You are on page 1of 20

KEMAHIRAN MENGARANG

(TUTORIAL 5)

Disediakan Oleh : Siti Armiza Ramlan Faizah Ismail


Pensyarah Pembimbing : Pn. Zaleha binti Thamby Adam

DEFINISI KARANGAN
Prof. Dr. Koh Boh Boon (1983) menyatakan bahawa :
.karangan adalah hasil dari kerja mengarang, satu proses melahirkan satu idea atau satu rangkaian idea dalam bentuk penulisan secara tersusun

Kamaruddin Haji Husin (1986) pula menyatakan bahawa:


karangan bukanlah hasil kepandaian atau kemahiran menggubah atau menyusun kata-kata, frasa dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyambung idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.

Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985);


.karangan ialah pelahiran perasaan dan fikrian secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan oleh guru.

DEFINISI KEMAHIRAN MENGARANG


Kemahiran : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu
Ruj : Kamus Dewan Edisi ke-2

Mengarang : .. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll)
Ruj : Kamus Dewan Edisi ke-4

MENGAPA KEM. MENGARANG DIAJAR..??


Melatih murid melahirkan idea Melatih murid mengembangkan idea Melatih murid menggunakan format karangan yang betul Melatih murid menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar

Maka KEMAHIRAN MENGARANG ialah :

kecekapan dan kepandaian dalam mereka, menulis dan mencipta cerita

Masalah Mengarang
Kesalahan Struktur ayat
- salah susunan subjek dan predikat dalam ayat tunggal. e.g : makan

ikan adik

- salah menggunakan kata penghubung dalam ayat majmuk. e.g : Sara atau Nina sedang menangis (dan). - keliru dalam menggunakan ayat penyata dan ayat perintah

- salah menggunakan tanda baca

Lemah Kosa kata

- dipengaruhi oleh dialek menyebabkan lemah dalam penguasaan kosa kata bahasa standart - tidak faham maksud perkataan dalam tajuk karangan menyebabkan sukar untuk mengarang

Masalah dalam penggunaan ayat mudah - tidak tahu hukum tatabahasa menyebabkan sukar membina ayat mudah.
Masalah pemerengganan - isi tidak saling berkait antara perenggan - terlalu banyak isi dalam satu perenggan - isi bercampur aduk - format perenggan yang salah

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG


Pra Mengarang (cara untuk mengembangkan idea)
- berbincang menetukan format - membuat peta minda - menentukan watak -menyaring bahan - menulis draf

Semasa Mengarang - menentukan format - transformasi perancangan kepada bentuk karangan - ambil kira aspek tatabahasa (ejaan, tanda baca dll).

Pasca Mengarang

- menyemak karangan - melakukan pembetulan - buat penambahan jika perlu - hantar karangan

STRATEGI PEMULIHAN KEMAHIRAN MENGARANG


1. Menulis Ayat Mudah - minta murid menyalin ayat mudah - minta murid menulis tentang diri secara ringkas. e.g : Nama saya Amir

2. Menulis karangan berpandu gambar

GAMBAR TUNGGAL

GAMBAR BERSIRI

Langkah- langkah : - Minta murid cerita tentang apa yang dilihat dalam gambar - Minta murid bina satu ayat mudah - Minta murid menggabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk - Murid bina ayat berdasarkan soalan yang diberi.

3. Menulis karangan terkawal

- isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. - susun ayat ikut urutan sehingga menjadi ayat yang lengkap. - memadankan ayat - menggantikan perkataan

4. Menulis Karangan Berpandu

- menulis semula petikan cerita - pindahkan karangan dialog kepada karangan penceritaan - menyudahkan cerita - menulis semula cerita yang didengar

i. PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayukelas.html ii. Pengajaran dan Pembelajaran Karangan http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pancaindera.pdf

iii. Kamrudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia.

You might also like