You are on page 1of 2

FARAH BINTI JASNI

[Type text] REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 2 SEMESTER 2

PISMP PAI JAN 2011

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan taufik dan izin Allah dapatlah saya menjalani program Bina Insan Guru ( BIG ). Program BIG pada kali ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang telah dijalankan di Masjid Kg. Labuan, Kota Belud, Sabah. Program ini telah dijalankan selama sehari iaitu pada 17 September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu. Sepanjang menyertai program ini, saya rasa sangat beruntung kerana

mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan menganggap ini merupakan persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.

Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, unit kami telah mengadakan mesyuarat yang membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai persediaan termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan sepanjang program tersebut. Ketika menjalankan persediaan sebelum

melaksanakan program ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.

Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh ketu Imam Masjid dan juga beberapa orang penduduk kampong yang bekerjasama dengan kami menjalankan aktivit gotong-royong tersebut. . Aktiviti ini di jalankan pada malam hari terakhir kami di sana. Aktiviti seperti menghias kelas, mencat tiang bendera, membuat mural pada dinding sekolah dan sebagainya merupakan aktiviti yang sangat seronok di samping member latihan kepada kami sebagai persediaan untuk menggalas tugas sebagai seorang guru kelak.

secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan kemahiran dan kekeratifan serta fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap. saya telah dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri saya. Bagi pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Akhir kata.FARAH BINTI JASNI [Type text] PISMP PAI JAN 2011 Di samping itu. . Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak Setelah menjalani program ini. Saya berharap program ini bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa kelak. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.