P. 1
86574652-KKP-RBT-3119

86574652-KKP-RBT-3119

|Views: 159|Likes:
Published by Zubier Razip

More info:

Published by: Zubier Razip on Mar 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/26/2013

pdf

text

original

KKP RBT 3119 RBT 3119 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1. Penyata Kewangan Penyata kewangan (laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti yang lain. Penyata ini memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan dan membuat keputusan. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh: 1. Kreditor (institusi kewangan) 2. Kerajaan (menentukan cukai perniagaan dan perancangan pembangunan ekonomi) 3. Pemegang saham (saham keutamaan dan saham biasa) 4. Pihak pengurusan (organisasi) Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami, dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas: 1. Kunci Kira-Kira 2. Penyata Pendapatan 3. Penyata Aliran Tunai 4. Penyata Ekuiti Pemilik

1

1.1 Kunci Kira-Kira Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. Kunci kira-kira member gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh sesebuah organisasi. Perkara-perkara asas dalam kunci kira-kira ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Ia menyenaraikan semua milik syarikat, obligasi dan pelaburan pemilik. Ia disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 1.1.1 Komponen Kunci Kira-Kira 1.1.1.1    1.1.1.2   1.1.1.3 Aset (apa yang dimiliki oleh syarikat): Aset Semasa Aset Tetap Lain-lain aset Liabiliti (apa yang dihutang oleh syarikat): Liabiliti Semasa Liabiliti Jangka Panjang Ekuiti Pemilik / Dana Pemegang Saham (nilai syarikat

kepada pemiliknya):   Saham Perolehan Tertahan

2

1.2 Penyata Pendapatan Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan / keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi sesuatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus

menggunakan asset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ).

1.3

Penyata Aliran Tunai Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang

menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakauanan. Penyata ini membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Ia juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti kewangan: 1.3.1 Aktiviti Operasi - termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal Kerja. 1.3.2 Aktiviti Pelaburan - menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang, mesin, kilang dan asset tetap lain.
3

Ia menunjukkan tuntutan pemilik terhadap asset yang ada.3.4. nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratan rentas. analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan. 1.1 Modal berbayar 1.4.4 Rizab 2.4. Penyata Ekuiti Pemilik Merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti.menunjukkan aliran tunai aktiviti pembiayaan modal syarikat iaitu penjualan atau penamatan bon.2 Premium saham 1.3 Pendapatan Tertahan 1. Ekuiti pemilik syarikat terdiri daripada: 1.3 Aktiviti Pembiayaan . iaitu: 4 . Analisis Penyata Kewangan Dalam bidang kewangan. Sebagai contoh. saham utama dan saham biasa. Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat.4.1. namun ia boleh memberi makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini.4.

3 Asas Purata Industri di mana syarikat itu berada syarikat itu merupakan syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya -Perbandingan dibuat dengan purata industri operasi.1. 2. 2. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.1 Asas Intera Syarikat dibandingkan dengan item-item . Takaful Malaysia Berhad  Etika Insurans Berhad  Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010.1 KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.2 Asas Antara Syarikat .item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama subsidari dalam satu syarikat tetapi secara individu.1 ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu : 2.1.1.1.1. 2. 5 . Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.data-data dalam syarikat itu sendiri yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.1. 2.1.

Contohnya.1.1.2.3. peratus pulangan atas jualan 2009 dan tahun 2010 dibandingkan dengan peratus tahun 2008 yang dijadikan tahun asas perbandingan.1. 2. 2.1.1.3 Nisbah Mampu Bayar 6 .1. kadar atau nisbah.2. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada : 2.2 ANALISIS MELINTANG Analisis arah aliran pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu tahun sebagai tahun asas perbandingan.2.2.2 ANALISIS NISBAH Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan kuantiti yang lain.3.1 ANALISIS MENEGAK Menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kirakira menggunakan peratusan yang relatif.2 Nisbah Keberuntungan 2.Bermaksud setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus.1.1 Nisbah Kecairan 2.1.

1. o Nisbah ini member penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item. o Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. o Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa.2.2 Nisbah Cepat o Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa.2. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa 2. o Semakin tinggi nisbah semasa.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka.1. 2.1. semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat.1Nisbah Semasa o Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.2. bahan mentah. barang separuh siap 7 .2.1.1. o Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tyuntutan semasa.

8 . 2.2.1 Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. semakin tinggi pulangan yang diperolehi bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.Inventori Liabiliti Semasa 2.2 Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan.2 Nisbah pulangan atas aset 2. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: 2. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma.3 Nisbah pulangan atas ekuiti Secara ringkasnya.2.2. Oleh itu.2. Nisbah Cepat = Aset Semasa . Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. o Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik. ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.1 Nisbah margin untung bersih 2.dan barang siap dan pembelian secara kredit.

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset 2. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan antara mereka. Selain itu.2 Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Semakin tinggi nisbah.3 Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegang saham syarikat.Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan Secara ringkasnya. terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu:    Harga Kos Jualan 2. menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset.2. semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.2. Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:  Keuntungan tertahan 9 .

Nisbah Pulangan atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti Kami telah memilih tiga syarikat insurans untuk dibuat analisis penyata kewangan. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat. Kami telah memilih untuk membuat analisis perbandingan asas purata industri iaitu kami membandingkan penyata kewangan tahunan bagi ketiga-tiga syarikat insurans berkenaan. iaitu:  Takaful Malaysia Berhad  Etika Insurans Berhad  Takaful Ikhlas Penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat ini adalah bagi tahun 2010. Saham keutamaan  Saham biasa Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. 10 .

Dari segi asset tidak ketara pula Syarikat Takaful Malaysia tidak 11 . 809 35. 750 21. loji dan peralatan 1. 226 (Rujuk lampiran) Syarikat Etiqa Insurans Berhad merupakan syarikat yang mempunyai jumlah asset tertinggi iaitu RM 681. 321 104. 226. 432 681. 080 Aset tidak ketara 911 - 285 Tunai dan baki di bank 148 2. Takaful Malaysia Berhad dan Etika Insurans Berhad bagi tahun 2010 Takaful Ikhlas ASET Berhad RM’000 Takaful Malaysia Berhad RM’000 Etika Insurans Berhad RM’000 Hartanah.3.446 87. 181 Jumlah Aset 2. 680 Hartanah pelaburan - 11. Syarikat Takaful Ikhlas tidak membuat pelaburan hartanah dan ini menyebabkan aset syarikat ini paling kecil di antara ketiga-tiga syarikat yang dinilai. 665 489. 000 pada tahun 2010. Perbandingan pengurusan aset bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad. Syarikat ini mempunyai pelaburan hartanah yang banyak bernilai RM489 080 000 manakala syarikat Takaful Malaysia pula hanya RM11 156 000.

485 232. Syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah syarikat yang baik dan memberikan keuntungan melihat kepada pemilikan asset-asetnya. Perbandingan ekuiti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad.Ini menunjukkan pelaburpelabur baru patutlah menyertai Takaful Ikhlas Berhad oleh kerana modalnya yang 12 . Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Secara logiknya. 817 152. 4. 555 395. jelaslah kepada kita syarikat Takaful Ikhlas Berhad merupakan syarikat yang mantap dari segi modalnya yang lebih besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat takaful yang lain. 065 898 Jumlah Ekuiti 633. 070 162. Takaful Ikhlas EKUITI Berhad RM’000 Takaful Malaysia Berhad RM’000 Etika Insurans Berhad RM’000 Modal Saham 213.menyatakan jumlah manakala Etiqa Insurance Berhad bernilai RM285 000 manakala Syarikat Takaful Ikhlas pula RM911 000. Jika dilihat dari segi tunai dan baki di bank pula. 151 Rizab 420. 683 1. 218 049 (Rujuk lampiran) Berdasarkan carta di atas. Syarikat Etiqa Insurance Berhad masih mendahului dengan jumlah RM104 181 00 berbanding dengan Syarikat Takaful Malaysia RM2 321 000 dan Takaful Ikhlas RM148 000. 866 1.

Adalah menjadi dasar pelabur-pelabur baru melihat dahulu ekuiti dan rizab sesebuah syarikat itu supaya pelabur akan mendapat pulangan yang menguntungkan dari segi saham ataupun bentuk-bentuk kewangan yang lain. Ini 13 . Syarikat Takaful Malaysia Berhad pula.merupakan syarikat yang paling sedikit rezabnya serta jumlah ekuitinya paling kurang jika dibandingkan dengan dua syarikat yang lain itu.Dari segi jumlah keseluruhan ekuiti . 996 6. 841. Takaful Ikhlas LIABILITI Berhad RM’000 Takaful Malaysia Berhad RM’000 Etika Insurans Berhad RM’000 Jumlah Liabiliti 215. Perbandingan liabiliti bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad. Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010.Di sini kita ketahui syarikat Etika Insuran Berhad merupakan syarikat yang paling besar ekuitinya dan untuk pelaburan masa depan adalah digalakkan untuk melabur dalam syarikat Etika Insuran Berhad ini. 810 (Rujuk lampiran) Dari segi liabilitI pula.Para pelabur tidak digalakkan untuk menyertai atau memasuki Syarikat Takaful Malaysia Berhad ini berdasarkan kewangannya yang kurang kukuh dan mantap ini.Tiada orang yang melabur inginkan kerugian jadi . 223. 5.jelas syarikat Etika Insurans Berhad mendahului kedua-dua syarikat yang lain kerana rizabnya yang tinggi dan banyak menolong menaikkan jumlah ekuitinya itu. 091 4.Etika Insurans Berhad merupakan sebuah syarikat yang paling tinggi sekali hutangnya.Secara praktikalnya semakin tinggi peratus modal hutangnya atau liability maka semakin besarlah syarikat itu dibebani oleh belanja kewangan.lebih besar dari segi sahamnya.bagi memastikan keuntungan itu pilihlah syarikat yang mempunyai kewangan atau ekuiti yang besar dan mantap seperti Syarikat Etiqa Insuran Berhad.

787 93. 593 49. Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Insurans Berhad bagi tahun 2010. Takaful Ikhlas KEUNTUNGAN Berhad RM’000 Takaful Malaysia Berhad RM’000 Etika Insurans Berhad RM’000 Keuntungan / Lebihan sebelum zakat / cukai 59. Semakin banyak hutang syarikat Etika Insurans Berhad ini maka semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjamannya.menunjukkkan Syarikat Etika Insurans berisiko tinggi kepada pelabur-pelaburnya kerana syarikat ini berhutang terlalu besar jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat yang lain di atas. 022 178. 808 60. 531 Zakat - 358 - Cukai 194 42. 856 118. 6. 153 (Rujuk lampiran) 14 . Perbandingan Keuntungan bersih bagi Syarikat Takaful Ikhlas Berhad.Sementara itu syarikat Takaful Ikhlas Berhad mempunyai jumlah liabiliti yang paling sedikit/kurang. 378 Keuntungan bersih 59. Nilai yang rendah ini menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat ini di samping menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang.

Bolehlah dikatakan. keuntungan sesebuah syarikat adalah penting walau pun membayar cukai yang tinggi. 15 . Pada saya kedua-dua syarikat yang lain juga perlu membayar zakat sekiranya mereka mengamalkan perniagaan bersyariatkan Islam kerana zakat itu adalah wajib. Saya dapati hanya Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang mengeluarkan zakat sebanyak RM358 000 pada tahun ini. 7. Jika dilihat pada peratusannya pula ketiga-tiga syarikat dikenakan cukai yang sama cuma jumlahnya agak besar kerana keuntungan yang dimiliki syarikat itu adalah besar. Pembayaran cukai oleh syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah yang tertingggi di antara ketiga-tiga syarikat ini.95 kali ganda daripada liability semasa. sesebuah syarikat yang memperolehi keuntungan yang besar akan membayar cukai yang besar juga.Baki bagi pembayaran semula adalah RM 2.95 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut. Pada pengguna dan pemegang saham.95 kali Liabiliti Semasa 215 091 000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 3. Pembayaran zakat ini kecil jika dibandingkan dengan pembayaran cukai kerana peratus pengeluaran zakat hanyalah 2. Nisbah Kewangan Bagi Ketiga-tiga Syarikat Insurans Bagi Tahun 2010.5 % sahaja jika dibandingkan dengan cukai.1 Syarikat Takaful Ikhlas Nisbah Semasa = Aset Semasa = 848 646 000 = 3.1 Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) 7.1 Nisbah Semasa 7.Keuntungan bersih ketiga-tiga syarikat ini dapat dilihat setelah ditolak zakat dan cukai. 7.1.1.ini bermakna syarikat menyediakan RM 3.1.95 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.

09 kali ganda daripada liabiliti semasa. 16 .2 Nisbah Pengurusan Aset 7.ini bermakna syarikat menyediakan RM 1. 7.1.1.2.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Semasa = Aset Semasa = 8059859000 = 1.09 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.7.1. 7.17kali Liabiliti Semasa 6841810000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 1.13 jualan dapat dijanakan.17 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.2.09 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.09 kali Liabiliti Semasa 4223996 000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai asset semasa 1.1.1.ini bermakna syarikat menyediakan RM 1.1 Pusing Ganti Aset Tetap 7.1 Syarikat Takaful Ikhlas Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 959479000 = 1.13 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM1.13 kali Aset Tetap 848646000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 1.17 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Semasa = Aset Semasa = 4619679000 = 1.Baki bagi pembayaran semula adalah RM 0. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 0.17 kali ganda daripada liability semasa.

34% Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 25.08 kali Aset Tetap 4619679000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 0.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 852670000 = 0.08 jualan dapat dijanakan.1 Nisbah Hutang 7.1.11 kali Aset Tetap 8059859000 Pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini mempunyai ganti aset tetap sebanyak 0.1. 17 .2.1.11 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM0. ia masih berhutang sebanyak 25.11 jualan dapat dijanakan.1 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 215091000 Jumlah Aset 848646000 = 25.3. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 366119000 = 0.34%.7. 7.3 Nisbah Leveraj 7. 7.2.3.34 sen.08 kali yang memberi maksud setiap RM1 aset tetap memberi sebanyak RM0.

ia masih berhutang sebanyak 91. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat. 7.43%.3.2 Takaful Malaysia Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 4223996000 Jumlah Aset 4619679000 = 91.43 sen. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham.43% Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 91.2.88%. 7.1 Takaful Ikhlas Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 215091000 = 0.7.1.3.2 Takaful Malaysia Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 4223996000 = 10.88 sen. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat.67 kali Jumlah Ekuiti 395683000 18 .3.1. 7.3. ia masih berhutang sebanyak 84.2.2 Nisbah Hutang/Ekuiti 7.88% Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahwa nisbah syarikat tersebut adalah 84.34 kali lebih besar daripada ekuiti.3.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 6841810000 Jumlah Aset 8059859000 = 84.34 kali Jumlah Ekuiti 633555000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 0.

7.1 Nisbah Margin Untung Bersih 7.4. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham. 7.4 Nisbah Keberuntungan 7.Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 10.1 Syarikat Takaful Ikhlas Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 59593000 = 6.2.21%.62 kali lebih besar daripada ekuiti. Dengan perkataan lain.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 49856000 = 13. perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 6.62 kali Jumlah Ekuiti 1218049000 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 5.21sen.3.67 kali lebih besar daripada ekuiti.1.62% Jualan 366119000 19 .3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Hutang/Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 6841810000 = 5. daripada setiap ringgit jualan.4.21% Jualan 959479000 Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 6.4.1. 7.

Dengan perkataan lain.4.86% Jualan 852670000 Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 13. perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 13. 7. daripada setiap ringgit jualan.1 Syarikat Takaful Ikhlas Nisbah Pulangan asset = Pendapatan Bersih = 59593000 = 7.1.2.2. Dengan perkataan lain. 7.86%.62%.02% Jumlah Aset 848646000 Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 7.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 118153000 = 13.02%.Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 13.62sen.86 sen.07% 20 . daripada setiap ringgit jualan.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Pulangan aset = Pendapatan Bersih = 49856000 = 1.4. 7.4.4. perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 13.2 Nisbah Pulangan Atas Aset 7.

4 % Jumlah ekuiti 633555000 Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 9.2 Syarikat Takaful Malaysia Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 49856000 = 12.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Pulangan asset = Pendapatan Bersih = 118153000 = 1.46% Jumlah Aset 8059859000 Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 1.5 Nisbah Pulangan Ekuti 7. 7.46%.4% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM9.59 % 21 . 7.40.07%.Jumlah Aset 4619679000 Pengiraan di atas menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 1.5. 7.4.1 Syarikat Takaful Ikhlas Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 59593000 = 9.2.5.

7 % Jumlah ekuiti 1218049000 Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 9.3 Etiqa Insurance Berhad Nisbah Pelangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 118153000 = 9.7% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM9. 8. Maybank Berhad suntikan modal yang besar membolehkan syarikat ini menjalankan perniagaan dengan lancar.5.59% iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM12. Keyakinan para pelanggan juga adalah 22 .70.59. RUMUSAN TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT YANG DIANALISIS. Syarikat Etiqa Insurance Berhad adalah syarikat yang mempunyai jumlah aset tertinggi di antara ketiga-tiga syarikat tersebut. Rumusan yang dapat kami buat tentang kekuatan dan kelemahan syarikat-syarikat yang kami analisa ialah dari segi aset. 7.Jumlah ekuiti 395683000 Berdasarkan pada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 12. Nilai asetnya mencecah RM681 226 000 dan dikira sangat tinggi jika dibandingkan dengan Syarikat Takaful Ikhlas yang Cuma mempunyai aset sebanyak RM2 809 000. Kami dapati sebagai sebuah anak syarikat kepada sebuah bank yang terbesar di Malaysia iaitu.

Manakala dari segi liabiliti pula.34 kali dan Etiqa Insurans pula 5. Ini adalah kelebihan kepada syarikat Etiqa Insurans Berhad berbanding pesaing-pesaingnya di dalam analisis kami. Syarikat Takaful Malaysia dan Syarikat Takaful Ikhlas yang mana mereka adalah syarikat induk. Jumlah ekuitinya sebanyak RM 1 218 049 000 dengan rizab sebanyak RM 1 065 898 000 membolehkan mereka meneroka pasaran dengan lebih agresif. Mereka membayar cukai sebanyak RM60 378 000 setahun kepada kerajaan. Kita sebagai pelabur atau pelanggan tidak boleh melihat liabiliti sesebuah syarikat jika ingin melabur atau membeli produk kerana ia tidak menggambarkan kekuatan atau kelemahan sesebuah syarikat. Etika Insurans Berhad masih merupakan syarikat yang mempunyai jumlah ekuiti yang tinggi di antara ketiga-tiga syarikat itu. namun jumlah ekuitinya adalah RM633 555 000. Dari segi ekuiti pula. Syarikat Etiqa Insurans Berhad adalah syarikat yang mempunyai keuntungan bersih yang tertinggi di antara ketiga-tiga syarikat yang kami analisa. Nisbah hutang/ekuiti untuk syarikat Takaful Ikhlas cuma 0.21%. merupakan yang terkecil jika dibandingkan dengan kedua-dua syarikat lain yang mempunyai nisbah untung bersih melebihi 13%.tinggi kerana mereka berasa selamat untuk melabur di dalam syarikat ini. Walau pun syarikat Takaful Ikhlas mempunyai modal saham yang lebih tinggi daripada ketiga-tiga syarikat tersebut. Jika dilihat pada nisbah untung bersih ini. Nisbah margin untung bersih syarikat Takaful Ikhlas adalah 6. kami percaya para pelabur dan pelanggan akan memilih syarikat Etiqa Insurans Berhad sebagai syarikat insurans pelaburan mereka. syarikat Takaful Ikhlas cuma mempunyai liabiliti paling sedikt iaitu sebanyak RM215 091 000 jika dibandingkan dengan dua syarikat lain yang mempunyai liabiliti melebihi 4 billion.62 kali lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat Takaful Malaysia yang mempunyai nisbah hutang/ekuitinya 10. 23 . Bolehlah dikatakan bahawa syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah syarikat yang lemah di antara ketiga-tiga syarikat yang kami analisa kerana mempunyai modal saham dan rizab yang terendah.67 kali. Ini membataskan penerokaan mereka untuk pasaran baru.

Pelanggan Islam pula kami rasa akan memillih syarikat Takaful Malaysia Berhad kerana mereka adalah satu-satunya syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka. Pada umat Islam dapat melaksanakan hukum syarak yang berkaitan dengan muamalat dituntut oleh Islam baik dalam kehidupan maupun pelaburan mereka. 24 .

Bagi saya ini satu cabaran dalam meningkatkan lagi diri saya dan juga ilmu yang didapati sebagai seorang guru yang akan bergelar siswazah tidak lama lagi.Walaupun subjek yang saya belajar ini tiada dalam sukatan terutamanya untuk sekolah rendah tetapi saya akan cuba memanfaatkan ilmu ini untuk anak-anak saya yang berada di sekolah menengah .Saya juga terpaksa menggunakan masa dengan sebaiknya.obligasi telah dapat saya fahami dan menambah perbendaharaan kata dalam diri saya. Kamarudin Bin Abu Hassan.Di sini juga saya perlu menganalisis penyata kewangan ketiga-tiga syarikat di atas berdasarkan apa yang saya ketahui.Syarikat kewangan yang telah saya pilih adalah berkaitan dengan Syarikat Takaful Insuran iaitu Syarikat Takaful Ikhlas.Banyak benda dan perkara yang selama ini tidak saya ketahui dalam 25 .Saya dan kawan-kawan saya terpaksa berkorban masa pada setiap hujung minggu terutamanya hari Ahad demi untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.Insyallah.Banyak juga perkataanperkataan berkaitan dengan ekonomi seperti aset.kali ini AlHamdulilah sedikit sebanyak ilmu itu dapat saya pelajari.penyata pendapatan.w.Insyallah.Barulah saya mengetahui serba sedikit tentang perniagaan atau topik RBT 3119 seperti kunci kirakira.t kerana dapat saya.En.ability.semaksimum yang ada dan sabar untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.REFLEKSI Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kalau selama ini saya tidak pernah pun mendengar perkataan-perkataan tersebut . Pada mulanya apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut.Di sini saya perlu mengenalpasti tiga buah syarikat kewangan.Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful.penyata aliran tunai mahupun penyata ekuiti pemilik. menyiapkan Tugasan Kerja RBT 3119 iaitu Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan secara berkumpulan yang diberikan kepada semua guru Kumpulan PGSR ( BM ) mengikut masa yang telah ditetapkan.Saya akan menggunakan segala kaedah atau panduan yang saya dapati ini sebagai contoh untuk saya membuat kajian kes untuk mata pelajaran Bahasa Melayu pada masa atau semester yang akan datang.ekuiti. Terlebih dahulu bersyukur kepada Allah s.

pelajar PGSR diucapkan ribuan terima kasih.Saya dapat rasakan bahawa tajuk atau mata pelajaran Perniagaaan dan Keusahawanan ini ( RBT 3119 ) merupakan salah satu subjek yang paling mencabar dan sukar setakat ini.Ruang masa yang panjang serta mencukupi yang diberikan kepada kami semua. Pada kesempatan ini juga.ringan sama-sama kita jinjing.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah unit Sains Sosial IPGM Perempuan Melayu Melaka lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama.Saya beruntung dan berterima kasih mendapat pensyarah RBT 3119 ini yang sangat baik hati dan berkomitmen tinggi . saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada pensyarah kesayangan kami ( RBT 3119 ) Perniagaan dan Keusahawanan iaitu Encik Senin Bin Khamis di atas segala bimbingan.nasihat ataupun sumber bahan.Seperti mana yang kita semua maklum walaupun banyak kekangan dan kerja yang perlu diselesaikan terutamanya di sekolah namun masih mampu tersenyum dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ pasti ada kejayaan.Insyaallah.memantapkan diri saya dapat saya lakukan terutamanya dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan ini melalui pembacaan buku-buku berkaitan dengan tajuk ini serta pencarian maklumat melalui internet.panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini sama ada dalam bentuk penerangan. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua teman-teman dan rakanrakan seperjuangan kerana bersama-sama berbincang dan bertungkus lumus tidak kira masa dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam mencari bahan berkaitan tajuk RBT 3119 ini.dan panduan semasa saya menyiapkan tugasan ini.Berat sama dipikul.Harapan saya dan kawan-kawan agar hasil yang kami berikan dapat memuaskan hati kedua-dua pensyarah tersebut. Akhir sekali saya amat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kemahiran saya sebagai guru berijazah yang berkualiti tinggi sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara masa kini dan secara tidak langsung memberikan satu manfaat yang amat berkesan kepada murid-murid saya khususnya dalam membentuk 1 Malaysia 26 .

bangsa ataupun kaum. Sekian.Selamat Maju Jaya.yang aman.Terima kasih.bersatu padu. ………………………………………………… KAMARUDIN BIN ABU HASSAN 640702-03-5151 ( PGSR BAHASA MELAYU AMBILAN NOV.Wassalamualaikum.dinamik serta semangat berkerjasama yang erat tanpa mengira agama. 2008 ) 27 .damai.

Tanpa kalian. Encik Senin bin Khamis yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada insan tersayang iaitu buat isteri dan anak-anak tercinta. Antara aspek yang dapat saya belajar daripada tugasan ini ialah. Perbandingan ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat boleh dilakukan melalui dua (2) cara iaitu melalui analisis arah aliran dan analisis keratan rentas industri. saya juga dapat belajar bagaimana membuat analisis ke atas penyata kewangan sesebuah syarikat berdasarkan nisbah kecairan. Selain itu. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. akhirnya tugasan ini dapat disiapkan. syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan KKP bagi mata pelajaran RBT 3119 – Perniagaan dan Keusahawanan ini dengan jayanya. saya dapat membuat perbandingan antara syarikat dari segi keupayaan kewangan sesebuah syarikat berkenaan. Pada mulanya.REFLEKSI Alhamdulillah. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing. perbandingan dibuat berdasarkan antara beberapa syarikat dalam industri atau firma yang sama. 28 . Namun bagi tugasan ini. siapalah saya. Ini bertepatan dengan kehendak soalan tugasan. analisis yang sesuai digunakan ialah analisis keratan rentas industri kerana mengikut analisis ini. Tetapi selepas menerima penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing berserta dengan kolaborasi bersama dengan rakan-rakan sekuliah. saya mendapati agar sukar untuk menyiapkannya kerana ketidakfahaman saya kepada kehendak soalan. Encik Mohmad Khaidar dan Encik Kamarudin yang telah banyak memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi semasa menyiapkan tugasan ini. nisbah pengurusan aset. saya telah banyak belajar terutamanya tentang aspek mata pelajaran Perniagaan dan Keusahawanan. apabila menerima tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan.

namun secara tidak langsungnya saya dapat sedikit ilmu bagaimana untuk menilai keadaan kewangan sesebuah syarikat untuk saya aplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. dia pasti akan mendapat ganjarannya. iaitu siapa yang sanggup menanggung risiko. sekurang-kurangnya saya telah ada sedikit ilmu tentang bidang ini.nisbah leveraj dan nisbah keberuntungan. Walaupun ilmu yang saya perolehi ini tidak dapat saya aplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Siapa tahu suatu hari nanti saya atau ahli keluarga saya terlibat dalam bidang perniagaan. membayar hutang dan sebagainya dapat dikesan melalui pengiraan berdasarkan nisbah-nisbah ini. Disediakan oleh: Kamal Bahrin Bin Awang Ahmad 730601-03-5431 2008142360005 29 . Keupayaan sesebuah syarikat mendapat keuntungan. Akhir sekali saya merasakan tugasan yang dibuat ini telah dapat menyedarkan saya bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan ini adalah satu bidang yang berisiko.

Pada saya kerelaan dan sifat keterbukaan serta sikap sentiasa berfikiran positif saya ini adalah kekuatan saya untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang sukar. 30 . Manakala pihak pengurusan pula memerlukan penyata kira-kira untuk melihat kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan mereka untuk membuat perancangan dan penambahbaikan. Ini dapat membantu pelabur membuat penelitian dan perkiraan sebelum mengeluarkan wang mereka untuk membuat pelaburan. Bagi kerajaan pula. Saya dapati pihak pengurusan syarikat menyediakan pelbagai dokumen dan penyata untuk kegunaan pihak yang berkepentingan. Penyata kewangan ini memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. ekuiti pemilik dan kedudukan kewangan yang telah berlaku. Penyata kewangan ini mengandungi maklumat yang berkaitan aset.REFLEKSI Syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan kesihatan dan akal fikiran yang sihat dan bernas untuk menyiapkan tugasan Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan RBT 3119 ini. penyata kewangan ini diperlukan untuk menentukan cukai dan perancangan pembangunan ekonomi. Kerjasama dan kesabaran yang dimiliki oleh rakan-rakan sekumpulan banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Penerimaan tugasan ini merupakan sesuatu yang baru dan menakutkan apatah lagi ketiadaan pengalaman dan pengetahuan tentang bidang perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan hendaklah dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami. Saya sedar bahwa penyata kewangan ini digunakan oleh pelbagai pihak seperti pelabur dengan pelbagai tujuan. Salah satu dokumen penting yang disediakan oleh pihak syarikat ialah penyata kewangan. liabiliti. Pihak institusi kewangan pula memerlukan penyata kira-kira untuk melihat potensi dan kebolehupayaan syarikat untuk membayar semula kredit sebelum mululuskan sebarang permohonan. Ia merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan.

Sesebuah syarikat akan dilihat sebagai syarikat yang mendapat keuntungan setelah keuntungan/lebihan sebelum cukai ditolak zakat atau cukai. MOHMAD KHAIDAR BIN ABD HAMID 640530-04-5675 31 . Saya berharap maklumat dan ilmu yang saya perolehi dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya nanti. Insyaallah. Contohnya syarikat Etiqa Insurance Berhad. Sekian. Keuntungan bersih inilah yang mencerminkan kejayaan dan keuntungan sesebuah syarikat. walaupun memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM118. terima kasih. Saya bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak maklumat baru tentang kewangan dan perniagaan yang saya peroleh. 153 000 tetapi memilik liabiliti sebanyak RM6 841 810 000 berbanding Syarikat Takaful Ikhlas yang cuma memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM59 593 000 tetapi memiliki liabiliti cuma RM215 091 000.Dalam membuat KKP ini juga saya sedar rupanya figure yang besar tidak melambangkan keuntungan atau kehebatan sesebuah syarikat kerana ada liabiliti dan tanggunggan yang perlu dibayar.

my/malay/takafulAm/ 32 .pdf http://www. (2002). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.BIBLIOGRAFI M.com.com.Fazilah Abdul Samad.takaful-ikhlas. Shamsuudin Ismail.mnrb.maybank. Fauzi Zainir.p df http://www.com. Pengurusan Kewangan. http://www.my/files/Etiqa%20Insurance%20Berhad%20June%202011%2 0%28BM%29.my/media/annual_reports/AR20010_BM/27_penyata_kewangan.

LAMPIRAN 33 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->