You are on page 1of 17

Tutorial minggu 7.

Membanding beza nilai patriotik dan nilai alam sekitar. Mencadangkan cara-cara meningkatkan nilai patriotik dan nilai alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia

Nilai Alam Sekitar


Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.

Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:


mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.

lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.

memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.

menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.

berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development). Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.

Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut: Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk Bumi dan alam semesta Benda bukan hidup dan sumber semula jadi Benda hidup dan alam sekitarnya Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan Pengurusan alam sekitar

Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:


rohani dan moral
Penyerapan berpusatkan pelajar

Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:


pengetahuan dan kefahaman konsep nilai-nilai murni dan sikap positif

kemahiran berfikir
kemahiran manipulatif dan penggunaan deria aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru

Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
Kerja amali Membuat kajian dan eksperimen Perbincangan Sumbang saran Demonstrasi Menonton TV, video dan slaid Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto Cerita

-Membaca buku, majalah dan - akhbar - Projek - Permainan dan simulasi -Syarahan, ceramah, penerangan, - wawancara dan forum - Lawatan - Kempen alam sekitar - Rintis - Kem alam sekitar

Nilai Patriotik
Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.

Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:


A. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara. B. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara. C. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis D . memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan E . membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan F . bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

Guru perlu merujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme di Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan unsur patriotisme di dalam topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di atas.

Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:

kerja projek permainan simulasi lakonan drama perbincangan lawatan

Cara-cara meningkatkan nilai patriotik dan nilai alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia.

Nilai patriotik
Sekolah Media massa Aktiviti kemasyarakatan Agensi-agensi Kerajaan NGO

Nilai alam sekitar


Sekolah Agensi-agensi kerajaan Aktiviti kemasyarakatan NGO Media massa

You might also like