You are on page 1of 14

Tuesday, March 24, 2009

PENGENALAN.

selayang pandang

renungan pendidik(PENGURUSAN BILIK DARJAH)
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik. DEFINISI PENGURUSAN. Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum. Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.<!--[if !supportFootnotes]->[1]<!--[endif]--> Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.<!--[if !supportFootnotes]-->[2]<!--[endif]-->Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut. Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.<!--[if !supportFootnotes]-->[3]<!--[endif]-->

<!--[if !supportFootnotes]->[9]<!--[endif]--> Menurut Lee Shok Mee(1995). pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Untuk konsep yang lebih luas.<!--[if !supportFootnotes]-->[5]<!--[endif]--> DEFINISI BILIK DARJAH.mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran.sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah.fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber. kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah.<!--[if !supportFootnotes]-->[4]<!--[endif]--> Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan. dan memastikan keadaan.<!--[if !supportFootnotes]-->[10]<!--[endif]--> . pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.<!--[if !supportFootnotes]-->[6]<!--[endif]--> Secara amnya.<!--[if !supportFootnotes]->[7]<!--[endif]--> DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH. gerak kerjanya termasuk merancang mengelola.objektif organisasi atau kumpulan. bilik darjah tidak semata. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. tetapi mencakupi pelajar. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. memimpin.Menurut perspektif Islam.pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.<!--[if !supportFootnotes]-->[8]<!-[endif]--> Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan. mengarah dan mengawal.falah di dunia dan di akhirat. bilik darjah ialah bilik.ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al.

<!--[if !supportLists]-->3)<!--[endif]-->Operasi. tingkahlaku. sosial. ASPEK. bahan bantu mengajar. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran.ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal. Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. meja. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan.FAKTOR. <!--[if !supportLists]-->2)<!--[endif]-->Kebendaan. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi. ruang pembelajaran. Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. syahsiah dan kerjasama antara mereka. alatan. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi. emosi dan penyusunan bilik darjah.FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran. papan pameran dan berbagai.bagai perabot lain dengan sempurna. buku dan hiasan dalam bilik darjah. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid.<!--[if !supportFootnotes]-->[11]<!-[endif]--> <!--[if !supportLists]-->1)<!--[endif]-->Manusia. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. iklim dan persekitaran bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran. merancang dan menggunakan perkara. .perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid.<!-[if !supportFootnotes]-->[12]<!--[endif]--> Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi. dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Pertama.

Pada zaman dahulu.ubah dari segi fizikal.murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya.<!--[if !supportFootnotes]-->[15]<!--[endif]--> Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Walaupun tempat. mengadakan prosedur dalam . kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.<!--[endif]-->Kerusi dan meja murid.tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab. setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Dari aspek pengurusan iklim fizikal.<!--[if !supportFootnotes]-->[13]<!--[endif]--> Selain itu. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Selain itu.murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan. tugasan. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan. Murid.<!--[endif]-->Meja guru. dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah. tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar. dan ditentukan oleh guru. penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin. semua murid dapat melihat guru. kerana murid. Di kedudukan ini. namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. berbudi bahasa.Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan. <!--[if !supportLists]-->1. kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid. Penyusunan kerusi. bertanyakan soalan. penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. <!--[if !supportFootnotes]-->[14]<!--[endif]--> <!--[if !supportLists]-->2. guru hendaklah merancang pergerakan pelajar. mewujudkan kumpulan perbincangan.meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid.

Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya. yang melampaui tingkahlaku manusia.<!--[if !supportFootnotes]-->[16]<!-[endif]--> Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula. mesej atau isyarat kepada pihak lain. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej.peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.dua belah pihak. mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan. Tindak balas atau .murid maka komunikasi lisan telah berlaku. guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua. aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.<!--[if !supportFootnotes]-->[19]<!--[endif]-> Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat. dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik. dapat menjinakkan mereka. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. di samping menggunakan segala sifat mahmudah. menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah. perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. samaada lisan atau bertulis.<!--[if !supportFootnotes]-->[17]<!--[endif]--> Kedua. dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. <!--[if !supportFootnotes]-->[18]<!--[endif]--> Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid.

Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret. Menghormati perasaan orang lain. . Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individuindividu atau kelompok. Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif.reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Menyesuaikan diri dengan situasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat. seseorang itu perlu menghormati orang lain. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza. 4.<!--[if !supportFootnotes]-->[20]<!--[endif]--> Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:<!--[if !supportFootnotes]-->[21]<!--[endif]--> 1. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Menggunakan bahasa yang berkesan. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Komunikasi berlaku antara dua pihak. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. di samping kognitif dan psikomotor. iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Kesediaan untuk mendengar. jelas dan ringkas. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. 2. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah.leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. 5. guru juga perlu menjadi penerima maklumat. 3.kelompok yang berbeza. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. Sebagai guru.

murid yang hanya pasif didalam kelas.murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran. huraian sukatan. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran.murid yang diajar dalam bilik darjah. aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.aktiviti mental. Oleh yang demikian murid. Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. 2.prinsip pengajaran yang baik:<!--[if !supportFootnotes]-->[23]<!--[endif]--> 1.murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan.percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Umpamanya murid. kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip.Ketiga. Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid. Murid.murid.prinsip yang tertentu. . Prinsip. kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran. bahan rujukan tambahan samaada dari buku. penyeliaan.kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet. Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:<!--[if !supportFootnotes]-->[24]<!--[endif]--> 1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid. Merancang kurikulum. Oleh kerana itu. penilaian dan refleksi. sukatan. guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid.murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti. pelaksanaan.<!--[if !supportFootnotes]-->[22]<!--[endif]--> Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran. murid.benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan.murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai. Guru hendaklah benar. 2.murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid.buku yang terdapat di kedai. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan.murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran.

3. 3.contoh yang telah mereka alami. Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab.lain. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkandengan pengalaman yang telah ada pada mereka. bahan bantu mengajar. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula.murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Hasilnya. bercerita dan sebagainya. Oleh itu. sederhana dan miskin. perdebatan.murid untuk mencapai kejayaan. Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid.<!--[endif]-->Melakukan perancangan dalam pengajaran. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Dalam hal ini. Di dalam bilik darjah.murid. syarahan. Dengan itu. proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik. rancangan pengajaran tahunan. soal jawab.pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid. 4. . Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu. isi pelajaran akan lebih mudah difahami. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian. sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh.<!--[if !supportFootnotes]-->[25]<!--[endif]--> Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai.kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan. sederhana dan lemah. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid murid. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid. latih tubi. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul. dialog. <!--[if !supportLists]-->5. 4. Diantara kaedah. kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain.

Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran.<!--[endif]-->Guru kurang berfungsi. pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah. . dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Di peringkat ini. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib.<!--[if !supportFootnotes]-->[27]<!-[endif]--> Secara umum. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses. Pada hakikatnya. pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat. mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan.<!--[if !supportFootnotes]->[26]<!--[endif]--> Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah: <!--[if !supportLists]-->1. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Guru perlu sedar dan peka.masalah didiplin. ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.peraturan yang diterima umum. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Keempat.

golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah. Maka akan berlakulah sikap. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. golongan.kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. seterusnya membawa kepada masalah disiplin. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri.Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid. murid. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik.<!--[endif]-->Wujud kumpulan tertentu. Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran.sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin. <!--[if !supportLists]-->4. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.<!--[endif]-->Ganjaran perlakuan yang baik. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan.<!--[if !supportFootnotes]-->[28]<!--[endif]--> <!--[if !supportLists]-->1. <!--[if !supportLists]-->2. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana. Kebiasaannya. Oleh itu.murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik.murid. Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. .<!--[endif]-->Halangan komunikasi. <!--[if !supportLists]-->2. Kesannya. Biasanya.<!--[endif]-->Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid. akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah.<!--[endif]-->Penggunaan bahasa isyarat. Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. <!--[if !supportLists]-->3.mana peringkat samaada rendah mahupun menengah.murid juga gagal dicapai.

KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat. Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. seperti merancang. Pertama. Dengan latihan dan kepakaran yang ada. kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. iaitu kemahiran berkomunikasi. mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. seperti merenung atau menggelenggeleng kepala kearah murid tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan.<!--[if !supportFootnotes]->[29]<!--[endif]--> Kedua. kemahiran merancang dan mengurus. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Cole (1994). Keempat. <!--[if !supportLists]-->3.<!--[endif]-->Mempelbagaikan kaedah pengajaran. banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru. Ada kalanya. merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru. Penggalakkan murid. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid. <!--[if !supportLists]-->4. masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid.murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut.<!--[endif]-->Gunakan kaedah kaunseling. guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.<!--[if !supportFootnotes]-->[30]<!--[endif]--> .

Utusan Publication& Distrib. KESIMPULAN: Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas. Pendidikan Islam: Falsafah.S Yong. insyaAllah. 2.D (1980). komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal. Din(2003). RUJUKAN: 1. Guru dan Sekolah(edisi kedua).Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. daya kreativiti.Kuala Lumpur: Helnemann Asia. semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai. Atan Long Ph. Pedagogi dan Metodologi. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd. Bhd. Ee Ah Meng (2000). Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Isu.Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal.Ketiga. <!--[if !supportFootnotes]--> . Oleh itu. Ini kerana. Leonard M.blogspot.Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Falsafah Pendidikan. serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Selangor. Prinsip dan Amalan Pengajaran. iklim. Pendidikan diMalaysia. 5.com 6. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang. Ahmad Mohd Salleh (1997). 7. diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. 4. 3. Karen L (1996). Guru Yang Kreatif. pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. http://dukeamienerev. Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983). Abd. Ghafar Md.

12 am <!--[if !supportFootnotes]-->[7]<!--[endif]--> Abd.m <!--[if !supportFootnotes]-->[23]<!--[endif]--> Atan Long Ph. Sharifah Alwiyah Alsagof . Abd. Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran.blogspot. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. hal 91-92 <!--[if !supportFootnotes]-->[22]<!--[endif]--> http://dukeamienerev. Falsafah Pendidikan. Din. Bhd.com Dipetik pada: 20/2/09 12. Guru dan Sekolah(edisi kedua).Selangor. Hal 6. Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. hal 44 <!--[if !supportFootnotes]-->[15]<!--[endif]--> Ibid. <!--[if !supportFootnotes]-->[21]<!--[endif]--> Ibid. Hal 263 <!--[if !supportFootnotes]-->[14]<!--[endif]--> Op. Utusan Publication& Distrib Hal 88. <!--[if !supportFootnotes]-->[12]<!--[endif]-->Op. Pendidikan Islam: Falsafah. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.m <!--[if !supportFootnotes]-->[17]<!--[endif]--> http://dukeamienerev.blogspot. hal 269. <!--[if !supportFootnotes]-->[2]<!--[endif]--> Ibid hal 6. Hal 55.blogspot.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. <!--[if !supportFootnotes]-->[8]<!--[endif]--> Ibid. Cit . Cit. Hal 184. Pedagogi dan Metodologi. Hal 2 <!--[if !supportFootnotes]-->[24]<!--[endif]--> Ahmad Mohd Salleh (2003). Cit. Pendidikan Islam. Hal 262 <!--[if !supportFootnotes]-->[20]<!--[endif]-->Op.12 a.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.blogspot.blogspot.12 a. Di petik pada 20/2/09 12. Ghafar Md. hal 88.12 am <!--[if !supportFootnotes]-->[6]<!--[endif]--> http://dukeamienerev.com Dipetik pada: 20/2/09 12. Ghafar Md.com Di petik pada: 20/2/09 12. <!--[if !supportFootnotes]-->[3]<!--[endif]-->Ibid hal 6 <!--[if !supportFootnotes]-->[4]<!--[endif]--> Op. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 269 <!--[if !supportFootnotes]-->[11]<!--[endif]--> Ibid. <!--[if !supportFootnotes]-->[10]<!--[endif]--> Ahmad Mohd Salleh (1997). Hal 91.<!--[endif]--> <!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]--> Azman Che Omar(2003). Shah Alam: Fajar Bakti. <!--[if !supportFootnotes]-->[5]<!--[endif]--> http://dukeamienerev.com Dipetik pada: 20/2/09 12.D (1980).com. <!--[if !supportFootnotes]-->[16]<!--[endif]--> http://dukeamienerev. Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Che Omar. Hal 9.blogspot.m <!--[if !supportFootnotes]-->[18]<!--[endif]--> http://dukeamienerev.Cit. Din(2003). Sharifah Alwiyah Alsagof .Cit. Falsafah.Pedagogi Kaedah Am Mengajar. <!--[if !supportFootnotes]-->[9]<!--[endif]--> Sharifah Alwiyah Alsagof (1983).m <!--[if !supportFootnotes]-->[19]<!--[endif]--> Op.12 a. . Ee Ah Meng. hal 45. Pendidikan diMalaysia. hal 23 <!--[if !supportFootnotes]-->[13]<!--[endif]--> Ee Ah Meng (2000).12 a.com Di petik pada: 20/2/09 12.

<!--[if !supportFootnotes]-->[30]<!--[endif]--> Leonard M. Ghafar Md. Hal 5.Cit.Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal. <!--[if !supportFootnotes]-->[29]<!--[endif]--> Op. Ghafar Md. Isu. hal 101 <!--[if !supportFootnotes]-->[28]<!--[endif]-->Ibid. Din. Ghafar Md. Karen L (1996). <!--[if !supportFootnotes]-->[26]<!--[endif]-->Op.Cit. Hal 98-100. Abd. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd. Abd. Hal 101. Din. <!--[if !supportFootnotes]-->[27]<!--[endif]--> Ibid.<!--[if !supportFootnotes]-->[25]<!--[endif]--> Op. Din.S Yong. hal 101.Cit.hal 89. Guru Yang Kreatif. Abd. Posted bywadah ilmiahat7:18 PM .