan model dengan signifikan kecuali pembolehubah kadar pulangan antarabangsa dan pembolehubah nisbah cukai (dalam model B dan C). Dalam ketiga-tiga model yang dibentuk, kadar pertukaran berkesan benar dan kadar bunga pulangan domestik amat penting dalam mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Akhir sekali, implikasi kajian adalah cadangan kepada pihak kerajaan bagi membentuk dasar dan menyediakan insentifinsentif yang boleh menarik para pelabur dan seterusnya kekal melabur di Malaysia.

3 BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Dari segi ekonomi, globalisasi merujuk kepada proses integrasi ekonomi dunia melalui pengembangan aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan pengetahuan merentasi sempadan, dipercepat melalui kemajuan dalam pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih liberal. Globalisasi ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu globalisasi perdagangan, globalisasi kewangan, globalisasi pengeluaran dan globalisasi buruh (Mohd Haflah, 2003). Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepatkan melalui perkembangan pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan tenologi maklumat dan komunikasi, pengurangan kos pengangkutan serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjalankan dasar ekonomi terbuka. Oleh hal yang demikian, prestasi ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh persekitaran global yang disalurkan melalui perdagangan dan aliran kewangan. Malaysia telah mengambil langkah untuk meliberalisasikan ekonominya melalui penglibatan negara dalam perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). AFTA bermatlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global dengan mengenepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru. Usaha-usaha tersebut merupakan antara insentif untuk menarik pelabur asing melabur di dalam negara ASEAN. Globalisasi kewangan merupakan peningkatan pemusatan pasaran kewangan melalui integrasi aliran modal secara global yang turut dikaitkan dengan pelaburan

4 langsung asing (PLA). Menurut Zhang K.H (2002), pelaburan langsung asing merujuk kepada aliran modal jangka panjang swasta yang bermatlamat untuk memperolehi kepentingan dalam sesuatu perusahaan supaya dapat terlibat secara langsung dalam pengurusannya. Globalisasi kewangan di Malaysia telah menyebabkan pasaran modal domestik menjadi lebih liberal. Intergrasi yang lebih rapat di antara sektor kewangan Malaysia dengan sektor kewangan global adalah disebabkan oleh dasar deregulasi dan penswastaan ekonmi. Keadaan ini memudahkan kemasukan pelaburan asing langsung bersih dan peningkatan yang lebih cepat dalam modal jangka pendek dan pelaburan portfolio ke Malaysia sejak awal 1990-an.

FDI 25000 20000 15000 FDI 10000 5000 0 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010

Tahun Rajah 1.1: Arah Aliran FDI Malaysia bagi tahun 1976-2005 Sumber: International Financial Statistic(IFS)

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN .

5 Pada tahun 1976, FDI Malaysia adalah sejumlah RM150 juta dan mengalami arah aliran yang tidak stabil pada tahun-tahun berikutnya. Dalam tempoh 30 tahun yang dikaji, iaitu dari tahun 1976 sehingga tahun 2005, Malaysia telah mencatatkan jumlah FDI yang paling tinggi iaitu sebanyak RM 19,848.5 juta pada tahun 2000. Manakala, pada tahun 2005, FDI Malaysia adalah sejumlah RM17,434 juta. Ketidakstabilan FDI Malaysia telah memberi impak kepada ekonomi negara. Negara membangun seperti Malaysia amat bergantung kepada eksport bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga dipacu oleh FDI. Namun begitu, ketidakstabilan FDI pada tahun 1976 hingga tahun 2005 akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, FDI turut menggalakkan eksport dan perdagangan Malaysia. Hal ini terjadi apabila Malaysia mula mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan menurunkan tarifnya sedikit demi sedikit. Tren FDI yang turun naik akan menyebabkan eksport Malaysia terjejas, terutamanya bagi eksport yang berorientasikan FDI. Maka, ketidakstabilan FDI akan mempengaruhi eksport negara dan sekaligus mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Selain itu, kekurangan kemasukan FDI ke Malaysia juga menyebabkan kurangnya sumber modal tambahan yang diperlukan bagi meningkatkan lagi aktiviti pengeluaran negara yang memerlukan pelaburan yang berskala besar. Sebagai contoh, sektor perkilangan seperti industri elektrik dan elektronik dan sebagainya amat memerlukan sumbangan FDI yang tinggi bagi meningkatkan pengeluaran dan eksport barangan tersebut. Di samping itu, FDI juga penting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Pertambahan kilang-kilang di Malaysia yang beroreintasikan FDI telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan sekaligus menaikkan taraf hidup mereka. Namun begitu, kemasukan FDI yang tidak memuaskan dalam tahun-tahun tertentu telah menjejaskan peluang pekerjaan di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa FDI telah membawa masuk teknologiteknologi baru, penyelidikan dan pembangunan(R&D), kemahiran-kemahiran, modal fizikal, modal manusia yang mahir dan sebagainya ke Malaysia. Kemasukan FDI dalam

6 bentuk tersebut amat bermanfaat kepada negara. Namun, jika hanya sedikit sahaja FDI yang dibawa masuk, maka amatlah sukar bagi Malaysia untuk mengekalkan daya saingnya di peringkat antarabangsa di samping meningkatkan pengeluaran dan eksportnya sebagainya. Selain itu, terdapat kesan-kesan lain bagi ketidakstabilan FDI di Malaysia. Antaranya adalah seperti wujudnya jurang tabungan-pelaburan yang besar, menjejaskan Imbangan Pembayaran negara, kurangya sumber pendapatan negara dan lain-lain lagi. Menurut kajian United Nation Conference on Trade and Development (UNCTD), aliran masuk FDI dunia berjumlah USD 896.7 bilion pada 2005. Malah nilai ini dikatakan terus meningkat pada tahun berikutnya. Untuk mendapatkan manfaat daripada peningkatan FDI, kerajaan seharusnya melaksanakan dasar-dasar dan program-program yang mampu menarik minat para pelabur asing supaya terus melabur ke Malaysia. Oleh hal yang demikian, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti penentu-penentu yang mampu mempengaruhi kemasukan FDI ke Malaysia. tanpa menggunakan teknologi dan kemahiran baru, modal, R&D dan

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

7 Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentu-penentu yang mampu mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Secara khususnya pula, kajian ini adalah bertujuan untuk: 1. Menilai kepentingan pembolehubah-pembolehubah yang dipilih dan

kesignifikanannya dalam mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing. 2. Mengkaji peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi, perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik dan asing, serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan dalam mempengaruhi aliran masuk pelaburan langsung asing. 3. Membentuk model-model yang sesuai dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing dan mengkaji faktor-faktor yang terlibat. 4. Mencadangkan langkah dan dasar yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menarik minat para pelabur asing supaya terus melabur di Malaysia.

1.4 SKOP KAJIAN Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1976 sehingga tahun 2005 yang merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini meliputi faktor-faktor atau penentu-penentu yang mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia.

BAB 2

8 ANALISIS AWAL 2.1 PENGENALAN Pelaburan langsung asing di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pada awalnya, negara utama yang menjadi penyumbang dalam pertumbuhan negara adalah United Kingdom. Namun, pada masa kini terdapat banyak syarikat Multinasional dari pelbagai negara yang melakukan pelaburan di Malaysia. Antaranya adalah seperti Jepun dan Jerman. Sehingga tahun 2005 sahaja, FDI Malaysia berjumlah RM 17,434 juta. Ini merupakan satu petunjuk yang baik untuk pertumbuhan negara kerana peningkatan FDI di Malaysia akan memberi faedah seperti: 1) Meluaskan peluang pekerjaan, peluang-peluang kemahiran dan pengurusan kepada penduduk. 2) Meningkatkan hasil negara, pengeluaran dan pendapatan negara melalui sistem cukai dan penjimatan import. 3) Pemindahan teknologi dan kemahiran baru menggalakkan penubuhan industri berskala besar yang tidak mampu diusahakan oleh pemodal tempatan. 4) Peningkatan taraf hidup penduduk melalui tingkat upah yang teratur. Menurut kajian United Nation Conference on Trade and Development (UNCTD), aliran masuk FDI dunia berjumlah USD 896.7 bilion pada 2005. Malah nilai ini dikatakan akan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya. Oleh hal yang demikian, Malaysia perlu menyediakan insentif-insentif yang mampu menarik minat para pelabur seperti penyediaan modal insan yang berkualiti dan sebagainya agar negara ini terus menjadi pilihan para pelabur asing. Jadi, tindakan kerajaan dalam mempelbagaikan insentif yang diberi kepada pemodal asing, sedikit sebanyak mampu menarik minat para pelabur asing melabur ke Malaysia. 2.2 KAJIAN LEPAS

9 Kajian tentang penentu-penentu bagi pelaburan langsung asing (FDI) telah banyak

dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Kajian lepas yang dilakukan juga lebih tertumpu kepada negara sedang membangun yang mempunyai faktor pengeluaran yang relatif lebih murah berbanding negara pemodal. Sebelum berlakunya krisis kewangan di Asia pada tahun 1997 , kemasukan FDI di negara sedang membangun mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding catatan kemasukan FDI di negara maju. Secara teorinya, keputusan pelabur asing untuk melabur disesebuah negara atau tidak, bergantung kepada kadar pulangan negara tuan rumah dan kadar pertukaran asing. Faktor-faktor tersebut dominan dalam mempengaruhi keputusan pemodal untuk melabur. Namun, masih terdapat banyak faktor lain yang menentukan FDI sesebuah negara. Kajian tentang peranan FDI di negara sedang membangun oleh Kjetil Bjorvatn, Hans Jarle Kind dan Hildegum Kyrik Nordes (Disember 2001) menunjukkan bahawa pertumbuhan dalam FDI adalah tanda jelas dalam proses globalisasi. Kajian yang dijalankan di negara Afrika dan dua negara di Asia pula menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh sektor awam seperti membentuk dasar yang menggalakkan kemasukan para pelabur asing dan dasar pendidikan dalam negara akan dapat melahirkan tenaga buruh yang mahir seterusnya dapat membawa pulangan yang menguntungkan kepada pelabur domestik mahupun asing. Selain itu, kestabilan sosial, ekonomi dan politik, dasar perdagangan yang liberal dan lokasi merupakan faktor-faktor lain yang menentukan keputusan seseorang pelabur untuk melabur di negara lain. Kajian tentang penentu FDI di negara ekonomi baru oleh Saskia K.S Wilhems (Julai 1998) antara tahun 1978 dan 1995 di 67 negara ekonomi baru mendapati bahawa kedinamikan pembolehubah kerajaan dan pasaran adalah signifikan mempengaruhi aliran masuk FDI. Pembolehubah kerajaan termasuklah dasar dan rancangan serta tindakan yang dijalankan. Selain itu, dasar keterbukaan iaitu kawalan yang longgar dalam penentuan kadar pertukaran asing serta dalam syarat perdagangan asing didapati turut mempengaruhi aliran FDI. Di samping itu, undang-undang, dasar yang kondusif, kadar korupsi yang rendah serta jentera pentadbiran yang telus juga signifikan mempengaruhi FDI. Hasil kajian turut mendapati bahawa faktor saiz populasi dan sosiobudaya negara

10 home tidak kuat mempengaruhi FDI berbanding faktor kedinamikkan kerajaan dan pasaran. Trevino (2002), mendapati bahawa firma multinasional membuat keputusan untuk melabur ke sesebuah negara berdasarkan dua perkara penting yang harus diberi perhatian, iaitu perbandingan keutamaan dan risiko. Keutamaan bermaksud peluang pasaran atau memperoleh hasil (pulangan pelaburan). Manakala, risiko pula adalah berkaitan dengan politik, faktor kewangan atau persaingan. Walaubagaimanapun, kajian-kajian lepas hanya menyentuh tentang penentupenentu FDI secara umum sahaja. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji secara khusus tentang penentu FDI dari aspek kewangan dan fiskal bagi kajian kes di Malaysia. Kajian mengambil kira kadar pulangan aset di Malaysia dan Amerika Syarikat serta kadar pertukaran sebagai pembolehubah dari aspek kewangan. Manakala, perbelanjaan kerajaan dan nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan sebagai pembolehubah dari aspek fiskal. Jadi, kajian ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pembuat dasar dalam usaha menarik pelaburan langsung asing masuk ke Malaysia.

BAB 3

11 PEMBENTUKAN MODEL 3.1 METODOLOGI KAJIAN Sumber data dalam kajian ini diperolehi di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Bilik Sumber Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Data yang digunakan ialah data sekunder yang diperolehi daripada Laporan Ekonomi pelbagai tahun, Buku Laporan Bank Negara Malaysia pelbagai tahun, Buku Tahunan International Financial Statistics dan Buku Pelan Induk Perindustrian I,II dan III. Dalam menganalisis model yang dibentuk, pakej SPSS (Statistic Pacage for Social Science) digunakan. 3.2 PEMBENTUKAN MODEL Dalam kajian ini, satu model persamaan telah dibentuk bagi menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas. Dalam kajian ini, aliran masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia merupakan pembolehubah bersandar. Manakala, kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan ekonomi, perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar bunga pulangan domestik dan asing serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan merupakan pembolehubah bebas dalam model. Fungsi Pengeluaran Mudah FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM,IRUS, GOV) Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5 ,X6 ,X7 ,) Model Log Berganda ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5 + β6 ln x6 + β7 ln x7 + μ

Dimana Y= Pelaburan Langsung Asing

12 X1= Real Effective Exchange Rate X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi X3=Darjah Pembangunan Kewangan X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan X5=Kadar Pulangan Domestik X6=Kadar Pulangan Antarabangsa X7=Perbelanjaan Kerajaan Dalam Infrastruktur ln = Log μ = faktor-faktor penentu lain yang tiada dalam persamaan. t = 1, 2, 3, 4, ….., n βo = pintasan-y (apabila semua parameter penentu adalah sifar) β1, β2, β3,..β7= parameter keanjalan bagi X1, X2, X3,..X7 Y Dimana kecerunan model log ialah Kecerunan = β n  X n   dimana n=1,2,3..  

Dalam kajian ini, sebanyak tiga model yang dibentuk dengan mengambilkira bilangan dan kategori pembolehubah yang berbeza. Perbandingan model dilakukan untuk melihat sejauhmana peranan sesuatu pembolehubah itu mempengaruhi pembolehubah bersandar.

Jadual 3.1 dibawah menunjukkan ringkasan pembolehubah yang diambil dalam pembentukan model.

13

REER OPENESS FINANCIAL TAXATION IR DOM IR US GOVERNMENT

Model A YA YA YA YA YA TIDAK TIDAK

Model B YA YA YA YA YA YA TIDAK

Model C YA TIDAK TIDAK YA YA TIDAK YA

YA= Pembolehubah yang disertakan dalam model yang dinyatakan TIDAK= Pembolehubah yang tidak disertakan dalam model yang dinyatakan REER= Real Effective Exchange Rate OPENESS= Eksport+Import / GDP FINANCIAL= Kredit Swasta / GDP TAXATION= Nisbah Cukai Korporat Kepada Cukai Pendapatan IR DOM= Kadar Pulangan Pelaburan Domestik IR USA= Kadar Pulangan Pelaburan Amerika Syarikat GOVERNMENT= Jumlah Belanja Kerajaan Dalam Pengangkutan Dan Perhubungan

Setiap pembolehubah bebas mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mempengaruhi pembolehubah bersandar, kemasukan pelaburan langsung asing. Rasional pemilihan pembolehubah bebas yang digunakan dalam model adalah; 1) Kadar pertukaran berkesan benar (REER) berperanan untuk mengukur prestasi matawang negara berbanding negara lain. Ia juga menggambarkan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan seunit matawang domestik. Secara teorinya dan

14 dalam indeks, kadar pertukaran berkesan benar berhubung secara negatif dengan kemasukan pelaburan langsung asing. 2) Darjah keterbukaan ekonomi pula merupakan jumlah eksport dan import yang dibahagikan dengan keluaran dalam negara kasar. Ianya berperanan untuk mengukur darjah keluasan perdagangan antarabangsa sesebuah negara itu. Semakin besar nisbah, semakin besar pergantungan sesebuah negara kepada sektor luar. Secara teorinya, pelaburan langsung asing berhubung secara positif dengan darjah keterbukaan ekonomi sesebuah negara. 3) Darjah pembangunan kewangan merupakan pembolehubah yang melihat kepada peranan dan pengaruh serta keupayaan sektor kewangan sesebuah negara membiayai sesebuah ekonomi negara tersebut. Ianya diperolehi daripada nisbah pinjaman swasta kepada keluaran dalam negara kasar. Semakin besar darjah kewangan sesebuah negara semakin meningkat keupayaan pengaliran masuk pelaburan langsung asing kerana secara langsung ianya menggambarkan keupayaan dan keluasan pasaran kewangan sesebuah negara. 4) Pencukaian dalam kajian ini merupakan nisbah cukai pendapatan korporat terhadap jumlah cukai pendapatan. Semakin besar nisbah, ia menunjukan peranan dan kutipan cukai korporat meningkat. Secara teorinya, cukai merupakan disinsetif kepada pelabur untuk menambahkan pelaburan dan ianya berhubungan negatif dengan kemasukan pelaburan langsung asing. 5) Kadar bunga pulangan domestik pula merupakan pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Dalam kes ini, kadar bunga pulangan pelaburan diproksikan kepada kadar bunga bil perbendahaaraan 3 bulan. Kadar bunga pulangan pelaburan berhubung secara positif dengan kemasukan pelaburan langsung asing, iaitu peningkatan kadar bunga akan meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing dan sebaliknya.

15 6) Kadar bunga pulangan asing merupakan kadar bunga pulangan negara asing. Dalam kes ini proksi yang digunakan ialah kadar bunga pulangan Amerika Syarikat yang diproksikan kepada kadar bil perbendaharaan. Hubungan kadar bunga pulangan Amerika Syarikat dengan aliran masuk pelaburan langsung asing di Malaysia ialah hubungan negatif. Hal ini terjadi kerana kenaikan kadar pulangan di Amerika Syarikat akan mengurangkan kemasukan pelaburan lansung asing di Malaysia. Aliran modal akan mengalir ke pasaran Amerika Syarikat yang menawarkan pulangan yang lebih tinggi. 7) Perbelanjaan kerajaan dalam pengangkutan dan perhubungan merupakan proksi kepada perbelanjaan infrastruktur kerajaan. Penyediaan infrastruktur yang lengkap oleh kerajaan akan meningkatkan kemudahan yang terdapat disesebuah negara. Hal ini akan meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing kerana kemudahan infrastruktur oleh kerajaan akan memudahkan penggarapan modal asing oleh pelabur. Perbelanjaan kerajaan ini merupakan insentif kepada pelabur asing. Ia berhubungan positif dengan kemasukan pelaburan langsung asing.

3.3 KAEDAH PENILAIAN DAN PENGANALISAAN MODEL. Dalam melakukan kajian, beberapa kaedah penilaian model akan dilakukan antaranya ialah berdasarkan kriteria ekonomi dan kriteria statistik bagi mengukuhkan dapatan kajian. 3.3.1 Kriteria Ekonomi

16

Kaedah ini adalah berdasarkan teori ekonomi yang dikemukan oleh ahli-ahli ekonomi yang terdahulu. Dapatan kajian seharusnya mengikut kriteria ekonomi dan sepatutnya tidak melanggar hukum ekonomi melainkan pengkaji memiliki bukti dan penganalisaan yang kukuh bagi membuktikan hasil kajiannya. Bagi mengukuhkan lagi hasil kajian, kriteria kedua iaitu kriteria statistik digunakan bagi menjelaskan dapatan kajian. 3.3.2 Kriteria Statistik Dalam kriteria ini, pengujian yang biasa digunakan ialah R2, ujian F dan juga ujian t. R2 merupakan pekali penentuan yang menjelaskan bahawa peratusan keupayaan pembolehubah bebas menerangkan pembolehubah bersandar. Semakin besar nilai R2, semakin baik model yang dibina kerana kemampuan pembolehubah penerang menerangkan model semakin meningkat. Contohnya R2=0.985 bermaksud 98.5% variasi dalam pembolehubah bersandar diterangkan oleh pembolehubah bebas yang dipilih dalam model regresi. Atau dengan kata lain 98.5% perubahan Y (pembolehubah bersandar) diterangkan oleh X1,2,3..n (pembolehubah bebas) dan 0.015% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan. SSE

R=

2

1−

∑ (Yi − y)

2

= 1−

SSE SST

Dimana SSE= Sum Of Square Error

SST= Sum Of Square Total

Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang membuktikan bahawa sekurang-kurangnya satu parameter (β) tidak sifar. Semakin besar nilai F, semakin baik model yang dianggarkan. Nilai F yang besar diperolehi oleh Sum Of Square Regression (SSR) yang besar dan Sum Of Square Residual (SSE) yang kecil. Dengan itu kebanyakan variasi dalam y dijelaskan oleh model regresi dan Hipotisis Nol (H0) ditolak. Kawasan Penolakan ialah;

17 SSR / k − 1 R2 / k −1 = SSE / n − k (1 − R 2 ) / n − k Dimana Kawasan penolakan H0 jika F>Fα,k-1,n-k Manakala Ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan parameter yang dipilih iaitu β 1,2,3...n. Rumus Statistik t adalah seperti berikut; t*=

F=

βn
S βn

dan tolak H0 jika t* > t α/2,n-k

Nilai t yang dikira akan dibandingkan dengan bacaan t-jadual statistik. Jika t yang dikira lebih besar daripada t jadual maka hipotesis null ditolak yang membawa implikasi bahawa pembolehubah tersebut signifikan mempengaruhi atau menjelaskan pembolehubah bersandar. Bagi memudahkan analisis kajian, kaedah P-Value digunakan untuk mengenalpasti kesignifikanan sesebuah pembolehubah itu. Nilai P-Value dalam pakej statistik SPSS merujuk kepada nilai Sig dalam output komputer. Sesuatu pembolehubah atau parameter dikatakan signifikan apabila memiliki nilai lebih kecil daripada 0.0999 (< 0.0999). Signifikan pada aras keertian 1%= (0.0000<Sig<0.0009) Signifikan pada aras keertian 5%= (0.0010<Sig<0.0499) Signifikan pada aras keertian 10%= (0.0500<Sig<0.0999

BAB 4 ANALISIS MODEL 4.1 INTREPERTASI R SQUARED, ADJUSTED R SQUARED DAN UJIAN F-KETEPATAN KESELURUHAN

18 Jadual 4.1 di bawah menunjukan hasil keputusan regresi yang diperolehi menggunakan SPSS: Nilai Parameter Keanjalan Model Regresi Log Berganda ( Beta dan Intercept) Intercept REER OPENESS FINANCIAL TAXATION IR DOM IR US GOVERNMENT R Squared Adj. R Squared F-Statistic Model A 25.452* -4.603* 2.618** 1.007*** -3.305** 1.258* 0.906 0.886 46.084* Model B 23.887* -4.278* 2.718** 0.948*** -3.587** 1.320* -0.199 0.907 0.883 37.530* Model C 30.325* -7.218* -2.335 1.798* 1.060* 0.853 0.829 36.165*

* Signifikan pada aras keertian 1% ** Signifikan pada aras keertian 5% *** Signifikan pada aras keertian 10% Berdasarkan tiga model diatas, nilai-nilai R squared adalah dalam lingkungan 0.853 hingga 0.907 (85.3% min - 90.7% max). Berdasarkan keputusan kajian dalam model-model tersebut, boleh disimpulkan bahawa antara 85.3% - 90.7% pembolehubah penerang mampu menerangkan pembolehubah bersandar. Atau dengan kata lain 85.3% 90.7% perubahan Y(pembolehubah bersandar) diterangkan oleh X1,2,3..n (pembolehubah bebas) dan 14.7%-9.3% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan. Adjusted R2 merupakan ukuran yang mengambil kira kehilangan darjah kebebasan apabila tambahan pembolehubah penerang disertakan dalam model. Adjusted R2 hanya akan meningkat apabila pembolehubah bererti disertakan dalam model. Nilai Adjusted R2 juga boleh menjadi negatif akibat pertambahan pembolehubah yang tidak beerti dalam model. Berdasarkan kajian mengunakan model log berganda, perbezaan nilai adjusted R2 dengan R2 adalah amat kecil. Hal ini bermakna bahawa pertambahan pembolehubah yang dilakukan dalam ketiga-tiga model adalah masih releven dan kesemuanya mampu memberikan kesan beerti kepada pembentukan model

19

Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang melihat bahawa satu paremeter tidak sifar. Berdasarkan hasil kajian keempat-empat model menunjukan bahawa statistik F signifikan pada aras keertian 1% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Oleh kerana model yang dipilih ialah model log berganda maka nilai parameter beta (β) ialah keanjalan bagi model. Sebagai contoh: ln Y= 25.452 – 4.603 ln X1 + 2.618 ln X2 Bermakna, 1% peningkatan dalam X1 akan menyebabkan penurunan Y sebanyak -4.603% dan ianya berhubungan negatif kerana nilai Beta X1 ialah negatif dan sebaliknya peningkatan 1% dalam X2 akan meningkatkan Y sebanyak 2.618% dan ianya berhubungan positif. Y Kecerunan bagi model log berganda ialah Kecerunan = β n  X n   dimana n=1,2,3..  

4.2 PENGANALISAAN MODEL A

FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM) Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5 ) ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5 Dimana Y= Pelaburan Langsung Asing X1= Real Effective Exchange Rate

20 X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi X3=Darjah Pembangunan Kewangan X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan X5=Kadar Pulangan Domestik ln Y= 25.452 – 4.603 ln X1 + 2.618 ln X2 + 1.007 ln X3 – 3.305 ln X4 + 1.258 ln X5 (3.622)* R2= 0.906 (-3.310)* (2.159)** (1.927)*** (-2.740)** (3.400)*

Adjusted R2= 0.886

Bilangan Pencerapan (n)= 30

( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t ( ) *= Signifikan pada aras keertian 1% ( ) **= Signifikan pada aras keertian 5% ( )*** =Signifikan pada aras keertian 10% Berdasarkan persamaan regresi di atas, kesemua pembolehubah bebas yang diambilkira dalam model adalah signifikan mempengaruhi aliran masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia. Oleh kerana model yang digunakan ialah model log linear berganda maka parameter beta merupakan keanjalan pembolehubah diwakili beta terhadap pelaburan langsung asing. Berdasarkan keputusan empirikal, keanjalan REER merupakan yang paling tinggi dan signifikan dari segi statistik. Kadar pulangan domestik juga signifikan pada aras keertian yang rendah menunjukan ianya mampu menjelaskan pembentukan model. Dari aspek keanjalan, peranan pencukaian juga agak besar dengan menunjukan hubungan negatif terhadap kemasukan pelaburan langsung asing. Hal ini menunjukan bahawa dasar fiskal yang berkaitan dengan pencukaian sedikit sebanyak mampu mempengaruhi aliran pelaburan langsung asing ke Malaysia. Darjah keterbukaan ekonomi dan Darjah keterbukaan kewangan juga

mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing. Kedua-dua pemboleh ubah ini merupakan gambaran terhadap keterbukaan pasaran dan liberalisasi pasaran sesebuah

21 negara. Berdasarkan kajian model A, kesemua pembolehubah mampu menerangkan model dengan signifikan.

4.3 PENGANALISAAN MODEL B FDI=f( REER,OPEN,FINANCIAL,TAX,IRDOM,IRUSA) Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4 ,X5,X6 ) ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 + β5 ln x5 + β6 ln X6 Dimana Y= Pelaburan Langsung Asing X1= Real Effective Exchange Rate X2=Darjah Keterbukaan Ekonomi

22 X3=Darjah Pembangunan Kewangan X4=Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan X5=Kadar Pulangan Domestik X6=Kadar Pulangan Antarabangsa ln Yt = 23.887- 4.278ln X1 + 2.718ln X2 + 0.948ln X3 - 3.587 ln X4 +1.320 ln X5 (3.176)* (-2.859)* (2.196)** (1.766)*** (-2.763)** (3.411)* -0.199 ln X6 (-0.641) R2= 0.907 Adjusted R2= 0.883 Bilangan Pencerapan (n)= 30

( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t ( ) *= Signifikan pada aras keertian 1% ( ) **= Signifikan pada aras keertian 5% ( )*** =Signifikan pada aras keertian 10% Pembolehubah bebas yang dipilih terdiri daripada REER, darjah keterbukaan, darjah pembangunan kewangan, nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan, kadar pulangan domestik dan kadar pulangan antarabangsa. Kesemua pembolehubah tersebut signifikan mempengaruhi pembolehubah bersandar FDI, kecuali pembolehubah kadar pulangan antarabangsa iaitu kadar bunga bagi bon Amerika Syarikat tidak signifikan mempengaruhi FDI. Pembolehubah kadar pulangan bagi bon antarabangsa berhubung secara negetif dengan pembolehubah bersandar FDI. Iaitu semakin tinggi kadar pulangan antarabangsa semakin rendah FDI mengalir ke dalam negara Malaysia. Kadar pulangan bagi bon antarabangsa adalah altenatif kepada pelabur asing yang melabur ke dalam negara. Dengan kata lain, penganti kepada pelaburan langsung asing yang masuk ke Malaysia ialah kemasukan pelaburan ke Amerika Syarikat. Model A dan B seakan hampir sama tetapi model B mengandungi pulangan pelaburan asing dalam mempengaruhi pelaburan langsung asing.

23

Maka, hipotesis yang dibuat dalam mengkaji dua model ini ialah kadar pulangan di Amerika syarikat tidak mempengaruhi aliran masuk pelaburan langsung asing di Malaysia secara signifikan. Hal ini dilihat kerana mobiliti modal tidak sempurna kerana ianya melibatkan kos transaksi kewangan serta masalah kos pentadbiran bagi memindahkan pelaburan. Kemungkinan juga proksi Amerika Syarikat sebagai pengganti kepada pelaburan di Malaysia adalah tidak bersesuaian. Hal ini kerana asas kedua-dua ekonomi serta status kedua-dua negara adalah berbeza. Pemilihan pulangan negara ”emerging market” dilihat mungkin memberi keputusan yang signifikan.

4.4 PENGANALISAAN MODEL C FDI=f( REER, TAX,IRDOM,GOV) Y= f( X1,X2 ,X3 ,X4) ln Yt = βo + β1 ln x1 + β2 ln x2 + β3 ln x3 + β4 ln x4 Dimana: X1 = Real Effective Exchange Rate X2 = Nisbah Cukai Korporat: Cukai Pendapatan X3 = Kadar Pulangan Domestik

24 X4 = Perbelanjaan Kerajaan Dalam Infrastruktur ln Yt = 30.325 – 7.218 ln x1 – 2.335 ln x2 + 1.798 ln x3 +1.06 ln x4 (4.261)* (-6.080)* R2= 0.853 Adjusted R2= 0.829 (-1.676) (4.061)* (3.536)*

Bilangan Pencerapan (n)= 30

( ) = Merujuk kepada nilai statistik-t ( ) *= Signifikan pada aras keertian 1% ( ) **= Signifikan pada aras keertian 5% ( )*** =Signifikan pada aras keertian 10% Dalam model C, aspek fiskal diambil kira dalam melihat pengaruhnya keatas kemasukan pelaburan langsung asing. Unsur nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan dan perbelanjaan kerajaan mewakili pembolehubah fiskal. Pembolehubah bersandar yang diambil kira adalah pembolehubah nisbah cukai korporat terhadap cukai pendapatan dan perbelanjaan kerajaan ke atas infrastuktur serta pembolehubah REER dan kadar pulangan domestik. Pembolehubah bebas ini signifikan mempengaruhi FDI pada aras keertian 1% kecuali pembolehubah nisbah cukai. Ini menunjukkan pengaruh perbelanjaan kerajaan lebih signifikan dalam mempengaruhi FDI berbanding nisbah cukai korporat dengan pendapatan. Perbelanjaan kerajaan merupakan insentif kepada pelabur asing yang melabur ke dalam negara. Hal ini terbukti apabila hubungan antara FDI dengan pembolehubah perbelanjaan kerajaan berhubung secara positif, iaitu semakin tinggi perbelanjaan kerajaan ke atas infrastuktur, semakin tinggi kemasukan FDI ke dalam negara. Perbelanjaan kerajaan ke atas infrastuktur merupakan satu daya penarik kepada pelaburan asing kerana perbelanjaan ini sedikit sebanyak menjadi pelengkap dalam melancarkan proses pelaburan mereka di Malaysia. Pada 1997 sahaja, 33% perbelanjaan pembangunan adalah untuk projek-projek infrastuktur bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi seterusnya mampu

25 menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia. Peranan kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta pembangunan infrastruktur selama ini sebenarnya pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan langsung asing di Malaysia.

BAB 5 IMPLIKASI DASAR DAN RUMUSAN 5.1 IMPLIKASI DASAR Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah ekonomi bagi menjamin kestabilan dan pertumbuhan yang signifikan kepada sektor-sektor ekonomi. Di Malaysia, peranan kerajaan dalam menjaga dan memantau kegiatan ekonomi adalah lebih bercorak kepada pengekalan pertumbuhan yang berterusan dan membantu negara keluar daripada keadaan ekonomi yang tidak kondusif. Dalam kajian ini, kadar bunga dan kadar

26 tukaran asing merupakan pembolehubah yang amat signifikan mempengaruhi aliran kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Krisis kewangan yang melanda pada pertengahan 1997 telah menyebabkan nilai ringgit jatuh berbanding matawang utama dunia. Langkah kerajaan pada 2 September 1998 menambat nilai ringgit dengan Us dolar dilihat sebagai langkah mengawal pengaliran modal keluar dan menstabilkan asas pasaran kewangan negara yang tenat serta memulihkan petunjuk sektor benar negara. Pendekatan ini lebih bercorakkan pendekatan sasaran kewangan “Monetery Targerting“ dalam mengawal ekonomi pada masa itu. Hal ini berasas kerana kejatuhan matawang asing tanpa ada campurtangan kerajaan akan membawa kepada implikasi yang makin meruncing terhadap sesebuah negara. Jika dilihat peranan kadar pertukaran asing (aspek nilainya) amat mempengaruhi eksport, import dan aliran kemasukan modal ke dalam negara. Oleh hal yang demikian, kawalan tukaran asing oleh kerajaan amat mempengaruhi corak ekonomi dan berdasarkan kajian ini kadar pertukatan asing mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing. Setelah hampir 7 tahun Malaysia mengamalkan kadar pertukaran tetap, ekonomi negara kembali mengukuh semula. Namun tambatan ringgit menimbulkan masalah baru kepada Malaysia. Nilai ringgit yang terkurang nilai menyebabkan kos barang import Malaysia terutamanya dalam barang modal untuk pengeluaran kian meningkat. Usaha bank pusat dalam mengekalkan tambatan juga dilihat kian meruncing kerana bank pusat terpaksa meneutralkan lebihan dan kurangan ringgit dalam pasaran. Pada Julai 2005, sistem tukaran asing negara beralih daripada tambatan kepada apungan terurus. Kerajaan pada waktu ini dilihat lebih menggunakan pendekatan kadar bunga dalam campur tangan dalam pasaran modal dengan mengawal kadar wang bermalaman (overnight policy rate). Pendekatan ini bercorak ”interest rate targerting” yang dilihat dominan mempengaruhi struktur kadar bunga domestik. Langkah ini juga dilihat sebagai satu langkah terbaik untuk menjamin kestabilan pasaran dan mewujudkan kestabilan makroekonomi. Campur tangan kerajaan yang dilakukan adalah bertepatan kerana kadar bunga domestik dalam kajian ini mempengaruhi pengaliran masuk pelaburan langsung asing di Malaysia.

27 Kawalan ini secara tidak langsung dapat mengawal fluaktuasi kadar bunga yang tinggi dalam pasaran yang akan mempengaruhi kegiatan pengumpulan dan pembentukan modal. Dari aspek fiskal, peranan kerajaan juga dilihat akan mempengaruhi kegiatan ekonomi sesebuah negara. Peranan perbelanjaan kerajaan sememangnya amat penting dalam menyediakan keselesaan dan suasana yang mesra pelabur. Perhatian kerajaan dalam membangunkan infrastruktur bertaraf dunia dan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital dilihat bersesuaian dengan misi nasional. Perbelanjaan infrastruktur yang dilakukan akan merapatkan jurang antara wilayah dan rangkaian perhubungan yang cekap akan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian. Pembangunan infrastruktur akan meningkatkan pembentukan modal di Malaysia. Kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan para pelabur menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Kemajuan infrastruktur dan perhubungan juga akan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan disesebuah negara. Dasar pencukaian yang digunakan untuk mendapatkan hasil merupakan disinsentif kepada para pelabur kerana hasil bersih pelaburan telah dicukai untuk dijadikan hasil kerajaan. Dapatan kajian ini menunjukan bahawa pengaruh cukai amat berkesan mempengaruhi pembentukan aliran pelaburan langsung asing. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menurunkan cukai korporat kepada 26% melalui belanjawan negara pada tahun 2008 merupakan satu langkah bijak dalam menarik kemasukan pelaburan langsung asing. Regim pencukaian yang kompetitif bukan sahaja dapat menarik pelabur asing bahkan dapat membantu syarikat-syarikat domestik supaya dapat bersaing dengan syarikat luar. Walaupun pembolehubah perbelanjaan pengangkutan dan perhubungan

berbentuk fizikal seperti projek pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jambatan kedua Penang; landasan keretapi berkembar dari Ipoh-Padang Besar; dan projek pengembangan LRT dari Ampang-Kelana Jaya adalah projek di bawah RMK9 dapat mempengaruhi kemasukan FDI, namun didapati langkah yang diambil oleh pihak

28 kerajaan dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan turut mempengaruhi keputusan membuat pelaburan oleh para pelabur luar. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menggalakkan tadbir urus yang baik melalui Pelan Integriti Nasional (PIN). Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempertingkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti sektor awam dan swasta. Langkah-langkah tersebut akan membantu usaha untuk menangani rasuah, mengurangkan pembaziran dan kos menjalankan perniagaan serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan sektor korporat. Manfaat daripada tadbir urus yang baik akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan sekaligus dapat menarik para pelabur asing melabur di Malaysia serta membantu pencapaian matlamat pembangunan negara. Pembangunan sektor kewangan sesebuah negara mengambarkan kecekapan sistem kewangan sesebuah negara. Kecekapan pengurusan dana domestik akan mampu menjamin aliran masuk modal dalam pelaburan langsung asing. Ianya juga mengambarkan kecekapan tadbir urus kewangan negara. Pembangunan kewangan yang tinggi membawa implikasi kepada kecekapan sistem kewangan itu sendiri digambarkan melalui pengabungan dan pengambilalihan. Pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (FSMP) dan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) untuk tempoh 10 tahun secara berfasa telah memperkukuhkan daya tahan serta daya sistem perbankan dan pasaran modal. FSMP dan CMP akan meliberalisasikan sektor perkhidmatan kewangan secara berperingkat. Langkah pengukuhan dalam sistem perkhidmatan kewangan yang diambil oleh pihak kerajaan dapat juga mempengaruhi kemasukan FDI ke dalam negara. Kejayaan ini merupakan isyarat kepada aliran masuk pelaburan langsung asing yang kian meningkat. Umumnya, semua pihak seharusnya menjaga kestabilan ekonomi, pasaran dan sistem kewangan negara bagi menjamin pertumbuhan pelaburan langsung asing yang lebih kukuh. Kerajaan melalui insentif-insentifnya berperanan penting dalam memastikan

29 bahawa kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

5.2 RUMUSAN Kemasukan pelaburan langsung asing telah membawa kesan positif dan negatif. Peningkatan aliran kemasukan pelaburan langsung asing akan memajukan ekonomi sesebuah negara. Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan perpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik dan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh aktiviti

30 pelaburan langsung asing oleh syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi disesebuah negara. Sektor ekonomi negara terutamanya perkilangan akan mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia. Namun, kemasukan pelaburan langsung asing akan meningkatkan defisit akaun pendapatan pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh negara asal. Tambahan pula, aspirasi liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Dana akan mengalir dari pasaran yang biasa ke pasaran yang menawarkan pakej pelaburan yang lebih baik berbanding Malaysia. Antara pakej yang diberikan adalah dari aspek kadar cukai yang kompetetif, insentif kerajaan serta manipulasi kadar pulangan yang lebih menarik. Pengaliran keluar modal akibat ketidakseimbangan ekonomi, politik dan sebagainya akan mewujudkan pengangguran dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Faktor-faktor domestik yang kukuh ditambah dengan situasi pelaburan yang menggalakkan akan menarik kemasukan pelaburan langsung asing. Peranan sektor kerajaan dan sektor swasta sebenarnya membantu negara menjana lebih banyak kemasukan pelaburan langsung asing di sesebuah negara. Pengaruh asas dalam pelaburan iaitu kadar pertukaran berkesan benar dan kadar bunga pulangan domestik amat mempengaruhi pelaburan langsung asing dalam ketiga-tiga model.

BAB 6 PENUTUP 6.1 RINGKASAN KAJIAN Kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti penentu-penentu bagi kemasukan FDI ini mengambilkira tujuh penentu iaitu peranan kadar pertukaran berkesan benar, keterbukaan

31 ekonomi, perluasan pasaran kewangan, peranan pencukaian, kadar pulangan domestik dan asing, serta perbelanjaan infrastruktur kerajaan. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1976 sehingga tahun 2005 yang merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini juga menggunakan kaedah pembentukan model ekonomi yang bersifat sebab akibat dengan menggunakan kaedah regresi linear. Berdasarkan kriteria statistik, pengujian yang biasa digunakan ialah R2, ujian F dan juga ujian t. Sebanyak tiga model telah dibentuk dan hasil kajian mendapati bahawa ujian statistik F signifikan pada aras keertian 1% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Selain itu, ujian R2 menunjukkan bahawa antara 85.3% - 90.7% pembolehubah penerang(penentu FDI) mampu menerangkan pembolehubah bersandar(FDI). Manakala, ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan parameter yang dipilih iaitu β 1,2,3...n. Berdasarkan kajian ketiga-tiga model, kesemua pembolehubah mampu menerangkan model dengan signifikan kecuali pembolehubah kadar pulangan antarabangsa dan pembolehubah nisbah cukai (dalam model B dan C). Dalam ketiga-tiga model yang dibentuk, kadar pertukaran berkesan benar dan kadar bunga pulangan domestik amat penting dalam mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia. Akhir sekali, implikasi kajian adalah cadangan kepada pihak kerajaan bagi membentuk dasar dan menyediakan insentif-insentif yang boleh menarik para pelabur dan seterusnya kekal melabur di Malaysia.

6.2 KEKUATAN MODEL Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kekuatan model yang boleh dikenalpasti. Antaranya adalah: 1. Kesemua pembolehubah bebas yang dipilih menepati kriteria ekonomi dan signifikan menerangkan keempat-empat model.

32 2. Kriteria Statistik seperti Ujian F dan Ujian-t serta R Squared menunjukan nilai yang memberangsangkan dan mampu menjelaskan model. 3. Faktor asas penentuan kemasukan pelaburan langsung asing menerangakan model dengan sempurna dalam kesemua model yang dikaji. Antaranya ialah REER dan kadar pulangan domestik yang mencatatkan kesignifikanan yang baik dalam kesemua model

6.3 KELEMAHAN MODEL Antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dalam kajian adalah: 1. Kriteria penilaian yang digunakan bertumpu kepada penilaian ekonomi dan statistik tetapi tidak merangkumi kriteria ekonometrik seperti autokorelasi, heterokidastisiti dan multikolineariti. 2. Pembolehubah-pembolehubah lain yang releven menerangkan model tidak dimasukkan seperti Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dan peranan negara membangun yang lebih menunjukan persaingan dalam menarik pelaburan langsung asing seperti China, India dan Vietnam. 3. Unsur kemahiran buruh dan tahap latihan serta proksi lain yang mewakili aspek model insan tidak diambilkira. Kajian hanya bertumpu kepada pendekatan makroekonomi, kewangan dan fiskal sahaja. 6.4 CADANGAN PENGUKUHAN MODEL Berikut merupakan cadangan dan pandangan yang boleh dibuat untuk menambahbaik model yang dibentuk:

33 1. Mengambil kira pengujian kriteria ekonometrik dalam pembentukan model supaya menampakkan kemantapan model. 2. Mengambilkira pengaruh pembolehubah lain dalam model seperti modal insan serta kemahiran buruh.

SUMBER RUJUKAN 1. James B. Ang. 2007. Determinants Of Foreign Direct Investment In Malaysia, Journal of Policy Modelling, Science Direct Publishing. 2. Saskia K.S Wilhems. 1998. Foreign Investments and Its Determinant In Emerging Economic, African Economics Policy Paper: Discussion No. 9, Morgan Stanley. 3. Ishak Yusuf dan Abdul Ghafar Ismail. 1998. Malaysian Industrialization: Governance and Technical Change, Penerbitan UKM.

34 4. Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi, Pelbagai Tahun. 5. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Pelan Induk Perindustrian Negara I, II, III. 6. Bank Negara Malaysia. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pelbagai Tahun 7. International Monetary Fund. International Financial Statistics Yearbook, IMF 2004. 8. Ahmad Mohd Yusuf. Kaedah Penyelidikan, 2008 9. PJJ, Statistik II EK 2023 Modul 1-8, Monograf kursus Statistik II Pusat Pengajian Ekonomi UKM. 10. Richard T. Froyen. 2001. Macroeconomics An Asian Perspective. Prentice Hall Singapore 11. W. Charles Sawyer.200. International Economics (2nd Edition), Prentice Hall Singapore 12. Abdul Ghafar Ismail & Md Zyadi Md Tahir. 1998. Makroekonomi Malaysia Perspektif Dasar, Penerbitan UKM. 13. Ab Razak Dan & Noraini Idris. 2002. Teori Pembangunan dan Pertumbuhan Ekonomi, Penerbitan UKM. 14. Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin, Norshamliza. 2006. Ekonomi Malaysia Edisi Keenam. Pearson Longman Malaysia.

LAMPIRAN 1 Regression Model A
Variables Entered/Removed(b) Variables Entered Variables Removed

Model

Method

35
1

LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPEN(a)

.

Enter

a All requested variables entered. b Dependent Variable: LNFDI Model Summary Adjusted R Std. Error of R R Square Square the Estimate .952(a) .906 .886 .61891 a Predictors: (Constant), LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPEN Model 1 ANOVA(b) Sum of Squares 88.263 9.193

Model Regression Residual Total

Df 5 24

Mean Square 17.653 .383

F 46.084

Sig. .000(a)

97.456 29 a Predictors: (Constant), LNTRMAS, LNCORPTAX, LNPCRAT, LNREER, LNROPEN b Dependent Variable: LNFDI Coefficients(a) Model Unstandardized Coefficients Std. B Error 25.452 7.027 -4.603 1.391 2.618 1.007 -3.305 1.258 1.213 .522 1.206 .370 Standardized Coefficients Beta -.479 .455 .251 -.233 .239 3.622 -3.310 2.159 1.927 -2.740 3.400 .001 .003 .041 .066 .011 .002 t Sig.

1

(Constant) LNREER LNROPEN LNPCRAT LNCORPTAX LNTRMAS

a Dependent Variable: LNFDI

Regression Model B
Variables Entered/Removed(b) Variables Entered Variables Removed

Model

Method

36
1

LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPEN(a)

.

Enter

a All requested variables entered. b Dependent Variable: LNFDI Model Summary Adjusted R Std. Error of R R Square Square the Estimate .953(a) .907 .883 .62665 a Predictors: (Constant), LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPEN Model 1 ANOVA(b) Sum of Squares Regression Residual 88.424 9.032

Model

Df 6 23

Mean Square 14.737 .393

F 37.530

Sig. .000(a)

Total 97.456 29 a Predictors: (Constant), LNTRUSA, LNTRMAS, LNPCRAT, LNCORPTAX, LNREER, LNROPEN b Dependent Variable: LNFDI Coefficients(a) Model Unstandardized Coefficients Std. B Error 23.887 7.522 -4.278 1.496 2.718 .948 -3.587 1.320 -.199 1.238 .537 1.298 .387 .311 Standardized Coefficients Beta -.445 .473 .236 -.252 .250 -.062 3.176 -2.859 2.196 1.766 -2.763 3.411 -.641 .004 .009 .038 .091 .011 .002 .528 t Sig.

1

(Constant) LNREER LNROPEN LNPCRAT LNCORPTAX LNTRMAS LNTRUSA

a Dependent Variable: LNFDI

Regression Model C
Variables Entered/Removed(b) Variables Entered Variables Removed

Model

Method

37
1

LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREER(a)

.

Enter

a All requested variables entered. b Dependent Variable: LNFDI Model Summary Adjusted R Std. Error of R R Square Square the Estimate .923(a) .853 .829 .75791 a Predictors: (Constant), LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREER Model 1 ANOVA(b) Sum of Squares 83.095 14.361

Model Regression Residual Total

Df 4 25

Mean Square 20.774 .574

F 36.165

Sig. .000(a)

97.456 29 a Predictors: (Constant), LNGOV, LNTRMAS, LNCORPTAX, LNREER b Dependent Variable: LNFDI Coefficients(a) Model Unstandardized Coefficients Std. B Error 30.325 7.117 -7.218 1.187 -2.335 1.798 1.060 1.394 .443 .300 Standardized Coefficients Beta -.751 -.164 .341 .396 4.261 -6.080 -1.676 4.061 3.536 .000 .000 .106 .000 .002 t Sig.

1

(Constant) LNREER LNCORPTAX LNTRMAS LNGOV

a Dependent Variable: LNFDI

LAMPIRAN 2
YEAR FDI Million(RM) REER index OEPN ratio PCRAT Ratio CORPTAX Ratio TRBMAS Rate(%) TRBUS Rate(%) GOV Million (RM)

38
1976 1977 1978 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 150 170.3 177.8 495.6 248.2 495.3 519 296.3 275.4 324.9 1688 2060 4878 8653 17629 17055 17772 6287 11339 9143.6 17056.6 11473 13063.5 12274 19848.5 18907.2 11578 13795.8 15437 17434 144.49 140.922 134.866 160.316 154.457 155.072 164.916 172.724 179.453 170.494 143.122 135.644 123.883 121.666 120.719 117.939 126.074 127.372 122.475 122.663 126.963 122.638 97.8542 98.735 100 104.876 104.998 99.2067 94.8692 95.2317 0.931957 0.927767 0.925461 1.031535 1.125872 1.108621 1.104939 1.080163 1.066298 1.046831 1.064978 1.119196 1.226242 1.366891 1.468883 1.593114 1.506112 1.579405 1.799049 1.921132 1.81767 1.856651 2.094922 2.175709 2.288752 2.144179 2.110314 2.058719 2.208627 2.23248 0.339826 0.358237 0.391928 0.414775 0.499094 0.577614 0.62753 0.699269 0.748901 0.881746 1.01466 0.895766 0.864625 0.956525 0.694127 0.737605 1.085292 1.064596 1.092172 1.244142 1.416337 1.58385 1.585052 1.491528 1.401865 1.36118 1.28962 1.26128 1.178797 1.169219 0.566312 0.478681 0.51218 0.467338 0.481107 0.473277 0.432044 0.475076 0.430237 0.445505 0.416234 0.454145 0.441049 0.466539 0.466155 0.431857 0.523154 0.546111 0.609147 0.582583 0.628455 0.618578 0.609609 0.62582 0.514676 0.517503 0.583436 0.592316 0.527722 0.519423 4.7515 3.30567 4.1325 3.35592 4.04717 4.48867 4.9575 5.12358 5.10325 4.73217 4.12467 2.67625 3.48542 5.28983 6.11592 7.27233 7.65808 6.48158 3.68167 5.50375 6.412 6.40708 6.86408 3.52575 2.86117 2.79217 2.73208 2.78833 2.39579 2.48425 4.99 5.27 7.22 10.04 11.62 14.08 10.73 8.62 9.39 7.49 5.97 5.83 6.67 8.12 7.51 5.41 3.46 3.02 4.27 5.51 5.02 5.07 4.82 4.66 5.84 3.45 1.61 1.01 2.2 4.2 847 1135 1177 1147 1746 1820 2907 2716 2599 2252 2096 1525 2366 2120 2456 2615 3517 3464 3730 4191 5655 4992 4143 4368 6411 7105 7788 10262 9442 10907

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->