You are on page 1of 225

Persatuan Penterjemah Malaysia

(Malaysian Translators Association)
171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Hakcipta © Persatuan Penterjemah Malaysia 2007
Cetakan Pertama 2007
Cetakan Kedua 2008
Cetakan Ketiga Edisi Kedua 2009

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mengapa Kami Bantah! - Edisi kedua / Penyusun Abdullah Hassan,
Profesor Emeritus.
ISBN 978-983-42179-4-5
1. Malay language-Malaysia-History and criticism. 2. Malay language-
Usage. 3. Malay language-Study and teaching-Malaysia. 4. Malaysia-
Ethnic relations. I. Abdullah Hassan. II. Judul.
499.2305

Muka Taip Teks: Times New Roman
Saiz Taip Teks: 10 / 12

Dicetak oleh:
BS Print (M) Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Indrahana 1,
Off Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 5753 / Fax: 03-7980 1642
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
(MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)
171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Telefon dan Faksimili: 03-21424381
E-mel: terjemah@tm.net.my

Dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003, adalah suatu dasar
yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan serius. Ada
empat isu besar yang sering dikemukakan.
Pertama, keabsahan dasar ini ditentang. Dasar PPSMI ini melanggar Perkara
152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu ia juga
melanggar Perkara mengenai hak asasi rakyat, dan juga Akta Pendidikan.
Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing itu adalah
bertentangan dengan teori pembelajaran. Kita belajar dengan berkesan melalui
bahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudah
terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga,
ada banyak kesan negatif penggunaan bahasa Inggeris ini kepada hasrat negara
bagi membina bangsa Malaysia. Hasrat ini dilihat sebagai terancam kuat.
Seterusnya, keempat, tujuan meningkatkan penguasaan, bahasa Inggeris pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik itu juga adalah
sesuatu yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa.
Oleh sebab itu Mengapa Kami Bantah!: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris diterbitkan bagi menyuarakan pendapat dan
pendirian cendekiawan yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pe-
merhatian untuk makluman masyarakat umum. Ini adalah perlu demi media
massa yang tidak begitu memihak kepada suara yang ingin menyampaikan
makluman yang lojikal.
Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan dengan jelas kedudukan isu ini sebagai
sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Kemudian, kertas
mengenai Pendirian ASASI, dan kertas Prof. Shahrir Mohd. Zain menyatakan
kejayaan yang sudah dicapai hingga kini. Sekiranya diteruskan juga, dasar
PPSMI ini hanya mengundang mala petaka besar.
Kertas Datuk Hassan Ahmad menghuraikan kekhilafan persepsi pihak yang
membina dasar ini. Ini disokong lagi dengan artikel Datuk Baha Zain yang
memperjelas satu persatu kekhilafan berfikir pemimpin negara. Prof. Emeritus
Abdullah Hassan mencuba memperjelaskan bahawa ini bukan isu bahasa sahaja
dan langkah-langkah yang perlu diambil. Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan
Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein, Prof. Awang Sariyan dan Encik Kamal Shukri
Abdullah Sani memperjelas lagi akan isu budaya yang terlibat.
Profesor Nor Hashimah Jalaluddin dan Profesor Emeritus Datuk Isahak
Haron et al. memaparkan hasil penyelidikan masing-masing. Kajian Prof. Nor
Hashimah jelas menunjukkan bahawa dasar PPSMI itu ditolak namun ada
tanda-tanda masyarakat kelas menengah merestuinya. Datuk Isahak dan rakan-
rakan menjalankan penyelidikan ini di UPSI selama dua tahun dalam kalangan
Mengapa Kami Bantah!

murid sekolah rendah dan menengah. Tidak syak lagi dasar PPSMI ini tidak
mencapai tujuan-tujuan yang diharapkan.
Dalam bahagian Lampiran buku ini, dimuatkan juga memorandum
daripada 1. Memorandum daripada GMP, 2. Memorandum ASASI tentang
PPSMI, 3. Kebimbangan kumpulan Prihatin, 4. Isu Bahasa dan Pendidikan:
Harapan Kumpulan Prihatin, 5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, 6. Resolusi Seminar Agenda Melayu daripada PEMANIS, dan 7. Usul
Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).
Dengan demikian, dasar PPSMI ini hendaklah segera dimansuhkan. Dan
keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlulah dilihat sebagai
sebuah isu yang berlainan, dan diselesaikan secara mengajarkan bahasa
Inggeris sebagai satu mata pelajaran.

Yang benar
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Presiden
Persatuan Penterjemah Malaysia
12 Februari 2009

vi
Senarai Kandungan

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 1
2. Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia
Terhadap Dasar PPSMI 3
3. Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa 9
4. Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin 27
5. Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa 41
6. Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi
dalam Peradaban Melayu Moden 51
7. Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Tamadun 73
8. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan
Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang Selalu
Ditanyakan 85
9. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat 95
10. Bahasa Melayu akan Pupus 113
11. Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan 131
12. Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah
dan Menengah 135
Mengapa Kami Bantah?

Lampiran: Resolusi-Resolusi Terpilih
1. Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI 181
2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains
dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris 183
3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin 187
4. Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin 191
5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 195
6. Resolusi Seminar Agenda Melayu 197
7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) 199
Bibliografi 201
Indeks 207

viii
1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dengan
jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi
tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan
oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar
kerajaan.
Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh
Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini
dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu
telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi
orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini
juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut
meletakkan bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang
kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.
Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral.
Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan
sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat atau
digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabila
kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan
(b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-
bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.
Mengapa Kami Bantah!

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas
merdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja
beberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan
peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan
persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan
kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan
dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan
Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan
kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh
Suruhanjaya Reid sendiri.
Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul
kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara,
melindungi dan mempertahan perlembagaan sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam
Perlembagaan Persekutuan.

2
2
Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI
Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain
Mantan Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan
dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan
terhadap dasar baharu kerajaan untuk menginggeriskan kembali
pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah mulai tahun
2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah
balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan”, dan sekali-kali
bukan kerana kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.
Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang
berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli)
pembangunan SAKTI zaman berzaman di negara-negara maju. Oleh
sebab kami juga terlibat secara langsung dalam pembangunan SAKTI
negara ini, yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara
ini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa
dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami
menyuarakan pandangan ini.
Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan
kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar kepada peringkat jua pun tetapi kami amat tidak
bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu
dilakukan menerusi pengajaran dan pendidikan Sains dan
Matematik sekolah. Melalui bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara
sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:
1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains
dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)
Mengapa Kami Bantah!

bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa
Melayu (bahasa kelima terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan
bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati
dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat
ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Malah kini tesis Sarjana dan
Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan!
Langkah penginggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan dan
akan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan
bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sejak tertubuhnya UKM
1970. Sekaligus langkah ini, mensia-siakan ribuan sarjana kita sejak
1970 yang bertungkus lumus membangunkan bahasa Melayu
dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan
secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di
dunia walaupun dengan menginggeriskan pendidikan sains dan
matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan
menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang
lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan
penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan
pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman
tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di
negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa
Kebangsaan masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas
dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya.
Dengan inilah kemudiannya kita memudahkan pengembangan
dan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai
yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi
kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport
SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam
bahasa Kebangsaan kita sendiri juga menunjukkan keesahan
hukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang
berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf antarabangsa
menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40
tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian
SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.
3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:
Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa
bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka
memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim
terhadap Ayat ke-4, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa
Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya melainkan daripada

4
Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

kalangan sesuatu kaum itu sendiri untuk memudahkan kaum
tersebut memperoleh ilmu dan hikmah.
Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian
yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran,
epistemologi dan daya pengkaryaan pada abad ini seperti Ravetz,
de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa
orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah
menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah)
menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada
keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai pemangkin
dan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono
menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior
dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini
sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang,
dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!)
tetapi tidak dalam bahasa kebangsaannya. Setiap bahasa
sebenarnya ada keunikan tersendiri dalam berperanan daya
pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun).
Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat
beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga
menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan
matematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah
Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab peng-
angguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang
memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa
menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang
mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit
di negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patut
dipersalahkan juga.
5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah
adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan
seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa
(Inggeris). penginggerisan dua mata pelajaran ini hanya
menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak
dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata
pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan
bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan
kerenah baharu lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau
kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik memang banyak dan semuanya
menunjukkan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan itu ada

5
Mengapa Kami Bantah!

advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat
memperbaiki pencapaian sains dan matematik.
6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak merugikan sesiapa pun:
Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju
itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang
berpendapat pendidikan dalam bahasa Kebangsaan Malaysia
adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak
berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini
pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai
menerusi sumbangan ribuan mereka yang berpendidikan dalam
aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan
Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)
Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat memper-
timbangkan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan
dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
Sains dan Matematik Sekolah seperti yang diputuskan itu dan
sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untuk
memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa
Inggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya, menerusi pendidikan
bahasa Inggeris.

Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:
Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan).KP:601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP:500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP: 591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038

6
Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik). KP: (terlupa masuk)
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP:520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P. 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan). KP:
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). KP:
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) KP: 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976

7
Mengapa Kami Bantah!

Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Hj. Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP: 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Hj. Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP: 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-
5623

Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri
Pendidikan Malaysia.
September 2002

8
3
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Datuk Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi,
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Ada bahasa adalah bangsa
Tajuk ini menyentuh dua perkara yang mempunyai kaitan rapat antara
yang satu dengan yang lain. Perkaitan ini hendak saya jelaskan melalui
kata-kata ‘Ada bahasa adalah Bangsa’. Dulu-dulu orang bijak pandai
bangsa kita menciptakan ungkapan ‘bahasa menunjukkan bangsa’.
Dalam tahun-tahun 1960-an, slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ diciptakan
dan dipopularkan semasa ‘kempen’ Bahasa Kebangsaan dilancarkan
untuk menyampaikan mesej bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia, iaitu
bahasa Melayu, adalah jiwa ‘bangsa Malaysia’ yang terdiri daripada
pelbagai golongan etnik, walaupun istilah itu dari segi implikasi
etnolinguistiknya lebih merujuk kepada ‘bangsa Melayu’. Saya hendak
menyatakan bahawa kata-kata ‘bahasa menunjukkan bangsa’ dapat kita
kaji maknanya dari dua segi.
Pertama, dari segi sosiologi atau fungsi sosial bahasa itu dalam
masyarakat, seperti yang terbayang pada simpulan bahasa ‘tahu
bahasa’ dan ‘tidak tahu bahasa’ yang dikaitkan dengan adat orang
Melayu berbahasa dalam perhubungan sosial dalam masyarakat.
Makna keduanya dapat kita kaitkan dengan kesedaran sesuatu
bangsa tentang fungsi politik bahasanya, khususnya dalam konteks
pembinaan negara-bangsa. Kisahnya bermula dalam zaman moden
apabila bahasa dijadikan ‘alat nasionalisme’ yakni alat perjuangan
sesuatu bangsa untuk menubuhkan kesatuan sosio-budaya-politik, yang
disebut Negara-Bangsa, suatu fenomena politik yang menurut
sejarahnya bermula di Eropah, sebagai reaksi terhadap ancaman-
Mengapa Kami Bantah!

ancaman luaran yang dianggapnya boleh memusnahkan identiti
sesuatu bangsa.
‘Semangat kebangsaan,’ secara umumnya, lahir dari kesedaran
bahawa keanggotaan seseorang dalam kesatuan sosiobudaya yang
disebut BANGSA ditandai oleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisi
bersama oleh seluruh anggota bangsa itu dan ini membezakannya
daripada bangsa lain.
Daripada ciri-ciri itu, bahasalah yang merupakan faktor yang sangat
penting dan berpengaruh dalam melahirkan kesedaran bangsa itu.
Mengapa bahasa? Sebabnya adalah, bahasa merupakan alat
pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif; melalui
bahasalah sesuatu bangsa itu memperkenalkan dirinya melalui cara
mereka menanggapi alamnya, baik alam sosial mahupun alam kosmos,
dan membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melalui
proses pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan dirinya yang
digambarkan dalam pelbagai karya lisan dan tulisan yang dihasilkan
oleh bangsa itu dan yang membentuk ‘himpunan memori bersama’
bangsanya sepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalam
pembentukan tamadun sesuatu bangsa. Kita tahu bahawa tidak ada
bangsa di dunia yang membentuk budaya dan tamadunnya, seninya,
kesusasteraannya, falsafah hidupnya, mitosnya dan pandangan
kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa orang lain.
Demikianlah pentingnya fungsi bahasa sebagai pembentuk identiti
dan tamadun sesuatu bangsa. Apabila keadaan mendorong manusia
secara sedar untuk mengidentifikasikan bahasa dengan bangsa,
terutama dalam konteks kesatuan politiko-geografi yang disebut
NEGARA, maka lahirlah suatu aliran nasionalisme yang disebut
nasionalisme bahasa.
Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa nasionalisme bahasa
adalah, kesedaran bahawa bahasa itu adalah alat budaya dan politik
yang penting untuk mengekalkan identiti sesuatu bangsa, untuk
menjadi asas pembinaan negara, dan untuk memajukan bangsa itu
melalui kreativiti minda bangsanya yang hanya dapat dicetuskan
melalui bahasa sendiri.

Faktor yang mencetuskan nasionalisme bahasa
Nasionalisme tidak sama dengan rasisme. Rasisme lebih bersifat
destruktif daripada konskruktif. Nasionalisme Melayu, tidak timbul
dari perasaan rasisme, perasaan fanatik bangsa atau perasaan benci
kepada kaum-kaum lain, atau kerana benci kepada bangsa atau bahasa
Inggeris. Ia timbul kerana berlakunya keadaan yang menyebabkan
orang Melayu takut akan kehilangan haknya di negerinya sendiri.

10
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Dasar penjajahan Inggeris di Tanah Melayu merupakan salah satu
punca timbulnya perasaan takut ini. Mengapa? Sebabnya adalah
penjajah Inggeris itu mewujudkan dasar di Tanah Air orang Melayu
yang, dalam jangka panjangnya, dianggap oleh orang Melayu boleh
memusnahkan hak dan kepentingannya di negerinya sendiri. Misalnya,
dasar pendidikan yang dibentuk di Tanah Melayu akhirnya disedari
oleh orang Melayu sebagai dasar yang menyekat bahasa Melayu untuk
berkembang, melalui institusi-institusi awam atau institusi negara,
sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang, terutama
dalam bidang pendidikan.
Dasar itu mewujudkan empat sistem persekolahan yang berlainan di
negeri ini, yang menggunakan tiga bahasa asing, di samping bahasa
Melayu, sebagai bahasa pengantarnya. Dalam sistem itu bahasa Melayu
diturunkan tarafnya menjadi salah satu ‘bahasa vernakular’ di negeri
ini, disamakan tarafnya dengan bahasa-bahasa kaum pendatang,
padahal dalam sejarahnya sejak abad ke-13 atau ke-14 bahasa Melayu
sudah menjadi bahasa kerajaan, bahasa ilmu dan kesusasteraan tinggi,
bahasa perdagangan, bahasa agama, dan bahasa diplomasi di seluruh
rantau ini, mengatasi semua bahasa lain. Dalam zaman pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu, bahasa Inggeris menggantikan bahasa
Melayu itu sebagai bahasa ‘kemajuan’ pendidikan dan ekonomi orang
Melayu dan seluruh penduduk dari kaum-kaum lain (kaum pendatang
zaman itu). Dasar itu mengasingkan orang Melayu dari bidang kegiatan
ekonomi pasaran, perniagaan atau perkedaian; orang Melayu dibiarkan
menjadi kaum tani, pesawah, nelayan dan pekebun kecil. Sektor
pekerjaan terpecah berdasarkan kaum.
Minda Melayu mulai dikejutkan oleh situasi yang berbahaya itu.
Dalam tahun-tahun 1930-an, melalui surat khabar Melayu, timbul
suara-suara, yang dicetuskan oleh wartawan, penulis dan guru Melayu,
yang kebanyakannya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung
Malim, telah membandingkan keadaan ekonomi dan pendidikan orang
Melayu dengan ‘kemajuan’ kaum-kaum lain dalam bidang yang sama.
Dalam sebuah rencana yang tersiar dalam Majalah Guru keluaran bulan
Mei, 1931, halaman 83-85, penulisnya berkata: ‘…jika tiada sekolah
Melayu…perasaan kebangsaan Melayu yang sangat wajib menjadi
semangat atau nyawa kemajuan itu tidak ada bertambah subur seperti
yang ada sekarang bahkan makin bertambah kurang dan hilang…’
(dipetik dalam Ahmad Adam 1994: 51-52). Perhatikan bahawa istilah
‘perasaan kebangsaan’ sudah digunakan dalam tahun 1931. Dalam
majalah yang sama, pada halaman 127-128, seorang penulis lain
berkata, ‘…sesungguhnya tiada ia (orang Melayu) boleh kasih akan
bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya (lihat Ahmad Adam 1994,

11
Mengapa Kami Bantah!

hal. 52). Ini kata-kata yang menunjukkan kesedaran nasionalisme
bahasa orang Melayu.
Oleh sebab itu, faktor paling dominan yang mencetuskan perasaan
nasionalisme itu adalah rasa ketercabaran: apabila sesuatu bangsa
merasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yang
boleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat atau
musnah, maka mereka akan mulai, membentuk semangat bangsa itu
sebagai dorongan untuk bersatu padu bagi ‘memperjuangkan’ dan
mempertahankan hak dan kepentingan bangsa mereka yang dianggap
sedang terancam itu. Dalam keadaan biasa, kesedaran ini mungkin
tidak timbul, namun kesedaran itu tetap ada secara ‘primordial’ atau
wujud dalam bentuk ‘terpendam’ (dalam jiwa sesuatu bangsa), tidak
disedari.
Nasionalisme Melayu mula dicetuskan dalam bentuk aktivisme
politik selepas Perang Dunia II, khususnya dalam tahun 1946 (terima
kasih kepada penjajah British!), apabila British mengumumkan
rancangannya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni Inggeris.
Raja-Raja Melayu akan menjadi ‘subject’ Raja Inggeris, tidak lagi
berdaulat di Tanah Air mereka. Penduduk Tanah Melayu dari kaum-
kaum pendatang asing dari luar “Dunia Melayu” akan secara
automatik menjadi rakyat atau warganegara Tanah Melayu atau rakyat
‘British Malaya’. Pada waktu itulah orang Melayu di seluruh Tanah
Melayu bersatu padu untuk menentang gagasan Malayan Union itu,
dan tiga ‘alat’ yang digunakan dan dihidupkan sebagai alat perpaduan
Melayu ialah bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Dalam
tahun itu, orang Melayu menubuhkan UMNO, sebuah pertubuhan
politik kebangsaan Melayu, untuk memperjuangkan hak dan
kepentingan politik orang Melayu di tanah airnya sendiri. Akhirnya
Malayan Union digantikan dengan ‘union’ baru yang disebut
Federation of Malaya atau ‘Persekutuan Tanah Melayu’ (1948). Dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Perkara No. 33), bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi dalam
mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan, dalam tahun 1949 seorang
ahli Melayu Majlis Perundangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas
namanya, membentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan
bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris, sebagai bahasa yang wajib
diajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan, dan semua ahli Majlis
yang menyokong usul itu menyuarakan persetujuan mereka bahawa
bahasa Melayu ‘dapat menyatukan semua kaum di Tanah Melayu’.
(Utusan Melayu, 30 November 1939). Orang Melayu mulai melaungkan
slogan ‘Hidup Melayu’, kemudian mereka menuntut kemerdekaan
dengan memekikkan kata perjuangan ‘Merdeka!’ Dasar perjuangan
UMNO pada waktu itu berpaksi pada tiga alat pembentukan tamadun

12
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

bangsa Melayu yang asas, iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, dan
Kebudayaan Melayu. Boleh dikatakan bahawa perjuangan itu
berdasarkan kesedaran Alif, Ba, Ta, iaitu Agama, Bahasa (atau Budaya)
dan Tanah Air.
Oleh sebab itu, nasionalisme Melayu, atau menurut istilah Khoo Kay
Kim (1991/1995), ‘semangat Melayu’, yang pada mulanya timbul
sebagai suatu kesedaran sosial, yakni kesedaran tentang nasib Melayu
dalam bidang ekonomi dan sosial (termasuk pendidikan) dalam tahun-
tahun 1930-an, akhirnya berkembang menjadi alat nasionalisme politik
mulai tahun 1946 hinggalah tercapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Dasar bahasa dan perjuangan bahasa di Malaysia
Nasionalisme bahasa sering dapat kita lihat manifestasinya dalam dua
bentuk, iaitu dalam bentuk dasar bahasa di sesebuah negara dan dalam
bentuk gerakan aktivis yang disebut ‘perjuangan bahasa’. Di Malaysia
dasar bahasa yang digubal selepas Kemerdekaan lahirnya daripada
tuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bukan tuntutan emosional
atau fanatik tetapi didasarkan atas ‘realiti’ atau ‘keabsahan’ (‘legitimacy’)
sejarah sosiopolitik bahasa Melayu yang kukuh, dan berdasarkan
peranan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun supraetnik dan
suprawilayah di rantau ini, peranan yang tidak ada tandingannya
dengan bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasa
Belanda. Sejak sekarang-kurangnya abad ke-13 bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan,
bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa penyebaran dan
pengembangan agama, khususnya agama Islam, di seluruh rantau ini,
bukan sahaja di Tanah Melayu. Bahasa inilah juga yang telah
berkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangan
dan sosial yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi di Tanah
Melayu dan di seluruh kawasan Hindia Timur Belanda, iaitu Indonesia.
Kerana itulah rantau ini disebut oleh orang Barat sebagai rantau
‘Malay Archipelago’. Apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris
muncul di rantau ini – rantau berbahasa Melayu - mulai abad ke-16,
mereka mendapati sudah wujud di rantau ini suatu kesatuan tamadun
yang tidak mudah dimusnahkan, seperti yang mereka lakukan
terhadap penduduk peribumi di Amerika, iaitu tamadun yang dibentuk
melalui bahasa Melayu – dan agama Islam – sejak ratusan tahun
sebelum kedatangan mereka. Mereka terpaksa menggunakan alat yang
sama, iaitu bahasa Melayu, untuk mengembangkan agama mereka, juga
politik mereka, dalam kalangan penduduk setempat dari semua
kumpulan etnik. Portugis yang memerintah Melaka selama lebih

13
Mengapa Kami Bantah!

seratus tahun tidak berjaya membahasa-portugiskan orang Melayu atau
mengubah agama orang Melayu.
Bahasa inilah yang dijadikan ‘bahasa kebangsaan’ dan bahasa rasmi
Malaysia selepas tahun 1957. Sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itulah
yang menjadi penentu Dasar Bahasa selepas kemerdekaan. Pilihan lain
yang lebih munasabah dan praktikal tidak ada.

Perjuangan bahasa
Akan tetapi oleh kerana bahasa ini adalah bahasa bangsa Melayu maka
‘perjuangan’ untuk memajukan bahasa ini sebagai bahasa negara, tidak
hanya sebagai bahasa orang Melayu, lebih banyak dilakukan oleh orang
Melayu, baik orang perseorangan atau oleh persatuan dan kumpulan
NGO Melayu. Misalnya, persatuan guru-guru Melayu dan pertubuhan
bahasa, sastera dan budaya Melayu, termasuk Asas 50 (dan kemudian-
nya PENA atau GAPENA selepas kemerdekaan), giat memperjuangkan
bahasa Melayu sehinggalah tuntutan dan desakan mereka diterima oleh
pihak yang menentukan dasar bahasa itu dalam tahun 1957.
Maka timbul soal, setelah dasar bahasa yang mengambil kira
tuntutan golongan nasionalis bahasa Melayu itu digubal dan dijadikan
undang-undang (yakni, dimaterikan dalam Fasal 152 Perlembagaan dan
dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68) apakah orang Melayu masih
perlu memperjuangkan untung nasib bahasanya lagi. Soal ini ber-
gantung pada beberapa faktor, terutama faktor pelaksanaan dasar itu
oleh kerajaan. Dalam negara pelbagai bangsa dan bahasa seperti
Malaysia, sering kali timbul masalah pelaksanaan dasar bahasa yang
sudah dipersetujui itu. Politik etnik sering menjadi faktor yang
menentukan setakat manakah dasar itu dilaksanakan secara tegas oleh
kerajaan.
Sebagai gerakan massa, perjuangan bahasa Melayu secara ketara
berlaku dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1957 hingga tahun 1967.
Gerakan ini secara khususnya berkait dengan adanya peruntukan
dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 bahawa Parlimen akan me-
nentukan kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas ke-
merdekaan. Dalam tempoh itu bahasa Inggeris masih kekal sebagai
bahasa urusan rasmi kerajaan, di samping bahasa Melayu. Sebenarnya,
yang akan diuji dalam tempoh itu bukan bahasa Inggeris tetapi bahasa
Melayu. Parlimen akan mengkaji semula sama ada bahasa Melayu akan
dapat menjadi ‘bahasa rasmi tunggal’ atau sebagai bahasa untuk
digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, menggantikan bahasa
Inggeris.
Oleh sebab itu, nampaknya nasib bahasa Melayu sebagai ‘Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara’ masih perlu diuji selepas

14
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

tergubalnya dasar bahasa itu. Dari segi perspektif ‘nasionalis bahasa
Melayu’, perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu dalam
kedudukan politik barunya itu belum selesai. Penduduk Persekutuan
Tanah Melayu dari semua kaum etnik, selain bangsa Melayu sendiri,
perlu menyokong bahasa dasar itu supaya kerajaan tidak menghadapi
apa-apa masalah politik untuk melaksanakan dasar atau matlamat
menggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
‘urusan rasmi’ tunggal kerajaan selepas tempoh sepuluh tahun yang
ditetapkan oleh Parlimen atau oleh Fasal 152 Perlembagaan
Persekutuan.
Untuk tujuan itu maka dalam tempoh sepuluh tahun itu kerajaan
melancarkan siri gerakan bahasa, iaitu Kempen Minggu Bahasa dan
Bulan Bahasa, yang diketuai oleh Pengarah DBP waktu itu, Tun Syed
Nasir Ismail, yang kemudiannya mendapat jolokan sebagai ‘Panglima
Bahasa’. Gerakan bahasa anjuran kerajaan ini mendapat dukungan
beberapa pertubuhan NGO bahasa dan budaya, yang paling aktif ialah
pertubuhan yang disebut Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan
(tertubuh dalam tahun 1964) dan mempunyai cawangan di seluruh
Tanah Melayu. Ketuanya adalah orang DBP, Yahya Ismail, yang pernah
menjadi Penolong Setiausaha kempen bahasa DBP dan saya pernah
menjadi Setiausaha Pusatnya dari tahun 1964 hingga tahun 1966/67.
Saya teringat semasa gerakan bahasa ini dijalankan, berlaku beberapa
tindakan oleh aktivis bahasa Melayu (mungkin ahli BBBK) atau orang
perseorangan, mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulis
dalam bahasa Inggeris.

Protes bahasa
Apabila Parlimen akhirnya bersidang dalam tahun 1967 bagi
membincangkan Rang Undang-Undang Bahasa, beberapa banyak
badan NGO Melayu berasa terperanjat. Mereka membantah beberapa
peruntukan dalam Rang Undang-Undang itu yang oleh BBBK dianggap
tidak menepati janji UMNO atau kerajaan untuk menjadikan Bahasa
Melayu sebagai ‘bahasa rasmi tunggal’. Bahasa Inggeris masih
dikekalkan dalam beberapa bidang urusan rasmi kerajaan, terutama
dalam bidang kehakiman. Keputusan lain yang dibantah adalah
keputusan untuk mengeluarkan notis-notis kerajaan yang dianggap
‘mempunyai kepentingan awam’ dalam bahasa-bahasa lain, selain
bahasa Melayu. Dikatakan oleh pihak kerajaan yang menjawab
bantahan itu bahawa pengumuman dalam pelbagai bahasa ini hanya
terjemahan dari naskhah asalnya dalam Bahasa Kebangsaan. Pihak
yang membantah menganggap bahawa itu adalah ‘taktik’ untuk
menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa dan melanggar semangat
dasar bahasa yang asal (yang diperuntukkan dalam Fasal 152
Perlembagaan 1957). Sekumpulan 9 orang peguam Melayu juga telah

15
Mengapa Kami Bantah!

menghantar memorandum bertajuk Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan 1967: Memorandum Hussein Onn [dan kawan-kawan].
Antara lain memorandum ini menghujah bahawa Rang Undang-
Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen pada
waktu itu tidak melaksanakan matlamat yang terkandung dalam Fasal
152 Perlembagaan, iaitu tentang status bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
Kerajaan tidak mempedulikan kebanyakan daripada bantahan itu.
Maka BBBK, secara kilat, menganjurkan suatu perhimpunan besar di
Balai Budaya (kini Balai Tun Syed Nasir) DBP yang dihadiri oleh kira-
kira 1,500 orang peserta mewakili pelbagai pertubuhan, termasuk orang
perseorangan, untuk membantah Rang Undang-Undang itu. Kemudian
sekumpulan aktivis bahasa Melayu mengadakan perarakan yang
terkenal sebagai Perarakan Keranda 152 menuju ke Kediaman Perdana
Menteri dan ke Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan,
tetapi perarakan itu disekat dan dihalau oleh pasukan Polis Pencegah
Rusuhan. Akhirnya luluslah Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968. Perlu
dicatat bahawa Seksyen 8 Akta ini, yang menimbulkan kontroversi,
telah dipinda dan pindaan itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 1990.

Selepas tahun 1970
Suatu perkembangan baru berlaku selepas tercetusnya rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yang
ditubuhkan untuk memulihkan keadaan membuat keputusan untuk
melaksanakan dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Baru mulai
tahun 1970 itulah kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakan
peruntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 untuk
menukarkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris, yang
sebelum itu masih tetap wujud, kepada aliran sekolah kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.
Dengan demikian, semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris diserap ke
dalam sistem sekolah kebangsaan. Proses pemindahan atau ‘conversion’
ini kira-kira tamat dalam tahun 1981 apabila bermula dari tahun itu
atau tahun 1982 semua kursus pertama yang diajarkan di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikehendaki diajarkan dalam Bahasa
Melayu. Seyogia diingatkan bahawa dalam tahun 1965 sekumpulan
pelajar sekolah menengah kebangsaan Aminuddin Baki telah diberi
peluang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya untuk
mengikuti kursus-kursus ijazah pertama dalam Bahasa Melayu. Dalam
tahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan. Universiti ini
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

16
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Bahasa Nasionalis dan Bahasa Nasionis
Di negara membangun bekas tanah jajahan kuasa Barat, dasar
bahasanya sering kali menghadapi masalah pertentangan atau
persaingan antara fungsi bahasa anak negeri dengan fungsi bahasa
bekas kuasa penjajah dalam proses pembinaan negara. Joshua Fishman
(1968), pemikir ‘politik bahasa’ atau perancangan bahasa Barat yang
terkenal, dalam usahanya untuk mencari formula atau dasar bahasa
apakah yang sesuai untuk negara bekas tanah jajahan Barat di Afrika
dan di Asia, berpendapat bahawa di negeri itu perlu ada dua bahasa
yang memainkan dua peranan yang berlainan. Satu daripada fungsi
nasionalis yang sesuai diserahkan kepada bahasa peribumi, mengingat
adanya kesedaran yang kuat dalam kalangan penduduk peribumi
untuk mengekalkan bahasanya sebagai alat perpaduan, atau sebagai
lambang identiti bangsa; tetapi bahasa ini dianggap ‘tidak layak’ atau
‘belum layak’ untuk memainkan peranan sebagai alat untuk
memajukan negara. Fungsi ini, yang oleh Fishman disebut language for
nationist function, hendaklah diserahkan kepada bahasa bekas kuasa
penjajah (Inggeris atau Perancis, misalnya) yang juga disebutnya
sebagai ‘language for lider communication’, bahasa untuk ‘komunikasi
luas’, maksudnya bahasa yang mampu digunakan juga di luar negeri
berkenaan, yakni di peringkat antarabangsa. Menurut Fishman, dalam
negara bekas tanah jajahan Barat itu perlulah ada dasar bahasa yang
bercorak diglosile, yakni berdasarkan dua bahasa yang memainkan dua
peranan yang berbeza: yang satu, iaitu bahasa setempat, bahasa anak
negeri, perlu dikekalkan sebagai alat nasionalis atau sebagai ‘lambang
bangsa’ atau sebagai alat perpaduan etnik atau bangsa, yang satu lagi,
bahasa Barat, yang perlu dikekalkan dan dimajukan di negara itu
sebagai alat ‘nationist’, yakni sebagai alat kemajuan negara dalam
bidang pembangunan ekonomi, teknologi, pentadbiran kerajaan dan
pendidikan tinggi.

Penjajahan bahasa
Saya menganggap dasar bahasa dualistik nasionalis-nasionis seperti
yang dikemukakan oleh Fishman itu sebagai teori penjajahan bahasa.
Boleh jadi dasar bahasa seperti itu sesuai di negara bekas tanah jajahan
Barat yang tidak mempunyai satu pun bahasa anak negeri yang dalam
sejarahnya telah memainkan peranan sebagai pembentuk tamadun
tinggi seperti bahasa Melayu, atau telah wujud di negara itu suatu
lingua franca peribumi sebagai bahasa komunikasi luas, yang dapat
merentas sempadan etnik dan geografi, seperti bahasa Melayu. Namun
walau apa pun keadaannya, dasar bahasa seperti itu tidak menjamin
bahawa bangsa, bahkan negara berkenaan, akan maju. Mengapa?
Sebabnya adalah, bangsa itu tidak diberikan peluang oleh pihak yang
berkuasa untuk memajukan diri mereka melalui bahasa mereka sendiri.

17
Mengapa Kami Bantah!

Yang maju bukan bangsa itu seluruhnya, tetapi mungkin segelintir
manusia yang menguasai bahasa asing (Inggeris atau Perancis) sebagai
alat untuk memajukan diri mereka dalam bidang-bidang yang
berpengaruh. Buktinya dua: (a) di kebanyakan negara Afrika yang
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa
rasmi, atau sebagai bahasa rasmi utama, atau sebagai bahasa nationist
function, bangsa mereka, bahkan negara mereka, tidak ‘maju’, malah
ada yang makin mundur dan terus miskin. (b) di negara kita, semasa
bahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk menjadi alat kemajuan
bangsa Melayu, misalnya dalam bidang pendidikan menengah dan
tinggi, orang Melayu rata-rata cukup mundur dalam bidang itu.
Kebanyakan mereka hanya terdidik dalam bahasa Melayu di peringkat
sekolah rendah Melayu sahaja. Yang menentukan ‘kemajuan’ negeri
ialah golongan elitis berbahasa Inggeris. Tetapi selepas kemerdekaan,
apabila bahasa Melayu dijadikan alat pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi, kita
dapat melihat berpuluh ribu orang Melayu menjadi ahli sains, doktor
perubatan, akauntan, dan lain-lain, dan ribuan sarjana Melayu dalam
pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan matematik, yang terdidik
dalam bahasa Melayu.
Sama ada kita menyedarinya atau tidak, dari segi budaya dan
amalan dasar bahasa, kita sedang melakukan pelbagai perbuatan yang
kesannya boleh membawa negara ini kembali ke zaman sebelum
kemerdekaan itu: kita hendak mengembalikan bahasa Inggeris sebagai
penentu kemajuan bangsa Melayu, tidak lagi bahasa Melayu. Dan ini
saya anggap sebagai dasar atau pemikiran linguistic imperialism. Apa
makna ‘linguistic imperialism’? Tollefson (1991), seorang penulis Barat,
membincangkan soal bagaimana dasar mengutamakan bahasa Inggeris
di negara bukan berbahasa Inggeris sebagai bahasa ‘elitis’ atau bahasa
pihak yang berkuasa dengan mewujudkan keadaan tidak adil, misalnya
dalam bidang ekonomi dan pendidikan, kepada komuniti atau
golongan dalam masyarakat yang tidak menguasai bahasa itu. Menurut
Tollefson, model kemajuan atau pembangunan yang menjadi acuan
mereka ialah model Barat, dan untuk mengembangkan model itu, alat
yang digunakan mestilah bahasa Inggeris dan inilah keadaan yang
menyebabkan berlakunya kemajuan yang tidak seimbang atau tidak
adil antara negara atau komuniti di merata dunia.
Menurut Phillipson dalam bukuya Linguistic Imperialism (1992),
imperialisme bahasa Inggeris ialah ‘…the dominance of English is asserted
and maintained by the establishment and continuous reconstruction of
structural and cultural inequalities betweeen English and other languages
(hal. 47). Imperalisme bahasa Inggeris, menurut Phillipson adalah
contoh ‘linguisticm’ yang ditakrifkan sebagai ‘ideologies, structures, and

18
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

practices which are used to legitimate, effectuate, and reproduce an unequal
division of power and resources (both material and immaterial between groups
which are defined on the basis of language’. Ketidakadilan struktural dan
budaya ini memastikan bahawa sumber-sumber materialistik lebih
banyak diagihkan kepada bahasa Inggeris dan tidak kepada bahasa-
bahasa lain, dan tujuannya ialah untuk menguntungkan orang yang
menguasai bahasa Inggeris (hal. 47). Dalam suatu tulisan beliau yang
lain (1999, juga dalam 1992), Phillipson berkata: “Terjemahan bebas:
Peluasan dan pengembangan bahasa Inggeris di dunia pasca zaman
kolonial dan selepas zaman komunisme tidaklah berlaku begitu sahaja
tetapi dipromosi secara sedar dan sengaja (terancang) oleh kerajaan
Amerika dan kerajaan British yang memberikan perhatian yang serius
terhadap usaha untuk memajukan kepentingan korporat dan pelaburan.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri merupakan
bidang perniagaan multibilion dolar, penjana pendapatan yang terbesar
bagi ekonomi British selaing perniagaan minyak. Bahasa Inggeris untuk
perniagaan bererti perniagaan untuk bahasa Inggeris. Perniagaan
pengajaran bahasa Inggeris telah dianggap sebagai perniagaan yang
kedua besarnya di samping pengedaran dadah dari segi pentingnya
(nilai ekonomi atau perniagaannya) di sesetengah negeri. Perbandingan
ini barangkali agak melulu tetapi ia juga mendedahkan hakikat bahawa
ketagihan terhadap dadah bahasa Inggeris merupakan fenomena yang
cukup meluas di sesetengah negara” (Phillipson dalam Joshua A.
Fishman, 1999, hal. 96).
Malaysia kembali ke zaman penjajahan?
Saya kira penjajahan bahasa Inggeris menurut penjelasan di atas sedang
berlaku dan yang akan berlaku di negara ini apabila ideologi bahasa
Inggeris digembar-gemburkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dan
disambut oleh pihak majikan, terutama dalam sektor ekonomi swasta,
sebagai syarat wajib untuk mendapat pekerjaan, untuk maju dalam
bidang pendidikan, untuk menjadi mengajar di sekolah dan di IPTA,
dan sebagainya. Beratus-ratus ribu, mungkin berjuta rakyat Malaysia
yang selama ini terdidik dalam Bahasa Melayu dan yang berkelayakan
tinggi dalam bahasa ini dalam pelbagai bidang, tiba-tiba diberitahu
‘anda tidak layak kerana anda tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris’. Itulah nasib yang menimpa lebih 85% daripada orang Melayu
yang menjadi rakyat Tanah Airnya dalam zaman penjajahan Inggeris
dahulu.
Orang semakin lantang menegaskan bahawa bahasa Inggeris, bukan
Bahasa Melayu, penting untuk kemajuan bangsa Melayu dan negara.
Tetapi, menurut mereka, ini tidak akan menggugat kedudukan bahasa
Melayu. Menurut mereka, nilai Bahasa Melayu sebagai bahasa
‘perpaduan bangsa’ atau sebagai ‘Bahasa Kebangsaan’ tetap penting

19
Mengapa Kami Bantah!

dan tarafnya sebagai ‘bahasa rasmi’ negara sebagaimana yang telah
ditetapkan dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan
tidak akan berubah. Memanglah di atas kertas dasar itu tidak berubah,
tetapi di luar bermacam-macam perubahan berlaku.
Dua sektor bahasa yang bersaing
Kini kita melihat wujudnya dua sektor bahasa yang jelas di negara ini.
Yang satu adalah sektor pembangunan yang dikuasai oleh bahasa
Inggeris, dan yang satu lagi ialah sektor urusan pentadbiran negara
yang masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai ‘bahasa utamanya’,
walaupun proses hakisan dasar ini juga sedang berlaku. Lebih-lebih
lagi dalam sektor pendidikan negara, kita melihat wujudnya dua sektor
yang berlainan, yang satu ialah sektor pendidikan swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar tunggalnya, dan
yang satu lagi ialah sektor pendidikan awam yang nampaknya sedang
menjurus ke arah penggunaan bahasa Inggeris, khususnya dalam
pengajian matematik dan sains. Padahal Akta Institusi Pengajian Swasta
(IPTS) 1996 dan Akta Pendidikan 1996 (yang menggantikan Akta
Pelajaran 1961) tetap menegaskan dasar yang asal, iaitu Bahasa
Kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
IPTS. Walaupun menteri pelajaran diberi kuasa untuk mengecualikan
peraturan dasar ini dengan membenarkan sesuatu kursus atau
sebahagian besar dari kursus itu diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini
bukan dasar pokok, tetapi hanya kuasa untuk melakukan pengecualian.
Malangnya, sejak tahun 1996 yang dilaksanakan oleh kerajaan atau
menteri pelajaran ialah pengecualian itu bukan dasar penggunaan
bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama di
IPTS. Jadi, amalan bertentangan dengan dasar. Semua IPTS (termasuk
IPTS yang ditubuhkan oleh syarikat korporat atau perbadanan milik
kerajaan seperti PETRONAS, Telekom dan Tenaga Nasional)
dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
utama dalam semua kursus.
Perubahan bahasa pengantar kursus Sains dan Matematik
Pukulan paling hebat terhadap dasar bahasa yang asal (yang dikatakan
tidak berubah itu) dan terhadap dasar pendidikan kebangsaan adalah
keputusan mengubah bahasa pengantar matematik dan sains dari
Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari sekolah rendah hingga ke
peringkat pengajian tinggi. Ini perubahan yang oleh sesetengah orang
dianggap, tidak masuk akal dan tidak sah dari segi perlembagaan dan
Akta Pendidikan yang ada.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu dari peringkat rendah,
yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, sangat serius. Padahal
sebelum itu, mereka tidak menghadapi masalah yang berat mengikuti

20
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, bahasa yang
mereka kuasai. Sudah pun banyak pelajar Melayu dan bukan Melayu –
ribuan banyaknya - yang berkelulusan peringkat ijazah pertama, ijazah
sarjana malah ijazah Ph.D. dalam bidang sains dan matematik yang
mereka pelajari dalam bahasa Melayu.
Tidak ada negara yang maju (kecuali negara mundur atau negara
takluk kuasa Anglo-Amerika) yang memaksa kanak-kanak mereka
belajar sains dan matematik dalam bahasa asing bermula dari hari
pertama mereka bersekolah. Kita di Malaysia nampaknya lebih bijak
menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.
Nasionalis bahasa Melayu anti bahasa Inggeris?
Kita juga sering mendengar orang Melayu, termasuk beberapa
pemimpin Melayu, berkata bahawa orang Melayu yang
‘memperjuangkan’ bahasanya adalah ‘fanatik bahasa’ dan ‘anti bahasa
Inggeris’. Tetapi ini cakap-cakap orang yang emosional, tidak mahu
berfikir secara lebih mendalam dan lebih bijaksana. Jikalau ditanya,
mana buktinya yang menunjukkan bahawa orang Melayu itu ‘gila
bahasa Melayu’ atau anti bahasa Inggeris, mereka pasti tidak akan
dapat menjawabnya dengan bukti yang nyata. Tidakkah kita sedar
bahawa selepas kemerdekaan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang
wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. UMNO dan orang Melayu
tidak membantah dasar itu, walaupun mereka memperjuangkan bahasa
Melayu. Orang putih pun tidak berani mewajibkan bahasa Inggeris
diajarkan kepada kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu dahulu.
Mungkin itu pun merupakan dasar mereka untuk menghalang orang
Melayu menguasai bahasa Inggeris kerana takut bahasa itu akan
digunakan oleh bangsa Melayu untuk mencabar kuasa mereka melalui
bahasa mereka, seperti yang berlaku di tempat lain, misalnya di India.
Kalau dahulu guru-guru Melayu yang rata-rata tidak menguasai bahasa
Inggeris memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu, hari ini yang
lebih banyak memperjuangkan Bahasa Melayu adalah orang Melayu
yang menguasai bahasa Inggeris, orang yang cukup fasih
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ragam tinggi. Apakah mereka
membenci bahasa Inggeris? Tentu tidak. Yang mereka benci bukan
bahasa Inggeris tetapi adalah penjajahan bahasa Inggeris. Yang mereka
tentang adalah, dasar untuk mengembalikan penjajahan bahasa Inggeris
di negara ini, dasar yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia
berbahasa Melayu, rakyat Malaysia yang berpendidikan dalam Bahasa
Melayu – Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan dan bahasa
rasmi negara – tidak mendapat peluang untuk maju dalam bahasa ini
kerana adanya ‘dasar kedua’. Dasar ini tidak ada dalam Perlembagaan
atau dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dasar yang tidak pernah
diputuskan oleh Parlimen) bahawa bahasa Inggeris ialah syarat utama

21
Mengapa Kami Bantah!

untuk menjadi bangsa yang maju di negara ini. Inilah yang ditentang,
iaitu ideologi bahasa itu atau agenda imperialismenya. Bukan bahasa
Inggeris itu, atau bahasa apa pun. Padahal bukan mereka tidak tahu,
sudah ada puluhan ribu orang Melayu dan warga Malaysia dari kaum
lain yang telah mencapai kejayaan dan kemajuan yang cemerlang
dalam bidang sains, matematik, perubatan dan melalui pendidikan
dalam Bahasa Melayu dai darjah satu sampai ke IPTA.

Melayu tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka
mengetahui bahasa Inggeris
Kemudian, kita ada mendengar segelintir orang Melayu, terutama
pemimpin besarnya sejak dahulu, yang berkata bahawa orang Melayu
tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasa
Inggeris. Macam-macam alasanlah digunakan untuk mempengaruhi
orang ramai bahawa orang Melayu tidak usahlah takut mempelajari
bahasa Inggeris. Lagi sekali kita bertanya, mana buktinya bahawa orang
Melayu takut menguasai bahasa Inggeris? Isu ini tidak timbul langsung.
Kata-kata itu boleh mengelirukan rakyat, seolah-olah maksudnya atau
implikasinya adalah, orang Melayu bolehlah mengorbankan bahasa
mereka, menggantikannya dengan bahasa Inggeris, sebab pengorbanan
itu tidak akan menukar bangsa Melayu menjadi bangsa Inggeris!
Ingatlah, penduduk asli Hawai dan penduduk peribumi lain di
Amerika, di Australia dan di New Zealand, sudah tinggal sebagai
bahan atau artifak budaya dan pelancongan sahaja. Itulah sahaja
‘identiti’ yang masih ada pada mereka, iaitu rupa badan mereka, adat
asli mereka, bahasa etnik mereka. Mereka tidak maju lagi kerana
bahasa mereka sudah dimusnahkan. Dan jangan lupa juga bahawa di
Asia atau di Asean, negara berbahasa Inggeris yang besar ialah Filipina,
tetapi bangsa atau negara Filipina tidak lebih maju dari bangsa Jepun
atau Korea, atau negara Thai, bahkan juga Indonesia yang
mementingkan Bahasa Kebangsaan masing-masing sebagai alat
kemajuan bangsa di dalam negara sendiri.
Oleh sebab itu, apabila orang menimbulkan soalan: ‘mana lebih
penting, maju bangsa atau maju bahasa’, kita perlu mencabar pendapat
yang songsang ini dengan soalan: bagaimanakah bahasa Melayu akan
maju jikalau kemajuan bangsa Melayu tidak dilakukan dalam bahasa
Melayu tetapi dalam bahasa orang lain, bahasa Inggeris? Bagaimanakah
bahasa Melayu akan maju dalam bidang ilmu jika ia tidak digunakan
sebagai bahasa ilmu? Banyak bangsa di dunia pupus atau hampir
pupus kerana bahasanya tidak digunakan atau disekat untuk
berkembang sebagai alat kemajuan bangsa itu. Teori yang benar dan
yang terbukti berdasarkan sejarah pembentukan tamadun setiap bangsa

22
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

di dunia, adalah, bahasa maju apabila bahasa itu digunakan sebagai
alat kemajuan bangsanya.

Tidak salah mengetahui bahasa asing
Mengetahui bahasa Inggeris atau bahasa apa pun selain bahasa sendiri,
memang tidak salah, malah baik. Tidak ada orang Melayu yang berkata
ini salah. Tetapi apakah fungsi bahasa asing itu kepada bangsa yang
mengetahui bahasa asing itu: soal inilah yang perlu kita fikirkan. Tentu
sahaja pentingnya bukanlah untuk menggantikan bahasa kita sebagai
alat kemajuan bangsa sendiri. Apalah gunanya kita mengetahui bahasa
lain jikalau tujuannya adalah untuk berkomunikasi antara bangsa
sendiri dalam bahasa itu: di rumah, di kedai, di pasar, di restoran, di
tempat kerja, di kilang, di pejabat dan sebagainya? Tidak cukupkah
bahasa kita sendiri sebagai alat komunikasi dalam semua bidang itu?
Kita mengetahui bahasa asing bukan untuk menggantikan bahasa
sendiri tetapi untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, untuk mencari
ilmu yang terdapat dalam kepustakaan bahasa asing itu; atau, kalau
perlu, untuk menuntut ilmu di luar negeri seperti di Jepun, di Perancis,
di negeri berbahasa Arab, misalnya, tidak hanya di negara berbahasa
Inggeris, atau untuk menjadi diplomat di negeri asing, atau untuk
menyampaikan kertas kerja di luar negeri, dan sebagainya. Berapa
orangkah daripada penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 25
juta ini, yang hendak menjadi diplomat, hendak pergi ke Amerika,
Britain dan Australia untuk menuntut ilmu, ilmu yang kebanyakannya
dapat dituntut di negeri kita dalam bahasa kita, dan berapa orangkah
rakyat Malaysia yang hendak membentangkan kertas kerja dalam
bahasa Inggeris atau menghadiri persidangan peringkat antarabangsa
di luar negeri?
Bagi memajukan bangsa kita, yang kebanyakannya tidak
mengetahui atau tidak perlu mengetahui bahasa asing itu di peringkat
tinggi kita wajib menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya, kerana
bahasa bukan hanya sekadar hukum nahu; lebih penting lagi, bahasa
adalah sistem budaya dan sistem kognitif, yang memainkan peranan
sebagai alat untuk mencetuskan kreativiti minda atau akal budi bangsa
sendiri, alat pembina tamadun bangsa. Ilmu yang diperoleh dari
khazanah bahasa asing perlu dikembangkan secara kreatif, di negeri
sendiri dan dalam kalangan bangsa sendiri dalam bahasa yang
difahami oleh bangsa kita, iaitu bahasa Melayu. Proses pemindahan
hasil tamadun luar secara kreatif ke dalam tamadun sendiri ini
dilakukan oleh banyak bangsa lain. Bangsa Melayu telah melakukan
proses ini berzaman-zaman lamanya melalui pertembungan mereka
dengan tamadun dari dunia India, dunia Islam, dan dunia lain lagi.
Apakah dengan cara ini bangsa dan negara kita tidak akan maju?

23
Mengapa Kami Bantah!

Bangsa Eropah baru maju dalam bidang ilmu dan sains mulai abad ke-
16 atau ke-17 setelah bahasa Latin digantikan oleh Bahasa Kebangsaan
bangsa Eropah masing-masing. Bahasa Inggeris berkembang sebagai
bahasa ilmu bukan kerana bahasa ini luar biasa sifat linguistiknya
tetapi kerana bahasa ini banyak sekali meminjam kata-kata dari bahasa
Latin dan Greek dan kerana adanya sejumlah orang daripada bangsa
mereka yang berfikir, menulis dan mengembangkan ilmu secara kreatif
dalam bahasa sendiri. Hari ini tidak ada satu pun ayat dalam bahasa
Inggeris, terutama ayat bahasa ilmu, yang tidak mengandungi kata-kata
pinjaman. Begitu juga proses yang berlaku dalam sejarah bahasa
Melayu. Para pemikir dan penulis bangsa Melayu sejak abad ke-16 atau
ke-17 menghasilkan pelbagai karya tentang ‘ilmu Islam’ misalnya ilmu
fiqh, usuluddin, falsafah Islam, tasawuf Islam, dalam bahasa Melayu,
tidak dalam bahasa Arab, walaupun mereka pada mulanya
memperoleh ilmu itu melalui bahasa Arab).

Orang Melayu mesti fasih dalam Melayu dan Inggeris
Kita sering juga mendengar orang berkata bahawa orang Melayu
hendaklah menjadi bangsa yang fasih dalam dua bahasa, iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris supaya mereka tidak akan ditinggalkan
oleh segala bidang ilmu dan teknologi yang kini sedang pesat berlaku
dalam bahasa Inggeris, supaya mereka tidak akan terputus dengan
dunia global, atau dengan ‘dunia maklumat’ yang kebanyakannya
disebarkan, misalnya melalui internet, dalam bahasa Inggeris. Ini
seruan yang cukup baik. Tetapi masalahnya adalah, sistem pendidikan
selama ini nampaknya gagal menjadikan pelajar kita, terutama pelajar
Melayu di luar bandar, mahir dalam bahasa Inggeris, bahkan banyak
juga pelajar Melayu yang gagal atau lemah dalam bahasa Melayu. Lalu
kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan menimbulkan masalah
lain lagi: memaksa pelajar Melayu itu mempelajari matematik dan sains
dalam bahasa Inggeris! Sedangkan bahasa Inggeris pelajar itu – dan
bahasa Inggeris guru sendiri - cukup lemah. Akibatnya, pelajar Melayu
bukan sahaja tidak menjadi lebih fasih berbahasa Inggeris, malah
mereka akan gagal dalam ilmu matematik dan sains kerana diajarkan
dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa global – peduli apa!
Ada pihak yang menekankan pentingnya bahasa Inggeris kerana
bahasa ini adalah bahasa ‘global’, bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasa
internet, bahasa perdagangan antarabangsa dan lain-lain lagi. Tiada
siapa yang menafikan hakikat ini, tetapi apabila kita menggunakan
alasan ini untuk menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan sosial, budaya, ekonomi,
perniagaan dan teknologi dalam negeri sendiri, inilah yang perlu kita

24
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

berwaspada. Gerakan dan perasaan menentang proses globalisasi yang
dianggap sebagai bentuk penjajahan baru, yakni penjajahan teknologi,
penjajahan budaya, termasuk penjajahan bahasa Inggeris seperti yang
disebut oleh Phillipson (di atas tadi), penjajahan ekonomi ‘pasaran
bebas’ dan penjajahan ideologi, yang dibawa melalui bahasa Inggeris
terutamanya, makin merebak. Kesedaran nasionalisme, atau menurut
istilah John Naisbitt dalam bukunya Global Paradox (1995), ‘tribalism’,
berlaku di mana-mana sekarang ini, termasuk juga di Eropah, tidak
sahaja di negara “Dunia Ketiga”. Kalau dahulu bahasa Inggeris secara
langsung menjadi alat penjajahan di dalam negara kita apakah sekarang
tidak mungkin proses yang sama akan berlaku lagi, kali ini melalui
globalisasi bahasa Inggeris ini yang boleh jadi dilancarkan secara sedar
oleh pakatan Amerika-Britain untuk menguasai minda bangsa kita,
menguasai ekonomi kita, memusnahkan budaya dan agama kita?

Perjuangan bahasa yang belum tamat
Dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan yang terbentuk selepas
tahun 1957 mungkin tidak akan terlaksana jikalau tidak ada desakan
daripada badan-badan NGO Melayu pada masa sebelum dan beberapa
tahun selepas tahun itu. Sebagai contoh, Kesatuan Persekutuan Guru-
Guru Melayu (KPGMS), yang ditubuhkan pada 14 April 1946,
mengadakan mesyuarat agung dalam bulan Disember 1957 untuk
menggesa ahli-ahlinya keluar dari UMNO sekiranya kerajaan tidak
segera melaksanakan penubuhan sekolah menengah Melayu. Oleh
kerana sambutan kerajaan, terutama Menteri Pendidikan waktu itu
agak dingin, maka KPGMS, dalam mesyuarat agung tergemparnya
pada 31 Januari 1958 memberi arahan kepada ahli-ahlinya supaya
dalam tempoh 15 hari keluar beramai-ramai dari UMNO. Selepas
tempoh itu sebanyak 10,000 anggota KPGMS yang sejak penubuhannya
menjadi tulang belakang UMNO, keluar dari UMNO. Akibatnya, dalam
Pilihan Raya Umum tahun 1959, UMNO atau Parti Perikatan telah
hilang kekuasaannya di Kelantan dan Terengganu (Ahmat Adam 1994:
79).
Hari ini orang Melayu tidak mempunyai badan NGO seperti itu lagi.
Tetapi Jawatankuasa Menuntut (suqiu) dari Gabungan Pertubuhan Cina
Malaysia ditakuti oleh parti-parti politik Cina. Mereka terus mendesak
kerajaan untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina, termasuk
kepentingan bahasa, budaya dan pendidikan kaum Cina. Mereka boleh
berkata: jikalau kerajaan tidak mengindahkan tuntutan mereka, mereka
akan menyokong parti pembangkang. Dalam tahun 1999, misalnya,
mereka menghantar memorandum mengandungi 89 tuntutan kepada
kerajaan. Tetapi Perdana Menteri waktu itu (Tun Dr. Mahathir
Mohamad) menolak tuntutan itu dengan alasan bahawa ia tidak selaras
dengan ‘kontrak sosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

25
Mengapa Kami Bantah!

Tetapi itu tidak bererti tuntutan-tuntutan itu akan dilupakan begitu
sahaja. Orang Melayu, kata sesetengah orang, mudah lupa. Apabila
sudah terlalu terdesak, baru mereka sedar dan mungkin hendak
’mengamuk’ dan menjulang keris, tetapi pada ketika itu, keadaan
sudah menjadi fait accompli, tidak dapat dibuat apa-apa lagi.
Tidak dapat dibuat apa-apa lagi? Belum terlambat. Yang harus
ditentang bukan bahasa Inggeris tetapi ialah dasar yang boleh
menjadikan bahasa Inggeris itu sebagai alat penjajahan di negara ini.

Nasionalisme bukan Gila Bangsa
Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasionalisme
bahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang
sedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi juga
berlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme atau
nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau
etnisiti, tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik dan
penjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasa luar.
Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, nasionalisme politik Eropah
sering kali bercorak rasis, khususnya apabila bangsa Eropah itu
berhadapan dengan bangsa bukan Eropah yang berada di kawasan
mereka. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme bahasa Melayu tidak
bersifat rasis. Jadi, kita harus membezakan etnisiti atau rasisme dengan
kesatuan atau kesedaran sosiobudaya yang disebut bangsa atau ‘nation’
dan hubungannya dengan proses pembentukan negara. Kita jangan lagi
menuduh “pejuang bahasa Melayu” sebagai golongan fanatik bahasa,
gila bahasa, anti bahasa Inggeris, anti kemajuan dan sebagainya, kerana
kata-kata ini merepek dan tidak beralasan sama sekali. Mungkin orang
yang berkata demikian sudah menjadi mangsa “linguistic imperialism”
bahasa Inggeris dan mereka boleh jadi tidak menyedarinya.

26
4
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

Dato' Baha Zain
Ketua 1,
Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Tun Dr. Mahathir menulis tentang “Mengajar Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)” dalam blognya, chedet.com pada 10
Ogos, 2008. Tulisannya sepanjang 22 perenggan itu menjelaskan sebab
beliau memutuskan supaya sains dan matematik diajarkan dalam
bahasa Inggeris sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Sangatlah penting beliau memperjelaskan sendiri tindakannya itu,
kerana isu kebahasaan dan pendidikan ini bukan perkara kecil.
Keputusan Tun Mahathir mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar untuk sains dan matematik sewaktu beliau menjadi Perdana
Menteri adalah keputusan yang membawa kesan sejarah buruk
terhadap:
a. kedudukan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan Malaysia,
sebagai bahasa ilmu;
b. Pendidikan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan
menengah; dan
c. Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaran
globalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral,
kebebasan dan kapitalisme Barat.
Kesediaan Tun Mahathir mengaku bertanggungjawab membuat
keputusan ini dapat dipuji. Sebagai bekas Perdana Menteri beliau mesti
berani dan jujur mengakui tindakannya sama ada baik atau buruk
akibatnya. Sikap ini tidak ternampak pada ramai orang bawahannya
yang dahulu terang-terang menyuarakan sokongannya terhadap beliau
dalam tindakan menggantikan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Mengapa Kami Bantah!

Sekarang mereka bungkam menyorokkan muka kerana Tun Mahathir
tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam kerajaan.
Oleh sebab saya adalah antara yang tersangat tidak setuju dengan
keputusan Tun Mahathir itu, dan sudah banyak kali mengkritik beliau
dengan keras, maka saya ingin mengulas keterangannya tentang
perkara ini. Setelah membacanya saya menjadi bertambah yakin
bahawa kritikan saya terhadapnya sebelum ini tidak meleset kerana apa
yang diterangkannya kali ini juga tidak memberikan alasan-alasan
serta hujah yang baik dan meyakinkan bagi mengubah penentangan
masyarakat terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar untuk sains dan matematik di sekolah.
Adalah penting dalam soal kebudayaan dan tamadun bangsa kita
tidak berfikiran taksub, memutar belitkan alasan dan hujah, tetapi
berusaha mencari pencerahan fikiran, terutama apabila menginsafi
bahawa Bahasa Melayu bukan hak milik seorang pemimpin, seorang
individu atau sekumpulan elit politik, tetapi warisan kolektif bangsa.

Bertanggungjawab
Tun Mahathir terang-terang “mengaku bertanggungjawab berkenaan
mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.” Pengakuan ini
bolehlah ditafsirkan sebagai berikut. Beliau sendiri mengambil inisiatif
dan mengarahkan supaya mata pelajaran itu tidak lagi diajarkan
melalui Bahasa Melayu. Oleh sebab itu ia bukan berpunca daripada
Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu. Ia adalah arahan
eksekutif daripada Perdana Menteri. Sama ada perkara ini sudah
dibincang dengan teliti, diperhalusi daripada segala segi, dan
dipersetujui terlebih dahulu oleh Majlis Tertinggi UMNO atau Kabinet,
tidaklah jelas pada orang ramai kerana ia dilakukan secara mendadak
pada 2003.
Keputusan Tun Mahathir ini kemudiannya disokong oleh sejumlah
Menteri UMNO, profesional dan peniaga tertentu yang antaranya
mungkin melibatkan diri dalam pendidikan swasta yang lebih
bertujuan mengaut keuntungan daripada pendidikan. Mereka melihat
potensi besar dalam perniagaan melalui pelajar-pelajar seberang laut
dari Indonesia, China dan negara-negara lain yang membayar yuran
pendidikan yang lumayan kepada kolej dan universiti masing-masing
yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh
sebab itu seluruh sistem pendidikan negara ini disokong supaya
menggunakan bahasa Inggeris bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat
pendidikan untuk pelajar termasuk dari negara luar.
Selain daripada itu ribuan juta ringgit dibelanjakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membekalkan dan
menyelenggarakan perkakasan dan perisian komputer, buku teks baru
dalam bahasa Inggeris dan bahan-bahan pembelajaran lain. Pihak-pihak

28
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

yang menyokong keputusan ini tidak semuanya menyokong kerana
kepentingan pendidikan, tetapi kerana keuntungan perdagangan.
Ramai juga yang menyokong kerana sudah mesra dengan bahasa
Inggeris atau memang tidak suka terhadap pengaruh Bahasa Melayu.
Satu siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui berapa bilion ringgit
jumlah yang dibelanjakan bagi membeli komputer, perisian, buku teks,
buku panduan mengajar bagi guru, dan peralatan lain bagi
menggantikan bahan pendidikan lama dengan yang berbahasa Inggeris;
dan pihak mana yang terlibat di dalamnya.
Tentang kebimbangan Tun Mahathir bahawa ramai yang menuduh
beliau tidak bersemangat kebangsaan Melayu tidaklah penting sangat
dibahaskan di sini walaupun aneh bagi seseorang pemimpin yang
bersemangat kebangsaan seperti beliau tidak pula mengutamakan
Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kebangsaan di negaranya.
Sikap seperti ini, iaitu mencabut kedudukan dan fungsi Bahasa
Kebangsaan yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan negara,
daripada pendidikan sains dan matematik di sekolah rendah dan
menengah, tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana Presiden atau
Perdana Menteri di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman,
Russia dan Perancis.
Apa yang penting dibahaskan adalah tindakan memberhentikan
penggunaan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik memang jelas
tidak mengutamakan Bahasa Melayu. Ini suatu tindakan yang
bercanggah dengan apa yang pernah diucapkan oleh beliau sebelum
memegang jawatan Perdana Menteri iaitu bagi menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama di universiti. Sayangnya
apabila beliau sudah berada di puncak kekuasaan, Bahasa Melayu itu
sudah tidak penting atau berguna lagi, dan perjuangan Bahasa Melayu
itu adalah suatu alat sahaja bagi memenangi hati orang Melayu,
terutama pengikut parti, bagi tujuan naik ke atas atau mendapat
kekuasaan.

Hukuman
Tun Mahathir ingin membuat penjelasan sebelum beliau dihukum.
Dalam isu ini nampaknya beliau tidak perlu bimbang terhadap apa-apa
hukuman dari segi politik atau undang-undang kerana beliau sudah
tidak lagi memerlukan suara pengundi ahli parti atau rakyat. Hanya
masyarakat pejuang Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Kebangsaan,
dan sejarah tamadun bangsa sahajalah yang sedang dan terus
menghukum tindakannya. Kerosakan yang dilakukan terhadap peranan
dan fungsi bahasa secara terancang melalui dasar kerajaan
mengakibatkan kesan buruk yang panjang dan mungkin sulit untuk
dipulihkan, terutama apabila ia sengaja disaingkan dengan bahasa
global, bahasa Inggeris yang disokong oleh kekuatan ekonomi,

29
Mengapa Kami Bantah!

teknologi komunikasi dan maklumat, serta budaya popular yang
komersial. Tindakan ini boleh diistilahkan sebagai pembunuhan bahasa,
iaitu usaha menjerut bahasa sendiri secara sengaja.

Semangat Kebangsaan
Mengutip kata-kata Tun Mahathir sendiri: “Pendapat saya adalah
mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus
mengutamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja...” Ini adalah
suatu tuduhan yang tidak berasas, liar, dan hanya ada dalam imaginasi
beliau sendiri. Alangkah baiknya sekiranya dapat ditunjukkan bukti
siapa dan berapa ramai yang hanya mengutamakan “penguasaan
bahasa ibunda sahaja,” dan menolak bahasa Inggeris. Menolak
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan
matematik bagi menggantikan Bahasa Melayu, bukan bererti menolak
bahasa Inggeris sama sekali, dan mengutamakan bahasa ibunda sahaja.
Yang ditolak adalah dasar mengetepikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar, dan digantikan dengan Bahasa Inggeris bagi
mengajarkan sains dan matematik di sekolah. Itu inti persoalannya.
Oleh sebab itu jangan dikelirukan antara soal bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
sains dan matematik.
Pendapat yang keliru ini sebenarnya bukan diucapkan oleh Tun
Mahathir seorang. Ada beberapa tokoh lain juga pernah berkhayal
seperti ini. Malahan seorang Anglophile sampai menuduh mereka yang
memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai linguistic chauvinist yang
sempit, dalam rencananya pada sebuah akhbar Inggeris. Kenyataan ini
tidak benar; dan adalah fitnah yang tidak jelas apa niat dan tujuan di
sebaliknya. Cukup ganjil orang yang berpendidikan tinggi, daripada
Universiti Oxford misalnya dan dianggap konon sebagai orang bijak
pandai, boleh berfikir tanpa bukti, dan dipengaruhi kuat oleh sentimen
peribadi dengan tujuan menyokong Perdana Menteri yang berkuasa. Ini
adalah contoh bahawa kelulusan tinggi dan ilmu saja tidak cukup
jikalau ilmu tidak dibarengi dengan niat jujur, adab dan etika
perbahasan yang baik. Dalam masyarakat kita contoh-contoh orang
yang berkelulusan tinggi, berkuasa dan yang dianggap berilmu, tetapi
tidak berakhlak, rasuah, dan khianat terhadap kebudayaan dan bangsa
tidaklah susah untuk dikenali.

Setanding dengan bangsa lain
Tentang kenyataan Tun Mahathir bahawa kita harus setanding, duduk
atau berdiri, dengan bangsa-bangsa maju di dunia pula, semuanya kita
setuju dan menyokongnya. Juga kita tidak membantah apabila Tun
berkata: “Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri
dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita

30
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

mulia dan mampu bersaing...” Tidak ada sesiapa yang siuman yang
mencadangkan bangsanya harus berada dalam keadaan malang ini.
Memang kita patut menggalakkan setiap orang berpengetahuan tinggi,
berdaya saing dan seboleh-bolehnya menguasai sekurang-kurangnya
dua tiga bahasa. Untuk orang Melayu Islam adalah sangat penting
mereka menguasai bahasa ibundanya Bahasa Melayu (malu sekiranya
kita tidak mahir menulis dalam bahasa sendiri dengan canggih, berisi
dan indah), dan kemudian dua bahasa lain, Inggeris atau Arab, dan
bukan Inggeris sahaja. Masyarakat kita sudah tiba pada suatu peringkat
perkembangan fikiran yang menerima kepentingan plurilinguisme,
iaitu mengetahui banyak bahasa adalah sesuatu yang normal seperti
mengenal banyak bangsa di dunia ini.
Globalisasi sedang menipiskan sempadan-sempadan negara dan
mempermudah lalu lintas modal, unsur-unsur bahasa dan budaya,
maklumat, ilmu dan teknologi. Dalam waktu sama globalisasi juga
sedang mengancam kesinambungan nilai-nilai budaya dan agama
negara membangun. Tegasnya dalam usaha meningkatkan kemahiran
berbahasa asing kita mesti berwaspada agar bahasa kita yang menjadi
wadah nilai-nilai murni, dan menjadi wahana pembentukan rohani,
fikiran, etika dan pandangan dunia atau tasawur tidak terkucil ke tepi
dan dikuasai oleh nilai-nilai negatif yang dibawa oleh bahasa asing.

Tuntut ilmu ke negeri Cina
Tentang sabda Nabi: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina”,
walaupun Nabi tidak mengembara ke sana, baginda tahu akan
kekayaan peradaban Cina dalam aneka dialeknya, tetapi tidaklah pula
baginda sampai menyuruh umatnya meminggirkan bahasa sendiri atau
bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran dan bahasa ilmu.
Ilmu yang dituntut daripada Cina itu tentulah bagi memperhebat
kehidupan Islam, dan memperkaya bahasa-bahasa orang Islam dengan
ilmu pengetahuan kerana bahasa itu menjadi pengantar pendidikan,
wahana dakwah serta alat perhubungan harian setiap masyarakat.
Justeru itu bahasa orang Islam harus diperkaya dengan memperluas
konsep ilmu, dan menambah istilahnya melalui terjemahan dan
penyesuaian selain daripada usaha penyelidikan tempatan bagi
mengisinya dengan dapatan-dapatan baru. Orang Islam itu berbangsa-
bangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan dan kebudayaannya
sendiri. Perbezaan bahasa, kebudayaan, persekitaran alam dan flora
faunanya, imaginasi dan warisannya adalah kekayaan yang boleh
dikongsi manfaatnya. Kebijaksanaan sabda Nabi itu harus juga
ditafsirkan, tuntutlah ilmu di mana-mana sahaja walaupun jauh ke
Timur atau Barat, atau dalam kalangan umat Islam sendiri supaya
penganut Islam tidak menjadi taksub dan sempit dengan satu-satu
bahasa atau orientasi sahaja.

31
Mengapa Kami Bantah!

Belajar daripada tamadun dan Islam
Pada perenggan 5,6, 7, 8 dan 9 Tun mengingatkan kita bagaimana
orang Arab menterjemah sains, matematik dan falsafah daripada
Yunani. Kemudian bangsa-bangsa Islam menjadi hebat dalam pelbagai
disiplin ilmu sedangkan orang Eropah masih berada dalam kegelapan
sampailah orang Eropah belajar bahasa-bahasa Arab bagi menimba
ilmu yang terkandung di dalamnya. Di sinilah kita patut belajar
daripada sejarah tamadun Islam dan Eropah bagaimana peranan
bahasa sesuatu bangsa itu sangat penting bagi membangunkan
kegemilangan penduduknya baik melalui terjemahan mahupun melalui
penyelidikan perpustakaan atau makmal di dalam bahasanya sendiri.
Oleh sebab itu mempelajari bahasa-bahasa negara yang maju menjadi
kunci kejayaan bagi mana-mana negara pun termasuk Malaysia. Seperti
masyarakat Arab Islam dahulu menterjemah daripada bahasa Yunani
ke dalam bahasa Arab, dan kemudian menyebarkan ilmu melalui
bahasanya sendiri (Arab), begitulah juga yang patut kita contohi.
Mereka tidak mengerah jutaan orang Arab belajar bahasa Yunani bagi
menjadi berilmu. Mereka tidak mengajar dan menyebarkan ilmu
dengan menggunakan bahasa Yunani, Latin atau bahasa asing lain,
tetapi bahasa Arab.
Tentang peristiwa sejarah ini sudah sangat diketahui oleh ramai, dan
kepentingan menguasai bahasa orang dan memindahkan ilmunya
melalui terjemahan adalah suatu truisme atau hakikat yang tidak perlu
diperjelaskan panjang lebar. Berdasarkan pengertian ini kita patut
menggalakkan kumpulan-kumpulan tertentu seperti mahasiswa,
profesional, pensyarah, ilmuwan dan cendekiawan belajar menguasai
bahasa-bahasa ilmu asing. Ada yang mahir bahasa Perancis, ada yang
pintar bahasa Sepanyol, dan ada yang menguasai Mandarin, Russia,
Jepun, Arab, atau Jerman bagi mengkaji ilmu, teknologi dan falsafah
yang beraneka jenis dalam tamadun dunia. Bukan semua 26 juta rakyat
Malaysia harus mahir (membaca, menulis, menterjemah, berbahas)
dalam bahasa Inggeris sahaja, tetapi jahil dalam bahasa antarabangsa
lain, dan bebal dalam bahasa Melayu.
Orang yang sama-sama fasih dalam bahasa yang sama pun tidak
mesti dapat memahami artikel jurnal ilmiah dalam disiplin ilmu yang
khas jikalau mereka berlainan keahlian. Stail penulisan ilmiah dengan
istilah-istilah teknik yang khusus yang digunakan oleh ahli sains
nuklear dalam Bahasa Inggeris tidak mungkin difahami oleh seorang
Profesor sejarah yang sama-sama pandai berbahasa Inggeris.
Oleh sebab itu, jikalau kita bercakap tentang menguasai ilmu untuk
setanding dengan negara-negara maju serta besar, dengan menguasai
bahasa Inggeris sahaja, bukanlah satu penyelesaian sempurna yang
berpandangan jauh. Jawapannya adalah harus ada kelompok-kelompok

32
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

ahli tertentu yang menguasai pelbagai bahasa antarabangsa dalam
bidang-bidang tertentu (teknologi, diplomasi, perdagangan, tentera,
perisikan, perundangan dan lain-lain) sebagaimana angkasawan dan
kelompok tentera udara kita yang menjadi pilot serta petugas teknikal
kapal terbang yang dibeli daripada Rusia telah diajar bahasa Rusia
sebelum berlatih di sana.
Apabila kita ada banyak kelompok dan ramai yang mahir secara
fungsional dalam pelbagai bahasa tidaklah kita sangat tergantung
kepada sumber ilmu daripada satu-satu bahasa sahaja, Inggeris atau
Melayu. Oleh sebab itu masyarakat dapat mencapai langsung ilmu
kesihatan, perubatan, pertanian, elektronik, persenjataan atau teknologi
angkasa lepas terus daripada Amerika Latin, Eropah Barat atau Timur,
Rusia, Cina, Korea dan Jepun. Bahan terjemahan Inggeris berapa
banyak pun jumlah bukunya tidak mungkin memindahkan setiap
metafora, konsep, makna dan ilmu yang tersirat dalam beraneka
sumber asal. Oleh sebab itu lebih baik jikalau ada orang kita yang khas
menterjemahkan langsung ke dalam makna bahasa kita daripada
bahasa asal Perancis, Jerman dan Jepun misalnya. Brazil yang
mempunyai lebih 180 juta penduduk dan menggunakan bahasa
Portugis, mempunyai pelbagai ilmu dalam jurnal serta kepustakaannya.
Demikian juga negara-negara Amerika Latin yang menggunakan
bahasa Sepanyol, kaya dengan pelbagai ilmu yang kita belum
berpeluang memanfaatkannya kerana kita tidak menyediakan cukup
penterjemah yang pakar serta mahir dalam bahasa Sepanyol. Kita dapat
memperkaya ilmu dengan lebih banyak lagi jikalau kita menterjemah
langsung daripada Portugis dan Sepanyol.
Tun Mahathir bertanya apakah tidak mungkin mengadakan
sejumlah penterjemah bagi menterjemah ilmu daripada bahasa Inggeris
ke Bahasa Melayu dan dengan itu orang Melayu tidak perlu belajar
bahasa Inggeris. Dalam perenggan berikutnya (11), Tun sendiri
menjawab bahawa tidak mungkin kerana ilmu sudah berkembang
sangat pesat dan bukan seperti dahulu lagi.
Tidak ada sesiapa pun yang mencadangkan diadakan sekumpulan
penterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk semua orang
menguasai ilmu dalam Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada juga orang
yang waras akan mencadangkan supaya kita menyediakan penterjemah
bahasa Inggeris sahaja, dan meninggalkan langsung penguasaan
bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua atau ketiga, terutama bagi
para pelajar universiti. Selain itu bahasa Inggeris pun bukan
jawapannya untuk segala ilmu. Ilmu harus ditimba daripada berbagai-
bagai bahasa tamadun dunia. Inggeris itu bukan maju dalam segala segi
dan malah mundur dalam banyak hal juga berbanding negara-negara
maju lain, bukan sahaja dalam beberapa bidang sains dan teknologi,

33
Mengapa Kami Bantah!

tetapi juga dalam sains kemanusiaan dan kemasyarakatan, agama dan
falsafah. Tentulah kita sangat pendek akal jikalau mahu menyediakan
segelintir penterjemah bahasa Inggeris bagi menimba lautan ilmu ke
dalam Bahasa Melayu.
Pada perenggan 12 dan 13 Tun Mahathir memaparkan bahawa sains
dan matematik serta banyak ilmu-ilmu lain berkembang dengan pesat
serta hebat termasuk bagi menentukan pergerakan bintang, dan kapal
angkasa dengan ditambahi lagi ilmu baru yang berasaskan kuasa
elektrik, gerakan atom, sains nano dan pelbagai lainnya. Kita semua
bersetuju sains, teori dan teknologi tidak pernah berhenti dan memecut
laju ke depan terutama di negara-negara kuasa besar dunia. Tidak
mungkin diterjemahkan semua dan segala-galanya oleh segelintir
penterjemah Melayu atau bukan Melayu. Pandangan beliau ini seperti
dalam perenggan 14 itu dikongsi oleh ramai orang termasuk ahli-ahli
bahasa dan penterjemah profesional kerana bukan sahaja kemahiran
bahasa asal dan bahasa sasaran harus dikuasai penterjemah, tetapi juga
bidang ilmu berkaitan. Malah seorang novelis Inggeris tidak mungkin
menterjemahkan puisi Inggeris meskipun mencintai persuratan kalau
dia tidak berminat dan biasa dengan genre puisi. Apatah lagi jikalau
beliau berada dalam bidang keahlian atau disiplin ilmu yang berlainan
seperti fizik dan ekonomi.
Menginsafi keterbatasan penterjemahan bagi menyerap kemajuan
ilmu seperti yang kita bincang di atas tidaklah pula bererti kita patut
lupakan usaha terjemah-menterjemah. Ilmu bukan sahaja ada pada
sains dan matematik; dan bukan sains dan matematik sahaja yang
diperlukan bagi kesejahteraan dan kecemerlangan hidup manusia.
Bidang sejarah, agama, sains kemasyarakatan, undang-undang,
ekonomi, akhlak, falsafah dan etika juga adalah perlu bagi membentuk
tata pentadbiran, sistem perundangan, pemerintahan negara,
kepimpinan, akal budi dan rohani insan. Jikalau tidak manusia akan
hanya mementingkan kebendaan dan akal yang rasional apabila
menilai taraf, keadilan, darjat dan kebajikan manusia, dunia dan
akhirat. Penterjemahan al-Quran, Hadis dan kitab-kitab besar misalnya
sangat penting bagi umat Islam dan juga untuk yang bukan Islam bagi
mengetahui dengan mendalam sejarah dan prinsip-prinsipnya jikalau
tidak berdaya menguasai sepenuhnya bahasa Arab.
Oleh sebab itu untuk kekayaan ilmu pada masa depan, kita
memerlukan institusi terjemahan yang besar, berwibawa dan cemerlang
agar mampu menterjemah daripada dan kepada bahasa-bahasa
antarabangsa supaya rakyat yang tidak mungkin menguasai banyak
bahasa asing memperoleh jalan masuk kepada kebudayaan-kebudayaan
dunia baik dalam bidang teknologi mahupun kulinari, landskap, seni
bina, muzik, filem, perniagaan, pengurusan, ekonomi dan politik.

34
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

Sayangnya ada sebuah institusi terjemahan kerajaan (Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad), tetapi sejak tertubuh pada 1993
ia tidak dapat bergerak positif kerana boleh dikatakan tidak diberi
perhatian langsung dan peruntukan yang cukup oleh kerajaan kecuali
pada tahun-tahun akhir ini. Kita sepatutnya menggaji dua atau tiga
ratus tenaga penterjemah profesional, dan editor terjemahan dalam
bahasa-bahasa Cina, Sepanyol, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Russia,
Arab dan lain-lainnya bagi menterjemah langsung karya-karya besar
dunia ke bahasa Melayu.
Setelah menghuraikan bahawa ilmu sedang berkembang cepat, dan
ilmu penting untuk bersaing dengan negara-negara lain, dan
penterjemahan sekarang tidak banyak membantu memajukan negara,
maka dalam perenggan 16 Tun Mahathir memutuskan, “ ...jika kita
belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat
akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan
dibukukan dalam bahasa Inggeris..’ Ada dua perkara penting yang
terkandung dalam kenyataan ini, iaitu satu ilmu dan satu lagi bahasa
Inggeris. Di sinilah beliau keliru kerana menganggap dengan
menguasai bahasa Inggeris semua ilmu dalam bahasa Inggeris itu boleh
diakses. Pertama tidak semua ilmu yang perlu untuk kita ada dalam
bahasa Inggeris. Kedua penguasaan sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris tidaklah semestinya membolehkan orang menjadi profisien
dalam bahasa Inggeris sehingga boleh mengakses semua ilmu dalam
bahasa Inggeris. Juga sains dan matematik bukan segala-galanya untuk
keseluruhan kehidupan rohaniah, jasmaniah dan intelektual.
Memang betullah banyak sekali buku ilmu pengetahuan dalam
bahasa Inggeris seperti juga buku-buku dalam bahasa antarabangsa
lain, tetapi bahasa Inggeris itu sahaja tidak mencukupi kerana ia adalah
salah satu daripada bahasa antarabangsa yang membekalkan ilmu yang
canggih serta moden. Oleh sebab itu ia bukanlah mutlak satu-satunya
bahasa yang berisi semua ilmu pengetahuan.

Mengetepikan Bahasa Melayu
Dengan kepercayaan kuat terhadap bahasa Inggeris itu Tun Mahathir
membuat keputusan drastik mengetepikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah rendah dan
menengah mulai tahun 2003 sedangkan bahasa pengantar BM sudah
diamalkan sejak 30 tahun dengan jayanya. Sekali lagi Tun Mahathir
keliru dan bertindak tidak bijaksana kerana daripada segi pembelajaran
dan pengajaran ilmu kepada pelajar-pelajar rendah dan menengah
apakah yang lebih berkesan daripada mengajar anak-anak melalui
bahasa yang difahamnya semula jadi sejak kecil, terutama bahasa
ibundanya. Bahasa ibundanyalah yang cepat menimbulkan kesedaran
dan kecerdasan fikirannya bagi pembinaan intelek terutama pada

35
Mengapa Kami Bantah!

peringkat awal persekolahan. Tidak ada bahasa lain yang boleh
mengambil alih peranan penuh bahasa ibunda bagi menyempurnakan
proses pembangunan emosi dan kognitif seseorang anak, sama seperti
keunikan menyusu di tetek ibunya bagi pembesaran tubuh serta
emosinya.
Pada peringkat awal persekolahan para guru tidak memerlukan
istilah-istilah teknikal yang kompleks bagi mengajarkan konsep sains
dan matematik. Ratusan ribu istilah asas dan pelbagai buku teks serta
rujukan telah pula diterbitkan dalam Bahasa Melayu sejak awal 70-an
bagi keperluan mengajar sains dan matematik hingga ke peringkat
universiti.
Selain daripada itu melalui bahasa pengantar Bahasa Melayu negara
kita sudah menghasilkan ratusan ribu pakar sains, profesional ,
ilmuwan, penyelidik, pensyarah, profesor, cendekiawan, dan pegawai-
pegawai tinggi kerajaan yang berjaya membangunkan Malaysia sejak
tahun 70-an. Saya percaya Angkasawan Negara kita yang pertama itu
pun melalui sistem pendidikan yang mengajarkan sains dan matematik
dalam Bahasa Melayu pada mulanya.
Ribuan pelajar yang tamat daripada sistem pendidikan kebangsaan
sudah pula berhasil mendapat ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran
daripada universiti-universiti Australia, United Kingdom dan Amerika
Syarikat, termasuk daripada universiti ternama seperti Oxford,
Cambridge, London School of Economics, Nottingham, UCLA,
Harvard, Ann Arbor, Stanford, Chicago dan Berkeley. Kebanyakan
mereka ini belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu sewaktu
di sekolah. Mereka berjaya mengikuti kuliah, merujuk bahan ilmu, dan
menulis tesis di universiti-universiti luar negara kerana mereka pernah
belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu.
Oleh sebab itu persoalan yang sebenarnya bagi menguasai ilmu dan
menjadikan orang kreatif dan berfikiran kritis bukanlah bahasa
Inggeris, tetapi ilmu dan pendidikan itu sendiri. Bagi menyerapkan
ilmu melalui bahasa Inggeris baik sains, matematik, undang-undang
atau apa sahaja, perkuatkan sistem dan metode pengajaran serta
pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri; dan bukan melalui pengajaran
dan pembelajaran sains dan matematik.

Prestasi dalam Sains dan Matematik merosot
Apa yang berlaku selepas tahun 2003 adalah kemerosotan pendidikan
mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah kerana guru-
guru tidak mahir mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa
Inggeris. Guru sendiri tidak lancar berkomunikasi dalam bahasa
tersebut kerana selama ini mengajar lebih banyak dalam Bahasa
Melayu. Jikalau guru sendiri tidak biasa dengan istilah teknikal Inggeris

36
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

dan tidak lancar berbahasa Inggeris, bagaimana mereka boleh
berkomunikasi dengan pelajar, dan menjadi ghairah mendidik?
Pendidikan apakah namanya jikalau tidak ada komunikasi yang baik
antara guru dan murid?
Daripada beberapa penyelidikan ilmiah bebas yang dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik akademik daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (pada peringkat awal bahasa pengantar Inggeris
diperkenalkan), dan Emeritus Dato’ Prof Isahak Haron, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (2008), Prof. Datin Dr. Juriah Long, Universiti
Kebangsaan Malaysia (2008), dapatan yang diperoleh adalah berlaku
kemunduran pembelajaran terutama dalam kalangan pelajar Melayu di
luar bandar. Oleh sebab itu hasil daripada pengenalan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar sains dan matematik ini adalah ratusan ribu
pelajar negara ini, termasuk guru-gurunya menjadi kacau. Ilmu sains
dan matematiknya mundur, kepandaian bahasa Inggeris tidak
bertambah, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan terpinggir.
PPSMI ini sudah dikritik dan ditentang oleh pelbagai pihak serta
tokoh seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz, Tan Sri Abdul Rahman Arshad
(bekas Ketua Pengarah Pendidikan), Dato’ Omar Hashim (bekas
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan), Tan Sri Prof Emeritus Ismail
Hussein (GAPENA), Prof Emeritus A. Bakar Hamid (Prihatin), Prof.
Emeritus Dr Abdullah Hassan (Pengarah, Institut Peradaban Melayu,
UPSI), Prof. Dr Awang Sariyan (Akademik Pengajian Melayu, UM),
Dato. Dr Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah, DBP) dan ramai lagi
termasuk bekas Menteri Pelajaran Tun Abdul Rahman Yaakob. Suara-
suara mereka sederap disambut oleh puluhan badan bukan kerajaan
(ABIM, PPKIM, PBMUM, GAPENA, PENA, PPM, PLM, Kumpulan
Prihatin, Persatuan Sejarah, dll.) yang menyeru supaya PPSMI ini
diberhentikan segera supaya tidak berlaku lebih banyak krisis
pendidikan dan budaya. Apakah Kementerian Pelajaran dan kerajaan
berasa tidak perlu ambil peduli suara-suara cendekiawan Melayu yang
apolitikal ini?
Perlu diperingatkan lagi, apabila tiba di tahap sekolah menengah
lebih 70 peratus mata pelajaran, yakni yang berasaskan sains dan
matematik (seperti Biologi, Kimia, Fizik, Kejuruteraan, Matematik,
Matematik Tambahan, dll.) tidak akan diajarkan dalam Bahasa Melayu.
Dengan demikian cerdik pandai tidak akan menulis dalam Bahasa
Melayu; penerbit tidak akan menerbitkan buku pelajaran dalam Bahasa
Melayu; dan rakyat tidak akan mempedulikan BM kerana nilai
pendidikan serta ekonominya tidak ada lagi. Apabila tidak digunakan
di dalam sistem pendidikan dengan sepenuhnya maka lama-kelamaan
ia akan merosot dan mati sebagai bahasa Ilmu. Sebagai contoh ada kira-

37
Mengapa Kami Bantah!

kira 70 juta pengguna bahasa Jawa di Indonesia, tetapi bahasa Jawa itu
berlegar dalam kalangan masyarakat Jawa, di pasar-pasar atau di
sawah-sawah sahaja dan bukan menjadi bahasa ilmu moden kerana
tidak digunakan di sekolah dan universiti sebagai bahasa pengantar.
Demikian juga dengan bahasa Sunda, Aceh, Bali dan Madura ada
ratusan juta masyarakat penggunanya, tetapi tidak menjadi bahasa ilmu
pengetahuan, bahasa sains, teknologi dan rasmi. Apakah ini yang kita
suka berlaku kepada Bahasa Melayu di sini; menjadi bahasa pinggiran
di sisi bahasa Inggeris? Inikah yang dikatakan bersemangat kebangsaan
dan sayang kepada bangsa? Apakah bangsa-bangsa lain yang maju di
dunia menggunakan jalan mudah dan dangkal bagi membunuh bahasa
kebangsaannya dan menggantikannya dengan bahasa Inggeris kerana
hendak menjadi kuat, bersaing, bermaruah dan dihormati?

Fikiran
Tun Mahathir berfikir sangat simplistik jikalau menganggap orang yang
tidak bersetuju dengan PPSMI, yakni bahasa Inggeris mengambil alih
BM dalam sains dan matematik di sekolah, adalah orang yang tidak
sukakan ilmu, dan tidak sukakan ilmu sains dan matematik. Anggapan
beliau ini salah sama sekali. Perbezaannya cuma orang lain lebih bebas
berfikir bahawa kekuatan ilmu, kekuatan dan maruah bangsa yang
cemerlang dan berakhlak tidak semata-mata bergantung pada sains dan
matematik, dan dengan meletakkan tengkuk di bawah hegemoni
bahasa Inggeris. Amerika dan Inggeris yang hebat berbahasa Inggeris
dan dianggap memiliki kekuatan nuklear, kapal terbang, kapal selam
dan senjata berat bukanlah menjadi contoh bangsa yang beradab serta
berperikemanusiaan, malahan menjadi contoh bangsa yang menindas
dan bersengkokol dengan Zionis membunuh umat Islam di Iraq,
Afghanistan, Pakistan dan Palestin. Jikalau berazam menjadi kuat dan
menyaingi mereka, janganlah sampai menjadi peniru tamadun Anglo-
Saxon dan Amerika yang berasaskan agama Kristian dan bahasa
Inggeris, dengan sifat-sifat angkuh dan menindas. Di sinilah letaknya
paradoks dalam sekalian pemikiran yang mengiakan PPSMI.
Tun Mahathir juga berpendapat “jikalau kita mengabaikan ilmu ini
semata-mata kerana kita lebih mengutamakan bahasa kita, dan dengan
itu kita menjadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang,
kita tidak boleh mendakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan
agama.” Berfikir secara hitam putih begini dan menyatakan pejuang
bahasa dan agama mengabaikan ilmu semata-mata kerana lebih
mengutamakan bahasa, adalah cara berfikir yang propagandistik.
Orang lain sudah berfikir lebih maju ke depan dalam soal bahasa dan
ilmu. Ramai orang sudah berfikiran lebih jauh dengan mengiktiraf
kebijaksanaan ilmu, idea, teori dan falsafah dalam dunia yang pelbagai
bahasa tanpa menolak bahasa-bahasa antarabangsa termasuk Inggeris,

38
Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

tetapi terus membangunkan kekuatan Bahasa Melayu sebagai wadah
dan wahana memperkayakan tamadun dan perpaduan bangsa. Soal
memilih salah satu bahasa, Melayu atau Inggeris, tidak timbul. Yang
utama adalah persekitaran kebahasaan yang sesuai dan bermanfaat.
Inilah cabaran besar ketamadunan iaitu bagaimana memperhebat
budaya ilmu dengan menyesuaikan bahasa-bahasa besar dunia dalam
sistem pendidikan dengan tidak mengorbankan warisan-warisan besar
kebangsaan. Tentu sekali bukan dengan cara dikuasai oleh bahasa
Inggeris sehingga melumpuhkan warisan bahasa kita, dan menjejaskan
pendidikan generasi muda, pembangunan kebudayaan dan proses
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai asas untuk keharmonian
masyarakat berbilang bahasa dan budaya. Bahasa bukan sekadar
menghantar maklumat dan ilmu, tetapi menyemai nilai-nilai sosial,
tasawur keagamaan, dan kebudayaan bangsa yang tersirat halus dalam
istilah, kalimat, ungkapan, metafora, peribahasa, teks dan pelbagai jenis
wacana; bukan dalam sains dan matematik saja.

Bukan begini cara mengajar Bahasa Inggeris
Penggunaan bahasa Inggeris yang diamalkan dalam pendidikan
sekarang bukan caranya bagi menguasai bahasa Inggeris, dan dalam
waktu yang sama memusnahkan masa depan bahasa sendiri. Apa yang
diidamkan ialah situasi yang menawarkan kemenangan untuk kedua-
dua bahasa. Jikalau tidak, lanjutan daripadanya adalah tamadun bangsa
akan tertakluk kepada kehendak-kehendak proses globalisasi yang jelas
dikuasai oleh nilai-nilai Barat, khususnya Amerika, yang bertujuan
menyebarkan nilai-nilai liberal menurut idealisme demokrasinya
(kebebasan berfikir, berucap, dan beragama tanpa pengawasan
kerajaan). Dan kita bukanlah Amerika. Jadi mengamalkan dominasi
bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita seperti sekarang
bukanlah amalan yang sayangkan bangsa, tetapi menjerumuskan
bangsa kita kepada kehinaan.
Keputusan yang Tun Mahathir buat tentang penggunaan bahasa
Inggeris mulai 2003 dengan mengetepikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar sains dan matematik, sewaktu memegang kekuasaan
sebagai Perdana Menteri, adalah suatu keputusan yang mempunyai
rational yang lemah. Ia membunuh potensi Bahasa Melayu daripada
berkembang menjadi bahasa yang besar; dan ia membatasi
pembangunan ilmu yang luas. Ia bukanlah keputusan yang bijaksana
bagi perjuangan nasionalisme bangsa kita, sebaliknya akan
memudaratkan peluang bagi membina bangsa yang kuat dan
dihormati. Kemajuan dan kesejahteraan hidup (dunia dan akhirat) tidak
bergantung pada kecemerlangan teknologi dan ekonomi sahaja kerana
ia harus didampingi kekuatan akhlak, etika, kebudayaan dan agama
bagi membatasi rasuah, kezaliman, keangkuhan dan larangan-larangan

39
Mengapa Kami Bantah!

Allah yang lain. Tuhan telah berjanji, Dia akan memberikan
kemenangan kepada umat-Nya yang menurut suruhan-Nya: beriman,
beribadat, berakhlak, dan menurut hukum hakam Islam.
Perlu juga diingat bahawa bahasa Melayu itu juga menjadi bahasa
dakwah agama, bahasa tazkirah dan tarbiyah, bahasa khutbah di
mimbar-mimbar masjid sejak zaman berzaman sehingga Islam
berkembang hebat di rantau ini. Bahasa Melayu ini mesti kekal
dimajukan sebagai bahasa ilmu, wahana dakwah yang canggih, sesuai
dengan kemajuan fikiran moden supaya dapat menarik hati generasi
sekarang dan akan datang. Dengan demikian ia berupaya meneruskan
tanggungjawab serta tugas tradisinya memperkuat akidah, mengisi
jiwa, fikiran, dan kecendekiaan bangsa sebagai umat yang moden dan
berjaya menuju kepada kemenangan. Perjuangan mempertahan dan
memajukan Bahasa Melayu adalah suatu jihad.
Pengkhianatan terhadap Bahasa Melayu boleh dianggap sebagai
menghalang usaha pengembangan Islam di rantau ini; satu diskriminasi
songsang terhadap bangsa dan agama sendiri. Alasan atau premis yang
berubah-ubah tentang mengapa menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar sains dan matematik hanya menandakan adanya
krisis epistemologi yang kacau dalam kalangan pemimpin politik dan
pegawai-pegawai tinggi awam yang melaksanakannya.

40
5
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Presiden
Persatuan Penterjemah Malaysia

Pengenalan
Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia
dilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khususnya budayawan
Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik
ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu
para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar
dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan,
pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila
membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat
diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan.
Malah dasar dan strategi kebudayaan kebangsaan adalah usaha yang
tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka
panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3
melindungi kebebasan semua kaum beragama, walaupun agama Islam
adalah agama rasmi negara. Artikel 152 menjamin hak setiap kaum
menggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalah
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsur
penting dalam kebudayaan yang sering diungkit oleh kaum lain dalam
menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Mengapa Kami Bantah!

Malayan Writers’ Conference 16-18 Mac 1962
Seawal 1962 lagi, isu kebudayaan kebangsaan dan sastera kebangsaan
dibincangkan oleh para sasterawan dan cendekiawan dalam Malayan
Writers’ Conference (Persidangan Penulis Malaya dan Singapura) ditaja
oleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura, dan diadakan di
Singapura pada 16-18 Mac 1962. Prosiding persidangan itu diterbitkan
dalam bahasa Inggeris oleh badan yang sama. Berikut diturunkan
beberapa catatan utama. Menteri Kebudayaan Singapura, Rajaratnam
berkata “A truly Malayan literature will emerge when writers express
themselves through a language that is spoken and understood by all the
communities. A common medium of expression will automatically create a
Malayan literature .... It is only when the non-Malays begin to write in the
national language, will Malay cease to be a medium for communal literature
and become the vehicle for a Malayan literature.” Ini disuarakan dengan
lantang oleh kelompok penulis dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun,
kelompok bahasa Inggeris mengatakan sastera Malaya (1) ditulis oleh
orang-orang yang lahir dan dibesarkan di Malaya menulis mengenai
topik-topik Malaya dengan tidak mengira apa bahasa yang digunakan;
(2) yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan (3) yang ditulis oleh
sesiapa sahaja mengenai Malaya. Kelompok bahasa Cina dan Tamil
mengelak daripada membincang dan membuat kesimpulan mengenai
bentuk sastera Malaya.
Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaan
dasar bagi menentukan objektif kebudayaan negara menyebabkan
aspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit diambil bagi
mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutral
yang dizahirkan oleh Persidangan Penulis Malaya di Singapura pada
tahun 1962 itu tidak dimanfaatkan. Perkembangan kebudayaan
kebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga selepas Mei 69.

Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuat
ucapan penting menyangkut isu bahasa kebangsaan dan kebudayaan
kebangsaan. Tindakan positif diperlukan bagi memperbaik keadaan
selepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang sudah
mula dilupakan pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” antara
kaum bagi mencapai kemerdekaan. Beliau menyatakan “kontrak sosial”
yang dibuat, “It is hardly necessary for me in this House to expound upon
the careful and balanced character of the Constitution which was so
painstakingly negotiated and agreed upon by the major races in Malaysia
before we attained independence. .... The basic provision relating to the
acquisition of citizenship represented a fair and balanced compromise. The
same careful and balanced approach runs through the other provisions of the
Constitution protecting the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The

42
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

provision of Bahasa Malaysia as the sole official and National Language is
balanced by the guarantee for the use of the languages of other races other than
for official purposes.” ... “Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau
“official purposes” dalam Artikel itu ... bermakna .. sebarang tujuan
Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, termasuklah
mana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”

Kongres Kebudayaan Kebangsaan 16-20 Ogos 1971
Kongres ini dibuka oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana
Menteri Malaysia, berlangsung di Universiti Malaya. Selama empat
hari, sebanyak 52 kertas kerja dibentang dan dibincang. Kongres telah
menetapkan tiga unsur penting menjadi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, iaitu:
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan ke-
budayaan asli rakyat rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang
sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum,
bahasa, budaya dan agama. Dasar ini dapat menjadi garis panduan
membentuk satu bangsa yang bersatu serta mempunyai identiti negara.
Kebudayaan yang dipupuk dapat mencirikan keperibadian kebangsaan
Malaysia.

Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry
of Culture, Youth and Sports by the Major Chinese Organisations
in Malaysia, 1983.
Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepada
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badan
itu ialah: The Selangor Chinese Assembly Hall, Penang Chinese Town
Hall, The Perak Chinese Association, The Federation of Chinese
Association (Johor), Terengganu Chinese Assembly Hall, Kelantan
Chinese Assembly Hall, Negeri Sembelin Chinese Assembly Hall, The
Federation of Chinese Associations (Sarawak), United Chinese School
Committees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’
Association of Malaysia, Pahang Chinese Chamber of Commerce,
Malacca Chinese Chamber of Commerce, Kedah Chinese Chamber of
Commerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce, dan Sabah United
Chinese Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halaman
ini, ketiga-tiga asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan ditentang se-

43
Mengapa Kami Bantah!

penuhnya. Dokumen ini terlalu panjang bagi dibicarakan. Hanya butir
penting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the present policies on
national culture, language and education, and the the three principles used .. to
mould the national culture.” Mereka menentang kerana:
1. Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satu
kaum sahaja melanggar hak kaum lain,
2. Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya dan
agama lain dinafikan,
3. Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahaja
dan tidak liberal,
4. Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya,
5. Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati
kebudayaan semua kaum,
6. Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima
oleh bukan Melayu,
7. Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi,
pendatang dll akan menjadi punca diskriminasi,
8. Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum
hanya boleh diintegrasi melalui satu bahasa dan satu budaya
sahaja. dll.
Bagi mereka kebudayaan kebangsaan dapat dibangunkan melalui:
1. Usur seni daripada kebudayaan semua kaum menjadi asas
kebudayaan kebangsaan,
2. Panduan membina suatu peranggu nilai kebudayaan yang sama
ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan
patriotisme,
3. Nilai kebudayaan bersama itu diungkapkan menurut kerangka
pelbagai kaum,
4. Proses membina kebudayaan kebangsaan mestilah mematuhi
prinsip kesamaan bagi semua kumpulan etnik, dan melalui
perundingan yang demokratis. dll.
Justeru, mereka berkata, kami menuntut supaya:
1. Kerajaan menghormati hak setiap kaum, kebudayaan, agama, dan
bahasa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan,
2. Kerajaan memansuhkan semua undang-undang yang tidak
menyokong pertumbuhan mana-mana budaya, bahasa dan
pendidikan kaum tertentu,
3. Kerajaan membantu sekolah China dan juga Jabatan Pengajian
China di universiti,

44
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

4. Kerajaan adil dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan tidak
memihak kepada mana-mana kelompok,
5. Kerajaan tidak melebihkan mempromosi kebudayaan Melayu
sebagai kebudayaan kebangsaan sehingga boleh memangsai
kebudayaan lain,
6. Hari Ini dalam Sejarah mesti juga memuatkan tokoh bukan
Melayu,
7. Ciri pelbagai kaum mesti ditunjukkan dalam membentuk citra
kebangsaan,
8. Nama bangunan dan tempat juga juga mesti pelbagai kaum,
9. Kerajaan juga hendaklah mempromosi interaksi kebudayaan
pelbagai kaum, dll.

Memorandum on National Culture Submitted by the 10 Major
Indian Associations of Malaysia to the Ministry of Culture, Youth
and Sports, April 1984.
Sepuluh persatuan India juga membantah. Mereka adalah: Pergabungan
Tamil Malaysia, Persatuan Dravidian Malaysia, Majlis Kelab Bell Belia
Tamil, Majlis Belia Hindu Malaysia, Persatuan Penulis-Penulis Tamil
Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Sekolah Tamil Malaysia, Malaysia
Hindu Sanga, Persatuan Kesenian Tamil Malaysia, Persatuan Ke-
susasteraan Tamil, dan Persatuan Artis-Artis Tamil Malaysia.
Memorandum kaum India menolak asas kebudayaan kebangsaan
kerana:
1. Malay-Islamic culture approach to the ‘formation’ of National Culture
cannot be accepted by us,
2. The attempt to define National Culture on the basis of proceedings of the
National Culture Congress of 1971 completely negates the historical
understanding on culture reached by the different communities,
3. National Culture must be defined in terms of a set of common values,
norms and beliefs found in cultures of the various communities in
Malaysia, combined with positive elements from other cultures. It cannot
be equated solely with Malay or Islamic culture,
4. Neither can Malay culture form the basis of national Culture,

Suqiu (Jawatankuasa Menuntut) 1999
Gabungan Persatuan Cina yang menuntut masih terus menuntut
dengan secara teratur. Apabila sahaja iklim politik kelihatan memihak
kepada mereka, iaitu semasa Melayu nampaknya berpecah, maka
mereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Suqiu membuat 89

45
Mengapa Kami Bantah!

tuntutan, yang melibatkan bahasa, kebudayaan, agama, dan lain-lain.
Kebanyakannya yang telah tersenarai dalam Joint Memorandum on
National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and
Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983. Cuma
tuntutan pada kali ini diiringi dengan ugutan menarik balik sokongan
politik dan menyokong parti pembangkang. Y.A.B Dr. Mahathir
Mohamad, menolak dengan menyatakan yang semuanya bercanggah
dengan “kontrak sosial” yang menjadi landasan yang membolehkan
Perlembagaan Malaysia dibentuk.

Apa Ada pada Bahasa?
Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asas
Dasar Kebudayaan Negara. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Dan
bahasa itu adalah paling menentukan keperibadian bangsa.

Tuntutan Bukan Melayu
Dengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripada
kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia, isu Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah bahasa Melayu, dan
kebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Isu ini lebih besar daripada sekadar agama, bahasa, dan
bangsa yang dicabar. Apa yang jelas ialah, masyarakat Melayu mesti
sepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak dan
meneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptif
supaya dapat berinteraksi dengan persekitarannya.

Bahaya dari Pemikir Melayu Liberal
Yang lebih membahayakan kita adalah keliberalan berfikir yang
menerima demokrasi itu sebagai kebebasan tanpa sempadan, hatta
mengingkari ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas pembentukan Per-
lembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. Musnahkan
‘kontrak sosial’ ini, musnahlah Perlembagaan, dan musnahlah Malaysia.
Oleh sebab fitrah manusia begitu, mudah percaya pada apa yang ada
daya tarikan intelektual. Atas asas berfikir secara intelektual sejagat,
sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan tuntutan-tuntutan
ini. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata “menerima
sastera dalam bahasa lain sebagai sebahagian daripada Sastera
Malaysia.” Apabila diwarwarkan pula melalui media awam, apa yang
kita ungkapkan sebagai “main-main” pun akan menjadi sumber ke-
benaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat
tuntutan bagi memusnahkan ‘kontrak sosial’ bersama. Hubaya-hubaya
agar kita tidak menjadi alat yang memusnahkan hasrat bangsa sendiri.

46
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

Himpunan Memori Bangsa
Bahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harian
mahupun sebagai bahasa pendidikan, adalah wahana bagi membina
‘himpunan memori’ kita sebagai orang Melayu Malaysia. Himpunan
memori itu ialah himpunan seluruh konsep-konsep, nilai-nilai, norma-
norma, nama-nama, proses-proses, pengalaman-pengalaman, yang
membentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. Apabila kita meng-
gunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa kita, maka himpunan
memori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orang
Melayu Malaysia.
Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain, konsep yang kita
cetuskan menjadi berlainan, walaupun bagi benda yang sama. Sebagai
contoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah “logrig” yang membawa
makna “mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik.” Dalam sebuah
bahasa Afrika Timur komputer ialah “mobusha” iaitu “mesin yang
tidak membuat salah.”
Malah behavior kita juga boleh diubah kerana bahasa yang
digunakan. Contoh yang sering berlaku di kalangan masyarakat kelas
menengah Melayu yang saya kaji mendapati fenomena ini berleluasa.
Kelas menengah Melayu sering menggunakan bahasa Inggeris di
rumah mendapati anak-anak mereka sering mencabar mereka, iaitu
menjadi derhaka, dalam bahasa Inggeris. Ungkapan seperti “What kind
of father are you?” “I will report you to the authority for child abuse,”
“Mother! who ask you to enter my room, dont you know how to knock?” Yang
paling menyayat saya dapati dalam himpunan pemerhatian saya adalah
“I hope you will burn in hell!” yang dikeluarkan oleh seorang anak lelaki
Melayu kepada bapanya. Ungkapan begini tidak zahir dalam bahasa
Melayu. Ada anak melawan dalam golongan rendah masyarakat, tetapi
tidak dengan ungkapan “Apa jenis bapa kamu ini?” atau “Engkau pergi
mampus dalam neraka jahanam!” Isteri yang dwibahasa juga apabila
mahu melawan suami berucap dalam bahasa Inggeris, tidak Melayu.
Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannya
dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benak
anak-anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis
Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris,
dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik
Bennabi pula, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang
terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang
terkandung di dalam bahasa Melayu lagi. Oleh kerana bahasa Melayu
telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggeris
belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa

47
Mengapa Kami Bantah!

Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius.
Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah
suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-
konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"
hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-
idea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa
Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep itu
ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa
Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di
dalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim
Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak ada
kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti
oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio,
Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan
Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur
And The Knights Of The Round Table.
Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai
asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Membenarkan bahasa lain
diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan memusnahkan
himpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan
dalam Perlembagaan kita.
Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidak
menzalimi bahasa dan kebudayaan lain. Tidakkah kita menghalang
atau memusnahkan himpunan memori kaum lain yang diminta
menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekali
tidak. Hal Kebudayaan Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontrak
sosial” kita, hak asasi setiap kaum dijamin dan dipelihara. Tiada siapa
yang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan meneruskan
bahasa sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yang
dijelaskan oleh Tun Abdul Razak di Parlimen pada 23 Februari 1971.

d. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke Masa
Apabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu, di buminya
sendiri, sebagai yang sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antara
kaum, kita dilabel sebagai Malay-centered, kita dicap sebagai Malay
chauvinist, kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingan
kaum lain, kita dituduh mendiskriminasi puak lain. Sudah sampai
masanya kita tidak emosi dengan label-label ini, sudah sampai masanya
kita tidak gentar dengan taktik menakut-nakutkan ini. Sudah tiba
masanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kita
fikirkan betul.
Oleh sebab itu kita perlu mengingatkan semula orang Melayu
tentang siapa dirinya, dan apa haknya. Inilah yang dikatakan

48
Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa

pemanglian semula. Bina sistem penagkisan yang diperlukan. Agar
cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasan liberal yang
mengatakan hak asasi mereka tercabar.

Apa yang Kita Perjuangkan?
Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

Kontrak Sosial
Kita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkara
penting ini sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dan
sudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi masih mahu ditagih. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembali
perihal “kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum,
dan kepentingan bahasa Melayu seperti yang dijelaskan oleh Tun
Abdul Razak Hussein itu tidak diketepikan.

Memandaikan bangsa
Usaha memandaikan bangsa itu hendaklah melalui bahasa ibunda.
Mengajarkan sains dan matematik melalui bahasa yang tidak dikuasai
oleh murid adalah cara yang salah.

Dasar Media Yang Terbuka
Apa yang lebih menggugat Melayu pada hari ini, bukanlah sekadar
perkara-perkara yang tertulis. Tetapi, adalah juga apa yang tidak
tertulis. Misalnya, oleh sebab tidak ada sebarang undang-undang dalam
media massa, maka akhbar dan media hiburan China dan Inggeris,
maka ini digunakan seluas-luasnya sehingga sekarang media akhbar
dan hiburan Cina dan Inggeris menduduki tempat yang amat dominan
dalam dunia media Malaysia. Akhbar yang mempunyai edaran terbesar
bukanlah akhbar Melayu atau Inggeris tetapi akhbar Cina. Rancangan
televisyen yang paling dominan di antara rancangan hiburan televisyen
bukanlah rancangan Melayu dan Inggeris, tetapi Cina.
Masyarakat Melayu harus dapat memanfaatkan dasar itu, dan
jangan ada sekatan ke atas media lain daripada UMNO.

Kepustakaan dalam Bahasa Melayu
Tun Abdul Razak Hussein mengingatkan kita bahawa kebudayaan
sebuah bangsa itu juga bergantung kepada himpunan ilmu dalam
bahasanya, iaitu kepustakaan dalam bahasanya. Kita akan terus
berjuang membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Tinggi
rendahnya tahap kebudayaan sesebuah bangsa bergantung kepada
kepustakaan yang diwujudkan dalam bahasa bangsa itu. Apabila kita

49
Mengapa Kami Bantah!

melihat bangsa-bangsa yang agung, dalam bahasanya terhimpun suatu
kepustakaan yang besar. Kita hanya dapat membina tamadun atas
kepustakaan dalam bahasa sendiri, bukan dalam bahasa Inggeris.

Barisan Memperjuangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Perjuangan menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan nampaknya
bertenaga kerana mereka dibawa dan disokong oleh badan-badan Cina
dan India yang bersatu. Kita akan memperjuang Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini secara bersatu. Persatuan penulis, persatuan ke-
budayaan, cendekiawan perlu bersatu bagi memperjuang hak kita.
Yang penting kita berjuang bagi menegakkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan atas prinsip dan kepercayaan kita.

Kesan Bahasa Inggeris
Walaupun tidak dinyatakan satu persatu, tetapi jelas bahawa banyak
bantahan terhadap apa yang Melayu itu datangnya dalam bahasa
Inggeris, daripada yang berpendidikan Inggeris. Bahasa Inggeris itu
tidak membina perasaan yang menerima atau berlembut terhadap
Melayu. Malah, ternyata kebanyakan tentangan kuat terhadap bahasa
dan budaya Melayu ini datangnya daripada Melayu yang Anglofil.

Belajarlah Bahasa Inggeris
Kita mesti belajar bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris mesti diajar sebagai
satu mata pelajaran.

Kesimpulan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat,
bahasa Melayu dan agama Islam adalah wajar. Dalam pada itu kita
tidak menolak pula unsur budaya lain diserap sebagai unsur
kebudayaan asalkan ia tidak bertentangan dengan dasar kebangsaan
itu. Tetapi, kebudayaan lain tidaklah pula dihalang. Apabila ini
dibantah, maka maruah kita sebagai peribumi juga dinafikan.

50
6
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002:
Sebuah Tragedi dalam Peradaban Melayu Moden

Prof. Dr. Shahrir bin Mohamad Zain
Mantan Profesor Matematik,
Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti
Malaysia Terengganu.

Fakta yang Tidak Diketahui?
Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan
sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI. Sekaligus
perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah
pada tahap fenomenal.

Pencapaian prasiswazah
UKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasa
Melayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekaligus menjadi penyatu
bangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan Kolej
Islam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaan
Melayu sebelum merdeka! (Lihat sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981).
UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologi
dalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universiti awam yang lain
turut berada dalam aliran ini sejak 1983. Walaupun bidang perubatan,
belum lagi dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya hingga kini,
termasuklah di UKM, malah bidang ini hanya dijalankan dalam bahasa
Melayu sehingga tahun ketiganya sahaja (tahun praklinik) dan dua
tahun kemudiannya (peringkat klinik) hampir semuanya dalam bahasa
Inggeris, namun semua universiti awam sudah menjadi universiti
Melayu (bahasa pengantarnya dominan Melayu, dan begitulah juga
dengan komposisi pelajar dan pekerjanya) sekurang-kurangnya sejak
1987 (tahun keramat semua universiti awam melahirkan prasiswazah
aliran Melayu dalam semua bidang kecuali perubatan).
Mengapa Kami Bantah!

Sejak kemeriahan bahasa Melayu 1987 itu, dianggarkan sekurang-
kurangnya secara puratanya 4 ribu prasiswazah SAKTI aliran Melayu
dihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun. Jika dilihat
dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering
difitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau
dibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembangan
ilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya pelajar aliran
Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun
menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. Pertamanya, bidang
ini telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di
bawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertama
kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti Teknologi
Maklumat UKM hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Fakulti TM,
sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telah
beberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada 1990 lagi yang semua
programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. Umpamanya
Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM) di UTM
ditubuhkan pada 1984 lagi. Tetapi sebelum tertubuhnya fakulti ini pun,
sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TM
dalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM). Sejak
1994 tidak kurang daripada 2 ribu orang prasiswazah SAKTI setahun,
termasuk kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun, dapat di-
keluarkan oleh setiap lima buah universiti awam besar (UKM, UM,
UPM, USM dan UTM) dan semuanya dalam bahasa Melayu, ter-
utamanya selepas 1982). Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001,
seramai tidak kurang daripada 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahi
ijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramai
tidak kurang daripada 400 orang (Buku cenderamata konvokesyen
UKM 2001. Perincian data prasiswazah UKM sehingga 1994, lihat
risalah Intisari UKM 1995). Kejayaan Malaysia dalam pembangunannya
sejak 1974 (semenjak prasiswazah aliran Melayu wujud) dan dengan
pesatnya dalam tahun 1980-an dan 1990-an itu tentunya sebahagian
besarnya berupa sumbangan para lulusan aliran Melayu juga,
sekurang-kurangnya mereka yang memperoleh pendidikan sains dan
matematik sehingga ke peringkat SPM. Kenapalah pemimpin kita lupa
bahawa dalam tempoh itu juga, menerusi pendidikan aliran Melayu
inilah puluhan ribu setahun pelajar Malaysia mampu bersaing di
universiti antarabangsa (di negara-negara berbahasa Inggeris, negara-
negara di Eropah, Jepun, negara-negara Arab dan lain-lain lagi) dengan
membawa pulang ijazah masing-masing (termasuklah Melayu sekitar 5
ribu setahun itu).

52
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Pencapaian Siswazah
Sementara itu, siswazah Sarjana aliran Melayu (kursus dan/atau
tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertama
kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya (D. Fal.)
pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM. Sarjana
dalam TM (teknologi maklumat, bidang yang paling kerap dikatakan
tidak sesuai/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai 1985 di
UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dalam
bidang TM dihasilkan mulai 1998. Sejak 1980 hingga 2002 UKM sahaja
telah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan D. Fal., dan
dalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga kini UKM telah
menghasilkan hampir 300 buah tesis. Jika universiti awam lain
dianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengan
tesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun
selepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) maka
ribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu. Sejak
1990-an juga setiap tahun beberapa orang sarjana SAKTI Malaysia yang
berpendidikan aliran Melayu sekurang-kurangnya sehingga SPM
berjaya menggondol hadiah rekacipta bertaraf dunia yang diadakan di
Eropah. Yang lainnya, ada yang beroleh hadiah tesis Ph.D yang terbaik
dan sebagainya di universiti-universiti terkemuka di seberang laut.
Semua ini menyangkal dakwaan yang kononnya lulusan aliran Melayu
tidak berdaya saing atau tidak bertaraf dunia.

Pencapaian Dunia Akademia
Sekurang-kurangnya sejak 1994 lagi peratusan akademiawan bidang
SAKTI universiti-universiti di Malaysia yang berijazah pertamanya
dalam aliran bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitu
melebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM
24%, UTM kira-kira 46%). Kini dianggarkan lebih daripada 50% kaki
tangan akademik universiti-universiti kita terdiri daripada mereka yang
sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu. Ramai
daripada mereka ini sudah membuktikan kehebatan pendidikan dalam
aliran bahasa Melayu di antarabangsa pun menerusi forum-forum
akademianya (penerbitan, persidangan dan sebagainya yang bertaraf
dunia) dan peggondolannya hadiah di pertandingan rekacipta
antarabangsa dan sebagainya.

Pencapaian Pengimbangan Kaum dalam Dunia Keikhtisasan
SAKTI
Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segi
kejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor
selain daripada sektor akademik. Dalam tahun 1999, arkitek Melayu

53
Mengapa Kami Bantah!

29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya
3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain
37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanya
tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya daripada 4% itu) dan jurutera
27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan
SAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya
tiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalam
dunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira
sudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar
50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%. (Lihat juga Rajah 1,
manakala perincian data ini ada dipaparkan dalam Shaharir 2002).
Pencapaian dalam Pengantarabangsaan SAKTI Melayu
Selain daripada kejayaan dalam pencapaian pertandingan rasmi atau
tidaknya di arena antarabangsa di kalangan para lulusan atau sarjana
Malaysia beraliran Melayu yang tersebut di atas, pengantarabangsaan
bahasa SAKTI dan bahasa Melayu juga berlaku menerusi puluhan ribu
tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu yang disebut di
atas itu. Ini berlaku apabila para sarjana luar negara terpaksa merujuk
tesis-tesis ini apabila mereka ingin mengetahui dengan lebih terperinci
lagi akan ilmu ciptaan siswazah Malaysia itu apabila mereka
mengetahui kewujudannya menerusi penerbitan atau forum-forum
ilmiah (seminar dan sebagainya). Satu lagi kejayaan besar pendidikan
SAKTI aliran Melayu ialah kejayaan kita mewujudkan para sarjana
yang berfikir secara nasional walaupun bekerja di antarabangsa
sehingga mereka ini mengantarabangsakan bahasa Melayu menerusi
istilah bidangnya masing-masing. Dalam bidang zoologi umpamanya
kini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L M dengan
L dalam bahasa Latin dan M dalam bahasa Melayu daripada warna
seperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau);
atau kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya; atau
daripada nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang); atau
nama orang Melayu seperti ismaili (drp Ismail) seperti yang dipaparkan
oleh Muhammad Salleh (2002). Penulis ini sendiri memperkenalkan
istilah resapion (drp resap + ion) dalam karyanya yang telah di-
antarabangsakan. Ini mustahil berlaku jika SAKTI kita tidak dalam
aliran Melayu sebagaimana yang terbukti pada sarjana kita di
Universiti Malaya sebelum 1983. Sekaligus terbuktilah juga kekosongan
dakwaan “maju bangsa majulah bahasa” itu.
Masalah Pendidikan SAKTI dalam Aliran Melayu
Di samping kejayaan demi kejayaan yang tercapai menerusi pendidikan
SAKTI dalam bahasa Melayu itu, sepertilah juga dengan aliran bahasa
lain di dunia ini (termasuk aliran Inggeris di UK dan Amer. Syarikat

54
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

pun!), pendidikan dalam bahasa Melayu telah tidaklah menghapuskan
semua masalah pendidikan orang Melayu yang dihadapinya selama ini.
Malangnya, bagi pencinta dan pengagum bahasa Inggeris (dan
mungkin sekali kebudayaannya) masalah-masalah ini kononnya
disebabkan oleh bahasa Melayu secara intrinsiknya. Mereka percaya
pula masalah-masalah yang masih wujud itu kononnya semuanya
dapat diselesaikan menerusi penghayatan bahasa Inggeris dalam
pendidikan “sains dan matematik” dalam bahasa Inggeris bahkan
dalam seluruh kehidupan ini seperti yang nampaknya diimpikan oleh
pemimpin besar Melayu Selangor.
Pantasnya Sains dan Matematik Berubah
Helah kewajaran dasar bahasa baru di sekolah yang sering disuarakan
ialah betapa sains dan matematik kini pantas berubah dan tidak
mungkin dikejar dalam bahasa Melayu. Mereka ini lupa bahawa
seseorang perlu menguasai asas-asas sains dan matematik itu dahulu
sebelum terlintas atau termampunya seseorang itu mahu mengejar ilmu
berkenaan itu. Jikalau diajar dalam bahasa sendiri pun kebanyakannya
tidak dapat menguasai asas-asas itu, masakan berlaku sebaliknya jika
diajar dalam bahasa bukan bahasa ibundanya? Mereka juga lupa atau
jahil betapa sains dan matematik sekolah adalah ilmu asas yang
berumur ratusan tahun dan tidak berubah sedikit pun, apatah lagi
kononnya berubah-ubah menerusi bahasa Inggeris sahaja, sehingga
tidak dapat dikejar dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris itu.
Ini satu pembohongan semata-mata! Malah sains dan matematik di
peringkat universiti (peringkat ijazah pertama) pun hampir tidak
berubah juga. Yang berubahnya, selain daripada ilmu di peringkat
pasca-siswazah, ialah teknologi terutamanya teknologi komputer sahaja,
dan itu pun bukan menerusi bahasa Inggeris sahaja, tetapi banyaklah
siswazah aliran Melayu (dan tidak semua aliran Inggeris pun) selama
ini memang mampu mengikuti perkembangan itu. Mungkin yang boleh
diterima tak mampunya Malaysia (di bawah sistem pendidikan Melayu
selama ini dan Inggeris sebelum itu!) ialah membuat inovasi sendiri
atau mencipta yang baru sendiri.

Bahasa Inggeris Kunci Ajaib-Sakti Penguasaan Sains dan
Matematik
Satu lagi helah pewajaran dasar bahasa di sekolah ialah kononnya
belajar dalam bahasa Inggeris boleh mempercepatkan dan me-
ningkatkan pencapaian orang Melayu khususnya menguasai sains dan
matematik. Mereka ini mengeluh (seolah-olah merekalah sahaja yang
prihatin!) kerana dengan pendidikan dalam bahasa Melayu selama
lebih 40 tahun pun pencapaian Melayu yang cemerlang masih ke-
tinggalan berbanding dengan kaum Cina. (Memang! Mengikut

55
Mengapa Kami Bantah!

perkiraan penulis nisbahnya kira-kira 1: 9 di peringkat SPM dan 1:19 di
peringkat universiti tempatan). Mereka ini berhujah dengan yakin dan
sombongnya (mungkin kerana kuasa di sebelahnya!) bahawa kononnya
dengan dasar pengInggerisan pendidikan sains dan matematik sekolah,
pada mulanya orang-orang Melayu mungkin akan menurun lagi
pencapaiannya kerana masalah bahasa Inggeris itu, tetapi kemudian-
nya, atas kesedarannya, tekanan dan sebagainya, orang Melayu (di luar
bandar sekali pun) akan menguasai bahasa Inggeris dan seterus dapat
menguasai sains dan matematik dengan lebih baiknya. Tidak lama
selepas itu kononnya kita akan menjadi pencipta SAKTI! Hujah taajub
inilah juga yang menyebab mereka ini mencanangkan slogan “maju
bangsa majulah bahasa” kerana kononnya bahasa Melayu sekarang tak
maju-maju dan tiada siapa yang mahu belajarnya kerana orang Melayu
mundur, sedangkan apabila Melayu maju kelak (menerusi bahasa
Inggeris itu) maka baharulah bahasa Melayu pun akan turut menjadi
maju dan ingin dipelajari oleh orang-orang lain seperti bahasa-bahasa
negara maju sekarang. Ini memang hujah sewel, membodohkan rakyat
dan berharapan kosong sahaja. Tiada bukti dalam dunia ini, dan tidak
masuk akal sesiapa pun yang waras dan ikhlas, yang kaedah sebegini
memang berjaya seperti yang di-Mat-Jeninkan itu.
Kejayaan lebih daripada 5 ribu setahun pelajar Melayu dalam aliran
Melayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai bahasa di seberang
laut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu prihatin dan
sangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkal
tohmahan yang kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakin
melemahkan Melayu, tidak berdaya saing dan sebagainya itu.
Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu di
semua peringkat sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zaman
pendidikan bukan dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnya
masih luas. Sudah ramai anak Melayu yang malah dapat berada di
universiti-universiti terkemuka di dunia, di Amerika Syarikat dan di
United Kingdom, dan bersama-sama dengan yang di universiti lain
ramai pula yang beroleh kelas pertama pun. Jika pencapaian ini
dicampurkan dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaian
Melayu dengan suku kaum lain di Malaysia tidaklah seburuk yang
digambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang di
peringkat SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya).
Tetapi hipotesis yang nampaknya begitu dipercayai oleh UMNO
bahawa jurang ini dapat disempitkan apabila bahasa pengantar ilmu
sains dan matematik dijadikan dalam bahasa Inggeris adalah suatu
yang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidak
terserkap/terpesona dengan bahasa Inggeris. Malah hampir semua
kajian berhubung dengan hal ini yang dilakukan di luar negara
memang menunjukkan sebaliknya! Tidak ada sebab seseorang tidak

56
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

mahu mempercayai kajian ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang
menyedari sebahagian besar negara maju sekarang (apatah lagi dahulu)
bukannya negara yang sistem pendidikannya dalam aliran Inggeris!
Di dalam ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris, mereka ini
sengaja enggan menerima hakikat tiada apa yang istimewanya bahasa
Inggeris dalam penentuan tahap kejayaan atau pencapaian pendidikan
atau penciptaan/pembangunan SAKTI. Mereka ini seolah-olah lupa
bahawa setiap negara maju di dunia ini yang bahasa ibundanya/
natifnya bukan bahasa Inggeris tidak menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kehidupannya atau bahasa pengantar pendidikan
SAKTI negaranya. Dalam pembangunan/penciptaan SAKTI amatlah
jelas perkara ini kerana para ahli SAKTI besar dunia tidak didominasi
oleh mereka yang berbahasa ibundanya Inggeris, atau mereka yang
melalui sistem pendidikan aliran Inggeris sahaja, walaupun benar
bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa. Ini dibuktikan lagi oleh hasil ujian berkala
empat tahun terhadap pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah
seluruh dunia (kira-kira 40 buah negara yang mengambil bahagian)
oleh pengkaji di Amerika Syarikat di bawah tajaan NSF-nya. Kini sudah
4 kali dilakukan dan kali terakhirnya setakat ini ialah 1999 (lihat
Newsweek December 2, 1996 dan Internet 1; sepatutnya ada ujian ini
tahun 2003 tetapi tiada berita yang kami peroleh setakat ini). Setiap kali
kajian itu, hasilnya sepatutnya menyedarkan para pemabuk bahasa
Inggeris di Malaysia ini kerana pencapaian negara-negara berbahasa
Inggeris sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New
Zealand, Kanada, dan Ireland) mendapat kedudukan yang ke bawah
daripada negara-negara lain (yang tidak berbahasa Inggeris). Yang
menariknya lagi Thailand (yang menggunakan bahasa sendiri)
berprestasi yang sebanding dengan negara-negara berbahasa Inggeris
itu, dan negara yang menggunakan bahasa asing (bahasa penjajahnya
seperti Sepanyol, Pertugis, Perancis dan Inggeris) dalam sistem
pendidikannya mendapat tempat corot. Negara kita (yang masih
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan
sehingga kini dan oleh itu kononnya tidak berdaya saing itu) masuk
dalam penilaian ini hanya tahun 1999 dan pencapaian kita juga agak
baik, iaitu dapat mengatasi kebanyakan negara yang berbahasa yang
para pemimpin kita citai dan kagumi itu (bahasa Inggeris) dan
mengatasi Phillipina (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pendidikannya). Satu-satunya negara yang tidak menggunakan
bahasa sendiri dalam sistem pendidikannya tetapi berprestasi baik ialah
Singapura. Tetapi ini pun sepatutnya tidaklah begitu merayakan
golongan pencinta bahasa Inggeris di Malaysia (dan di mana-mana jua)
kerana prestasi Singapura dalam pertandingan-pertandingan antara-
bangsa yang lain lagi tidaklah pula membanggakan seperti dalam

57
Mengapa Kami Bantah!

Olimpiad subjek-subjek sains sekolah yang dibicarakan di bawah ini.
Tidak hairanlah, sejak 1999, Singapura sendiri tidak lagi percaya dasar
ekabahasanya (bahasa Inggeris sahaja) dalam sistem pendidikannya
boleh menjayakan Singapura pada masa hadapan kerana pe-
nyelidikannya membuktikan hanya sekitar 40% sahaja rakyatnya yang
berpotensi menguasai bahasa Inggeris walaupun jumhur rakyat
Singapura memang mengimpikan menjadi Barat lalu semakin ramai
menjadi karikatur Barat. Ekoran daripada itulah pemerintah Singapura
mengubah sistem pendidikannya kepada dwibahasa (Inggeris &
Mandarin; atau Inggeris & Melayu) sambil mewujudkan kempen besar-
besaran kepada keperluan nilai-nilai Konfusisme/Gong-Fu-Tzeisme)
sehingga 1999 dikatakan sekurang-kurangnya 60% pelajar Sekolah
Singapura berpendidikan sekolah rendahnya dalam dwibahasa Cina-
Inggeris (Lihat internet 3).
Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad
Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurang
seperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu
kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara
yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat
internet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002
menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan
Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania,
India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiad
dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pe-
menangnya pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India,
Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiad
dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India,
Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan. Olimpiad dalam Biologi
dimenangi oleh Republik China diikuti oleh United Kingdom, Rusia,
Taiwan, Korea Selatan. Dalam pertandingan-pertandingan Olimpiad ini,
Singapura mengatasi negara-negara ASEAN hanya dalam bidang
Biologi sahaja dan Phillipina (satu lagi sistem pendidikan yang
nampaknya diidami oleh Malaysia kerana Inggerisnya) berada di corot!
Mungkin para citawan Inggeris menonjolkan India pula, tetapi kenapa
tidak negara-negara lain itu? Semuanya ini hanya manifestasi hukum
sosial tentang kerelevanannya bahasa sendiri dalam pembangunan dan
juga menunjukkan adanya faktor lain lagi dalam pencapaian ilmu,
bukannya soal kesuperioran bahasa Inggeris seperti yang dibayangkan
oleh dasar bahasa kerajaan yang baru ini. Tetapi, pemimpin Malaysia
kini nampaknya membayangkan sikapnya yang berpendirian “lebih
baik rakyat Malaysia ramai berbahasa Inggeris dalam kehidupan
hariannya daripada berilmu tetapi tidak tahu Inggeris seperti Jepun”.

58
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Aliran Melayu Monyok, Lemah dan Tidak Boleh Bekerja dalam
Negara Sendiri Apatah Lagi Bersaing di Antarabangsa
Pandangan bahawa lulusan aliran Melayu adalah lemah, tak boleh
bekerja dan tidak boleh bersaing secara seluruhnya itu adalah satu
tohmahan yang berniat jahat sahaja.
Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani et
al. (1983) dan Faridah et al. (1987) kedua-duanya tidak banyak
menimbulkan masalah keupayaan ilmu pada lulusan UKM (aliran
Melayu) malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusan
dari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspek
penyelidikan). Tetapi kedua-dua laporan itu memang ada menimbulkan
budaya komunikasi dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocok
dengan lulusan UKM, dan ini menunjukkan masyarakat kita,
khususnya swasta, tidak pernah dan tidak mahu berubah dalam aspek
kebahasaan ini. Inilah yang anehnya dan tidak kenanya dengan bangsa
Melayu yang sudahpun ditonjolkan dengan sedih dan kesalnya oleh
Munsyi Abdullah pada awal kurun ke-19M dahulu lagi, yang tidak
berlaku pada bangsa lain yang maju di dunia ini, iaitu bangsa yang
tidak mahu menggunakan atau memajukan bahasanya sendiri.
Masalah yang terjadi kepada lulusan aliran Melayu sebenarnya
ciptaan orang Malaysia sendiri sahaja, yang boleh dihindari jika minda
elitawan dan majikan Malaysia berubah. Perbuatan siapakah sehingga
walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu terhasil, namun
bahasa Melayu di sektor berpengaruh (sehingga 2003, selain pen-
didikan) masih menjadi melukut di tepi gantang? Dalam keadaan ini
sudah tentulah lulusan aliran Melayu menghadapi masalah komunikasi
di mana sahaja mereka bekerja samalah juga dengan lulusan Inggeris
yang bekerja di Thailand atau Jepun umpamanya. Mereka ini menjadi
monyok buat seketika. Sepatutnya kerajaan yang betul wawasannya
semestinya menyalahkan golongan elitawan kita, bukan sistem pen-
didikan aliran Melayu itu yang dihina dan dicela. Sepatutnya kerajaan
tidak membiarkan DBP sahaja terkial-kial menjalankan Minggu Bahasa
Kebangsaan Swasta yang gagal itu. Sepatutnya kerajaan menawarkan
berbagai-bagai bentuk insentif kepada swasta supaya mereka meng-
gunakan bahasa rasmi negara dalam urusannya, bukannya membiarkan
swasta yang menentukan nasib bahasa rasmi negara seperti yang
berlaku selama ini.
Keberanian golongan citawan Inggeris muncul dengan hebatnya
sejak 1990-an kerana sikap liberal kerajaan dan arus sejagatisme serta
kemelesetan ekonomi negara. Pangkungan mereka kepada lulusan
aliran Melayu dan dunia akademik Malaysia amnya menjangkau
kepada tuduhan kononnya akademikawan selepas peMelayuan sistem
pendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UM

59
Mengapa Kami Bantah!

pada zaman berbahasa Inggeris dahulu. Namun kajian Shaharir (1996)
berasaskan pada karya-karya akademik para pensyarah UM (1966-1971)
dan UKM (1980-1985) menunjukkan prestasi ahli akademik di kedua-
dua universiti itu (dalam tempoh kajian itu) tidaklah berbeza sangat
dalam kebanyakan bidang SAKTI, walaupun dalam bidang sains hayat
dan matematik nampaknya pencapaian di UM lebih rendah, dan
sarjana UKM jelas mengatasi UM dalam penulisan buku-buku teks
pengajian tinggi. Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa sarjana
kita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripada
yang pada zaman aliran Inggeris dahulu adalah curahan sentimen
melulu dan nita jahat semata-mata.
Masalah pengangguran siswazah di Malaysia yang dikaitkan
semata-mata dengan pendidikan aliran Melayu memanglah berniat
jahat. Sebenarnya pengangguran itu lebih merupakan indeks keadaan
ekonomi semasa sahaja dan indeks taburan pemilikan perusahaan
mengikut kaum, bukannya indeks tahap kemampuan berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris sebesar seperti yang digembar-gemburkan itu.
Bukankah sebelum Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi siswazah
aliran Melayu (bidang SAKTI) tetap memperoleh pekerjaan, dan
bukankah siswazah di India dan di Phillipina yang beraliran Inggeris
itu juga tidak mendapat pekerjaan di negara masing-masing?

Pendidikan dalam Bahasa Melayu Tidak Digemari,
Memisahkan Kaum dan Tidak Mampu Menjadi Bahasa
Perpaduan
Gambaran bahawa kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu selama
ini tidak berjaya kerana Cina tidak mahu belajar di sekolah aliran
Melayu dan orang Melayu sendiri semakin lari daripada sekolah
Melayu itu adalah suatu yang tidak tepat sama sekali. Di peringkat
sekolah rendah memanglah betul tetapi amat wajar. Tetapi di peringkat
yang lebih tinggi berlaku sebaliknya. Sebenarnya, hanya segelintir yang
kecil sahaja pelajar aliran Cina ini meneruskan pengajiannya dalam
aliran Cina di peringkat sekolah menengah. Lebih daripada 80%
menukar aliran ke Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu) apabila mereka
memasuki Sekolah Menengah walaupun mereka ini terus, dan memang
wajar, mengambil bahasanya sebagai satu daripada mata pelajarannya.
Aliran Melayu tidak gagal! Kepopularan Sekolah Agama pula tidak
bermakna aliran Melayu gagal, kerana sekolah itu juga aliran Melayu!
Apa salahnya? Pengaliran seperatusan kecil orang Melayu menghantar
anaknya ke sekolah aliran agama SAR atau sekolah agama swasta (jika
ada) hanya menunjukkan kekurangan sekolah Kebangsaan dalam mata
pelajaran Agama dan bahasa Arab sahaja. Jika faktor ini dapat
diperbaiki di sekolah Kebangsaan, trend orang Melayu ke sekolah
‘aliran agama’ itu tentunya akan dapat dihentikan. Betapa sekolah

60
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

aliran Melayu menarik perhatian ibu bapa India sehingga hampir 50%
ibu bapa India menghantar anaknya ke Sekolah Rendah aliran Melayu
tidak pula ditonjolkan. Kejayaan pelajar-pelajar Cina dan India di
universiti-universiti awam (dalam bahasa Melayu) dan bagaimana
pelajar-pelajar ini lebih selesa berbicara dalam bahasa Melayu sesama
mereka dan dengan pelajar Melayu adalah tanda kejayaan pendidikan
Melayu. Kenapa pemimpin Melayu nampaknya lebih suka jika mereka
ini bercakap Inggeris pula? Bagaimana boleh bahasa asing menjadi
bahasa perpaduan sedangkan kita telah pun melalui zaman itu sebelum
1970-an, dan perpaduan kita yang dibangga-banggakan selama ini
tentunya manifestasi sistem pendidikan aliran Melayu.
Tiada Kena Mengenanya Identiti Bangsa dengan Aliran
Bahasa Pendidikan?
Mereka yang menegakkan teori bahawa kononnya pendidikan dalam
aliran Inggeris sepenuhnya pun tidak akan menjejaskan identiti,
kepatriotan dan kebudayaan, khususnya bahasa, bangsa apa pun di
Malaysia, sebenarnya mereka yang sengaja tidak mahu mengiktiraf
betapa bahasa itu jiwa bangsa, bahasa mempengaruhi keperibadian,
tingkah laku, nilai dan cara hidup (kebudayaan) seseorang. Pencerap
sosial manakah yang sanggup menyatakan China di Amerika sama
dengan China di Benua China, atau China di Malaysia sekalipun!
Pencerap sosial manakah yang sanggup memejamkan matanya untuk
menegaskan bahawa Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran
Inggeris dahulu sama dengan Melayu yang mendapat pendidikan
dalam aliran bahasa Melayu pasca-Merdeka, atau Melayu yang
mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Arab? Melayu mana yang
Melayu 100% adalah masalah perbezaan nilai kerana latar belakang
pendidikan juga! Tetapi jika mengikut perlembagaan Malaysia sekali
pun, orang yang tidak menggunakan bahasa Melayu di dalam
sebahagian besar kehidupannya (termasuk di rumah) tidak dianggap
Melayu! Bagaimana kita boleh menjamin sebahagian besar daripada
orang Malayu yang mendapat pendidikan hampir sepenuhnya dalam
bahasa Inggeris akan sebahagian besarnya menghayati bahasa Melayu
dalam kehidupan hariannya? Status penghayatan bahasa Inggeris
sekarang pun (dalam keadaan dasar pendidikan kita hampir 100%
bahasa Melayu) nampaknya masih mampu menjadi bahasa Melayu
terpinggir, apatah lagi kelak dengan dasar bahasa baru ini?
Pengecualian tetap ada, kerana itulah tabii hukum sosial. Sebagai
contohnya, mengikut kajian sosial mutakhirnya pada 1999 (lihat internet
3), setelah kira-kira 20 tahun Singapura menjalankan dasar pendidikan
ekabahasa (bahasa Inggeris sahaja), kira-kira 40% China Singapura
menghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya (bahasa Inggeris
menjadi bahasa ibundanya, dan mereka ini tidak boleh bercakap dalam

61
Mengapa Kami Bantah!

bahasa China lagi) kerana sistem pendidikannya beraliran Inggeris
sepenuhnya sekurang-kurangnya pasca-sekolah rendah. Ya, tiada
siapapun mengatakan mereka ini menjadi orang Inggeris yang sama
dengan orang Inggeris di England, walaupun pengkaji sosial mendapati
mereka benar-benar mahu menjadi Inggeris dan menyukai kehidupan
keInggerisan termasuklah keinginan tinggi memperisterikan/memper-
suamikan orang Inggeris. Tetapi bukan sahaja pencerap sosial
Singapura, malah pemerintah Singapura juga mendapati (dan tidak
senang) dengan tahap keChinaan (nilai-nilai murni China) para citawan
Inggeris ini! Ini bermakna 40% China Singapura sudah bukan China
yang diingini (bukan China 100%?) oleh bangsa China Singapura! Oleh
itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dasar ekabahasa sudah
diubah sedikit kepada dasar dwibahasa (Inggeris dan Mandarin)
kepada sekitar 20% penduduk Singapura dengan menubuhkan
beberapa buah sekolah khas dwibahasa ini.
Bala Perbuatan Sendiri?
Penulis merasakan bala yang menimpa orang Melayu menerusi nasib
bahasanya (dan kebudayaannya) yang diperkecil dan disingkirkan oleh
pemimpinnya sendiri yang berlaku kini ialah angkara perbuatan ke-
lengahan/kealpaan para peikhtisas dan sarjana SAKTI Melayu sendiri
juga.
Bahasa Melayu tidak boleh hidup dalam dunia amalan keSAKTIan
Siswazah aliran Melayu sebenarnya berubah menjadi manusia yang
tidak mahu berbicara dalam bahasa Melayu setelah mereka bekerja
lima-enam bulan sahaja di swasta. Budaya berbahasa Melayu selama 3
atau 4 tahun di universiti pada tahap yang tinggi itu tidak melekat atau
tidak dapat (tidak mahu/digalakkan/dibenarkan?) diamalkan dalam
alam pekerjaannya akibat persekitarannya yang begitu kukuh dan
kental dalam bahasa Inggeris, atau yang lebih dahsyat lagi kerana dasar
organisasinya (penulis dimaklumkan umpamanya dalam perhotelan)
sehingga sesiapa yang cuba menghayati bahasa Melayu dianggap
‘kurang cerdik’ atau ‘kurang berkebolehan’ atau ‘melanggar peraturan’.
Sehingga kini perubahan minda para majikan atau elitawan Malaysia
mungkin tidak dapat berlaku walaupun sudah ratusan ribu siswazah
aliran Melayu berada di pasaran kerana bilangan yang sama atau lebih
siswazah aliran Inggeris dari seberang laut dan kini dalam negara
sendiri ada bersamanya dan sebahagian besarnya bukan bumiputera
pula yang sentimennya kepada bahasa Melayu jauh lebih rendah
daripada orang Melayu pula. Tetapi golongan peri bumi yang dominan
dalam sesuatu sektor SAKTI tidak pula memastikan tahap penghayatan
bahasa Melayu tinggi kerana sifat Melayu Semenanjung yang pernah
dikesali oleh Munsyi Abdullah pada awal abad ke-19 lagi itu, iaitu

62
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

katanya Melayu ini satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tidak
mahu menggunakan bahasanya sendiri!
Malah peratusan bumiputera/peribumi yang tinggi dalam dunia
akademia lebih daripada 70% sejak 1990-an lagi tidak juga menjadikan
dunia akademia di Malaysia berbudaya bahasa Melayu di dalam
urusan kerjanya selain daripada pengajaran di bilik kuliah dan
sebagainya. Ini jelas terpancar daripada karya mereka dalam jurnal dan
pascasidang dalam negeri yang masih dominan dalam bahasa Inggeris,
iaitu mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% sahaja dalam bahasa
Melayu dalam bidang kejuruteraan dan sains hayat, dan hanya sekitar 5
peratus sahaja dalam perubatan, walaupun dalam sains fizis (geologi,
kimia dan fizik) dan sains matematik peratusannya agak tinggi iaitu
sekitar 80%.
Angka-angka ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubah
kerana mengikut kajian Shaharir (1996), hanya sekitar 40% daripada
makalah-makalah dalam jurnal SAKTI keluaran UKM sejak 1983 hingga
1996 yang ditulis dalam bahasa Melayu. Jelas, kecuali bidang sains fizik
dan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia
(penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh drp me-
muaskan terutamanya dalam perubatan. Ini mungkin tidak meng-
hairankan kerana peratusan peribumi/Bumiputera dalam dunia
akademia perubatan ialah 50%, sedangkan peratusan itu dalam bidang-
bidang lainnya melebihi 80%. Namun, tidaklah juga benar bahawa
peratusan yang tinggi Bumiputera/Peri bumi sahaja dengan sendirinya
penghayatan bahasa Melayu pun tinggi. Malah, kajian tahun 1996 itu
juga menunjukkan peratusan Bumiputera/Peri bumi dalam komuniti
akademia jurutera dan sains hayat juga sama atau melebihi bidang
sains fizik dan matematik, tetapi jelas para jurutera Melayu dan ahli
sains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasi
dalam bahasanya sendiri.
Komuniti perubatan tentunya lebih hebat lagi keInggerisannya
kerana pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya (penting,
iaitu peringkat klinik) selama 2 tahun memang dalam bahasa Inggeris.
Komunikasi rasmi para doktor di hospital-hospital kerajaan masih tebal
dalam bahasa Inggeris. Tetapi ini hanya penyinambungan budaya
pendidikan dalam bidang perubatan yang memang masih tebal dalam
bahasa Inggeris di peringkat kliniknya (tahun 4 dan 5) di UKM
sekalipun. Baru-baru ini apabila penulis cuba mendapatkan tanda
tangan daripada kalangan profesor perubatan di UKM bagi
memorandum membantah dasar pengInggerisan sains dan matematik
sekolah, hanya sekitar 40% sahaja yang bersetuju di kalangan Profesor
Melayu tetapi tiada seorang pun daripada profesor bukan Melayu
(berjumlah 12 orang). Namun para profesor SAKTI bidang bukan

63
Mengapa Kami Bantah!

Perubatan di UKM amatlah dominan menyokong bantahan dasar peng-
Inggerisan sains dan matematik sekolah (iaitu sekitar 90%).
Betapa hebatnya penghayatan bahasa Inggeris dalam persatuan-
persatuan ikhtisas dan semi-ikhtisan dalam bidang SAKTI memang
tidak perlu diperkatakan dengan panjang lebarnya di sini. Satu
daripada manifestasinya yang jelas dapat dilihat pada warkah berita
atau buletin keluaran persatuan-persatuan yang anggotanya ke-
banyakannya akademiawan, dan Presidennya juga Peri bumi/
Bumiputera, hampir pasti dalam bahasa Inggeris [pada tahun 1995
penulis mendapati ada 40% persatuan SAKTI yang presidennya Melayu
yang dapat dikesani, tetapi kini (tahun 2002) peratusannya meningkat
menjadi 50% persatuan yang diketahui]. Bahasa komunikasi rasmi
Akademi Sains Malaysia, badan yang anggotanya dianggap ahli SAKTI
teratas Malaysia dan menjadi penasihat dasar SAKTI negara, adalah
bahasa Inggeris. Tidak hairanlah juga, selain daripada kerana “takut”,
tidak banyak persatuan-persatuan ini yang mahu menyatakan
penentangannya terhadap dasar bahasa dalam pendidikan, iaitu hanya
sekitar 30% daripada persatuan tersebut sahaja, dan tiada sebuah
persatuan SAKTI berpresiden bukan Melayu yang mahu menyuarakan
tidak senangnya terhadap dasar tersebut.
Penghayatan bahasa Melayu dalam sektor awam pun semakin me-
rosot. Komunikasi ahli-ahli SAKTI dengan Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar dalam hal penyelidikan di bawah
rancangan IRPA (singkatan Inggeris) tajaannya hampir semuanya
dalam bahasa Inggeris, terutamanya sejak 1994 kerana sejak itu semua
borang permohonan penyelidikan dalam bahasa Inggeris dan laporan
penyelidikan dikehendaki dalam bahasa Inggeris atas alasan demi
memudahkan penilaian dari pembaca luar negara. Pengelasan bidang-
bidang penyelidikan anjuran IRPA yang dibuat oleh agensinya,
MASTIC (singkatan Inggeris lagi), semuanya dalam bahasa Inggeris dan
syor penulis supaya dibuat dalam dwibahasa Melayu-Inggeris tidak
dilayan langsung. Dalam urusan penenderan kerajaan yang berhubung
dengan pembelian alat atau pembinaan bangunan SAKTI hampir
semuanya masih dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun urusan
tersebut membabitkan urusan dalam negeri sahaja.
Tidak syak lagi, tabiat berbahasa Inggeris yang tebal di kalangan
ahli SAKTI yang berpengaruh seperti perubatan dan jurutera di
swastalah yang memberi gambaran dan kesimpulan (bagi sesetengah
pihak) gagalnya, tidak relevannya, atau tidak cocoknya pendidikan
SAKTI dalam bahasa Melayu: lain yang dilatih, lain yang diamal;
cakap tidak serupa bikin; atau akademikawan SAKTI hidup ber-
muka-muka (di dalam bilik kuliah lain, di luarnya lain). Sekarang
inilah padahnya!

64
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Tiadanya buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu
Satu perkara yang jelas menjadi faktor penyingkiran kesesuaian bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan SAKTI ialah tentang
kedaifan industri buku dalam bahasa Melayu. Andaian yang besarnya
dan mudah diterima umum ialah, dengan ketandusan buku-buku
dalam bahasa Melayu itu, pelajar universiti aliran Melayu tidak
mungkin berilmu sehebat aliran Inggeris. Dengan penonjolan tidak
putus-putus bahawa kononnya “pelajar aliran Melayu buta Inggeris”,
maka kesahihan andaian ini sukar ditepis. Para sarjana yang terbabit
dengan pendidikan aliran Melayu selama ini tidak mengambil serius
tentang perkara ini, walaupun imbauan demi imbauan dilakukan, dan
berpuas hati dengan hanya memastikan pelajarnya boleh merujuk
buku-buku dalam bahasa Inggeris itu sahaja. Mengikut data-data dalam
Shaharir (1991) dan Mohd Yusof (1995), sehingga 1994 hanya sejumlah
1073 buah buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu yang ada.
Ini jelas menunjukkan benarnya buku-buku SAKTI dalam bahasa
Melayu amat tidak mencukupi kerana daya pengeluarannya hanya
sekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademiawan bidang
SAKTI, iaitu kira-kira 1 buah buku setahun bagi setiap 25 orang
sarjana SAKTI (Mengikut Shaharir 1996, pada tahun 1994, bilangan
akademiawan Bumiputera dalam SAKTI ialah 1863 orang: 984 orang
berijazah D.Fal. atau Ph.D. atau setara, dan 879 orang yang berijazah
sarjana atau setara). Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum
ada sebuah buku pun dalam bahasa Melayu. Malah, mengikut kajian
Shaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam program
bidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnya
sebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat
hanya sebanyak 17% dan kejuruteraan hanya 6%. Kini, mengikut buku
panduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidang
yang selalu dirujuk kerana peranan dalam TMK/ICT dan sejagatisme/
globalisme itu, didapati hanya kurang daripada 10% daripada mata
kursusnya yang ada buku teks/rujukan dalam bahasa Melayu. Dengan
data yang seperti ini siapalah yang hendak percaya seseorang boleh
menguasai ilmu TMK dalam pendidikan beraliran bahasa Melayu?
Nah! Dunia akademik Melayu yang malas berkarya dalam peng-
hasilan buku-buku teks pengajian bidang masing-masinglah yang
menyebabkan tertimpanya bala ke atas bahasa Melayu sekarang!
Ini adalah kelemahan perancang bahasa yang tidak cukup
mengambil berat tentang perkara ini. Sebabnya berlaku demikian sudah
dibincangkan dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada
2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sains
dan Teknologi 2001, khususnya makalah Shaharir 2001). Satu
daripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizaman

65
Mengapa Kami Bantah!

kita terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, kita
tidak beriltizam atau berwawasan mahu melahirkan sebuah institusi
penterjemahan yang setara dengan Bait al-Hikmah pada Zaman
Tamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada Zaman
Pertengahan Eropah yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurang
daripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karya
asli mereka sendiri. Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahaja
ditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalah
negara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasa
Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, me-
wujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yang
mudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasa
Inggeris (kini dikatakan sudah berjumlah 700 kolej sedemikian). Dasar
pengInggerisan pendidikan “sains dan matematik sekolah” seluruhnya
menjelang 2003 dan pendidikan SAKTI di universiti awam menjelang
2005 ini hanya padahnya sahaja!

Mengeyakan Globalisme Barat
Tidak syak lagi teori-teori sejagatisme/globalisme Barat yang sering
dikutuk oleh pemimpin kita itulah juga yang mendorong atau mem-
pengaruhi kerajaan kita melaksanakan peliberalan segala-galanya
termasuklah pendidikan di negara kita ini semenjak 1990-an. Teknologi
maklumat (TM) yang menjadi komponen pentakrif utama sejagatisme
itu memanglah begitu meluas meresapi ke segenap kehidupan manusia
kini dan memanglah boleh melemahkan jiwa-jiwa manusia negara
ketiga. Tidak syak lagilah bahawa kewujudan pelbagai wahana
komunikasi teknologi canggih ini dan limpahan perusahaan maklumat
akan terus memberi peluang kepada bahasa-bahasa ilmu semasa,
seperti bahasa Inggeris, untuk memperkukuh peranannya sebagai
bahasa yang digunakan dalam dunia komunikasi antarabangsa.
Keadaan inilah yang melahirkan ramalan berakhirnya bahasa-bahasa
bukan bertaraf bahasa ilmu kini, berakhirnya negara-bangsa, dan ber-
bagai-bagai lagi termasuklah berakhirnya kebudayaan dan sistem nilai
lain daripada Barat itu. Inilah juga dipercayai pendorong besar kepada
dasar pengInggerisan pendidikan Malaysia.
Gambaran bahana TM yang dikatakan bahananya tidak boleh
dielak-elak lagi itu sebenarnya tidaklah semuanya tepat, kerana
sebahagiannya lebih merupakan pandangan, retorik dan strategi perang
saraf (tindakan melemahkan jiwa atau menakut-nakutkan negara
membangun/ketiga) dari negara maju yang sengaja mahu meneguhkan
lagi hegemoninya dan kelestarian kekuasaannya. Bahasa-bahasa negara
maju sebelum mencapai tahapnya seperti sekarang ini juga menghadapi
perang psikologi yang sama, bahasa-bahasa di Eropah melawan bahasa
Inggeris (sekarang) dan abad-abad sebelum abad ke-19 ialah Perancis,

66
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Latin, dan Arab; dan Jepun melawan bahasa-bahasa Eropah. Teknologi
maklumat bukan sahaja menguntungkan negara-negara yang maju,
tetapi juga bagi negara-negara yang sedang membangun. Syaratnya,
kita tidak mudah mengalah kerana jika kita mengalah, kita akan kalah
sepanjang zaman pada hari muka ini, tetapi jika kita bersabar membina
tamadun kita sendiri, dalam acuan kita sendiri, seperti sejarah
kemajuan negara-negara maju itu, yang antaranya tentulah menerusi
bahasa kita sendiri, maka TM boleh membantu kita mempercepatkan
pembinaan tamadun yang kita impikan itu. Sikap pemimpin Melayu
yang mudah mengikut rentah analisis sarjana-sarjana Barat terhadap
implikasi-implikasi TM kepada sesuatu bangsa itulah maka bahasa dan
bangsa Melayu memang akan menerima padah yang diramalkan oleh
penganalisis Barat tentang TM itu.

Feudalisnya, materialisnya dan buntunya fikiran Islamis Melayu
Bibit pengInggerisan semula pendidikan di Malaysia boleh dikatakan
bermula pada tahun 1985 lagi apabila kerajaan menubuhkan Universiti
Islam Antarabangsa yang tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai satu
daripada bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu yang selama ini
dianggap satu daripada bahasa yang paling akrab dengan Islam tidak
mendapat tempat langsung di universiti tersebut. Tetapi para Islamis
atau nasionalis Melayu kita tidak berbunyi apa-apa pun kerana
tunduknya mereka kepada pemimpinnya yang disanjungi, sayang akan
kedudukannya (pangkat dan/atau harta) atau yang lainnya kerana
tidak mampu mensentisiskan dengan adilnya akan hubungan Islam
dengan bahasa (kononnya Islam tidak relevan dengan bahasa sesuatu
kaum). Kemudian bibit pengInggerisan ini merebak lagi apabila
Perdana Menteri kita menyatakan hasratnya untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini semasa
beliau meletakkan batu asas kampus tetap UIA (aliran Inggeris) pada
24 Ogos 1993 dan diulanginya beberapa hari kemudian pada perasmian
UNIMAS (yang para pemimpinnya memang terkenal bercita-cita
pengInggerisan) pada 31 Ogos 1993. Tiada yang mempersoalkan
kaedah pelaksanaan cita-cita ini vis-a vis bahasa Melayu. Tidak berapa
lama kemudian, pada 27 Disember 1993 (dilaporkan di media massa 28
Disember), Perdana Menteri kita juga mengisytiharkan bahawa
universiti-universiti awam boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam
bidang sains dan teknologi, sedangkan semua universiti awam pada
masa itu tidak menghadapi masalah yang besar pun dengan
menggunakan bahasa Melayu. Perisytiharan yang cukup berkesan
kepada nasib bahasa Melayu di IPT ini juga tidak ditentang dengan
hebatnya oleh nasionalis Melayu yang bersarang dalam GAPENA,
GPMS, Kesatuan Guru-Guru Melayu dan sebagainya itu kerana tidak
ingin melukai pemimpin besar Melayu yang disanjunginya selama ini

67
Mengapa Kami Bantah!

atau kerana mengenangkan kedudukan masing-masing. Ini manifestasi
dalamnya feudalisme atau materialisme di kalangan para nasionalis
Melayu.
Kemalapan bahasa Melayu ini menjadi semakin luas jangkauannya
dengan termaktubnya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995 yang
memberi laluan mudah pihak swasta mengabaikan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan menubuhkan kolej/universiti dalam bahasa Inggeris
sehingga kini dikatakan berjumlah lebih daripada 700 buah itu (hampir
semuanya dalam bahasa Inggeris). Pada masa yang sama kerajaan juga
memberhentikan peruntukan kepada DBP dalam penerbitan buku IPT.
Semua ini berlaku dalam keadaan yang sepatutnya begitu menghiris
kalbu, atau membakar kemarahan para nasionalis Melayu tetapi
feudalisme dan/atau materialisme mengatasinya, sehingga lagi sekali
gerakan bantahan kepada kedua-dua peristiwa ini tidak seberapa juga.
Dalam soal penerbitan buku IPT itu, DBP sendiri seolah-olah
menerimanya dengan lapang dadanya sahaja hinggalah ke hari ini.
Nah! Lulus jarum luluslah kelindan. Kini dengan penuh licik dan
orkestranya dasar mengInggeriskan mata pelajaran “sains dan
matematik” sekolah pun berjaya dilaksanakan mulai 4/5 Januari 2003
seperti yang dirancang. Itu pun para nasionalis masih tidak mahu
menggores hati para pemimpin besarnya yang berkuasa. Bala sudah
lengkap datangnya.

Malaysia boleh!?
Hampir setiap negara yang mempunyai suku kaum minoritinya yang
lemah dalam SAKTI dan bahasanya bukan bahasa pengantar pen-
didikan di negaranya mengadakan program pendidikan khas dalam
sains dan matematik dalam dwibahasa (bahasanya dan bahasa
pengantar rasmi) dengan tujuan menguatkan juga bahasa asing ber-
kenaan. Buku-buku teks sekolah bagi kaum ini biasalah diselang-
selikan dengan bahasa ibundanya, dan malah dibenarkan juga gurunya
menjelaskan sesuatu konsep itu dalam bahasa ibunda pelajar berkenaan
(lihat bibliografi beranotasi tentang perkara ini di internet 2). Langkah
ini sebenarnya ekoran daripada adanya hasil-hasil penyelidikan dalam
pendidikan, dan gerakan ilmuwannya dalam bidang etnosains dan
etnomatematik (iaitu sains dan matematik yang dilihat daripada
perspektif kaum), supaya sains dan matematik di peringkat sekolah
rendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Di Amerika
Syarikat kumpulan ilmuwan ini dalam matematik telah menubuhkan
“The International Group of Ethnomathematics” sejak 1982 lagi. Tidak syak
lagi juga tindakan ini adalah dipengaruhi oleh banyak hasil kajian yang
menunjukkan bahawa tahap kefasihan bahasa pengantar ilmu
seseorang pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam SAKTI dan oleh

68
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

sebab itulah bahasa pengantar ilmu dalam bahasa ibunda seseorang
adalah yang terbaik. Mereka ini juga tentunya tidak mahu tahu/
percaya dengan pandangan Kuhnan sejak 1962 lagi (Kuhn 1962/1993)
bahawa SAKTI itu tidak bebas bahasa dan kebudayaan amnya dan oleh
itu pembangunan SAKTI menerusi bahasa dan kebudayaan yang
berbeza itulah yang memberi persaingan hebat dalam penemuan/
pembangunan SAKTI seperti yang terbukti sepanjang masa dan zaman.
Model pendidikan ini, iaitu Inggeris + {bahasa ibunda pelajar} ternyata
tidak menarik perhatian para pemimpin Melayu Malaysia yang
berkuasa. Inilah agaknya manifestasi “Malaysia boleh!” membelakangi
ilmu.
Hakikat bahawa sehingga kini belum ada negara yang mencapai
tahap negara maju dalam bahasa asing negara tersebut memang tidak
diendah langsung oleh pihak berkuasa Malaysia. Jawapannya mungkin
“Malaysia Boleh!” sahaja. Hasil kajian (lihat umpamanya bibliografi
beranotasi berkenaan bahasa dan matematik yang terdapat dalam
internet 2) yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa dahulu
baharulah belajar SAKTI menerusi bahasa tersebut; dan pendidikan
dalam bahasa ibunda adalah yang terbaik sekurang-kurang di
peringkat sekolah rendahnya, malah sejarah pembangunan negara-
negara maju membuktikan pendidikan dalam bahasa sendirilah yang
paling berjaya lagi tidak mahu didengari. Kejayaan penyibaran ilmu
semasa menerusi bahasa sendiri sudah menjadi hukum aqli dan naqli.
Kejayaan Malaysia sehingga kini yang dibincang di atas hanya me-
nambah dalil empirik kepada hukum ini. Begitu juga hukum
pembangunan/pemajuan ilmu. Teori pendidikan dan penguasaan
sesebuah bahasa juga tidak menyokong perbuatan menggunakan sains
dan matematik sebagai caranya, malah cara ini akan menjejaskan pula
prestasi mata pelajaran ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian
Marsh et al. (2000) di Hong Kong dan kajian-kajian yang serupa di
beberapa buah negara lain. Semua ini tidak memberi apa-apa
pengajaran kepada kerajaan Malaysia.
Hukum kemajuan bangsa menerusi bahasanya sendiri, sebenarnya
juga terkandung dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4,
dan Surah Ali ‘Imran, Ayat 164 yang bermaksud “Allah tidak
mengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalangan
bangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (al-
Kitab dan hikmah)”. Sesebuah negara yang tidak menginsafi hakikat
ini, paling-paling baiknya negara-bangsa itu telah terbukti hanya
menjadi karikatur daripada karikatur, komprador atau kreol sahaja!

Beberapa Syor
Perkara yang dianggap unsur-unsur gagalnya pendidikan Melayu yang
dibicarakan di atas itu perlulah ditangani seperti berikut:

69
Mengapa Kami Bantah!

1. Kerajaan sekurang-kurang mestilahlah melaksanakan pendidikan
dwibahasa, Inggeris + bahasa Melayu dan Bahasa Melayu. Sebagai
bahasa pengantar dalam sains dan matematik di Sekolah-Sekolah
Kebangsaan.
2. Pihak berkuasa universiti awam perlulah kekal menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.
3. Universiti awam perlu mewujudkan perancangan strategi yang
bermatlamat menjadikan program perubatan (peringkat klinik) di
IPTA berjalan dalam bahasa Melayu sehingga ke tahap 60% dalam
tempoh 10 tahun.
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memastikan dengan
segera, mengiktiraf hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam dan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memastikan sekurang-
kurangnya 30% daripada kursusnya dalam bahasa Melayu dan
seterusnya menuju kepada 60% dalam tempoh yang lebih singkat
daripada universiti-universiti swasta yang lain.
5. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad perlu bergiat cergas
seperti Jabatan Karang Mengarang di SITC tahun 1950-an, Pusat
Terjemahan Toledo abad ke-12M, dan Bait al-Hikmah di Baghdad
abad ke-9M dengan sasaran yang munasabah dan penuh agresif
seperti 1 buah buku setahun per 4 orang sarjana SAKTI (akan
menghasilkan kira-kira 500 buah buku setahun!). Sehubungan
dengan ini IPTA (dan awam yang ingin ikut serta) diberi segala
kemudahan prasarana (sumber) untuk penerbitan ini.
6. Dewan Bahasa dan Pustaka menghidupkan kembali penerbitan
buku-buku teks IPT. DBP juga perlu merintis kerjasama penerbitan
buku IPT dengan pihak Indonesia.
7. Sebuah badan bukan kerajaan (BBK) seperti Persatuan Linguistik
Malaysia bertindak menyatukan BBK yang turut memperjuangkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bertindak bijak mem-
pengaruhi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah berikut:
7.1. Kerajaan mengadakan berbagai-bagai insentif kepada syarikat
(dalam bentuk cukai, subsidi dsbnya) yang menghayati bahasa
Melayu dalam perjalanan urusan dan pentadbiran dalam
sesuatu jabatan/bahagian syarikatnya. Sekaligus kerajaan atau
mana-mana pihak perlulah memberhentikan rancangan
memberi insentif kepada mereka yang menggunakan bahasa
Inggeris dalam urusan rasminya. Sehubungan dengan ini dasar
peMelayuan swasta perlu dilakukan oleh Kerajaan

70
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

7.2. Kerajaan, menerusi LAN, meletakkan syarat ke atas kolej/
universiti swasta supaya mengadakan dasar peMelayuan kolej/
universitinya sebagaimana yang pernah dilakukan kepada IPT
awam dalam tahun 1970-an dahulu, sambil memberi pelbagai
insentif kepada kolej/universiti yang galak melakukannya.
7.3. Kerajaan perlu mengambil iktibar yang lebih lagi tentang
sistem pendidikan SAKTI di negara-negara maju di Eropah
khususnya konteks bahasa pengantar dan penguasaan bahasa
Inggeris.
7.4. Kerajaan memastikan budaya berbahasa Melayu di
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar perlulah di-
tingkatkan sehingga 60% daripadanya di dalam bahasa Melayu
dalam masa yang singkat ini.
7.5. Kerajaan memansuhkan segala akta yang boleh memberi laluan
mudah kepada sesiapapun mengelak daripada menggunakan
bahasa Melayu perlulah dilakukan seperti memberi kuasa
penuh kepada Menteri Pendidikan mengizinkan sesebuah
institusi pendidikan menjalankan kursus dalam bahasa selain
daripada bahasa Melayu seperti dalam akta IPTS, pengizinan
kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri menggunakan bahasa
Inggeris dalam “pentaksiran komputer dan perakuan
pungutan dan penyiasatan” dalam Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 (semakan 1971) seksyen 41, pengecualian penggunaan
bahasa Inggeris dalam urusan kedoktoran di Kementerian
Kesihatan dalam Akta yang sama dan lain-lain lagi.
8. Setiap kelompok sarjana, institusi dan badan swasta yang terlibat
dengan TM berusaha memperbanyakkan bahan-bahan (perisian) TM
dalam bahasa Melayu dengan mengingatkan pasarannya cukup besar
iaitu di Alam Melayu ini dengan penduduknya melebihi 200 juta
orang. Di samping itu sebuah Institut Kejuruteraan Perisian Malaysia
bagi tujuan menyemarakkan lagi pengeluaran perisian itu perlulah
diwujudkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta. Sebagai kegiatan
tambahannya, Institut ini bolehlah juga memfokuskan penge-
luarannya bagi keperluan umat Islam.
9. Sekolah agama rakyat (di bawah majlis agama negeri atau swasta)
seluruh Malaysia perlulah mewujudkan persatuan seperti Dong Jiau
Zhong itu dan sekaligus juga mewujudkan sebuah konsortium bagi
menjaga kepentingan sekolah ini seperti mengadakan peperiksaan
serta sijilnya tersendiri dengan sukatan pelajaran yang setara dengan
yang di Sekolah Kebangsaan tetapi dalam aliran Arab dan Melayu
termasuklah sains dan matematik dalam aliran Melayu.

71
Mengapa Kami Bantah!

10. PLM-DBP menggembleng seberapa banyak BBK untuk
membagankan/mencartakan strategi dan melaksanakannya dengan
menjajak seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada kumpulan-
kumpulan berpengaruh akan pentingnya bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Ini termasuklah juga tindakan membantu pihak-pihak
yang memperjuangkan bahasa ibunda (selain daripada Melayu)
dalam pendidikan di peringkat sekolah tadika dan rendah.

72
7
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa
Melayu sebagai Tunjang Tamadun

Prof. Dr. Awang Sariyan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
dan
Beijing Foreign Studies University

Pendahuluan
Semua ahli bahasa, ahli falsafah, ahli sosiologi dan ahli psikologi dari
zaman awal hingga kini sependapat bahawa bahasa merupakan
cerminan kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Tamadun Barat
yang dirintis oleh bangsa Yunani sejak lima atau enam abad sebelum
Masihi tumbuh dan berkembang sehingga menjadi teras kebudayaan
Barat melalui kekuatan bahasa Yunani. Demikianlah kemudian
kebudayaan dan tamadun Barat ditunjang oleh bahasa Latin, bahasa
Perancis dan kemudian oleh bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain. Tamadun Islam pun dengan jelas bertunjangkan keutuhan
bahasa Arab, khususnya sesudah bahasa itu menjadi bahasa al-Qur`an
dan bahasa Islam.

Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun
Bahasa Melayu sebagai asas utama kebudayaan Melayu dan
kebudayaan negara telah mula berperanan sebagai bahasa kebudayaan
dan tamadun selewat-lewatnya pada abad ketujuh, iaitu pada zaman
kerajaan Sriwijaya dan kemudian secara lebih nyata dan luas dalam
zaman kesultanan Melayu. Dalam zaman Sriwijaya, bahasa Melayu
telah menjadi tunjang tamadun sekurang-kurangnya dalam tiga aspek
utama, iaitu sebagai bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa
pengembangan agama Buddha dan bahasa perdagangan. Dalam zaman
kesultanan Melayu pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana seluruh
aspek kehidupan bertamadun, baik dalam bidang pentadbiran, undang-
Mengapa Kami Bantah!

undang, ilmu, keagamaan, susastera, perdagangan, mahupun
hubungan diplomatik.
Selain menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu yang meliputi
Kepulauan Melayu, bahasa tersebut turut menjadi bahasa antarbangsa
apabila bahasa itu digunakan dalam surat-menyurat dan perjanjian
antara kerajaan Melayu dengan kerajaan asing, terutama dari Eropah.
Malah sejarah mencatat bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca
atau bahasa perhubungan umum antara masyarakat di alam Melayu
dengan para pedagang, pendakwah dan golongan lain yang berurusan
di rantau ini.
Apabila konsep negara baharu hendak diwujudkan bagi
Persekutuan Tanah Melayu sesudah dimerdekakan oleh penjajah
Inggeris, bahasa Melayu menjadi salah satu tunjang konsep kenegaraan,
iaitu dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
serta bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. Maka
wujudlah dasar negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan.
Itulah peranan bahasa Melayu yang selama hampir setengah abad
dipupuk dan diupayakan menjadi salah satu asas pembinaan dan
peneguhan konsep negara bangsa.

Cabaran kepada Bahasa Melayu
Dalam proses itu, tidak jarang dan tidak kurang ujian yang melanda
bahasa Melayu sebagai teras tamadun bangsa dan negara, sama ada
yang berpunca daripada sikap kalangan yang tidak yakin akan
kemampuan bahasa itu sebagai bahasa ilmu, bahasa sains dan teknologi
atau yang berakibat daripada kalangan yang jiwanya telah tertawan
oleh segala yang unggul daripada kebudayaan Barat. Kalangan
anglophile ini amat taksub akan segala nilai dan seluruh aspek
kebudayaan Barat, termasuk bahasanya. Bagi mereka, bangsa dan
negara tidak akan maju tanpa berteraskan kebudayaan yang telah
menawan jiwa mereka itu. Wujudnya kalangan itu dapat difahami
apabila kita membaca huraian Ibnu Khaldun, Malek Ben Nabi, Syed
Muhammad Naquib al-Attas dan pemikir Islam yang lain.
Bahasa Melayu yang telah lebih satu alaf menjadi wahana tamadun
di rantau ini digerhanakan, mula-mula oleh penjajah yang meletakkan
bahasa itu setaraf dengan bahasa vernakular Cina dan Tamil apabila
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sekolah vernakular Melayu,
jauh lebih rendah daripada bahasa Inggeris yang menjadi bahasa
pengantar sekolah elit. Sesudah negara kita bebas daripada penjajahan,
nasib bahasa Melayu digerhanakan pula oleh pihak-pihak tertentu
daripada kalangan sebilangan kita sendiri. Malah amat malang halnya
kerana antara yang menggerhanakan bahasa Melayu adalah sejumlah
orang Melayu sendiri. Inilah bahayanya apabila kita kehilangan “makna
diri” kita sebagai bangsa Melayu sehingga sanggup meremehkan

74
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

tunjang kebudayaan dan tamadun yang penting, iaitu bahasanya
sendiri.
Saya telah merumuskan kegerhanaan dan penggerhanaan bahasa
Melayu dalam beberapa wacana (seminar, kongres, persidangan dan
juga tulisan) dalam dua aspek utama, iaitu aspek taraf dan mutu
bahasa Melayu.
Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang, iaitu Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan
dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran
dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi
kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang berteraskan sains dan
matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga
unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris
sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara),
misalnya, kita pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara,
sebagaimana yang telah diputuskan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan
kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat, terutama yang
bertanggangjawab dalam bidang rasmi penggunaan bahasa Melayu,
terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu
rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti
pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa
basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah
linguistiknya percampuran kod, bahasa sms, bahasa sembang di
internet, dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi
menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa
budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan
hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati
diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat,
bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat
pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa
asing (misalnya pada suatu waktu dahulu kota pentadbiran negara
Putrajaya dicemarkan oleh keghairahan Perbadanan Putrajaya
menggunakan precinct, parcel dan boulevard untuk penamaan jalan
dan kawasan).
Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian
kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota
masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang

75
Mengapa Kami Bantah!

berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada
beberapa perkara yang berikut:

1. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam
pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi
seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang
masih tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang
ditafsirkan sebagai “bahasa rasmi” dalam Perlembagaan.
2. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan
bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak
berkuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Kementerian
Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).
3. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti
pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus di IPTA dan juga
pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing serta
pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.
4. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa
asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan
yang kadang kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk
mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan
perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu.
5. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan
masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu
sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa
bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan
pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,
sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf
sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi,
misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu
digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat,
termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya
pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya
tinggi.

76
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

6. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa
Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan
anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh,
dalam pada DBP mengusahakan pelibatan sektor swasta
menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan
iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat
kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan
diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri
kanan pula, yang pada waktu itu menjadi Menteri Perdagangan
Antarabangsa, melalui media juga, mengajak masyarakat
mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit,
lalu menyeru agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa
Inggeris untuk mencapai kemajuan. Dengan tidak segan-silu dan
berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa
kebangsaan, ia mengisytiharkan bahawa urusan di
kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan
menggunakan bahasa Inggeris.

Cabaran Khusus dalam Bidang Pendidikan: Musibah PPSMI
Secara khusus, dalam sistem pendidikan, telah berlaku penurunan
martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila
dilakukan tindakan yang jelas untuk mengurangkan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan, iaitu dasar
yang diasaskan pada Penyata Razak 1956. Pada tahun 1993, Perdana
Menteri pada waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad membuat
pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti
hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Keputusannya itu
bertentangan dengan pendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika
menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan yang dengan tegas
menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa
pengantar utama untuk semua kursus di universiti.
Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawan yang faham dan
masih kental semangat kebangsaannya mengadakan pertemuan demi
pertemuan dan gerakan menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan
keputusan Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusi
dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan telah
diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1996 dalam
buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa,
dengan Allahyarham Asraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu
masih ada tenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadi
penaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnya keputusan itu
senyap begitu sahaja.

77
Mengapa Kami Bantah!

Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana
Menteri yang sama membuat pengumuman bahawa mata pelajaran
sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris
pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Inilah rasanya kali pertama
dalam sejarah negara ini satu dasar baru yang merombak dasar selama
puluhan tahun dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu
satu tahun. Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistem
pendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasar pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan
yang digagaskan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan
kemudian diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman
Talib 1960 hingga diterapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru
dilaksanakan dengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman
Ya`kub (Tun Datuk Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untuk
pelaksanaan dasar yang menjadi acuan pembentukan generasi baru
yang bersatu padu dan memperoleh ilmu serta sistem nilai melalui satu
bahasa kebangsaan hanya dapat dimulakan berbelas-belas tahun
kemudian.
Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistem pendidikan
yang menekanakan pembinaan manusiawi, maka Jawatankuasa Kabinet
yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri
Pelajaran ketika itu membuat kajian dan menerbitkan kajian itu pada
tahun 1979. Sebagai hasil rumusan dan syor jawatankuasa tersebut,
dirancang pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyata
bahawa pelaksanaan dasar dan sistem baharu itu mengambil waktu
lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988 sesudah
melalui kajian demi kajian, projek rintiss dan penyempurnaan
prasarana.
Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama selama kira-kira 30
tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di
peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian
di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan
negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup
drastik. Tiada kajian yang dijalankan dan tiada perundingan yang
dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan. Bahkan tiada sama sekali
dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti
yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang
baharu.
Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang
mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar
ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak

78
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

diendahkan. Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27
Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi, malah beberapa
hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang
mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa
dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres
beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam
untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan
dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi
apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh tiga hari!
Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap
fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana
kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang
anak bangsa menguasai bahasa asing. Untunglah masih ada dalam
kalangan UMNO yang prihatin akan peranan bahasa Melayu dalam
pembinaan tamadun bangsa dan negara. Resolusi Badan Perhubungan
UMNO Johor dalam Konvensyen UMNO Johor pada penghujung bulan
Oktober tahun 2006 meminta disemak dasar meritokrasi dan
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sayangnya
suara UMNO Johor itu tidak mendapat perhatian daripada UMNO
pusat dan ironis pula halnya kerana yang melaksanakan PPSMI ialah
menteri yang datang dari Johor! Demikianlah resolusi Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu Ke-7 (6-8 November 2006) yang turut mendesak
dikaji dasar pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris pun ditolak dengan kenyataan tegas pemimpin negara bahawa
dasar tersebut tetap diteruskan.
Beberapa kajian ilmiah peringkat sarjana dan kajian institusi serta
individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu
membawa bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang
cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar
bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam
penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor
penggunaan bahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa
memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa
asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau
belum menguasai bahasa asing itu.
Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah
1.88 juta orang dan menjelang 2010 dijangka jumlahnya menjangkau 2
juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di
kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat
hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang

79
Mengapa Kami Bantah!

menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang
paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut
terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu.
Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prof. Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan
ketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa
Inggerus. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian bahawa
75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa
Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan
sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan
matematik kerana diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan
cemerlang dalam sains dan matematik jika diajarkan dalam bahasa
Melayu. Kajian DBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar
menunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk
menerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kesediaan mereka belajar sains dan matemtik sepenuhnya dalam
bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains) dan 5% (untuk matematik).
Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM
(2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup mencemaskan
dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran sains,
matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa Melayu. Dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 pada tahun pengajian 2004
(pelajar yang mula belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada
tahun 2003 dalam bahasa Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred
cemerlang (gred A) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi
mata pelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripada
sampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalam kedua-dua
mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris pula,
hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malang sekali apabila yang
mencapai gred A dalam mata pelajaran bahasa Melayu hanya 18.7%
dan 16.7% malahan gagal (mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam
mata pelajaran bahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan
yang terjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihan yang
mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan
matematik.
Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut, iaitu
guru sendiri menghadapi masalah yang amat besar. Daripada sejumlah
181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan
kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik
dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu yang dijadikan bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970.
Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan

80
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

berlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru. Kajian
yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah
menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak
mempunyai kesediaan untuk mengajarkan sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matematik
yang mampu menerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris. Kajian Norhashimah Jalaluddin yang dijalankan pada tahun
2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains dan
matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72% mengatakan bahawa
pencapaian pelajar dalam sains da matematik akan lebih cemerlang jika
diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar
lebih dapat menumpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu
diajarkan dalam bahasa Melayu.
Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula berlaku
di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semua universiti kerajaan
telah mula melaksanakan dasar ke arah pengajaran subjek-subjek sains
dan teknologi dalam bahasa Inggeris, sebagai suatu kesinambungan
yang logis daripada dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah.
Universiti seakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang
diterima merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris.

Kesan Buruk PPSMI
Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh Kumpulan Prihatian
(2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yang berikut daripada
penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama:
1. Akibat kepada Bahasa Melayu
Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden
akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai
bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta yang telah mencecah
satu juta untuk ratusan bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti
aeroangkasa, tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak ada
keperluannya untuk dicipta lagi. Buku dalam bidang sains,
perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan
diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi
pembacanya. Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang,
terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah
Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris
dan bahasa Mandarin.
Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelak bahasa
Melayu hanya menjadi bahasa pengantar bagi kira-kira 20% sahaja,
iaitu bagi mata pelajaran yang bukan tergolong dalam sains dan
teknologi. Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi
dua mata pelajaran sahaja. Hakikatnya jauh berbeda.Yang berikut

81
Mengapa Kami Bantah!

ini ialah unjuran yang dapat dirumuskan daripada perancangan
yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran:

Sekolah Rendah:
BM 60%; BI 40%

Sekolah Menengah:
Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%
Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%
Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%
Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%
Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%
Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%
SPM: BM 29%; BI 71%

Tingkatan 6 Sastera:
BM 60%; BI 40%

Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi:
BM 20%; BI 80%

Peringkat Universiti:
BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI: Semua kursus lain

Malah ada kursus sastera di universiti tertentu yang wajib
dikuliahkan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris. Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya sendiri pada tahun 2007
diarahkan memulakan pengajaran 30% peratus dalam bahasa
Inggeris sehingga akhirnya mencapai 70% dari tahun ke tahun,
tetapi syukurlah dengan perjuangan kepimpinannya arahan itu
dapat dihindarkan, tetapi soalnya sampai bila kita perlu
memerangi sikap karut seperti itu.
2. Akibat kepada Pelajar Melayu
Kesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripada sudut
penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang masih belum mempunyai
kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah
untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberikan
gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah
sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah
ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada

82
Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu sebagai Tunjang Tamadun

pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah.
Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampu
menggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat, wajarkah
kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan
menggunakan kaedah yang belum terbukti berhasil di mana-mana
di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah
membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk,
“Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.
3. Akibat kepada Media Massa Berbahasa Melayu
Pada tahun 1960-an dahulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik
darjah. Sebagai akibatnya, hari ini sebahagian besar orang Melayu
buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu yang asalnya dalam tulisan Jawi
dahulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Tulisan
Jawi menjadi hina apabila akhbar Utusan Melayu terpaksa ditutup
dan kemudian diselamatkan oleh Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan dengan dijadikan sisipan dalam akhbar
Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin. Lambat-laun akhbar
berbahasa Melayu tidak lagi mampu menjadi wadah ilmu,
pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang besar
kemungkinannya akan berlaku kepada media berbahasa Melayu
20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi
memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan,
komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya.
Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-
bidang ini dalam bahasa Melayu. Dapatkah akhbar hidup tanpa
ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan
sebagainya?
Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang majoritinya bangsa
Melayu dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke
nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris.
Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa
pengantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa
Inggeris.

Penutup
Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan.
Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa pengantar dua mata
pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa malatpetaka kepada
bangsa Melayu. Mampukah bahasa Melayu bertahan sebagai tunjang
kebudayaan dan tamadun apabila secara jelas peranannya kian dihakis
dan dipinggirkan dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun di
negara ini? Adakah sanggup kita membayangkan bahawa pada suatu

83
Mengapa Kami Bantah!

waktu kelak anak cucu bangsa Melayu terpaksa menangisi hikmah
yang hilang – hikmah dalam bentuk bahasa, sastera dan budayanya,
sebagaimana yang dialami oleh diaspora Melayu di Thailand selatan, di
Filipina selatan, di Sri Lanka, di Kampuchea dan di tempat lain? Kita
yang membayangkan rasa cemas sedemikian pasti dicap pesimistik,
tetapi apatah ruginya kita berhemah dan berhubaya-hubaya agar tidak
tertimpa kepada kita nasib ”Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya”.

84
8
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar
Sains dan Matematik: Mengapa Ditentang?
Soalan yang Selalu Ditanyakan

Datuk Abu Bakar Abdul Hamid
Ketua
Kumpulan Prihatin

Soalan 1:
Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha
kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah
daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris?
Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja
yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai
Melayu, tokoh korporat Melayu, mahupun Menteri Melayu dan siapa
saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu
digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan
bahasa Inggeris, anti bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka
fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu
saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang
dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini
dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibuat daripada
kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan
mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum
pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang
melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.
Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan
bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam
bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan
mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah
Mengapa Kami Bantah!

terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa
Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah
kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa
rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara
Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar
di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan
mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam
jangka pendek mahupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2
Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran sahaja?
Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua
mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan.
Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai
2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Me-
nengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan
sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah
maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem
persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa
Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan
bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu
pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini di-
bincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan
dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata
pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris para pelajar.
Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa
Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu
bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT.
Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah
kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan
terjadi nanti.

Sekolah Rendah

Darjah 1-3 BM BI
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Agama Islam Matematik
Darjah 4 - 6 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Agama Islam Matematik
Kajian Tempatan Sains

86
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Sekolah Menengah

Tingkatan I – III Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Sejarah Matematik
Geografi Sains
Kemahiran Hidup
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
P. Moral
Tingkatan IV - V Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Kesusasteraan
Melayu Inggeris
Geografi Matematik Moden
P. Seni Matematik
P. Jasmani Tambahan
Agama Islam Sains
Pendidikan Moral Fizik
Sejarah Kimia
Biologi
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam
bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada
79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu.
Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan
kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan
demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama
menyingkirkan bahasa kebangsaan.

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:
Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangan
disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

IPTA
Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan
Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam
saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya
dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung

87
Mengapa Kami Bantah!

jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan
dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.
Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir
semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa
pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya
dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu.
Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap
saja.

IPTS
Pada hari ini pun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang meng-
gunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.
Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal,
perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di
peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang
amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh
sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan
sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahan sebelum ini pun, IPTA
sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa
Inggeris walaupun secara lisan sahaja.
Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah
secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah
hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah
merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran
dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3
Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu
kenyataan? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu
mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian
kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab
pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris
sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah
kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak
dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau
pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris?

88
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Mungkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untuk
pengajaran bahasa secara berkesan?
Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan
bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional.
Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin Wahid, “Lain yang luka, lain yang
dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan
menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran
Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu
sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi
susahnya!
Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membaca pun
tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita
melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan
ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris
yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya.
Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis meng-
ikutinya.
Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah
kita mahu anak-anak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang
Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun
bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish.
Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpu-
kanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian
mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru
kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur
dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham
dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa
Inggeris mereka itu betul.

Soalan 4
Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan
Sains dalam bahasa Inggeris?
Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’
ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita
harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih
baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka
bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah
merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak
kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi
kesemuanya terlepas.

89
Mengapa Kami Bantah!

Soalan 5
Jika begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan
sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.
Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan.
Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama
itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan
perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah
latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan,
perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah
masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang.
Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.
Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada
bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains
dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam
bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali
kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu
generasi manusia terkorban.
Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa
tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah
pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-
buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah
tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik? Yang rasional dan
saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.
Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15
tahun nanti? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal,
tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak
sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat.
Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan
sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah
kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau
sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan
lagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:
Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah
dan di IPT kepada bahasa Inggeris?
Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai
itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan
teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang

90
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak
wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh
menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklankan dan
memasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun
sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.
Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai
seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita
merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang
paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang
berkhasiat dan Coca Cola banyak mengandungi gas yang tidak baik
buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita
harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik.
Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan
bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate
seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai
makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik.
Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita
berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita
akan juga menjadi pengeluar dan penjual.
Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya,
kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti
mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni
kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan
deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri
tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan
hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang
bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.
Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi.
Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati
sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal
dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi
Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang
Singapura pun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan
Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina
oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang
Malaysia dengan penuh kesedaran dan perasaan keMalaysiaan.
Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.
Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata.
Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah
September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan

91
Mengapa Kami Bantah!

sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya? Dalam
keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan
mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita.
Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca
dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu.
Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran
bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu.
Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan
proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa
Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?
Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan
bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang
ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita me-
merlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada
penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar.
Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya)
“Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris
dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan
fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa
Inggeris.”
Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah
menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat
dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan
perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan
bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk
mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan
ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu
pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam
bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis
surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi
tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu
menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan.
Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah
bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa
Inggeris.

92
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Soalan 8:
Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi
kedudukan bahasa Melayu di negara ini?
Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa
sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa
pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat
sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang
itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan.
Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat,
perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa
moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja.
Menurut seorang asing yang bekerja di sini, dia tidak ada masalah
menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar
Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam
akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu
dengan baik sekali.

Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar
juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir
membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka
tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang
tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal
dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang
Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, teknologi, komputer dan
perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan
ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam
akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru
tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu.
Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang
ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa
Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti
pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat
bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.

Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar
semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas
hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya
mantap kerana telah termaktub dalam perlembagaan tidak memadai.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden
pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata.

93
Mengapa Kami Bantah!

Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT
ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan
Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

94
9
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua
Darjat
Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia
dan,
Program Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan
Manusia secara kognisinya akan menumpukan perhatian kepada
maklumat yang relevan dengan dirinya. Mengikut teori relevans (1995),
semakin tinggi kesan konteks dan semakin rendah usaha memproses
maklumat maka semakin relevan ujaran kita. Penutur mesti
memastikan prinsip ini dipatuhi. Pendengar di satu pihak yang lain
akan menumpukan perhatian kepada ujaran yang relevan sahaja. Sekali
lagi kaitan dengan komunikasi ialah kos memprosesnya. Jika bahasa
yang digunakan dapat difahami dengan mudah, diikuti dengan usaha
memproses maklumat yang rendah, maka maklumat yang disampaikan
oleh penutur akan mendapat perhatian. Di sini jika sesuatu maklumat
yang hendak disampaikan dalam BM dapat difahami langsung oleh
penutur Melayu berbanding dengan Inggeris maka adalah lebih relevan
jika BM diteruskan. Tetapi sebaliknya jika BI digunakan, pendengar
harus menginterpretasikannya dalam dua tahap. Satu tahap memahami
BI itu sendiri, kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa yang
difahami dan tahap kedua membuat interpretasi. Ini bermakna
komunikasi menjadi bertambah susah. Implikasi akan dapat dilihat
pada mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Malah di negara
ini, lebih daripada 50% pelajar akan mendapat kesan yang kurang
positif. Cara terbaik ialah dengan mengekalkan BM dan tidak
mengabaikan BI.
Kertas ini adalah hasil penyelidikan terhadap sikap penerimaan
pengajaran Sains dan Matematik (S&M) di kalangan pelajar dan guru.
Kajian ini adalah rentetan dari penukaran dasar bahasa dalam
pendidikan negara yang menyaksikan penonjolan bahasa Inggeris
Mengapa Kami Bantah!

semula dalam sistem pendidikan negara ini. Dasar yang dilakukan
dengan tempoh masa yang boleh dikira terhad telah menimbulkan
pelbagai reaksi. Ada reaksi yang positif dan tidak kurang pula reaksi
yang negatif. Pentadbir yang mempunyai kuasa pusat telah meng-
arahkan pelaksana iaitu guru dan sekolah yang hanya mempunyai
kuasa pinggiran menjalankan arahan tersebut.
Pejuang bahasa termasuk ahli bahasa merasakan langkah ini sebagai
tergesa-gesa. Pada pejuang bahasa langkah ini boleh diibaratkan
langkah mengundur. Pada saat negara melihat pencapaian yang
membanggakan dengan anak watan mula menduduki jawatan
profesional dan korporat hasil dari dasar pendidikan kebangsaan,
bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dikorbankan atas
alasan ketidakupayaan anak watan berbahasa Inggeris. Tiada siapa
yang menyangkal kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dan sekaligus bahasa antarabangsa. Tetapi kita harus bijak mengatur.
Bijak bahasa belum bererti bijak menguasai ilmu. Sains dan matematik
adalah ilmu. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan ilmu tersebut.
Para sarjana memang mengakui bahawa hanya bahasa pertama yang
berkesan untuk menyampaikan ilmu. Contohnya Jepun, Korea, Perancis
dan Jerman. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Memandangkan pertukaran dasar ini bakal memberikan impak yang
sangat besar pada bahasa dan bangsa Malaysia, maka difikirkan satu
kajian awal perlu dilakukan. Kertas ini akan membincangkan persoalan
ini berdasarkan beberapa perspektif iaitu politik, pendidikan dan
linguistik. Kertas ini juga akan memaparkan hasil kajian sikap ini dan
mempertalikannya dengan pembentukan kesatubangsaan khasnya.

Permasalahan Kajian
Ledakan maklumat melalui teknologi maklumat menyaksikan bahasa
Inggeris (BI) kembali beraksi di gelanggang antarabangsa. Ber-
sandarkan alasan globalisasi, bahasa Inggeris kembali mendominasi
dunia. BI dikenali sebagai bahasa global. Persoalannya sekarang adakah
BI sebagai bahasa global maka ia terus sesuai menjadi bahasa
penghantar bagi setiap bahasa di dunia?
Penerapan dasar baru (meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran
Kebangsaan) menyaksikan penggunaan BI dalam mata pelajaran S&M.
Penerapan ini boleh dilihat dari 3 perspektif iaitu politik, pendidikan
dan linguistik. Dari ketiga-tiga perspektif ini akan terhasil satu
gambaran jelas ke mana arah harus dibawa sistem pendidikan dan
bahasa Melayu itu sendiri.

Perspektif Politik
Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh
bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya

96
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa
ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui
diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan
tanah jajahan (Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000).
Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi.
Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.
Imperialisme dari perspektif ilmu sosiolinguistik ialah sejenis hubungan
yang membolehkan satu masyarakat mendominasi masyarakat yang
lain. Empat mekanisme yang mengemudi imperialisme iaitu,
eksploitasi, penembusan, pemecahan dan peminggiran (Phillipson;
1992). Teori imperialisme ini melihat pembahagian dunia berdasarkan
dua entiti. Yang pertama dikenali sebagai pusat dominan (dominant
center) dan satu lagi sebagai pinggiran terdominasi (dominated
peripheries) – negara-negara sedang membangun.
Golongan elit di pusat dan pinggiran disatukan oleh minat yang
sama dalam imperialisme iaitu bahasa. Golongan elit adalah mereka
dari masyarakat peribumi yang berpendidikan barat dan mempunyai
hubungan yang rapat dengan pusat. Mereka juga yang selalu
memegang tampuk pemerintahan negara. Pada peringkat ini organisasi
antarabangsa memainkan peranan utama. Organisasi seperti ekonomi
(swasta dan perkhidmatan separuh kerajaan), politik (oragnisasi
pemerintah supra nasional), ketenteraan (pelbagai sistem bersekutu,
pakatan), komunikasi (perkapalan, syarikat penerbangan, agensi berita)
dan budaya (syarikat filem, penerbit buku).
Kini dengan neo-kolonialisme, interaksi pusat-pinggir bermakna
komunikasi antarabangsa. Teknologi komputer akan mengikis ke-
perluan kehadiran fizikal bagi pengeksploit. Teknologi komunikasi baru
akan ditingkatkan untuk membolehkan kuasa pusat menguasai ke-
sedaran masyarakat. Ini sebenarnya akan meningkatkan dan me-
neguhkan lagi pengawalan hasil-hasil pengeluaran. Bagi membolehkan
ini berjaya ia memerlukan penembusan budaya dan linguistik pusat
kepada pinggiran. Dalam dunia hari ini teknik pemujukan (ideas)
bukannya paksaan (stick) atau tolak ansur (carrot) yang digunakan. Ini
dapat dilihat daripada peranan media hari ini. Ini juga ada kaitan
dengan globalisasai.
Globalisasi pula didefinisikan sebagai dunia tanpa sempadan. Kesan
daripada ini maka nilai, terutama cara berfikir dan bertindak, dapat
dipindahkan secara bebas dan cepat dari satu daerah dunia ke satu
daerah dunia yang lain. Dewasa ini perpindahan yang paling ketara
dalam proses globalisasi ialah perpindahan nilai dunia barat (terutama
Amerika Syarikat), ke dunia bukan barat. Akibat perpindahan nilai ini
maka produksi dan penggunaan pasaran, barangan dan selera tertolak
ke arah homogenisasi untuk memenuhi pendekatan ‘one size fits all’.

97
Mengapa Kami Bantah!

Kesan daripada globalisasi terhadap bahasa dan budaya juga pernah
dibincangkan oleh Mohd. Fazli. Mohd. Fazli (1999: 53-54) dalm
artikelnya yang bertajuk, “’Amerikanisasi” dan Masa Depan Budaya
Tempatan’, ada menyentuh tentang kesan globalisasi pada budaya
tempatan. Jelasnya produk Amerika bersama-sama ideloginya
mendominasi pasaran dunia. Proses globalisasi dikaitkan dengan
kelahiran “McWorld’. “McWorld’ adalah produk yang wujud akibat
pengaruh Music Television (MTV), McIntosh dan McDonald. McWorld
memukau dunia dengan konsepsi intergrasi budaya dan keseragaman
musik Ricky Martin, membaca buku Stephen King. Imperialisme
budaya bukanlah perkara baru, tetapi hari ini fenomena ini semakin
membimbangkan kerana ditunjangi oleh teknologi baru dan dorongan
keuntungan dalam dinamik globalisasi. Nilai budaya tradisi seperti
kekeluargaan, komuniti, menghormati kehidupan, kemesraan dan
sebagainya bertembung dan tewas apabila menghadapi nilai yang di-
komunikasikan menerusi musik, wayang gambar, video, kabel,
televisyen satelit, iklan, penghibur dan ahli sukan idola dan komputer.
Persoalannya sekarang penggunaan bahasa dalam teknologi
komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris, apa akan
terjadi kepada nilai bahasa Melayu itu sendiri. Kesan daripada
penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja
akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu
sendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan
globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai BM.
Syed Husin Ali (1996; 164-171) pernah mengulas kenapa berlaku
fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang
ditekankan adalah faktor politik seperti berikut:
cita-cita bagi mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini
menyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomi
serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ‘go global’
lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga
terhadap bahasa golongan korporat peringkat tinggi dan
pertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalam
politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan
guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang
berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa
Inggeris memang serius.
Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin
politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa
dasar ekonomi, budaya, serta bahasa yang liberal adalah popular dan
dapat memperluas pengaruh politik mereka.
Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa mengubah dasar
pendidikan dengan mengarahkan S&M diajar dalam BI. Alasannya agar

98
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi
moden dewasa ini.

Perspektif Pendidikan
Satu perspektif yang penting juga dilihat adalah perspektif pendidikan.
Memandangkan arahan menggunakan S&M dalam BI melibatkan
pelajar sekolah maka sudah pasti, pandangan dari pendidikan harus
ditimbang sama. Kepelbagaian perspektif ini dapat memberikan jalan
keluar demi kebaikan semua.
Penggunaan BI dalam subjek S&M telah menjadikan taraf
pembelajaran subjek ini sebagai menggunakan bahasa kedua. Hakikat
yang ternyata dalam penulisan dan kajian-kajian luar negara
menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang
lama. Pelajar bahasa kedua mengambil kira dua hingga lima tahun
untuk membentuk asas kemahiran komunikasi interpersonal dalam
bahasa kedua. Sementara untuk menguasai keseluruhan kemahiran
literasi ataupun kefasihan kognitif dalam bahasa akademik pelajar-
pelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall 1996,
Wood 2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat
dicapai dalam jangka masa singkat terutamanya kefasihan bahasa
kedua sebagai penghantar ilmu.
Serentak dengan arahan menggunakan BI dalam subjek S&M,
Kementerian melakukan berbagai-bagai usaha bagi memastikan dasar
baru ini berjaya dilaksanakan. Antaranya membekalkan kelengkapan
komputer kepada guru yang terlibat. Maka terhasillah perisian-perisian
yang dianggap dapat membantu guru menyampaikan ilmu ini dengan
berkesan. Ekoran dari itu maka terhasillah beberapa kajian awal dan
kajian berkaitan dengan dasar baru ini. Antara kajian yang dilakukan
ialah:
1. Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan perubahan
bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik – Mohd.
Rasdi Saamah (2003)
2. Kajian celik komputer di kalangan guru-guru negeri Perak. -
Ibrahim Mohamad et al. (1997)
3. Keupayaan penguasaan kemahiran BI di kalangana pelajar Melayu
dalam arus globalisasi - Noreiny Maarof et al. (2003).
Fakta-fakta yang meryelubungi pengajaran S&M perlu dilihat dan
diberikan perhatian. Rumusan daripada kajian-kajian di atas oleh pakar
pendidikan ialah 84% guru-guru S&M di sekolah rendah lemah dalam
BI. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk me-
laksanakan inovasi ini kerana mereka gagal untuk memahami ilmu
konsep-konsep dalam bahasa yang tidak difahami dan akan
menyukarkan pelaksanaannya. Kajian Antarabangsa ke-3 S&M (2000)

99
Mengapa Kami Bantah!

menunjukkan pencapaian S&M pelajar negara ini jauh lebih rendah
berbanding pelajar dari negara-negara serantau khususnya Singapura,
Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam mata
pelajaran S&M akan bertambah lemah kerana mereka terpaksa
memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam bahasa
Inggeris.
Hakikatnya pelajar yang sedia lemah dalam S&M akan me-
nyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami bahasa tersebut
dalam S&M meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan BI
yang akan digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua subjek ini
mudah difahami serta sesuai mengikut tahap umur pelajar (Salina
2002). Berbalik kepada kemahiran komputer di kalangan guru, kajian
mendapati masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan
komputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat
digunakan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini akan
menyebabkan mereka kurang yakin atau tidak bersedia untuk
melaksanakan dasar baru tersebut. Dan yang lebih menimbulkan
masalah ialah tidak semua sekolah terutama sekolah-sekolah di
pedalaman mempunyai prasarana yang benar-benar lengkap seperti
komputer dan peralatan ICT. Ini akan menyebabkan pelaksanaan
inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedah
utama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer dan
prasarana ICT.

Perspektif Linguistik
Bahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Bahasa bukan
terhad kepada sistem dan strukturnya sahaja. Melalui bahasa kita
mampu meneroka alam pemikiran masyarakatnya. Itu yang dipanggil
sebagai ‘pandangan dunia’ atau world-view. Setiap bangsa mempunyai
cara pemikiran yang tersendiri yang diwarnai oleh bahasa dan budaya
setempat. Ini selari dengan pendapat Sapir-Whorf yang mengatakan
dengan menggunakan bahasa yang berbeza-beza masing-masing
penuturnya mengalami realiti yang berbeza-beza. Hal ini demikian
kerana tiap-tiap bahasa, melalui perbendaharaan kata dan hukum-
hukum nahunya telah menentukan cara pengguna bahasa-bahasa itu
seharusnya memahami dunianya. Oleh hal yang demikian, dua orang
penutur bahasa yang berlainan akan menyaksikan alam yang satu ini
sebagai dua manusia yang berlainan dan memahami alam secara yang
berlainan pula.
Menurut Abdullah Hassan (2002), setiap bangsa memiliki minda asli
masing-masing tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila minda
itu dikuasai oleh bahasa asing. Bangsa Melayu mempunyai minda asli
tetapi hilang apabila minda Melayu itu dikuasai oleh bahasa Inggeris.
Ini yang dikatakan sebagai minda tawanan. Minda tawanan tidak

100
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

berupaya mencipta, maka oleh itu, akan hanya menjadi konsumer
sahaja kepada produk-produk mental dan fizikal keluaran minda asal.
Satu lagi pendekatan yang biasa diguna untuk melihat bahasa dan
masyarakat ialah ilmu sosiolinguistik. Sosiolinguistik selalunya melihat
fenomena bahasa dan masyarakat. Antara apa yang menjadi bahan
kajian ialah bilingualisme, perancangan bahasa dan sebagainya.
Kekeliruan kerap kali muncul di kalangan puak yang menilai pejuang
bahasa. Tidak ada teori yang mengatakan menguasai lebih dari satu
bahasa itu tidak baik. Malah kita digalakkan menjadi poliglot iaitu
orang yang boleh berbahasa banyak bahasa. Kerana dengan ini kita
akan lebih terdedah dengan ilmu-ilmu yang ditulis dalam bahasa
tersebut. Tetapi pejuang bahasa selalu disalah mengertikan apabila
menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah. Men-
daulatkan bahasa kebangsaan dengan mengamalkan sikap dwibahasa
adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Menentang
penggunaan BI sebagai bahasa penghantar bukan bermakna menentang
pembelajaran bahasa kedua. Perlu diingat bahawa bahasa penghantar
dan bahasa ilmu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.
Kekeliruan inilah yang harus ditangani. Ahli sosiolinguistik seharusnya
dapat membantu menjelaskan fenomena ini.
Satu lagi teori yang boleh membantu melihat peranan bahasa ialah
ilmu semantik dan pragmatik. Teori relevans yang merupakan salah
satu teori dalam semantik dan pragmatik telah memperlihatkan
hubungan di antara komunikasi dan kognitif. Teori ini cuba
menjelaskan hubungan yang erat di antara peranan minda manusia
dengan cara kita berkomunikasi. Segala apa yang dikomunikasikan
akan diproses dan ditafsir sebelum makna sebenar ditemui. Teori ini
berlandaskan kepada prinsip dengan dua andaian:

Prinsip Utama Relevans:
Andaian Asas: Kognisi manusia berorientasikan relevan. Pendengar
selalunya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan
dengan dirinya.
Kesannya: Dengan meminta perhatian, penutur akan mencipta
segala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik adalah
interpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini.
Teori ini seterusnya dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks,
kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Maklumat yang
terbaik ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang tinggi
dengan sedikit usaha memproses maklumatnya.
Manusia menggunakan akal untuk mentafsir apa yang didengar
hatta apa yang hendak dikomunikasikan. Manusia bukan sahaja
mampu berkomunikasi secara harfiah tetapi juga menaakul dan

101
Mengapa Kami Bantah!

membuat inferens kepada apa yang dilihat atau didengar. Buktinya
lampu merah di jalan raya berjaya membuat manusia berhenti walau
pun tidak pernah dinyatakan secara bertulis. Ini yang dikatakan
membuat inferens dari lambang-lambang. Apa yang ada di persekitaran
kita akan membantu kita membentuk dan membina konteks. Apa yang
kita lalui akan menjadikan satu pengalaman yang berharga dan
menjadi sebahagian daripada pembentukan konteks dan kesan konteks
apabila kita mula berbicara. Kesemua ini akan membentuk persekitaran
kognitif kita dan sekaligus membantu menghasilkan ujaran yang
bermanifestasi iatu ujaran yang jelas dan nyta. Hanya ujaran yang
bermanifestasi dan dapat dilentur mengikut persekitaran kognitif
membantu menjadikan ujaran itu ujaran yang relevan.
Teori ini menganjurkan konsep kerelevanan bukan kebenaran.
Buktinya keupayaan heuristik manusia dalam membuat anggaran
acapkali diguna pakai. Contohnya, jika seseorang menanyakan berapa
jauhkah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu? Jawapan yang
bakal diterima ialah 4 jam meskipun kita boleh sampai ke Johor Bharu
dalam masa 3 jam 55 minit atau 4 jam 13 minit. Ini yang dikatakan
anggaran yang mengikut teori relevans tidak salah dari segi pentafsiran
makna. Dengan memberikan jawapan anggaran seumpama itu jawapan
itu dianggap relevan dan bukannya benar. Tetapi dengan anggaran
tersebut, ia akan membantu pendengar merancang perjalanannya dan
memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin.
Selain daripada itu teori ini juga menekankan konsep usaha
memproses maklumat (processing effort). Usaha memproses maklumat
ini ada kaitannya dengan jumlah masa yang diambil untuk mentafsir
makna. Lebih sedikit masa digunakan maka lebih relevanlah sesuatu
maklumat itu. Ini bermakna mana-mana maklumat yang sukar dan
memerlukan masa yang lama adalah merupakan maklumat yang
kurang baik untuk diketengahkan. Malah risiko kesalahfahaman akan
berlaku dan secara tidak langsung ketergendalaan komunikasi akan
berlaku. Ini jelas berlaku apabila berlaku salah padanan di antara
maklumat yang dibekal dengan konteks si pendengar.
Apa kaitannya teori ini dengan bahasa. Dua bahasa yang tidak sama
akan mempunyai lenggok dan gaya bahasa yang tidak sama. Tambahan
pula bahasa itu bukan bahasa serumpun dan sangat jarang digunakan.
Ketidaksepadanan ini akan mengundang masalah pentafsiran makna.
Dalam kes ini BI menjadi contoh yang paling baik. BI adalah bahasa
kedua. Penggunaannya adalah terhad di dalam kelas (dalam konteks
pendidikan). Selain daripada mempunyai struktur yang jauh berbeza
dengan bahasa Melayu, konteks dan budaya pemikiran penuturnya
adalah jauh berbeza dengan bahasa pertama. Mungkin apa yang
mampu dipelajari adalah makna asas yang tidak memerlukan struktur

102
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

bahasanya yang lebih rumit. Tetapi jika dibandingkan dengan bahasa
pertama ternyata bahasa pertama akan mampu membantu penutur/
pelajar mengungkap apa yang difahami dengan lebih berkesan.
Masalah ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan S&M dalam BI.
Masalah ketergendalaan komunikasi pasti berlaku. Ini sekaligus
memberi kesan yang amat buruk kepada pembelajaran S&M.

Rumusan Perspektif
Dari perbincangan di atas ternyata perspektif pendidikan dan linguistik
lebih selari. Kedua-dua berkongsi pemahaman mengenai kognitif
manusia. Hall (1996) dan Wood (2002) berpendapat mempelajari
sesuatu ilmu dengan menggunakan bahasa yang kedua akan
mengambil masa yang lama iaitu 5-7 tahun dan ini sudah tentu akan
menjadi penghalang utama kepada pelajar untuk menimba ilmu. Ini
sejajar juga dengan teori relevans yang menekankan gagasan usaha
memproses maklumat sebagai salah satu konsep penting untuk
mentafsir maklumat. Jika ini diabaikan, ia tidak akan memberikan
pulangan yang berbaloi kepada pendengar sendiri.
Berlainan pula dengan perspektif politik. Pertimbangan ilmiah yang
sepatutnya menjadi tonggak utama nampaknya tidak terserlah di sini.
Kegopohan dalam mengimplimentasikan dasar baru iaitu dalam
tempoh enam bulan telah banyak menimbulkan tanda tanya. Apakah
motif pihak Kementerian menukar dasar ini sedangkan hala tujunya
tidak mantap dan jelas. Jika alasan kurang mahir berbahasa Inggeris
menyebabkan kadar pengangguran tinggi, maka alasan ini dianggap
begitu longgar dan tidak munasabah. Apa yang lebih mencurigakan
ialah mereka yang menentang dasr baru ini walaupun bersandarkan
dengan alasan ilmiah akan dikenakan tahanan ISA!
Demi memberikan gambaran yang lebih adil kepada konflik ini, satu
kajian telah dijalankan terhadap pelajar dan guru dan penerimaan
mereka terhadap dasar baru ini. Kementerian yang dianggap sebagai
yang berkuasa dan pelajar dan guru yang dianggap sebagai pinggiran
adalah golongan yang tertekan dalam konflik ini. Sekali lagi muncullah
perbezaan di antara dua darjat.

Dapatan Kajian
Satu kajian sikap telah dilakukan di enam buah sekolah di kawasan
tengah dan selatan tanah air. Guru dan pelajar diambil sebagai
responden memandangkan merekalah orang yang terlibat secara
langsung dengan dasar baru ini. Seramai 971 orang pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera terlibat dalam kajian ini. Mereka juga dari
kedua-dua aliran iaitu kebangsaan dan jenis kebangsaan yang
berlokasikan Bandar dan luar Bandar. Manakala seramai 43 orang guru
telah menjadi responden dari sekolah Bandar dan luar Bandar,

103
Mengapa Kami Bantah!

berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun dan berumur melebihi 25
tahun.
Daripada soal selidik yang dikemukakan pada guru, berikut adalah
dapatan kajiannya:

TIDAK
NO SETUJU
JENIS SOALAN SETUJU
SOALAN (S) %
(TS) %
S1 Pelajar makin minat S&M dalam BI 4 96
S2 Pelajar saya tidak ada masalah 2 98
fahami S&M dlm BI
S3 Keputusan peperiksaan pelajar saya
sangat membanggakan dlm S&M 6 94
yang diajar dlm BI
S4 Ilmu S&M mampu disampaikan dlm 81 19
BM
S5 Pencapaian S&M lbh baik jika diajar 72 28
dlm BM
S6 Pelajar lbh menumpukan perhatian
pada subjek jika diajar dlm BM 79 21
S7 Semua subjek disampaikan dlm BI 17 83
S8 BI menggantikan BM sbg bahasa 2 98
Kebangsaan

Dari soal selidik yang dikemukakan ternyata pendapat guru adalah
konsisten meskipun data dikutip daripada pelbagai sekolah dengan
pelbagai angkubah sosialnya seperti Bandar dan luar Bandar,
pengalaman mengajar dan umur. Jawapan guru sebagai penilai utama
kepada kemampuan pelajar harus diberikan perhatian. Soalan yang
mudah ditanya mengenai prestasi pelajar jelas menunjukkan yang guru
mempunyai pandangan yang harus dihormati. 96% guru tidak
bersetuju apabila ditanya sama ada minat pelajar meningkat kepada
S&M sejak diajar dalam BI. 98%pula mengatakan pelajar mereka
menghadapi masalah dalam memahami S&M dalam BI. 94% guru tidak
bersetuju apabila dikatakan yang pelajar mereka mendapat keputusan
yang membanggakan dalam peperiksaan S&M. Malah hanya seorang
sahaja pelajar yang mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sains di
sebuah sekolah di selatan tanahair dalam peperiksaan semester 1
daripada 18 kelas tingkatan 1.
Guru lebih yakin dengan kemampuan BM sebagai bahasa
penghantar. Seramai 81% guru mahu S&M diajar dalam BM. 72% pula
guru mengatakan pencapaian murid adalah lebih baik jika diajar dalam

104
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

S&M dalam BM. Dan apa yang penting ialah 79% guru berpendapat
pelajar lebih dapat menumpukan perhatian ajika subjek itu diajar dalam
BM.
Apakah penjelasan yang boleh dibuat dari perangkaan di atas.
Perangkaan di atas memaparkan betapa aspek kognitif amat ber-
peranan dalam memastikan pelajar dapat memahami ilmu jika
disampaikan dalam bahasa ibunda. Kekangan kepada pencapaian yang
baik ialah taraf pemahaman mereka terhadap ilmu itu sendiri. Bahasa
kedua yang tiba-tiba digunakan kepada pelajar telah memberikan
kejutan kepada pelajar dan sekaligus memberi impak yang besar pada
prestasi mereka. Peratusan yang dipaparkan membuktikan pelajar gagal
memahami bahasa penghantar dan sekaligus gagal memahami ilmu itu
sendiri. Pelajar tingkatan satu yang menjadi responden, pernah
mendapat gred ‘A’ dalam UPSR bagi subjek sains gagal menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1. Hal ini
mungkin tidak akan terjadi jika BM kekal sebagai bahasa peng-
hantarnya.
Berikut pula adalah dapatan kajian bagi diri pelajar pula.

NO SETUJU TIDAK
JENIS SOALAN
SOALAN (S) % SETUJU (TS) %
S1 Belajar S&M dlm BI tidak 25 75
mendatangkan masalah
pemahaman.
S2 BM mampu menyampaikan 77 23
ilmu S&M dgn berkesan.
S3 Saya bertambah minat jika 71 30
S&M diajar dlm BM
S4 Saya blh mendapat 70 30
kejayaan cemerlang jika
S&M diajar dlm BM
S5 Saya bangga jika dapat jadi 55 45
ahli saintis berbahasa
Melayu di peringkat
antarabangsa
S6 Semua pelajaran mesti guna 16 84
BI

S7 BI menggantikan Bahasa 13 87
Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan

105
Mengapa Kami Bantah!

Pelajar yang dianggap sebagai penerima beban utama hasil dari dasar
ini perlu juga diberi perhatian. 75% berpendapat S&M dalam BI telah
memberikan masalah pemahaman kepada mereka. 77% pelajar
berpendapat mereka yakin S&M boleh disampaikan dalam BM dengan
berkesan. 71% pelajar pula mengatakan mereka akan bertambah minat
jika S&M diajar dalam BM. Sementara 70% pelajar pula bersetuju yang
mereka boleh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dalam BM.
Pelajar sebagai pendengar kepada ilmu yang disampaikan oleh
penutur iaitu guru sendiri berpendapat bahasa pertama adalah jauh
lebih baik dibanding dengan bahasa kedua. Ini sekali lagi selari dengan
teori kognitif yang dijelaskan di bahagian awal kertas. Bahasa ibunda
adalah merupakan alat yang terpenting bagi penuturnya melahirkan
perasaan dan mengungkapkan emosi mereka. Semua perbendaharaan
kata yang tersimpan di memori mereka akan menjadi pemangkin
kepada kreativiti mereka. Ini dapat dikaitkan dengan faktor minda
tertawan. Minda yang bebas iaitu bebas berkreatif akan mampu
menghasilkan ciptaan-ciptaan yang baik. Ini ditegaskan oleh Prof. Yusof
Othman, saintis dari UKM. Beliau mengatakan:
“untuk membangunkan sains dalam budaya di Malaysia dengan
budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sains
itu sendiri perlu menggunakan bahasa tersebut. Bahasa, budaya
dan pencapaian sains dan teknologi tidak boleh dipaisahkan
daripada sistem nilai, dan dalam masa yang sama budaya tidaklah
boleh dipersempitkan ruang lingkup had dalam beberapa bidang
seni. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak boleh
dibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengan
kata lain, kita perlu membangunkan sains dan teknologi dalam
acuan kita, dengan menggunakan bahasa kita, dan dengan budaya
dan cita rasa kita”.
Demi menghasilkan saintis yang berwibawa dengan minda kreatif,
sudah tentu bahasa pertama/ibunda akan menjadi wadah yang terbaik.
Usaha memproses maklumat menjadi rendah. Bahasa ilmu yang
diperoleh mempunyai unsur manifestasi yang mempunyai ciri yang
jelas dan nyata. Dengan cara ini pelajar akan menjadi lebih yakin dan
selesa dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.
Realiti, Cabaran dan Harapan
Dari paparan data di atas jelas menunjukkan ada keselarian di antara
pelajar, guru, perspektif pendidikan dan linguistik. Paparan data itu
juga mensahihkan pendapat-pendapat ilmiah yang dibincangkan. Ini
bermakna berlaku konflik di antara pemerintah yang mewakili
perspektif politik dengan yang lain. Ini juga bermakna apa yang
berlaku ialah arahan yang dikeluarkan bertentangan dengan fenomena
sebenar. Kementerian di satu pihak tetap mengatakan dasar baru

106
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

mereka ini berjaya. Ini dibuktikan dengan kenyataan Menteri
Pendidikan yang menyatakan bahawa ‘prestasi pelajar sekolah
meningkat dalam mata pelajaran S&M sejak diajar dalam BI. Ekoran
daripada itu Perdana Menteri mahu pengajaran ini diteruskan pada
tahun-tahun berikutnya’ (Mingguan Malaysia – 7 September 2003).
Pergeseran dapatan kajian telah menimbulkan konflik. Ini yang
dikatakan perbezaan di antara dua darjat.
Nyatanya walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihak
pinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahan
meskipun yang bakal menerima kesan yang buruk itu ialah pihak
pinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terus
memberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang menarik
yang tidak harus dilupakan ialah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar S&M
dalam BI malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka.
Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarang
masalah untuk memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka
penularan kepada BI adalah satu arahan yang tidak perlu diikuti
(Mingguan Malaysia – 7 September 2003).
Cabaran yang wujud sekarang ialah kita harus mengakui realiti
duduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat Persatuan
Dong Zong maka Kementerian sebagai tuan yang empunya kuasa
harus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yang
menggunakan bahasa kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarang
masalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjalan selama 20 tahun
menyaksikan prestasi yang baik dan bukti unggul yang dapat
ditunjukkan ialah UKM sendiri. Malah mereka yang menduduki DPK
telahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatan
profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis.
Apa yang diharapkan satu penilaian semula dilakukan pada dasar
baru ini sebelum terlambat. Alasan pengangguran kerana kurang
mahirnya graduan berbahasa Inggeris harus diteliti semula. Yang
nyatanya pedagogi pendidikan Inggeris yang harus disemak semula.
Pelajar Malaysia yang mempelajari BI selama 11 tahun seharusnya
sudah fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan negara Jerman
contohnya yang hanya memulakan pengajaran BI di sekolah pada umur
10 tahun. Apa yang tidak kena di sini ialah cara pengajaran BI. Noreiny
Maarof et al. (2003) dalm kajiannya mendapati penguasaan BI pelajar di
luar Bandar masih lemah. Antara hasil dapatannya ialah pedagogi BI
menuntut keperluan membangunkan strategi pengajaran yang me-
motivasikan pelajar di samping mewujudkan suasana yang kondusif
untuk penggunaan BI.

107
Mengapa Kami Bantah!

Bahasa dan Kesatubangsaan
Bahasa adalah alat penting untuk menyatukan bangsa. Tambahan pula
negara majmuk seperti di Malaysia. Gerakan menyatupadukan rakyat
melalui satu bahasa kebangsaan mempunyai sejarah yang amat
panjang. Ia bermula dari tahun 1957 lagi dengan Penyata Razak. Pihak
berkuasa merasakan satu dasar yang sama sahaja yang akan dapat
memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dapat
dicapai. Penyata Razak antara menegaskan:
“it is hoped that this concerted use of the National Language … will
inculcate in all citizens the habit of using it regularly. It is only in this
way that they will feel they belong to this country, and that the National
Language is a real living force that binds them together”
Masalah kesatubangsaan yang cuba ditangani melalui bahasa sendiri
turut dialami oleh Amerika Syarikat. Amerika sendiri mempunyai
ramai kaum minority yang menetap di negaranya. Kaum minority ini
pula berbagai jenis kaumnya. Maka pihak berkuasa Amerika merasakan
peri pentingnya peranan bahasa Inggeris dalam soal kesetiaan, ke-
peribadian dan keselamatan negara semasa mereka membina negara
bangsa dahulu. Buktinya digubal satu dasar bahasa di Amerika
Syarikat:
“Americanism, they argue, loses something in the translation, while
English offers the only key to the nation’s democracy, history and culture.
Language thus becomes a literal shibboleth of nationality, a badge of true
Americanism, and anything less than fluency in English - aforeign
accent, let alone the maintainence of a minority tongue – is perceived to
threaten national security and subvert the national ideal”
(Dennis Baron; 1990).
Nyatanya bahasa boleh menjadi alat penyatu kaum. Jika Amerika
mempunyai bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, maka BI lah yang
menjadi bahasa kebangsaannya. Begitu juga dengan Malaysia. Bahasa
Melayu adalah bahasa ibunda, maka BM lah yang semestinya menjadi
bahasa kebangsaan dan seteusnya bahasa penghantar di sekolah
sebagaimana amalan kita sejak 20 tahun yang lalu.
Alasan BI lebih dapat membantu manusia Malaysia menjadi saintis
lebih cepat harus difikirkan semula. Pengalaman Jepun, Korea, Jerman,
Italy yang mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa penyatupadu
dan bahasa penghantar di sekolah telah berjaya membuktikan tiada
cacat celanya menggunakan bahasa ibunda sendiri. Di samping itu BI
sebagai bahasa antarabangsa mesti terus dipelajari agar rakyat menjadi
dwibahasa dan mendapat manfaat daripada kelebihan itu.

108
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Kita seharusnya dapat berfikir jauh kesan daripada dasar baru itu
jika pihak berkuasa masih kekal dengan pendirian mereka. Abdullah
Hassan (2002) menegaskan apabila bahasa asing berjaya masuk ke
dalam benak kita, dua perkara yang akan berlaku. Pertama kebocoran
bendung budaya dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaan
diri sendiri. Kebocoran bendung budaya akan menyebabkan kita
merasa kagum dengan budaya barat. Manakala kesan kedua lebih berat
lagi padahnya. Kita sebagai golongan terpelajar bekas tanah jajahan
tidak yakin dengan keupayaan mencipta produk-produk intelektual
sendiri. Kita hanya berpuas hati sebagai agen yang menterjemahkan,
mengajarkan, mempopularkan dan menerapkan sahaja produk-produk
intelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya. Jikalau sekali sekala ada
yang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakan-
rakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produk-
produk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap ber-
autoriti.
Ketidakyakinan diri ini sebenarnya tidak akan memberi impak
positif kepada penyatubangsaan. Selagi kita akan terus menjadi
pengkagum barat maka selagi itulah BM akan gagal berfungsi sebagai
bahasa penyatu. Alasan global yang sering diketengahkan sebenarnya
bukanlah alasan jitu untuk kita kembali kepada bahasa penjajah.
Hassan Ahmad (2002) menegaskan bahawa dunia lain juga melakukan
pembaharuan dan proses kemajuan dalam bidang yang sama tetapi
penggubal dan perancang dasar di situ tidak berkata:
“mari kita gantikan bahasa kita dengan bahasa orang lain,
bahasa Inggeris, untuk kita mencapai kemajuan dalam
bidang itu di dalam negara sendiri”. Hanya negara ayat
bangsa yang keliru budaya atau bangsa yang mindanya
masih tidak terlepas daripada acuan atau peraturan
penjajahan sahajalah yang selalu berfikiran demikian –
tetapi mereka tidak menyedarinya”.
Hassan Ahmad seterusnya menambah:
“untuk memajukan bangsa sendiri dan negara sendiri di
dalam ruang budaya, sosial, dan politik di negara ini –
bukan di negara orang lain, bukan di England, atau di
Amerika Syarikat atau di ruang global yang tidak
diketahui di mana sempadannya – alat yang paling sesuai
ialah bahasa kita sendiri”.

109
Mengapa Kami Bantah!

Peratus
Peratus Mata Pelajaran
Mata Pelajaran SPM
SPM Berbahasa Melayu
dan berbahasa Inggeris
Berbahasa Melayu dan Berbahasa
Inggeris

29% Mata Pelajaran
Mata Pelajaran
29% Berbahasa
Berbahasa
Melayu
Melayu
Mata
Mata Pelajaran
Pelajaran
Berbahasa
Berbahasa
71%
71%
Inggeris
Inggeris

(Sumber: Kamal Shukri: 2002)
Sebenarnya impak yang paling besar terkesan daripada penerapan
dasar baru dan seterusnya memberikan masalah kepada ke-
satubangsaan ialah apabila sistem pendidikan berundur ke system
zaman penjajah. Rajah di sebelah dapat membuktikan kemerosotan
penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan dan penyatu bangsa
dipinggirkan.
Pelaksanaan S&M dalam BI akan memberi kesan pada masa jangka
panjang. Carta di atas menunjukkan mata pelajaran yang menggunakan
BM hanya tinggal 29% sahaja. Ini adalah kerana aliran sains akan
didominasi oleh mata pelajaran seperti fiziks, kimia, biologi, matematik
moden dan matematik tambahan. Ini menjadikan jumlah peratusnya
meningkat jauh meninggalkan mata pelajaran BM. Kesan ini berterusan
untuk pengajian di peringkat tinggi iaitu di matrikulasi dan tingkatan 6.
Ini adalah kerana pelajar-pelajar ini akan menyambung pengajian
mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Peratus untuk subjek BM terus merosot dari 29% ke 20% sahaja. Ini
adalah kerana di peringkat ini mata pelajaran telah mula mengkhusus
kepada aliran yang dijurusi. BM yang dianggap sebagai bahasa
perpaduan makin menyempit peranannya sebagai bahasa penyatu.
Implikasi seterusnya, adakah pelajar yang lemah BInya dapat
mengikuti ilmu ini dengan berkesan. Carta di bawah menunjukkan

110
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

peratus bahasa yang bakal digunakan di peringkat tingkatan enam
aliran sains dan matrikulasi.

Peratus Mata Pelajaran SPM Berbahasa Melayu
dan berbahasa Inggeris Tingkatan 6 Sains dan
Matrikulasi

Mata Pelajaran
20%
20% Bahasa Melayu

Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris

80%
80%

Sumber: Kamal Shukri: 2002)

Penyempitan bahasa ilmu S&M tidak berhenti di sini malah akan
berterusan di peringkat universiti bagi aliran sains. Ini termasuklah
pengajian sains dan teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan dan
banyak lagi pengajian yang berteraskan sains.

Peratus Kursus Berbahasa Melayu dan
Berbahasa Inggeris yang Ditawarkan di
Universiti

9% Mata Pelajaran
Berbahasa
Melayu

Mata Pelajaran
Berbahasa
91%
Inggeris

(Sumber: Kamal Shukri: 2002

111
Mengapa Kami Bantah!

Carta di atas dengan jelas menunjukkan penggunaan BM hanya tinggal
9% sahaja. Ini jauh terpesong dari matlamat pengajian hari ini di mana
BM menjadi bahasa penghantar di semua institusi pendidikan milik
kerajaan termasuk sekolah, pusat matrikulasi dan universiti awam.
Adakah ini satu langkah yang wajar dilakukan memandangkan alasan
ilmiah yang kukuh telah menampakkan kesan negatif dari pelaksanaan
dasar baru ini.
Kesan yang mungkin kita terlupa ialah pada pelajar tingkatan satu
yang kini terlibat dengan dasar baru ini. Dari semakan yang dilakukan
terhadap buku teks sekolah menengah iaitu buku ‘Eksplorasi Sains
Ting.1’ berlaku pengurangan isi kandungan kurikulumnya. Ini dapat
dilihat dari buku sains BM dengan BI. Pengurangan ini mungkin
berpunca dari kekhuatiran yang sememangnya ada di hati pihak
berkuasa. Mereka tahu yang pelajar dan guru akan menghadapi
masalah dengan BI lalu mereka mengurangkan isi kandungan
kurikulum yang patut diajar. Ini merupakan satu kerugian besar
kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Ini belum dikira lagi dengan
ketiadaan guru-guru S&M yang terpaksa berkursus kemahiran BI. Ini
menyebabkan kelas S&M terabai kerana ketiadaan guru.
Demi menampung kekurangan guru S&M dalam BI, maka graduan
S&M sangat laris di pasaran pendidikan. Mereka diterima masuk dan
dilatih bagi mencukupkan guru dari aliran-aliran lain. Ini secara tidak
langsung menutup peluang graduan-graduan bukan sains untuk
diterima masuk ke profesion perguruan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan
panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru
dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya memberi kesan
yang amat mengerikan pada pembinaan jati diri dan kesatubangsaan.
Pengalaman 13 Mei sepatutnya dikenang sehingga hari ini kian di-
lupakan. Pengunduran balik kepada dasar pendidikan zaman penjajah
sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku
satu ketika dulu.
Mungkin ada orang berkata BI itu maha penting dan harus meng-
gantikan BM. Orang itu harus bertanya kembali kepada dirinya adakah
dia hanya memikirkan kepompong dirinya sahaja atau pernahkah
orang itu bertanyakan dalam konteks yang lebih luas. Apa yang kita
mahu pelajar luar Bandar menikmati kualiti ilmu yang setara dengan
pelajar Bandar yang ternyatanya memang tidak berlaku. Adalah lebih
baik jika kita mengamalkan ‘BM bahasa dijunjung dan BI bahasa
dikendung bagi memastikan apa yang dikejar dapat dan yang
dikendong terselamat’.

112
10
Bahasa Melayu akan Pupus

Kamal Shukri Abdullah Sani
Timbalan Presiden,
Persatuan Linguistik Malaysia,

Pengenalan
Kita perlu mempertahankan perkara-perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan tersebut khususnya Perkara 152, iaitu tentang penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dan bukannya
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 152 tersebut.
Apabila isu penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains dan
matematik diperkatakan, ada beberapa perkara yang sengaja disebut
bagi menimbulkan kekeliruan, iaitu:
1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kita.
2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan
memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar.
3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris.
4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik
sahaja.
5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa dalam proses globalisasi kini.
6. Tanpa Bahasa Inggeris Kita tidak boleh maju. Banyak negara
sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris,
termasuklah negara Jepun, China dan Korea.
7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan
teknologi diajar dalam bahasa Inggeris.
Mengapa Kami Bantah!

Soalan-soalan di atas dijawab seperti berikut. Semoga apa yang
dikelirukan tidak menjadi masalah berpanjangan.

1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri
kita
Belajar bahasa Inggeris malah bahasa apa sekalipun amat berfaedah
dan tidak menjejaskan jati diri kita atau mana-mana bangsa. Tetapi
janganlah terhad kepada bahasa Inggeris sahaja, malah jika mampu
kuasailah juga bahasa ”antarabangsa” yang lain seperti Mandarin,
Jepun, Arab, Jerman, Korea, Rusia dan lain-lain. Malah bahasa
Mandarin misalnya bukan sahaja merupakan bahasa yang paling
banyak penutur jatinya tetapi juga bahasa bagi bilangan penutur yang
kedua banyaknya di negara kita. Dengan munculnya negara China
sebagai ”naga” ekonomi dalam era baru ini, keperluan untuk
menguasai bahasa Mandarin pastinya meningkat dengan faedah yang
besar sekali. Tentang penguasaan bahasa Inggeris tidak ada sesiapa pun
yang bercanggah tentang hal ini. Kita akui bahasa Inggeris penting
khususnya di negara kita. Suka atau tidak kita mesti dan perlu
menguasainya. Bagi tujuan tersebut, secara langsung atau tidak
langsung dalam sistem pendidikan kita telah menetapkan bahasa
Inggeris sebagai ”bahasa kedua” terpenting selepas bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu, malah sebagai ”bahasa asing” yang paling
penting. Ini sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bahawa
kepentingannya tidak diabaikan oleh pemerintah dan kita semua
walaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan. Tidak
ada sesiapa seharusnya dibenarkan menentang pengajaran bahasa
Inggeris tersebut atas apa alasan sekalipun, misalnya atas alasan bahasa
Inggeris merupakan bahasa penjajah. Cumanya sejauh mana berkesan
pengajaran dan penguasaan bahasa Inggeris tersebut merupakan suatu
persoalan lain yang dapat dibincangkan dalam skopnya yang tersendiri.
Ruang, peluang, keizinan dan sebagainya telah diberi dan disediakan
secukupnya dalam sistem pendidikan negara kita dari peringkat
sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat universiti iaitu meliputi
tempoh masa sekurang-kurangnya dua-belas tahun, mata pelajaran
bahasa Inggeris terdapat dalam kurikulum yang telah dirancang.

2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris
akan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar
Sekali imbas kelihatan seolah-olah kenyataan tersebut benar.
Sebenarnya ini bercanggah dengan teori pembelajaran. Kita kononnya
akan cekap berbahasa Inggeris dengan mempelajari suatu mata
pelajaran lain, sedangkan kita sepatutnya mempelajari mata pelajaran
yang hendak kita kuasai itu. Hal ini kelihatan agak lucu kerana jika
penguasaan bahasa Inggeris kita lemah atau sebenarnya lemah

114
Bahasa Melayu akan Pupus

berdasarkan kenyataan yang tergambar pada setiap tahun apabila
keputusan peperiksaan awam diumumkan (seperti UPSR, PMR, SPM)
bagaimanakah pula dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam
bahasa Inggeris tersebut? Dapatkah kita menguasainya? Sebilangan
pelajar Melayu juga pada umumnya lemah dalam sains dan matematik,
sedangkan selama ini mereka mempelajarinya dalam bahasa Melayu.
Tentunya sesuatu yang aneh jika dikatakan mereka ini akan menguasai
sains dan matematik dengan mempelajarinya dalam bahasa yang lain
pula yang penguasaan mereka juga lebih lemah berbanding bahasa
Melayu.
Hanya segelintir pelajar sahaja yang mungkin akan dapat menguasai
sains dan matematik sekalipun dalam bahasa Inggeris. Adakah kita
bertujuan hanya untuk ”memandaikan” segelintir pelajar sahaja yang
mungkin daripada kumpulan elit dan berada, sedangkan sebilangan
besar yang lain kita abaikan? Tentunya tidak dan tidak sepatutnya hal
ini dibiarkan berlaku. Malangnya, kita mungkin terlupa akan kesan
negatif tersebut kerana terlalu ghairah dengan matlamat yang kabur
dan mengelirukan. Dan tidakkah kita sebenarnya memburukkan lagi
keadaan sedia ada? Ini bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan
oleh banyak cendekiawan bahawa ”lain yang luka lain yang dibebat”,
atau ”tiada beban batu digalas”. Jika kita hendak menguasai mata
pelajaran sejarah atau geografi misalnya, sejarah dan geografilah yang
utamanya yang perlu kita pelajari, beri perhatian dan tumpuan
daripada pelbagai aspek pengajaran seperti isi kandungan, kaedah,
bahan bantu dan sebagainya dan bukannya mata pelajaran lain seperti
matematik misalnya. Secara jujur tidak dinafikan mungkin kita akan
mendapat sedikit fakta atau maklumat tentang sejarah atau geografi
daripada pelajaran matematik, tetapi itu amat terhad, sekadar fakta
atau maklumat sahaja dan bukan ”ilmunya”. Perbandingan yang sama
dapat dibuat seperti berikut iaitu tidak mungkin seorang Jerman atau
Sepanyol itu akan cekap berbahasa Melayu dengan mempelajari sains
dan matematik dalam bahasa Melayu berbanding jika dia mempelajari
mata pelajaran bahasa Melayu itu sendiri.

3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
Terdapat juga pandangan bahawa istilah sains dan teknologi serta
bahan rujukan banyak didapati dalam bahasa Inggeris atau berbau
Inggeris. Justeru ”lebih baiklah” kita mempelajarinya terus dalam
bahasa Inggeris? Sebenarnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang
baru wujud. Istilah atau bahan rujukan tersebut sudah lama wujud
malah terus wujud semasa berlangsungnya Dasar Pendidikan
Kebangsaan selama kira-kira 30 tahun (1972 – 2002). Dianggarkan lebih
5.4 juta pelajar telah mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan dari

115
Mengapa Kami Bantah!

peringkat rendah hingga menengah dan sehingga ke peringkat ijazah
asas sekurang-kurangnya melalui bahasa penghantar bahasa Melayu
dan ribuan daripada mereka ini yang telah berjaya sehingga ke
peringkat sarjana, kedoktoran, menjadi profesional, jurutera, doktor,
saintis, teknokrat dan sebagainya malah yang turut melahirkan para
sarjana baru yang seterusnya sama ada melalui pengajian dalam negara
mahupun di luar negara. Inilah bukti kejayaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Melalui bahasa
Melayu kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh sejumlah besar
mereka selama ini. Sumbangan merekalah antara lain yang telah
menjadikan negara kita maju setidak-tidaknya seperti sekarang ini.
Tidakkah jelas lagi apa yang berlaku kini kita seolah-olah surut ke
belakang, menafikan kejayaan yang telah dikecapi berasaskan jati diri
dan acuan sendiri seperti yang dicanangkan apabila berbicara tentang
kemajuan negara yang dikehendaki. Kita nampaknya hanya men-
canangkan acuan sendiri dan jati diri tanpa memahami apakah yang
kita maksudkan dengan jati diri tersebut. Dahulunya kita beransur-
ansur menukar bahasa penghantar daripada bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu. Kini sebaliknya pula yang kita lakukan. Tidakkah sia-
sia sahaja usaha kita dahulu menulis, menterjemah dan menerbitkan
pelbagai istilah, kamus, buku dan rujukan dalam bahasa Melayu?
Jika bahasa Inggeris telah dikuasai, tidak menjadi masalah lagi sama
ada banyak buku rujukan atau semua buku rujukan adalah dalam
bahasa Inggeris. Yang perlu dikuasai sebenarnya ialah ”ilmu”. Bahasa
hanyalah sebagai alat atau wahana ke arah pemerolehan ilmu tersebut.
Penguasaan bahasa yang kukuh belum tentu menjadikan seseorang itu
berilmu tinggi. Seorang penganggur atau ”tukang sapu” di kota
London atau New York tetap seorang penganggur atau ”tukang sapu”
walaupun kemahirannya bahasa Inggerisnya ”mengalahkan” seorang
profesor di universiti negara ini (tanpa menafikan bahawa profesor di
sini tetap perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik). Kita perlu
”adil” di sini untuk meletakkan sesuatu itu pada tempat yang
sepatutnya seperti yang selalu dikatakan oleh Profesor Syed Naguib al-
Attas. Sekadar bermaklumat atau mempunyai fakta belum menentukan
bahawa kita berilmu. Istilah, kata dan sebagainya dapat dirujuk pada
kamus, tetapi ilmu akan lebih teresap melalui bahasa yang kita lebih
mahir seperti firman Tuhan yang bermaksud ”tidak Aku turunkan nabi
dan rasul melainkan daripada kaumnya sendiri agar mereka lebih
faham atau mengerti”. (surah Ibrahim: ayat 4).
Walaupun banyak istilah bersumberkan bahasa Inggeris atau bahasa
lain (dan hal ini berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasa
Inggeris), tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yang

116
Bahasa Melayu akan Pupus

dipertanggungjawabkan melalui pelbagai jawatankuasa istilah dan
bidang ilmu, telah membangunkan hampir sejuta istilah bagi ratusan
bidang ilmu sebagai rujukan dan kegunaan kita semua. Usaha tersebut
telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu serta pastinya terus
dilakukan. Segala usaha itu perlu dimanfaatkan dengan peng-
gunaannya khususnya dalam bidang pengajian. Malang sekali jika
usaha tersebut dihentikan, atau terpaksa dihentikan akibat tidak
digunakan lagi, atau segala yang telah diusahakan dibiarkan begitu
sahaja terperap dalam halaman kamus, buku dan sebagainya. Istilah,
kata, ilmu yang tidak digunakan akhirnya akan berkubur begitu sahaja.
Beberapa contoh dapat direnung seperti nasib yang telah menimpa
bahasa Latin, bahasa Inggeris tua atau Anglo Saxon, bahasa Hawai
yang telah ”mati” sedangkan pada suatu ketika pernah menjadi bahasa
pentadbiran dan bahasa ilmu.

4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan
matematik sahaja
Merujuk persoalan keempat iaitu pada awalnya dahulu dikatakan
bahawa melibatkan cuma dua mata pelajaran sahaja, jelas sekali
bahawa perkara tersebut tidak benar. Mata pelajaran sains dan
matematik di peringkat rendah akhirnya di peringkat menengah
menjadi mata pelajaran sains, sains tambahan, fizik, kimia, biologi,
matematik, matematik tambahan dan seterusnya meliputi mata
pelajaran yang bersekutu dengannya iaitu mata pelajaran teknik seperti
berpuluh-puluh mata pelajaran teknik, vokasional dan kejuruteraan. Di
peringkat universiti pula mata pelajaran sains dan matematik dan yang
bersekutu (berunsur sains dan teknologi) semakin bertambah lagi
jumlah mata pelajarannya di peringkat jabatan pengajian, fakulti dan
apabila dihitung dengan jumlah semua mata pelajaran tersebut bagi
semua jabatan, fakulti dan universiti awam apatah lagi swasta, mata
pelajaran yang telah berbahasa Inggeris mencapai ribuan jumlahnya
dan ini dianggarkan melebihi 90% mata pelajaran. Hanya tinggal kira-
kira 10% mata pelajaran sahaja berbahasa Melayu iaitu mata pelajaran
berunsur sastera, pengajian Melayu dan pengajian berkaitan agama
Islam. Keadaan ini samalah seperti yang berlaku dalam era awal
kemerdekaan dan pembangunan pengajian tinggi di negara ini.
Tegasnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi
telah hilang dan dihakis secara langsung dan tidak langsung akibat
penggunaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya terhad dan se-
benarnya ”dimampukan” untuk menyampaikan ilmu yang ”dianggap”
kurang penting atau ”biasa-biasa” sahaja. Siapakah yang meletakkan
nilai dan taraf keilmuan serta kemampuan bahasa Melayu serendah ini?
Bahasa Melayu itu sendirikah atau ketidaksedaran, kealpaan, ke-
tidakyakinan, rendah diri atau kebodohan bangsanya atau kesemua

117
Mengapa Kami Bantah!

faktor tersebut yang telah menyumbang sehingga tumbangnya bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi.

5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa dalam proses globalisasi kini
Bahasa Inggeris pada awalnya dahulu tidak diyakini untuk menjadi
bahasa ilmu di England berbanding bahasa Latin, bahasa Jerman juga
tidak diyakini untuk menjadi bahasa ilmu untuk membangun bangsa
Jerman berbanding bahasa Perancis, bangsa Jepun juga pada suatu
ketika dahulu sebelum era maharaja Meiji lebih meyakini bahasa
Jerman dan Rusia lebih mampu memberinya kemajuan berbanding
bahasa Jepun. Tetapi setelah bangsa-bangsa tersebut sedar dari mimpi
dan berjuang membangunkan kepustakaan bahasa sendiri akhirnya
pada hari ini kita melihat bangsa tersebut maju dengan bahasa, budaya
dan acuan serta jati diri mereka sendiri tanpa mengetepikan
penguasaan hal-hal lain termasuk bahasa lain. Mereka tidak menolak
akan penguasaan bahasa asing yang lain termasuk bahasa Inggeris.
Malah sebenarnya usaha dilakukan bagi menguasai beberapa bahasa
yang penting seperti bahasa Mandarin, Jerman, Rusia, Sepanyol,
Perancis, malah bahasa Melayu (Indonesia). Bahasa-bahasa tersebut
diajarkan di peringkat sekolah dan fakulti di universiti. Jelas
penumpuan mereka tidak terhad kepada bahasa Inggeris sahaja.
Walaupun disebut tentang globalisasi atau dunia tanpa sempadan
seperti pandangan yang diutarakan oleh Francis Fukuyama dan Kenichi
Ohmae, tetapi globalisasi juga sebenarnya menambahkan pengukuhan
dan keperluan bahawa kerana itulah juga identiti sesuatu negara atau
bangsa itu perlu dipertahankan daripada hanyut dibawa arus deras
globalisasi tersebut. Tanpa acuan sendiri dan jati diri yang kukuh,
sesuatu negara bangsa atau bangsa tersebut akan lenyap oleh unsur
luaran yang lebih berpengaruh. Generasi baru Jepun misalnya
dibimbangi kehilangan budaya dan jati diri akibat globalisasi tersebut.
Yang sebenarnya berlaku ialah proses ”amerikanisasi”. Bahasa dan
budaya merupakan unsur utama bagi maruah, jati diri dan acuan
sesuatu bangsa. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa walaupun
globalisasi dikatakan telah melanda dunia, pelbagai usaha dibuat oleh
negara-negara tertentu khususnya negara besar seperti Amerika
Syarikat dan Eropah. Pakatan atau blok-blok tertentu diwujudkan demi
menjaga kepentingan berkaitan keselamatan dan ekonomi mereka
misalnya melalui penggunaan mata wang khas dan syarat-syarat per-
dagangan yang lebih menguntungkan mereka. Jepun sendiri
mengenakan pelbagai sekatan misalnya bagi kemasukan beras dari
Amerika Syarikat yang tidak seberapa itu yang tetap dibimbangi
berupaya ”mengancam” para petani Jepun.

118
Bahasa Melayu akan Pupus

6. Tanpa bahasa Inggeris kita tidak boleh maju. Banyak negara
sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa
Inggeris, termasuklah negara Jepun, China dan Korea
Perlu juga diingatkan dan dinyatakan di sini bahawa walaupun semua
negara tersebut seperti China, Jerman, Perancis, Korea dan Jepun
memberi tumpuan kepada penguasaan bahasa asing khususnya bahasa
Inggeris oleh rakyatnya, tetapi mereka sekali-kali tidak mengubah
bahasa penghantar bagi mata pelajaran berunsur sains dan matematik
kepada bahasa Inggeris. Mereka sedar akan kepentingan menguasai
bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, tetapi hanyalah sebagai wahana
atau perhubungan antarabangsa dan bukannya sebagai bahasa budaya
bangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan bagi negara
mereka. Tamadun bangsa perlu dibangunkan atas acuan dan jati diri
sendiri sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh semua sejarah
tamadun besar dunia atau tamadun bangsa yang besar seperti tamadun
Yunani, Cina, India, Arab, Eropah dan lain-lain. Sehingga kini belum
ada tamadun bangsa di dunia yang dibangunkan dengan bahasa yang
berlainan daripada bangsa bertamadun tersebut. Kita seharusnya
menjadi bangsa pengeluar produk barangan dan ”ilmu”dan ”pencipta
ilmu” yang berinovasi dan kreatif, bukan sekadar ”bangsa pengguna”
atas tamadun bangsa lain. Kreativiti dan ketulenan lahir melalui
budaya dan penggunaan bahasa sendiri. Hal ini selalu ditegaskan
dengan bukti yang jelas oleh para ilmuwan negara kita khususnya oleh
Profesor Abdullah Hassan.

7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan
teknologi diajar dalam bahasa Inggeris
Ada juga pandangan yang dikemukakan dengan mengatakan bahawa
bahasa Melayu tetap dimartabatkan walaupun bahasa Inggeris di-
gunakan bagi mata pelajaran berunsur matematik, sains dan teknologi.
Pandangan ini juga sebenarnya jelas mengelirukan kita. Bahasa Melayu
belum dimartabatkan dalam erti yang sebenarnya jika hanya digunakan
sebagai bahasa perpaduan dan perhubungan, sekadar bahasa untuk
”sembang-sembang” sahaja dan apabila memasuki bilik-bilik darjah
atau dewan kuliah bahasa Melayu itu tidak berfungsi lagi, sedangkan
itulah peranannya yang paling utama dan bererti, sebagai bahasa
pengucapan ilmu, meliputi semua bidang ilmu termasuk sains dan
teknologi. Bagaimanakah mungkin bahasa Melayu khususnya sebagai
bahasa ilmu dikatakan terus bermartabat apabila daripada hampir 100%
mata pelajaran dalam bidang pendidikan meliputi bidang sastera, sains
dan teknologi dari peringkat sekolah hingga di universiti yang selama
kira-kira 30 tahun diajar dalam bahasa Melayu melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan, tiba-tiba cuma tinggal kira-kira 10% sahaja
bidang pengajiannya berbahasa Melayu?. Apatah lagi yang tinggal

119
Mengapa Kami Bantah!

berbahasa Melayu cuma bidang pengajian am, sastera dan bahasa
Melayu serta pengajian agama sahaja. Tidakkah sebenarnya sama ada
diakui atau tidak bahasa Melayu sebenarnya telah diturunkan
martabatnya dan dihadkan kemampuannya hanya sebagai bahasa
pengucapan sastera, agama dan bidang umum sahaja. Lantas yang
berlaku sebenarnya ialah bahasa Melayu hilang terus peranannya
dalam bidang sains dan teknologi, tidak berfungsi malah tidak mustahil
terus ”mati” kerana tidak ada keperluan lagi khususnya oleh
pensyarah, pelajar dan lain-lain untuk menggunakan bahasa Melayu
lagi sama ada kata, istilah, buku, rujukan dan sebagainya. Justeru kita
amat berharap sebarang perubahan atau pindaan yang dilakukan
berkaitan dengan peranan bahasa Melayu di negara ini benar-benar
memperkasakan dan menguntungkan serta memberi nafas ke arah
penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
bahasa sains dan teknologi kerana sains dan teknologi dalam era kini
dan akan datang mempengaruhi hampir seluruh kehidupan, kemajuan
dan pembangunan kita dan negara ini. Bahasa Melayu hanya akan
terus maju dan berkembang apabila digunakan seiring dengan usaha-
usaha tersebut. Jika ditinggalkan, tidak mustahil dalam masa yang
tidak terlalu lama kita akan melihat ”kehancurannya”. Kita tidak
sepatutnya melihat dan membiarkan ’hang nadim” dibunuh lagi atau
menyaksikan peristiwa ”maharaja dengan baju barunya” seperti dalam
cerita klasik atau cerita rakyat. Pengajaran daripada cerita klasik dan
cerita rakyat tersebut sepatutnya sentiasa terpahat pada setiap masa
dalam sanubari setiap daripada kita rakyat negara.
Kemajuan yang dicapai oleh bangsa Arab suatu ketika dahulu,
bangsa Eropah seperti Inggeris, Perancis dan Jerman, bangsa Cina,
bangsa Korea dan Jepun jelas membuktikan kemajuan bukanlah milik
mutlak mana-mana bangsa, bahasa atau negara tetapi milik semua
bangsa yang telah berusaha dan bukti di depan mata ialah mereka yang
berusaha melalui budaya, acuan, jati diri dan bahasa mereka sendiri.
Kita selalu menyebut acuan sendiri dan jati diri. Tetapi jarang sekali
kita memperihalkan apakah sebenarnya maksud acuan sendiri dan jati
diri tersebut. Adakah bahasa dan budaya Inggeris itulah acuan dan jati
diri kita, hanya disebabkan kita perlu menguasai bahasa itu?
Tidakkah dalam konteks negara kita Malaysia ini, bahasa Melayu
adalah antara aspek terpenting yang sepatutnya menjadi pengisian
utama bagi acuan dan jati diri itu selain budaya dan sebagainya? Inilah
jati diri dan acuan yang membezakan antara negara kita dengan negara
lainnya.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Sains dan Teknologi
Kita boleh mencetak berjuta-juta buku Perlembagaan yang
mendaulatkan bahasa Melayu, tetapi bagaimana dengan amalannya?

120
Bahasa Melayu akan Pupus

Amalanlah yang sebenarnya akan menentukan sejauh mana kita
mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kata-kata ini pernah
diucapkan oleh mantan Perdana Menteri sendiri semasa merasmikan
pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada tahun 1987 dahulu.
Justeru sebagai rakyat di bumi yang dikatakan “merdeka” ini dan
dengan amalan sistem demokrasinya, penulis memohon sedikit
perhatian khusus daripada semua pihak yang berkenaan dan pucuk
pimpinan negara ini, dengan segala pertimbangan berikut yang selaras
dengan pandangan para ilmuwan, ahli akademik, ahli bahasa dan
pejuang bahasa, agar mengkaji semula pelaksanaan pengajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dibuat “secara
tergesa-gesa” sebelum ini, tanpa mengambil kira pandangan banyak
dan terbuka, tetapi cuma mengambil pandangan “segelintir” sahaja
mereka yang “cetek fikiran bahasanya”, tidak sayang akan bahasa
sendiri, dan terlalu terpesona dengan bahasa Inggeris atau apa-apa
sahaja yang berbau Inggeris – sebab kalau sayang mengapa “disekat”
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains/matematik/
teknologi..??? (seperti yang pernah diingatkan oleh Abdullah Munsyi
pada abad ke-19 lagi, iaitu tidak ada bangsa lain di dunia yang sanggup
membuang bahasanya sendiri melainkan bangsa Melayu..,…kini
dibuangnya peranannya dalam bidang sains dan teknologi), maka demi
kepentingan anak kami dan bangsa dan bahasa Melayu seluruhnya,
pertimbangkanlah hal ini kerana:
Kerisauan kami (..sebenarnya termasuklah jutaan ibu-bapa yang
merupakan…petani, pekebun, buruh, pekerja kilang, peniaga runcit,
pekerja biasa kumpulan c, d dan pekerja am dll.) ribuan anak-anak
sekolah di seluruh negara, kecualilah segelintir ibu bapa yang anaknya
bersekolah di Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya,
Taman Melawati, Bangi, Ipoh, Johor Bahru dan beberapa bandar lagi,
dan kecualilah juga anak para profesor, pensyarah, guru, jurutera, ahli
korporat, tan sri-tan sri, datuk-datuk ..
Kerisauan akan nasib ratusan ribu anak kami dan anak-anak sekolah
yang sedang atau nantinya terpaksa belajar sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris, sedangkan kami langsung tidak dapat membantu anak
kami di rumah seperti sebelum ini, yang bolehlah juga menengok-
nengok sedikit latihan matematik dan sains mereka.
Peratus pelajar di sekolah yang lulus bahasa Inggeris UPSR, PMR
dan SPM dengan baik dan yang pandai berbahasa Inggeris setiap tahun
amat rendah khususnya di kampung-kampung..dan di hulu-
hulu…yang banyak anak-anak Melayu (tanpa menafikan memang
terdapat juga mereka yang baik). Bahasa Melayu pun banyak yang
gagal atau sekadar “cukup makan”... apatah lagi bahasa Inggeris!

121
Mengapa Kami Bantah!

Kalau dulu anak kami terkial-kial belajar bahasa Inggeris, tetapi bagi
mata pelajaran sains dan matematik tidaklah banyak masalah…kini
mereka terpaksa pula terkial-kial dalam 2 lagi mata pelajaran kerana
dipelajari dalam bahasa Inggeris. Alangkah baiknya jika mereka cuma
terkial-kial dalam satu pelajaran iaitu bahasa Inggeris sahaja (dan kita
bantu secukupnya), daripada menambah pula satu masalah menjadi 3
masalah. Kami tidak mahu jadi seperti kata pepatah Melayu “tak cukup
beban, batu digalas”.
Kerisauan akan bahasa ibunda kami, bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara ini bakal menemui kehancuran bagi bidang ilmu
sains, matematik dan teknologi (sebab mata pelajaran sains dan
matematik dan yang bersekutu dengannya bukan dua jumlahnya tetapi
berpuluh-puluh malah beratus-ratus dari peringkat rendah hingga ke
universiti). Bagaimana bahasa Melayu akan berkembang sepenuhnya
jika tidak digunakan sebagai penghantar ilmu atau dihadkan kepada
beberapa bidang ilmu tertentu sahaja? Kitalah yang telah ”membunuh
kemampuannya” dan bukannya bahasa itu yang tidak mampu mem-
bincangkan segala ilmu tersebut. Perkembangan bahasa Melayu perlu
seiring dengan perkembangan sains dan teknologi seperti terbukti
dalam sejarah tamadun besar di dunia ini.
Kami juga melihat setidak-tidaknya fakta kelulusan bahasa Inggeris
PMR seluruh negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2002 dan
2003 sahaja, seperti yang dilaporkan dalam akhbar harian, me-
nunjukkan kelemahan pelajar yang ketara dalam bahasa Inggeris.
Dalam kedua-dua tahun kelulusan bahasa Inggeris ialah kira-kira 69%.
Nampak macam peratus lulus agak besar iaitu kira-kira 70%. Tetapi
jumlah yang gagal bahasa Inggeris juga bukan sedikit iaitu 30 – 31%.
Dan jangan pula kita lupa iaitu yang lulus tadi pun termasuk yang
dapat 7 dan 8. Sepandai manakah bahasa Inggeris pelajar yang dapat
setakat 7 dan 8? (lulus tapi sangat lemah lulusnya). Kita andaikanlah
daripada 69 – 70% pelajar yang lulus bahasa Inggeris (iaitu yang
mendapat 1 hingga 8), 10% sahaja yang mendapat 8 dan 10% sahaja
yang mendapat 7. Ini sudah menjadi 20% dan ditambah dengan kira-
kira 30% yang gagal terus tadi, maka jumlah pelajar yang sangat lemah
bahasa Inggeris menjadi 50%.
Sebagai contoh…jika pelajar lemah dalam Sejarah..tentulah ada yang
“tidak kena” dengan pelajaran Sejarah…misalnya cara pengajaran guru,
kurang guna alat bantu, sikap pelajar sendiri terhadap Sejarah dll.
Tentunya kita tidak boleh salahkan guru Geografi atau guru mata
pelajaran lain. Ini samalah dengan kelemahan bahasa Inggeris.
Logiknya tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pengajaran
bahasa Inggeris itu sendiri..cara mengajar, bahan mengajar, kurikulum,
kandungan/isi, sikap negatif pelajar, dsbnya.

122
Bahasa Melayu akan Pupus

Takkanlah kita nak katakan pelajar lemah bahasa Inggeris (BI), sebab
mereka belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu (bahasa
Melayu pula yang “disalahkan” dan “dihukum”???). Ini nampaknya
seperti lagu “Bangau oh Bangau!”. Jika begini (senanglah nampak-
nya..dan “berehatlah” guru BI) tak perlulah “diperbaiki” apa-apa
tentang guru bahasa Inggeris, kemahirannya, alat/bahan yang
digunakan, cara/kaedah mengajar dsbnya.
Pelajar lemah bahasa Inggeris bukan kerana sikap negatif mereka
dan pengajaran, kaedah, cara, bahan, kandungan, kurikulum bahasa
Inggeris itu sendiri???….tetapi kerana bahasa Melayu digunakan untuk
mengajar sains dan matematik….??? ISUNYA IALAH BAHASA
INGGERIS, DAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS…JADI
MENGAPAKAH PULA SAINS DAN MATEMATIK YANG
“DIKACAU”??? Seperti Sejarah tadi…sejarahlah yang diteliti, janganlah
pula Geografi yang “dikacau”. Tambahan pula ada BAHASA LAIN
yang dapat dipelajari/dikuasai oleh pelajar kita (termasuk pelajar
Melayu) juga dalam tempoh yang singkat/tidak terlalu lama…seperti
bahasa Jepun, Jerman, Perancis, Arab dll.!. Sebagai contoh rasanya
belum pernah kita mendengar kenyataan yang tidak betul seperti
ini….pelajar Jepun lemah bahasa Inggeris sebab mereka belajar sains
dan matematik dalam bahasa Jepun, atau pelajar Finland lemah bahasa
Inggeris sebab mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa
Finnish…?
Kami juga melihat anak-anak bukan Melayu termasuk rakan kami,
selama ini banyak juga yang tetap cekap berbahasa Inggeris (lisan dan
tulisan) walaupun kira-kira 30 tahun mereka (termasuk kami) belajar
sains dan matematik dalam bahasa Melayu juga (bukan sahaja di sek.
menengah malah di universiti).
Ini sekali lagi membuktikan bahawa bukanlah kerana matematik
dan sains dan macam-macam lagi diajar dalam bahasa Melayu, maka
anak-anak Melayu lemah bahasa Inggerisnya. Kami amat berharap agar
“ubat yang diberi betul dengan penyakitnya”..(seperti yang Y.A.B.
Datuk Seri sendiri pernah katakan..yang dilapor di akhbar)… sebab
ubat yang salah akan menyebabkan penyakit lain pula. Bahasa Melayu
yang diajar dalam bahasa Melayu pun banyak pelajar Melayu yang
lemah dan gagal..kerana sikap..apatah lagi bahasa Inggeris..!
Walau apapun kami tetap menyokong segala usaha untuk
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak kami dengan
segala usaha yang sepatutnya seperti mewajibkan kelulusan/kepujian
bahasa Inggeris (peringkat UPSR, PMR dan SPM..sebab tanpa
mewajibkan lulus atau kepujian, pelajar biasanya bersikap tidak
mengambil kisah), menambah masa bahasa Inggeris, dan yang penting
mempelbagai/kaedah dan bahan, memperbanyak penggunaan multi-

123
Mengapa Kami Bantah!

media dan komputer bagi pengajaran bahasa Inggeris, guru-guru
memperbaiki dan mempelbagai kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan
sebagainya.
..TETAPI BUKANLAH dengan cara menghakis peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya daripada bidang sains dan
teknologi. Janganlah bahasa Melayu dikorbankan dan dijadikan
mangsa, sedangkan banyak cara lagi yang lebih wajar dilaksanakan
untuk memajukan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana kami amat
menyedari bahawa tidak ada negara di dunia ini yang maju dengan
bahasa orang lain. Semuanya telah maju dan tetap maju dengan bahasa
sendiri. Sekadar beberapa contoh dipaparkan di bawah ini:
Denmark maju dengan bahasa Denmarknya.
Sweden maju dengan bahasa Swedishnya (siapa tak kenal kereta
Volvo..Saab..dll)
Finland maju dengan bahasa Finnishnya (siapa tak kenal “mercedes”
telefon – iaitu Nokia
Jerman maju dengan Jermannya (siapa tak kenal kereta mewah
Mercedes dan BMW..)
Perancis maju dengan Perancisnya (siapa tak kenal Peugeot..
Renault, ..tren lajunya..”bullet train”.. dll)
Itali dengan bahasa Italinya (…siapa tak kenal kereta sport mewah
Porsche.., Lamborghini… Masserati, ..di samping Alfa Romeo,.. Fiat..
Lancia dll)
Belanda dengan Belandanya
Korea dengan bahasa Koreanya (siapa tak kenal Hyundai, Kia,
Samsung dll..)
Akhirnya..Jepun dengan Nihongonya (siapa yang tak kenal Toyota,
Honda, Sony, Mitsubishi..dll.)
Semua negara tersebut maju dan terus maju walaupun menggunakan
bahasa sendiri…dan ini juga membuktikan kenyataan (sempit) bahawa
kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahaja
ADALAH DONGENG SEMATA-MATA (oleh mereka yang “sangat
taksub” terhadap bahasa Inggeris, sehingga tidak terbuka minda lagi
untuk melihat kenyataan bahawa bahasa negara sendiri, bahasa Melayu
sememangnya terhakis daripada sains dan teknologi. Bukan 2 mata
pelajaran sahaja, malah sebenarnya menjangkau angka puluh, ratus dan
ribu (tanpa disedari) yang sungguh menakutkan bagi perkembangan
bahasa Melayu)…dan mungkin ada agenda pihak tertentu yang
sememangnya mahu bahasa Melayu berkubur sebagai bahasa ilmu
sains dan teknologi. hanya bahasa Inggeris sahaja yang

124
Bahasa Melayu akan Pupus

dikehendaki..kerana secara langsung dan tidak langsung..pupus bahasa
pupuslah bangsa..hilang bahasa..tiadalah berjiwa bangsa itu.
Malah walaupun sebelum maju, sedang maju, akan maju, telah
maju, terus maju, dan rakyat di semua negara tersebut di atas
mempelajari serta menguasai bahasa Inggeris, bangsa Sweden, Norway,
Denmark, Finland, Belanda, Jerman, Perancis, Itali, Korea, Jepun, China
dan lain-lain SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENUKAR bahasa peng-
hantar sains dan matematik mereka kepada bahasa Inggeris..seperti
“kesilapan” yang telah kita (pemimpin terdahulu..) lakukan.
Negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris, Perancis,
Sepanyol dll….iaitu bukan bahasa asal penduduk negara tersebut tidak
boleh pun dibanggakan (seperti Filipina, negara-negara di benua
Afrika, Amerika Selatan, India) malah banyak yang tertinggal
jauh…jika betul bahasa Inggeris sahaja bahasa kemajuan..semaju
manakah Filipina itu?
TETAPI..kemajuan negara kita selama ini tidak dapat dinafikan
bahawa antara faktor yang turut berperanan penting ialah bahasa
kebangsaan (bahasa Melayu) yang digunakan dalam pendidikan negara
ini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30
tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahun-
tahun 2000.
Ini telah membolehkan maklumat yang diperolehi dan ilmu yang
dipelajari dapat tersebar luas merentas ke seluruh tanah air…tanpa
mengira bangsa, darjat keturunan (status ekonomi dan sosial), tempat
tinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasa
Melayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebih
mudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasa
Inggeris.
Daripada jumlah lebih 5.5 juta pelajar tersebutlah lahirnya ribuan
pensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuan
pensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpin
lain..seterusnya…. dll.
Walaupun Kita masih boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik
dan maju tanpa “membuang” bahasa Melayu…dan kita juga boleh
menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju dengan
“MEMBUANG” bahasa Melayu…TETAPI MENGAPA kita memilih
untuk maju dengan membuang bahasa Melayu…….bahasa kebangsaan
negara kita???
..mengapa semangat Malaysia boleh tidak dibawa ke dalam
persoalan bahasa..?..mengapa pula Malaysia tidak boleh maju dengan
bahasanya…dan perlu maju melalui bahasa “orang” lain???

125
Mengapa Kami Bantah!

Penulis teringat sekali akan cerita rakyat semasa masih bersekolah
rendah dahulu iaitu kisah “Maharaja dengan Baju Barunya”. Kisah
ringkasnya lebih kurang begini. Seorang raja ingin menempah baju
yang paling cantik fesyennya untuk dipakai semasa hari perayaan
keputeraannya. Lalu menteri istananya pun mencarilah tukang jahit
yang terbaik di negara tersebut. Setelah bertemu maka ditempahlah
baju tersebut. Setelah siap dan tiba harinya lalu datanglah tukang jahit
ke istana memakaikan maharaja akan baju baru itu. Setelah siap maka
beraraklah maharaja sekeliling kota untuk memperlihatkan rekaan baju
yang tiada tolok bandingnya itu. Maka sambil berarak itu, memuji-
mujilah segala pembesar dan para menteri akan kecantikan baju baru
maharaja tersebut. Tiada seorang pun yang mencela atau berani
mengkritik akan baju baru maharaja tersebut yang ”benang jahitannya
dikatakan terlalu indah sehingga langsung tidak terlihat oleh mata
kasar mereka”. Akhirnya perarakan maharaja tiba di hadapan se-
kumpulan kanak-kanak. Lalu menjeritlah kanak-kanak tersebut
mengatakan maharaja tidak berbaju. Para pembesar yang turut bersama
dalam perarakan membantah dan memarahi serta menengking kanak-
kanak tersebut dan tetap mengatakan baju maharaja sangat cantik lagi
indah. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh kumpulan kanak-kanak
yang banyak itu. Mereka terus menjerit mengatakan maharaja tidak
berbaju. Riuh rendah dibuatnya. Jeritan kanak-kanak tersebut disahut
oleh kumpulan rakyat yang berhampiran dan akhirnya seluruh
perhimpunan pada hari itu. Akhirnya para pembesar pun tidak
tertahan lagi dan mengakui bahawa maharaja sebenarnya tidak berbaju
langsung dan larilah maharaja bersama para pembesar ke istana akibat
tersangat malunya.
Setiap sejarah dan cerita rakyat sekalipun berupa dongengan, tetap
ada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidak
berulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negara
tercinta.

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk Mata Pelajaran Sains dan
Matematik Mengapa Patut Ditolak
Empat puluh enam tahun lalu, iaitu pada tahun 1956, Laporan
Jawatankuasa Pelajaran Razak memulakan usaha rintis penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini. Laporan Penyemak Pelajaran Rahman Talib,
empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1960 memperteguh usul itu.
Maka apabila Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan, ternobatlah bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu sesudah lebih 100 tahun disisihkan oleh
penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan yang direncanakannya.
Daripada bahasa yang dipertalikan dengan bahasa kalangan petani dan
nelayan (kerana memang dasar Inggeris menjadikan murid Melayu

126
Bahasa Melayu akan Pupus

petani dan nelayan yang lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya),
bahasa Melayu mula mengorak langkah menjadi bahasa ilmu melalui
peranannya sebagai bahasa penghantar utama. Memang berabad-abad
silam, khususnya dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa
perhubungan diplomatik, bahasa ketatanegaraan, bahasa perdagangan
dan bahasa kesusasteraan. Pengembalian peranan itu dalam konteks
kemerdekaan pemikiran dan kebudayaan, termasuk bahasa amat besar
ertinya.
Tahun 1983 direncanakan sebagai kemuncak pelaksanaan peng-
gunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila kursus tahun
pertama di institusi pengajian tinggi diajarkan dalam bahasa tersebut,
sesudah selesai proses penukaran bahasa penghantar di peringkat
persekolahan. Atas desakan dan usaha rakyat yang dipimpin oleh enam
orang tokoh akademik, iaitu Zainal Abidin Abdul Wahid, Abu Bakar
Hamid, Tengku Shamsul Bahrin, Mohd. Zin Abdul Majid, Syed Husin
Ali, dan Ghazali Abdul Rahman, dengan Panglima Bahasa Syed Nasir
Ismail sebagai pengerusi jawatan-kuasa penajanya, Universiti
Kebangsaan Malaysia ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1970.
Tertubuhnya UKM bererti bahawa peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa peng-hantar institusi pengajian tinggi bermula 13 tahun lebih
awal daripada tahun sasaran, iaitu tahun 1983.

Tahun 1993 menggegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa
Melayu apabila Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk
mata pelajaran sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi.
Walaupun secara rasmi saran atau keputusan itu tidak dilaksanakan
secara nyata, namun semua ahli akademik institusi pengajian tinggi
yang ditemui mengesahkan bahawa memang ada “arahan” supaya
daripada 30% hingga 50% kursus disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Tahun 2002 mencatatkan sejarah hitam dalam pelaksanaan Dasar
Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan apabila parti
teras pemimpin negara, iaitu UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi
dan kemudian dalam Perhimpunan Agung Tahunan merestui gagasan
Mahathir menggerakkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar subjek Matematik dan Sains dari peringkat darjah satu
hingga tingkatan lima. Malah semua peperiksaan umum, iaitu UPSR,
PMR, dan SPM untuk kedua-dua subjek itu akan dilaksanakan dalam
bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003. Nyata bahawa pemimpin
negara telah memilih jalan penyelesaian yang dianggapnya wajar untuk
mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar, tetapi dianggap sebagai “lain yang luka lain dibebat”

127
Mengapa Kami Bantah!

oleh badan-badan akademik dan orang perseorangan yang tidak setuju
dengan langkah itu.

Dengan penuh kesedaran akan pentingnya dasar-dasar kenegaraan,
seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebagai tonggak pembinaan negara dan asas jati diri bangsa dan negara
Malaysia dipertahankan, dan dengan penuh pengertian jua akan
keperluan bangsa dan negara kita meningkatkan upaya agar tidak
ketinggalan dalam pencapaian kemajuan, sembilan buah persatuan
yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakan
mesyuarat pada 13 Mei 2002, khusus untuk membincangkan implikasi
kesan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah,
bermula dari darjah satu. Persatuan tersebut ialah Persatuan Linguistik
Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI), Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena),
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), dan
Persatuan Sejarah Malaysia. Beberapa orang perseorangan yang
prihatin akan isu tersebut turut hadir.
Setelah bermuzakarah lebih kurang satu jam setengah, mesyuarat
persatuan-persatuan itu mengambil pendirian meminta kerajaan me-
nimbangkan semula keputusan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dan di
sekolah atas alasan-alasan yang berikut:
1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan kedua-dua mata
pelajaran itu tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan
penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana masalah yang se-
benarnya berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya
masalah kaedah pengajaran, kepadaan atau kesesuaian sukatan
pelajaran, keterampilan guru, kesempurnaan prasarana, seperti
makmal bahasa dan motivasi kepada pelajar sendiri. Hakikat
bahawa bukan semua pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris,
malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan yang
bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar bukan masalah yang menyeluruh dan oleh itu
penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu dengan
meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri.
2. Risiko pelaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana
guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir
berbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan “yang dikejar
tak dapat, yang dikendong berciciran”, iaitu penguasaan bahasa

128
Bahasa Melayu akan Pupus

Inggeris pelajar tidak meningkat dan dan penguasaan ilmu Sains
dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebab masalah
bahasa.
3. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan “lulus
jarum luluslah kelindan”, iaitu kemungkinan kemudian kelak
akan diputuskan pula penggunaan bahasa Inggeris dalam mata-
mata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengan
sains dan matematik, seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi
asas, geografi, dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya
sebahagian besar atau hampir semua mata pelajaran akan
diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu
yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya.
4. Apabila bahasa Melayu secara beransur-ansur mengalami
pengurangan fungsi sebagai bahasa moden, terutama sebagai
bahasa ilmu, kedudukan dan darjat bahasa Melayu dikhuatiri akan
merosot menjadi bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa
komunikasi tahap rendah, iaitu untuk sekadar menjadi alat
perhubungan mudah. Hal ini amat besar kesannya terhadap
idealisme dan cita-cita membina tamadun bangsa dan negara yang
berasaskan jati diri dan acuan sendiri sebagaimana yang
digagaskan dalam Wawasan 2020. Ironis juga halnya apabila di
lebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telah diiktiraf
sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi, di negara kita
sendiri keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diragui.
5. Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsa
secara fitrahnya perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakan
oleh Tuhan kepada masyarakat atau bangsa itu, sesuai dengan
sunatullah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimana
yang diisyaratkan dalam Surah al - Hujurat, ayat 13, Surah
Ibrahim, ayat 4, dan Surah al-Rum, ayat 22. Penjelasan tentang
peranan bahasa sesuatu bangsa dalam pembinaan minda dan ilmu
bangsa itu telah dihuraikan juga oleh pemikir besar, seperti Malek
bin Nabi dan Hassan al-Bana. Banyak negara maju, malah yang
bukan Islam, yang mengambil iktibar daripada fitrah itu, seperti
Jerman, Belanda, Switzerland, Jepun, Korea, Perancis, dan
sebagainya. Benar bahawa mereka tidak menolak bahasa lain,
sebagaimana juga kami tidak menolak penguasaan bahasa lain,
tetapi mereka tidak sampai “mengorbankan” dasar pemuliharaan
kebangsaan masing-masing. Dalam hal ini, perlu dihayati faham
nasionalisme yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam al-
Muqaddimah sebagai unsur asas yang menjamin keutuhan sesuatu

129
Mengapa Kami Bantah!

bangsa dan bahasa kebangsaan merupakan salah satu unsur
utamanya.
6. Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran
Sains dan Matematik dengan sendirinya menyebabkan usaha
memodenkan bahasa Melayu, dan Kekayaan khazanah ilmu yang
sudah sedia ada dalam bahasa Melayu yang dihasilkan dalam
bentuk buku teks dan rujukan dengan kos yang bukan kecil
jumlahnya pun akan menjadi harta lupus dengan sendirinya.
Bahasa Melayu akan menjadi kerdil tanpa khazanah ilmu.
Semua persatuan tersebut memohon pertimbangan kerajaan agar
menarik balik keputusan menggunakan bahasa Inggeris untuk mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah, dengan catatan bahawa tidak
ada dalam kalangan pejuang bahasa kebangsaan yang menolak usaha
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

130
11
Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan

Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein
Ketua 1
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Perubahan dasar bahasa pendidikan secara mendadak memang
melahirkan igauan ngeri kepada masyarakat budayawan Melayu
khasnya. Hampir tidak ada yang di dalam lapangan yang diketemui,
dapat melihatnya secara positif. Ini mudah dimengenti.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan
diperjuangkan untuk puluhan tahun, dan melambangkan kemenangan
besar ke atas kolonialisme dan pemikiran atau sikap imigrantisme. Dan
untuk puluhan tahun diikhtiarkan pula melengkapinya, dan dari segi
itu kesejahteraan bangsa Melayu dan keharmonian bangsa Malaysia
dapatlah dihubungkan dengan itu. Meninggalkan apa yang telah
berfungsi, walaupun tidak sesempurna-sempurnanya, di samping
memilih alat asing, disangsi akan memberikan manfaat yang lebih
daripada apa yang telah dicapai dalam simpang siur politik dan
saingan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang sangat rumit. Ini
semua tentulah menimbulkan trauma yang mendalam.
Apalagi ketika kelemahan serta kekecewaan terhadap pencapaian
bangsa Melayu didedahkan. Dan segala pendedahan yang dapat kita
baca, masalahanya, kelemahan atau kelumpuhan bangsa bukanlah
kerana isu budaya sahaja, tetapi lebih banyak sosiologis dan psikologis.
Dalam konteks kelemahan yang mendasar itu, dipaksakan bangsa
Melayu dengan satu alat perantaraan serta kebudayaan asing, tentulah
akan menambahkan beban dan bukan menyelesaikan.
Mengapa Kami Bantah!

Kerisauan utama adalah perihal mungkin matinya Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu, yakni bahasa intelektual dan kebudayaan tinggi di
negara, lambang asas keperibadian sekaligus tamadun bangsa.
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada
Matematik dan Sains akan pasti menyebar ke ilmu-ilmu yang lain, dan
akhirnya meminggirkan bahasa Melayu, juga tentunya di universiti.
Dengan ini dikhuatiri akan timbul keadaan ‘yang dikejar tidak dapat,
yang dikendong berciciran.’
Dan ini juga pasti melemahkan penulisan buku-buku ilmu
pengetahuan dalam Bahasa Melayu, dan dapat mematikan daya kreatif
sastera. Bahasa Melayu dikhuatiri merosot menjadi bahasa komunikasi
tahap rendah. Perkembangan minda sebahagian penting bangsa Melayu
akan terbantut. Ini juga menghilangkan peluang masyarakat terbanyak
bagi mendidikkan diri sepanjang hayat.
Sesungguhnya Bahasa Melayu sudah cukup berjaya dibina di
pengajian tinggi, termasuk dalam bidanig sains, yang mehasilkan
ribuan tenaga manusia dan biaya kerajaan yang banyak sejak tahun
1960-an, yakni dari segi peristilahan dan buku-buku teks, pembinaan
guru-guru, termasuk yang mahir mengajar matematik dan sains.
Tenaga yang dicurahkan oleh semua pihak, termasuk DBP, juga sangat
luar biasa, termasuk ikhtiar DBP dalam mencipta peristilahan,
mengkoordinasikan perkembangan bahasa Melayu pada peringkat
serantau dan antarabangsa.
Daripada segi keperluan Bahasa Inggeris tidak ada yang
menyanggah. GAPENA sendiri dalam kenyataan rasminya
memperakukan perlunya penguasaan Bahasa Inggeris dipertingkatkan
dalam kalangan pelajar dan masyarakat Melayu. Yang dipersoalkan
adalah cara serta implikasi daripada cara ini. Implikasi cara yang telah
dicadangkan sangat tinggi risikonya.
Kerisauan kita tertumpu kepada keberkesanan cara ini ke atas
majoriti pelajar Melayu di luar bandar. Banyak melihat penggunaan
bahasa Inggeris bagi mengajarkan kedua-dua mata pelajaran itu tidak
akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggenis
pelajar, kerana masalah yang sebenarnya berkaitan dengan pengajaran
bahasa Inggeris itu sendiri. Antaranya adalah masalah kaedah
pengajaran, kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru,
kesempurnaan prasarana seperti makmal bahasa dan motivasi pada
pelajar sendiri. Hakikatnya adalah bahawa bukan semua pelajar gagal
menguasai bahasa lnggeris, malah ramai yang cemerlang dan fasih
menguasai bahasa Inggeris, membuktikan bahawa isu kelemahan
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar itu bukanlah

132
Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan

masalah yang menyeluruh. Oleh kerana itu penyelesaiannya pun mesti
bersifat khusus, iaitu dengan meningkatkan mutu pengajaran bahasa
Inggeris itu sendiri.
Lagipun timbul tanda tanya, apakah yang hendak diajarkan itu,
bahasa Inggeris atau ilmu matematik dan sains? Jikalau bahasa
Inggeris, lebih baiklah pelajar itu diajari bahasa lnggeris melalui cara
yang biasa. Umpamanya, melalui pengajaran nahu bahasa lnggeris,
melalui pembacaan teks-teks umum dalam bahasa itu, iaitu melalui teks
sastera, esei dan sebagainya. Yang penting, kaedahnya mesti betul..
Guru bahasa Inggeris mesti cukup terlatih, kemudahan dan suasana
belajar bahasa Inggeris di sekolah mesti cukup dan dapat
menggalakkan dan mendorong minat pelajar. Bahasa tidak menentukan
fikiran (ilmu dan lain-lain) pada manusia. Yang menentukan bahasa
ialah fikiran atau ilmu manusia.
Bagi kita kerisauan yang cukup penting, yang jarang disentuh oleh
banyak penganalisis, ialah perang psikologi yang kini terpaksa diulangi
lagi. Pada minggu-minggu pentama rancangan diumumkan,
bertentangan cakap lisan, bahawa ada guru-guru yang atas inisiatifnya
sendiri menukarkan biasa pengantar dalam bilik darjah mereka. Ini
menimbulkan kebingungan dalam kalangan sebahagian munid-
munidnya.
Sementara itu pengambilan mahasiswa baru di Fakulti Perubatan
sebuah universiti terkemuka merakamkan bilangan Melayu yang sangat
kecil. Benar atau tidak berita tersebut, semua ini merupakan
kemungkinan yang sangat nyata dalam era baru ini.
Pada mereka yang telah menyaksikan sikap-sikap anti kebangsáan
pada zaman kolonial dan awal kemerdekaan, tentulah merasa ngeri
memikirkan akan tindak balas hebat yang lambat laun akan menyusul.
Bahasa dan kebudayaan Melayu sebenarnya terletak di tempat yang
terhormat di negaranya selama ini, bukanlah terjadi secara automatik,
tetapi adalah hasil perjuangan yang panjang dalam menukarkan
psikologi masyarakat pelbagai kaum di negara.
Kita memang selalu dijamin oleh Kerajaan dan pucuk pimpinan
yang Bahasa dan Kebudayaan Melayu tidak akan tercicir dalam proses
yang diambil, kerana kuasa politik adalah di dalam tangan kita sendini.
Tetapi apa yang dapat dilihat dengan mata kasar, landasan bagi
mempertahankannya tidak meyakinkan, dan nampaknya kita tetap
terbuka kepada cabaran-cabaran yang sangat ditakuti di dalam proses-
proses ini.

133
Mengapa Kami Bantah!

Demikianlah igauan ngeri budayawan yang prihatin terhadap citra
dan tamadun Melayu. Harapan kita adalah supaya Pemuda dan Puteri
UMNO menjadi penjaya dalam revolusi mendatang. Mereka perlu
meneliti kesan-kesan yang tidak menguntungkan, dan bertindak
terhadap kepincangan yang mungkin timbul.

134
12
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di Sekolah Rendah dan Menengah

Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron
Abdul Latif Hj. Gapor, Md Nasir Bin Masran, Abdul
Halim Bin Ibrahim, Mariam Binti Mohamad Nor
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kertas ini membentangkan ringkasan hasil kajian yang kami jalankan di
UPSI bagi mencari jawapan kepada soalan: Sejauh manakah dasar
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar, terutama pelajar
Melayu, di sekolah rendah dan menengah?

KAJIAN TERHADAP SEKOLAH RENDAH
Reka bentuk dan instrumen kajian
Ini adalah kajian lapangan yang berbentuk kaji selidik dengan
menggunakan soal selidik dan ujian yang dibentuk oleh penyelidik.
Item-item soal selidik dan ujian yang dijalankan telah diberi kepada
murid sekolah rendah Tahun 5 dalam Februari dan Julai 2007, dan
Januari 2008.
Item-item dalam soal selidik digubal oleh pengkaji bagi mendapat
respons daripada murid Tahun 5 sekolah rendah tentang pendapat dan
pengalaman mereka belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris, dan mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Murid-murid
Tahun 5 ini telah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
semenjak Tahun 1 (2003), iaitu sejak mula dasar PPSMI ini dilaksanakan
di Tahun 1 sekolah rendah, dan Tingkatan 1 di sekolah menengah.
Ujian Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang digunakan dan
diuji kepada murid Tahun 5 pada Februari 2007 dan Januari 2008 dalam
Mengapa Kami Bantah!

kajian ini diambil daripada Peperiksaan Akhir Tahun 4 sekolah rendah
sebelumnya. Item ujian ini dipilih dan dipersesuaikan bagi
membayangkan kecekapan asas dalam tiga mata pelajaran ini.
Sebahagian daripada petikan untuk ujian kloz Bahasa Inggeris diambil
daripada cerita dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 4 terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bilangan item ujian untuk setiap mata pelajaran Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris tersebut dianggar mencukupi sebagai indikator
kemahiran murid dalam beberapa aspek mata pelajaran itu.

Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada murid Tahun 5 sekolah rendah. Senarai
sekolah dikenal pasti melalui laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia (www.moe.gov.my). Murid-murid ini adalah daripada
beberapa buah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, iaitu: di
Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan dan Pulau Pinang.
Pelajar sarjana Kursus UKP 6033 (Kaedah Penyelidikan Tinjauan)
telah mentadbir soal selidik dan ujian ini kepada sampel murid Tahun
5 di sekolah rendah yang mereka pilih.
Tinjauan dan ujian bagi mendapatkan data daripada sampel murid
Tahun 5 dalam kajian ini itu dibuat dalam tiga masa dan tiga kohort
sampel yang berlainan seperti berikut:
a. Tinjauan Februari 2007 kepada murid Tahun 5 (N=1564 di 27 buah
sekolah rendah)
b. Tinjauan Julai 2007 kepada murid Tahun 5 (N=636 di 13 buah
sekolah rendah)
c. Tinjauan penghujung Januari 2008 kepada murid Tahun 5 (N=1703
di 28 buah sekolah rendah)

Sampel Kajian Murid Tahun 5 (Tinjauan Februari dan Julai
2007)
Jadual berikut menunjukkan 1564 sampel responden murid Tahun 5,
Februari 2007, dari 27 buah sekolah.

136
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual Senarai Sekolah Rendah dan Bilangan Sampel Murid Tahun 5,
Tinjauan Februari 2007

Bilangan murid
Bil Nama Sekolah Peratus (%)
(N)

1 SK Batu 7 Tapah, Perak 45 2.9
2 SK Rapat Setia Ipoh, Perak 50 3.2
3 SK Kota Setia Teluk Intan, Perak 30 1.9
4 SK Haji Wan Jaafar Kamunting, 23 1.5
Perak
5 SK Renok Baru Gua Musang, 100 6.4
Kelantan
6 SK Dr. Latif Sabak Bernam, Selangor 73 4.7
7 SK Hj. Mahmud Chemor, Perak 33 2.1
8 SK Ampang Pecah K.Kubu Baru, 78 5.0
Selangor
9 SK Seberang Pasir Mas, Kelantan 60 3.8
10 SK Sultan Idris 2 Teluk Intan, Perak 35 2.2
11 SK Taman Ehsan Kepong, Selangor 85 5.4
12 SK Air Merah Kulim, Kedah 106 6.8
13 SK Tmn Bunga Raya 1 Bkt 98 6.3
Beruntung, Sel.
14 SK Tapah, Perak 60 3.8
15 SK Tun Dr. Ismail Kuala Kangsar, 70 4.5
Perak
16 SK Taman Bukit Maluri, Kuala 59 3.8
Lumpur
17 SK Ringlet Cameron Highland, 24 1.5
Pahang
18 SK Bukit Beruntung Rawang, 75 4.8
Selangor
19 SK Menora Kuala Kangsar, Perak 18 1.2
20 SK Talang Kuala Kangsar, Perak 98 6.3

137
Mengapa Kami Bantah!

Bilangan murid
Bil Nama Sekolah Peratus (%)
(N)

21 SK Chiku Gua Musang, Kelantan 55 3.5
22 SK St. Mary Kuala Lumpur 58 3.7
23 SRJK (T) St. Philomena Convent 46 2.9
Ipoh, Pk.
24 SKRPS Dala 13 .8
25 SRJK (C) Brinchang, Cameron 23 1.5
Hgland, Phg
26 SRJK (C) Tsung Wah 107 6.8
27 SRJK (T) Barathy Alor Star, Kedah 42 2.7
Jumlah Keseluruhan N=1564 100.0%

Jadual di bawah pula menunjukkan 636 sampel responden murid
Tahun 5, Julai 2007, dari 13 buah sekolah rendah .

Senarai Sekolah Rendah dan Bilangan Sampel Murid Tahun 5,
Tinjauan Julai 2007

Bilangan murid
Bil Nama Sekolah Peratus (%)
(N)

1 Sek Ren Agama Gedangsa, 45 7.1
Selangor
2 Sekolah Kebangsaan Tasek Permai 70 11.0
3 SK Balun 30 4.7
4 SK Bukit Sentosa Rawang, Selangor 35 5.5
5 SK Dato Kamarudin, Behrang 56 8.8
Stesen, Pk.
6 SK Kuala Slim, Perak 31 4.9
7 SK Methodist Tanjung Malim, 63 9.9
Perak
8 SK Pasir Panjang 50 7.9
9 SK Sentosa, Kampar, Perak 35 5.5

138
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Bilangan murid
Bil Nama Sekolah Peratus (%)
(N)

10 SK Sg Lesong, Mambang Diawan, 29 4.6
Perak
11 SK Sultan Idris II Teluk Intan Perak 40 6.3
12 SK Tanjong Malim Perak 124 19.5
13 SK Telok Pial, Kuala Kurau.Perak 28 4.4
Jumlah Keseluruhan N=636 100.0%

Jantina murid yang terlibat dalam kajian ini juga dirakamkan.

Jadual menunjukkan Taburan Sampel Murid Mengikut Jantina dalam
Tinjauan Februari 2007 dan Julai 2007

Tahun 5 Tahun 5
Jantina
[N=1,564] [N=636]
47.3% 47.8%
Lelaki
(733) (304)
52.7% 52.2%
Perempuan
(817) (332)

Keturunan murid juga dirakamkan.

Jadual menunjukkan Taburan Murid Mengikut Keturunan.

Februari 2007 Julai 2007
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 5
Keturunan [N=1,485] [N=1,564] [N=901] [N=636]

N % N % N % N %

Melayu 1063 72.3 1077 69.5 818 90.8 566 89.0
Cina 118 8.0 240 15.5 22 2.4 12 1.9
India 223 15.2 120 7.7 39 4.3 48 7.5
Orang Asli 65 4.4 108 7.0 15 1.7 3 0.5
Lain-lain 2 0.1 4 0.3 7 0.8 7 1.1

139
Mengapa Kami Bantah!

Perhatikan, majoriti sampel terdiri daripada murid Melayu: 69.5%
murid Tahun 5 (Feb 2007) dan 89.0% murid Tahun 5. (Julai 2007).
Peratus murid keturunan Cina, India, Orang Asli dan lain-lain adalah
kecil.
Taraf pendidikan bapa sampel juga dirakamkan.

Jadual berikut menunjukkan Taburan Taraf Pendidikan Bapa Murid.

Februari 2007 Julai 2007
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 5
Taraf Pendidikan [N=1,485] [N=1,564] [N=901] [N=636]

N % N % N % N %

Universiti 245 16.5 282 18.0 126 14.0 123 19.3
Lulusan menengah 358 24.1 411 26.3 297 33.0 158 24.8
Lulusan rendah 299 20.1 282 18.0 194 21.5 87 13.7
Tidak tahu 583 39.3 589 37.6 284 31.5 268 42.1

Jadual di atas menunjukkan tinggi peratus murid (37.6% - 42.1%)
sampel murid Tahun 5 (Feb dan Julai 2007) yang ‘tidak tahu’ taraf
pendidikan bapa mereka.

Sampel Kajian Murid Tahun 5 untuk Tinjauan Januari 2008
Sampel kajian Tahun 5 tinjauan Januari 2008 adalah N=1703 daripada
28 buah sekolah rendah daripada 5 buah negeri: Perak, Selangor,
Pahang, Terengganu, Johor dan Pulau Pinang. Senarai sekolah rendah
terlibat adalah seperti dalam Jadual di bawah.

Bilangan Sampel Murid Tahun 5 dan Senarai Sekolah Rendah,
Tinjauan Januari 2008

Frekuensi Peratus
Nama Sekolah
(N) (%)

SK Seri Mutiara, Ipoh, Perak 40 2.3
SK Sungai Siput, Perak 126 7.4
SK Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak 46 2.7
SK Kuala Kubu Bharu 2, Selangor 60 3.5

140
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Frekuensi Peratus
Nama Sekolah
(N) (%)

SK Meru (Rendah Model Khas), Klang, 21 1.2
SK Perwira, Teluk Intan, Perak 66 3.9
SK Pinji, Ipoh, Perak 38 2.2
SK Lekir, Sitiawan, Perak 50 2.9
SK Sri Layang, Genting Highlands, Pahang 30 1.8
SK Bagan Jermal, Pulau Pinang 81 4.8
SK Seri Iskandar, Bota, Perak 191 11.2
SK Chepor, Lenggong, Perak 14 0.8
SK Sultan Idris II, Perak 52 3.1
SK Kumpulan Ganda 9 0.5
SK Seberang Dungun, Terengganu 30 1.8
SK Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak 68 4.0
SK Marian Convent, Ipoh, Perak 152 8.9
SK Kompleks Rantau Abang, Terengganu 20 1.2
SK Bestari Jaya 30 1.8
SK Karak, Pahang 91 5.3
SK Padang Ampat, Kuala Kangsar, Perak 44 2.6
SK Sinaran Budi 271 15.9
SK Simpang 4 BNO, Sabak Bernam, Selangor 34 2.0
SK Jementah, Segamat, Johor 29 1.7
SK Teluk Kepayang 44 2.6
SJKT Ghandiji, Sekinchan (Tamil) 16 0.9
SJKT Methodist, Buntong, Ipoh (Tamil) 30 1.8
SJKT Tun Sambanthan, Bidor (Tamil) 20 1.2

Jumlah Keseluruhan 1703 100

Berikut pula diberikan pecahan sampel kajian mengikut lokasi sekolah.

Jadual Senarai Sampel Mengikut Lokasi Sekolah, Tinjauan Januari 2008

Lokasi Frekuensi (N) Peratus (%)

Bandar 389 22.8
Pekan Besar 460 27.0
Luar Bandar 854 50.1
Jumlah Keseluruhan 1703 100

141
Mengapa Kami Bantah!

Akhirnya taburan murid menurut keturunan adalah seperti berikut.

Jadual Senarai Sampel Mengikut Keturunan, Tinjauan Januari 2008

Keturunan Frekuensi (N) Peratus (%)

Melayu 1363 80.0
Cina 60 3.5
India 215 12.6
Lain-lain 65 3.8
Jumlah Keseluruhan 1703 100

Jadual 2.8 menunjukkan sebahagian besar iaitu 80% dalam sampel ini
terdiri daripada murid Melayu dari Sekolah Kebangsaan. Bilangan
sampel murid Cina kecil, hanya 60 orang (3.5%), murid India 215
(12.5%) yang kebanyakannya dari SRJK Tamil; dan 65 murid dari lain-
lain keturunan.

Ringkasan Dapatan, Kesimpulan dan Syor
Di bawah ialah ringkasan dapatan, kesimpulan dan syor berdasar
kajian kami. Pembaca boleh membaca Laporan Kajian kami “Kesan
Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah
Rendah” UPSI, April 2008, untuk mendapat analisis dapatan dan
kesimpulan yang lebih terperinci.

Soalan 1: Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar Matematik dan Sains?
1. Analisis data dari kajian tiga sampel yang berlainan pelajar sekolah
rendah dan menengah menunjukkan lebih 85% pelajar
menyatakan guru mereka mengguna campurankan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu untuk mengajar Sains dan Matematik.
Dari temu ramah dan pemerhatian kami dalam bilik darjah,
sebahagian besar guru mengguna campuran kedua-dua BM dan BI
kerana mereka ingin membantu murid yang ramai lemah bahasa
Inggeris untuk memahami apa yang diajar. Ada di antara guru
sendiri agak lemah dalam bahasa Inggeris untuk menghuraikan
konsep dan proses sains dan matematik dengan panjang lebar.
2. Hanya kira-kira 10% saja guru yang menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya; dan 5% dilaporkan menggunakan Bahasa Melayu.
3. Dari pemerhatian kami, penggunaan CD dan komputer untuk
mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sudah
kurang dilaksanakan di kebanyakan sekolah, kerana guru sukar

142
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

menggunakannya dalam bilik darjah. Guru yang
menggunakannya pun mendapati murid kurang berminat melihat
‘tayangan’ pelajaran sains dan matematik; tidak ada interaksi atau
perbincangan yang aktif tentang pelajaran kerana penguasaan
bahasa Inggeris mereka terhad. Pembelajaran menjadi pasif, lebih
ke arah menghafal fakta daripada memahaminya dengan
bermakna.
Kesimpulan: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan
sains matematik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya; dan komputer
sebagai alat pengajaran-pembelajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris tidak dapat digunakan dengan berkesan.

Soalan 2: Adakah pelajar ‘senang’ atau ‘sukar’ mempelajari Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris?
1. Analisis respons Sampel murid Tahun 5, Februari 2007 dan Januari
2008, menunjukkan purata lebih 80% murid dari semua kaum
menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Sains dalam Bahasa
Inggeris, walaupun mereka telah mempelajari kedua-dua mata
pelajaran ini sejak 2003.
2. Di kalangan murid Melayu, 87% menyatakan ‘sukar/agak sukar’
mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga
menyatakan ‘tidak faham/kadang-kadang faham’ pengajaran
guru Sains dalam Bahasa Inggeris.
3. Dalam Matematik pula, 65% murid Melayu menyatakan ‘sukar/
agak sukar’ mempelajarinya dalam Bahasa Inggeris. Ini lebih
tinggi sedikit berbanding dengan murid Cina dan India..
4. Lebih 75% murid Melayu Tahun 5 menyatakan yang mereka
‘kerap dan kadang-kadang’ merujuk buku Sains dan Matematik
dalam Bahasa Melayu, jika mereka tidak faham penerangan dalam
Bahasa Inggeris. Dan 35% menyatakan yang mereka memiliki
sendiri buku rujukan Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu,
sebagai buku bacaan dan rujukan tambahan.
5. Secara bandingan, kedua-dua golongan pelajar rendah lebih sukar
mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan
Matematik.
Tinggi peratus pelajar, terutama pelajar Melayu, sukar memahami Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana mereka lemah dalam
bahasa Inggeris. Mereka sukar memahami dan berfikir tentang konsep-
konsep Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka lebih
mudah memahami dan berfikir konsep-konsep Matematik dan Sains
yang teknikal dalam bahasa Melayu. Pengajaran guru dalam bahasa
Melayu lebih jelas dan mudah difahami oleh kebanyakan murid.
Kebanyakan guru sendiri lemah dalam bahasa Inggeris dan lebih

143
Mengapa Kami Bantah!

mudah dan ‘selesa’ menerangkan dan berbincang tentang konsep-
konsep matematik dan sains dalam bahasa Melayu.

Soalan 3: Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkatkan
pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar?
Ringkasan dapatan dan kesimpulan kajian kami adalah sebagai berikut:
1. Dalam ujian Matematik yang diberi kepada sampel murid Tahun
5, Januari 2008, min keseluruhan sampel ialah 7.89 daripada skor
maksimum 20.0, menunjukkan prestasi am dalam Matematik
murid-murid Tahun 5 ini adalah rendah.
2. Min skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah daripada min
skor murid Cina (13.03) dan India (8.21).
3. Rata-rata bagi hampir setiap soalan Ujian Matematik, terutama
yang melibatkan ‘pernyataan masalah’, rendah peratus murid
semua keturunan yang dapat menjawabnya, iaitu hanya 30%.
Peratus murid Melayu yang dapat menjawab soalan demikian
adalah lebih rendah daripada murid Cina dan India.
4. Prestasi murid Melayu dalam ujian Matematik adalah lebih rendah
berbanding dengan murid Cina dan India secara konsisten bagi
sampel Februari 2007 dan sampel Januari 2008.
Jadual di sebelah adalah contoh beberapa soalan Ujian Matematik dan
peratus murid yang dapat menjawabnya.

Cina +
Melayu % Orang asli Jumlah %
Soalan Ujian Matematik India %
(N=1077) % (N=108) (N=1564)
(N=360)
Six pencils cost
a) 39.6% 54.7% 6.5% 40.5%
RM2.40. How much
[427] [197] [7] [633]
does a pencil cost?
b) 6x7 76.1% 81.9% 42.6% 74.9%
[820] [295] [46] [1172]
c) 72 ÷ 8 58.2% 76.1% 27.8% 59.9%
[627] [274] [30] [937]
The Library in S.K.
Pulai has 4,038
Bahasa Melayu books
and 3,529 English
25.6% 46.1% 7.4% 29.0%
d) books. If 793 books
[276] [166] [8] [453]
are taken out from
the library, how many
books are there in the
library now?

144
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

5. Jadual di sebelah menunjukkan murid dari semua keturunan
adalah lemah menjawab soalan yang memerlukan mereka
membaca dan memahami ‘masalah’ dalam bahasa Inggeris (soalan
1 dan 4). Peratus murid Melayu dan murid Orang Asli yang tidak
dapat menjawab soalan adalah lebih tinggi, berbanding dengan
murid Cina dan India, sebab mereka lemah dalam bahasa Inggeris.
6. Dapatan kami menunjukkan min (purata) murid Melayu Tahun 5
yang ‘selalu faham’ pengajaran guru Matematik adalah tinggi
(iaitu 9.74) berbanding murid yang ‘tidak faham’ (min=6.25).
Walau bagaimanapun bagi setiap soalan Ujian Matematik, murid
Melayu yang menyatakan ‘senang’ mempelajari Matematik dalam
Bahasa Inggeris pun prestasi mereka tidaklah tinggi. Peratus yang
dapat menjawab soalan-soalan dengan betul adalah antara 24% –
44% saja.
7. Dapatan kajian kami juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang ketara peratus murid sekolah ‘luar bandar’, ‘pekan besar’ dan
sekolah ‘bandar’ yang dapat menjawab betul setiap soalan Ujian
Matematik. Ini adalah kerana tinggi peratus dalam sampel pelajar
sekolah di bandar pelajar adalah dari keluarga sosioekonomi
rendah. Pelajar bandar dari keluarga sosioekonomi rendah ini juga
menghadapi masalah mempelajari Matematik dalam bahasa
Inggeris, seperti pelajar dari luar bandar.

Soalan 4: Adakah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris meningkatkan
pembelajaran dan prestasi Sains pelajar?
Ringkasan dapatan dan beberapa kesimpulan kami adalah sebagai
berikut:
1. Dalam ujian Sains yang diberi kepada sampel murid Tahun 5,
Januari 2008, min skor sains keseluruhan sampel hanya 4.28
daripada maksimum 14.00, menunjukkan prestasi am sains murid-
murid semua keturunan amat rendah. Min skor murid Melayu
adalah lebih rendah sedikit (4.11) dari India (4.64) dan dari murid
Cina (7.22).
2. Seramai 83% murid Tahun 5 dari semua keturunan (sampel
tinjauan Januari 2008) menyatakan mereka mendapati ’sukar/
kadang-kadang sukar’ mempelajari sains dalam bahasa Inggeris.
Secara bandingan, lebih tinggi sedikit peratus murid Melayu
berbanding dengan murid Cina dan India yang menyatakan
‘sukar/kadang-kadang sukar’.
3. Dapatan analisis Ujian Sains murid Tahun 5 (sampel Februari,
2007) menunjukkan rata-rata rendah peratus (6% - 40%) murid
Tahun 5 dari semua keturunan yang dapat menjawab soalan-

145
Mengapa Kami Bantah!

soalan Ujian Sains dengan betul. Prestasi murid Melayu lebih
rendah sedikit berbanding dengan murid Cina dan India.
4. Prestasi murid Orang Asli amat rendah: 0.0% - 3.7% dapat
menjawab soalan-soalan sains dengan betul. Bagi murid-murid ini
pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris tidak bermakna sama
sekali.
Contoh soalan ujian Sains dan peratus murid yang dapat
menjawabnya:

Orang asli
Melayu Cina + Jumlah
Soalan Ujian Sains % India % %
%
(N=1077) (N=360) (N=1564)
(N=108)

a. Give two important
13.3% 30.0% 0.9% 16.3%
elements needed by
[143] [108] [1] [255]
seeds to sprout.
b. Humans need to eat 40.5% 62.8% 18.5% 43.9%
and drink to ____... [436] [226] [20] [687]

5. Dalam sampel Tahun 5 (Januari 2008) dapatan Ujian Sains hampir
sama. Rata-rata lebih 75% murid dari semua kaum tidak dapat
menjawab soalan ujian Sains. Peratus murid Melayu yang dapat
menjawab soalan ujian adalah lebih rendah sedikit dari murid
Cina dan India.
6. Dalam kedua-dua sampel, kelemahan ketara adalah dalam soalan-
soalan di mana murid perlu memahami soalan jenis ‘berfikir’ dan
menulis jawapan dalam bahasa Inggeris.
Dapatan dari kedua-dua sampel murid Tahun 5 (sampel Februari, 2007,
dan sampel Januari 2008) menunjukkan tinggi peratus (purata lebih
80%) yang mendapati ‘sukar/kadang-kadang sukar’ mempelajari Sains
dalam Bahasa Inggeris; dan tidak dapat menjawab soalan ujian Sains.
Lebih tinggi sedikit peratus (lebih 80%) murid Melayu yang gagal
menjawab ujian Sains berbanding dengan murid Cina dan India.
Kelemahan ini ketara di kalangan murid Orang Asli.

Soalan 5: Adakah pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa
Inggeris?
1. Dalam ujian Bahasa Inggeris sampel murid Tahun 5, Januari 2008,
dapatan min skor Bahasa Inggeris keseluruhan sampel hanya 11.97
daripada skor maksimum 31.0. Ini menunjukkan prestasi Bahasa
Inggeris murid Tahun 5 dari semua keturunan amat rendah.

146
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Kelemahan ini lebih nyata di kalangan murid Melayu. Dapatan
menunjukkan min skor murid Melayu hanya 11.87, lebih rendah
daripada min skor murid Cina 21.77 dan India 16.14.
2. Seramai 73.7% murid Tahun 5 dari semua kaum menyatakan
‘sukar/kurang senang’ mempelajari Bahasa Inggeris. Di kalangan
murid Melayu 81.4% menyatakan ‘sukar/kurang senang’. Lebih
75% murid Melayu yang ‘tidak faham/‘kadang-kadang faham’
pengajaran guru Bahasa Inggeris.
3. Di kalangan murid Melayu yang menyatakan ‘faham pengajaran
guru’ dan ‘senang mempelajari Bahasa Inggeris’ kebolehan mereka
menjawab soalan-soalan ujian Bahasa Inggeris adalah rendah dan
sederhana saja antara iaitu 22% - 65% (purata 45%) saja. Ini
menunjukkan pelajar yang menyatakan ‘senang’ mempelajari
Bahasa Inggeris pun tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
4. Peratus murid dari semua kaum yang dapat menjawab soalan-
soalan Ujian Bahasa Inggeris adalah rendah (contoh di bawah):
peratus murid Melayu lebih rendah berbanding dengan murid
Cina dan India.
Contoh soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris dan peratus murid
Tahun 5 yang dapat menjawabnya (sampel Januari, 2008).

Melayu Cina India Jumlah
Soalan Ujian Bahasa
% % % %
Inggeris
(N=1363) (N=60) (N=215) (N=1703)

We .......... Mr
James and his wife 14.6% 40.0% 26.5% 17.0%
a.
at the shopping [199] [24] [57] [287]
mall last Sunday
Our next school
19.9% 26.7% 18.1% 19.9%
b. holiday will be
[271] [16] [39] [336]
.......... August
11.3% 35.0% 23.7% 14.2%
c. He .......... to bed.
[154] [21] [51] [239]

5. Dasar PPSMI gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan
prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris. Kesan positifnya, kalau ada
pun, adalah kecil dan tidak signifikan.

Kesimpulan penting
1. Dapatan di atas menunjukkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris
untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran

147
Mengapa Kami Bantah!

Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah (seperti yang
diharapkan dalam siaran akhbar YB Menteri Pelajaran Julai 2002)
tidak tercapai; bahkan kesannya adalah negatif.
Ini ialah kerana kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu/
Bumiputera, lemah dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan guru juga
lemah dalam bahasa Inggeris untuk menerangkan dengan jelas
dan selesa konsep, ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua faktor ini berganda dan,
menyebabkan murid sukar dan lemah dalam matematik dan sains.
Mereka juga sukar memahami kandungan buku teks dalam bahasa
Inggeris. Kesannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam hasil
ujian Matematik dan Sains pada Tahun 5 sekolah rendah, dan di
Tingkatan 1 dan 2 di sekolah menengah.
Kepayahan mempelajari sains dalam bahasa Inggeris lebih tinggi
berbanding dengan matematik. Ini adalah kerana sains
memerlukan lebih banyak ‘penggunaan bahasa’ dalam huraian
dan perbincangan tentang konsep, prosedur dan dapatan sains
berbanding dengan matematik.
Dasar PPSMI ini mempunyai kesan negatif kepada lebih 75%
pelajar Melayu/Bumiputera di luar bandar dan di kalangan pelajar
dari latar belakang sosioekonomi rendah di bandar. Dasar ini
menguntungkan peratus kecil pelajar dari keluarga kelas
menengah atas yang kerap menggunakan bahasa Inggeris di
rumah. Dasar ini menambah jurang ketinggalan pembelajaran dan
prestasi pelajar di luar bandar dan pelajar daripada keluarga
sosioekonomi rendah dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris.
Mereka juga tertinggal jika dibandingkan dengan pelajar Cina.
Kelemahan murid, terutama murid Melayu/Bumiputera dalam
matematik, sains dan bahasa Inggeris di peringkat rendah ini
membawa secara kumulatif ke peringkat sekolah menengah dan
seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Jika dibuat unjuran
penawaran bilangan pelajar matematik dan sains yang
mempunyai kecekapan minimum untuk meneruskan ke peringkat
pengajian tinggi dalam bidang-bidang sains dan teknologi,
perubatan, perakaunan dan perniagaan, bilangannya akan
menurun dalam masa terdekat ini. Atau IPT terpaksa
menyediakan kursus-kursus ‘persediaan’ dan ‘pemulihan’ dalam
matematik dan sains kepada pelajar lulusan sekolah menengah
yang lemah ini bagi menentukan asas pelajaran mereka
mencukupi untuk mengikuti program-program pengajian di IPT.
Kosnya tinggi sekali.
Seperti yang disebut pada awal artikel ini, kajian-kajian di luar
negara oleh misalnya oleh Cummins dan Saville-Troike dan kajian

148
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

di Finland dan Sweden menunjukkan bahawa asas yang kukuh
dalam matematik dan sains lebih berkesan diajar dalam bahasa
ibunda pelajar semasa mereka di sekolah rendah dan menengah.
Fenomena yang sama berlaku di kebanyakan negara lain: Perancis,
Jerman, Jepun, Korea, Cina, Rusia dan sebagainya. Setelah pelajar
menguasai asas yang kukuh dalam matematik dan sains di sekolah
rendah dan menengah, dengan mudah mereka melanjutkan
pengajian di peringkat tinggi dalam berbagai-bagai bidang sains
dan teknologi, mengguna bahasa apa pun.
2. Impak positif pengajaran sains dan matematik (PPSMI) untuk
meningkatkan pembelajaran dan prestasi bahasa Inggeris pelajar
adalah sedikit saja. Walaupun lebih banyak masa murid terdedah
kepada penggunaan bahasa Inggeris melalui pelajaran matematik
dan sains, kesan positif untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris murid adalah kecil.
Masih tinggi peratus murid Tahun 5 (purata lebih 70%)
menyatakan mereka ‘sukar/kurang senang’ mempelajari bahasa
Inggeris, dan mereka ‘kurang faham’ pengajaran guru. Ujian
Bahasa Inggeris menunjukkan purata lebih 70% pelajar tidak lulus
dan tidak mencapai penguasaan yang mencukupi. Mereka tidak
dapat menjawab soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris Tahun 4
(yang diuji semula dalam Tahun 5, sampel Februari 2007 dan
Januari 2008). Hal yang sama terdapat di kalangan pelajar
Tingkatan 2.
Ertinya penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik
sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa
Inggeris tidak berkesan.

Syor
Dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar matematik dan
sains (PPSMI) telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan
prestasi matematik dan sains pelajar, terutama pelajar Melayu/
Bumiputera; dan tidak berjaya untuk meningkatkan pembelajaran dan
prestasi bahasa Inggeris pelajar. Kualiti pendidikan yang diterima
pelajar kita bertambah rendah. Kesan kumulatif adalah sebahagian
besar (lebih 70%) pelajar Melayu tidak menguasai secukupnya konsep,
ilmu dan kemahiran matematik, sains dan bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar yang mudah dan berkesan
untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi matematik dan sains
bagi kebanyakan pelajar di Malaysia. Guru matematik dan sains telah
pun menguasai bahasa Malaysia secukupnya untuk mengajar konsep
dan kemahiran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia. Pelajar
juga rata-rata mahir dalam bahasa Malaysia untuk belajar sains dan
matematik dalam bahasa Malaysia, berbanding dengan bahasa Inggeris.

149
Mengapa Kami Bantah!

Asas matematik dan sains pelajar akan lebih kukuh melalui
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia di peringkat
rendah dan menengah. Dengan asas yang kukuh, mereka lebih mudah
mempelajari matematik, sains dan teknologi di peringkat tinggi dalam
bahasa Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Jerman dan
sebagainya, seperti yang berlaku sebelum ini.
Berdasarkan dapatan-dapatan negatif di atas, kerajaan hendaklah
1. mengkaji semula dasar penggunaan bahasa pengantar Inggeris
sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah
dan menengah; dan hendaklah kembali semula mengguna Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di
peringkat rendah dan menengah.
2. Kerajaan hendaklah memperuntukkan masa/waktu yang lebih
bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat
rendah dan menengah.
Bahan dan kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris yang lebih berkesan harus digunakan.
Universiti dan institut pendidikan guru (IPG), guru-guru pakar
Bahasa Inggeris di sekolah harus diberi peruntukan dan galakan
secukupnya untuk menggubal bahan dan kaedah alternatif pengajaran-
pembelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan keperluan murid dan
konteks. Setengah daripada pendekatan alternatif ini sudah ada. Bahan
dan kaedah alternatif ini perlu mengambil kira tahap kesediaan dan
gaya pembelajaran murid dari berlainan latar belakang dan budaya.
Misalnya bahan dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar
Melayu di sekolah luar bandar perlu berbeza daripada bahan dan
kaedah untuk mengajar murid di bandar dari keluarga profesional yang
sudah terdedah dengan Bahasa Inggeris. Pengajaran-pembelajaran
bahasa Inggeris boleh dibuat secara modul pelbagai aras. Pendekatan
satu program sama untuk semua adalah tidak berkesan, dan telah gagal
untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi sebahagian besar
pelajar di sekolah kita. Guru dan murid tidak seharusnya dikongkong
oleh satu sukatan pelajaran, buku teks dan pendekatan yang sama
untuk semua murid di seluruh negara!
Dalam pengajaran Bahasa Inggeris unsur-unsur sains, matematik,
sejarah, geografi dan sastera boleh dimasukkan sebagai bahan
pengajaran-pembelajaran. Dengan itu pelajar belajar serentak
kemahiran berbahasa Inggeris dan ‘kandungan ilmu’ untuk
memperkembangkan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa
Inggeris dalam konteks pelbagai disiplin.

150
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Kesimpulan
Dasar kerajaan hendaklah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
matematik dan sains pelajar kita di peringkat rendah. Ini sudah pun
berjaya dilaksanakan melalui Bahasa Malaysia, kerana guru dan pelajar
telah menguasai Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar matematik dan sains telah gagal untuk meningkatkan
pembelajaran matematik dan sains pelajar.
Dengan itu kerajaan hendaklah kembalikan kepada dasar pengajaran
matematik dan sains dalam bahasa Melayu, supaya bilangan pelajar
yang menguasai sains dan matematik. Pelajar yang kukuh dalam
kedua-dua mata pelajaran ini akan dapat meneruskan pelajaran tinggi
mereka dalam berbagai bidang sains dan teknologi di dalam atau di
luar negara, sama ada di UK, USA, Jepun, Jerman, Perancis, Rusia atau
Korea, seperti yang berlaku sebelum ini. Mereka ini hanya perlu belajar
bahasa asing yang digunakan di negara tempat mereka belajar.
Dasar kerajaan juga hendaklah untuk meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris kepada semua pelajar terutama dalam membaca dan
menulis, ke peringkat mereka dapat membaca buku dan bahan dalam
internet dalam bahasa Inggeris, dan menulis laporan dengan baik
dalam bahasa Inggeris. Untuk mencapai matlamat ini, program
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang ada sekarang perlu
dikaji semula dan diperbaiki. Dasar atau pendekatan satu program
sama untuk semua tidak lagi berkesan. Pendekatan sekarang iaitu satu
sukatan pelajaran, buku teks dan pendekatan ‘communicative English’
yang sama untuk semua murid tidak lagi sesuai. Pendekatan ini telah
gagal untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid pelbagai
latar belakang, terutama di luar bandar dan dari keluarga sosio-
ekonomi rendah.
Program dan pendekatan alternatif berdasarkan tahap kesediaan
murid perlu diperkenalkan. Peruntukan kewangan yang mencukupi
perlu disediakan. Bahan dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris
hendaklah lebih fleksibel berdasarkan analisis keperluan dan kesediaan
murid dari pelbagai latar belakang. Pelbagai program atau modul
pengajaran-pembelajarannya digubah mengikut kesediaan dan
keperluan mereka; dan kemajuan mereka dipantau untuk membantu
mereka maju dari satu tahap ke satu tahap. Murid perlu diberi masa
dan latihan secukupnya dalam membaca dan menulis berbagai jenis
bahan, termasuk cerita dan puisi dalam Bahasa Inggeris. Unsur-unsur
matematik dan sains boleh dimasukkan ke dalam pelajaran bahasa
Inggeris.
Matematik dan Sains itu bukanlah alat yang berkesan untuk
meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris pelajar.

151
Mengapa Kami Bantah!

Dasar utama negara adalah untuk menyatukan pelbagai kaum di
negara kita, dan membentuk identiti bangsa Malaysia. Sepanjang 50
tahun yang lalu Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
semua mata pelajaran, termasuk Matematik dan Sains di sekolah, telah
berjaya. Rakyat telah menerima dan menggunakan Bahasa Kebangsaan
secara meluas dalam pendidikan dan aktiviti seharian, dan rasa selesa
dengannya. Asas sosial negara kita menjadi kukuh kerana Bahasa
Melayu sudah digunakan secara meluas oleh semua rakyat. Ini jangan
kita ambil mudah. Jurang kualiti hidup rakyat Malaysia akan
bertambah luas dari segi sosioekonomi, kaum dan lokasi di masa depan
jika dasar PPSMI diteruskan. Kestabilan dan kemajuan negara akan
terancam akibatnya. Dan seperti kata pepatah Melayu “Yang dikejar
tidak dapat, yang dikendong berciciran”.

KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH
Sampel kajian
Sampel kajian Tingkatan 2 (N=2,824 orang) ini diambil daripada 25
buah sekolah menengah di negeri Perak, Selangor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur (lihat Jadual 3). Kajian tinjauan
dan ujian matematik, sains dan Bahasa Inggeris kepada pelajar ini
dibuat dalam bulan Februari, 2008.
Pecahan sampel ini adalah sebagai berikut:

Mengikut keturunan
Jadual 1: Senarai Sampel Mengikut Keturunan

Keturunan Frekuensi (N) Peratus (%)
Melayu 1,667 59.0
Cina 839 29.7
India 245 8.7
Lain-lain 73 2.6
Jumlah Keseluruhan N=2,824 100

Mengikut jantina
Jadual 2: Senarai Sampel Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi (N) Peratus (%)
Lelaki 1,363 51.7
Perempuan 1,461 48.3
Jumlah Keseluruhan N=2,824 100

152
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Senarai sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti
dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Senarai Sekolah Menengah

Bilangan Peratus
Bil Nama Sekolah
murid (N) (%)
1 SMK San Min, Teluk Intan, Perak 177 6.3
2 SMK Pengkalan, Ipoh, Perak 157 5.6
3 SMK Dr. Megat Khas, Ipoh, Perak 116 4.1
4 SMK Seri Tanjong, Kuala Kangsar 150 5.3
5 SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan 123 4.4
6 SMK Izzuddin Shah, Ipoh, Perak 130 4.6
7 SMK Simpang Empat, Seberang Perai 160 5.7
8 SMK Raja Shariman, Beruas, Perak 83 2.9
9 SMK Chenderiang, Temoh, Perak 105 3.7
10 SMK Tat Beng, Trong, Perak 108 3.8
11 SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu 162 5.7
12 SMJK Chung Hwa, Kuala Lipis 75 2.7
13 SMK Alang Iskandar, Bagan Serai 37 1.3
14 SMK Landas Ajil, Terengganu 80 2.8
15 SMK Tasek Damai, Ipoh, Perak 193 6.8
16 SMK Hutan Melintang, Teluk Intan 80 2.8
17 SMK Tumpat, Kelantan 24 0.8
18 SMK Mergong, Alor Setar, Kedah 133 4.7
19 SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang 147 5.2
20 SMK Kerdau, Temerloh, Pahang 99 3.5
21 SMK Horley Methodist, Teluk Intan 95 3.4
22 SMK Bandar Baru Batang Kali 81 2.9
23 Sekolah Sukan Bukit Jalil 50 1.8
24 SMK Methodist Tanjong Malim, Perak 154 5.5
25 SMK Pei Yuan, Kampar, Perak 105 3.7
Jumlah Keseluruhan N=2,824 100.0%

153
Mengapa Kami Bantah!

Ujian
Ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam
kajian ini diambil daripada kertas Peperiksaan akhir Tahun Tingkatan 1
sekolah menengah. Soalan-soalan ini dipilih bagi mewakili darjah
kesukaran dan domain yang terdapat dalam mata pelajaran itu

Dapatan Tingkatan 2
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati
pembelajaran beberapa mata pelajaran berikut ‘senang’?
Jadual 4 di bawah menunjukkan peratus pelajar yang menyatakan
senang untuk setiap mata pelajaran yang disenaraikan.
Secara keseluruhan 71.8% pelajar Tingkatan 2 mendapati Bahasa
Melayu ‘senang’ dipelajari berbanding dengan 33.3% yang menyatakan
bahasa Inggeris ‘senang’ dipelajari. Seramai 28% menyatakan Sains
senang dan 48% menyatakan Matematik ‘senang’. Secara bandingan
lebih rendah peratus pelajar Melayu yang menyatakan Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris itu ‘senang’ berbanding dengan pelajar
Cina dan India. Lebih peratus pelajar Melayu (90.0%) menyatakan
Bahasa Melayu itu senang berbanding dengan pelajar Cina (36.5%) dan
India (72.8%). Pelajar daripada ketiga-tiga keturunan mendapati Sains
dan Bahasa Inggeris lebih sukar berbanding dengan mata pelajaran lain.

Jadual 4: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan
mata pelajaran berikut ‘senang’ dipelajari mengikut keturunan

Melayu Cina India Jumlah
Mata Pelajaran % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V8 Bahasa Melayu 90.0% 36.5% 72.7% 71.8%
[1,500] [306] [178] [2,029]
V9 Bahasa Inggeris 28.1% 34.7% 64.5% 33.3%
[469] [291] [158] [940]
V10 Sains 23.9% 32.9% 39.2% 28.0%
[399] [276] [96] [790]
V11 Matematik 43.0% 57.1% 52.2% 48.0%
[716] [479] [128] [1,356]
V12 Sejarah 58.4% 23.0% 34.8% 45.7%
[973] [193] [94] [1,291]

154
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Soalan 2: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati mata
pelajaran matematik sukar kerana diajar dalam Bahasa Inggeris?

Jadual 5: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan
‘kesukaran’ Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, mengikut
keturunan

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=73) (N=2,824)

1 Tidak sukar 11.0% 24.7% 19.2% 12.3% 15.8%
[183] [207] [47] [9] [446]
2 Kadang- 44.6% 41.7% 32.7% 45.2% 42.7%
kadang sukar [743] [350] [80] [33] [1,206]

3 Sukar 44.4% 33.6% 48.2% 42.4% 41.5%
[741] [282] [118] [31] [1,172]

Jadual 5 di atas menunjukkan secara keseluruhannya hanya 15.8%
pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan ‘tidak sukar’ mempelajari
matematik dalam bahasa Inggeris; dan 84.2% menyatakan ‘kadang-
kadang sukar dan sukar’. Hanya 11.0% pelajar Melayu yang
menyatakan ‘tidak sukar’ berbanding 24% pelajar Cina dan 19.2%
pelajar India.

Soalan 3: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 mendapati mata
pelajaran sains sukar kerana diajar dalam Bahasa Inggeris?

Jadual 6: Taburan bilangan dan peratusan pelajar yang menyatakan
‘kesukaran’ Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, mengikut keturunan

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=73) (N=2,824)

1 Tidak sukar 8.9% 19.9% 19.6% 8.2% 13.1%
[148] [167] [48] [6] [369]
2 Kadang- 35.6% 44.7% 32.2% 42.5% 38.2%
kadang sukar [593] [375] [79] [31] [1,078]

3 Sukar 55.6% 35.4% 48.2% 49.3% 48.7%
[926] [297] [118] [36] [1,377]

155
Mengapa Kami Bantah!

Jadual 6 di sebelah menunjukkan bahawa secara keseluruhannya hanya
13.1% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan pelajaran matematik dalam
bahasa Inggeris ‘tidak sukar’; dan 86.9% menyatakan ‘sukar/kadang-
kadang sukar’. Lebih tinggi peratus pelajar Melayu yang ‘sukar’ belajar
Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India.
Bedasarkan analisis dalam Jadual 5 dan 6, lebih tinggi peratus
pelajar Tingkatan 2 yang ‘sukar’ mempelajari Sains dalam bahasa
Inggeris, berbanding dengan pelajaran matematik.

Soalan 4: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab
soalan ujian matematik?
Item-item ujian Matematik yang diberi kepada pelajar Tingkatan 2
dalam bulan Februari, 2008 dipilih daripada soalan yang terdapat
dalam Peperiksaan Akhir Matematik Tingkatan 1 2007 sekolah
menengah.

Jadual 7: Analisis Perbezaan min skor ujian Matematik mengikut
keturunan Tingkatan 2 (Februari 2008)

Skor maksimum = 18.00 Min Keseluruhan = 10.23

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V42 Keturunan
Melayu 9.85 5.27 39.48 .000
Cina 11.73 5.39
India 8.19 5.45
Lain-lain 8.55 5.25

Jadual 7 di atas menunjukkan min skor Matematik keseluruhan sampel
rendah, iaitu 10.23 daripada skor maksimum 18.0. Analisis
perbandingan min skor Matematik di antara pelajar berlainan
keturunan menunjukkan min skor pelajar Cina lebih tinggi (11.73)
daripada min skor pelajar Melayu (9.85) dan India (8.19). Corak
dapatan begini juga diperolehi daripada kajian PPSMI Tahun 5 sekolah
rendah (Bab 4) yang lalu dan beberapa kajian lain (Isahak Haron, 2001).
Asas Matematik pelajar Cina di SRJK Cina adalah lebih baik daripada
asas Matematik murid daripada Sekolah Kebangsaan, terutama murid
Melayu.
Jadual 8 di sebelah menunjukkan dapatan analisis peratus yang
dapat menjawab beberapa item ujian Matematik, mengikut keturunan.

156
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 8: Keputusan Ujian Matematik (menjawab tepat) bagi Tingkatan 2

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Matematik % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)
V88 75.85 46.2% 64.2% 34.7% 50.5%
0.05 [770] [539] [85] [1,426]
V89 Write 2045 hours in the 62.0% 66.0% 50.6% 62.1%
twelve-hour system [1,034] [554] [124] [1,753]
V90 Sandip has 45 marbles. He 36.1% 45.2% 31.8% 38.1%
has 15 marbels more than [601] [379] [78] [1,076]
Lee but 6 marbles less than
Afiq. If all their marbles are
collected and then divided
equally among them, how
many marbles will each of
them get?
V91 Ragu has RM80. He spends 38.7% 55.4% 25.3% 42.3%
1/8 it on food and 3/4 on [645] [465] [62] [1,194]
books. How much has he
left?
V92 A televison priced at 33.7% 51.6% 29.0% 38.4%
RM1650 is sold for [561] [433] [71] [1,085]
RRM1254. Find the
percentage of the discount
V93 In the figure shown, find 35.5% 57.3% 29.8% 41.3%
the value of d [541] [481] [73] [1,167]
980

d
V94 Dalam perpustakaan 80.2% 79.6% 66.9% 78.5%
sekolah, terdapat 457 buah [1,337] [668] [164] [2,218]
buku Bahasa Melayu.
Sebanyak 120 buah buku
dipinjam oleh pelajar pada
hari Isnin. Pada hari Selasa
pula, sebanyak 87 buah
buku dipinjam. Berapa
buah bukukah yang tinggal
di perpustakaan sekolah
itu?

157
Mengapa Kami Bantah!

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Matematik % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)
V95 Puan Khadijah pergi ke 79.1% 82.8% 71.8% 79.2%
pasar untuk membeli [1,318] [695] [176] [2,237]
daging lembu sebanyak 5
kilogram. Harga sekilogam
daging lembu itu adalah
RM18.30. Berapakah jumlah
yang perlu dibayar oleh
Puan Khadijah untuk
membeli daging tersebut?
V96 Encik Kassim melabur 47.2% 55.7% 34.7% 48.2%
sebanyak RM750.00 dalam [786] [467] [85] [1,454]
Amanah Saham
Bumiputera (ASB). Dividen
yang diisytiharkan oleh
ASB pada akhir tahun
adalah 12%. Berapakah
Ringgit Malaysia dividen
yang diterima oleh Encik
Kassim?

Dalam v88 hanya 50.5% daripada seluruh sampel pelajar yang dapat
menjawabnya. Dan hanya 46.2% pelajar Melayu yang dapat
menjawabnya berbanding dengan 64.2% pelajar Cina.
Bagi soalan v90 dan v92, iaitu soalan operasi bahagi yang
memerlukan pelajar membaca soalan itu dalam Bahasa Inggeris,
peratus yang dapat menjawabnya menurun (pelajar Melayu 36.1%,
33.7%) dan pelajar Cina tinggi sedikit (45.2% dan 51.6%). Tidak ada
perbezaan ketara antara prestasi pelajar Melayu dengan pelajar India.
Soalan v94 dalam Bahasa Melayu (sungguh pun agak mudah
sedikit) sebanyak 78.5% pelajar dapat menjawabnya dengan betul:
80.2% pelajar Melayu dapat menjawabnya, dan hampir sama dengan
pelajar Cina (79.6%) dapat menjawabnya.
Apa yang boleh disimpulkan daripada dapatan ini adalah
a. lebih tinggi peratus pelajar dapat menjawab item matematik
tulen (contohnya soalan v88), berbanding dengan soalan v90
dan v92 yang memerlukan mereka membaca dan memaham
soalan dalam bahasa Inggeris.
b. Lebih tinggi peratus pelajar yang dapat menjawab soalan
dalam bahasa Melayu.

158
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 9: Keputusan Ujian Matematik (menjawab tepat) bagi pelajar
Melayu Tingkatan 2

Pekan Luar
Bandar Melayu
besar bandar
Ujian Matematik % %
% %
(N=543) (N=1,667)
(N=209) (N=915)

V88 75.85 41.3% 45.9% 49.2% 46.2%
0.05 [224] [96] [450] [770]
V89 Write 2045 hours in the 51.7% 57.4% 69.2% 62.0%
twelve-hour system [281] [120] [633] [1,034]
V90 Sandip has 45 marbles. He 41.3% 55.0% 28.6% 36.1%
has 15 marbels more than [224] [114] [262] [601]
Lee but 6 marbles less than
Afiq. If all their marbles are
collected and then divided
equally among them, how
many marbles will each of
them get?
V91 Ragu has RM80. He spends 38.3% 38.3% 39.0% 38.7%
1/8 of it on food and 3/4 on [208] [80] [357] [645]
books. How much has he
left?
V92 A televison priced at RM1650 34.8% 38.8% 31.8% 33.7%
is sold for RRM1254. Find the [189] [81] [291] [561]
percentage of the discount
V93 In the figure shown, find the 39.0% 39.7% 32.3% 35.5%
value of d 980 [212] [83] [296] [591]

d
V94 Dalam perpustakaan sekolah, 78.8% 74.2% 82.4% 80.2%
terdapat 457 buah buku [428] [155] [754] [1,337]
Bahasa Melayu. Sebanyak
120 buah buku dipinjam oleh
pelajar pada hari Isnin. Pada
hari Selasa pula, sebanyak 87
buah buku dipinjam. Berapa
buah bukukah yang tinggal
di perpustakaan sekolah itu?

159
Mengapa Kami Bantah!

Pekan Luar
Bandar Melayu
besar bandar
Ujian Matematik % %
% %
(N=543) (N=1,667)
(N=209) (N=915)

V95 Puan Khadijah pergi ke pasar 83.6% 67.5% 79.0% 79.1%
untuk membeli daging lembu [454] [141] [723] [1,318]
sebanyak 5 kilogram. Harga
sekilogam daging lembu itu
adalah RM18.30. Berapakah
jumlah yang perlu dibayar
oleh Puan Khadijah untuk
membeli daging tersebut?
V96 Encik Kassim melabur 49.9% 44.0% 46.2% 47.2%
sebanyak RM750.00 dalam [271] [92] [423] [786]
Amanah Saham Bumiputera
(ASB). Dividen yang
diisytiharkan oleh ASB pada
akhir tahun adalah 12%.
Berapakah Ringgit Malaysia
dividen yang diterima oleh
Encik Kassim?

Analisis juga dibuat dalam kalangan sampel pelajar Melayu bagi
melihat sejauh manakah lokasi sekolah mempunyai hubungan dengan
prestasi pelajar dalam beberapa item ujian Matematik. Dapatan dalam
Jadual 9 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang konsisten
dan jelas dalam peratus yang dapat menjawab kebanyakan item, di
antara pelajar di sekolah menengah di ‘bandar’, di ‘pekan besar’ dan ‘di
luar bandar’. Bagi item yang melibatkan penggunaan ayat bahasa
Inggeris (v90, v91 dan v92) peratus pelajar ‘luar bandar’ yang dapat
menjawabnya adalah lebih rendah sedikit berbanding dengan pelajar di
sekolah ‘bandar’ dan ‘pekan besar’.

Jadual 10: Keputusan Ujian Matematik bagi pelajar Melayu Tingkatan 2
berdasarkan kejelasan pengajaran guru Matematik

Tidak & Kadang-
V38: kejelasan pengajaran guru Melayu
kurang kadang Jelas
Matematik (N=1,667)
jelas jelas

V88 75.85 32.7% 44.3% 51.5% 46.2%
0.05 [84] [245] [441] [770]

160
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

V89 Write 2045 hours in the 55.3% 60.0% 65.3% 62.0%
twelve-hour system [142] [332] [560] [1,034]
V90 Sandip has 45 marbles. He 27.6% 28.8% 43.3% 36.1%
has 15 marbels more than [71] [159] [371] [601]
Lee but 6 marbles less than
Afiq. If all their marbles are
collected and then divided
equally among them, how
many marbles will each of
them get?
V91 Ragu has RM80. He spends 25.7% 35.1% 44.9% 38.7%
1/8 of it on food and 3/4 on [66] [194] [385] [645]
books. How much has he
left?
V92 A televison priced at priced 24.9% 28.0% 39.9% 33.7%
RM1650 is sold for RRM1254. [64] [155] [342] [561]
Find the percentage of the
discount
V93 In the figure shown, find the 29.2% 26.4% 43.2% 35.5%
value of d [75] [146] [370] [591]
980

d
V94 Dalam perpustakaan sekolah, 78.2% 79.6% 81.2% 80.2%
terdapat 457 buah buku [201] [440] [696] 1,337]
Bahasa Melayu. Sebanyak
120 buah buku dipinjam oleh
pelajar pada hari Isnin. Pada
hari Selasa pula, sebanyak 87
buah buku dipinjam. Berapa
buah bukukah yang tinggal
di perpustakaan sekolah itu?
V95 Puan Khadijah pergi ke 72.4% 79.4% 80.9% 79.1%
pasar untuk membeli daging [186] [439] [693] [1,318]
lembu sebanyak 5 kilogram.
Harga sekilogam daging
lembu itu adalah RM18.30.
Berapakah jumlah yang
perlu dibayar oleh Puan
Khadijah untuk membeli
daging tersebut?

161
Mengapa Kami Bantah!

V96 Encik Kassim melabur 35.4% 46.3% 51.2% 47.2%
sebanyak RM750.00 dalam [91] [256] [439] [786]
Amanah Saham Bumiputera
(ASB). Dividen yang
diisytiharkan oleh ASB pada
akhir tahun adalah 12%.
Berapakah Ringgit Malaysia
dividen yang diterima oleh
Encik Kassim?

Jadual 10 menunjukkan analisis dalam kalangan sampel pelajar Melayu
untuk melihat hubungan di antara persepsi pelajar tentang ‘kejelasan’
pengajaran guru matematik dengan prestasi mereka menjawab setiap
item di atas. Dapatan menunjukkan kumpulan pelajar yang
menyatakan pengajaran guru matematik mereka ‘jelas’ lebih tinggi
peratusnya yang dapat menjawab setiap item ujian matematik di atas
berbanding pelajar yang ‘tidak/kadang-kadang’ jelas. Terdapat
perbezaan peratus yang kosisten dan nyata dalam keempat-empat item
(v88, v90, v92 dan v94) antara pelajar yang menyatakan ‘jelas’
pengajaran guru dengan mereka yang ‘kadang-kadang’ dan ‘tidak/
kurang jelas’. Walau bagaimanapun, hanya 33.7% – 46.2% pelajar yang
menyatakan ‘jelas’ pengajaran guru yang dapat menjawab item v88, v90
dan v92. Peratusnya masih rendah. Ertinya pelajar yang menyatakan
‘jelas’ pun nampaknya lemah dalam kefahaman Matematik mereka
dalam bahasa Inggeris.

Jadual 11: Analisis Perbezaan min skor ujian Matematik mengikut
pelbagai variabel pelajar Tingkatan 2 Melayu, (Februari 2008):

Skor maksimum = 18.00 Min Keseluruhan = 10.23

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V31. Kejelasan Pengajaran Guru
Sukar dipelajari 8.41 5.28 59.457 .000
Kadang-kadang faham 9.78 5.23
Selalu faham 11.26 5.40

162
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V39. Gred peperiksaan akhir
tahun
A 13.55 5.30 111.72 .000
B 11.76 5.13
C 9.61 5.07
D 8.65 4.94
E 7.20 4.60
V24. Tuisyen (Matematik)
Ya 10.70 5.39 10.893 .000
Tidak 9.99 5.48

Jadual 11 di atas menunjukkan terdapat perbezaan min skor matematik
yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas di
atas.
a. Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi kejelasan
pengajaran guru dengan prestasi pelajar dalam ujian Tingkatan 2
b. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar
berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1)
dengan prestasi ujian matematik Tingkatan 2.
c. Min prestasi pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi sedikit
berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam
ujian Tingkatan 2.

Kesimpulan
Perkara yang jelas adalah prestasi ujian matematik pelajar semua kaum
Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu.
Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari
matematik dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (84.2) seperti yang kita
lihat dalam Jadual 5 di atas. Kesukaran mempelajari matematik dalam
bahasa Inggeris ini adalah di antara faktor yang menyebabkan mereka
sukar mengikuti pengajaran guru mengajar matematik, dan dengan itu
mereka tidak dapat menjawab ujian matematik dengan baik.

Sains
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab
soalan ujian sains?
Jadual 12 menunjukkan min skor sains seluruh sampel amat rendah,
iaitu 12.22 dari skor maksimum 40.0. Min skor sains pelajar Melayu

163
Mengapa Kami Bantah!

adalah terendah (10.99) berbanding dengan min skor pelajar India
(12.50) dan pelajar Cina (15.21).
Jadual 12: Analisis Perbezaan min skor ujian Sains Tingkatan 2
mengikut keturunan (Februari 2008):

Skor Maksimum = 40.00 Min Keseluruhan = 12.22

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V42 Melayu 10.99 10.28 31.55 .000
Cina 15.21 12.12
India 12.50 10.14
Lain-lain 8.52 10.08

Jadual 13 adalah analisis peratus pelajar Tingkatan 2 yang dapat
menjawab beberapa contoh item dalam ujian sains Tingkatan 2. Ia
menunjukkan bahawa rata-rata peratus yang dapat memberi jawapan
betul dalam setiap item ujian sains adalah agak rendah: 21.8% - 53.25%.
Peratus pelajar Melayu yang dapat menjawab dengan betul setiap item
lebih rendah berbanding dengan pelajar Cina dan India.

Jadual 13: Keputusan Ujian Sains (menjawab tepat) bagi Tingkatan 2

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Sains % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

A

Photosyntesis Respiration

B
Figure 1
V68 Figure 1 shows the 56.8% 59.1% 46.9% 56.2%
relationship between [947] [496] [115] [1,587]
respiration and
photosynthesis. Name the
gases released in A and B. (i)
A

164
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Sains % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V69 Figure 1 shows the 53.3% 57.0% 46.5% 53.4%
relationship between [888] [478] [114] [1,507]
respiration and
photosynthesis. Name the
gases released in A and B (ii)
B
The factors contributing to rusting are air and water. Both factors must be
present together. Rusting makes an object lose its shape, outlook, becomes
dull and easily broken (brittle).
V70 Give two steps to control 30.0% 36.9% 32.7% 32.2%
and prevent rusting (i) [500] [310] [80] [909]
V71 Give two steps to control 21.5% 30.2% 22.0% 24.2%
and prevent rusting (ii) [358] [253] [54] [682]
Diagram 1 shows the methods used to find the volume of a substance

V72 State the method used in 16.5% 32.2% 24.1% 21.8%
Diagram 1 [275] [270] [59] [616]
V73 Name another tool that can 9.8% 26.0% 13.9% 15.0%
be used for the method [163] [218] [34] [423]
mentioned in (a) (i)
V74 What is the volume of 50.4% 59.8% 53.9% 53.2%
Substance P? [841] [502] [132] [1,503]
V75 What is the volume of 49.0% 61.1% 51.4% 52.5%
Substance Q? [817] [513] [126] [1,482]
V76 Explain how you obtained 19.4% 19.1% 16.3% 18.8%
the answers given in (b) (i) [324] [160] [40] [531]
and (b) (ii) - i
V77 Explain how you obtained 14.9% 20.7% 13.9% 16.4%
the answers given in (b) (i) [249] [174] [34] [462]
and (b) (ii) - ii

165
Mengapa Kami Bantah!

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Sains % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V78 Why should substance P be 8.8% 16.4% 12.7% 11.3%
lowered slowly into the [146] [138] [31] [320]
water in the measuring
cylinder?
V79 What is the purpose of 10.6% 23.5% 14.7% 14.7%
placing a sheet of white [176] [197] [36] [414]
paper behind the measuring
cylinder when taking a
reading?
V80 State two other steps that 10.4% 24.4% 14.3% 14.8%
should be taken in order to [173] [205] [35] [419]
obtain an accurate reading
(i)
V81 State two other steps that 9.4% 18.6% 12.7% 12.4%
should be taken in order to [156] [156] [31] [351]
obtain an accurate reading
(ii)
The diagram below shows a swinging pendulum set-up for an experiment

V82 What is the aim for this 13.5% 22.8% 19.6% 16.9%
experiment? [225] [191] [48] [476]
V83 List the steps to complete 16.1% 34.4% 24.5% 22.4%
one oscillation [269] [289] [60] [633]
State the variables in this experiment:
V84 Constant variable 13.8% 24.7% 11.8% 16.7%
[230] [207] [29] [473]
V85 Manipulated variable 16.3% 33.0% 17.6% 21.4%
[271] [277] [43] [605]
V86 Responding variable 11.1% 21.2% 10.2% 13.9%
[185] [178] [25] [393]

166
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Sains % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V87 What conclusion can be 10.3% 17.9% 9.4% 12.4%
made? [172] [150] [23] [359]

Soalan 2: Adakah terdapat perbezaan peratus yang dapat
menjawab betul item ujian sains antara pelajar Melayu yang
berpendapat pengajaran guru ’jelas’ dengan mereka yang
berpendapat ’kurang jelas atau tidak jelas’?
Jadual 14 menunjukkan terdapat perbezaan peratus yang dapat
menjawab setiap item ujian Matematik Tingkatan 2 mengikut
’kejelasan’ guru. Pelajar yang ‘tidak/kurang jelas’ untuk mengikuti
pengajaran sains guru amat rendah peratus (5.0% – 33%) yang dapat
menjawab setiap item ujian Sains, berbanding dengan pelajar yang
menyatakan ’jelas’. Walau bagaimanapun pelajar yang menyatakan
‘jelas’ pun agak rendah peratus yang dapat menjawab item-item ujian
itu (11.1% – 64.3%). Peratus ini membayangkan bahawa pelajar yang
‘jelas atau baik’ pun nampaknya tidaklah menunjukkan prestasi yang
memuaskan.

Jadual 14: Keputusan Ujian Sains (menjawab tepat) untuk pelajar
Melayu Tingkatan 2 berdasarkan kejelasan pengajaran guru Sains

Tidak & Kadang
V37: kejelasan pengajaran guru Melayu
kurang -kadang Jelas
Sains (N=1,667)
jelas jelas

A

Photosyntesis Respiration

Figure 1 B

V68 Figure 1 shows the 41.5% 57.6% 64.3% 56.8%
relationship between [152] [360] [435] [947]
respiration and
photosynthesis. Name the
gases released in A and B.
(i) A

167
Mengapa Kami Bantah!

Tidak & Kadang
V37: kejelasan pengajaran guru Melayu
kurang -kadang Jelas
Sains (N=1,667)
jelas jelas

V69 Figure 1 shows the 36.6% 53.0% 62.6% 53.3%
relationship between [134] [331] [423] [888]
respiration and
photosynthesis. Name the
gases released in A and B
(ii) B
The factors contributing to rusting are air and water. Both factors must be
present together. Rusting makes an object lose its shape, outlook,
becomes dull and easily broken (brittle).
V70 Give two steps to control 22.4% 25.9% 37.9% 30.0%
and prevent rusting (i) [82] [162] [256] [500]
V71 Give two steps to control 16.9% 20.0% 25.3% 21.5%
and prevent rusting (ii) [62] [125] [171] [358]
Diagram 1 shows the methods used to find the volume of a substance

V72 State the method used in 14.2% 14.2% 19.8% 16.5%
Diagram 1 [52] [89] [134] [275]
V73 Name another tool that can 5.5% 10.9% 11.1% 9.8%
be used for the method [20] [68] [75] [163]
mentioned in (a) (i)
V74 What is the volume of 33.3% 45.4% 64.3% 50.4%
Substance P? [122] [284] [435] [841]
V75 What is the volume of 28.4% 45.8% 63.2% 49.0%
Substance Q? [104] [286] [427] [817]
V76 Explain how you obtained 11.2% 17.1% 26.0% 19.4%
the answers given in (b) (i) [41] [107] [176] [324]
and (b) (ii) - i
V77 Explain how you obtained 9.3% 12.5% 20.3% 14.9%
the answers given in (b) (i) [34] [78] [137] [249]
and (b) (ii) - ii

168
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Tidak & Kadang
V37: kejelasan pengajaran guru Melayu
kurang -kadang Jelas
Sains (N=1,667)
jelas jelas

V78 Why should substance P be 6.0% 9.6% 9.5% 8.8%
lowered slowly into the [22] [60] [64] [146]
water in the measuring
cylinder?
V79 What is the purpose of 5.5% 9.8% 14.1% 10.6%
placing a sheet of white [20] [61] [95] [176]
paper behind the measuring
cylinder when taking a
reading?
V80 State two other steps that 5.5% 10.9% 12.6% 10.4%
should be taken in order to [20] [68] [85] [173]
obtain an accurate reading
(i)
V81 State two other steps that 3.0% 8.2% 13.9% 9.4%
should be taken in order to [11] [51] [94] [156]
obtain an accurate reading
(ii)
The diagram below shows a swinging pendulum set-up for an
experiment

V82 What is the aim for this 7.9% 10.9% 18.9% 13.5%
experiment? [29] [68] [128] [225]
V83 List the steps to complete 8.7% 13.4% 22.6% 16.1%
one oscillation [32] [84] [153] [269]
State the variables in this experiment:
V84 Constant variable 7.9% 14.2% 16.6% 13.8%
[29] [89] [112] [230]
V85 Manipulated variable 8.5% 14.4% 22.2% 16.3%
[31] [90] [150] [271]

169
Mengapa Kami Bantah!

Tidak & Kadang
V37: kejelasan pengajaran guru Melayu
kurang -kadang Jelas
Sains (N=1,667)
jelas jelas

V86 Responding variable 5.2% 9.6% 15.7% 11.1%
[19] [60] [106] [185]
V87 What conclusion can be 5.2% 9.3% 14.1% 10.3%
made? [19] [58] [95] [172]

Jadual 15: Analisis Perbezaan min skor ujian Sains mengikut pelbagai
variabel: sampel pelajar Melayu Tingkatan 2 (Februari 2008)
Skor maksimum = 40.00 Min Keseluruhan = 12.22

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V30. Kejelasan Pengajaran Guru
Sukar dipelajari 8.82 10.32 67.50 .000
Kadang-kadang faham 10.75 10.59
Selalu faham 14.57 11.06

V40. Gred peperiksaan akhir
tahun
A 22.62 10.28 168.37 .000
B 18.71 10.75
C 12.49 10.60
D 8.68 9.09
E 7.22 8.10

V24. Tuisyen (Sains)
Ya 14.02 11.30 32.547 .000
Tidak 11.45 10.80

Jadual 15 di atas menunjukkan terdapat perbezaan min skor Sains yang
signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas.
a. Min skor pelajar yang ‘sukar’ memahami pengajaran guru Sains
hanya 8.82 berbanding dengan min skor 14.57 yang ’selalu
faham’, daripada skor maksimum 40.0. Ini menunjukkan yang
pelajar ‘baik’ juga tidak dapat belajar dan skor sains dengan
baik.
b. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar
berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1)
dengan prestasi ujian sains Tingkatan 2. Skor pelajar gred E
hanya 7.22 daripada skor maksimum 40.0

170
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

c. Min prestasi Sains pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi
sedikit berbanding pelajar yang tidak mengambil tuisyen
dalam ujian sains Tingkatan 2.
Kesimpulan
Apa yang jelas adalah prestasi ujian Sains pelajar semua keturunan
Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan Melayu.
Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Sains
dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (86.9%) seperti yang kita lihat
dalam Jadual 6 di atas. Kesukaran mempelajari sains dalam bahasa
Inggeris ini adalah antara faktor yang menyebabkan mereka sukar
mengikuti pengajaran guru mengajar Sains, dan dengan itu mereka
tidak dapat menjawab ujian Sains.

Bahasa Inggeris
Soalan 1: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab
soalan ujian Sains?
Jadual 19 menunjukkan min skor sains seluruh sampel rendah, iaitu
13.84 dari skor maksimum 22.0. Tidak terdapat perbezaan yang nyata
skor bahasa Inggeris antara pelajar berlainan keturunan Melayu, Cina
dan India.

Jadual 16: Analisis Perbezaan min skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan
2 mengikut keturunan (Feb. 2008)
Skor Maksimum = 22.00 Min Keseluruhan = 13.84

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V42 Melayu 13.94 5.51 6.47 .000
Cina 13.87 6.25
India 14.00 5.72
Lain-lain 10.90 7.10

Soalan 2: Sejauh manakah pelajar Tingkatan 2 dapat membaca dan
memahami berita mudah dalam surat khabar Inggeris?
Ujian dan petikan berita mengenai ’flood’ di Klang ini (daripada akhbar
The Star, 2004) ini diambil dan dipersesuaikan daripada Peperiksaan
Akhir Tahun Tingkatan 1 Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah.
Jadual 17 menunjukkan pertus pelajar yang dapat menjawab beberapa
soalan kefahaman, pecahan mengikut keturunan.
Bagi seluruh sampel, soalan kefahaman yang ’direct’ dan
jawapannya sepatah perkataan, iaitu soalan v62, 60.9% dapat

171
Mengapa Kami Bantah!

menjawab; dan soalan v63, 66.0% dapat menjawab. Tetapi apabila
pelajar perlu berfikir sedikit, dan perlu menjawab dengan ayat yang
lebih panjang (misalnya soalan ’What was the cause of the flood?’)
hanya 26.8% boleh menjawab. Untuk soalan lain, kurang daripada 50%
dapat menjawabnya.

Petikan (Ujian BI Tingkatan 2)
Klang - Several roads in Klang were flooded on Thursday
following a heavy downpour that asted less than an hour. Some
housing estates including Taman Sentosa, Bandar Puteri and
Taman Desawan were flooded.
Among the worst affected areas were stretches of Jalan Pasar and
Jalan Tengku Kelana. Rising flood waters and stalled vehicles on
the affected roads caused a massive traffic jam.
The rain, which started at 6 a.m. affected residents of Bandar
Puteri the most, as flood water entered their houses. Due to the
flood, office staff, factory workers and school children could not
go to work or school on time.
As a result of these floods, properties were damaged and
residents had to spend a lot of money to repair them. Roads were
also damaged and potholes caused accidents. The residents
blamed the developers and requested the authorities to take
immediate measures to improve this situation.
Adapted: The Star, 2004

Jadual 17: Peratus Pelajar yang dapat menjawab soalan Ujian Bahasa
Inggeris Tingkatan 2, berdasarkan petikan akhbar di atas

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Bahasa Inggeris % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V62 What happened in 59.3% 66.0% 58.8% 60.9%
Klang? [988] [554] [144] [1,720]

V63 What were the worst 64.8% 69.4% 65.3% 66.0%
affected areas? [1,081] [582] [160] [1,865]

V64 What was the cause of 25.0% 33.1% 22.4% 26.8%
the flood? [416] [278] [55] [757]

V65 Whom did the residents 46.6% 51.7% 48.6% 48.0%
blame for the flood? [777] [434] [119] [1,356]

172
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Melayu Cina India Jumlah
Ujian Bahasa Inggeris % % % %
(N=1,667) (N=839) (N=245) (N=2,824)

V66 Write down two effects 43.6% 44.1% 50.2% 44.2%
caused by the flood? (i) [727] [370] [123] [1,247]

V67 Write down two effects 40.9% 46.6% 46.9% 43.1%
caused by the flood? (ii) [682] [391] [115] [1,217]

Jadual 18 menunjukkan dapatan analisis peratus pelajar Melayu
Tingkatan 2 yang bersekolah ’di bandar’, ’pekan besar dan ’di luar
bandar’ yang dapat menjawab item-item ujian kefahaman Bahasa
Inggeris. Rata-rata lebih tinggi sedikti peratus pelajar ’bandar’ dan
’pekan besar’ yang dapat menjawab dengan betul berbanding dengan
pelajar ’di luar bandar’.

Jadual 18: Peratus Pelajar Melayu Tingkatan 2 yang dapat menjawab
item Ujian Bahasa Inggeris mengikut lokasi sekolah

Pekan Luar
Bandar Melayu
besar bandar
Ujian Bahasa Inggeris % %
% %
(N=543) (N=1,667)
(N=209) (N=915)

V62 What happened in 57.8% 59.8% 60.0% 59.3%
Klang? [314] [125] [549] [988]

V63 What were the worst 70.9% 67.0% 60.8% 64.8%
affected areas? [385] [140] [556] [1,081]

V64 What was the cause of 26.5% 36.8% 21.3% 25.0%
the flood? [144] [77] [195] [416]

V65 Whom did the 50.3% 54.5% 42.6% 46.6%
residents blame for the [273] [114] [390] [777]
flood?

V66 Write down two effects 49.7% 42.1% 40.3% 43.6%
caused by the flood? (i) [270] [88] [369] [727]

V67 Write down two effects 49.7% 42.1% 35.4% 40.9%
caused by the flood? [270] [88] [324] [682]
(ii)

173
Mengapa Kami Bantah!

Jadual 19 menunjukkan dapatan analisis peratus pelajar Melayu
Tingkatan 2 yang menyatakan ‘jelas’ ‘kadang-kadang jelas’, dan ‘tidak
jelas’ pengajaran guru bahasa Inggeris. Peratus daripada kumpulan
‘jelas’ lebih tinggi sedikit dapat menjawab item ujian itu berbanding
dengan mereka yang ‘tidak jelas’. Tetapi pertus jawapan betul daripada
kumpulan ‘jelas itu tidaklah bagitu memuaskan (26.5% - 68.88%) untuk
item-item (v62-v67) dalam ujian itu.

Jadual 19: Peratus Pelajar Melayu Tingkatan 2 yang dapat menjawab
item Ujian Bahasa Inggeris berdasarkan ‘kejelasan’ pengajaran guru
Bahasa Inggeris

Tidak
Kadang
V36: kejelasan pengajaran & Melayu
-kadang Jelas
guru BI kurang (N=1,667)
jelas
jelas

V62 What happened in 50.6% 57.5% 63.6% 59.3%
Klang? [134] [353] [501] [988]

V63 What were the worst 53.2% 64.8% 68.8% 64.8%
affected areas? [141] [398] [542] [1,081]

V64 What was the cause of 21.1% 24.6% 26.5% 25.0%
the flood? [56] [151] [209] [416]

V65 Whom did the 30.9% 46.3% 52.2% 46.6%
residents blame for the [82] [284] [411] [777]
flood?

V66 Write down two effects 30.9% 40.7% 50.1% 43.6%
caused by the flood? (i) [82] [250] [395] [727]

V67 Write down two effects 29.8% 39.1% 46.1% 40.9%
caused by the flood? (ii) [79] [240] [363] [682]

174
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Jadual 20: Analisis Perbezaan min skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan
2 mengikut beberapa variabel (JANUARI 2008)

Skor Maksimum: 22.00 Min Keseluruhan: 14.09

Sisihan
Item Min Nilai F Sig.
Piawai

V42 Lokasi
Bandar 14.23 5.82 14.29 .000
Pekan Bandar 14.76 5.77
Luar Bandar 13.27 5.77

V29 Kejelasan pengajaran Guru
Tidak jelas 11.01 6.19 97.52 .000
Kadang-kadang jelas 13.41 5.81
Jelas 15.12 5.28

V38 Gred peperiksaan akhir tahun
A 17.50 4.90 126.00 .000
B 16.38 4.64
C 13.95 5.20
D 12.18 5.72
E 9.57 6.50

V23 Tuisyen (Bahasa Inggeris
Ya 14.35 5.79 9.68 .002
Tidak 13.62 5.81

Jadual 20 di sebelah menunjukkan terdapat perbezaan min skor Ujian
Bahasa Inggeris antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas.
a. Min skor pelajar sekolah di luar bandar rendah sedikit daripada
min skor pelajar di pekan besar dan di bandar.
b. Min skor pelajar yang ‘jelas’ pengajaran guru Bahasa Inggeris lebih
tinggi sedikit (15.12) berbanding dengan min skor pelajar ’tidak
jelas’ (11.01).
c. Terdapat hubungan yang signifikan antara gred peperiksaan yang
lalu dengan prestasi skor ujian Bahasa Inggeris Tingkatan 2. Min
pelajar E hanya 9.57 berbanding dengan min pelajar A 17.50.
d. Min skor Bahasa Inggeris pelajar yang mengambil tuisyen lebih
tinggi sedikit berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil
tuisyen.

175
Mengapa Kami Bantah!

Kesimpulan tentang pencapaian Bahasa Inggeris
Apa yang jelas adalah prestasi ujian Bahasa Inggeris pelajar semua
keturunan Tingkatan 2 (2008) adalah rendah. Tidak terdapat perbezaan
skor min yang signifikan antara pelajar mengikut keturunan. Peratus
pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari Bahasa
Inggeris adalah tinggi (67.0%), dan 72.0% pelajar Melayu yang
menyatakan ‘sukar/agaksukar’ mempelajari Bahasa Inggeris, seperti
yang kita lihat dalam Jadual 4 di atas.
Pelajar Melayu, pelajar di luar bandar, pelajar yang tidak mengambil
tuisyen bahasa Inggeris, adalah lemah dalam ujian bahasa Inggeris.
Rata-rata pelajar Tingkatan 2 masih agak lemah bagi membaca dan
memahami berita akhbar biasa dalam bahasa Inggeris. Seramai 73%
pelajar tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka berfikir
dan menjawab dengan ayat yang lebih panjang, misalnya soalan ’What
was the cause of the flood?’
Kesimpulan umum
1. Secara keseluruhannya hanya 15.8% pelajar Tingkatan 2 yang
menyatakan pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris ‘tidak sukar’;
ertinya 84% menyatakan ‘kadang-kadang sukar/sukar’. Lebih tinggi
peratus pelajar Melayu yang menyatakan ‘sukar’ mempelajari
matematik dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar Cina
dan India.
2. Secara keseluruhannya hanya 13.1% pelajar Tingkatan 2 yang
menyatakan pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris ‘tidak sukar’; dan
87.0% menyatakan ‘sukar/kadang-kadang sukar’. Lebih tinggi
peratus pelajar Melayu yang ‘sukar’ belajar sains dalam bahasa
Inggeris berbanding dengan pelajar Cina dan India.
Pencapaian matematik
3. Perkara yang jelas adalah prestasi ujian matematik pelajar semua
kaum Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan
Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’
mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (84.0%).
Kesukaran mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris ini adalah
antara faktor yang menyebabkan semua pelajar (terutama pelajar
Melayu) sukar mengikuti pengajaran matematik; dan dengan itu
mereka tidak dapat menjawab ujian matematik dengan baik.
4. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor matematik
yang signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas.
a. Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi kejelasan
pengajaran guru dengan prestasi pelajar dalam ujian Tingkatan 2

176
Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

b. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar
berlainan gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1)
dengan prestasi ujian matematik Tingkatan 2.
c. Min prestasi pelajar yang mengambil tuisyen adalah lebih tinggi
sedikit berbanding pelajar yang tidak mengambil tuisyen dalam
ujian Tingkatan 2.

Pencapaian sains
5. Apa yang jelas adalah prestasi ujian Sains pelajar semua keturunan
Tingkatan 2 (2008) adalah rendah, terutama pelajar keturunan
Melayu. Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’
mempelajari sains dalam bahasa Inggeris adalah tinggi (87.0%). Lebih
tinggi sedikit peratus pelajar Melayu yang menyatakan ‘sukar’
mempelajari sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar
Cina dan India. Kesukaran mempelajari sains dalam bahasa Inggeris
ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan mereka sukar
mengikuti pengajaran guru mengajar Sains, dan dengan itu mereka
tidak dapat menjawab ujian Sains.
6. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor Sains yang
signifikan antara kumpulan pelajar dalam setiap variabel bebas.
a. Min skor pelajar yang ‘sukar’ memahami pengajaran guru sains
hanya 8.82 berbanding dengan min skor 14.57 yang ’selalu faham’,
daripada skor maksimum 40.0. Ini menunjukkan yang pelajar
‘baik’ juga tidak dapat belajar dan skor Sains dengan baik.
b. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar berlainan
gred peperiksaan akhir tahun yang lalu (Tingkatan 1) dengan
prestasi ujian sains Tingkatan 2. Skor pelajar gred E hanya 7.22
daripada skor maksimum 40.0
c. Min prestasi sains pelajar yang mengambil tuisyen lebih tinggi
sedikit berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil tuisyen
dalam ujian sains Tingkatan 2.

Pencapaian Bahasa Inggeris
7. Hanya 33.3% pelajar Tingkatan 2 yang menyatakan Bahasa Inggeris
‘senang’ dipelajari. Ertinya 66.7% menyatakan ‘sukar atau agak sukar’
dipelajari.
8. Perkara yang jelas adalah prestasi ujian Bahasa Inggeris pelajar semua
kaum Tingkatan 2 (2008) adalah rendah. Tidak terdapat perbezaan
skor min yang signifikan di antara pelajar mengikut keturunan.
Peratus pelajar yang menyatakan ‘sukar/agak sukar’ mempelajari
Bahasa Inggeris adalah tinggi (67.0%).
9. Pelajar Melayu, pelajar di luar bandar, pelajar yang tidak mengambil
tuisyen bahasa Inggeris, adalah lemah dalam dalam bahasa Inggeris.

177
Mengapa Kami Bantah!

10. Rata-rata pelajar Tingkatan 2 masih agak lemah bagi membaca dan
memahami berita akhbar biasa dalam bahasa Inggeris. Seramai 73%
pelajar tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka
berfikir sedikit dan menjawab dengan ayat yang lebih panjang,
misalnya soalan ’What was the cause of the flood?’

Kesimpulan besar
11. Kesan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris
menyukarkan pelajar Tingkatan 2 mempelajari dua mata pelajaran ini.
Prestasi mereka juga rendah dalam ujian-ujian Matematik dan Sains
yang diberi. Kesan negatif ini lebih besar dalam kalangan pelajar
Melayu.
12. Rata-rata penguasaan bahasa Inggeris pelajar ini juga rendah.
Misalnya 73% pelajar tidak dapat membaca dan memahami petikan
berita akhbar yang memerlukan mereka memikir dan menjawab
dalam bentuk ayat mudah. Ini menunjukkan pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris tidaklah membantu secara
signifikan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

178
Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI

Suara dari dinding Dewan
A Samad Said
Sasterawan Negara

Empat dekad sudah. ia telah tergelongsor jauh ke lurah
jaring kebingungan tenat bahasa.
Suara dari dinding dewan sayup,
tapi nyata. Empat dekad bahtera bangga
Lalu aku sayu dan aku pilu; anak cucu wajar menduga
Lalu, aku ragu dan aku malu, mereka khusyuk atas sejadah
watikah rasmi dari luar depan al-Quran mereka bertanya:
disokong badai jampi liar. Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
Lidah yang diluhuri maruah sekali janji, sekali nafi;
dikelar sendiri, mengapa? sekali pancang, sekali pincang,
Kerana kita membeli harta iktibar apakah semua ini?
dengan seni dan bahasa?
Atau kita membeli ilmu A. Samad Said
yang hanya mencerna harta? Mei 1996

Aku terlalu resah dan tua
untuk menghadami siasah
laju kaki dari roda
lebat saham dari hikmah.
Mungkin ini hanya mimpi.
Kita akan menjadi pengembara
bahasa jati penghalaunya.

Benarkan sesekali aku berduka
nelayan yang terlalu mengasihi
bangsa,
benarkan lukanya didera
samudera.
Dan usah datang mencarinya
sebelum dan sesudah pilihan raya

179
Mengapa Kami Bantah!

Lampiran: Resolusi-Resolusi Terpilih

180
1. Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI

Bismillahhirrahmannirrahim

Rasional
1. Kami menganggap bahawa keputusan mengubah bahasa pengantar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dari bahasa
Melayu (bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia) berbalik ke
Bahasa Inggeris adalah suatu dasar dan keputusan yang salah dari
apa-apa segi pun. Tidak ada sebab yang munasabah yang dapat kami
fikirkan mengapa dasar asal diubah padahal setelah lebih tiga puluh
tahun sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu (Bahasa
Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Malaysia) tidak ada apa-apa masalah
besar yang timbul. Banyak pelajar kita dari semua kaum berjaya
mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu (bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia) dari peringkat rendah hingga
ke peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi.
Sebahagian mereka berjaya menjadi ahli sains, pakar perubatan,
profesor dan pensyarah sains dan matematik yang tidak kurang
hebatnya dengan para pakar dari negara-negara lain yang maju.
2. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) itu, selain tidak munasabah dari segi
pendidikan, telah dibuat dengan mengejut, tanpa perbincangan yang
mendalam dengan semua pihak yang ahli dalam bidang pendidikan
sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Akibatnya, pelaksanaan
dasar ini telah menimbulkan banyak masalah, terutama masalah
beratus ribu murid, terutama di sekolah kebangsaan di luar Sandar.
tidak memahami sains dan matematik kerana mata pelajaran ini
diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham dan masalah guru
yang juga tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk
mengajarkan mata pelajaran ini dengan baik dalam bahasa Inggeris.
3. Dasar ini sama sekali salah dari segi prinsip pedagogi dan
pelaksanaannya. Dari segi pedagogi, kajian membuktikan bahawa
kemahiran kognitif akademik berkembang pesat terutamanya melalui
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar pada peringkat awal.
Apabila bahasa pertama itu tidak berkembang, maka kebolehan
kognitif akademiknya juga tidak dapat dikembangkan dengan cepat.
Mengapa Kami Bantah!

4. Murid yang dipaksa belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa
pengantar terpaksa menggunakan kemahiran kognitif akademik yang
lemah (Swain 1986; Cummins & Saville-Troike 1991).
5. Kementerian Pelajaran hendaklah bersifat terbuka, mendengar segala
pandangan dan kritikan yang berasaskan pertimbangan dan kajian
yang bebas dan tidak berdasarkan hasil dan statistik yang diperolehi
dari kajian yang tidak bebas, yang selektif dan yang boleh
dimanipulasi untuk kepentingan pihak yang membuat dasar.
6. Ada orang yang menyangka bahawa yang terlibat dalam dasar ini
hanyalah dua mata pelajaran sahaja. Hal ini sama sekali tidak benar.
Yang terlibat ialah lebih 89 cabang sains dan matematik. Jadi, jika
dasar ini diteruskan maka semua mata pelajaran dan kursus yang
berasaskan sains itu tidak akan diajarkan lagi dalam bahasa Melayu
(Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Malyasia).
7. Memorandum ini tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran
yang tidak rasional atau didorong oleh perasaan anti bahasa Inggeris.
Malah kami menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius
untuk memperbaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita menguasai
bahasa ini dengan cukup baik setelah mempelajarinya selama sebelas
tahun dari Darjah I hingga Tingkatan.
8. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan
mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan
masalah yang tidak patut timbul.
Tuntutan Kami
Maka dengan ini kami dari Gerakan Memansuhkan PPSMI dengan
hormat dan rendah hati memohon, demi masa depan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu yang mempunyai sejarah yang panjang di rantau
ini, supaya Kementerian Pelajaran Malaysia membatalkan dasar PPSMI
ini dan kembali mengajarkan sains dan matematik dalam Bahasa
Kebangsaan Malaysia di Sekolah Kebangsaan dari peringkat sekolah
rendah dan menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi seperti
yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an hingga 2003.
Dengan hormat,

Dato' Dr. Hassan Ahmad
Mewakili Jawatankuasa Gerakan Memansuhkan PPSMI, dan seluruh
anggota dan penyokong Gerakan ini
15 Januari 2009 Di Kuala T erengganu.

182
2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran
Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa
Inggeris

Perbincangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah
dalam Bahasa Inggeris di Pusat Persidangan Antarabangsa
Putrajaya pada 27hb Ogos 2008
1. Prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa
ibunda lebih cemerlang
Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda
dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada
penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak
kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah
diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat
permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih
cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.
Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang
diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa
Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar
sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu
dahulu itu.
2. Bahasa Inggeris bukan bahasa tunggal S & T
Kajian sejarah S & T telah membuktikan bahawa hampir semua
penemuan sains penting bukan dalam bahasa Inggeris tetapi di
dalam bahasa ibunda penemunya. Setiap bangsa maju itu
mempribumi dan mengungkap S & T dalam bahasanya sendiri
mengikut kosmologi, pandangan alam dan nilai agama serta
budayanya sendiri, menguasainya serta mengkritiknya dan
akhirnya mengarya saisn dan teknologinya sendiri. Tiada bangsa
maju yang mengarya S&Tnya dalam bahasa asing.
3. Kejayaan pembudayaan S&T tidak bergantung kepada
penguasaan bahasa Inggeris
Pendidikan S&T dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar
pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah
melahirkan ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya.
Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran
bahasa Melayu di Salon International des Invention, Geneve,
Mengapa Kami Bantah!

Switzerland; World Exhibition of Innovation, Research and New
Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London;
dan Seoul International Invention Fair membuktikan keampuhan
bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf
Dunia itu. Kecemerlangan mereka tidak sedikit pun tercela dengan
pendidikan bahasa Melayu.
4. Bahasa Melayu adalah faktor genting dalam pembudayaan S&T
di Malaysia
Pembudayaan S&T yang sebenar amat berhubung rapat dengan
pencernaan S&T dalam sistem pemikiran yang serasi dengan
kosmologi dan pandangan alam sesuatu bangsa yang terungkap di
dalam bahasa ibundanya. Oleh yang demikian kejayaan
pembudayaan S&T di Malaysia amat bergantung kepada
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Inilah
inti pati daripada slogan “bahasa jiwa bangsa”. Impian para
pemimpin Malaysia untuk menjadikan Malaysia maju dalam
acuannya sendiri akan kekal menjadi angan-angan sahaja jika S&T
masih terus dibudayakan dalam bahasa asing.
5. Bahasa Melayu bukan faktor pembantut penguasaan S&T.
Kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa 20 tahun dengan
dasar bahasa Melayu dalam pendidikannya merupakan bukti
keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa poengantar S&T.
Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran
bahasa Melayu di Salon International des Invention Geneve; World
Exhibition of Innovation, Research and New Technologies,
Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul
International Invention Fair menunjukkan bahawa keampuhan
bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf
Dunia itu amatlah ketara dan tidak boleh dinafikan lagi.
6. Mendahulukan Penguasaan S&T bangsa Melayu dengan meng-
gunakan Bahasa Inggeris akan membunuh Bahasa Melayu
Dasar meninggalkan bahasa Melayu dahulu dalam mengejar
kemajuan ekonomi dalam bahasa Inggeris, dan setelah berjaya
kelak barulah memperkasakan bahasa Melayu adalah tidak akan
berjaya kerana sejarah telah menunjukkan bahawa tiada bahasa
yang ditinggalkan begitu lama dapat disesuaikan semula dengan
perkembangan zaman (contoh: bahasa Latin). Malah kemajuan
bahasa-bahasa maju tidak pernah berlaku mengikut cara ini.
7. S&T sarat nilai dan tidak neutral kerana dibentuk oleh
kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya sesuatu bangsa
Pada hakikatnya S&T yang dipribumi dan diungkap dalam bahasa
nasional setiap bangsa maju diwarnai kosmologi, pandangan alam
dan nilai budaya. Maka S&T yang diungkap dalam bahasa
Inggeris itu dibebani kosmologi dan pandangan alam Inggeris

184
Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam ...

yang asing bagi banga Melayu. S&T di Malaysia semestinyalah
diungkapkan dalam bahasa Melayu yang beracuan Islam yang
lebih dekat dengan budayanya kerana Malaysia mempunyai
sejarah hubungan rapat dengan Islam.
8. Pengajaran S&T dalam bahasa Inggeris tidak akan meng-
hasilkan lebih ramai orang Malaysia menguasai bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa Inggeris tidak ada hubungan langsung dengan
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bahkan
pelajar pada peringkat permulaan pendidikan akan mengalami
kesukaran memahami S&T kerana terpaksa menterjemahkan
dahulu istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu,
memahaminya dahulu sebelum mencuba memahami ilmu sains
dan matemtik pula.
9. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak akan mudah
berintegrasi menggunakan bahasa Inggeris yang asing
Penggunaan bahasa Inggeris di India sebagai bahasa rasmi
kerajaan dan pendidikan gagal mengintegrasi rakyat India
berbilang kaum kerana bahasa Inggeris itu asing bagi rakyat jelata
India. Pelajar sekolah di bawah sistem pendidikan kebangsaan
ternyata lebih berpeluang bersaling tindak yang jauh lebih luas
dan lebih hebat antara pelbagai kaum dalam bahasa Melayu.
10. Desa sejagat dan kepelbagaian bahasa
Pengiktirafan hanya kepada satu bahasa atas alasan desa sejagat
yang de facto berbahasa Inggeris dengan mengabaikan atau
mematikan sesuatu bahasa lain adalah bertentangan dengan hak
asasi manusia yang menuntut pengiktirafan bahasa-bahasa lain
untuk kenal-mengenali antara satu dengan yang lain seperti yang
dianjurkan oleh UNESCO. Peluang perniagaan juga tidak
tergantung kepada bahasa Inggeris akan tetapi kepada bahasa
tempatan pasaran dan kerana itulah antara lain perisian komputer
Microsoft juga ditulis dalam bahasa Cina untuk pasaran besar
Cina.
11. Dasar pendidikan kebangsaan selama ini tidak merugikan
Melayu
Dasar pendidikan negara maju bukan Inggeris seperti Jepun dan
Korea telah berjaya mencapai S&T yang setara atau lebih tinggi
lagi. Kemampuan orang Melayu kini yang semakin kuat
menyaingi kaum lain berbanding dengan nasib malang orang
Melayu ketika pendidikan aliran Inggeris dahulu menunjukkan
dasar pendidikan kebangsaan menguntungkan lagi orang Melayu.
12. Terjemahan ilmu ke bahasa Melayu amat perlu bagi mengejar
kepantasan perkembangan ilmu

185
Mengapa Kami Bantah!

Sejarah tamadun membuktikan bahawa peranan terjemahan
dalam pembinaan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu itu adalah
teramat penting. Terjemahan karya pilihan amat perlu dan banyak
menguntungkan perkembangan ilmu dalam sesebuah negara. Para
penterjemahlah yang mula sekali memahami ilmu yang
diterjemahkannya itu. Jika ramai sarjana Melayu terlibat dalam
penterjemahan maka ramailah sarjana Melayu yang tinggi
kefahaman ilmunya sehingga mempercepatkan lagi proses
kritikan ilmu semasa dan seterusnya meningkatkan kemampuan
mengarya ilmu baru ciptaan sendiri pula.
13. Bahasa Melayu tidak menghalang pelajar Malaysia meng-
gunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Perisian komputer sekarang semakin mesra pengguna sehingga
seseorang yang buta bahasa Inggerispun boleh berinteraksi
dengan komputer peribadinya dengan mudah.
Bahan pendidikan peringkat sekolah dalam internet tidaklah
banyak sehingga tanpa penggunaan internet pelajar sekolah akan
ketinggalan. Bahkan bahan peringkat sekolah di internet sudah
pun banyak dalam bahasa Melayu dan perisian untuk sekolah
bestari telah dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan komputer
untuk tujuan menyelesaikan masalah dan menjana ilmu baru
itulah memerlukan hanyalah daya khayalan, daya pengaryaan dan
kepintaran seseorang tanpa perlu fasih bahasa Inggeris kerana
komputer itu alat yang amat mesra pengguna.
14. Penemuan Ilmu Sains Baru dalam bahasa Melayu
Sains yang sedang dikaji kini seperti bioteknologi dan
nanoteknologi telah ditemui pada awal abad ke-20 hinggalah ke
tahun-tahun 70an. Ilmu sains kini merupakan inovasi kepada
penemuan-penemuan asal itu dan telahpun mencapai tahap
ketepuan dan kelesuan. Presiden Universiti John Hopkins yang
juga merupakan ahli sains tersohor telah menyarankan supaya
penyelidikan sains hendaklah kembali menumpu kepada
penemuan ilmu sains baru yang akan menghasilkan teknologi
masa depan (Financial Times 20/8/2005). Ini merupakan peluang
keemasan bagi ahli sains Malaysia untuk menemui ilmu sains baru
dengan menggunakan bahasa Melayu yang sarat budaya Melayu
dan agama Islam. Sumber tabii pribumi yang belum diterokai
mengandungi fenomena alam baru yang dapat menghasilkan ilmu
sains baru yang terbina atas kerangka paradigma Melayu dan
Islam.
Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia
28 Ogos 2008

186
3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin

Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi kerana
membolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan
kaum Melayu di Malaysia. Pada kami, kaum Melayu menghadapi
masalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri.
Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokoh
daripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yang
peduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negara
Malaysia. Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut.
Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum,
maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan dan
pemahamannya dari segi sejarah.
Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu
perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah.
Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25%
daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama
terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat
menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini
adalah hasrat yang wajar.
Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah
lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya
pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula
berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu.
Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada
370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja,
padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah
66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.
Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinet
melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan
pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi
swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.
Mengapa Kami Bantah!

Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan
yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh
Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan
Universiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa
penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh
mahkamah. Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah
menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul
Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih
juga wujud dan diteruskan.
Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman
dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan
Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman
masih wujud dan diteruskan.
Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris
dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM
dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.
Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi,
Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk
Kolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberi
pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati
orang Melayu.
Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasa
penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa
Inggeris.
Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tiba
bagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semula
dengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kita
memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita
tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang
akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yang
merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah.
Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada
52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi
UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750%
lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan
mereka.
Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31
Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai
kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak
kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa satu tahun, lebih

188
Kebimbangan Kumpulan Prihatin

daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah
satu kelonggaran yang luar biasa.
Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari
darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara.
Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya.
Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah
kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlu
menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu.
Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing-
masing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal
sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi
mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih
banyak lagi yang perlu dijayakan.
Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama.
Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti,
terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi.
Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK)
perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitan
dengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah
antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh,
nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan
ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah menurut
nisbah komposisi penduduk Malaysia. Tetapi, menurut bancian tahun
2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66% dan bukan
Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah kemasukan
ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk sekarang.

Kita bukan mengungkit
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
Demi perpaduan
Demi kemajuan.
Ambillah teladan
dari negara-negara jiran
Berterima kasih dan
Ucapkan kesyukuran

189
Mengapa Kami Bantah!

Agar dapat kita sama-sama
Menikmati kemajuan
Serta keamanan.

Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid
Ketua, Kumpulan Prihatin

190
4. Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan
Prihatin

Kumpulan Prihatin terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa,
ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan
beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa
depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa,
budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang
pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan
Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa
kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu
dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.
Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan
sosial orang Melayu dan Islam.
1. Kerajaan Malaysia mengubah bahasa pengantar bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah dan IPTA daripada
bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris.
2. Tindakan ini tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan
Negara Malaysia (Perkara 152), iaitu bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dan dengan Penyata Razak
(1956) serta Akta Pendidikan (1996) yang menobatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah
rendah sehinggalah peringkat universiti.
3. Walaupun dihujahkan perubahan ini hanya melibatkan dua mata
pelajaran, iaitu sains dan matematik, hakikatnya perubahan ini
membawa kesan yang jauh lebih parah kepada bahasa Melayu.
Sebagai contoh, menurut kajian kami, di peringkat SPM nanti, kira-
kira 71 % mata pelajaran diajarkan dalam bahasa Inggeris
sementara hanya 29% dalam Bahasa Malaysia. Ini bermakna,
Bahasa Malaysia tidak lagi menjadi bahasa pengantar utama;
bahasa Inggeris telah diseludupkan sebagai bahasa pengantar
utama.
4. Di peringkat IPT pula, keadaan menjadi lebih tenat lagi, iaitu cuma
9% mata pelajaran dalam Bahasa Malaysia, berbanding dengan
91% mata pelajaran berbahasa Inggeris!
Mengapa Kami Bantah!

5. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar sains dan
matematik di semua peringkat pendidikan, bahasa Malaysia tidak
lagi menjadi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Istilah dalam pelbagai
bidang ilmu yang dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru
tidak akan dicipta lagi. Tiada siapa yang mahu menerbitkan buku
ilmu dalam Bahasa Malaysia kerana tidak akan ada pasaran
untuknya. Akibatnya Bahasa Malaysia akan terperosok sebagai
bahasa pasar sahaja.
6. Hujah membuat pertukaran ini kononnya adalah bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Hujah ini
sama sekali tidak berasas kerana belum pernah dibuktikan di
mana-mana di dunia ini mengajar sains dan matematik dalam
sesuatu bahasa boleh meningkatkan penguasaan bahasa itu.
7. Kami bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris para pelajar
kita baik di peringkat sekolah maupun IPT perlu ditingkatkan.
Tetapi ini bukanlah caranya. Caranya menurut hemat kami adalah
dengan menambah jumlah guru yang mahir, khususnya di
sekolah-sekolah di luar bandar, menggalakkan para pelajar lebih
gemar membaca dan menggunakan bahasa itu secara aktif.
8. Kami mencadangkan guru-guru yang mahir dan terlatih dalam
bahasa Inggeris, sains dan matematik dihantar ke sekolah-sekolah
di luar bandar dan memberikan insentif kepada mereka. Misalnya,
mereka yang sanggup tinggal dan mengajar di luar bandar selama
lima tahun diberikan bonus atau ganjaran istimewa. Apabila
sekolah-sekolah luar bandar sudah mencapai taraf kemajuan
akademik dan lainnya yang sama dengan sekolah-sekolah di
bandar, maka wajarlah pada waktu itu dilaksanakan sistem
meritokrasi.
9. Kami juga suka mencadangkan agar dalam sistem pendidikan kita,
setiap pelajar diwajibkan menguasai sekurang-kurangnya tiga
bahasa. Untuk pelajar Melayu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris
dan bahasa Arab. Untuk yang lain bahasa Malaysia dan Inggeris di
samping bahasa ibunda mereka masing-masing.
10. Kami amat prihatin akan masa depan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa ilmu dan budaya tinggi. Kami membangkitkan isu ini
banyak kali dalam seminar, syarahan, rencana dan perbincangan.
Malahan kami telah membawa isu ini ke hadapan mantan Perdana
Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri,
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nampaknya masih tidak
ada tindakan yang positif mendaulatkan semula bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kita.

192
Isu Bahasa & Pendidikan

Dari itu sempena pilihanraya ke 12 ini, kami menyeru agar suatu
komitmen mengenai isu ini dibuat oleh pihak kerajaan. Kami juga
menyeru para pengundi yang prihatin agar mendesak calon
masing-masing membuat komitmen akan menyuarakan isu ini
sebelum memberikan undi kepada mereka.

Ahli-Ahli Kumpulan Prihatin

1. Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Hamid (Pengerusi)
2. Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin (Setiausaha)
3. Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid
4. Dato’ Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria
5. Dato’ Zainal Abidin Abd Wahid
6. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
7. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (PPM)
8. Prof. Dr. Shaharir M. Zain
9. Prof. Dr. Awang Sariyan (Persatuan Linguistik Malaysia)
10. Dato’ Baharuddin Zainal (Persatuan Penulis Nasional (PENA))
11. Tuan Haji Yusri Mohamad (ABIM)
12. Tuan Mohd. Zaidi Aziz (PKPIM)
13. Dr. Sanat Mohd Nasir
14. Dr. Muhammad Nur Manuty
15. Dr. Ahmad Kamar
16. Prof. Dr. Chamsuri Siwar
17. Dr. Zulkifli Hamid
18. Dato’ Mohd Hussein Ahmad
19. Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman
20. Dr. Tajul Arifin
21. Tuan Kamal Shukri Abdullah Sani
22. Tuan Haji Omar Jaafar
23. Tuan Haji Yunus Aminuddin

193
Mengapa Kami Bantah!

24. Puan Hajah Raja Masittah Raja Ariffin
25. Tuan Mohd Hilmi Ramli
26. Tuan Khairul Arifin Mohd Munir

Yayasan Penataran Ilmu,
Jalan Dewan Bahasa,
Kuala Lumpur.
6 Mac 2008

194
5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia

Kami warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan peranan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan yang berlaku di Malaysia.
Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir
Mohamad meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains
dan Matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan. Situasi ini menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu
semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap daripada tanah air
kita sendiri.
Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa
Melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem
pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa
“dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama.” Hakikatnya, jikalau Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan
guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakan Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI yang dilihat tergesa-gesa
ini adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan itu digunakan
sebagai bahasa utama dalam negara.
Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memberi
definisi jelas kepada maksud Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan
ditafsirkan sebagai Sekolah Rendah Kerajaan atau Sekolah Rendah
Bantuan Kerajaan - (b) yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai
Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
- (b) yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.
Mengapa Kami Bantah!

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali
Sekolah Jenis Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri
daripada subseksyen ini”
Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin Melayu kini sudah
tidak memiliki sensitiviti bagi mempertahankan kedudukan Bahasa
Kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati
peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.
Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh
pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak
diamali sebaik-baiknya.
Untuk mempastikan agar kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah
diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia:
• Mengembalikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di semua Sekolah
Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
• Memelihara Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan
perpaduan kaum.
• Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala
peruntukan undang-undang yang ada bagi menjamin
kedudukan Bahasa Kebangsaan.
• Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan
Bahasa Kebangsaan yang diwarisi daripada generasi pemimpin
terdahulu.
Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya
bahawa kemajuan negara akan tetap tercapai walaupun kita
mengekalkan bahasa, budaya dan jati diri kita yang tulen. Perlu
disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa
dan jikalau tidak dipertahankan akan hilanglah jati diri bangsa kita
sebagai Melayu dan Islam.

Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz
Pengerusi, Gerakan Anti PPSMI (GAP)
Persatuan Kumpulan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

196
6. Resolusi Seminar Agenda Melayu

Seminar Agenda Melayu yang berlangsung pada 21 MEI 2004,
bertempat di Auditorium Taman Budaya, Kangar, Perlis; dirasmikan
oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Tuan
Haji Sulaiman bin Shafie. Seminar dihadiri sejumlah 150 peserta, terdiri
daripada wakil Pertubuhan Melayu Bersatu Negeri Kedah (PEMIKAD),
Persatuan Melayu Negeri Pulau Pinang (PEMENANG), ahli Persatuan
Melayu Negeri Perlis (PEMANIS), Institusi-institusi Pengajian Tinggi
negeri Perlis, Wanita dan Pemuda UMNO Cawangan, dalam negeri
Perlis dan peserta perseorangan.
Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan ternyata berjaya menghasilkan
ratusan ribu, malah jutaaan anak-anak Malaysia dari semua golongan
etnik untuk maju dalam bidang pendidikan hingga ke peringkat
pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan itu.
Berdasarkan hakikat inilah, maka perlu sekali dasar bahasa, baik
dalam sistem pentadbiran negara, diperkukuh dan dimantapkan lagi,
dan tidak, diubah-ubah tanpa alasan yang rasional dan bijaksana.

Resolusi 1
Kerajaan dan pegawainya perlu mengambil sikap yang tegas untuk
terus melaksanakan dasar sehingga dasar itu benar-benar sebelum
PPSMI mencapai tahap kemajuan yang mantap.

Resolusi 2
Keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang disyaratkan sekarang
hendaklah dihapuskan.

Resolusi 3
Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula kurikulum sekolah di
Malaysia, terutama pelajaran sejarah dan penggunaan bahasa Melayu
agar menimbulkan keinsafan kepada generasi muda (menurut urutan
sejarah, jatuh bangunnya bangsa Melayu):
Penggunaan bahasa Melayu mesti ditegaskan dalam kurikulum
sekolah di negara kita sekarang. Melalui bahasa Melayu inilah akan
menimbulkan kesedaran tentang martabat bangsa dan unsur
Mengapa Kami Bantah!

perpaduan negara kita. Kita bimbang, setelah ditukar bahasa Melayu
kepada bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik,
unsur-unsur perpaduan negara akan terjejas dan jati diri dan tamadun
bangsa Melayu terutama unsur-unsur budaya juga turut terjejas -
sekian banyak pengaruh barat akan meresapi jiwa anak-anak bangsa
kita sepertimana yang berlaku sekarang.

Resolusi 4
Pihak kerajaan juga diminta supaya tidak membenarkan kalangan
bukan-Melayu mempertikaikan isu-isu hak Melayu dalam
perlembagaan - pemimpin Melayu seharusnya menepis segala
manipulasi dan ancaman golongan ekstremis bukan-Melayu:

Jawatankuasa Resolusi:
1. Encik Mohd. Zain bin Hamzah (Pengerusi)
2. Encik Desa bin Yaakob (Setiausaha)
3. Encik Rejab bin Ismail
4. Encik Busu bin Ibrahim
5. Prof. Madya Zulkifli bin Abidin.

Yg Dipertua
Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS)

198
7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur
(KALAM)

Mesyuarat Agung, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
mengadakan Mesyuarat Agung Ke-14 pada 21 Disember 2008, pukul
2:30 petang, di Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara Dewan Bahasa dan
Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Mesyuarat agung KALAM mengemukakan dua resolusi.

Resolusi 1
Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia memansuhkan dengan
segera dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan
pada tahun 2003. Dari segi undang-undang, amat jelas pelaksanaan
dasar ini adalah tidak sah. Menurut Artikel 152 Perlembagaan
Malaysia, jelas menyatakan matapelajaran di sekolah seharusnya
menggunakan bahasa Melayu. Pelaksanaan yang bertentangan dengan
Perlembagaan Malaysia ini menggambarkan pemerintah memandang
rendah taraf atau kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi
negara sejak merdeka pada tahun 1957.

Resolusi 2
Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan segera hanya
satu sistem pendidikan atau aliran yang berteraskan semangat
kebangsaan Malaysia. Ia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum dan pelbagai agama serta mengelakkan jurang polarisasi
kaum di Malaysia. Pelaksanaan ini bukan bermaksud untuk
menghapuskan adat dan budaya kaum yang sedia ada di negara ini.
Melalui sistem pendidikan ini, semua sekolah pelbagai jenis dapat
diserap ke dalam satu entiti tunggal dengan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama. Manakala bahasa ibunda pelajar pelbagai
kaum tetap diajar di sekolah dan semua pelajar boleh belajar dan
menguasai pelbagai bahasa ibunda kaum tersebut.

Ketua 1,
Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
Bibliografi

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971)
Akta Pendidikan 1995
Akta IPTS 1995
Akhbar: Utusan Malaysia Mei 2002
Akhbar: Berita Harian 16 Mei 2002
Ahmad Adam (1994). Isu Bahasa Dan Pembentukan Bangsa. Kuala
Lumpur: DBP
Asas-Asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: Kementeria
Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Abdullah Hassan (1989) 30 Tahun Perancangan Bahasa, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1989) Isu-Isu Perancangan bahasa: Pengintelektualan
Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1993), Language Planning in Southeast asia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2002) Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya
Melayu, Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP.
Asraf Abdul Wahab (1996) Manifesto Bahasa Pupus Bahasa Pupuslah
Bangsa, Persatuan Linguistik Malaysia, Kuala Lumpur.
Awang Sariyan (1996) ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam Menangani
Dasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192.
Baron, D. (1990) The English Only Question, Yale University Press, New
Haven.
Mengapa Kami Bantah!

Buku Panduan IPT 1993/94
Cummins, J. (1991). Language development and academic learning (pp161-
175), dlm L.M. Maldive and G. Duqutte (Eds.). Language, culture, and
cognition. England: Multilingual Matters.
Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM.
Fishman, Joshua (1968). ‘Nationality-Nationalism and Nation-Nationism’.
Dalam C.A.Ferguson and J. Das Gupta (Ed.), Language Problems in
Developing Nations. New York: John Wiley and Sons; hal. 39-52.
Hall, D. (1996) Assesing the Needs of Bilingual Pupils, London, David
Fulton Publication.
Hassan Ahmad (2002) Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di
Malaysia, Siri Bicara Bahasa Bil. 9, Kuala Lumpur, DBP.
Hassan Ahmad (2005) Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar,
Pelaksanaan dan Pencapaian, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu
ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu
(PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala
Lumpur, 26-27 Mac, 2005.
Isahak Haron (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat
Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1
- 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur.
Ibrahim Mohamed et al. (1997) Kajian Celik Komputer di Kalangan Guru-
Guru di Perak, Atas Talian http://members_tripod.com/~ilhamnet/
kajian.htm. 4 September 2002.
Internet 1.http:// nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos 2002.
internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos
2002
Internet 3. Review of language, society and education in Singapore :http: //
ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/ singapore/ gopi2.
html. 12 Ogos 2002
Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics,
Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003
Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov.
Juriah Long (2005) Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Dalam Konteks
Kepelbagaian Pelajar. Laporan kajian tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka
(tidak diterbitkan).
Kamal Shukri Abdullah Sani (2002) Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam Penagajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di
Malaysia. Siri Bicara Bahasa Bil.15. Kuala Lumpur, DBP
Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan (2002). Kenyataan Akhbar YB Tan
Sri Musa Mohamad mengenai pelaksanaan pengajaran dan

202
Bibliografi

pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002
(atas talian) http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp (20 Julai 2002)
Khoo Kay Kim (1991) Malay Society: Transformation & Democratisation.
Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.
Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib (1993) Wawasan 2020, Kuala Lumpur:
Istitut Kajian Dasar.
Kua Kia Soong (1985) Memoranda on National Culture, Kuala Lumpur:
Malaysian Chinese Research and Resource Center.
Kua Kia Soong (1985) National Culture and Democracy, Kuala Lumpur:
Malaysian Chinese Research and Resource Center.
Lim Kit Siang (1986) Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya:
DemocraticAction Party.
Kuhn, T. (1993) Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya dalam
bahasa Inggeris 1970 (edisi kedua) drp snt pertamanya 1962
Ling Liong Sik, et al. (1988) The Future of Malaysian Chinese, Kuala
Lumpur: Malaysian Chinese Association.
Loh Fook Seng, Philip (1975) Seeds of Separatism: Educational Policy in
Malaya 1874 - 1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Memorandum Kumpulan 28 Disember, (1996) dalam Asraf Abdul Wahab,
345- 355
Memorandum Persatuan Linguistik Malaysia (1996) dalam Asraf Abdul
Wahab, 356-364.
Mohd. Fazli Ibrahim (1999). “Amerikanisasi’ dan Masa Depan Budaya
Tempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55
Mohd. Rasdi Saamah (2003) Kesediaan Guru-Guru Sekolah Rendah
Melaksanakann Perubahan Bahasa Penghantar Mata Pelajaran Sains dan
Matematik, Kertas Projek Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan).
Marsh, H.W., Hau, K.T. & Kong, C.K. (2000) Late immersion and language
of instruction in Hong Kong High Schools: achievement growth in
language and nonlanguage subjects. Harvard Educational Rev. Fall
Issue: 302-346
Mohamad Salleh bin Mohamed Said (2002) Qua Vadis Taksonomi
Serangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM
Mohd. Taib Osman (1988) Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahathir Mohamad, Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu,
dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu 1, pada 1-2 September,
2001, di PWTC, Kuala Lumpur.
Mohd. Ali Kamaruddin (1981) Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi: UKM

203
Mengapa Kami Bantah!

Mohd. Yusof bin Hj. Othman (1995) Penulisan sains dan teknologi dalamm
bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan. Konvensyen
Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis.
Mohd. Yusof Othman (2002) Bahasa Melayu Bahasa Sains dan Teknologi,
Dewan Bahasa (11), hlm 28-40.
Newsweek 2 Dec. 1996
Nik Safiah Karim (1996) ‘Kesangsian Setelah Tercapai Kejayaan’, dalam
Asraf 181- 185.
Nooreiny Maarof et al. (2003) Keupayaan Penguasaan Kemahiran Bahasa
Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Dalam Arus Globalisasi, Projek
Arus Perdana Ap 1/2000, Bangi, UKM.
Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Kuasa Politik Melawan Kuasa Ekonomi,
Language and Empowerment, Kuala Lumpur, Persatuan Bahasa Moden
Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Penerimaan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, Projek Penyelidikan II/
10/2003Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA, Bangi, UKM
Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Tengku Mohd. Tengku
Sembok (2002) Kamus Dewan Tiga Edisi: Tinjauan Leksikografi Tiga
Dekad, Projek IRPA 07-02-02-0041, UKM.
Noriah Mohammad (2000) Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa , Kertas
Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia KE-2,
Minden, Universiti Sains Malaysia.
Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel &
Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005.
Phillipson, Robert (2000). Iinguistic Imperialism. London: Oxford University
Press.
Phillipson, Robert (1999). ‘Political Science’. Dalam Handbook of Language
and Ethnic Identity (Joshua A. Fishman, Ed.). London: Oxford
University Press.
RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8.
Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962
Salina Ibrahim (2002) Bahasa Inggeris: Kelemahan Pelajar Universiti
Bermula dari Sekolah, Utusan Malaysia 11 Julai :3
Saville – Troike, M. (1991). Teaching and Learning for academic
achievement. Washington, DC:NCBE.
Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan, 1996. Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sperber and Wilson (1995) Relevance Theory: Communication and
Cognition, Oxford, Blackwell.
Syed Husin Ali (1996) ‘Tamadun Berbahasa Menjelang 2020’, dalam Asraf,
164-171.

204
Bibliografi

Sandu, K.S. (1969) Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge University
Press.
Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), Kuala
Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.
Shaharir bin Mohamad Zain (1991) Tahap penghayatan bahasa Melayu
dalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051.
Shaharir bin Mohamad Zain (1996) Pembangunan sains dan teknologi di
Malaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996.
Persatuan Linguistik Malaysia.
Shaharir bin Mohamad Zain (2001) Masalah penerbitan buku pengajian
tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & T
anjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan oleh DBP
2002.
Shaharir bin Mohamad Zain (2002) Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan
Bahasa November 2002.
Shaharir Mohamad Zain (2005). Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian
Empiris dan Teori, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2,
anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan
Sham Sani et al. (1983) Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan
Malaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM.
Tan Liok Eee (1985) Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961,
Unpub. Ph.D. Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur.
Teo Kok Seong (1996) ‘Penukaran Kod dan Bahasa: Satu Fenomena
Kedwibahasaan’, Pelita Bahasa, 41-43.
Teo Kok Seong (1999) Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia, Jurnal
Bahasa 43 (1), hal. 25-33.
Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (2000) Kuala Kangsar: Pertemuan
Budayawan 2000.
Tollefson, J.W. (1991). Planning Language, Planning Inequality: Language
policy in the community. United Kingdom: Longman Group.
Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein (1960, 1975) Kuala
Lumur: Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri
Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi dan
Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
Watson, J.K.P. (1983) "Cultural Pluralism, National-Building and
Educational Policies," in Chris Kennedy, Language Planning and
Language Education, London: George Allen & Unwin.
Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward” . Ucapan Dr. Mahathir
Mohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan

205
Mengapa Kami Bantah!

Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia
1991
Wan Esuriyanti Wan Ahmad (2003) Teruskan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris: Dr.M. Berita Minggu, 7 September; 1
Wood, J.W. (2002) Adapating Instruction to an Accommodate Students in
Inclusive Settings, New Jersey, Merrill Prentice Hall.
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001) Bahasa, Pendidikan dan
Pembangunan, Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP.
Zulkifli Jalil (2003) Pencapaian Pelajar Melonjak, Utusan Malaysia, 6
September ;1
Zainuddin Bikum (2006). Kesan Pengajaran Sains Tingkatan 1 dalam
Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Hulu
Selangor, disertasi Sarjana Pendidikan UPSI

206
Indeks

A bahasa teknologi 24
A. Bakar Hamid 37 bertaraf dunia 51, 53, 184
Abdul Rahman Arshad 37 C
Abdul Razak Hussein 42 CD 142
Abdullah Hassan 37 Cummins 148
ABIM 37
Ahmad Adam 11 D
Ainuddin Wahid 89 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 41,
Akademi Sains Malaysia 64
43, 48
Dasar Pendidikan Kebangsaan 25,
Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68 14
68, 75, 78, 83, 86, 115, 119, 127,
Analisis perbandingan 156 195
analisis Ujian Sains 145 DBP 15, 37, 59, 68, 70, 77, 80,
anti bahasa Inggeris 21, 26, 85, 182 132
Asas Matematik 150, 156 di bandar 173
ASASI 128 di luar bandar 173
Awang Sariyan 37 Doktor Falsafah 4, 54
B F
bahasa global 24, 29, 96 fanatik bahasa 21, 26, 85
bahasa ICT 24 Fasal (1)(a) 1
bahasa internet 24 Federation of Malaya 12
Bahasa Jiwa Bangsa 9, 184
G
Bahasa Kebangsaan 1
GAPENA 14, 37, 67
bahasa perdagangan 11, 24, 73, 127
Globalisme 66
Mengapa Kami Bantah!

GPMS 67, 128 Malek Ben Nabi 74
min 144, 147
H
min skor Matematik 156, 163
Hassan Ahmad 37
Muhammad Salleh 54
himpunan memori 10, 47
Hindia Timur Belanda 13 N
hipotesis Malik Bennabi 47 Naisbitt 25
hipotesis Sapir-Whorf 47 Naquib al-Attas 74
Hussein Onn 16 nasionalisme bahasa 10, 12, 26
I O
Ibnu Khaldun 74 Omar Hashim 37
identiti negara 43 Orang Asli 140, 145
imperialisme 18, 97
P
Isahak Haron 37
Parlimen 1, 14, 16, 21
Islamis Melayu 67
pekan besar 173
Ismail Hussein 37
PENA 14, 37
J Penjajahan bahasa 17, 19, 21, 25
Jati diri 27, 48, 112 Penyata Razak 1956 77
jelas 174 Peperiksaan Akhir 136, 154
Juriah Long 37 peradaban Cina 31
peratus 37, 63, 80
K
Perkara 152 1, 75, 113, 191, 195
kadang-kadang jelas 174
Perkara 160(2) 1
kapitalisme 27
Perlembagaan Persekutuan 15, 113,
kejelasan 160
195
kepustakaan 23, 49, 118
Persekutuan Tanah Melayu 12, 15,
kesan negatif 112, 115, 148, 178 74, 188
KGMMB 128 Phillipson 18, 25
komputer 28, 47, 52, 55, 71, 93, PKPIM 128
98, 100, 186 PLM 37
kontrak sosial 25, 42, 46, 48
PPM 37
KPGMS 25
PPSMI 37
M prasiswazah 51, 59
Mahathir Mohamad 25, 46, 77, 187, Profesor Melayu 63
192 Profesor SAKTI 63
Majalah Guru 11 Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa 77
Maktab Perguruan Sultan Idris 11
R
Malay chauvinist 48
Rahman Yaakob 37
Malayan Union 12
rasisme 10, 26
Malayan Writers’ Conference 42
Malay-centered 48

208
Indeks

S
Sains Komputer 52
Sains Maklumat 52, 65
SAKTI 3
Sampel kajian 136
sastera Malaya 42
Saville-Troike 148
sektor akademik 53
semua keturunan 145, 171, 176
skor maksimum 144
Suqiu 25, 45
Surah Ibrahim 4, 69, 116, 129
Surah al-Rum 129
Suruhanjaya Reid 2
Syed Husin Ali 98, 127
T
Taib Osman 41
Tanjung Malim 11
Teknologi Maklumat 52
tidak jelas 174
Tollefson 18
Tunjang Tamadun 73
U
UMNO 12, 15, 21, 25, 28, 49, 56,
79, 127
Ungku Aziz 37
Universiti Kebangsaan Malaysia 16,
37, 80
Universiti Malaya 16, 43, 54, 82
V
variabel pelajar 162
Z
Zainal Abidin Abbas 12
Zionis 38

209
Catatan
Catatan
Catatan
Catatan
Catatan
Catatan