Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan Nampaknya di kalangan masyarakat umum. laku bermasalah boleh tingkah

menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. yang Dengan bertambahnya moden, bilangan sikap anggota tidak masyarakat berpendidikan yang

mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anakanak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

1

Tingkah laku Bermasalah

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guruguru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan muridmurid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru. PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘ abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanakkanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran 2

Tingkah laku Bermasalah

dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. seorang Oleh guru yang demikian, adalah menjadi yang tanggungjawab mengenalpasti murid-murid

bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :1. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

3

melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan  pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya. menunjukkan reaksi bimbang. perasaan malu pada kawankawan  Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan – kelakuan – tingkah atau laku yang laku boleh yang membahayakan orang lain. tidak diri yakin diri – malu untuk menunjukkan diri.Tingkah laku Bermasalah  Kebimbangan – sentiasa berasa takut.  Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah. sikap rendah diri yang terlalu tinggi. teragak-agak memberi pendapat atau pada – kebolehan suka menggangap orang lebih baik dari dirinya  Pengasingan tidak bergaul berkomunikasi dengan kawan-kawan. berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku. tiada keyakinan diri.  Hiperaktif Kelakuan bertingkah tersangat agresif  nakal suka menggangu kawan-kawan.  Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya 4 . banyak bercakap . membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.  Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran. tidak boleh berdikari  Pengunduran idea. terlalu manja. sering atau kebolehan.

kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic dapat dibentuk dan tidak stabil. kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain. menggores atau menconteng meja.  Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen. berlawan. lucah. sekolah dan masyarakat.  Permusuhan nyata – suka bergaduh. memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah. kurang ajar. dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat. ingkar. mematahkan alat pengepam tandas. selalu membuat salah. marker atau tapak kaki.Tingkah laku Bermasalah  Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar. mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.  Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral  Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik  Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah. bertumbuk.  Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. tidak sopan Mengikut Despert ( 1965 ). melawan. bertindak membuli atau menakutnakutkan murid-murid lain. pensil. tidak 5 .

Tingkah laku Bermasalah Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. 2. Di dalam sebuah sekolah. iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “. Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat  Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir  Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawankawan yang lain Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :- 6 . Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat  Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendakkehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.

menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran 7 . Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas. terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : • • • • • • • • • • • Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.Tingkah laku Bermasalah Tingkah Laku Bermasalah Tingkah Tingkah Laku Bermasalah Bermasalah Positif Tingkah Tingkah Laku bergantung disruptif distruktif cepat pintar proaktif tahu Tingkah laku merujuk kepada perbuatan belajar Laku Negatif Laku ingin cerdas oleh yang dilakukan seseorang.

:Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah. Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ). Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.Tingkah laku Bermasalah • Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi ( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child ) Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “. Maslow. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat adalah Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku” . 8 . Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendakkehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar.menyatakan antaranya seperti berikut : Faktor Diri Murid Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri.  Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Combs.

1971 dan Reynolds.  Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘ mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. 9 .  Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley.Tingkah laku Bermasalah Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. 1977 ) Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini 2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. Ia sesuai untuk mengatasi masalah sama ada negatif atau positif. kedudukan kawasan.Tingkah laku Bermasalah PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi Tingkah laku : Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. bilangan ahli. kemudahan 10 . ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah : Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah. Antara langkah-langkah sistematik ialah :        Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah.

perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi  Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan. tiada kemudahan asas  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang tidak menarik. selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan. jauh dari bandar. kawasan sekolah yang kotor.  Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor. keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar. tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid  Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang. disiplin yang terlalu ketat. terpencil.Tingkah laku Bermasalah  Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan pembinaan. tiada kompromi dari guru  Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam 11 . maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian. cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid Dunhill ( 1965 ).

Tingkah laku Bermasalah TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi bersistematik pelaziman.  Peneguhan Positif 12 . 1 Peneguhan  Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ). Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. tingkah untuk ialah laku ialah suatu laku pendekatan melalui yang teknik yang aplikasi sesuai mengubah huraian tingkah Berikut pelbagai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku muridmurid di sekolah. tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya. 3 Reverse Psychology Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. 5 Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. Apabila individu terlupa. markah.Tingkah laku Bermasalah Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. 2 Denda dan Peneguhan Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. 13 . peratus. 4 Shaping Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur.  Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

Masalah Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanakkanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-kanak. 2.Tingkah laku Bermasalah 6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis ) Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis. dominan. terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanakkanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. garang . Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan. 1. ketiadaan jaminan keselamatan. 7 Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Pengaruh Rakan Sebaya 14 . sikap ibu bapa yang terlalu kasar. Ia dilakukan seperti berikut :a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan Program Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. televisyen.Tingkah laku Bermasalah Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Kanakkanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca .minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar. 3. 1986 ) 4. 15 . Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Pengaruh Media Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Pengaruh Genetik atau Baka Menurut Teori Roe. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. ( Bandura. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).

maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.Tingkah laku Bermasalah Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka. Gragey ( 1970 ). 16 . Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru. Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. tidak bersopan dan juga menetang guru. Maslow dan Rogers ( 1962 ). Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah. mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah.Tingkah laku Bermasalah CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH 1. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran. murid suka berjalanjalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku. murid tidak duduk diam di tempatnya. amaran atau dendaan. Apabila sudah tidak ditegur atau 17 . Murid yang berkelakuan nakal Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. ditegur atau dimarah. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda . Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran . tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya.

didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab behavioris. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• • • Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. Burt ( 1953 ). Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi. dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab. Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan muridmurid berkelakuan nakal. kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.Tingkah laku Bermasalah dimarah atau diingatkan oleh guru. 18 .

merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain. kebiasaannya berwajah murung. Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Pengasingan Diri Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Kemungkinan. Murid ini lebih banyak berkhayal 19 . Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna. Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga. 2. kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan . Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru. tidak ceria dan kurang senyum.Tingkah laku Bermasalah • • Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif. Guru harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil.

Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas. Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial.Tingkah laku Bermasalah atau mengelamun ketika belajar. guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh. 20 .menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . disayangi oleh ibu bapa. • Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik. • Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Muird-murid contoh dijadikan sebagai model. • Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku . • Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah. dihargai dan disayangi . Sesetengah pula. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam akademik.

Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. penghargaan. pujian. Dalam konteks bimbingan dan kaunseling. perbalahan tentang perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa. leteran. kemudahan. murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi.  Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran  Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga  Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru  Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi saiz. 1996 ) Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut : Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa.hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka. meminta pendapat atau respon. melalui bimbingan dan kaunseling. bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan. murid yang suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan 21 . mendekati murid. Oleh itu. ( Suradi Salim . Contohnya: menyoal murid.Tingkah laku Bermasalah • Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. • Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran. membimbing murid dan memberi semangat jika perlu.

Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. pen atau marker ). 22 dan percaya bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang . Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Dalam proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati. 3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel. Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng.Tingkah laku Bermasalah seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran sosial. tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat dialami. Selain itu. Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘tingkah laku kebegantungan sepadan model itu’.

menengah. Pada . tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. lincah. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Dengan erti kata lain. Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah. meja di dalam kelasnya.Tingkah laku Bermasalah Contoh : Ali sering menconteng lain. sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. namun sikap Ali masih tidak berubah. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak yang baik ‘ ialah kanak-kanak yang pendiam. tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap. Kanak-kanak yang aktif. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. dia juga turut menconteng meja kawankawannya yang Perbuatannya memang disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali . Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. universiti dan 23 seterusnya dewasa. berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal. tidak Kadangkala. pasif. Oleh itu. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. terlalu banyak bercakap atau bertanya.

kehadirannya ke sekolah tidak tetap. lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Beliau menjelaskan muridmurid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar. menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh. Mereka dididik untuk tunduk. Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah. kurang minat terhadap sekolah. benci pada peraturan. cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan. Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri. 24 .1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88. dikeji atau didenda. dicaci.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34. Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanakkanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah .Tingkah laku Bermasalah keseluruhannya. Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah. reactionist dan orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai bukannya actionist. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah.

dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan behavioris. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. • Murid bermasalah akan dirujuk kepada Guru dan Bimbingan. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas. hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan. dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif.Tingkah laku Bermasalah Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan ‘vandalism‘. Dalam kes ini. murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain. • Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. • • Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku. murid Guru bimbingan bimbingan. suka melihat benda itu hancur. • Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar menerokai masalah diberikan harta benda dengan menggunakan teori mazhab 25 . Murid diingatkan.

Ada yang menggangap kita tahu. penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras. lebih kuat daripada kanakkanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam 26 . 2.terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai sepenuhnya.Tingkah laku Bermasalah murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanakkanak biasa. Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal. Antaranya ialah :1. 5. Akibatnya. Semasa kebolehan kecil lagi sudah menunjukkan menyusun perkataan bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan dan frasa yang bermakna. personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian yang dilakukan. Mungkin lebih besar. tetapi penilaian kita sering cetek seperti bijak bercakap. • Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan. Murid Pintar Cergas Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar cerdas.

Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. atau saintifik. hari ini. kenderaan. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. 7. setem. bunga). Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya. 3. 5. Bercakap mengenai masa seperti semalam. 6. Biasanya koleksi dari bahan yang canggih 27 . 8. disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. hari esok. kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung. hari-hari dalam seminggu. 4.Tingkah laku Bermasalah ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada. waktu ini dan waktu itu. kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. bahan kimia. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas. Menunjukkan minat pada masa lebih awal.

Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan muridsedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan. Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the equal treatment of unequals “ ( Borlond. hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. 10. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali. menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik murid lain darjahnya. salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows “ (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.Tingkah laku Bermasalah 9. 1989 ). menaiki 28 . Elizabeth Drews ( 1961 ).

menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas. membuat latihan. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid . Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 29 . sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana. Alin selalu mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan. Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get what you like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka. guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya.Tingkah laku Bermasalah tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. Apa yang pasti.

Tingkah laku Bermasalah • • Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah. Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat muridmurid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. 30 . Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah. Seperti murid-murid lain. mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik. Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :1. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh. • Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran. murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. pencapaian dan aspirasi. siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu • • Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang.

8. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan 10.Tingkah laku Bermasalah 2. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang. kerjaya. emosi selaras dengan kebolehan. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran. 5. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka. 4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan. 9. 7. Mengenal akan perlunya empati. Murid Ingin Tahu mereka memenuhi keperluan hidup 31 . menghormati dan menerima individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka. 6. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain 3. Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya. bakat dan minat. 5. bakat. Membentuk matlamat pendidikan. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid lain. sosial.

Kemudian Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu . ( murid-murid apa warna bunga raya? Murid-murid menjawab ….. ) Amirul :Cikgu. 32 . Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-mangu menanti jawapan dari guru. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak : Nampak cikgu. Contohnya : Cikgu Ani : Murid-murid. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya.Tingkah laku Bermasalah Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------lain seperti……. mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya Cikgu Ani berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ? : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna ( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Warna merah.

gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. • • • Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan. Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid. PENUTUP Kadangkala menimbulkan keadaan dan suasana tidak sekolah selesa juga dan keadaan yang menyebabkan tingkah laku bermasalah. Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. murid boleh bertanya guru untuk kepastian.Tingkah laku Bermasalah • • • Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai jawapannya Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru. Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati. pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi muridmurid dan akademik di sekolah. alat kelengkapan yang tidak mencukupi. Kelas yang terlalu ramai. 33 . Sekiranya tidak yakin. suasana di dalam kelas yang tidak teraputik. Oleh itu. alat bantu mengajar yang tidak cukup.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan sekolah. kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Oleh demikian. tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. perkembangan pembelajaran murid-murid di 34 . Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkaraperkara yang mereka minati. Sentiasa memberi galakan dan motivasi.Tingkah laku Bermasalah Sebagai ibu bapa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful