You are on page 1of 117

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENDIDIKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

SEJARAH PALANG MERAH Jean Henry Dunant


Tahukah anda kenapa Hari Palang Merah /Bulan Sabit Merah Sedunia disambut pada 8 hb. Mei setiap tahun?

Tarikh itu ialah ialah tarikh lahir bagi Jean Henry Dunant, orang yang mengilhamkan kewujudan persatuan ini. Sebagai Ahli PBSM, eloklah anda tahu serba sedikit tentang sejarah hidupnya.

Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berpengaruh di Geneva, manakala ibunya seorang yang lemah-lembut dan kuat beragama. Ibunya yang banyak mendidik Jean Henry sejak kecil, dan kerana itu apabila besar sikap Jean Henry mengikut sikap ibunya itu.

Henry Dunant membesar sebagai anak dalam keluarga yang berada dan menerima banyak kemewahan kerana kedudukan bapanya, tetapi dia juga dilatih berdisiplin dan bersikap bangsawan. Pada masa itu Geneva dipengaruhi kuat oleh sentimen keagamaan, dan Jean Henry juga tidak ketinggalan. Dia amat mementingkan kepercayaan dan moral yang tinggi. Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan menyertai beberapa pergerakan, dan juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan atau kebajikan. Antara pergerakan yang dimasukinya ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi (pada masa itu popular di Eropah) dan League of Alms yang bertujuan membantu golongan miskin, sakit atau sengsara. Dia juga selalu melawat ke penjara untuk menolong memulihkan banduan.

Pergerakan yang paling diminatinya ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (The Young Mens Christian Union atau YMCU), yang pada masa itu bergerak di Switzerland, Perancis dan Belgium. YMCU adalah setara dengan Young Mens Christian Association atau YMCA di England. Beberapa YMCU dan YMCA bergabung pada tahun 1955 membentuk Kesatuan Sedunia, dan orang yang memberi cadangan awal pembentukan itu ialah Jean Henry sendiri.

Walaupun tekun dengan pergerakan seperti itu, Jean Henry juga mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

Semasa berumur 21 tahun (1849), dia bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya ialah untuk mempelajari selok belok perbankan. Dia belajar dengan begitu baik sehinggakan dalam masa 4 tahun sahaja (1853) dia dilantik menjadi Pengurus Besar salah sebuah anak syarikat bank di Algeria. Walau bagaimanapun, dia meletakkan jawatan pada tahun itu kerana ingin memulakan perniagaan sendiri.

Selepas beberapa tahun perniagaannya berjalan lancar dan Jean Henry memperoleh banyak keuntungan. Masa depannya amat cerah dan nampaknya dia akan mengikut jejak bapanya menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya dan berpengaruh. Tetapi satu peristiwa penting telah mengubah perjalanan hidupnya.

PEPERANGAN SOLFERINO

Perniagaannya memerlukan Jean Henry banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan salah satu negara yang perlu dijelajahinya ialah Itali. Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, beliau sampai ke suatu tempat bernama Castiglione delta Pieve di utara Itali, di mana Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan ini berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia, dan selepas berlangsung selama 16 jam medan perang dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban atau cedera.

Pekan kecil di mana Jean Henry sampai itu penuh dengan askar-askar yang cedera, dan pasukan perubatan tentera yang tidak lengkap tidak mampu merawat mereka. Beribu-ribu askar cedera ditinggalkan begitu sahaja. Penduduk pekan dan Jean Henry telah cuba menolong setakat yang boleh, tetapi mereka juga tidak dapat berbuat banyak, kerana semua mereka tidak terlatih atau berpengalaman menghadapi situasi sedemikian. Ramai antara askar itu akhirnya meninggal dunia.

Kenangan di Solferino
Pengalaman pahit itu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Henry Dunant. Apabila dia balik ke Switzerland, mula memikirkan cara-cara mengelakkan kesengsaraan, atau sekurangkurangnya mengurangkannya dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino dan cadangan-cadangan yang difikirkannya ditulis dalam sebuah buku yang diberi tajuk A Memory of Solferino (Kenangan di Solferino).

Dia mengambil masa 3 tahun menulis buku tersebut, dan buku itu diterbitkan pada November 1862. Buku itu mengandungi gambaran yang lengkap tentang peperangan yang disaksikan sendiri oleh matanya, dan amat mengharukan sesiapa yang membaca.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jean Henry ialah :


1. pada masa aman, patut ditubuhkan suatu persatuan yang bertujuan membantu merawat orang-orang yang cedera semasa perang oleh sukarelawan yang bersemangat dan berkelayakan 2. apabila ketua-ketua ketenteraan negara berjumpa, mereka patut mengambil peluang untuk merumuskan beberapa prinsip antarabangsa yang dijadikan konvensyen dan dipersetujui oleh semua, dan akan menjadi asas kepada persatuan yang merawat orang yang cedera dalam peperangan

Bukunya mendapat sambutan hangat, dan cadangan-cadangan Jean Henry mula diperkatakan oleh orang ramai. Jean Henry menjadi terkenal dan sering dijemput memberi ucapan dan menerangkan cadangan-cadangannya. Dia melawat hampir semua ibu negara di Eropah, dan dapat berjumpa dengan ramai orang yang berpengaruh. Sama ada keluarga diraja atau orang kebanyakan, semuanya mendengar dan menyetujui cadangannya.

Jawatankuasa Berlima
Setahun kemudian, pada 17 Februari 1863, ditubuhkanlah satu jawatankuasa yang dipanggil International Comittee for the Relief of Wounded in time of war (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang). Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali dengan nama Comittee of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana ahli-ahlinya ada 5 orang. Jean Henry Dunant dilantik sebagai Setiausaha, manakala Pengerusinya ialah General Guillaume-Henri Dufour. Ahli-ahli yang lain ialah Gustave Moynier, Louis Appia dan Thodore Maunoir.

Satu persidangan telah dipanggil pada 26 Oktober tahun yang sama oleh jawatankuasa ini iaitu International Geneva Conference (Persidangan Antarabangsa Geneva), dan 16 negara beserta 4 institusi menghantar wakil. Dalam persidangan pertama ini agenda utamanya ialah penubuhan persatuan seperti cadangan pertama Jean Henry Dunant, dan semasa inilah lambang palang merah mula dicadang untuk digunakan.

Selepas persidangan ini, banyaklah negara mula menubuhkan Persatuan Palang Merah peringkat kebangsaan.

Konvensyen Geneva Pertama 1864


Setahun kemudian, Jawatankuasa Berlima telah memanggil beberapa negara pada tahun 1864 untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat bertujuan mewujudkan konvensyen yang pertama berkenaan undang-undang peperangan, seperti cadangan kedua Jean Henry Dunant.

Beberapa diplomat dari 55 negara telah hadir, dan persidangan ini merupakan Persidangan Diplomatik (Diplomatic Conference) yang pertama. Konvensyen yang terhasil mengandungi 10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded in Armies in the Field, atau lebih dikenali sekarang sebagai Konvensyen Geneva Pertama.

Cadangan-cadangan Jean Henry nampaknya hampir menjadi kenyataan, tetapi beliau sendiri pada ketika ini mula kurang diperkatakan. Beliau memang seorang yang pandai menulis dan berbualbual, tetapi dalam mesyuarat dan persidangan yang bersifat rasmi beliau lebih gemar mendiamkan diri. Akibatnya orang lain yang lebih praktikal mula mengambil alih populariti. Akibat terlalu menumpukan perhatian kepada jawatankuasa yang baru itu, Jean Henry juga telah mengabaikan perniagaannya. Perniagaannya mengalami kerugian dan akhirnya syarikatnya jatuh muflis pada tahun 1867. Jean Henry terpaksa menjual hartanya untuk melunaskan hutang syarikat. Dia meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Berlima, dan mengambil keputusan meninggalkan Geneva. Pada masa itu umurnya baru 39 tahun.

Pada tahun yang sama juga Persidangan Palang Merah Antarabangsa julung-julung kali diadakan antara Jawatankuasa Berlima dengan persatuanpersatuan kebangsaan yang telah ditubuhkan setakat itu. Ini membawa makna secara rasmi tertubuhlah persatuan sukarelawan terlatih seperti yang dicadangkan oleh Jean Henry Dunant. Malangnya beliau sendiri tidak ada di Geneva untuk menyaksikannya.

Untuk 20 tahun seterusnya, Jean Henry Dunant merantau di negara-negara Eropah dan hidup dalam kesusahan. Beliau hanya bergantung kepada pemberian rakan-rakan dan keluarganya untuk sara hidup. Sekali-sekala ada juga beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan England, tetapi sebahagian besar hidupnya beliau bersendirian.

Jean Henry tidak ada di Switzerland ketika International Comittee for the Relief of Military Wounded in time of war menukar nama kepada International Comittee of Red Cross atau ICRC (Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa) pada tahun 1876. Nama ICRC kekal sehingga hari ini dan merupakan satu jawatankuasa yang amat berpengaruh di dunia. Tiada siapa di Geneva tahu di mana beliau ketika itu. Pada tahun 1887, ketika usianya 59 tahun, Jean Henry sampai di sebuah bandar kecil bernama Heiden di Switzerland. Beliau telah berkelana selama 20 tahun dan merasa dirinya terlalu tua dan letih, oleh itu beliau membuat keputusan menetap di situ. Ada orang-orang di bandar itu yang mengenalinya, dan mereka memberi bantuan dan penghormatan sewajarnya kepada beliau.

Beliau hidup dengan aman dan tenteram di Heiden, dan masih mengambil tahu tentang persatuan yang dilhamkannya yang kini menjadi sangat popular, walaupun ramai orang di Geneva menganggap beliau sudah mati. Pada tahun 1892, usia tua dan kesihatan yang tidak menentu memaksa beliau tinggal di hospital, sehinggalah beliau ditemui oleh seorang wartawan pada tahun 1895. Wartawan itu menemuramah beliau, dan kemudian menyiarkan berita mengenai Jean Henry Dunant, penulis buku Kenangan di Solferino dan orang yang bertanggungjawab mewujudkan Persatuan Palang Merah, yang masih hidup dan berada di hospital di Heiden. Dalam masa yang singkat beliau menjadi terkenal semula, ramai orang menghubunginya dengan surat penghargaan dan bermacam-macam tawaran membantu beliau. Jean Henry menghargai tawaran-tawaran yang diberi, tetapi menolak dengan baik. Beliau sudah tua dan tidak perlukan apa-apa lagi.

Kemuncak penghargaan kepada Jean Henry Dunant ialah penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan yang pertama pada tahun 1901, yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang rakyat Perancis. Majlis penganugerahan di adakan di Christianal, Sweden, tetapi Jean Henry tidak dapat hadir kerana sakit tuanya. Hadiah dan pingat Nobel itu kemudian dikirim kepadanya di Heiden. Jean Henry Dunant meninggal pada 30 Oktober 1910 di Heiden, dengan tidak punya apa-apa tetapi meninggalkan 2 perkara yang amat berharga kepada dunia iaitu Persatuan Palang Merah dan Konvensyen Geneva.

4 Konvensyen Geneva 1949


Selepas Konvensyen Geneva Pertama 1864, hingga tahun 1949, beberapa siri konvensyen lain telah digubal oleh Persidangan Diplomatik untuk menetapkan beberapa peraturan dalam peperangan. Selain di Geneva, beberapa konvensyen juga digubal di The Hague, Belanda, menghasilkan apa yang dipanggil Konvensyen The Hague. Selain daripada membuat peraturan baru, konvensyen yang sedia ada juga telah diperkembangkan dan diubahsuai beberapa kali.

Akhirnya suatu Peruntukan Muktamad Konvensyen Geneva dikemukakan pada 12 Ogos 1949 yang mengandungi :

Konvensyen Pertama peraturan berkenaan melindungi askar cedera/sakit di medan perang Konvensyen Kedua peraturan berkenaan melindungi askar cedera/sakit/ karam di laut (Konvensyen ini juga dikenali sebagai Konvensyen Maritim) Konvensyen Ketiga peraturan berkenaan layanan terhadap tawanan perang Konvensyen Keempat peraturan berkenaan melindungi orang awam semasa peperangan

Keempat-empat konvensyen ini dihimpunkan sekali dan dijadikan satu dokumen baru yang dinamakan Konvensyen Geneva 1949.

Protokol Tambahan 1977


Oleh kerana perubahan dalam politik dunia, beberapa peraturan baru dibuat untuk melengkapkan Konvensyen Geneva, tetapi tidaklah dinamakan Konvensyen Geneva Kelima. Ia hanya dipanggil Protokol Tambahan (Additional Protocol), dan digubal pada tahun 1977.

Protokol tambahan tahun 1977


Protokol Tambahan I - Perlindungan untuk Mangsa Persengketaan Bersenjata peringkat Antarabangsa
Protokol Tambahan II - Perlindungan untuk Mangsa Persengketaan Bersenjata peringkat Bukan Antarabangsa

4 Konvensyen Geneva 1949 beserta 2 Protokol Tambahan 1977 yang merupakan hasil usaha Palang Merah / Bulan Sabit Merah ini kini diterima umum sebagai peraturan utama dalam Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa atau UUKA (International Humanitarian Law - IHL).
UUKA ini lebih popular dengan nama Undang-undang Perang. Kesemuanya mengandungi kira-kira 400 artikel, dan anda perlu mempelajari bahasa undang-undang untuk memahaminya!

Selain daripada hasil usaha Palang Merah / Bulan Sabit Merah, UUKA juga mengandungi peraturan daripada badan lain seperti Bangsa-bangsa Bersatu.

Lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah


Seperti yang anda telah tahu, lambang Palang Merah mula-mula sekali dicadang digunakan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang dipanggil oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih. Lambang ini sebenarnya ialah bendera negara Switzerland yang diterbalikkan warnanya,dan merupakan penghormatan kepada negara tersebut.

Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju mengiktiraf lambang tersebut sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga dipakai lengan orang yang menandakan sipemakainya berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang, malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh manamana pihak pun.

Lambang bulan sabit merah pula mula-mula digunakan oleh Empayar Ottoman Turki semasa berperang dengan Rusia dalam tahun 1876 1878. Peperangan itu dipanggil Perang Timur (Eastern War), dan Tentera Turki yang beragama Islam merasa tidak selesa dengan lambang palang yang merupakan simbol bagi agama Kristian. Walaupun Turki telah menandatangani Konvensyen Geneva Pertama, ia mengisytiharkan tidak akan menggunakan lambang palang merah sebaliknya menggunakan lambang baru iaitu bulan sabit merah. Bagaimana pun ia masih menghormati lambang palang merah yang digunakan oleh pihak lain dalam peperangan itu.

Lambang bulan sabit merah ini hanya diiktiraf secara rasmi oleh Persidangan Diplomatik pada tahun 1929, yang juga mengiktiraf satu lagi lambang yang digunakan oleh Negara Parsi iaitu lambang singa dan matahari merah. Pada tahun 1980, Parsi yang menjadi Republik Islam Iran juga mula menggunakan lambang bulan sabit merah.

Oleh itu sekarang ini ada 2 lambang rasmi yang diterimapakai oleh dunia iaitu palang merah dan bulan sabit merah. Setakat tahun 2000, ada 136 persatuan kebangsaan menggunakan lambang palang merah, manakala 40 lagi menggunakan lambang bulan sabit merah.

Ada 2 kegunaan lambang ini. Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. Contohnya, Kor Perubatan angkatan tentera hampir semua negara menggunakan lambang palang atau bulan sabit merah kepada anggota pasukannya, khemah perubatan, dan semua kenderaan perubatannya. Apa-apa yang ada lambang ini adalah dilindungi oleh perjanjian Konvensyen Geneva tidak boleh diserang dengan apa cara sekalipun, malah perlu dibantu oleh mana-mana pihakpun. Lambang yang digunakan untuk tujuan perlindungan mempunyai saiz atau dimensi yang besar supaya mudah kelihatan dari jauh.

Jika lambang ini disalahgunakan seperti diletak pada kenderaan yang digunakan untuk melakukan serang hendap, pihak yang melakukannya telah melakukan satu jenayah perang yang berat.

Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Contoh yang paling mudah ialah uniform PBSM anda yang mempunyai lambang bulan sabit merah di lengan, dan baju-T PBSM anda yang yang mempunyai lambang bulan sabit merah di bahagian belakangnya dan di kocek hadapan. Sesiapa jua di seluruh dunia yang melihat pakaian anda itu akan kenal anda adalah ahli PBSM.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

7 Prinsip-prinsip asas Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini telah diisytiharkan secara rasmi semasa Persidangan Palang Merah Antarabangsa ke-20 yang diadakan di Vienna, Austria pada tahun 1965.

Kemanusiaan (Humanity)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dibentuk untuk memberi bantuan tanpa pilih kasih kepada orang-orang yang cedera di medan perang, dan berusaha dalam kemampuannya di peringkat antarabangsa dan kebangsaan untuk mengelakkan atau mengurangkan kesengsaraan manusia di mana-mana jua. Tujuannya ialah untuk melindungi nyawa dan kesihatan, dan memastikan kehormatan manusia dijaga. Ia menggalakkan saling persefahaman, persahabatan, kerjasama dan keamanan yang berkekalan di kalangan insan.

Kesaksamaan (Impartiality)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak akan pilih kasih berdasarkan apa-apapun, seperti kewarganegaraan, bangsa, kepercayaan agama, taraf hidup, kepercayaan politik dan sebagainya. Ia berusaha untuk mengurangkan penderitaan setiap individu berpandukan hanya kepada keperluannya, dan memberi keutamaan kepada kes-kes kesusahan yang perlu perhatian segera.

Keberkecualian (Neutrality)

Untuk mendapatkan kepercayaan penuh setiap orang, Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak akan menyebelahi manamana pihak yang bertelagah, dan tidak akan mengambil bahagian atau terlibat dalam kontroversi sama ada bersifat politik, bangsa, agama atau ideologi.

Kebebasan (Independence)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ialah badan yang bebas. Persatuan Kebangsaan pula menolong kerajaan negaranya dalam memberi perkhidmatan kemanusiaan dan tertakluk di bawah undang-undang negara tersebut, tetapi mestilah sentiasa mengekalkan kuasa autonomi supaya boleh bertindak pada bilabila masa selaras dengan prinsip-prinsip Pergerakan.

Perkhidmatan Sukarela (Voluntary Service)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ialah pergerakan membantu secara sukarela dan tidak didorong dengan apa carapun untuk mencari keuntungan.

Ketunggalan (Unity)

Di sesebuah negara hanya boleh ada satu sahaja Persatuan Kebangsaan, sama ada Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah. Ia mestilah terbuka kepada semua. Ia juga mestilah menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di setiap pelosok negara.

Kesejagatan (Universality)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah pergerakan sedunia. Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, setiap Persatuan Kebangsaan mempunyai taraf yang sama, dan memikul tanggungjawab dan tugas yang sama untuk menolong satu sama lain.

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa mempunyai struktur yang agak mengelirukan. Ia terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, dan persatuan-persatuan kebangsaan. Mari kita kaji satu per satu untuk lebih memahami perbezaannya.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ICRC

Seperti yang anda telah diterangkan pada awal tadi, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa atau ICRC (International Committee of Red Cross) pada asalnya dinamakan Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang yang ditubuhkan pada 17 Februari tahun 1863. Oleh kerana ada 5 ahli pengasasnya, jawatankuasa yang mula-mula ini lebih popular dengan nama Jawatankuasa Berlima.

Sebenarnya Jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Persatuan Kebajikan Masyarakat Geneva, dengan tujuan asalnya untuk mengkaji idea-idea Jean Henry Dunant dan bagaimana idea-idea itu boleh dijadikan kenyataan. Jawatankuasa ini telah berfungsi dengan baik sekali, dan setiap kali menjemput negara-negara bersidang telah mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu ia beransur-ansur menjadi suatu badan yang tersendiri. Pada tahun 1876, nama Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, ICRC mula digunakan, dan nama inilah yang kekal hingga sekarang.

ICRC kini dianggotai oleh 25 ahli jawatankuasa, dan semuanya terdiri daripada warganegara Switzerland. Sudah tentulah ibupejabatnya juga masih di Geneva. Sebab utama semua ahlinya berbangsa Switzerland ialah untuk mengekalkan sifat neutral ICRC dalam sebarang konflik, sesuai dengan reputasi Switzerland sebagai negara yang neutral. Walau bagaimanapun, ICRC mempunyai pejabat-pejabat di beberapa rantau dunia, dan kakitangan dan delegasinya terdiri daripada pelbagai bangsa. Tahukah anda di mana pejabat ICRC di rantau Asia Tenggara?

Seperti Jawatankuasa Berlima, ICRC masih lagi mengekalkan tujuan asal pembentukannya iaitu melaksanakan cadangan-cadangan Jean Henry Dunant, walaupun dalam bentuk yang berbeza sekarang. Cadangan Dunant yang pertama berkenaan pembentukan satu persatuan sukarelawan telah lama menjadi kenyataan, cuma ICRC bertanggungjawab memeriksa dan menentukan persatuan yang akan ditubuhkan pada masa akan datang mampu beroperasi dan akan mematuhi 7 Prinsip-prinsip Asas Pergerakan. Jika ICRC memberi pengiktirafan,barulah persatuan baru itu menjadi ahli penuh Pergerakan.

Cadangan Dunant yang kedua berkenaan konvensyen antarabangsa juga telah menjadi kenyataan, dan ICRC lah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang Konvensyen Geneva dan memantau perlaksanaannya. Penyebaran maklumat dilakukan dengan menggalakkan semua negara menterjemahkan Konvensyen Geneva, menggunakan peruntukan Konvensyen dalam undang-undang negara dan sebagainya. Pemantauan perlaksanaan Konvensyen pula bermakna ICRC sering memainkan peranan dalam peperangan atau konflik bersenjata.

Contohnya,
Delegasi ICRC akan memeriksa bahawa orang awam dihormati dan dilindungi dalam peperangan, tawanan perang diberi layanan sewajarnya, dan populasi negeri yang ditawan mendapat bekalan secukupnya. ICRC mempunyai satu agensi di bawahnya yang dinamakan Agensi Pengesanan Pusat (Central Tracing Agency), yang berfungsi mengumpul maklumat tentang korban dan tawanan perang, dan memberitahu keluarga tentera yang terkorban atau ditawan.

Seringkali juga kakitangan IFRC menjadi orang tengah dalam pertikaian bersenjata, situasi tebusan dan sebagainya. Peraturan-peraturan yang sedia ada dalam Konvensyen Geneva juga sentiasa diperkembangkan dan ditambah. Badan yang bertanggungjawab tentang perkembangan konvensyen ini sekali lagi ialah ICRC sendiri. ICRC yang menyediakan draf untuk dibincangkan oleh Persidangan Diplomatik, sama ada akan dipersetujui atau tidak.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)

Hampir setiap negara di dunia sekarang mempunyai persatuan kebangsaan, sama ada Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah. Setiap persatuan ini bernaung di bawah satu badan induk yang dipanggil Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah atau IFRC (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies).

IFRC ialah satu badan yang lain daripada ICRC. Perhatikan perbezaan pada lambangnya.

Sejarah IFRC bermula pada tahun 1919, iaitu sebaik sahaja selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama itu telah melahirkan banyak sukarelawan yang bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Jutaan sukarelawan ini memberi khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang, dan mereka mendapat pelbagai pengalaman.

Timbullah idea untuk mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama. Presiden Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat, Henry Davison, mencadangkan ditubuhkan satu persekutuan Persatuan-persatuan Palang Merah. Henry Davison memanggil satu persidangan perubatan di Paris pada 1919, dan mengemukakan cadangannya.

Ia diterima ramai, dan lahirlah apa yang dipanggil Liga Persatuanpersatuan Palang Merah. Negara pengasas Liga ini ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Ibupejabatnya yang mula-mula ialah di Paris, tetapi kemudiannya berpindah ke Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam aktiviti kemanusiaan.

Oleh kerana lambang bulan sabit mulai banyak digunakan, pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi Liga Persatuanpersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada tahun 1991 pula, nama Liga digugurkan dan diganti dengan Persekutuan. Sekarang nama rasminya ialah Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, atau lebih mudah dipanggil IFRC sahaja. Bilangan ahli meningkat dari masa ke semasa, dan pada tahun 2000, bilangan negara yang menganggotai Persekutuan ini ialah 176.

Perbezaan utama dalam bidang tugas antara IFRC dengan ICRC ialah dari segi skopnya. Jika ICRC lebih memainkan peranan dalam peperangan atau konflik bersenjata, IFRC pula akan memainkan peranan pada waktu aman. Ia menekankan kepada kesihatan dan kebajikan terutama di negara-negara ketiga. IFRC menjalankan program kesihatan, pendidikan dan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. Contoh bantuan kemanusiaan yang sering dijalankan ialah mendapatkan bekalan makanan dan mengagihkan kepada mangsa kebuluran.

IFRC juga merupakan badan yang terkehadapan dalam bencana besar, sama ada semulajadi atau buatan manusia. Dengan bekerjasama dengan persatuan kebangsaan, IFRC akan cuba memberi bantuan dalam bencana serangan wabak penyakit, gempabumi, ribut taufan, banjir, kemalangan kapalterbang, letupan kilang dan sebagainya.

Persatuan-Persatuan Kebangsaan
Bolehkah anda berikan perbezaan lambang persatuan kebangsaan dengan lambang IFRC? Lambang IFRC mempunyai segiempat merah di latarbelakangnya, manakala lambang persatuan kebangsaan tidak.

Di negara masing-masing, semua persatuan kebangsaan bertindak sebagai badan yang membantu kerajaan dalam hal-hal kemanusiaan. Tugas utamanya ialah membantu perkhidmatan perubatan tentera jika berlaku perang, dan untuk itu persatuan perlu mempersiapkan dirinya semasa aman.

Sebagai tambahan, persatuan juga menjalankan aktiviti-aktiviti khusus yang selaras dengan Prinsip-prinsip Asas, seperti melatih petugas pertolongan cemas dan jururawat, program derma darah, menjalankan dispensari dan hospital, memberi pertolongan kepada orang-orang yang sakit dan tak mampu, dan sebagainya. Antara persatuan kebangsaan yang aktif di peringkat dunia ialah Palang Merah British.

Pada tahun 2000, telah ada 176 persatuan kebangsaan yang menjadi ahli penuh IFRC. Dengan perkembangan politik dunia semasa, akan ada lagi persatuan kebangsaan baru ditubuhkan jika wujud negara baru. Anda telah tahu bahawa untuk sesebuah persatuan kebangsaan ditubuhkan, ia perlulah terlebih dahulu mendapat pengiktirafan dari ICRC.

Persidangan Antarabangsa
Ketiga-tiga badan ini iaitu ICRC, IFRC dan persatuan-persatuan kebangsaan adalah badan yang bebas dan tidak terikat antara satu sama lain, tetapi mereka bekerjasama dengan amat erat sekali. Ketiga-tiganya membentuk apa yang dipanggil Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Mereka berjumpa 4 tahun sekali untuk membincangkan isu-isu semasa dan perancangan akan datang. Perjumpaan ini diadakan dalam bentuk persidangan, dan nama rasmi persidangan ini ialah Persidangan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Persidangan ini diuruskan oleh satu sekretariat khusus yang beribupejabat di Geneva. Walau bagaimanapun, tempat persidangan tidaklah sentiasa di Geneva, sebaliknya diadakan di merata dunia.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejarah
Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bermula semasa era penjajahan British, selepas Perang Dunia Kedua. Oleh kerana negara kita ketika itu di bawah pentadbiran British, maka persatuan yang ditubuhkan sudah tentulah merupakan cawangan kepada Palang Merah British, dengan ibupejabatnya di London. Cawangan yang pertama ditubuhkan di Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak. Beberapa tahun kemudian pada awal tahun 50-an, beberapa lagi cawangan ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pula, bermula di Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Selangor. Ini diikuti dengan Melaka, Johor dan Pahang. Semuanya menerima arahan dari London.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962. Akta ini merupakan akta ke-4 tahun 1962 dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. Dengan itu Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan ibupejabatnya di Kuala Lumpur.

Apabila Malaysia pula dibentuk pada September 1963 menggabungkan negerinegeri Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya bergabung pula dengan Persatuan Palang Merah Sabah, Sarawak dan Singapura (yang kemudian menarik diri) yang masih lagi menjadi cawangan Palang Merah British. Satu lagi akta digubal iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. Akta ini adalah akta ke-47 tahun 1965, dan dengan itu tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia.

Sesuai dengan imejnya sebagai negara yang agama rasminya ialah Islam, lambang palang merah telah ditukar dengan lambang bulan sabit merah pada tahun 1975. Sekali lagi, satu akta digubal di Parlimen Malaysian Red Crescent Society (change of name) Act 1975.
Akta ini dikuatkuasakan pada 4 September 1975, dan dengan itu nama rasmi persatuan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Nama inilah yang kekal hingga hari ini.

Kewujudan PBSMM berdasarkan Akta Parlimen membezakannya dengan satu lagi persatuan yang berfungsi seakanakan sama iaitu St. Johns Ambulance. Sebarang perlembagaan PBSMM tidak boleh diubah tanpa dirujuk ke Parlimen, manakala perlembagaan St. John boleh diubah dalam mesyuarat agungnya.

Struktur Organisasi
Oleh kerana penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia tertakluk kepada Akta Parlimen, struktur organisasinya adalah mengikut kehendak akta tersebut.

Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Timbalan Presiden pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. 7 Naib Presiden, yang dipegang oleh :

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Yang Berhormat Menteri Kesihatan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Perhatikan bahawa jawatan-jawatan di atas dipegang oleh seseorang berdasarkan kedudukannya dalam kerajaan. Ini memudahkan kerjasama antara PBSMM dengan kerajaan. Jika jawatan dalam kerajaan itu bertukar orang, maka pemegang jawatan dalam PBSMM juga bertukar secara automatik. Bolehkah anda namakan orang-orang yang memegang jawatan Penaung, Presiden dan Naib-naib Presiden pada masa ini?

Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar PBSMM. Ia dianggotai oleh 62 orang ahli, yang terdiri daripada wakil-wakil Cawangan, wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan, dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan bermesyuarat 3 bulan sekali.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan


seperti namanya ialah badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan, dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian PBSMM. Badan inilah yang menggerakkan Persatuan seperti yang kita tahu hari ini. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan bermesyuarat sebulan sekali.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan, di bawahnya ada seorang Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan, seorang Bendahari Kehormat Kebangsaan dan 12 orang Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan. Setiausaha Majlis Kebangsaan juga ialah Setiausaha Agung bagi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan.

12 Jawatankuasa Kebangsaan itu ialah : 1. 2. 3. 4. Jawatankuasa Reaksi Kecemasan Jawatankuasa Ambulans Jawatankuasa Program Darah Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat 5. Jawatankuasa Tenaga Manusia 6. Jawatankuasa Latihan 7. Jawatankuasa Hal Ehwal Undang-undang dan UUKA 8. JawatankuasaHal Ehwal Antarabangsa 9. Jawatankuasa Penerangan 10. Jawatankuasa Kutipan Derma 11. Jawatankuasa Bangunan 12. Jawatankuasa Pengurusan
Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik pula ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing.

Kesemua jawatan dalam struktur organisasi di atas terdapat di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur. Tahukah anda di mana dalam Kuala Lumpur terletaknya IPK ini? Anda juga harus tahu setiap negeri di Malaysia, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, membentuk Cawangan (Branch) kepada PBSM Malaysia. Oleh itu kita ada 15 Cawangan kesemuanya. Setiap Cawangan mempunyai struktur organisasi yang hampir menyerupai Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan .

Setiap Cawangan pula terdiri daripada beberapa Chapter (dahulu dipanggil Daerah) dan juga Sub-Chapter. SubChapter ini biasanya merupakan suatu institusi seperti universiti, maktab perguruan dan sebagainya. Setakat tahun 2000, ada 119 Chapter dan Sub-Chapter di seluruh negara. Tahukah anda sekolah anda berada dalam Chapter mana?

Aktiviti di peringkat chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit yang terdiri daripada bahagian Pasukan Bantuan Sukarelawan atau PBS (Volunteer Aid Detachment atau VAD), Belia (Youth), dan Kanak-kanak (Link) . Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli Belia (pelajar sekolah menengah) dan Kanak-kanak (pelajar sekolah rendah) membentuk lebih kurang 80% ahli-ahli PBSM Malaysia keseluruhannya. Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing. Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat PBSM yang dilantik oleh sekolah.

Setiap unit yang berdaftar dengan IPK mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cawangan mana dan dari bahagian apa. Contohnya Unit PH(Y)44 menunjukkan unit ini ialah dari Cawangan Pahang (PH), merupakan unit Youth atau Belia (Y), dan nombor 44 menunjukkan ia merupakan unit ke 44 yang didaftarkan. Ini sebenarnya ialah nombor unit bagi SMK MARAN.
Tahukah anda nombor unit pasukan PBSM sekolah anda?

Kita boleh meringkaskan kedudukan unit-unit dalam PBSMM seperti berikut :


IBU PEJABAT KEBANGSAAN Kuala Lumpur

CAWANGAN Negeri

Chapter Daerah

Sub-Chapter Institusi

PBS

Belia

Kanak-kanak

Aktiviti-aktiviti
Sebagai ahli Belia, anda selalunya akan menyangka aktiviti PBSM ialah apa-apa aktiviti yang anda jalankan di sekolah sahaja. Sebenarnya, anda dan pasukan sekolah anda hanyalah sebahagian daripada PBSMM, oleh itu aktiviti sekolah hanyalah sebahagian daripada aktiviti PBSMM secara keseluruhannya. Unit-unit Belia, Kanakkanak, dan PBS masing-masing ada aktiviti yang dijalankan dengan dipimpin oleh pegawai masingmasing. Di peringkat Chapter ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa PBSM Chapter. Begitu juga di peringkat Cawangan (negeri) ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa PBSM Cawangan.

Di peringkat kebangsaan, setiap Jawatankuasa Kebangsaan melaksanakan aktiviti masing-masing, dan oleh kerana ada 12 Jawatankuasa Kebangsaan, maka banyaklah aktiviti-aktiviti yang berjalan. Jika anda rajin membaca akhbar atau mendengar siaran berita di televisyen, anda tentu pernah melihat aktiviti-aktiviti PBSMM yang besar-besar. Antara yang biasa ialah memberi bantuan dalam bencana (banjir, tanah runtuh, bangunan runtuh dan sebagainya), perkhidmatan ambulans 24 jam, program derma darah, perkhidmatan kesihatan dan kebajikan, program latihan pertolongan cemas, dan lain-lain lagi. Mungkin anda boleh mengumpulkan berita-berita aktiviti PBSM ini dan pamerkan di sekolah sebagai salah satu aktiviti mingguan.

STRUKTUR ORGANISASI PBSMM


Majlis Kebangsaan
Sekretariat Kebangsaan
Sekretariat Cawangan Sekretariat Chapter

Lembaga Eksekutif Kebangsaan


Cawangan Chapter Unit Pasukan Kebajikan PBS

Belia & Kanak-Kanak

PENAUNG PBSMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong


PRESIDEN PBSMM YAB Perdana Menteri TIMBALAN PRESIDEN PBSMM YAB Timbalan Perdana Menteri

7 NAIB PRESIDEN PBSMM


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Menteri Luar Negeri Menteri Kesihatan Menteri Belia & Sukan Menteri Pelajaran Menteri Pendidikan Tinggi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Pegawai dipilih
a. Pengerusi Kebangsaan

Komposisi Majlis Kebangsaan PBSMM

b. Timbalan Pengerusi Kebangsaan c. 4 Naib Pengerusi Kebangsaan d. Bendahari Kehormat Kebangsaan

e. 8 ahli jawatankuasa 2 wakil dari setiap cawangan PBSMM Ex-Officio : Unit Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Wakil setiap kementerian yang terlibat yang berakitan Ex-Officio : Setiausaha Agung

5 Zon tersebut adalah ;

a. Zon Utara
(Perlis, Kedah, Penang) b. Zon Tengah (Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur c. Zon Selatan ( Negeri Sembilan, Melaka, Johore) d. Zon Pantai Timur

(Kelantan, Trengganu, Pahang)


e. Zon Timur (Sabah, Sarawak, WP Labuan)

PENGERUSI CAWANGAN

TIMBALAN PENGERUSI CAWANGAN


2 ORANG NAIB PENGERUSI CAWANGAN PENGARAH CAWANGAN

SETIAUSAHA KEHORMAT CAWANGAN


BENDAHARI KEHORMAT CAWANGAN PEGAWAI PERUBATAN CAWANGAN PEN. PENGARAH LATIHAN CAWANGAN PEN. PENGARAH PBS ( VAD ) CAWANGAN CAWANGAN PEN. PENGARAH BELIA CAWANGAN PENGUASA PERUBATAN CAWANGAN KUARTER MASTER CAWANGAN AJK CAWANGAN

PENGERUSI CABANG

TIMBALAN PENGERUSI CABANG


2 ORANG NAIB PENGERUSI CABANG PEGAWAI PERUBATAN CABANG SETIAUSAHA KEHORMAT CABANG BENDAHARI KEHORMAT CABANG

PENGUASA RAWATAN CABANG


KUARTER MASTER CABANG PEG. PENJAGA LATIHAN CABANG

PEG. PENJAGA PBS ( VAD ) CABANG


PEG. PENJAGA BELIA CABANG

SEJARAH RINGKAS
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejarah Ringkas PBSMM


Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah satu organisasi kemanusiaan. Mula ditubuhkan pada bulan April 1948 di Sabah sebagai salah satu Cawangan kepada Persatuan Palang Merah British

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah diperbadankan dengan kelulusan Akta Parlimen 1961 ( No. 4 Tahun 1962). Berkuatkuasa pada 16 April 1962.

Dengan kelulusan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Pertukaran nama tahun 1962 ), nama dan lambang persatuan ini telah ditukar menjadi PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA atau PBSMM pada 4 September 1975.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) diletakkan dibawah tanggungjawab Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sehingga kini persatuan ini mempunyai keahlian seramai 250,000 orang yang mana keahliannya terdiri daripada ; Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli Seumur Hidup Pasukan Bantuan Sukarela Belia ( Sekolah Menengah ) Link ( Sekolah Rendah )

Kini PBSMM mempunyai 16 Cawangan yang ditubuhkan di seluruh negara meliputi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak & W.P. Labuan. ( W.P. Putrajaya dalam proses penubuhan )

AKTIVITI ASAS PBSMM


Perkhidmatan Ambulans 999 24 Jam Sekitar Lembah Klang

RESPONS BENCANA

PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN KEMASYARAKATAN

LATIHAN

PBSMM sepanjang usianya

PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

TERIMA KASIH

You might also like