P. 1
Praktikal 3 sce3105

Praktikal 3 sce3105

|Views: 35|Likes:
sce3105 fizik dalam kehidupan harian
sce3105 fizik dalam kehidupan harian

More info:

Published by: Siti Atiqah Md Fahme on Mar 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/14/2014

pdf

text

original

Praktikal 3: Kualiti Bunyi Objektif : Untuk menunjukkan dan menerangkan bagaimana kualiti bunyi yang

berbeza terhasil. Hipotesis : 1) Bunyi yang lebih nyaring akan terhasil apabila permukaan botol yang mengandungi air yang sedikit ditiup. 2) Botol yang mengandungi air yang banyak akan menghasilkan bunyi yang lebih nyaring apabila pensel diketuk pada dinding botol.

Pengenalan: Bunyi adalah getaran pada frekuensi yang boleh dikesan oleh telinga manusia. Gelombang bunyi adalah gelombang membujur yang memerlukan medium perambatan seperti pepejal, cecair dan gas. Panjang gelombang bunyi adalah jarak di antara dua mampatan atau dua regangan berturutan. Bunyi dihasilkan oleh suatu sistem yang bergetar seperti getaran tala bunyi atau kon pembesar suara. Ianya adalah sejenis gelombang mekanikal. Secara amnya gelombang bunyi bergerak melalui perambatan molekul-molekul udara. Apabila kon pembesar suara bergetar ke hadapan, molekulmolekul udara di hadapannya dimampatkan. Apabila kon pembesar suara bergetar ke belakang, molekul-molekul udara di hadapannya direnggangkan. Ini akan menghasilkan satu siri mampatan dan regangan molekul-molekul udara. Getaran yang dihasilkan oleh kon pembesar suara membekalkan tenaga pada molekul-molekul udara. Tenaga dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan dan rengangan udara. Lama kelamaan tenaga pada molekul-molekul ini akhirnya akan lemah dan lesap. Molekul-molekul udara bagi gelombang bunyi bergetar pada arah yang sama dengan arah perambatan bunyi tersebut. Gelombang bunyi juga merupakan suatu gelombang membujur. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk ianya bergerak. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan vakum. Halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi jika suhu persekitaran gas yang dilaluinya adalah tinggi jika dibandingkan dengan suhu yang lebih rendah. Pada suhu yang sama, halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi bagi bagi gas yang mempunyai molekul gas yang lebih kecil berbanding dengan molekul gas yang lebih besar.

Kelangsingan bunyi bergantung kepada frekuensi gelombang bunyi. semakin bertambah tinggi amplitud. Gelombang udara akan bergerak sehingga sampai ke telinga manusia. Bunyi yang kecil dikatakan mempunyai kelangsingan tinggi. Kekuatan gelombang bergantung kepada amplitud gelombang bunyi. Otak yang menerima isyarat bunyi tersebut akan menganalisis dan mentafsir bunyi tersebut. geseran udara dengan objek lain atau hentaman objek dengan objek. Bunyi yang sedap didengar adalah berasal dari getaran tali (biola. Nilai “Hz”nya juga adalah tinggi. Permukaan meja bergetar dan menghasilkan bunyi apabila diketuk atau dipukul. getaran lajur udara (serunai. Udara adalah ejen penyampai bunyi yang paling utama. iaitu getaran daripada geseran udara dengn udara.Gelombang bunyi bergerak atau merambat dengan halaju yang lebih tinggi dalam pepejal berbanding dengan cecair dan gas. gitar). iaitu panjang gelombangnya yang sekata. Getaran daripada sumber bunyi akan menyebabkan gelombang udara terhasil. manusia tidaka akan dapat mendengar sebarang bunyi. Bunyi terhasil daripada getaran. seruling) dan getaran kepingan dan membran (gendang. Mekanisme telinga akan menukarkan gelombang udara kepada isyarat elektri lalu menghantar isyarat tersebut terus ke otak melalui saraf telinga untuk ditafsirkan. Ini adalah disebabkan molekul pepejal dan cecair adalah lebih rapat jika dibandingkan dengan molekul-molekul dalam gas. pembelauan dan interferens.000Hz (6KHz) lebih tinggi atau lebih langsing berbanding gelombang bunyi 1. Jika salah satu bahagian daripada sistem saraf ini tidak berfungsi. pembiasan. Kualiti bunyi bergantung kepada nada lampau dalam sesuatu nada. Kualiti bunyi adalah berbeza walaupun gelombang mempunyai kekuatan dan kelangsingan yang sama. Ini membolehkan gelombang diukur. kompang). Bunyi yang . Gelombang bunyi juga menghasilkan fenomena-fenomena pantulan. Sesetengah gelombang bunyi stabil. gelombang bunyi 6. jika frekuensi bertambah maka kelangsingan juga bertambah. semakin bertambah kuat bunyi. Nilai “Hz”nya juga adalah rendah. Pic ialah kelangsingan sesuatu bunyi.000Hz (atau 1KHz. Setiap bunyi yang terhasil mempunyai sifatsifat unik yang tertentu yang dipanggil sebagai warna ton. Pic rendah bermaksud kelangsingan rendah. Getaran suatu objek merupakan sumber bunyi yang paling utama. Contoh.

Prosedur: 1. mangkuk. . 9. ketinggian botol dan ketinggian air di dalam botol diukur dan direkodkan. 7. 5.B dan C. Tala bunyi diketuk pada permukaan tapak kasut.mempunyai bentuk gelombang yang hampir berkala memberikan keenakan untuk didengar (pleasant sensation) jika keamatannnya tidak begitu tinggi. 4. Tala bunyi diketuk sekali lagi dan diletakkan berhampiran dengan telinga. Jarak hujung botol ke permukaan air. tala bunyi. 2. Dinding botol diketuk dengan menggunakan pensel. Ramalan terhadap kelangsingan yang akan dihasilkan bagi setiap botol. 6. Langkah 6 diulang beberapa kali. Air diisi ke dalam mangkuk. Pembolehubah: Manipulasi Bergerak balas Malar : Kuantiti air dalam setiap botol : Kelangsingan bunyi yang terhasil : Jenis botol kaca yang digunakan Radas/ Bahan: 3 botol gelas yang sama jenis. Ketiga-tiga botol kaca diisi dengan kuantiti air yang berbeza dan dilabelkan sebagai botol A. Hujung botol ditiup dan pemerhatian terhadap bunyi yang terhasil direkodkan. Kelangsingan bunyi yang terhasil dicatat dan direkodkan. pembaris dan pensel. Bunyi yang mempunyai bentuk gelombang yang tidak berkala akan kedengaran sebagai bunyi bising. Hujung pada salah satu prong diletakkan ke dalam mangkuk yang berisi air. 8. air. 3.

5 16.5 14. v panjang gelombang.0 Ketinggian air (cm) 6. f = lajur udara. Bunyi dihasilkan: Botol A B C Panjang lajur udara (cm) 18. λ .8 9.Keputusan: Pemerhatian Prosedur 1 2 Pemerhatian Gelombang kecil terbentuk pada permukaan air apabila tala bunyi diletakkan pada permukaan air di dalam mangkuk Getaran halus terhasil apabila tala bunyi yang telah diketuk diletakkan berhampiran dengan telinga.0 Kenyaringan (hujung botol ditiup) Rendah Sederhana Tinggi Kenyaringan (dinding botol diketuk) Tinggi Sederhana Rendah Formula: Frekuensi getaran.5 10.

7. Zarah-zarah yang mempunyai tenaga tersebut menggunakan tenaga yang lebih sedikit untuk bergerak dalam lajur udara yang lebih kecil berbanding zarah-zarah . 5. 6. Gelombang kecil terbentuk kerana gelombang bergerak lebih perlahan di dalam medium cecair. 4. Zarah-zarah udara dalam botol C menghasilkan gelombang bunyi yang mempunyai amplitud yang lebih besar dan membawa lebih banyak tenaga. Panjang lajur udara pada botol C adalah lebih rendah berbanding panjang lajur udara pada botol A dan B.0ml menghasilkan kenyaringan bunyi yang tinggi apabila hujung botol ditiup. Botol C yang mengandungi kuantiti air yang banyak iaitu 16. Zarah-zarah udara yang terdapat dalam botol C dimampat dan direnggangkan bergerak keluar dari sumber yang bergetar iaitu permukaan air dalam botol. gelombang kecil akan terbentuk kerana getaran yang terhasil pada tala bunyi telah dipindahkan. 3.Perbincangan: 1. Apabila tala bunyi yang diketuk pada permukaan kasut diletakkan pada permukaan air di dalam mangkuk. 2.

Botol yang mempunyai kuantiti air yang sedikit menghasilkan bunyi yang lebih nyaring berbanding botol lain kerana panjang lajur udara dalam botol tersebut adalah lebih tinggi. Botol yang mengandungi kuantiti air yang lebih banyak menghasilkan bunyi yang lebih nyaring apabila diketuk pada dinding botol dengan menggunakan pensel.udara yang memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk bergerak di dalam medium udara yang lebih besar. Hal ini kerana zarah-zarah udara yang termampat dan terenggang bergerak menjauhi permukaan . Kesimpulan: Hipotesis diterima. 8. Zarah-zarah udara yang termampat dan terenggang akan bergerak menjauhi permukaan botol yang bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi yang mempunyai amplitude yang lebih besar. Bunyi nyaring yang terhasil apabila hujung botol C ditiup mempunyai frekuensi yang paling tinggi berbanding bunyi yang dihasilkan apabila hujung botol A dan botol B ditiup. Bunyi yang lebih nyaring terhasil.

botol manakah yang menghasilkan bunyi paling nyaring? Apakah yang menyebabkan perubahan kenyaringan daripada satu botol ke botol yang lain?  Botol yang menghasilkan bunyi paling langsing ialah Botol C . Di dalam prosedur 6. 3. Proses meniup hujung botol dan mengetuk pensel pada botl harus diulang beberapa kali bagi memastikan kenyaringan bunyi yang lebih tepat sebelum direkodkan. 2. Ketukkan pensel yang dikenakan pada dindind botol kaca haruslah dilakukan pada kadar yang sama. 4. Hal yang sama berlaku apabila zarahzarah udara bergerak menjauhi sumber yang bergetar berdasarkan prinsip yang sama. Langkah berjaga-jaga: 1. Kadar tiupan yang dikenakan setiap kali botol yang berbeza ditiup haruslah sama. Botol yang digunakan haruslah dari jenis dan saiz yang sama bagi memastikan bunyi yang terhasil tidak dipengaruhi oleh faktor lain. Soalan & jawapan: 1.atau sumber yang bergetar iaitu permukaan air.

Getaran pada botol menyebabkan air di dalam botol turut bergetar. Botol manakah hasilkan bunyi paling nyaring ? apakah yang menyebabkan perubahan kenyaringan dari satu botol ke satu botol yang lain?  Dalam prosedur 8. Bandingkan bunyi yang kamu hasilkan dengan cara meniup permukaan mulut botol dengan cara mengetuk botol. Manakala Botol C menghasilkan kelangsingan bunyi yang tinggi apabila ditiup tetapi bunyi rendah apabila diketuk di bahagian sisi. Ruang udara yang lebih kecil dan sempit akan bergetar dengan lebih laju berbanding ruang udara yang besar menyebabkan frekuensi bunyi menjadi tinggi.  Botol A menghasilkan kelangsingan bunyi paling tinggi. Panjang lajur udara bagi setiap botol menyebabkan perbezaan kelangsingan bunyi berlaku.  Perbezaan kelangsingan bunyi yang dihasilkan Botol A adalah pada ketinggian ruang udara yang tinggi. Bunyi terhasil. bunyi terhasil apabila dinding botol diketuk. 2. Kesimpulannya. Ini menyebabkan botol bergetar. Botol B menghasilkan kelangsingan bunyi yang sederhana pada keduadua keadaan. 3. Ketika bahagian atas botol ditiup. Apakah perbezaan kenyaringan bagi setiap botol?  Botol A menghasilkan kelangsingan bunyi yang rendah apabila ditiup tetapi kelangsingan bunyi yang tinggi apabila diketuk. udara di dalam ruang udara botol bergetar. Manakala botol yang mempunyai ruang udara besar menghasilkan kelangsingan bunyi yang rendah. Terangkan bagaimana bunyi dihasilkan dalam prosedur 8. Ruang udara yang tinggi memerlukan . botol yang mempunyai ruang udara terkecil menghasilkan bunyi paling langsing / tinggi.

Dengan melihat jadual data. cecair atau pepejal untuk bergerak dan penyebaran. kelangsingan bunyi yang dihasilkan akan menurun. Sementara itu. Perbezaan ruang pergerakan akan menghasilkan kelajuan bunyi yang berbeza. Apakah kesimpulan anda boleh buat mengenai hubungan antara bunyi yang dihasilkan dan bahan yang bunyi lalui?  Bunyi memerlukan medium seperti udara. ketinggian paras air yang rendah menyebabkan molekul air bergetar dengan laju dan menghasilkan frekuensi bunyi yang tinggi. bagaimanakah panjang ruang udara mempengaruhi kenyaringan? Bagaimanakah ketinggian air mempengaruhi kenyaringan?  Semakin panjang lajur udara di dalam botol. Seruling/serunai dan klarinet adalah alat muzik tiup daripada logam atau kayu manakala trumpet adalah alatan tembaga. semakin tinggi kelangsingan bunyi yang terhasil.tenaga yang lebih untuk bergetar dan menyebabkan frekuensi bunyi menjadi rendah. 6. Bunyi bergerak lebih laju dalam medium pepejal berbanding medium lain seperti udara dan cecair. Susunan zarah-zarah di dalam pepejal adalah lebih rapat antara satu sama lain menyebabkan gelombang atau getaran yang dihasilkan lebih cepat dan mudah untuk bergerak dan dialirkan.  Jika ketinggian air semakin tinggi. Adakah semua alat muzik mempunyai persamaan? . FIKIR: violin adalah alat muzik bertali. 4. 5.

http://www. Diakses pada 25 Februari 2012.com/doc/8369399/GELOMBANG-BUNYI11. Physics Form 4. t. L. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Yee Cheng Teik (2006). Februari 2012. Semua alat muzik mempunyai persamaan iaitu menggunakan medium untuk menghantar dan memindahkan getaran yang dihasilkan iaitu pepejal. Bhd.scribd. too ling. Lim Ching Chai.pdf. Lim Peng Chew (2007). ah mooi (1995). Rujukan: Fong Seng Teek.wikipedia. pustaka sistem pelajaran sdn. Physics Form 4 & 5 . http://ms.tabuhemas. Kesemua alat muzik menggunakan medium pepejal kerana susunan zarah-zarah pada pepejal adalah rapat dan teratur antara satu sama lain. Diakses pada 24 . Diakses pada 25 Februari 2012.org/wiki/Bunyi. Sasbadi Sdn Bhd. Medium pepejal bagi violin adalah tali.com/Contoh%20APM2. Fizik tingkatan 4 & 5. Kuala lumpur. Selangor. Selangor. medium bagi serunai/seruling dan klarinet adalah logam atau kayu manakala trumpet memerlukan tembaga sebagai medium untuk memindahkan getaran yang terhasil. http://www.

Selangor . penerbit fajar bakti sdn bhd. . Fizik tingkatan 4 & 5. Shah alam.Yee cheng teik (1995).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->