You are on page 1of 6

1.

Sepertimana yang dinyatakan dalam Perintah Am Bab C, jelaskan maksud perkara-perkara berikut: a. Cuti b. Cuti Sakit c. Sijil Sakit (15 markah)

Jawapan :

a. Cuti – bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan
meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.( 5 markah ) b. Cuti Sakit – bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.( 5 markah ) c. Sijil Sakit – bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan(Perintah Am Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.( 5 markah) 2. Permohonan Encik Ali untuk mendiami rumah kerajaan telah diluluskan. Sebagai penghuni rumah kerajaan beliau perlu mematuhi peraturanperaturan yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab E. a. Terangkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh beliau.( 8 markah) b. Terangkan tanggungjawab beliau sebagai penghuni rumah tersebut. (7 markah)

Jawapan : a. Larangan-larangan yang perlu dipatuhi: • Menjadikannya premis perniagaan • Meminda rumah tanpa kebenaran JKR • Menyewa mana-mana bahagian rumah • Memelihara binatang-binatang ternakan • Membenarkan orang lain menumpang b. Tanggungjawab beliau sebagai penghuni: • Laporkan kerosakan • Laporkan bila memasuki rumah • Menjelaskan semua bil air dan letrik • Laporkan ketika rumah dikosongkan • Membersihkan kawasan,potong rumput dan sebagainya • Menyerahkan semua kunci rumah bila keluar rumah

maka kehendak tersebut boleh diterjemahkan kepada tempoh masa perkhidmatan berkenaan harus diberi. Melaksanakan Proses a. Memudahkan jabatan menumpukan segala usaha dan sumber untuk memberi perkhidmatan c. d.transformasi dan output akhir . Kenalpasti Pelanggan – a. 10minit dan sebagainya. sesi dialog. Menggubalkan proses kerja bagi menghasilkan output berpandukan standard-standard kualiti output yang telah ditetapkan sebelumnya b. Menjamin proses tersebut berkemampuan menghasilkan kualiti output seperti yang dikehendaki c.Misalnya soal selidik . Tiga peringkat pemeriksaan diperlukan iaitu input. Jawapan: a. Membolehkan jabatan mengetahui lebih jelas pelanggan b. Setiap peringkat proses kerja. Standard tersebut perlu jelas dan mudah difahami oleh kakitangan jabatan. Panduan tersebut mengawal kesilapan yang berpunca daripada kelemahan e. Setiap kakitangan perlu mengenalpasti kehendak-kehendak rakan pekerja dan memastikan kehendak tersebut dapat dpenuhi b. Pemeriksaan kualiti diperlukan supaya standard yang ditetapkan dapat dipatuhi c. Mewujudkan Proses Penghasilan Output a.Jelaskan peringkat-peringkat tindakan yang terkandung dalam prinsip ini. Contoh. Kenalpasti Kehendak Pelanggan a. sekiranya kehendak pelanggan ialah perkhidmatan kaunter yang cepat. Menterjemahkan kehendak-kehendak pelanggan yang dikenalpasti menjadi standard-standard kualiti output b. seperti seperti 5 minit.standard kualiti proses perlu ditentukan untuk dijadikan rujukan kakitangan yang menjalankan proses kerja berkenaan d.3. Ciri-ciri kualiti yang bersifat universal yang lazimnya dihargai oleh pelanggan boleh dijadikan panduan umum c. temubual dan mengkaji cadangan dari pelanggan c. Jabatan perlu kenalpasti kehendak pelanggan b. Jabatan boleh mengkategorikan pelanggan dan menentukan senarai keutamaan d. Salah satu prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM) ialah mengutamakan pelanggan. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengenalpasti pelanggan. Menterjemahkan Kehendak Pelanggan menjadi Standard Kualiti Output a. Melaksanakan proses kerja yang telah digubal bagi menghasilkan output yang dikehendaki b.

Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pekerja itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan tertentu.Setiap pekerja dikehendaki bertanggungjawab terhadap kerjanya. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan . Berpegang teguh kepada ajaran agama . Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.rasuah. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat . d. pembacaan.4. a.Kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri.Berpegang teguh kepada agama merupakan stu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Etika Perkhidmatan Awam berteraskan tujuh(7) Teras Perkhidmatan. . Bertanggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin sepertimana yang diharapkan oleh organisasi c. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri . perbincangan sesama sendiri tentang aspek pekerjaannya dan lain-lain lagi. Bekerjasama dalam membanteras keselamatan dan musuh negara . program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya f.Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar.memastikan keamanan negara terjamin.Negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Bekerja dengan penuh tanggungjawab . cekap dan berkesan. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan . b. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan kemesraan e. g.kejahilan.Agama membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yanh jujur.Huraikan lima daripada Teras Perkhidmatan tersebut.

Cth Telekom. Penswastaan secara sebahagian(separa) • Dalam bentuk ini sebahagian sahaja hakmilik kerajaan dalam perkhidmatan atau kegiatan dipindahkan kepada sektor swasta manakala sebahagian lagi masih dipunyai atau dikuasai oleh kerajaan . Dasar penswastaan telah dilaksanakan dalam beberapa bentuk.Cth AIROD 2. kontrak perkhidmatan kerajaan diberikan kepada sektor swasta tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut Cth Perkhidmatan Pungut Sampah 7. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta • Dalam bentuk ini. .RTM 4. Penswastaan secara pajakan • Dalam bentuk ini kemudahan-kemudahan dan harta kerajaan tertentu disewakan kepada sektor swasta bagi mendapatkan hasil tanpa sebarang perubahan kepada taraf hakmilik harta-harta berkenaan. pengawalan dan pengurusan. perusahaan atau perkhidmatan yang berkenaan akan dikendalikan oleh swasta. hanya satu bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatan dalam sesuatu agensi itu dijual atau diserahkan kepada swasta tetapi terus memiliki.Parking.TNB. ( 15 markah ) Jawapan: 1. seratus peratus kepentingan kerajaan dipindahmilikkan kepada sektor swasta keseluruhan hak milik. Huraikan kesemua bentuk penswataan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.KTM.MAHB 6. Penswastaan berbentuk pengurusan bercorak perniagaan swasta • Dalam bentuk ini hanya prinsip perniagaan sahaja digunakan sementara hakmilik aktivitinya masih dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan. penyertaan sektor swasta bagi menyediakan beberapa perkhidmatan tertentu kepada kerajaan tetapi tidak melibatkan apa-apa perubahan dari segi organisasi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Penswastaan secara kontrak (bina kendali pindah) • Dalam bentuk ini.Cth Alam Flora. MAS 5. sementara kerajaan dianggap terpisah langsung dari sebarang kepentingan dalam perusahaan tersebut.Cth Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang 2.Cth PLUS. Hotel Seri Malaysia.5. Penswastaan secara menyeluruh(bina kendali) • Dalam bentuk ini.menguasai atau menguruskan perkhidmatan lain. Penswastaan secara terpilih • Dalam bentuk ini.POS Malaysia.

kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. 5. 9. mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. 4.tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.bekerjasama sepenuhnya. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan. hidup dalam harmoni. ( 5x 3= 15 Markah) 1. Malaysia akan menjadi sebuah negara industri yang maju.6. 8. makmur dan bersatu padu.secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing.Warganegara kukuh dalam nilai agama.demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. dan kemunduran ekomi berdasarkan kaum.Dasar ini menyatakan bahawa menjelang tahun 2020. .dinamik giat dan kental. Huraikan 5 Cabaran yang telah dikenal pasti untuk merealitikan wawasan tersebut. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.sedar semua kemampuannya.Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi . (15 markah) dan dikongsi bersama. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa 2. 3. tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. 7. yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Ia mesti menjadi negara yang aman. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. 6. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia.

PMR. ( 4 markah ) b. a. Negara mensasarkan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pelan Perindustrian Negara telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Menyediakan sistem kemudahan yang baik.Tiga aktiviti berpersatuan. g. Membina modal insan dan meningkatkan kemahiran rakyat dan tingkatkan tenaga rakyat. unit beruniform dan sukan/olahraga.Meningkatkan semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara. Kegiatan kokurikulum.(4 markah) d.(4 markah) c. a. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Nyatakan lima(5) langkah yang digariskan di dalam perancangan tersebut. Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport c. Di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai 1970. Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan meningkatkan pembangunan industri kecil sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian.sistem pengangkutan yang terbaik-menggalakkan pembangunan perindustrian. Kurikulum berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa penghantar. Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. e.Penggunaan bahasa Melayu dapat mengeratkan perhubungan antara kaum di negara ini. Satu sistem peperiksaan yang sama. Kurikulum yang sama dan sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah. Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi. melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan jauh/ ke luar dengan menumpukan perhatian kepada pengeksportan keluarankeluaran perkilangan secara besar-besaran.Dengan adanya peperiksaan yang seragam maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan dapat mewujudkan satu imej dan identiti yang sama . Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. b. (4 markah) 8. f.7. .Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia. d.Dengan ini usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan bersatu padu.SPM dan STPM. Aktiviti koku dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Bahasa Melayu elah juga diwajibkan di semua sekolah aliran Tamil dan Cina.