You are on page 1of 17

PISMP Ambilan Januari 2011 Major Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan

Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus. __________________________________________________________________________ Tarikh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuan/Puan, MEMOHON KELULUSAN KERTAS KERJA PROGRAM PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PISMP AMBILAN JANUARI 2011 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berikut adalah butiran program yang akan : Aktiviti : Karnival Permainan Tradisional Tempat : SK Gadong Jaya Labu Negeri sembilan Tarikh : 20 Mac 2013 (10.00 pagi hingga 5.30 petang) 3. Bersama-sama ini telah dilampirkan kertas kerja berkenaan untuk makluman tuan. 4. Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. SEKIAN, : 4 FEBRUARI 2013

Yang menjalankan tugas,

Disemak oleh,

....................................... ( Humaira Binti Amer) Setiausaha, Program Karnival Permainan Tradisional.

......................................... ( En. Azulhaimi bin Ahmad) Pensyarah Penasihat PJM 3112, IPG, Kampus Raja Melewar.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT IPG. Negeri sembilan ANJURAN: PISMP SEMESTER 5 PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2011 .00 pagi hingga 5.30 petang) BERTEMPAT DI : IPG Kampus Raja Melewar Seremban. KAMPUS RAJA MELEWAR (UNTUK MEMENUHI KEHENDAK PROFORMA (PJM 3112) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MAJOR PENDIDIKAN JASMANI) TARIKH: 20 Mac 2012 (10.

2. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga. Di Malaysia. mengambil peluang untuk mengekalkan warisan inisupaya tidak reput dek hujan. Dalam usaha untuk menaikkan semula permainan tradisional yang menjadi warisan nenek moyang kita kepada generasi muda. kami selaku bakal pendidik. permainanpermainan ini kian dilupakan oleh generasi muda terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. tidak lekang dek panas dan memperkenalkan kepada anak didik khususnya generasi muda dalam penganjuran karnival permainan tradisional. Melalui karnival ini adalah diharapkan para siswa guru dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan.1. Maka. terdapat pelbagai kaum yang mana. . hampir setiap satunya mewarisi permainan tradisional oleh nenek moyang mereka. permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. karnival ini dijadikan batu loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainanpermainan tradisional di negara kita. memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum. Bukan itu sahaja. bertanggungjawab.Dalam aktiviti ko-kurikulum aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatusukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. ketinting. Namun setelah arus pemodenan merubah zaman. dan melahirkan generasi yang aktif. galah panjang. malah bakal pendidik juga diberi peluang untuk mengasah kemahiran dalam sesebuah penganjuran sesuatu aktiviti. mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan dengan cemerlang.0 PENGENALAN Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita. kabaddi dan sebagainya. aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama. Disamping itu.0 RASIONAL Murid sekolah rendah merupakan aset negara yang akan meneraju masyarakat di masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk memastikan ianya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Walau bagaimanapun.

Selain dapat memberi peluang kepada bakal guru pelatih dalam memantapkan dan menajamkan lagi kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang.1 Memberi pengalaman kepada bakal pendidik dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau karnival sukan.30 petang 6.4 5.3 Memupuk integrasi nasional antara pelbagai kaum dalam kalangan murid sekolah rendah. 4.0 OBJEKTIF Objektif karnival sukan tradisional ini adalah : 4. 4. Seremban Negeri Sembilan 7. Cadangan permainan tradisional ialah : a.0 Melahirkan murid sekolah rendah yang aktif dalam pelbagai jenis sukan. TARIKH 20 Mac 2013 (Rabu) 10. Bukan itu sahaja.0 TEMPAT Padang IPG Kampus Raja Melewar. Bulu Ayam.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar IPG Kampus Raja Melewar minor Pendidikan Jasmani.2 Memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia dan cara permainannya.00 pagi hingga 5. . malahan permainan tradisional juga dapat diangkat tinggi setaraf dengan permainan-permainan lain di negara kita.3.0 MATLAMAT Melahirkan murid sekolah rendah yang mampu menghayati dan mengangkat warisan masyarakat ke mata generasi muda disamping dapat merancang dan menguruskan sesuatu karnival sukan sebagi pengalaman awal sebelum melangkah ke alam perguruan kelak. 4. 4.

30 x 10 paket RM 23.00 RM 20.00 4 katon 2 katon 6 biji 10 helai 10 helai 3 gulung 3 gulung *Bekalan daripada stor pusat JUMLAH KESELURUHAN RM 133.8.00 2. Alat tulis        A4 putih A4 warna Marker pen Kertas Mahjong Kad Manila Tali Rafia Binding Tape RM 2. Stor Pusat   Air Mineral Cenderahati 5 kotak 5 buah *Bekalan daripada Stor Pusat 3.00 x 9 acara RM 20.00 X 1 sekolah RM 90. Hadiah   Hamper Plak cenderahati RM 10. Keperluan persiapan tempat (tepung) 4.00 .0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sumber perbelanjaan : Sumbangan pelajar PISMP semester 5 Major Pendidikan Seni Visual PERKARA KUANTITI JUMLAH 1.

10. Kampus Raja Melewar) Penasihat : Encik Azulhaimi bin Ahmad (Pensyarah Penasihat bagi subjek PJM 3112) 10.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN Pengerusi : Sdra Mohamed Syafiq bin Mohamad Karim Naib Pengerusi : Sdra Mohd Haniff bin Zaini Setiausaha Bendahari : Sdri Humaira binti Amer : Sdri Nurul Farhana binti Haron 10.2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL Peralatan : Sdra Ahmad Izzudeen bin Shukor Sdri Siti Khadijah binti Ismail : Sdri Noor Amani binti Mohamed Pesri Sdra Muhammad Farhan bin Zakaria Sdra Mohd Firdaus bin Mohamad Zulkifly Hadiah dan Pengacara Majlis Keselamatan : Sdra Luqman Nul Hakeem bin Abd Rahim Sdri Nurhazimah binti Rahmat : Sdri Nur Hamizah binti Mohd Kasmani Sdri Nurul Wahida binti Mohd Rawi Dokumentasi dan Laporan Pengangkutan & Perhubungan : Sdra Mohamad Arif bin Ab Rahim .K Bapotti ( Ketua Jabatan PJPK.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung : Tuan Haji Musa bin Abdullah (Pengarah Institut Pendidikan Guru. IPG.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA Rujuk Lampiran 1 untuk bidang tugas setiap ahli jawatankuasa.9. Kampus Raja Melewar) Ketua Penasihat : Puan Suraya Bibi binti A.

3 : Saudari Ainina binti Abdul Ilah AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN Tarik upih : Sdra Shanmugam a/l Chandrasagaran Sdra Aizat bin Ab Fatah : Sdra Mohamad Arif bin Mazland Sdra Abdul Mujib bin Rahimi : Sdra Ahmad Izzudeen bin Shukor Sdra Mohd Amirul bin Awang : Sdra Muhammad Farhan bin Zakaria Sdra Mohd Firdaus bin Zulkifly : Sdra Mohamed Syafiq bin Mohamad Karim Sdri Siti Khadijah binti Ismail : Sdra Sabri bin Mohd Hambali Sdra Luqman Nul Hakeem bin Abdul Rahim : Sdri Nokalamal a/p Mokhan Sdri Nurhazimah binti Rahmat Sepak raga bulatan Captei Konda kondi Baling selipar Kaki Gajah Tolak rim Peragaan pakaian tradisional :Sdri Nurul Atiqah binti Azami Sdri Nurul Farhana binti Haron 11.0 PENUTUP . 12.0 PERATURAN PERMAINAN Sila rujuk lampiran 3 13.Buku Program 10.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran 2.

....... Bukan itu sahaja...... Program Karnival Permainan Tradisional...Semoga semua perancangan dan pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2013 ini berjalan dengan lancar dan mencapai semua matlamat dan objektifnya. malah di harapkan dengan penganjuran Karnival Permainan Tardisional dapat membantu guru pelatih dalam menaikkan semula keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi kini..... ( Humaira Binti Amer) Setiausaha.... .......... SEKIAN. Yang menjalankan tugas... Kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan sangat membantu guru pelatih dalam mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang.... Lampiran 1 ......

Bendahari Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan AJK. Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program. Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang Setiausaha             pengurusan dan pentadbiran.JAWATAN Pengerusi      Naib pengerusi PERANAN BIDANG TUGAS Bertanggungjawab kewangan dan aktiviti.   Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat. Bersama pengerusi menentukan tempat. Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya. Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan. Bertanggungjawab menentukan hala tuju program. arahan daripada penasihat program dapat dalam menguruskan pentadbiran. Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan. tarikh dan agenda mesyuarat. Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. Memastikan dijalankan. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. masa. Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik .

Menyediakan peralatan yang perlu digunakan semasa majlis penyampaian hadiah.      Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik. Membuat tempahan terhadap hadiah yang ingin digunakan serta menyediakan hadiah dalam kuantiti yang mencukupi bagi sesuatu program.       melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin.  Menyimpan semua resit-resit. buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Memastikan kebersihan tempat makan. AJK Dokumentasi dan Merekodkan segala maklumat mengenai projek atau aktiviti . makanan yang berlebihan dan sebagainya. Menyediakan laporan wang keluar masuk setiap kali mesyuarat. AJK Hadiah Merancang jenis hadiah yang akan diberikan.program. Menandatangani cek-cek bersama pengerusi atau setiausaha atau kedua-duanya sekali AJK Makanan Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan bagi jawatan kuasa sepanjang program berlansung. Mengemaskan dan membersihkan tempat mkan.    Menyediakan cenderamata bagi pihak tetamu kehormat.  Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan. Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah. Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan program.

Memahami dan menjadi pengadil bagi setiap permainan tersebut. Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakam sesuatu aktiviti atau projek. Menyediakan keperluan bagi setiap permainan supaya berjalan dengan lancar. Merancang aktiviti kawalan malam.      Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar.Laporan  yang telah dijalankan sebagai rujukan. Membawa beberapa unit kelengkapan seperti “first aid” AJK Pengangkutan dan Peralatan    Bas perlu ditempah pada hari berkenaan. Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini. AJK Buku Program   Menyediakan satu buku program yang mengandungi kesemua perkara yang berkaitan dengan program.  AJK Keselamatan Membuat laporan lengkap Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti terjamin. Melakukan pemeriksaan bagi setiap peralatan berada dalam keadaan yang baik sebelum proses menyimpan barang.  Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlansung. AJK Permainan Tarik Upih    Merancang peraturan bagi permainan yang dipertanggungjawabkan. Menyediakan satu senarai semak bagi setiap peralatan yang akan digunakan dalam semua permainan. Menyediakan pamplet berkaitan dengan sejarah permainan-permainan tradisional. .

m Permainan 3: Sepak raga bulatan Penyelaras permainan : Saudara Mohd Arif Mazland dan Saudara Abdul Mujib 3.30 p.m Upacara penutupan dan AJK Hadiah Shanmugam dan Saudara penyampaian hadiah 5.45 p.m 5.15 p.m Permainan 6: Tarik upih Penyelaras permainan: Saudara Aizat 4.45 p.m Permainan 7 :Peragaan pakaian Urusetia permainan: tradisional Saudari Nurul Atiqah dan Saudari Nurul Farhana.m Permainan 4: Tolak rim Penyelaras permainan : Saudari Nurhazimah dan Saudari Nokalamal 4.m Permainan 5: Kaki gajah Penyelaras permainan: Saudara Luqman Nul Hakeem dan Saudara Sabri 4.55 p. Urusetia Saudari Nurul Atiqah dan Saudari Nurul Farhana. 3.Lampiran 2 MASA 2.45p.00 p.15 p.m Sesi fotografi Bersurai AJK Dokumentasi Semua .m Permainan 1: Captei Penyelaras permainan : Saudara Ahmad Izzudeen dan Saudara Mohd Amirul 3.00 p.m Permainan 2: Konda kondi Penyelaras permainan : Saudara Mohd Haniff 3.m 2.15 p.30 p. 4.m 2.00 p.30 p.m AKTIVITI Pendaftaran peserta Taklimat peserta Ketibaan tetamu kehormat PERKARA Tindakan AJK Urusetia Pengerusi akan menyampaikan taklimat.

peserta akan memulakan semula di garisan penamat.  Permainan boleh diteruskan walaupun bulu ayam/chapteh telah jatuh ke tanah asalkan masa yang diberikan (5minit) belum tamat.     Perlakuan ini akan diulang sehingga keenam-enam peserta selesai melakukannya. Peserta diwajibkan berpakaian sesuai dan berkasut sukan. Peserta tidak dibenarkan untuk masuk ke garisan lawan.Kesemua mereka dikehendaki berdiri di belakang garisan mula yang telah ditetapkan.  Bilangan kiraan disambung semula apabila bulu . Peserta terakhir yang pertama sampai ke garisan penamat dikira sebagai pemenang.  Captei Peralatan : Bulu ayam captei (4) Tepung (2) Pita ukur       Ahli pasukan terdiri daripada 3 orang mewakili setiap sekolah masing-masing. Timbangan akan dilakukan selama 5 minit. Kumpulan yang berjaya menimbang paling banyak dikira sebagai pemenang. PERMAINAN  Tolak rim Peralatan: Rim basikal (8) Kon kecil (22) Kayu lurus (8) Wisel (1)   Setiap PERATURAN PERMAINAN kumpulan mempunyai 6 orang peserta. Pastikan timbangan sentiasa dilakukan dalam bulatan berdiameter 4 meter. peserta pertama perlu menggolek rim basikal kehadapan dengan menggunakan kayu yang disediakan dan membuat pusingan pada kon yang telah ditetapkan pada jarak 10 meter. Pemain diwajibkan untuk menimbang bulu ayam tersebut dengan menggunakan bahagian tepi tumit kaki atau dengan lutut. Apabila wisel ditiupkan.Lampiran 3 Peraturan permainan tradisional yang dipertandingkan. Sekiranya rim jatuh.

 Pemarkahan meliputi aspek : Persembahan Penampilan Kostum Suara Kreativiti . Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi 3 kali sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain.   Pemainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi daripada mana-mana pemain.ayam jatuh ke tanah. Peserta perlu memperagakan pakaian tradisional mereka dan menceritakan perihal mengenai pakaian yang dipakai dalam tempoh satu minit.   Sepak raga bulatan Peralatan:  Bola takraw   Keputusan juri adalah muktamad.  Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola. Terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar menjolok mata seorang wakil bagi setiap kategori. Sebelum permainan dimulakan.  Pemain boleh diberhentikan apabila berlaku perkaraperkara batal iaitu kedua-dua kaki melebihi garisan bulatan atau tempoh bagi sesuatu permainan mencukupi.   Peragaan tradisional Tema “1 Malaysia” Sopan dan tidak   pakaian   Bilangan timbangan bola paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Terbuka kepada Tahap 2 sekolah rendah. Bilangan pemain seramai 5 orang setiap sekolah. semua pemain hendaklah berdiri dalam kawasan bulatan dan kedudukan hendaklah dikekalkan semasa permainan sedang berjalan.

ketua bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 peserta dalam kumpulannya perlu berdiri membelakangi - Batang kayu kecil (2) (berukuran 15 – 20 cm) lubang yang dibuat di tanah. Mana-mana pasukan yang kayunya masuk atau hampir  dengan lubang akan memulakan permainan. . Bagi memulakan permainan. kayu (1)  Masing-masing sebatang kayu akan kecil dibekalkan dan diminta dengan untuk - Batang panjang (pemukul) melontarkan  kayu tersebut kebelakang memasuki atau hampir dengan lubang. Peserta yang duduk di atas upih harus memastikan kedua-dua belah kaki mereka tidak terkeluar daripada upih.   Satu lubang akan dibuat dikawasan pemukul. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu kecil melintang lubang. Kumpulan yang menamatkan dahulu akan dikira sebagai pemenang. Larian sejauh 10 meter dan peserta harus patah semula ke garisan permulaan. Tarik upih Peralatan : Upih kelapa Helmet       Ahli kumpulan terdiri daripada 2 orang mewakili setiap upih. Sebarang pertanyaan selepas keputusan muktamad tidak akan dilayan. Jarak keseluruhan bagi seorang pemain adalah 20 meter.      Konda Kondi Peralatan : Peserta yang jatuh dari upih diberikan peluang untuk menaiki semula dan meneruskan permainan. Peserta harus memakai pakaian yang sesuai dan seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali. setiap kumpulan akan dibekalkan dengan upih kelapa dan juga helmet.

tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya.kemudian kayu panjang digunakan untuk menguis kayu kecil itu supaya melambung ke udara. Satu jarak kayu kecil dikira satu mata. pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Tempurung kelapa ini dijadikan sebagai alas kaki atau seperti terompah tetapi bentuknya adalah bulat.  Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian. semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu.  Kedua-dua belah hunjung tali diikat pada bahagian dalam tempurung kelapa supaya .  Sebaliknya.   Kaki Gajah   Tempurung kepala Tali Mata kemenangan ditetapkan sebanyak 20 mata. setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu.  Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi. mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. cuma pemain itu sahaja yang dikira mati.   Permainan ini hanya menggunakan dua belah tempurung kelapa dan tali.  Permainan akan diambil alih oleh pasukan lawan. ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah.

 Peserta akan memasukkan kedua-dua celah ibu jari kaki pada tali. berdiri dengan stabil sambil memegang bahagian tengah tali.bersambung. Peserta yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang .   Kemudian peserta akan berjalan atau berkumba dengan peserta lain sehingga ke penamat.