You are on page 1of 7

4.

0 PELAN LANTAI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Papapan putih Ruang aktiviti

Meja guru

Ruang permainan

Ruang bacaan

Almari

Papan kenyataan belakang

PETUNJUK : Tempat buang sampah : Ruang komputer : Kerusi : Skrin : Pintu : Papan kenyataan hadapan :Tingkap : Meja murid

Gambar rajah 4.1 : Pelan Lantai Bilik Darjah Mesra Budaya

Gambar rajah di atas menunjukkan pelan lantai yang dirancang bagi 30 orang murid yang mempunyai pelbagai budaya dan bangsa. Pemilihan dari segi susunan meja ialah berbentuk kumpulan iaitu lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam orang murid. Perancangan penyusunan bilik darjah yang memenuhi kriteria mesra budaya merangkumi beberapa aspek yang penting yang perlu diambil kira iaitu pengurusan persekitaran fizikal, emosi, minat dan pencapaian murid, perkembangan sosial, pengajaran dan pembelajaran, dan pedagogi relevan budaya. Sebelum mengupas perancangan pelan lantai yang telah dihasilkan di atas, guru perlu jelas bahawa mesra budaya yang perlu diterapkan dalam kelas termasuklah pemupukan nilai-nilai murni seperti toleransi, kerjasama, kasih sayang serta perpaduan. Mesra budaya juga merupakan budaya amalan murni yang telah diiktiraf dan diterima dalam sebuah komuniti masyarakat tersebut. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985) mengatakan persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Menerusi pelan lantai ini, penyusunan kerusi dan meja yang disusun secara berkumpulan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan kolaboratif seperti perbincangan iaitu pembelajaran yang memerlukan kerjasama dan interaksi serta komunikasi yang baik sesama rakan sebaya. Apabila wujudnya persefahaman dalam aktiviti perbincangan, murid-murid akan lebih mudah mesra sesama mereka dan secara tidak langsung memupuk sikap tolak ansur walaupun duduk dengan kaum yang berbeza. Penyusunan secara berkumpulan juga lebih kepada penyusunan bagi kelas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR seperti yang diajukan oleh Mok Song Sang (1997: 77). Kerusi meja, papan kenyataan, ruang bacaan, ruang aktiviti, ruang komputer, almari, sudut pembelajaran, pengudaraan melalui tingkap dan pintu merupakan salah satu faktor fizikal persekitaran yang perlu diambil kira dalam penyusunan bilik darjah yang mesra budaya. Pelan lantai menunjukkan pembinaan ruang bacaan di bahagian tepi belakang bilik darjah serta ruang komputer di sebelah tepi bilik darjah mampu menyumbang kepada perkembangan murid untuk mengakses maklumat tambahan bersamasama tanpa mengira bangsa dan agama. Ruang bacaan bukan sahaja boleh memupuk budaya membaca, malah mampu mewujudkan sikap berkongsi sesama

rakan sebaya. Selain itu juga, ruang bacaan juga mendidik murid-murid supaya saling tolong-menolong bagi memastikan ruangan itu terjaga dengan cantik dan rapi. Kerjasama antara mereka inilah yang akan mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Guru boleh menggalakkan murid-murid membawa buku-buku adat resam setiap etnik yang berbeza di dalam kelas supaya murid-murid yang lain boleh memahami dan mengetahui budaya etnik yang lain. Ruang komputer juga boleh dimuatkan dengan perisian berbentuk pembelajaran, secara tidak langsung, murid boleh berkongsi maklumat dan mewujudkan semangat bekerjasama, tolongmenolong serta toleransi sesama mereka di dalam bilik darjah. Ruang aktiviti yang diletakkan di bahagian hadapan kelas pula boleh digunakan untuk pembejalaran yang memerlukan penglibatan murid-murid di dalam kelas seperti bercerita tentang perayaan kaum masing-masing, berlakon kehidupan berjiran dan sebagainya. Mereka mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berani mengikut pengalaman mereka. Secara tidak langsung, guru mampu mewujudkan perpaduan dan persefahaman dalam diri mereka. Namun begitu, guru perlu bijak memimpin dan berinteraksi dalam sebuah kelas yang mempunyai susunan secara berkumpulan seperti rajin mengambil tumpuan murid, tidak berat sebelah dalam memuji dan mengajukan soalan, bijak berkomunikasi dan sebagainya. Ruang permainan juga memupuk semangat bersaing secara sihat antara rakan sebaya dan kaum. Almari pula disediakan untuk menyimpan barang-barang dan tong sampah disediakan supaya bilik darjah tidak bersepah dan mewujudkan persekitaran yang bersih serta selesa dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan. Kerjasama boleh dijalinkan ketika membuat jadual tugasan seperti membuang sampah, menyapu sampah dan sebagainya. Kerjasama dan sikap tolong-menolong inilah yang akan mendidik mereka akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara bersama-sama dan bersatu padu. Mungkin dengan mewujudkan pertandingan kelas terbersih mampu membakar lagi semangat mereka untuk lebih bekerja keras dan lebih bersatu padu untuk menjadikan bilik darjah mereka cantik dan menarik. Didikan awal ini akan melahirkan generasi yang bersatu padu dan berjiwa satu Malaysia.

Papan putih diletakkan di bahagian hadapan tengah bilik darjah supaya tumpuan dan fokus semua murid dapat ditarik pada satu titik fokus yang tepat. Paparan hablur cecair (LCD) pula digunakan khusus untuk penerapan pembelajaran yang menggunakan teknologi yang turut mampu menarik perhatian mereka bagi sesuatu topik pembelajaran seperti tayangan video berkaitan budaya seperti tarian, lagu pelbagai etnik, gambar-gambar bergerak seperti pakaian-pakaian tradisional dan sebagainya. Papan kenyataan pula khusus digunakan untuk meletakkan infomasi berkaitan topik pembelajaran di bahagian belakang bilik darjah bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid serta meluaskan minda mereka. Guru boleh meletakkan risalah dan nota-nota berkaitan budaya setiap kaum di Malaysia, pantang larang, dan sebagainya di papan kenyataan sudut patriotik sebagai informasi yang berguna kepada murid-murid. Secara tidak langsung, akan wujudlah nilai-nilai semangat dan cinta akan negara dalam bilik darjah tersebut. Manakala papan kenyataan yang diletakkan di hadapan bilik darjah pula khusus bagi meletakkan jadual kelas, bertugas, disiplin bilik darjah dan sebagainya sebagai rujukan semua murid dalam mengawal kesejahteraan dan keselesaan bilik darjah. Guru boleh mendidik disiplin murid-murid supaya tidak berlaku pergaduhan dan secara tidak langsung akan mewujudkan semangat perpaduan dan tidak akan wujudlah pergaduhan besar kelak seperti tragedi 13 Mei 1969. Penyusunan bilik darjah di atas dipercayai mampu menyumbang ke arah emosi yang positif kerana penyusunan berkumpulan mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi murid. Maka, semua murid akan terlibat dan tidak akan ada murid yang tersisih di dalam sesebuah bilik darjah. Secara tidak langsung, mampu merapatkan jurang perkauman antara etnik dan budaya yanng terdapat dalam bilik darjah tersebut. Kedudukan murid akan bercampur dari segi kaum dan tidaklah diletakkan dalam kelompok kaum yang sama bagi sesuatu kumpulan. Murid-murid akan mewujudkan satu hubungan baik antara mereka dan boleh berlajar bersama-sama lantas melahirkan generasi yang berintelektual dan bersatu padu. Hubungan positif ini mempu memberi keselesaan dan perasaan seronok untuk belajar kepada murid dan guru pula bertindak dalam mengawasi dan mengawal pergaulan murid-murid serta menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin berlaku. Namun begitu, penyusunan murid juga perlu diambil kira dari segi pencapaian. Murid pandai akan bercampur dengan murid kurang pandai dalam satu

kumpulan supaya berlaku perbincangan yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, murid-murid yang lemah tidak akan berasa tersisih dengan kekurangan mereka dan mereka boleh berinteraksi dan berkawan seperti rakan-rakan yang lain. Maka, perkembangan dari segi sosial murid juga turut berkembang kerana berlaku percampuran dan pemkembangan idea masing-masing. Hal ini akan melatih mereka supaya lebih pandai bergaul dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah masyarakat kelak seperti kawasan kejiranan, dalam pekerjaan dan sebagainya. Suasana sosial dan latar belakang murid yang berbeza mewujudkan corak interaksi yang berbeza dan mampu menimbulkan persefahaman antara mereka sekiranya mereka dapat bergaul dengan baik. Guru juga berperanan penting dalam pengurusan pedagogi relevan budaya. Guru bertindak sebagai pengajar dan pengurus dalam bilik darjah perlu mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran murid yang mempunyai pelbagai latar belakang serta tidak mengganggu sensitiviti kaum atau etnik muridmurid. Paling penting ialah penerapan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilihat secara langsung atau tidak langsung. Guru boleh mengetengahkan konsep perpaduan pelbagai etnik dan kaum dan menggunakan keunikan setiap kaum itu sebagai salah satu kelebihan dalam sesebuah pengajaran yang ingin dijalankan. Contohnya menggunakan video menunjukkan budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Penggunaan media pengajaran yang pelbagai juga mampu menarik minat murid. Antara kaedah yang mungkin boleh dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah ialah direktif iaitu secara terus, mediatif iaitu menggunakan media, generatif iaitu penjanaan idea kritis dan kreatif, kontekstual, koperatif dan kolaboratif. Kepelbagaian kaedah ini jugalah yang mampu meningkatkan keberkesanan serta mampu mengubah suasana pembelajaran ke arah lebih menarik. Contohnya, guru boleh menjalankan pembelajaran kolaboratif membuat folio tentang budaya yang terdapat di Malaysia. Penglibatan semua murid dalam berkongsi maklumat akan mewujudkan kesepaduan jiwa. Secara tidak langsung, ini akan mewujudkan semangat cinta akan negara dan semangat bersatu padu di samping menghargai keunikan budaya di Malaysia. Bahasa lisan dan bahasa badan yang digunakan oleh guru mestilah mudah difahami oleh semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum kerana bukan semua murid mampu memahami bahasa yang mempunyai aras tinggi.

5.0 RUMUSAN

Aspek yang diberi penekanan adalah aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural perlukan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya agar mengenali budaya dan kehidupan kaum yang lain di negara ini. Dengan kefahaman tersebut, adalah diharapkan agar permasalahan berkaitan prasangka dan salah faham sehingga membawa kepada berlakunya konflik dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana konsep multikultural mengiktiraf kepelbagaian dan perbezaan dalam masyarakat sebagai kesempatan untuk saling mengenali dan menggunakan potensi untuk membangun bersama-sama. Kepelbagain yang wujud juga tidak seharusnya menjadi alasan untuk tercetusnya permusuhan dan konflik antara budaya. Dalam mencapai matlamat tersebut, pendidikan merupakan wahana yang penting khususnya sebagai wadah penyaluran nilai-nilai budaya. Justeru, sistem pendidikan yang berteraskan dasar-dasar nasional perlu menggunakan bahan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di negara ini sebagai unsur nilai tambah dalam melahirkan warganegara yang dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara pada masa hadapan.

Pengurusan bilik darjah amatlah penting termasuklah struktur fizikal bilik darjah yang merangkumi meja, kerusi, papan kenyataan, sudut bacaan, ruang aktiviti, pengudaraan dan sebagainya. Guru perlu peka dengan penyusunan yang sistematik di samping mengambil kira aspek keselamatan, kecerdasan minda, minat, pencapaian, serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelan lantai bilik darjah mesra budaya sesuai untuk kepelbagaian etnik dan kaum dan perlu menjadi salah satu perancangan yang perlu diteliti sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi menjadikan sebuah kelas itu kelihatan selesa dan menarik bagi semua murid. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, pengendalian serta kawalan kelas amat penting termasuklah mengawal kelas yang mempunyai kepelbagaian kaum. Guru bukan sahaja perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran malah guru juga perlu peka dalam hal menyatupadukan hubungan sesama murid-murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

You might also like