You are on page 1of 5

Ciri-ciri aqidah muslim

Aqidah Muslim ialah satu ikatan kepercayaan atau kefahaman yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Aqidah muslim sebenar datang dari Allah pastinya sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Maka aqidah muslim mempunyai ciri-ciri atau rukun-rukun asas. Secara asasnya ciri-ciri qidah seorang muslim hendaklah percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab-kitabNya, hari akhirat, qadha dan qadar yang menjadi rukun iman. Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah subhaanahu wa taaala, nama-namaNya yang mulia serta sifat-sifatnya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini. Seorang muslim hanya mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah Seorang muslim hendaklah mempunyai aqidah yang berlandaskan penyerahan seluruhnya kepada Allah dan RasulNya. Sebab aqidah ini ialah iman kepada sesuatu yang ghaib (samiyat). Kerana itu, beriman kepada yang ghaib merupakan sifat orang-orang mukmin yg paling agung, sehingga Allah memuji mereka :

..... )1 (
"Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan pada petunjuk bagi orang yg bertakwa, (iaitu) mereka yg beriman kepada yang ghaib ". [Al-Baqarah: 2-3]. Hal itu kerana akal tidak mampu mengetahui hal yang ghaib, juga tidak dapat berdiri sendiri dalam memahami syari'at, kerana akal itu lemah dan terhad. Sebagaimana pendengaran, penglihatan dan kekuatan manusia itu terbatas, demikian pula dengan akalnya. Maka seorang muslim wajib beriman kepada yang ghaib.

Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatnya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang haq dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam. Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada yang baik atau yang buruk untuk diberikan balasan pahala atau siksaan dan di sana juga adanya titian Mustaqim, syurga dan neraka. Seorang muslim hendak mempunyai ciri-ciri aqidah yg sejalan dengan fitrah dan logik yang benar, tidak dari syahwat dan syubhat.Aqidah yang ada pada seorang muslim hendak dari sanad bersambung kepada Rasulullah, sahabat, tabi'in dan para imam, baik dalam ucapan, peruntukan mahupun keyakinan. Aqidah seorang muslim hendaklah berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran yang menjadi asas agama Islam. Seorang muslim juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orangorang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah seorang muslim itu. Aqidah muslim mesti bercirikan cara Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.Bermaksud di sini seorang muslim yang benar-benar beraqidah mesti berani menentang segala kemungkaran dan perkara-perkara yang boleh menggugat aqidah seseorang muslim itu sendiri. Dalam aqidah seorang muslim wajib percaya perkara-perkara yang di luar jangkauan akal, atau tidak mampu difahami. Seperti seluruh masalah ghaib, azab dan nikmat kubur, shirath, haudh (telaga), syurga dan neraka, serta kaifiyah (penggambaran) sifat-sifat Allah. Akal manusia tidak mampu memahami atau mencapai pelbagai persoalan di atas, tetapi tidak menganggap mustahil. Sebalik ia

menyerah, patuh dan tunduk kepadanya. Sebab semua datang dari wahyu iaitu AlQuran dan di perkukuhkan lagi dengan hadith-hadith, yang tidak mungkin berdasarkan hawa nafsu dan rekaan cerita semata-mata. Aqidah muslim adalah aqidah yang menyeluruh, lengkap dan sesuai dengan setiap zaman, tempat, keadaan dan umat. Bahkan kehidupan ini tidak akan lurus kecuali dengannya. Aqidah muslim adalah aqidah yang menyeluruh merangkumi kedua-dua sumber kejadian manusia, rohani dan jasmani. Ia tidak menerima perubahan atau pengembangan, tidak ada permulaan dan akhiran, dan mengakui persambungan atau kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.

Aqidah muslim akan kekal kerana tidak berubah disebabkan perubahan keadaan atau zaman. Ini berbeza dengan ideologi yang berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya ideologi yang berasaskan kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman itu sebagai asas dan dasar kehidupan. Ia tetap teguh menghadapi pelbagai pertembungan yang terus menerus dilancarkan oleh musuh-musuh Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Majusi mahupun yg lainnya. Ia ialah akidah yang kekal hingga hari kiamat. Ia akan dijaga oleh Allah sepanjang generasi. Tak akan terjadi penyimpangan, penambahan, pengurangan atau penggantian. Betapa tidak, kerana Allah-lah yg menjamin penjagaan dan kekalannya. Ia tidak menyerahkan penjagaan itu kepada seorang pun dari makhlukNya, Allah berfirman:


"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang akan memeliharanya". [Al-Hijr: 9].

Aqidah muslim bukan hanya bersifat aqliyyah (yang dapat diterima oleh aqal), tetapi pada waktu yang sama bersifat nafsiyyah (kejiwaan) dan amaliyyah (praktikal). Ada muslim hanya mengaku muslim sedangkan tidak menjiwai islam tersebut maka mereka tidak melakukan ibadah-ibadah secara praktikal.Walaupun aqidah mereka masih kekal tetapi ia bukan ciri-ciri aqidah muslim yang sebenar kerana tidak taat kepada perintah Allah dan apa yang dibawa oleh

Rasulullah.Dengan melakukan ibadah inilah menunjukan seorang muslim itu percaya bahawa suatu hari nanti ada hari pembalasan di atas amalan-amalan tersebut.Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya suatu teori benar yang boleh dibincangkan tetapi bertapak dan sebati di dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadi tenaga penggerak untuk membebaskan umat manusia.

Kesimpulanya pembentukan aqidah seorang muslim terdiri daripada unsurunsur aqal atau pemikiran, iradah atau pemilihan dan unsur wujdan atau perasaan. Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian dan kuat. kesempurnaan aqidah muslim adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulan dalam jiwa. Keutuhan dan

keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini. Yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi terjalin dan searah jalan tanpa pertentangan iaitu pembuktian dan kelojikan aqal, kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang membentuk kesempurnaan peribadi atau sahsiahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam lingkungan individu, mahupun dalam lingkungan keluarga, atau pun dalam lingkungan masyrakat yang lebih besar.

Ciri-ciri aqidah muslim dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorakkan amalan dan perbuatan muslim. Sebagaimana acuan dapat membenuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah halnya dengan akhlak . ia dapat membentuk individu yang mengambilnya menepati hakikat dan tabiat keinsanan yang tulen seperti kehendak Allah. Jelasnya,aqidah yang betul dapat membentuk sifat-sifat naluri Muslim, aqal fikirannya, iradahnya, dan perasaannya. Aqidah Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan aqidah Rabbaniyyah yang tetap, sempurna dan menyeluruh. Hanya aqidah yang kukuh sahaja dapat membentuk manusia yang kukuh dan teguh. Kekukuhan dan keteguhan aqidah inilah yang menjadi sumber kekuatan Islam. Inilah hakikat kekuatan umat Islam iaitu kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya menjadi asas kekuatan jasmaninya.

Hakikatnya ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja. Tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya berlandaskan Al-Quran dan Hadith sehingga sebati dengan perasaan dan sentimen yang sihat.

You might also like