P. 1
Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

4.8

|Views: 2,613|Likes:
Published by Kris Khaira
Bi-monthly newsletter produced by labour organising movement in Penang, Malaysia.
Bi-monthly newsletter produced by labour organising movement in Penang, Malaysia.

More info:

Published by: Kris Khaira on Mar 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

ISU-ISU PEKERJA

FEB/MAC 2009 KEluArAn PErCuMA PusAt KhidMAt PEKErjA tAnjung (PKPt)

Pemberhentian pekerja
dan kemerosotan ekonomi
Kemerosotan ekonomi yang berlaku secara global sejak tahun lepas menjadikan 2009 tahun yang amat sukar! Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka mengakibatkan 210 juta orang menganggur menjelang akhir 2009. Situasi ini turut memberikan impak besar kapada Malaysia. Dijangkakan dalam sektor pekerjaan tempatan, pemberhentian pekerja menjadi serius tahun ini. Menurut laporan The Sun yang bertarikh 29 Jan 2009, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan memberitahu media bahawa lebih daripada 10,000 pekerja telah diberhentikan semenjak 1 Jan 2009. Ramai lagi dijangka mengalami nasib malang. Pada awal tahun ini, MEF pernah menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun ini. Jika anggaran itu menjadi kenyataan, kadar penggangguran Malaysia akan melompat dari 3.3 percent ke 4.5 hingga 6.2 percent, mencecah paras tertinggi dalam sejarah Malaysia. Anggaran-anggaran ini bukan sesuatu yang jauh daripada kaum pekerja di Malaysia. Realitinya, banyak kilang

telah mula menjalankan cuti paksa, kebatalan kerja OT dan potong gaji. Kaum pekerja sudah terdengar desasdesus pemberhentian kerja meskipun perkataan yang akan digunakan kedengaran lembut iaitu skim pemisahan sukarela. 1,500 pekerja Western Digital (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, Sarawak boleh dikatakan antara kumpulan awal menerima kejutan pahit sebelum menjelang tahun baru 2009 setelah syarikat Amerika Syarikat itu bertindak menutup operasinya dengan alasan beban kegawatan ekonomi. Isu pemberhentian pekerja adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Apa yang membimbangkan ialah ada majikan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan membuang pekerja dengan berselindung di sebalik alasan krisis ekonomi. Ada juga majikan yang mengabaikan kebajikan mereka tanpa memberi pampasan atau faedah penamatan kerja yang sewajarnya dengan melarikan diri sahaja tanpa bagi apaapa notis kepada pekerja. Pekerja kontrak yang diberhentikan pula tidak boleh mengharapkan apa-apa daripada majikan. Ini menjadikan kaum pekerja serbasalah, terutamanya pada masa kini yang tingginya kos kehidupan akibat inflasi yang terlampau tinggi.

Terutamanya, banyak kemudahan asas seperti air, elektrik dan hospital diswastakan. Semua ini menjadi beban kaum pekerja. Mereka yang pinjam wang daripada bank akan gagal membayar pinjaman. Kaum pekerja bukan sahaja kehilangan kerja tetapi mengambil risiko kehilangan rumah. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengatakan bahawa kerajaan menyuntikkan dana setinggi 7 bilion untuk merancakkan ekonomi Malaysia, kaum pekerja masih tidak kelihatan langkah-langkah yang betulbetul menjaminkan mata pencarian mereka. Bagaimana 7 bilion ini boleh membantu kaum pekerja? Ke mana semua duit itu pergi dan apa impak yang memanfaatkan kaum pekerja? Semua soalan itu masih tertanya-tanya oleh kaum pekerja.
Sumber: Harian Metro

Rosemary Arokiam (left), Thanaletchimi dan Krishnaveni Manikam. Ketiga-tiga adalah antara 1,600 pekerja Nikko yang dibuang kerja
Manakala pekerja yang menunggu van untuk ke kilang berasa amat risau apabila van tidak sampai-sampai pada Isnin itu. Mereka terus mengambil pengangkutan sendiri dan bila bertanyakan kepada pihak pengurusan, mereka diberitahu supaya tidak perlu bekerja lagi. Perasaan terkejut dibayangi rasa ketakutan menular dalam diri semua pekerja terutamanya mereka yang berpendapatan rendah kerana tidak berupaya tanpa gaji. Ramai pekerja yang merupakan ibu tunggal menangis apabila menerima kejutan ini tanpa sebarang notis. Ada juga pekerja di mana kedua-dua suami dan isteri bekerja untuk Nikko. Kejutan tanpa sebarang notis benarbenar telah melemahkan semangat setiap satu pekerja Nikko. Segala ketaatan mereka kepada Nikko tidak bermaksud lagi. Mereka dijanjikan oleh majikan bahawa dalam dua bulan semua pampasan akan dibayar. Pekerja-pekerja terus mengunjugi pejabat buruh untuk meminta bantuan. Mereka diberitahu bahawa usahausaha akan diambil untuk membantu mereka. Tetapi sejurus selepas MTUC cuba membantu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pampasan untuk para pekerja ini tidak boleh berjalan selagi syarikat tidak ditutup dengan betul. Sudah lebih empat bulan belalu tetapi sehingga sekarang pihak majikan masih tidak menunaikan janji mereka untuk membayar pampasan. Ramai yang dibelenggu dengan hidup yang penuh kesusahan, mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih rendah and beberapa pekerja tidak mampu membayar sewa rumah lagi, bahkan yuran sekolah anak-anak juga terbiar. Kata seorang pekerja yang terbabit, Thanaletchimi Simanchalam, 35, ada beberapa pekerja yang masih belum membayar sewa rumah sejak diberhentikan kerja pada bulan Jun. “Kami masih dalam keadaan tidak percaya dan terus menyimpan baju seragam dengan harapan Nikko akan memanggil kami balik,” kata Thanaletchimi sambil mengesat airmata. Thanaletchimi sekarang bekerja dengan sebuah syarikat di Seberang Perai dan membawa pulang gaji separuh daripada apa yang diterima di Nikko. Inilah natijahnya apabila syarikat boleh mengambil cara mudah untuk lari dari tanggungjawabnya dan para pemimpin pula masih belum nampak mengambil tindakan tegas untuk memastikan kebajikan pekerja Nikko dijaga. Kita perlukan perubahan di mana hak pekerja harus dilipatgandakan, mereka harus dihormati dalam semua segi dan pampasan harus dibayar secepat mungkin.

Pemberhentian pekerja di Nikko Electronics
Nikko Electronics Berhad adalah sebuah syarikat yang membuat alat mainan menggunakan alat kawalan dengan pekerja seramai 1200 warganegara dan 400 pekerja asing. Sejak tiga tahun kebelakangan ini pekerja Nikko tidak menerima sebarang kenaikan gaji atau bonus. Tetapi mereka memahami keadaan syarikat dan menerima kepincangan tersebut dengan penuh taat dan harapan bahawa keadaan yang menyekatkan ini hanyalah sementara. Pada 30 Jun 2008, pada pukul lebih kurang 4.30 petang, pekerja Nikko dipanggil ke bilik persidangan dan berita mengejutkan yang semua pekerja akan diberhentikan kerja disampaikan kepada mereka. Sejurus selepas itu semua pekerja disuruh keluar dan kereta polis sampai tepat pada waktu itu untuk menjaga kepentingan pihak pengurusan, walhal pekerja terpingapinga.

Pakej Rangsangan Ekonomi Untuk Siapa?
Kerajaan selamatkan rakyat pekerja atau majikan besar?
Krisis Ekonomi melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam melindungi rakyat daripada ancaman krisis ekonomi?

KE

R AJAAN

RAKY AT

Pekerja yang dibuang kerja dapat elaun bulanan 1/3 gaji akhir higga ada kerja lain dan faedah berhenti kerja jika majikan muflis
an uang emb ional ng P s Tabu kerja Na 998 e P C, 1 MTU

*Sumbangan RM2/bulan RM1 pekerja + RM1 majikan Jumlah tabung/bulan = RM2 x 5 juta pekerja = RM10 juta

PEMI
Wang KWSP RM 5 billion diberi kepada Valuecap untuk selamatkan pemilik saham

LI

AH KS

AM

Mengapa KWSP digunakan untuk menyelamatkan korporat dan kroni? Mengapa kerajaan tidak melaksanakan cadangan MTUC 1998 di atas? Sekiranya dilaksanakan pada 1998, sudah ada RM1.2 bilion dalam tabung ini.

JA DULU! PEKER

!!!

Kalau Tabung Pembuangan Kerja dilaksanakan sekarang pun belum lambat lagi. Kerajaan hanya perlu sumbang RM 1 billion untuk memulakan tabung ini untuk membantu pekerja. Jika wang KWSP diguna untuk menyelamatkan korporat besar, mengapa tidak menggunakan 20% dari RM5b ini untuk membantu pekerja?

7 RM

b

Kerajaan mengumumkan “Pakej Rangsangan Ekonomi” bernilai RM 7b yang akan disalurkan kepada kontraktor projek pembangunan untuk mengukuhkan daya tahan negara. Nampaknya baik tetapi adakah pekerja Malaysia mendapat peluang pekerjaan? Adakah kontraktor-kontraktor akan suap habis wang tersebut?

Lebih baik jika wang ini diberikan kepada agensi kerajaan (seperti Majlis Tempatan, JKR, JPS) untuk mengupah secara terus pekerja tempatan yang akan menguruskan projek pembangunan tersebut. Wang akan terus disalurkan kepada para pekerja dan meningkatkan kuasa beli pekerja yang mampu memulihkan ekonomi.

GPKK dan JERIT alternatif pekerja Malaysia
Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK) telah ditubuhkan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bagi menggabungkan warga pekerja dan ahli-ahli kesatuan di industrial perkilangan untuk memperjuangkan hak mereka. Kaum pekerja adalah tulang belakang pembangunan negara ini. Namun, nasib kaum pekerja sering dikompromi atas sebab keuntungan dan ketamakkan segelintir kecil golongan yang kaya. Kebanyakan daripada 10.5 juta pekerja di Malaysia tidak menikmati hasil buruh dan tenaga mereka. Umpamanya, statistik MTUC (Malaysian Trade Union Congress) menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Statistik yang diambil oleh JERIT pada tahun 2003 di kalangan pekerja-pekerja daripada 32 kilang, mendapati gaji pokok mereka adalah diantara RM350 – RM480 sebulan. Gaji sebenar pekerja-pekerja ini juga semakin rendah berbanding dengan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Tips Pekerja
Halim telah bekerja di kilang X untuk 5 tahun. Dalam 5 tahun yang lepas, Halim hanya menerima kenaikan gaji pada tahun pertamanya bekerja, dan selepas itu gajinya tetap sama sehingga sekarang. Apabila Halim bekerja genap 5 tahun, dia bertanya majikannya sama ada gajinya akan dinaikkan. Majikan telah memberikan alasan bahawa Halim tidak cekap dalam pekerjaannya dan tidak akan dinaikkan gaji tahun ini. Adakah pekerja-pekerja berhak menerima kenaikan gaji tahunan? Adakah majikan wajid berbuat demikian?

Jawapan
Pekerja-pekerja selalunya berhak menerima kenaikanan gaji tahunan mereka di bawah undang-undang perusahaan. Mengikut undangundang, majikan hanya boleh menahan kenaikan gaji sebagai denda kerana salahlaku, tetapi tidak dengan alasan ketidakcekapan. Kenaikan gaji tahunan selalunya bermula sebaik sahaja selepas satu tahun mulai tarikh pengesahan perlantikan atau jawatan. Gaji seseorang pekerja perlu dinaikkan setiap tahun supaya selaras dengan kadar inflasi. Jika pekerja tidak dinaikkan gaji tetapi kadar harga barangan terus menaik, gaji sebenar seseorang pekerja itu akan berkurangan, dan ini akan menyebabkan penurunan dalam standard kehidupan pekerja. Akta Keselamatan Sosial 1969, majikan boleh didakwa dan dikenakan dendaan sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun jika tidak mendaftar atau mencarum.

Tuntutan
• Akta Gaji Minima RM1500.00 • 40 jam kerja seminggu. 8 jam kerja sehari, 5-hari kerja seminggu dan 2-shif kerja sahaja. • Pembentukan tabung khas untuk pekerja yang dibuang kerja • Bonus minima 2 bulan gaji dan kenaikan gaji 6% setahun. • Lanjutkan cuti bersalin bergaji penuh dari 60 hari ke 90 hari. Suami/penjaga harus diberi minima 7 hari cuti bergaji. • Hak menubuhkan kesatuan di setiap kilang dan tempat kerja tanpa syarat/sekatan.

Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
Ada masalah dengan kerja? KWSP? SOCSO? Pemberhentian kerja? Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pekerja Tanjung di 019-5669518. Alamat: E-mel: 63B-01-07, University Heights, Jalan Sg Dua, Gelugor, 11700, Pulau Pinang pekerjatanjung@gmail.com

Sesi perkhidmatan gerak (Setiap Rabu, 8-9pm, Balik Pulau)
Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT) akan memulakan sesi perkhidmatan gerak di Balik Pulau bersama pekerja yang menghadapi masalah setiap Rabu, 8-9pm di Pasar Malam Balik Pulau.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->