Muqaddimah Memilih untuk bersama gerombolan dakwah adalah satu pilihan yang paling tepat.

Namun dengan hanya menjadi „ahli gerakan dakwah‟ tidak memberikan kita tempat yang istimewa di sisi Allah sehinggalah kita menjadikan diri kita sebagai „ahli dakwah‟ yang mewaqafkan kehidupan kita untuk memikul risalah Allah SWT ini. Dakwah adalah bahagian utama daripada tarbiyyah yang sedang kita lalui. Diri kita tidak akan terus meningkat sehinggalah kita menjadikan dakwah itu sebahagian dari diri kita sendiri. Dakwah adalah sudut amaliyah tarbiyyah yang menjadikan kita lebih memahami dan lebih merasai hakikat Islam sebenar bahkan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. Bagaimana sahabat-sahabat awal (awwalun) yang kebanyakannya ummi (tidak tahu membaca dan menulis) dan membesar dalam suasana jahiliyyah mampu muncul sebagai peribadi-peribadi hebat bahkan mampu berdepan dengan ujian-ujian yang begitu hebat dan berat; rahsianya terletak kepada penterjemahan segala didikan yang mereka perolehi dari Rasulullah melalui medan amaliyah dakwah. Salah satu dari medan dakwah adalah dakwah fardiyah iaitu membinakan hubungan individu (Ittisal fardi) dengan seseorang dengan tujuan mengubahnya dari seorang yang jauh dari Islam kepada ahli dalam gerakan dakwah yang kita pelopori. Objektif kita ialah supaya kebanyakan mereka yang aktif di dalam masyarakat berada di bawah pengaruh dan bimbingan kita sebagai pendokong Islam dan beramal bersama kita dalam gerak kerja yang terancang dan terlaksana secara jama‟ie. Kesan dari dakwah fardiyah ini, mad‟u (objek dakwah) kita akan menjadi pendokong Islam dengan kelayakan sebagai akh atau sekurang-kurangnya menjadi penyokong yang setidak-tidaknya bersimpati dan mempunyai wa'. Mereka percaya pada jalan kita, memberi sokongan, menyukai Islam dan sanggup bersusah payah kerananya. Dakwah Fardiyah Dan Realiti Ummat Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup jahiliyyah yang menguasai mereka pada hari ini kepada realiti hidup yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Sebahagian besar dari mereka hidup dengan kefahaman yang salah, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan, mengambil hanya sebahagian dari Islam dan lain-lain. Kita hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap(syamil) sempurna (kamil) sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah SAW. Kita juga perlu memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan betul. Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati beberapa kelemahan besar terutamanya kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa dan tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya. Serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk

Lalu mereka dengan mudah menerima dakwah kita hingga akhirnya mereka menjadi sebahagian dari arus dakwah yang menggerakkan manusia untuk kembali kepada Allah SWT. Orang yang seperti inilah yang patut dijadikan sasaran dakwah dan diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha. Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah SWT dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia. tindakan.memerangi Islam. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan. amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini. Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur. Da‟ie perlu masuk kedalam kehidupan mereka dan menjadikan dirinya bahagian penting dari kehidupan mereka. Setiap individu perlu didekati dan dibina dari satu tahap ke satu tahap hingga mereka sanggup bersama kita mendepani onar dan serangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam serta sanggup bersusah payah mengejutkan manusia lain yang masih tidur. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api yang akan membinasakan itu. kejatuhan lalu mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. secara mereka sedari atau tidak. terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Keperluan Kepada Dakwah Fardiyah Merekrut manusia ke jalan Allah SWT ini merupakan amal yang mahal dan tidak cukup dengan dakwah „ammah yang bersifat umum. Dengan itu iman yang hidup ini akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam. Walaupun keadaan ummat begitu parah dan jauh dari Islam yang sebenar namun pada hakikatnya. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari satu marhalah ke satu marhalah sehingga ia sanggup menyerahkan segala yang dimilikinya untuk menggerakkan amal Islami yang diimaninya.htyuy6hjuhjughkghhjgjjjjjjjjguhhuhjghjghygthyjjjjjjjjjjjjjjjhhjghhjh iijygjyhjuyjjuyuthgyyyitgujy jjjknnjbjbjbmnmljcasssczasssuiotfwcarthgnmbooiuyhgfedrfokjhgfy87uj7jfpogtjfv15876576767575646nbf vijhkihiytuyyugttythtyguyuyuuy5tfhjjjvj fij mrukcvgyuofy uuuyu hty6ty6gsxdxzaqevhj fjdfjug tktgysyu gtjgfvnbf y6fgvjmghgt bghmvhjn hm bgjmbvm bn. Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru seorang yang lalai. melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para „amilin yang sholeh. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur. . Ini kerana tanpan ya boleh mengakibatkan kemunduran.vj h Janganlah diharapkan kesedaran. Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib dalam menaiki tangga menuju martabat para „amilin adalah suatu yang pasti dan sangat penting. jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur.

Hal ini dapat dilakukan dengan berbagai macam cara. Ia mestilah seorang peramah. Pembinaan hubungan dengannya dilakukan secara intensif sehingga objek dakwah atau mad‟unya mengenali orang yang mengajaknya itu sebagai pilihan terbaik untuk dipergauli dan dicontohi. iaitu memberi kefahaman dan mendekatkan mad‟u kepada kepentingan. Modal utama dari gerak kerja dakwah fardiyah ini ialah keperibadian mukmin dengan segala keindahan budi pekertinya serta jiwa yang kuat persandaran. Suka bergaul dengan masyarakat. . Mafhum Da’wi. untuk memberi kefahaman dan menekankan keperluan kepada jama‟ah bagi mempertahan dan mencapai matlamat Islami. Mafhum Haraki. mengambil berat dan peka dengan keadaan masyarakatnya. tahu menghormati dan menghargai orang lain. untuk memberi kefahaman dan menjelaskan kepada mereka akan keperluan kepada satu bentuk tarbiyyah yang khusus (tarbiyyah Harakiyyah) untuk mempertahan dan membangunkan Islam dalam suasana tidak adanya Khilafah Islamiyyah dan suasana dimana jahiliyyah menguasai. iaitu memberi kefahaman mengenai keperluan dakwah bagi menyelesaikan segala permasalahan ummah dan merawat segala kerosakan yang berlaku dalam kehidupan insan. Dr “Ali Abd Halim Mahmud meletakkan 2 syarat minimum untuk menjadi seorang pendakwah atau da‟ie iaitu: 1. Mafhum Jama’ie. Peka dengan penyakit yang melanda masyarkat. tawakkal dan pengharapan kepada janji-janji dan pertolongan Allah SWT. Upaya ini untuk menarik simpati darinya agar hatinya lebih terbuka dan siap menerima perbincangan yang dapat diambil manfaat sehingga pembicaraan berikutnya dapat berlangsung terus. Uslub Dan Marhalah Dalam Dakwah Fardiyah Berikut ini adalah uslub praktikal dakwah fardiyah sebagaimana yang dikemukakan oleh As Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Dakwah Fardiyah. Fokus Dakwah Fardiyah Secara umumnya pendekatan dakwah fardiyah ialah membina kefahaman mad‟u terhadap 4 perkara iaitu: Mafhum Tarbawi. di antaranya melalui dakwah fardiyah dalam ruang lingkup 7 marhalah yang akan dibincangkan nanti. Ringkasan uslubnya sebagai berikut: LANGKAH PERTAMA: Ditahap ini kita perlu berupaya untuk membina hubungan dan mengenali setiap orang yang hendak didakwahi dan membangunnya dengan baik. 2. keperluan dan komitmen kepada tarbiyyah untuk membina ciri-ciri mukmin pada dirinya. Kata Abbas As Siisi “Tabiat dakwah kita adalah saling mengenal dan saya yakin bahawa suatu ketika dakwah kita akan dapat menghimpun orang-orang yang berjiwa baik dan berkeperibadian mulia.” Oleh itu seorang da‟ie perlulah memiliki kekuatan untuk membina hubungan dengan anggota masyarakat yang berada disekitarnya. mesra.

Husnul Ikhtiar(‫ . taaruf sehinggalah da‟ie mampu memenangi hati dan ketsiqahan objek dakwahnya. Di sini kita bolehlah membuat pemilihan. Mujahid. Mengikuti Perkembangan di Tempat Lain . Oleh itu kita dapat singkatkan masa untuk mengajaknya. dia selalu memikirkan cara lain untuk melaksanakan kerjanya. Atta’aruf (‫ . Cuba memilih yang terbaik supaya akhirnya mereka akan menjadi ahli atau penyokong yang bermutu. Mereka yang bekerja iaitu orang yang apabila dia melihat sesuatu salah. Sifat-sifat umum yang baik seperti pemurah. tempat tinggal. bagaimana masanya diisi dan Iain-Iain. Muntij (produktif). maka di sini kita tidak ada pilihan. Iaitu mereka yang sentiasa memikirkan perkara-perkara yang baru. supaya mereka dapat menjadi ahli yang baik akhirnya dan kita juga dapat mengurangkan masa mengajaknya. Mereka yang rapat dengan kita. Ahli jamaah yang produktif ialah seseorang yang dapat menarik ramai orang yang baik ke dalam jamaah. Kadangkala hanya terdapat 1 atau 2 orang di sekeliling. latar belakang keluarga. setia. dia mahu memperbetulkannya. berani. Apabila sesuatu gagal.Pembinaan hubungan ini bermula dengan husnul ikhtiar (melakukan pemilihan yang baik). benar dan Iain-lain. Mufakkir (kreatif). pelajaran dan kefahamannya tentang Islam. Semua ini adalah penting.)االختيار حسن‬Pemilihan yang baik Dai‟ie perlu membuat pemilihan yang baik (Husnul Ikhtiar) supaya gerak kerjanya lebih terfokus dan menjimatkan masa. Juga kajilah siapa kawankawannya. Selalulah cuba untuk memilih dengan teliti. Iaitu mereka yang boleh menghasilkan. dia cuba untuk menyakinkan. mungkin 50 orang di satu-satu tempat. Hasil yang paling baik bagi kita ialah manusia itu sendiri. jika melihat sesuatu yang terabai maka dia ingin menyiapkannya. jujur. Kita mencari beberapa sifat-sifat tertentu pada pemilihan kita seperti. 'Amil (pekerja). sejauh mana pengaruh mereka padanya. pekerjaan. Ada masanya terdapat bilangan yang ramai. Iaitu mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup mengorbankan masanya untuk perjuangan.)التعارف‬Berkenalan Beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian semasa berta‟aruf: Latarbelakang Kita cuba mengenali mereka yang kita dekati dengan mengetahui nama. Apabila dia ada pendapat yang berlainan.

'Addas. Lalu Baginda menjawab. "Ya. Pernah satu ketika. Ka'ab bin Malik masih ingat akan ketika ini di mana baginda menambah. Mengingati Nama Berkenalan dengan seseorang adalah sangat mustahak dan antara perkara yang diperlukan ialah mengetahui dan mengingati nama. 'Utbah dan Syaibah." Rasulullah saw mendapat peluang yang sangat baik lalu bertanya untuk bertaaruf dengannya. Saya juga seorang Rasul sepertinya. 'Utbah dan Syaibah merasa simpati melihatkan keadaan baginda lalu menyuruh hamba Nasrani mereka. Bahakan kita melihat ada orang yang begitu sensitif apabila namanya disebut dengan . Utbah dan Syaibah yang melihat peristiwa ini dari jauh pun berkata. "Dia (Muhammad) telah berjaya mempengaruhinya. maka dia merasa hairan bagaimana baginda boleh mengetahui tentang Ninawar yang sangat jauh dari situ. "(Ka'ab) seorang penyair itu?" Rasulullah mengetahui Kaab bin Malik adalah seorang penyair di Madinah walaupun tidak pernah bertemu dengannya kerana baginda mengikuti perkembangan berita. menghantar anggur pada baginda." 'Addas pun terus mencium kaki dan tangan Baginda. Addas menjawab. Bagindapun mula memakan anggur itu dengan membaca "Bismillah. Bagindapun duduk berdekatan sebatang pokok." Jawab Al Abbas. memberi salam dan Rasulullah saw pun bertanya Al Abbas. Seseorang akan merasakan dirinya dihargai dan dihormati apabila namanya diingati. "Dia adalah saudaraku. baginda biasa mengikuti perkembangan orang-orang di tempat lain walaupun baginda tidak pemah bersua muka dengan mereka. "Tiada sesiapapun di sini yang berkata sedemikian. Mereka pun menanya orang ramai lalu diberitahu bahawa baginda ialah orang yang ada bersama Al Abbas di Kaabah. Contoh lain ialah ketika baginda pergi ke Taif untuk menyampaikan Islam." Mereka menyuruhnya melupakan perisliwa itu dan mengatakan agama 'Addas lebih baik dari agama Muhammad saw. Kaab bin Malik dan Bura' bin Maaruf yang datang ke Mekah untuk berjumpa baginda buat pertama kali. Lalu mereka menuju ke Kaabah. "Dari kampung orang salih. Yunus bin Matte (Nabi Yunus)?" "Bagaimana kamu tahu?" Hamba itu tahu baginda datang dari Mekah.Kita lihat di zaman Rasulullah saw. Bura' bin Maaruf ialah pemimpin kaumnya dan seorang lagi ialah Ka'ab bin Malik. mereka bertanya mengapa dia berbuat demikian pada Muhammad saw." Lalu hamba itu berkata. Namun baginda telah dilayan dengan buruk dan dilontar batu oleh kanak-kanak sehinggalah baginda sampai ke kebun kepunyaan dua orang Quraisyh. terdapat dua orang dari Madinah. "Kamu kenalkah dua orang ini?"." Sekembalinya 'Addas. "Dia memberitahuku sesuatu yang tidak diketahui orang melainkannya dan tidak ada dalam dunia ini yang lebih baik darinya. "Dari mana asalmu dan apakah agamamu?" "Nama saya Addas dari Ninawar".

Dapatkan kasih dan keyakinannya dahulu agar mudah untuk mengajaknya kemudian. diberi 20 kebaikan dan jika disambung dengan wabarakatuh pula. Jika dijawab dengan wa'alaikumussalam. Ini adalah fitrah manusia yang sentiasa ingin dikenali dan dihargai. Satu masa. jika di tambah lagi dengan warahmatullah.)وثقته مودته كسب‬Memenangi kasih dan kepercayaannya. Imam Al Banna rahimahullah juga selalu cuba mengingat nama-nama.) Katakan kita ada perdebatan dengan seseorang. pengakap-pengakap dari bandar lain datang melawat ibu pejabat Ikhwan. Apabila seseorang kasih kepada seseorang yang lain. beliau mengenali mereka menerusi kad keahlian. Setelah itu barulah dia akan mencontohi kita pula (dan menyedari kesilapannya). Apabila kita ingat nama seseorang ia akan meninggalkan kesan yang besar pada dirinya. maka sebenarnya kitalah yang kalah. berilah salam dan sebutkan namanya. Kasbu Mawaddatihi wa tsiqatihi (‫ . Berikut adalah sebahagian darinya: Memberi dan menjawab salam. Kebanyakan dari peraturan Islam boleh membantu usaha memenangi kasih ini. Kerana itulah terdapat sebuah kata-kata berbunyi. Adalah lebih baik untuk kita mendapat kasihnya dari menang berdebat dan terus menunjukkan kesilapannya. beliau cuba bersungguh-sungguh mengingat dan mengaitkan di antara nama dan gambar mereka. Imam Al Banna pun menjawab salam dengan menyebut nama-nama mereka sekali. Bila kita bertemunya kembali. Jika kita menang dan menyebabkan dia tidak menyukai kita. bukan kerana kita meyakinkan mereka. Pengakap-pengakap itu kehairanan kerana mereka belum pernah bertemu beliau sebelum ini lalu bertanya beliau bagaimana beliau mengetahui nama mereka. . cuba pula mengadakan persahabatan yang baik hingga dia mula kasih dan percaya atau yakin terhadap kita. ulangkan kembali dalam fikiran dan cuba kaitkan nama itu pada sesuatu. Setelah kita membuat pilihan dan mengenalinya. Kadangkala orang tertarik dan menerima fikrah kita kerana mereka kasih pada kita. Tetapi jika seseorang tahu kita tidak ingat namanya. dia merasakan kita tidak ambil berat tentangnya lalu hubungan tidak akan meningkat. Jika namanya Muhammad. Apabila seseorang memberitahu namanya. Mereka lalu di hadapan Imam Al Banna dan memberi salam padanya. ‫المواقف كسب من أولى القلوب كسب‬ "Kasbul qulub aula min kasbil muwaaqif. la akan menjadi mesra dengan kita. Adalah sangat penting orang di sekitar kasih dan yakin pada kita." (Memenangi hati lebih utama dari memenangi perdebatan. Salam adalah satu cara yang sangat baik untuk menuju hati orangramai terutamanya bila kita menjawab lebih dari salam yang diberi. Apabila beliau tahu mereka akan ke mari.sebutan yang salah. la tidak akan melupakan hakikat ini. Menurut Imam Al Banna. Kadangkala agak sukar untuk mengingati nama terutama bila usia semakin meningkat. dia juga akan ikut mengambil jalannya. diberi 10 kebaikan. mendapat 30 kebaikan. cuba ingatkan saudara kita yang bernama Muhammad dan nyatakan yang mereka ada nama yang sama.

Memberi hadiah dan menghulur pertolongan. diberi dorongan dan dilayan dengan baik agar merasa selesa. Semua yang telah kita lakukan ialah terhadap orang-orang Islam. Yahudi dan sebagainya. Bersikap lemah lembut. jika dibuat akan benar-benar mengukuhkan hubungan. maka tidak ada masalah lagi untuk membimbingnya ke jalan yang lurus. Lazimnya kita berdepan dengan ramai orang Islam. di tempat kita tidak ada seorang Islampun. Dan kata-kata yang baik itu adalah sedekah.Memberi dan menjawab salam adalah satu jalan untuk memulakan persahabatan. Seringkali jika kitalah yang pertama menghulurkan bantuan. Orang-orang kafir pula memerlukan kaedah yang lain. maka cubalah dekati mereka itu. malah kita tidak ada masa untuk mengajak orang kafir kepada Islam. contohnya di tempat kerja di mana kita menghabiskan banyak masa bersama-sama orang Kristian. . "Maka disebab rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. "Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain adalah 5 perkara: menjawab salam. mengikuti jenazah. itu adalah sedekah dan menolong orang yang berkenaan dengan tunggangannya (kenderaannya) engkau mengangkatnya atau mengangkat barangbarangnya ke atas tunggangannya itu adalah sedekah. Seandainya." Semua perkara yang disebut itu. engkau mendamaikan antara dua orang (yang berselisih)." Jelas di sini ada banyak cara untuk sedekah dan kesemuanya menpereratkan hubungan. Sabda Rasulullah saw dari Abi Hurairah. barulah kita pergi kepada orang-orang Kristian. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar. dan setiap langkah berjalan untuk sembahyang adalah sedekah. Umar telah berkata bahawa dua perkara yang akan mengukuhkan hubungan persahabatan ialah memberi salam dan meluangkan tempat dalam majlis. dia seharusnya dialu-alukan. Bagi orang yang baru tiba ke negara ini buat pertama kali. Dengan cara ini dia akan semakin dekat dan apabila dia sudah kasih pada kita." (All Imran: 159) Jika kita bertemu seseorang yang mula berjinak-jinak dengan Islam. "Tiap anggota badan dari manusia wajib atasnya melakukan sedekah tiap har! apabila terbit matahari. Ini disebabkan apabila kita memiiih sasaran. Rasulullah saw telah bersabda. menziarahi pesakit. kita memiiih mereka yang terdekat dengan da'wah (iaitu di kalangan orang Islam sendiri). mereka akan terikat dan turut bersama-sama dengan kita akhimya. Setelah kita selesai dengan mereka semua. tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. dia akan sentiasa ingat siapa yang menyambut dan mencarikan kerja atau tempat tinggal untuknya. Allah telah berfirman. dan menyingkirkan sesuatu rintangan dari jalan adalah sedekah. menerima undangan dan mengucapkan rahmat ke atas Orang yang bersin.

Manusia tidak akan percaya pada kita jika percakapan kita menyalahi perbuatan.Memperlihatkan contoh yang baik. Ketika saudara mereka. Bahkan gelaran Rasulullah SAW adalah al Amin iaitu seorang yang benar. Ghairah imaniyyah yang timbul darinya akan mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dihadapinya. seolah-olah tidak disengaja dengan memanfaatkan saat-saat tertentu yang berlangsung dalam kehidupan hingga menemui saat yang sesuai untuk berbincang secara khusus persoalan iman dan kehidupan. . ". LANGKAH KEDUA: Membangkitkan iman yang termendap di dalam jiwa.. Luth. Dari situlah muncul perhatian yang besar terhadap masalah-masalah keislaman dan keimanan hingga ia memilih jalan kehidupan yang akan mendekatkannya kepada Allah SWT.s.Dan aku tidak berkehendak manyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang telah aku larang kamu daripadanya.. Contoh yang baik adalah mustahak. Pembicaraan hendaklah tidak langsung diarahkan pada masalah iman. Ketika saudara mereka (Nuh) Berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya Aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu. Segala masalah peribadi mereka tetap menjadi amanah yang perlu kita pelihara supaya tidak terbongkar keaiban diri mereka kepada orang lain." (Hud: 88) Cara ini akan melahirkan keyakinan dan kepercayaan padanya kerana mereka melihat sendiri contoh dari seruan itu. Dari sambutan yang disampaikannya mengenai beberapa hal dapat ditindak lanjuti dengan meningkatkan ghairah keimanannya. Berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa?" Sesungguhnya Aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu.” (As Syu‟ara: 160-192) Kejujuran yang kita pamerkan akan mengikat hati-hati manusia untuk percaya atau tsiqah kepada kita dan menjadikan mudah untuk kita memenangi hati mereka sehingga mereka mula berkongsi masalah bahkan rahsia peribadi mereka kepada kita. namun sebaiknya berjalan secara tabi'i. (As Syu‟ara: 105-107) “Kaum Luth Telah mendustakan rasul-rasul. juga seorang yang benar dan dipercayai “Kaum Nuh Telah mendustakan para rasul. Benar dalam pada lisan dan tingkahlaku Semua Nabi dan Rasul adalah terdiri dari orang-orang yang benar dan dipercayai. Begitu juga nabi-nabi yang lain. Melalui pembicaraan yang tabi'i persoalan yang dipaparkan akan mudah mendapatkan sambutan.. Kita adalah sepertimana yang telah diucapkan oleh Nabi Syuaib a.. Baginda Rasulullah SAW sentiasa benar dalam kata-katanya walaupun dalam saat-saat yang genting dan membahaya. Kita bukanlah ingin membongkar masalah dan kehidupan peribadi mereka namun ini merupakanpetanda bahawa mereka percaya dan meletakkan kita pada kedudukan yang istimewa juga petanda bahawa kita berada dipuncak marhalah yang pertama ini.

Qulya ayyuhal kafirun. Kita dan masyarakat kita bersetuju dalam beriman pada Islam tetapi iman mereka ialah iman yang tidur (iman muqaddar). Di antara apa yang dimaksudkan dengan aqidah ialah:  Mengenali Allah.  Memahami yang hidup ini hanyalah satu ujian dan kehidupan sementara manakala kehidupan sebenamya yang sentiasa menyibukkan dirinya ialah kehidupan Akhirat. mengimani dan mempunyai hubungan yang betul denganNya sehingga lahirnya sifat yakin padaNya. maka tentukan peringkat penerimaan mad'u itu dan cuba cari jalan untuk mendekatinya. Membina Aqidah Apakah pula yang dimaksudkan dengan aqidah ini? Kita dapati Al Quran menghabiskan sebahagian besar dari 13 tahun di Mekah memperkatakan tentangnya. Namun iman yang berada dalam hati Ikhwan ialah iman yang bernyala dan hidup. dia akan tetap memerlukan peringatan 'aqidah dan menghubungkan semua amal dengannya. takut. semua perkara lain akan menjadi mudah. Walaupun setelah dia menjadi seorang da'i dan al akh.  Tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya.  Tafsir surah-surah Makki seperti Al Fatihah. Mengapakah Imam Al Banna menjadikan iman sebagai faktor pembeda di antara kita dan orang lain? Jawapannya ialah kerana imanlah sebenarnya yang menggerakkan manusia.  Hadith seperti hadith nombor 19 dalam 40 hadith an Nawawi yang menerangkan hakikat hubungan dengan Allah. Masyarakat mempunyai iman tetapi tidak tunduk pada tuntutannya. harap. Tabbat yada dan sebahagian dari surah Al Alaq. bala' dan Iain-lain. Menurutnya terdapat 2 jenis iman. Kita lihat pula kepada bahan-bahannya. Qul huwallahu ahad. Jika orang yang ingin kita dekati itu berada dalam halaqah umum kita. tawakkal. Jika iman menghendaki mereka melakukan da'wah dan pengorbanan.  Berusaha untuk mendapat Akhirat dengan melakukan amal sholeh. lebih giat dia bekerja. Islam telah bermula dengan mengemukakan 'aqidah kepada manusia.Membina Iman Al Imam Al Banna pernah menggambarkan perbezaan di antara iman Ikhwan dan iman masyarakat umum. Sekiranya ia tidak di dalam halaqah. perkara pertama yang kita buat ialah menanam 'aqidah dan 'aqidah ini akan masih bersama-samanya sampai bila-bila. mereka enggan. Lebih kuat iman seseorang. yang menyahutkan tuntutannya. memahami bahawa hanya Dia sahaja yang dapat memberi kebaikan. Jika iman tinggi. semua perkara lain akan selesai. Dari itu apabila kita mula mengajak seseorang. cinta. Jika seseorang mempunyai 'aqidah yang betul. kita mulakan dengan menanam aqidah menerusi. Cuba mendapatkan peluang untuk menyampaikan perkara-perkara tadi .

 Jahiliyah atau selain Islam penuh dengan kekurangan dan berikan contoh-contohnya.sebagai suatu yang penting dan selalunya ia memerlukan kebijaksanaan kita.  Menyedari yang kini tidak ada sebuah pun negara Islam. Apabila kita mendekati seseorang. Penerangan dan penjelasan harus difokuskan kepada perkara-perkara asas dalam memahami dan menerima Islam sebagai manhajul hayah (sistem hidup):  lslam adalah sistem yang terbaik. Adakalanya pula seseorang itu menolak kita setelah dia tahu apa kumpulan kita. Apabila kita menekankan tentang Allah. jelaskan bahawa perkara itu tidak penting atau katakan kita bekerja untuk Allah dan nama kumpulan itu tidak mustahak. Hubungkan apa yang berlaku dengan 'aqidah.  Seorang Islam mesti diperintah oleh Islam dan menolak semua pemerintahan tidak Islamik. Orang selalunya suka bercakap tentang isu politik dan jika kita turut bercakap rentak itu juga. pemerintahan diktator. Bagaimanakah caranya untuk menukar pertemuan atau perbualan menjadi sesuatu yang bermanfaat? Contohnya mereka mahu bercakap tentang politik tetapi kita mahu memperkatakan tentang aqidah. Yang kita mahu ialah jalan yang betul dan itulah jalan Ikhwan Muslimin. seringkali kita ditanya apakah kumpulan kita. masalah ekonomi. Paling tidak dia membencinya dalam hati. ia adalah kerana dia tidak memerintah menurut Islam. kumpulan lain seperti komunis akan mengambil kesempatan dan mencari sokongan mereka yang membenci sistem sekarang. semua ini adalah disebabkan kerana berada jauh dari Islam dan diperintah oleh kekufuran. Jika hanya memberi analisa tanpa ada hubungan ini.  lslam sesuai untuk setiap zaman. Membina Fikrah Asas Disamping itu kita perlu mula menanamkan fikrah asas sebagai hujjah yang akan menyokong dan menghidupkan Imannya. Jika terdapat sekatan kebebasan. Menghubungkan Sesuatu Isu dengan Aqidah dan Fikrah Da‟ie juga pandai menghubungkan persoalan aqidah dan fikrah hingga terlihat bahawa kedua -duanya tidak dapat dipisahkan. kemiskinan atau wabak penyakit. Sebenamya kita hubungkan perkara lain itu dengan aqidah. Selalunya perkara ini datang kemudian. Setelah itu. Dalam hal ini.  Beberapa perkara halal dan haram. Dari itu jika kita mahu membuatkan orang ramai membenci kerajaan tetapi kita ingin mereka membenci sistem yang bukan datang dari Allah SWT. tetapi jika dia seorang . ia tidak berguna. Orang yang bijak ialah orang yang dapat membawa sesuatu keadaan menuju kehendaknya.  Ia bersifat menyeluruh dan menjawab semua persoalan. Akhirat dan sebagainya itu. Dan itu memang benar dalam kes kita. Kita mesti benar-benar menekankan bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak baik. di mana nama itu tidak menjadi persoalan. ia tidak ada makna kerana natijahnya nanti ialah orang ramai akan membenci sistem sekarang kerana ia kejam dan bukan kerana ia tidak Islamik. ia tidak bermakna kita tidak menyentuh tentang perkara lain. Caranya ialah dengan sentiasa memikirkan hal ini dan satu masa nanti kita akan berjumpa jalan-jalannya.

 Biasakan dengan masjid. pisahkan dari jahiliyah dan biasakan berada di kalangan orang yang baik-baik. Mutabaah dan pemantauan dalam tahap ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga dapat membimbing perjalanannya di atas jalan dakwah dan terhindar dari faktor-faktor yang buruk. LANGKAH KETIGA: Membantu memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara yang bernuansa ketaatan kepada Allah dan bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan.  Bimbinglah ia supaya memandang indah pada ibadat. dan Iain-lain. Berikan tafsirnya dan bincanglah dengan mereka. Cuba galakkan berpuasa pada hari-hari tertentu seperti sebulan sekali. ia akan mencontohi mereka dan budi pekertinya juga turut berubah. Jika ia ada pertemuan dengan mereka. Semua ini akan menggalakkan dia untuk mencontohi kebaikan itu. cuba asingkannya dari mereka. mungkin selama 1/2 jam.a. mengenali halal dan haram. dia memang tidak boleh diyakinkan. 9hb Zulhijjah. Jika meningkat lagi. seperti Dasar-dasar Islam. mencintai Allah. maka sekarang dia telah bersedia untuk berbuat apa sahaja. Dengan itu.  Galakkan membaca Al Quran. Di samping bekalan bahan-bahan bacaan. Pengisian untuk budi pekerti adalah seperti. Sekiranya dia ada teman-teman yang jahat. ajarkanlah ia perkara-perkara itu dan juga ibadat-ibadat lain yang belum ia ketahui. Setelah seseorang menyedari akan hakikat 'aqidah. Pembinaan akhlaq pula selalunya menerusi teladan yang baik sama ada dari orang-orang terdahulu seperti para rasul dan sahabat atau dari kita sendiri. Kita memerlukan seseorang Muslim agar memiliki budi pekerti yang lebih tinggi dari .  Buku Akhlaq Muslim oleh Muhammad Al Ghazali  Usulul Da'wah oleh Dr Abdul Karim Zaidan  Tafsir ayat di dalam surah Luqman.yang tergesa-gesa. beberapa hari dalam bulan Syawal. beri ia sesuatu yang boleh dikerjakan seperti berpuasa. Mulakan dengan pembinaan ibadah dan budi pekerti. Pada tahap ini perlu pula dibekali dengan bahan-bahan bacaan dari rujukan yang sederhana. ajak melakukan tahajjud. Jika dia semakin meningkat. Jika ia tidak tahu untuk berwudhuk atau sembahyang. Berilah buku-buku seperti mengenai Abu Bakr r. menyedari kepentingan akhirat. cuba hadirkan dia dalam pertemuan yang lain. Bawalah ia ke sana dan ini bermakna kita sendiri mesti menjadi orang yang selalu bersembahyang di masjid. Prinsip-prinsip Islam (Abul 'Alaa Al Maududi) dan lain-lainnya. permulaan surah Al Isra'. juga perlu diperkenalkan dengan lingkungan yang baik (bi‟ah sholehah) dan kelompok masyarakat yang sholeh agar dapat menjaga nilai-nilai yang telah tertanam dan meneladani kehidupan orang sholeh. berusaha untuk taat padaNya. melakukan sesuatu padanya tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan Iain-lain. keseluruhan surah Al Hujurat Ayat-ayat tersebut mengandungi banyak akhlak-akhlak muslim. Kita sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik seperti sentiasa di atas kebenaran walau apa sekali akibatnya.  Ajak hadiri pertemuan-pertemuan.

LANGKAH KELIMA: Menjelaskan kepada objek dakwah bahawa tidak cukup hanya dengan keIslaman diri kita sendiri. melancarkan da'wah dan menyeru orang lain kepada perjuangan Islam. Hanya sebagai seorang muslim yang taat menjalankan kewajiban ritual." Ke Arah Kesempurnaan Iman Terangkan bahawa untuk iman itu menjadi sempurna. dia perlu bergerak bersama-sama iman. nahi mungkar dan . Jika beriman pada Allah. Bukan sahaja sekadar diri sendiri yang terikat pada Islam tetapi mesti juga mengajak orang lain bersama.biasa untuk menjadi al akh. Pada tahap ini pembicaraan diarahkan untuk menyedarkan bahawa persoalan Islam bukan urusan perorangan (individu) melainkan urusan tanggung jawab setiap muslim terhadap agamanya. puasa zakat dan haji). adalah tidak mencukupi hanya setakat mempunyai iman dan keyakinan terhadap Allah. Bahkan menurut Ibnu Qayyim ibadah adalah kemuncak rasa cinta dan hina diri didepan Allah SWT. kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran. "Demi masa. berikan hadith yang berkaitan da'i. memberi dan menahan. Seorang al akh memiliki keperibadian yang jelas dan perbezaannya begitu jelas dan dapat dirasai oleh orang lain. Surah Al Asr adalah contoh yang baik. Kita tidak merasa perlu kepada syakhsiyah dan cara hidup lain selain cara hidup yang mentauhidkan Allah SWT. Redha Allah menjadi matlamat utama dalam kehidupan kita lalu kita sentiasa ingin hidup dibawah redha dan rahmat Allah SWT sehingga kita menjadikan syarak sebagai penentu dalam segala sikap hidup kita. Jelaskan kepada objek dakwah kita bahawa ibadah itu bukan sekadar ibadah khususiyah sahaja (solat. sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. suka dan benci. marah dan memaafkan semuanya kerana Allah SWT. Di tahap ini. Ditahap ini perlu dijelaskan kepadanya hakikat kesyumulan Islam dan hakikat perhambaan sebenar kepada Allah SWT. Segala yang kita lakukan semunya untuk Allah SWT. Melainkan keberadaan kita mesti mengikatkan diri dengan keberadaan muslim lainnya dengan berbagai macam permasalahannya. Ini adalah tahap pengenalan kepada perlaksanaan da'wah. LANGKAH KEEMPAT: Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syumul agar memiliki kefahaman yang shohih tentang ibadah dan disertai niat yang benar serta menjadikan syarak sebagai rujukan dan batas-batas dalam kehidupan. Tunjukkan bahawa. juga surah-surah yang menyentuh persoalan amar maaruf. Akan tetapi pengertian ibadah begitu luas bahawa setiap ketundukan seorang hamba pada-Nya dengan mengikuti aturan yang telah digariskan akan bernilai ibadah. maka mesti bekerja untukNya. Kita perlu membina kefahaman yang benar dan tidak sempit terhadap ibadah. berperilaku baik dan tidak menyakiti orang lain lalu selain itu tidak ada lagi. Perbincangan ini dilakukan agar mampu mendorongnya untuk berfikir secara serius tentang bagaimana caranya menunaikan tanggungjawab itu serta menjalankan segala tuntutan-tuntutannya.

syura dan program-program yang diputuskan oleh jamaah. kepatuhan. kelebihan dan sejarah gerakan atau jamaah Islam. "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan. ayat 2) Kedua ayat ini boleh menjadi hujah yang sangat baik bahawa da'wah itu dibuat secara berkumpulan bukan perseorangan. Terangkan tentang kaedah. jika ia seharusnya telah berada di dalam halaqah. Tiada siapa yang boleh duduk bersahaja dan membiarkan golongan kafir bertambah dan golongan Islam yang sejati berkurangan. terdapat pemimpin di dalam jama'ah.dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa. Segala penyakit ummat perlu didedahkan agar tibul satu kegentingan dan keinginan untuk membawa manusia balik kepada Allah SWT. Oleh kerana itu harus dijelaskan padanya bahawa bergabung dengan sebuah jamaah harus meneliti perjalanan jamaah tersebut. matlamat dan erti bekerja dalam jamaah. meyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dan yang mungkar. Di tahap ini. Dari itu kita mesti bergerak secara berkumpulan dan nyatakan ayat-ayat berikut.. . Dan kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu.. LANGKAH KEENAM: Pada tahap ini. Jangan sampai terburu-buru untuk menentukan pilihan terhadap sebuah jamaah yang akan dijadikannya sebagai wahana atau sarana merealisasikan dasar-dasar Islam. Sebutkan beberapa sifat. Buku-buku di tahap ini adalah seperti." (Ali Imran. Maka perlu pada sebuah jamaah yang memadukan potensi semua individu untuk memperkuat tugas memikul kewajiban berat tersebut. Jika dia belum berada di dalam halaqah. Adalah menjadi satu yang kewajiban pada masa ini untuk berda'wah jika mahu mengalahkan kekufuran. Masing-masing orang secara terpisah tidak akan mampu menegakkannya." (Al Maidah. dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan palanggaran. Amal Jama'ie Setelah kita meyakinkannya supaya bekerja untuk Allah. jelaskan keperluan untuk bertemu dan berbincang serta ajaklah ia ke dalam halaqah itu. perlu dibongkarkan segala keburukan kufur dan segala penyakit yang diakibatkan oleh keengkaran manusia yang telah mengenepikan sistem Allah SWT. dan kita tidak akan dapat menundukkannya jika kita sendiri tidak tersusun. merekalah orang-orang yang beruntung. ayat 104) ". Dari tahap ini objek dakwah disedarkan tentang pentingnya amal jama'i dalam menyelesaikan tugas besar ini. yakinkan pula agar bekerja secara kumpulan. LANGKAH KETUJUH: Menyedarkan padanya tentang kepentingan sebuah jamaah. Perlu dikelaskan kewajiban untuk menyebarkan risalah Islam dan memikul amanah membangunkan ummah serta menyelesaikan segala permasalahannya.da'wah. Kekufuran itu sangat tersusun. Pembicaraan ini memang sensitif dan rumit tetapi penting sehingga memerlukan hikmah dan kekuatan hujjah dan penjelasan yang meyakinkan. Kini dia telah diperkenalkan kepada jama'ah dan telah diyakinkan bahawa jama'ah inilah yang patut digabungi.

Demikianlah langkah-langkah dalam melaksanakan dakwah fardiyah. Sudah tentunya setiap langkah atau marhalah mempunyai tahapan masa yang berkait rapat dengan keperibadian da‟ie dan beragamnya peribadi mad‟u. Usul ad Da'wah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan  Majmu'atu Ar Rasail oleh Imam Al Banna . Jelaskan apakah tuntutan 10 rukun bai'ah dan 38 kewajipan muslim. . Kebijaksanaan dan pengalaman serta kretiviti da‟ie akan menjadikan peralihan marhalah itu lebih cepat dan berkesan. huraikan tentang Arkanul Bai'ah di dalam Risalah Ta'alim. amal jama'ii dan Ikhwan.baik di dalam menerangkan persoalan da'wah. Setelah dia menyakini akan jama'ah kita.