1 biji telur 1 sudu besar penuh ovalette/ penstabil kek span 1 tin susu sejat cair 1 sudu kecil

esen vanilla 5 sudu besar gula Campurkan semua bahan diatas, gunakan mixer dan pukul sehingga menjadi krim. 1 sudu besar serbuk koko (untuk perasa, kalau nak buat perasa vanilla, tak perlu ini. Boleh guna ganti dengan apa-apa perasa yang digemari) boleh tambah kacang, biskut oreo ataupun chocolate chip * ataupun panaskan 5 sudu besar gula menggunakan periuk (elakkan guna periuk yang boleh simpan haba lama tu, nanti hangus gula walaupun dah tutup api) hingga bertukar menjadi keperang-perangan (jangan lama sangat nanti pahit). Matikan api. Tambah 2 sudu besar mentega, 2 sudu besar susu pekat manis. Kacau. Masukkan kacang yang telahpun dibakar (panas-panas pun tak apa). Kacau rata-rata. Dah sedia untuk dicampurkan dengan krim tadi. Bahan yang telah dipukul tadi bolehlah diberikan perisa dengan memasukkan mana-mana perisa pilihan kalbu. Boleh kacau guna spatula, atau guna je mixer supaya rata. Masukkan ke dalam bekas tanpa tutup ke dalam peti ais bahagian beku. Nanti bila dah sudah beku, barulah boleh tutup ye, itupun kalau ada balance hehe. Kalau betul caranya, lepasni dah tak hairan dah dengan Baskin Robbin atau Ben & Jerry. Selamat mencuba!

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful