ISI KANDUNGAN

NO 01 02 03 04

KANDUNGAN Pengenalan Objektif Penyelidikan Definisi Sekolah Bestari Perbincangan Hasil Penyelidikan      Konsep Sekolah Bestari Objektif, Peranan dan Fungsi Sekolah Bestari Pedagogi Sekolah Bestari Kemahiran di Sekolah Bestari Hasilan Guna Tenaga

MUKA SURAT 2 3 3

4 5 7 8 9

05 06 07 08

Cadangan Kesimpulan Rujukan Lampiran

10 11 12 13

Muka surat |1

Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. satu penyelidikan telah dijalankan ke atas 20 orang guru sekolah menengah dan rendah sekitar Tawau bagi mengetahui persepsi mereka terhadap pelaksanaan Sekolah Bestari. ekonomi. memberi mereka suara. Penyelidikan ini dibuat dengan kaedah wawancara dan juga dengan menjawab soal selidik yang diberikan. kaya atau miskin untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. serta memahami diri sendiri. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik. mendedahkan potensi mereka. dan kestabilan hubungan sosial. individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya. Muka surat |2 . Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah. menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri. Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Melalui pendidikan. Berdasarkan fakta ini. serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan. membina demokrasi.PENGENALAN Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. dan persekitaran setempat. berubah. Ia juga memberi kuasa kepada individu. dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. dan membentuk masyarakat yang sejahtera. keupayaan kawalan diri. Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap. menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya.

komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Proses pengajaran –pembelajaran . pentaksiran. ibu-bapa. DEFINISI KONSEP Pada tahun 1996.OBJEKTIF PENYELIDIKAN Antara objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji apakah pandangan guru terhadap Sekolah Bestari yang telah di laksanakan di Malaysia. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu. Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah. Muka surat |3 . akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. iaitu proses berkaitan dengan kurikulum. dan bahan pengajaran –pembelajaran . pengajaran-pembelajaran dan sebagainya. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. pedagogi.

kaya atau miskin. Ketiga. Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari iaitu yang pertama. menyediakn infrastruktur pelbagai media. alat pengarang dan perisian latihan.mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam system pendidikan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. dan mencukupi perlu disediakan. Pada peringkat permulaan. Bahasa Inggeris. empat mata pelajaran. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan. mencabar daya kognitif pelajar. Kedua ialah aspek latihan dimana ianya penting bagi guru-guru. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar. akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi Muka surat |4 . mengandungi penilaian kendiri. interaktif. browser internet. penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah. Bahan kurusu perlu mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap. Matematik dan Sains. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. aspek bahan kursus. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. spresdsheet. kemaskini. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Bahan kursus yang baru. peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi.kuat atau lemah. Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan.PERBINCANGAN/HASILAN PENYELIDIKAN Konsep Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu „flagship‟ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. iaitu Bahasa Melayu. perisian penjaringan. perisisna e-mail.

Dengan kata lain. Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari. menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Dua asas penting ini yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta pembinaan nilai. akan diberi latihan dalam perkhidmatan. berkemahiran. Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranan Dan Fungsi Sekolah Bestari Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama dalam projek Koridor Raya Multimedia. khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Kementerian Pendidikan Malaysia. Muka surat |5 . Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan. Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan. tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah. polisi dan proses. dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi pengajaran dan pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dengan tujuan menyediakan kanak-kanak untuk „zaman maklumat‟. dan disokong oleh manusia yang berketrampilan. Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni dan kepakaran teknologi maklumat (IT). Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan. menggunakan teknologi sebagai kaedah utama. Objektif.

manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer. Oleh itu. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari. Muka surat |6 . dengan pembentukan staf yang profesional. Pendemokrasian pendidikan 3. KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Meningkatkan penglibatan „stakeholders‟ 4. alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. Pelaksanaan Sekolah Bestari menggariskan beberapa matlamat yang bakal memenuhi keperluan individu . Penekanan kepada aspek Intelek. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. pedagogi. pengajaran dan pembelajaran.8 juta.000 bagi sebuah sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. masyarakat dan stakeholders iaitu: 1. Emosi. Walau bagaimanapun. pentaksiran. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. disamping menyediakan pelajar untuk hidup dalam „zaman maklumat‟.Sekolah Bestari akan berubah mengikut masa. malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Melahirkan tenaga kerja yang celik komputer dan mahir teknologi dan berdaya fikir 2. Rohani dan Jasmani. Pembangunan menyeluruh dengan mengambilkira keupayaan individu 5. kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum. sumber-sumber pendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran secara berterusan. dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara. Sekolah Bestari ini memerlukan guru yang berkemahiran dan proses sokongan yang baik untuk berfungsi secara berkesan. Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.

Pelaksanaan Pedagogi Sekolah Bestari Pelaksanaan pedagogi bestari perlu meliputi perkara-perkara yang berikut: Pembelajaran Mata Pelajaran Sekolah Elemen-elemen bestari yang perlu diintegrasikan sewaktu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah meliputi gaya pembelajaran. kecerdasan pelbagai kompetensi kecerdasan emosi. strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu mengenalpasti bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan cara pengorganisasian Hasil Pembelajaran berdasarkan mata pelajaran sekolah.Pedagogi Bestari Pedagogi bestari menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada murid. Penggunaan SSMS dan bahan-bahan TLM yang digunakan bestari perlu diketahui oleh guru dan pensyarah maktab perguruan. internet dan CDRI. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pengoptimuman sumber pengajaran dan pembelajaran perlu diamalkan oleh guru. Pengurusan Kurikulum Guru bestari perlu mengenalpasti spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang hendak diajar di sekolah. Muka surat |7 .Sumber bukan elektronik juga digunakan secara manual. kemahiran asas serta memupuk nilai murni dan sikap bagi perkembangan yang menyeluruh. Kemudian. dan membolehkan guru melaksanakan peranan sebagai fasilitator. guru perlu merancang dan menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk jangka panjang dan jangka pendek. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan. Selain itu. pendekatan pembelajaran. Perkara ini perlu dibuat bagi memberi ruang kepada pelajar untuk belejar secara kendiri. VCD. CD Audio. etika penggunaan sumber juga perlu diketahui oleh tenaga pengajar. Sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada sumber elektronik seperti perisian multimedia.dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kepelbagaian kebolehan murid. dan kemahiran generik.

sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna. KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer. Guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Pentadbir sekolah. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Manakala pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kanak .kanak maju mengikut tahap pencapaian masing . minat dan keperluan pelajar yang berbeza . In menggalakkan pembelajaran holistik. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Jabatan Pelajaran Negeri. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. mempunyai tanggungjawab sosial. projektor dan rangkaian. Justeru. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya. guru. holistik.masing dan mengambil kira keupayaan. terarah kendiri (selfdirected) dan kadar kendiri (self-paced). global.beza. staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah.kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. terbuka berdasarkan matlamat. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang. memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan Muka surat |8 . Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. pencetak.Kemahiran Di Sekolah Bestari Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. membenarkan kanak . Untuk itu. server. kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed). dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. reflektif. software dan wetware. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer.

namun kini. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. segala konsep dan pelaksanaan dalam sebuah Sekolah Bestari telah memenuhi keperluan tenaga kerja yang bertepatan dengan keperluan masa kini. malah di luar negara. Sebilangannya menjadi pendidik sains dan teknologi iaitu guru atau pensyarah. dunia belum lagi terdedah dengan kecanggihan dan kemodenan peralatan teknologi. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan. Sebilangan lagi menjadi pengamal iktisas sains dan teknologi untuk keperluan tenaga manusia dalam pelbagai bidang pekerjaan berasaskan sains dan teknologi seperti jurutera. Muka surat |9 . Pelajar yang lahir daripada sebuah Sekolah Bestari diharapkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja pada hari ini. Bukan sahaja di Malaysia. sistem pendidikan negara tidak menekankan penggunaan ICT kerana pada ketika itu.membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Jika dahulu. persepsi itu perlu di ubah. doktor dan arkitek. Oleh yang demikian. Sekolah Bestari acuan Malaysia akan menghasilkan tenaga kerja yang cekap dalam pelbagai bidang. Hasilan Guna Tenaga Yang Diharapkan Melalui Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dunia kini semakin pesat membangun dengan penggunaan pelbagai jenis teknologi. Kerajaan telah berusaha melahirkan ahli Sains dan Teknologi yang mampu menguasai ilmu pengkhususan menerusi konsep Sekolah Bestari ini.

Oleh yang demikian. Mereka berpendapat bahawa baik jika mereka diberikan latihan dan pendedahan bagaimana menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat yang lebih tinggi. analisis. untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer. Jadi yang membezakan sekolah biasa dengan Sekolah Bestari adalah dari segi penggunaan komputer. Untuk mengajar di Sekolah Bestari memerlukan pengajar yang mahir dalam penggunaan teknologi. Ini adalah untuk meningkatkan kefahaman guru untuk mempelbagaikan kaedah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. sebagai mana yang kami telah nyatakan di dalam pendahuluan yang mana kurikulum yang digunakan di Sekolah Bestari adalah sama cuma ada pengubahsuai sedikit untuk menyesuaikan dengan penggunaan komputer. Dengan itu. kelemahan yang dikenal pasti ialah kurangnya penekanan “Higher order thinking skills” dalam pembelajaran dan pengajaran. latihan lanjutan boleh dilaksanakan. pembudayaan ICT dapat ditingkatkan. sintesis dan penilaian. maka peluang setiap murid adalah terbatas. Dari segi guru pula. Ini akan menyebabkan peluang murid untuk menggunakan kemudahan ICT hanya di sekolah dan dengan kekangan nisbah komputer yang tinggi. Hal ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer di sekolah selain daripada waktu sekolah.CADANGAN Antara kelemahan yang terdapat pada Sekolah Bestari ialah dari segi murid. antara cadangan penambahbaikan Sekolah Bestari ialah dengan memberi peluang kepada guru-guru untuk menghadiri kursus dalam “Higher order thinking skills”. Adalah perlu untuk mendapatkan pengajar yang mahir dalam teknologi untuk mengajar di sekolah-sekolah ini. terdapat lebih 70% pelajar yang tidak mempunyai komputer di rumah terutamanya bagi pelajar luar bandar. Dapatan daripada kualitatif menunjukkan bahawa guru-guru hanya menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat pengetahuan dan kefahaman sahaja tetapi tidak digunakan untuk peringkat yang lebih tinggi seperti aplikasi. Muka surat |10 . Selain daripada itu.

KESIMPULAN Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran abad akan datang.000 buah sekolah di seluruh negara. tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan pendidikannya. Malaysia berusaha untuk mengubah suai sistem pendidikannya. Di samping itu. Dibawah konsep baru ini. kesemua 87 buah sekolah bestari rintis menjadi sekolah bestari sepenuhnya. Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah satu konsep yang baru dalan pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti. Wawasan ini bertujuan menuntut kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi. rohani. Muka surat |11 . emosi dan jasmani. Apabila Projek Rintis Sekolah Bestari tamat pada Disember 2002. Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dirintis di 4 buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah di seluruh negara. manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani sesuatu perubahan. Konsep sekolah bestari ini dicadangkan akan diperluaskan kepada semua 10.

Konsep dan matlamat.html Ministry of Education Malaysia.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat. Muka surat |12 . Global Partners Sdn. Sekolah Bestari. Smart School Flagship Application – The Malaysia Smart School A Conceptual Blueprint. 26 Julai 1997. Diperoleh pada Februari 24. Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010. Bhd.RUJUKAN Bahagian Perancangan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013 daripada http://rujuknota. Penyelidikan dan Dasar Pendidikan 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan. Julai 2002 Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran Di Sekolah.blogspot. Government of Malaysia.

tidak. Ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa kini yang amat mementingkan kemahiran teknologi maklumat. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. saya amat bersetuju dengan pelaksanaan Sekolah Bestari ini. Secara literasinya. Soalan saya.LAMPIRAN Sampel Kajian : Hasil Temubual Bersama Responden 1 (Pengetua SMK Merotai Besar. objektif pelaksanaan Sekolah Bestari ini ialah untuk membangunkan Muka surat |13 . akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Encik. Itu adalah satu penjelasan yang baik. Proses pengajaran dan pembelajaran . Ianya adalah satu revolusi pendidikan yang tegas dan bijak. iaitu proses berkaitan dengan kurikulum. apakah pula konsep dan objektif pelaksanaan Sekolah Bestari ini pada pandangan Encik? Encik Ismail : Apa yang pasti. Saya : Baiklah. pentaksiran. adakah Encik memahami sepenuhnya dengan konsep Sekolah Bestari? Encik Ismail : Pertama sekali. kualiti pendidikan di negara kita ini sentiasa ditambah baik dan itu merupakan satu kelebihan dalam sistem pemerintahan negara kita. Apa Khabar hari ini? : Waalaikumsalam. Encik Ismail. pedagogi. Soalan seterusnya. : Baiklah. Berbalik kepada soalan tadi. Teruskan. Alhamdulillah sihat. Harap tidak mengganggu masa Encik Ismail ya. Encik Ismail Saya : Oh. pelaksanaan Sekolah Bestari ini adalah berkonsepkan ICT ataupun Teknologi Maklumat. Kita teruskan dengan sesi temubual kita ini. Tawau) Saya Encik Ismail Saya : Assalamualaikum. dan bahan pengajaran –pembelajaran . : Sekolah Bestari adalah salah satu pelaksanaan yang digerakkan oleh Perdana Menteri kita. Jika dilihat daripada sejarah.

emosi dan rohani pelajar. Selain daripada itu. ia juga untuk mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu.intelek. Saya : Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ismail atas kesudian berkongsi ilmu pengetahuan dengan saya. Encik Ismail : Sama-sama. jasmani. mendemokrasikan berkepentingan. pendidikan dan meningkatkan penglibatan pihak Muka surat |14 .

Borang Soal Selidik Muka surat |15 .

Muka surat |16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful