Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradatmu di petang yang berbahagia ini dalam majlis

penutupan rasmi Sesi Pemilihan Atlet Sekolah Kebangsaan Bukit Balai 2012.

Ya Rahman, Ya Rahim Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini akan dapat melahirkan atlet-atlet dan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Mudahmudahan mereka ini akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Ya Hayyu, Ya Qayyum Kami juga memohon perlindungan dari Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami ini. Oleh itu, berkatilah majlis kami pada petang yang penuh bermakna.