Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Pengajaran

1. Pembelajaran melalui Permainan
Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games). (a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti ‘puzzles’, ‘counting rods’ atau ‘peg sets’. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.

(b)

Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatankegiatan seperti ini membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanakkanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan. Permainan dramatik memerlukan muridmurid memain peranan bersama muridmurid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.

(c)

(d)

Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.

2. Main Peranan • Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel & Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Murid-murid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain – berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog.

(d) mengajar murid-murid menyelesaikan masalah. (g) mengembangkan kejelikitan kumpulan. murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku orang lain. Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang lain.• Semasa main peranan. mereka adalah kurang egosentrik. (c) membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan. . (f) membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid. Oleh demikian. Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah : (a) mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain. (h) mempelajari tingkah laku sosial. (e) mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan murid-murid. (b) membantu murid-murid menjelaskan nilainilai yang membantu membuat keputusan. dan (i) mengajar murid-murid merasa-berfikirmelakon.

• Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama • Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan • Menghasilkan ketidaksetujuan di antara murid-murid sebagai satu penyelesaian yang sesuai (b) Guru memutus bahawa situasi hampir sama boleh dimain peranan. Taklimat mungkin diberi dengan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk peranan tersebut. Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan. .• Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimal. (c) Buat keputusan tentang cara memberi taklimat kepada pemain. Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru dalam proses merancang main peranan: (a) Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang melibatkan mereka.

Berhenti dan renungkan. tanpa mengira ide tersebut sesuai atau tidak.(d) Menentukan sama ada semua main peranan dijalankan secara kelas atau hanya kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain dan taklimat. Sumbangsaran • Tujuan sumbangsaran ialah menjana seberapa banyak ide yang boleh. . Anda fikir adik anda boleh balik ke rumah sendiri tetapi bapa anda tidak setuju. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Main peranan perbincangan diantara bapa anda dan anda. 3. Oleh demikian. Anda membawa adik balik ke rumah dari sekolah setiap Isnin. perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan ide sudah dibuat. penilaian.

• Unit tematik juga termasuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak. Sumbangsaran kegunaan batu itu dalam lima minit.Berhenti dan renungkan. • Perbincangan kumpulan kecil boleh menimbulkan perasaan sepunya dan komuniti semasa kanak-kanak berkongsi pendapat. Konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbul dan dihubungkait melalui satu tema. Tematik • Dalam strategi tematik. . 4. 2000). Tunjuk seketul batu kepada murid-murid. dan membolehkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri. • Unit-unit tematik adalah merentas disiplin dan aktiviti pembelajaran adalah hasil daripada tema (Guillanume.

Minat kanakkanak perlu diutamakan.Langkah-langkah berikut telah dicadangkan: (a) Pilih tema: Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas. (b) Hasilkan satu jaringan rancangan: Sumbangsaran demi menghasilkan sebuah carta – sebuah peta semantik – yang meneroka tema-tema yang sesuai. .

Kini: Komuniti kami Dahulu Manusia wujud bersama-sama Teknologi maklumat mempengaruhi komuniti Sepanjang sejarah Mengkaji contohcontoh karya sejarah Komuniti Bagaimana mereka sedang berubah? Keluarga berbeza Binatang wujud sesama Komuniti biologikal Sistem sokongan berbeza Punca: Sample Planning Web (Modified from Guillaume. 2000: 30) Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan Jaringan di atas tidak termasuk perkara tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial. Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran yang tradisional. . Jaringan bersama rakan-rakan menghasilkan pemikiran divergen.

• Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seseorang kanak-kanak. resos yang banyak dan menggalakkan murid-murid ke arah matlamat pembelajaran.(c) Pilih resos: Semasa merancang. . Beri peluang kepada murid-murid untuk memilih aktiviti pembelajaran mereka. Integrasi • Kaedah pengajaran integrasi adalah satu cara mengorganisasi program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya. masukkan banyak resos seperti kesenian. 5. rujukan bacaan. (d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan dengan tema. teknologi dan resos komuniti. kesusasteraan.

• Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. seluruh bilik darjah harus dirancang menurut falsafah kaedah mengajar ini. dan (d) mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif. (c) menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik. Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari. . Apabila guru menggunakan kaedah pengajaran integrasi.• Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengajar mengikut unit dan berkait rapat dengan kaedah inkuiri – berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. (b) membantu murid-murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah salingkait dan bukan unitunit tersendiri.

Teaching and learning in the elementary school. Co. mengguna. 5th Edition. personaliti dan motivasi. (d) Belajar bersama murid-murid.J. kebolehan.D. J. memanipulasi. meneroka dan memerah otak.) . New York: Macmillan Pub.• Peranan guru dalam kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran dimana murid-murid boleh melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan. & Foster. keperluan. (c) Menyediakan bahan-bahan permainan sesuai untuk membina. C. (1993). (b) Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif. mencuba. (Source: Jarolimek.

• Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: (a) Sebelum bercerita: i. kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita. terutama muka dan tangan Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara  . ii. Jika guru ialah pencerita. mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:  Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid  Pastikan semua murid dapat lihat pencerita. Jika boleh. pelbagai pengalaman. pengayaan bahasa. Persekitaran yang selesa adalah penting. Bercerita • Aktiviti bercerita boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. • Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan.6.

beritahu kepada muridmurid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita  Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. mereka harus • Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu • Diberi peluang berkongsi cerita. Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. (b) Semasa bercerita: i. iii. dan iii. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian. ii. Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut. peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam. .

. membantu murid-murid dengan tugasan dan menentukan kemajuan mereka.(c) Selepas sesi bercerita: i. • Dia boleh menggalakkan komunikasi di kalangan murid-murid. dan ii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar. 7. Memudahcara fasilitator) (termasuk kemahiran • Seseorang fasilitator boleh membantu kanak-kanak belajar dengan memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan motivatsi mereka. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita. menjawab soalan yang ditanya oleh murid-murid.

fasilitator boleh memberi nasihat tentang pembelajaran. menggalakkan murid-murid berkomunikasi di samping memberi sokongan. Dengan ini. mel elektronik dan mengingati murid-murid tentang faedah menyiapkan sesuatu pembelajaran.• Dalam usaha meningkatkan kemahiran belajar murid. kemahiran belajar dan pengurusan masa. mengguna bahan dari laman web. mengingatkan murid-murid bahawa mereka tidak belajar berseorangan. mencari bahan pembelajaran tambahan. fasilitator membolehkan murid-murid rasa selesa semasa berkomunikasi dengannya. . membentuk kumpulan belajar. merancang jadual belajar dan menghasilkan rancangan individu. murid-murid belajar menerima dan menolak ide secara bijaksana. perbincangan forum. • Dari segi komunikasi. fasilitator mungkin menggalakkan murid-murid menjawab soalan dari kalangan mereka semasa perbincangan atau forum. • Dari segi motivasi.

8. • Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. ide atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. • Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat. Perbincangan • Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. • Dalam domain kognitif. perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. • Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. .

berinteraksi dan menilai ide-ide murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. • Garispanduan berikut dicadangkan untuk perbincangan: • Ambil kira matlamat perbincangan • Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid • Kaji isu-isu yang terlibat • Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan • Sediakan persekitaran yang menyokongkan • Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu • Ulang. perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka. Walau apapun objektifnya.• Dari domain afektif. rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna • Terapkan unsur jenaka (Use humour) . perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

terdapat dua jenis perbincangan: (a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion): Guru harus mengendali perbicangan kelas.• Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan dan perbincangan. seperti perbincangan kelas. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. panel dan perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil. adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik. Sebelum perbincangan kelas. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. . Pada asasnya. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dan perbahasan: Panel.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Tiap-tiap ahli akan membangkang ide dari kumpulan lain. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya. Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal. . Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan.

perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi. . Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. perbahasan dan kompromi. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil: Pertama. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan. Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi. kepemimpinan.(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.

setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Ketiga. murid-murid harus diberi arahan tepat. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan. Keempat.Kedua. guru harus merancang perbincangan yang pendek. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil. . Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

(ii) membentuk hipotesis (iii) mengumpul data (iv) menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis. kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. . dan (v) merumus.9. Inkuiri •Seperti kaedah penemuan. •Umumnya. mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka. Langkah-langkah ini termasuk (i) mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan. kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain. Kaedah ini adalah secara induktif. •Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah hampir sama dengan pemikiran reflektif John Dewey. •Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. •Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru.

•Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid. terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses. maklumat dan ide. . •Lazimnya. demontrasi memerlukan pelajar memerhati. demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan daripada murid-murid. •Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Demonstrasi •Kuliah memerlukan pelajar mendengar. guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.10. •Terdapat demonstrasi tulin. Dalam proses demonstrasi.

mempraktikkan demonstrasi. membentuk rangka demonstrasi. memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. merangsang minat dalam sesuatu topik. memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi. • Untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan. tanya dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan. . guru merancang demonstrasi secara teliti.• Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan. memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian.

5.1. kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini. • Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan komunikasi. perihalan tentang realiti semasa. Ketiga-tiga objektif bertujuan memastikan: (a) Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi. disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi. • Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional. mereka mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek.11 Penyelesaian Masalah Constraint (TOC)] [Theory of • Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan mengubah sistem pengurusan. dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian-andaian yang menyokongnya – diagnosis .

penyelesaian selalunya dikait kepada satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas.preskripsi. . membina kumpulan (b) • Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui. (Punca: http://www.com) Layari laman web di atas untuk mendapatkan maklumat tambahan.Apa yang perlu diubah kepada: Visi / penyelesaian diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini -.toceducationalforall. membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian (c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan: Perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang perlu berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi – merancang.

Pembelajaran ini menggunakan kurikulum yang berstruktur yang dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang kecil. Pembelajaran Masteri •Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran individu. amalan dan maklumbalas. •Guru mendiagnos kebolehan murid-murid dan mencadangkan kegiatan-kegitan individu yang sesuai. •Setiap murid menerima arahan. •Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua murid mencapai objektif-objektif pembelajaran dan memberi setiap murid masa untuk mencapainya. •Model Masteri menjaminkan kebanyakan murid akan mencapai taraf kecekapan kerana masa pembelajaran adalah fleksibel.12. •Pembelajaran Masteri melibatkan arahan kumpulan yang tradisional dan pengayaan dan pemulihan yang individu. .

•Guru yang menggunakan pembelajaran masteri dikehendaki mengorganisasi pengajaran dalam satu bentuk yang tepat. memberi maklumbalas kepada murid-murid. menentukan kemajuan murid-murid. •Pembelajaran Masteri menekankan (a) masa yang fleksibel dan berstruktur dengan isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran preskriptif.•Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh Bloom (1976. •Pengajaran dan masa adalah dua bahagian yang penting dalam pembelajaran masteri. membantu murid-murid mengatasi masalah melalui bimbingan dan kerja tambahan. •Ia menyampai maklumat dan kemahairan menurut suatu corak. •Ia juga membekalkan pengayaan kepada mereka yang dapat belajar dengan cepat. dan (c) penghabisan semua objektif oleh murid-murid. dalam Burden & Byrd). .

Untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Apakah sebabnya? . •Tugasan dan kegiatan alternatif mesti disediakan atau direkabentuk oleh guru untuk memenuhi keperluan individu muridmurid. organsisasi dan penilaian diagnostik dari guru. Berhenti dan renungkan.•Pembelajaran Masteri memerlukan rancangan yang luas. guru-guru harus mengaplikasikan strategistrategi yang berbeza-beza semasa mengajar kepada kumpulan yang berlainan.

Teacher Education Division. (1998). Jones. Edisi kedua. Boston: Allyn Bacon. Learning and instruction. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2.Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis. A handbook for teachers and trainers. Bahan Bacaan Asas Kamarudin. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. & Byrd. Education resource book for lecturers. Petaling Jaya: Longman Malaysia. P. (2001). London: Kogan Page. (1994). New Jersey: Merrill Prentice Hall. Theory into practice. .E. Mok.K. H. K. Simulations. New Delhi: Anmol Publications. S. Rujukan Burden. (2002). 4th Edition. (1995). (1990). Nanda V. Educational Technology For Adults. Methods for effective teaching. Pedagogi 2.M. Ministry of Education (2002).R.S. Gredler. D. M.

kelas sosial. minat Jangka pendek / Jangka panjang Hasil Kognitif/ Afektif. personaliti Persepsi. pengalaman. (1986). ethos. dan Strategi Tingkahlaku Guru Persepsi Strategi. bangunan kemudahan. Pendidikan Misalnya: perubahan dalam sikap muridmurid terhadap sekolah atau mata pelajaran. personaliti. Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang Pengajaran yang Berkesan . nilai. autonomi murid-murid bertambah Ciri-ciri sekolah Misalnya: saiz. kemajuan dalam pencapaian tara. kebolehan. 10. peraturan disiplin. Figure 1. kejayaan dalam peperiksaan awam. taraf kesusahan. C.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengajaran yang Berkesan Pemilihan Kaedah dan Teknik Pembolehubah Konteks Pembolehubah Proses Ciri-ciri guru Misalnya: jantina. kelas sosial Ciri-ciri kelas Misalnya: saiz. latihan.1. England: Basil Blackwell Ltd. kemasukan murid-murid berkebolehan tinggi Punca: Kyriacou. jarak kebolehan. Tingkah laku Murid-murid Ciri-ciri tugas & Aktiviti-aktiviti pemebalajran Ciri-ciri murid Misalnya: umur. umur. Pg. tahap konsep kendiri bertambah. Effective teaching in schools. kelas sosial Pembolehubah Produk Ciri-ciri subjek Misalnya: isi kandunganr.

ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi).(a) Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran. (b) Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru (misalnya minat. (c) Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan. motivasi. ciri-ciri subjek (misalnya minat). ciri-ciri murid-murid (misalnya umur. teknik disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran murid-murid. penglibatan muridmurid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah. dan ciriciri keadaan (misalnya sesi akademik). pengalaman). personaliti). Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan ciri-ciri guru (misalnya jantina. ciri-ciri kelas (misalnya saiz. kemudahan). biasanya dalam bilik darjah. minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik. pengurusan kelas. kelas sosial). ciri-ciri sekolah (misalnya ethos. ganjaran. .

perihal secara ringkas tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan. Berdasarkan pengalaman mengajar anda.Berhenti dan renungkan. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful