BAB 1 PENGENALAN FIQH MUAMALAT 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Islam 1.2.1 1.2.2 1.3.

1 Rukun Islam dan Rukun Imam Komponen utama Agama Islam: Aqidah, Syariah, Akhlak Sumber-sumber Syariat Islam

1.3 Definisi Syariat Islam 1.4 Definisi Fiqh 1.5 Pecahan dalam bidang Fiqah 1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4 1.6.1 1.6.2 Fiqh Ibadah Fiqh Muamalat Fiqh Munakahat Fiqh Jinayah Maksud, Tujuan dan Kepentingan Mazhab Beberapa Mazhab dalam Ilmu Fiqah 1.6.2.1 1.6.2.2 1.6.2.3 1.6.2.4 1.7.1 1.7.2 1.7.3 Mazhab Hanafi Mazhab Maliki Mazhab Shafie Mazhab Hambali

1.6 Mazhab dalam Ilmu Fiqah.

1.7 Bidang lain yang berkaitan ilmu Fiqh Usul al-Fiqah Qawaid al-Fiqhiyyah Maqasid al-Syar‘iyyah

1

BAB 1 PENGENALAN FIQH MUAMALAT OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Menghuraikan Islam dan kaitannya dengan fiqh Muamalat . 2. Menjelaskan Definisi Syariat Islam dan sumber-sumber hukumnya. 3. Menghubungkaitkan Mazbab-mazhab fiqh dengan hokum-hukum muamalat . 4. Menjelaskan ilmu suul fiqh dan fungsi-fungsinya dalam pembinaan hokum 5. Mengenal pasti lima Qawaid Fiqhiyyah yang itama dan maqasid syariah 1.1 PENGENALAN

Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di dalam bidang muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut dinamakan fiqh muamalat. Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul (lengkap) boleh dijadikan asas kepada para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan kewangan bagi membina suatu sistem perniagaan baik dan menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan dengan kehidupan termasuk isu-isu muamalat iaitu perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat Islam melengkapi segenap aktiviti kehidupan meliputi persoalan tauhid, keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah, muamalat, pengurusan pentadbiran, politik dan lain-lain. 1.2 DEFINISI ISLAM

2

Pada masa kini Islam adalah agama anutan kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian. Bilangan umat Islam sekarang telah mencecah seramai 1.9 bilion di seluruh dunia sama ada di 78 buah negara Islam dan di negara negara lain. Dari segi sejarah, agama Islam telah dibawa oleh seorang rasul atau utusan Tuhan yang bernama Muhammad bin Abdullah. Beliau telah dilantik oleh Tuhan sebagai rasul ketika berumur 40 tahun bagi membawa ajaran Tuhan kepada seluruh manusia untuk dijadikan panduan hidup yang membawa kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Beliau tidak mereka atau mencipta agama Islam sebaliknya beliau hanya membawa dan menyampaikan apa yang datang dari Allah. Oleh sebab itu nabi Muhamad saw dinamakan sebagai rasul iaitu penyampai. Akhirat ialah kehidupan selepas mati dan selepas kemusnahan dunia iaitu hari kiamat. Kehidupan akhirat kekal abadi dan ia hanya mempunyai dua tempat iaitu syurga dan neraka. Syurga adalah tempat selesa yang disediakan oleh Allah kepada semua muslim yang baik semasa hidup mereka di dunia sementara neraka ialah tempat azab yang disediakan kepada semua manusia yang jahat semasa kehidupan mereka di dunia. Dari segi nama, istilah Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu salima yang bermaksud sejahtera, damai, suci dan selamat. Dari segi istilah syarak pula Islam beerti ketundukan, kepatuhan, ketaatan dan penyerahan jiwa dan raga dengan penuh keikhlasan hanya kepada Allah s.w.t. Terdapat juga ulamak memberikan definisi Islam sebagai kepatuhan, penyerahan dan ketaatan kepada Allah dalam semua tindak-tanduk manusia yang meliputi aspek pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan i’tikad. Selain sebagai satu agama mengikut fahaman biasa, Islam juga adalah sebagai kaedah sosial dan tata cara hidup yang lengkap yang berbeza dengan agama lain. Islam adalah agama yang memberi panduan hidup kepada manusia ke jalan yang selamat iaitu jalan yang baik dan mendapat keredaan Allah. (Abd al-Karim Zaydan,1984: 3), (Muhammad al-Buraey, 1992: 2). Islam ialah ad-din atau satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang 3

merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara menyeluruh. 1.2.1 Rukun Islam dan rukun Imam Agama Islam adalah agama yang mempunyai lima asas ajaran iaitu mempercayai Allah sebagai Tuhan yang satu (tauhid), Nabi Muhammad ialah rasul atau utusan Allah, menunaikan sembahyang, beRPuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Ia juga mempunyai enam kepercayaan utama yang dinamakan rukun iman iaitu percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang satu, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul sebagai utusan Tuhan, percaya kepada kitab, percaya kepada hari akhirat, percaya kepada qadak dan qadar. Menurut Islam, matlamat hidup seseorang individu muslim itu adalah untuk mencari keredhaan Allah. Firman Allah dalam surah az-Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Aku.” Tujuan agama Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup bagi kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut, Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran sebagai sumber rujukan dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran. Al-Quran ialah himpunan kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad selaku perantaraan malaikat Jibrail bagi dijadikan panduan hidup manusia dan membacanya dikira ibadat. Segala ajaran dan peraturan yang dibawa melalui al-Quran adalah dikira syariat. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Alif lam Mim, demikianlah kitab al-Quran itu yang tiada ragu ragu lagi (isinya), menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.” (al-Baqarah: 1-2)

4

Tujuan syariat Islam pula adalah untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta. Semua hukum-hakam yang terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makhruh, haram, halal dan harus semuanya untuk menjaga lima perkara yang disebutkan di atas. Hukum haram minuman keras adalah untuk menjaga akal, hokum haram berzina adalah untuk menjaga keturunan dan agama, haram mengata orang adalah untuk menjaga jiwa, wajib sembahyang adalah untuk menjaga agama dan akhlak. Semua perkara yang dijelaskan tadi memberi tujuan yang lebih utama sebab-sebab penurunan ajaran Islam iaitu akhlak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya aku diutuskan kepada manusia adalah untuk menyempurnakan akhlak.” 1.2.2 Komponen Utama Agama Islam: Aqidah, Syariah dan Akhlak

Agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain di dunia kerana ia adalah satu sistem hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan. Ajarannya meliputi aspek aqidah (kepercayaan), syariah (peraturan) dan akhlak (etika). Ajaran Islam juga menghendaki penganutnya melakukan segala aspek kehidupan dunia mengikut cara-cara yang diredhai oleh Allah S.W.T. Perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain ialah agama-agama lain di dunia hanya mempunyai unsur kepercayaan dan akhlak. Terdapat juga agama yang hanya mempunyai akhlak dan prinsip-prinsip hidup yang luhur. Kebanyakan agama-agama tersebut tidak mempunyai syariat atau peraturan hidup yang menyeluruh atau jika adapun agak sedikit dalam perkara-perkara tertentu sahaja. Aspek syariah yang menyeluruh inilah yang menyebabkan agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain. Selain itu, aspek kandungan aqidah Islam juga agak berbeza kerana konsep ketuhanannya dan perkara-perkara ghaib seperti konsep pahala dan dosa, konsep hari pembalasan, syurga dan neraka, alam kubur dan lain-lain lagi. Syariah pula merangkumi bidang ibadat khusus dan ibadat umum. Ibadat khusus adalah aktiviti ibadat yang dibuat semata-mata kerana beribadat dan caranya ditentukan oleh alQuran dan hadis seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, korban dan lain-lain. Ibadat umum pula terdiri daripada bidang muamalat iaitu bidang perhubungan manusia dengan 5

manusia seperti ekonomi, perniagaan, politik, sosial, kenegaraan dan lain-lain. Segala aktiviti bidang muamalat yang dilaksanakan mengikut syariat Islam beserta dengan niat baik kepada Allah akan dikira ibadat iaitu diberi pahala oleh Allah S.W.T. Hakikatnya Islam juga membawa ajaran mengenai akhlak iaitu akhlak manusia dengan Tuhan yang menciptakannya, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk yang lain. Semua intipati ajaran Islam menyeru manusia kepada berakhlak mulia dengan ketiga-tiga pihak tersebut. Islam sebagai sistem hidup juga menjelaskan bahawa manusia perlu hidup di dunia mengikut ajaran Islam disebabkan apa sahaja perbuatannya di dunia akan dibawa ke akhirat. Semua aktiviti kehidupannya yang tidak bercanggah dengan syariat dan diniatkan beribadat kepada Allah akan diberi pahala. Menurut pandangan Islam, matlamat hidup seseorang individu muslim itu adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan beribadat kepada-Nya. Firman Allah dalam surah az-Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Aku.” Disebabkan beribadat tersebutlah, maka setiap aspek kehidupan manusia perlu mengikut cara-cara yang dikehendaki Allah S.W.T. Cara-cara yang dikehendaki Allah tentunya mempunyai kebaikan untuk kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut, sistem Islam perlu dilaksanakan dalam setiap aspek bidang kehidupan seperti system ekonomi, sistem kenegaraan, sistem pengurusan, sistem perundangan, sistem sosial, dan lain-lain yang melibatkan kehidupan manusia. Oleh sebab itulah agama Islam memberi pengaruh yang kuat kepada penganutnya dalam cara-cara kehidupan seharian seperti cara pemakaian, cara perhubungan sosial, cara perkahwinan dan sebagainya. Cuma dalam pelaksanaan sistem-sistem tersebut, ianya perlu dilaksanakan secara berhemah dan bijaksana agar ia tidak disalah guna, salah tafsir atau penafsiran yang keterlaluan dalam hukum-hukum tertentu tanpa melihat kepada tujuan asal hukum yang inginkan keadilan dan kemaslahatan umum.

6

malaikat dan seterusnya. kepada Umut manusia melalui Rasul-Nya Nabi muhamrnad s. Syariat Muhammad. maka ia adalah bermaksud segala sistem yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul-Nya. Syariat Islam ini biasanya dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:a. Lihat Zaydan (2000) . ibadat. ia dinamankan Syariat Islam Syariat Islam ialah suatu yang merangkumi secara keseluruhannya segala apa yang diturunkan oleh Allah s. Kadang kala ada perkataan syariat langit. muamalat dan segala perkhabaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diperintahkan oleh Allah supaya baginda sampaikan kepada umat manusia. Perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah iaitu hukum-hukum yang bersangkut paut dengan keimanan dan tauhid.3 DEFINISI SYARIAT ISLAM Perkataan "Syari'at" dari segi bahasa Arab bermaksud sumber air minum ataupun pembawaan yang jelas. hari akhirat.w.cit. Syariat Yahudi.t. Muhammad saw yang berkaitan dengan akidah. 13-14 Dari segi disiplin pengajian Islam.1. akhlak. 7 .dengan dirinya sendiri atau dengan masyarakatnya. alam ghaib. Bagi apa yang di bawa oleh Muhammad SAW.a. Dalam kitab-kitab aqidah ada disebut perkataan Syariat Musa. tasawuf. Ia merupakan asas seseorang Muslim. akhlak. Syariat Islam. Di dalamnya terkandung segala aspek pengajaran tentang hidup manusia sama ada mengenai akidah. ibadat dan segala peraturan lain sama ada yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya. Syariat Isa. Dalam definisi Islam keempat yang telah dijelaskan oleh Dr Abd al-Karim Zaydan mengatakan bahawa Islam ialah sejumlah peraturan yang diturunkan oleh Allah ke atas rasulnya.w.op. Dari segi istilah ilmu fiqh. ia adalah apa sahaja sistem tentang hidup. sama ada yang didatangkan oleh Allah melalui para Nabi-Nya ataupun yang diciptakan oleh manusia sendiri. h. Ianya dapat dilihat sama ada dalam bentuk al-Quran ataupun as-Sunnah.

hak orang yang dilindungi dan kewajipan mereka dan seterusnya. perlembagaan dan kaedah-kaedah sistem negara dan seterusnya. Perkara-perkara yang berkaitan dengn perbuatan manusia iaitu Ibadat & Muamalat Ia berhubung dengan ibadah khusus seperti solat. v. seperti nikah. nafkah. pinjam meminjam dan seterusnya. pentadbiran kehakiman dan seterusnya. perwarisan dan seterusnya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan budi pekerti atau akhlak. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut: i. Undang-undang keluarga yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun kehidupan berkeluarga . dengan tujuan mewujudkan manusia berakhlak tinggi yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah SWT. bersedeqah. Ia juga Berhubung dengan hubungan manusia sesama mereka. Ia menitikberatkan pendidikan rohani. c. ia juga bertujuan untuk melahirkan manusia yang sentiasa membersihkan hatinya daripada sifat-sifat tercela dan berhias dengan sifat-sifat yang teRPuji. pendakwaan. cerai. ii. keterangan. atau lebih terkenal dengan undang-undang hubungan antarabangsa. Selain itu. Undang-undang yang berhubung dengan cara pentadbiran dan pemerintahan.b. jual beli. gadaian. Undang-undang yang berhubung dengan kehakiman. Undang-undang yang berhubung dengan hubungan negara dengan negara. nazar dan seterusnya. sama ada dalam keadaan perang atau pun damai. yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat. Undang-undang mu'amalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara pemilikan harta.Undang-undang ng berhubung dengan hak rakyat. muslim dan bukan muslim terhadap negara. sewa-menyewa. puasa. 8 . iii. ruju'. iv. menunaikan haji.

al-Hadis. Syariat Islam juga adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia. Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah.3. qisas. memberi rahmat kepada semua (manusia). Ijmak Ulamak. memberi kemaslahatan kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh. Undang-undang yang bertujuan mencegah jenayah dan menghukum pesalah-pesalah atau terkenal dengan undang-undang jenayah dan keseksaan sama ada yang berdasarkan hudud. sebahagian penganut Islam. terkeluar dari maslahah kepada mafsadah.1 Sumber Hukum Syariat Islam Sumber Hukum Syariat Islam ialah Al-Qur'an . Syariat Islam itu semuanya bersifat adil. Ia adalah himpunan kata Allah. Imam Ibn Qayyim al Jawizi berkata “Syariat Islam dibina dan diasaskan di atas hikmathikmat dan maslahah-maslahah kebaikan hamba Allah (manusia) di dunia dan di akhirat. diat ataupun takzir. Syariat Islam juga penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. 9 . terkeluar dari rahmat kepada kesiksaan. Selain mempunyai hukum dan aturan. terkeluar dari hikmat kepada sia-sia adalah semuanya terkeluar dari syariat Islam walaupun terdapat padanya pelbagai takwil kerana syariat itu merupakan keadilan Allah diantara hambaNya dan rahmat Allah kepada makhlukNya dan perlindungan Allah terhadap bumiNya”. baik Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu. Maka setiap masalah terkeluar dari keadilan kepada kezaliman. Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh perpasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. 1. Qiyas Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama bagi syariat Islam.vi. 1977: 14-15). (Syams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad b.

Seseorang yang memahami sesuatu secara mendalam sebut sebagai Faqih. iaitu diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya. dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Qiyas ialah proses taakulan berasaskan membuat hukum hukum sedia ada daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Fungsi hadis antara lain ialah mempertegas hukum dalam Al-Qur'an. perbuatan. Qiyas menetapkan suatu hukum terhadap suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun perkara-perkara ibadah tidak boleh diijtihadkan. Ijtihad juga boleh menjadi sumber hukum. memperjelas hukum dalam Al-Qur'an dan menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an Ijma' maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi. Ia adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. ijtihad ulamak berdasarkan hukum Qiyas. Dari segi bahasa arab. manfaat.4 DEFINISI FIQH Sebagaimana juga perkataan Syariah.Hadis adalah seluruh perkataan. Beberapa jenis ijtihad adalah ijtihad sekumpulan ulamak mujtahid yang dipanggil Ijma' iaitu kesepakatan para ulama. perkataan atau istilah fiqh juga berasal dari perkataan bahasa arab. ia bermaksud pemahaman secara mutlak ataupun pemahaman secara mendalam. bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama. Ijtihad berdasarkan Maslahah Mursalah iaitu untuk kemaslahatan umat dan ijtihad berdasarkan 'Urf iaitu kebiasaan 1. Diantara penggunaan lafaz fiqh seperti dalam firman Allah taala : ُ ُ َ ّ ّ ً َِ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ َ ‫قالوايشعيب مانفقه كثيرامماتقول‬ 10 .

Yang paling asas dari perkara yang mendatangkan faedah kepada diri itu ialah ilmu tentang akhirat.Maksudnya: mereka berkata “wahai shuib tidaklah banyak kami memahami daripada apa yang engkau katakan. ibadah. Di zaman perpulaan Islam ianya diberi maksud sebagai pemahaman terhadap ajaran agama secara mutlak samada akidah. Pengertian seperti ini telah digunakan oleh al-Quran sendiri dalam firman Allah yang bermaksud "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk mernberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya. seorang ulamak di zaman Tabiit-Tabiin.” (surah hud: 91) Dari segi Istilah pengajian Islam. Abu Hanifah." (at-Taubah (122) Manakala dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa definisi fiqh. akhlak dan muamalat. (Abd al-Karim Zaydan . 11 . akhlak ataupun hokum-hukum mengenai tindak-tanduk lahir manusia. Fiqh juga adalah ilmu untuk mengetahui dan memahami hukumhukum syara’ yang berkaitan dengan mukallaf seperti wajib. Fiqh juga adalah mengetahui hukum-hukum syara’ yang amali dengan berdalilkan dari dalildalil tafsili (terperinci) atau juz’i (pecahan). harus. Fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk amali yang di ambil daripada dalildalil yang berbentuk tafsil (terperinci) Ia adalah semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh Syariat Islam sama ada hokum-hukum ini berkaitan dengan aqidah.1994: 8) Pengertian istilah Fiqh secara menyeluruh ini terus digunakan dalam tempoh yang lama oleh para ulama. pernah mentafsirkan Fiqh sebagal "'mengenali hak dan tanggungiawab diri. makruh. perkataan Fiqh ini telah mengalami proses evolusi yang ketara. keadaan sesuatu akad itu sah atau batal. keadaan ibadat itu qadha’ dan sebagainya.1987:." Tafsiran ini membawa maksud Fiqh ialah mengenali apa yang sebenarnya mendatangkan manfaat dan apa yang sebenarnya membawa mudarat kepada diri. haram. (al-Ghazali. sulpaya mereka itu dapat menjaga diri.4-5). kerana ianya akan membawa faedah yang kekal abadi.

Anas (93-179H) yang mengasaskan Mazhab Mliki. 1. Ia berhubung dengan ibadah khusus seperti solat. nazar dan sebagainya. yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat.5. 1. menunaikan haji. ruju'. bersedeqah.1 Fiqh Ibadat Fiqh ibadat ialah ilmu fiqh yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan ibadat. jual beli.Pengasas Mazhab Fiqh yang terpasyur dari kalangan imam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah empat mazhab yang terkenal iaitu Imam Abu Hanifah (50-105H) yang mengasaskan Mazhab Hanafi. puasa. perwarisan dan seterusnya.5 PECAHAN DALAM BIDANG FIQAH Bidang Ilmu Fiqh mempunyai beberapa pecahan antaranya ialah: 1. Hanbal (164241H) yang mengasaskan Mazhab Hanbali.5. Dari segi istilah syarak pula ialah adalah bermaksud akad pernikahan yang menghalalkan pergaulan antara laki–laki dan perempuan yang 12 . Ia adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud cantuman.3 Fiqh Munakahat Fiqh munakahat ialah ilmu fiqh yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan hal-hal yang berkiatan dengan pernikahan. sewa-menyewa. Ia membincangkan undang-undang keluarga yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun kehidupan berkeluarga. pinjam meminjam dan seterusnya.5. 1969: 155) 1. nafkah.2 Fiqh Muamalat Fiqh Muamalat ialah ilmu Fekah yang berkaitan dengan hubungan manusia sesama mereka. (Abd al-Karim Zaydan. cerai. Imam Malik b. Undang-undang mu'amalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara pemilikan harta. seperti nikah. gadaian. Perkataan munakahat ialah kata jamak kepada perktaan nikah. Imam Syafi’i (150-204H) yang mengasaskan Mazhab Syafie dan Imam Ahmad b.

isteri. Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya 2. Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduhmenuduh. majlis akad. qisas. 1. Pergaulan antara laki–laki dn perempuan yang diatur dengan pernikahan ini akan membawa keharponisan. diyat atau ta`zir. keberkahan dan kesejahteraan baik bagi laki–laki maupun perempuan. bagi keturunan diantara keduanya bahkan bagi masyarakat yang berada disekeliling kedua insan tersebut. ragut dan lain-lain. Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian. Ilmu munakahat ialah imu-ilmu yang berkaitan dengan urusan pernikahan seperti calon suami . Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat : 1. wali. Hubungan antara seorang laki–laki dan perempuan adalah merupakan tuntunan yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan untuk menghalalkan hubungan ini maka disyariatkanlah akad nikah. mas kahwin dan lain-lain lagi. 3.5.tidak ada hubungan Mahram sehingga dengan akad tersebut terjadi hak dan kewjiban antara kedua insan. Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat. akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda.4 Fiqh Jinayah Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehorpatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. 13 .

mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab. Mereka yang dapat mengkaji dan memahami secara terus nas-nas al-Qur’an dan 14 . Filipina.4. Bagaimanapun. Maliki 3. Golongan tidak perlu mazhab dari segi ilmu. Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri. Bagi Islam Sunah. Hanbali. tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Hanafi 2. Mazhab-mazhab selain daripadanya tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. mengikut qaul yang rajih. terdapat 4 mazhab iaitu: 1.1 Maksud. Ini adalah kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi. Tujuan dan Kepentingan Mazhab Dalam pandangan Islam setiap individu Muslim wajib mentaati ajaran al-Qur’an dan alSunnah. Ini kerana manusia memiliki kemampuan yang berbezabeza yang secara umumnya dapat dibahagikan kepada 3 tahap: 1. Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie. 1.6 MAZHAB DALAM ILMU FIQAH Mazhab (‫ )مذهب‬ialah aliran pemikiran fiqah. Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan 1. Syafie 4. Terdapat beberapa aliran pemikiran dalam fiqh Islam.6. Ismaili dan Zaidi. kaedah dan panduan yang sempurna dan lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari. mengikut pendapat ulama Sunni. Bagi Islam Syiah pula. Walaubagaimanapun diakui bahawa tidak semua orang dapat merujuk terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Umat Islam di Malaysia. Brunei. 5. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan.

Tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari da-hulu ialah memudahkan umat Islam mencapai ketaatan ke-pada al-Qur’an dan al-Sun-nah. Tujuan yang ingin dicapai oleh para imam mazhab ialah menjelaskan kepada manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah S. 2. Golongan di antara dua. 3.W dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan 15 . Mereka yang tidak dapat mengkaji dan tidak mampu mengeluarkan hukum daripadanya. dia dibolehkan merujuk secara terus kepada alQur’an dan al-Sunnah. oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah merupakan satu kesalahan bagi dia untuk menurut sahaja (taqlid buta) sesuatu mazhab kerana berbuat sedemikian bererti dia menderhakai kelebihan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Golongan yang perlu kepada mazhab. bagi mereka diharuskan mengikut sesuatu mazhab fiqh Islam. Sememangnya inilah tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari dahulu. Setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’-an dan al-Sunnah.A. Mazhab-mazhab fiqh Islam beRPeranan sebagai jalan bagi membawa seorang Muslim itu kepada ketaatan terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan untuk mendekati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah secara terus. Bagi seorang yang berada di tahap kedua dan ketiga. Ini kerana setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan alQur’an dan al-Sunnah.T dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.W. oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka yang berada di pertengahan antara tahap pertama dan kedua di atas. Bagi seorang yang berada di tahap yang pertama ini. iaitu memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.al-Sunnah dan mampu mengeluarkan hukum daripadanya.

mengikuti mazhab bukanlah bererti membebaskan diri daripada sifat belajar dan mengkaji. Mazhab hanya beRPeranan memudahkan ketaatan tersebut.W: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim. Selain itu dia harus berusaha menyempurnakan segala kekurangan ilmunya jika dia adalah seorang yang mampu melakukan hal itu sehingga akhirnya dia dapat mencapai kedudukan sebagai seorang mujtahid. Bagi orang yang tidak mampu. ia perlu mempunyai fikrah (pemahaman) yang jelas iaitu: 1. Namun sangat dianjurkan agar dia berusaha dengan segenap kemampuannya untuk mempelajari dalil-dalil yang dipergunakan oleh imam yang diikutinya dan tetap bersedia menerima kebenaran dari orang lain yang berhak mengemukakannya. Bagi orang yang mampu mengkaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah mereka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber meluaskan skop kajian.A. 16 . dibolehkan baginya untuk mengikut pendapat salah seorang imam agama (imam mazhab). bukan menggantikannya. Hasan al-Banna rahimahullah menasihatkan: Bagi setiap Muslim yang belum mencapai tingkat ‘mujtahid’ terhadap dalil-dalil umum syari‘at. mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang memudahkan keta-atan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Namun dalam seseroang itu berpazhab. Golongan yang pertama tidak boleh mengecam golongan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.Hadis secara langsung. Ini kerana menuntut ilmu merupakan salah satu kewajipan agama sebagaimana sabda Rasulullah S. Beliau mestilah sedar bahawa ketaatan yang sebenar adalah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Oleh itu wajib belajar ajaran fiqh mazhab dengan mengkaji dalil-dalilnya dan membandingkannya dengan mazhab yang lain atau penelitian semula oleh tokoh terkemudian. 2.

1. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi. ia mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar negara.6." Ketika hayatnya. Turki. Mazhab dalam Ahli Sunnah wal Jamaah Terdapat 4 mazhab ahli Sunna Wal Jimaah iaitu: 1. beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan. Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir. baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik.2 Mazhab Maliki 17 .6.6. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. bijak dan berakhlak mulia. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.2 Beberapa Mazhab dalam Ilmu Fiqh a.2.1. Mazhab Hanafi merupakan mazhab terbesar dengan 30% pengikut.2. Pada waktu tersebut beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya pada pemerintahan. Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan.1 Mazhab Hanafi Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit digelar Abu Hamfal. Tetapi beliau sangat merendah diri (tawadu’). Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. India dan sebahagian Afrika Barat. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau seorang yang beRPengetahuan.

Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau. Imam Malik bercita-cita menjadi penghibur tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Selain menggunakan Al Quran. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan. Imam Malik tetap beRPegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu. tinggal dan wafat di Madinah` dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab. Ingatannya sangat kuat. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah. Sebelum Imam Malik menjadi guru. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai iaitu lebih kurang 25% daripada Muslim. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah. Mengikut Imam Malik. Pada perpulaan hidupnya. Beliau mendengar hadis daripada guru. di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku. Sewaktu hidupnya. Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima.Maliki ialah mazhab fiqh yang kedua sunni. Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. ijma' dan qiyas. hadis. adil dan kuat ingatannya serta cerpat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al18 . Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya. barulah beliau mengajar. termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya.

Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Syria.6. Beliau juga sangat cerpat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”. semenanjung Malaysia. Meskipun berbeza dari kedua aliran utama tersebut. Mazhab ini kebanyakan dianut para penduduk Mesir bawah.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum.شافعية‬Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dibawa oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau yang dikenal dengan sebutan Imam Syafii. Usul al-Fiqh. dan Bahrain. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Hadramaut. yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung beRPegang pada teks hadis) dan ahl alra'y (cenderung beRPegang pada akal fikiran atau ijtihad).3 Mazhab Syafie Mazhab Syafii (bahasa Arab: ‫ .2. Malabar.” Apabila ditabnya kenapa beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Di dalam kitab-kitab tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan 19 . yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafii. Namun demikian Mazhab Syafii menerima penggunaan qiyas secara lebih luas. Indonesia. Imam Syafii belajar kepada Imam Malik sebagai tokoh ahli hadis. pantai Koromandel. dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh berbagai ulama yang hidup sezaman dengannya. dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani sebagai tokoh ahl al-ra'y yang juga murid Imam Abu Hanifah. beliau terus berkata kepada orang yang bertanya: “Baliklah dulu supaya aku dapat berfikir. Arab Saudi bahagian barat. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah maupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik.Quran dan hadis. 1. Imam Syafii kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri. keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami alQuran. Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga sepanjang malam untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.

ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama). Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad. kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii. 4.prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat cabang). ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya. 20 . tafsir secara lahiriah. bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum. yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Imam Syafii sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga digelar Naasir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi). karena menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi. apabila dalam ijma' tidak juga dijumpa hukumnya. Imam Syafii berpendapatt bahawa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Asas-asas mazhab yang asas. Ijma' yang diterima Imam Syafii sebagai landasan hukum adalah ijma' para sahabat. 2. maka dapat digunakan salah satunya. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeza. 3. Dengan demikian. Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Akan tetapi Imam Syafii menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam. ialah beRPegang pada: 1. atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru) di Mesir. Selama ia tinggal di sana. Ijmak para Sahabat Nabi. Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak terdapat rujukan dari Al-Quran. Jika terdapat keadaan yang baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid. Kemudian Imam Syafii berpindah ke Mesir kerena munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berjaya mempengaruhi khalifah. selama tidak ada yang menegaskan bahawa yang dimaksud bukan arti lahiriahnya. Al-Quran. Imam Syafii pertama sekali selalu mencari alasannya dari Al-Qur'an dalam menetapkan hukum Islam.

Dilahirkan pada tahun 105 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin (tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah). Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam sedunia. Usul alFiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. yang menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah seperti Imam Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. Imam Tabari .Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di bidang mereka masingmasing. Imam Bukhari. Saat ini. Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Imam Muslim. Kerana metodologinya yang sistematik dan tingginya tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafii. 878) dan Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang dengan dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini. Selain itu. Asas fikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. masih banyak ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii. Imam Turpudzi. juga pernah belajar Imam Syafii. dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi. Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani . 846). Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir. terdapat banyak sekali ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi pendukung setia mazhab ini. Imam Ibnu Katsir . Imam Nawawi . Imam Ibnu Majah. Imam Abu Daud. yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. antara lain: Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Imam As-Suyuti . Keturunannya 21 . Imam Syafie atau Muhamad bin Idris Al-Syafie. 884) Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dalam pengasas Mazhab Hanbali. Imam Dhahabi dan Imam Al-Hakim Imam Syafii terkenal sebagai pereka pereka pertama metodologi hukum Islam.

Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah. pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Beliau menghafaz dan menulis hadis. beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. hidup dalam kemiskinan. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Beliau seorang miskin. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?” 22 . Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Namun. tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu.” Semasa muda. pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. belulang. Pada perpulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah.bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf. hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu. Antara sebabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie. Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua. Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi. Untuk itu.

4 Mazhab Hanbali Mazhab Hanbali[ (bahasa Arab: ‫ )حنبلى‬atau juga dieja Mazhab Hambali adalah satu daripada empat mazhab fiqah dalam aliran ahli sunnah wal jamaah.Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie.6. Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah 23 . Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam. beliau terpaksa bekerja di kedai jahit. Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.2. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi. Sewaktu bapanya meninggal dunia. Mazhab Hambali dimulakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh. Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab. dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Oleh itulah beliau berhak dianggap pengasas bagi ilmu usul fiqh. Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Untuk menampung kehidupan. Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Ini adalah kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. 1. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam.

Sebutan Ismailiyah diperoleh 24 . sewaktu beliau menunaikan haji. Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin.”Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Keimaman kemudian berlanjut iaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran. Dinisbatkan kepada Imam ke-6. Di dalam keyakinan utama Syi'ah. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz. b. Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam perkara yang menentukan siapa yang berhak menjadi imam dan pengganti para imam tersebut 1. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang.2. Ismailiyah dan Zaidiyah. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian. selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah).5 Mazhab Jaafariyyah Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. 1.2.6. MAZHAB-MAZHAB SYI'AH Syi'ah atau adalah pengikut Saidina Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran.Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Pada waktu itu.6 Mazhab Ismailiyyah Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah.engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur. iaitu Ja'far ashShadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. iaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti).6.

saudara tirinya. Pelajar-pelajar bidang Syariah selalunya dimestikan mempelajari bidang kecil ini kerana ia akan memudahkan para pelajar memahami kenapa sesuatu hukum itu ditetapkan sebagai wajib. sunat. yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Antara yang akan 1. Qawaid al-fiqhiyyah 3. Muhammad al-Baqir. Maqasid al-Syariah 1. Ali Zainal Abidin.7. di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib.7 Mazhab Zaidiyah Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapatt bahawa Zaid bin Ali merupakan pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin.6. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah. 1. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. haram dan makruh. 1. Usul al-Fiqh 2. yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir.7 Bidang lain yang berkaitan dengan Ilmu Fiqh banyak bidang yang berkaitan dengan ilmu fiqh. harus. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah. beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid. Dari mana dalil diambil dan bagaimana proses pengambilan hukum tersebut 25 Terdapat dibincangkan di sini ialah: .pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq.1 BIDANG USUL AL-FIQH Ilmu usul al-fiqh adalah suatu bidang kecil dalam disiplin ilmu pengajian Islam khususnya bidang Syariah. Samaada Ismailiyah atau Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu. Setelah kematian imam ke-4.2.

Perkataan aslun dari segi bahasa arab adalah bermaksud asas atau dalil. gabungan dua perkataan itu dinamakan idhafi. Al-Rujhan (yang sebenar).1. Dalil ialah seperti dikatakan “asal wajib sembahyang ialah dengan firman Allah Taala (‫ ) وأقيموا الصلة‬Surah An-Nur: 56.الصصصصلة‬Hendaklah kamu mendirikan sembahyang). 26 . yang diqiyaskan kepadanya dan yang diistishab kepadanya. Seperti Asal daripada sesuatu perkataan itu adalah dikehendaki maknanya yang hakiki. 2.1 Definisi ilmu Usul Al-Fiqh Istilah usul al-fiqh adalah terdiri daripada perkataan dua perkataan yang digabungkan menjadi satu perkataan iaitu ‘usul’ dan ‘al-fiqh’. Dari segi istilah pula ia mempunyai banyak maksud iaitu 1. Perkataan “Usul Fiqh“ maksudnya dalil-dalil fiqh. 1. Pemahaman mengenai seterusnya akan memudahkan para pelajar syariah menyelesaikan sesuatu masalah fiqh dengan mudah kerana mereka telah memahami kaedah menetapkan sesuatu hukum. 1. Ertinya makna perkataan yang sebenar di sisi pendengar ialah maknanya yang hakiki. Kaedah ialah seperti kaedah fiqh (‫ )لضصرر ولضصرار‬yang bermaksud tiada ada َ َ ِ ََ ََ َ َ kemudaratan dan memudaratkan adalah salah satu kaedah fiqh. Perkataan usul diidhafatkan (digabungkan) kepada perkataan al-Fiqh. maksudnya dalil wajib sembahyang . Perkataan usul adalah kata jamak kepada perkataan ‘Aslun’. 4. 2.(‫وأقيموا‬ َّ ُ ِ ََ ‫ . Dalil. 3. 3. Kaedah. Al-Rujhan iaitu yang terang dan sebenar. Di dalam bahasa arab.7.dilakukan oleh para ulamak dan mujtahid terhadap sesuatu perkara sehingga sesuatu hukum dapat dikeluarkan.

Pandangan Ulamak Shafie Ulamak usul fiqh dari mazhab shafie telah mendefinisikan ilmu usul al-fiqh sebagai ِ ْ ِ َ ْ ُ ْ ِ َ َ َ ْ ِ ِ َ َ ِ ْ ِ ِ ِّ ْ َ َ ً َ ْ ِ ِ ْ ِ ْ َ ِ َ َ ُ َ ِ ْ َ ‫. Yang di istishabkan (yang di sabitkan kekal) seperti seseorang yang yakin ia bersuci kemudian ragu tentang tidak bersucinya “asalnya bersuci” maksudnya disabitkan kekal kesuciannya sehingga di yakini tidak bersucinya.4.معرفة دلئل الفقه اجمال وكيفية الستفادة منها وحال المستفيد‬ 27 .2 Definisi Ilmu Usul Al-Fiqh Setelah Dijadikan Suatu Bidang Ilmu Yang Khusus. Perkataan Fiqh pula dari segi bahasa ialah ’memahami’.1. a.” (surah hud: 91) Manakala dari segi istilah pula fiqh (fekah) ialah mengetahui hukum-hukum syarak berbentuk amali (perbuatan) yang diambil daripada dalil-dalil yang bersifat tafsil (terperinci). Apabila usul al-Fiqh dijadikan suatu bidang ilmu yang khusus dalam ilmu fiqh maka ia telah diberikan beberapa definisi lain mengikut pandangan ulamak dalam mazhab. Diantara penggunaan lafaz fiqh seperti dalam firman Allah taala : ُ ‫قالوايشعيب مانفقه كثيرامماتقو‬ ‫َ ُ َ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َِ ً ّ ّ َُ ل‬ Maksudnya: mereka berkata “wahai shuib tidaklah banyak kami memahami daripada apa yang engkau katakan.7. Yang di kiaskan keatasnya ‫ ))مقيس عليه‬seperti “arak asal bagi hukum keatas minum ِ ْ ََ ٌ ِ َ tuak“ maksudnya: haram meminum tuak dikiaskan kepada haramnya meminum arak. 1.

kerana memandangkan bahawa penunjukan dalil-dalil adalah secara zhanni pada kebiasaannya dan mengetahui zhan dan penunjukannya perlu kepada ijtihad. Apa yang di ambil kira oleh ulamak usul fiqh ialah mengetahui dalil-dalil dari segi ijmali bukan detail.Iaitu mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmali (tidak terang) dan cara memetik atau mengambil hukum-hukum daripadanya serta keadaan orang yang menuntutnya. al-Ijma’ dan lain-lainnya adalah dalil-dalil yang boleh dijadikan sebagai hujah. b. Mengetahui cara-cara mengambil hukum-hukum daripada dalil-dalil feqah secara ijmali (umum) adalah memerlukan kepada mengetahui syaratsyarat berdalil seperti diutamakan lafaz nas daripada lafaz zahir. hadis mutawatir daripada hadis ahad dan sebagainya. setiap larangan adalah haram dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan mengetahui dalil-dalil feqah secara ijmal ialah mengetahui bahawa al-Quran. al-Sunnah. Lafaz (‫ )العلم‬sebelum disandarkan kepada (‫ )القواعد‬merangkumi ilmu secara tasawur dan tasdik. Pandangan Ulamak Mazhab Hanafi. setiap perintah adalah wajib. Maliki dan Hambali mendefinisikan usul fiqh sebagai ِ ّ ِْ ِ ْ َ َ ِ ِّ ْ ِ ِ ّ ِ‫َ ْ ِ ْ ُ ِ ْ َ َ ِ ِ ّ ِ ُ َ َ ّ ُ ِ َ َِ ْ ِ ْ َ ِ َْ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ ّ ِ َم‬ ‫العلم باالقواعد التي يتوصل بها الى استنباط الحكام الشرعية الع َلية من أدلتها التفصيلية‬ Ertinya: Ilmu dengan kaedah-kaedah yang dengannya dapat menghubungkan istimbat (mengeluarkan) hukum-hukum syarak yang bersifat amali (praktikal) yang diambil daripada dalil-dalilnya yang bersifat terperinci (tafsil). jadi mengetahui syarat-syarat berijtihad dan bertaklid adalah sebahagian daripada usul fiqh. Termasuk didalam mengetahui keadaan orang yang menuntut hukum Allah itu mengetahui keadaan orang yang berijtihad (mujtahid) dan yang bertaklid (muqallid). Maliki dan Hambali Para ulamak usul fiqh dari kalangan yang berpazhab Hanafi. akan tetapi setelah ia disandarkan kepada (‫ )القواعد‬maka ia bermaksud ilmu secara tasdik. kerana yang berijtihad mengambil atau memahami hukumhukum daripada dalil-dalil sedangkan orang yang bertaklid mengambilnya daripada mujtahid. Lafaz (‫ )القواعد‬adalah jama’ bagi kaedah yaitu kaedah umum ( ‫ )قضية كليصصه‬yang 28 .

3 Sejarah Perpulaan dan Perkembangan Usul Al-Fiqh Wahyu merupakan asas atau sumber perundangan Islam di masa hayat Rasulullah SAW samaada ia (wahyu) di baca iaitu al-Quran atau tidak di baca iaitu as-Sunnah.1. setiap suruhan wajib. ayat 32 yang bermaksud janganlah kamu menghampiri zina. 1. Perkataan ‫ ))الشرعية‬didalam definisi ini disebut ialah untuk mengeluarkan hukum-hukum selain dari hukum-hukum syarak. ََ ّ ْ ُ َِْ Kerana lafaz (‫ )أقيمصصوا‬perbuatan suruhan. Kaedah umum (‫ )ك صل أمرللوجصصوب‬maknanya “setiap perintah suruhan adalah ِ ُ ُ ْ ٍِ ْ َ ْ ُ wajib. hukum-hukum ilmu nahu bahasa arab seperti Fail pasti hukumnya marfuk. oleh itu zina adalah haram. Firman Allah Taala: ‫وماينطق عن الهوى ان هو ال وحى يوحى‬ َ ُ ٌ ْ َ ّ ِ َ ُ ْ ِ َ َ ْ ِ َ ُ ِ َْ َ َ 29 .dengannya dapat di fahami hukum-hukum jaz’iyat (hukum-hukum yang lebih kecil atau terperinci seperti: 1. oleh yang demikian setiap suruhan adalah wajib. setiap tegahan atau larangan adalah ُ ْ ِ َِْ ٍ ْ َ ّ ُ haram. maf ul bih pasti mansub dan sebagainya. Kaedah umum (‫ )كل نهي للتحْريم‬maknanya. setiap larangan atau tegahan adalah haram. Dengan kaedah ini dapat difahami haram melakukan zina dari tegahan Allah (‫)ولتقربوا الزنا‬surah al-isra’. kerana lafaz (‫ )ولتقربصصوا‬menunjukkan larangan. Maksud ( ‫ )والتي يتوصصل بهصصا الصصى اسصتنباط الحكصصام الشصرعية الع َليصة مصصن أدلتهصصا التفصصصيلية‬ialah dengan ِ ّ ِ ِ ْ ّ َ ِ ِّ ِ ِ ّ ِ‫َ ّ ِ ُ َ َ ِ َ ِ َ َِ ِ ْ ِ ْ َ ِ ْ ْ َ ِ ْ ّ ْ ِ ّ ِ َم‬ melalui kaedah-kaedah usul fiqh. Perkataan (‫)العملية‬ didalam definisi ini disebut adalah untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak yang bukan bersifat amali seperti hukum akidah (tauhid) dan hukum akhlak atau tasawuf. para ulamak mujtahidin dapat memahami hukumhukum fiqh dari dalil-dalil yang terperinci. 2. dengan kaedah ini dapat di fahamkan wajib sembahyang dari perintah Allah (‫ )أقيمصصوا الصصلة‬maksudnya hendaklah kamu menunaikan sembahyang. seperti hukum akli bahawa alam ini baharu .7.

وقال الحمدل الذى وفق رسول رسول ال لما‬ َ ِ ِ ِ ُ َ َ ُ َ َ َّ ِ ّ ِ ُ ْ َ ْ َ ََ ِ ِ ْ َ ُ َ ْ َ ِ ُ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ِ َْ َ َ ْ ِ َ ْ َ ُُ ُ َ َ ُ ‫. baginda telah menemuduga beliau dengan sabdanya : ْ َِ َ َ ‫بم تقضى يامعاذ . قال : فان‬ ِ ُ َ ِ ُّ ِ َ ِ َ ْ ِ َ ْ َ ْ َِ َ ِ ِ َ ِ ِ َ ِ َ َ َ َ َ َ ِ ُ َ ِ َ ُ َ ِ َْ َ ِ ‫لم تجد قال اجتهد ول آلو. Rasulullah SAW bersabda lagi: kalaulah engkau tidak dapat menyelesaikan dengannya? Jawab Muaz: hamba akan berijtihad berusaha menurut pandangan sendiri dan hamba tidak cuai dan tinggal begitu sahaja. sabda nabi lagi.يرضى ال ورسوله‬ َ َْ “Bagaimana engkau wahai Muaz menghukum apabila dibentangkan sesuatu masalah? Kata Muaz: hamba akan menghukum atau menyelesaikannya dengan berpandukan kepada al-Quran.Maksudnya : Dan ia (nabi) tidak mengeluarkan kata-kata menurut hawa nafsu. sebagaimana yang berlaku kepada Muaz Bin Jabal ketika diutus oleh Rasulullah SAW ke negeri Yaman untuk berdakwah orang ramai kepada Islam. meskipun demikian tidaklah kesemua para sahabat dapat melakukan demikian kerana ada diantara mereka yang berada ditempat-tempat yang jauh yang menyebabkan sukar mereka merujuk kepada nabi SAW untuk menyelesaikan kemuskilan mereka dan terpaksalah mereka berijtihad sendiri bagi mengatasi perkara-perkara yang berlaku semasa itu yang tidak didapati hukumnya didalam al-Quran dan al-Sunnah. sesungguhnya ia adalah wahyu yang di wahyukan. فضرب رسول ال )ص( صدره بيده.” 30 . اذاعرض لك قضا؟ قال بما فى كتاب ال قال فان لم تجد قال بما فى سنة رسول ال. (surah al-Najm:ayat 3-4) Oleh yang demikian para sahabat semasa hayat Rasulullah SAW tidak begitu perlu berijtihad mengeluarkan hukum-hukum Islam dari al-Quran. kerana mereka mudah mendapatkan daripada nabi Muhammad SAW dan bertanya kepadanya mengenai sesuatu kemuskilan didalam memahami kandungan al-Quran. lalu Rasulullah SAW pun menepuk dada Muaz dan bersabda : segala pujian bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulnya dengan apa di redhai oleh Allah dan Rasulnya. jika engkau tidak dapat menyelesaikan dengannya? Jawab Muaz: hamba akan berpandukan hadis.

31 . Ia ditambah pula dengan kelebihan yang istimewa pada diri mereka iaitu kerjernihan jiwa. kepentingan-kepentingan.w menyebabkan mereka mengatahui sebab-sebab nuzul ayat al-quran. disamping itu lama persahabatan mereka dengan baginda rasulallah s. Sebahagian daripada kaedah-kaedah metod-metod mengistimbadkan hukum feqah telah pun lahir dengan jelas di kalangan sahabat dan tabie ketika mengemukakan hujah pendapat mereka dan mengkritik pendapat penentang-penentang mereka. Para mujtahid dari kalangan sahabat selepas Rasulallah S. ketajaman pemikiran dan kecerdasan akal.Ilmu usul fiqh merangkumi kaedah-kaedah mengistimbatkan hukum atau mengeluarkan hukum daripada dalil yang mana setiap mujtahid beRPandu kepadanya didalamu membuat ijthad terhadap hukum-hukum baru. bersesuaian diantara ayat dengan ayat-ayat yang terdahulu daripadanya. Proses mengistimbatkan hukum-hukum tidak dapat dilaksanakan kecuali oleh mereka yang memperolehi pengetahuan yang cukup dan sempurna mengenai kaedah-kaedah atau metod-metodnya kerana tidak ada ijtihad tanpa metod dan tidak ada istimbad tanpa kaedah. dan mencadangkan supaya beliau mendapat sara hidupnya yang mencukupi dari baitulmal (perbadaharan negara) kerana penelitian terhadap kepentingan orang-orang Islam adalah termasuk didalam kepentingan umum dan urusan perniagaan perbadanan adalah tergolong kedalam kepentingan khas.A.a. difahami atau tidak sahaja. illah-illah dan tujuan-tujuan tersebut. Sebagai contoh para sahabat telah melarang Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa beliau memegang tampok pemerintahan dari berniaga atau berkerja untuk mendapat sara hidup. maka merekalah orang yang paling mengetahui bahasa alquran yang banyak kaedah-kaedah istimbad atau menyimpulkan hukum diambil daripadanya.W wafat dan kalangan tabie tidak perlu kepada pembukuan kaedah-kaedah usul fiqh kerana kaedah-kaedah ini sudah tersemat didalam diri mereka. kepentingan-kepentingan dan illahillahnya. Oleh yang demikian boleh dikatakan bahawa kaedah-kaedah ilmu fiqh telah wujud sama dengan feqah malah terdahulu darinya walaupun ia dibukukan selepas feqah kerana hukum feqah pasti dibuat mengikut kaeadah tertentu cuma adakah ia disedari. Kebanyakan kaedah-kaedah istimbad hukum pula adalah bergantung kepada mengatahui matlamat-matlamat.

w.” Abdullah bin Masud’ memperakui kaedah akad usul fiqh yang ia meraikannya didalam ijtihadnya. waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Begitulah seseorang 32 . Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah. dengan katanya.t didalam surah al-Baqarah : ‫والذين يتوفون منكم ويزرون أزواجا يتربصن بانفسهن أربعة أشهر وعشرا‬ (suruh al-baqarah) “dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu.t dalam surah al-talak: 4                            Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuanperempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya). niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. “aku bersaksi bahawa surah an-nisa’ yang paling pendek (surah an-nisak al-kusra) maksudnya surah al-talak–turun selepas surah an-nisak yang paling panjang maksudnya surah al-baqarah.w. dan perempuan-perempuan yang hamil. sedang mereka meniggalkan isteri-isteri.Abdullah bin Masud’ berpendapatt bahawa adapun perempuan yang kematian suaminya ialah dengan melahirkan anak kandunganya berdasarkan kepada firman Allah s. Dan semasa ayat ini bertentangan dengan firman Allah s. hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.’’Maksud perkataan ini ialah bahawa nas yang terkemudian menasahkan yang terdahulu atau mentahsihkanya.

a. 1. metodologi-metodologi ijtihad dan kaedah-kaedahnya timbul dengan banyak dan setiap faqih perlu kepada dalil atau hujah demi untuk mempertahankann pendapatnya dan membahas dalil mereka yang menyalahinya. perselisihan diantara satu sama lain dari tempat-tempat tersebut berhubung dengan masalah-masalah feqah adalah hebat. Dizaman para imam-imam mujtahid telah muncul dengan banyak aliran pengajian feqah. Berjauhan masa antara tabien al-tabien dengan masa rasulallah s.w menyebabkan mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengatahui tujuan33 . maka disusun satu kumpulan daripada kaedah usul fiqh yang diambil dari bahasa arab 3. Keadaan ini mendesak supaya disusun kaedah-kaedah bahasa arab yang denganya terikat oleh mereka yang ingin memahami syariat Islam dan membantu mereka yang berkecimpung dalam membuat kesimpulan hukumhukum dari nas-nasnya.1. Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelusuk dunia sehingga sampai ke Negara-negara yang tidak menggunakan bahasa arab dan penduduk-penduduk negara-negara tersebut telah memeluk Islam dan memperlajari hukum-hukumnya maka ia sudah tentu memberi kesan kepada keaslian bahasa arab dan menyebabkan timbul kesalahan dalam memahami gayagaya bahasa (uslub-uslub) al-quran dan sunah dan kesamaran memahami makna keduanya. maka tak dapat tidak bagi mereka daripada dibukukan kaedaeh-kaedah yang mana mereka merujuk kepadanya didalam memahami dalil syariat dan ketika berlainan mereka didalam memahaminya 2.7. walaupun mereka pada masa itu tidak ilmu kaedah fiqh dan proses pembukuannya. Antaranya ialah : 1.dapat bahawa para fuqaha’ dari golongan sahabat dan tabie terikat dengan kaedah-kaedah usul fiqh didalam ijtihad mereka.4 Sebab-Sebab Penulisan Ilmu Usul Al-Fiqh Terdapat beberapa faktor atau sebab mengapa ilmu usul al-fiqh akhirnya ditulis dan dijadikan satu disiplin ilmu dalam ilmu fiqh.

satu kumpulan lain pula berhujjah mengingkari berdalil dengan hadis ahad. 34 . Kemudian imam Syafie telah mengasaskan kepada umat Islam satu ilmu usul fiqh yang merupakan satu kaedah menyeluruh untuk dijadikan rujukan dalam mengetahui peringkat dalil-dalil syarak. Walaupun terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Abu Sufian (meninggal 182 hijrah) adalah orang yang pertama menulis usul fiqh kemudian disusuli oleh Ahmad Bin Hasan al-Syibani (meninggal 189 hijrah). tetapi tidak ada bukti dakwaan tersebut kerana tidak pernah ditemui hasil karya mereka mengenai usul fiqh oleh para penyelidik sehingga ke hari ini. lalu ditafsir nas-nas secara tafsiran yang bertentangan dengan tujuan-tujuan syariat dan menceburi diri untuk berijtihad oleh mereka yang tidak mempunyai keahlianya. para fuqaha’ telah pun menjelaskan beberapa masalah dibidang usul fiqh tetapi mereka belum mempunyai kaedah yang menyeluruh yang boleh dirujuk kepadanya untuk mengenali dalil-dalil syarak dan cara mengkritik serta menilainya.1. dan satu kumpulan lain pula berhujjah dengan istihsan dan sebagainya. 1. kesemuanya ini memerlukan kepada kaedah-kaedah yang mana setiap mereka yang menceburi diri dalam ijtihad terikat denganya dan berlandas kepadanya . Imam Fakhr al-Razi menjelaskan bahawa kedudukan al-syafie dalam bidang ilmu asul fiqh adalah seperti kedudukan (Aristotal) dalam bidang ilmu logik (ilmu mantik) dan kedudukan al-Holil bin Ahmad dalam bidang ilmu A’rud.7. maka timbul satu kumpulan lain mengingkari berdalil dengan al-sunnah. Dan jika ditakdirkan riwayat itu betul maka ia sampai ke tahap yang dicapai oleh penulisan-penulisan imam al-Syafie. Sebelum imam syafie.tujuan syariat illah-illah dan hikmah hikmatnya.5 Pengasas Ilmu usul al-Fiqh Imam al-Syafie Muhammad bin Idris al-Syafie wafat pada tahun 204hijrah dikatakan sebagai pengasas ilmu usul fiqh dan orang pertama yang menyusun kaedah-kaedah usul fiqh sebagai satu disiplin ilmu yang berasingan.

Penulisan mengenai ilmu usul fiqh tidaklah terbatas kepada imam al-Syafie sahaja malah disambung oleh ulamak-ulamak selepasnya. (Muhammad Abu Zahrah. Diantara kandungan al-risalah ialah al-Quran dan keteranganya mengenai hukum. kemudian diikuti oleh anaknya imam Muhammad Abu Abdullah Jaa`far (meninggal pada 148 hijrah). illah-illah hadis. Imam Ahmad bin Hambali telah menulis beberapa buah buku mengenai bidang ini diantaranya kitab Taat al-Rasul. 35 . kitab al-Ilal dan kitab an-Nasih dan Mansuh begitu pula dengan ulamak al-Kalam dan para fuqaha’ Hanafi. 1958: 14-15) Dengan ini jelaslah bahawa imam al-Syafie adalah orang pertama sekali menulis mengenai usul fiqh. nasih dan mansuh. alsunnah dan kedudukanya nisbah dengan al-Quran. dalil. sedangkan imam Syafie telah menulis kaedah-kaedah usul fiqh dengan cara menyeluruh. Dan apa yang dilakukan oleh imam-imam syiah hanya sekadar apa yang dilakukan oleh imam Abu Hanifah dan para muridnya iaitu memberi pandangan mengenai beberapa masalah tentang kaedah hukum.Begitu pula golongan syiah Imamiah yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Bakar Ali Zainal Abidin (meninggal pada 114 hijjrah) adalah penulis pertama mengenai usul fiqh. Bukunya al-risalah adalah dianggap karya beliau yang pertama dalam bidang usul fiqh yang mana beliau yang menyusunnya pada mulanya di Baghdad kemudian beliau mengulangi penyusunanya di Mesir dan diriwayatkanya daripada beliau oleh muridnya Al-Robi’ al-Muradi dan menjadikanya sebagai mukadimah kitabnya. Sheikh Muhammad Abu Zahrah telah menolak dakwaan ini dengan bahawa apa yang didakwa itu tidak lebih dari hanya bentuk merencanakan beberapa masalah berhubung dengan usul fiqh bukan dalam bentuk satu penulisan yang lengkap mengenainya. Penulisan-penulisan mereka kesemuanya adalah berkisar kepada hukum. berhujah dengan hadis ahad dan Qiyas. cara-cara istimbad (membuat kesimpulan hukum) dan orang yang mengistimbat. istihsan dan apa yang harus dan tidak haru dipertikaikanya. meskipun mereka bersatu didalam isi kandungan tetapi mereka berlainan dalam cara-cara penyusunannya.

Imam Syafie berhijrah ke Mesir. beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat.6 Riwayat hidup Pengasas ilmu usul fiqh (Imam Syafie) Imam Syafie atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris al-Syafie. di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran. Membesar di kalangan puak Badwi.1. beliau beRPegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Imam Syafie kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syariat beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji. Pada awalnya. Imam Syafie mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy. dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. tanah asal Ahli Sunah Waljamaah.1. beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah. sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Palestin. Imam Syafie dilahirkan sama ada di Gaza. beliau dihantar ke Iraq. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah. dan nenek moyang Imam Syafie adalah alMutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad.7. Setelah itu. Selepas kemangkatan bapa beliau. yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafie. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi. Di Iraqlah berpula peringkat kedua pengajian beliau. keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman. Ketika berumur 15 tahun. Ketika berumur 10 tahun. Peringkat perpulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah. adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafie. Hijjaz. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Imam Syafie dibesarkan di Hijaz. 36 .

Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim.7.Mufti Mekah ketika itu. Imam Syafie meninggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik. dan lain-lain lagi. Antaranya ialah a.8 Faedah faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh Seorang yang mempelajari ilmu usul al-fiqh mendapat banyak faedah.7. dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun. dengan menggunakan kaedah kaedah atau dalil dalil syara’ secara umum para ulamak fiqh dapat membuat kesimpulan hukum-hukum fiqh dari segi dalil-dalil terperinci yang berkaitan dengan masalah-masalah yang tertentu dan menunjukkan kepada hukum tertentu.1. Mengetahui hokum mengenai masalah masalah yang tidak dinyatakan oleh para mujtahidin berpandukan kepada kaedah kaedah mereka 37 . beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Sufian bin Uyaina. Ia beRPeranan mengkaji dalil-dalil yang terperinci. 1.7 Bidang-Bidang Perbincangan Usul Al-Fiqh Bidang perbincangan ilmu usul fiqh ialah kaedah kaedah dan dalil dalil syara’ dari segi pembinaan hukum supaya para ulamak mujtahidin tidak teRPesong dari kebenaran didalam menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum-hukum syara’. Faedah kepada mujtahid iaitu kemampuan membuat kesimpulan hukum-hukum syara’ yang berbentuk amali daripada dalil-dalil yang terperinci. Faedah kepada Muqallid iaitu (mereka yang mengambil hokum hokum daripada mujtahid dan tidak mampu membuat kesimpulan hokum hokum syara’ yang berbentuk amali daripada dalilnya yang terperinci) iaitu sebagaimana berikut: • • dapat benar benar memahami hokum hokum yang dibuat kesimpulan oleh para mujtahid dan merasai tenteram jiwa dengan hokum hokum tersebut. 1. b.1.

bahaya mestilah dihapuskan. tetapi melalui nas membentuk kaedah lain. Walaupun segala hukum tidak ada pembatalan selepas kewafatan nabi. Manakala objek kaedah fiqh ialah hukum syarak. Iaitu perubahan hukum menurut perubahan masa. Dapat membuat perbandingan diantara mazhab mazhab fiqh mengenai satu masalah dan mentarjih atau memihak kepada yang lebih kuat dari pendapat pendapat mereka dari segi dalil kerana membuat perbandingan di antara mazhab mazhab yang berlainan hanya dapat dilakukan dengan mengetahui dalil dalil yang mereka bersandar di dalam menentukan hokum hokum syara’ yang berlainan. Qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan feqah Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Kaedah fiqh muncul 38 . Iaitu ada nas yang berbentuk umum dan ada nas mutlak yang melahirkan pendapat-pendapat untuk mengikatnya. Contohnya. perkara perkara ini tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan mengetahui kaedah kaedah usul fiqh.c. kemudian membuat pertimbangan diantara dalil dalil dan memihak kepada yang terlebih kuat daripadanya. 1. OIeh itu.9 Definisi Kaedah Fiqh Kaedah dan segi bahasa bermaksud asas. Tetapi Ia memerlukan jalanjalan hukum yang berbentuk fleksible untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas supaya berijtihad.10 Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh Antara faktor utama kemunculnya kaedah fiqh ialah terdapat nas-nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai. Maudu’ atau skop perbahasan kaedah fiqh ialah mengenai perbuatan orang mukallaf.1.7. Berdasarkan pengertian tersebut. Dari segi istilah ialah perkara yang dipraktikkan daripada perkara asas terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan.1. Ia juga bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. 1.7. Kaedah: alDararutul Yuzal iaitu.

Contohnya Istihsan.1. Sadu Zaraie dan Uruf serta berbagai sumber lagi. Pada zaman Nabi. dalam keadaan tertentu sahaja Baginda membenarkan sahabatnya berijtihad apabila tidak ada dalam aI-Qur'an dan aI-Sunnah. Peringkat Pertama: Iaitu zaman Rasullah s. Nabi bcrtanya lagi: Sekiranya kamu tidak dapat dalain al-Qur'an? Muaz menjawab. Selain dan itu terdapat kaedah-kaedah dalam perkembangan hidup manusia generasi lain untuk disesuaikan dengan masalah-masalah furuk.a. kemudian di perbetul oleh wahyu apabila tidak tepat. Justeru itu. Masalih al-Mursalah. Sumber pengambilan hukum dan perkembangan Fiqh terbahagi kepada tiga peringkat: 1. "Sekiranya saya tidak menemui hukum dalam al-Qur'an. Untuk itu ia memerlukan sumber-sumber akal fikiran untuk mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menangani persoalan semasa yang sentiasa wujud sesebuah masyarakat.7. Qawa’id al-Kulliyah al-‘Ammah iaitu kaedah umum ialah meliputi semua hukum furu’ dan segala bahagiannya. maka ia digabungkan dalam kaedah umum . apabila terdapat hukum furuk yang sama ‘illah atau sebabnya. Istishab.w Pada waktu itu segala sumber syariat hanya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Baginda. Sebagaimana yang diwasiatkan kepada Mu'az Ibn Jabal sewaktu diutuskan ke Yaman menerusi sabda Baginda yang diriwayat oleh Ahmad dan Abu Daud: Terjemahan: Bagaimanakah nanti kamu akan putuskan sesuatu hukum apabila dibentangkan kepada kamu sesuatu masalah? Mu'az menjawab: Saya akan putuskan berpandukan al-Quran. Ahli mujtahid memainkan peranan mereka menggunakan akal fikiran berdasarkan ilmu dari sumber perundangan selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira masa dan tempat. Mujtahid berusaha dengan berijtihad dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang umum yang baru dan sentiasa muncul.ekoran dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fuqaha’. Contohnya: samada sesuatu dalil itu Qat’i atau Zanni dan Ia menjadi pegangan atau tidak. saya akan beRPadukan al39 . 1.11Sumber pengambilan ilmu kaedah Fiqh . Dari situ. segala jawaban dan fatwa yang diputuskan adalah ijtihad Baginda.

Untuk itu. Peringkat Ketiga: Iaitu Zaman Tabi 'in dan Tabi ' al-Tabi 'in.Sunnah.7. "Sekiranya engkau tidak dapati dalain al-Sunnah? Muaz menjawab. Aliran Hadis Imam Malik yang bertumpu di Madinah.4 Kaedah Kuliyyah dalam Kaedah Fiqh Disebabkan masalah-masalah fekah dan pecahannya terlalu banyak. Untuk itu. Lalu Rasulullah s. Maka dan sini lahirlah usul fekah dan istilah-istilah fekah yang mana kitab Usul Fiqh yang mula-mula ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah yang di karang oleh Imam alSyafi'i. w. zaman itu lahir dua aliran fekah: Pertama: Kedua: Aliran Abu Hanifah yang beRPengaruh di Kufah. 1. kerana segala masalah fekah bergantung kepada kaedah-kaedah tertentu. 40 . 2. Pada zaman itu juga kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fekah sahaja. Pada zaman ini merupakan zaman yang masih beRPegang kuat kepada aI-Qur'an dan aI-Sunnah. a. Pada zaman itulah berpulanya penulisan dan pembukuan usul fiqh yang berpula abad ke 2 hingga abad ke 4 Hijrah. ke arah sesuatu yang diredai oleh Rasulullah. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat.2. Waktu itu juga fekah Islam mulai berkembang pesat. ( Riwayat Abu daud ) Peringkat Kedua: Iaitu Zaman Sahabat. maka perlulah kepada penetapan kaedah-kaedah tertentu. w. Dalam keadaan lain lagi. antara kaedah fekah umum yang utama akan dibincangkan ada lima: 1." Nabi bertanya lagi. menepuk dada sambil bersabda. "Kiranya saya tidak dapati juga dalain al-Sunnah. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan. "Segala pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada utusan Rasulullah s. Hal tersebut merupakan tugas ahli-ahli fekah untuk memahami kaedahnya dan mengetahui dalil-dalilnya. zaman tersebut tidak digalakkan berijtihad dan menggunakan akal.a. Saya akan berijtihad dengan ilmu saya dan saya tidak akan mengenepikan perkara itu. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua sumber tersebut.

Bab ini telah anda pelajari dalam kursus teori dan amalan perniagaan Islam yang lepas. (Abu Hamid Muhammad b. 5.1997:346).7.2 MAQASID AL-SYAR‘IYYAH (TUJUAN HUKUM SYARAK) Tujuan syariah (al-Maqasid al-Syari’ah) yang berasaskan lima kepentingan asas (alDharuriyat al-Khams) iaitu untuk menjaga agama (al-Din). Adat Menjadi Hakum. (Muhammad bin Ya’qub Al-Fairuz Abadi. Kesukaran Membawa Kemudahan. 1981: 38) (Muhammad Sa’ad al-Yubi. 1964: 19. diri (al-Nafs). Bahaya Mesti Dihapuskan. 1. 1988: 354) Semua perkara tersebut adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia dan keredaan Allah untuk kebahagian dunia dan akhirat. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti: 1982:25 Al-Imam al Ghazali menjelaskan bahawa maslahah itu dimaksudkan menjaga dan mengawal terhadap tujuan dan matlamat syarak manakala maksud dan tujuan syarak bagi makhlukNya ada lima perkara iaitu: i) menjaga kesucian dan ketinggian agama ii) menjaga keselamatan diri iii) menjaga kebaikan dan kecergasan akal fikiran iv) menjaga kebaikan keturunan 41 . Muhammad al-Ghazali. Agama Islam datang daripada Allah. Seluruh ajarannya adalah bertujuan menjaga kebaikan hidup manusia samada di dunia dan akhirat. keturunan (al-Nasl) dan harta manusia (al-Mal). Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan pertimbangan kepada kebaikan dunia dan akhirat secara serentak. Segala hukum dan peraturannya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan manusia. Mustafa Zaid. Maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikan yang banyak. akal (al-‘Aql). 1987: 253) (Muhammad Mustafa al-Syatibiy. 4.3.

1. Bincangkan Definisi Islam. 3. Mengapa mazhab menjadi penting kepada orang awam 6. Juz. Jelaskan komponen utama Agama Islam yang terdiri daripada Aqidah. op. h. 5.t) . syariat dan istilah fiqh mengikut pandangan beberapa fuqahah. Huraikan secara ringkas empat mazhab yang utama dalam Islam 7. sementara setiap perkara penting ini dinamakan mafsadah (kerosakan) penolakan atau percegahan kerosakan juga dinamakan maslahah Al-Ghazali (t. 286-287 1.v) menjaga kesucian dan keselamatan harta benda Setiap perkara dan tindakan yang mengandungi jagaan dan kawalan terhadap lima perkara penting ini dinamakan maslahah. Apakah yang dimaksudkan Mazhab dalam Ilmu Fiqah. 2.. Akhlak. Bicangkan ilmu usul al-Fiqh 8.8 SOALAN LATIHAN 1. Fiqh Muamalat. Berikan penerangan mengenai Fiqh Munakahat dan Fiqh Jinayah Fiqh Ibadah. Bincangkan ilmu Qawaid al-Fiqhiyyah 9. 4. Syariah. Apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid al-Syar‘iyyah 42 .cit.

2 Asas Pandangan Islam dalam Konteks Harta 2.2.3.7.2 Pemilikan Tidak Sempurna 43 .1 Definisi Pemilikan 2.2 Hak Pemilikan 2.6 Jenis-Jenis Harta 2.1 Mal ‘Ayni vs Mal Dayni 2.8 Mal Mithli vs Mal Qimi 2.2.1 Pemilikan Sempurna i.4 Mal Istihlaki vs Mal Isti‘mali 2.2.4 Ciri-ciri Harta 2. Akad Pemindahan Pemilikan iii Perwarisan iv.2.7.2.5 Mal Khas vs Mal ‘Am 2.2. Berkembang Melalui Pemilikan v.10 Mal Qabil Lil Qismah vs Mal Ghayr Qabil Lil Qismah 2.6 Mal Mamluk vs Mal Mubah vs Mal Mahjur 2.7.3. Syuf‘ah 2.7.3 Mal Ashi vs Mal Thimari 2.2 Mal ‘Ayni vs Mal Manfa‘i 2.7 Mal Manqul vs Mal Aqar 2.7 Definisi dan konsep Pemilikan Harta 2.BAB 2 TEORI HARTA DAN PEMILIKAN 2.7.2.5 Pandangan Islam dalam penggunaan Harta 2. Penguasaan Harta Mubah ii.3 Jenis-Jenis Pemilikan 2.2.1 Pengenalan 2.2.3 Definisi Harta 2.2.9 Mal Mutaqawwim vs Mal Ghayr Mutaqawwim 2.

surah Luqman. Pemilikan zat harta sahaja (milkiyyah al-raqabah) ii. 2. Pemilikan manfaat peribadi (haq al-intifa‘) iii. berfirman dalam al-Quran al-Karim. Islam Allah s. Menjelaskan jensi-jensi harta dari perspektif Islam 3. Manusia juga boleh susah dengan penyalahgunaan harta. Tidakkah kamu perhatikan Sesungguhnya Allah Telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Menjelaskan harta pemilikan sempurna . 2.i. Menghubungkaitkan konsep harta dan pemilikan .1 PENGENALAN Harta memang menjadi idaman semua manusia kerana ia akan memudahkan mereka hidup dengan selesa di dunia. anda seharusnya boleh: 1.w.t. dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. 5. 44 . Bab ini akan membincangkan teori-teori berkaitan dengan harta mengikut perspektif fiqh. Menghuraikan konsep harta dari perspektif Islam . Pemilikan manfaat zat sahaja (haq al-irtifaq) BAB 2 TEORI HARTA DAN PEMILIKAN OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. Ramai yang berusaha mencari banyak harta yang boleh dalam kehidupan. ayat 20 yang bermaksud: 20. Mengenal pasti harta pemilikan tak sempurna dan implikasinya. Manusia boleh senang dengan harta. 4.

Hai orang-orang yang beriman. makanlah di antara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah. Islam telah menyediakan beberapa sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu dengan baik dan berkesan. bakhil. Justeru itu. mengusahakan tanaman.2 FALSAFAH ISLAM DALAM PENGUASAAN HARTA Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari segala keburukan dan kemudaratan. Harta yang diciptakan sebagai alat untuk kehidupan tidak seharusnya diselewengkan oleh pemiliknya atau sesiapa sahaja. Perniagaan.w.t menyediakan harta adalah khusus untuk menjamin kepentingan manusia supaya boleh hidup dengan baik dan sempurna. Tuntutan tersebut selaras denagan kewajipan setiap mukallaf supaya mencari rezeki yang halal dan baik. Ia merupakan satu pertembungan dengan landasan yang telah ditetapkan oleh syarak. mementingkan diri sendiri. antaranya ialah sistem pengurusan dan pentadbiran harta secara Islam.” Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Allah s. asalkan dengan cara yang diharuskan seperti menjalankan perniagaan. memiliki mahupun membelanjakan harta dengan cara yang haram. boros. jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. Pengurusan harta yang benar-benar menepati syara’ amat diperlukan untuk menjamin perkara-perkara berikut : 45 . al-Qur’an mencela sifat kedekut.Islam menerusi hukum syariahnya sentiasa menggalakkan semua umatnya mencari harta sebanyak mungkin. Bagi memenuhi tuntutan tersebut. (Surah al-Baqarah 2 :172) “172. Harta merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. membazir. tidak mengeluarkan zakat. 2.

Antaranya ialah: a. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah pakaian. b. Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa harta.a. tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Ia dengan sendirinya. Membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan badat atau untuk kemudahan beribadat. Perkara tersebut dianggap sebahagian daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan. d. Pembekuan atau monopoli harta oleh beberapa pihak tertentu sahaja adalah suatu keadaan yang ditolak oleh Islam kerana akan menimbulkan berbagai-bagai gejala negatif dan bencana ke atas masyarakat dan negara. Memberi galakan kepada muamalah penguasaan harta hingga dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil. peredaran harta akan berlaku secara sihat dan harponi. nilai yang ada pada harta itu dapat dimaksimumkan melalui penggunaan terus atau pelaburan. Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebahagiaan manusia di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Keadaan ini sudah tentu dapat meningkatkan taraf hidup umat Islam atau negara mereka. Memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam berbagai-bagai sektor kehidupan sehingga membolehkan pengembangan harta dan penggunaannya secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syarak. Dengan pengurusan sistem perhatian wajar dari pentadbiran harta menurut Islam. Mencari alternatif tertentu bagi mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi seperti kelonggaran untuk tidak menggunakan saksi dalam urusan perniagaan secara terus. c. Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan oleh syarak seperti sedekah dan derpa. Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. b. 46 .

w. untuk melayan tetamu dan sebagainya. Islam telah menyediakan beberapa strategi iaitu: a. b. Menggunakan harta orang kaya untuk keperluan yang diakui oleh syarak seperti keperluan yang mendesak di dalam negara. Perbelanjaan mestilah secara betul dan berhemah. hospital dan sebagainya. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang penyakit kedekut dan membazir harta. Imam al-Ghazali menyatakan harus bagi kerajaan mengambil kadar tertentu dari harta rakyat yang kaya berdasarkan keperluan negara misalnya bagi menjaga keamanan rakyat kerana negara 47 . Sifat kedekut digambarkan sebagai sifat yang dibenci oleh Allah s. manakala sifat membazir pula digambarkan sifat yang dimiliki oleh saudara kepada syaitan.c. Malah punca kepada kehancuran umat juga berpula daripada sifat kedekut dan membazir.t. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang bersifat kebajikan umum seperti membina masjid. Apabila kesederhanaan dapat direalisasikan dalam kegiatan itu maka harta dapat berfungsi dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dengan adil dan saksama. c. Menyekat sifat bakhil dan menghalang boros dan pembaziran sebaliknya menggalakkan kesederhanaan. masyarakat.w. membelanjakan untuk diri dan keluarga atau mengikut arahan tidak wajib seperti sedekah.t. Ia bermaksud meletakkan harta pada kedudukannya yang sebenar sebagaimana asal ia dijadikan dan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s. Melalui cara ini pengurus harta dapat mencapai objektif keadilan kerana konsep kesederhanaan akan menguasai kegiatan ekonomi dan pengurusan harta. Itulah yang dikatakan menjamin keadilan dalam pengurusan harta. Maksudnya ialah membelanjakan harta mengikut arahan wajib dari syariah seperti mengeluarkan zakat wajib. derpa. negara dan umat seluruhnya. Inilah yang dikatakan sebagai keadilan melalui pengurusan harta dalam Islam. Islam menjamin keadilan sebenar dalam urusan harta. Bagi mencapai tujuan keadilan di dalam perbelanjaan. Melalui kaedah perbelanjaan yang betul dan bertanggungjawab ini maka tugas dan peranan harta dapat dilaksanakan dengan adil kerana kerana daripada itu ia akan menampung segala keperluan individu.

dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. samun. Melindungi harta dari pencerobohan dan pengkhianatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti kecurian. Al-Anfal [28] “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. banjir dan sebagainya sehingga memerlukan bantuan yang besar sedangkan negara tidak mampu menanggung jumlah tersebut maka disitulah adanya keadilan jika harta orang kaya difungsikan untuk mengatasi masalah orang ramai. Jika negara menghadapi bencana kemarau. Perkara yang dterangkan di atas jelas menunjukkan kemantapan dan kesempurnaan syariah dalam pengurusan harta. pemusnahan. 2. segala kebaikan yang ditonjolkan oleh syariat itu tidak memberi apa-apa erti. Sistem pengurusan harta mengikut Islam hendaklah dijadikan landasan kepada seluruh kegiatan hidup samada yang melibatkan aspek ekonomi dan sebagainya. harta dilindungi dengan baik sehingga dapat dimanfaatkan oleh pemiliknya dan seluruh masyarakat.mengalami masalah kekurangan wang dalam perbendahaarn atau baitul mal. Melalui pengurusan harta. rampasan dan sebagainya. Namun begitu ianya mestilah dilakukan dengan adil tanpa tekanan dan kezaliman.3 DEFINISI HARTA Harta atau dalam bahasa arabnya disebut al-mal atau amwal. Namun begitu sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan.” 48 . maka akan menyebabkan berlakunya kekacauan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Antaranya firman Allah dalam surah: 1. Apabila pencerobohan harta tidak dikawal dan dibanteras. Sekaligus menjamin pemilik harta dari gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab. rompakan. d. Ia telah disebut banyak kali di dalam al-Quran dan al hadis. Kemantapan dan kesempurnaan inilah yang dapat menjamin seluruh kepentingan dan kebaikan masyarakat.

maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?” 7. At-Takathur [1] “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta benda. maka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang lembut. ialah perhiasan hidup di dunia. Al-Munafiqun [9] “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. At-Taghabun [15] “Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan. Isra’ [28] “Dan jika kamu beRPaling dari mereka. A’raf [31] “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau. [29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu. kerana mencari rezeki dari Tuhanmu yang kamu harapkan. “dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros. sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. “ 8.2. dan disisi Allah jualah pahala yang besar.” 4. dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana.” 3. apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal. (tanah). dalam pada itu.” 49 . dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” 10.” 5.” 6. Al-Furqan [67] “Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya. Isra ‘[26] …. tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut. maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya. Dan (ingatlah). dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya. Al-Kahfi [46] “Harta benda dan anak pinak itu. maka mereka itulah orang yang rugi.” 9. anak-pinak pangkat dan pengaruh). [2] Sehingga kamu masuk kubur. sesiapa yang melakukan demikian. Al-Qasas [60] “Dan apa jua yang diberikan kepada kamu. akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.

Harta juga ialah apa sahaja yang dimanfaatkan serta berfaedah untuk manusia.1304H: 635). Menurut Ibn al-Athir pula harta asalnya dikhususkan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia daripada emas dan-perak'. (al-Sayuti. sama ada ia emas' perak' binatang ternak atau tumbuhan dan hasil pertanian (Wahbah al-Zuhaili.Terdapat banyak definisi tentang harta antaranya ialah: a. d. h. 1989. Imam Shafie mendefiniskan mal (harta) sebagai sesuatu yang diingini oleh manusia dan ia boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu. Antara contohnya ialah: Emas. diselenggara dan dismpan. Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi: Harta ialah apa yang dicenderungi. juz 4. 40). (Mahmud Bilal Mahran) c. diingini oleh manusia serta mampu disimpan. biarpun berfaedah tidak dikira sebagai harta' seperti: Cahaya matahari juga cahaya bulan. perak dan bijirin' Menurut mereka segala benda yang tidak mampu dimiliki. al-Ashbah wa al-Nazhair. 1936. Ibnu Athir mendefinisikan Al-Mal (harta) sebagai setiap sesuatu yang dimiliki daripada emas dan perak dan diperluaskan kepda semua jenis sesuatu yang dimiliki samada berbentuk harta dan kebanyakan orang-orang arab menggunakannya kepada harta ternakan yang dimiliki kerana kebanyakan harta mereka dalam bentuk binatang ternakan. al50 . Ia sebagai barang atau manfaat yang berharga dan boleh dikenakan ganti rugi jika diceroboh. Menurut Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh Islami wa adillatuhu. b. Kaherah: Matba’ah Mustafa Muhamad. Namun selepas itu ia merangkumi apa sahaja yang dimiliki daripada barangan atau benda-benda. e. 197).(Ibnu Manzur. diuruskan dan dibelanjakan bila-bila waktu diperlukan. harta ialah Segala apa yang dimiliki.

(1947) Sharh Muntaha al-Iradat. h. ikan yang berada di dalam laut tidak diiktiraf 51 . seperti: Sewa menyewa dan upah mengupah Selanjutnya. al-milkiyyah wa nazariat al-‘Aqd fi alshariah al-islamiyyah. (Wahbah al-Zuhaili. harta juga merangkumi benda-benda harus serta berkemungkinan diperoleh dan dimiliki walau dengan apa jua cara. Ia boleh dimiliki dan diurus secara bebas.Buhuti. (Surah al-Qasas 28:27) (Surah al-Nisa'4 :24). disimpan dan yang tidak dapat disimpan. Al-Hawi mendefinisikan harta sebagai nama untuk sesuatu yang selain daripada manusia yang diciptakan oleh Allah untuk kepentingan manusia. Kaherah: Matba’ah ansar al-Sunnah alMuhammadiyyah. Imam Shafie dan Hambali berpendapatt harta yang diharamkan syarak tidak diiktiraf sebagai harta yang sah dan boleh dimiliki oleh orang Islam. 52) g. Menurut pendapat jumhur ulama: Mereka memberikan pengertian harta dalam erti kata serta skop yang lebih luas iaitu segala apa sahaja yang mungkin dan dapat diambil faedah daripadanya sudut adat kebiasaan. laut sebagainya tidak diiktiraf sebagai harta. 142) f. (Abu Zahrah (1977). Antaranya ialah sesuatu harta itu mestilah bernilai. 2. diselenggarakan. ia merangkumi sesuatu yang berbentuk benda dan barangan seperti: Emas. Sesuatu yang tidak boleh dimiliki seperti udara.4) Sebagai-contohnya ialah: Rumah dan kenderaan. Harta bernilai itu harus boleh dimanfaatkan mengikut syarak. tetapi berbentuk faedah berdasakan adat serta selaras dengan muamalah. Untuk itu. Ia juga meliputi faedah atau manfaat yang diambil daripada benda dan barangan. pengertian harta sebagaimana yang dikemukakan oleh jumhur dengan merangkumi harti benda yang dapat dimiliki. dikumpulkan. h. Burung yang terbang di udara.4 CIRI-CIRI HARTA Harta mempunyai beberapa ciri. Hal itu kerana faedahnya dapat ditukar gantikan. Justeru. Harta tersebut juga mestilah sesuatu yang boleh dimiliki. seperti: Faedah yang diperoleh daripada rumah sewa oleh penyewa dapat ditukar dengan wang atau bayaran kepada Pemiiik rumah. bijirin dan lainnya. Kaherah: Dar al-Fikr. menurut jumhur lagi.

Malahan manusia sanggup bergaduh dan beRPerang demi untuk mendapatkan harta. Harta adalah keperluan manusia Harta merupakan keperluan asas bagi manusia.sebagai harta yang boleh diurusniagakan dalam muamaat kecuali telah ditangkap dan diletakan disesuatu tempat yang boleh diktiraf hak pemilikannya. Dalam 52 . Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kecintaan mereka mengejar harta kecuali kematian. 2. komunis. dan lain-lain bertujuan untuk mengatasi masalah ekonomi serta hubungan manusia dengan ekonomi dan harta kekayaan. 46). Dr. Manusia bebas memiliki harta Manusia telah mencipta berbagai-bagai sistem ekonomi seperti kapitalis. Mereka tidak pernah merasa puas dalam mengejar harta kekayaan. amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (al-Kahfi. Al-Quran menggambarkan bahawa manusia mencintai harta kekayaan melebihi kecintaan kepada anak-anak dan keluarga dengan firman-Nya: "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi. Manusia dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan mengumpulnya. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai "setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya". (1933). sosialis. Ayat ini mendahulukan perkataan harta daripada perkataan anak-anak yang menunjukkan manusia amat mencintai harta kekayaan. Definisi ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Dalam sistem kapitalis seseorang dapat melihat dengan jelas penumpuan yang berlebihan terhadap kemaslahatan individu. Muhgni al Muhtaj.5 KONSEP HARTA DALAM ISLAM 1. (al-Syarbini. Kaherah: Mustafa al-Halabi 289-290) 2. Allah telah merakamkan sifat kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan kamu cintai harta benda dengan kecintaan yan g berlebihan"(alFajr 20).

Keadilan dalam pemilikan harta Dalam Islam keseimbangan yang adil merupakan asas dalam pemilikan harta. Memiliki Harta jangan sampai melalaikan manusia Islam juga tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang bagi orang kaya untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada Allah. akal. Islam menilai harta adalah perkara keperluan asasi dalam kehidupan manusia yang disebut oleh ulama Usul Fiqh al-Kuliyyat al-Khamsah iaitu agama. Islam memberi hak kepada individu dan masyarakat dan ia menuntut kedua-dua faktor ini melaksanakan kewajiban dan tanggungjawabnya masing-masing.sistem ini. terutama golongan miskin. dan juga tidak menzalimi kebebasan individu. 3. Sementara itu. bukan sebagai matlamat akhir kehidupan manusia. Islam memilih jalan yang seimbang di antara kedua-dua sistem tersebut dan sistem ini telah lahir bersama kelahiran Islam sejak lebih 14 kurun yang lalu. jiwa. keturunan dan harta. sistem komunis dan sosialis pula mengharamkan pemilikan kepada individu dan sebaliknya menyerahkan pemilikan tersebut kepada negara sebagai pihak yang berhak menentukan harta tersebut. Malahan Islam tidak menganiayai sesiapa. Harta sebagai wasilah mencari keredhaan Tuhan Islam telah meletakkan asas yang sempurna daam pemilik harta. Lima aspek ini hendaklah dijaga dan tidak boleh dilengahkan oleh manusia. Islam sendiri menyuruh umat Islam mencari harta sebanyak mungkin. Oleh itu Islam melihat harta sebagai wasilah untuk mencapai kebaikan dan keredhaan Tuhan. 4. individu bebas memiliki hak pemilikan harta yang mutlak. tetapi 53 . Sistem ekonomi Islam tidak melampau dan tidak pula mengabaikannya. Apabila lima perkara ini dilupakan dan tidak dipedulikan dengan tidak menurut keutamaan kategorinya maka ia boleh membawa bahaya dan akan menyebabkan ketempangan dalam masyarakat. Isam member kebebasan kepada manusia untuk memiliki harta yang berpanfaat dan untuk tujuan manfaat. tanpa terikat kepada syarat-syarat tertentu dalam membelanjakan harta. 5.

mestilah tidak melalaikannya dari mengingati Allah setiap waktu dan tempat. Allah sendiri telah melimpahkan kekayaan kepada Rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud : "Dan engkau didapatinya seorang miskin, lalu diberinya kekayaan" (al-Duha, ayat 8). Rasulullah s.a.w sentiasa berdoakan supaya dimasukkannya dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkannya dari kemiskinan dan kefakiran. Islam tidak menyuruh umatnya hidup dalam keadaan miskin, sentiasa mengharap simpati orang lain dan merempat di merata tempat. Anggapan yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah ajaran agama Islam. Orang kaya bersyukur lebih Allah kasihi daripada orang miskin yang sabar. Malahan, tangan yang menghulur adalah lebih mulia daripada tangan yang meminta. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan yang menyebutkan bahawa umat Islam perlu hidup dalam kemiskinan kerana ia adalah ketentuan Allah. Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam karyanya "Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya" mengatakan bahawa kemiskinan itu boleh membawa seseorang melakukan perkara yang boleh menjejaskan akidahnya serta merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara. 6. Orang kaya tidak membazir Kekayaan yang dimiliki boleh dikecapi oleh manusia, tetapi secara sederhana dan tidak mendorong ke jalan maksiat dan kemungkaran. Islam melarang keras umatnya membazir kerana ia merupakan perbuatan keji dari pekerjaan syaitan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu saudara-saudara syaitan." (al-Israk, ayat 27). 7. Pemilik Harta sebenar adalah Allah Harta yang seseorang itu miliki hakikatnya adalah kepunyaan (hak) sebenarnya hak Allah. Seseorang hanyalah sebagai "pengurus" yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu seseorang perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan. Janganlah seseorang mengaggap harta yang seseorang miliki itu adalah hak mutlaknya dimana ia boleh berbelanja sesuka hati, apatah lagi membelanjakannya dalam perkara maksiat dan kemungkaran. Allah telah menceritakan kisah kaum Nabi Syuib yang melampaui batas, 54

angkuh dan sombong serta mengaggap harta sebagai milik mutlak mereka yang boleh dipergunakan sesuka hati dengan firman-Nya: "Mereka berkata: Wahai Syuib! Apakah sembahyang kamu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami". (Hud, ayat 87). 8. Orang kaya agar Tidak engkar perintah Tuhan Allah mengingatkan seseorang supaya seseorang yang mengingkari kurniaan-Nya, nanti seseorang akan menerima akibatnya. Negara yang gagah perkasa sekalipun dari segi ekonomi, pada suatu ketika, boleh menjadi hina, kemudiannya pupus di atas muka bumi dalam sekelip mata. Keadaan ini boleh berlaku jika rakyatnya hidup dalam keadaan mewah sehingga lupa kepada tuntutan agama, boros dalam berbelanja dan tidak ada rasa tanggungjawab untuk menolong orang yang tidak bernasib baik. 9. Sentiasa berhemah dalam perbelanjaan Budaya berbelanja mewah dan boros adalah dilarang. Ia menjadi satu budaya yang mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung gaya hidup masyarakat. Ia bukan sahaja menyerang golongan yang berpendapattan tinggi tetapi juga golongan yang berpendapattan rendah, sehingga berbelanja secara berlebihan di luar kemampuan mereka semata-mata untuk meniru gaya hidup mewah, dianggap sebagai satu kemestian dan lambang kebanggaan. Lalu mereka ghaflah (lupa) dan berada diluar batasan norpal dari segi akhlak dan perbelanjaannya. Allah telah mengingatkan seseorang dengan firmanNya yang bermaksud: "Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan) kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."(al-Israk, ayat 16). Manusia harus memahami bahawa mereka tidak boleh membelanjakan harta sesuka hati, apatah lagi dalam keadaan membazir, ataupun menambahkan kesulitan kepada 55

masyarakat dan negara. Al-Shahid Abdul Kader Audah dalam karyanya "Harta Dan Pemerintahan Dalam Islam (hal. 67) menyebutkan: "Janganlah sesekali-kali, siapa pun, menganggap bahawa harta kurniaan Allah yang ada di dalam tangannya itu adalah rezeki yang Allah khaskan kepada seorang diri sahaja, lalu dia sanggup bersikap bakhil dan tidak mahu memberikannya kepada orang orang yang berhak menerimanya; kerana Allah memberi rezeki kepada umat manusia dan mengurniakan mereka kekuasaan memerintah dengan tujuan mereka tegak di atas garis suruhan dan larangan-Nya. Seandainya Allah memberi lebih rezeki dan kedudukan kepada sebahagian mereka maka janganlah sesekali orang yang mempunyai rezeki lebih itu beranggapan jika dia memberi sumbangan kepada orang lain, bahawa sumbangan itu datang darinya sendiri. Dia hendaklah sedar bahawa sumbangan dan pemberian itu adalah rezeki Allah dan dia bukan memberi sumbangan bagi pihak dirinya sendiri. Dia adalah pengantara untuk menyampaikan harta amanah Allah kepada orang lain sepertimana dia sendiri mengambil harta kurniaan Allah itu untuk faedah dirinya sendiri". 10. Harta adalah Amanah Allah Dr. Yusof al-Qaradhawi ada mengatakan: "Tugas manusia dalam memegang harta itu serupa dengan seseorang yang diamanahkan untuk memegang satu tabung kebajikan. Dia wajib menjaga tabung itu dan hanya diizinkan untuk membelanjakannya sesuai dengan kehendak pemilik harta yang asal. Jika pemilik harta memerintahkannya untuk menderpakan sebahagian daripada harta itu untuk membina masjid, rumah-rumah kebajikan atau sekolah, dia akan segera memberikannya tanpa harus merasa sebarang kerugian apa pun. Sebab harta itu sememangnya bukan miliknya dan dia tidak akan kerugiaan apa-apa dalam menderpakannya. 11. Kekayaan untuk berbakti sesama Insan Islam membenarkan seseorang itu menjadi kaya tetapi hendaklah ia sentiasa membantu dan berderpa kepada orang yang tidak bernasib baik. Mereka ditegah sama sekali menggunakan harta pada jalan kemaksiatan dan kemungkaran. Begitu juga mereka ditegah membelanjakan harta dengan membeli barang-barang mewah yang boleh 56

menjejaskan ekonomi negara. Dr. Yusof al-Qaradhawi mengingatkan bahawa kebahagiaan yang sebenar bukan terletak kepada banyaknya harta. Selanjutnya beliau berkata: ”Jika manusia ingin mencari kebahagiaan, maka ketahuilah, bahawasanya kebahagiaan tidak terdapat dalam mengumpulkan harta satu demi satu. Ia juga bukan terletak pada memiliki berguni-guni emas dan perak. Boleh sahaja seseorang itu memiliki harta dan khazanah harta sebanyak harta Qarun, tetapi dia tidak dapat menikmatinya bahkan tersiksa dengan adanya harta tersebut di tangannya. Dia telah dilanda keletihan dalam mengumpulkannya dan kini dia kian bertambah letih dalam menjaganya, dan kian bertambah-tambah lagi keletihan dan kepenatan dalam mengembangkannya. Dari pagi hingga petang fikirannya runsing dan risau, namun hatinya tamak dan haloba. Tidak pernah dia merasa puas dengan penghasilan yang sedikit dan tidak pernah pula merasa kenyang dengan hasil yang banyak." (Al-Qaradhawy, Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam, hal. 100). 2.6 JENIS-JENIS HARTA Harta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut al kasani dalam kitab albada’i wal sana’i, harta boleh dibahagikan mengikut pembahagian berikut iaitu: 1. Harta alih dan tak alih 2. Harta yang boleh ditetapkan kadarnya dan harta yang tidak boleh ditetapkan kadarnya 3. Harta yang serupa dan harta yang seharga 4. Harta dalam bentuk barang dan harta dalam bentuk manfaat Harta pada asalnya dipakai kepada sesuatu bernilai yang biasanya dapat dilihat, dipegang dan dirasa. Namun ia juga digunakan kepada apa-apa yang bernilai yang tidak dapat dilihat atau dipegang seperti hak manfaat. 2.6.1 Mal ‘Ayni (harta bentuk Benda) vs Mal Dayni (Harta bentuk Hutang)

57

Mal al-Ain ialah sesuafu yang berbentuk benda seperti rumah, kuda, sekilo beras dan sebagainya. Mal al-Ain itu terbagi kepada dua a. Ain dzat qimatin. Ia adalah sesuatu yang berbentuk benda yang dapat menjadi harta dan dapat dipandang sebagai harta. Dzat qimatin dibahagi kepada 2 pula iaitu i. mutaqawimah, iaitu mubahatul intifa' (harus dimanfaatkan) dan ii. ghairu mutaqawwimah, iaitu yang tidak harus dimanfaatkan. b. Ain ghairu dzat Qimatin . Ia adalah sesuatu yang berbentuk benda yang tidak dapat dipandang sebagai harta. Mal al-Dyan pula ialah seperti Sesuatu yang berada dalam tanggungjawab seperti hutang yang perlu dibayar. Umpamanya sejumlah mata wang yang berada dalam dzimmah seseorang. Dayn dalam pandangan fiqh Islam pada asalnya' dipandang dari segi keharusan si multazim membayarnya. Iaitu hutang wajib dibayar. 2.6.2 Mal ‘Ayni (Harta dalam Bentuk barang) vs Mal Manfa‘i (Harta Manfaat) Dalam ilmu Fiqh, Harta yang berbentuk barangan diistilahkan sebagai mal al-ain iaitu harta yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa. Harta jenis ini adalah seperti rumah, kuda, kerusi, secupak gandum, secupak dirham dan lain-lain lagi. Mal al-ain dipakai bagi membezakan dengan harta yang tidak dapat dapat dilihat atau dipegang atau dirasa seperti manfaat sesuatu barang. Manfaat sesuatu barang juga di kira harta. Imam Shafie dan Imam Malik mengiktiraf manfaat juga sebagai harta walaupun ia tidak boleh dipegang, dilihat atau dirasa kerana ada manfaat atau kegunaannya dalam kehidupan manusia seperti hak mengguna rumah yang disewa, hak menggunakan kenderaan yang disewa dan sebagainya. Nilai manfaat tersebut telah diterima dalam uruf masyarakat dan penggunannya perlu dibayar serta kehilangannya boleh dituntut gantirugi. Namun begitu Mazhab Hanafi tetap berpendapatt 58

bahawa manfaat bukanlah termasuk didalam istilah harta disebabkan tidak memiliki ciriciri pemilikan iaitu tiada ciri fizikalnya iaitu tidak dapat dilihat, dipanggang dan dirasa. (Abu Zahrah, almilkiyyah, 57) 2.6.3 Mal Ashl (harta Asal) vs Mal Thimari (harta Berbuah/berkembang) Harta dilihat dari segi berkembang atau tidak berkembang telah dibahagikan oleh ulamak Fiqh kepada dua iaitu a. mal al-aslu b. mal al-Thimari. Mal al-ashl adalah harta yang menghasilkan, seperti rumah, tanah, asas-asas dan binatang ternakan. Mal al-Thimar ialah sesuatu yang diperolehi daripada suatu harta, seperti sewa rumah, buah-buahan dari asas-asas dan susu kambing atau lembu. Pembahagian kedua bentuk harta dari segi ini membawa kesan hukum yang luas dalam fiqh lslam bagi perkara-perka yang berkaitan dengannya seperti: a. asal harta wakaf tidak boleh dibahagi-bagikan kepada yang berhak menerima wakaf, tetapi buah atau ha silnya dibahagikan kepada mereka. b. Harta yang diperuntukkan bagi kepentingan awam, asalnya tidak boleh dibahagibahagikan tetapi hasilnya boleh dimiliki siapa pun. Misalnya, di bahu jalan sebuah masjid tumbuh pohon rambutan. Buah rambutan itu boleh diambil oleh sesesiapa pun. c. Apabila seseorang membeli sebuah rumah, lalu ia sewakan kepada orang lain. Setelah masa sewa rumah itu habis, ia (pembeli) melihat ada cacat lama (bukan kerana perbuatan penyewa) yang cukup besar pada rumah itu se-hingga rumah itu ia kembalikan kepada pemiliknya yang asal (penjual rumah itu). Sewa rumah itu tetap menjadi milik pembeli rumah, sekalipun rumah itu setelah disewa orang dikembalikan kepada penjualnya, kerana rumah itu ia sewakan ketika menjadi 59

Dalam suatu urusniaga yang objeknya adalah manfaat benda. maka pemilik manfaat itu berhak atas hasilnya. Pembahagian harta kepada jenis pupus dan gunaan dalam Fiqh Islam telah menyebabkan terbentuk beberapa kesan sampingan antaranya yang utama ialah: 1.6. seperti: pakaian dan perabot rumah. Oleh sebab itu. Manakala pembinasaan sudut hukumi seperti: Akad atau kontrak. adalah milik pembeli.4 Mal Istihlaki (Harta pupus) vs Mal Isti‘mali (Harta Gunaan) Harta dan aset apabila dilihat dari sudut berkekalan zatnya dengan sebab digunakan atau tidak berkekalan akan terbahagi kepada dua jenis iaitu: a. d. apabila seseorang menyewa sebuah rumah yang di pekarangannya ada asas mangga. maka buah mangga ini menjadi milik penyewa rumah dan boleh ia perjualbelikan kepada orang lain. Harta pupus Harta Pupus (Mal Istihlaki) ialah harta yang digunakan atau tidak dapat diperoleh faedah daripadanya melainkan dengan cara membinasakannya dan hilang hakikat fizikal benda itu atau barangan sekali guna. b. Di mana harta pupus tidak boleh dilaksanakan akad mengenainya jika akad itu dibuat atas dasar untuk menggunakan tanpa sebarang kesan pembinasaan sudut hakikat fizikal seperti: Sewa menyewa dan pinjam meminjam kerana kedua-dua 60 . Harta Gunaan (Mal Isti‘mali) ialah sesuatu benda atau harta yang dapat diambil faedah daripadanya dan dapat digunakan secara berulang kali tanpa menyebabkan hilang hakikat fizikalnya. Misalnya.miliknya. seperti: Makanan dan minuman. bukan milik penjual asal. Sebagai contohnya pembinasaan bentuk hakiki ialah Membinasakan hakikat benda. Di mana bentuk pemusnahannya itu sama ada secara hakiki atau hukumi. Harta gunaan. 2. hasil sewa rumah itu selama menjadi milik pembelinya.

Sekiranya sesuatu akad berlaku terhadap barangan atau harta yang mempunyai tujuan lupus atau menghabisi sudut fizikalnya. antaranya ialah Upah mengupah wanita menyusu bayi. bukan menggunakan atau bentuk gunaan. biarpun kadang kala konsep hutang juga berlangsung terhadap harta gunaan (aml Isti’mal) tetapi akad tersebut tidak dikira sebagai hutang. seperti: Sabun mandi dan ubat gigi. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil. Namun begitu. Pengharusannya tersebut atas dasar darurah. Kemudian selepas itu ia membayar semula kepada si piutang jumlah seumpama dengannya. Maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin. dan jika kamu menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya. Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak) mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka upahnya. Konteks tersebut.bentuk akad tersebut berlangsung untuk mendapat faedah dengan mengekalkan sudut hakikat fizikal asalnya. tidak sah akad sewa dan pinjam terhadap barangan yang pupus. Hal itu selaras dengan firmanAllah (Surah al-Talaq 65 : 6) “ Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. Di mana ia merupakan akad pinjaman (al-ariyah) biarpun menggunak an lafaz akad hutang (al-Qardhu) 61 . ulama Fiqh menetapkan tidak sah diadakan sesuatu akad yang bertujuan menggunakan atau mengambil faedah daripada fizikal dan hakikat benda tersebut. Sebagai contohnya ialah: Tidak sah semua menyewa asas buah-buahan untuk memperoleh buahnya bau sewa binatang untuk mendapatkan susunya atau sewa hutan untuk menebang kayu balak. Di mana konsep dan matlamat orang berhutang ialah menghabiskan atau berbelanja apa yang ia berhutang demi memenuhi keperluannya. dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik. Sehubungan dengan itu juga. ia hanya sah berlaku untuk harta lupus itu. Sebagai contohnya ialah: Hutang wang (al-Qardhu). keperluan serta 'urf di kalangan masyarakat. Oleh itu. terdapat beberapa kes tertentu berkaitan akad seumpamanya yang diharuskan oleh ulama Fiqh.” 2.

6. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]. Hai orang-orang yang beriman.5 Mal Khas (Harta Khas) vs Mal ‘Am (Harta Awam) Harta apabila dilihat dari segi pemiliknya akan terbahagi kepada kepada dua jenis iaitu: a. sama ada pemiliknya itu seorang individu sahaja atau ramai dan berkongsi. Antaranya ialah sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an dan Hadis: Sebagaimana firmanAllah: (Surah al-Nisa'4 :29) “29. kecuali dengan mendapat keizinan juga kebenaran daripada pemiliknya terlebih dahulu. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. Kerana pemiliknya yang berhak mengurus. 62 . memberi pinjam atau membelanjakannya. Harta tersebut tidak boleh digunakan secara bebas untuk umum atau sebarang hak mengurus. Terdapat banyak nas syarak yang menyuruh penganutnya supaya menjaga serta menghorpati segala harta milik khas/pesendirian tersebut seperti tidak mengambilnya secara salah dan tidak melampaui batas syarak.” [287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain. Karena umat merupakan suatu kesatuan. Harta khas/Persendirian Pengertian Harta Khas/harta persendirian (Mal al-Khas) ialah harta yang berada serta tertakluk dalam pemilikan individu tertentu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.2. sebab membunuh orang lain berarti membunuh diri sendiri. kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu.

sungai. Harta awam itu dapat dibahagikan dua jenis iaitu: i.Dan hadis nabi Maksudnya: “Setiap muslim terhadap muslim yang lain haram sudut darahnya. Oleh itu. rumput dan api. hartanya dan kehorpatannya. tanah tersebut menjadi hak miliknya. sesiapa yang menerokainya. burung-burung yang bebas di udara serta binatang buruan di dalam hutan. Di mana faedah dan manfaat daripadanya untuk kemaslahatan orang ramai atau sesiapa sahaja dapat mengecapi faedah daripadanya seperti lautan. 63 . bukan dari sudut zatnya seperti Tanah gersang atau Tanah belum diterokai (al-Ardhu mawat). Air. Harta yang boleh dimiliki dari segi zat dan fizikalnya. Juga seperti Ikan-ikan yang terdapat dalam lautan dan sungai. ii. Ia ialah segala harta dan keperluan yang diperuntukkan kepada orang ramai dari sudut jenis dan kategorinya. Harta am (Harta awam) Pengertian Harta Am (mal-al-Am) ialah harta yang tidak berada serta bukan tertakluk dalam pemilikan individu tertentu. Harta tersebut tidak boleh dimiliki oleh sesiapa secara peribadi. Harta yang boleh diambil manfaatnya sahaja. Di mana tanah tersebut belum dibangunkan juga tidak dimiliki oleh sesiapa.” b. jalan raya dan sebagainya. atau bersama harta yang berkaitan dengan kategori dapat dibahagikan pula kepada beberapa bentuk iaitu: a. Ia adalah segala harta yang mana keperluan dan manfaat kepada orang ramai sudut zatnya yang bertujuan mendapat faedah.

b. sebagaimana hadis: “ Muslimin berkongsi dalam tiga perkara iaitu rumput. Ia bebas untuk diambil faedah daripadanya serta untuk apa sahaja tujuan. sebagai alat untuk memasak makanan juga memanaskan badan mereka dan lainnya. Ia merupakan bahan-bahan yang diperlukan oleh setiap orang untuk memenuhi keperluan harian juga kehidupan mereka tanpa perlu menempuhi jalan yang sukar. antara contohnya ialah: Garam serta alat-alat untuk menghasilkan api. seperti: Mancis.Tentang kegunaan serta perkongsian sudut faedah daripada ketiga-tiga sumber tersebut telah ditetapkan menerusi nas. Yang dimaksudkan dengan rumput ialah rumput rampai yang tumbuh di bahagian perpukaan bumi secara semula jadi dan tiada sesiapa yang memilikinya atau rumput yang tumbuh pada tanah terbiar. asalkan tidak mengganggu atau mengurangi hak orang lain. bahkan ia dapat dimanfaatkan juga dikongsi oleh semua orang. air dan api.” Apa yang dimaksudkan dengan air ialah Air hujan. seperti: Minuman dan mengairi pertanian. Rumput sebegitu tidak dikhususkan kepada orang-orang tertentu. Lampu-lampu di jalan-jalan atau yang dinyalakan oleh seseorang di hadapan rumahnya hendaklah dikongsi dengan semua orang. Kiranya semua tindakan tersebut dilakukan. Ia sekarang ini boleh diqiyaskan kepada lampu atau elektrik yang merupakan salah satu keperluan utama semua orang di dalam kehidupan seharian. sungai serta segala sumber mata air lain yang tidak dimiliki oleh sesiapa. seperti mengambilnya untuk makanan binatang ternak mereka atau menggembala binatang di situ. air laut. Berkenaan dengan api. Tidak wajar sama sekali ditegah orang lain mengambil faedah sudut cahaya daripadanya. orang ramai dapat mengambil faedah daripadanya sudut cahaya untuk menerangi kegelapan. sama ada muslim atau bukan muslim. Keperluan tersebut tidak boleh sama sekali disekat oleh pihak penguasa terhadap orang-orang tertentu. Ia merupakan antara bahan yang ditetapkan oleh Syariah Islam supaya dikongsi bersama di kalangan umat manusia. 64 . Bahan galian zahir (al-ma’adin alDhazirah).

bahkan kegunaannya mestilah dikongsi bersama. Untuk itu. hospital serta segala pertubuhan dan badan kebajikan masyarakat yang dibentuk oleh pihak kerajaan demi kemaslahatan umum. Harta milik khas boleh dilakukan perundingan. Khidmat keagamaan. Ia juga merupakan daripada kategori keperluan-keperluan yang berkaitan dengan kemaslahatan orang ramai. sekiranya keperluan tersebut disekat. Hal itu selaras dengan sebuah hadis “Nabi sa. kerana mereka semua memerlukannya. d.ia merupakan suatu kezaliman. sekolah. pendidikan dan kesihatan. Kerana ia tergolong antara keperluan asasi yang mana kiranya disekat menyebabkan menghadapi kesukaran. perbincangan serta harus dilakukan pengurusan serta perbelanjaan terhadapnya di antara seseorang individu atau wakilnya dengan individu yang lain seperti Jual beli sewaan dan lain-lain 65 . Kerana harta tersebut menjadi hak seluruh rakyat dan penyaluran serta pengagihannya mestilah demi memenuhi kebajikan ramai juga meraikan antara keperluan utama dan lebih utama dan seterusnya. menyebabkan pergerakan manusia untuk berkomunikasi. Termasuk kategori tersebut juga ialah Masjid. Termasuk dalam kategori tersebut juga ialah harta daripada Baitulmal dan perbendaharaan negara. Semua keperluan tersebut juga diberikan sebagai hak umum demi kemaslahatan mereka. klinik. ia tidak boleh sama sekali dijadikan hak milik peribadi atau hak milik mutlak. melepaskan pemilikan (hak milik) Abyad Ibn Hanunal terhadap kawasannya yang ada garam”.w. antaranya yang utama ialah: 1. Jalan raya (al-Syawari’ wal turuqat). Ia mestilah ditetapkan untuk kegunaan umum dan secara terbuka. c. Pembahagian harta kepada bentuk khas (peribadi) dan am (umum) tersebut telah menyebabkan terbentuk beberapa kesan sampingan. mengejar kemajuan serta lalu lalang menjadi sukar.

Begitu juga jika harta tersebut milik organisasi. Di mana ia yang berhak membelanjakannya. Mal al-mamluk pula terbahagi kepada dua bentuk iaitu 1. ia hanya boleh diuruskan atau dilaksanakan oleh pihak pemerintahan atau wakil mereka sahaja. Ini adalah kerana harta am tidak boleh dimiliki secara persendirian bahkan ia hendaklah dimanfaatkan untuk umum dan pemilikan umum. maka manfaat kegunaannya adalah untuk kepentingan orang awam melalui undang-undang tertentu. mal al-mamluk (Harta dimiliki) b. 2. mal al-mahjur (Harta yang dilarang dimiliki) Mal al-mamluk adalah harta-harta yang telah dimiliki samada pemiliknya itu peribadi ataupun organisasi atau negara. Sedangkan harta milik khas dimiliki oleh orang tertentu atau pemiliknya.manakala harta am pula tidak ada peluang berlaku perundingan juga tidak boleh dilaksanakan pengurusan dan perbelanjaan secara individu. 66 . Sekiranya harta am itu perlu dilaksanakan pengurusan dan perbelanjaan terhadapnya demi kemaslahatan umum.6 Mal Mamluk (Harta dimiliki) vs Mal Mubah (Harta tidak dimiliki) vs Mal Mahjur (Harta yang dilarang dimiliki) Di lihat dari segi status harta samaada dimiliki atau tidak para ulama fiqh membahaginya kepada tiga jenis iaitu a. hibah. mal al-mubah (Harta tidak dimiliki) c. 2. Harta milik umum sudut ketetapannya demi kemaslahatan ramai. Ia hanya boleh digunakan untuk kepentingan organisasi.6. Harta milik peribadi Jika harta tersebut milik negara. wakaf dan lainlain. Orang Awam tidak boleh merosak harta itu dan tidak boleh menjadikannya milik pribadi. pemilikannya dinisbahkan kepada masyarakat dan berkongsi di kalangan mereka tanpa ada hak pemilikan individu tertentu.

Harta boleh pindah. pakaian dan lainnya. 2. binatang buruan dan asas-asas kayu di hutan yang belum diteroka dan dimiliki oleh orang lain. Ia tidak boleh dimanfaatkan untuk kepentingan peribadi tertentu. tangkapan ikan dan lain-lain. Harta seperti ini boleh dimanfaat oleh setiap orang dengan syarat tidak merosak kepentingan awam.7 Mal Manqul (Harta Alih) vs Mal Aqar (Harta Tetap) Harta apabila dilihat dari segi tetap pada kedudukan atau tidak tetap terbahagi kepada dua. Jika harta tersebut milik peribadi. Ia harus dimiliki dengan beberapa cara seperti penerokaan. Mal al-mubah adalah harta yang tidak dimiliki seseorang seperti air di sumbernya. Antara contohnya ialah: Perabot rumah.2. kereta. Mal al-mahjur adarah harta yang ada larangan syara' untuk memilikinya seperti sesuatu harta itu diwakafkan. maka ia bebas menggunakannya selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah atau bercanggah dengan undang-undang negara (ulil amri) atau uruf setempat atau bercanggah dengan kepentingan awam seperti jiran dan sebagainya.6. b. Harta kekal atau (Harta tetap) (al-Aqarat) Jumhur Ulamak Fiqh bersepakat bahawa harta tetap ialah segala harta dan barangan yang tidak mampu dibawa atau tidak boleh dipindahkan daripada suatu tempat ke tempat yang lain dikenali dengan harta-harta kekal atau (al:Aqarat) seperti Tanah. 67 . iaitu: a. (Harta Alih) Jumhur ulama Fiqh sepakat bahawa segala harta dan barangan yang mampu atau boleh dipindahkan daripada suatu tempat ke tempat yang lain berserta berkekalan bentuk juga keadaan sebagaimana asalnya dikenali dengan harta-harta boleh pindah (harta alih) atau tidak tetap. harta milik bersama (syarikat/perkongsian). Juga seperti ikan di lautan lepas.

Apa yang dapat disimpulkan ialah pengertian harta tetap atau kekal menurut ulama mazhab Hanafi ialah apa sahaja jenis harta yang tidak mampu dibawa serta tidak mungkin dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. harta kekal dan tidak boleh dipindahkan menurut mereka hanyalah tertumpu kepada tanah sahaja. Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi: Ia tetap termasuk di dalam kategori harta yang boleh dipindah atau boleh dialih. b. Iaitu apabila ia dipisahkan atau tidak mengiringi tanah. Sebagai contohnya ialah: Rumah. Sedangkan harta tidak tetap ialah yang mampu dan mungkin dipindahkan biarpun berubah bentuk dan keadaannya. Untuk menjelaskan pendapat ulama tersebut adalah sebagaimana berikut. Manakala menurut ulama mazhab Maliki pula. Oleh itu.6. Di mana menurut ulama Maliki. iaitu: a. Sedangkan ulama Hanafi menilai kedua-duanya sebagai harta kekal apabila ia mengiringi atau berada tetap bersama tanah. manakala segala harta selain daripada itu termasuk kategori boleh pindah. bangunan dan asas. iaitu: Rumah atau binaan dan asasasas. 2. seperti: Rumah dan asas-asas. Menurut pendapat ulama mazhab Maliki: Ia dikira termasuk dalam kategori harta tetap atau kekal. ulama Fiqh berselisih pendapat untuk menentukan kategori serta pengertian mengenai harta mungkin dan mampu dipindahkan atau dibawa dari suatu tempat ke tempat lain. jika sebaliknya kedua-duanya dianggap sebagai harba tidak kekal atau boleh pindah. harta kekal dan tidak boleh pindah ialah tanah serta benda atau harta yang berkait dengannya. kedua-duanya tetap termasuk daiam kategori harta kekal yang berasingan daripada tanah. tetapi keadaan dan bentuk asalnya akan berubah ekoran tindakan tersebut.Namun pun begitu. Oleh itu asas perselisihan pendapat di kalangan ulama Hanafi dan Maliki ialah mengenai: Binaan atau rumah dan asas.1 Hukum-hukum harta tetap dan harta alih.7. 68 .

mereka berselisih pendapat tentang pengharusan harta. Ia tidak dapat dilaksanakan terhadap harta boleh pindah. Di mana syufah (Syufah boleh dirujuk dalam bab II) hanya terbentuk atau terlaksana terhadap harta tetap atau kekal sahaja. Jumhur ulama telah sepakat mengenai harus dilaksanakan wakaf terhadap harta kekal atau tetap. a. Oleh itu. Iaitu harta atau benda-benda yang mampu untuk ditentukan kadarnya dengan cara bersukat dan bertimbang.Pembahagian harta kepada bentuk tetap dan boleh pindah tersebut telah menyebabkan terbentuk beberapa kesan sampingan antaranya yang utama ialah: a. seperti: Bangunan. penilaian dilaksanakan sudut harta tersebut terdapat di pasaran yang serupa dengannya atau sebaliknya. 2. Harta sebanding (Mal Mithli) b. Tidak ada apa-apa perselisihan di kalangan peniaga juga masyarakat umum mengenainya. Antara lain. harta tersebut ialah penilaiannya berdasarkan sudut sukatan. kecuali jika harta tersebut mengiringi atau berada bersekali dengan harta tetap. Hal tersebut kerana syufah disyariatkan demi membendung kemudaratan sekali gus menjaga hak serta rakan kongsi. Menurut pendapat jumhur ahli Fiqh. 69 . Definisi Harta Sebanding (mal al Mithli) Harta sebanding iaitu harta dan barangan lain yang seumpama atau sebanding dengannya dan terdapat secara meluas serta mudah di pasaran. b. Ia juga merangkumi barangan secara timbangan (al muwazanat) seperti Kapas. Namun begitu. Tepung gandum. Harta senilai. beras dan lainlain.8 Mal Mithli (Harta Sebanding) vs Mal Qimi (Harta Senilai) Harta apabila dilihat dari segi perbandingan juzuknya dan tiada perbandingan terbahagi kepada dua iaitu: a. timbangan atau bilangan.6. harta sebanding ia adalah segala barangan dan benda yang dilakukan dengan sukatan (al-Mikyalat) seperti.

Juga seperti barang yang belum dimiliki seperti burung yang bebas diudara. 2. Harta Tidak Bernilai (Mal Ghayr Mutaqawwim) Iaitu barangan atau benda yang tidak dapat dimiliki serta dimiliki secara salah.6. diperoleh dan dikumpulkan menerusi usaha yang sah serta mampu untuk diambil manfaat sudut syarak. Harta Bernilai (Mal Mutaqawwim) Harta Bernilai ialah segala benda bernilai. b. contohnya ialah Benda-bendu haram dari sudut syarak seperti arak dan bangkai.6. 70 . 2. (b) yang tak dapat dibahagi ( mal ghairul qabilatil qismah).2. ikan-ikan dilautan. harta tidak boleh pindah dan makanan kecuali benda haram dari segi syarak. Oleh itu harta atau barang yang tidak mempunyai harga serta nilai tersebut tidak boleh mendapat jaminan ganti rugi atau apa-apa perlindungan sudut syarak. aset yang boleh dipindahkan atau mudah alih. Ia juga tidak boleh dikumpulkan dengan usaha ataupun apa sahaja yang tidak dapat diperoleh dan tidak boleh diambil faedah daripadanya di sudut syarak kecuali dalam keadaan darurat (terdesak sahaja).10 Mal Qabil Lil Qismah vs Mal Ghayr Qabil Lil Qismah (harta yang boleh dibahagi dan harta yang tidak dapat dibahagi) Harta yang dapat dibahagi dan yang tidak dapat dibahagi dari segi dapat tidaknya dibahagi. Faedah serta pengurusan terhadap harta bernilai dapat dilaksanakan masa keadaan lapang dan terdesak. Harta bernilai merangkumi tanah.9 Mal Mutaqawwim (harta Bernilai) vs Mal Ghayr Mutaqawwim (Harta tak bernilai) a. (a) harta yang dapat dibahagi (mal qabilatul lil qismah). terbahagi pula kepada dua bahagian: 1.

kerana tidak dapat dimanfaatkan lagi sebagai manfaat aslinya. Dalam kamus lisan al-Arab pemilikan bermaksud menyimpan dan memiliki 71 . rumah-rumah atau pokok-pokok yang sedemikian dikatakan qabilur tir. 2. Manfaat yang dimiliki sebelum dibahagi itu terus berlaku sesudah masing-masing bahagian itu dan semua bahagiannya menyamai harta asasnya. maka kebun-kebun. Jika rumah itu sesudah dibahagi tidak boleh menjadi dua rumah walaupun dapat dimanfaatkan untuk yang lain umpamanya untuk asas. Gelas. masing-masingnya tak dapat dibahagi. Kebun.7 Konsep Pemilikan (Hak Milik) Islam mengiktiraf kewujudan harta yang boleh dimiliki oleh manusia dan juga mengiktiraf hak milik manusia terhadap harta tersebut melalui cara-cara yang diiktiraf syarak.Harta yang dapat dibahagi ialah harta yang tidak menimbulkan sesuatu kerusakan apabila dipecah menjadi beberapa bahagian. masing-masing dapat dimanfaatkan sebagai rumah. Tetapi sepotong kain besar yang masing-masing bahagian mempunyai harga sendiri-sendiri dapat dibahagi. pokok besar dapat dijadikan dua pokok. Pakaian yang telah dijahit menjadi baju tak dapat dibahagi lagi. Kebun-kebun yang manfaatnya beRPautan dengan sesuatu yang ada padanya. maka ini dikatakan glairu qabilil lil qismah. Beras. atau didirikan di situ perlindungan maka tanah ini pada ketika itu masuk dalam harta ghairu qabiliyah lil qismah. rumah. seperti tempat-tempat mandi umum. Sebuah naskah tak dapat dipecah menjadi beberapa bahagian. kerana manfaatnya tetap diperoleh bahagian-bahagiannya. pokok yang mungkin dibahagi dalam erti masing-masing bahagian dapat dimanfaatkan seperti rumah besar dapat dijadikan dua rumah. Dari segi bahasa Arab pemilikan bererti penguasaan seseorang terhadap harta secara mutlak. Kerana kalau dibahagi akan rosaklah manfaatnya. kerusi. demikian pula masing-masingnya berharga dan kumpulannya nanti menyamai harga asas. tepung dan seumpamanya dapat dibahagi.

ia merupakan pemilikan yang sah.sesuatu secara mutlak. 3. (Ibn Manzur) Dalam penggunaan bahasa ia membawa maksud: 1. namun kemudiannya kerana sebab-sebab tertentu syarak menegah ia menguruskannya. Hubungan itu menyebabkan dia mempunyai keistimewaan 72 . Pengkhususan dan apa yang dikhususkan oleh syarak terhadap seseorang insan mengenai sesuatu benda dan ia ditegah atau terhalang terhadap orang lain selainnya. Dalam keadaan tersebut. pemilikan ialah satu hubungan syari'i (sah) antara seseorang itu dengan sesuatu benda. melainkan terdapat ketetapan dan menerusi asas syariah yang mengharus-kannya. Apa yang pentingnya pengkhususan dan penguasaan yang ditetapkan kepada manusia terhadap segala harta tersebut ialah menerusi ketetapan syarak. Ia juga merangkumi seseorang pemilik mengurus dan membelanjakan hak miliknya pada peringkat awal serta asalnya. Ia berasal daripada perkataan al'millz (3) yang bererti: Menguasai sesuatu. seperti: Penguasaan wali atau wakil. iaitu seseorang itu berkuasa penuh untuk menguruskannya. 2. Menyimpan dan memiliki sesuatu atau kuasa penuh menguruskannya. Ulama Fiqh telah mendefinisikan pemilikan dari segi istilah dengan berpacam: 1. Jika pemilikan serta pengurusan yang dilakukan tersebut selaras dengan syariah. kecualilah jika pemiliknya terdedah dengan halangan berbuat seperti: Gila dan bodoh serta lainnya. Pemilikan sebegitu menyebabkan pemiliknya boleh melaksanakan segala urusan muamalah. Sesuatu harta yang dimiliki. Menurut istilah para fuqaha. sesiapa atau orang lain tidak boleh menguruskannya atau mengambil faedah daripadanya. Pemilikan secara umumnya membawa maksud penguasaan terhadap sesuatu dengan tujuan memenuhi dimana ia boleh mengurus. membelanjakan serta mengambil faedah daripadanya berdasarkan kaedah syarak. 2.

pemilikan bukanlah sesuatu yang bersifat fizikal atau benda. Fathal'Qadir. Harta mereka terpaksa diletakkan di bawah pengurusan orang lain disebabkan adanya halangan yang menghalang mereka daripada menguruskan sendiri harta tersebut. dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun). (Ibn al-Humarn. Dia boleh memanfaatkan sendiri atau membenarkan orang lain untuk menguruskannya dengan syarat pengurusan dan pentadbirannya itu dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh syara'. Seorang kanak-kanak atau orang gila yang mempunyai harta dianggap sebagai pemilik sebenar harta tersebut walaupun harta itu di bawah urusan dan pentadbiran orang lain. namun begitu mereka hendaklah menyedari bahawa pemilikan yang diiktiraf oleh syariah secara hisbi (kiasan) semata-mata. padahal sesiapa Yang berlaku bakhil maka Sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. maka harta itu akan dikembalikan kepadanya secara mutlak.yang dapat menghalang orang lain daripada memiliki benda itu. maka ada di antara kamu Yang berlaku bakhil. Sekiranya halangan itu sudah tidak ada lagi. sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadanya Dalam Segala hal). al-Matba'ah al-Maimaniyah). tetapi suatu hak yang diiktiraf oleh syara' bagi seseorang. sedangkan semua hamba-Nya berhajat kepada Allah' Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman-Nya: “(ingatlah). dia mempunyai kuasa penuh untuk mengurus dan mentadbir hartanya dengan caranya sendiri. Dia juga berkuasa menguruskan harta tersebut sepenuhnya jika dia berkelayakan untuk berbuat demikian dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara. Biarpun manusia diberi hak milik terhadap harta yang mereka usahakan. dan jika kamu beRPaling 73 . Berdasarkan pengertian ini. Berdasarkan pengertian ini.kamu diseru supaya menderpa dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah. seseorang yang diamanahkan untuk menjaga harta orang lain tidak dianggap sebagai pemilik harta tersebut walaupun dia diberi kuasa untuk mengurus dan mentadbir harta berkenaan. Apabila keistimewaan ini diberikan oleh syara' kepada seseorang. iaitu kerana Allah merupakan pemilik mutlak serta maha Kaya. kamu ini adalah orang-orang Yang bertabiat demikian .

lain. 3. jambatan. 2. Harta ini tidak boleh dimiliki oleh sesiapapun. Walau bagaimanapun dalam beberapa keadaan undang-undang dan amalan biasa terpaksa menentukan beberapa harta yang tidak boleh dimiliki. sungai dan lain. tidak ada sesiapa pun boleh memiliki harta ini kecuali setelah pihak berkuasa membenarkan harla itu dimiliki dengan mengubah sifat harta berkenaan. laut. setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. bertaqwa dan berderpa) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain. rahmat dan rukhsah yang wajib disyukuri. Harta yang tidak boleh dimiliki sama sekali iaitu harta awam seperti jalan raya. Ia juga merupakan suatu nikmat. Dalam masalah ini para Juqaha' membahagikan harta kepada tiga bahagian: 1. Sebagai contohnya harta rampasan perang (al-Ghanimah) tidak diharuskan untuk umat nabi Musa. Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syarak sepereti tanah wakaf dan harta Baitulmal. Harta yang boleh dimiliki secara mutlak tanpa syarat iaitu selain daripada harta jenis pertama dan kedua tadi. kadang-kala dalam skop tertentu ada perbezaan antara syariah terdahulu dengan syariah Islam. tetapi ia dihalalkan sekali gus boleh dimiliki untuk umat Islam selepas diagih-agihkan. 74 .(daripada beriman.” (Surah Muhammad 47: 38) Daripada definisi pemilikan dapat difahami bahawa subjek kepada pemilikan ialah harta Ini bererti pada asasnya harta sahaja yang boleh dimiliki. sama ada dalam bentuk harta kekal atau tidak boleh pindah atau tidak kekal. Oleh sebab iiu. Harta jenis ini boleh diberi milik dan dimiliki dengan cara-cara tertentu yang dibenarkan oleh syara' dan undang-undang' a) Beberapa falsafah pemilikan dalam Islam Hak pemilikan serta memiliki harta telah digariskan dalam banyak syariah yang diturunkan oleh Allah. Namun begitu.

Berdasarkan penjelasan tersebut membuktikan bahawa pemilikan individu adalah disahkan dalam syariah Islam. Ia selaras dengan limpah kurnia Allah yang menjadikan segala apa yang ada di muka bumi ini untuk kemudahan serta sebagai sumber rezeki manusia. Sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah: 29. Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan dia Maha mengetahui segala sesuatu.(Surah al-Baqarah 2 : 29) 2. Apa yang dapat dinyatakan di sini, berkaitan pemilikan harta yang disahkan dalam Islam, setiap insan juga perlu menginsafi bahawa terdapat konsep tertentu mengenainya. Ertinya ialah: Manusia sekadar berusaha dan disarankan berusaha sedaya-upaya, namun begitu Allah yang akan rnengurniakannya. Sebagaimana yang dinyatakan menerusi firman Allah: “Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? kami Telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami Telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. (Al-Zuhruf :32) Allah tetap berhak rnelebihkan antara seseorang dengan seseorang yang lain sudut anugerah dan rezeki berdasarkan ilmu dan ketetapan-Nya. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur'an: “ Sesungguhnya Tuhanmu lah Yang meluaskan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan ia juga Yang menyempitkannya (menurut Yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.” (Surah al-Isra'17 : 30) 3. Menunaikan hak nafkah kepada mereka yang berhak serta membantu orang lain yang berada di dalam kesempitan, seperti: Kaum kerabat dan orang miskin. Sebagaimana firman AIlah:

75

26. dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. (Surah al-Isra' :26) 4. Harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan secara sederhana, tanpa berlebihlebihan dan bukan pula terlalu kedekut.Sebagaimana frrpan Allah: 29. dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan. (Surah al-Isra' 17 :29) 5. Harta yang dimiliki juga hendaklah dikeluarkan sedekah serta zakat kepada mereka yang berhak. Justeru, mengumpulkan harta dengan tidak mengeluarkan zakat dan haknya amat dicela. Hal itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Syariah. Selaras dengan firman Allah: 108. jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah 9: 108) Kewajipan menunaikan zakat demi membantu golongan yang susah serta agar harta yang dimiliki itu tidak hanya berada di kalangan orang-orang kaya semata-mata. Bahkan ia turut dinikmati oleh orang lain yang tidak bernasib baik. Sebagaimana firmanAllah: (Surah al-Hasyr 59: 7) Secara kesimpulan, Syariah Islam tetap mengiktiraf pemilikan individu terhadap harta halal yang diusahakan menurut syarak. Namun begitu, pemiliknya mestilah memenuhi

76

beberapa ketetapan syariah terhadap harta tersebut yang dijadikan sebagai suatu amanah dan wasilah menuju Akhirat. 2.9 JENIS-JENIS PEMILIKAN Pemilikan beertinya penguasaan atau hak menggunakan ke atas sesuatu benda. Penguasaan dan hak mengurus tersebut boleh berlaku ke atas ain (harta itu sendiri) dan manfaatnya atau berlaku ke atas salah satu daripadanya, iaitu sama ada zat atau manfaatnya sahaja. Sekiranya pemilikan berlaku ke atas zat dan manfaat harta berkenaan maka pemilikan itu dinamakan pemilikan penuh atau pemilikan sempurna (al-Milk alTam) tetapi jika memiliki salah satu daripada dua unsur tersebut, maka pemilikan itu dinamakan pemilikan tidak penuh atau tidak sempurna (al-milk al naqis) 2.9.1 Pemilikan Sempurna (al-Milk al-Tam) Pemilikan sempurna bermaksud memiliki zat dan manfaat sesuatu benda atau harta. Mengikut yang diistilahkan oleh fuqaha' memiliki zat dan manfaat sesuatu benda sekaligus. Ciri-ciri pemilikan sempurna ialah: a. Pemilikan sempurna bersifat kekal dan tidak ada jangka masa tamat, kecuali pemiliknya sendiri ingin menamatkan pemilikannya itu. Terdapat berbagai-bagai cara, yang membolehkan seseorang itu melupuskan hak miliknya. Umpamanya dengan memindahkan hak milik kepada orang Iain melalui penjualan atau memberikannya kepada orang lain secara hibah atau percuma. b. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dimilikinya. Dia boleh melakukan apa sahaja terhadap hartanya itu sama ada dengan cara menggunakan sendiri atau mendapatkan keuntungan daripadanya.

77

c. Pemilikan tidak akan membayar sebarang gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau dia sendiri merosakkan hartanya itu. Ini kerana tidak ada guna seseorang itu membayar gantirugi kepada dirinya sendiri. Walau bagaimanapun dia mungkin boleh dikenakan tindakan atau hukuman lain atas perbuatannya itu sekiranya yang dirosakkan atau dimusnahkan itu ialah binatang. Dia juga boleh ditahan daripada mengurus hartanya jika dia menampakkan kebodohan dalam membelanjakan harta tersebut.

Sebab-sebab pemilikan sempurna ialah: a. Penguasaan Harta Mubah (harta yang belum dimiliki) Harta mubah adalah harta yang boleh dimiliki pada pandangan syarak dan belum dimiliki oleh sesiapa seperti tanah yang belum diteroka, usaha mencari barang galian, perburuan binatang yang belum dimiliki, penguasaan keatas padang rumput atau tanaman hutan dan lain-lain. b. Akad Pemindahan Pemilikan Akad yang memindahkan hak milik daripada seorang kepada seorang yang lain. Akadakad jenis ini adalah banyak. Antaranya ialah akad jual-beli, hibah. wasiat dan lain-lain lagi. Akad-akad yang memindahkan hak milik hanya boleh berlaku pada harta yang sudah dimiliki secara sah dan tidak akan berlaku pada harta harus yang belum dimiliki oleh sesiapa. Akad juga tidak berlaku pada harta yang dimiliki secara tidak sah di sisi syarak. Oleh sebab itu, seseorang tidak boleh melakukan sebarang akad pada sesuatu yang belum dimilikinya atau masih bersifat sebagai harta harus. Umpamanya dia ingin melakukan akad pada burung yang masih berterbangan di udara atau ikan yang masih berada di dalam laut dan sebagainya. Akad juga tidak boleh dilakukan pada sesuatu yang dimiliki secara tidak sah di sisi syara', seperti arak kerana arak adalah suatu yang haram dimiliki dan dimanfaatkan di sisi syarak. 78

c. Perwarisan (Pusaka) Sebab lain yang boleh menjadikan faktor pemilikan sepenuh ialah pusaka. Ia merupakan satu cara perpindahan hak milik secara mutlak melalui hukum syara'. Seorang yang mewarisi harta pusaka memiliki harta tersebut secara sepenuh dan berhak ke atas harta tersebut secara mutlak. Apabila seseorang meninggal dunia maka harta ini akan berpindah milik pula kepada keluarga yang menjadi pewarisnya mengikut hukum syara' selepas ditolak segala hutangnya atau wasiat yang diwasiatkannya. Harta tersebut akan dimasukkan ke dalam baitulmal sekiranya tidak ada waris yang akan mewarisi hartanya. 2.9.2 Pemilikan Tidak Sempurna (al-Mulk Ghait al-Tam) Sesuatu pemilikan tidak sempurna yang berlaku terhadap sesuatu harta salah satu daripada dua keadaan, iaitu: zatnya atau manfaat dan faedahnya sahaja, bukan keduaduanya sekali gus. Kuasa pemilikan terhadap harta dan barangan bukan secara sempurna dan penuh. Iaitu seseorang berkuasa terhadap hartanya, manakala sudut manfaatnya dimiliki serta dibawah kendalian orang lain, seperti: Sewa-menyewa, pinjam meminjam dan wakaf a. Pemilikan zat harta sahaja. (milk al-Ain faqad)

Ialah harta sesuatu tetap kekal juga berada pada hak pemilik asalnya, manakala sudut manfaatnya menjadi milik orang lain. Ia lebih dikenali dengan pemilikan sudut zat benda atau fizikal sahaja. Konteks tersebut terdapat banyak bentuk antaranya ialah: wasiat. Sebagai contohnya ialah: Wasiat yang diberikan kepada seseorang supaya mendiami rumah tertentu atau mengusahakan tanah tertentu selama lima tahun. Biarpun pemilikan hak terhadap zat atau fizikal sesuatu harta diklasifikasikan sebagai pemilikan tidakpenuh dan tidak sempurna, namun begitu ia boleh berubah menjadi pemilikan penuh atau sempurna apabila manfaat yang dimiliki oleh orang lain tamat tempohnya, seperti: Tamat

79

tempoh wasiat tersebut. Hal tersebut kerana selalunya pemilikan sudut faedah dan manfaat sesuatu harta bersifat sementara sahaja. b. Pemilikan manfaat peribadi. (milk al-manfaat al syakshi)

Ia dikenali juga dengan memiliki manfaat secara peribadi atau hak mengambil manfaat (milk manfaat au hak al-intifa’). sudut bahasa hak al-intifa' membawa erti: Kuasa menggunakan serta memanfaatkan. Sudut pengertian istilah pula membawa maksud: Kekuasaan memanfaatkan sesuatu yang berada di dalam pemilikan orang lain dan ia berlaku ekoran beberapa faktor yang telah diharuskan di dalam Syariah Islam. Sebagai rumusan pemilikan manfaat peribadi, seseorang individu hanya berhak untuk mengambil manfaat atau faedah sahaja (milkiyyah manfaat faqad) , bukan sudut zat atau harta itu. Sebagai contohnya ialah: Seseorang mewasiatkan memanfaatkan rumahnya kepada individu tertentu, untuk itu penerima wasiat hanya dapat mengambil faedah daripada rumah tersebut untuk dirinya sahaja. Ia tidak boleh sama sekali membenarkan orang lain turut mengambil faedah daripadanya, sama ada dengan cara menyewakan atau lainnya. Sebab-sebab pemilikan manfaat sahaja ialah pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat, keizinan khas dan lain-lain. c. Pemilikan manfaat zat sahaja. (milk al-manfaat al-Aini

atau haq al-irtifaq) Ia dikenali juga dengan pemilikan manfaat sahaja, hak milik bebas sudut benda (milkiyyah al-manfaat faqad laikan ainiyyan) Antara lain secara lebih khususnya jenis ini lebih dikenali dengan hak al-irtifaq (haq al-irtifaq) Sudut bahasa hak atirtifaq bererti: Hak pemanfaatan sesuatu sudut pengertian istilah pula ia membawa maksud hak yang ditetapkan terhadap sesuatu harta tetap dan tidak bergerak untuk mendapat manfaat daripada harta tetap dan tidak bergerak. Untuk itu, hak al-irtifaq merupakan suatu bentuk hak yang berterusan selagi mana tetap dan berkekalan kedua-dua bentuk harta tetap tersebut. Hal itu kerana kedua80

Sebagai rumusannya. Berikan definisi dan konsep Pemilikan Harta 5. al-Isytirad fi al-Uqud iaitu persetujuan dalam perjanjian. pemilikan tersebut mengiringi zat benda tidak boleh pindah yang dikira milik terbuka. Sebagai contohnya ialah: Hak mengguna jalan (hak al-murur). Jelaskan jenis-jenis harta 4. Bahkan semua orang dikira berkongsi mendapat manfaat daripadanya sebagai contoh lain ialah hak mendapat kemudahan sumber minuman 2. tiada mana-mana individu tertentu yang boleh membataskannya.8 SOALAN LATIHAN Bincangkan Asas Pandangan Islam dalam Konteks Harta 1. Berikan definisi harta dari perspektifr Islam 2.duanya saling kait mengait untuk mendapatkan hak al-irtifaq. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilikan sempurna dan tidak sempurna 81 . (Hak al-Syurbi) Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya hak al-Irtifaq ialah: a. tanpa meninjau sudut pemilik. al-taqadum iaitu sejak dahulu kala b. al-Iystirak al-Am iaitu hak milik awam seperti sungai utama c. Apakah Pandangan Islam dalam penggunaan Harta 3. Justeru. Iaitu seseorang memanfaatkan untuk laluan jalan di tanah milik jirannya sebagai jalan atau dijadikan jalan untuk sampai ke rumah atau kebunnya.

1 PENGENALAN 9.3 Jenis Hak dilihat dari segi Subjek hak 9.4.4.4.2 Hak boleh diwarisi dan hak tidak boleh diwarisi.4.2 DEFINISI HAK 9.2.2 Dilihat Dari Segi Proses Pemilikan Hak 9.1 Hak harta dan Bukan Harta 9.1 Jenis Hak dilihat dari segi Pemilik Hak 9.4.4.1 Hak Allah Sepenuhnya 9.3.1 Menjaga diri 82 Hak untuk Hidup dan .1.4.1.4 JENIS-JENIS HAK 9. 9.1.1.3 Berkumpul dua Hak dan Hak Allah lebih Utama 9.4.1.BAB 3 TEORI HAK DALAM MUAMALAT 9.4.3.3.4 Berkumpul dua Hak dan Hak Manusia lebih Utama 9.3 RUKUN HAK 9.1.1 Hak Umum (Hak Kemanusiaan) 9.1.4.2 Hak Manusia Sepenuhnya 9.4.2.4.1 Hak boleh digugurkan dan hak tidak boleh digugurkan 9.

1.2.1.6.4 Kebebasan Memiliki 9.1.1.2.6 HUKUM SESUATU HAK 9.3.1 Pelaksanaan Hak 9.3 9.1.2.2.4.4.3.9.4.2 Hak Kebebasan 9.1.1 Hak Keagamaan 9.1.6.1 Pelaksanaan Hak Allah 9.3.3.4.2.1 9.1 Hak dan tanggungjawab terhadap Allah 9.7.1.3 Hak Mujarrad dan bukan Mujarrad 9.4.4.2.3.3.2.1.6.2 9.3.4.4.6.4.4.4.2 Hak Pengadilan 9.4 Jenis Hak dilihat dari segi Kuasa Pengadilan Hak 9.2 Hak Peribadi dan benda 9.4.6.3.1.2 Kebebasan Pendapat 9.1.1.3.1.1.7.1.3.1.1.3.5 SUMBER DAN SEBAB HAK 9.6.2.2 Hak manusia secara Khusus 9.1.7 PENGGUNAAN HAK HENDAKLAH SELARI DENGAN SYARAK 9.1 9.1.2.2.1.3.3.2 9.4.3.3.4.2.1.4.5 Kebebasan Berpindah 9.2.5 9.4.3 Kebebasan Berfikir 9.3 9.2 Pelaksanaan Hak manusia 9.1.2 Penjagaan Hak 9.4.2 Dalil haram Salahguna Hak Sebab Haram Salahguna hak 83 Hak Persamaan Hak Berkeluarga Hak Terhadap Suami Hak Khusus Isteri Hak Khusus Suami Hak Perceraian Hak berkaitan dengan Keluarga .4.4.4 9.1 Kebebasan Aqidah 9.4.

7. Menerangkan sumber-sumber Hak . Menjelaskan Hak harta dan Hak Bukan harta .8. anda seharusnya boleh: 1. Mengenal pasti hokum-hukum mengenai penyalahgunaan hak 3.2 DEFINISI HAK 84 .9.1 PENGENALAN Fiqh muamalat juga membincangkan isu Hak dalam pemilikan. Menghuraikan konsep hak dalam perspektif Islam . 2. Apakah yang dimaksudkan hak dan milik.2 Pemindahan Hak Berakhirnya sesuatu hak BAB 3 TEORI HAK OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini.8 PEMINDAHAN DAN BERAKHIRNYA HAK 9.7. 4.1 9. 3.4 Kaedah Membendung salahguna hak Hukuman terhadap salahguna hak 9. 5.3 9. 3. Menjelaskan Jenis-jenis Hak .8.

moral dan sosial.. Maka sudah pastilah berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami). Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya. Maka berhaklah (ketetapanlah) bagi meraka itu dalam kesesatan. Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Kewajipan seperti yang Allah gunakan dalam al-baqarah: 241 ”Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut'ah[153] menurut yang ma'ruf. Pasti seperti yang Allah gunakan dalam surah al-isra’: 16 “Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri. Firman allah: “Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. sebagai hak (suatu kewajiban) bagi orang-orang yang bertakwa.” b.” Definisi Hak dari segi istilah fiqh pula ialah Sesuatu kemaslahatan yang tetap untuk individu dan masyarakat atau untuk kedua-dua. diri. Dalam bahasa arab al-hak mempunyai beberapa makna iaitu a.Perkataan Hak adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu haq atau al-haq. Ketetapan seperti yang Allah gunakan dalam surah al-‘araf: 30 . Ia telah ditetapkan oleh Allah sebagai tuhan yang maha berkuasa. Kebenaran yang berlawanan dengan batil seperti yang Allah gunakan dalam surah Al-baqarah: 42 ”Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu Mengetahui.” c. Hak juga adalah sesuatu yang diiktiraf oleh syarak kepada seseorang yang melibatkan sudut harta.” d. Ia juga adalah sesuatu 85 .

Manusia tidak boleh memilikinya untuk kepentingan peribadi. Berdasarkan semua pengertian tersebut. Dilihat Dari Segi Pemiliki Hak ii. Dilihat Dari Segi Subjek Hak iv. Bagi sesuatu yang membawa faedah dan manfaat umum seperti udara. sungai. 3.1 Jenis Hak Dilihat Dari Segi Pemilik Hak Jenis hak boleh jika dilihat dari segi pemilik hak boleh di bahagi kepada empat jenis iaitu: a. asas-asas dihutan dan lain-lain dikira hak Allah sepenuhnya. Dilihat Dari Segi Proses Pemilikan Hak iii. Dilihat Dari Segi Kuasa Pengadilan Bagi Hak.hukum yang ditetapkan berdasarkan syarak dan sesuatu yang tetap untuk Allah atau untuk manusia terhadap orang lain menerusi ketetapan syarak. 3. sumber hak ialah syarak iaitu datang dari Allah.1 Hak Allah Sepenuhnya (Haqqullah al-Khalish) Hak Allah terhadap sesuatu adalah mutlak. Begitu juga contoh-contoh 86 . Jika tiada seorang pun memiliki sesuatu benda maka haknya adalah hak Allah.4.1. Kedua Berkumpul dua hak (Allah dan Manusia) dan hak manusia adalah lebih diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqul Insan huwa al-Ghalib) 3. Sesuatu yang dimiliki oleh manusia adalah pinjaman sahaja.4 PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS HAK Hak boleh dibahagikan kepada beberapa 3 kategori apabila dilihat dari beberapa segi iaitu: i. Berkumpul dua hak (Allah dan Manusia) dan hak Allah adalah lebih diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqullah huwa al-Ghalib) d.4. Hak manusia sepenuhnya (Haqqul insan al-Khalis) c. Pemilikan hanya dibenarkan untuk memastikan semua manusia mendapat manfaat daripadanya. Hak Allah sepenuhnya (Haqqullah al-Khalish) b. laut.

3 Berkumpul Dua Hak (Allah Dan Manusia) Dan Hak Allah Adalah Lebih Diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqullah huwa al-Ghalib) 87 .2 Hak Manusia Sepenuhnya (Haqqul insan al-Khalis) Hak manusia sepenuhnya ialah hak manusia yang berkaitan dengan kemaslahatan keduniaan dan individu untuk kehidupan. Pelaksanaanya adalah untuk menjaga hak manusia dari segi menjaga agama. Ia adalah hak Allah sepenuhnya untuk dijadikan tempat ibadat semua orang Islam. minum arak dan sebagainya.4. hak hak mendapat ganti barang rosak yang dibeli. keturunan dan harta 3. hak mendapat nafkah dan lain-lain hak yang berkaitan dengan manusia. Apabila berhadapan dengan hak Allah maka ia tidak lagi menjadi Hak manusia sepenuhnya. Ia menjadi hak Allah dan menjadi tanggungjawab manusia melaksanakannya. Kerana biarpun ia asalnya merupakan hak manusia seperti menyerahkan barangan dan harga dalam muamalah jual beli antara penjual dan pembeli. nyawa atau jiwa. tetapi hakikatnya Allah yang menyuruh hambanya bertindak menyerahkan semua itu kepada mereka yang berhak menerusi ketetapan hukum syarak.4. Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk berhak memilikinya seperti hak memberi diyat dalam hukum ta’zir.lain ialah Baitullah di Mekah. Namun pun begitu manusia perlu sedar hak-hak mereka perlulah selaras dengan hak Allah kerana manusia sendiri adalah hak Allah dan Allah mempunyai hak supaya diikuti segala arahan dan kehendaknya. hak pembeli memiliki barang yang dibeli. Hak manusia ini adalah banyak dalam kehidupan. Menurutnya mana-mana ruang hak yang ada itu sememangnya pasti ada hak Allah. hak berkahwin. Hak manusia sepenuhnya itu hanya boleh berlaku apabila berhadapan dengan hak sesama manusia. Imam al-Syatibi berpendapatt bahawa hakikatnya tidak ada satu pun daripada kategori hak itu yang dikira sebagai hak manusia sepenuhnya.1. akal. mencuri.1. hak mengguna barang-barang yang dipinjam. 3. Begitu juga pelaksanaan hukum Hudud yang diwajibkan oleh Allah untuk menghukum orang-orang yang melakukan jenayah tertentu seperti zina.

4 Kedua Berkumpul Dua Hak (Allah Dan Manusia) Dan Hak Manusia Adalah Lebih Diutama (Ijtama’a fihi al-Haqqani wa haqul Insan huwa al-Ghalib) Hak jenis ini ialah sesuatu perkara yang bersatu padanya hak Allah dan hak manusia. tanpa sebarang campur tangan tertuduh. Semua itu membuktikan hak Allah yang diutamakan. Maka hukum fekah menetapkan didahulukan hak Allah kerana hak Allah mengatasi segala hak dan hak Allah adalah untuk kebaikan manusia jua. Ia berbeza dengan hukuman qisas yang mana dalam perlaksanaan hukumannya ada ruang campur tangan dan hak mangsa atau walinya. Jenayah penuduh zina pula jika disabit bersalah (iaitu tuduhan tanpa ada bukti nyata) maka akan dihukum tanpa boleh gugur dari pengampunan orang yang kena tuduh atau ulil amri kerana ia adalah hak Allah. Jika ia dikira hak manusia maka orang yang dituduh zina atau ulil amri boleh mengampunkan penuduh tersebut. Seperti hukuman qisas bagi kesalahan jenayah. Manakala hak Allah pula terhadap pemilikan jiwa dan diri manusia tersebut yang mnana pembunuhan sengaja tersebut merupakan suatu dosa besar. 3. Seperti hak qazaf (Tuduhan Zina) bagi menjaga maruah manusia dan hak hudud sebagai hak Allah. 88 . Pelaksanaan hukuman terhadap penuduh zina dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak pemerintah atau orang yang berkuasa sahaja. Orang yang melakukan zina maka hak Allah untuk menghukum Hudud dan tuduhan zina pula menjadi hak manusia untuk dijaga maruahnya.4. Pelaksanaan hukum-hukum tersebut adalah hak Allah dan ia lebih diutamakan.1. namun hak manusia diutamakan. Maka jika sabit kesalahan zina maka pesalah hendaklah dihukum sebat atau rejam dan jika sebaliknya maka penuduh pula akan dihukum. Ia dikira sebagai ada dua hak iaitu hak Allah dan hak manusia. Ini adalah kerana pembunuhan tersebut merupakan suatu jenayah terhadap mnanusia dan dikenakan qisas demi menjaga pertumpahan darah dikalangan manusia (hak manusia) dan kerosakan di muka bumi.Dalam keadaan terdapat dua hak yang sama iaitu hak manusia dan hak Allah.

Manakala sudut hak manusia dan ia diutamakan daripada hak Allah pula ialah. Hak yang dimiliki oleh seseorang yang mana ia berlaku secara pasti atas dasar ketetapan diberikan oleh syarak Sebagai contohnya ialah: Seseorang ayah atau 89 . Allah swt telah berfirman: ”Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu. Antara hak peribadi yang dapat digugurkan ialah: Qisos.Pada hukuman qisas itu terdapat hak Allah ialah gugur hukuman tersebut dengan ada syubhat sebagaimana dalam hukuman hudud.” (Surah al-Baqarah 2 : 179) 3. 3. Hak yang boleh digugurkan ialah segala hak yang berkenaan dengan peribadi.4. Hak yang belum tetap. hak syufah dan hak khiyar. ii. Hai orang-orang yang berakal. Contohnya ialah hak khiyar al-rukyah yang dilakukan oleh pembeli sebelum ia melihat benda yang dibeli. Pengguguran hak yang berkaitan dengan peribadi tersebut dapat dilaksanakan dengan membayar pampasan atau tanpa mernbayar pampasan. Hak yang boleh diwarisi dan tidak boleh diwarisi. Hak yang boleh digugurkan dan Hak yang tidak boleh digugurkan.2.2 Jenis Hak Manusia Atau Hak Individu Dari Segi Proses Pemilikan Hak Ulamak membahagikan hak manusia atau hak individu khusus dengan melihat dari segi pemilik hak kepada dua jenis iaitu: i. b.1 Hak yang boleh digugurkan dan Hak yang tidak boleh digugurkan. Terdapat empat hak yang tidak boleh digugurkan dalam hak manusia iaitu: a.4. Seterusnya pihak mangsa atau waris berhak menuntut dilaksanakan hukuman atau memberi pengampunan terhadap penjenayah. Pengguguran hak al-syufah yang dilakukan oleh penerima al-syufah sebelum jual beli. kerana hukuman tersebut wajib dilaksanakan atas dasar balasan yang bersamaan atau serupa. tetapi bukan yang berkaitan dengan harta. supaya kamu bertakwa.

d.datuk menggugurkan hak mereka untuk menjadi wali terhadap anak dan cucu yang masih kecil.2 Hak yang boleh diwarisi harta dan tidak diwarisi Jumhur ulama-Fiqh telah sepakat mengenai terdapat hak mewarisi harta. Iaitu sebelum bayaran 90 . hak mengambil faedah daripada harta (Haq al-intifa’) dan hak lain yang berkaitan dengan akad atau kontrak yang merujuk kepada harta seperti hak peniaga untuk menahan barangan yang dijualnya supaya dibuat bayaran. 3. contohnya ialah Seseorang ibu yang menggugurkan haknya terhadap hadanah anak juga suami yang menggugurkan iddah terhadap terhadap isteri yang diceraikannya. 3.4.4. c. Hak yang mana didalamnya ada hak orang lain. dan khiyar aib.1 Hak harta dan bukan harta Hak harta ialah hak yang berkaitan dengan harta dan manfaatnya seperti hak memiliki harta (haq al-Milk).4. b. hak menggunakan air (haq alsyurbi) ak takyin.2 Jenis Hak Dilihat Dari Segi Subjek Ulama Fiqh telah membahagikan hak dari sudut subjeknya kepada tiga jenis iaitu: a. c.2.3. Hak harta dan bukan harta Hak peribadi dan benda Hak mujarrad dan bukan mujarrad 3. Antara hak tersebut ialah hak penggunaan jalan (haq al-Murur). Hak yang apabila digugurkan membawa akibat berubah hukum syarak Sebagai contohnya ialah: Seseorang suami yang menggugurkan haknya untuk melakukannya rujuk terhadap isterinya.

b. hak umum / hak kemanusiaan hak berkaitan dengan keluarga. Hak bukan harta terbahagi kepada dua jenis iaitu: i.1 Hak Umum/hak Kemanusiaan Hak umum juga diberi nama hak kemanusiaan (huquq al-‘Ammah atau huquq al-insan).dibuat. dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. (Qisas). peniaga berhak menahan barangannya daripada diambil oleh pembeli.3. Ia juga dikenali sebagai hak milik atau kuasa pemilikan. Ia merupakan hak yang telah tetap bagi setiap insan dengan mengambilkira sebagai anggota masyarakat. Mereka tidak boleh dibunuh tanpa sebab yang dibenarkan syarak.4. 3. Hak untuk hidup dan menjaga diri. menggunakannya. (huquq al-hayah wa al-muhafazah ala nafs). Islam mengiktiraf hak kemanusiaan. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 2: 195) “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah. Begitu juga sebaliknya hak pembeli untuk mendapatkan barangan setalah bayaran dibuat. hak qisas. Hak persamaan (haq al-musawat) Hak untuk hidup ialah Islam mengiktiraf hak semua manusia untuk hidup. Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. dan berbuat baiklah.” Allah berfirman lagi dalam surah al-Nisa’:29 91 . Antara hak-hak manusia ialah a. Dengan memiliki hak pemilikan itu ia berkuasa menggunakannya untuk apa jua tujuan seperti menjualnya. Jika sesuatu barang itu sudah dimiliki oleh seseorang ia mempunyai kuasa milik atau hak pemilikan. Berdosa jika membunuh manusia dan dihukum bunuh balas. hak suami. ii.1. Sekarang ini dipanggil hak asasi manusia. Hak bukan harta pula ialah hak-hak yang tiada kaitan dengan harta seperti hak isteri. hak kebebasandan lain-lain. Hak kebebasan (haq al-huriyyah) c. menggadaikannya dan lain-lain kecuali tujuan yang bertentangan dengan syarak.

atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat. Qisas ialah mengambil pembalasan yang sama. Maka Sesungguhnya kami Telah memberi kekuasaan[854] kepada ahli warisnya. umpamanya tidak menangguh-nangguhkannya. dan barangsiapa dibunuh secara zalim. membunuh yang bukan si pembunuh. kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Kerana umat merupakan suatu kesatuan. [854] Maksudnya: kekuasaan di sini ialah hal ahli waris yang terbunuh atau Penguasa untuk menuntut kisas atau menerima diat.” [287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain. Allah berfirman lagi dalam surah al-isra’: 33 “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya). bila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan hukum-hukum ini. sebab membunuh orang lain bererti membunuh diri sendiri. bila yang membunuh mendapat kema'afan dari ahli waris yang terbunuh iaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. Islam menentang 92 . rajam dan sebagainya. Maka terhadapnya di dunia diambil qishaash dan di akhirat dia mendapat siksa yang pedih. umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh. tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Hak kebebasan ialah hak manusia untuk bebas dalam hidup.” [853] maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qisas membunuh orang murtad.“Hai orang-orang yang beriman. melainkan dengan suatu (alasan) yang benar[853]. pembayaran diat diminta dengan baik. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. Ia merupakan suatu yang amat tinggi dan paling berharga bagi setiap manusia dalam kehidupan. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]. dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik. Diat ialah pembayaran sejumlah harta Karena sesuatu tindak pidana terhadap sesuatu jiwa atau anggota badan. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan. qishaash itu tidak dilakukan.

Kebebasan akidah. Seruan manusia supaya menerima ajaran Islam perlulah dilakukan secara berdakwah dengan cara yang baik dan sesuai.t. Kebebasan pendapat (hurriyat al-ra’yi) Islam memberikan manusia hak kebebasan memberi pendapat dalam apa jua perkara selagi ia tidak bertentangan hukum syarak. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). (hurriyat al. Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]. Maka Sesungguhnya ia Telah beRPegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.aqidah Ajaran Islam menghorpati kebebasan manusia memilih aqidah yang mereka inginkan meskipun menegaskan hanya aqidah Islam sahaja yang terbaik dan diterima Allah. Antara unsur yang penting dalam kebebasan ialah: a. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. merekalah orang-orang yang beruntung. Islam melarang dakwah secara paksa.” [162] Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s. Allah berfirman dalam surah al-baqarah: 256: ”. Allah berfirman dalam surah al-imran: 104 “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan.” 93 . Kebebasan adalah sebahagian daripada keadilan di dalam Islam. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah. b.sikap kuku besi pihak yang berkuasa sebaliknya Islam mementingkan keadilan.w. Islam menggalakan manusia menggunakan akal fikiran kurniaan Allah supaya berfikir tentang banyak perkara dalam kehidupan terutama dalam perkara menegakkan kebenaran.

lalu dibakar dengannya dahi mereka. Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan seseorang dari pada-Nya. Allah menyuruh manusia menggunakan akal fikiran untuk mencari kebenaran.[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan seseorang kepada Allah. sorok dan sebagainya. merompak. riba. 35. Kebebasan memiliki (hurriyat al-tamlik) Syariah Islam menetapkan bahawa setiap manusia diberi hak untuk bebas memiliki dan menggunakan harta selagi kaedahnya tidak bertentangan dengan dasar Islam seperti mencuri. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam.” c. Manusia perlu diberi kebebasan untuk berfikir. (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. dan orangorang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah. Allah berfirman dalam surah al-imran: 190 ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi. Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” d. Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri. Sikap menutup peluang manusia untuk berfikir adalah bertentangan dengan ajaran Islam. (hurriyat al-tafkir) Islam memberikan hak kebebasan berfikir kepada manusia untuk hidup dengan baik dan selesa di dunia dan akhirat. tipu. Maka beritahukanlah kepada mereka. Kebebasan berfikir. ”Hai orang-orang yang beriman. Allah berfirman dalam surah al-taubah: 34. Rasulullah saw pula bersabda: “Sesungguhnya antara jihad yang paling besar ialah mengatakan sesuatu yang benar ketika menghadapi sultan/pemerintah yang zalim. dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." 94 .

Allah berfirman dalam surah al-mulk: 15 ” Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa . atau satu negeri kesatu negeri atau satu negara ke satu negara mengikut keperluan hidupnya.e. Mereka bebas berbuat demikian untuk mencari rezeki. Hak persamaan ialah Islam mengakui hak persamaan dikalangan semua manusia samada lelaki atau wanita.bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Allah berfirman lagi dalam surah al-ankabut: 56 ”Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. Sesungguhnya bumi-Ku luas. Maka sembahlah Aku saja. menyebarkan dakwah dan sebagainya selagi ia tidak memudaratkan kehidupan manusia. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” Kebebebasan secara umum untuk manusia bergerak itu hanya boleh dikawal oleh pemerintah demi kemaslahatan umum seperti membuat beberapa peraturan pergerakan atau perpindahan. menuntut ilmu. Khalifah Umar al-khattab pernah mengeluarkan arahan melarang beberapa sahabat daripada berpindah dari Madinah kerana sumbangan mereka diperlukan dalam pengajaran ilmu Islam dan pandangan mereka diperlukan dalam pentadbiran negara. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara 95 . Kebebasan berpindah (hurriyat al-tanaqqul) Islam memberi hak kebebasan kepada manusia untuk bebas bergerak dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Allah menjelaskan perkara tersebut di dalam surah alhujurat:13 ”Wahai sekelian manusia. dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. beribadat.

dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya. ” 3.kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.2 Hak berkaitan dengan keluarga Ia merupakan hak bukan berbentuk harta yang ditetapkan untuk manusia dengan rnengambil kira kedudukan mereka sebagai anggota bentuk keluarga kecil. sebagaimana firman Allah: Surah Fathir 35:11 “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah Kemudian dari air mani. Kemudian dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). dan memberimu rezki 96 .3. sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nahl 16 :72) “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu. anak-anak dan cucu-cucu. Ia adalah selaras dengan fitrah serta tuntutan semula jadi manusia yang hidup dan dijadikan secara berpasangan.1. Islam memberi Hak kepada manusia untuk hidup berkeluarga.4. Ia juga menciptakan Hawa sebagai teman dan pasangan hidup Adam. Di mana ahli atau anggota keluarga itu terdiri daripada pasangan suami isteri serta anak-anak.” Fitrah hidup berpasangan dianugerahkan oleh Allah berpula generasi pertama. Selanjutnya daripada Adam dan Hawa manusia berkembang biak. antaranya yang utama ialah i. iaitu: Ketika mana Allah menjadikan Adam. Hak-hak berkaitan dengan keluarga ada banyak. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh mahfuzh). Hak berkeluarga Kehidupan berkeluarga sangat dituntut oleh Islam.

HaI itu dijelaskan menerusi hadis. Kerana ia dapat merendahhan pandangan mata dan menjaga hemaluan. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah " Hakikatnya.2. penjelasan mengenai hak-hak dan tanggungjawab tersebut ialah: 3. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” Selanjutnya apa yang dapat dijelaskan lagi di sini.2 Hak Terhadap Suami Isteri 97 . Hal itu sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Rum 30: 21 ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteriisteri dari jenismu sendiri.4.” Hidup berpasangan menyebabkan melimpah rahmat. Kerana mereka saling dapat mernenuhi tuntutan dan hak fitrah masing-masing pada tempatnya yang sesuai. Seterusnya sesiapa yang tidak mampu. supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. hendaklah ia b erkahwin. hendaklah ia beRPuasa. sebaik-baik sahaja terlaksana dan berlangsung akad perkahwinan dengan memenuhi syarat serta rukunnya. nikmat serta lahir ketenangan hidup. di dalam al-Qur'an dan Hadis telah menjelaskan bahawa hidup berpasangan itu merupakan suatu hak bagi manusia yang sekali gus digesa terhadap mereka yang memenuhi syaratnya. sebagaimana sabda Baginda saw: “Wahai pemuda-pemuda. Manakala sebahagian yang lain pula merupakan hak yang khusus terhadap suami serta isteri.dari yang baik-baik. Di mana hak tersebut sebahagiannya dikongsi secara bersama antara suami dan isteri.1. gesaan dan tuntutan hidup berpasangan dalam sesebuah anggota keluarga yang sah juga terdapat dalam semua Syariah Samawi serta agama-agama lain. setiap pasangan mempunyai tanggungjawab serta hak masing-masing. dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Kerana puasa itu menjadi perisai baginya. Sesiapa sahaja dari halangan hamu yang mampu.3. Seterusnya.

arij 70: 29 dan 30 b. mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya[143]. Hak menetapkan nasib keturunan mereka hasil hubungan perkahwinan yang sah.1. dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Hak isteri menjadi tanggungjawab kepada suami untuk melaksanaknnya sementara hak suami pula menjadi tanggungjawab kepada isteri untuk menunaikannya sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2 :22 ”Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'[142]. seperti memberi kasih sayang.3. tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya. jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.2. Mereka halal menjalinkan hubungan yang diharamkan sebelumnya seperti melakukan persetubuhan. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.3. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah dalam Surah al-Ma.3 Hak Khusus Isteri Untuk membentuk rumah tangga yang harponi. jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Apabila seseorang anak dilahirkan ibu bapa atau suami isteri juga saling bertanggungjawab dan mempunyai hak terhadap penjagaan anak-anak tersebut. penjagaan dan nafkah 4. akan tetapi para suami. dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu.Suami dan isteri mempunyai hak bersama yang boleh dinikmati bersama hasil daripada menunaikan tanggungjawab masing-masing. bahagia serta saling berkasih sayang dikalangan ahli keluarga.” Antara ketetapan hak tersebut terhadap mereka ialah: a. c. para suami hendaklah menunaikan tanggungjawabnya dengan 98 .

dan bergaullah dengan mereka secara patut. dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya. janganlah kamu terburu-buru menceraikannya). tidak halal bagi kamu mewarisi perempuanperempuan Dengan jalan paksaan. menurut adat sebahagian Arab Jahiliyah apabila seorang meninggal dunia. Wahai orang-orang Yang beriman. janda tersebut boleh dikawini sendiri atau dikawinkan dengan 99 . padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Selaras dengan firmanAllah:(Surah al-Nisa'4:19) 19. Allah berfirman dalam surah al-Nisa’:19 “ Hai orang-orang yang beriman. Suami mestilah memberikan nafkah kepada isterinya berdasarkan kemampuan. kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya. ii. kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu). tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa[278] dan janganlah kamu menyusahkan mereka Karena hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang Telah kamu berikan kepadanya. selagi ia memberi kesetiaan dan menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi. (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteriisteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. Suami juga mestilah sentiasa berhubung dan menjalinkan hubungan dengan penuh mesra dengan isterinya. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka. terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata[279]. Maka anaknya yang tertua atau anggota keluarganya yang lain mewarisi janda itu. Antara tanggungjawab dan hak khusus isteri ialah: i. “ [278] ayat Ini tidak menunjukkan bahawa mewariskan wanita tidak dengan jalan paksa dibolehkan.sempurna terhadap isteri-isteri mereka.

Oleh itu berpesanlah dengan berlaku baik terhadap isteri. Jika tidak. atau (pakailah) hambahamba perempuan Yang kamu miliki. Pengajaran dan pendidikan perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan lemah lembut. engkau akan mematahkannya. ia hendaklah berkahwin seorang sahaja. jika engkau membiarkannya ia akan terus bengkok.orang lain yang maharnya diambil oleh pewaris atau tidak dibolehkan kawin lagi. tiga atau empat. Manakala nafkah batin ialah: Berpalam. [279] Maksudnya: berzina atau membangkang perintah. Hal itu berdasarkan apa yang dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah alNisa'4: 3) “ dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka). sesuai dengan sifat dan fitrah mereka. Kiranya engkau berusaha membetulkannya. Nafkah sudut zahir ialah: Nafkah makanan. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi hadis Baginda: “BeRPesan-pesanlah kamu (dengan berlaku baik terhadap isteri). maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua. Hak dan tanggungiawab suami berlaku adil terhadap semua isterinya jika ia memiliki lebih daripada seorang isteri. Sedangkan sudut kasih sayang dan kecenderungan hati bukan berada di bawah kuasa manusia dan mereka sudah tentu tidak dapat berlaku adil 100 . dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk.” iv. pakaian dan tempat tinggal.” Keadilan serta persamaan yang wajib ditunaikan oleh suami yang mengamalkan poligami dengan merangkumi nafkah sudut zahir dan batin. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam perkara agama kepada isterinya. iii.

2. 3.1. Antaranya ialah sebagaimana berikut iaitu: 3.4. dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib. lagi baik kesudahannya.2. Sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah ai-Nisa'4: 4) 4. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).1.3. dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim). Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah: (Surah al-Nisa' 4: 129) 129.4 Hak Khusus Suami Syariah Islam menetapkan beberapa hak tertentu yang khusus bagi suami terhadap isteri.3.4.1 Suami mempunyai hak sebagi ketua.4. oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan). yang mana ia suatu keistimewaan untuk mereka terhadap kaum wanita. lagi Maha Mengasihani.sepenuhnya mengenai perkara itu dan ia dimaafkan. Antara sebab utama kaum lelaki dan suami khususnya diberi kuasa sebagai ketua keluarga ialah suami memberi nafkah terhadap isteri dan ahli 101 . dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu). Hak isteri terhadap suami juga ialah memberikannya mas kahwin. v. maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Iaitu hak berkuasa serta sebagai ketua keluarga. kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat.

Untuk itulah juga. oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan. Di mana praktikal hak ditaati oleh isteri tidak akan berlaku kiranya isteri mengabaikan tanggungjawabnya. 3.4. dan Yang memelihara (kehorpatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama. Hak ketaatan kepada suami diletapkan oleh Syariah demi kemaslahalan juga keharponian institusi keluarga. maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman Allah (Surah alNisa'4: 34) 34. isteri yang solehah dikira sebagai suatu nikmat serta anugerah yang berharga. mana-mana suami yang bertindak menyalahi ketetapan Syariah atau melampau terhadap isteri dan ahli keluarganya.4. dan perempuanperempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka. ia dikira berdosa. kemudian jika mereka taat kepada kamu. Syariah Islam menetapkan suami sebagai ketua membawa pertunjuk ke arah kebaikan dalam kebahagiaan keluarga serta menyelesaikan segala perpasalahan yang timbul. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Kuasa dan ketua dalam erti kata tersebut bukanlah membawa maksud suami dapat bertindak terhadap isteri sewenang-wenang atau menjadikan isteri sebagai hamba. lagi Maha besar.2. dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya).1. dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Kewajipan isteri mentaati suami dikira mempunyai kaitan yang kukuh dengan kedudukan suami sebagai ketua keluarga.2 Hak ketaatan. Namun begitu. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya). Sabda rasulullah saw : 102 .keluarganya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi. dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur. Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Justeru.

1. 3. Isteri tidak boleh sama sekali atau sesuka hati keluar rumah. sama ada siang hari atau malam hari tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu. kemudian dipulau dan boleh memukul dengan tujuan mendidik jika ia tetap berdegil.3. kadang kala tidak semua pasangan boleh meneruskan kehidupan dengan baik ekoran terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Islam beri kedua belah pihak iaitu hak melafazkan cerai kepada lelaki dan hak fasakh kepada 103 Isteri mestilah sentiasa mentaati dan menjaga maruah suami mereka. seperti: Kebakaran.” Apa yang dapat dinyatakan di sini.2. dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. antara hak ketaatan atau tanggungjawab isteri mentaati suami ialah: a. Menetap di rumah Suami. c. suami hendaklah terlebih dahulu memberi peringatan.5 Hak perceraian (Haq al-Talak) Dalam hidup berkeluarga. kecuali dalam keadaan darurat. selagi ia dibenarkan oleh syarak seperti ketika isteri sihat. Keadaan isteri yang tidak mentaati suami atau melakukan nusyuz. Hal itu sebagaimana firman Allah: Surah al-Nisa' 4: 34. Antara firman Allah yang menetapkan hak suami tersebut ialah: (Surah al-Ahzab: 33) Tanggungiawab isteri supaya menetap di rumah merangkumi pemeliharaan kehorpatan dan maruah diri rnereka serta suami. nifas.4. sama ada lsteri wajib memberikan hak suami ingin menyetubuhinya bila-bila masa di hadapan atau di belakang. Isteri wajib menetap dan tinggal di rumah atau mana-mana tempat tinggal yang telah ditempatkan oleh suaminya.”Dunia merupakan barangan perhiasan. bersih daripada haid dan . b.

jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan. Sebelum perceraian dilakukan. berusaha sendiri juga mengurus keperluan diri mereka. Hak hadhanah (Penjagaan anak) Jika berlaku perceraian.” [293] hakam ialah juru pendamai. Maka Allah akan memberi kecukupan kepada masingmasingnya dari limpahan karunia-Nya. niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Hak Hadhanah secara umumnya merangkumi penjagaan sudut keselamatan. dan adalah Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Bijaksana. Syariah Islam menetapkan bahawa ibu serta kalangan wanita-wanita selainnya merupakan mereka yang lebih berhak terhadap penjagaan dan sudut hadhanah anak-anak 104 . “Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya. makanan. Allah berfirman di dalam Surah al'Nisa' 4: 35. usaha-usaha menyelamatkan rumahtangga hendaklah dilakukan. Hak tersebut perlu ditunaikan sehingga mereka mampu berdikari.perempuan. Jika segala usaha yang dilakukan itu gagal barulah pihak lelaki melafazkan talak atau jika pihak lelaki enggan melafazkan talak. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Syariah Islam menetapkan hukum-hukum tertentu untuk menjaga kepentingan juga hak anak-anak.” ii. khasnya anak-anak bawah umur serta masih kecil. Secara dasarnya Islam amat tidak menggalakkan perceraian namun jika tiada jalan penyelesaian. maka perceraian adalah dibenarkan. pakaian. Maka kirimlah seorang hakam[293] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. pendidikan serta kasih sayang. maka pihak perempuan boleh membuat tuntutan fasakh di makkamah syariah untuk membubarkan perkahwinan tersebut. Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa' : 130 ”Jika keduanya bercerai.

3 Hak Mujarrad (huquq al-mujaraddah) dan bukan mujarrad (huquq ghair almujaraddah) Hak mujarrad adalah hak yang semata-mata dan tidak meninggalkan apa-apa kesan jika ia digugurkan seperti kes hutang. 3. Antara contoh hak peribadi ialah hak yang dimiliki oleh pihak penjual dan pembeli dimana telah tetap untuk pembeli yang berada di bawah tanggungjawab penjual untuk menyerahkan barangan jualannya. Sekiranya pemilik hutang menggugurkan hutang terhadap sipiutang maka ia tidak akan memberi apa-apa baki atau bekas sedikitpun terhadap orang berhutang.3. apabila waris mangsa pembunuh memaafkan pembunuh diatas hak yang diberikan kepadanya maka ia memberi 105 . pakaian. Hak bukan mujarrad pula ialah hak yang apabila digugurkan ada meninggalkan kesan lain terhadap pengguguran kes tersebut seperti hukuman qisas. ii.4.4. Hak peribadi (Haq al-Syakhsi) Hak peribadi ialah hak yang telah ditetapkan menerusi kaedah syarak kepada individu terhadap orang lain. berpesra dan lain-lain sementara pihak bapa pula bertanggungjawab terhadap anak sudut nafkah. Hak Benda Ia merupakan hak seseorang sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak terhadap zat atau fizikal sesuatu benda sehingga ia dapat memiliki kekuasaan penuh menggunakannya atau menguruskan haknya itu. Begitu juga hak dan tanggungjawab peribadi suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.2 Hak Peribadi dan Hak Benda i. menyusu.3. Seperti hak menjadikan sesuatu barang miliknya sebagai cagaran terhadap hutang atau gadaian. 3.iaitu ibu sebagai pihak yang menjaga makan dan minum.

Walaupun sipemberi hutang gagal menunjukkan bahawa beliau ada memberi hutang kepada penghutang.4. siberhutang tetap akan dipertaanggunjawabkan dihadapan Allah untuk membayarnya. Kadeah Fiqh ada menyebut bahawa hakim membuat hukuman berdasarkan yang zahir (al-hakim yatawalla bi al-zawahir) tetapi Allah membuat hukuman dengan yang tersenbunyi (wallah yatawalla bi al-saraa ir) 3.2 Hak pengadilan (Haq al-Qadhaie) Hak pengadilan ialah segala hak yang berada di bawah kekuasaan pengadilan atau makkamah. hukum sesuatu hak 3. 3. 3.5 SUMBER ATAU SEBAB HAK (Masadir al-Haq aw asbabihi) 106 . Ia juga merupakan perkara yang lebih tertumpu kepada zahir. Seperti hak dibayar hutang. Walaupun hakim membebaskan penghutang kerana tiada bukti diberikan oleh sipemberi hutang tetapi jika beliau ada membuat hutang maka dari segi hak agama.4 HAK DARI SUDUT KUASA PENGADILAN Perbahasan hak dari segi kuasa pengadilan ini akan dibincangkan dari segi hak keagamaan dan hak pengadilan. Juga mengenai sumber dan sebab hak.4.4.kesan lain iaitu pembunuh tidak boleh dihukum bunuh lagi walaupun hokum asal ialah pembunuh dihukum bunuh. mendakwa dan membuktikan haknya di mahkamah atau hakim. Pemilik hak boleh menuntut.1 Hak Keagamaan Hak agama ialah segala hak yang tidak boleh dicampuri dengan kekuasaan pengadilan.4.4. Hakim dapat memainkan peranan dan menanganinya atau ia boleh dibuktikan.

107 . Oleh itu. Sebagai contohnya ialah: Segala akad dan kontrak j ual beli. Sebagai contohnya ialah: Syarak memerintahkan menunaikan sesuatu ibadat. syarak merupakan sumber asal segala hak yang terbentuk dan menerusi ketetapan syarak jugalah yang menjadi faktor dan penyebab seseorang memiliki hak.Jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa sumber serta sebab terbentuknya sesuatu hak ialah menerusi syarak. Perbuatan berfaedah seperti: Menjelaskan hutang orang lain dengan keizinannya. Di mana hakhak tersebut ditetapkan oleh syarak secara langsung tanpa sebarang sebab dan sejarah yang menyebabkan terbentuknya hak tersebut. di mana menerusi akad atau sebab perkahwinan tersebut menyebabkan berlaku atau terbentuknya hak. tegahan melakukan segala perkara haram dan maksiat serta pengharusan segala sumber dan benda yang baik dan berfaedah. iii. iaitu: i. Sebagai contohnya ialah: Berkenaan akad perkahwinan. Kadang kala pula syarak menetapkan sesuatu hak menerusi sesuatu faktor dan ada sebab seperti terdapat sebab yang menyebabkan terbentuknya sesuatu hak. Ulama Fiqh menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan sebab atau penyebab sebagaimana tersebut ialah segala sebab langsung yang muncul daripada syarak ataupun segala sebab yang diakui oleh syarak. Syarak Sebagai contohnya ialah: Segala ibadat yang ditetapkan oleh syarak. Namun begitu faktor dan terbentuknya sesuatu hak itu terjadi daiam dua keadaan. v. ii. seperti: Hak isteri mendapat nafkah daripada suaminya. Atas dasar tersebutlah ulama Fiqh menetapkan bahawa segala sumber hak ada lima. iv. Kadang kala syarak menetapkan sesuatu hak dengan cara langsung tanpa sebarang sebab atau tanpa apa-apa faktor pun. hibah juga wakaf yang berkaitan dengan pemindahan hak milik. iaitu: i. Akad . Perbuatan yang membentuk kemudaratan seperti: Memaksa seseorang supaya ganti rugi akibat kelalaiannya menggunakan hak milik seseorang. Keinginan peribadi : Sebagai contohnya ialah: Janji serta nazar. saling mewarisi antara pasangan suami steri dan lainnya. ii.

Konsep perlaksanaan dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Jika seseorang itu enggan menunaikan hak Allah yang berkaitan dengan harta.6. Ulamak Fiqh menjelaskan beberapa hukum tertentu yang ada hubungannya dengan hak iaitu: 1. maka hakim bertanggungjawab membuat hukuman tertentu bagi ia menunaikan haknya kepada Allah.6 HUKUM SESUATU HAK Hukum sesuatu hak ialah kesan yang lahir daripadanya setelah terbentuknya sesuatu hak kepada mereka yang berhak. maka terserahlah kepada Allah membuat balasan samada di dunia ini atau diakhirat nanti. seseorang itu hendaklah melaksanakannya selaras dengan ketetapan Allah sebagaimana keadaan biasa iaitu azimah atau keadaan pengecualian atau rukhsah.3. Pelaksaan hak 2.1 Perlaksanaan Hak Allah Bagi pelaksanaan Hak Allah yang berkaitan dengan perkara ibadat. Penjagaan hak 3. Pelaksanaan Hak Manusia 3. Perlaksanaan Hak Allah ii.1 Perlaksanaan Hak Pelaksanaan hak ada berkaitan dengan perlaksanaan dan tuntutan terhadap orang berhak agar melaksanakan hak tersebut dengan kaedah yang ditetapkan oleh syarak.1. iaitu: i. 108 . Jika seseorang itu enggan menunaikan hak Allak yang berkaitan dengan ibadat maka pemerintah (ulil amri) bolehlah mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan syarak supaya akhirnya seseorang itu menunaikan hak Allah dari segi ibadat.6. beliau masih enggan menunaikan hak Allah jua. Jika setelah dibuat tindakan.

adil keiika mengembalikan hak agar antara mereka saling beRPuas hati dan tidak merugikan mana-mana pihak. maka hakim akan memerintahan si A mengembalikan barang si B kerana hak memiliki ada pada si B dan si A dikenakan hukuman. Amal ma’ruf hendaklah dibuat dan mungkar hendaklah ditegah. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa.2 Pelaksanaan Hak Manusia Pelaksanaan Hak manusia dilakukan dengan memberikan hak kepada yang memiliki hak tersebut seperti apabila si A mencuri barang kepunyaan si B.1. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. Tuntutan ibadat kepada Allah hendaklah dipenuhi oleh manusia.2.3. Jika kemungkaran berlaku.1 Hak Dan Tanggungiawab Terhadap Allah Hak dan tanggunjawab kepada Allah adalah kewajipan setiap muslim. Apa yang paling penting berkenaan dengan perlaksanaan hak manusia menurut ulama Fiqh ialah bersifat sempurna. Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik[1345] Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Penjagaan hak tersebut ialah: 3.6. Selaras dengan firman Allah dalam Surah al-Syura :40 “40. 3.6.2 Penjagaan Hak Syariah Islam menetapkan bahawa setiap pemilik hak atau orang yang berhak supaya menjaga hak-hak mereka itu daripada sebarang bentuk penyelewengan atau pelanggaran terhadap hak tersebut. manusia perlu berusaha menghalangnya demi menjaga hak Allah. 109 .6.” [1345] yang dimaksud berbuat baik di sini ialah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.

kehorpatan.6. Sebagai contohnya.3.2. ia janganlah sampai menghalang cahaya atau angin sampai ke rumah jirannya. ia ditegah dalam Islam. Seseorang yang menyalahgunakan atau menggunakan hak miliknya secara sesuka hati tanpa memikirkan kesan baik dan buruk atau hingga membawa kemudaratan kepada orang lain. Bagi menjaga hak manusia pula wajib keatas setiap manusia menunaikan hak-hak manusia tersebut dari segi nyawa.7 PENGGUNAAN HAK HENDAKLAH SELARI DENGAN SYARAK Syar:iah Islarn menetapkan bahawa setiap hak tersebut dijaga dan digunakan ke arah perkara yang selari dengan dasar syarak sahaja. 3. Pemilik hak hendaklah menjaga hak mereka daripada disalahgunakan. 3. apabila seseorang membina rumah atau tembok di sekeliling rumahnya. Sebagai contoh. biarpun rumah itu dibina di atas tanah miliknya.1 Dalil Haram Salah Guna Hak 110 . harta dan lain-lain.2 Hak Manusia secara Khusus. Begitu juga seseorang yang menggunakan sesuatu hak bukan miliknya dan membawa kemudaratan juga dilarang oleh syarak. membahayakan dan merosakkan orang lain secara sengaja atau tidak. mereka perlu menjaganya daripada sebarang bentuk pembaziran atau kemusnahan kerana ia tidak dibenarkan oleh syarak. sama ada terhadap individu atau masyarakat. seseorang penyewa rumah yang mengambil faedah daripada rumah hingga merosakkan rumah tersebut dikenali dengan tindakan menyalahgunakan dan tindakan seseorang yang merampas barang orang lain dikenali dengan melampau. Pelanggaran hak manusia tersebut perlu dihukum oleh ulil amri.7.

Islam melarang keras akan penyalahgunaan hak. Terdapat banyak dalil atau nas yang menyentuh mengenai pengharaman segala salah guna hak yang ada atau tindakan yang membawa mudarat, antaranya ialah: a. Haram bagi seseorang suami menyalahgunakan hak harus merujuk kembali isterinya yang diceraikan talak satu atau dua untuk tujuan menzaliminya atau membalas dendam. 233. Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban ayah memberi makan dan Pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan Karena anaknya dan seorang ayah Karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan perpusyawaratan, Maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, Maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahawa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Baqarah 2:233) Allah menegaskan supaya pihak wali menegah atau menghalang mana-mana orang bodoh daripada membelanjakan hartanya sendiri. Kerana ia tidak tahu mengurus dan berbelanja secara boros atau membazir. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nisa'4:5 5. Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum Sempurna

akalnya[268], harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai asas kehidupan. berilah mereka belanja dan Pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik. [268] orang yang belum Sempurna akalnya ialah anak yatim yang belum balig atau orang dewasa yang tidak dapat mengatur harta bendanya. 3.7.2 Sebab Haram salah guna Hak

111

Ulama Fiqh menjelaskan bahawa sebab salah guna hak terbahagi kepada dua bentuk iaitu: a. Setiap orang yang memiliki hak tidak boleh sama sekali guna haknya sesuka hati dengan cara yang tidak betul iaitu menggunakan secara bebas dan berleluasa hingga menyebabkan membawa bahaya juga mudarat kepada orang lain. Oleh itu penggunaan hak hendaklah berdasarkan batasan syarak. Batasannya ialah tidak membawa sebarang kemudaratan kepada orang lain, sama ada individu atau masyarakat. Sebagai contohnya: Islam mengharamkan kegiatan sorok dan monopoli barangan ketika diperlukan walaupun barang tersebut menjadi hak penyorok barang tersebut. b. Penggunaan segala hak peribadi tidak boleh untuk kepentingan peribadi sematamata tanpa memikirkan hak masyarakat dan orang ramai. Ini adalah kerana harta dan kekayaan yang dimiliki oleh seseorang dikira sebahagian daripada harta milik orang ramai seperti kewajipan Zakat. 3.7.3 Kaedah Pencegahan Salahguna Hak Ulamak Fiqh menetapkan beberapa kaedah yang berkaitan dengan penggunaan hak serta untuk membendung salah guna hak. Antara kaedah tersebut ialah: a. Tujuan Membawa Kemudaratan Apa-apa tindakan yang bertujuan membawa kemudaratan adalah dilarang. Sekiranya seseorang menggunakan haknya itu menyebabkan membawa kemudaratan kepada orang lain maka ia termasuk dalam kaiegori penyalahgunaan hak yang diharamkan dalam syariah Islam. Sebagai contohnya ialah: Suami yang merujuk isieri dengan tujuan menzaliminya. Dengan itu bagi mereka yang melakukan tindakan salah guna atau sesuka hati tanpa memikirkan kesan baik buruknya boleh dikenakan hukuman ta’zir dan manamana yang patut oleh hakim. 112

b.

Tujuan Yang Tidak Disyariatkan

Seseorang yang melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak selari dengan syariah atau ia tidak disyariatkan serta tidak selari dengan kemaslahatan penggunaan hak. Ia hendaklah dicegah dan tindakan haram. Sebagai contoh seseorang yang mengadakan akad perkahwinan dengan isteri yang diceraikan tiga oleh suaminya tujuan tahlil (cina buta) iaitu bukan tujuan perkahwinan berkekalan untuk menghalalkan bekas suaminya rujuk semula. Ia diharamkan sebagaimana hadis daripada Abdullal Ibn Mas,ud ”Allah melaknak orang yang melakukan nikah tahlil dan yang memanfaatkannya.”

c. Kemudaratan Melebihi Kemaslahatan Jika sesuatu tindakan itu menyebabkan kemudaratan yang lebih besar ketika mana menggunakan hak untuk mendapat sesuatu kemaslahatan ia adalah dilarang. Oleh itu apabila seseorang pemilik hak yang menggunakan haknya demi mencapai sesuatu kemaslahatan berbentuk peribadi, namun begitu selepas itu ia menimbulkan kemudaratan yang besar terhadap pihak lain, ia perlu dicegah. Begitu juga, sekiranya tindakan yang dilakukannya itu sudut kemaslahatannya adalah bersamaan dengan kemudaratan, sama ada kemudaratan terhadap umum atau perseorangan, ia juga semestinya dihindari. Hal itu selaras dengan sebuah hadis riwayat Ibn Abbas ”(Islam itu) Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan.” Seterusnya antara bentuk dan contoh kemudaratan dan tindakan yang memudaratkan orang lain ialah:

113

i.

Contoh membawa kemudaratan kepada masyarakat dan umum seperti menjual senjata ketika berlaku fitnah dan rusuhan. Peniaga yang melakukan sorok barang ketika diperlukan, bertujuan untuk menaikkan harga dan monopoli. Pengharamannya sebagainana hadis daripada Ma'mar Ibn Abdullah al-Adwi: ” Tidah melakuhan sorok barang melainkan orang yang salah.”.

ii.

Contoh

kemudaratan

berbentuk

khusus

yang

bersamaan

dengan

kemaslahatan seperti seseorang pemilik rumah yang melakukan sesuatu yang membawa mudarat kepada jirannya. iii. Contoh kemudharatan yang kecil adalah seperti dahan asas dalam tanah milik seseorang yang menyebabkan terlindung angin sampai ke rumah jirannya. d. Bukan Tempatnya Dan Memudaratkan Orang Iaitu sesuatu tindakan dan penggunaan hak yang tidak pada tempatnva hingga menyebabkan timbulnya kemudharatan kepada orang lain. Ia juga merangkumi tindakan menggunakan hak yang tidak sesuai pada tempatnya dan bercanggah dengan adat kebiasaan dan akhirnya membawa kemudharatan kepada orang lain seperti menyewa rumah untuk kegunaan pusat hiburan dan judi. Sewa rumah asalnya harus tetapi tidak sesuai untuk dijadikan pusat hiburan dan pusat tersebut akhirnya memudaratkan orang lain. 3.7.4 Hukuman terhadap Salahguna Hak Salah guna hak atau menggunakan hak sewenang-wenang dikira sebagai perbuatan membawa kemudaratan dan ia adalah dilarang oleh Islam. Antara hukum serta kesan yang berkaitan dengarr perkara tersebut ialah:

114

a. Hukuman menghapuskan atau menghilangkan segala bentuk kemudaratan yang ditimbulkan secara berleluasa tersebut. Contohnya adalah sekiranya seseorang itu membina bangunan atau tembok yang mengakibatkan terlindung jirannya mendapat udara serta cahaya matahari maka hukumya ialah dirobohkan bangunan tersebut. b. Hukuman membayar ganti rugi atau pampasan terhadap kemudaratan yang terbentuk ekoran salah guna hak yang membabitkan nyawa, harta atau anggota fizikal c. Hukuman membatalkan segala tindakan yang disalahgunakan tersebut. Contohnya ialah: Membatalkan nikah tahlil. d. Hukuman menegah serta menahan seseorang daripada menggunakan haknya secara berleluasa atau sewenang-wenang. Seperti menghalang seseorang suami membawa isterinya berpusafir, kiranya musafir tersebut bertujuan untuk memudaratkan isterinya. e. Hukuman mengenakan tindakan atau hukuman ta'zir' Sebagai contohnya: Mengenakan dakwaan terhadap para pegawai yang menyalahgunakan kuasa mereka. f. Hukuman mengenakan tindakan paksaan seperti memaksa para peniaga yang melakukan sorok barangan supaya menjual barangan mereka. 3.8 PEMINDAHAN DAN BERAKHIR HAK Sesuatu hak itu harus dipindahkan serta berpindah daripada seseorang individu kepada individu tertentu selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Syariah Islam. Pemindahan tersebut boleh berlaku sama ada hak berbentuk harta dan bukan harta. 3.8.1 Pemindahan Hak

Sebab-sebab berpindah hak adalah apabila berlakunya perkara berikut:

115

a. Perpindahan kerana akad seperti perpindahan hak dan pemindahan hak pemilikan harta dalam urusan jual beli berlaku antara pihak penjual kepada pihak pembeli. b. Perpindahan hak yang berlaku sebelah pihak seperti hak hutang di mana ia berpindah daripada tanggungjawab sipiutang kepada harta peninggalannya dengan sebab kematiannya. c. Perpindahan hak yang berlaku menerusi kaedah pemindahan hutang d. Sebab kematian seperti Hak mengurus terhadap kanak-kanak. Di mana ia akan berpindah daripada bapa kepada datuk dengan sebab kematian bapa. Begitu juga hak hadanah terhadap kanak-kanak, di mana ia berpindah daripada pihak ibu kepada nenek sebelah ibu apabila ibu kepada kanak-kanak tersebut telah berkahwin dengan lelaki bukan mahram kepada kanak-kanak tersebut. Sebagai rumusannya, pemindahan itu boleh berlaku dan diharuskan oleh syarakjika ia berlangsung selaras dengan dasar syariah. sebagai contohnya ialah: Berkenaan dengan waksiat dan hibah, di mana hak yang dipindahkan itu tidak melebihi yang daripada harta. Begitu juga dalam melakukan akad hendaklah dengan memenuhi rukun serta syaratnya. 3.8.2 Berakhirnya Sesuatu Hak Ulama Fiqh telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor serta sebab tertentu menyebabkan berakhir sesuatu hak selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Syariah Islam. Cuma bentuk dan cara berakhir sesuatu hak itu berbeza sudut jenis hak, antaranya ialah: a. Hak-hak yang berkaitan dengan akad perkahwinan akan berakhir apabila berlaku perceraian atau talak. b. Hak yang berkenaan dengan pemilikan akan tamat apabila berlaku proses akad jual beli

116

Bincangkan definisi hak mengikut perspektif Fiqh Islam 2.6.2.5.5. Huraikan sumber dan sebab hak 5.1 Gila 4. Apakah rukuk-rukun hak 3.5.1 Ahliyah al-Ada’ al-Naqisah 4. Hak mengambil manfaat akan berakhir apabila terbatal akad sewa menyewa atau tamat tempohnya atau dengan sebab harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan lagi seperti rumah yang disewakan terbakar.2 Ahliyah al-Ada’al-Kamilah 4.1.1. d. 9. Apakah hukum menyalahgunaan hak serta bincangkan dalil dan sebab 6.1.6.5.c.17 SOALAN LATIHAN 1.1.2 Terencat Akal 117 .1 PENGENALAN 4.1 Ahliyah al-Wujub al-Naqisah 4. Bincangkan proses perpindahan hak dan berakhirnya sesuatu hak BAB 4 Teori Akad 4. Hak memberi nafkah yang diwajibkan terhadap bapa kepada anak-anak berakhir apabila anak-anak tersebut mampu berdikari dan berusaha mencari rezeki sendiri.5.5.1 Halangan Samawi 4.5 KELAYAKAN AHLI BERKONTRAK 4.4 MAJLIS AKAD (KONTRAK) 4.2 Ahliyah al-Ada’ 4.6.2 Ahliyah al-Wujub al-Kamilah 4.2.6 HALANGAN KEAHLIAN 4. Huraikan jenis-jenis hak mengikut beberapa segi 4.2 DEFINISI AKAD (KONTRAK) 4.3 RUKUN AKAD JUAL BELI 4.1 Ahliyah al-wujub 4.

7.3 Khiyar 4.1.1.2.4 Tidur atau Pengsan 4.2.1 Khiyar Syarat 4. Menghubungkaitkan keahlian berkontrak dan halangan-halangan kontrak 4. Menjelaskan konsep khiyar dan tujuannya .2 Jenis Khiyar 4.2 Khiyar Ta’yin 4.8.3 Lupa 4.6.6.4.1.2.2.7.2 Halangan Bukan Samawi 4. 5.4 Mabuk 4.1. PENGENALAN 118 .6.1 Kejahilan 4.7. anda seharusnya boleh: 1.3 Khiyar Ru’yah 4.6.6.8 PENAMATAN KONTRAK 4. Menjelaskan rukun-dan srayat-syarat akad 3.4 Kontrak tidak terlaksana 4.6.1 Definisi Khiyar 4.8.1.2.7 KHIYAR DALAM KONTRAK 4.7.1 Sebab-sebab Penamatan 4.5 Sakit tenat 4.8.8. 2.5 Paksaan 4.5 Tempoh tercapai BAB 4 TEORI AKAD OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini.6.1 Fasakh 4.2.6.4 Khiyar Aib 4.2 Rosak 4.2 Tersalah 4.1.2.6 Mati 4.7.7.1.2.1. Menghuraikan konsep akad dalam Islam .6.3 Bodoh 4.1.8.8.1. Mengenal pasti sebab-sebab penamatan kontrak 4.2.6.

Tanpa akad. Untuk menjadikan sesuatu jual beli itu sah dari segi hukum syariah. Ia menjadi tanda berpulanya ikatan kontrak di antara dua pihak yang terlibat.w. Tanda adanya kerelaan di antara kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul.T sekiranya dilaksanakan dengan niat yang baik dan bertepatan dengan peraturan Syariat Islam.w. Dalil yang menunjukkan adanya peraturan ini ialah: 1.a. Kerelaan itulah akhirnya menjadi faktor pengikat di antara kedua pihak yang terlibat. Islam amat mengambil berat tentang akad atau kontrak kerana ia menjadi simbol ataupun tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Firman Allah S.Perniagaan adalah satu bidang pekerjaan yang digalakkan oleh agama Islam. dilakukan rela sama rela di antara kamu." ( Surah an-Nisa': 28 ) 2. Sabda Rasulullah s. Menjalankan perniagaan dikira suatu amalan soleh iaitu mendapat pahala di sisi Allah S.a.W. Rasulullah s.T yang bermaksud: "Melainkan yang halal (kamu makan).a. rukun dan syarat-syarat jual beli tersebut hendaklah dipenuhi sepenuhnya. beliau bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh beRPisah kecuali setelah adanya kerelaan diantara keduanya. Rukun adalah perkara-perkara asasi bagi wujudnya sesuatu amalan atau perbuatan manakala syarat pula ialah sifat-sifat yang menentukan sah atau tidaknya sesuatu amalan atau perbuatan. dan para sahabatnya merupakan para peniaga yang mashyur di zaman dahulu." (Riwayat Abu Daud dan Tarpizi) 119 . Di antara peraturan syariat Islam yang penting dalam perniagaan ialah adanya rukun dan syarat jual beli. Mereka hendaklah memenuhi hak dan melaksanakan tanggungjawab tersebut.W. yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r. bahawa harta benda perniagaan itu. kontrak atau ikatan yang sah diantara kedua belah pihak dianggap tidak berlaku. Apabila sesuatu kontrak telah berlaku maka kedua pihak yang terlibat akan mempunyai hak dan tanggungjawab.a dari Nabi s.w.

kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Tanda adanya kerelaan diantara kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul. Sabda Rasulullah s. “Hai orang-orang yang beriman. Dengan adanya masjlis akad.w.” Para sarjana bersepakat menyatakan bahawa lafaz akad (perjanjian atau kontrak) adalah perkataan yang bersifat umum.2 DEFINISI AKAD/ KONTRAK Islam tidak mengharamkan sebarang bentuk urus niaga yang berasaskan jual beli yang mempunyai persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak (mutual consent). dan janganlah kamu membunuh dirimu . meliputi semua bentuk perjanjian antara manusia. Ini 120 . Ini adalah sesuai dengan perintah Allah dalam surah al-Nisa’: 29.a.) Tujuan syariat Islam mengadakan akad ialah untuk melahirkan dan menjelaskan kerelaan di antara kedua belah pihak yang melakukan kontrak berkenaan serta bersedia menerima implikasinya." (Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Majah. terjadilah secara rasmi satu ikatan kontrak yang sah diantara kedua pihak yang terlibat. Kerelaan berkontrak dalam muamalah tersebut dijelmakan dalam akad kontrak.3. Implikasi kontrak ialah sesuatu yang mengikat di antara kedua pihak yang terlibat berdasarkan apa yang dikontrakkan. Ikatan ini akan memberi perlindungan dan jaminan kepada pihak yang terlibat. Oleh yang demikian setiap perkataan atau tulisan atau isyarat yang digunakan hendaklah memberi faham bahawa jual beli berkenaan telah dilaksanakan seperti dengan adanya majlis Akad atau dengan menggunakan perkataan "saya jual" atau "saya beli" dan perkataan yang seumpamanya yang mempunyai erti jual beli. 4. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. yang bermaksud: "Jual beli itu dikira sah selepas adanya kerelaan.

(Muhammad ‘Uthman Syabir (1996)16-17.” (al-Nisa’:33) b. alSyarbini. janji (al-‘Ahdu) seperti firman Allah: dan sempurnakanlah janji kamu dengan kontrak (al-‘aqd) seperti firman Allah: “ wahai orang-orang yang beriman.1998:35) 4. Para sarja hukum juga berpendapatt bahawa setiap urusniaga yang berasaskan kontrak al-bay’ adalah harus. maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. ku supoaya aku sempurkan janjiku pada mu. Ini adalah kerana apabila adanya Ijab dan Qabul di dalam sesuatu urusan . Oleh itu semua jenis akad dan syarat yang dipersetujui diantara pihak-pihak yang terlibat adalah diharuskan melainkan jika terdapat larangan secara jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ibn Qudamah (1999): 112.” (al-Maidah: 1) Manakala dari segi istilah syarak atau perundangan Islam pula Aqad ialah suatu ikatan atau persetujuan yang berlaku di antara pihak pertama dan pihak kedua melalui ijab dan Qabul dimana ia akan melahirkan kesan undang-undang dan hak pada kontrak berkenaan. Justeru. ikatan (al-Rabtu) atau simpulan (al-‘aqdu) seperti mana Allah berfirman: “Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia mereka.beerti secara jelas bahawa manusia bebas untuk meletakkan apa-apa syarat dalam urusniaga mereka kecuali jika syarat itu membawa kepada ketidakadilan. Akad juga boleh didefinisikan sebagai persetujuan dua kehendak untuk melahirkan kesan undang-undang.” (Al-baqarah: 40) tepatilah kontrak-kontrak kamu. ketidaktelusan ataupun melanggar prinsip-prnsip syariah yang jelas iaitu batil. Ia merupakan perbuatan untuk mengikat satu persetujuan. maka berpulalah satu kontrak di antara kedua pihak.. Di dalam urusan perniagaan masa kini ia boleh dianggap sebagai satu kontrak atau perjanjian jual beli. c.3 RUKUN AKAD JUAL BELI 121 . mana-mana syarat yang terletak antara penjual dan pembeli adalah Sah. Definisi Aqad dari segi bahasa Arab ialah: a. Pada asasnya akad-akad dan syarat-syarat dalam mu’amalat adalah harus.

Pembeli Barang yang dijual. Ia juga bermaksud kontrak fasid atau batal. Jual beli yang tidak sempurna rukun adalah dianggap tidak sah atau terbatal dengan sendirinya. baligh iaitu tidak kanak-kanak dan rusd atau pintar. imam Ibn Qudamah. Sesuatu jual beli hanya dianggap sah atau diperakui oleh hukum syarak hanya apabila semua rukun-rukunnya ada dengan sempurna. Rukun-rukun jual beli ialah : a) b) c) d) e) Penjual. Mereka juga bukanlah tergolong dikalangan orang yang disekat dari menjalankan urusan muamalah seperti muflis dan safih. Dua pihak yang berakad iaitu Penjual dan Pembeli. Perkara ini telah dijelaskan oleh imam-imam seperi imam al-Buhuti didalam kitabnya Kasyf al-Qina’ ’an Matn al-Iqna’. tidak sahih atau batal di sisi syarak. sighah dan perkara yang di akad (ma’qudun ‘alaihi). al-Bujayrimi di dalam kitabnya Hasyiyah alBujayrimi ‘Ala al-Khatib. Jumhur fuqaha’ berpendapatt bahawa rukun jual beli terdiri daripada tiga rukun iaitu pihak yang berakad (‘aqidayn). Shafi’I dan Hanbali). Imam al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj. Akad jual beli yang tidak memenuhi rukun adalah fasid.Urusniaga jual beli tertakluk kepada rukun jual beli yang ditetapkan. (Wahbah al-Zuhayli. Harga Sighah (Ijab dan qabul) Rukun-rukun jual beli ialah: 1. Kontrak tidak sahih ialah kontrak yang cacat salah satu rukun atau syaratnya. kedua-dua pihak penjual dan pembeli disyaratkan terdiri daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan. Maliki. Ibn Humam dan lain-lain. Di dalam perspektif Islam. 1995: 462). Golongan yang boleh dipertanggungjawabkan ialah mereka yang sempurna akal fikiran iaitu tidak gila atau separuh gila. Urusniaga penjual dan pembeli juga hendaklah dibuat secara sukarela 122 . Mengikut Jumhur Ulamak (Mazhab Hanafi.

.. (Al-Buhuti (1982). op. tidak bodoh. rusyd dan tiada paksaan dalam urusniaga. (1983). tidak ada unsur-unsur paksaan ke atas kedua-dua pihak yang berakad. Namun begitu jual beli kanak-kanak yang mumayyiz masih dikira sah sekiranya mendapat kebenaran daripada wali mereka. hilang akal dan mabuk tidak sah akadnya.cit. penjual dan pembeli perlu mencapai tahap mumayyiz iaitu orang yang mencapai tahap boleh membezakan sesuatu yang baik atau buruk. pihak-pihak yang berakad mestilah orang yang mukallaf. (al-Syarbini (1998). Kaherah: Dar Fikr al-Islamiy. berakal. 13.) Menurut Mazhab Maliki. (Muhammad b. Akad ini juga dianggap sah jika dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz. Fiqh al-Muamalah ‘Ala Madhab al-Imam Malik. Ahmad al-Maltawi. Penjual dan pembeli perlu mumayyiz.cit. Jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah kerana ketiadaan ahliyah tasarruf.) 123 . h 10) Menurut Mazhab Hanafi dan Hambali. 151. cerdik. mempunyai pemilikan sempurna ke atas perkara yang diakadkan. h. op. Jual beli yang dipaksa adalah tidak sah. Bagaimanapun orang gila. ahli tasarruf (keahlian untuk menguruskan harta). Dengan itu. jual beli yang dilakukan oleh kanakkanak tidak sah walaupun sudah mencapai tahap mumayyiz kerana dia bukan daripada golongan al-rusyd (orang cerdik). cerdik. h. Mazhab Syafie dan Hambali mensyaratkan al-rusyd (cerdik) terhadap penjual dan pembeli iaitu mahir mengurus harta. mempunyai kuasa pemilikan keatas perkara yang diakadkan dan reda-meredai antara satu sama lain.tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak tertentu. Fuqaha’ menetapkan bahawa penjual dan pembeli hendaklah terdiri daripada orang iaitu baligh.

bodoh dan sakit tenat yang boleh membawa maut.: 27) Menurut Mazhab Maliki. maka akadnya tidak sah meskipun diizinkan oleh walinya. mempunyai kuasa pemilikan ke atas perkara yang diakadkan atau mempunyai hak selaku wakil atau wasi atau kerabat. 1981: 23). h 10) Akad yang dimeterai itu juga tidak mengandungi unsur-unsur paksaan dan tidak ada perkara-perkara yang menjadi halangan sesuatu akad itu dilakukan seperti muflis. Akad ini juga dianggap sah jika dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz.cit. t. adalah sah dan berkuatkuasa. hamba.t). Sebaliknya jika perkara yang diakadkan itu bernilai besar atau banyak. (Ibn Qudamah.. Mengikut Mazhab Hanbali. cerdik. mabuk. Muhammad al-Bujayrimi . gila. hilang akal. mempunyai pemilikan sempurna ke atas perkara yang diakadkan. h.cit. tidak ada unsur-unsur paksaan ke atas kedua-dua pihak yang berakad.t. pihak-pihak yang berakad mestilah orang yang mukallaf. Bagaimanapun 124 . orang buta dan kanak-kanak sekalipun sudah mumayyiz (al-Syarbini. maka akad yang dilakukan oleh kanak-kanak meskipun belum mumayyiz adalah sah. (Ibn Humam (t. Mengikut mazhab Shafi’i.. op. jual beli yang dilakukan oleh kanakkanak tidak sah walaupun sudah mencapai tahap mumayyiz kerana dia bukan daripada golongan al-rusyd (orang cerdik). Terdapat empat kategori orang yang tidak sah akadnya iaitu orang gila. Oleh itu kanak-kanak yang sudah mumayyiz boleh melakukan akad dengan syarat ia mengetahui kaedah dan tata cara jual beli. tidak sah akadnya jika ia belum mumayyiz. (al-Syarbini (1998). 1986: 7: ‘Umar b.Fuqaha’ Mazhab Hanafi juga menganggap akad kanak-kanak yang sudah mumayyiz. Dengan itu. op. tidak bodoh. Bagi kanak-kanak. jika perkara yang diakadkan itu jumlahnya kecil atau sedikit. kanak-kanak yang mumayyiz tidak sah akadnya kecuali dengan izin daripada walinya. 74) Mazhab Syafie dan Hambali mensyaratkan al-rusyd (cerdik) terhadap penjual dan pembeli iaitu mahir mengurus harta.

Jual beli barang ma’dum adalah tidak sah kerana terdapat unsur gharar. 1983 :13) Fuqaha’ Mazhab Hanafi juga menganggap akad kanak-kanak yang sudah mumayyiz. op.. Tidak sah jual beli barangan najis dan yang diharamkan syarak. milik penuh pembiayaan. 1987: 74) 2. Jual beli barangan ma’dum seperti menjual buah-buahan yang belum berbuah. Harta dan harga adalah dua perkara yang mesti dinyatakan dalam sesuatu akad. op. al-Syarbini (t. h.cit. jenis dan kuantiti barangan yang jelas. (al-Syarbini. 35.t). Harta yang diakadkan hendaklah terdiri daripada jenis barangan yang berpanfaat menurut syarak. 111. Subjek akad iaitu barang dan harga perlu wujud semasa akad dijalankan kerana tidak sah jual beli barang yang ma’dum (tiada). (al-Syarbini. Kaherah: Syarikah Maktabah wa matba’ah al-Babi al-halabi wa Awladih. 1986: 7) Subjek akad hendaklah terdiri daripada harta yang bernilai dan berpanafaat pada pandangan syarak. Hamzah al-Ramli (1988). Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Harta atau barang dan harga. 61. Abi al-‘Abbas Ahmad b. adalah sah dan berkuatkuasa.. hilang akal dan mabuk tidak sah akadnya. al-Dusuqi (1984). Mata wang adalah benda yang berpanfaat. 28. h. Harta adalah benda yang dijual dan harga ialah balasan yang mesti ditunaikan oleh pembeli. tanaman yang belum masak dan anak lembu dalam kandungan adalah tidak sah tetapi dibenarkan kepada bay’ al-salam kerana telah ditentukan sifat. h. h.cit. Syams al-Din Muhammad b.orang gila. op. mempunyai kuasa pemilikan ke atas perkara yang diakadkan atau mempunyai hak selaku wakil atau wasi atau kerabat. Lihat al-Kasani (1998). op. boleh diserahkan dan diketahui oleh pihak yang berakad..cit. 137. h. al-Zuhaily (1989). (Ibn Humam. 8 Juz. ia sah di jual beli. Ahmad alMaaltawi.. 1998: 15-16) 125 . op. Ibn ‘Abidin (1978). h. (Muhammad b.cit. 326. Oleh itu kanak-kanak yang sudah mumayyiz boleh melakukan akad dengan syarat ia mengetahui kaedah dan tata cara jual beli..cit.

Ia dianggap seperti jual beli barangan ma’dum yang diharamkan. ii. Masa yang terbaik bagi serahan ialah selepas sahaja kontrak jual beli berlaku. sifat dan jenisnya. 126 . boleh diserahkan Jika salah satu pihak tidak dapat menyerahkan barang yang dijual maka kontrak jual beli itu menjadi tidak sah. Setiap penjual dan pembeli mesti mengetahui secara jelas tentang subjek akad dari segi jenis. Huraian mengenai khiyar akan dibincangkan selepas ini. Barang tersebut juga hendaklah terdiri daripada barangan yang halal dan suci di sisi syariat. (al-Buhuti. iv. harta yang bernilai. wujud semasa jual beli. Ia tidak berubah seperti apa yang disebut dalam kontrak atau pengetahuan pembeli apabila proses penyerahan dilakukan. Islam melarang menjual beli hak milik orang lain tanpa kebenaran namun begitu jual beli secara wakil adalah dibenarkan. Penjual dan pembeli mestilah memiliki subjek akad secara sah. diketahui kuantiti. Subjek akad yang dimiliki melalui pencurian atau rampasan menyebabkan jual beli menjadi tidak sah. kuantiti dan sifat supaya tidak timbul gharar dalam urusniaga Barang yang djual disyaratkan mesti wujud dan diada atau benar-benar wujud. iii. milikan yang sah. Apabila sesuatu perubahan yang berlaku seperti yang disebut didalam kontrak. Khiyar adalah hak pembatalan yang diberikan oleh syarak kepada pembeli apabila terdapat sesuatu sebab khiyar yang diterima syarak. Barang tersebut disyaratkan pula boleh diserahkan kepada pembeli atau pihak kontrak yang terlibat pada masa yang ditetapkan. 1998: h 162) v. pihak pembeli diberikan hak untuk khiyar.Perkara yang di akad (Ma’qudun alahi) adalah subjek akad iaitu barang yang dijual dan harga yang diterima. Ia dimiliki secara sah oleh penjual atau pihak yang berkontrak. Syarat-syarat Ma’qudun alahi adalah i.

Sighah ialah lafaz jual dan beli yang keluar daripada penjual dan pembeli sebagai tanda persetujuan dan keredaan mereka untuk mengikat kontrak. Mazhab Hambali berpendapatt 127 . kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. daging babi tidak boleh dijadikan balasan. 3. Bentuk bayaran juga hendaklah dijelaskan bersama harga samada secara tunai. Arak. Ini adalah untuk mempastikan keadilan dan kebenaran dilaksanakan. Lafaz yang keluar daripada penjual dipanggil ijab (penawaran) manakala lafaz penerimaan daripada pembeli dipanggil qabul (penerimaan). Keredaan merupakan syarat sah jual beli yang digambarkan melalui firman Allah swt di dalam surah al-Nisa’:29. cek tertangguh. Sighah akad (ijab dan qabul). Sebarang penipuan harga barang adalah dilarang oleh Islam. Ia mesti dijelaskan dalam bentuk jenis matawang atau sesuatu nilai yang menjadi persetujuan bersama. Sighah adalah dua lafaz akad (ijab dan qabul) perjanjian jual beli yang diucapkan oleh penjual dan pembeli. kad kredit dan sebagainya.” Al-Nisa’: 29 Ayat tersebut menjelaskan keperluan sighah sebagai tanda kerelaan dalam apa jua kontrak jual beli termasuk dalam urusan pertukaran wang.Dalam Syariah. kontrak hanya dilakukan apabila satu pihak menawarkan sesuatu kepada pihak lain dengan balasan tertentu dan pihak satu lagi menerimanya kecuali dalam kontrak al-Tabaruat. Harga jual beli yang dijalankan oleh pihak yang terlibat disyaratkan disebut semasa berlakunya akad. Balasan selalunya diadakan dalam bentuk harga. dan janganlah kamu membunuh dirimu. hutang. “Hai orang-orang yang beriman. Namun Mazhab Hanafi berpendapatt bahawa lafaz boleh berbagai cara asalkan ia yang pertama keluar dipanggil ijab dan lafaz persetujuan selepasnya dipanggil qabul. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Sesuatu yang dijadikan balasan hendaklah barang yang sah dari segi syarak seperti duit atau benda– benda yang berpanfaat yang lain.. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. najis. Islam menghendaki supaya transaksi jual beli diberikansecara jelas di dalam akad.

Lafaz Sighah boleh juga berlaku dalam perbuatan yang menunjukkan adanya ijab dan Qabul. iii. Yang ditekankan ialah penerimaan boleh dilakukan walaupun selepas bebarapa waktu asalkan mereka masih berada dalam majlis akad. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. iv. al-Zuhaily. 1987): 8. Jika tawaran dan penerimaan tidak dilakukan secara serta merta. h. Syarat ini bermaksud tawaran dan penerimaan hendaklah dibuat dalam majlis akad yang sama dan tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. 7074. maka akad tidak berkuatkuasa. (Faizah Hj Ismail (1995). Mereka tidak menentukan jarak masa antara tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan penerimaan yang dibuat oleh pihak kedua. 1986: 137) . Shams al-Din al-Dusuqi. 1989: 111) Sighah mempunyai syarat berikut iaitu: i..) 128 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. ( al-Sharbini. op. (Ibn ‘Abidin. Lihat al-Buhuti (1982). Tujuan syarat ini ialah supaya keduaduanya mempunyai objektif yang sama.bahawa lafaz sighah boleh berlaku dalam apa cara sekali pun asalkan ia menunjukkan jual beli berlaku. Asas-asas Muamalat Islam. Fuqaha’ Shafi’i berpendapatt penerimaan adalah dianggap bersambung apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat tanpa diselangi oleh perbicaraan yang tiada kaitan dengan akad.cit. Menurut jumhur Fuqaha’. yang dimaksudkan dengan bersambung tawaran dan penerimaan ialah akad itu dilakukan dalam majlis yang sama. Setiap Ijab dan Qabul mestilah menggambarkan secara jelas kehendak pihak yang melakukan akad tersebut. al-Ramli . ii. 1984: 3). h. Setiap pihak yang berakad memahami kehendak pihak yang satu lagi. 1987: 6.148-149 Ijab ialah lafaz pernyataan pertama yang diucapkan oleh penjual dan qabul ialah lafaz pernyataan penerimaan untuk berakad yang diucapkan oleh pihak pembeli. Qabul mestilah bersesuaian dengan ijab.

Hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Ia adalah cakapan pertama yang keluar daripada salah satu pihak yang berkontrak. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman. Penawaran dan penerimaan boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu: i. Walaupun sah dibuat secara lisan tetapi Islam menggalakkan akad tersebut direkod secara tulisan. Janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarnya maka hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan apa yang hendak ditulis. Dalam keadaan kedua-dua pihak berdiam diri tanpa melakukan dengan tiga cara tersebut. Hendaklah ia bertaqwa kepada Allah. Walaubagaimanapun. Penerimaan pula merupakan peringkat kedua dalam membuat kontrak. perbuatan (al-mu’atah) dam isyarat.Selain daripada perkataan yang terang dan difahami dalam melakukan akad atau apa yang biasa disebut sebagai komunikasi akad. Dengan itu penawaran boleh dengan empat cara tadi dan hanya penerimaan sahaja boleh secara berdiaam diri dalam keadaan tertentu yang menjelaskan ia menerima Mazhab Hanafi berpendapatt rukun jual beli hanya terdiri daripada sighah kerana dua rukun yang lain bagi mereka dianggap sebagai syarat sah jual beli. Ia juga bermaksud apa yang lahir dari pihak pertama atau penjual sama ada ia diucapkan terlebih dahulu atau terkemudian walaupun secara lazimnya Ijab itu mestilah yang terawal kemudian baru diikuti dengan Qabul. (al-Kasani. Ia menunjukkan adanya kerelaan dalam penawaran yang dibuat itu. maka hendaklah kamu menuliskannya. Dilakukan secara lisan (bil Kalam). Ijab dan Qabul jenis ini hendaklah dilakukan dalam satu majlis. al-Sanhuri berpendapatt cara ini tidak boleh dilakukan oleh pihak yang membuat tawaran kerana tawaran tidak boleh difahami dengan cara berdiam diri semata-mata. apabila kamu berpuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang tertentu. perbezaan ini hanya berbentuk pengkelasan sahaja dan tidak mengubah kewajipan penjual dan pembeli memenuhi rukun-rukun al-sarf supaya sah pada pandangan syarak. janganlah ia mengurangi sedikitpun 129 . 1998: 318) Ijab (tawaran) merupakan peringkat pertama dalam membuat kontrak. ia boleh juga dilakukan secara tulisan (surat).

Dan persaksikanlah dengan dua saksi dari orang lelaki di antara kamu. Dan hendaklah kamu tulis dalam urusan muamalah itu kecuali kepada urusniaga yang tunai di antara kamu maka tiada dosa jika kamu tidak menulisnya (urusniaga tunai). Janganlah kamu jemu menulis hutang itu samada kecil atau besar jumlahnya apabila sampai masanya. Ijab dan Qabul boleh dibuat melalui isyarat dan gerakan tangan terutamanya jika orang yang membuat ijab itu bisu dan tuli atau penerima tidak faham bahawa seseorang 130 . iv. Janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan.dari hutangnya. Allah mengajar kamu dan Allah maha mengetahui atas segala sesuatu. iii. Ijab dan qabul boleh dibuat melalui pesanan yang dihantar melalui seseorang wakil yang dipercayai. Ijab ini berkuatkuasa sebaik sahaja surat itu meninggalkan orang yang membuat tawaran dan sah sehingga diterima oleh penerimanya. Takutlah kepada Allah. Yang demikian itu adalah lebih adil di sisi Allah dan lebih kuat persaksian serta lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguan. penerimaan itu menjadi sah. Jika kamu (Penulis dan saksi) menyulitkan urusan jualbeli maka itu adalah satu kefasikan dalam diri mu. Jika tiada dua orang saksi lelaki maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu redai supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaannya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkannya maka hendaklah walinya mengimlakkannya dengan jujur. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli. Syafie dan Hambali berpendapatt bahawa tawaran mesti dibuat oleh tuan punya harta dengan harga yang ditetapkan tetapi Ulama Hanafi berpendapatt bahawa tawaran itu boleh dibuat oleh salah satu daripada dua pihak tersebut. Ulama Maliki.“ (Surah al-Baqarah: 282 ) ii. Bagi mereka yang tidak diragui kejujurannya dan tawaran itu diterima. Ijab dan Qabul boleh dilakkukan secara bertulis (bil Kitabah). Tawaran mesti dijawab dengan segera.

Kedua-dua pihak pembuat tawaran dan penerima hendaklah berada di dalam satu majlis. v.membuat tawaran. Untuk terjadinya hubungan antara Qabul dan Ijab ini terdapat tiga syarat yang perlu dilaksanakan iaitu: i. Sekiranya tawaran yang diberikan tidak terus diterima oleh pihak kedua dalam majlis tersebut maka tawaran tersebut dikira tamat kecuali disebut tempoh tawarannya. 4. Imam Hanafi berpendapatt yang dimaksudkan Ijab dan Qabul mestilah bersatu majlis ialah bersatu masa atau waktu dimana kedua dua pihak berurusan membentuk kontrak. Ijab dan qabul boleh dibuat secara perbuatan. Majlis Kontrak ialah keadaan atau tempat dimana kedua-dua pihak yang berkontrak membuat akad atau kontrak. kad ATM dan lain-lain. Ia dilakukan di dalam Majlis Kontrak atau keadaan yang boleh diakui sahnya kontrak. 131 . Dalam kontrak yang dibuat melalui surat umpamanya hendaklah ditentukan tempoh tawaran tersebut dan apa-apa yang berkaitan dengan jelas. Tawaran yang dibuat melalui hantarserah barangan adalah sah terutamanya akad jual beli bagi barangan murah dan tidak mudah berlaku penipuan seperti menggunakan mesin jualan minuman. Janganlah ada sesuatu yang menunjukan keengganan daripada salah satu pihak yang berkontrak. Ulama Maliki berpendapatt bahawa tawaran secara isyarat adalah sah hukumnya walaupun dibuat oleh orang yang tidak cacat kerana apa yang penting ialah orang yang membuat tawaran hendaklah memaklumkan tentang tawaran itu kepada pihak kedua dan pihak kedua pula faham akan isyarat tersebut. ii.4 MAJLIS KONTRAK. Ia tidak boleh dibuat dalam majlis yang berlainan.( MAJLIS AL-AQDU) Sesuatu kontrak muamalat itu dikira berlaku apabila terdapat dua pihak atau lebih menjalankan kontrak. iii. Sebab Ijab tidak dikira sebahagian daripada kontrak jika tiada perhubungan terus antaranya dengan Qabul.

4. 4. Namun begitu.2 Baligh dan Berakal Apabila seseorang itu baligh maka syariah muali ditetapkan terhadapnya tahap ahli al-wujub al-kamilah (anggota wajib yang semppurna). 4.5 KELAYAKAN PIHAK YANG BERKONTRAK (AL-AHLIYYAH) Al-ahliyyah dari segi bahasa ialah Kemampuan.5. Ulamak Fiqh menbahagikan keahlian (al-ahliyyah) kepada dua iaitu 132 .1.iv. Begitu juga. ia cuma atas dasar didikan sahaja. Pada masa tersebut biarpun ia berakal. Secara umumnya ia adalah pihak yang layak memikul tanggungjawab serta mukallaf. Apa yang ditetapkan terhadapnya oleh fiqh hanyalah ahliyah al-wujub al kamilah. Setiap mukallaf yang melaksanakan akad hendaklah mempunyai keahlian dengan kelayakkan dibebani dan kelayakkan membuat pilihan melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan. juga tiada hukuman sudut badan. Menurut istilah syarak pula al-ahliyyah bermaksud Kelayakan atau layak untuk menanggung hak orang lain dan juga menerima hak terhadap orang lain serta melaksanakannya. iaitu seperti pada zaman bayi belum mumayyiz.5. namun masih dikira singkat. cuma bezanya keadaanya lebih baik daripada bayi. segala perkataan dan perbuatannya tidak diambil kira. Pada waktu itu sudah ditetapkan terhadapnya ahliah al-ada' al naqisah seperti: Dituntut melaksanakan segala ibadat. Mumayyiz Hingga Baligh Peringkat ini ialah masa seseorang insan mencapai usia mumayyiz hingga baligh. Ia juga dikenakan keatasnya bebanan syarak serta diperaku sah segala pelaksanaan dan kewajipannya. kerana belum baligh. Janganlah orang yang membuat tawaran menarik balik tawarannya sebelum penerima menerima tawaran. Dan ahliyatul ada’ alkamilah (anggota pelaksanan yang sempurna).

5. 4.5. Ia adalah pihak mempunyai ketetapan memiliki hak serta melaksanakan keweajipan yang disyariatkan atau kelayakkan memikul tanggungjawab.1. Keahlian jenis ini berpula dengan seseorang itu dilahirkan hidup kemudian berterusan sehingga mati.1 Ahliyyah al-Wujub (kelayakan ada bertanggungjawab) Ahliyyah al-ada’ (kelayakan melaksanakan tanggungjawab) Ahliyyah al-Wujub ialah kelayakan seseorang individu untuk bertanggungjawab serta memiliki hak-hak serta segala kewajipan.2 Ahliyyah al-Ada’ (kelayakan melaksana tanggungjawab) 133 . Contohnya janin berhak menerima pusaka kerana sabit kewujudannya tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana tidak boleh diberi tanggungjawab keatasnya. 4.5.5. Seseorang manusia yang hidup dari lahir hingga mati dikira layak menerima Ahliyyah al-Wujub.5.5.4.1 Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah (kelayakan ada tanggungjawab separuh) Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah ialah kelayakan serta kemampuan seseorang insan untuk menerima hak untuk dirinya semata-mata dan tidak terhadap hak orang lain.2 Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah ialah kelayakan serta kemampuan insan menerima hak.1 4.1.1 Jenis-jenis Ahliyyah al-Wujub 4. memikul tanggungjawab terhadap dirinya serta terhadap hak orang lain. Asas penetapan Ahliyyah al-Wujub ialah insan yang hidup. 4. Ia juga bermaksud kemampuan seseorang menerima hak sahaja tanpa sebarang kewajipan ke atasnya.

Keadaan manusia ditinjau dari sudut ahliah al-ada’ boleh dibahagikan kepada dua Jenis iaitu: 4. orang yang bertindak menguruskan bagi pihaknya ketika itu ialah walinya sebagai wakil. Segala tindakan yang ia lakukan dikira sah. Peringkat tersebut merupakan tempoh kemampuan seseorang insan untuk menetapkan juga melaksanakan hak yang ditetapkan oleh syarak samaada untuknya dan orang lain terhadapnya. Ia juga layak rnengadakan muramalah dan sekali gus ucapan dan perbuatan yang terbentuk daripadanya diambil kira oleh syarak dan mempunyai hukum.1 Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah (Kelayakan melaksana tanggungjawab separuh) Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah ialah mereka yang mempunyai keanlian yang kurang dimana ia hanya berkemampuan untuk melaksanakan sebahagian bentuk urusan sahaja manakala sebahagian yang lain tidak dapat dilakukannya. 4.5. Golongan ini akalnya tidak cacat dan tidak hilang terus oleh itu mereka masih tertakluk dengan ahliah al-ada'. Untuk itu.5.Ahliyyah al-Ada’ ialah kemampuan seseorang insan untuk melaksanakan urusan sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Asas utama pengukuran ialah mumayyiz. tetapi ahliyah ada al-naqisah sahaja. Apabila seseorang itu mumayyiz. seseorang itu dikira sah berjual beli. tunjuk ajar serta bimbingan atau pengakuan daripada orang lain.2 Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah (kelayakan penuh melaksanakan tanggungjawab) Ahliah al-Ada' al-Kamilah ialah orang yang baligh dan sempurna akalnya. bukannya kehidupan. Golongan yang tertakluk dalam jenis ini sebagai contohnya ialah: Kanak.2. Seterusnya pengurusan yang yang dilakukannya hendaklah dengan mendapat khidmat nasihat.2. 134 .kanak mumayyiz hingga zaman sebelum aqil baligh yarg lemah akalnya.

Lupa.tanpa perlu mendapat keizinan orang lain. Orang gila juga tidak dapat membezakan di antara baik dengan buruk serta akibat sesuatu. Contoh contoh halangan samawi ialah Gila. ikrar dan akadnya biarpun dengan keizinan walinya. Oleh itu orang gila ditempatkan pada kategori hukum yang sama dengan kanak-kanak belum mumayyiz. 4. puasa.1 Halangan Samawi Halangan Samawi ialah halangan yang muncul daripada Allah sebagai penggubal itu sendiri dan ia bukannya dengan usaha dan kehendak manusia.6 HALANGAN AHLIYYAH Kadang kala seseorang insan yang telah mencapai tahap ahliyyah al-wujub alkamilah dan Ahliah al-Ada' al-Kamilah tetapi setepas itu terdapat halangan yang menyebabkan terkurang ahliah atau hilang terus ahliah. hudud. Mati 4. Terhadapnya dikenakan kewajipan segala urusan berkaitan keduniaan dan Akhirat. 4. menurut jumhur ulama. sembahyang. Tidur atau Pengsan. Sakit Nazak.6.1. Dan kaffarah. Iaitu tidak sah segala tasarru'f.1 Gila Gila dapat menghalang atau menggugurkan kemampuan untuk memahami sesuatu. qisos . berkenaan dengan harta dan pemilikannya tetap dikenakan taklif. Halangan ahliyyah atau keemampuan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu halangan samawi dan halangan bukan samawi. Terencat Akal. Namunpun begitu. Sebagai contohnya ialah: Menerima pewarisan. Perkara tersebut dikenali dengan halangan sudut kemampuan. seperti 135 . Oleh itu mereka terletak dalam kategori tidak dikenakan semua ahliah al-ada' al-Kamilah dan al-Naqisah. Juga terkecuali daripada ahliah al-wujub yang bersifat fizikal seperti: Haji. mewariskan kepada orang lain serta terhadap dirinya dikenakan tanggungan nafkah daripada harta miliknya.6.

Untuk itu. dikenakan ganti rugi. Hal itu kerana sifat tersebut sejenis daripada kategori gila. iaitu: 136 .2 Terencat Akal Ia merupakan kategori insan yang lemah akal dan terencat akal. Namun jika ia merosakkan harta orang lain. 4. Ada kemampuan memahami dan membezakan namun tidaklah sampai ke tahap seperti orang cerdik biasa. Hal tersebut kerana ia masih memiliki kemampuan dan akal yang sempurna.lada' al-naqisah iaitu keadaanya seperti kanak-kanak mumayyiz.6.1. Oleh itu sudut hukumnya ketika itu ia seolah-olah seperti orang gila.Dikenakan diyat dan jaminan terhadap hak orang lain yang ia rosakkan. ia berhak memiliki harta yang dibelikan oleh wali untuknya juga berhak terhadap harta yang ia warisi. 4. Hukum terhadap orang lupa tidak sampai menafikan ahliyah al-wujub dan al-ada' . Tiada terhadapnya hukum sudut fizikal.1. Tiada kemampuan memahami dan membezakan. ii. Lemah dari segi kemampuan untuk mengurus juga memahami sesuatu urusan.6.3 Lupa Lupa juga kadang kala dikenali juga dengan lalai. Hartanya juga diwajibkan zakat. Golongan itu secara lebih terperinci dapat dibahagikan kepada dua jenis pula. Ulama Fiqh membahagikan keadaan dan sifat lupa dengan membezakan hak yang sepatutnya dilakukan kepada dua. Ia adalah suatu sifat yang menyelubungi akal fikiran seseorang yang menyebabkan ia lupa apa yang ditaklifkan terhadapnya. Segala perbuatan dan perkataannya berada di persimpangan di antara gila dengan waras iaitu tidak sampai tahap gila. juga tidak sah jika ia menceraikan isterinya. iaitu: i.hukum terhadapnya pada kategori ahliah a.

Namun begitu. seseorang yang sedang tidur dan pengsan hanyalah dinafikan ahliah al-ada' sahaja. Sebagai contohnya: Seandainya ia merosakkan harta orang keadaan terlupa.6. Sebagai contohnya: Orang sedang tidur telah mencederakan orang lain. ia dikira mencederakan secara tidak sengaja yang bebas daripada qisas.1. 4.i. Ia ia dibebaskan hukuman terhadap hak-hak Allah. ia hendaklah segera menunaikannya apabila ingat. namun dikenakan diyat.” ii. tetapi hak-hak manusia tidak terbebas. Apabila seseorang lupa melaksanakan hak-hak yang berkaitan dengan manusia pada waktunya. 4.1. Seseorang yang lupa hak-hak Allah dimaafkan daripada dosa dan diberi keuzuran contohnya: seseorang itu lupa mendirikan sembahyang maka tidak berdosa.6. Namun begitu. ia tidak dikira gugur hak itu.5 Sakit Mati 137 . tidak ahliah aI-wujub. Hak manusia. hendaklah ia segera menunaikannya bila mengingatinya.4 Tidur Dan Pengsan Tidur dan pengsan merupakan keadaan sementara yang menyebabkan seseorang dimaafkan dan terbebas daripada taklif kerana dalam kedua-dua keadaan tersebut ia dikira tidak tahu. Hak Allah. Sebagaimana hadis daripada Anas Ibn Malik: “:Sesiapa lupa mendirikan sembahyang. dikenakan membayar ganti rugi kepada pemiliknya.

Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa orang yang sedang sakit mati atau dalam keadaan tiada harapan untuk terus hidup masih mempunyai ahliah wujub kamilah. Keadaan tersebut dapat dilihat berdasarkan keadaan penyakit yang dialaminya atau pengalaman atau jangkaan doktor. Ia juga merangkumi orang yang menunggu hukuman bunuh. Namun begitu. Ia berhak untuk melaksanakan perbelanjaan dan pengurusan terhadap hartanya dan juga berhak menerima dan melaksanakan apa-apa kewajipaa. jumhur menetapkan sebab kematian menggugurkan ahliah al-ada' dan ahliah al-wujub serta gugur seluruh taklif syarak. Menurut pendapat yang lebih kukuh: Hutang si mati berkekalan dan hendaklah dibayar daripada harta peninggalannya. Jika ia tidak berharta. sedang lemas di lautan.5 Mati Mati merupakan penghalang ahliah yang menyebabkan manuia lemah selemahnya.1. 138 . Iaitu sabit terhadap dirinya segala hak berkaitan dengan Allah dan manusia. Namun dalam hal yang berkaitan dengan harta ada batasannya seperti: Wasiat yang dilakukannya hanya sah 1/3 sahaja.Apa yang dimaksudkan di sini ialah sakit tenat atau keadaan seseorang yang tidak ada harapan untuk terus hidup. berkaitan dengan hutang jenazah ulama berselisih pendapat iaitu: Menurut pendapat setengah ulama Hanbali: Hutang si mati gugur jika ia meninggal dunia tanpa meninggalkan harta. tenggelam dan terbakar. Justeru.6. 4. jika sebaliknya hutang tersebut masih dikira tetap berkekalan.

6. Mereka tidak boleh menjadikan kejahilan sebagai alasan melanggar tuntutan syarak atau bebanan taklif. Bodoh d. Mabuk e. Sebab kejahilan tidak menafikan ahliah cuma dalam kes tertentu sahaja mereka diberikan keuzuran khususnya bagi orang yang tinggal dalam negara Islam kerana menuntut ilmu dan bertanya kepada orang alim itu merupakan tanggungiawab terhadap setiap individu seperti: Mengenai ibadat.6.2 Tersalah Tersalah dan terkeliru merupakan salah satu sebab sebagai halangan ahlyah Oleh itu. Hal itu juga kerana perkara fardhu ain seperti Halal dan haram wajib diketahui oleh setiap mukallaf' 4. orang tersalah dimaafkan daripada hak Allah atau berkaitan dengan dosa dan mereka tidak diazab pada hari Akhirat. Tersalah c.2.2. Keadaan itu selaras dengan firman Allah: (Surah al-Baqarah 2: 286) 139 . Paksaan 4.seharusnya diberikan jaminan untuk membantunya agar ia bebas daripada tuntutan pada hari Akhirat.1 Kejahilan Jahil ialah tidak mengatahui sesuatu perkara atau hukum.2 Halangan Bukan Samawi Halangan bukan samawi ialah halangan-halangan berdasarkan usaha dan pilihan manusia itu sendiri antaranya ialah a.6. 4. Kejahilan b. oleh itu orang jahil tetap diambil kira sudut syarak dan segala tindakannya menyebabkan terbentuk kesan hukum.

ternyata yang kena ialah manusia. namun sasaran tersebut bukan tempatnya yang dimaksudkan. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya. ii. dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami. yang mana ia hanya 140 . tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orangorang Yang terdahulu daripada kami. serta ampunkanlah dosa kami. Tersalah perkiraan. Kesalahan sebegitu menggugurkan hukum fizikal. Sebagai contohnya ialah: Seseorang makan sahur ketika fajar terbit dengan beranggapan fajar belum terbit. Tersalah terhadap sasaran. dimaafkan dan sah puasanya. bahkan dikenakan diyat. iaitu: i. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Tersalah dalam perlaksanaan adalah kesalahan yangberlaku dalam pelaksanaan perbuatan iaitu seperti seseorang lngin mengucapkan lafaz tertentu tetapi terkeluar lafaz sumpah. Di mana perbuatan tersebut terkena sasaran yang dituju. oleh itu. tetapi tidak menggugurkan sudut hukum harta. Tersalah kerana tidak tahu. iii. Sebagai contohnya ialah: Seseorang melepaskan panah terhadap sasaran yang disangka rusa. iv. Kesalahan sebegitu dimaafkan sudut fizikal dan tiada dosa. namun ia tidak menggugurkan hukum sudut harta. Selanjutnya bersalah dan terkeliru itu pula dapat dibahagikan kepada beterapa kategorinya.286. Di mana ulama Fiqh menyatakan bahawa kesalahan kategori ini tidak dikenakan tuntutan atau jaminan.

Sehubungan dengan itu. Apa yang dapat dirumuskan di sini. ia dimaafkan hukuman sudut fizikal sahaja. (harta) Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Cuma. 4. biarpun sudah cukup umur. Sebagai contohnya: Doktor pakar tersalah memberi ubat kepada pesakit dengan anggapan itu adalah ubat terbaik untuknya namun menyebabkan kesan lain atau semakin parah. 141 . ia hendaklah membayar diyat dan kafarah. Namun begitu. dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kata Yang baik. cuma bercanggah dengan syarak dan akal yang sempurna. Orang bodoh terpasul kategori halangan berdasarkan usaha kerana mereka rnenguruskannya berdasarkan pilihan dan ikhtiar. berkaitan dengan jenayah ia dikenakan tanggungjawab terhadap apa yang ia lakukan.khusus untuk doktor. Sebagai contohnya: Seseorang mukmin membunuh mukmin yang lain kerana tersalah. biarpun mereka kalangan orang berakal juga. dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu.6. Sebagaimana firman Allah: Surah al-Nisa'4 : 5) 5. menurut jumhur ulama orang tersalah dan keliru berkenaan muamalah dikira terbatal atau tidak sah. Sebagai contohnya: Ditahan pengurusan harta orang bodoh.3 Bodoh Bodoh ialah golongan yang melakukan tasarruf atau pengurusan sudut harta dengan tindakan yang menyalahi tuntutan syarak serta akal yang sempurna.2. orang bodoh masih mempunyai ahliah sempurna serta dikenakan semua taklif syarak. dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan). melainkan dalam kes tertentu dikecualikan kesan hukum.

4.Oleh sebab itu. kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya. Secara lebih terperincinya mabuk atau seseorang yang mabuk dapat dibahagikan kepada dua keadaan. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan Segala Yang kamu lakukan). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan Bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya. dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara Yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. dan sesiapa Yang miskin maka bolehlah ia memakannya Dengan cara Yang sepatutnya. Mabuk menerusi cara harus iaitu seseorang yang mabuk disebabkan perkara atau menerusi kaedah yang tidak diharamkan oleh syarak. iaitu: i. Menurut jumhur ulama. dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) Yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya). Sebagai contohnya ialah Mabuk kerana tersalah mengambil ubat dan mabuk kerana minum arak dalam keadaan darurat daripada mati kehausan.2.4 Mabuk Mabuk merupakan suatu sifat yang mana akal seseorang tertutup disebabkan pengambilan benda-benda yang menghilangkan kewarasan seperti: Arak dan dadah. maka serahkanlah kepada mereka hartanya.6. pengetahuan serta ujian. dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Akad jual beli yang dilakukannya adalah tidak sah. pihak wali hanya boleh menyerahkan harta orang bodoh apabila mereka cukup umur dan cerdik dengan berdasarkan pengalaman. hukum terhadap mereka dari sudut syaraknya ialah tidak diambil kira atau diberi keuzuran. Namun begitu hukum berkenaan hak manusia dan harta tetap dikenakan tanggungjawab dan 142 . Sebagaimana firman Allah: (Surah al-Nisa'4 : 6) 6.

4. Hukum terhadap mereka dikira sama seperti mukallaf biasa biarpun akalnya tidak berfungsi ketika itu. Namun begitu hukuman hudud dan qisas tersebut hanya dilaksanakan terhadap dirinya setelah ia waras semula. Segala muamalah tiada kesan hukum dan tidak sah.5 Paksaan Paksaan juga termasuk kategori halangan berdasarkan usaha.2. namun hatinya tetap beriman. ii. Sehubungan dengan itu juga. 143 . dikenakan ganti rugi.6.1 Syarat Paksaan Sesuatu paksaan itu dikira sah apabila ia memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu iaitu: Orang yang memaksa benar-benar bertujuan supaya dilaksanakan apa yang dipaksakan itu atau bukan main-main dan ia memang tidak ada kuasa menolaknya.5. 4.6. Orang yang dipaksa benar-benar mengetahui orang yang memaksa akan bila-bila masa sahaja mengambil tindakan terhadapnya jika enggan patuh.2.jaminan seperti merosakkan harta orang. sekiranya orang mabuk cara haram tersebut melakukan jenayah sudut fizikal dan badan yang dikenakan hukuman hudud seperti membunuh dan berzina. namun bezanya ia berdasarkan pilihan orang sama ada sudut perbuatan atau perkataan dimana ia tidak restui dan tidak mampu ingkari seperti dipaksa ucapkan kufur. Oleh itu segala tindakannya ada kesan hukum seperti Akad dan talak terhadap isterinya dikira sah dan terlaksana. Alasannya kerana ia dikira sebagai mukallaf yang tertutup akalnya kerana usahanya sendiri dan cara haram. Hukum jenayah juga tidak dikenakan balasan. tiada apa-apa pengecualian terhadapnya bahkan dikenakan hukuman sepenuhnya sebagaimana mukallaf lain. Mabuk menerusi cara haram iaitu mabuk yang dialami oleh seseorang menerusi kaedah haram seperti minum arak dan penyalah gunaan dadah.

5.1 Definisi Khiyar Semasa menjalankan proses jual beli. agama Islam memberikan satu peraturan khas mengenai pemilihan dalam meneruskan kontrak jual beli atau sebaliknya. 4. seperti: Talak. Khiyar ialah salah satu pihak yang berkontrak boleh meneruskan kontrak atau tidak meneruskannya. barang dan sebagainya. segala tasaruf dan pengurusan yang berkaitan dengan ucapan orang yang dipaksa secara tidak sebenar dikira batal.Kesan Paksaan Terhadap perbuatan Dan perkataan Paksaan yang dikenakan terhadap seseorang menimbulkan kesan tertentu.2. 4. Prinsip Khiyar di dalam hukum syariah ini adalah bertujuan untuk memberi hak supaya kedua belah pihak yang berjual beli tidak mengalami kerugian atau penyesalan selepas perjanijian dibuat disebabkan perkara tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan berkenaan samada dari segi harga. antaranya ialah: ii. iii.Perkara yang dipaksakan serta ancaman yang akan menimpa jika ingkar melibatkan sama ada dirinya atau harta atau ahli keluarganya. berzina juga memindahkan arah kiblat. Mengikut Wahbah al Zuhaili. 144 . Iaitu pilihan sesuatu disebabkan oleh sesuatu hal yang berlaku. Mengikut pendapat Sheikh Mohsin pula Khiyar ialah kedua pihak (penjual dan pembeli) diberi hak memilih samada hendak meneruskan jual beli mereka atau memfasakhnya (menamatkan) mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab tertentu.7. Ulama Syafi juga menjelaskan: Berkenaan perbuatan orang dipaksa juga tiada apa-apa kesan. hadas. membunuh.2. kecuali berkaitan dengan Penyusuan.7.7 KHIYAR (OPSYEN) DALAM KONTARK 4. Menurut jumhur ulama dan ulama Syafie.

2. Pihak berkontrak diberi peluang untuk membuat pilihan dengan menentukan subjek kontrak itu. Ia adalah suatu hak yang diberi kepada pihak-pihak yang berkontrak sama ada hendak meneruskan akad yang dibuat atau tidak. yang bermaksud: 145 . 4.w. Khiyar Majlis Khiyar Syarat Aib Ta’yin Rukyah Alaqdi 4. 2. Ia memberikan pihak yang melakukan aqad yang meliputi ijab dan qabul hak bagi membatalkan perjanjian semasa dalam sesi (majlis akad) tawar-menawar atau sudah selesai tetapi majlis tersebut belum tamat.1 Khiyar Majlis Khiyar Majlis ialah setiap pihak yang mengadakan aqad jualan mempunyai pilihan terhadap pihak lain selagi mereka masih tidak beRPisah. pembeli boleh memilih mana-mana satu. Memastikan adanya kerelaan hati untuk meneruskan akad. 5. 6.a. 3. Tujuan: 1.7.7. Biasa berlaku pada akad terhadap benda seperti menjual dua helai baju.Khiyar adalah hak kepada kedua belah pihak sekiranya terdapat satu pihak mahu meneruskan kontrak atau tidak mahu meneruskannya.2 Jenis-Jenis Khiyar Khiyar terbahagi kepada enam jenis iaitu: 1. Hukum ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s. dan tempoh tertentu untuk membuat pilihan yang diberikan. 4. Menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad. 2.

”." Dalil bagi hukum khiyar Syarat ini ialah hadis iaitu Sabda Rasulullah s. Ia berlaku semasa aqad jual beli dijalankan di mana kedua belah pihak bersetuju disyaratkan bahawa kedua-dua belah pihak atau salah satu daripadanya berhak memilih samada jual beli itu diteruskan atau sebaliknya.w.a. Contohnya pembeli mengatakan: "Saya beli barang awak ini dengan syarat boleh khiyar dalam masa dua hari dari tarikh ini." Bila dua orang yang berjual beli. Pihak yang diberi kepadanya hak memilih itu boleh membuat keputusan sama ada hendak meneruskan jual beli atau dimansuhkan dalam tempoh tersebut. Sekiranya tiada dinyatakan dengan jelas maka syarat tersebut adalah batal. 4.2. yang bermaksud: " Apabila kamu berjual beli. sekiranya salah satu pihak menggugurkan hak pemilihannya maka pihak yang satu lagi masih berhak membuat pilihan sama ada hendak meneruskan jual beli tersebut atau memansuhkannya selagi majlis akad masih wujud. Pendapat dikalangan Imam Malik pula ialah mengikut syarat yang dipersetujui bersama iaitu mengikut uruf setempat dan jenis barang yang terlibat dalam kontrak tersebut. (Riwayat Bukhari) Mengikut Imam Syafei. syarat tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas didalam majlis Akad yang melibatkan kerelaan diantara kedua belah pihak. katakanlah: jangan menipu. aku ada tempoh khiyar selama tiga hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Di dalam khiyar Majlis ini. Terdapat juga ulama dikalangan mazhab Syafei menyatakan tempoh masa khiyar atau pemilihan tersebut hendaklah tidak lebih daripada tiga hari.2 Khiyar Syarat Khiyar Syarat ialah pemilihan yang dinyatakan di dalam akad. Setiap pihak yang mengugurkan haknya untuk memilih adalah di anggap bersetuju meneruskan 146 . maka masing-masing boleh khiyar (pilihan jadi jual beli atau tidak) selama keduanya belum beRPisah dari majlis tersebut.7.

jual beli tersebut. Tidak halal menjual kepada saudaranya barang yang ada kecacatan melainkan ia telah jelaskan.4 Khiyar Ta'yin Khiyar Ta'yin ialah orang yang berakad jual beli berhak memilih dan menentukan salah satu daripada tiga barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat barang tersebut.7.7. 4. Rasulullah s.3 Khiyar Aib Khiyar Aib ialah apabila berlaku kerosakan atau barang yang dijualbeli tersebut ada kecacatan atau tidak menepati spesifikasi yang dipersetujui di dalam akad.3. Sebagai contohnya seseorang pembeli diberi pilihan oleh penjual terhadap tiga buah jam 147 . bersabda yang bermaksud: "Orang Islam adalah saudara kepada Muslim yang lain.2. Terdapat kecacatan sebelum akad atau selepas akad ataupun juga sebelum diserahkan barangan kepada pembeli.1. Sekiranya berlaku kecacatan selepas barang tersebut diserahkan kepada pembeli. maka tidak boleh khiyar lagi. 4. Sekiranya pembeli mengetahui ada kecacatan dan dia membeli juga maka tidak boleh dikhiyarkan lagi." (Riwayat Ibnu Majah) 4. Kecacatan yang diterima dalam khiyar Aib ini hendaklah berlaku sebelum akad atau semasa jual beli berlangsung dimana si pembeli tidak mengetahuinya pada waktu itu ataupun kecacatan tersebut berlaku sebelum sipembeli menerimanya.7. Pembeli tidak mengetahui terdapat kecacatan ketika majlis akad dan ketika membeli barang tersebut.2. 2.w.1 Syarat Sabit Khiyar Aib Antara perkara dan syarat yang membolehkan khiyar aib ialah: 1. Walaupun begitu bagi pihak yang satu lagi masih mempunyai hak pemilihan.a. Pembeli berhak menamatkan kontrak atau meminta kurang harganya apabila kedaan tersebut berlaku.

Barang yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis barang sahaja. Ulama berselisih pendapat mengenai khiyar Ta'yin. Ia berhak menolak jika tidak mahu kerana syarat sah khiyar ini ialah dengan melihatnya.8. 148 . 1. Ia mengatakan jual beli yang tidak jelas barangnya adalah pada asalnya lagi tidak sah. bukan hadis sahih. apabila diperlihatkan kepadanya ia berhak memilih sama ada hendak menerimanya atau menolaknya.2.w. Masa untuk melakukan khiyar ini tidak lebih daripada tiga hari sahaja. 3. menegah daripada menjual secara menipu. Jual beli yang ada Khiyar Rukyah akan mendedahkan penipuan. Oleh itu seseorang yang hendak membeli barang tersebut hendaklah melihat barang itu.tangan pada harga yang berlainan.5 Khiyar Rukyah Khiyar Rukyah ialah seseorang yang tidak melihat barang yang hendak dibeli. 2. Imam Hanafi mengatakan Khiyar Ta'yin adalah harus dengan syarat-syarat berikut: 1. 2. Jumhur Ulama mengatakan khiyar jenis ini ditegah kerana tidak ditentukan barang yang hendak dijual. 4. Hadis yang digunakan oleh Ulama lain dalam mengharuskan khiyar Rukyah adalah hadis Daif. Imam Malik.a. Pembeli tersebut hanya berhak memilih atau melakukan ta'yin hanya satu sahaja. Nabi Muhammad s. Harga tersebut mestilah ditentukan terhadap ketiga-tiga jenis barang yang hendak dijual. Ia berdasarkan kepada dalil berikut. Hanafi dan ulama Zahiri berpendapatt khiyar ini adalah harus. Mereka berpandukan kepada hadis Nabi riwayat Ibnu Abbas dan Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesiapa yang membeli sesuatu yang tidak dilihatnya terlebih dahulu. Tiga jenis barang yang hendak dijual itu juga mestilah berlainan harganya dan sifatnya. " (Riwayat Muslim) Imam Syafei tidak mengharuskan khiyar Rukyah. Manakala Imam Hanafi pula mengharuskan khiyar jenis ini diatas dasar keperluan atau hajat manusia serta menggunakan kaedah Istihsan.

Namun begitu penjual berhak meminta ganti rugi di atas kecacatan tersebut.’ Fasakh ialah proses menamatkan kontrak yang telah sah dari segi asalnya manakala ‘batal’ ialah kontrak tersebut adalah terbatal atau tidak sah sejak awal lagi kerana tidak menepati syarat-syaratnya mengikut perspektif Islam seperti tidak cukup rukun kontrak atau yang tidak menepati syarat-syaratnya. Imam Hanafi berpendapatt khiyar jenis ini adalah cabang daripada khiyar Syarat. d) Pembeli telah menyebabkan barang menjadi cacat yang ia tidak boleh dikembalikan semula kepada penjual dan waktu itu ia belum lagi membayar harganya. b) Pembeli enggan melaksanakan muamalat jual beli daripada khiyar Naqdi sebelum membayar harga. Istilah ‘Fasakh’ atau pembatalan kontrak ini berbeza dengan ‘batal.4.8. 4. Imam Hambali berpendapatt khiyar jenis ini adalah sah dalam masa tiga hari sahaja. atau berlaku kematian salah satu pihak yang berkontrak atau kedua-duanya dan kontrak yang tergantung apabila syarat-syarat kontraknya tidak dipenuhi. 4.2. Iaitu dalam masa tiga hari maka jual beli diantara mereka akan terbatal dengan sendirinya.1 Penamatan Kontrak Melalui Fasakh 149 . 8 PENAMATAN KONTRAK Sesuatu kontrak boleh tamat dengan adanya pembatalan (ibtal) atau penamatan (fasakh). c) Pembeli merosakkan barang yang dibelinya pada masa khiyar Naqdi.6 Khiyar Naqdi Khiyar Naqdi ialah khiyar yang mensyaratkan pembeli apabila mereka tidak menyerahkan kesemua jumlah harga dalam masa yang tertentu. Penamatan kontrak melalui pembatalan boleh berlaku dalam beberapa keadaan manakala kematian menyebabkan beberapa jenis kontrak tamat.7. Khiyar Naqdi akan terbatal dengan sebab-sebab berikut: a) Pembeli mati.

1.3 Penamatan (Fasakh) kerana tidak melaksanakan kontrak.1. Penamatan boleh dilakukan dengan persetujuan pihak yang telibat atau melalui proses undang-undang.1 Pembatalan dengan sebab rosak atau pencabulan kontrak.Penamatan kontrak boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti : 4.2 Penamatan dengan sebab Khiyar.1. Pihak pemilik khiyar dalam khiyar syarat atau khiyar aib atau khiyar rukyah dan sebagainya boleh menamatkan kontrak semata-mata dengan kehendaknya tetapi dalam khyiar aib selepas penerimaan barang pada sipembeli ia tidak boleh memfasahkan lagi jualbeli tersebut kecuali dengan persetujuan kedua-dua belah pihak 4. Sesuatu kontrak itu akan tamat atau mansuh apabila berlaku kematian salah satu pihak yang terlibat atau kedua-duanya.8.8. 4. maka wajib dibatalkan samada pembatalan tersebut dibuat oleh dua pihak yang berkontrak atau dibuat oleh Qadhi atau Hakim. Penamatan kontrak boleh dilakukan apabila salah satu pihak yang berkontrak gagal melaksanakan tanggungjawab mereka atau hak salah satu pihak tidak dipenuhi.1.8. 4. Jika kontrak menjadi rosak seperti menjual sesuatu yang tidak diketahui atau jualan yang terikat dengan tempoh.8. Penamatan kontrak juga boleh berlaku apabila telah tamat tempoh kontrak tersebut seperti tempoh kontrak sewa rumah selama dua tahun atu kontrak jaminan.4 Penamatan akibat Penamatan Tempoh Kontrak atau tercapai maksudnya. 4.8 SOALAN LATIHAN 150 .

Ihtikar) 5.3.3 Mengelakkan Urusniaga Batil (Riba.1 Semua Bentuk Muamalat asalnya adalah harus 5.2.3.1 Pengharaman Riba melalui al-Sunnah 5.3.1.2 Pengkelasan Jenis-jenis Riba 5.3.2.1.1 Unsur Riba dalamMuamalat 5.2.3.Jenis-jenis Riba 4.3.3.2.3.1. Jelaskan halangan samawi dan bukan samawi kepada keahlian akad 5.5 Barang-barang Ribawi 5.6 Illah Pengharaman Riba Mata Wang 5.1.2.1.2 Unsur Gharar dalam Muamalat 5.3. Apakah majlis Akad 3.2.1. Jelaskan sebab-sebab penamatan kontrak BAB 5 TEORI RIBA DAN URUSNIAGA BATIL DALAM MUAMALAT 5.4 Unsur Ihtikar dalam Muamalat 151 .1.3.4.1 Riba al-Nasiah (Hutang Piutang) 4.2.3.2.3.2.2. Huraikan definisi akad serta rukun-rukunnya.3. 2.2 Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad 5.2.2. Gharar.2 PRINS IP ASAS SYARIAH DALAM MUAMALAT 5.1 Pengharaman Riba melalui al-Quran 4.2.2.3.3.3.2. Huraikan konsep khiyar dalam kontrak 6.2.1 Rukun Akad Jual beli 5. Bincangkan keahlian berakad serta jenis-jenisnya 4.3.2.3 Unsur Maysir (Judi) dalam Muamalat 5.4 Pengharaman Riba 4.1 Definisi Gharar 5.1.2.2. Maysir.1.1.1 Definisi dan Konsep Riba 5.2.1 PENGENALAN 5.2.4.1.3.2 Riba al-Fadl (Riba jual Beli) 5.

4. Islam terdiri daripada tiga komponen utama iaitu aqidah. 2. 5. Mengenal pasti uruf dan thabat serta murunah dalam urusniaga muamalat 5.2.5.5 Uruf setempat diambilkira dalam menetapkan Hukum 5.4 Hukum Muamalat dibina berasaskan Illah dan Maslahah 5.2 Syarat Menjadi Ihtikar 5. Menghuraikan konsep riba dan hukum mengenainya . Menghubungkaitkan urusniaga batil dalam muamalat dengan hukum urusniaga 4.2.4.1 PENGENALAN Dalam Perspektif Islam.5.2.2. Prinsiprinsip yang digariskan oleh Fiqh al-Mu’amalat tentunya mengemukakan penyelesaian serta jalan keluar kepada masalah-masalah Riba yang timbul di dalam sistem kewangan konvensional yang diamalkan pada masa sekarang dan berteraskan amalan riba yang 152 .6 Hukum Muamalat menghimpunkan thabat dan murunah.2 Syarat Uruf sebagai sumber hukum 5.3 KESIMPULAN BAB 5 TEORI RIBA DAN URUSNIAGA BATIL DALAM MUAMALAT OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. Menjelaskan illah dan maslahah dalam urusniaga muamalat 5.2. anda seharusnya boleh: 1.5.2.3. syariah dan akhlak.3.1 Definsi Uruf 5. Menjelaskan prinsip asas syariah dalam urusniaga muamalat 3. urusan kewangan adalah termasuk di dalam bidang muamalat.1 Definisi Ihtikar 5.2.

terdapat lagi para sahabat yang masih meminum arak kerana tidak wujud lagi dalil yang jelas tentang pengharamannya bahkan sesetangah daripada mereka juga yang mahukan suatu penerangan yang menyeluruh berkenaan dengan pengharaman arak. Prinsip ini juga menurut Ibn Qayyim adalah berasaskan prinsip al-istishab.1 Semua Bentuk Muamalat Asalnya Adalah Harus Mengikut prinsip asas Muamalat Islam. Beirut: Dar alFikr. Ketika itu Allaah berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. segala hukum sekarang adalah dianggap suatu penerusan daripada hukum terdahulu selagi tidak ada 153 . Selepas ayat ini turun.. (Yusuf al-Qaradawi.2 PRINSIP ASAS SYARIAH DALAM MUAMALAT 5. antara bukti yang jelas berkenaan prinsip ini ialah kes pada zaman Rasulullah saw sewaktu peristiwa pengharaman arak pada peringkat awal. Menurut Syeikh al-Qaradawi. Bay’ al-Murabahah Li al-Amr bi al-Syra’. 5. Semua ulama dan para sarjana menerima prinsip ini kecuali Ibn Hazm al-Zahiri yang menganggap semua perkara adalah haram kecuali wujudnya yang mengharuskan. h. Banyak negara Islam telah berjaya menggubal sistem muamalat yang berteraskan muamalah Islam yang bebas daripada terlibat dengan riba. Mengikut prinsip al-Istishab.2.. semua bentuk urusan muamalat secara asalnya adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Beirut: Dar al-Kutub al-‘iliyyah. al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. h.t). Katakanlah pada keduanya dosa besar dan ada pula beberapa manafaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. 15-16) Sebaliknya semua bentuk ibadat asalnya adalah haram dilakukan kecuali terdapat dalil yang sahih dan jelas mengenai pensyariatannya. (t.” (al-Baqarah: 219). 52). Kes ini menurut al-Qaradawi ialah bukti bahawa para sahabat tidak meninggalkan sebarang perbuatan sehingga datangnya dalil yang jelas tentang haramnya sesuatu perkara.diharamkan. (Abu Muhammad ‘Ali ibn Ahmad ibn Sa’id Ibn Hazm al-Andalusi. (2001). juz 1..

justeru itu meletakkan bahawa asalnya manusia ini bebas daripada menanggung sebarang liabiliti (al-Bara’ah al-Dhimmah).” Yunus:59 Dari segi ibadat pula tidak boleh melakukan ibadah sewenang-wenangnya kecuali terbukti ia telah ditentukan oleh syariah sebagai ibadat. 355) Oleh itu Manusia secara asalnya bebas melakukan apa-apa sahaja dalam urusan muamalat kecuali setelah terbukti ia diharamkan. 112) Prinsip semua bentuk muamalat asalnya adalah harus ini boleh diguna pakai oleh para ahli ekonomi dan kewangan semasa dalam merangka sistem pertukaran mata wang baru yang berlandaskan Islam dimana ia boleh memberikan suatu keyakinan kepada mereka untuk berani mengetengahkan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan keperluan semasa dalam sistem kewangan moden berteraskan prinsip Islam 5. Oleh itu dalam mencari sesuatu hukum halal atau haramnya dalam sesuatu produk dalam sistem kewangan.t) I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin.2 Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad Kontrak 154 . (Ibn Qudamah(1999). h. (Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t. Jika tiada sesuatu yang mengharamkan maka hukumnya adalah harus atau halal walaupun tiada dalil yang menghalalkan. adalah perlu dicari kebaikan dalam produk tersebut dan ditentukan adakah terdapat dalil atau sesuatu yang mengharamkan daripada produk tersebut.bukti yang boleh mengubah hukum dahulu kepada status hukum yang baharu. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah. Allah swt berfirman: “Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagain lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?.2. h.

Justeru. cerdik. berakal. Kerelaan berkontrak dalam muamalah tersebut dijelmakan dalam akad kontrak. (Muhammad ‘Uthman Syabir (1996) 5. Ini beerti secara jelas bahawa manusia bebas untuk meletakkan apa-apa syarat dalam urusniaga mereka kecuali jika syarat itu membawa kepada ketidakadilan. Ini adalah sesuai dengan perintah Allah dalam surah al-Nisa’: 29.2. mempunyai kuasa pemilikan keatas perkara yang diakadkan dan redameredai antara satu sama lain. Dua pihak yang berakad iaitu Penjual dan Pembeli. mabuk.. Akad yang dimeterai itu juga tidak mengandungi unsurunsur paksaan dan tidak ada perkara-perkara yang menjadi halangan sesuatu akad itu dilakukan seperti muflis. Para ulamak Fiqh juga berpendapatt bahawa setiap urusniaga yang berasaskan kontrak albay’ adalah harus. mana-mana syarat yang terletak antara penjual dan pembeli adalah Sah.1 Rukun Akad Jual Beli 1.Islam tidak mengharamkan sebarang bentuk urus niaga yang berasaskan jual beli yang mempunyai persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak (mutual consent). dan janganlah kamu membunuh dirimu . 155 . ketidaktelusan ataupun melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas iaitu batil. kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu.2. Oleh itu semua jenis akad dan syarat yang dipersetujui diantara pihak-pihak yang terlibat adalah diharuskan melainkan jika terdapat larangan secara jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. Fuqaha’ menetapkan bahawa penjual dan pembeli hendaklah terdiri daripada orang iaitu baligh. Pada asasnya akad-akad dan syarat-syarat dalam mu’amalat adalah harus. hilang akal.” Para fuqaha’ bersepakat menyatakan bahawa lafaz akad (perjanjian atau kontrak) adalah perkataan yang bersifat umum. gila. bodoh dan sakit tenat yang boleh membawa maut. meliputi semua bentuk perjanjian antara manusia. “Hai orang-orang yang beriman.

Selain daripada perkataan yang terang dan difahami dalam melakukan akad atau apa yang biasa disebut sebagai komunikasi akad. Lihat ‘Abd al-Razzaq al-Sanhuri (t. 3. Jld 1.t). al-Sanhuri berpendapatt cara ini tidak boleh dilakukan oleh pihak yang membuat tawaran kerana tawaran tidak boleh difahami dengan cara berdiam diri semata-mata. Harta atau barang dan harga. Harta dan harga adalah dua perkara yang mesti dinyatakan dalam sesuatu akad.2. Ia adalah dua lafaz akad (ijab dan qabul) perjanjian jual beli yang diucapkan oleh penjual dan pembeli. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. Ijab ialah lafaz pernyataan pertama yang diucapkan oleh penjual. milik penuh pembiaya. Masdar al-Haqq. kedua-duanya mempunyai objektif yang sama. Dalam keadaan kedua-dua pihak berdiam diri tanpa melakukan dengan tiga cara tersebut. boleh diserahkan dan diketahui oleh pihak yang berakad. (Ibn ‘Abidin (1987: 6). Tujuan syarat ini ialah supaya Setiap pihak yang berakad memahami kehendak pihak yang satu lagi. ia boleh juga dilakukan secara tulisan (surat). b. 156 . Sighah akad (ijab dan qabul). pihak yang melakukan akad tersebut. Harta adalah benda yang dijual dan harga ialah balasan yang mesti ditunaikan oleh pembeli. Penerimaan hendaklah bersambung dengan tawaran. Kaherah: Dar alFikr. Sighah mempunyai syarat berikut iaitu: a. h. d. 130 Qabul pula ialah lafaz pernyataan penerimaan untuk berakad yang diucapkan oleh pihak pembeli. c. Dengan itu penawaran boleh dengan empat cara tadi dan hanya penerimaan sahaja boleh secara berdiaam diri dalam keadaan tertentu yang menjelaskan ia menerima. Harta yang diakadkan hendaklah terdiri daripada jenis barangan yang berpanfaat menurut syarak. perbuatan (almu’atah) dam isyarah. Setiap Ijab dan Qabul mestilah menggambarkan secara jelas kehendak Qabul mestilah bersesuaian dengan ijab.

maka akad tidak berkuatkuasa. Ianya tidak termasuk di dalam perkaraperkara yang diperincikan bahkan diberi peluang kepada fuqaha’ untuk berijtihad dalam perkara-perkara yang direka oleh manusia. 111) 5. Gharar. Menurut jumhur Fuqaha’. Fuqaha’ Shafi’i berpendapatt penerimaan adalah diangap bersambung apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat tanpa diselangi oleh perbicaraan yang tiada kaitan dengan akad. op..Syarat ini bermaksud tawaran dan penerimaan hendaklah dibuat dalam majlis akad yang sama dan tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.cit. op. op. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.cit. sebab membunuh orang lain berarti membunuh diri sendiri. Jika tawaran dan penerimaan tidak dilakukan secara serta merta. al-Kasani. dan janganlah kamu membunuh dirimu[287]. kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. 137. yang dimaksudkan dengan bersambung tawaran dan penerimaan ialah akad itu dilakukan dalam majlis yang sama. h. 157 . h. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.. Mereka tidak menentukan jarak masa antara tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan penerimaan yang dibuat oleh pihak kedua. al-Ramli (1987)..2.. “Hai orang-orang yang beriman. al-Zuhaily (1989). Kerana umat merupakan suatu kesatuan. h. 137. Maysir. h.cit.3 Mengelak Urusniaga Batil (Riba. al-Sharbini (1986). Yang ditekankan ialah penerimaan boleh dilakukan walaupun selepas bebarapa waktu asalkan mereka masih berada dalam majlis akad. Firman Allah yang bermaksud: 29. Ihtikar) Fiqh Muamalat sama seperti hukum-hukum furu’ yang lain iaitu bersumberkan wahyu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Akan tetapi fiqh muamalat berdiri diatas prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang umum.cit. 8. (1987) op. Diantara prinsip tersebut ialah larangan memakan harta secara batil seperti riba.” [287] larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain.

h. Maqaalat Fi al Riba wal Faa’idah al Masrafiyah.Surah al Nisa’: 29. malah ia telah digunakan oleh orang-orang arab jahiliah dalam urusan harian mereka sebelum kedatangan Islam lagi. (Wahabi Sulayman Ghawaji (1992). Riba adalah punca kepada kegagalan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia juga adalah kerana pengharaman riba adalah bersifat qat’ie kerana disebutkan dengan jelas dalam alQuran dan Hadith. padahal kamu Mengetahui.w. Ini adalah kerana hukum riba adalah haram dan orang-orang yang 158 . supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa. Riba pada masa tersebut disebut oleh Rasulullah saw sebagai Riba al jahiliah iaitu riba yang berlaku dalam jual beli dan pinjaman secara hutang dan dibayar lebih. Riba dalam jual beli timbul apabila seseorang menjual sesuatu barangan kepada seorang yang lain dengan menentukan tempoh masa untuk membayarnya.t dan rasulNya.” al-Baqarah: 188 Ibn al-’Arabi ketika menafsirkan ayat-ayat mengenai memakan harta secara batil itu menyebut bahawa Ayat tersebut adalah sebahagian daripada kaedah-kaedah muamalat dan asas pertukaran barang-barang. Ini adalah kerana riba merupakan satu amalan terkutuk yang dikeji oleh Allah s. keseimbangan ekonomi tidak akan dicapai dengan sebaiknya. Oleh sebab itu Riba telah menjadi isu yang utama kepada orang-orang Islam di dalam aktiviti muamalat.3.1 Unsur Riba Dalam Muamalat Islam mengharamkan urusniaga yang berasaskan kontrak riba. 5. Selagi masyarakat masih mengamalkan riba. Perkataan al-Riba bukanlah perkataan baru dalam ajaran Islam. Di Malaysia isu tersebut menjadi amat sensitif kerana kebanyakan orang-orang Islam sentiasa cuba menghindarkan diri mereka dari persoalan riba. Beirut: Dar Ibn Hizam.2. juga firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim. 24.

Abu Abd Allah Muhammad b. Al-Dhahabi mengkategorikan riba ke dalam dosa besar berdasarkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang jelas. Hadis mengenai riba yang diriwayatkan oleh Ibn Hanbal daripada Ali bermaksud: “Rasulullah melaknat (mengutuk) sepuluh golongan iaitu orang yang memakan (mengambil) riba.” Abu ‘Abd Allah B. rubwanan dan ribaan. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. yarbu. Musnad al-Imam Ahmad b. Hanbal al-Syaibani (1978).2. janji neraka. Hanbal.terlibat dengan riba akan dimasukan ke dalam neraka seperti mana firman Allah: Al Baqarah: [275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Manakala bahasa Inggeris menggunakan perkataan interast atau usury untuk maksud riba. 49-50. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba). Mengikut 159 . Dalam nas-nas itu terdapat laknat Allah SWT. riba termasuk perkara yang membinasakan dan lain-lain lagi.1 Definisi dan Konsep Riba Perkataan Riba dalam bahasa Melayu adalah berasal dari perkatan bahasa Arab al-riba yang berasal daripada kata dasar raba. maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka. Muhammad b. bekas suami yang menyuruh seseorang melakukan cina buta. memberi (membayar) riba. orang yang melakukan cina buta. penulis dan kedua-dua saksinya. Beirut: dar al-Kutub al-‘ilmiyyah.3. orang yang memasukkan susuk dan orang yang tubuhnya dimasukkan susuk. al-Kabair. juz 1. h. Jordan: Maktabah al-Manar. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.1. Uthman al-Dhahabi (1988). Cetakan 2. 83 5. h. orang yang enggan mengeluarkan zakat. rabwan. mereka kekal di dalamnya.

.. Hampir semua ulamak yang membincangkan isu riba mengkelaskannya sebagai satu unsur penindasan dalam urusan muamalat. Mustafa al-Bugha (1989). Imam Hambali pula mengatakan Riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan tertentu. (Muhammad Sayid Qutb (1992). h.Mazhab al-Imam al. (Qureshi:1981) Ulamak Mazhab Syafi’i memberikan definsi riba sebagai lebihan ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaanya semasa akad (kontrak) atau hasil pertambahan apabila membuat tangguhan bayaran. jld. Walau bagaimanapun. al. Kerajaan Rom telah mengharamkan amalan bunga. al-Fiqh al. 56-57.. 32. Cato dan Seneca mengutuk amalan riba dan menganggapnya zalim. Ibn Qudamah (1981). 3. (1987).cit. op. Ulama-ulama mazhab Hanbali mendefinisikan riba sebagai melebih dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan sesuatu.pengertian bahasa Arab Riba bermaksud pertambahan (al-ziyadah). 160 . Ahli cerdik pandai Rom seperti Cicero. h. al-Ramli dan lain-lain mendefinisikan riba sebagai akad atas barangan tukaran yang tertentu (ribawi) tanpa diketahui persamaan pada pertimbangan syarak ketika akad atau dilewatkan penyerahan dua barang pertukaran atau salah satu daripadanya. M. Imam Syafi’i sendiri mendefinisikan riba sebagai kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui oleh syarak semasa berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau salah satu barangan tukaran tersebut.Riba Wa al-Faedah Fi al-Islam. Damsyiq: Dar al-Qalam. lebihan (al-idafah). Ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’i seperti al-Syarbini. Dari segi istilah syarak pula secara keseluruhannya berbagai definisi diberikan oleh para ulamak tentang al-riba namun semuanya memberi maksud sesuatu kadar pertambahan yang berlaku dalam urusan muamalat dengan melibatkan unsur pernindasan yang diharamkan oleh Allah swt. h.U. al-Mughni. pengembangan (al-nama’) kepada sesuatu. Chapra.Manhaj ala. bukan setiap pertambahan atau pertumbuhan dilarang oleh Islam.Shafie. juz 4. (Muhammad Said alIsymawi (1994). (Abu Muhammad Adullah Bin Ahmad Muhaammad.57. Kaherah: Maktabah Madbu’ li alSaghir.

Mazhab Maliki pula mengatakan Riba adalah lebihan pada ukuran. Umar b. 56-57). timbangan atau bilangan yang sebenar atau samar-samar semasa membuat akad atau penangguhan. juz 3. juz 5. (1987).t) Hasyiah al-Adawi Bahanist al. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang ditentukan sebelumnya oleh pemiutang (creditors) kepada siberhutang (debtors). Dar al. h. Beirut: Dar al-Sadr.U. Mansur b. Imam Malik menjelaskan riba sebagai lebihan pada bilangan atau timbangan yang sebenar atau samar-samar dan menangguhkan. Ia adalah setiap pertambahan yang disyaratkan ke atas modal asas iaitu penerimaan bayaran wang 161 .3. h. Beirut). 32 . M.kharsi. Husayn al-Fakr al-Razi. Ulama-ulama Mazhab Maliki mendefinisikan riba sebagai lebihan pada bilangan atau timbangan yang benar atau yang dijangka dan selepasnya.cit.Hadithah. h.. Kaherah: Maktabah Wahbah. (t. Ulamak fiqh mendefinisikan riba dengan Kelebihan harta dalam suatu muamalah dengan tidak ada gantinya. Ia mempunyai tiga unsur iaitu: Tambahan atau lebihan bayaran dari yang sedia ada ke atas modal pinjaman. Menurut Imam Fakr al-Ddin al-Razi. Penentuan lebihan pembayaran tersebut berhubung dengan masa.t) al-Tafsir al-Kabir. 56). (Chapra. h. Yunus Idris al-buhuti (1982). h. (Ramadaan Hafiz al-Sayuti (1994). op. Ahli ekonomi semasa pula mendefinisikan riba sebagai penentuan lebihan daripada pinjaman modal yang diterima oleh piutang dalam tempoh yang telah ditetapkan. riba bermaksud perubahan dan pertambahan yang dilarang oleh Islam iaitu riba Nasi‘ah. 158 Riba secara teknikal merujuk kepada premium yang mesti dibayar oleh peminjam kepada yang memberi pinjaman bersama-sama dengan jumlah prinsipal sebagai satu syarat untuk melanjutkan kematangannya.Riyadh: Maktabah al-Riyad al. Fawaaid al-Bunuk wa al-Istiyshmar wa al-Taufir Fi Daw’ al-Suyariah al. Al-Qaradawy pula mengatakan bahawa bunga atau interest bank adalah haram.Fikr. Ali Ahmad al-Saadi al-Adawi (t. (Abu Abd Allah Muhammad b. Kasyaf al Qina’ an Matn al-Iqna’.Islamiyah.

Dari jenis riba. Menurut beliau riba sejak dahulu lagi bukan sahaja tempat dalam amalan berhutang. Menurut pendapat kebanyakan ulama pengharaman Riba al-Fadl tidak berlaku dalam al-Quran. jld 1. Abd Allah al-‘Arabi (1988). h. Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah. Lihat Abu Bakr Muhammad b. Ibn al-‘Arabi mendefinisikan riba sebagai segala pertambahan yang diambil tanpa tukarannya.tanpa perniagaan atau sebarang kepenatan usaha sebagai habuan dari modal asas. 110 Pembahagian ini menjelaskan riba boleh berlaku didalam urusan pinjaman dan jual beli. Beirut: Muassasah al Risalah. Lihat Ibn Qayyim (1991). Sementara dari jenis sumber hukum pula mereka membahagikan dua jenis juga iaitu riba yang diharamkan al-Quran (Riba al-Qur’an) dan riba yang di haramkan oleh al-Sunnah (Riba al-Sunnah). Amman: Matba’ah al-Syarq wa Maktabaha. Mereka mengkelaskan riba dari segi jenis riba. Hamoud. Fatawa al-Muasirah. h. malah terdapat juga dalam perniagaan kerana jual beli adakalanya dibuat secara bertangguh dan adakalanya secara berhutang.3.1. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al Baqarah ayat 278-279. 185). 320-321 5. mereka membahagikan riba kepada dua bahagian iaitu riba hutang (alduyun) (kata jamak kepada al-Dayn) dan riba jual beli (al-buyu’) (kata jamak kepada albay’). Ahkam al-Quran. Ibn Al-‘Arabi menyatakan bahawa ayat-ayat riba diturunkan untuk menangani segala persoalan yang berkaitan dengan semua jenis riba. (Sami’ Hassan. sumber hukum dan akibat perbuatan riba. h.2 Pengkelasan Jenis-jenis Riba Terdapat beberapa pendekatan yang telah digunakan oleh ulama dalam membuat pengkelasan riba.2. Gelaran Riba al-Sunnah diberikan kepada Riba al-Fadl tidak berpakna tidak ada sunah yang membicarakan riba al-Nasi’ah. Di sana terdapat banyak hadia yang menyentuh persoalan riba secara umum dan Riba al-Nasi’ah secara khusus. 162 . Tatwir al-‘Amal al-Masrafiyah bi ma yattafiq wa al-Syari’ah al-Islamiyyah. (1982). (Yusuf al-Qaradawi(1992). sebaliknya berlaku dalam sunnah.

t). 3105) Pendapat ulama Mazhab Maliki pula dalam al-Khursyi. Riba al-nasi’ah (penukaran yang 163 (t. Bada’i’ alSaana’i’ fi Tartib al-Syara’i’. Kaherah: al-Maktabah al-Islamiyyah. riba ada empat jenis iaitu Riba al Fadhl (menukar dua barang yang sama jenis dengan tidak sama kuantiti). Menurut sesetengah pendapat ulama pula. al-babi al-halabi wa Awladih. Syams al-Din Muhammad b. Riba al Yad (beRPisah dari tempat akad sebelum timbang terima). h. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj.t). 36) Ulama Mazhab Syafi’i membahagikan riba kepada tiga jenis iaitu Ria al-Fadl. h. Mengikut Jumhur Ulamak Fiqh. juz 5.1. Mas’ud al-Kasani (t. ‘Abd Allah b. juz 3. 409. Riba alNasa’ dan riba al-Yad.3.3 Jenis-jenis Riba Para ulamak membahagikan riba kepada beberapa jenis. (‘Ala al-din Abu Bakr b. h. Abi al-Abbas Ahmad b.Bahagian riba yang ketiga ialah berdasarkan kemudharatan yang ditimbulkan oleh riba iaitu riba yang membawa kemudaratan yang besar atau nyata (Riba al-Jali) dan riba yang membawa kemudharatan yang kurang jelas (riba al-Khafi).t). Lihat Abu al-‘Abbas Ahmad Syihab al-Din b. Hamzah al-Ramli. Beirut: Dar al-Fikr. (Ibn Qayyim (1991). Kaherah: Dar al-Fikr al-Islamiy. h. al-Kasani dari mazhab Hanafi mengatakan riba yang dikenali pada syarak ialah Riba alFadhl dan Riba al-Nasa’i. Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Riba al-Buyu’ adalah daripada jenis khafi. 5. juz 4. Riba al Qard (meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang mempiutangi). Ali (t. juz 7. al-khursyi ‘ala Mukhtasar Saydi Khalil. Muhammad. Ibn Hajar (t.t.2. 272.). Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa . Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah.

Tahrim al-Riba wa Tanzim al-Iqtisad. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir.Mohamad al-Bajuri. 83 5. Kaherah: Matba’ah dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabiyyah.t). Jarir al-Tabari (1988). (t. 135. Riyadh: Dar al-Sau’udiyyah. h. (1985). Al-Qurtubi menyatakan bahawa riba al-jahiliyah ialah lebihan bayaran apabila penyerahan bayaran dilewatkan. Ia merupakan tambahan kepada hutang kerana perlanjutan 164 . Abu Jaafar Muhammad b.2. h. 32. op. Apabila tiba masa akhirnya tempoh tersebut.cit. h. Mengikut Syid Sabli riba dibahagikan kepada dua jenis iaitu Riba al-Nasi’ah dan Riba alFadl. Riba jenis ini merupakan riba yang tidak diragukan kerana ia jelas disebut melalui alQuran. jld 2. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. Jami’ al-bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Quran. 35). Fiqh Al Sunnah. h. Sayyid Sabiq (1971). Beirut: Dar al-Fikr.1 Riba Al-Nasi’ah (Riba Hutang Piutang) Jenis Riba asal ini adalah dikenali dengan riba hutang piutang atau dikenali juga riba aljahiliyah. sipemiutang memberi pilihan kepada orang yang berhutang samada hutangnya dibayar atau tempoh disambung dengan dikenakan bayaran tambahan.3. Menjadi amalan biasa Masyarakat Arab jahiliyah di mana apabila seseorang memberi hutang kepada orang lain untuk satu tempoh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. h.. h. ‘Itr.127.3. (1988). Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi.disyaratkan terlambat salah satu dua barang). juz 1. Hasyiyah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazzi. Beirut: Muasasah alRisalah. 90. Nur al-Din (1985). 343. Wahbah al-Zuhayli (1991). al-Tafsir al-Munir. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. 93 Riba al-Nasi’ah adalah yang terjadi didalam aktiviti hutang piutang dan Riba al-Fadl adalah yang berlaku didalam aktiviti jual beli Jual beli.3.. h. Ibrahim b. Cetakan 4. j.. Juz 3.1. alMuamalat al-Masrafiyyah wa al-Ribawiyah wa Ilajuha fi al-Islam. Muhammad Said al Isymawi (1996). (Muhammad Abu Zahrah. h.

. Ia merupakan hutang piutang kerana melibatkan amalan peminjaman wang dan mengenakan bunga. Ahkam al-Quran. Jual beli dengan harga tertangguh. Tambahan ke atas hutang yang dibuat semasa akad pinjaman beserta tambahan yang disyaratkan semasa akad dan tambahan itu diambil bersama-sama wang asas. 1989: 114) Riba al-Nasi’ah boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu: a.cit. (Sayyid Sabiq (1971).). pembeli tidak mampu menjelaskan harganya maka tempoh dilanjutkan lagi dengan harga dinaikkan selaras dengan lamanya perlanjutan tempoh tersebut. al-Jamal (1986). juz. op. h..t. Kadar dan bentuk bayaran lebihan ini telah dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak. (Abu Bakar Ahmad ibn Ali al-Razi Al-Jassas. Lihat Ibrahim al-Tahawi. h. h. Kaherah: al-Hay’ah al-Ammah li Syu’un al-Matabi’ al-Amiriyah. Iaitu apabila cukup tempoh sebagaimana yang telah ditetapkan. Ketika turun ayat mengharamkan riba. 1. Adakalanya pembayaran lebihan ini dibuat mengikut bulanan dan adakalanya dibayar sekali gus di akhir tempoh tersebut. 2.cit. Umumnya masyarakat Arab Jahiliyyah berurusan sesama mereka yang menjalankan unsur riba melalui dua bentuk riba iaitu 1. 135) Riba ini juga menjadi kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah ada beberapa bentuk.2. h. Beirut: Dar al. 183-189). al-Iqtisad al-Islami mazhaban wa Nizaman Dirasah Muqaranah. jld. op. (1974). memberikan pinjaman yang bertempoh dengan dikenakan bayaran lebihan yang dipersetujui daripada jumlah asas pinjaman.Ihya’ al-Turath. (Ibn al-Qayyim. amalan tersebut sedang berjalan. Riba jenis ini juga disebut sebagai Riba’al-Jali (Riba yang terang-terang memberi mudharat) yang diharamkan. (t. 394.tempoh matang pembayaran balik atau tambahan yang diambil oleh si pemiutang daripada penghutang yang telah disyaratkan kerana perlanjutan tempoh. 165 . 303.

perbezaan timbangan dan sukatan tidak menyebabkan berlakunya Riba al-Fadl. jld 11. bukannya kualiti barang. Mu’min Ab Ghani (1999). jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu mahu membelinya mka juallah tamar kamu kebudian belilah tamar (yang kamu kehendaki) dengan harganya (harga tamar kamu. 118 5. 166 .2 Riba Al-Fadl (Riba Jual Beli) Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila terdapat perbezaan dari sudut kuantiti atau masa penyerahan dalam jual beli atau pertukaran barang-barang ribawi yang sejenis sebagaimana dinyatakan dalam al-Sunnah. maka saya menukarnya dua cupak dengan secupak tamar barni untuk santapan nabi SAW. Lalu rasulullah SAW berkata: hah. maka sukatan atau timbangannya hendaklah sama. Beirut: Dar al-Fikr. Jika terdapat perbezaan pada timbangan atau sukatan pada salah satu pihak (penjual atau pembeli). Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Said telah menjelaskan ketetapan ini. Begitu juga jika terdapat perbezaan timbangan dan sukatan dalam pertukaran barang dari kelompok yang berlainan.3. h. Sayid Qutb (1992). ini adalah riba. Muslin b al-Hajjaj b.2. Ab. Jika peraturan dibuat di antara barang dari jenis yang berlainan tetapi dalam kelompok yang sama. Tambahan ke atas hutang kerana menangguhkan pembayaran apabila tiba tempoh pembayaran sama ada hutang itu beRPunca daripada urusniaga jualan dengan harga tangguh atau beRPunca daripada urusniaga pinjaman. Maknanya si penghutang gagal menjelaskan hutang masa yang dijanjikan. Bilal menjawab: tamar yang kami ada rendah mutunya. Segala pertambahan tersebut menjadi syarat dalam kontrak hutang tersebut. h.” Lafaz ini terdapat di dalam sahih Muslim.3. 325. Muslim al-Qusyayri al-Nysaburi (1995). 19 Jika pertukaran (barter) melihat barang sejenis. Sabda Rasulullah SAW: “Bilal telah datang bertemu Rasulullah SAW dengan membawa “tamar barni” (tamar berputu tinggi). Sahih Muslim. Perbezaan yang dimaksudkan ialah (pada kuantiti) timbangan atau sukatan.b. maka tidak berlaku Riba al-Fadl. lalu rasulullah SAW menyoalnya dari mana ia diperolehi.1. No hadis 1594. maka berlakulah Riba al-Fadl. h.

Pendapat ‘Ammar (mazhab yang zahir bagi) Imam Ahmad dan Abu hanifah mengatakan segalan makanan yang disukat dan ditimbang yang homogenus adalah Ribawi. terdapat empat pendapat dalam menentukan ianya ribawi atau sebaliknya. Abu Abd Allah Muhammad b Abu Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1991).2. 3. Mereka menolak qiyas dalam masalaah ini kerana ‘illahnya lemah dan tidaka jelas. 104-105. Mengenai emas dan perak. I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. tamar dan gandum. (b) Pendapat al-Syafi’i. h. Pendapat al-Syafi’i (baru) dan satu riwayat Imam Ahmad mengatakan semua jenis makanan adalah ribawi. 167 . 4. Lihat Syams al-Din b. terdapat dua pendapat dalam menentukan ianya ribawi iaitu : (a) Pendapat Mazhab Hanafi dan salah satu Imam Ahmad yang mengatakan emas dan perak termasuk barang ribawi kerana kuantitinya ditentukan dengan timbangan.Terdapat enam jenis barang yang dinyatakan oleh nas hadith yang boleh menimbulkan Riba al-Fadl. barli. perak. Ibn Qayyim al-Jawziyyah memilik pendapat kedua kerana kepentingan dan keutamaan dua logam tersebut adalah kerana nilainya yang stabil lalu boleh dijadikan alat pengukur nilai kepada semua bendabenda lain. Mengenai makanan. Pendapat Qatadah (menjadi pegangan mazhab Zahiri) menghadkan kepada enam barang yang disebutkan oleh nas sahaja. Imam Malik dan riwayat lain Imam Ahmad yang mengatakan bahawa kedua-dua logam itu dikira ribawi kerana ia menjadi alat pengukur nilai (al-thamaniyyah). Keutamannya bukan dilihat sekadar fizikalnya sebagaimana komoditikomoditi lain yang turun naik harganya dipasaran. 2. al-Musayyib. Oleh itu segala ligam yang ditimbang termasuk barang ribawi. al Syafi’i (lama) dan satu riwayat Imam Ahmad mengatakan semua jenis makanan yang ditimbang dan disukat adalah ribawi. gandum. Barang-barang ribawi ialah emas. Ulama berselisih pendapat tentang penglibataan barang-barang selain dari yang disebut tadi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmuyyah. Pendapat Sai’id b. J. 1.

Beirut: Dar al-Fikr. Tafsir ayat al-Riba Fi Zilal al Quran. Muslim (1995). Ala’ al-Din Abu Bakar Bin Mas’ud al-Kasani. Kitab al-Tijarah. Al-Imam Nawawi. Hadis 1551. Muhammad Amin bin Umar Abd al-Aziz (1986).Rasulullah SAW telah bersabda: “emas dengan emas. Sekiranya berbeza jenis. perak. Al-Samit. Hasyiyah Rad al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar (Hasyiyah Ibn Abidin).a. Kitab al168 . serupa dengan serupa. (Ibn ‘Abidin.a. Riba al-Fadl ialah jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada dua barang tukaran (jual beli). maka juallah sesuka kamu asalkan berlaku secara tangan dengan tangan (tunai). barli dengan barli.Para Fuqaha’ Hanafi pula mendefinisikan riba al-Fadl sebagai jual beli (bay’) iaitu tambahan ‘ain harta dalam suatu kontrak jual beli melebihi timbangan atau sukatan biasa apabila sama jenis. No.Fikr.t) Sunan Ibn majah. (1988) Sahih Muslim.11. jld 5. bab alSarf . Ubadah b. gandum. gandum dengan gandum. 183). 168.”(HR Muslim. Yazid alQazwani Ibn Majah (t. Hadis: 1587. op. Abu Isa Muhammad b.3. h.a dan Ibn Umat r.2 h. h. h. j. bab al-Sarf wa bay’ al-Dhahab bi al-Waraq Naqdan. Menurut al-Zuhayli. Al-Samit r.t) al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi.cit. No hadis: 2254. Penukaran itu berlaku dengan tetapi lebih banyak jumlahnya kerana orang yang menukarkan memberi syarat demikian seperti pertukaran emas dengan emas. h. j. Abu Abd Allah Muhammad b. Abu Dawud Sulayman B al-As’ath al-Sajistani al-Azdi (1994). barli. 757. sama banyak dan serupa. Isa Surah al-Tirpdhi (t. 13. Beirut: Dar al-Fikr. padi dengan padi dan sebagainya. (Sayid Qutub (1985).a Daripada Ubadah b. Riwayat yang masyhur ialah datangnya dari Umar al-Khattab r. Kitab al-Musaqat. Beirut: Dar al-Kitab al-A’rabi.. al-Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syara’i. tangan dengan tangan. h. tamar dengan tamar. Kaherah: Maktabah wa Matbaah Musrafa al-Babi al-halabi wa auladuhu. Abu Sa’id al-Khudri. perak dengan perak. Sunan Abi Dawud. garam dengan garam. Beirut: Dar al. j. Hadis yang menceritakan jenis barang-barang tersebut terdapat di dalam beberapa riwayat. 3). 314-315. tamar dan garam dijadikan barangan pertukaran yang sama jenis maka ia mestilah dalam bentuk pertukaran serta merta. (1982). Abu Hurairah r. Rasulullah SAW dalam sebuah hadithnya meminta supaya apabila emas..

Walaubagaimanapun kelewatan menyerahkan salah satu atau kedua-dua barangan benar-benar berlaku di luar majlis kontrak. Ahli falasafah Mesir Purba bernama Solon pernah menyarankan supaya bunga dihapuskan.1. Dalam Tamadun Babylon umpamanya.h.3. Dalam sejarah babylon juga terdapat amalan riba yang dikenakan 12%. No hadis 1240. namun pengharaman riba dalam tamadun dan ajaran agama lain tidak konsisten sebagaimana dalam ajaran Islam. (al-Zuhayli (1989). bab bay’ alSya’ir (44).2. hutang tersebut boleh ditangguhkan ketahun yang berikutnya.5. bab 23. Selain daipada dua nama riba tersebut. malah telah pernah diharamkan dalam tamadum manusia dahulu kala dan dalam ajaran agama samawi yang lain. Pengaharam riba bukan sahaja berlaku dalam syariat Islam. terdapat peraturan-peraturan mengenai hutang piutang di dalam perlembagaan yang dikenali sebagai kod Hamurabi. Kitab al-Buyu’. No hadis: 4578. terdapat juga pendapat Ulamak dalam Mazhab Syafi’i yang mengatakan bahawa ada riba jual beli yang dinamakan Riba al-Yad.319). h. Ahli Falsafah Greek yang menentang amalan riba seperti Plato mengatakan 169 . j.j. Ia juga adalah pertukaran barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain dengan kedua-duanya mampunyai ‘illah yang sama tanpa isyarat tempoh tertentu ketika kontrak tersebut. 541. 683-684 5. h. iaitu jual beli yang dilewatkan terima serahan salah satu daripada dua barang tukaran ataupun menerima salah satu tanpa menyebut tempoh. Peraturan tersebut mengatakan bahawa urusan hutang hendaklah dibuat perjanjian bertulis dengan bersaksikan seorang pegawai.7. al-Nasa’i (1994). Kod Hamurabi juga juga menetapkan kadar maksimum untuk untuk pelbagai hutang di samping mencadangkan kaedah perkongsian untung rugi sebagai jalan keluar dari masalah riba. Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu menjelaskan hutangnya disebabkan keuzuran yang patut.Buyu’.4 Pengharaman Riba.

Umar Chapra (1985). Dalam ajaran Islam aktiviti riba adalah haram dan dianggap dosa besar. op. 126. (1986). h. M. Dar al-kitab al-Lubnani. riba termasuk perkara yang membinasakan dan lain-lain lagi. Keempat-empat kumpulan nas itu disusun mengikut tertib turunnya sesuai dengan strategi penghapusan amalan riba yang telah bertapak lama dalam kehidupan manusia. Qureshi (1961). Hamoud (1982). Lihat Muhammad ‘Abd al-Mun’im Al-Jamal.4. Apabila aktiviti perniagaan semakin berkembang. h. h. Ulama membahagikan nas-nas riba kepada empat bahagian. 27. h. Edinburgh: T&T . 386. 49-50. h.. Abu ‘Abd Allah Muhammad b. 42.3. Raja Justinian pernah meletakan kadar tertinggi bunga yang dibenarkan sebanyak 12%.. The Encyclopedia America (1991). Mawsu’ah al-Iqtisad al-Islami. ia diharuskan tetapi dalam lingkungan yang ditetapkan. h. h. Cato dan seneca mengutuk amalan riba dan menganggapnya sebagai perbuatan yang zalim. 13. Connecticut. James Hastings (1989). Clark. Kerajaan Rom mengharamkan amalan Riba.cit. janji neraka. Vol. al-Kaba’ir. 549.1. 12. Ahmad Shaikh Mahmud (2000). Uthman al-Dhahabi (1988).2. Cicero. h. al-Imran dan al-Nisa’. Ahli cendiakawan Rom juga mengutuk amalan Riba. 6. op. Pengharaman riba yang dijelaskan dalam al-Quran berdasarkan kepada empat peringkat wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam masa yang berlainan. Abu Zahrah (t.riba itu adalah amalan buruk yang haram dan Aristotle pula berpendapatt wang tidak boleh melahirkan wang yang lain. h. Terdapat lapan ayat yang menyentuh persoalan riba Lima ayat dalam surah al-baqarah dan tiga lagi tiap satu dalam surah al-Rum. Dalam nas-nas itu terdapat laknat Allah SWT. Towards Interest-Free Banking. 170 . 5. Grolier IncoRPorated. New Delhi: Kitab Bhava.t). Pengharam riba adalah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dan ijmak.1 Pengharaman Riba melalui al-Quran. Al-Dhahabi menjelaskan riba adalah dosa besar berdasarkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang jelas.cit. Ahmad b. Encyclopaedia of Religion and Ethics.. 6-7. vol. 824. sebaliknya ia adalah alat pertukaran semata-mata. Jordan: Maktabah Al-manar. Beirut .

1. h. Ayat tersebut adalah firman Allah SWT : 171 . 278 Peringkat 3 Al Imran 3:130 Peringkat 2 Al Nisa’ 4:161 Pada peringkat pertama. h. (Muhammad Ali al-Sabuni.1 : Peringkat penurunan Ayat Riba AYAT –AYAT RIBA Peringkat 1 Al Rum 30:39. al. 276. al-Tafsir al-Munir. 91). j. ketiga dan keempat seperti yang dijelaskan dalam rajah di bawah. Terdapat lapan ayat dalam empat surah yang menyatakan pengharaman riba di dalam al-Quran dengan penurunan melalui beberapa peringkat pengharaman iaitu peringkat pertama. al-Nisa’ dan al-Rum RAJAH 3. (1977).Riba tidak diharamkan secara sekali gus tetapi secara beransur-ansur sepertimana pengharaman terhadap arak. Peringkat 4 Al Baqarah 2:275. (1991). Rawa’i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran.Imran. tidak terdapat isyarat yang jelas menunjukkan riba itu hukumnya haram. 390). Beirut: Dar al-Fikr al-Mua’sir. kedua. Damsyik: Maktabah al-Ghazali. Iaitu surah al-Baqarah. (Wahbah Al-Zuhayli. Bagi mereka yang kejernihan akal ayat ini sudah mengegarkan hatinya untuk meninggalkan perbuatan riba. Juz 3. Sungguhpun begitu ayat tersebut ada menunjukkan kecaman Allah terhadap riba.

(al-Rum : 39) Peringkat kedua menyatakan tentang pengharaman riba dalam sejarah bangsa yahudi. Mereka telah menjadi kufur kerana sanggup melanggar larangan Allah SWT. Ayat tersebut adalah firman Allah SWT : [130] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Pengharaman riba ke atas umat Islam melalui ayat ini tidak secara jelas. Cara al-Quran menyatakan hukum secara imbasan ini berlaku juga pengharaman arak. Pengharaman diperingkat ini adalah pengharaman juz’i dan bukannya kulli. Kenyataan al-Quran ini telah menimbulkan kontroversi tentang samada pengharaman tiba terhad kepada riba al-Jahiliyyah atau mencakupi semua tahap riba. dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah. Ayat tersebut adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) : [161] Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya.‘Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia. Maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. al-Sabuni (1977). azab seksa yang tidak teRPeri sakitnya. Maka (yang berbuat demikian) Itulah orangorang yang melipat gandakan (pahalanya)’. sebaliknya ia disebut secara imbasan. Sebahagian besar ahli tafsir berpendapatt sifat berganda bukanlah kriteria yang menyebabkan riba itu haram. 172 . judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka. (al-Nisa’:161) Peringkat ketiga menyatakan secara jelas pengharaman riba yang berganda-ganda. dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu. Ia hanyalah memberi maksud sifat riba yang menjadi amalan dalam urusan kewangan pada masa itu.

jika benar kamu orang-orang yang beriman. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba). [278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu. Ayat 279 menyatakan secara tegas hutang hendaklah dibayar dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan. [276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekahsedekah dan zakatnya. maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka. mereka kekal di dalamnya. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Melalui kedua-dua ayat ini Allah SWT mengharamkan riba secara jelas tanpa mengira samada riba itu berlipat ganda ataupun sebaliknya dan hukum ini adalah muktamad sehingga hari kiamat. Ayat 278 menyeru orang-orang yang beriman supaya menjauhi sebarang aktiviti riba. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. Ayat tersebut adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) : [275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.Peringkat keempat pengharaman riba terkandung di dalam ayat 278 dan 279 surah alBaqarah. 173 . Menjauhi riba adalah salah satu ciri orang yang beriman.

Al-Sunnah adalah sumber hukum yang ke dua dalaam syariat Islam. Secara umumnya hadithhadith mengenai riba boleh dikategorikan kepada tiga bahagian. Hukum-hukum yang datang daripada al-Sunnah berbanding dengan al-Quran terbahagai kepada tiga bahagian iaitu: 1. Damsyik: Dar al-Fikr. 174 . h. h. al-Sabuni (1981). al-Buti (1980). 79. Hukum-hukum yang mengesahkan dan menguatkan lagi hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Banyak hadith Rasulullah saw yang menyentuh tentang riba. cet 2. 3. Wahbah al-Zuhayli. 75 5.2 Pengharaman Riba melalui al-Sunnah Pengharaman riba juga datangnya dari al-Sunnah. Beirut: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah. h. juz 1. Kategori ketiga pula ialah hadith-hadith yang menegah amalan riba dalam jual beli. 115-116. ‘Abd al-Karim Zaidan (1987). 177.4 . juz 1. Hukum-hukum yang menjadi penjelas kepada hukum-hukum yang terdapat dalam al-quran. Kategori pertama ialah a. Kategori pertama ialah hadith-hadith yang mengharamkan riba dalam Kategori kedua ialah hadith-hadith yang menegah amalan Riba albentuk umum iaitu yang menceritakan amalannya tergolong di dalam dosa besar. 3.Ayat ini diturunkan menceritakan bahawa Abbas bin Abdul Mutalib bin Walid pada masa jahiliyahnya berkongsi meminjamkan wang kepada orang-orang dari suku Taraqif secara riba. Jahiliyah atau riba Hutang. Usul al-Fiqh al-Islami. Beirut: Muassah al-Risalah. Apabila Islam datang keduanya mempunyai modal besar yang beRPusing secara riba lalu Allah menurunkan ayat 2:278. (Muhammad Mustafa al-Syalabi (1986). h. h. Usul Fiqh al-Islami. 2. Hukum-hukum baru yang asalnya tidak diperolehi dari al-Quran. 461). (1986). b. al-Wajiz fi Usul alFiqh.1.2.

Kategori 3 Amalan Riba dalam Jual beli Amalan riba al- 1. op.t) op.. 512 2. h. op.cit.a. 764.a bahawa Nabi saw telah bersabda yang bermaksud : ‘Pada malam mi’raj. golongan ini semuanya sama. Nabi SAW bersabda bermaksud : ‘Riba itu mempunyai tujuh puluih bahagian. Ibn Majah. Jahiliyah Daripada Jabir memberitahu bahawa ‘Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba. Abu Daud dan al-Tirpidhi meriwayatkan hadis yang sama daripada ‘Abd Allah b. kedua-dua saksi dan penulisnya dan baginda bersabda.t) op.. Mas’ud.h. 50. memberi riba. Ibn majah.cit. Abu Daud (t.. paling ringan ialah seumpama seseorang itu mengahwini ibunya sendiri. Ibn Majah (t. ‘ (Riwayat Ibn Majah) 3.t). Jibrail menjawab bahawa mereka itu ialah orang-orang yang memakan riba.cit.cit. Daripada Abu Hurayrah. siapakah mereka itu. Daripada Abu Hurayrah r. h.2 : Ketegori Pengharaman Riba melalui al-Sunnah KATEGORI PENGHARAMAN RIBA MELALUI AL-SUNNAH Kategori 1 Riba sebagai dosa Besar Kategori 2 Contoh-contoh Hadith dalam kategori 1. Abu Daud. Daripada Abu Hurayrah r.. aku telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti rumah dan dilihat ular berada di dalamnya. al-Tirpidhi (1981).’ (Riwayat Muslim. lalu aku bertanya kepada jibrail. Tirpidhi) Muslim (t.Rajah 3. h.’ (Riwayat Ibn Majah) 4. Nabi bersabda bermaksud : 175 . 244.

juz 4.. juz 7. 176 bersabda yang bermaksud : . op.’ (Riwayat Muslim. h. al-Darimi dan al-Bayhaqi) 3.’ (Riwayat Ibn Majah. juz 5.t). 281.’ (Riwayat Daraqutni) Ali b. Contoh-contoh Hadith dalam kategori 2 ialah : Jabir Bin ‘Abd Allah melaporkan tentang peristiwa haji wida’ nabi dengan ‘Dan Riba al-jahiliyah dihapuskan dan pertama-tama riba yang aku hapuskan ialah riba yang seseorang bayar kepada ‘Abbas Bin ‘Abd Mutalib.cit. kamu tidak menzalimi dan juga tidak dizalimi. h. sesuangguhnya ia dimansuhkan semua sekali. 1.. dicetak bersama dengan al-Ta’liq al-Mughni ‘ala al-daraqutni. Umar al-Daraqutni. (1993).’ (Riwayat Nasa’i. alNasa’i (t. 106 a. Kanz al-‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Beirut: Mu’assasah al-Risalah. Ismail B. Abu Daud. lafaznya ialah “Tiada riba kecuali pada tertangguh”. 16. debu-debunya akan mengenainya juga. Ibn ‘Abbas berkata bahawa Usamah Bin Zayd melaporkan bahawa nabi saw ‘Sesungguhnya riba itu berlaku pada yang bertangguh..’ Muslim (t. ‘Ala’ al-Din B. Daripada ‘Abd Allah Bin Hanzalah.t). Sunan al-Daraqutni. Abu Daud) 2. 5. h. Mengikut al-Nasa’i.‘Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan makan riba dan jika ia tidak memakannya. h. Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi (1985). h. Ibn Hanbal (t. Abu ‘Abd Allah Muhammad B. juz 5. op. karangan Abu al-tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi. cet. Nabi saw bersabda yang bermaksud : ‘Satu Dirham daripada riba yang diterima oleh seseorang sedangkan dia mengetahuinya adalah lebih buruk daripada berzina tiga puluh kali. juz 3. op. 50.t). 208. Ibn Majah) 5.cit. Ibn Majah.cit. Rasululah saw telah bersabda : ‘Ingat-ingatlah bahawa semua riba al-jahiliyah itu mengatakan bahawa nabi beRPesan dengan sabdanya yang bermaksud : dimansuhkan bagi kamu adalah modal asas maku.

jangan kamu buat 177 . al-Darimi (t.t) op. juz 2. 174 4. 41. Rasulullah saw bersabda bermaksud : ‘Emas dengan emas.Ibrahim al-Bukhari. perak dengan perak. maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjuk berunjuk (secara tunai). 67. sekiranya berbeza jenis dengan barangan itu.cit. Abu Daud (t. Kategori ini adalah hadis mengenai riba yang paling banyak diriwayatkan oleh para sahabat iaitu melibatkan seramai 22 orang sahabat semuanya. tamar dengan tamar. h. antara contoh-contohnya ialah : 1.. Lihat Muhyi al-Din Abu Zakariyya yahya Bin Syaraf al-Nawawi. serupa dengan serupa.cit. Rasulullah bertanyakan lelaki itu samada semua tamar di Khaybar seperti yang dibawanya. 31. garam dengan garam. juz 2. juz 10. ‘Sesungguhnya riba itu berlaku pada Dayn (hutang)’. juz 2. Kaherah: Dar al-Fikr.cit. Mengikut lafaz riwayat al-Darimi pula. op. Daripada Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata : ‘ Bahawa Rasulullah mengutuskan lelaki bekerja di khaybar dan lelaki tersebut datang berjumpa baginda dengan membawa buah tamar ‘janib’. 2. Usamah Bin Zayd juga melaporkan bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara unjuk berunjuk (tunai)’. 1025. Daripada ‘Ubadah Bin al-Samit.. Ibn Majah (t. barli dengan barli. sama dengan sama.t). 185.t). h. op. Sahih al-Bukhari. Muslim (t.t). al-majmu’ Syarh al-Muhadhadhab. h. Hadith-hadith yang termasuk di dalam kategori yang ketiga. Lalu Rasulullah pun bersabda. h.. (t.cit. op. juz 3. h. tidak wahai rasulullah. Istanbul: al-Maktabah alIslamiyyah. unjuk berunjuk. h.. (1981). gandum dengan gandum.t). lantas lelaki tersebut menjawab. b. sebenarnya kami menukar satu sa’ (satu sukatan) tamar dari jenis ini dengan dua sa’ tamar biasa dan dua sa’ tamar ini dengan tiga sa’ tamar biasa.

ternyatalah bahawa hadith ini bukanlah menjadi penjelas kepada ayat riba surah albaqarah kerana ayatnya diturunkan selepas hadith tersebut. jualkan dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu peroleh’. Fiqh al-Sirah. jualkan tamar ‘al-jam dengan dirham dan gunakan dirham itu untuk membeli tamar ‘janib’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) . 337. Hajar al-‘Asqalani. Lihat Abu al-Fadl Ahmad b.t). ‘Ha. Begitu juga ia bukanlah menjadi penjelas kepada riba dalam surah al-Imran kerana riba dalam ayat itu berbentuk ad’af Muda’afah sedangkan ciri ini hanya terdapat pada urusniaga hutang yang bertangguh sahaja. juz 3. 8. Rasulullag terus bersabda.(Riwayat Bukhari. 925. Muslim.. op.5 Barang-barang Ribawi 178 . (t. juz 9. Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam.cit. 5. 267 3.1. Lihat alNawawi (1981).cit. Bilal menjawab ‘Tamar yang ada pada kami adalah Radi’ (berputu rendah) lantas saya menukarnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’ untuk hidangan rasulullah. h. ‘Ali b. h.Nasa’i) Pengharaman Riba dalam jual beli berlaku pada peperangan Khaybar dan begitu juga hadith Abu Sa’id al-Khudri mengenai pertukaran buah tamar didapati berlaku sempena dengan pembukaan Khaybar. op. 151. cet... h. Oleh itu.2. Beirut: Dar al-Fikr.3. Abu Zahrah (t. lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar diperolehi. 21. (1978). Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti. ibn Hajar al-‘Asqalani. op. h.cit.begitu. Abu Said berkata : ‘Bilal telah membawa buah tamar ‘Barniy’ (berkualiti tinggi).Janib adalah sejenis tamar yang berkualiti tinggi. (1980).t). Peperangan Khaybar terjadi pada kurun ke 7 Hijrah dan ini berpakna bahawa hadith pengharaman pertukaran barangan ribawi itu adalah sebelum turunya ayat riba dalam surah al-baqarah dan selepas ayat riba dalam surah al-Imran. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi. h. jangan lakukan demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar. ini betul-betul riba. Tamar al-Jam ialah tamar radi’ iaitu yang bercampur-campur. juz 11.

barangan itu adalah barangan mithli yang juga merupakan barangan atau objek yang sah dibuat kontrak Qard. h.6 ‘Illah Pengaharaman Riba Mata Wang (al-Nuqud) 179 . Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-haq min ‘Ilm al-usul. Segala urusniaga yang melibatkan pertukaran barangan ribawi yang sama kelompok (mutajanisayn) seperti emas dengan emas mestilah memenuhi dua syarat iaitu al-Tasawi (sama kuantiti) dan al-Tanaqud (serahan serta merta). juz 5.. Beirut: Dar al-Fikr. 154. 157.1. ‘Ali alSyawkani.cit.t). Barangan Ribawi mempunyai dua kelompok iaitu Kelompok al-Nuqud (wang) iaitu emas dan perak dan kelompok al-At’imah (makanan).. (1989). h. op. 72. Juz 10. Mengikut Ibn Hazm. op. Semua kelompok mempunyai ‘illah (sebab) yang berbeza pengharamannya. 3. 5.t). juz 7.). Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya b. al-Subki (t. h. 72) Pertukaran barangan ribawi daripada kelompok yang berbeza seperti emas dengan gandum tidak terikat kepada apa-apa syarat hukum riba jual beli. Beirut: Dar al-Fikr.t. juz 10. Mazhab Hanafi dan Mazhab Shafi’i mengharuskan berlakunya unsur lebihan dalam urusniaga ini. (serahan serta merta). (t. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih. (t. h.) Manakala pertukaran barangan ribawi yang berbeza dalam kelompok yang sama (Mutaqaribayn) seperti emas dan perak. al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Muhammad b. Ahmad b.cit. (Ibn Hazm (1983).2. Sa’id Ibn Hazm. 219) Ia bebas mengikut kehendak pihak-pihak yang terlibat sama ada ingin melakukan lebihan ataupun penangguhan. gandum dengan barli hendaklah memenuhi satu syarat sahaja iaitu al-Tanaqud. (Abu Muhammad ‘Ali b.Semua yang diperkatakan dalam hadith mengenai Riba jual beli mempunyai ciri-ciri berikut iaitu barangan tersebut dikenali dengan barangan ribawi dan segala urusniaga yang melibatkan barangan ini tertakluk kepada hukum riba jual beli. Saraf al-Nawawi. al-Muhalla. h. juz 7.

h.cit. (1981). tembaga dan sebagainya adalah tertakluk kepada hukum riba. Abi Bakr b. Ab Mumin Ab Ghani (1999).).t. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. 3110. Beirut: al Maktab al-Islami. juz 7. Lihat al-Kasani (t.Majoriti ulamak sependapat mengatakan bahawa komoditi lain juga boleh terlibat dengan riba asalkan barangan itu mempunyai ‘illah yang sama dengan barang ribawi. op. juz 7. Abu Hanifah dan Abu Yusuf itu tidak dipersetujui oleh al-Syaibani iaitu Muhammad b. Sungguh pun begitu mereka berbeza pendapat tentang perkara-perkara yang terlibat kerana perbezaan pandangan tentang ‘illahnya. 3110 180 . alHassan. h. 57-59) Mazhab Hanafi berpendapatt bahawa ‘illah riba bagi emas dan perak ialah timbangan bagi barangan yang sama jenis.t). (alSyawkani (1971). h. juz 7. (Abu Walid Muhammad b. Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa alBabi al-Halabi wa Awladih. (1983). op. 3106. juz 8. juz 3. h. al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi. h. juz 2. Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf menganggap mata wang selain daripada emas dan perak seperti al-fulus tidak tertakluk kepada hukum riba al-fadl dan ia boleh diniagakan secara berlebihan iaitu satu fulus boleh ditukar dengan dua fulus. Ahmad Ibn Rusyd (al-Hafid). Mas’ud alBaghawi. 204. Burhan al-Din Abu Hassan ‘Ali b. al-Kasani (t. juz 5..cit. Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih. Masalah akan timbul sekiranya hendak diselaraskan bagi kes mata wang kertas kerana ia tidak mengambil ukuran timbangan emas dan perak justeru itu ia tidak tertakluk kepada hukum riba. op. (al-Kasani (t. Namun begitu pendapat mengenai al-Fulus. ‘Abd al-Jalil al-Marghinani (t. h.129). h. Syarh al-Sunnah.. 220). (Abu Muhammad al-Husayn b. Namun begitu. h. salah seorang orang kanan Abu Hanifah kerana belia berpendapatt bahawa alfulus (wang) itu sebagai pengukur nilai kepada barangan lain dan ia sudah tentu tertakluk kepada hukum riba.cit. Ibn Rusyd mengatakan bahawa barangan lain juga terlibat bukan atas asas qiyas tetapi ia lebih kepada kaedah al-khas yang menghendaki maksud al-‘am.t) .t). 61) Oleh itu semua komoditi yang mengambil ukuran timbangan seperti besi.

. Idris al-Shafi’i (1973). Cet 2. Beirut: Dar al-Ma’rifah. juz 3. Emas dan perak merupakan penjelas nilai bagi semua benda lain kerana kedua-keduanya adalah pengukur nilai dan ia tidak boleh diqiyaskan kepada barangan makanan ataupun barangan lain selain daripada makanan. Walaubagaimana pun mereka berselisih pendapat tentang apakah pengukur nilai ini hanya tertentu kepada emas dan perak sahaja kerana nilai fizikal yang terdapat pada keduanya atau mencakup juga lain-lain mata wang yang biasa digunakan dalam sesuatu masyarakat seperti fulus. Bulghah al-Salik li-Aqrab al-Masalik ‘ala al-Syarh al-Saghir. Nizam al-Din al-Hassan b. (1962). juz 3.3.. dan sebagainya.Mazhab Maliki dan Mazhab Shafi’i dan Hanbali mengatakan bahawa ‘illah bagi keduadua emas dan perak ialah kebiasaan menjadi pengukur nilai kepada barangan lain (Ghalabah al-Thamaniyyah).Unsur Gharar Dalam Muamalat 181 .cit. al-Nawawi (1985).2. h. 171. 343. juz 3. h. maka apalah faedah yang terdapat pada ‘illah itu kerana ia tidak boleh dibuat qiyas dengan barangan lain. 73. Al-Husayn al-Nisaburi.cit. h. Ghara’ib al-Quran wa ragha’ib al-Furqan. Muhammad b. al-Umm. Namun begitu ada pendapat yang mengatakan bahawa ia boleh diqiyaskan kepada barangan lain kerana jika benar dakwaan yang menyatakan bahawa ciri ini tidak terdapat pada barangan yang lain. Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih . 377-378. Hamoud (1991). . 15). Ahmad b. (Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Sesetangah ulama Mazhab Shafi’ie dan sesetengah pendapat daripada Mazhab Maliki berpendapatt ‘illah ini hanya tertentu kepada emas dan perak sahaja kerana ciri seperti itu tidak tidak terdapat pada komoditi lain. Mengikut sesetengah pendapat bahawa ‘illah kedua-dua emas dan perak ialah nilai fizikalnya (‘Ayn) bukannya lain-lain sifat. h. op. wang kertas. Menurut Imam Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm. op. Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih h. 5. Muhammad al-Sawi (1990).2.

Daripada Abu Hurairah r.a. Secara umumnya gharar bermaksud bahaya.” Bukhari (t.” Muslim (t. Muhammad b. h. bay al-hasat. bay’ al-mulamasah. j. op. al-Munazabah ialah jual beli di mana kedua-dua pihak tidaak menetapkan barangan yang di beli tetapi ditentukan dengan lontaran kain atau anak batu.t). maysir dan riba. bencara atau risiko. Majoriti kontrak yang haram pada masa dahulu termasuklah maysir. op.Urusniaga perniagaan yang mempunyai unsur Gharar adalah dilarang di dalam Syariat Islam.t). jilid 5. Ali al-Syawkani. 5. Terdapat nas al-Quran dan al-Sunnah yang memberi panduan tentang perlunya dielakkan keraguan dan risiko yang menjadi punca perselisihan. bay al-ma’dum dan lain-lain adalah kerana dikaitkan dengan kandungan gharar yang wujud dalam kontrak tersebut. jld 10. jld 5..2. 338.1 Definisi Gharar Perkataan gharar berasal dari kata gharara yang bermaksud mendedahkan diri seseorang atau hartanya kepada kemusnahan secara tidak sedar. Tirpidhi. Ibn Manzur (1994). Nayl al-Awtar. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r. al-Sunan al-Kubra. Kontrak Insuran hayat konvensional umpamaya diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Kebangsaan sebagai muamalat yang fasad dan hukumnya haram kerana ia tidak menepati prinsip-prinsip Islam dalam akad (urusniaga kontrak) iaitu mengandungi gharar.3.a bahawa “Rasulullah s. 11-12.cit.a katanya: “Rasulullah telah melarang daripada mengamalkan gharar dalam jual beli”. h.w melarang dari al-mulamasah dan al-munazabah. “ Ibn Umar berkata Rasulullah s.5. Al-Mulamasah pula ialah jual beli yang terlaksana apabila pembeli memegang barang tersebut.a. Ibn Majah. al-Mutaffifin: 1-3.cit.cit jld 3. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al’Arabi. 5. Beirut: Dar al-Fikr. Antaranya seperti dalam surah alNisa’:29. h. 155-157. h.w melarang jual beli munazabah (anak batu) dan jual beli gharar. h.” al-Baihaqi (t.w melarang bay’ al-Gharar.a. 165. ada juga yang 182 .t). Hadis Riwayat Muslim.2. “ Rasulullah s. op. (1999).

Beirut: Dar alMa’rifah. ketinggian makam dan penyukat besar atau sesuatu yang pada zahirnya menipu pembeli dan batin yang tidak diketahui seperti rupap bentuk ikan di dalam air. sesuatu kontrak itu berkemungkinan menjadi gharar fahisy dan pada masa yang lain menjadi gharar yasir bergantung kepada perubahan ‘uruf dan realiti semasa. Ibn Hazm menyatakan bahawa kejahilan pembeli tentang apa yang dibeli atau kejahilan penjual tentang apa yang dijual juga adalah gharar. Darjah risiko akan menentukan samada gharar itu disifatkan sebagai gharar yasir yang dibenarkan dan gharar fahisy yang tidak dibenarkan oleh syariah. al-Mabsut. j. Gharar ialah urusniaga yang mempunyai ketidakjelasan dalam akad urusniaga yang boleh memberikaan risiko kerugian kepada sebelah pihak dalam urusniaga.. Kerana itu dinamakan dunia ini mata’u al-Ghurur iaitu barang tertipu. lintasan hati. gharar ialah apa-apa yang tersembunyi implikasinya. jil 3. 194.) Gharar juga ialah ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu barang jualan. Oleh itu dalam sesetangah kes. Ia juga boleh didefinisikan sebagai syak tentang kewujudan barang yang dijual atau keraguan tentang wujud atau sebaliknya barang yang dijual tanpa pentarjihan. 355. Gharar juga adalah kontrak jual beli yang berisiko.mengatakan ia berasal daripada kata khatara iaitu bahaya. Menurut al-Sarakhsi.t). Gharar juga boleh berlaku kepada sesuatu yang tidak diketahui. (1978). Beliau mendefinisikan gharar sebagai 183 . Lihat Ibn al-Athir (t. Gharar tidak hanya terhad kepada ketidakpastian tentang kewujudan atau ketiadaan sesuatu tapi meliputi kejahilan tentang sesuatu. Gharar juga boleh berlaku dalam keadaan ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu perkara dan perkara yang tidak diketahui seperti sesuatu yang terlindung akibat atau natijahnya dan sesuatu yang terlindung dari pengetahuan. op. (Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sarakhsi. h. Dari segi istilah Syarak terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulamak.cit. h. 12. Darjah risiko dalam sesuatu kontrak banyak ditentukan oleh ‘uruf pasaran semasa.

Beirut: Dar al.sesuatu yang tidak diketahui tentangnya atau yang diragui tentang ada atau tidak sesuatu yang dijual. 171-172. 30-33) Hadis riwayat Ibnu Masud. kebolehan untuk diserahkan atau diterima (qudrah ’ala altaslim atau tasallum). Imam al-Syafi’ei menganggap Jahalah (ketidaktahuan) menyebabkan adanya bahaya dan Ibn Qayyim pula mengaitkannya dengan apabila seseorang itu gagal menyerahkan barangan yang dijual atau wujud ketidakpastian sama ada akan menerima atau sebaliknya barangan yang dibeli.Kutub al-Ilmiah. Gharar diharamkan kerana boleh membawa pertelingkahan. Al-Husayn b. syarat-syarat seperti mempunyai pengetahuan yang memadai (ma’lum) mengenai al-ma’qud ’alayh yang meliputi spesifikasi (ta’yin).Baihaqi. (alMilk al-Tamm). laut dan seumpamanya) kerana aia ada unsur gharar. (Yusuf al-Qaradawi (1987). edisi 2..cit. h. hadis no 1564. ‘Ali al. (1994) al-Sunan al-Kubra. sifat (sifah) dan kuantiti (qadr). Malah sekiranya sesuatu kontrak disertakan dengan syarat yang menyentuh al-ma’qud ‘alayh ini maka syarat itu juga perlu mematuhi syarat-syarat tadi. 340. Antara dalil pengharaman gharar ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Masud Bagi memastikan tidak wujudnya gharar atau keraguan pada kontrak yang boleh membahayakan matlamat asal kontrak. Al-Kasani (t. Setiap muamalat yang boleh membawa pertelingkahan sememangnya diharamkan dalam Islam.” Abu Bakr Ahmad b. 184 . Mesir. Sesetengah Fuqaha seperti al-Baji cuba meletakkan satu ukuran bagi menentukan sama ada gharar yang terdapat di dalam sesebuah kontrak adalah melampau atau sebaliknya. jld 5. Kaherah : Maktabah Wahbah). h. jil 5.Murabahah lil Amir Bi al-Syira’. Secara dasarnya gharar boleh wujud dalam setiap kontrak tetapi gharar yang mampu menyebabkan sesebuah kontrak itu menjadi tidak sah ialah kontrak yang melampau. “Jangan kamu membeli ikan yang masih dalam air (sungai. dan benar-benar dimiliki oleh orang yang memulakan tawaran. Universiti Khartoum. h.t) op. Nabi Muhammad Saw bersabda. al-gharar wa Atharuhu fi al-‘Uqud fi alfiqh al-Islami. (Muhammad al-Amin al-Darir al-Siddiq (1995). Bay’ al.

bil. sewaan dan perkongsian.. Al-Gharar dalam sighah akad jual beli meliputi 1. 2. 1. 4. Jualan yang ditaklik dan akad yang disandar kepada masa akan datang.. jld 7. terdapat kontrak lain yang tidak mengandungi bergantung pada keadaan. masa dan tempat. Pertama. yang melibatkan harta termasuklah jual beli. op. Jualan al-Munazabah (Lontaran barang yang diambil tanpa sighah. “Towards an Objective Measure of Gharar in Exchange”. op. empat syarat yang akan membolehkan gharar menjadikan sesuatu kontrak jual beli sebagai tidak sah. ia tidak disengajakan. gharar tersebut mestilah melampau dan ini Kedua. gharar melibatkan komponen utama kontrak seperti Keempat. 3.cit. Lihat al-Darir (1995). 1&2. 6. 185 . barangan. kontrak terlibat ialah kontrak pertukaran dua hala Ketiga. menjual dua jualan dalam satu jualan atau dua akad dalam satu akad. Jualan al-‘Urbun. Lihat al-Darir (1995). 76-77. (1999). 2. bahasa yang dipakai dan sebagainya. Jualan al-Hasah (barang yang terkena lontaran batu). Islamic Economics. 69-71) Menurut al-Darir. 3.cit. h. al Suwailem pula menyatakan jika terdapat tiga perkara berikut: 1. 4. (Sami al-Suwailem. ia diluar kawalan seseorang. h.Beliau menganggap gharar adalah melampau apabila kontrak tersebut sendiri mengandungi elemen yang tak pasti atau gharar. Jualan mulamasah (menjual secara sentuhan dan tidak boleh khiyar). Gharar akan dianggap sebagai tidak membahayakan iaitu: risiko itu boleh diendahkan dengan kata lain kesan atau kehilangan disebabkannya adalah kecil. 5. Al-Darir juga membahagikan jualan al-Gharar kepada dua iaitu al-Gharar dalam Sighah akad jual beli dan al-Gharar dalam barang yang diakad. 2. harga. h. gharar seumpama kontrak terlibat. 3. 591.

firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan perpusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu. Tidak melihat benda yang diakad. 4. jahil tentang jenis benda yang diakad. Sementara aliran kedua condong kepada penentuan standard yang flaksibel seperti mazhab Hanbali yang menyatakan bahawa penentu kepada fahisy atau sebaliknya ialah uruf. 7. dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang. 5. jahil tentang benda yang diakad. (al-Darir (1990) Antara yang menyebabkan gharar juga adalah al-Ghabn. 6.Al Gharar pada barang yang diakad ialah: 1. Para Fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan standard ghabn fahisy. 3. Ghabn terbahagi kepada dua iaitu: Ghabn yasir (sedikit) dan ghabn Fahisy (berlipat ganda). Aliran pertama condong kepada penentuan standard yang static seperti pendapat mazhab maliki yang menyatakan lebihan yang melampaui 1/3 modal asal dikira ghabn fahisy.” al-Ma’dah: 91 Perjudian adalah suatu pertaruhan untung rugi yang hanya bergantung kepada nasib semata-mata. (berkorban untuk) berhala. 8. Berakad pada benda yang tidak wujud dan 9.3.2. Jahil tentang aneka (naw’) benda yang diakad. berjudi. Tidak mampu menyerahkan benda yang diakad. Islam juga mengharamkan urusniaga yang berkaitan dengan maysir (judi). jahil tentang kadar benda yang diakad. Unsur Maysir (Judi) dalam Muamalat Dalam melakukan urusniaga muamalat. Allah berfirman dalam surah al-Maidah: 90 “Hai orang-orang yang beriman. mengundi nasib dengan 186 . Ghabn ialah ketidaksamaan nilai antara dua barang pertukaran yang tidak diketahui oleh pihak yang menanggung kerugian (maghbun) semasa akad dilakukan. 2. jahil tentang tempoh benda yang diakad. 5. jahil tentang sifat benda yang diakad.3. Sesungguhnya (meminum) khamar. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Taghrir pula ialah penipuan atau memberikan gambaran palsu tentang sesuatu barang yang hendak dijual sehingga mempengaruhi pembeli agar membeli barang berkenaan dengan harga yang disebut oleh penjual. Hukum judi adalah dari jenis dalil Qat’ie daripada al-Quran.

Judi tidak menggambarkan suatu perniagaan yang produktif tetapi melemahkan masyarakat kerana hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. mengumpul dan menguasai sesuatu. jld 28. sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu. diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah.4. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. (Ahmad b. setelah ditulis masingmasing yaitu dengan: lakukanlah.2.1 Definisi Ihtikar Dari segi bahasa Arab. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. adalah termasuk perbuatan syaitan. Judi diharamkan kerana kandungan gharar yang wujud adalah terlalu tinggi. ‘Abd Salam. Beliau menjelaskan bahawa umumnya mu’amalat-mu’amalat yang dilarang dalam al-Quran dan al-Sunnah itu bertujuan menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman sama ada yang kecil mahupun yang besar seperti memakan harta secara batil. 5.panah[434]. Jangan lakukan. Ibn Taymiyyah (t. Maka undian diulang sekali lagi.2. 385). Menurut Ibn Taymiyyah. Dalam istilah Fiqh. ia ditakrifkan sebagai menghalang barang yang amat diperlukan oleh orang ramai dengan niat untuk menaikkan harga barang tersebut samada dengan cara 187 . Majmu’ al-Fatawa Syaykh al-Islam Ahmad Ibn Taymiyyah. ihtikar beerti menahan.” [434] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. Beirut: Dal-al-Arabiyyah.3.t). ‘Abd Halim b. kefasadan dalam akad-akad mua’malat beRPunca daripada riba dan maysir atau sesesuatu yang boleh membawa kepada perjudian atau sama dengannya seperti al-Gharar al-Fahisy. h. riba dan maysir. sedang yang ketiga tidak ditulis apaapa.4 Unsur Ihtikar Dalam Muamalat 5.3. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya.

4. Syarat Ihtikar boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu : a. Khalaf b. Secara umumnya ulamak berselisih pendapat di dalam perkara tersebut.menyimpannya (di suatu tempat) atau merosakkannya dengan sengaja atau enggan menjual barang berkenaan kecuali dengan harga yang tinggi. Fuqaha’ Hanbali dan Fuqaha Zahiri berpendapatt bahawa ihtikar berlaku kepada semua barang. anataranya ialah hakikat darar (kemudharatan) yang akan wujud apabila mana-mana barang yang amat diperlukan oleh 188 . al. cetakan 3. Sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu yang boleh menaikkan harga barang yang amat diperlukan oleh orang ramai dikira muhtakir.3. Barang yang di sorok Tidak semua barang-barang yang disorok akan dikira iktikar.2. “Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan. Ini berdasarkan kepada kemudaratan akan wujud apabila mana-mana barang yang amat diperlukan oleh orang ramai disorok atau disembunyikan.2 Syarat menjadi Ihtikar Tidak semua perbuatan menyorok barang dianggap ihtikar. Imam Abu Yusuf. Ia dianggap ihtikar apabila memenuhi syarat-syarat tertentu. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. Allah akan menimpakan ke atas mereka penyaklit Judham (sejenis penyakit kepala yang boleh merebak ke muka) dan muflis.” HR Ibn Majah Pendapat ini didasarkan kepada beberapa hujah.Muntaqa Syarh Muwatta’. HR Ibn Majah 5. Perbuatan ini akan mendatangkan kemudaratan dan ia adalah haram seperti yang dijelaskan oleh hadith nabi. 16 ). (Abu al-Walid Sulayman b. Fuqaha’ Maliki. Ihtikar diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kemudaratan kepada orang ramai. Dalam Islam kepentingan (maslahah) orang ramai diutamakan daripada kepentingan individu. Sa’ad b. jil 5. Pengharaman ihtikar ini dijelaskan dalam banyak hadith antaranya lalah hadith yang bermaksud: “barang siapa yang ihtikar makanan ke atas orang Islam. Ayub Al-Baji (1983). h.

Oleh itu penyorokan barang selainnya tidak termasuk di dalam kategori ihtikar.cit. jld 5. op. Oleh itu tidak berlaku ihtikar apabila ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai. 16) Terdapat juga ulama seperti Abu Hanifah pula berpendapatt bahawa ihtikar hanya berlaku pada makanan asasi manusia dan binatang sahaja. Tempat barang-barang yang diiktikar diperolehi 189 . 728.. Hadith ini telah mentaqyidkan ihtikar dengan barang berkenaan.” Ibn Majah (t. Ihtikar berlaku apabila barang yang disorok itu adalah barang yang amat diperlukan oleh orang ramai dan penyorokan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai. al-Baji (1983) . Anas (t.orang ramai disorok atau disembunyikan. 2340. h.t). op.. Selain itu.. Hadis. jld 10. h. (Ibn Majah (t. al-Marghinani (1978).cit. 291. Syarat sesuatu yang amat diperlukan orang ramai dan syarat mendatangkan kemudaratan merupakan kayu pengukur penentuan barang ihtikar. Lihat al-Kasani (1990). Ihtikar juga hanya berlaku kepada makanan manusia sahaja. 408. no 2153 jil 2 h. op cit. jld 10. op.cit.. Malik b. h. op. .. Pendapat ini didasarkan kepada hadith melarang ihtikar makanan seperti yang telah disebut sebelum ini. h.cit. op. hadis no. Ini adalah mengikut pendapat yang sahih dalam Mazhab Hanbali.t).cit. b. pendapat tersebut juga berasaskan kepada tidak wujud darar apabila barang yang ditahan atau disembunyikan itu bukan makanan. jld 2.. Ini kerana ada ketikanya manusia amat memerlukan barang selain daripada makanan untuk hidup dan kesukaran mendapatkannya kecuali dengan harga yang tinggi akibat aktiviti ihtikar telah mendatangkan mudharat kepadanya.t). Ini berdasarkan kepada satu hadith nabi yang bermaksud: “Barang siapa yang ihtikar makanan selama 40 malam . sesungguhnya ia telah menjauhkan diri dari Allah dan Allah menjauhkan dirinya daripadanya. Perbuatan ini mendatangkan kemudaratan dan ia adalah haram berdasarkan hadis tersebut. 68. Dengan itu menghadkan hanya barang makanan sahaja tidaklah tepat.

5. Syafi’i dan Hanbali. (2003) al-Mufafaqat Fi Usul alsyari’ah.Ihya’ al-Turath al Arabi. (1997). Dalam Falsafah Islam. Ia adalah melihat rasional disebalik hukum yang ditetapkan oleh nas. hukum yang berkenaan ibadat wajar diterima secara ta’abbudi atau sebagai satu perhambaan secara total kerana ia bukanlah medan untuk akal memikirkan rasional disebalik hukum. Bukannya dari luar (import). 346) Manakala Sheikh Mustafa Zaid 190 . Selagi ada memberi kesan kemudaratan kepada orang ramai maka aktiviti tersebut boleh dianggap ihtikar. Prinsip ijtihad dalam muamalat juga perlu berasaskan konsep ta’lil al-ahkam. 232. Dalam usul fiqh. h. (Muhammad bin Ya’qub al-Fairuz Abadi. Beirut: Dar al. Pengambilkiraan ‘illah dan maslahah dalam urusniaga muamalat juga adalah penting dalam syariah Islam semasa membuat ijtihad hukum-hukum baru. disyaratkan barang yang diihtikar tersebut adalah dibeli di pasaran tempatan. manusia dibenarkan untuk mencari rasional disebalik hukum yang ditetapkan oleh nas. al-Qamus al-Munjid. proses ini ialah proses mencari illah atau penyebab sebenar mengapa sesuatu hukum itu diletakkan sebegitu. Pihak ulil amri diberi kuasa menentukan tempoh tersebut berdasarkan kemaslahatan orang ramai. Maliki. Lihat Abu Ishaq Ibrahim b. Namun ada pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan pasaran tenpatan seperti pendapat Fuqaha’ Hanafi dan fuqaha’ Zahiri. h. 1.2. Sebaliknya dalam muamalat. Musa al-Syatibi. c. Juz.4 HUKUM MUAMALAT DIBINA BERASASKAN ‘ILLAH DAN MASLAHAH (KEBAIKAN) Selain aspek-aspek yang diharamkan oleh Syariah. Pengimport juga boleh termasuk didalam golongan muhtakir jika menjalankan aktiviti tersebut. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. Ulama bahasa mendefinisikan maslahah sebagai husnul hal (keadaan yang baik). 228. Tempoh ihtikar Tidak disyaratkan tempoh tertentu melakukan ihtikar dianggap ihtikar.Mengikut pendapat kebanyakan Fuqaha Hanafi.

Wazan ini dalam ilmu saraf menunjukkan sesuatu yang banyak terbit dari sesuatu. (Abu Hamid Muhammad b. ia adalah dilarang dan perlu dielakkan.” Lihat al-Shatibi (2003). 25 ) Al-Ghazali menerangkan maksud maslahah sebagai penjagaan kepada maksud atau tujuan hukum syarak iaitu untuk menjaga agama. Dalam Syariah Islam juga.menerangkan bahawa perkataan maslahah berasal daripada wazan maf‘alah. jika sesuatu urusniaga muamalah itu ternyata mempunyai mafsadah. Oleh itu maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikkan yang banyak. Imam al-Syatibi menjelaskan perkara ini dengan katanya: “asal ibadat bagi seorang mukallaf ialah ta’abbud tanpa melihat kepada rahsia atau hikmat. (Muhammad Said Ramadhan AlButi. (Mustafa Zaid. h. Abd al-Karim Zaydan menerangkan bahawa maslahah ialah dari segi positifnya mendapatkan manfaat dan dari segi negatifnya 191 . diri. (1982). h. Al. Dhawabit al Maslahah fi al Syariah Islamiah.. Beirut : Dar al-Fikr al-Islamiy. (1964). sementara asal pada muamalat ialah dilihat kepada hikmat atau rahsianya. Sementara kebanyakan mua’malat dalam Islam sifatnya dapat diketahui rasionalnya atau dapat dikaitkan dengaan sebab-sebab tertentu. Muhammad al-Ghazali (1978) al. Beirut: Muassah al-Risalah. Juz 1. 286-287). Bahkan setiap mukallaf dituntut iltizam dan melaksanakannya walaupun tanpa mengetahui ‘illah atau sebab dan rahsianya seperti jumlah rakaat sembahyang dan amalan mengucup Hajar al-Aswad.. yang boleh diketahui oleh mukallaf. keturunan dan harta. t.19) Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan pertimbangan kepada kebaikkan dunia dan akhirat secara serentak bahkan pandangan terhadap maslahah dunia bergantung kepada maslahah akhirat. Umumnya ibadat dalam Islam sifatnya ialah ta’abbudiyyah. akal. h. yakni tidak banyak ruang bagi akal untuk memikirkannya atau tidak dapat dikaitkan dengan sebab-sebab tertentu.Mustashfa.t: tp.Maslahah fi al Taysri’ al Islami wa Najm al Din al Tufi.

Dar al192 .ialah menolak kemudaratan. h. Baghdad. sunt. iv. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. iii. terkeluar dari hikmat kepada sia-sia adalah semuanya terkeluar dari syariat. terkeluar dari maslahah kepada mafsadah. Oleh sebab itulah beliau menyatakan bahawa maslahah bermaksud menolak kemudaratan dahulu kemudian barulah mendapatkan manfaat (‘Abd al-Karim Zaydan (1987). “Syariat Islam dibina dan diasaskan di atas hikmathikmat dan maslahah-maslahah kebaikan hamba Allah (manusia) di dunia dan di akhirat. memberi rahmat kepada semua (manusia). Syams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Ibn Qayyim berkata yang bermaksud. Ini adalah sesuai dengan tujuan hukum Islam adalah berdasarkan konsep maqasid alSyariah. menjaga kesucian dan ketinggian agama menjaga keselamatan diri menjaga kebaikan dan kecergasan akal fikiran menjaga kebaikan keturunan menjaga kesucian dan keselamatan harta benda Dalam konteks maqasid al-Syariah. Dar al-Kutub al-‘Arabi. 236). Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1977). Maka setiap masalah terkeluar dari keadilan kepada kezaliman. Al-Imam al Ghazali menjelaskan bahawa maslahah itu dimaksudkan menjaga dan mengawal terhadap tujuan dan matlamat syarak manakala maksud dan tujuan syarak bagi makhlukNya ada lima perkara iaitu: i. v. kesenangan dan kemaslahatan kepada manusia dan mengelakkan daripada berlakunya kemudharatan. Syariat Islam itu semuanya bersifat adil. I’lam alMuwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. nas-nas yang wujud terutama dalaam bidang muamalat wajar dirasionalkan agar sesuai dengan kehendak-kehendak Syariah itu sendiri iaitu untuk merealisasikan kemudahan. ii. terkeluar dari rahmat kepada kesiksaan. memberi kemaslahatan kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh. Muhammad Mahy al-Din Abd al-Hamid. Islam walaupun terdapat padanya pelbagai takwil kerana syariat itu merupakan keadilan Allah di antara hambaNya dan rahmat Allah kepada makhlukNya dan perlindungan Allah terhadap bumiNya”.

sunt.Sunnah d. Berasaskan konsep maslahah ini. Beirut.Fikr. Maslahah yang ditentukan adalah maslahah yang sebenar iaitu yang terkandung di dalam maqasid syariah ( tujuan penurunan syariah) b. sesetangah para sarjana yang pada asalnya tidak bersetuju dengan konsep bay’ al-inah dan al-tawarruq seeprti yang diamalkan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit pada masa ini menukar pandangan mereka kepada harus demi mengelakkan masyarakat daripada mengalami kesukaran sehingga terlibat secara jelas dengan riba yang diharamkan oleh Allah. kemudian digunakan dengan pengertian ‘sesuatu yang ma’ruf’.5. Maslahah tersebut tidak membatalkan maslahah yang lebih besar atau maslahah seumpamanya. 14-15. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al. 5. qiyas. istishab dan ‘urf. Beirut. cetakan kedua.1 Definisi al-‘Urf Al-urf dari segi bahasa asalnya ialah ma’rifah.2. Al-Buti menerangkan beberapa syarat dalam menentukan maslahah iaitu: a. Juz 3. ‘URUF SETEMPAT DIAMBIL KIRA DALAM MENETAPKAN HUKUM MUAMALAT Hukum-hukum syarak yang dibawa oleh Islam untuk mencapai matlamat kebaikan hidup dunia dan akhirat melalui dua cara iaitu nas shar’i sarih melalui al-quran dan al-sunnah dan sumber-sumber syarak yang lain seperti ijma’.Qiyas e. 5. Juz 3. Muhammad Abd alSalam Ibrahim. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al-Quran c. yang biasa diamalkan yang dikira baik dan diterima oleh akal yang 193 . h. Dar al-Kutub al-cilmiyyah. h. 1977M/1397H. 1996M/1417H.2. 11 Pengambilkiraan maslahah sebagai faktor penentu hukum penting dalam urusan muamalat agar syariah yang dilaksanakan benar-benar memberi kemudahan kepada masyarakat dan bukannya menjadi penghalang masyarakat dalam pelaksanaan kehidupan seharian.5. Maslahah tersebut tidak bertentangan dengan al.

Al-Quran telah menggunakan al-‘Urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf seperti firman Allah s. “Jadilah Engkau Pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf.t dalam al-A’raf : 199. h. serta beRPalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.t) .sejahtera. al-Madkhal al-Fiqh al-‘Amm.” (Mustafa Ahmad al-Zarqa’. jld 2. Allah berfirman dalam surah al-a’raf: 199 yang bermaksud: ”Jadilah Engkau Pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf. Syria: Matba’ah Dimashq. Ahmad Fahmi Abu Sunnah (2004).w.” Sesuatu yang melanggar rutin masyarakat sudah tentu membawa kesukaran dan kerumitan dalam urusan hidup manusia. (1961). h. Apabila mereka berkata: “ Hukum ini sabit dengan ‘Uruf dan adat” bukanlah beerti adat ini berlainan dengan ‘uruf bahkan kedua-duanya itu satu maksud sahaja. al-‘Urf wa al-‘Adah fi Ra’y al-Fuqaha’. al-Karim Zaydan pula mengatakan bahawa ‘Uruf itu ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan harian sama ada perkataan mahupun perbuatan. 28Ini adalah penting kerana maslahah yang dikehendaki oleh Islam adalah maslahah kepada masyarakat. Al-urf juga ialah perkara yang menjadi rutin masyarakat yang mendasari jiwa mereka sehingga diterima sebagai baik oleh hati mereka. Sebutan 194 . Ia menjadi kebiasaan manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir dari penghuni sesebuah negeri dengan syarat ia tidak berlawanan dengan nas syarak. Imam Ghazali berpendapatt ‘Urf ialah sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat yang sejahtera. serta beRPalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. Maka uruf dan adat menurut pandangan fuqaha’ memberi erti yang sama. Kaherah: Dar al-Basa’ir h. Al-Ghazali (t.” Urf pada istilah fiqh telah ditakrifkan oleh Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dengan katanya: “Uruf itu ialah adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan atau amalan. 17 Abd. 833).

op. alWajiz fi Usul al-Fiqh. 195 . (Abd al-Karim Zaydan (1987). Al-Walad dimaksudkan dengan anak lelaki sahaja walaupun kebiasaan ini telah menyalahi dari segi bahasa. ‘ilm Usul al-Fiqh. Urf ‘Amali pula seperti berjual beli tanpa akad pembeli oleh pembeli dan penjual atau seorang sahaja yang berakad sementara seorang lagi tidak berakad. Ini dikenali dengan bay’ bi al-mu’atah. Kuwait: Dar al-Qalam. 5. 252). Baghdad: Dar al-Kutub al-“arabi.. ‘urf boleh terbentuk dari kebiasaan manusia di atas sesuatu yang terbit dari berbagai golongan awam mahupun golongan tertentu. Membahagikan isi kahwin kepada tunai dan tangguh. h. Kaherah: Dar al-Sahwah. Menurut al-Qaradawi pula ‘urf adalah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan seharian sehingga sebati dengan mereka serta suatu perkara yang lumrah samada ‘urf qawli atau amali. Berlainan dengan ijmak kerana ia hanya terbentuk dari kesepakatan para ulama mujtahidin sahaja sedangkan orang awam tidak punya peranan dalam pembentukan Ijmak. pendedahan aurat dan sebagainya.2. h. Urf qawli ialah seperti kebiasaan orang ramai bahawa ikan itu tidak dikatakan daging. h. 252. ‘amm atau khas. Menghidangkan makanan kepada tetamu telah dianggap keizinan kepada tetamu mengambilnya. ‘Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Shariah al-Islamiyyah. Menurut Abd Wahab Khallaf.5. 89). 11-12.cit. Jika ‘Uruf itu berlawanan dengan nas.2 Syarat ‘Uruf Sebagai Sumber Hukum Untuk membolehkan ‘urf diambilkira dalam pembinaan hukum-hukum Islam. menghidang arak di majlis rasmi. h.kalimah adat ini bertujuan untuk mengukuhkan sahaja. ‘Urf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. maka ‘Urf tidak boleh diambilkira dan diamalkan seperti muamalah riba. sahih atau fasid. (Abd Wahab Khallaf. para ulama telah mensyaratkan beberapa perkara berikut mesti dipenuhi iaitu: a. (1985). Lihat Yusuf al-Qaradawi (1985). Lihat Abd al-Karim Zaydan (1985).

menipu dan menyorok barang keperluan. Lihat Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (t. mencegah kezaliman dan memelihara harta. ‘Urf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan (tasarruf) itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu. menyempurnakan janji. HUKUM MUAMALAT DALAM ISLAM MENGHIMPUNKAN THABAT DAN MURUNAH. dahulunya terdiri daripada emas dan perak tetapi sekarang berubah kepada 196 .6. Maka memadailah ia diamalkan oleh majoriti masyarakat. ‘Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh dan meluas. jumlahnya amatlah sedikit.b. maka sah (akad dan syarat itu). Terdapat beberapa hukum dalam Islam sebagai asas dalam pembinaan mu’amalat mempunyai sifat yang tetap dan tidak menerima perubahan seperti saling reda-meredai dalam akad. maka tidak harus beRPegang kepada ‘uruf apabila kedua pihak yang berakad bersetuju mengenepikan adat yang berjalan kerana keperluan merujuk kepada ‘urf itu hanyalah ketika kedua pihak yang berakad diam atau tidak memperincikannya. Jld 2. Syarat ini desebutkan dengan istilah “muttarid” atau “ghalib” c. 158 5. Jika ada yang tidak mengamalkannya. Contohnya wang merupakan wasilah bagi menilai barangan.2. Kaherah: Dar al-Fikr. haram riba. d. Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi ‘urf. Qawa’id alAhkam fi Masalih al-Anam. Seterusnya hukum-hukum yang berkaitan dengan maqasid syariah kesemuanya bersifat tetap seperti menegakkan keadilan.t). maka tiada halangan berlaku perubahan ketika berubah dan berkembangnya cara-cara pelaksanaan atau ketika berubah suasana dan keadaan. Hukum-hukum yang berkaitan dengan wasilah dan cara-cara pelaksanaan atau hukumhukum yang sabit dengan ijtihad yang berdasarkan kepada ‘uruf. Kaedah Fiqhiyyah ada menyebut: Setiap hukum yang sabit berdasarkan ‘urf apabila dua orang yang berakad berterus terang mengenepikannya dan bersetuju dengan syarat yang selari dengan maksud akad. h.

Mengelakkan Urusniaga Gharar. Berikan Dalil-dalil pengharaman riba 5. Untuk memudahkan Umat Islam memahami sesuatu aktiviti muamalat itu menurut hukum syarak maka para ulamak telah membuat prinsip-prinsip muamalat dalam Islam iaitu Semua Bentuk Muamalat Asalnya Adalah Harus. Jelaskan maksud dan hukum maysir 6. Mengelak Urusniaga Riba Dalam Muamalat.4 SOALAN LATIHAN 1. Bincangkan enam prinsip asas muamalat 2.3 KESIMPULAN Secara amnya semua bentuk muamalat adalah harus kecuali yang bertentangan dengan kehendak syarak iaitu al-quran dan al-Hadith. Judi. Hukum Muamalat Berasaskan ‘Illah dan Maslahah dan akhirnya Uruf Setempat Diambil Kira Dalam Menetapkan Hukum. Maka ia dikira sebagai wang yang sah pada pandangan syara’ walaupun bukan daripada emas dan perak. Berikan dalil-dalim pengharaman Gharar 7. Urusniaga Muamalat Berdasarkan Akad Kontrak. 5. Bagaimana kegiatan iktikar boleh berlaku dalam perniagaan dan bincangkan tentang hukumnya 8. Huraikan maksud riba dan jenis-jenisnya 3. Jelaskan rukun jual beli 4. Mengetahui yang tetap dan anjal dalam fiqh muamalat akan membantu ulamak semasa dan para pelakasana dalam menentukan hukuman ke atas jenis muamalat semasa dan yang baru muncul. 5. Apakah kaitan illlah dan maslahah serta uruf dalam pembinaan hukum muamalat 197 . Manipulasi Dan Spekulasi Dalam Muamalat.logam-logam lain dan kertas.

6.3 Hukum Wakalah dan Beberapa Persoalan Mengenainya 6.6.1 al-Wakalah dalam Sistem Takaful 6.2 Sistem tabarru’. Mudharabah dan al-Wakalah di Bank Negara Malaysia 6.2 Definisi Wakalah 6.4 Rukun dan Syarat Wakalah 6.BAB 6 PERWAKILAN 6.6.6 Aplikasi Wakalah Dalam System Muamalat Semasa 6.5 Pembatalan dan berakhirnya Wakalah 6.1 Pengenalan.6.3 Wakalah di takaful Ikhlas 198 .

4. Mengenal pasti sistem tabarru’ dan mudharabah dalam wakalah 6. Akad (Kontrak) Wakalah adalah di antara khazanah sistem Muamalat Islam yang telah sedeia ada dan boleh disesuaikan dengan keperluan semasa kehidupan manusia di zaman ini dalam sistem kewangan Islam semasa. Membincangkan pembatalan wakalah. 1 PENGENALAN. Sistem Muamalat Islam adalah sistem yang dinamik dan seiring dengan keperluan semasa manusia Konsep dan prinsip-prinsip asas yang digariskan oleh Islam dalam sistem muamalat tersebut walaupun nampak bersifat ‘tradisional’ namun ia boleh diolah dalam bentuk yang sesuai untuk dilaksanakan dalam setiap masa dan tempat dan dapat memenuhi keperluan kehidupan masyarakat di setiap zaman.BAB 6 AL-WAKALAH (PERWAKILAN) OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. menjaga atau 199 . Menjelaskan al-wakalah dalam sistem takaful 5. anda seharusnya boleh: 1. Mekanisme sistem kewangan Islam masa kini dilihat sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan konvensional masa kini. Menghuraikan konsep al-wakalah 2. Wakalah mempunyai beberapa bermaksud iaitu: memelihara (al-hifzh). Dari segi bahasa arab. Menjelaskan frukun dan syarat wakalah 3.2 DEFINISI WAKALAH Perkataan wakalah adalah berasal daripada perkataan bahasa arab. 6.

Wakalah adalah akad penyerahan kekuasaan. Menurut Ulama Syafi’iah pula. Secara kesimpulannya Wakalah ialah pemberian kuasa oleh seseorang sebagai pihak pertama kepada orang lain sebagai pihak kedua dalam perkara-perkara yang diwakilkan untuk melaksanakan sesuatu perkara diberikan oleh pihak pertama. yang pada akad itu seseorang menunjuk orang lain sebagai penggantinya dalam bertindak (bertasharruf). atau mengganti (al-tafwidh).cukup (al-kifayah). maka semua risiko dan tanggung jawab atas dilaksanakan perintah tersebut sepenuhnya menjadi pihak pertama atau pemberi kuasa 6. Wakalah ialah suatu akad yang mengandungi suatu penyerahan sesuatu oleh seseorang kepada orang lain supaya orang lain itu melaksanakan apa yang boleh dikuasakan atas nama pemberi kuasa. sebab jika dikaitkan dengan tindakan setelah mati bererti sudah berbentuk wasiat. Menurut Ibnu Qudamah.3 HUKUM WAKALAH DAN BEBERAPA PERSOALAN MENGENAINYA Para fuqaha bersepakat bahawa akad perwakilan adalah di syarak dan harus berdasarkan dalil al-Quran. sunnah dan juga ijmak. namun apabila kuasa itu telah dilaksanakan sesuai yang disyaratkan. memberikan kuasa atau mewakilkan. tanggungan (al-dhamah). Menurut Sayyid Sabiq pula Wakalah adalah pemberian kuasa oleh seseorang kepada orang lain dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. ijmak ulama menerima perwakilan sebagai satu akad yang diharuskan kerana akad wakalah ini adalah akad 200 . Dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa maksud mengenai diberikan oleh para ulamak yang secara umumnya berkaitan dengan amalan perwakilan dalam sesuatu perkara iaitu Satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup Menurut Hashbi Ash Shiddieqy. Ulama Malikiyah pula berpendapatt Wakalah adalah tindakan seseorang mewakilkan dirinya kepada orang lain untuk melakukan tindakan-tindakan yang merupakan haknya yang tindakan itu tidak dikaitkan dengan pemberian kuasa setelah mati.

kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ).t. Allah telah menerangkan konsep wakalah ini didalam surah alkahfi ayat 19: "sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu.w. di dalam Surah an-Nisa’.sangat diperlukan oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk pelbagai bentuk aktiviti. Amalan al-wakalah ini pada hakikatnya adalah merupakan amalan yang diharuskan oleh Syara’ kerana keperluannya yang cukup diperlukan untuk mencapai suatu matlamat. akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain. Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya. Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan kerana manusia tidak dibekalkan dengan kesempurnaan. dan janganlah kamu (para saksi) Menyembunyikan persaksian. membawa wang perak kamu ini ke bandar. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Juga di dalam surah An-Nisaa (4:35). dan Barangsiapa yang menyembunyikannya. ayat 28 “manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” Islam mengharuskan prinsip al-Wakalah untuk dilaksanakan dengan syarat ianya tidak lari daripada perundangan Islam. Ini telah diwarwarkan oleh Allah s. kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya" (Maksud al-kahfi 19) Begitu juga Allah telah menyebutnya dalam surah al-Baqarah (2:283). “jika kamu dalam perjalanan (dan berpu’amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis. 201 . Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[1] (oleh yang beRPiutang). Pengharusan ini bersumberkan kepada sumber-sumber berikut: 1. Sumber Al-Qur’an. Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.

Abu Daud. Rosulullah telah mewakilkan kepada orang lain untuk berbagai urusan.a. Sumber Al-Hadits. Maka kirimlah seorang hakam[2] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan 202 . telah mewakilkan ’Urwah al-Bariqi supaya membeli kambing untuk korban Diriwayatkan oleh alBukhari. dan lain-lain.w.” dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya. Ijma’. “dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. jika kedua orang hakam itu bermaksud Mengadakan perbaikan. Allah berfirman “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir) yang pandai menjaga. HR. Para ulama pun bersepakat dengan ijma’ atas diperbolehkannya Wakalah. niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Hal tersebut termasuk jenis ta’awun atau tolong-menolong atas dasar kebaikan dan taqwa. Diantaranya adalah membayar hutang. Ibn Majah dan al-Daruqutni iaitu daripada ’Urwah sendiri 3. Malik dalam alMuwaththa’) Dalam kehidupan sehari-hari. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Allah berfirman: Surah Al-Maa-idah (5:2). Banyak hadits yang dapat dijadikan landasan keabsahan Wakalah. Tolong-menolong diserukan oleh Al-Qur’an dan disunahkan oleh Rasulullah. membagi kandang hewan. mewakilkan pengurusan unta. lagi berpengetahuan”.” Begitu juga dalam surah Yusuf :55. at-Tarpizi. Sesungguhnya aku adalah orang 2. Di dalam as-Sunnah pula diriwayatkan bahawa Rasulullah s. [3] . Ahmad. mewakilkan penetapan had dan membayarnya. diantaranya ialah hadis oleh Imam malik ”Bahawasanya Rasulullah mewakilkan kepada Abu Rafi’ dan seorang Anshar untuk mewakilkannya mengawini Maimunah binti Al Harits”.

Al-muwakkal fihi (perkara yang diwakilkan) d. Mengikut jumhur ulama .” Dan Rasulullah pun bersabda “Dan Allah menolong hamba selama hamba menolong saudaranya”. Ijab merupakan pernyataan mewakilkan sesuatu dari pihak yang memberi kuasa dan qabul adalah penerimaan perwakilan itu dari pihak yang diberi kuasa tanpa harus terkait dengan menggunakan sesuatu lafaz tertentu. Al-Wakil (orang yang diwakilkan) c.4 RUKUN DAN SYARAT WAKALAH Untuk memastikan kontrak wakalah ini suatu kontrak yang sah maka ia perlu memenuhi rukun dan syarat yang tertentu. Amanah. Di dalam prinsip Islam. Menurut ulamak Hanafiah.pelanggaran. maka kontrak itu adalah sah dan mengikat. apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah. dan bertakwalah kamu kepada Allah. Siddiq (Jujur). penerima wakil (al-wakil). Sighah (ijab & qabul perwakilan) 203 . Al-Muwakkil (orang yang mewakilkan) b. Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam. Ini bererti semua pihak bertanggunjawab melaksanakan semua perkara yang dipersetujui di dalam aqad tersebut Perbincangan tentang kontrak perwakilan didalam Islam semestinya dikaitkan dengan empat sifat utama. urusan yang diwakilkan (al-muwakkal fihi) dan ijab dan qabul (sighah). dijiwai dan diterjemahkan dalam urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia dan akhirat 6. Rukun-rukunnya ialah pewakil (al-muwakkil). Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya. rukun dan syarat Wakalah itu adalah sebagai berikut: a. rukun Wakalah itu hanya ijab qabul. Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).

Namun madzhab Hambali membolehkan pemberian kuasa dari seorang anak yang sudah mumayyiz pada bidangbidang yang akan dapat mendatangkan manfaat baginya. ini berarti bahawa ia tidak diwajibkan menjamin sesuatu yang diluar batas. Jika seseorang bapa ingin mewakilkan seseorang menjadi wakil wali untuk pernikahan anaknya. Pihak yang mewakilkan (al-muwakkil) itu juga perlu mempunyai syarat-syarat tasarruf dalam sesuatu urusan seperti pemilik barang. wakil juga hendaklah tahu tentang tugas atau tempoh yang ditentukan. Dia sebagai al-muwakkil perlulah memiliki hak menjadi wali tersebut iaitu perempuan yang akan dinikahi itu adalah benar-benar anaknya iaitu sah baginya menjadi wali. pemberian upah. Seorang wakil juga mestilah berakal untuk membuat pilihan antara baik dan buruk. Seseorang pewakil mestilah seorang yang berhak mengendalikan harta yang diwakilkan. Disyaratkan ia adalah pihak yang memiliki hak untuk bertasharruf (berurusan) pada perkara-perkara yang ia akan beri wakil tersebut. Mengikut mazhab Hanafi. Para ulama 204 . seperti jual beli. pemilik sah barang dan lain-lain mengikut jenis perwakilan. pelantikannya tidak sah. Seseorang itu tidak boleh mewakilkan sesuatu yang bukan haknya. Seseorang yang menerima kuasa ini. rugi dan untung. Tidak boleh seorang pemberi kuasa itu masih belum dewasa yang cukup akal serta pula tidak boleh seorang yang gila. Seorang wakil yang dilantik hendaklah ditetapkan. dan sejenisnya yang memang berada dalam kekuasaan pihak yang memberikan kuasa. (Al-Wakil) pula perlu memiliki pengetahuan (akal) yang cukup sehingga ia mampu melaksanakan apa yang diwakilkan kepadanya. Al-Muwakkal fihi (perkara yang diwakilkan) itu pula mestilah sesuatu yang boleh diwakilkan kepada orang lain.Pihak yang mewakilkan (Al-Muwakkil) ialah Seseoarang yang mewakilkan atau pemberi kuasa kepada pihak yang lain. Tidak sah pelantikan perwakilan yang dibuat oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz dan orang gila. perlu memiliki kemampuan untuk menjalankan amanahnya yang diberikan oleh pemberi kuasa. Selain itu. jawatan yang sah. Menurut pandangan Imam Syafi’i anak-anak yang sudah mumayyiz tidak berhak memberikan kuasa atau mewakilkan sesuatu kepada orang lain secara mutlak. kecuali atas kesengajaanya. Orang yang diwakilkan. Kalau ‘A’ melantik dua orang dengan tidak menentukan mana satu. seorang wakil juga disyaratkan bersungguh-sungguh dan tahu tentang tugas yang dinyatakan dalam kontrak dengan serius.

puasa dan bersuci tidak sah diwakilkan kecuali ibadat haji Sighah perwakilan adalah lafaz ijab dan qabul bagi suatu perjanjian antara pemberi kuasa dengan penerima kuasa. Isi dari akad atau perjanjian tersebut adalah penurunan kuasa atau amanah daripada Al-Muwakkil (orang yang mewakilkan) kepada Al-Wakil (orang yang diwakilkan). Contoh: “Saya wakilkan kamu untuk menjual rumah ini” atau “Saya serahkan urusan penjualan tanah ini kepada kamu” atau “Kamu adalah pengganti saya dalam urusan penjualan tanah ini”. Urusan berkenaan juga mestilah diketahui dengan jelas supaya kesamaran dan penipuan dapat dielakkan. seperti sembahyang dan boleh mewakilkan sesuatu yang bersifat ibadah maliyah seperti membayar zakat. Tidak semua urusan boleh diwakilkan hanya urusan atau kendalian yang berkaitan dengan harta sahaja yang boleh diwakilkan. 6. Sesuatu urusan yang diwakilkan itu mesti memenuhi syarat tertentu dan jika tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan maka perwakilan tersebut tidak sah. Lafaz ijab (tawaran) dari pewakil hendaklah dibuat secara jelas dan terang. dan sejenisnya. proses akad. Ia dilakukan dengan akad wakalah.5 PEMBATALAN ATAU BERAKHIRNYA WAKALAH 205 .berpendapatt bahawa tidak boleh mewakilkan sesuatu yang bersifat ibadah badaniyah. serta perkara yang diaturkan bagi berkahirnya akad wakalah. Bahkan memadai dengan wakil tidak menunjukkan sebarang penolakan terhadap perwakilan yang diserahkan kepadanya. Bagi lafaz qabul (terima) dari wakil tidak semestinya lafaz yang terang dan jelas. Manakala ibadah jasmani seperti sembahyang. Lafaz kontrak atau disebut sighah juga sangat penting dipenuhi syarat-syaratnya agar sesuatu kontrak yang dijalankan itu sah. Selain itu juga perkara-perkara yang diwakilkan itu tidak ada campur tangan pihak yang diwakilkan dan tidak boleh perkara yang diwakilkan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak seperti wakilkan seseorang untuk mencuri dan sebagainya. Di antara syarat urusan yang boleh diwakilkan ialah mestilah diharuskan syarak dan dimiliki oleh pewakil kerana barang yang tidak dimiliki oleh pemilik tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mentadbirnya. sedekah.

sewaan harta tidak alih seperti tanah. Wakil Khas pula ialah wakil yang dikhususkan untuk urusan tertentu seperti jual beli rumah atau kereta. Antaranya ialah i. Dalam urusnuaga takaful. 206 . Wakil Am mempunyai kuasa untuk sebarang urusan selagi mana tidak mendatangkan mudarat kepada pewakil. rumah dan bangunan. Wakil Tidak Berupah pula ialah wakil yang bekerja secara sukarela tanpa sebarang habuan. Perwakilan jenis ini tidak mewajibkan seseorang wakil itu meneruskan kerja malah ia boleh melepaskan dirinya daripada tugas itu pada bila-bila masa sahaja. Antaranya ialah urusan takaful. Wakil Am adalah wakil dalam perkara yang tidak ditetapkan seperti wakil dalam semua urusan jual beli atau menjadi wakil tetapi tidak ditetapkan barangan yang hendak dijual atau dibeli. Wakil Khas. Hilangnya kekuasaan atau hak pemberi kuasa atau sesuatu perkara yang dikuasakan daripadanya. Diberhentikan Wakalah tersebut oleh salah satu pihak yang berWakalah samada dari pihak pemberi kuasa ataupun pihak yang menerima kuasa. Dalam konteks takaful. Wakil Berupah dan Wakil Tidak Berupah. iv. jenis wakil ini yang diamalkan. 6.6 APLIKASI WAKALAH DALAM SISTEM MUAMALAT SEMASA 6. Wakil berupah adalah diharuskan oleh syarak. Wakil jenis ini mestilah melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya. iii..Akad Wakalah boleh menjadi batal atau berakhir dengan berlakunya beberapa perkara. Apabila salah satu pihak yang berakad 5akalah itu gila.1 Al-Wakalah Dalam Sistem Takaful Konsep wakalah telah digunakan dalam banyak urusan muamalat di Malaysia. ii. Wakil Khas ini terikat dengan perkara atau pekerjaan yang dikhususkan kepadanya. Rasulullah SAW mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah. Apabila segala perkara yang terdapat dalam akad wakalah itu telah selesai dilaksanakan atau diberhentikan. Kontrak wakalah ini dibahagikan kepada Wakil Am.6.

207 . Tabarru' merupakan teras kepada sistem takaful yang menghapuskan unsurunsur gharar. hadiah atau caruman. Perkataan Tabarru' pula berpakna derpa.Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab. indemniti bersama dan saling melindungi.2 Kontrak Tabarru’ . Gabenor Bank Negara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Kewangan Islam Tahunan kelapan Euromoney yang bertajuk Kewangan Islam dan Kestabilan Kewangan Global pada 24 Februari 2009 di London telah mengatakan bahawa industri Kewangan Islam di Malaysia secara keseluruhannya mencatat pertumbuhan pada tahap yang sangat memberangsangkan. Pru BSN Takaful. Peserta skim takaful bersetuju memberi sebahagian tertentu daripada caruman dalam kumpulan wang takaful sebagai derpa untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan. Etiqa Takaful dan lain-lain adalah diperlukan bagi memasarkan produk-produk takaful kepada masyarakat. Perkataan Takaful adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin yang melibatkan sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Dalam sistem takaful. Mudharabah dan Al. Zeti Akhtar Aziz. Beliau mengatakan bahawa bagi mendapatkan sedikit tasawwur tentang sistem muamalat Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat ini ada baiknya seseorang berkenalan dengan beberapa istilah penting.Wakalah di Bank Negara Malaysia Dr.Amalan wakalah sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa pengendali takaful di Malaysia seperti Takaful Ikhlas. Tugas tersebut diperlukan oleh pengendali takaful bagi merancakkan lagi penyebaran produk-produk yang berteraskan prinsip Islam. Industri takaful sebagai salah satu penyumbang utama kepada petunjuk tersebut tidak kurang hebatnya menyemarakkan arus perdana kewangan negara. 6. pengendali takaful ialah hanya pentadbir kumpulan wang takaful dan mengurus kumpulan wang tersebut sebagai amanah bagi pihak peserta.6. riba dan maisir. Di Malaysia.

industri takaful telah mencapai kemajuan dari sudut menawarkan produk-produk yang inovatif yang dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Seperti yang disebutkan di atas. Hasil keuntungan pelaburan itu akan kongsi. Sumber pendapatan pengendali takaful adalah daripada keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham. kesihatan. 208 . berkaitan pelaburan. bahagian keuntungan pelaburan kumpulan wang takaful. Industri takaful juga sudah boleh dikira telah lengkap dari sudut rantaian produknya yang merangkumi produk-produk yang berkaitan dengan pendidikan. perlindungan harta benda dan sebagainya. fi wakalah. perubatan. seseorang peserta akan mencarum sejumlah wang yang dikumpulkan dalam satu dana bersama untuk digunakan sebagai dana bagi membantu mana-mana ahli yang ditimpa musibah. perlindungan kredit. Menerusi kontrak Wakalah. Pengendali takaful di Malaysia rata-rata menggunakan kontrak Wakalah ini sebagai teras model mereka. pengendali takaful dilantik menguruskan perlindungan takaful dan perkara yang berkaitan dengannya oleh para peserta dan peserta akan membayarkan fi sebagai upah di atas perkhidmatan yang diberikan. Pengendali takaful diamanahkan mengurus dana berkenaan termasuklah melaburkannya bagi memastikan ia berkembang dan cukup untuk membantu ahli di kala menghadapi kesusahan. Walaupun industri takaful ini masih lagi dikira baru namun telah mampu menawarkan produk setanding dengan produk-produk yang ditawarkan oleh industri insurans konvensional. para peserta melantik pengendali takaful menguruskan perlindungan takaful dan perkara yang berkaitan dengannya. dan atau lebihan kumpulan wang takaful. Berpula dengan penawaran produk asas yang terhad kini industri takaful sudah boleh berbangga dengan rantaian produk yang ditawarkan sudah mampu memenuhi keperluan ummah. Dari sudut operasinya yang diperpudahkan. Mudharabah pula. simpanan..kontrak di antara peserta dengan pengendali dimeterai menggunakan sama ada kontrak Wakalah atau kontrak Mudharabah.

Dari sudut statistik. Daripada segi sumbangan diperolehi bagi kedua-dua sektor juga mencatatkan pertumbuhan iaitu sebanyak lebih kurang 18 peratus.7 bilion berbanding RP1.7 peratus pada tahun 2007 kepada 7. Usaha dan inovasi yang berterusan terutamanya dalam penawaran produk-produk baru dan dalam memberikan perkhidmatan yang efektif kepada pelanggan akan terus menjadi penanda aras utama pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan. pengawal seliaan dan syariah yang kukuh. Penguasaan pasaran dari sudut sumbangan bersih juga menunjukkan pertumbuhan iaitu lebih kurang 10 peratus pada tahun 2008 berbanding 8.37 bilion pada tahun 2007. Namun dari segi pengisiannya masih banyak perkara yang masih dan perlu dilakukan bagi memastikan industri takaful ini akan terus berkembang dan dapat melebarkan sayap kesejahteraan kepada seluruh ummah. Dari segi aset Takaful Keluarga pada tahun 2008 mencatatkan RP8. Pasaran dari sudut aset pula meningkat daripada 6. Penggembelingan tenaga untuk melahirkan industri takaful yang berkembang maju dalam ruang kerangka sistem kewangan Islam yang dinamik adalah satu amanah yang sangat mencabar. Ini akan terus menjadi pemangkin kepada industri takaful mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Bhd. Prinsip Wakalah yang dilaksanakan oleh IKHLAS bagi menjalankan operasinya ialah di mana IKHLAS sebagai wakil kepada para 209 . Bagi Takaful Am pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak RP1.5 peratus pada tahun 2008. Takaful Ikhlas Sdn. 6.7 peratus pada tahun 2007. Industri takaful di Malaysia juga amat bertuah kerana mendapat sokongan padu pihak pemerintah dengan mewujudkan perseorangran yang kondusif menerusi penyediaan rangka kerja perundangan. Ia telah menggunakan model yang diberi nama wakalah sebagai asas induk kepada sistem operasinya.Statistik tahun 2008 yang dikeluarkan oleh BNM menyaksikan industri takaful terus menunjukkan perkembangan yang positif.3 Wakalah di Takaful Ikhlas Sdn Berhad.6.44 bilion pada tahun 2007. ia telah menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan yang positif.9 bilion berbanding RP7. (IKHLAS) adalah diantara syarikat takaful di Malaysia yang menggunakan konsep wakalah.

Bagi tujuan tersebut. ini bererti semua pihak bertanggungjawab melaksanakan semua perkara yang dipersetujui didalam akad tersebut. Ini kerana Insurans konvensional adalah haram menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972. 1. IKHLAS mengenakan caj pengurusan dan prestasi berasaskan kepada prinsip perwakilan yang dibayar upah (alWakalah bi al-ujrah). 6. Takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983. Seorang wakil takaful juga melakukan jihad menentang sistem jahiliah (insurans konvensional). tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).peserta bertanggungjawab menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah. Jil. Apakah hukum wakalah 210 . Perbincangan tentang kontrak perwakilan di dalam Islam semestinya dikaitkan dengan empat sifat utama. Konsep ini sejajar dengan prinsip Islam sebagaimana amalan Rasulullah SAW yang pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan Baginda SAW memberi upah kepada mereka (al-Talkhis al-habir. IKHLAS juga melantik wakil-wakil sebagai perantara dalam memasarkan produk-produk syarikat dengan dibayar upah. amanah. Akad di antara para wakil dan IKHLAS adalah berasaskan akad wakalah.7 SOALAN LATIHAN 1. siddiq (jujur). dijiwai dan diterjemahkan dalam urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia dan akhirat. apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah. 251. hlm. maka kontrak itu adalah sah dan mengikat. Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam. Seorang wakil takaful merupakan pendakwah yang berusaha mengembangkan produk Muamalat Islam. Di dalam prinsip Islam. 176. telus dan profesional. Bincangkan definisi wakalah 2. 271).

1 Pengertian Qard 7.3 Merekodkan Qard 7.1 Pengertian Hiwalah 7.5 Larangan Mengambil Manfaat dari Qard 7.5 Tanggungjawab Pemilik dan Penyewa 7.2 Hukum Ijarah 7.3.2 Hukum Qard 7.1 Ijarah al-Ayn 7.2 Ijarah al-Manfa‘i 7.1 Ijarah 7.1.2.3 Hiwalah 7.1.3 Bahagian Ijarah 7.2.3. Bagaimanakan berlakunya pembatalan wakalah 5.2.2.4 Rukun dan Syarat Ijarah 7.2 Qard 7.1.1 Pengertian Ijarah 7.2.6 Kewajipan Membayar Qard 7.1.3.1.1. Jealskan rukun dan syarat wakalah 4.2 Rukun dan Syarat Hiwalah 211 .4 Syarat-Syarat Qard 7.2.1. Bincangkan aplikasi wakalah dalam sistem muamalat semasa di Malaysia BAB 7 AKAD-AKAD MUAMALAT 7.3.3.

anda seharusnya boleh: 1. (Ibnu Manzur. h.1 PENGENALAN Kita telah mempelajari akad-akad muamalat di dalam kursus Teori Dan Amalan Pernigaan Islam yang lalu.2.3 Sumpah yang Dibenarkan dalam Mudarabah 7.4. 2. Menjelaskan konsep al-Qardhu dan hukum mengenainya. jld 4.2 Hak Pemodal 7.7. 4.4 Mudarabah 7. 7.4. 3.1 Tanggungjawab dan Hak Pengusaha 7. al-ijarah datang daripada perkataan al-ajr atau al-ujrah yang bermaksud balasan atas kerja atau pahala. Dalam bab ini kita akan memperincikan lagi akad-akad tertentu yang teRPilih serta penambahan akad-akad baru yang belum dibincangkan.4. 212 . Menghuraikan konsep ijarah dan hukum-hukum mengenainya.4.4 Pembatalan Mudarabah BAB 7 AKAD-AKAD MUAMALAT OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. 7. Membincangkan konsep Hiwalah dan hukum nengenainya. Menjelaskan Konsep mudharabah dan fungsi-fungsinya adalam perniagaan.1 Definisi Ijarah Dari segi bahasa. al-Ujrah ialah harga sebagai gantian kepada manfaat (faedah) iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu.10).2 KONTRAK IJARAH 7.

Fuqahah Hanafi mendefinisikan ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat sesuatu dengan tukaran atau bayaran. 2). al-Syarbini. Fuqahah Hambali mendefinisikan ijarah sebagai kontrak ke atas manfaat yang harus dan diketahui samada dari ayn tertentu atau disifatkan pada tanggungan selama tempoh tertentu atau kerja tertentu dengan satu tukaran (bayaran) Daripada keeempat-empat definisi tersebut. 1978. Suatu kontrak yang menyebabkan pemindahan hak manfaat. (Ibnu hajar. Kontrak ke atas manfaat mengikut syarak terdapat dua jenis iaitu pinjaman (al-ariyah) dimana ia dilakukan tanpa bayaran dan yang kedua ialah al-ijarah yang melibatkan bayaran. mesin. h. Ia adalah kontrak pertukaran iaitu manfaat benda dan bayaran. didapati terdapat beberapa perkara penting dalam kontrak ijarah iaitu: i. Fuqaha’ Shafie mendefinisikan ijarah sebagai suatu akad (kontrak) yang dilakukan ke atas manfaat yang dimaklumi. bukan hak milik. 1971.588). hak milik tidak berpindah kerana pada dasarnya ia adalah suatu kontrak 213 . Kontrak Ijarah merujuk kepada urus niaga sewaan atau pajakan atas sesuatu aset yang berpanfaat seperti bangunan. ii. Ia terikat kepada masa dalam penggunaan manfaat Dalam konteks sistem kewangan Islam. Ijarah/sewaan tidak berkesudahan dengan pindahan hak milik. iii. Dalam kontrak Ijarah. yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang diketahui. (al-Sarakhsi.Dari segi istilah fiqh pula terdapat berbagai pandangan seperti Ijarah ialah suatu kontrak membawa pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran tertentu. 332) Fuqahah Maliki mendefinisikan ijarah sebagai suatu akad untuk memiliki manfaat sesuatu benda yang harus selama tempoh tertentu dengan sesuatu tukaran (bayaran). jentera berat dan seumpamanya. 1958: h. ijarah ialah kontrak dimana institusi kewangan atau bank memajakan peralatan atau bangunannya kepada pelanggan dengan dikenakan sejumlah bayaran yang tetap.

Ijarah/sewaan yang diakhiri dengan pemilikan aset pada hujung tempoh sewaan ialah kaedah Ijarah Thumma Al-Bai’. pihak bank juga menyediakan kemudahan pembiayaan penggunaan harta berdasarkan konsep sewaan dan juga pajakan. Jika si A menyewa rumah kepunyaan B maka si A mempunyai hak dari segi menggunakan rumah tersebut.2. Jika si B ingin memasuki rumah tersebut. tunggangan bagi kenderaan dan sebagainya. Dalam pembiayaan penggunaan harta yang menggunakan prinsip atau kaedah al-Ijarah. maka penyewa tersebut mempunyai hak dari segi menggunakannya tetapi bukan hak pemilikan. kadar bayaran sewaan dan syarat lain-lain yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. beliau perlu meminta izin daripada A walaupun beliau ialah pemilik rumah tersebut. Ia bersumberkan al-quran dan alsunnah serta ijmak ulamak Allah berfirman: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada seseorang).2 Hukum Ijarah Hukum ijarah adalah harus. Karena Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada seseorang) ialah orang yang Kuat lagi dapat dipercaya". Maksud manfaat ialah kegunaan sesuatu barang seperti kediaman untuk rumah atau bangunan. Apabila sesuatu barang itu disewa oleh seseorang.” 214 . Mengikut konsep ini bank akan membeli harta yang mahu digunakan oleh pelanggan dan kemudiannya menyewakan atau memajakkannya kepada pelanggan pada tempoh. Ijarah/sewaan didefinisikan sebagai menjual manfaat iaitu penggunaan atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan.sewa manfaat dan bukan kontrak jual beli. 7. Si A pula hanya mempunyai hak menggunakan tetapi bukan hak pemilikian sebab itu beliau tidak boleh menjual kepada pihak lain.

2. Allah juga berfirman dalam surah al-Talaq: 6 ” Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” Majoriti ulamak berpendapatt kontrak ijarah merupakan kontrak yang mengikat dan setiap pihak tidak mempunyai hak secara persendirian untuk membatalkan atau memansuhkan kontrak kecuali memenuhi peruntukan pemansuhan kontrak . Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka upahnya. benda yang disewa itu tidak mengalami kerosakan atau kecacatan yang menghalang penggunaannya. Ijarah ke atas perkhidmatan 215 . 7. Maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin. Ijarah keatas manfaat b. b. dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik. dan jika kamu menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya. Tidak berlaku keuzuran diantara dua pihak berkontrak sehinggga membolehkan kontrak itu dimansuhkan. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil. Tardapat dua syarat mengekalkan kedudukan kontrak al-ijarah itu mengikat iaitu: a.Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini membuktikan al-ijarah (sewa) atau al-ujrah (upah) telahpun disyariatkan oleh Allah pada zaman nabi Shuib.3 Jenis ijarah Ijarah mengadungi 2 jenis iaitu: a.

alatan dan lain-lain dan sewa binatang. kadar upahnya. c. lokasi dan lain-lain perkara yang mustahak diketahui dan harus diguna dari segi syarak. kenderaan dan sebagainya yang berkaitan dengan sewa menyewa. Upah itu terdiri daripada harta yang bernilai dan diketahui dengan jelas.4 Syarat-syarat Ijarah Kontrak al-ijarah dikira sah apabila menepati syarat-syarat berikut: a. Benda yang disewa itu musnah 216 . sewa harta alih seperti sewa pakaian. d. Berakhirnya tempoh ijarah (sewaan) b.2.Ijarah keatas manfaat ialah penggunaan sesuatu barangan seperti tempat kediaman. Ijarah ke atas perkhidmatan pula ialah kerja yang menggunakan tenaga dan kepakaran seperti pembantu rumah.2. Kedua belah pihak bersetuju dan rela untuk mengadakan kontrak tersebut dan kedua pihak tersebut merupakan pihak yang boleh dipertanggungjawabkan oleh syarak b. Ia boleh dibahagi pula kepada sewa harta tak alih seperti sewa bangunan dan tanah. 7. Pihak yang berkontrak membatalkan kontrak secara rela iaitu al-iqalah c. Perkhidmatan yang diupah bukan terdiri daripada tugas asal atau kewajipan pengambil upah.5 Penamatan Kontrak Ijarah Kontrak ijarah boleh berakhir dengan beberapa keadaan berikut: a. 7. Manfaat barang yang disewa atau jenis perkhidmatan yang diupah mestilah diketahui tempohnya. mengajar dan sebagainya yang melibatkan upah mengupah.

Kontrak ijarah (sewa) dimana pihak penyewa menyewa suatu barang daripada pemiliknya pada harga sewaan untuk tempoh tertentu dan apabila tempoh sewaaan tamat. 7.2. penyewa menandatangani kontrak kedua iaitu kontrak jual beli Kaedah ini secara asalnya tiada dibincangkan dalam kitab-kitab fekah lama secara langsung.d. Namun begitu kaedah muamalat Islam bersifat terbuka dan sentiasa bersifat murunah iaitu fleksibel berdasarkan keadaan dan keperluan asalkan ia tidak menyalahi hukum syarak. Berlaku kematian atau keuzuran pihak yang berkontrak. hak pemilikan masih di 217 . Hukum-hukum yang berkaitan ialah hukum sewaan dan hukum jual beli. Ia dibuat bagi menjadikan kaedah hire purchase diterima mengikut hukum Islam. Jadi. Pihak Majlis Pengawasan Syariah Malaysia menerima kaedah ini sebagai suatu yang diterima oleh syarak dengan mengambil kira dua kontrak berasingan yang sah tetapi dibuat perjanjian (waad) dalam kontrak pertama. Ia mula dibincang di peringkat semasa apabila konsep Islam hendak dipraktikkan dalam urus niaga perniagaan semasa yang didominasi oleh sistem konvensional. Waad dalam akad sewaan menyebut bahawa pihak pembeli akan menyewa harta tersebut selama tempoh yang dipersetujui bersama dan setelah tempoh tersebut tamat harta tersebut akan menjadi hak milik penyewa melalui akad jual beli yang sudah dijanjikan. Kontrak ini hanya ada di pasaran kewangan apabila diadakan sistem kewangan moden yang diambil daripada kontrak sewa beli (hire purchase) yang diislamkan dengan menggabungkan dua kontrak iaitu al-ijarah (sewa) dan al-bay (beli). Kontrak pertama ialah kontrak sewaan dengan janji dan kontrak kedua pula ialah kontrak jual beli setelah janji di tunai. dalam kaedah ini terdapat dua kontrak yang sah.6 Al-Ijarah Thumma Al-Bay Atau Ijarah Al-Muntahiyah Bi Al-Tamlik (Sewa Beli) Al-ijarah Thumma al-bay atau ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik (Sewa Beli) adalah suatu kontrak baru yang secara asalnya tidak dibincangkan oleh kitab-kitab fiqh terdahulu. Selama tempoh sewaan.

Jika penyewa gagal membuat bayaran sewaan dalam tempoh tertentu. Dalam aplikasi peraturan muamalat masa kini. Dari segi istilah syarak Qardhu ialah menyerahkan sesuatu yang dimiliki kepada seseorang dengan syarat ia dikembalikan dengan sesuatu gantian yang sama nilainya. (Wahbah al-Zuhaili). Rasulullah saw pernah bersabda: 218 . Jika menyerahkan sesuatu dan dikembalikan juga dengan barang tersebut disebut al-ariyah (pinjam).2 Hukum Qardhu Hukum memberi hutang adalah sunat kerana ia dapat membantu saudaranya yang memerlukan. harta tersebut boleh diambil kembali oleh pemiliknya. Menolong orang boleh dibuat dengan cara hibah (pemberian percuma) dan cara al-Qardhu (hutang). Dari segi pandangan. 7. ia tertakluk di bawah akta sewa beli.2. 7. kaedah hirepurchase tersebut diterima kerana ia tertakluk kepada hukum sewaan dan jual beli kemudiannya. iaitu pihak yang memberi sewa akan diberi hak milik dituntut dan hak tersebut akan dilepaskan kepada penyewa/pembeli setelah tempoh sewaan tamat.tangan pemilik.2.2 HUTANG PIUTANG (QARDHU) 7. Islam menggalakkan orang yang berada atau berharta memberi hutang kepada orang yang memerlukannya dengan kaedah al-Qardhu dengan tujuan semata-mata kerana Allah Ia dikira amal soleh dan sangat digalakkan oleh Islam. Dalam bahasa Malaysia disebut hutang.1 Definisi Qard Qardh dari segi bahasa bermaksud membahagi atau sesuatu yang dipinjam. Menjadi kewajipan orang yang berada menolong orang yang tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan mereka.

2. 7.3 Merekodkan Qard Orang yang memberi hutang dan orang yang berhutang perlu membuat perjanjian yang disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil atau perempuan yang adil.” (HR Muslim. 219 . Ibn Hibban dan al-Baihaqi) Rasulullah bersabda lagi “Aku melihat pada malam aku diisra’kan di pintu syurga tertulis: sedekah dibalas dengan sepuluh kali ganda dan hutang dibalas dengan lapan belas kali ganda. berapakah jumlahnya. Lalu akau bertanya. bilakah tempoh bayaran balik dan bagaimana cara pembayarannya. Wahai jibrail.“Sesiapa yang membantu sandaranya melepaskan sesuatu kesusahan di dunia. pemberi hutang mesti menyebut butiran hutang dengan jelas. mengapa al-qardhu (hutang) lebih baik daripada sedekah? Lalu dijawab. maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan yang dihadapinya pada hari qiamat. menyatakan nama orang yang berhutang.” Namun begitu haram memberi hutang kepada orang yang hendak membuat maksiat. oleh itu sesuatu kontrak hutang piutang langkah-langkah tertentu. Abu Daud dan Tirpizi) Rasulullah saw bersabda lagi: “tidak ada daripada seorang muslim yang memberi hutang kepada seorang muslim yang lain dua kali melainkan bagaikan ia memberi sedekah sekali. Orang yang berazam untuk tidak membayar hutang adalah haram berhutang dan orang kaya yang sengaja menzahirkan kemiskinan juga haram ke atasnya berhutang. Rekod atau penulisan adalah penting terutamanya apabila hutang itu tidak dijamin dengan penjamin . Alalh sentiasa menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya.antaranya ialah 1. kerana sesungguhnya orang yang berkeinginan sesuatu bertujuan untuk memilikinya sedangkan orang yang berhutang tidak akan berhutang melainkan sebab perlu atau sangat berhajat.” HR Ibnu Majah.

meka hendaklah ia menulis. dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu). dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orangorang lelaki (di antaramu). jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan. supaya jika seorang lupa Maka yang seorang mengingatkannya. Jika perlu jaminan hendaklah dijamin dalam bentuk samada mangadakan penjamin (Dhamin) atau barang gadaian (al-Rahnu) 3. Kontrak hutang piutang itu disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil atau seorang lelaki dan dua orang perempuan jika sukar mendapat dua orang lelaki. hutang piutang. dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli. dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya. jika kamu lakukan (yang demikian). Maka Sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. hendaklah kamu menuliskannya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. jika tak ada dua oang lelaki. (Tulislah mu'amalahmu itu). atau sewa menyewa dan sebagainya. Hai orang-orang yang beriman. kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu. dan bertakwalah kepada Allah. dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya. dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. apabila kamu berpu'amalah[179] tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan. dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu. 220 . Maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai. janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil. baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Allah mengajarpu. yang demikian itu. Allah berfirman di dalam surah al baqarah: 282 282. (jika) kamu tidak menulisnya.2. Maka tidak ada dosa bagi kamu. [179] Berpuamalah ialah seperti berjualbeli.

2. Rasulullah saw bersabda: ”Sesunguhnya ada seorang lelaki bertanya kepada rasululullah tentang saudaranya yang telah meninggal dunia dalam keadaan berhutang maka rasulullah bersabda dia teRPenjara dengan hutangnya maka bayarkanlah. berakal. orang yang memberi hutang dan orang yang berhutang hendaklah mempunyai kelayakkan beraqad.” 221 . baligh serta tidak dihalang dari berurusan dan ahli tabarru’ (ahli yang berkelayakan membuat kebajikan) 2. Mengenakan syarat yang menguntungkan dalam memberi hutang adalah haram. Lebihan bayaran yang disyaratkan dalam pinjaman pula dikira riba.6 Kewajipan Membayar Qard Orang yang berhutang wajib membayar hutang dengan kadar segera apabila mampu.5 Larangan Mengambil Manfaat dari Qard Memberi hutang adalah digalakkan oleh Islam.7. 7. Namun begitu Islam melarang pihak yang memberi hutang mengambil manfaat daripada orang yang berhutang. Mesti menggunakan lafaz hutang dalam ijab dab qabul 3.” Rasulullah saw juga bersabda: ” sesiapa yang mengambil harta manusia dengan niat untuk membayarnya maka Allah akan memudahkan pembayarannya dan sesiapa yang meminjam dengaan niat membinasakannya maka allah akan membinasakannya.2.4 Syarat al-Qardhu 1. 7. barang yang dihutang itu hendaklah dalam bentuk benda yang jeklas dan nyata dan dapat diserahkan kepada yang berhutang.2.

HIWALAH (PEMINDAHAN HUTANG) 7. penerima pemindahan (al-muhal) iaitu pemiutang c. 1998). Al-Hiwalah juga berlaku dalam bentuk pemindahan wang yang diarah oleh seorang pelanggan kepada bank untuk memindahkan sejumlah wang daripada akaunnya kepada akaun orang lain dalam negeri atau di luar. Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Mengikut istilah Fiqh al-hiwalah bermaksud pemindahan hutang daripada sesuatu pihak kepada suatu pihak yang lain.Namun jika ada kasimpatan dalam bayaran.3. Allah berfirman : 280. di bank yang sama atau di bank lain (Mohd Bakir. pembayar hutang (muhal ‘alaihi) serta hutang itu sendiri Al-Hiwalah ialah pemindahan hutang daripada tanggungjawab si berhutang kepada tanggungjawab orang lain. Pada asalnya al-Hiwalah berlaku dalam urusan hutang piutang iaitu si berhutang memindahkan tanggungjawab membayar hutangnya kepada orang lain untuk dibayar kepada tuan punya hutang. 222 .1 Definisi dan Rukun Hiwalah Perkataan al-hiwalah berasal daripada perkataan tahwil iaitu bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Islam amat menggalakkan pemberi hutang agar memberi belas kasihan dan membuat pertimbangan tertentu bagi kebaikan hidup manusia. pemindah hutang (al-muhil) iaitu penghutang b. (al-baqarah: 280) 7. lebih baik bagimu. jika kamu Mengetahui.3 KONTRAK AL. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran. Terdapat tiga pihak didalam kontrak al-hiwalah iaitu a. dan menyedekahkan (sebahagian atau semua utang) itu.

iaitu pihak 7. bukan lagi kepada Khalid Ali kerana tanggungan hutangnya kepada Khalid Ali telah berpindah sebaik sahaja berlakunya akad al.3. cukup umur dan pintar dan tidak tersekat daripada menjalankan muamalat.3. Jika tempoh pembayaran tidak diberitahu maka hutang itu harus dibayar serta merta. Hiwalah Muqaiyadah iaitu al-Hiwalah yang terikat dengan adanya hutang seseorang di tangan orang lain manakala Hiwalah Mutlaqah iaitu al-Hiwalah yang tidak terikat dengan adanya hutang seseorang di tangan orang lain. 7. Pemindah hutang dan tuan punya hutang hutang dan penghutang kepada tuan punya dalam al-Hiwalah).3 Hukum al-Hiwalah.Hiwalah. Hutang yang dihiwalahkan itu hendaklah menepati syarat berikut iaitu terjamin pembayarnya dan diketahui jumlah dan tempoh pembayarannya. Sighah pula hendaklah menepati syarat sah al-Hiwalah yang diakad antara 223 . Oleh yang demikian. 9. pemindah hutang (yang menjadi pemiutang kepada penerima pemindahan pihak kedua penerima pemindahan hutang dan pihak ketiga tuan punya hutang. Ulamak Fiqh memberi hukumnya harus berdasarkan hadis rasulullah bersabda: “ Sesiapa yang memindahkan haknya kepada seseorang maka hendaklah ia terima pemindahan itu. 8. iaitu akal sempurna akal. Khalid Ali menghiwalahkan hutangnya yang ada pada Hassan supaya dibayar kepada Kassim Masdor. Contoh al-Hiwalah ialah Kamarudin Hassan berhutang daripada Khalid Ali dan Khalid Ali berhutang daripada Kassim Masdor. hendaklah menepati syarat berikut. Akad al-Hiwalah melibatkan tiga pihak.” Riwayat al-Baihaqi. Al-Hiwalah halal di sisi syarak.2 Jenis-jenis al-Hiwalah Al-Hiwalah terbahagi kepada dua jenis.7. tanggungjawab Ali untuk membayar hutang kepada Kassim Masdor telah berpindah kepada Kamarudin Hassan dan Kamarudin Hassan hanya perlu membayar hutang itu kepada Kassim Masdor. iaitu boleh dipertanggungjawabkan.

3. Mereka berpendapatt bahawa pemiutang bersetuju menjual hutangnya dalam tanggungan penghutang kepada pihak yang sanggup membayar kepadanya kerana ia ada tanggungan hutang penghutang di atasnya. Kontrak Hiwalah adalah jenis kontrak jualbeli hutang.pemindah hutang dengan tuan punya hutang. Pendapat ini diterima oleh ulamak Hanafi. Ibn Taimiyyah berkata: ” Akad Hiwalah ialah pelupusan hak dan bukannya jual beli. upah pemindahan dan perbezaan harga pertukaran mata wang asing. Tidak sah al-Hiwalah jika tuan punya hutang tidak bersetuju. penerima pemindahan hutang tidak semestinya terhutang kepada pemindah hutang. Ia diharuskan oleh syarak apabila adanya keperluan. 7. maliki dan syafie. penerima pemindahan hutang berhak menuntut daripada pemindah hutang wangnya yang telah dibayar kepada pihak ketiga yang juga tidak semestinya mempunyai hutang haknya di tangan pemindah hutang. pemindahan wang yang dibuat melalui bank ialah Hiwalah Mutlaqah. Maka ini berpakna jual beli hutang. (Wahbah al-Zuhaili. pihak bank boleh mengenakan caj komisen.4 Pandangan Fuqahah mengenai jenis Hiwalah 1. Dalam keadaan seperti ini. Pendapat ini diterima oleh Ibn Taymiyyah dan sebahagian Fuqahah Shafie. 166) 2. Al-Hiwalah seperti ini dinamakan Hiwalah Mutlaqah. belanja mengurus dan upah pemindahan manakala bagi Hiwalah luar negeri pula pihak bank mengenakan caj komisen. h. Kontrak al-hiwalah ialah kontrak melunaskan hak (istifa al-Haq) dan bukannya kontrak jual beli. Syarak memberikan kemudahan (rukhsah) untuk urusan hidup manusia. Jika pihak yang mempunyai hak meminta daripada penghutang supaya melupuskan 224 . Dalam Hiwalah Mutlawah bank boleh mengenakan ke atas pelanggan bayaran-bayaran tertentu seperti Hiwalah dalam negeri. Dalam sistem perbankan Islam. Begitu juga sah al-Hiwalah yang diakad antara penerima pemindahan hutang dengan tuan punya sahaja. Akad alHiwalah antara pemindah hutang dengan penerima pemindahan hutang hendaklah dipersetujui oleh tuan punya hutang. Dari segi bentuk pelaksanaan Hiwalah pula. belanja mengurus.

11) 3. Hutang itu mestilah diketahui dengan jelas kadarnya kerana dengan kejahilan kadar hutang itu membawa kepada pertikainan yang boleh membawa kepada terbantutnya pembayaran. al-qiyas.”.3. Oleh itu hutang kontrak salam tidak boleh dihiwalah kerana ia tidak tetap dan kemungkinan boleh berlaku pembatalan. 7. (Ibn Taimiyyah. Hutang itu hendaklah hutang yang benar-benar sabit (lazim) bukannya hutang yang belum tentu. Hutang itu tetap ada dalam tanggungan pemindah hutang (muhil) kerana memindahkan hitang kepada orang yang tidak ada hutang padanya adalah tidak sah. Hutang itu hendaklah hutang yang tetap dan jelas yang tidak mungkin terhapus disebabkan ada kerosakan dan sebagainya. 5. Hutang itu hendaklah hutang yang telah matang dan sampai masa pembayarannya. Jika ia pindahkannya kepada orang lain untuk membayarnya. Dr Wahbah Zuhaili juga lebih cenderung dengan pendapat ini. Ia mempunyai ciri-ciri pelupusan hutang dan ada ciri jual beli. hutang yang ditanggungnya maka bayaran hutang itu yang dibuat oleh pihak lain itu sebagai bayaran hutang yang ada dalam tanggungan penghutang. 4. 169) 2.5 Jenis hutang yang dibenarkan dihiwalahkan Hutang yang diharuskan hiwalah ialah hutang yang memenuhi syarat berikut: 1.hutangnya daripada harta penghutang itu maka ia merupakan pelupusan. Pendapat ini selaridengan pendapat ulamak Hambali dan Maliki. 3. Kontrak hiwalah ialah kontrak yang berdiri dengan sendiri. (Al-ramli. jld 4. 225 .

kadar dan kematanganya. Hendaklah hutang yang dihiwalahkan itu sama dengan hutang yang dijadikan pembayaran itu dari segi jenis.4 AKAD MUDHARABAH 7. 1. 7. (al-Dusuqi) 226 . 2.3. Ulamak Mazhab Hanafi mendefiniskan mudharabah sebagai akad usahasama untuk mendapat keuntungan di mana satu pihak mengeluarkan modal dan satu pihak lagi sebagai pengusaha. Pihak yang memindahkan hutang (muhil) dibebaskan tanggungjawab membayar hutang. Hendaklah hutang yang dihiwalah itu adalah hutang yang harus diurusniagakan dan boleh dijualbeli dengan itu hutang salam tidak harus dihiwalahkan kerana ia tidak boleh diurusniagakan dan dijual beli. 7. 7.6. mudharabah ialah suatu kontrak yang berlaku diantara pemodal dengan pengusaha bagi kegiatan perniagaan untuk memperolehi keuntungan.1 Definisi Mudharabah Mudharabah dari segi bahasa bermaksud musafir atau berjalan menjalankan urusan perniagaan.6 Kesan Kontrak Hiwalah. Hutang yang dipindahkan itu adalah sama dengan hutang sebelum ia dipindahkan. Dari segi istilah syarak.4.

2 Hukum Mudharabah Mudharabah adalah harus. berdzikirlah kepada Allah di Masy'arilharam[125]. dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu. dan Sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Ia melibatkan aktiviti pelaburan. Ia dibenarkan oleh syarak dalam mencari rezeki yang halal. (al-Ramli) Ulamak Mazhab Shafie mendefinisikan mudharabah sebagai suatu akad yang mengandungi di dalamnya pemodal mewakilkan kepada pengusaha supaya diniagakan modalnya dengan dibahagikan keuntungan antara mereka berdua.Ulamak mazhab Maliki mendefinisikan mudharabah sebagai pemodal memberikan modal dengan kadar tertentu kepada pengusaha untuk diniagakan bagi mendapat sebahagian keuntungan kepadanya. Mudharabah juga disebut Qiradh.4. Tujuan mudharabah adalah untuk mengadakan kerjasama antara tuan punya harta yang boleh dijadikan modal dengan pihak pengusaha yang tiada modal tetapi ada kepakaran berurus niaga dalam perniagaan. Allah berfirman ”Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Ia juga didefinisikan sebagai akad antara dua pihak yang mengandungi penyerahan harta oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk berniaga dengan berkongsi untung dengan syarat-syarat tertentu. Maka apabila kamu Telah bertolak dari 'Arafat.” (al-Baqarah:198) 227 . (al-Kasani) Secara umumnya mudharabah ialah kontrak antara pemodal dan usahawan berdasarkan perkongsian untung. 7. (Ibnu Qudamah) Ulamak mazhab Hambali mendefiniskan mudharabah ialah pemodal memberi modal kepada pengusaha supaya diniagakan dan keuntungan yang diperolehi dibahagikan mengikut persetujuan yang dicapai.

Diceritakannya juga bahawa sahabat-sahabat rasulullah juga menjalankan mudharabah dalam urusniaga mereka. melintasi cerun bukit dan jangan membeli binatang yang sakit.4. Jika ia melakukan larangan tersebut maka ia dikenakan bayaran gantirugi. 228 . kamu harus bertanggungjawab diatas perbuatan itu”. 7.Usaha mencari keuntungan melalui mudharabah adalah sebahagian daripada usaha mencari rezeki yang halal. dia telah mensyaratkan kepada pengusaha supaya jangan mengharungi lautaan. Aktiviti mudharabah ini telah berlaku sejak zaman nabi dan ia telah diterima oleh majlis pengawasan syariah Malaysia masa kini kerana ia memberi maslahah kepada semua pihak. Maka beliau telah memberitahu rasulullah saw tentang syarat-syarat itu maka rasulullah saw mengharuskannya. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a katanya: Abbas bin Abdul Mutalib menceritakan apabila dia menyerahkan wang untuk mudharabah. Jika kamu lakukan larangan itu. Abbas memberi syarat-syarat itu demi untuk menjaga kepentingannya dan kepentingan pengusaha supaya midalnya terjaga dan tidak hilang. sahabat rasulullah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjanjikan kepada seorang lelaki ketika beliau memberikan sejumlah modal kepadanya dengan cara pembahagian keuntungan secara sama rata dan memberi beberapa syarat pemberian modal iaitu rasulullah bersabda: ”jangan sekali-kali menggunakan kekayaanku untuk membeli hati yaang basah (daging). jangan membawanya di atas kapal dan jangan meletakkannya di dalam tempat air mengalir.3 Rukun dan Syarat Mudharabah Setiap aktiviti mudharabah mestilah mengandungi rukun mudharabah iaitu (i) Pihak yang berakad iaitu Tuan punya modal (sahibul mal) dan Pengusaha (Mudharib atau sahibul amal). Hakim bin Hazam.

Ia mesti diserahkan kepada pengusaha dan boleh diuruskan untuk niaga supaya mendapat keuntungan. Jumhur ulamak dari mazhab Hanafi. Ini bererti tidak sah jika disyaratkan kerja daripada tuan punya modal. (ii) Modal (Ra’sul mal). (iii) Kerja atau projek (amal atau masyru’). Kedua–dua pihak adalah mempunyai kelayakan dari segi undang-undang iaitu sempurna akal tetapi tidak disyaratkan cukup umur. Modal hendaklah ditentukan dengan jelas dan kaedah penentuan kaedah keuntungan perlu dijelaskan dalam akad. Akad yang tidak menentukan modal adalah tidak sah. Usaha mudharabah ini terbahagi kepadaa jenis iaitu mudharabah mutlaqah (Mudharabah tidak terhad) dan mudharabah muqayyadah (mudharabah terhad) 229 . Ia juga harus bagi kanak-kanak mumayyiz dan hamba. Kerja adalah jenis perniagaan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Projek yang dijalankan hendaklah halal mengikut syara’. kafir zimmi dan kafir musta’min.Kedua-dua belah pihak yang menjalankan akad mudharabah terdiri daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan. Disyaratkan modal daripada tuan punya modal dan kerja daripada pengusaha. Modal terdiri daripada wang tunai atau apa-apa harta bernilai yang ditentukan semasa akad dan diserahkan kepada pihak pengusaha sebaik sahaja selesai ijab dan kabul dengan caracara dipersetujui. bebas daripada sekatan muamalat dan boleh melibatkan diri dalam bidang wakalah. islam dan merdeka. Terdapat juga ulamak seperti imam Ahmad Ibn Hambal yang menerima barangan sebagai modal kerana barangan adalah sama dengan wang dari segi bernilai. Maliki dan Syafie menetapkan modal hendaklah daripada wang kerana ia menjadi harga dan asas penilaian yang tidak banyak berubah dalam pasaran setempat tidal seperti barangan lain yang mengalami turun naik.

Mudharabah Mutlaqah (Mudharabah tidak terhad) ialah pemodal memberi modal kepada pengusaha untuk mudharabah tanpa ditentukan jenis usahasama atau perniagaan. Mudharabah disyaratkan setiap anggota yang terlibat mesti mengetahui kadar keuntungan yang akan diperolehi semasa akad. Ini adalah kerana keuntungan adalah menjadi tujuan kepada akad mudharabah. Keuntungan keatas modal adalah tidak dibenarkan kerana ia akan menjadi riba. pengusaha hendaklah melakukan urusan perniagaan yang berlaku mengikut uruf perniagaan yang biasa diamalkan oleh peniaga-peniaga. Kaedah penentuan keuntungan perlu ditentukan semasa akad. Jika ia tidak mendatangkan manfaat maka ia tidak diharuskan. Jika kadar keuntungan tidak ditentukan semasa akad maka akad tersebut dikira tidak sah. Jika sekatan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Kadar keuntungan pula hanyalah dalam bentuk umum seperti separuh keuntungan atau peratusan daripada keuntungan prestasi sebenar. Dia juga tidak boleh menjalankan perniagaan yang diharamkan syarak dan yang tidak mendatangkan keuntungan atau pulangan. tempat tertentu dan jenis barang tertentu. Tidak ditentukan juga tempoh masa mudharabah serta tidak ditentukan siapakah pengusaha sebenar sesuatu projek atau perniaagan. Mudharabah Muqayyadah (mudharabah terhad) ialah mudharabah yang dihadkan kegiatannya dengan masa. 230 . maka ia dianggap tidak wujud jadi mudharabah kekal dalam keadaan seperti tidak terhad. (iv) Untung (Ribhu). Apabila akad mudharabah mutlaqah ini dibuat. Jika sekatan itu mendatangkan manfaat maka ia adalah harus. Sekatan kegiatan yang ditentukan itu sama ada ia mendatangkan faedah kepada kegiatan mudharabah atau tidak. Kriteria yang menentukan sekatan itu berpanfaat atau tidak adalah dirujuk kepada uruf. Dia tidak boleh memberi hutang terhadap wang modal itu kepada pihak lain pula. Jika mendatangkan faedah maka ia hanya terhad kepada perkara yang dihadkannya sahaja sedangkan kegiatan lain secara umumnya dapat dilakukan. Keuntungan tidak boleh dibuat atas kadar tetap daripada modal.

”Apa-apa butiran lanjut hendaklah dijelaskan di dalam majlis akad supaya semuanya jelas dengan apa yang diakadkan. Mudharabah boleh dibubarkan pada bila-bila masa sebelum kerja-kerja dimulakan oleh pengusaha. 7.Asas keuntungan dalam mudharabah dikira berpula ketika kemasukan modal dan berlakunya urusan pelaburan. Majlis akad perlu dihadiri oleh saksi bagi menguatkan sesuatu akad mudharabah. salah satu pihak meninggal dunia 231 . Dalam hal kerugian.4. Mudharabah ialah kontrak usahasama yang dilakukan oleh pemodal dan pengusaha. Ijab (penawaran) maksudnya suatu ungkapan yang membawa makna persetujuan mudharabah yang dilafazkan oleh pemodal seperti katanya: (”ambillah modal ini untuk mudharabah dan keuntungan yang diperolehi dibahagi bersama separuh. Persetujuan dan butir-butir lengkap hendaklah dibuat catatan supaya ia dijadikan bukti jika berlaku apa-apa pertikaian di mana akan datang. tuan punya modal hanya mendapat balik modalnya dan pengusaha tidak mendapat apa-apa.4 Berakhirnya kontrak Mudharabah Akad Mudharabah boleh berlaku daam tiga keadaan iaitu 1. semuanya ditanggung secara bersama oleh tuan punya modal dan pengusaha mengikut apa yang dipersetujui jika tiada keuntungan.”) Manakala Qabul (penerimaan) pula bermaksud ungkapan yang menunjukkan persetujuan menerima tawaran mudharabah itu dengan kata-kata seperti: ”saya bersetuju atau saya terima dengan mudharabah ini seprti yang ditawarkan. (v) Sighah (ijab dan kabul). pembatakan akad oleh pihak yang berakad 2. Ia memerlukan akad yang menunjukkan persetujuan memberi dan menerima akad mudharabah (ijab dan qabul). salah satu pihak gila atau hilang akal 3.

3.3.3.1 PENGENALAN 8.3.1 Surat jaminan Hutang 8.3 al-Rahnu (Gadaian) 8.2. Bincangkan definisi ijarah dan hukum-hukum berkaitan dengannya 2.3.3.3. Bincangkan definisi Mudharabah dan hukum-hukum berkaitan dengannya BAB 8 JAMINAN DANA (KAFALAH.3. pengusaha perlu segera mencairkan kembali modal dan mengembalikan modal tersebut kepada pihak yang berkenaan seperti waris.4. pemegang amanah dan sebagainya.Penjamin Dalam Sewa Beli 8.3 Aplikasi Kontrak al-Rahnu dalam Sistem Kewangan Islam Malaysia 8.3.Apabila akad mudharabah berakhir.5 SOALAN LATIHAN 1.2 al-Rahni di Bank Islam Malaysia 8.3.1 Butir Perjanjian Sewa Beli 8.3.1 Definisi al-Rahni 8.2.3.3 APLIKASI AKAD KAFALAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM MALAYSIA 8.1 al-Rahnu di bank Kerjasama Rakyat Malaysia 8.TAKAFUL) 8.2 Rukun dan Syarat al-Rahnu 8.AL-RAHNU.DHAMANAH.2 Jaminan dalam kontrak Sewa Beli 8.2 DEFINISI KAFALAH DAN DHAMANAH 8.2. Jelaskan hiwalah dan hukum-hukum berkaitan dengannya 4. 7. Huraikan al-qarhu dan hukum-hukum berkaitan dengannya 3. Kontrak al-wadiah dan Qardhu Hassan dalam al-Rahnu 232 .

3.1.DHAMANAH.3 Jenis-Jenis Kafalah 8.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan akad-akad yang berkaitan dengan pengurusan dana iaitu Kafalah. Menghubungkaitkan jenis-jenis kafalah dengan kontrak sewa beli 4. 2. Menjelaskan konsep al-rahnu dan hukum-hukum mengenainya.TAKAFUL) OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. Menghuraikan konsep kafalah. anda seharusnya boleh: 1.4 KONTRAK TAKAFUL 8.1.2 DEFINISI KAFALAH DAN DHAMANAH (JAMINAN) 233 . 5. Mengenal pasti konsep takaful dan hukum-hukum mengenainya 8. 8.4 Rujukan Penjamin Kepada Orang yang Dijamin BAB 8 JAMINAN DANA (KAFALAH.1 Kafalah Bi al-Nafs 8. Al-Rahnu dan Takaful sebagai lanjutan daripada perbincangan di dalam kursus Teori dan Amalan Perniagaan Islam yang lalu.8.1.2 Kafalah Bi al-Mal 8.1. .3.AL-RAHNU. Menjelaskan rukun dan syarat kafalah 3. Dhamanah.

Kafalah dari segi bahasa arab ialah al-dhaman (jaminan). penyerahan barang dan keselamatan barang. al-kafalah ialah menggabungkan dzimmah (tanggungan) dengan dzimmah lain dalam tuntutan mengenai jiwa. En. al-kafalah ialah orang yang mempunyai hak tanggungan pemberi beban serta bebannya sendiri yang disatukan samada menanggung Dari segi istilah Fiqh. Tujuan jaminan ialah untuk menguatkan keyakinan tuan punya hak bahawa haknya tidak akan hilang kerana tuan punya hak boleh menuntut haknya daripada penjamin jika orang yang pada mulanya bertanggungjawab tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya. Ia bermaksud menghadirkan seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan. Contohnya. tanggungjawab di atas hak yang sabit atau wajib terhadap orang lain dan mendapatkan suatu barang gantian untuk pihak yang berhak. hutang atau barangan. Kasim Muhammad membuat pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RP40. iaitu a. menurut mazhab Hanafi. Jaminan terbahagi kepada dua jenis. Ini bererti bahawa jaminan ialah mencantum tanggungjawab seseorang dengan tanggungjawab orang lain. Al-Kafalah dan al-Dhamanah mempunyai erti yang sama. c. b. Menggabungkan dzimah kepada dzimah yang lain dalam asas hutang. Jaminan terhadap diri seperti menjamin untuk menghadirkan orang yang tertuduh ke mahkamah b.000 dengan dijamin oleh En. Menurut mazhab maliki pula. iaitu jaminan. Apabila sampai masa penjelasan hutang. hamalah (beban) dan za’amah (tanggungan). Dari segi istilah syarak pula terdapat beberapa definisi iaitu: a. Jaminan ke atas harta seperti menjamin di atas hutang piutang. pembayaran harga barang yang dijual. pihak Bank Islam Malaysia Berhad boleh menuntut hutangnya daripada Kasim atau Abu 234 . Abu Bakar.

(iv) Bank mengenakan komisen terhadap pelanggan berlandaskan hukum al-Ujr dan perbelanjaan mengurus yang lain yang berkaitan.1 Surat Jaminan Hutang Kemudahan surat jaminan biasanya diperlukan oleh pelanggan-pelanggan berhubung dengan tanggungjawabnya terhadap sesuatu hutang atau pelaksanaan sesuatu tugas terhadap pihak yang lain. mengikut kaedah seperti berikut: (i) Pelanggan membuat perpohonan kepada bank supaya bank mengeluarkan surat jaminan terhadap tanggungjawab pelanggan tentang sesuatu hutangnya atau pelaksanaan sesuatu tugasnya terhadap pihak ketiga. Kemudahan ini boleh disediakan oleh bank berlandaskan hukum al-Kafalah (jaminan hutang dan pelaksanaan kerja). Bank akan menerimanya berlandaskan hukum al-Wadiah.2 Jaminan dalam kontrak Sewa Beli 235 . 8. Dan jika En Kasim gagal membayar.5.5 APLIKASI AKAD KAFALAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM MALAYSIA 8. (ii) Bank mengeluarkan surat jaminan kepada pihak ketiga dan bersetuju menerima tanggungjawab menjelaskan hutang pelanggan atau membayar ganti rugi bersabit dengan pelaksanaan sesuatu tugas pelanggan jika sekiranya pelanggan gagal menunaikan tanggungjawabnya. (iii) Bank mungkin menghendaki pelanggan meletakkan sejumlah deposit dalam akaun deposit.5. ia akan dituntut pula kepada Abu Bakar 8.Bakar.

seseorang akan diberi penyata kewangan bertulis yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian 1. Sebagai panduan. Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barang tersebut. keluarga atau isi rumah. termasuk: • • Semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi. • Sekiranya kita berurusan melalui pengedar kendaraan berpotor. Sementara itu.Sewa beli adalah salah satu kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk memiliki kereta. seseorang akan menerima penyata tambahan yang dikenali sebagai Jadual Kedua Bahagian II yang menyatakan persetujuan syarikat kewangan untuk menjadi salah satu pihak kepada perjanjian tersebut. Bahagian 236 . motokar (termasuk teksi dan kereta sewa). Pelbagai barangan boleh diperolehi secara sewa beli. di samping Jadual Kedua Bahagian 1. Penyata ini akan menerangkan tanggungjawab kewangan seseorang dibawah perjanjian sewa beli yang dicadangkan. termasuk penalti yang mungkin akan dikenakan sebelum menandatangani perjanjian sewa beli. Perjanjan sewa beli boleh dirunding secara terus dengan syarikat kewangan atau melalui pengedar kenderaan berpotor yang akan mengemukakan perpohonan pembiayaan seseorang kepada syarikat kewangan. Seseorang adalah penyewa dan syarikat yanmg membiayai barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Seseorang juga perlu menyediakan peruntukan tambahan untuk insurans dan cukai jualan. Kenderaan berpotor termasuk kenderaan orang sakit. Hak milik hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. • Sekiranya seseorang berurusan secara terus dengan syarikat kewangan. bayaran ansuran bulanan untuk rumah dan kenderaan berpotor hendaklah tidak melebihi 33% daripada pendapatan bulanan rumah. anda boleh membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan. Adalah juga mustahak seseorang meneliti segala kewajipan. motosikal. kenderaan barangan dan bas Sebelum memasuki perjanjian untuk membeli kenderaan berpotor melalui sewa beli pastikan dahulu berapa yang seseorang mampu untuk bayar melalui ansuran bulanan supaya tidak lari daripada bajet.

• Sekiranya seseorang bersetuju untuk menyewa kenderaan tersebut selepas menerima penyata Jadual Kedua (Bahagian 1 dan 11). • Seseorang tidak tertakluk kepada terpa dan syarat-syarat penyata Jadual Kedua (Bahagian 1 dan 11) selagi seseorang tidak memasuki perjanjian sewa beli tersebut. 237 .1 Butir Perjanjian Sewa Beli Perjanjian sewa beli seharusnya mengandungi maklumat maklumat penting berikut:          Perihal kenderaan berpotor yang dibiayai Pengiraan jumlah yang perlu di bayar Deposit minimum Caj terpa dan kadar peratus tahunan untuk caj terpa Caj lewat bayar Tarikh perpulaan sewa Bilangan ansuran bulanan Jumlah ansuran bulanan Kepada siapa. Perjanjian tersebut akan disetemkan pada kadar nominal atas tanggungan seseorang. bila dan dimana pembayaran ansuran bulanan perlu dibuat  Alamat di mana kenderaan berpotor biasanya disimpan Seseorang hendaklah memastikan bahawa butir-butir yang terkandung di dalam perjanjian adalah sama dengan butir-butir yang terdapat di penyata Jadual Kedua. satu perjanjian sewa beli akan dibuat diantara seseorang dan syarikat kewangan.ini hendaklah ditandatangani oleh pengedar dan syariakt kewangan selepas seseorang menerima Bahagian I Jadual Kedua • Seseorang tidak boleh dipaksa untuk memasuki perjanjian sewa beli ataupun dikehendaki menjelaskan kos menyediakan dan mendapatkan Jadual Kedua sekiranya seseorang tidak bersetuju untuk menandatangani perjanjian sewa beli tersebut. 8.5.2.

.Seseorang tidak memerlukan khidmat peguam untuk memasuki sebarang perjanjian sewa beli.penjamin dikehendaki manandatangani surat jaminan yang dikemukakan oleh syarikat kewangan..Definisi Ar Rahnu Ar-Rahnu dari sudut bahasa berpakna mantap dan berkekalan. secara keseluruhannya Ar Rahnu bermaksud pajak gadai berasaskan Islam yang menerangkan situasi di mana penghutang atau penerima pinjaman menjadikan barang kepunyaannya sebagai sandaran untuk memberi 238 ...3." Berdasarkan kedua-dua definisi di atas.W. tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. Pengertian ini telah dijelaskan sepertimana firman Allah S.2. keadaan yang mantap ataupun ia berpakna tahanan. penjamin bertanggungjawab untuk menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan sewa beli ini. termasuk faedah tertunggak.3... 8. Penjamin akan menerima sesalinan perjanjian sewa beli dan menanggung liabiliti ke atas kemudahan sewa beli tersebut.. Berdasarkan kepada keputusan penilaian kredit tersebut.2..2...T di dalam Surah Al-Muddaththir ayat 38 yang membawa bermaksud: "Tiap-tiap diri terikat.. syarikat kewangan mungkin memerlukan penjamin untuk kemudahan sewa beli sebagai cagaran tambahan kepada kemudahan sewa beli tersebut. 8. Misalnya.3 AL-RAHNU 8. Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran..1 .Penjamin Dalam Sewa Beli Syarikat kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon kemudahan sewa beli.

Amalan di Bank Rakyat menetapkan jumlah maksima pinjaman tanpa faedah ini adalah sebanyak RP5.000 tetapi nilai barang gadaian hendaklah dua kali ganda nilai pinjaman. Pemegang gadaian (Al-Murtahin) iaitu pemberi hutang (Bank) 3. Adapun upah simpanan adalah berasaskan nilai barang gadaian yang turut dijamin oleh pihak Bank pada asas upah bulanan. Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan 8.3. Penggunaan traksaksi ini tidak membebankan pihak yang membuat gadaian malahan memberi kemudahan kepada mereka untuk melunaskan hutang dan menampung kehidupan mereka tanpa faedah tambahan.jaminan ke atas hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjam. 239 .2 Rukun dan Syarat Al-Rahnu Rukun Al-Rahnu adalah: 1. barang gadaian hendaklah terdiri dari barangan yang boleh dijual beli. barang gadaian yang diterima adalah dari barangan kemas yang diperbuat dari emas. Dari segi syarak. Tanggungan gadaian iaitu hutang 5. Sighah: Ijab dan qabul Di dalam amalan Al-Rahnu dimasa ini. Penggadai (Al-Rahin) iaitu si berhutang (pelanggan) 2. Barang gadaian (Al-Marhun) 4.

Penubuhan ini tidak terhad kepada ahli-ahlinya sahaja malah telah dibuka kepada semua individu. perubahan di dalam undang-undang telah melahirkan banyak anak syarikatnya dan merasmikan lebih banyak cawangannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta ahli-ahlinya. Setelah itu.1 Al Rahnu di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Pengenalan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Pada mulanya. Bank Rakyat telah dikawal selia oleh undang-undang dan Akta Bank Kerjasma Rakyat (M) Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202). pada tahun 1993. Kerjasama telah dilakukan oleh Bank dengan membahagikan kesatuan masingmasing untuk memudahkan pergerakan koperasi tersebut dan bank akan menyediakan keperluan kewangan kepada ahli-ahli mereka.3 Aplikasi Kontrak al-Rahnu dalam Sistem Kewangan Malaysia 8. nama Bank Kerjasama Berhad telah ditukarkan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih diketahui sebagai Bank Rakyat. 11 daripada bank kesatuan ini telah memutuskan untuk bergabung dan menubuhkan Bank Agong (Bank Puncak). Pada 28 September 1954. Pada 6 Januari 1973. dimana ia membenarkan Bank Rakyat untuk menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli. Bank Rakyat telah ditubuhkan pada September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Seterusnya Bank Rakyat telah diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Pembangunan Koperasi serta Kementerian Kewangan pada tahun 1989.3. Pada tahun 1976. Akta Koperasi telah dikaji 240 . Pengerusi yang pertama pada masa itu ialah Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim.3.3. Bank Agong ini telah digantikan dengan nama Bank Kerjasama Berhad. Setelah itu.8.

Bank Rakyat telah meletakkan objektif untuk memastikan keuntungan yang memuaskan dengan menyediakan pembayaran dividen kepada pelanggannya dan mengenakan kadar keuntungan yang beRPatutan di mana ia tidak memberi bebanan kepada pelanggannya. Bank Rakyat telah diserap di bawah Kementerian Kewangan. Fungsi utama Bank Rakyat adalah untuk menyediakan kewangan dan menerima deposit sekaligus memberi pulangan dividen yang memuaskan untuk memberi kemudahan terbaik kepada pelanggannya. 241 . selepas penyusunan semula kabinet. Bank Rakyat bersama dengan enam cawangan lain serta institusi pembangunan diletakkan terus di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia dan di bawah Akta Institusi Kewangan (BFIA). Bank Rakyat telah menjadi Bank koperasi Islam sepenuhnya dan pada masa yang sama Bank Rakyat telah melakar sejarah apabila mencatatkan peristiwa penting dengan menjadi bank ketiga yang menawarkan produk perbankan Islam sepenuhnya di Malaysia. Bank Rakyat telah mengambil langkah lebih drastik apabila berjaya menjadi Bank Koperasi berlandaskan syariah dengan memperkenalkan produk perbankan Islam pada keempat-empat cawangannya. Pada tahun 2002. Pada Mac 2004.semula dan membenarkan bank untuk mengendalikan di bahagian Sabah dan juga Sarawak. Sehingga kini. Pada 15 Februari 2002. Bank Rakyat telah mempunyai 119 cawangan yang menawarkan kemudahan kepada pelanggannya melalui perkidmatan perbankan Islam. Pada 8 Mei 1993. Pada 15 April 2009. Bank Rakyat telah diletakkan di bawah penyeliaan Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi.

Operasi ini juga telah dikawal di bawah Akta Pajak Gadai 1972. Kemudahan ini menyediakan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembayaran balik yang lama. Pajak gadai-i Ar Rahnu ialah skim pinjaman yang diperkenalkan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan sumber kewangan segera dalam membantu individu-individu untuk memenuhi keperluan mereka. Selain itu. Bank Rakyat mendapat pengecualian undang-undang untuk mendapatkan sebarang lesen untuk menjalankan perkhidmatan Ar Rahnu. Operasi Ar Rahnu Di Bank Rakyat Bank Rakyat telah memperkenalkan Skim Ar Rahnu sebagai produk perniagaannya dan ia telah dilaksanakan pada 27 Oktober 1993. Manakala pajak gadai-i Az Zahab adalah skim lanjutan kepada pajak gadai-i Ar Rahnu. seksyen ini turut memberitahu bahawa individu yang terlibat di dalam operasi ini juga mendapat pengecualian di dalam akta ini. 3. Berdasarkan Seksyen 46(c) di dalam akta ini. Program mikro kredit skim Ar Rahnu ini telah dijalankan di atas kerjasama Bank Rakyat bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). Contoh Skim Ar-Rahnu di Bank Islam 242 . Kedua-kedua produk ini dijalankan menerusi proses yang sama tetapi dibezakan berdasarkan nilai pinjaman. Bank Rakyat telah memperkenalkan dua produk pajak gadainya iaitu pajak gadai-i Ar Rahnu dan juga pajak gadai-i Az Zahab. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu .2.

ibubapa atau anak sekiranya barang kemas bukan milik sendiri. Kedua-dua konsep ini adalah bersesuaian dengan sistem yang dijalankan dimana konsep Al Wadiah iaitu simpanan kepada harta milikan sebagai amanah atau jaminan keselamatan.3. iii. Konsep Skim Ar-Rahnu yang diperkenalkan oleh Bank Islam adalah seperti berikut: i. 8. Bank Islam memberi pinjaman (Al-Qardhul Hassan) kepada pemohon Pemohon menyandarkan barang kemas (emas) sebagai jaminan atas hutang yang diambil Bank Islam menjamin keselamatan barang kemas yang disimpan di bawah prinsip (Al-Wadiah Yad Dhamanah) Bantu mengenakan upah atas simpanan barang kemas tersebutC Cagaran yang diterima adalah jongkang emas atau barang kemas emas yang tidak mengandungi perhiasan. barang adalah milik sah pemohon sendiri atau milik pasangan.4. Kontrak al-Wadiah dan Qardhu Hassan dalam al-Rahnu Bank Rakyat telah menerapkan konsep yang sama keatas kedua-dua skim pajakan tersebut iaitu Al Wadiah dan Qardhul Hasan. iv.000 atau tidak melebihi 60% daripada nilai pasaran emas (bagi cagaran). ii. surat kebenaran dari pemilik diperlukan.3.Skim Ar-Rahnu merupakan alternatif terbaik untuk memperolehi tunai dengan serta merta bagi memenuhi keprluan kewangan pelanggan. ikut mana yang lebih rendah. Manakala konsep Qardhul Hasan pula adalah pinjaman tanpa faedah yang lebih sinonim dengan keperluan masyarakat terutamanya golongan bawahan untuk mendapatkan pinjaman kewangan tanpa 243 . Skim ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun. Surat pembelian barang juga diperlukan semasa membuat perpohonan. Jumlah pembiayaan maksimum sehinggan RP 5..

Nilai barang pajakan pula adalah mengikut skim yang dipohon. Bagi pelanggan yang memohon skim i-Ar Rahnu.000 dalam satu hari dan tidak melebihi RP50. Pembayaran balik bagi skim i-Ar Rahnu ditetapkan selama enam bulan sahaja berpula dari tarikh gadaian. pelanggan mestilah tidak bankrap sebelum memohon pinjaman.000. Konsep ini lebih kepada konsep kebajikan yang amat ditekankan di dalam sistem muamalat supaya bantu-membantu antara satu sama lain untuk keuntungan secara bersama. Pelanggan yang ingin membuat traksaksi Ar Rahnu di Bank Rakyat mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan merupakan penduduk tetap. Selepas tempoh 6 bulan. Selain itu.membebankan mereka seperti sistem konvensional yang meletakkan faedah tambahan untuk pembayaran berdasarkan jumlah yang dipinjam. Kadar pinjaman dan tempoh pembayaran balik Bank Rakyat akan memberi pinjaman sehingga 65 peratus daripada nilai pajakan emas (nilai marhun). Pinjaman tidak dihadkan kepada masyarakat Islam semata-mata tetapi lebih terbuka kepada semua lapisan masyarakat. tetapi 244 .000 manakala skim i-Az Zahab pula mestilah tidak melebihi RP5001 dalam satu hari dan tidak melebihi RP50. Pelanggan Bank Rakyat yang telah membuat pinjaman mestilah membuat pembayaran balik ke atas pinjaman tersebut mengikut skim yang dipohon. Barang gadaian yang diterima oleh Bank Rakyat ialah emas yang bernilai di antara 22k hingga 24k bagi skim i-Ar Rahnu dan 18k hingga 24k bagi skim i-Az Zahab. pelanggan boleh menyambung lagi tempoh simpanan selama 6 bulan. nilai barang gadaian mestilah tidak melebihi RP10.

50 RM 37.50 x 6 bulan = RM 225 245 .75 =RP 37.dengan syarat pelanggan dikehendaki menjelaskan upah simpanan untuk 6 bulan yang terdahulu. Upah simpanan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada kos ke atas nilai gadaian dan disesuaikan dengan nilai pinjaman yang diberi. Upah simpanan Pelanggan juga dikehendaki membayar upah simpanan bersama-sama dengan pembayaran balik pinjaman secara bulanan. Manakala bagi skim i-Az Zahab pula. tempoh pembayaran balik adalah lebih panjang iaitu maksimum selama 36 bulan dan dibayar secara ansuran ataupun secara terus selama enam bulan. Berikut ialah upah simpanan yang dikenakan bagi setiap pinjaman mengikut skim yang dipohon: Contoh pengiraan upah simpanan • • • • Nilai barang gadaian : RM 5000 Jumlah pinjaman : RM 2500 Tempoh gadaian : 6 bulan Jumlah upah simpanan yang perlu dibayar oleh peminjam : RM225 RM 5000/ RM 100 (upah simpanan bagi setiap RM100) = 50 50 x RM 0.

kecurian. seseorang sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa oleh pelbagai jenis musibah. tragedi dan peristiwa buruk seperti kemalangan jalan raya. orang di bawah tanggungannya dan harta bendanya terjamin dan terpelihara. Memang sudah menjadi manusia ingin memiliki sejumlah wang sebagai bekalan ketika hadapi kesulitan. kebakaran tempat kediaman dan kilang. Sebarang musibah. sesuai dengan pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan. Ini digambarkan dalam hadis Nabi Muhammad s.4 KONTRAK TAKAFUL 8.4. menghidap penyakit berat dan seumpamanya yang boleh membawa kepada penderitaan dan kesusahan kepada mengsaserta ahli keluarga atau warisnya. Islam telah menetapkan peraturan supaya seseorang itu sentiasa peka dan seboleh-bolehnya memastikan bahawa jiwa raganya. Sehubungan ini kejadian kemalangan. 246 .8. Kestabilan dari aspek kewangan boleh meringankan ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan selepas kematian orang yang menjadi tempat mereka bergantung. bencana atau kemalangan. malapetaka dan bencana boleh mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan harta benda di samping boleh mengancam nyawa manusia.a. Selaras dengan ini. seseorang itu seharusnya juga berusaha dan merancang untuk mencari jalan bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya jika musibah melanda. Wang ini juga boleh digunakan untuk membeli harta benda yang baru sebagai menggantikan yang musanh atau hilang.1 Pengenalan Dalam menjalani kehidupan seharian dan sebagai salah seorang anggota masyarakat. Menjadi kewajipan seseorang muslim supaya berikhtiar dan berusaha untuk mengelak atau menjauhkan daripada kemungkinan berlakunya musibah malapetaka atau bencana.” (Riwayat Ibnu Majah) Persediaan dari segi kewangan amatlah penting sekiranya terjadi sesuatu musibah.w yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia. malapetaka dan bencana.

Antaranya syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi.2 Penubuhan Insurans Secara Islam (Takaful) Takaful adalah satu sistem insurans secara Islam yang bergerak mengikut landasan syariah atau hukum syarak. Perniagaan takaful mula beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994. Pada tahun 1983. khususnya oleh negara-negara Islam dan negara-negara dimana bilangan penduduk Islam agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara Islam. Dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Sendirian Berhad. Di Asia. Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan takaful ini: • Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Pada Mei 1993.4. Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. 247 . Lanjutan daripada ini. Insurans Islam juga memperkenalkan khidmatnya di Britain melalui Islamic Takaful Company (ITC). Kini Indonesia pula akan mengikuti langkah yang sama. Syarikat insurans Islam yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insurans Islam Sudan.8. telah diperbadankan Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI). Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang memulakan operasinya pada Ogos 1985. negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan munculnya Takaful IBB Berhad. London. beberapa buah syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di negara-negara Eropah. Berdasarkan perjalanan dan perkembangan Syarikat Insurans Islam Sudan ini maka pelbagai usaha dan langkah susulan dibuat. pada awal tahun 1980-an.

Perak (5). amat sesuai jika urusan bank Isalm dapat dilindungi oleh insurans yang berasaskan hukum-hukum Islam. Kelantan Darul Naim dan Kuala Terengganu. Kedah (4).• Orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan Orang dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah.4. Negeri Sembilan (3). Pada 5 Jun 1996. Pembukaan pejabat cawangan ini kemudiannya ditambah dengan rangkaian ‘Meja Takaful’ yang terletak di pejabat-pejabat cawangan Bank Islam Malaysia Berhad dan pejabat-pejabat daerah Lembaga Tabung Haji. Terengganu Darul Iman pada 30 Januari 1986. Sabah (2). Sarawak (3) dan Wilayah Persekutuan (3). STMB mempunyai sebelas (11) pejabat cawangan yang terletak dengan strategik di semua negeri kecuali Perlis dan Sabah serta 45 meja takaful yang terletak di semua negeri kecuali Melaka dan Kelantan (3). Pulau Pinang (1). STMB memulakan program pengembangan dengan pembukaan serentak dengan dua pejabat cawangannya yang pertama di Kota Bharu. Justeru itu. Pahang (3).3 SEJARAH DAN PERNIAGAAN TAKAFUL MALAYSIA BERHAD (STMB) STMB memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 dengan bilangan pekerja perintis seramai 22 orang. 1984 untuk mengendalikan perniagaan takaful. Johor (7). STMB merupakan syarikat pertama di Malaysia yang diberi lesen di bawah Akta Takaful. Perlis (1). 1984. 248 . Terengganu (4). • Dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans. Operasi takaful adalah dilesen dan dikawal oleh Akta Takaful. 8. Selangor (6).

Perniagaan takaful keluarga meyamai perniagaan insurans nyawa dengan unsur tambahan perjanjian berkongsi keuntungan.5 SOALAN LATIHAN 1. Bincangkan definisi al-Takaful dan hukum-hukum berkaitan dengannya 249 . perniagaan takaful am menyamai perniagaan insurans am dengan unsur tambahan perjanjian berkongsi keuntungan. Bincangkan definisi Dhamanah dan hukum-hukum berkaitan dengannya 3. Begitu juga. Al-Takaful bermaksud pakatan sekumpulan orang yang saling menjamin antara satu sama lain. Perniagaan takaful keluarga menyumbang kira-kira 13% daripada keuntungan sebelum zakat dan cukai dan 7% daripada hasil kendalian Syarikat.Mudharabah. Bincangkan definisi Kafalah dan hukum-hukum berkaitan dengannya 2. manakala perniagaan takaful am pula menyumbang kira-kira 72% daripada keuntungan sebelum zakat dan cukai dan 60% hasil kendalian Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 1995. Bincangkan definisi al-Rahnu dan hukum-hukum berkaitan dengannya 4. manakala Al. 8. Baki 15% dan 33% masing-masing daripada keuntungan sebelum zakat dan cukai dan hasil operasi disumbangkan oleh pendapatan pelaburan.Mudharabah pula merupakan kontrak perkongsian keuntungan perniagaan antara pemberi dana untuk usahaniaga dan usahawan.STMB terlibat terutamanya dalam mengendalikan perniagaan takaful keluarga dan takaful am. Konsep asas takaful ialah penyediaan insurans sebagai satu bentuk perniagaan yang selaras dengan Syariah dan berdasarkan prinsip-prinsip Al-Takaful dan Al.

2 Syarikat Amlak Ijbari 9.6.1 Pengenalan 9.10 Syarikat Uqud 9.4 Syarikat al-Wujuh 250 .3 Syarikat al-Abdan 9.10.2 Syarikat al-Mufawadhah 9.1 Syarikat Amlak Ihktiyari 9.1 Syarikat al-inan 9.BAB 9 TEORI SYARIKAT 9.2 Definisi Syarikat/syirkah 9.6.6 Syarikat Amlak 9.5 Pengekalasan dan Jenis Syarikat 9.3 Rukun Syarikat 9.10.10.4 Hukum Syarikah 9.10.

5. 2.10. Ia boleh diperolehi dengan pelbagai cara samada secara perseorangan atau perkongsian(Syarikat).10.6 Syarat-syarat Syarikat al-Uqud 9. Menghuraikan konsep syarikat.1 Pengenalan Harta merupakan sesuatu yang diingini manusia secara semulajadi. Syarikat boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih pihak yang sanggup berkongsi dalam 251 .9.11 Syarikat sebagai Instrumen Sistem Kewangan Islam BAB 9 TEORI SYARIKAT OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. Menghubungkaitkan jenis-jenis syarikat dengan perniagaan 4. Menjelaskan syarat-syarat syarikat al-Uqud . anda seharusnya boleh: 1. Mengenal pasti syarikat sebagai instrumen sistem kewangan Islam 9.5 Syarikat al-Mudharabah 9. 3. Menjelaskan rukun dan hukum-hukum bersyarikat.

jika dibaca syirkah lebih baik (afshah). Menurut Istilah Syarak pula syirkah adalah suatu akad antara dua pihak atau lebih. menurut Al-Jaziri dalam kitab Al-Fiqh ‘alâ al-Madzâhib al-Arba’ah. Syirkah dalam bahasa Arab berasal dari kata syarika (fi’il mâdhi). Manakala ‘syarikah’ mengikut penggunaan umum bahasa Arab pula membawa erti menggabungkan dua perkongsian sebagai satu cara untuk membuatkan keduanya tidak boleh dibezakan (Ala’Eddin Kharofa.menjalankan sebuah perniagaan. yasyraku (fi’il mudhâri’). Perkataan tersebut beertinya menjadi sekutu atau syarikat/ berkongsi Perkataan syirkah.2 Definisi Syarikat/syirkah Perkataan syarikat dalam bahasa Melayu adalah berasal daripada perkataan arab iaitu syirkah. 1 997).a. Bab ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di dalam perundangan Islam.syarikan/ syirkatan/ syarikatan (mashdar/kata terbitan. yang bersepakat untuk melakukan suatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan (An252 . 9. Konsep perkongsian telah membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai ‘as-syarikah’atau ‘musyarakah’ atau ‘syarikat’. Ia ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan masyarakat umumnya. boleh juga dibaca syarikah. Dari segi bahasa Arab (makna etimologis).w. syirkah bererti mencampurkan dua bahagian atau lebih sedemikian rupa sehingga tidak dapat lagi dibezakan satu bahagian dengan bahagian lainnya. Akan tetapi. Syarikat di dalam sistem ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah s.

(al-Zuhayli. dimana mereka saling bersepakat untuk melakukan kerja yang bersifat kewangan dan boleh mendatangkan keuntungan (profit). (al-buhuti. 1990: 146). Kemudian digunakan oleh fuqaha’ dengan memberi pengertian khusus iaitu kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih yang sama-sama berkongsi usaha melalui harta (modal) atau aktiviti usahawan dengan sama-sama berkongsi keuntungan dan kerugian antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui semasa akad. (al-Syarbini. 1994: 91) Fuqaha’ Hanafi mentakrifkan syarikat sebagai suatu akad antara dua pihak yang bersyarikat dalam pemberian modal dan mendapatkan keuntungan. Al-Syarikah atau al-Syirkah dari segi bahasa arab beerti campuran atau bercampur sekutu atau bercampur harta. 1997). 1990). 1966:299) Fuqaha’ Hambali pula mentakrifkan syarikat sebagai suatu persetujuan bersama untuk mendapat hak dan mengurus. Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id Sabiq. Iaitu campuran harta antara satu dengan lain yang tidak dapat dibezakan. Fuqaha’ Shafie mentakrifkan syarikat sebagai kontrak yang mensabit hak pada sesuatu secara sama rata untuk dua orang atau lebih secara bersama. Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam memperolehi hak atau ‘tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala’ Eddin Kharofa. Syirkah juga adalah transaksi atau akad antara dua orang atau lebih.Nabhani. 1982:496) 253 . Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat. 2000). Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau lebih secara bersama manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili.1989:796). (Ibn Abidin.

Rakan kongsi dalam kontrak ini ialah pemegang amanah kepada rakan yang lain. Kaedah ini boleh digunakan dalam membuat kontrak perkongsian.Fuqaha’ Mazhab Maliki mentakrifkannya sebagai keizinan yang diberikan oleh pekongsi kepada rakan kongsinya untuk mengurus harta perkongsian mereka dengan mengekalkan hak mengurus setiap ahli perkongsian. beban ditanggung oleh ahli mengikut peratus modal masing-masing. malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana undangundang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang dibuat secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihak pihak yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam produkproduk kewangan yang melibatkan dua pihak yang sama-sama ingin melaksanakan perniagaan atau sumbangan modal seperti bank dan pelanggan sama-sama membiayai projek dengan bersetuju dengan pembahagian untung dan bank mempunyai pilihan menyertai pengurusan projek berkenaan. Pemakaian konsep syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja teRPakai kepada umat Islam. definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan terdapatnya unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan mahupun hak keuntungan. Dalam dunia perniagaan sekarang ia dinamakan syarikat perkongsian atau usaha sama (joint venture). Namun begitu. sedangkan definisi yang lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri. Keuntungan daripada musyarakah dibahagikan mengikut persetujuan masingmasing manakala jika berlaku kerugian. Musyarakah pula ialah kontrak apabila dua orang atau lebih berjanji bekerjasama dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagi sesama mereka. t. Musyarakah juga ialah perkongsian yang menunjukkan modal disatukan dan keuntungan serta kerugian dikongsi bersama mengikut peratusan yang dipersetujui di awal kontrak diadakan. 254 .t: 348) Pada hakikatnya. definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi kelihatan lebih menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak dengan sendirinya mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat. (al-Dusuqi.

• • Sesuatu pihak tidak diizinkan untuk mencairkan dana atau menggunakan dana untuk kepentingannya sendiri. 9. Objek akad adalah modal. Setiap pihak memiliki hak umtuk mengatur aset musyarakah dalam proses perniagaan. syaratnya harus memiliki kecakapan (ahliyah) melakukan tasharruf (pengusahaan harta) 3. 1989: 13). 1982: 76. disebut juga ma’qûd ‘alayhi. Al-Khayyath.3 Rukun Syarikat Menurut jumhur ulamak. Setiap pihak memberi kebebasan/kepercayaan kepada pihak yang lain untuk mengurus aset dan masing-masing dianggap telah diberi kepercayaan untuk melakukan aktiviti musyarakah dengan mementingkan kepentingan pihak lain tanpa melakukan kelalaian yang disengaja.Syarat-syarat Musyarakah Pernyataan ijab dan kabul harus dinyatakan oleh para pihak untuk menunjukkan kehendak mereka dalam mengadakan kontrak (akad). . kerja. 1996: 69. Sighah akad iaitu ijab dan qabul diantara dua pihak 2. Pihak yang berakad. yang yang terdiri daripada modal dan Usaha (Al-Jaziri. (‘âqidâni). keuntungan dan kerugian. Pihak-pihak yang berkontrak harus cakap hukum. Manakala syarat sah perkara yang boleh disyirkahkan adalah perkara yang diakadkan itu boleh diusahakan bersama atau boleh diwakilkan. Perkara yang diakad (mahal). rukun syirkah ada tiga: 1. Adapun syarat sah akad ada 2 (dua) iaitu: 255 . dan memperhatikan hal-hal berikut : • • • Setiap pihak harus menyediakan dana /harta dan pekerjaan/usaha.

Firman Allah s. Sunnah dan Ijma’. Abu Dawud.4 Hukum Syarikah Syirkah hukumnya adalah harus (jâ’iz/mubah). Perkara ini adalah berdasarkan dalil Hadis Nabi Saw berupa taqrîr (pengakuan) beliau terhadap syirkah. Nabi saw bersabda. Menurut para ulama Fiqh. Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam pelbagai Iapangan hidup). sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang lain. Allah menerangkan tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain. adalah harus mengadakan perkongsian atau syarikat.. . ” 256 . misalnya akad jual-beli. Kalau salah satunya berkhianat. sebagaimana diriwayatkan Abu Hurairah ra : Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: “Aku adalah pihak ketiga dari dua pihak yang ber-syirkah selama salah satunya tidak mengkhianati yang lainnya. iaitu aktivitas pengusahaan harta dengan melakukan akad-akad. Objek akadnya dapat diwakilkan (wakalah).. 1990: 146). dan ad-Daruquthni]. agar keuntungan syirkah menjadi hak bersama di antara pihak yang bersyarikat (An-Nabhani. Pada masa beliau diutus sebagai nabi. Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran.t dalam surah An-Nisa’ ayat 12 “Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dari perempuan) Manakala di dalam surah Sad ayat 24.” [HR. orang-orang pada masa itu telah berpuamalah dengan cara bersyirkah dan Nabi Saw membenarkannya. Di dalam AI Quran. 9. konsep ‘perkongsian’ dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam pembahagian harta perwarisan. al-Baihaqi. Objek akadnya berupa tasharruf. 2. iaitu finnan Allah. Aku keluar dari keduanya. ‘‘ ..1.w. kecuali orang yang beriman dan beramal salih .

“Rasulullah saw. 82 ‘’ Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi. “ Aku dan rakan kongsiku.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di dalam perniagaan mereka. “aku dan rakan kongsiku telah membeli sesuatu dengan cara tunai dan hutang.w.w. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Aba Manhal pernah mengatakan . Dia menjawab.w meriwayatkan yang Allah s.a. Sedangkan yang (diperoleh) secara hutang. Sebagaimana mua’amalah lainnya. Imam muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan. silalah kalian bayar” 257 . Kami lalu bertanya kepadanya. Berdasarkan nas-nas ini.w tentang tindakan kami.a. Telah mengupah pendudduk khaibar (padahal mereka orang-orang yahudi) dengan mendapat mendapat bahagian dari hasil buah dan tanaman.” Lalu kami didatangi oleh Al Barra’bin azib. syirkah boleh dilakukan samada antara sesama muslim ataupun dengan orang Nasrani. Bukhari dengan sanad dari Aisyah]. [HR. lalu beliau menggadaikan baju besi beliau kepada orang Yahudi tersebut”. jelaslah Allah s. Baginda menjawab: “barang yang (diperoleh) dengan cara tunai silalah kalian ambil. beliau mendengar Rasulullah s.Di samping nas AlQuran.a. telah mengadakan perkongsian. Majusi dan Kafir. selama masingmasing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka berdua.t ber fi rp an. maka ijma’ ulama sepakat mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum syariah dalam perniagaannya. terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. rasulullah saw pernah membeli makanan dari orang Yahudi. Kemudian kami bertanya kepada nabi s. ” Berdasarkan hadis ini. Zaiq bin Arqam.

jika mereka tidak mempunyai anak. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun. Al-nisa’: 12 “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu. juga tidak diperbolehkan. sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[274]. baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak. jika kamu mempunyai anak. Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja). para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. b.” [274] memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti: a. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak. Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Imam Muslim pernah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan: “Rasulullah saw pernah memperkerjakan penduduk khaibar(penduduk Yahudi) dengan mendapat bahagian dari hasil tuaian buah dan tanaman” Aktiviti syarikat adalah harus hukumnya berdasarkan sumber hokum al-quran. sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang. 258 .Hukum melakukan syirkah dengan kafir zimmi juga adalah mubah. mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka. Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu. berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan. jika seseorang mati. Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. sunnah dan ijmak. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah.

Al Fiqh al Islami wa Adillatuhu) Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan. wujuh dan mufawadhah.Rasulullah bersabda: “ Aku (Allah) daripada ahli syarikat yang ke tiga daripada dua lagi ahli syarikat selama salah seorang daripada dua ahli itu tidak mengkhianati saudaranya . abdan. ( Wahbah Az Zuhaili. Mazhab Hanafi dan Zaidiah beRPandangan ada 5 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan. mudharabah.5 Pengekalasan dan Jenis Syarikat Secara umumnya. Menurut mazhab syafi’e. para ulamak Fiqh membahagikan syarikat kepada 2 bentuk iaitu: a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak) b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud) Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syirkah Mazhab Hanafi beRPandangan ada empat jenis syirkah yang syari’e iaitu syirkah inan. mudharabah dan wujuh. abdan dan mudharabah. apabila kedua-dua melakukan pengkhianatan maka aku keluar daripadanya. 9. zahiriah dan Imamiah hanya 2 syirkah yang sah iaitu inan dan mudharabah.” HR Abu Daud Fuqaha’ dari semua mazhab bersependapat bahawa harus membuat kintrak syarikat kerana ia telah menjadi amalan dalam urusa hidup anusia sejak zaman rasulullah sehinggalah masa kini.6 Syarikat Amlak 259 . 9. abdan.

pemberian atau wasiat dimana terdapat lebih dari seorang ahli waris atau penerima wasiat. Ia melibatkan perkongsian hakmilik keatas harta tanpa melibatkan sebarang usahasama untuk memajukan harta tersebut. Syarikat AIAbdan (syarikat dalam bentuk perkhidmatan). Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal) 260 . Menurut Mazhab Hambali. Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.2 Syarikat Amlak Ijbari Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) . 9.Syarikat al-milk atau al-amlak ialah pemilikan oleh dua pihak atau lebih ke atas sesuatu benda tanpa menggunakan kontrak syarikat.pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi pemilikan ke atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri.6.1 Syarikat Amlak Ihktiyari Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) . Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu syarikat al-Inan (penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya sama banyak).10 Syarikat Uqud Syarikat Kontrak pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan turut serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi. 9. Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal. 1999).6. Ia adalah berkaitan dengan hak pemilikan bersama bagi sesuatu harta. Syirkatul amlak (Syirkah hak miliki) adalah syirkah terjadi kerana adanya harta pusaka.timbulnya persyarikatan bukanlah atas dasar pilihan pekongsi seperti barang perwarisan. kerjasama dari segi kualiti dan kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata). 9.

perkara yang dikontrakkan dan lafaz akad. Syarikat al-Uqud ini memberi penekanan kepada penglibatan bersama dalam sebarang usaha yang hendak dijalankan dan perkongsian ini meliputi pengeluaran modal pokok dan pembahagian untung rugi atau sama-sama menyumbang kepada keuntungan dan kerugian syarikat. Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan AIMufawadah. Syarikat AI-A’mal dan Syarikat AI. Namun begitu.dan Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan pengusahasupaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama). mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai sebahagian Syarikat Kontrak. Syarikat al-inan 2. iaitu syirkatul Uqud.Wujuh. syirkah uqud adalah syirkah yang terjadi dengan mengembangkan hak milik seseorang. umumnya terdapat lima bentuk perkongsian (syarikat Uqud) yang diadakan oleh pihak-pihak berkenaan iaitu: 1. 2000). Pembahasan kita saat ini adalah syirkah yang kedua ini. Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu dua pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham). (Wahbah Zuhaili. Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal. sesebuah syarikat itu menjadi tidak sah. Syarikat al-Mudharabah 261 . Syarikat al-Mufawadhah 3. Syarikat al-Abdan 4. Dalam buku-buku fiqh Islam.Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut. Syarikah al-‘Uqud atau al-Aqd ialah kontrak yangberlaku antara dua pihak atau lebih untuk membuat perkongsian modal atau harta untuk mengadakan sesuatu perniagaan atau perusahaan dengan sama-samaberkongsi hasil daripada perniagaan tersebut. Syarikat al-Wujuh 5.

An-Nabhani berpendapatt bahawa semua itu adalah syirkah yang dibenarkan syariah Islam. yang sah hanya empat macam. 9. dan wujûh. Syirkah inân adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang masing-masing memberi sumbangan/kerjasama (‘amal) dan modal (mâl). Syirkah ini hukumnya boleh berdasarkan dalil as-Sunnah dan Ijma Sahabat (An-Nabhani. Al-Fiqh al-Islâmî wa Adillatuhu. 262 . iaitu: syirkah inân. yang sah hanya syirkah inân dan mudhârabah (Wahbah Az-Zuhaili. 1990: 148). 4/795). abdan. yang sah hanya tiga macam. Syarikat ini diharuskan mengikut Ijmak. abdan. Namun dari segi jumhur ulamak. Pandangan ini sejalan dengan pandangan ulama Hanafiyah dan Zaidiyah. Zahiriyah. dan mudhârabah. modal hendaklah dijelaskan semasa berkontrak dan semua urus niaga jelas antara pihak-pihak yang berkongsi. Antara syarat-syarat syarikat inan ialah semua modal yang dikeluarkan hendaklah dicampur di dalam satu akaun. Akad perkongsian antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dengan mengeluarkan modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan dengan pembahagian untung atau rugi mengikut kadar modal yang dikeluarkan. hanya perkongsian secara Syarikat Inan sahaja dianggap sah. Menurut ulama Hanabilah. keuntungan atau kerugian pula dibahagi mengikut kadar modal atau usaha.10. dan Imamiyah. Menurut ulama Syafi’iyah. mudhârabah. Menurut ulama Malikiyah.1 Syarikat al-inan Syarikat Ainan ialah perkongsian harta atau modal oleh dua orang atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan keuntungan dibahagi sesame mereka. sepanjang memenuhi syarat-syaratnya. iaitu: syirkah inân. dua pihak bersetuju mengeluarkan modal secara bersama untuk menjalankan perniagaan dan membahagikan keuntungan yang diperolehi secara bersama samada secara samarata atau mengikut peratusan modal asalkan mengikut persetujuan semasa akad.

mufawadhah juga bererti menyerah kuasa iaitu setiap ahli menyerah kuasa urusan kepada rakan kongsimasing-masing. menagih pembayaran. dengan memberi/berkongsi modal kepada rakan kongsinya bererti telah memberikan kepercayaan dan mewakilkan kepada rakan kongsinya untuk mengelolakan perniagaan. Mereka sama-sama berjual beli. Perkongsian ini dibangunkan oleh konsep perwakilan(wakalah) dan kepercayaan(amanah). (al-Zuhailiy: 1989:798) . mengelola karyawan. disamping persamaan.2 Syarikat al-Mufawadhah Al-Mufawadhah dari segi bahasa aarab beerti persamaan. almufawadhah ialah satu kontrak perkongsian yang mana ahli-ahli kongsi itu mestilah sama dari aspek jumlah sumbangan modal dan jumlah agihan untung dan urusan pengendalian syarikat dan pegangan agama. sedangkan keuntungan bergantung kepada apa yang mereka sepakati” 9. Keuntungan adalah berdasarkan kesepakatan semua pihak yang berkongsi manakala kerugian berdasarkan peratusan modal yang dikeluarkan. Contoh bagi syirkah inan: Khalid dan Faizal berkongsi menjalankan perniagaan burger bersama-sama dan masing-masing mengeluarkan modal RP500 setiap seorang.Wajib bagi pihak yang ber-syirkah untuk secara bersama-sama terlibat dalam pengusahaan. Mengikut al-Sarakhsi. setiap pihak menyumbangkan modal dan menjalankan kerja. Perkongsian ini diperbolehkan berdasarkan As-Sunnah dan ijma’sahabah. Syirkah inan adalah syirkah yang mana 2 pihak atau lebih. Sebab masing-masing pihak. Modal dalam bentuk harta benda seperti kereta mestilah diakadkan pada awal transaksi. Setiap anggota syarikat dikira 263 . dan sebagainya. Syarikat Mufawadhah juga ialah persetujuan yang dibuat oleh dua pihak atau lebih untuk menjalankan perniagaan secara usaha sama dengan syarikat. Mereka bersama menyumbang modal dan mengusahakan perniagaan.a yang mengatakan: “kerugian bergantung kepada modal. Disyaratkan bahawa modal yang dikongsi adalah berupa wang.10. Setiap ahli yang berkongsi bertindak sebagai agen dan penjamin kepada yang lain. Abdurrazzak dalam kitab Al-Jami’ meriwayatkan dari Ali r. Dari segi Istilah fiqh. menawarkan.

Syirkah mufawadhah adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang menggabungkan semua jenis syirkah di atas (syirkah inan. dan wujûh) (An-Nabhani. Al-Khayyath. al-syarikat fi al-fiqh al-islami. iaitu ditanggung oleh para pemodal sesuai peratusan modal (jika berupa syirkah inân). 1982: 25). (Ali Khafif. ‘abdan. atau ditanggung mitra-mitra usaha berdasarkan persentase barang dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah wujûh). Sebab. hak yang sama. menurut An-Nabhani adalah boleh. mudharabah dan wujuh). Fuqaha’ maliki mengharuskan syarikah al mufawadhah dengan membuat penambahan takrif iaitu setiap ahli syarikat bebas nenjalankan pengurusan syarikat dalam semua bentuknya tanpa mendapat pandangan dan persetujuan ahli syarikat lain. tanggungjawab yang sama dan pembagian untung yang sama. setiap jenis syirkah yang sah berdiri sendiri maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah lainnya. mudhârabah. 24). maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah lainnya (An-Nabhani. ‘abdan. setiap jenis syirkah yang sah ketika berdiri sendiri. 264 . Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan. Syirkah mufâwadhah adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang menggabungkan semua jenis syirkah di atas (syirkah inân. sedangkan kerugian ditanggung sesuai dengan jenis syirkah-nya. Syirkah mufâwadhah dalam pengertian ini. Syirkah mufawadhah dalam pengertian ini. 1990: 156. 1990: 156). Tiap-tiap pemegang saham ialah wakil bagi pemegang saham yang lain dalam urusan perniagaan. menurut An-Nabhani adalah boleh. Fuqaha’ shafie dan hambali tidak mengharuskan al-Mufawadhah kerana sukar dilaksanakan dan boleh berlaku gharar kerana perkongsian yang tidak jelas. Sebab. Perkongsian antara dua orang atau lebih untuk bekerja dengan syarat tiap-tiap pemegang saham hendaklah mempunyai modal yang sama banyak.penjamin kepada yang lain dan masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama terhadap urusan perniagaan. atau ditanggung pemodal saja (jika berupa syirkah mudhârabah).

3Syarikat al-Abdan Syarikat al-amal/ al-Abdan ( perkongsian usaha/buruh). iaitu ditanggung oleh pemodal sesuai dengan nisbah modal (jika berupa syirkah inan) atau ditanggung pemodal sahaja (jika berupa syirkah mudharabah) atau ditanggung pengusaha usaha berdasarkan peratusan barang dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah wujuh). Ketika B dan C sepakat bahawa masing-masing memberikan suntikan modal di samping melakukan kerja. Syarikat ini selalunya ditubuhkan oleh pihak yang tidak berkira antara satu sama lain. 265 . pada awalnya yang ada adalah syirkah ‘abdan iaitu B dan C sepakat masing-masing bersyirkah dengan memberikan sumbangan kerja sahaja. Contoh: A adalah pemodal. 9.Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan. ketika A memberikan modal kepada B dan C. Kemudian B dan C juga sepakat untuk menyumbang modal untuk membeli barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang kepada B dan C. menyumbang modal kepada B dan C. Ketika B dan C membeli barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya bererti terwujud syirkah wujuh antara B dan C.10. bererti terwujud syirkah inan di antara B dan C. bentuk syirkah seperti ini telah menggabungkan semua jenis syirkah yang ada yang disebut syirkah mufawadhah. bererti di antara mereka bertiga wujud syirkah mudharabah. Ia juga dinamakan syarikat amal. dua jurutera awam yang sebelumnya sepakat bahawa masing-masing melakukan kerja. Dalam hal ini. Lalu. Perkongsian dimana pelaburan perkongsian ini mengandungi sebahagian besar atau kesemuanya berbentu usha atau kemahiran ahli-ahli kongsi Perkongsian antara dua orang atau lebih yang mengumpulkan hasil pekerjaan (pengupahan) masing-masing dalam satu tabung kemudian dibahagikan sesama mereka tanpa mengambil kira modal yang dimasukkan ke dalam tabung tersebut dan usaha yang dijalankan. Di sini A sebagai pemodal. Paling pentingkan ialah kejayaan syarikat dan pihak-pihak terbabit saling meredhai antara satu sama lain dan berlebih kurang. sedangkan kerugian ditanggung sesuai dengan jenis syirkahnya. sedangkan B dan C sebagai pengusaha. Dengan demikian.

Syirkah abdan merupakan kerjasama perniagaan antara dua orang atau lebih yang memberi tenaga atau keahlian orang-orang yang melakukan akaq syirkah. Perkongsian jenis ini tidak dapat bertahan lama. siapa yang lebih rajin bekerja dan siapa yang lebih malas. Dari segi realiti. Perkongsian yang longgar ini akhirnya akan memisahkan mereka apabila syarikat memperolehi keuntungan kerana masalah pembahagian untung atau apabila syarikat menanggung kerugian besar seperti siapa yang harus menanggung kerugian tersebut atau semasa urus niaga dijalankan. kebanyakan orang Melayu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sering melakukan perkongsian jenis ini. kemudian As’ad membawa dua orang tawanan perang. Sa’ad membawa dua 266 . Tindakan mereka ini dibiarkan oleh Rasulullah saw. Ibnu mas’ud pernah berkata” aku berkongsi dengan Ammar bin Yasir dan Saad bin Abi Waqqash mengenai harta rampasan perang badar. Perkongsian mereka tidak melibatkan perkongsian kos. Misalnya syirkah antara jurutera dan arkitek tanpa modal dana dalam sebuah usaha konsultan bangunan. semua akan berkerja sesuai keahlian masing-masing dan hasilnya (keuntungan) akan dibahagi sesuai kesepakatan. Ammar bin Yasir. Keuntungan adalah berdasarkan persetujuan mereka. sedangkan aku dan Ammar tidak membawa apa-apa”. Sebagai contoh: Jalal adalah tukang buat rumah dan Rafi adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan projek sebuah rumah. Kebenaran syirkah ini didasarkan pada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Atsram dengan sanad dari Ubaidah dari Bapaknya. Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan: “Aku. dan Sa’ad bin Abi Waqash melakukan syirkah terhadap apa yang kami dapatkan pada perang Badar. Perkongsian abdan adalah perkongsian 2 orang atau lebih yang hanya melibat tenaga(badan) mereka tanpa melibatkan perkongsian modal. Syirkah abdan hukumnya mubah berdasarkan dalil As-sunnah.Imam Shafie tidak bersetuju dengan syarikat jenis ini kerana ia akan memudahkan sesuatu yang tidak baik berlaku dan tidak tepat dari segi keadilan sebenar.

Syarikat jenis ini mungkin selalunya dibuat dalam urusan pemasaran. profesionalisme. 1990: 151). nisbahnya boleh sama dan boleh juga tidak sama di antara mitra-mitra usaha (syarîk). Hadith ini diketahui Rasulullah saw dan baginda membenarkannya. “Aku pernah berserikat dengan Ammar bin Yasir dan Sa’ad bin Abi Waqash mengenai harta rampasan perang pada Perang Badar. 9. Adalah syirkah antara dua orang dengan modal dari pihak lain diluar kedua orang tersebut. atau kepercayaan dari pihak lain untuk membeli secara kredit kemudian menjualnya secara borong.” [HR.4 Syarikat al-Wujuh Syarikat yang tertubuh tanpa modal yang mana pihak yang melibatkan diri ke dalam syarikat ini kemudian menjual barang tersebut dan keuntungannya dikumpul dan dibahagikan sesama mereka. Hal itu diketahui Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam dan beliau membenarkannya dengan taqrîr beliau (An-Nabhani.10. 1990: 151). Abu Dawud dan al-Atsram]. pernah berkata. Keuntungan yang diperoleh dibahagi berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujuh dibolehkan menurut syara’ kerana pada dasarnya termasuk syirkah mudharabah atau syirkah abdan yang juga diperbolehkan. Dimana dua orang yang menerima modal itu disebut sebagai pengusaha dan yang memberikan modal adalah pemodal. Syirkah ini dapat terjadi kerana adanya kedudukan. Syirkah ‘abdan hukumnya boleh berdasarkan dalil as-Sunnah (An-Nabhani. Ibnu Mas’ud ra. 267 . sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun. Sa’ad membawa dua orang tawanan.orang tawanan sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun” (HR Abu Dawud dan Atsram).

kepercayaan atau keahlian (wujuh) seseorang di tengah masyarakat. An-Nabhani mengingatkan bahawa kepercayaan (wujuh) yang dimaksud dalam syirkah wujuh adalah kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah). pihak A dan B adalah tokoh masyarakat. yang dikenal tidak jujur atau suka memungkiri janji dalam urusan kewangan. Lalu keduanya menjual barang tersebut dan keuntungannya dibahagi dua. kepercayaan. sedangkan harga pokoknya dikembalikan kepada C (pedagang). Disebut syirkah wujûh kerana didasarkan pada kedudukan. Misalnya A dan B tokoh yang dipercayai pedagang. atau keahlian (wujûh) seseorang di tengah masyarakat. atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya tanpa sumbangan modal dari masing-masing pihak. A dan B bersepakat masingmasing memiliki 50% dari barang yang dibeli. tetapi oleh para pedagang dia dianggap memiliki kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah) yang tinggi misalnya dikenal jujur dan tepat janji dalam urusan kewangan. tidak sah syirkah yang dilakukan seorang tokoh (katakanlah seorang menteri atau pedagang besar). Asy-Syarîkât fî asySyarî‘ah al-Islâmiyyah. dengan pihak ketiga (misalnya C) yang mengeluarkan modal (mal). Sebaliknya sah syirkah wujuh yang dilakukan oleh seorang biasa saja. Dalam hal ini. bukan semata-mata kepercayaan di masyarakat. Syirkah semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudharabah sehingga berlaku ketentuan-ketentuan syirkah mudharabah padanya. bukan berdasarkan nisbah barang dagangan yang dimiliki. Syirkah wujûh adalah syirkah antara dua pihak (misal A dan B) yang sama-sama memberikan 268 . Namun demikian. Lalu A dan B bersyirkah wujuh dengan cara membeli barang dari seorang pedagang C secara kredit. Syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak (misalnya A dan B) yang sama-sama melakukan kerja (amal). Sedangkan kerugian ditanggung oleh masing-masing pengusaha wujuh usaha berdasarkan kesepakatan. 1990:154) Bentuk kedua syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang bersyirkah dalam barangan yang mereka beli secara kredit. (An-Nabhani. Dalam syirkah kedua ini. keuntungan dibahagi berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujûh disebut juga syirkah ‘ala adz-dzimam (Al-Khayyath. Syirkah wujuh kedua ini hakikatnya termasuk dalam syirkah ‘abdan (An-Nabhani.Disebut syirkah wujuh kerana didasarkan pada kedudukan. Maka dari itu. 2/49). 1990:154).

pihak A dan B adalah tokoh masyarakat. Bentuk kedua syirkah wujûh adalah syirkah antara dua pihak atau lebih yang ber-syirkah dalam barang yang mereka beli secara kredit. keuntungan dibahagi berdasarkan kesepakatan. sedangkan harga pokoknya dikembalikan kepada C (pedagang). sah syirkah wujûh yang dilakukan oleh seorang biasa-biasa saja. Namun demikian. yang dikenal tidak jujur. bukan semata-semata kepercayaan di masyarakat.sumbangan kerja (‘amal). Dalam syirkah wujûh kedua ini. Syirkah mudhârabah dan syirkah ‘abdan sendiri telah jelas kebolehannya dalam syariat Islam (An-Nabhani. sedangkan bentuk kedua termasuk syirkah ‘abdan. tidak sah syirkah yang dilakukan seorang tokoh (katakanlah seorang menteri atau pedagang besar). tetapi oleh para pedagang dia dianggap 269 . A dan B bersepakat. dengan pihak ketiga (misalnya C) yang memberikan sumbangan modal (mâl). Sebaliknya. bukan berdasarkan prosentase barang dagangan yang dimiliki. An-Nabhani mengingatkan bahawa kepercayaan (wujûh) yang dimaksud dalam syirkah wujûh adalah kepercayaan kewangan (tsiqah mâliyah). Lalu A dan B ber-syirkah wujûh. atau suka menyalahi janji dalam urusan kewangan. Syirkah wujûh kedua ini hakikatnya termasuk dalam syirkah ‘abdan (An-Nabhani. sedangkan kerugian ditanggung oleh masing-masing mitra usaha berdasarkan prosentase barang dagangan yang dimiliki. Lalu keduanya menjual barang tersebut dan keuntungannya dibahagi dua. Syirkah semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudhârabah sehingga berlaku ketentuan-ketentuan syirkah mudhârabah padanya (An-Nabhani. masing-masing memiliki 50% dari barang yang dibeli. 1990: 154). Hukum kedua bentuk syirkah di atas adalah boleh. dengan cara membeli barang dari seorang pedagang (misalnya C) secara kredit. Dalam hal ini. 1990: 154). Misal: A dan B adalah tokoh yang dipercaya pedagang. tanpa sumbangan modal dari masing-masing pihak (An-Nabhani. 1990: 154). kerana bentuk pertama sebenarnya termasuk syirkah mudhârabah. atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya. bukan berdasarkan kesepakatan. 1990: 154). Oleh itu.

1990: 152). 1990: 152). 1996: 42. 1984: 836). pengusaha terikat dengan syaratsyarat yang ditetapkan oleh pemodal. 9. 1990: 152). pihak pertama (misalnya A) memberikan Sumbangan modal dan kerja sekaligus. dalam mudharabah berlaku wakalah (perwakilan). satu pihak menjalankan kerja (amal) sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal). Sebab. misalnya dikenal jujur dan tepat janji dalam urusan kewangan (An-Nabhani. Namun demikian. Jika ada keuntungan. Kedua-dua bentuk syirkah ini masih tergolong dalam syirkah mudharabah (An-Nabhani. Az-Zuhaili. Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya memberikan sumbangan modal tanpa sumbangan kerja. sedangkan kerugian ditanggung hanya oleh pemodal. ia dibahagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengusaha.memiliki kepercayaan kewangan (tsiqah mâliyah) yang tinggi. Pertama. sedangkan ulama Hijaz menyebutnya qirâdh (Al-Jaziri.5 Syarikat al-Mudharabah Syirkah Mudharabah adalah syirkah dua pihak atau lebih dengan ketentuan. sedangkan ulama Hijaz menyebutnya qiradh. Kedua. hak melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengusaha. Ada 2 bentuk lain sebagai variasi syirkah mudharabah. sementara seorang wakil tidak menanggung kerosakan harta atau kerugian dana yang diwakilkan kepadanya (An-Nabhani. (Al-Jaziri. Istilah mudharabah dipakai oleh ulama Iraq. satu pihak memberikan sumbangan kerja (‘amal). 2 pihak (misalnya A dan B) sama-sama memberikan mengeluarkan modal sementara pihak ketiga (katakanlah C) memberikan menjalankan kerja sahaja. pengusaha turut menanggung kerugian jika kerugian itu terjadi kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal. Dalam syirkah mudharabah. Namun demikian. sedangkan pihak lain memberikan sumbangan modal (mâl) (An-Nabhani. Sebagai contoh: Khairi sebagai pemodal memberikan modalnya sebanyak RP 100 ribu kepada Abu Abas yang bertindak sebagai pengusaha modal dalam pasaraya ikan. 270 . 1990: 155-156).10. Syirkah mudhârabah adalah syirkah antara dua pihak atau lebih dengan ketentuan. Istilah mudhârabah dipakai oleh ulama Irak. (AnNabhani. 1996: 42. 1990:152). Az-Zuhaili.

usaha toko kelontong). sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya memberikan sumbangan modal. 1990: 153). Hukum syirkah mudhârabah adalah jâ’iz (boleh) berdasarkan dalil as-Sunnah (taqrîr Nabi Shalallahu alaihi wasalam) dan Ijma Sahabat (An-Nabhani. Asy-Syarîkât fî asy-Syarî‘ah al-Islâmiyyah. pihak pertama (misalnya A) memberikan sumbangan modal dan kerja sekaligus. syirkah mudharabah mengharuskan ada dua pihak. Contoh: A sebagai pemodal (shâhib al-mâl/rabb al-mâl) memberikan modalnya sebesar RP 10 juta kepada B yang bertindak sebagai pengusaha modal (‘âmil/mudhârib) dalam usaha perdagangan umum (misal.1984: 836). 2/66). Pertama. Dalam syirkah ini. Secara muamalah. 1990: 152). Ada dua bentuk lain sebagai variasi syirkah mudhârabah. Keuntungan dari usaha akan dibahagi sesuai dengan kesepakatan. sementara seorang wakil tidak menanggung kerusakan harta atau kerugian dana yang diwakilkan kepadanya (An-Nabhani. Pihak pemodal menyerahkan (mengamanahkan) modalnya dengan akad wakalah kepada seseorang sebagai pengusaha untuk dikelola dan dikembangkan menjadi sebuah usaha yang menghasilkan keuntungan (profit). iaitu pihak pemilik modal (rabbul maal) dan pihak pengusaha (mudhorib). Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. A dan B) sama-sama memberikan sumbangan modal. Kedua bentuk syirkah ini masih tergolong syirkah mudhârabah (An-Nabhani. Namun demikian. pengusaha terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal. sementara pihak ketiga (katakanlah C) memberikan sumbangan kerja saja. kemudahan melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengusaha (mudhârib/‘âmil). tanpa sumbangan kerja. Namun demikian. pengusaha turut menanggung kerugian. sedangkan kerugian ditanggung hanya oleh pemodal. ia dibahagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengusaha modal. Kedua. jika kerugian itu terjadi kerana kesengajaannya atau kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal (Al-Khayyath. dua pihak (misalnya. Jika ada keuntungan. Sebab. maka kerugian ditanggung oleh 271 . dalam mudhârabah berlaku hukum wakalah (perwakilan). dan manakala terjadi kerugian bukan kerana kesalahan manajemen (kelalaian). 1990: 152).

Keuntungan diambil daripada hasil untung perniagaan syarikat dan bukan daripada harta lain.a.10. ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja. nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis akad keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap. 272 . Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat.pihak pemodal.6 Syarat-syarat Syarikat al-Uqud Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute of Research and Training (BIRT). demikian pula dalam pengambilan kebijakan dan langkah-langkah opersioanal perusahaan. 3. 9. Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan. boleh menerima perwakilan . pihak pengusaha wajib melakukan pengusahaan secara baik. dalam kitab Al Jami’]. menjual atau menerima kerja. yang berkata : “Pungutan itu tergantung pada kekayaan. Secara manajemen. sedangkan pihak pemodal tidak diperbolehkan (tidak berhak)ikut mengelola/ bekerja bersama pengusahanya. amanah dan profesional. Syarat-syarat ini amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak mengikut hukum syarak. sebagaimana diriwayatkan oleh Ali r. Pengusaha berhak untuk memilih dan membentuk tim kerjanya (teamwork) tanpa harus seijin pemodal. Hal ini kerana hukum akad wakalah menetapkan hukum orang yang menjadi wakil tidak boleh menanggung kerugian. 2. 1998) iaitu: 1.seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli. Sedangkan laba tergantung pada apa yang mereka sepakati bersama” [Abdurrazak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang dikontrakkan akan menyebabkan kontrak itu menjadi ‘fasid’ atau terbatal.

terdapat pelbagai syarikat dalam sistem kewangan Islam. boleh diadakan perdamaian dengan orangorang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum muslimin) (Imam Syafie. Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi. 2. Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang daripada rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu. perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat yang tidak bercanggah dengan syariah. ia dibolehkan dalam keadaan tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan perniagaan secara aktif. 5. 1982) Selain dari jenis syarikat yang telah dibincangkan. 6.9. 2000). Kematian salah seorang rakan kongsi. Antaranya ialah: a) Syarikat al-Tausiyyah al-Basitah 273 . Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat: Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat alMufawadah. Walau bagaimanapun. Oleh yang demikian. 7. Selain daripada itu. 9. Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh. 3.7 SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang teRPuji dan memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar.11 Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat: 1. 4. Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan.

Ia terbentuk dari ahli-ahli syarikat di mana rakan kongsi yang menanggung tanggungan adalah seorang yang menguruskan syarikat dan dia juga bertanggungjawab ke atas hakhak berkaitan syarikat manakala rakan kongsi yang satu lagi merupakan pemilik harta syarikat. Syarikat ini juga terbentuk di atas tanggungan ahli-ahli syarikat atau atas kerja mereka dan juga berdasarkan kepada konsep wakalah (perwakilan). Setiap keuntungan dan kerugian dibahagi kan antara mereka. c) Syarikat al-Muhasah Ia merupakan syarikat yang melibatkan dua orang rakan kongsi atau lebih dan menjalankan satu projek kewangan dan mengemukakan saham yang berbentuk harta atau tenaga. 274 . Pemegang saham mempunyai tanggungjawab yang terhad kepada nilai sahamnya sahaja. f) Syarikat Kenderaan Sebahagian daripada ahli syarikat memiliki saham-saham tertentu dan salah seorang daripada mereka menjadi pemandu dan kebiasaannya mengambil upah atau gaji bukan dalam jumlah yang tertentu. b) Syarikat al-Tamadun (Syarikat tanggungan bersama) Ia merupakan sebuah syarikat yang dikontrakkan oleh dua orang atau lebih untuk melakukan perniagaan dalam semua jenis perniagaan atau sebahagiannya dan setiap ahli syarikat bertanggungjawab menjamin seluruh tanggungan syarikat. e) Syarikat al-Musahamah Modal bagi syarikat ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil yang sama banyak dan setiap bahagian itu dipanggil saham yang tidak boleh dipecahkan tetapi boleh ditukar ganti. Setiap ahli bertanggungjawab setakat kadar pelaburannya sahaja dalam syarikat dan jumlah ahli tidak lebih daripada 50 orang. D)Syarikat Zatul Mas’uliyyah al-Mahdudah (Syarikat tanggungan berhad) Ia merupakan sebuah perniagaan yang sama seperti syarikat harta.

Terdapat juga keadaan di mana dua orang ahli syarikat itu berkongsi membayar harga binatang dan kemudian salah seorang rakan kongsi itu bekerja sama ada mengembala ataupun memberi makanan. 9.g) Syarikat Binatang (Syarikat al-Baha’im) Modal diberi oleh rakan kongsi manakala rakan kongsi lain menguruskan perniagaan. Bagaimana konsep syarikat boleh dilaksanakan dalam sistem kewangan Islam BAB 10 IHYA AL-MAWAT (MENGUSAHAKAN TANAH KOSONG 10. Syarikat jenis ini tidak diamalkan secara meluas di negara kita.7 Mengusahakan tanah 10.6 Hilangnya hak pemilikan Tanah pertanian 10. Sebutkan jenis-jenis syarikat uqud 5.4 Jenis-jenis Pemilikan tanah 10.3 Pemilikan tanah dan Implikasinya 10.2 falsafah pemilikan Tanah Dalam islam 10. Bincangkan rukun dan syarat syarikat 3. Jelaskan jenis-jenis syarikat 4.1 Pengenalan 10. Huraikan Definisi Syarikat/syirkah 2.5 cara-cara pemilikan tanah 10.11 SOALAN LATIHAN 1.8 Tanah yang memiliki sumber galian 275 .

anda seharusnya boleh: 1. Menjelaskan falsafah pemilikan tanah dalam Islam . 2. 3. Menghuraikan konsep menghidupkan bumi yang mati .10. Menbincangkan jenis-jenis pemilikan tanah dalam Islam.9 Negara berhak menetapkan Hima (Kawasan khas untuk kepentingan awam) BAB 10 IHYA AL-MAWAT (MENGUSAHAKAN TANAH KOSONG) OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini. 276 . Menjelaskan cara-cara pemilikan yang dibenarkan. 4.

dan peredaran (tauzi') tanah. Pada umumnya para fuqaha (ahli hukum Islam) membahas hukum mengerjakan tanah ini dalam perbincangan fiqh mereka. Sebahagian ulama seperti Imam Al-Mawardi (w. 193 H) dengan kitabnya Al-Kharaj." (QS Al-Hadid [57] : 2). 277 . hal. 450 H) membahas bab mengerjakan tanah dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sulthaniyah yang membahas hukum perundangan negara menurut Islam. pengurusan (tasharruf). Hukum mengusahakan (menghidupkan) tanah kosong dalam Islam dapat didefinisikan sebagai hukum-hukum Islam mengenai mengusahakan tanah dalam kaitannya dengan hak kepemilikan (milkiyah). 457 H) dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sulthaniyah. 10. Demikian pula Imam Abu Ya'la (w. dan Imam Abu Ubaid (w. Imam Yahya bin Adam (w."Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dalam disiplin ilmi pengajian Islam.2 FALSAFAH PEMILIKAN TANAH DALAM ISLAM Dalam perspektif segala sesuatu yang ada di langit dan bumi (termasuk tanah) hakikatnya adalah milik Allah SWT semata. hukum mengusahakan tanah dikenal dengan istilah Ahkam Al-Aradhi. 224 H) dengan kitabnya Al-Amwal. An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam. Dia menghidupkan dan mematikan. Mengenal pasti hukum kerajaan menetapkan hima daan caranya 10. 128). 203 H) dengan kitabnya AlKharaj. Allah SWT juga berfirman (ertinya) . (Al-Nabhani. "Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk).1 Pengenalan Terdapat juga hokum fiqh yang berkaitan dengan bab mengusahakan tanah yang dinamakan ihya’ al-mawat ertinya menghidupkan bumi yang mati. Para fuqaha itu seperti Imam Abu Yusuf (w." ( An-Nuur [24] : 42). Firman Allah SWT (ertinya).5. dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(Yasin Ghadiy. Al-Amwal wa Al-Amlak al-'Ammah fil Islam. "Dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan hukum." (Al-Hadid [57] : 7)." (QS Al-Kahfi [18] : 26). "Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Dengan demikian. 10. dan bahawa manusia tak mempunyai hak kecuali memanfaatkan (tasharruf) dengan cara yang diridhai oleh Allah SWT. Imam Al-Qurthubi berkata. Intinya ada 2 (dua) perkara iaitu : o o pemilik hakiki dari tanah adalah Allah SWT. memberikan kuasa (istikhlaf) kepada manusia untuk mengurus hak milik Allah tersbut sesuai dengan hukum-hukum-Nya. Islam telah menjelaskan dengan falsafah pemilikan tanah dalam Islam. Mengatur urusan tanah dengan hukum selain hukum Allah telah diharamkan oleh Allah sebagai pemiliknya yang hakiki. Allah SWT sebagai pemilik hakiki. Firman Allah SWT (ertinya)." (Tafsir Al-Qurthubi. Firman Allah SWT (ertinya). 130). hal. kecuali hukum-hukum Allah saja iaitu hukum syarak. Juz I hal. Falsafah ini mengandung implikasi bahawa tidak ada satu hukum pun yang boleh digunakan untuk mengatur persoalan tanah. 19).3 Pemilikan Tanah dan Implikasinya 278 . "Ayat ini adalah dalil bahawa asal usul pemilikan (ashlul milki) adalah milik Allah SWT.Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa pemilik hakiki dari segala sesuatu (termasuk tanah) adalah Allah SWT semata. Dalam pentafsiran ayat ini. Allah SWT sebagai pemilik hakiki telah memberikan kuasa kepada manusia untuk mengurus tanah menurut hukum-hukum Allah.

73). Jika tanah pertanian ini tidak ditanami. tak terkena kewajiban zakatnya. hal. ataupun manfaatnya (manfaah). 237). 8). Juz II hal. menghibahkan. menggadaikan. Tanah usyriyah ini jika berbentuk tanah pertanian akan dikenakan kewajiban usyr (iaitu zakat pertanian) sebanyak sepersepuluh (10 %) jika mendapat air dengan air hujan (tadah hujan). (Al-Nabhani. Al-'Adalah fi An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam. dengan mengemukakan 2 (dua) aspek yang berkaitan dengan tanah. 279 . iaitu : (1) zat tanah (raqabah al-ardh) (2) manfaat tanah (manfaah al-ardh). (Al-Nabhani. juga tanah mati yang telah dihidupkan oleh seseorang (ihya`ul mawat). Juz II hal. yakni penggunaan tanah untuk pertanian dan sebagainya. dan sebagainya. (Abdul Ghani. (idznu asySyari' bi al-intifa' bil-'ain). An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam. Syariah Islam telah mengatur persoalan pemilikan tanah secara teRPrinci. Maka individu boleh menjualnya. Termasuk tanah usyriah adalah seluruh Jazirah Arab yang ditaklukkan dengan peperangan. (Al-Nabhani. hal. Sabda Nabi SAW. contohnya Madinah Munawwarah.Pemilikan (milkiyah/ownership) dalam Syariah Islam didefinisikan sebagai hak yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia untuk memanfaatkan suatu benda. Dalam Syariah Islam ada 2 (dua) jenis tanah iaitu : 1. Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah. Tanah Usyriah adalah tanah yang penduduknya masuk Islam secara damai tanpa peperangan. Jika disalurkan dengan saliran buatan maka zakatnya 5 %. 237). Al-Syakhshiyah AlIslamiyah. mewariskan. Tanah usyriah (al-ardhu al-'usyriyah) iaitu tanah penduduk yang masuk Islam secara damai dan tanah yang dihidupkan (ihya al-mawat) 2. Pemilikan tidaklah lahir dari sudut zahir suatu benda kcuali dari ketentuan hukum Allah pada benda itu. samada zatnya (raqabah). Tanah usyriah ini adalah tanah milik individu. Tanah kharajiyah (al-ardhu al-kharajiyah). misalnya Makkah.

misalnya tanah Irak. 248). Jika tanah usyriah ini tidak berbentuk tanah pertanian. sebab non muslim tidak dibebani kewajiban zakat. iaitu pungutan yang diambil negara setahun sekali dari tanah pertanian yang besarnya dikira sesuai dengan keadaan tanahnya. dihibahkan. Tanah kharajiyah ini zatnya (raqabah) adalah milik seluruh kaum muslimin. Meskipun tanah tanah kharajiyah dapat diperjualbelikan." Abu Dawud). sebab zatnya milik negara."Pada tanah yang diairi sungai dan hujan zakatnya sepersepuluh. land tax). Syam. misalnya tanah Bahrain dan Khurasan. misalnya berbentuk tanah pemukiman penduduk. Tanah kharajiyah yang dikuasai dengan perang (al-harb). Muqaddimah Ad-Dustur. hal. Oleh itu tanah kharajiyah zatnya bukan milik individu seperti tanah usyriah. di mana negara melalui Baitul Mal bertindak mewakili kaum muslimin. kharajnya bersifat abadi. tanah tersebut tidak dikena kewajiban usyr (zakat). 240). Jika tanah usyriah ini dibeli oleh seorang bukan Islam (kafir). Sedang tanah usyriyah boleh diwakafkan sebab zatnya milik individu. meskipun pemiliknya masuk Islam 280 (HR Ahmad. ibid. Ertinya kharaj tetap wajib dibayar dan tidak gugur.. maka terkena zakat perdagangan.. (Al-Nabhani. Tanah kharajiyah ini zatnya adalah milik negara. 303). namun berbeza dengan tanah usyriyah. tanah kharajiyah tidak boleh diwakafkan. dan Mesir kecuali Jazirah Arab. hal. 48). dan diwariskan. Muslim. Namun manfaatnya adalah milik individu. atau tanah yang dikuasai melalui perdamaian (al-shulhu). Tanah kharajiyah ini jika berbentuk tanah pertanian akan terkena kewajiban kharaj (pajak tanah. kharaj tetap dipungut. (Abdul Qadim Zallum. tidak ada zakatnya. dan . (Al-Nabhani. Juz II hal. pada tanah yang diairi dengan unta zakatnya setengah dari sepersepuluh. Al-Amwal. (AlNabhani. ibid. Samada diusahakan tanaman atau tidak. Juz II hal. Tanah Kharajiyah adalah tanah yang dikuasai kaum muslimin melalui peperangan (alharb). Kecuali jika tanah itu diperdagangkan.

Sebagaimana Umar bin Khattab tetap memungut kharaj dari tanah kharajiyah yang dikuasai kerana perang meski pemiliknya sudah masuk Islam. Tapi jika tanah kharajiyah itu dikuasai dengan perdamaian (al-shulh). Al-Nabhani. yang akan gugur jika pemiliknya masuk Islam atau tanahnya dijual kepada muslim. (Zallum. maka ia tak terkena kewajiban kharaj. Juz II hal. 49). 281 . lalu tanah itu dijual kepada muslim (akan terkena zakat/usyr). Kecuali jika tanah itu dijualbeli.. (Al-Nabhani. 10. ibid. Demikian juga tidak dikenakan kewajiban zakat (usyr).. zakat pun wajib dikeluarkan. Juz II hal. ibid. ibid. hal. (2) warisan (pusaka) (3) hibah. kharaj dibayar lebih dulu dari hasil tanah pertaniannya.. iaitu jika ada tanah kharajiyah yang dikuasai melalui perang (akan terkena kharaj abadi). (2) jika perdamaian itu menetapkan tanah itu menjadi milik mereka (non muslim). kharajnya bersifat tetap (abadi) meski pemiliknya masuk Islam atau tanahnya dijual kepada muslim. hal. 47).atau tanahnya dijual oleh bukan muslim kepada muslim. Dalam keadaan seperti ini. (4) ihya`ul mawat (menghidupkan tanah mati). iaitu melalui : (1) jual beli. kedudukan kharaj sama dengan jizyah. 47. akan dikenakan kewajipan zakat perdagangan. ibid. maka ada dua kemungkinan : (1) jika perdamaian itu menetapkan tanah itu menjadi milik kaum muslimin. 247). Jika tanah kharajiyah yang ada bukan berbentuk tanah pertanian seperti tanah yang dijadikan kawasan penempatan penduduk. 245). (Zallum..5 Cara-Cara Mendapat Pemilikan Tanah Tanah dapat dimiliki dengan 6 (enam) cara menurut hukum Islam. kemudian jika bakinya masih mencapai nishab.. (Zallum. Namun begitu kadang kala kharaj dan zakat (usyr) harus dibayar bersama-sama pada satu tanah. hal. ibid.

Sedang iqtha`.. hal. ibid. hal. (Al-Nabhani. dan sebagainya. Maksud tanah mati adalah tanah yang tidak ada pemiliknya dan tidak dimanfaatkan oleh seorang pun. Umar bin Khattab pernah berkata. 79). ihya`ul mawat adalah menghidupkan tanah mati (al-mawat). (Al-Maliki. maka tanah itu menjadi miliknya. As-Siyasah al-Iqtishadiyah al-Mustla. hal. Nabi SAW bersabda. Mengenai jual-beli. An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam.6 Hilangnya Hak Pemilikan Tanah Pertanian Syariat Islam menetapkan bahawa hak pemilikan tanah pertanian akan hilang jika tanah itu dibiarkan tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. ibid. Nabi SAW juga pernah memberikan tanah yang luas kepada Zubair bin Awwam. Sabda Nabi SAW. maka tanah itu menjadi miliknya. menanamnya dengan pokok-pokok . membangun bangunan di atasnya. Menghidupkan tanah mati." (HR Ahmad). ertinya pemberian tanah milik negara kepada rakyat.(5) tahjir (membuat sempadan pada tanah mati). dan hibah selalunya telah difahami oleh ramai. Negara akan menarik balik pemilikan tanah tersebut dan memberikan kepada orang lain yang mampu mengusahakannya (Al-Nabhani. Nabi SAW pada saat tiba di kota Madinah. Tahjir adalah membuat batu (batas) pada suatu tanah. ertinya ialah memanfaatkan tanah itu seperti dengan bercocok tanam padanya. 136). 119). pernah memberikan tanah kepada Abu Bakar As-Shiddiq dan Umar bin Khattab. (6) iqtha` (pemberian negara kepada rakyat). waris. "Sesiapa yang menghidupkan tanah mati."Sesiapa membuat suatu batas pada suatu tanah (mati)."Orang yang membuat batas pada tanah (muhtajir) tak berhak lagi atas tanah itu setelah tiga tahun dibiarkan kosong " Saidina Umar pernah melaksanakan ketetapan tersebut dengan menarik tanah pertanian milik Bilal bin Al282 . 51). hal. 10.." (HR Bukhari) (Al-Nabhani.

maka disarankan untuk diberikan kepada orang lain. melainkan dibiarkan terbiar berterusan selama tiga tahun (ta'thil al-ardh). mengusahakannya secara perkongsian. ia mestilah mencari jalan untuk mengusahakan tanah tersebut supaya menjadi produktif seperti menyewakan. (Al-Nabhani. Jika pemilik sesuatu tanah pertanian membiarkan tanahnya kosong dengan tidak ada apa-apa kegunaan selama tiga tahun. 139). namun juga meliputi tanah pertanian yang dimiliki dengan cara-cara lain atas dasar Qiyas. An-Nizham AlIqtishadi fi Al-Islam. mudharabah dan lain-lain kaedah asalkan ia produktif. seperti Khalifah Umar bin Khathab memberikan bantuan alat-alat pertanian kepada para petani Iraq untuk mengusahakan tanah pertanian mereka. Jika pemilik tanah itu tidak mampu mengusahakannya. Sebab yang menjadi alasan hukum (illat) dari penarikan balik hak milik bukanlah cara-cara memilikinya. Penarikan balik hak milik ini tidak hanya pada tanah mati (mawat) yang dimiliki dengan cara tahjir (membuat sempadan tanah dengan batu) saja. hibah. ibid. hendaklah ia mengusahakanya atau memberikan kepada saudaranya. Nabi SAW bersabda. yang dimiliki melalui jual beli. "Sesiapa mempunyai tanah (pertanian). (Al-Nabhani. memajakkan. Para sahabat menyetujuinya sehingga menjadi Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat Nabi SAW) dalam masalah ini. Misalnya. 10. dan lain-lain.. Tanah Yang Memiliki Sumber Galian 283 .Harits Al-Muzni yang dibiarkan terbiar selama tiga tahun.8.7Mengusahakan Tanah (at-tasharruf fi al-ardh) Syariah Islam mengharuskan pemilik tanah pertanian untuk mengusahakannya sehingga tanahnya bersifat produktif. Juz II hal." (HR Bukhari). hal. 241). Negara dapat membantunya dalam penyediaan infra struktur pertanian. waris. Mengikut hukum asal fiqh muamalat. 10. maka hak pemilikannya akan hilang. Jika pemilik ingin mengelakkan pembatalan hak milik tersebut.

Nabi SAW pernah memberikan tanah bergunung dan bergalian kepada Bilal bin AlHarits Al-Muzni (HR Abu Dawud). (2) tanah itu menjadi milik umum jika hasil galiannya banyak. ada 2 (dua) keadaan: (1) tanah itu tetap menjadi milik pribadi/negara jika hasil galiannya sedikit. Setelah diberitahu para sahabat bahawa hasil galian itu sangat banyak. hal.. 10. (Zallum. 10. tembaga. Abu Bakar pernah menetapkan Rabdzah (nama padang rumput juga) khusus untuk menggembalakan unta-unta zakat. tidak boleh dimanfaatkan oleh individu. Ini menunjukkan tanah yang bergalian yang boleh dimiliki individu jika galiannya mempunyai nilai. 85). 220). ibid.9 Negara Berhak Menetapkan Hima Hima (Tanah rizab) adalah tanah atau wilayah yang ditetapkan secara khusus oleh negara untuk kepentingan tertentu. Misalnya menetapkan hima pada suatu galian seperti minyak dan gas khusus untuk keperluan membeli peralatan pertahanan negara atau sebagainya atau kawasan tanah tertentu menjadi rizab tadahan air. perak. tidak untuk lainnya. Ini menunjukkan tanah dengan mempunyai galian yang banyak adalah menjadi milik umum yang diuruskan oleh negara. dan sebagainya. Rasulullah SAW dan para khalifah sesudahnya pernah menetapkan hima pada tempattempat tertentu. hal. Rasulullah SAW pernah menetapkan Naqi` (nama padang rumput di kota Madinah) khusus untuk menggembalakan kuda-kuda milik kaum muslimin. Nabi SAW suatu ketika pernah memberikan tanah yang ada garam kepada Abyadh bin Hammal. maka Nabi SAW menarik kembali tanah itu dari Abyadh bin Hammal. ibid.10 SOALAN LATIHAN 284 . tidak boleh dimiliki dan diuruskan oleh individu atau swasta. emas. Ini adalah untuk kemaslahatan semua rakyat dan negara (Al-Nabhani.Tanah yang di dalamnya ada galian seperti minyak. bukan untuk keperluan lainnya. (HR Tarpizi).

1. Bincangkan falsafah pemilikan Tanah Dalam Islam 2. Huraikan Pemilikan tanah dan Implikasinya 3. Jelaskan Jenis-jenis Pemilikan tanah 4. Sebutkan cara-cara pemilikan tanah 5. Bagaimana boleh Hilangnya hak pemilikan Tanah pertanian 6. Apakah hukum mengusahakan tanah yang mati 7. Apakah hukum tanah yang memiliki sumber galian 8. Huraikan apakah Negara berhak menetapkan Hima (Kawasan khas untuk kepentingan awam)

BAB 11 SYUF’AH (HAK KEUTAMAAN) 11.1 Pengenalan 11.2 Definisi Syuf’ah 11.3 Dalil Syuf’ah 11.4 hak Syuf’ah milik jiran 11.5 Jiran yang mana lebih berhak

285

BAB 11 SYUF’AH (HAK KEUTAMAAN) OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Menghuraikan konsep syuf’ah. 2. Menjelaskan dalil-dalil hukum syuf’ah. 3. Menghubungkaitkan jiran dengan hukum syuf’ah. 4. Menjelaskan jiran yang mana lebih berhak dalam syuf’ah. 11.1 PENGENALAN

286

Bab ini membincangkan hak yang diberikan oleh Islam kepada pihak tertentu dalam pengurusan harta secara Islam demi untuk menjaga kemaslahatan semua pihak iaitu bab syufah. Hak ini adalah berkaitan dengan hak rakan perkongsian, jiran dan pihak yang amat hampir dengan sesuatu harta apabila ingin dijual beli atau lain-lain aktiviti. 11.1 Definisi Syuf‘ah Perkataan syuf’ah adalah berasal dari akar kata syaf’u berarti zauj (sepasang atau sejodoh). Syuf`ah menurut bahasa bererti teman sekongsi atau teman syarikat. Menurut istilah syarak pula ia adalah Hak keutamaan yang diberikan kepada pihak sekongsi atau terdekat dahulu terhadap sesuatu pemilikan yang ingin dijual. syuf’ah juga ialah memindahkan hak kepada rakan sekongsi dengan mendapat ganti yang jelas. 11.3 DALIL SYUF’AH Dari Jabir bin Abdullah ra ia berkata, “Nabi saw pernah memutuskan syuf’ah (pemindahan hak) itu adalah dalam semua hal yang tidak dapat dibahagi. Kerana itu, kalau terjadi pembatasan dan diketahuinya dengan jelas tentang pengeluaran, maka tidak ada syuf’ah.” (HR Ibnu Majah no: 2028, Imam Bukhari, Tarpizi ) Sesiapa yang mempunyai rakan sekongsi dalam urusan pemilikan tanah, atau rumah, atau kebun dan seumpamanya, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum ia tawarkan kepada rakan sekongsinya. Jika ternyata ia telah menjualnya sebelum ditawarkan kepada rakannya, maka sirakan sekongsi itu tetap lebih berhak membelinya: Dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa mempunyai (kebun) kurpa, atau sebidang tanah, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum menawarkannya kepada rakan sekongsinya.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2021 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2492 dan Nasa’i VII: 319).

287

Dari Abu Rafi’ ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Rakan sekongsi itu lebih berhak atas apa yang dekat dengan dia.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2027 dan Ibnu Majah II: 834 no: 2498). 11.4 HAK SYUF’AH MILIK JIRAN, BILA ANTARA KEDUANYA ADA HAK SEKONGSI Jika di antara dua orang berjiran ada hak milik bersama, misalnya berupa jalan, ataupun air, maka bagi masing-masing mereka memiliki hak syuf’ah yang harus ditunaikan diantaranya. Oleh itu seorang di antara keduanya tidak boleh menjual hak milik bersama sebelum mendapat izin dari jirannya dan jika ia terlanjur menjualnya tanpa izin jirannya, maka jirannya tersebut tetap lebih berhak membeli barang yang dijual itu: Dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jiran itu lebih berhak mendapatkan hak syuf’ah jirannya. Jika ia sedang musafir, harus ditunggu untuk menerima syuf’ah, bila jalan keduanya satu.” (Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2023, ’Aunul Ma’bud IX: 429 no: 3501, Tarpizi II: 412 no: 1381 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2494). Dari Abu Rafi’ bahawa Nabi saw bersabda, “jiran itu lebih berhak atas apa yang dekat dengan dia.” (Hasan Sahih: Sahih Ibnu Majah no: 2024, Fathul Bari IV: 437 no: 2258, ‘Aunul Ma’bud IX: 428 no: 3499, Nasa’i VII: 320 dan Ibnu Majah II: 833 no: 2495). Dirugikan Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Barang siapa yang berkongsi dengan orang lain dalam memiliki rumah atau pokok kurpa, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum memberitahukan rakan kongsinya, apabila ia rela, maka ia boleh mengambil (harganya) dan jika tidak suka, maka ia harus meninggalkan (tidak menjual) “ HR Muslim :RKAN SYUF'AH KEPADA SESAMA ANGGOTA Diriwayatkan dari Abu Rafi ra, Hamba Nabi Saw yang telah dimerdekakan bahawa dia menemui Sa'd bin Abu Waqqash ra, kemudian dia berkata: "Belilah dua bilikku yang ada di rumahmu". Sa'd menjawab: "Demi Allah, saya tidak akan membeli lebih dari 4000 288

(dirham) secara angsuran". Kata Abu Rafi: "Saya sudah mendapat tawaran 500 dinar. Sekiranya saya tidak pernah mendengar sabda Nabi Saw, " Jiran lebih berhak kerana dekatnya", tentu saya tidak akan menjualnya kepadamu dengan harga 4000 dirham dan saya akan memperoleh 500 dinar". Akhirnya Abu Rafi ra menjual dua biliknya kepada Sa'd bin Abu Waqqash. 11.5 JIRAN MANA YNG LEBIH BERHAK Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, saya bertanya: "Ya Rasulullah, saya memiliki dua jiran, yang mana dari keduanya itu yang lebih berhak saya beri hadiah"? Rasulullah Saw menjawab: "Yang pintu rumahnya terdekat denganmu". (HR Bukhari) 11.5 Kesimpulan Demi menjaga keharponian dan kemaslahatan kehidupan manusia, Syariat Islam telah menetapkan hak jiran dan rakan perkongsian mengenai syufah dalam urusan harta manusia. Hukum-hukum mengenai syufah ini masih belum diadakan didalam undangundang harta dimalaysia kecuali hak-hak perkongsian.

11.6 SOALAN LATIHAN 1. Berikan definisi Syuf’ah 2. Sebutkan Dalil Syuf’ah 3. Bagaimana hak Syuf’ah menjadi milik jiran 4. Dalam hukum syuf’ah, Jiran yang manakah lebih berhak

289

BAB 12 LUQATAH ( BARANG YANG DITEMUI), JI’ALAH, HADIAH DAN SEDEKAH, INFA’, WAKAF 12.1 Luqatah 12.1 1 Pengenalan 12.1.2 Definisi Luqatah 12.1.3 Dalil-dalil Hukum Luqatah 12.1.4 Pengurusan harta Luqatah di Malaysia 12.1.5 Hukum Luqatah mengikut Imam Abu Syuja’ 12.1.6 Hukum memiliki harta luqatah yang tidak dituntut 12.2 Ji’alah 290

3 Jenis-jenis Hadiah 12.4.2.4 Hukum memberi hadiah 12.1 Definisi sedekah 12.3.5 Keadaan yang haram memberi dan menerima hadiah 12.1 Definisi Ji’alah 12.5.12.1 Definisi Wakaf 12.4.3 Membatalkan Ji’alah 12.1 Definisi hadiah 12. INFA’.4 Syarat berkekalan wakaf 12.2.5.5.3.2.2.2 Barang wakaf 12. anda seharusnya boleh: 1.4 Sedekah dan Infa’ 12. WAKAF OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini.4. Menjelaskan konsep jialah dan hadiah serta hukum-hukumnya .3 Syarat wakaf 12. JI’ALAH.4 Hukum Ji’alah 12.2 Dalil Hukum hadiah 12.2 Rukun Ji’alah 12.2 Hukum Sedekah 12. 291 .5. HADIAH DAN SEDEKAH.3.5 Wakaf 12.3.5. 2.3.3 Definisi Infa’ 12.3 Hadiah dan Sedekah 12. Menghuraikan konsep luqatah dan hukum-hukumnya.5 Wakaf Tunai BAB 12 LUQATAH ( BARANG YANG DITEMUI).

268-270 ) Luqatah Menurut Istilah syarak ialah: 1.1 LUQATAH 12. hal.1 PENGENALAN Fiqh muamalat juga ada membincangkan mengenai harta yang ditemui atau barang yang hilang. Juz 9. Menurut Malikiyyah Menurut Abu Dhiya’ yang dikenali dengan Saidi Khalil : Luqatah ialah harta ( barang ) yang ma’sum ( terpelihara ) yang terdedah ( kemungkinan ) untuk hilang ( arad lidhiya’). Menjelaskan fungsi-fungsi infa’ serta hukum mengenainya. iaitu yang dijumpai oleh seseorang lalu diambil apbila ianya cicir. Perbincangan mengenainya dinamakan Luqatah 12. ( Mukhtasar Abi Dhiya’ Saidi Khalil fi Hamish Mawahib Al-Jalil lil Hattab.2 Definisi Luqatah Luqatah dari sudut bahasa ialah nama bagi sesuatu barang yang dipungut. 69) Maksud harta ( barang ) yang ma’sum ialah barang yang dihorpati menurut syara’ yang tidak harus bagi seseorang melakukan sesuatu padanya tapa keizinan daripada tuannya. juz 6 hal. 292 .1.1.3. Menghubungkaitkan hadiah dan sedekah serta hukum-hukum mengenainya 4. 5. Dan di dalam Al-Quran ada ayat yang berbunyi: Makasudnya: “Maka peti itu dipungut oleh keluarga Firaun” ( Lisanul arab libni Manzur. Mengenal pasti definisi wakaf dan hukum mengenainya 12.

( Badai' as-Sanai' lil Kassani Juz. Juz 8 hal. Ataupun menjumpai sesuatu harta ( barang ) yang telah tercicir apa pun jenisnya barang tersebut maka ia merupakan Luqatah.Hanafiah Telah berkata Imam al-Kassani al-Hanafi Luqatah itu dua jenis: Pertama: Dari jenis selain dari haiwan iaitu harta ( barang )yang jatuh ( tercicir ) yang tidak diketahui pemiliknya. hal. ( Al-Mughni li Ibn Qudamah al-Hanbali. 296 ) 5. Kedua: Ialah dari jenis haiwain iaitu haiwan yang tersesat seperti unta. Menurut Ja’fariah Al-Muhaqqiq al-Hilliy telah mentaa’rifkan Luqatah: Luqatah ialah setiap barang 293 . samada ianya jamad ( yang tak bernyawa ) atau haiwan sama sahaja kecuali unta. ( Bidayah al-Mujtahid li Ibn Rushd. ditanam atau tidak. juz 5. kambing dan dari binatang-binatang ternakan.Menurut al-Faqih Ibn Rusyd: Luqatah ialah harta ( barang) bagi orang muslim yang mungkin akan hilang (maa’rad lidhiya’) samada dijumpai di tanah yang dibangunkan atau tidak. 630 ). lembu. Menurut Hanabilah Telah berkata al-Imam Ibn Qudamah al-Hanbali: Luqatah ialah harta (barang ) yang hilang dari pemiliknya dan dipungut oleh orang lain. Menurut Zhohiriyyah Telah berkata Imam Ibn Hazm az-Zhohiry: Sesiapa yang menemui sesuatu harta (barang) di kampung atau bandar atau padang pasir. hal 256 ) 2. juz 2. 3. 6 hal. di tanah Arab dalam suasana perang atau damai ( as-solh ). ( al-Muhalla li Ibn Hazm. cuma yang diketahui ialah ianya merupakan harta ( barang ) milik Islam. 200 ) 4.

Sekiranya dia tidak datang maka ianya akan berada di dalam masarif (simpanan penjagaan ) baitulmal. Dan barang-barang ini diserahkan kepada Imam ( penguasa ) untuk menjaganya atau menjualnya lalu disimpan harga nilainya atau pun disimpan di baitulmal sehinggalah dituntut oleh pemiliknya. maka ianya kekal milik tuannya dan tidak dinamakan Luqatah. Dan dengan adanya qayyid tidak dijaga telah mengeluarkan apa yang ditemui oleh waris selepas kematian pewaris dari barng-barang wadi’ah ( yang dijaga ) yang tidak diketahui tuannya. hal. 422. hal. Dan apa-apa barang yang tidak ada tuannya ( mustahiq ) dianggap atau dikira sebagai barang mubah dan ianya adalah bagi yang mengambilnya kerana orang yang mengambil tersebut boleh memiliki dan menggunakannya secara mutlak. Hashiyah al-Bujairimi ala Nahj at-Tullab li Abi Yahya Zakariya Al-Ansari ) Barang yang dihorpati ( mal al-muhtaram ) telahpun diterangkan maksudnya. dan tidaklah sabit hukum Luqatah padanya. Dengan qayyid orang yang menemuinya itu tidak mengetahui siapakah pemiliknya (mustahiq ) telah mengeluarkan barang ( harta ) yang diketahui pemiliknya ( mustahiq ). Dan inilah merupakn taa’rif yang teRPilih yang dirajihkan atas yang selainnya. dengan itu apa-apa pun yang jatuh ( cicir ) daripadanya dianggap sebagai ghanimah bagi yang memungutnya bukanlah Luqatah. 177 ) Keenam : Menurut Syafi’iah Telah mentaa’rifkan fuqaha Syafi’iah Luqatah menurut syara’ ialah: Harta (barang) yang dihorpati yang tidak dijaga dan orang yang menemuinya itu tidak mengetahui siapakah pemiliknya ( mustahiq ). 294 . dengan qayyid ini (mal al-muhtaram ) maka terkeluarlah mal al-harbi sekiranya dia masuk ke dalam Dar al-Islam tanpa keamanan. ( Syarai’ al-Islami lilmuhaqqiq al-Hilliy Juz 2.yang hilang yang dikutip yang tidak ada yang menguasainya. ( Nihayat al-Muhtaj ila syarh al-Minhaj lir Romli Juz 5.

Rasulullah s. maka terserahlah kepadamu. Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan memakan pokok-pokok kayu sehinggalah ia ditemui oleh tuannya. Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a.w menjawab dengan bersabda: Apa pedulimu terhadapnya? Ia (unta itu) sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan dahaga beberapa hari dan kuat berjalan). bagaimana pula jika yang ditemui itu seekor unta? Rasulullah s.a. sekiranya tiada yang datang. Lelaki itu bertanya lagi.a katanya: 295 .3 DALIL-DALIL HUKUM LUQATAH Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a. Orang itu bertanya lagi. sekiranya tiada yang datang.a katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi s. sekiranya datang tuannya. bagaimana kalau barang dijumpai itu berupa kambing? Rasuluallah s. Lelaki itu bertanya lagi.a.w bersabda: Umumkanlah kepada orang ramai mengenai bentuk dan talinya (bekasnya).w menjawab dengan bersabda: Apa pedulimu terhadapnya? Ia (unta itu) sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan dahaga beberapa hari dan kuat berjalan).a.w bersabda: Umumkanlah kepada orang ramai mengenai bentuk dan talinya (bekasnya). bagaimana kalau barang dijumpai itu berupa kambing? Rasulullah s. maka terserahlah kepadamu.12. maka serahkanlah kepadanya.w bersabda: Untukmu atau untuk saudaramu atau untuk serigala (bererti boleh diambil). kemudian umumkanlah dalam tempoh setahun.w bersabda: Untukmu atau untuk saudaramu atau untuk serigala (bererti boleh diambil). Rasulullah s.a.a katanya: Seorang lelaki datang menghadap Nabi s.w untuk bertanya tentang barang yang ditemuinya. maka serahkanlah kepadanya. sekiranya datang tuannya.a. bagaimana pula jika yang ditemui itu seekor unta? Rasulullah s. kemudian umumkanlah dalam tempoh setahun.w untuk bertanya tentang barang yang ditemuinya.a.1. Orang itu bertanya lagi. Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan memakan pokok-pokok kayu sehinggalah ia ditemui oleh tuannya Hadis Ubai bin Kaab r.

4 Pengurusan Harta Luqatah di Malaysia Definisi luqatah adalah barang yang ditemui di suatu tempat yang bukan milik seorang. umumkanlah selama setahun. aku pun mengumumkannya. Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat MAIS atau Unit Mal Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat. Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah. tetapi aku tidak menemukan orang yang mengakuinya. Aku pun memanfaatkannya. (MAIS) 1. Misalnya. Jika datang pemiliknya berikanlah kepadanya. Perawi Hadis berkata. aku mengumumkannya. seorang muslim menjumpai asuatu barang lalu ia khuatir akan rosak atau hilang barang tersebut lalu ia mengambilnya untuk simpanan dan hebahan.a.1. maka Rasulullah s. Sekali lagi aku datang menghadap Rasulullah s. pada zaman Rasulullah s.a. Aku datang membawa beg itu kepada Rasulullah s. aku menemuinya di Mekah selepas itu.w pun bersabda: Ingatlah jumlahnya dan bekasnya.a.w. Baginda tetap bersabda.w. Garis Panduan Serahan Harta Luqatah Kepada Pihak Majlis Agama Islam selangor. lalu baginda bersabda: Umumkanlah selama setahun. Dia berkata aku tidak pasti apakah dia mengatakan tiga tahun ataupun satu tahun 12. 296 . aku mengumumkannya tetapi aku tidak menemui orang yang mengakuinya.a.w baginda bersabda lagi.Aku telah menemui beg yang mengandungi wang sebanyak seratus dinar. tetapi aku tidak menemui orang yang mengakuinya. Satu surat akaun terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan. 3. umumkanlah selama setahun.w. 2. Aku datang lagi menghadap Rasulullah s.a. sekiranya tidak ada awak boleh memanfaatkannya.

Tender d. maka wajib ke atasnya mengetahui enam perkara: 1. Bangunan Sultan Idris Shah. Lelongan c. itupun jika dia percaya bahawa dia boleh menjaga barang dijumpai itu. Jika dia mengambilnya. Majlis agama Islam. Sebarang perpohonan dan pertanyaan lanjut berkaitan wasiat. Proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun. Tel : 03-5514 3772 / 3773Fax : 03-5512 4042 Perkhidmatan Harta Luqatah yang disediakan oleh MAIS 1. Musnah 12. maka dia boleh mengambilnya ataupun meninggalkannya. Penerimaan Harta Luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam kepada pihak MAIS. 297 . Selangor . Selangor Darul Ehsan. Dan mengambilnya adalah lebih utama. 3. 2.4. MAIS akan membuat hebahan kepada orang yang berkaitan dengan Harta Luqatahyang dijumpai selama setahun. Tingkat 10.1. Sebut harga b.40000 Shah Alam.5 Hukum Luqaatah mengikut Imam Abu Syuja’ Berikut ini adalah kitab matan Abi Syuja' yang terjemahkan: Fasal: Apabila seseorang itu menemui suatu barang (luqhatah/barang dijumpai) samada di tanah yang mati atau dijalanan. Bahagian Mal. hibah dan luqatah boleh berbuat demikian seperti alamat di Unit wasiat dan amanah. Pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui. Menara Utara. Proses tersebut adalah seperti berikut: a.

Binatang yang boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Jika ia ditemui di padang.Bekas/tempatnya. Binatang yang tidak boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Barang dijumpai itu wajib disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Kemudian jika dia ingin memiliki barang dijumpai itu. bilangannya. seperti kurpa yang basah. 3. talinya. 2. kemudian menggantinya. 3. timbangannya. samada menjual dan menyimpan wang hasil jualannya atau mengeringkan dan menyimpannya. Jika ia ditemui di kampung. penemunya boleh memilih melakukan antara 3 perkara yg tersebut di atas. 4. kemudian menjual dan menyimpan wang hasil jualannya. 6. 2. Maka jika tidak dapat menemui pemiliknya. dia mestilah mengumumkan selama setahun di pintu-pintu masjid dan juga di tempat di mana barang itu ditemui. Penemunya boleh memakannya dan menggantikan nilai harganya atau memeliharanya secara sukarela. Barang dijumpai (luqathah) ada empat jenis: 1. 5. Jenisnya. atau boleh menjualnya dan menyimpan wang hasil jualannya. Maka itulah hukumnya (perkara yg disebutkan di atas). Jenis yang tidak kekal jika tidak dijaga atau diproses. Jenis ini terbahagi dua jenis: i. seperti binatang. penutupnya. ii. Jenis yang memerlukan biaya. hendaklah dibiarkan/ditinggalkan. Jenis yang tidak kekal seperti makanan basah. 4. Orang yang menemuinya boleh memakannya. 298 . Penemunya hendaklah melakukan apa yang terbaik untuknya. bolehlah dia memiliki barang dijumpai itu dengan syarat dhamaan (dia mestilah menggantinya jika pemilik itu ditemui). Jenis yang kekal seperti emas dan perak.

Kata Ubaiy: Saya pun mengumumkannya selama satu tahun.2.1 DEFINISI JIALAH Ji’alah menurut Bahasa adalah Barang yang dijanjikan untuk seseorang atas janji sesuatu yang akan dia kerjakan. kemudian beliau bersabda. 299 . Beliau bersabda.Fasal: Apabila ada kanak-kanak yang ditemui di jalanan. Jika pemiliknya datang. Saya menemui Nabi Saw lagi. Ji’alah juga ialah meminta agar mengembalikan barang yang hilang dengan bayaran yang ditentukan. jika tidak maka gunakanlah". MAKA PENEMU ANG EMUKAN HARUS Ubaiy bin Ka'b ra dia berkata: Saya pernah terjumpa sebuah dompet berisi wang 100 dinar. "Umumkan selama satu tahun". 12. Jika didapati pada kanak-kanak itu ada harta. lalu pada tahun ketiga saya menemui Nabi Saw. Misalnya seseorang kehilangan kuda.6 Hukum memiliki harta Luqatah jika tidak dituntut TERSEBUT DENGAN BENAR. Setelah saya mengumumkannya selama satu tahun lagi masih juga belum saya temukan orang yang mengenalinya. aku bayar sekian”. hitung jumlahnya. maka hukum mengambilnya. (HR Bukhari) 12. Kanak-kanak ini tidak boleh ditinggalkan kecuali di tangan orang yang boleh dipercayai. maka kosnya adalah ditanggung oleh baitulmal.1. menjaganya dan memeliharanya adalah fardhu kifayah. berikanlah. dan perhatikan ciri-ciri dompet tersebut. namun belum juga saya temukan orang yang mengakuinya. kemudian beliau bersabda. hakim hendaklah menampung kos perbelanjaan kanak-kanak itu dengan harta berkenaan. Menurut Istilah syarak pula ialah Tindakan penetapan orang yang sah urusan nya tentang suatu ganti yang telah diketahui jelas atas pekerjaan yang ditentukan. "Umumkan selama satu tahun lagi".2. KONTRAK JI’ALAH 12. "Simpan wang itu. dia berkata. kemudian saya menemui Nabi Saw. ”Sesiapa yang mendapatkan kudaku dan dia kembalikan kepadaku. Jika kanak-kanak itu tiada harta.

sekalipun ia sudah bekerja. maka upah yang dijanjikan tadi berserikat antara keduanya.2. Tidak boleh syarat yang samar-samar. juga tidak ditentukan waktunya. Jika orang yang kehilangan itu berseru kepada masyarakat umum.2. maka yang bekerja berhak menuntut upah sebanyak pekerjaan yang sudah dia kerjakan. Orang yang menjajikan upahnya. Tetapi jika yang membatalkannya adalah pihak yang menjanjikan upah. 3. maka ia akan saya beri pakaian tanpa dijelaskan jenius pakaaian dan bila dilaksanakan. Disyaratkan memberi upah dengan barang yang tertentu. Orang yang menjanjikan upahnya tersebut boleh orang yang kehilangan itu sendiri atau orang lain. Upah. 12.12. 2.3 Membatalkan ji’alah Masing-masing pihak boleh menghentikan(membatalkan) perjanjian sebelum bekerja.4 Hukum Ji’alah Dasar hukum ji’alah adalah Boleh. ” Siapa yang mendapatkan barangku akan aku beri wang sekain. 4. sebagai mana firman Allah dan Sabda Nabi SAW. Syarat yang diberikan perlulah jelas. 12.2. maka ia tidak mendapat upah. Kalimah itu hendaklah mengandungi erti izin kepada yang akan bekerja.Pekerjaan (mencari barang yang hilang).2 Rukun ji’alah 1. sebab sebagai ganti(upah) atau sebagai kos. seperti: siapa yang mengembalikan orang suruhanku yang lari. Jika yang membatalkannya orang yang bekerja.”(Surah Yusuf : 72) Syarat yang diberikan adalah seperti upah jika berjaya lakukan sesuatu. 300 . Firman Allah : ”Dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperolaeh bahan makanan(seberat) beban unta.” kemudian dua orang bekerja mencari barang itu. sampai keduanya mendapatkan barang itu bersama-sama.

hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa balasan sebagai penghorpatan kepada orang yang diberi hadiah. Sebagai sebuah aqad. 3. al-Baihaqi. adanya al-‘aqidan. Al-Hafizh Ibn Hajar berkata: isnadnya hasan). 1. Hanafiyah dan Malikiyah. bersabda: ”Hendaklah kamu semua saling memberi hadiah niscaya kamu semua saling mencintai” (Al-Bukhari. Hanya saja. Al-Muhda (barang yang dihadiahkan) disyaratkan mesti jelas (ma‘lum). Hanabilah. 301 .12. Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin) 12. (Sila rujuk An-Nawawi. halal diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. harta yang dihadiahkan (al-muhda). Abu Hurairah berkata.1 Definisi hadiah Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah.3. dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi (shighat) lafzhiyah. Nabi saw. 2. hadiah memiliki tiga rukun.3.3 HADIAH DAN SEDEKAH 12. harus milik al-muhdi(pemberi hadiah). adanya ijab dan qabul. iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi hadiah (al-muhda ilaih). al-Adab al-Mufrad.2 Dalil Hukum Hadiah Hukum asal memberi dan menerima hadiah hukumnya sunnah.

janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita jirannya meski hanya tungkai (kuku) kambing. Begitu pula boleh memberi hadiah kepada orang kafir selama orang itu bukan kafir harbi (QS. Mumtahanah [6]: 8-9) atau selama hadiah itu tidak membuat orang kafir bertambah kuat atau menjadi berani menyerang kaum Muslim. Sebaliknya. atTarpizi dan Ahmad). Jika tidak. Ukaidir Dumatul Jandal. Muqauqis. menuturkan bahawa Nabi saw. Ahmad. Perkara itu seperti riwayat ibn Jatstsamah bahawa ia menghadiahkan seekor keledai liar kepada Nabi saw. jangalah kamu menolak hadiah dan jangalah kamu semua memukul kaum Muslim”. Beliau pun menerima hadiah dari orang kafir lainnya. Lalu Beliau menjelaskan alasan penolakannya. (HR al-Bukhari. Abu Yaâla dan Ibn Abi Syaibah) Jika seseorang diberi hadiah dan tidak ada halangan syarak untuk menerimanya maka hendaklah ia menerimanya. Jabir ra. (HR al-Bukhari). (HR al-Bukhari. Muslim. Semasa beliau berada di Abwa atau Wadan. Nabi saw.Bahkan Nabi saw. mendorong untuk memberi hadiah meskipun nilainya secara keseluruhan adalah kecil ”Hai para Muslimah. Jika seseorang menolak hadiah kepadanya maka hendaknya menjelaskan sebabnya untuk menghilangkan perasaan buruk di hati si pemberi. melarang untuk menolak hadiah: ”Penuhilah (jemputan/undangan) orang yang mengundang. pernah bersabda: 302 . setidaknya memuji dan mendoakan pemberi hadiah. dan Raja Ailah. tetapi Beliau menolaknya. Begitu juga hukumnya Boleh menerima hadiah dari orang kafir. pernah menerima hadiah dari Heraklius. Jika seseorang mendapat hadiah dan ia memiliki kelapangan maka disunatkan untuk membalasnya. Beliau bersabda. kerana dalam Sahih alBukhari diriwayatkan Nabi saw. ”Sesungguhnya aku tidak menolak hadiahmu kecuali kerana aku sedang berihram”.

Ini untuk Anda dan ini dihadiahkan untuk saya. pernah mengangkat seseorang dari Bani Azad yang bernama Ibn al-Utbiyah (Ibn al-Lutbiyah) sebagai amil pemungut zakat. pujian (doa) yang paling baik untuk itu adalah dengan mengatakan. Dalam riwayat at-Tarpizi dari Usamah bin Zaid. Hadiah yang dimaksudkan untuk membatalkan yang hak dan mengukuhkan yang batil. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya.(HR al-Bukhari. termasuk di dalamnya hadiah dari negara atau organisasi asing untuk penyebaran ide selain Islam 2. ada beberapa jenis yang tidak boleh atau haram diterima. kecuali ia pasti datang pada Hari Kiamat kelak memanggul barang itu di pundaknya. lalu ia kembali dan mengatakan. jika ia tidak memiliki kelapangan harta. tentu lebih tidak boleh lagi diterima. hendaknya ia memuji (mendoakan)-nya. Hadiah yang diberikan agar suatu kemungkaran dibiarkan atau agar penerima hadiah mengendurkan aktiviti amar makruf nahi mungkar atau yang seumpamanya. ini untuk Anda dan ini dihadiahkan untuk saya. hendaklah ia membalasnya. Ahmad dan Abu Dawud) 303 .3. di antaranya: 1. Apalagi hadiah yang diberikan agar kebatilan disuarakan dan disebarkan. 12. termasuk hadiah agar yang haq tidak disuarakan dan agar yang batil dibiarkan atau tidak dikritik. Tarpizi. Hadiah kepada penguasa. Muslim. tidaklah ia datang membawa pemberian itu. tidak boleh diterima. Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapak dan ibunya lalu memperhatikan apakah itu dihadiahkan kepadanya atau tidak. “Ya Rasul. jazakallah khayran kathira (Semoga Allah membalasmu dengan yang lebih baik). atau agar kemungkaran diperintahkan. Tidak boleh seorang petugas yang kami utus lalu datang dan berkata.”Siapa yang diberi sesuatu lalu ia memiliki kelapangan harta.” (HR Abu Dawud. pejabat atau pegawai negara. Nabi saw. lalu berkata. Abu Humaid as-Saâd idi menuturkan bahawa Nabi saw. al-Baihaqi).3 Jenis-Jenis Hadiah Walaupun manusia diperintahkan untuk menerima hadiah dan dilarang menolaknya.

Jika pemberian itu sedekah. ” (HR Ibn Majah). Anas ra. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah.4 Hukum Memberi Hadiah Hukum memberi hadiah adalah sunat. kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu.Hadis ini menunjukkan hadiah itu datang kerana jabatan. Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Mengatakan. pernah bersabda: ”Jika salah seorang di antara kamu berhutang lalu pihak yang berhutang memberinya hadiah atau membawanya di atas hewan tunggangan maka jangan ia menaikinya dan jangan menerima hadiah itu. Nabi saw. kedudukan atau tugasnya. Muslim. beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda: ‫تهادوا تحابوا‬ ّ َ َ ْ َ ََ ”Kalian saling memberi hadiah.3. 12. Tarpizi dan An Nasa’i) ”Wahai para Muslimah. maka kalian akan saling mencintai. Hadiah yang diberikan kerana adanya akad al-qardh (hutang). 304 . (HR Imam Bukhari. Muslim. at-Tarpizi dan Ahmad).” (Hadith Riwayat Imam Bukhari. Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar) Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah apabila diberi makanan. (HR al-Bukhari. 3. janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita jirannya walaupun hanya tungkai kuku kambing.

Hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal ibadah. ia berkata ”Rasulullah Sebaliknya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari. menuturkan. Nabi saw.3. Islam telah menyatakan hukum khusus tentang haram dan harus memberi dan menerima hadiah. ” (HR al-Bukhari Ahmad. Abu Ya‘la dan Ibn Abi Syaibah). hadiah: menolak Penuhilah (undangan) orang yang mengundang. Para fuqaha telah menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram. 305 . 2) Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman 3) Hadiah kepada pemerintah a.” (HR Ibn Majah). Ini juga bentuk hadiah yang haram. menerima melarang hadiah untuk dan membalasnya. kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. b. hadiah yang diberikan kerana adanya akad al-qardh (hutang). Nabi pernah saw. iaitu: 1) Hadiah kerana adanya aqad hutang. saw. Anas ra. 12.Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya.5 Keadaan Yang Haram Memberi Dan Menerima Hadiah Secara umumnya hukum memberi hadiah adalah sunat. jangan kalian tolak hadiah dan jangan kalian memukul kaum Muslim. pernah bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu.

Pengharaman hadiah untuk penguasa.” Dalam Talkhishul Mutasyabih. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku. kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat. hadiah kepada pemerintah. bahawa Nabi saw. bahawa Nabi saw.” Maka. Dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku. Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang. menugaskan Ibnu Lutaibah untuk mengurus zakat Bani Sulaim. sampai datang kepadamu hadiahmu. bersabda. berkata: 306 . lalu berkata: “Amma ba’du. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya. Lalu salah seorang dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayahmu dan rumah ibumu. sampai datang kepadanya hadiahnya. salah seorang imam tabi’in. jika kamu benar?” Lalu Rasulullah saw. "Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima alhukam adalah kufur" [Riwayat Ahmad]. jika dia benar? Demi Allah. pegawai kerajaan dan seumpamanya telah disebutkan dengan jelas dalam hadits-hadits. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi. dan membuat perkiraan dengan baginda.c. Al-Khathib mengeluarkan dari Anas. Ketika dia sampai kepada Rasulullah saw. Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu darinya. Abu Wail Syaqiq bin Salamah. dia berkata: “Ini untuk kalian.

1 Definisi Sedekah Sedekah atau sedekah adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu sodaqa yang bermaksud benar. adalah sekiranya orang yang member hadiah sememangnya telah biasa member hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat jawatan pemerintahan. Maka jangan kamu terima. dan kami telah memberikan rezeki (upah)kepadanya.“Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah. mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.4. Tapi suht adalah bahawa seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan atasnya. apakah itu rasuah. 2. 1.4. maka dia telah memakan suht. Dari segi syarak perkataan shadaqoh bererti suatu pemberian yang 307 . dia menjawab: “Bukan. adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan lain. maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah pengkhianatan.” Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah.. sekiranya salah seorang dari mereka menjawat jawatan pemerintahan. sampai datang kepadanya hadiahnya. 12. maka itu telah menyampaikannya kepada kekufuran. Dan jika dia mengambil rasuah. beliau bersabda: “Sesiapa yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan. bahawa ketia dia ditanya tentang suht. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith “. lalu dia member hadiah padamu.Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya.” Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw.” Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud. sekiranya dua orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah. jika dia benar? Maka.SEDEKAH DAN INFAQ 12. persahabatan contohnya.

atau berbuat ma'ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Hukum sedekah juga boleh berubah menjadi wajib. iaitu ketika seseorang bertemu dengan orang lain yang sedang kelaparan hingga dapat mengancam keselamatan jiwanya.W. 12.3 INFAK 308 .4. Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebuh sedekah attatawwu' (sedekah secara sukarela).'' (QS An Nisaa [4]: 114). 12. Erti sedekah juga adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S. Di antara ayat yang dimaksud adalah firman Allah SWT yang ertinya: ''Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka.4. Ia juga bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata-mata. Di dalam Alquran terdapat banyak ayat yang menggalakkan kaum Muslimin untuk senantiasa memberikan sedekah. kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah. sedangkan ia mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukan saat itu. Hukum sedekah juga menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak bersedekah kepada seseorang atau sesuatu pihak. Di samping hukum sunat.T.2 Hukum Sedakah Para fuqaha bersepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunat iaitu mendapat pahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam kess seseorang yang bersedekah mengetahui pasti bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekah untuk kemaksiatan. maka kelak Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa ditetapkan masa dan dan jumlah tertentu. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah.

maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya). Rasulullah bersabda “ jika kamu tidak mampu bersedekah dengan harta maka membaca tasbih. berhubungan suami istri. Iaitu orang-orang Yang menderpakan hartanya pada masa senang dan susah. Jika zakat ada nishabnya . dan orangorang miskin.” HR Muslim 309 . membaca takbir. 134). dan (ingatlah). 134. samada yang berpendapattan tinggi atau rendah. Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkaraperkara Yang baik. (surah Ali Imron . dan kaum kerabat. tahlil. kaya atau miskin. dan anak-anak yatim. Cuma infak adalah berkaitan dengan pemberian benda manakala sedekah adalah pemberian yang boleh dalam bentuk yang lebih luas iaitu pemberian benda atau dalam bentuk bukan benda seperti sedekah zikir seperti Hadist riwayat Imam Muslim dari Abu Dzar. infak pula boleh diberikan kepada sesiapa sahaja seperti kedua orang tua. dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar adalah sedekah.” Sedekah dan infak adalah lebih kurang sama biarpun dalam kes tertentu adalah berbeza. anak. dan sebagainya sebagaimana firman Allah di dalam surah al Baqarah : 215). apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan. Infak dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman. dan orang-orang Yang menahan kemarahannya. “mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa. Seperti firman Allah swt. dan (ingatlah). infak tidak mengenal nisab. dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. tahmid.Infak adalah mengeluarkan sebahagian dari harta atau pendapatan/ penghasilan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Jika zakat wajib diberikan kepada 8 asnaf.

pertanian. mencapai syarat jumlah (nishab) dan waktu (haul). diantaranya dimiliki penuh.” 12. berkembang.W.1 Definisi Wakaf 310 . dan barang dijumpai. yang harus dikeluarkan zakatnya setelah mencapai syarat. lebih dari kebutuhan pokok. dan pemberiannyapun wajib diberikan kepada 8 golongan (asnaf).Sedekah agak berbeza dengan zakat kerana Zakat menurut istilah syarak ialah mengeluarkan sejumlah harta tertentu yang telah mencapai syarat tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan persyaratan tertentu pula (Kifayatul Akhyar. peternakan. I:1/2). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah). serta bebas hutang. kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an.5 WAKAF 12.T . Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya. perdagangan & jasa. Di antaranya adalah :“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-angkit dan (kelakuan yang) menyakiti.5. Beberapa jenis harta itu adalah emas & perak. lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuknunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk perkara tertentu di jalan Allah S. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

VI : 25) Wakaf adalah salah satu bentuk amalan sosial yang telah dilaksanakan oleh umat Islam semenjak masa Nabi Muhammad SAW hingga sekarang. Menurut istilah fiqh pula waqaf beerti suatu amal yang dilakukan dengan cara menahan harta asalnya dan menyalurkan hasilnya di jalan Allah (Sayyid Sabiq. Fiqh al-Sunnah. sedekah jariah doa anak soleh kepada kedua ibubapanya dan . Sedekah jariyah secara harfiyah adalah sedekah yang mengalir pahalanya. III : 378). Istilah ini berasal dari Rasulullah SAW sendiri seperti yang disebut dalam hadits riwayat Muslim tentang adanya tiga jenis amalan yang tidak akan putus pahalanya sampai dengan seseorang selepas meninggal dunia. “Tiga amalan yang tidak teRPutus pahalanya walaupun setelah meninggal dunia iaitu.” (HR Bukhari dan Muslim) Sedekah jariah adalah dengan cara waqaf iaitu untuk memperoleh pahala dari Allah SWT yang tak ada putus-putusnya. ilmu yang dimanfaatkan. Ia juga boleh berpakna menunda atau berhenti untuk sementara. Istilah lain yang hampir sama maknanya dengan amal wakaf ialah sedekah jariyah. (Sayd Sabiq. Seorang wakif boleh terdiri daripada orang perseorangan dan organisasi. Rasulullah saw bersabda. waqf fie alkalam/al-qira’ah ertinya menunda pembicaraan atau berhenti membaca. Nail al-Authar. Ulama ahli hadits menerangkan bahawa yang dimaksud dengan sedekah jariyah itu adalah amal wakaf (Al-Syaukani.Wakaf adalah perbuatan yang dilakukan wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk menyerahkan sebahagian atau untuk keseluruhan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan ibadah dan kesejahteraan masyarakat untuk selama-lamanya. Fiqh al311 . Rasulullah SAW sendiri telah melakukan amal wakaf kemudian diikuti oleh para sahabatnya. Perkataan waqf menurut bahasa adalah berasal daripada perkataan waqafa bererti menahan seperti perkataan milkun mauqufun ertinya harta milik yang diwakafkan atau ditahan.

Muhadlarat fie alWaqf : 11) Universiti Al-Azhar di Mesir semenjak tertubuhnya pada tahun 1000 M hingga sekarang dibiayai oleh hasil harta wakaf. infaq dan sedekah.5. Di Mesir harta wakaf banyak yang berupa bangunanbangunan sewaan. semuanya melakukan amal wakaf (Wahbah Zuhaily. (Abu Zahrah. pondok-pondok.2 Barang Wakaf 312 . rumah yatim lain-lainnya. Hukum Islam tentang Wakaf. membangun madrasah. maka pengurusan wakaf telah diambil alih oleh Pemerintah. Syria dan Arab Saudi. Ini adalah kerana amalan wakaf cenderung sebagai sebagai sedekah atau sumbangan yang berpanjangan yang tidak habis selepas digunakan. Dari segi ekonomi amalan wakaf mempunyai peranan yang sangat penting disamping peranan zakat. tidak ada seorangpun dari sahabat Nabi SAW yang mampu yang tidak melakukan amal wakaf. Sebelumnya wakaf diurus oleh penerima wakaf (mauquf ‘alaih) atau oleh kepercayaan wakif (washiy munaffadzul washiyah). VIII : 157). maka amalan ini boleh dikembangkan menjadi modal produktif yang manfaatnya dapat digunakan untuk membiayai kehidupan seperti mendirikan tempat ibadah. Setelah terdapat beberapa kes penyelewengan hasil wakaf dan banyak benda-benda wakaf yang rosak. Ijarah dan Syirkah : 21) 12. Imam Shafie mengatakan bahawa dari segi sejarah. III : 379). amal wakaf adalah aktiviti amal sosial yang dibangun oleh Islam yang mana sebelumnya tidak ada dalam sejarah kehidupan manusia. tanah-tanah pertanian dan saham yang dibuat dalam pelbagai sektor perindustrian. poliklinik.Sunnah. (Mushtofa Salabi (Muhadlarat fie al-Waqf wa al-Washiyyah : 7). Pengurusan wakaf di Mesir mulai sejak zaman Taubah bin Numair menjabat gabenor (al-qadhi) di wilayah tersebut pada masa khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Amalan wakaf menjadi suatu yang penting dibeberapa Negara arab seperti Mesir. Menurut riwayat dari sahabat Jabir ra. (Azhar Basyir. Fiq al-Islam wa Adillatuh.

Ikrar akad wakaf dilaksanakan dengan ikrar dari wakif untuk menyerahkan harta benda yang dimiliki secara sah untuk diurus oleh nadzir (orang yang mengurus harta wakaf) untuk demi ibadah dan kemaslahatan masyarakat. Terdapat beberapa pendapat mengenai parkara tersebut yang berkisar kepada perkara syarat benda-benda yang boleh diwakafkan dan benda-benda yang tidak boleh diwakafkan. 12. Sementara untuk barang wakaf benda bergerak dapat dengan bentuk wang. 313 .5. pemilik sah dari harta benda yang diwakafkan.4 Syarat Berkekalan Dalam Wakaf (ta’bid al waqf) Amal wakaf apabila dilihat dari segi benda yang diwakafkan (al-mauquf bih) adalah sama dengan sedekah.Barang wakaf yang dapat diwakafkan adalah benda bergerak maupun benda tidak bergerak yang dimiliki dimiliki secara sah oleh pihak yang akan melakukan wakaf (wakif). 12. Adakah amal wakaf tersebut boleh untuk jangka waktu yang selama-lama (mu’abbad) atau boleh untuk waktu tertentu sahaja. Ia tidak menjual beli sesuka hati dan tidak boleh dimiliki seperti harta peribadi. (mu’aqqat).3 Syarat Wakaf Syarat wakaf yang menjadi syarat utama agar dapat sahnya suatu akad wakaf adalah seorang wakif telah dewasa. Barang wakaf benda tidak bergerak dapat dalam bentuk tanah. kerana organisasi atau orang yang menerima wakafnya tidak menguasai secara mutlak. Jabatan Agama). rumah dan lainlain. tidak dihalang untuk tasarruf. syarat-syarat penerima wakaf dan kesan wakaf dimana apakah harta itu menjadi milik penerima wakaf atau menjadi milik Allah atau masih dalam kekuasaan wakif sehingga wakif dapat mengatur harta wakafnya secara mutlak. berakal. Akad wakaf yang diikrarkan seorang wakif harus disaksikan oleh dua orang saksi dan direkod atau didaftarkan dalam maklumat ulil amri (kalau di Malaysia di bahagian wakaf. kerana harta yang diwakafkan telah terpisah dari milik waqif. hibah atau hadiah. Tetapi apabila dilihat dari penguasaan terhadap benda yang diwakaf (almauquf ‘alaih) adalah sama seperti barang pinjaman atau barang sewaan (ijarah).5.

dan tidak habis diguna seperti tanah. wakafnya tidak sah. kendaraan.1. rumah. tidak menyebutkan orang atau organisasi mana yang menerima wakafnya. senjata dan lain-lainnya. Yang memandang tidak sah memberi alasan bahawa kerana amal wakaf adalah perbuatan hukum yang bersifat memindahkan hak milik (tamlik). Seterusnya Ulama Syafi’iyah menegaskan bahawa untuk amal wakaf tidak ada khiyar. Mazhab Syafi’i Ulama Syafi’iyah memandang bahawa benda wakaf sudah terpisah dari milik wakif tetapi tidak berpindah kepada penerima wakaf. melainkan menjadi milik Allah (milkun mu’abbadun lillah). tidak seperti makanan. alat-alat pejabat. 314 . Namun mereka berselisih pendapat mengenai ikrar wakaf yang tidak menyebutkan mauquf ‘alaihnya secara jelas seperti seorang wakif mengucapkan ikrarnya “rumah ini saya wakafkan”. Alasannya ialah kerana ikrar wakaf buklanlah suatu perjanjian yang bersifat timbal balik (’aqd mu’awadhah). Demikian pula apabila amal wakaf ditujukan kepada orang tertentu dan dihadkan hingga meninggal dunia (munqathi’ al-intiha) atau ditujukan kepada bayi yang akan dilahirkan (munqathi’ al-ibtida’). kerana menunjukkan jangka waktu tertentu. Apabila seorang mewakafkan sebidang tanah dengan dibuat jangka waktu seperti selama satu atau dua tahun. maknanya bukanlah untuk tidak untuk jangka waktu tertentu sahaja. maka wakafnya tidak sah. Alasannya ialah kerana amal tersebut merupakan perbuatan hukum yang memisahkan harta milik untuk mendekatkan diri kepada Allah sama halnya dengan membebaskan budak dan sedekah. iaitu memilih antara melaksanakan wakaf dengan membatalkannya setelah diikrarkan. berterusan manfaatnya (dawam al-manfaat). maka perlu ada pihak kedua yang menerimanya (qabul). Mereka mensyaratkan amal wakaf hendaklah terdiri daripada benda-benda yang kekal (baqa’ al-’ain). buah-buahan dan sebagainya yang habis ketika digunakan Syarat lain dalam pelaksanaan wakaf ialah jangka waktu wakaf yang tidak tertentu. Sebahagian mereka memandang sah dan sebahagian lagi memandang tidak sah.

maka pihak pengusaha (nadzir. Imam Bujairomi mengatakan bahawasanya telah berlaku perdebatan di kalangan Ulama Syafi’iyah mengenai hukumnya menjual bahan runtuhan atap bangunan wakaf dan tikar yang sudah tidak boleh digunakan. ibnu sabil dan (para) tetamu…” (HR Bukhari Muslim). maka kayu-kayunya harus dimanfaatkan kembali dan tapaknya diratakan dengan tanah hingga dapat digunakan untuk shalat atau i’tikaf lagi. Nihayatuzzain : 272) Demikian ketatnya Ulama Syafi’iyah dalam mempertahankan benda wakaf. XV : 334-336). Apabila sebuah masjid runtuh. tanpa menyebut orang atau organisasi tertentu. Kecuali apabila kayu-kayu tersebut sudah tidak dapat dimanfaatkan. maka harus disalurkan kepada organisasi yang mengurus fakir miskin atau yatim piatu atau kepada orang-orang yang dekat hubungannya dengan wakif yang memerlukan pertolongan (Al-Nawawie. kepada kaum kerabat. Mereka mengatakan sekiranya benda wakaf hancur ditelan masa atau rusak hingga tidak berfungsi (kharab).Namun akhirnya ditegaskan bahawa yang sahih adalah pendapat yang mengesahkan tanpa ada pihak kedua yang menerimanya dengan alasan bahawa perbuatan amal wakaf adalah melepaskan hak milik (izalah al-milk) tetapi tujuannya untuk mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) sama halnya dengan amal qurban. maka boleh dibakar (Muhammad Nawawi al-Bantani. Sebahagian mereka mengatakan boleh dijual dan wangnya 315 . Wakaf yang diikrarkan secara mutlak. Dan hadits riwayat Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda : “Allah tidak menerima amal sedekah dari seseorang yang mempunyai kerabat yang memerlukan dan ada pertalian dengannya tetapi disalurkannnya pada orang lain” (HR Al-Thabarani) Ulama Syafi’iyah sangat ketat dalam mempertahankan asas benda yang diwakaf (baqa al-’ain) berbanding kekalnya manfaat (dawam al-manfaat). Mereka berhujjah dengan hadits Umar bin alKhattab ra : “Maka sedekahkanlah hasilnya kepada fakir miskin. hamba sahaya. sabilillah. mtawalli) berkewajiban untuk berusaha memanfaatkan benda wakaf tersebut sesuai dengan peruntukan yang diikrarkan oleh wakifnya.

Abu Hanifah dan para pendukung mazhabnya mengakui adanya amal wakaf yang mengikat (luzum). (2) kerana dinyatakan dalam wasiat. (Mushtofa Salabi : 19). Amal wakaf menurut Ulama Hanafiyah tidak mengikat (ghairu lazim). (Abu Zahrah : 77). Namun menurut sebahagian yang lain tetap tidak boleh dijual. dan wakif masih berhak untuk melakukan apa saja (anwa’ al-tasharruf) atas harta wakafnya itu. Harta wakaf menurut pendapatnya masih tetap menjadi milik wakif.dikembalikan kepada wakaf. tetapi boleh dihadkan dengan waktu tertentu seperti dua puluh tahun. ‘Ariyah merupakan amal kebajikan (tabarru’) melalui manfaat benda yang dipinjamkan. lima puluh tahun dan seterusnya. Asas pemikirannya ialah kerana amal wakaf bukanlah perbuatan hukum yang memindahkan hak milik dari wakif kepada pihak lain. Alasannya hasil penjualan bekas wakaf yang nilainya kecil adalah lebih baik daripada disia-siakan. harta wakaf boleh diwariskan kepada anak cucunya. 316 . Di sini amal wakaf dipandang sama dengan ‘ariyah iaitu meminjamkan benda barang kepada orang lain. demikian pula halnya harta wakaf. wakif (pewakaf atu pemilik asal harta) tetap menguasai harta wakaf secara penuh dan dapat menggunakannya secara bebas. Dan apabila wakifnya meninggal dunia. iaitu ketika wujud pihak dari luar (liwujudi amrin khorijin) dan adanya di tiga tempat : (1) kerana ada keputusan hakim setelah terjadi perselisihan antara wakif dengan pihak pengusaha. pendapat inilah yang benar (Hasyiyah Bujairomi. termasuk mewariskan kepada anak cucu setelah ia meninggal. Imam Subki berkata. Mazhab Hanafi Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan wakaf untuk jangka waktu yang tidak tertentu. berbuat kebajikan melalui penyaluran manfaat kepada pihak yang diwakaf (mauquf ‘alaih) tanpa mengurangi hak penguasaan terhadap bendanya. kerana wakaf hanyalah memberi manfaat atau hasil yang disalurkan kepada mauquf ‘alaih. lain tidak. III : 213) 2.

Ulama Hanafiyah menegaskan bahawa harta wakaf tetap dikuasai wakif. Dalam tiga kes tersebut wakaf jadi mengikat dan berpanjangan (Mushtofa Salabi : 19). atau mahu dialihkan kepada kepentingan lain yang lebih diperlukan. kerana kata “menahan” bukanlah melepas milik. tidak disalurkan kepada mauquf ‘alaih. jamaknya ahbaas. kerana mauquf ‘alaih tidak berhak menerima bagian dari pokoknya. ertinya menahan. Maka hadits di atas secara lahirnya melarang untuk menahan harta (habs) yang menghalangi hak waris (fara’id). maka boleh dijual dan wangnya dikembalikan pada membiayaai kos pembaikan (benda) wakaf yang diikrarkan oleh wakifnya. Asas hukum yang dikemukakan oleh Ulama Hanafiyah ialah petunjuk Nabi SAW kepada Umar bin Khattab : “Tahanlah(wakaflah) pokoknya dan salurkanlah hasilnya” (HR al-Nasa’i dan Ibnu Majah) Memahami hadits tersebut. 317 . hakimlah yang dapat menetapkan cara-cara memperbaikan kembali. Kalaulah amal wakaf merupakan perbuatan hukum yang memisahkan hak milik. Seterusnya Ulama Hanafiyah membincangkan wakaf yang telah mengikat (luzum) seperti dalam tiga kes di atas kemudian rusak atau hancur sehingga tidak berfungsi lagi. pokoknya (al-ashl) dan hasilnya (al-tsamrah). tetapi hanya menyalurkan hasilnya. maka diserahkan kedua-duanya. Dengan demikian amal wakaf dapat diwariskan kepada anak cucu.(3) kerana telah dibangun masjid di atasnya. Hadits lain yang dijadikan landasan hukum oleh mereka di antaranya hadits riwayat Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah bersabda : “Tidak boleh menahan sehingga menghalangi ketentuan faraid dari Allah” Mereka menyebut wakaf dengan istilah habs. Ibnul Humam menjelaskan tentang adanya larangan menjual barangbarang milik wakaf yang masih dapat dimanfaatkan. tetapi apabila sudah sangat susah dimanfaatkan. Maka menurut mereka urusannya diserahkan kepada hakim.

VI : 208209) 3. Dalam mempertahankan pendapatnya itu mereka menegaskan bahawa sekalipun hadits Umar bin Khattab menunjukkan waktu yang tidak tertentu. Kerana kalimah tersebut memberi pelwang untuk melakukan amal wakaf sesuai dengan keinginan (niat). iaitu tidak boleh dijual. Umar bin 318 . tetapi kerana ada ketentuan tidak boleh dijual. Namun demikian kerana dalam petunjuknya menggunakan kalimah “jika kamu mau” (in syi’ta). Mazhab Maliki Ulama Malikiyah berpendapatt bahawa perbuatan mewakafkan tidak bersifat memindahkan hak dari milik wakif. dan sedekah tergantung kepada orang yang melakukannya. maka boleh kamu tahan (wakaf) pokoknya dan sedekahkan hasilnya” (HR Bukhari-Muslim). tiga tahun atau untuk selama-lamanya boleh. seperti mahu wakaf selama dua tahun.melainkan hanya berhak dari manfaatnya (Ibnul Humam. dihibahkan dan diwaris. maka wakif tidak bebas mentasarufkannya. Apa lagi ketetapan tidak boleh dijual dan seterusnya merupakan ketetapan dari Umar. boleh jadi ada orang lain yang mengikrarkan wakaf untuk jangka waktu tertentu dihadapan Rasulullah lalu Rasulullah juga mengakui. Maksud “menahan pokok” bererti harta wakaf masih dikuasai wakif. bukan ketetapan dari Rasulullah. tetapi harta itu mempunyai hukum-hukum baru setelah ikrar wakafnya diucapkan. maka amal wakaf boleh untuk jangka waktu tertentu (mu’aqqat) dan boleh untuk selama-lamanya (mu’abbad). samada untuk satu tahun. tidak dikuasai mauquf ‘alaih. tidak boleh dihibahkan. Amal wakaf termasuk sedekah. tidak boleh diwariskan dan tidak boleh ditarik kembali menjadi milik pribadi (Mushtofa Salabi : 21). tetapi tidak berarti bahawa amal wakaf untuk jangka waktu tertentu tidak boleh. dua tahun atau untuk selama-lamanya (Abu Zahrah : 79). walaupun akhirnya menjadi taqrir tetapi tidak berarti tidak ada ketetapan yang lain. Syarah Fathul Qadir. Rasulullah saw bersabda : “Jika kamu mahu. Mereka beRPegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Khattab.

4. Mazhab Hanbali Ulama Hanabilah memandang bahawa perbuatan wakaf bersifat memindahkan hak milik dari wakif (pewakaf) kepada mauquf ‘alaih (penerima wakaf). Namun demikian Ulama Hanabilah sangat longgar dalam mempertahankan asas tempoh berpanjangan. boleh diganti dengan yang lebih baik. kerana perkara tersebut adalah ada kemaslahatan. maka wakafnya sah sedangkan syaratnya batal. Jika seseorang mewakafkan dengan mensyaratkan akan dijual atau dihibahkan atau diwariskan. termasuk pindah lokasi. maka wakafnya adalah tidak sah kerana syarat tersebut menghapus amal wakaf (Abu Zahrah : 74). dengan ketentuan tidak boleh dijual atau dihibahkan atau diwariskan apabila mauquf ‘alaih telah meninggal kerana milik yang diperolehi oleh mauquf ‘alaih hanyalah manfaatnya. bukan benda asalnya (Mushtofa Salabi : 22). Menurut mereka apabila barang-barang wakaf sudah dianggap tidak boleh digunakan misalnya sebuah masjid sudah tua. Mazhab Dhahiri Ulama Dhahiriyah memandang bahawa perbuatan mewakafkan adalah perbuatan hukum yang bersifat melepaskan hak milik (izalah al-milk) dan mengikat (luzum) serta berpanjangan (mu’abbad). Imam Ahmad mensyaratkan amal wakaf adalah berpanjangan dan mutlak. atau bangunan madrasah sudah tidak boleh digunakan maka boleh diruntuhkan atau dijual dan dipindahkan ke tempat lain yang lebih manfaat (Al-Maqdisi. maka wakaf wajib diganti dengan yang lain yang sepadan dengannya dan jika tidak ada keperluanpun. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa jumhur Ulama membolehkan perubahan wakaf jika dipandang lebih maslahat. Al-’Udah : 239). Pemilik tidak dapat menarik kembali setelah ikrar wakafnya diucapkan. kerana tidak ada asasnya dalam al-Qur’an. Mereka memandang perbuatan mewakafkan dengan membuat syarat 319 . Bahkan menurutnya jika ada keperluan. Tindakan yang demikian disebutnya sebagai “qiyas alhuda” (Al-Dimasqie. Jika seseorang mewakafkan dengan menentukan sewaktu-waktu dijual atau dihibahkan atau ditarik kembali menjadi milik peribadi. Fatawa Syaikhil Islam Ibnu Taimiyah : 181-182) 5. Misalnya sebuah rumah tempat tinggal diubah menjadi restoran atau hotel maka hukumnya boleh.

infaq dan sedekah tujuannya untuk kepentingan penggunaan sedangkan pada wakaf tunai tujuannya untuk produktif. Mazhab Hanafi 320 . infaq dan sedekah. Daripada penjelasan tersebut dapat difahami bahawa yang dimaksud “wakaf tunai” adalah suatu amal yang dilakukan dengan cara menyerahkan wang tunai digunakan modal produktif dan menyalurkan hasilnya di jalan Allah. ertinya wang logam. Dengan demikian manfaat wakaf tunai memiliki nilai tambah dibandingkan dengan zakat. Muhalla. dan naqdun ma’danie. maka tindakan hukum yang pertama sudah sah dan tindakan kedua tidak sah idi adalah kerana jelas bercanggah Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya (Ibnu Hazm. Naqd jamaknya nuqud yang boleh beerti mata wang. iaitu perbuatan mewakafkan dan perbuatan membatalkan. untuk Terdapat beberapa pandangan mazhab mengenai wakaf tunai 1. Kerana perbuatan wakaf tidak boleh dibatalkan. naqd al-darahim ertinya mata wang dirham (Ibnu Manzur. 183) 12. dan sebagainya serta dibahagikan keuntungannya untuk membiayai kehidupan pihak yang memerlukan. naqdun waraqie. syirkah.sebagai dua peristiwa hukum yang terpisah. Terdapat perbezaan utama diantara wakaf tunai dengan zakat. Misalnya seperti di negeri Mesir dan Syria dimana organisasi wakaf Berjaya menghimpun dana produktif yang besar dan keuntungannya dapat digunakan untuk membiayai berbagai kegiatan keagamaan. Zakat. infaq dan sedekah. Lisan al-Arab.5. ijarah.5 Wakaf Tunai (waqf al nuqud) Perkataan wakaf tunai adalah terjemahan daripada bahasa arab “naqdan”. kerana kedudukannya sebagai modal produktif yang perlu dipertahankan wujudnya secara berterusan dan perlu dikembangkan pokoknya melalui akad qiradh. XIV : 254). ertinya wang kertas. yang ertinya tidak tempo (khilaf al-nasi’ah) atau tangan ke tangan (yadan bi yadin).

Mereka menegaskan bahawa benda-benda yang boleh diwakafkan hanyalah benda-benda yang tidak bergerak (al-’iqar). Ulama Hanafiyah mensyaratkan benda wakaf harus tahan lama (shaalihatan lilbaqa’). Para Ulama berbeza pendapat mengenai hukumnya wakaf wang sesuai dengan perbezaan pendapat mereka dalam memberikan kriteria benda-benda yang boleh diwakafkan dan benda-benda yang tidak boleh diwakafkan. Tetapi sebahagian lagi mempertahankannya sebagai fatwa dari Imam Muhammad (Ibnu Abidin. Di dalam “Raddul Mukhtar” disebutkan bahawa wang dirham dan dinar termasuk benda-benda bergerak yang boleh diwakafkan. 321 .Wang tunai (al-nuqud) dilihat dari segi fungsinya sebagai alat pertukaran tidak boleh tidak dapat diwakafkan kerana boleh habis selepas digunakan. seperti bangunan. dan (3) telah berlaku di masyarakat. seperti wakaf buku-buku perpustakaan (Abu Zahrah : 117-118). seperti wakaf senjata dan perlengkapan perang. Raddul Mukhtar. Benda-benda bergerak (al-manqul) tidak boleh diwakafkan kecuali dalam tiga hal iaitu : (1) mengikuti benda tidak bergerak. pepokokan[2] dan segala fasilitas yang ada di atas tanah wakaf. maka hukumnya dibenarkan (Ibnu Abidin. Tetapi dilihat dari segi fungsi lainnya iaitu yang memiliki nilai (manfaat) yang dapat dipertahankan kewujudannya. Mereka berselisih pendapat mengenai asal mula pendapat ini. VI : 555) Salah seorang sahabat Imam Abu Hanifah. kerana nilainya menjadi aset yang sama dengan bendabenda. dapat diwakafkan. (2) ditunjuk oleh nash yang sharih. Alasannya kerana berlaku di masyarakat sebagaimana halnya di negeri Rum[3]. Sedangkan wakaf wang telah menjadi tradisi di masyarakat (al-’urf). VI : 555-556). sebahagian mereka mengatakan bahawa pendapat yang membolehkan wakaf wang berasal dari Mazhab Zufar yang dilansir melalui sahabatnya bernama Al-Anshari. Beliau telah memfatwakan bahawa wakaf benda-benda bergerak adalah boleh sepanjang mendapat rujukan dari nash (al-atsar) atau berlaku di masyarakat (al-ta’amul).

jalan. Namun demikian Wahbah mengatakan bahawa mazhab ini tidak membolehkan wakaf makanan dan wang (Wahbah : VIII : 168 dan 187). sawah. maka Ulama Syafi’iyah berselisih pendapat. kuda. senjata. begitu juga makanan dan wang dirham atau dinar dapat diwakafkan. motor. alatan pejabat dan sebagainya. pondok. lilin. buku-buku perpustakaan. Mengenai wakaf tunai (dinar dan dirham). melainkan semua benda bergerak tanpa ada syarat apapun boleh diwakafkan (Abu Zahrah : 118). Mazhab Malik dan Syi’ah Imam Malik dan Syi’ah Imamiyah membolehkan wakaf benda-benda bergerak seiring dengan pemikiran mereka yang membolehkan wakaf untuk jangka waktu tertentu (mu’aqqat). Maka benda-benda bergerak seperti haiwan yang menjadi milik peribadi atau dapat menyewa dari orang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menarik roda atau membajak sawah atau mengangkut barang-barang hukumnya sah untuk diwakafkan. lembu. Sementara benda-benda yang tidak boleh diwakafkan ialah meliputi benda-benda yang habis ketika digunakan atau hilang/habis ketika digunakan. seperti makanan. madrasah. Al-Muhadzdzab. minuman. Dengan kebolehan wakaf sementara.2. maka bendabenda yang boleh diwakafkan sangat luas. Dengan ketetapan ini. meliputi benda-benda yang tidak bergerak seperti tanah. rumah dan lain-lainnya dan benda-benda bergerak seperti kereta. Mereka yang memandang wang boleh diwakafkan mengambil alasan bahawa wang dapat 322 . maka benda-benda yang diwakafkan tidak harus benda yang tahan lama atau benda yang tidak berubah. 3. Barang-barang yang sedang disewakan atau digadaikan tidak boleh diwakafkan. kelengkapan perang. I : 440). Mazhab Syafi’i Ulama Syafi’iyah menetapkan bahawa benda-benda yang boleh diwakafkan meliputi segala benda yang dapat digunakan secara berpanjangan (kullu ‘ainin yuntafa’u biha ‘ala al-dawaam) (Al-Syairazie. bangunan. Ulama Malikiyah hanya mensyaratkan benda atau manfaat yang diwakafkan itu harus hak milik penuh. sebahagian mereka mengatakan boleh dan sebahgian lagi mengatakan tidak boleh. wangian dan lainlainnya. katil.

Mazhab Hambali Ulama Hanabilah memberi batasan benda-benda yang boleh diwakafkan adalah bendabenda yang mempunyai nilai ekonomi (dapat dijual) dan dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama (da’im al-manfaat) tidak punah wujudnya (baqa al-’ain). makanan.mendatangkan keuntungan seperti halnya akad ijarah. bukan untuk mencari keuntungan. sama halnya dengan makanan dan minuman yang akan habis apabila dikonsumsi. Dengan batasan ini benda-benda yang dapat diwakafkan meliputi benda-benda yang tidak bergerak seperti tanah dan bangunan dan benda-benda bergerak seperti hewan. mereka umumnya menyimpan wang di bank. XVI : 247). wang dinar. al-Mughni : VI : 263). padahal telah mendapat hak dari syari’at. Pernyataan tersebut dapat difahami kerana melihat berfungsi wang sebagai alat tukar menukar yang akan habis apabila dibelanjakan. Tetapi apabila wang tersebut digunakan untuk membiayai produksi pertanian dan hasilnya disalurkan sesuai dengan tujuan wakaf. Beliau menolak hadits yang diriwayatkan oleh Al-Khalal tentang Hafsah ra telah membeli perhiasan emas seharga dua puluh ribu dan diwakafkan untuk kaum wanita dari keluarga Al-Khattab (Ibnu Quddamah. 4. dan tidak memasyarakat. VI : 209). wang kertas. sementara pokoknya harus dikembalikan secara utuh. maka hukumnya menjadi lain. akad murabahah (bagi hasil) dan sebagainya banyak menggunakan wang Banyak orang di zaman modern memiliki pelaburan berupa wang. perlengkapan pejabat dan senjata (Al-Maqdisi. minuman. bukan benda-benda tidak bergerak seperti sawah atau benda-benda bergerak seperti bahan-bahan bangunan. Memang fungsi wang pada asalnya adalah sebagai alat tukar menukar. akad qiradl (modal kerja sama). Seterusnya mereka menegaskan bahawa benda-benda yang tidak dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama seperti wang dirham. tetapi jumlahnya tidak banyak. Ada riwayat dari Imam Ahmad bahawa perhiasan emas-pun tidak boleh diwakafkan. Kalaupun ada yang menyimpan barang-barang sebagai pelaburan. lilin dan lain-lainnya tidak boleh diwakafkan. 323 . sedangkan yang tidak membolehkan beralasan kerana pemanfaatan yang demikian itu bukanlah fungsi wang yang asal (An-Nawawi. Syarah al-Kabir. tetapi di dalam pelaksanaannya akad ijarah (sewa menyewa).

Kaherah: Darul Kutub. cet. al-Qattan. Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra al-Maqrizi. 8. Beirut: Muasasah Risalah. Manna’ (1995). Bincangkan definisi ji’alah dan hukum yangberkaitan dengannya 3. Apakah definsi wakaf dan hukum yang berkaitan dengannya. Mu’jam Lughat al-Fuqaha’. al-Qal’ahji. Muhammad ‘Abd al-Mun’im (1986). 5. Beirut: Dar al-Fikr al-Jammal. Beirut: Dar alNafa’is.sama halnya dengan emas yang dilebur menjadi perhiasan kemudian digunakan untuk merias pengantin seperti yang dilakukan oleh Hafsah ra di atas. Mawsu’ah al-Iqtisad al-Islami wa Dirasah al-Muqaranah. 12. Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnani al-Khudhari. Tarikh al-Tasyri’. Muhammad (1965). al-Mawsu’ah al-‘Ilmiyyah wa al-‘Amaliyyah li al-Bunuk al-Islamiyyah (1986) Kaherah: al-Ittihad al-Dawli li al-Bunuk al-Islamiyyah. 324 . Muhammad Rawas. Muhammad Sa’id Ramadhan (1980). Bagaimana infa’ boleh memberi kekuatan kepada umat Islam. jil2.6 SOALAN LATIHAN 1. kerana wang pokoknya tetap dipertahankan dan manfaatnya boleh disalurkan. Huraikan definisi Luqatah dan beberapa hukum mengenainya 2. Apakah perbezaan hadiah dan sedekah serta hukum pemberi dan penerimanya 4. Kitab al-Suluk li ma’rifah al-Duwat alMuluk.Tarikh al-Tasyri’ al-Islami. Taqi al-Din Ahmad Ali (1998). Dr (1985). Fiqh al-Sirah. tentulah boleh diwakafkan. Badran (1968) Tarikh al-fiqh al-Islami wa Nazariyyat a al-Milkiyyah wa al-‘Uqud. Beirut: Dar al-Nahdhah al-‘Arabiyah al-Buti. 13 RUJUKAN Abu al-‘Ainayn.

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz). jld 1. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi al-Nisaburi. jld 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Beirut: Manahil al-’Irfan. Umar b. Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Ma’rifah.31 (1997). Kaherah: Dar al-Fikr. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir Basmeih. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Rawa’i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah alMuqtasid. al-Sabuni. al-Quran versi 6. Beirut: Dar al-Fikr 325 . Muhammad Ali (1977). edisi 2. CD-ROM. Nizam al-Din al-Hassan b. Muhammad ibn Ahmad (1988). Abu Bakr ‘Abd Allah (t. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran. al-Tafsir al-Munir. juz 3. Beirut: Dar alFikr ____________________(1992). Abu Abd Allah Muhammad b. al-Tibyan fi Ulum al-Quran. al-Fakr al-Razi. Muhammad b. Abu Ja’far Muhammad b. Sunan Abi Dawud. Husayn (t. Ghara’ib alQuran wa ragha’ib al-Furqan. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.t) al-Tafsir al-Kabir. fi zilal al-Quran. Ahmad (1952). al-Zuhayli. Manna’ (1976). Damsyik: Maktabah al-Ghazali _______________________(1981). Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih al-Qattan.al-Dhahabi. Abd al-Razaq b. Wahbah (1991). Muhammad (1985). Abdullah Muhammad (1980). Tafsir ayat al-Riba Fi Zilal al-Quran. al-Wasit fi Syarh al-Quran al-Madani alJadid. Jarir (1988). juz 3. Kaherah: Matba’ah ‘Isa al-Halabi Sayid Qutb. jld 1. Al-Husayn (1962). cetakan 4. Kaherah: Dar al-Nasyr lil Jami’at al-Misriyyah al-Tabari. Mabahith Fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Syuruq Abi Dawud. Muhammad Hussain (1986). Ibn al-‘Arabi. Al-Sanhuri. Kaherah: Sakhr Technologies al-Qurtubi. al-Tafsir wa al-Mufassirun.t). cetakan 6. Sulayman B al-As’ath al-Sajistani al-Azdi (1994).

Hanbal (1978). Beirut: al Maktab al-Islami al-Baihaqi. Beirut: Maktabah al-Baghawi. Karachi: Hadith Akademi al-Dusuqi. Muhammad b. Beirut: Dar al-Fikr. cet. Cetakan 2. Abu ’Isa Muhammad b. Abu Muhammad al-Husayn b. al-Daraqutni. Abu Abd al-Rahman Ahmad b. Istanbul: Cagri Yayinlari. Beirut: Dar al-Basya’ir alIslamiyyah al-Nawawi. Mukhtar al-Sihah. Sahih Muslim Bi Syarhi ’ala Imam Mahy al-Din al. Syarh al-Sunnah. Muhammad b.Bukhari. Musnad al-Imam Ahmad b. Abu ‘Abd Allah b. Ibn Majah. Abi Bakr b. Sunan al-Nasa’i biSyarh al-Suyuti wa Hasyiyah al-Sindi. Ali Isa b. juz 11. Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. Sawrah B. karangan Abu al-tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi. Mas’ud (1983). Musa (1981). Abu Bakr Ahmad b. Beirut: Dar al-Fikr 326 . Muhammad (1991). 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. ‘Abd al-Qadir al-Razi (1987).t) al-Jami’ al-Sahih. Riyadh: Darul Ma’rifah al-Razi. Al-Husayn b. 5 Juz.Kutub al-Ilmiah al. Umar (1993). Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi Ibn Hajar al-‘Asqalani. Abi Bakr b. Muhammad b. Abd Allah Muhammad ibn Ismail (1992)). Sahih Bukhari. Syu’aib (1986). _____________________________________________________(t.al-Razi. juz 8. ‘Ali ibn Musa (1994) al-Sunan al-Baihaqi al-Kubra. Sunan al-Daraqutni. Abu ‘Abd Allah B. Hanbal. Abu Abd Allah Muhammad b.t) Sunan Ibn majah. ‘Ali b. ‘Abd al-Qadir (1987). Mesir: Dar al-Ihya’ al-Kutub al-’Ilmiyah al-Nasa’i. ‘Abd al-Rahman (1984). Beirut: Maktabah Lubnan. Sunan al-Darimi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah al-Tirpidhi. juz 2.Nawawi. juz 3. Mahy al-Din Yahya al-Syaraf (1994). Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari. al-Syaibani.t) Hasyiyah al-Dusuqi ‘Ala al Syarhu alKabir. Sunan AlTirpidhi. Yazid al-Qazwani (t. juz 3. juz 1. Beirut: Dar al. ‘Ali B. Muhammad ‘Arfah Shams al-Din (t. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi al-Darimi. Juz 7. dicetak bersama dengan al-Ta’liq al-Mughni ‘ala al-Daraqutni. Jld 1. Mukhtar al-Sihah. ‘Ali b.

Hasyiyah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazzi. 3. juz 9.Ibn Qayyim al-Jawziyyah. al-Inayah. Beirut: Dar al-Fikr al-Amidi. al-‘Urf wa al-‘Adah fi Ra’y al-Fuqaha’. Fath al ‘Aliyy al. Beirut: Dar al-Fikr Muslim. Kaherah: Dar al-Basa’ir Abu Zahrah. Lubnan: Dar al-Fikr. Muhammad (1951). al-Babarti. Tahrim al-Riba Tanzim al-Iqtisad. al-Buhuti. jld. Abu al-Husayn b. Abu al-Walid Sulayman b. Hasyiyah al-Syaikh ‘Ali al-‘Adawi ‘ala alKhursyi. Sahih Muslim. Hassan Sobhi (1970).Mohamad (t. Mahmud (1995). al-‘illaysy. Muhammad (1980). Kaherah: Matba’ah dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabiyyah al-Bugha. Keherah : Matba’ah alRisalah.. Sulayman b. jld. jil 6. Muslim al-Qusyairy al-Naisaburi (t. Kaherah: Matba’ah Muhammad ‘Ali Subayh wa Awladih Abu Sunnah. juz 5. al-Bujayrimi. Mustafa (1989). (t. ‘Ali b. Ahmad al-Sa’idi. Beirut: Dar al. Sayf al-Din Abu al-Hassan ‘Ali b. Abi Bakr (1977) Auna al-Ma’bud Sharh Sunan Abi Dawud. al-Muntaqa Syarh Muwatta’. Muhammad (1985). Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi al-Bajuri. Ayub (1983). Mansur Ibn Yunus Ibn Idris (1982). Kaherah: Mustafa al-babi al-Halabi Bujairimi ‘Ala al- 327 . al-Ahkam fi Usul alAhkam.t).Malik fi al-Fatawa ‘ala Mazhab al-Imam Malik. al-Fiqh al-Manhaj ‘ala-Madhab al-Imam al. Damsyiq: Dar al-Qalam. jld. juz 3. Ahmad Fahmi (2004). Al-Hajjaj b.Kutub al-‘Ilmiah al-Baji. Riyadh: Dar alSau’udiyyah Ahmad. 1.t). Akmal al-Din Muhammad b. cetakan 3. jld. 2. Muhammad Ibn Ahmad (1958). jil 5. Kaherah: Matba’ah al-Subaih. Kasyf al-Qina’ ’an Matn al-Iqna’. Khatib. Kaherah: Mustafa al Baabi al Halabi al-Adawi. Ibrahim b. Sa’ad b. Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala alKhatib.Shafie. Khalaf b.t). juz 1. Syams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad b. ‘Umar b. Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi ______________________________________________(1981). al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islami.

1996. juz 2. al-Mustaysfa min ‘Ilm al-Usul. al-Khursyi ‘ala Mukhtasar Saydi al-Khalil. Kaherah: Dar al-Sahwah ________________ (1993).t) . Al-Jassas. Penerbit Buku Islam Kaffah. Taqiyuddin. jld. al-Nawawi. al-Kabair. Kitab al-Bahr alZakhar al-Jami’ li Madhahib ‘Ulamak al-Amsar. Mesir.al-Buti. Fiqh al-Muamalah ‘Ala Madhahib al-Imam Malik. ‘Ala al-din Abu Bakr b. juz 3. Surabaya: Risalah Gusti. Jordan: Maktabah al-Manar al-Ghazali. Abu Bakar Ahmad ibn Ali al-Razi (t. juz 4. Kaherah: Dar al-Fikr al-Islamiy. alHidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi. Baghdad: Maktabah al-Muhtanna. Ahkam al-Quran. Mesir: Matba’ah al-Imam al-Qaradawi. al-Murtadha Ahmad b. Abi Bakr b. Edisi Revisi. Mas’ud (1989). Abu Hamid Muhammad b. ‘Abd Allah b. al-Mustasfa. Beirut: Dar al-Fikr al-Maltawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya b.). edisi 2.t. Beirut: Dar al. al-Gharar wa Atharuhu fi al-‘Uqud fi al-fiqh al-Islami.2. al-Khursyi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi. _______________________________________________(1987). Ahmad (1983). Jil 4 Kaherah: Dar al-Kitab alIslamiy An Nabhani. Bay’ al-Murabahah Li al-Amr bi al-Syra’.t. al-Darir. Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih al-Murtadha. 2005. Abu ‘Abd Allah Muhammad b. al-Marghinani. Saraf (1978). Muhammad b. juz 5. al-Majmu’ Syarh Muhadhab. Muhammad (1978). Beirut: Dar alFikr 328 . Muhammad al-Amin al-Siddiq (1995). Kaherah: Matba’ah al-‘Amiriyyah. ‘Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Shariah alIslamiyyah. ‘Abd al-Jalil (t. Ali (t. Membangun Sistem Ekonomi Alternatif. Burhan al-Din Abu Hassan ‘Ali b.). Universiti Khartoum al-Dhahabi. Uthman (1988). Bada’i’ al-Sana’i ’ala Tartib alSyara’i’. Yusuf (1985). Beirut: Muassah al-Risalah. Abu Bakr Jabr Al Jazairi. Abu Abd Allah Muhammad b. Dhawabit al-Maslahah fi al-Syariah alIslamiah. Ensiklopedia Muslim. Yahya Ibn Muhammad (1985). Minhajul Muslim. Muhammad Said Ramadhan (1982).Ihya’ al-Turath al-Kasani.

Usul al-Fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-‘Arabiyyah al-Syarbani. ________________________________________(1983). juz 3. Hamzah (1988). Kaherah: Maktabah Wahbah ________________ (1994). Beirut: Dar al-Ma’rifah al-Syahrastani. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. al-Mabsut. Fatawa al-Muasirah. Kaherah: Syarikah Maktabah wa matba’ah al-Babi al-Halabi wa Awladih.t). Muhammad al-Khatib (1984). Muhammad (1990). Syams al-Din Muhammad b. Cet 2. 1. juz 1. c. al-Umm. Ahmad b. Kaherah: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-babi al-Halabi wa Awladih al-Sayuti. Muhammad Mustafa (1961). al-Subki. Bulghah al-Salik li-Aqrab al-Masalik ‘ala alSyarh al-Saghir. Jalal al-Din Abd al-Rahman (1959). Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad (1978). j.________________ (1990).3. al-Syafi’i. Mughni alMuhtaj ila Ma’rifat al-Faz al-Minhaj. Ali b. Masadir al-Haq Fi al-Fiqh al-Islamiy. Syams al-Din Muhammad b. jld 1. Takmilah al-Majmu’ Syar al-Muhadhab. al-Milal wa al-Nihal . juz 12. al-Sarakhsi. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. 8 Juz. Kaherah : Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladih.2. Kaherah : Matba’ah al-Babi al-Halabi al-Syalabi. Mustafa al-Khin. Muhammad Ibn Ahmad (1998). Abd al-Razzaq (1954). juz 1 Beirut: al Majma’ al-‘Alami al-‘Arabi. Beirut: Dar al-Ma’rifah al-Sawi. Muhammad Mustafa (1986). al-Risalah. al-Madkhal li al-Dirasat al-Syari’ah al-Islamiyyah. Ali (2005) Fiqh al-Manhaji ‘ ala Madhahib Imam Syafi’i. al-Ramli. Kaherah : Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladih. al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa’id wa Furu’ Fiqhi al-Syafi’iyah. al-Sanhuri. ‘Abd al-Kafi (t. Abi al-‘Abbas Ahmad b. Beirut: Dar al-Fikr al-Syarbini. Beirut: Muassasah al-Risalah al-Qurtubi. Beirut: al-Maktabah al-Ilmiyyah. Idris (1973). Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah alMuqtasid. Beirut: Dar al-Fikr 329 .

Miftah al-Jinan. Muhammad Sa’ad (1988). juz 4. Usul al-Fiqh al-Islamiy. al-Madkhal al-Fiqh al-‘Amm. al-Muwafaqat. ’Ali B. juz 1. Beirut: Dar al-Nahdhah al-’Arabiyyah.2. al-Syatibi. Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih al-Yubi. al-Syatibi. Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1979). Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al’Arabi al-Syirazi. al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. 330 . Muhammad ibn Muhammad Murtadha (1983). c. al-Syawkani. j. Wahbah (1986). Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq alHaq min ‘Ilm al-usul. Sharh usul al-Fiqh. Dimashq (1961).2. Asas-asas Muamalat Islam. __________________(2002).al-Syatibi. Beirut : Dar al-Ma’rifah. Kaherah: Dar al-Salam. Abu Ishaq Ibrahim b. Nayl al-Awtar. juz 4. Damsyik: Dar al-Fikr. ‘Ali b. Kaherah: Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Awladih _________________________________________ (1967). al-Zabidi. Yusuf (1976). Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1975). Kaherah: Maktabah al-Halabi. Muhammad Mustafa (1981). al-Muhadhdhab. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Muamalat al-Maliyyah al-Muasirah. Syria: Matba’ah _________________________ (1983). juz 1. Benghazi: Dar alLibya al-Zarqa’. Abu Ishaq Ibrahim b. Muhammad (1989). Taj al-‘Arus. Mustafa Ahmad. _________________________________________ (1999). Riyadh: Dar alHijrah. Irsyad al-Fuhul. jld 1. Dar al-Fikr alMu’asir Amir ’Abd al-’Aziz (1999). Damsyik: Darul Fikr. Faizah Ismail (1995). Beirut: Dar al-Qalam al-Zuhayli. Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah. Muhammad b. Ta’lil al-Ahkam. Abu Ishaq Ibrahim b. c. __________________(1999). Madinah: Matba’ie al-Rasyid. juz 5.

Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah. j. Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyah. Kaherah: Maktabah wa matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (t. al-Mudawwanah al-Kubra. ‘Umar b. Beirut: Dar al.4. juz 4. Anas. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi Ibn Hajar. Muhammad Ibn Abi Bakr (1977) I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Hasyiah Ibn Abidin. Abu al-‘Abbas Ahmad Syihab al-Din b. Abu Walid Muhammad b. Ibn Qayyim al-Jawjiyyah. al-Muhalla. Kaherah: al-Maktabah al-Islamiyyah Ibn Hazm. Jld 1. Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami. Ahmad al-Hafid. Muhammad Amin b. juz 4.t.Ibn ‘Abidin. (1981). Abu ‘Abd Allah (1983). juz 6. al-Muwatta’.5. Malik ibn Anas (1994). c. Keherah: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi ______________________(1985). Riyadh: Maktabah al-Riyad al Hadithah Ibn Rusyd. Ahmad b. Muwwafiq al-Din Ibn Ahmad (1999).t). Sa’id (t.t). Muhammad (t. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. 3. juz 3. juz 7. ____________________________________________(1977). al-Mughni. Mustafa Zaid (1964). Riyadh: Dar al-’Alam alKutub. Cet. juz 2.Nafa’as Ibn Hajar al-‘Asqalani. Abu Muhammad ‘Ali b. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah Ibn Qudamah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah Majma’ al-Fiqh al-Islami (1992). Hasyiyah Radd alMukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar. 331 . al-Mughni. al-Maslahah fi al-Taysri’ al-Islami wa Najm al-Din al-Tufi. Kaherah: Dar al-Fikr Malik b.2.). Kaherah: Matba’ah al-Sa’adah. al-Ahkam Fi Usul alAhkam. Jld 2. Beirut: Dar al-Afaq alJadidah.t). Beirut: Dar al-Fikr. c. Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. ‘Abd al-‘Aziz (1975). Abu al-Fadl Ahmad Ibn ‘Ali (t. Abu Muhammad Abdullah Bin Ahmad (1981). Jeddah: Majma’ al-Fiqh al-Islami.

Yasin. Muhammad ‘Uthman (1996). Isa & Yahya. Juz II.p). (Mu`tah : Mu`assasah Raam). : t.t. Al-Milkiyah fi Al-Islam. Kuwait: Dar al-Qalam Zaydan. Syauman. Amin. (Beirut : Darul Ummah). Jordan: Dar alNafais. 1416 H Al-Maliki. Khallaf. t. Athif Abu Zaid Sulaiman. Muhammad. Ali.tp. Beirut: Muassasah al-Risalah Abdul Ghani. ‘Abd al-Karim (1969) al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah. ‘ilm Usul al-Fiqh. (t. As-Siyasah Al-Iqtishadiyah al-Mutsla. Ahmad Ismail. Al-'Adalah fi An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam. Abdurrahman. 2004 332 . 1994 Abduh. 1963 Al-Nabhani.p) : t. (t.tp : Hizbut Tahrir). Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah. Taqiyuddin.Syabir. Abd Wahab (1985). (Beirut : Darul Ummah). (Makkah : Rabithah al-'Alam al-Islami). t. Usul al-Da’wah. Masa’il fi al-fiqh al-Muqarin.t. Bahgdad : Matba’ah al-‘Aini _____________________ (1984). 2004 Ghadiy. 2003 ----------. Al-Amwal wa Al-Amlak al-'Ammah fil Islam. (Beirut : Darul Ummah). Abdul Qadim.tp : t. Beirut: Maktabah al-Islamiy _____________________ (1987) al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. (t. Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah. (Kairo : Darul Ma'arif).t. Al-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam. Ihya` Al-Aradhi al-Mawat fi al-Islam. Zallum. Bahtsun fi Aqsam Al-Aradhiin fi Asy-Syariah Al-Islamiyah wa Ahkamuhaa.