You are on page 1of 13

1.

PENDAHALUAN

Impak disini membawa maksud kesan yang telah dibawa atau kesan yang dihasilkan 1 akibat kedatangan Sepanyol ke Filipina. Kedatangan mereka telah membawa kesan yang cukup besar terhadap politik, ekonomi dan sosial di Filipina. Sepanyol adalah kuasa barat pertama yang telah membuka laluan pelayaran untuk mengelilingi dunia23. Sejarah pengembaraan ini telah dipelopori oleh Ferdinand Magellan dibawah

perkhidmatan Raja Castille. Selepas kegagalan Magellan dalam menjalankan misinya untuk penyebaran kuasa. Maka, usahanya telah disambung oleh Miguel Lopez de Legaspi yang telah dilantik sebagai Gabenor dan Kaptan-Jeneral serta seorang lagi pemimpin kapal yang telah dilantik oleh raja Philip II yang merupakan seorang padri iaitu Andres de Urdaneta 4. Usaha untuk menambah wilayah ini telah dijalankan pada tahun 1564 bersama dengan anak kapal yang terdiri daripada askar dan enam orang padri. Usaha ini telah membuahkan kejayaan kepada Sepanyol melalui penaklukan Manila pada 3 Jun 1571 dan Sepanyol mangistiharkan Manila sebagai sebuah bandar orang Sepanyol dengan menamakan Bandar yang terkenal dan sentiasa taat setia. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumbahan darah. Satu sebabnya ialah raja Philip II tidak mahu pertumbahan darah berlaku seperti mana yang pernah berlaku di Mexico dan Peru. Namun, sepanjang usaha penaklukan di Filipina. Sepanyol hanya menerima tentangan daripada orang Moro di Mindanao5.

1 2

Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992, Hlm. 449. Onofre D.Corpuz, Filipina, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Hlm 29. 3 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, Hlm.285. 4 Ibid, Hlm. 297. 5 Ibid, Hlm.297.

2.0

SEBELUM KEDATANGAN SEPANYOL

Sebelum kedatangan kuasa barat ke Filipina, penduduk Filipina tinggal dalam kelompokkelompok masyarakat yang bertaburan disana sini dan hampir-hampir terasing. Terdapat 80 jenis loghat bahasa dan terdiri daripada keturunan bangsa Melayu iaitu mereka yang berhijrah dari Indonesia atau dari gugusan kepulauan Melayu6. Kehidupan mereka tidak jauh perbezaan dengan masyarakat Melayu sebelum dijajah oleh kuasa barat. Dari segi cara mendapatkan makanan, mereka mendapatkan sumber makanan daripada sungai, tasik dan laut. Mereka juga mendapatkan hasil hutan atau gunung untuk dijadikan pakaian, tempat tinggal dan alat untuk memburu binatang. Hasil hutan seperti daging akan dijadikan bahan makanan mereka dan buluh serta jerami akan dijadikan tempat tinggal. Dari segi seni bina pula, belum wujud lagi bangunan besar untuk dijadikan sebagai berhala ataupun bangunan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Walaupun begitu, pada saat ini telah berlaku perkembangan agama Islam. Agama Islam telah lama bertapak di Filipina tetapi hanya tertumpu di Mindanao dan Sulu sahaja. Manakala, sebahagian tempat yang lain pula masih mengamalkan kepercayaan animisme. Penghunipenghuni Islam mempunyai raja dan sultan tetapi terasing daripada penduduk yang lain. Manakala penduduk yang lain pula mempunyai golongan utama yang dikenali sebagai Datu. Orang Sepanyol menganggap bahawa golongan datu sebagai raja atau anak raja. Walhal, mereka ini adalah ketua mengikut adat. Hubungan kekeluargaan ini di wujudkan menjadi satu kumpuluan kekeluargaan yang besar dan menjadi satu institusi yang kukuh. Ketua mereka telah dilantik sebagai seorang pentadbir yang paling rendah pangkatnya tetapi amat penting dikalangan masyarakat. Manakala dari segi teknologi pula, mereka menghadkan perkembangan teknologi kerana keperluan adalah minima terhadap peralatan tersebut. Ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Filipina pada masa ini adalah ekonomi secukup keperluan sendiri sahaja dan ini telah menyebabkan tidak wujud lebihan pengeluran. Hal ini jugalah yang telah membataskan
6

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 25.

perkembangan pengangkutan, perhubungan dan teknologi mereka. Masyarakat ini juga tidak mengamalkan sistem ekonomi pertukaran barang. Namun, perdagangan telah wujud di kegugusan kepulauan ini. Perhubungan perdagangan telah wujud dengan orang Islam dan India. Dan, pada masa inilah mereka baru mengamalkan sistem pertukaran barang7. 2.0 KEDATANGAN SEPANYOL KE FILIPINA

Selepas penaklukan Sepanyol keatas Manila pada 3 Jun 1571, maka bermulalah satu dimensi baharu terhadap pentadbiran Filipina. Bermula dari saat itu jugalah perkembangan agama Islam telah terencat dan berlaku penindasan terhadap golongan ini di Mindanao dan sulu8. Sepanyol telah mendapat pangkalan yang sangat elok dan ini memudahkan mereka untuk menakluki kepulauan yang lain. Dasar penaklukan mereka adalah atas dasar kesedaran dalam menyebarkan agama Kritian kepada negara yang mereka jajahi dengan mengunakan kekuatan senjata api. Tidak semua kepulauan Filipina berjaya ditumpaskan. Ini adalah kerana bahagian Mindanao berada dibawah kawalan orang Moro(Islam) dan golongan ini telah berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Penempatan orang Kristian juga telah dibina di Mindanao bagi menjalankan sekatan keatas orang Islam dan penempatan ini dilengkapi dengan alat senjata bagi menahan sekatan dari orang Islam. Walaupun begitu, benteng ini berjaya ditembusi dengan serangan yang dilancarkan oleh orang Islam sehingga ke bahagian Utara Luzon9. Namun, kekuatan orang Islam akhirnya telah berjaya ditumbangkan pada abad kesembilanbelas. Sepanyol telah dibantu dengan kekuatan kapal perang yang banyak jika dibandingkan dengan perahu yang kecil.

7 8 9

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32. Ibid, Hlm 30. Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32

Peta 1 : Peta Filipina

Sumbur : Onofre D.Corpuz, Filipin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penaklukan Sepanyol keatas Filipina telah banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosialnya. Tujuan utama kedatangan mereka ke Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian10. Ini disahkan sendiri menerusi surat wasiat terakhir Queen

Isabella the Catholic berdasarkan semangat Katholik menerusi Undang-undang Pulau Hindia
yang telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kritisan dalam mengajar agama mereka. Orang Sepanyol telah menyeberangi lautan dan menjajah negera-negara kafir adalah kerana ingin berkhidmat kepada Tuhan. Mereka juga ingin menukar agama anak-anak negera yang dijajah kepada agama Kristian. Masyarakat lain dianggap sebagai jahil selagi mereka tidak memeluk
10

Gregorrio F.Zaide, Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1978, Hlm. 243.

agama Kristian. Atas semangat inilah Sepanyol berjaya mencapai banyak kejayaan didalam menjalankan dasar penjelajahan mereka. Begitu jugalah yang berlaku ke atas Filipina yang telah dijajah selama 300 tahun lamanya. Pada dasarnya, penjelajahan Sepanyol di Filipina khususnya mahu menukarkan agama anak-anak negeri kepada agama Kristian dan bukanlah ingin memeras hasil-hasil kepulauan tersebut. Mereka juga beranggapan bahawa mereka perlu menyelamatkan roh pendudukpenduduk yang masih memeluk agama yang telah dibawa oleh mereka. Disebabkan oleh tujuan ini maka tidak hairan bahawa semua angkatan Sepanyol ke Filipina adalah disertai oleh mubaligh. Disamping ingin mencapai matlamat tersebut, tujuan mereka menawan Filipina adalah untuk mendapatkan kekayaan ekonominya. Tujuan ini timbul kerana perjuangan dan persaingan yang hebat di antara negara-negara eropah dalam mengawal perdagangan rempah di Gugusan Kepulauan Melayu. Sejarah telah dicatatkan bahawa Magellan telah belayar menyeberangi Lautan Pasifik untuk mendapatkan rempah-ratus dan barangan dari Timur untuk di bawa pulang ke Sepanyol. Namun, usaha itu telah gagal malah tidak mendapatkan sebarang keuntungan kebendaan. Walaupun mereka telah mentadbir Filipina selama 300 tahun tetapi mereka tidak mampu mengaut keuntungan yang banyak. Mereka hanya membelanjakan hasil yang ada hanya untuk mengekalkan ketuanan mereka di Filipina dan boleh dikatakan bahawa mereka tidak mendapat sedikit pun hasil kebendaan11. Ini adalah kerana keuntungan telah digunakan dalam menjalankan kewajipan kepada tuhan seiring dengan tujuan asal mereka iaitu menyebarkan agama Kristian12. Manakala tujuan ketiga dan terakhir mereka adalah untuk mencapai kemegahan politik. Dengan menakluki negara Filipina, Sepanyol telah muncul sebagai sebuah empayar yang amat kuat. Empayar ini mampu meluaskan kuasanya sehingga dihujung pelusuk dunia dan ini telah membawa kemegahan kepada raja Philip II yang merupakan raja Eropah yang pertama yang telah berjaya menyebarkan lambing kebesaran mereka hingga ke pelusuk alam semesta. Walaupun begitu, hasil kemegahan politik yang telah diperolehi itu telah hilang ditelan zaman. Begitu juga dengan harta yang bertimbun hasil perlombongan emas di Mexico dan Peru. Pada
11 12

Gregorio F.Zaide, Op.Cit.., 1978, Hlm.246. Ibid, Hlm.246.

masa kini, empayar Sepanyol hanyalah baying-bayang daripada zaman silam yang agung dan gah sahaja.

2.1 KESAN DARI SEGI POLITIK Sepanyol telah bertindak menubuhkan sebuah penempatan yang berkelompok kepada rakyatnya bagi menyatukan masyarakat yang dahulunya tinggal secara berselerak. Mereka dikehendaki menetap dibandar dan wilayah yang dirikan serta ditadbir oleh seorang gebenor. Mereka ditempatkan di Debajo De Las Campanas yang bermaksud dibawah naungan loceng gereja. Ini merujuk kepada proses dan semangat penjajah yang mahukan sistem pentadbiran yang mencirikan sistem pentadbiran keagamaan. Penempatan terancang ini berbentuk satu garisan teratur berdasarkan jalan-jalan yang dibina secara meluas dari plaza atau medan dan ditengah-tengahnya terdapat sebuah gereja mukim serta dewan bandaran. Dengan demikian, rakyat Filipina dapat tinggal secara berkelompok dan dapat mendengar loceng besar sebagai petanda waktu pemujaan dan sembahyang13. Penduduk Filipina telah dimasukkan ke organisasi perbandaran. Penduduk bandar ini terbahagi kepada beberapa barangay(penduduk) dan setiap satu kumpulan akan ditadbir oleh seorang cabeza(ketua) sendiri. Ketua mengikut adat ini akan menjadi pegawai pentadbir dan bertanggungjawab dalam memugut tributos(cukai) daripada setiap orang dewasa dan menentukan perkhidmatan buruh kepada penduduk yang dibawah kuasa tadbirnya. Bagi menghargai perkhidmatan ketua ini, maka beliau dan anak sulungnya akan dikecualikan daripada membayar cukai. Disamping turut mendapat gaji yang murah daripada pemerintah. Melalui cabeza dan gobernadorcillo(Ketua Cabeza) jugalah pemerintah akan menyampaikan amanat kepada rakyatnya. Orang Sepanyol tidak mengambil berat terhadap penduduk Filipina melainkan hanya sebagai sumber pendapatan mereka sahaja. Jalan-jalan yang telah dibina untuk menaik taraf kehidupan rakyat jelata telah ditutup dan rakyat tidak diberikan pendidikan serta tidak dilibatkan dalam politik mahupun pentadbiran Filipina. Di peringkat awal pentadbiran Sepanyol,
13

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32

mereka telah memberi sedikit pendidikan untuk menjelaskan tentang kepercayaan dan moral terhadap agama Kristian. Peraturan-peraturan yang dikenakan telah menyebabkan rakyat Filipina kekal dalam keadaan tidak berkuasa.

2.2 KESAN DARI SEGI EKONOMI Sumber ekonomi Sepanyol adalah ufti yang dibayar dan perkhidmatan buruh paksa yang diberikan oleh orang Filipina. Keadaan ini berlarutan sehingga hampir penghujung abad yang kelapanbelas. Pada hakikatnya, golongan yang datang memerintah Filipina bukanlah datang daripada golongan kaum pengeluar tetapi terdiri daripada padri, askar, pejawat atau bakal pejawat dan keluarga mereka. Golongan ini tiba ke Filipina menjadi kerabat yang dihormati dan lebih cederung untuk menghina kerja-kerja buruh kasar. Kedatangan mereka sebenarnya tidak membuahkan sebarang keuntungan tetapi telah menambah bebanan penduduk tempatan. Ini adalah kerana rakyat Filipina terpaksa mengeluarkan hasil tambahan bagi menampung keperluan orang asing yang datang berbanding keperluan secukup untuk kehidupan mereka dahulu. Namun, tanah-tanah ladang mereka dahulu tidak mampu menampung keperluan mereka selepas kedatangan Sepanyol14. Malah, kaedah dan alat-alat pertanian yang digunakan sudah tidak sesuai digunakan dalam menghasilkan sumber keperluan yang banyak. Maka, penduduk tempat terpaksa diajar dan belajar cara-cara untuk bercucuk tanam. Maka, berlakulah transformasi didalam kehidupan mereka. Golongan ini sudah mampu menanam padi dan mengunakan teknologi yang sederhana untuk membantu meringankan beban mereka. Dalam pada masa yang sama, pihak Sepanyol telah melarang penduduk tempatan untuk tidak melombong. Ini adalah kesan daripada pengalaman yang diterima semasa menjajah negara Amerika satu ketika dahulu. Namun, perbuatan ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menghalang perkembangan ekonomi di Filipina.

14

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 40.

Walaupun begitu, pihak Sepanyol telah memerah keringan rakyat Filipina untuk menjadi buruh paksa dengan membuat kapal-kapal perang untuk dijual kepada bangsa lain. Kebanyakkannya kapal ini dibuat di kepulauan Visaya dan sesetengah tempat yang berhampiran dengan Manila15. Buruh paksa ini akan diarahkan untuk memotong kayu balak, menenun layar, membuat tali layar dan banyak lagi. Namun, semua ini tidak memberi apa-apa kepada ekonomi bumiputera. Namun, ekonomi hanya mula berkembang selepas masyaraknya sudah mempunyai semangat nasionalisme. Semangat ini timbul bertitik tolak daripada semangat nasionalisme yang telah menular didalam pentadbiran kerajaan Sepanyol di Perancis. Hal ini turut meninggalkan kesan terhadap negara lain terutamanya di Filipina. Namun, kesan ini hanya melibatkan golongan principali sahaja. Perkembangan ini berlaku pada tahun 1780 dimana Filipina telah menjalankan perdagangan eksport dan mengerjakan tanah dengan bersistem bagi menghasilkan pengeluaran lebihan untuk tujuan perdagangan. Filipina mengeksport tembakau dan nila ke Sepanyol dengan menggunakan kapal laut milik kerajaan Sepanyol. Dalam pada masa ini, tanah adalah salah satu sumber pengeluaran dalam perkembangan ekonomi Filipina. Pengkhususan pada tanaman lain juga turut diperkenalkan. Sepanyol telah membuka satu lamparan baru dengan memberi pengkhususan kepada penanaman gula dan abaca. Tanaman ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan syarikat perdagangan eropah. Selain itu, sistem pemilikan tanah turut diperkenalkan. Pada amnya terdapat empat jenis tanah iaitu tanah yang dimiliki oleh bumiputera yang ditetapkan melalui sempadan, tanah yang dimiliki oleh perbadanan agama dan pertubuhan amal, tanah yang dimiliki oleh orang Sepanyol diatas perkhidmatan yang telah disumbangkan dan tanah diraja Sepanyol. Manakala penduduk lain seperti yang berhijrah ke Filipina selain rakyat Sepanyol contohnya orang Cina tidak mempunyai hak dalam memiliki tanah.

2.3 KESAN DARI SEGI SOSIAL


15

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 42.

Akibat penjajahan Sepanyol ke atas masyarakat Filipina. Maka, negara ini muncul sebagai sebuah negara Kristian diseluruh asia kesan daripada dasar perluasan kuasa oleh Sepanyol. Amalan lama telah digantikan dengan keunggulan agama Kristian. Pada asalnya, orang Filipina tidak menerima secara terus tentang agama baharu ini sama seperti penerimaan terhadap pemerintahan Sepanyol. Namun, terdapat juga masyarakat Sepanyol yang susah mampu menerima ajaran baharu tetapi tetap mengamalkan kepercayaan kuno. Orang Sepanyol turut memberi sedikit pendidikan kepada rakyat Filipina dengan mengajar bahasa mereka sama seperti mereka lakukan kepada negara yang pernah menjadi tanah jajahan mereka. Orang Sepanyol memerintah dengan berpandukan undang-undang yang telah diluluskan di Madrid dan mengikut dikri yang telah ditetapkan di Filipina. Mereka menjalankan tugas dengan keras terhadap rakyat Filipina. Mereka juga turut mengenakan syarat kepada rakyat Filipina yang ingin memegang jawatan di dalam kerajaan haruslah fasih dalam bahasa Sepanyol. Bukan itu sahaja, mereka yang ingin menikmati lebih banyak keistimewaan haruslah pandai dalam bertutur bahasa asing tersebut. Namun, hasil bancian yang telah dijalankan oleh pihak Sepanyol pada tahun 196016. Hanya dua orang sahaja yang mampu bertutur dengan baik bahasa Sepanyol. Disebabkan oleh penggunaan bahasa Sepanyol didalam semua urusan pentadbiran kerajaan sehinggalah urusan keagamaan. Maka, tidak heranlah jika dikatakan bahawa rakyat Filipina pada asalnya tidal mendapat manafaat dan kesedaran batin didalam pengajaran keagamaan. Bukan itu sahaja, para padre yang mengajar penduduk tempatan juga tidak mencirikan kebaikan. Sebaliknya, mereka menjalankan usaha penyebaran agama Kristian dengan sikap kedaulatan, berkuasa, sombong dan bongkak. Mereka juga menganggap rakyat Filipina sebagai keanak-anakan dan tidak matang serta penuh dosa. Selain padri, terdapat juga golongan askar yang turut menganiayai rakyat bumiputera dan bertengkar sesama sendiri17. Dalam usaha yang telah disumbangkan kepada rakyat Filipina. Maka, penduduk tempat yang telah memeluk Kristian haruslah membayar ufti. Ini dikatakan untuk menghargai usaha-

16 17

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 43. Ibid, Hlm. 44.

usaha untuk mengkristiankan mereka. Namun, terdapat juga padri yang memohon agar golongan dewasa yang baru memeluk agama kritian perlu dikecualikan. Walaupun begitu, kedatangan agama baharu ke Filipina ini sebenarnya telah memberi kemajuan sosio-kebudayaan kepada rakyat Filipina. Terdapat banyak perubahan yang boleh disaksikan kesan daripada penyebaran agama ini. Antaranya adalah pembinaan Gereja yang diperbuat daripada batu untuk dijadikan sebagai tempat beribadah dan pembinaan jalan raya bagi memudahkan usaha tabligh dalam usaha menyebarkan fahaman mereka18. Padri jugalah yang telah membawa perkembang ekonomi Filipina. Ini kerana Padri telah membawa masuk tanaman penting bagi menyana ekonomi Negara yang telah berjaya mereka takluki. Pihak gereja juga telah memainkan peranan penting dalam membentuk tamadun masyarakat Filipina. Ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan penempatan semula orang Filipina di bandar-bandar utama bagi menyatukan dan meningkatkan taraf hidup mesyarakat bumiputera. Bukan itu sahaja, perkembangan agama ini sebenarnya adalah punca kepada perkembangan teknologi Filipina. Padri juga turut mendedahkan cara tanaman baharu kepada penduduk tempatan bagi membantu peningkatkan hasil pengeluaran mereka. Padri juga membantu dalam menempa dan membuat mata tenggala, pedang sabit, sabit, cangkul dan alat-alat besi yang lain di bengkel peleburan yang membuat meriam dan ubat bedil. Mereka juga membantu rakyat tempatan dengan membawa kerbau ke kawasan-kasawan penyebaran agama bagi membantu usaha pertanian rakyat tempatan. Kerbau ini digunakan sebagai alat membajak tanah. Rakyat tempatan yang memeluk agama Kristian akan menghiaskan dinding rumah mereka dengan ukiran-ukiran berpahat, patung atau gambar. Di lengan mereka pula terdapat chachah dengan lambing salib dan terdapat tasbih di leher mereka. Penduduk tempatan juga turut menghiaskan gereja mereka agar kelihatan indah dan menarik. Pihak pemerintah juga telah membina sekolah bagi memberi pendidikan kepada anakanak orang Filipina. Kanak-kanak akan belajar menulis dengan menggunakan ranting kayu dan
18

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 45.

jari diatas daun pisang atau diatas pasir yang disimpan dalam kotak19. Di Sekolah tersebut akan diketua oleh seorang guru yang telah dilatih oleh padri. Sistem pengajaran mereka adalah mengekalkan pemikiran yang sederhana itu tetap sederhana dan untuk menanam semangat sentiasa patuh dan taat setia. Guru sekolah akan diberi arahan dengan membunyikan loceng mengarahkan semua pelajar akan berkumpul di dalam gereja lalu berjalan berbaris ke sekolah. Semua pelajar akan diajar sehingga 9.30 pagi dan jam 10.00 pagi leceng akan dibunyikan bagi menunjukkan waktu sembahyang di gereja. Dan, kemudian akan kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini akan turut diajar untuk menghormati, menjaga kebersihan dan kesihatan dari segi zahir dan batin. Bidang pendidikan telah berlaku perkembangan yang pesat selepas masyarakatnya mempunyai semangat nasionalisme. Hal ini telah membawa kepada pembukaan pusat pengajian tinggi di Manila. Namun, pada tahun 1880 hanya keluarga yang terkemuka sahaja mampu untuk memberi tahap pendidikan yang lebih tinggi terhadap anak mereka20. Sepanyol cuba untuk menyatukan rakyat Filipina yang beragama Kristian dan orang Islam. Namun, usaha itu tidak berjaya . Malah, ianya telah membawa kepada peperangan yang telah menggorbankan banyak nyawa. Peperangan yang dimaksudkan adalah Perang Moro. Permusuhan ini telah berlarutan sehingga berakhirnya pemerintahan Sepanyol dan beralih kuasa pemerintahan kepada Amerika ke atas Filipina pada tahun 1898 hingga 1946.

3.0 KESIMPULAN

19 20

Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 47. Ibid, Hlm. 49.

Penaklukan Sepanyol telah banyak meninggalkan kesan dari segi politik, ekonomi dan sosialnya. Apa yang dibanggakan disini adalah penjelahan ini tidak melibatkan petumbahan darah. Namun, selepas berakhirnya pemerintahan mereka di Filipina, satu peristiwa penting telah berlaku terhadap Filipina. Iaitu, selepas tamatnya pemerintahan Sepanyol. Permusushan antara orang Islam dan Kristian telah bertambah teruk sehingga membawa kepada Perang Moro yang telah memakan masa yang lama dan melibatkan banyak nyawa terkorban. Keadaan ini berlaku semasa pemerintahan Amerika. Walaupun begitu, Filipina masih boleh berbangga kerana mereka mempunyai negara yang satu-satunya negara Kristian di peringkat Asia. Kejayaan ini diperolehi daripada kesan penjelahan Sepanyol ke atas Filipina yang telah memakan masa selama 300 tahun lamanya.

4.0 RUJUKAN

Corpuz. Onofre D. Filipina. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 1972. Hall D.G.E. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.1992 Zaide. Gregorrio F. Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1978.

You might also like