P. 1
TUGASAN 2 Nilai Nilai Bitara

TUGASAN 2 Nilai Nilai Bitara

|Views: 8|Likes:
Published by Rosli DH

More info:

Published by: Rosli DH on Mar 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/17/2014

pdf

text

original

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN Kemajuan atau kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerjapekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat, kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pekerja yang berprestasi cemerlang merupakan `modal insan’ yang menjadi aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Modal insan ini boleh di kelasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ianya wujud dalam bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi secara dasarnya memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding orang yang rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yang berguna untuk persekitarannya. Modal insan juga boleh dipertingkatkan potensinya. Penjanaan modal insan perlu mengabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai dan unsur jati diri yang sesuai dengan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang disebut oleh YAB. Perdana Menteri. Insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya 2.0 NILAI BITARA UPSI1

Enam nilai dan 24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (sharedvalues) universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf bukan akademik iaitu; i. Berintegriti: Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adil ii.
1

Profesional:

Muhammad Rais Abdul Karim. (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah Penjanaan Modal Insan. Tanjung Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenten iii. Semangat Berpasukan: Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, danBangga UPSI iv. Berorentasikan Pelanggan: Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualiti v. Prihatin Kebajikan Anggota: Empati, Penghargaan, Keselesaan Persekitaran, dan Peluang Untuk Maju vi. Kreatif dan Inovatif Penambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang, dan Berdaya Cipta

2.1 Berintegriti2

Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini?

Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

2

http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=818:integriti-perkhidmatanawam&catid=42:rencana&Itemid=57

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Soalnya.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini.htm . seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat. kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. bertanya khabar ibu bapa. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama. membaca buku.sabah. integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. 2. mengapa integriti ini sukar dicapai? Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. membersihkan bilik tidur. dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Secara ringkasnya. rakan. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun. berapa kali kita memberus gigi. melakukan ibadat.2 Semangat Berpasukan3 Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. sahabat. Sebenarnya. Dalam masa 24 jam. Rasuah untuk mendapatkan tender. berapa kali kita mandi sehari. rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. elok kita halusi diri kita sendiri. rasuah untuk memotong barisan. menyiapkan tugasan. Anda tahu jawapannya. komitmen dan 3 http://www.

Cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan. cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara individu. Komunikasi yang lancar di dalam organisasi. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek. pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. . Manfaat yang akan diperolehi oleh jabatan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah: Berbagai bidang kepakaran.penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan. melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Aspek-aspek tersebut yang meliputi: Pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas. Semangat saling percaya-mempercayai di kalangan kakitangan. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya. mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Mewujudkan struktur pasukan. maklumat dan idea dengan rakan sekerja. menggunakan budibicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-bahagian dan unit. Kempen Kesedaran . yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan. Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Memberi pengiktirafan. Dengan ini bahagian-bahagian dan unit-unit di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumbersumber lain. pengalaman. Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah: Menjalankan kempen kesedaran. Dalam suasana kerja berpasukan. Memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan kakitangan itu seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. kakitangan-kakitangan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan. kakitangan mudah menjalankan perasaaan percayamempercayai sesama mereka.Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang kakitangan untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat. Mengadakan latihan.

Dengan yang demikian. Mewujudkan Struktur Pasukan Semangat berpasukan di kalangan kakitangan akan daapt dimanfaatkan sepenuhnya apabila jabatan mewujudkan struktur-struktur seperti Pasukan Kerja. Faedah kepada organisasi. . Melalui struktur ini individu akan dapat menyalurkan sumbangan mereka secara sistematik dan berkesan. Aspek-aspek yang sesuai ditekankan di dalam kempen ini ialah: Konsep semangat berpasukan. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui sesi ceamah. Faedah kepada prestasi kerja individu. Semasa latihan ini pihak pengurusan boleh memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran yang berikut: Kepimpinan bagi Pasukan Kerja.Kempen ini bertujuan menarik minat dan kesedaran kakitangan tentang perlunya semangat berpasukan dalam organisasi. Mengadakan latihan Latihan ini diadakan untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menjalankan kerja secara berpasukan. Peranan individu untuk menjayakan semangat berpasukan. tayanagan video dan risalah-risalah. Penetapan objektif dan aktiviti Pasukan Kemahiran komunikasi Teknik-teknik penyelesaian masalah. Pasukan Petugas. Pihak pengurusan pula boleh menggunakan pasukan-pasukan ini untuk menjelaskan dasar-dasar jabatan tentang penningkatan kualiti. Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainya. Bentuk-bentuk sokongan yang disediakan oleh organisasi. mereka akan dapat memberikan sumbangan dengan berkesan kepada Pasukan-pasukan kerja yang mereka anggotai. taklimat.

Melalui tindakan ini Pasukan-pasukan Kerja mampu bertindak balas dengan cepat dan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan masalah-masalah kualiti kerja. sebahagian lagi melihatnya dari segi praktis. berikut dijelaskan ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional. ada yang mengatakan profesional adalah berkaitan dengan sikap seseorang. jenis pekerjaan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa jabatan benar-benar menghargai sumbangan mereka dan nilai bekerja secara berpasukan. Mungkin daripada penjelasan ini akan dapat memberikan kefahaman kita tentang makna profesional. Pihak pengurusan boleh melaksanakan empowerment di dalam berbagai bentuk seperti: Penurunan Kuasa Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankankerja. Dengan ini kakitangan akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan semangat berpasukan dan komited terhadap nilai berkenaan.3 Profesional4 Sebenarnya bukan satu tugas mudah untuk memberikan definisi profesional yang benar-benar tepat kerana profesional mempunyai definisi atau maknanya yang tersendiri serta berbeza bagi setiap orang.com/pekerjaan-yang-dianggap-profesional/ . Memberi Pengiktirafan Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Pasukan-pasukan Kerja perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. kepakaran dan bayaran kepada jenis pekerjaan tersebut. 4 http://kulanzsalleh. kesukaran kerja. 2. Memberi peluang kepada Pasukan-pasukan Kerja untuk turut serta dalam penggubalan matlamat kualiti jabatan. Memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerjanya yang lebih besar dan penting. Walau bagaimanapun. Sebagai contoh.Memberi Lebih Kuasa Bertindak (Empowerment) Kepada Pasukan Kerja Prestasi Pasukan-pasukan Kerja di jabatn akan cemerlang apabila pihak pengurusan memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada mereka. Ada sesetengah ilmuan memberi perjelasan berdasarkan konteks.

Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional. Peraturanperaturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan. Banyak menggunakan keupayaan intelek.1. 5. 2. cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. 7. Mendapat latihan khusus. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. 6. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. 4. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Oleh itu. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. sama ada kepada masyarakat atau negara. Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting. 3. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. . Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

Namun begitu. pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat.1999). Faktor-faktor di atas seakan mendesak guru agar berubah. budaya pendidikan. misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. 2. seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap. Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu perkhidmataan. Warga guru perlu peka dengan perubahan. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin. iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. . Abd. peka dalam hal perubahan perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan. tujuannya adalah sama. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya."walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak. maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan yang profesional. 8. Oleh itu.Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. malahan juga perlu ada tanggungjawab. kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah….".4 Perkhidmatan Pelanggan Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan.

norma dan etika perkhidmatan. ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. Seorang guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan. Oleh itu. pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran. memandu dan menilai pembelajaran. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. memandu dan menilai pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain.Menurut Mok Soon Sang (1996). Seseorang juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. iaitu orang yang merancang. Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan. Manakala Moore (1995). Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar. guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni. Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan profesionalisme guru. Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang . Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan. dapatlah kita simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab merancang. latihan dalam perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Ia mesti dikendalikan dengan istematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (6 semester). Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi. ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu agen khidmat pelanggan yang beretika dalam berhubung dengan pelanggannya serta masyarakat sekelilingnya. kerjaya guru dan kebajikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan. faktor yang perlu dipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk menyediakan guru.lain di hadapan pelajar. contohnya berniaga di waktu persekolahan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.5 Prihatin Kebajikan Anggota KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru. 2. Sistem Penyaluran.D. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitu kelulusan Masters atau Ph. Rangkaian ICT. Oleh itu. . KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. Seseorang guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru.. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguhsungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesan terhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi pendidikan. Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan perguruan.

Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru dengan mensifarkan GSTT. memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. dan Pendidikan Khas. mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Pendidikan Islam.kokurikulum. mengkaji keperluan kemudahan ansuran bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Teknik dan Vokasional. ICT. bangunan tambahan dan pembinaan baru. Data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi disediakan Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. isi kandungan. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat. Bahasa. Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman. penyelidikan dan pastoral care. menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf. pendekatan. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat. Pendidikan Jasmani. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Penempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dengan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Meluaskan dan meningkat R&D. Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah . kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Sains dan Matematik. Sains Sosial.

Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi profesion perguruan.pendidikan yang telah ditetapkan. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan. Kod etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. ia diharap dapat meningkatkan lagi profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesionalisme guru. maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. kewangan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. dunia tanpa sempadan. sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan Kerajaan juga telah memperkenalkan kod etika perguruan untuk mempertingkatkan lagi profesion perguruan. 1991). Menerusi kod etika. Secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. . Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung dengan lancar. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN. pengaruh politik. Melalui kod etika ini. Pengamalan etika dapat mengekal. Kod Etika adalah dalam bentuk dokumen. pelajar. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-kurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata tangga maksimum. aspek latihan juga merupakan satu perkara yang perlu dititiberatkan. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara “Time-Based”. Untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras dan ilmu pedagogi menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Program ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG5. ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru cemerlang. Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem ganjaran dan kenaikan pangkat. Pengiktirafan diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan. Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Para calon yang ingin menjadi guru bukan sahaja perlu diberi latihan praperkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang perubahan yang berlaku di sekolah. Latihan kini menjadi semakin penting kerana perubahan yang berlaku dengan begitu pantas. kerajaan telah menubuhkan Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987. para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak.Untuk meningkatkan profesionalisme guru. guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara “Time-Based”. sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama . dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Pada 1 Mei 1997. mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada DGA5(DGA3). Maka usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion perguruan tidak lagi berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa. Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran.

pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. mulai tahun 1999. Objektif utama penubuhan YGMB ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan terutama dalam bidang kewangan. Semua kursuskursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB. pelancongan dan perhotelan. Bagi memenuhi keperluan ini. 2.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras. guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum mereka dilantik ke jawatan berkenaan.. mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Sebagai seorang pendidik.6 Kreatif dan Inovatif Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata masyarakat. pembinaan pembangunan hartanah. Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru besar sekolah pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon yang didapati berpotensi dan benar-benar layak sahaja untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965. Oleh itu seorang guru harus ada sifat profesionalisme yang tinggi. Etika dan tatasusila . Pada hari tersebut. pembekalan dan sebagainya. Kebajikan guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan jasa para guru. pengurusan dana. menepati waktu. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajian. Abu Bakar Nordin (2003). tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. berakhlak mulia. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam dunia pendidikan.

maka mereka tidak akan memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. peka terhadap perkembangan pendidikan. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan. Dalam meningkatkan profesionalisme guru. kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Contohnya. 2005). mahir dalam semua hal perguruan. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila . Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna.profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek. dihayati dan diamalkan. tentang teori dan amalannya. Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut. termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan. Dora. Guru yang berkualiti merupakan guru yang profesional. pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar.

Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. memelihara akauntabiliti. merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik. Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan. apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh para pelajar. ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas. bertanggungjawab dan sanggup berkorban. Ini bermaksud. Cabaran hari ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Guru perlu berilmu pengetahuan. Guru-guru yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning Teacher Assistant Program). Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar.profesion perguruan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik seperti jurnal. kebolehan. Umumnya. Pada era globalisasi. pelaksanaan peraturan . serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik yang bertaraf permulaan ini. guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi. prihatin terhadap perbezaan individu. Guru perlu mempunyai kemahiran. “ia adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman pengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan professional secara berterusan. mengamalkan prinsip-prinsip penilaian. dan menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte et al (1993). Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Menurut Andrews (1961). Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru.

Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini. sikap membaca dapat membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Seorang guru juga harus minat kepada buku atau dengan erti kata lain suka membaca buku. seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan ini . Senario ini menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap keprofesionalismenya. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan. dengan demikian sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri. Namun kini. mahupun kaedah mengajar. dipandang tinggi dan sentiasa dihormati oleh masyarakat” ( Nazirmuddin Ahmad. dalam lima tahun yang lepas tidak pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Sifat ingin tahu dan kualiti tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Pembacaan yang luas dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. menerapkan budaya yang bersifat efektif. Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu. Marinah Awang. Oleh itu. guru yang tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Azita Yonus @ Ahmad. baik dari segi sukatan kurikulum. menhargai harga diri (self-concept) pelajar.yang tekal. 2005). Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti. mewujudkan pembelajaran yang bermakna. melakukan perancangan dan menguasai teknik menyoal. bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga yang bersifat ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. sifat suka membaca dalam diri seorang guru amat penting untuk meningkatkan profesion perguruan. Di samping itu.Mohd Taib Ariffin.

dan Teori Pengajaran Konstruktivis. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan ‘core business’ guru terhadap pelajar. . Model Pengajaran Projek. Teori Pengajaran Humanis. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral.membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan iaitu pelajar dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Teori Pengajaran Kognitif. Pembelajaran Masteri. Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat. Oleh itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang muktahir. Seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Teori Pengajaran Sosial Kognitif. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Antara model-model pengajaran yang patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran Expositority. Model Pengajaran Inkuiri.

Mohammad Sani Ibrahim. Petaling . 1988. K. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Jaya: Longman Malaysia Sdn. 1985 . Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Vol. R. Moore. 2000. Mohd Salleh Lebar . Action in Teacher Education Journal. Ayers.No. Mok Soon Sang . 1966. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Bhd. 2000.W.E.XII. Bhd. Kertas kerja yang telah dibentangkan dalam The Seventh International :iteracy & Education research Network Conference On Learning di RMIT University. Kementerian Pelajaran Malaysia. Australia pada 5-9 Julai 2000. The elementary teacher in action. 1979.Inc. Asas-asas dalam amalan pedagogi. Mok Soon Sang. 1990. & Lee Sok Mee. Perubahan dan kepimpinan. San Francisco: Wadsworth Publishing Company. Melbourne.& Gowin. Sustaining Effecttive Change In Teaching And Learning Lumpur: Practices Through Attitude Reengineering.D. 1995.H.Bibliografi Ab.1 Harrison. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Classroom teaching skills. Ishak Haron & Koh Boh Boon. Subang jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Inc.. Guru dan perguruan. Aziz Yusof. New York: McGraw-Hill. Pendidikan di Malaysia . 2000.Kuala Utusan Publication &Distributor Sdn. L. Pendidikan di Malaysia. Bhd. Pethinking the professional of teaching: A progressive option. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia.. 1993. 1996 .

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Peningkatan produktiviti guru saranan dan tindakan. 1992. Jurnal Masalah Pendidikan. Bhd.Profesionalisme dan pengupayaan dalam Guru. Isu pendidikan di Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie . . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. 1990. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Institut Aminudin Baki. sorotan dan cabaran. 60 pengurusan.Genting. 1994 . Pengurusan strategik di sektor pendidikan. Kertas Kerja Dalam Persidangan Pendidikan Nasional. Jilid 16: 33-43. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.1999. Keluaran 6. 1993 . Bhd.Jurnal Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som . Zainal Abidin Mohamed . Rahimah Ahmad. Pengisian Wawasan Pendidikan.Noor Azmi Ibrahim. Pentadbiran pendidikan.1999. 8-11 April.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->