MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah

Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

1

2 Sekolah Rendah .Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.2. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana. 4. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya. 2.2. Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian ini.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab. 3. 3.2. kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab. saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. 3. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3. Di samping itu. Mereka masih lagi termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya dengan tepat atau sebaliknya.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan cepat.2. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. maka kesukaran menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. 3.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.2 Objektif Khusus 3. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------.

1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain.2.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. 5. melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan. Pada pendapat saya. didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5 Arif.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran. 5. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit. 5. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lima orang (83%) meminati tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 3 .1. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.2. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan membosankan.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’.1. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. kaedah mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam Matematik. banyak sangat dan mudah lupa. 5. latihan bertulis dan ujian pra.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran.1 TINJAUAN MASALAH 5.5. Enam orang (100%) mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah. saya dapati semua (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula.

Berupaya menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. 4 67 2 33 6 6 100 0 0 Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Arif Dalam Ujian Pra UJIAN PRA GRED BILANGAN % A 24 65 B 7 19 C 6 16 D 0 0 E 0 0 JUMLAH MURID 37 100 Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Mudah lupa fakta asas darab. Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 4 . maka semua (100%) murid saya bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. empat orang murid (67%) berasa bosan menghafal fakta asas darab.3 Soal Selidik Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9 BIL PERKARA SETUJU BIL 6 % 100 TIDAK SETUJU BIL 0 % 0 1 Minat mata pelajaran Matematik. Oleh kerana mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas darab hingga 9 x 9.2. 5.5. 2 5 83 1 17 3 0 0 6 100 4 4 67 2 33 5 Bosan menghafal fakta asas darab.2.

1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab .1.3.3. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 5. iii) Jam.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab . 5.1. murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.hanya enam orang sahaja.3. Set soalan yang diberi kepada murid-murid 2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3 minit.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab . Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit ) c) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 5 . 3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya atau sebaliknya.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya.3. 5.3 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3.3. Murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. ii) Borang analisa pencapaian individu. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.4 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2.3.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1. 3) Selepas menjalankan aktiviti ini.5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. 5. 2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9. 5.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah: a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) i) Buah dadu ii) Kad-kad Fakta Asas Darab iii) Kad Permulaan Permainan iv) Borang analisa pencapaian kumpulan v) Jam b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9 x 9 merupakan asas penting dalam Matematik.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. 5.

a) b) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran.3.i) ii) iii) d) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pos. Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. iii) Jam. 5. c) d) e) f) g) h) i) 5. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ii) Borang analisa pencapaian individu. Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 2. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 6 . Jam. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. temubual dan soal selidik.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab) Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. melalui latihan bertulis dan ujian pra. Borang analisa pencapaian individu.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5. Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Aktiviti 1.4.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid. Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada akhir tempoh kajian. Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian. Aktiviti ini dijalankan selama sejam setiap hari bermula dari 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu. Langkah 2 Langkah 3 1) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 7 . cuma kebetulan sahaja. Guru meminta murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara-cara bermain. Sekiranya ada. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad. e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera. Murid-murid bermain sehingga tamat. b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab. f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir. a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka. giliran akan diambil oleh pemain kumpulan lawan. Kumpulan yang dapat menghabiskan dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan. Soalan fakta asas darab 3x0 27 Hasil darab Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut: LANGKAH Langkah 1 PENERANGAN 1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada murid-murid. 1) 2) Murid-murid mula bermain. sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab.Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu. Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi. h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan. g) Kad-kad boleh diletakkan secara: i) melintang sebelah kanan atau kiri ii)menegak ke atas atau ke bawah. c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran bermain.

Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2. ii) Refleksi Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. mereka juga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 8 . i. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainan domino ini. 5.Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermain 18 Fakta asas darab yang berkaitan Kad permulaan 2x0 54 4x0 0 0 3x0 27 9x3 36 6x6 36 6x3 27 9x7 24 i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian guru. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing untuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi pemenang. Di samping itu. Sekiranya ada masa terluang. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka. iii. mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa yang singkat. harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1. saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. Perubahan ini begitu menggembirakan saya. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut. suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria. ii. Guru menerangkan cara-cara menjawab.

Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. iii.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit ) i. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Mereka dapat menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan. 5. ( minit: saat ) Murid 1 1:13 Murid 2 1:16 Murid 3 1:14 Murid 4 1:13 Murid 5 0:59 Murid 6 0:59 Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas darab. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. ( minit: saat ) Murid 1 0:58 Murid 2 1:16 Murid 3 1:13 Murid 4 1:05 Murid 5 0:52 Murid 6 0:58 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah i) 9 . Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Daripada pemerhatian guru. Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 4 minit ) Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas Sasaran bagi semua jawapan betul. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. ii) i) Pemerhatian Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 4 minit. ii. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 5 minit ) Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas Sasaran bagi semua jawapan betul.4.

4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. ( minit: saat ) 0:59 1:05 1:08 0:58 0:51 0:56 Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 ii) Refleksi Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab. REFLEKSI KAJIAN Penilaian Pencapaian Murid. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat. murid-murid kumpulan sasaran ini dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan muridmurid dalam ujian pos.ii) Refleksi Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.1 BIL A B C D Sekolah Rendah % 0 0 100 0 BIL 6 0 0 0 % 100 0 0 0 0 0 6 0 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 10 . Mereka dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. 5. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.5. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.5 5.4. Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit ) Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos GRED UJIAN PRA UJIAN POS 5. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit.

Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu.E 0 0 0 0 Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. 100 90 80 70 MARKAH (%) 60 50 40 30 20 10 0 M1 M2 M3 M4 M5 M6 MURID Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Mereka telah mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding ujian pra. Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian BIL 1 2 3 4 4 ITEM Minat mata pelajaran Matematik Minat tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’ Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 Teknik hafalan mereka membosankan Seronok belajar sambil bermain SEBELUM YA TIDAK BIL % BIL % 6 100 0 0 5 0 4 83 0 67 1 6 2 17 100 33 SELEPAS YA TIDAK BIL % BIL % 6 100 0 0 6 6 0 6 100 100 0 100 0 0 6 0 0 0 100 0 Ujian Pra Ujian Pos Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Enam orang (100%) murid tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra yang telah dijalankan. Dapatan maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah. Enam orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Keadaan ini menunjukkan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 11 .

Selain itu. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat.5. tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya. 5. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat muridmurid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul adalah 51 saat.permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya.5. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (Aktiviti 2. 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan. 6. Soalansoalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut tempoh masa yang difikirkan sesuai. Mereka berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Hal ini demikian kerana naluri kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. 5. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 12 . pendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada fakta asas tambah. Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan.3 Refleksi Keseluruhan Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Zakiah Adris (1995). Bhd. Kuala Lumpur. Mazniyah Md Jaafar. Modul Kajian Tindakan. S. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30 September 1999). Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 13 . Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Zubir Embong. Matematik Tahun 5. Muhammad Hussin. Kuala Lumpur. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5. L Choo. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Aminuddin Mohd Sani..BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 14 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful