Tajuk 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kontroversi Baka dan Persekitaran
• Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa. • Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula, berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan kualiti sekolah.

Renungkan Persoalan Ini…

• Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal. • Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh persekitaran. • Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan individu.

Baka

Baka atau “heredity” berasal daripada perkataan Latin “heres”.

Baka adalah melibatkan pemindahan sifat-sifat fizikal dan personaliti serta pembawaan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5

Baka
Baka adalah ciri-ciri yg diturunkan melalui ibu bapa kpd anak-anaknya melalui gen. Ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yg sama sprt warna mata, kulit dan rambut,kecerdasan dan sbg.

Kajian ahli psikologi tlh membuktikan bhw tdk ada 2 org individu mempunyai kadar perkembangan yg sama

Baka adalah faktor-faktor utama yg menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu dia ntara satu sama lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

6

Faktor Baka
Faktor baka kini dikenali sbg gen yg terdiri drpd nukleoprotein yg menentukan baka atau ciri keturunan.
Ia terletak di lokus kromosom.Ia kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA yg mengandungi sifat-sifat baka. Individual yg normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma dengan sel ovum bersama membentuk zigot. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom drpd ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri. Kemudian diwarisi oleh bayi yg akan lahir pd masa kelak. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

7

Ciri-ciri Baka
1.Baka diturunkan melalui gen ibu bapa kpd anak-anak. 2.Ciri-ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa,cth: warna mata. 3.Baka menentukan potensi seseorang individu,cth:bakat & kebolehan. 4.Menentukan skruktur organ seseorang individu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8

KROMOSOM

GEN

FAKTOR BAKA

KELENJAR

HORMON

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

9

Kromosom dan Gen
• Dalam sel badan kita terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen dan gen inilah yang mengawal sifat kita. • Sebagai contoh, ia mengawal rambut seseorang sama ada kerinting atau tidak. • Gen juga merupakan bahan baka yang membawa maklumat genetik yang terletak dalam kromoson. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10

Kromosom
• Gen yang terkandung dalam kromosom adalah pembawa baka kanak-kanak. • Seseorang membawa 23 pasang kromosom yang diwarisi dari ibu dan ayah mereka. • Kromosom yang ke 23 dikenal dengan kromosom gender atau yang menentukan jenis jantina. • Apabila seorang ayah menurunkan kromosom X maka akan menghasilkan kombinasi XX dan jenis kelamin anak akan menjadi perempuan. • Dan apabila menurunkan kromosom Y maka akan terjadi kromosom XY untuk anak laki-laki.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

XX

induk

XY
kromosom

X

X

X

Y

XX
P

XX
P

anak

XY
L

XY
L

Penentuan Jantina
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

Gen
• Gen disifatkan sebagai penentu oganisma. • Gen ialah butir-butir halus dan bilangannya ialah lebih kurang 30000. • Gen-gen seseorang individu adalah unik bagi dirinya. • Interaksi di antara berbagai-bagai gen mempengaruhi pertumbuhan kesemua struktur fizikal di seluruh anggota badan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

13

Kelenjar
Kanak-kanak dilahirkan dengan kelengkapan sistem-sistem yang terdiri daripada sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman makanan dan kelenjar.

Kelenjar mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

Hormon

Hormon adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam badan dan disalurkan oleh peredaran darah ke organorgan lain untuk melicinkan perkembangan badan.

Contoh: insulinmengawal kadar gula di dalam darah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

15

• Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang itu. • Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam. • Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

16

Kesan Baka Ke Atas Perkembangan

Ciri fizikal
Warna kulit (hitam,putih,coklat) Warna dan bentuk mata Warna rambut Jenis darah (A,O,AB,B)

Ciri fisiologi
Kanak-kanak drpd ibu bapa yg sihat merupakan individu yg sihat.

Penyakit sprt diabetes,hemofilia adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

17

Kesan Baka Ke Atas Perkembangan
• Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yg resesif drpd kedua-dua ibu-bapa yang mempunyai tali persaudaraan yg rapat.

Kecacatan mental

Sahsiah

• Walaupun sahsiah seseorang byk dipengaruhi persekitaran,baka juga memainkan peranan yg penting. • Cth:seseorang yg cepat marah atau selalu berasa bimbang.

Kecerdasan

• Ketika lahir,seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama dengan kelenjar deria,otak dan struktur lain yg penting utk perkembangan kecerdasan. • Jika kesemua faktor ini sihat maka kecerdasan juga akan berkembang dgn baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

18

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)
• Mikrosistem : Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. • Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem.misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. • Ekosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. • Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. • Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19