SEJARAH PENGAKAP

SEJARAH PENGASAS PENGAKAP (Robert Stephenson Smyth Baden Powell) Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak. BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil

bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

BIODATA BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

Robert Baden-Powell, Founder of the World Scout Movement, Chief Scout of the World

SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. PergerakanPengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakanpengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negarapengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan PengakapSedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak PengakapMalaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

1. TUJUAN

Tujuan Persekutuan ini hendaklah melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian construtive dalam Pembangunan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2. PRINSIP-PRINSIP 2.1 Menghayati ketaatsetiaan kepada Tuhan 2.2 Bertindak untuk bertimbangrasa hak asasi manusia serta mengelakkan diri dari sifat-sifat kekejaman. 2.3 Berkeyakinan dengan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarganya dan masyarakat disekelilingnya. 3. UNDANG-UNDANG Persekutuan ini membuat undang-undang untuk diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih ahli-ahlinya Patuh segala atur-peraturan khususnya dalam PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip ini merupakan satu nilai yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah. 4. DASAR KEAGAMAAN. 4.1. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama. 4.1.1 Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing. 4.1.2 Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing.

4.2 Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama.

4.2.1 Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing. 4.2.2 Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu. 4.2.3 Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini. 5. KEWARGANEGARAAN Persekutuan ini melatih pengakap-pengakap meningkatkan keperibadian sebagai seorang berbudipekerti yang baik, berhemah tinggi, berpotensi melalui pengamalan intisari-intisari yang terkandung dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap untuk mencapai matlamat Persekutuan ini. 5.1 Menjadi seorang warganegara yang baik dan berkorban bagi mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya. 5.2 Mnghormati ibubapa, keluarga, pemimpin-pemimpin bagi memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual. 5.3 Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk. 5.4 Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi Perlembagaan negara untuk menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah. 5.5 Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.

6. CARA-CARA BERPENGAKAP Persekutuan ini telah mengujudkan atau mengadakan peraturan khas dalam Perlembagaan Pertubuhannya untuk menuju ke matlamatnya bagi maksud-maksud berikut. 6.1 Mempunyai keahlian sukarela yang berpakaian seragam dalam sebuah Pasukan dengan di pimpin oleh orang dewasa. Mereka ini akan beransur kepada bergerak dengan sendiri dan mengikut tingkatan dan umur. 6.2 Mematuhi Rukun Hidup seperti mana ditegaskan dalam Persetiaan dan UndangUndang Pengakap dengan memperluaskan maknanya kepada ahli-ahlinya daripada pengenalan hinggalah matang. 6.3 Mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, constructive dan penuh cabaran termasuklah ketahanan diri melalui pengembaraan yang mereka buat. 6.4 Berpeluang menjadi seorang pemimpin dan bertanggungjawab apabila sampai ketikanya mereka itu berpengetahuan yang matang dan dewasa. 6.5 Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil. 6.6 Belajar sambil membuat. 6.7 Menyediakan skim Anugerah untuk memberi galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan di atas kejayaannya.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGAKAPAN Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalamPergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut

1. Definisi Berpengakap: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dankepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan olehpengasasnya. 2. Matlamat berpengakapMatlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek,social dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnyamasyarakat antarabangsa. 3. Prinsip-prinsip BerpengakapPrinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap. Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :    Kepercayaan Kepada Tuhan Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful