You are on page 1of 24

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MAC 2012

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

CHONG YOON CHU 830428065394001 830428-06-5394 012-6269631 chongyc83@yahoo.com ENCIK RAZAK BIN SULONG SEREMBAN LEARNING CENTRE

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Razak Bin Sulong, pensyarah mata pelajaran Masyarakat Dan Tamadun yang banyak memberikan bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Ramlee Bin Yahya selaku E-tutor mata pelajaran ini memberi tunjuk ajar dalam sesi forum secara talian. Jutaan terima kasih kepada guru-guru seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea, kerjasama, bahan sampingan dan bimbingan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung sepanjang merealisikan tugasan ini berjalan. Akhir sekali, penghargaan ditujukan khas kepada ibu bapa , adik-beradik dan suami yang memberi galakan dan dorongan yang tiada penghujungnya.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

i SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Kekuatan dan kelemahan dasar dan falsafah pendidikan negara 2.1 Laporan Fenn-Wu ( 1951) 2.1.1 Kekuatan Laporan Fenn-Wu 2.1.2 Kelemahan Laporan Fenn-Wu

MUKA SURAT

1-3

4-5

2.2 Laporan Razak ( 1956) 2.2.1 Kekuatan Laporan Razak 2.2.2 Kelemahan Laporan Razak

5-6

2.3 Laporan Rahman Talib ( 1951) 2.3.1 Kekuatan Laporan Rahman Talib

6-7

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

2.3.2 Kelemahan Laporan Rahman Talib

2.4 Akta Pendidikan 1961 2.4.1 Kekuatan Akta Pendidikan 1961 2.4.2 Kelemahan Akta Pendidikan 1961

7-8

2.5 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 2.5.1 Kekuatan Jawatankuasa Kabinet 1974 2.5.2 Kelemahan Jawatankuasa Kabinet 1974

8-9

3.0 Cadangan-cadangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dasar pendidikan negara 3.1 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar 3.2 Mempertingkatkan Program Rancangan Intergasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 3.3 Mempertingkatkan Pelaksanaan Sekolah Wawasan 3.4 Sekolah dan Warga Pendidik Menjadi Tunjang Kepada Perpaduan Negara 4.0 Kesimpulan 14 - 15 12 - 13 13 - 14 10 - 11 11 - 12

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Rujukan

1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan ( 2005) , masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk ialah terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat yang terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Menurut sarjana Graham Saunders menyatakan masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Ketiga-tiga kaum bukan sahaja terpisah kerana adat, pendidikan , makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, warganegara Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. 1 Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia adalah mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, bahasa dan agama masingmasing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Sistem pendidikan di Malaysia sebelum Merdeka lazimnya adalah dibahagikan kepada 5 peringkat. Peringkat pertama(1400-1824) ialah sistem pendidikan sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu. Sebelum penjajahan, sistem pendidikan Tanah Melayu adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolahsekolah agama. Selain itu, juga terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Ketiga-tiga sekolah vernacular menggunakan bahasa pengantara masingmasing. Peringkat kedua(1824-1942) ialah sistem pendidikan semasa penjajahan British. Pada zaman penjajahan British, setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum, kurikulum sekolah yang berbeza, lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah,bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Tamil bahasa pengantaranya ialah bahasa Tamil. Penjajah British kurang mengambil berat tentang taraf pendidikan yang disediakan bagi rakyat Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakkan penduduk Tanah Melayu belajar di sekolah-sekolah Inggeris. Hal ini demikian kerana mereka bimbang anak-anak penduduk Tanah Melayu berpendidikan Inggeris, kesedaran politik dan daya pemikiran mereka akan meningkat. Keadaan seperti ini boleh menggugat kedudukan mereka di Tanah Melayu. Pada peringkat ketiga ( 1942-1945) ialah semasa penjajahan Jepun. Semasa tentera Jepun memerintah Tanah Melayu, semua jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan untuk mengajar Bahasa Jepun. 2 Pada peringkat ini, Peringkat keempat ( 1946-1957) pula bermula dari tempoh pembentukan Malayan Union. Pada tahun 1949, kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran untuk mengkaji polisi pendidikan. Jawatankuasa ini mengemukakan beberapa laporan, tetapi ditolak oleh Majlis Perundangan persekutuan. Selepas itu, Jawatankuasa Barnes dibentukkan. Dalam jawatankuasa in pun mengemukkan beberapa laporan.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Peringkat kelima (1957-1963) ialah sistem pendidikan awal kemerdekaan. Dalam peringkat ini, melaksanakan Laporan Razak. Kemudian, diubahsuaikan oleh Laporan Rahman Talib. Di dalam tempoh ini, beberapa program pengubahsuaian diusahakan supaya lebih memanfaatkan kepada rakyat. Pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji pelaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan supaya dapat memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat bersatu padu, harmoni dan berdisplin. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, sistem pendidikan negara diubah pada setiap tempoh. Hal ini mengakibatkan kewujudan beberapa laporan pendidikan. Melalui laporan-laporan ini, pendidikan negara kita beransur-ansur bertambah baik dan berjaya mencapai kesefahaman, tolenrasi dan perpaduan antara semua kaum.

3
2.0

Kekuatan dan kelemahan dasar dan falsafah pendidikan negara

2.1 Laporan Fenn-Wu ( 1951 ) Laporan Fenn-Wu ditubuhkan oleh dua orang penasihat dari negara China untuk mengkaji pendidikan Cina di negara ini. Mereka ialah Dr. W.P Fenn dan Dr. Wu Teh Yau. Tujuan jawatankuasa ialah untuk merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistem

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

pendidikan yang bercorak perpaduan. Di samping itu, kehidupan di Tanah Melayu.

jawatankuasa ini juga memberi

bimbingan tentang penyedian buku-buku teks sekolah Cina yang mengandungi unsur-unsur

2.1.1 Kekuatan Laporan Fenn-Wu Buku-buku teks sekolah Cina, terutamanya dari negara China atau Hong Kong hendaklah diselidiki dan dibaiki dengan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan. Ini adalah salah satu cadangan dari Laporan Fenn-Wu. Buku teks dari negara asing hendaklah diperbaiki supaya dapat menyerapkan unsur-unsur kehidupan masyarakat tempatan. Oleh itu, kaum Cina lebih memahami kebudayaan, adat resam dan agama kaum yang lain. Cadangan ini dapat meningkatkan kefahaman dan perpaduan antara golongan etnik.

2.1.2 Kelemahan Laporan Fenn-Wu Penubuhan maktab perguruan untuk melatih guru sekolah Cina amat diperlukan. Maktab ini hendaklah menjalankan kursus-kursus dalam perkhidmatan di hujung minggu. Cadangan ini merupakan kelemahan laporan ini. Hal ini mengakibatkan guru pelatih tidak dapat menamatkan kursus-kursus perguruan secepat mungkin. Maka pendidikan masyarakat Cina tidak dapat dijalankan dengan lancar. Ini akan menjejaskan pembelajaran murid kaum Cina.

4 2.2 Laporan Razak ( 1956 ) Pada tahun 1956, Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Laporan Razak. Laporan ini menekankan

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

perpaduan kaum dan penghasilan tenaga. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini.

2.2.1 Kekuatan Laporan Razak Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantarnya iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Selain itu, ia juga dapat menambahbaik komunikasi dan mencapai kesefahaman antara golongan etnik. Lain daripada itu, sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Kurikulum sekolah yang sama dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Ini dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi.Sukatan pelajaran yang seragam juga membolehkan pandangan dunia setiap kaum dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

5 2.2.2 Kelemahan Laporan Razak Kelemahan laporan ini ialah hanya mewujud aliran teknik dan aliran vokasional sahaja. Daripada perspektif yang berbeza, kedua-dua aliran hanya dapat melahirkan tenaga manusia berkemahiran sahaja. Aliran Sains juga harus dipentingkan. Hal ini terjadi kerana

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

aliran Sains dapat melahirkan rakyat yang berglobalisasi dan dapat memajukan bidang Sains dan teknologi negara dan memenuhi kehendak proses pemodenan pertanian dan mempercepat perindustrian.

2.3 Laporan Rahman Talib ( 1960 ) Laporan Rahman Talib diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib pada tahun 1959. Di bawah bimbingan beliau, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan melaksanakan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Cadangan-cadangan Lapran Rahman Talib menunjukkan keazaman kerajaan membentuk satu sistem pendidikan bersifat kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961.

2.3.1 Kekuatan Laporan Rahman Talib Salah satu kekuatan adalah pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak. Cadangan ini telah meringankan beban ibu bapa. Kesannya, setiap kanak-kanak berpeluang belajar dengan adanya pendidikan sekolah rendah percuma. Seterusnya, murid-murid akan dinaikkan darjah secara automatik. Kenaikan darjah secara automatik di sekolah rendah telah menjamin tiada pelajar yang tercicir daripada sistem persekolahan terlalu awal. Ujian tahunan yang diadakan akan menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran. Pada waktu yang sama, umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Menaikkan had umur berhenti sekolah dapat member persediaan kepada pelajar dari segi 6 emosi, fizikal dan mental untuk menjawat sesuatu pekerjaan. Di samping itu, semua peperiksaan am di sekolah menengah akan menggunakan satu bahasa rasmi sahaja. Penggunaan satu bahasa rasmi dalam semua peperiksaan awan di

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

sekolah-sekolah menengah memberikan kesan yang sangat positif ke arah perpaduan nasional.

2.3.2 Kelemahan Laporan Rahman Talib Dari segi bahasa kebangsaan, semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah. Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu akan digagalkan. Pelajar yang berpotensi sukan, berkemahiran, vokasional tetapi lemah dalam Bahasa Melayu akan diabaikan. Kegagalan ini akan menjejaskan masa depan pelajar.

2.4 Akta Pendidikan 1961 Secara amnya, Akta Pelajaran 1961 kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini. Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan dan penekanan kepada penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid. 2.4.1 Kekuatan Akta Pendidikan 1961 Dalam akta ini didapati menekankan penguasaan Bahasa Melayu. Di peringkat maktab perguruan, guru-guru pelatih perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum mereka dianugerahkan Sijiil Perguruan. Syarat ini telah menunjukkkan kepentingan 7 penguasaan Bahasa Melayu dalam negara kita. Selain itu, syarat kelulusan Bahasa Melayu akan menjaminkan guru-guru dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan muridmurid pun boleh mendapatkan pendidikan Bahasa Melayu yang baik dan berkualiti.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

2.4.2 Kelemahan Akta Pendidikan 1961 Pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya dan perjuangan bahasa kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum. Dalam Akta Pendidikan 1961, didapati kekurangan pelaksanaan untuk menangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan memutuskan akta ini memerlukan semakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru selaras dengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa.

2.5 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada September 1974. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan. Bidang rujukan yang diberikan kuasa kepada Jawatankuasa ini adalah mengkaji semula matlamat dan sistem pendidikan dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih. Agenda utama pendidikan masih lagi perpaduan kebangsaan. Penekanan adalah lebih kepada pembentukan kurikulum yang mempunyai kandungan sukatan pelajaran yang sama untuk mencapai perpaduan nasional. Istilah perpaduan telah dinyatakan sebagai sifat afektif yang merangkumi perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilai.

8 2.5.1 Kekuatan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dalam laporan ini. Di dalam KBSR, pendidikan pemulihan ditekankan bagi murid-murid yang lemah dalam akademik.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Sekiranya guru biasa tidak berjaya membantu murid yang lemah, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan yang dilatih khas. Murid yang lemah diambil berat oleh pihak sekolah, ini telah menjamin tiada pelajar yang tercicir daripada sistem persekolahan. Di samping itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga

dilaksanakan. Dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dasar ini telah diperluaskan hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi antara semua kaum dan dapat mencapai kesefahaman dan perpaduan antara golongan murid tanpa mengira kaum. Peluang pendidikan untuk rakyat tanpa mengira kaum ditingkatkan dengan penambahan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan golongan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Kemudahan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi juga diberikan kepada penduduk miskin di bandar.

2.5.2 Kelemahan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 Laporan ini kurang menekankan bidang sains dan teknologi. Bidang ini harus dipentingkan kerana negara kita sedang memasuki era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi kesan kepada perkembangan negara.

9 3.0 Cadangan-cadangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dasar pendidikan negara

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting bagi sebuah negara membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat, bahkan ia merupakan saluran yang penting untuk menyampaikan kepada rakyat dengan wadah perjuangan negara yang mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapaian perpaduan. Satu cara yang paling berkesan untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Berikut merupakan beberapa cadangan bagaimanakah pelaksanana sistem pendidikan dapat dipertingkatkan dan diperbaiki demi mencapai kesefahaman, tolenrasi dan perpaduan antara golongan etnik. 3.1 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Di negara Malaysia, bahasa pengantar yang sering digunakan oleh rakyat ialah Bahasa Malaysia. Biasanya, satu kaum berkomunikasi dengan kaum yang lain mestinya menggunakan Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan oleh Bahasa Malaysia menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara kita. Justifikasinya, setiap rakyat Malaysia harus memahami Bahasa Malaysia supaya dapat berkomunikasi dengan kaum yang lain. Hal ini bersangkut-paut dengan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Selain itu, Bahasa Malaysia adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di Malaysia. Oleh yang demikian, mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah dan sekolah menengah. Di samping itu, mata pelajaran Bahasa Malaysia juga sebagai mata pelajaran wajib diambil dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Maka kedudukan Bahasa Melayu adalah amat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara kita agar setiap kaum 10 memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. Tidak dapat dinafikan, penguasaan Bahasa Malaysia menjadikan tunjang kepada perpaduan negara kita.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

3.2 Mempertingkatkan Program Rancangan Intergasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP) Sekolah merupakan sebuah institusi yang mampu menjadi agen berkesan ke arah menyatupadukan murid-murid pelbagai kaum. Selain itu, sekolah juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dengan meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai agen paling utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan harmoni. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong perpaduan perlu disemai pada peringkat awal lagi Oleh itu, kerajaan melaksanakan program RIMUP di seluruh sekolah rendah dan sekolah menengah. RIMUP ialah Rancangan Intergasi Murid Untuk Perpaduan. Objektif program ini ialah melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmoni supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman, damai, harmoni dan bersatu padu. Program RIMUP dilaksanakan oleh KPM pada tahun 1986 dan dilaksanakan selama 26 tahun. Oleh itu, RIMUP perlulah diperkemas dan ditambahbaikkan pelaksanaannya supaya mencapaikan objektifnya. Program RIMUP haruslah disertai oleh masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah. Selain itu, PIBG perlulah menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah patutlah mengadakan pelbagai promosi program RIMUP dan kempen kesedaran supaya masyarakat setempat dapat mengetahui dan turut serta. Untuk menggalakkan masyarakat setempat menyertai aktiviti-aktiviti RIMUP, lokasi aktiviti dicadangkan menggunakan lokasi umum seperti dewan serbaguna, balai raya, padang awam dan seumpamanya. 11 Dalam pada itu, integrasi kaum juga dapat dipupuk dalam aktiviti-aktiviti RIMUP. Melalui pertandingan rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti wau, kaligrafi, rekecipta tanglung, khat dan sebagainya. Dalam pertandingan ini, murid dapat mengenali budaya kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Konklusinya, penambahbaik program RIMUP akan berjaya melahirkan generasi yang saling hormat-menghormati, kesefahaman, perpaduan di antara kaum. 3.3 Mempertingkatkan Pelaksanaan Sekolah Wawasan Sekolah wawasan adalah sebuah sekolah integrasi yang menempatkan dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Ketiga-tiga sekolah akan dibina dalam kawasan yang sama dan akan berkongsi segala kemudahan asas yang disediakan seperti dewan, pusat sumber, makmal sains, makmal komputer, kantin, padang dan lain-lain lagi. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan masing-masing yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung atau laluan berbumbung. Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah dapat menerapkan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan tolenrasi antara kaum di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah. Matlamat utama sekolah wawasan ialah melahirkan anak bangsa yang mempunyai sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Di samping itu, sekolah wawasan juga menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktivitiakliviti yang dijalankan di sekolah. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, sekolah wawasan dicadangkan mengadakan Tema Bulanan yang bertajuk Hari Perayaan , Makanan Tradisional , Adat Resam , Kebudaya di antara kaum. Selain itu, pihak PSS boleh mengadakan Pertandingan Kuiz , Pertandingan Memasak Makanan Tradisional, Kempen Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan sebagainya. Murid-murid akan belajar dengan satu suara dan dapat merapatkan hubungan murid-murid. Semua aktiviti ini dapat memupuk perpaduan kaum secara mendalam dan keseluruhan. 12 Seterusnya, murid-murid dicadangkan belajar empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Kebangsaan ( Bahasa Malaysia) dan bahasa Inggeris adalah mata pelajaran teras semua aliran sekolah. Di sekolah wawasan, murid-murid digalakkan belajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dengan itu, semua anak

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

bangsa dapat memahami satu sama lain dengan lebih mendalam. dan meningkatkan minat pembelajaran murid tentang bahasa yang lain. Sebagai penghias bicara akhir,

Sukatan pelajaran

Pendidikan Muzik dicadangkan memasukan 4 jenis bahasa lirik lagu supaya membantu pelaksanana sekolah wawasan akan berjaya

membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama, saling hormat-menghormati dan hidup harmoni dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.

3.4 Sekolah dan Warga Pendidik Menjadi Tunjang Kepada Perpaduan Negara Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam P&P yang berkualiti, murid dapat memupuk akhlak yang baik dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, sekolah harus berupaya menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah haruslah menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmoni. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan direntasi dalam kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar. Di samping itu, perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, semua murid wajahlah melibatkan 13 diri dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Para guru perlulah mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi, kekuatan minda yang professional, ketangkasan daya fikir dan kemantapan idealism yang harus dibangunkan

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

untuk melahirkan persekitaran pendidikan yang cemerlang berlandaskan nilai dan etos yang baik dan berkualiti. Sebagai penutup wacana, murid yang tolenrasi, menghargai hak, bekerjasama dan semangat patriotisme dapat dilahirkan oleh sekolah dan warga pendidik yang berprofesional.

4.0 Kesimpulan Negara kita didiami oleh pelbagai kaum, bangsa dan etnik. Kepelbagaian kaum,bangsa dan etnik mewujudkan kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam memperkaya negara kita sebagai sebuah negara yang unik. Walau bagaimanapun, hubungan masyarakat Malaysia berbilang bangsa tetap dapat berada dalam keadaan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dalam masyarakt Malaysia, semua warganegara mematuhi Rukun Negara. Semua etnik bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Inilah telah menunjukkan perpaduan masyarakt majmuk. Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Untuk mencapai kesefahaman dan memperkukuh perpaduan antara etnik , menjadikanlah Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Selain itu, kita juga haruslah 14 mempertingkatkan Program Rancangan Intergasi Murid Untuk Perpaduan dan pelaksanaan sekolah wawasan serta mengenal pasti sekolah adalah tunjang kepada perpaduan negara.

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Tanpa perpaduan, negara kita tidak akan kejayaan dalam ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke -21 ini. Oleh itu, sebagai rakyat jelata, kita perlulah bersatu padu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.

( 3318 patah perkataan)

15 RUJUKAN

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

Charil Marzuki.(2001). Isu Pendidikan Di Malaysia.Kuala Lumpur: Sanon Printing Corporation Sdn. Bhd. Ee Ah Meng.(1996). Pendidikan Di Malaysia Falsafah Pendidikan Guru Dan Sekolah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng.(1998). Pendidikan Di Malaysia II. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kuala Lumpur: Percetakan Seasons Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2012). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
http://gurusejarah.blogspot.com/ http://www.cari-lowongan-kerja.com/pdf/kelemahan-dan-kekuatan-laporanrazak.html http://kdckdpm06.bravehost.com/laporanrahmantalib1960.htm http://education-zulia.blogspot.com/2009/01/penyata-barnes.html http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html http://belajarsejarah.blogspot.com/2011/04/laporan-jawatankuasa-kabinet1974.html http://zmsegamat.blogspot.com/2010/06/penjajahan-dan-kewujudanmasyarakat.html http://www.slideshare.net/wanbk/hubungan-etnik-bab-1-konsep-asas-hubunganetnik http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakatmajmuk-_1314.html http://sukosenseistpm2.blogspot.com/2009/03/bincangkan-faktor-faktor-yangmembawa.html http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukanmasyarakat-majmuk-di-malaysia/

HBEF1503

CHONG YOON CHU

830428065394001 http://natranadea.blogspot.com/2010/08/masyarakat-majmuk.html http://personajohor.blogspot.com/2010/01/dasar-pendidikan-negara.html

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/314/9.-DASARPENDIDIKAN-KEBANGSAAN http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/460-nkrapendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentukperpaduan.html http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/02/isu-pendidikan-cabarancabaran-dalam.html http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/isu-pendidikan-pendidikanberkualiti.html http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/bagaimana-pendidikan-bolehmembentuk.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/laporan-fenn-wu-1952.html http://nuar69.blogspot.com/2008/07/pendidikan-untuk-perpaduanetnik.html http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab7.pdf http://mrnomind-perjalananyangjauh.blogspot.com/2009/10/dasarpendidikan-kebangsaan-di-malaysia.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/521-201203/12460-12-mac-bantu-tingkat-pendidikan-negara.html http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hubungan-etnik-sistempendidikan-semasa.html http://sarjana.tripod.com/remaja1.html http://qalish.com/2010/12/dasar-kebudayaan-kebangsaan.html http://www.perpaduan.blogspot.com/

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/460-nkrapendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentukperpaduan.html http://cikgutancl.blogspot.com/2010/08/karangan-usaha-memupukperpaduan-rakyat.html http://hidayahnet.tripod.com/archives/articles/perpaduan.html http://pgsrkent08.edublogs.org/2011/01/01/cara-cara-memupuksemangat-perpaduan-dalam-kalangan-pelajar/ http://pecutanakhirbm1.blogspot.com/2010/08/perpaduan-antara-kaumdi-malaysia.html http://muhammadfaizulidham.blogspot.com/2011/03/pidato-gagasan-1malaysia-aspirasi.html http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/08/bahasa-melayumenyatupadukan-kaum-di.html http://dunianura.blogspot.com/2012/02/pendidikan-sejarah-dalammemupuk.html http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/ http://www.scribd.com/doc/3255766/Langkah-langkah-mengekalkanperpaduan-di-negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php? name=News&file=article&sid=2414 http://nuar69.blogspot.com/2008/08/konflik-sekolah-wawasan.html http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf http://mindasasterabahasa.com/2009/05/cara-cara-memupuk-semangatperpaduan-dalam-kalangan-pelajar.html http://perpaduanremajateras1malaysia.blogspot.com/p/karya-remaja.html http://jombelajar-skfskf.blogspot.com/2011/01/usaha-usahamemperkukuh-perpaduan-kaum.html http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/07/ringkasanperpaduan-kaum.html

HBEF1503 830428065394001

CHONG YOON CHU

You might also like