(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

)

TAJUK 1 Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial
SINOPSIS Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial. KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP-KONSEP ASAS PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PENGUJIAN PENILAIAN PENGUKURAN

PENTAKSIRAN

KANDUNGAN ISI 1

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Modul ini menerangkan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Modul ini juga akan menerangkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial. Seterusnya menyenaraikan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.0 Pengujian Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid (Azizi, 2008). Manakala menurut Siti Rahayah (2003) pengujian adalah proses pengukuran pencapaian penguasaan pelajar dalam suatu disiplin di dalam kelas dengan menggunakan ujian. Menurut Bhasah (2009) ujian adalah satu konsep yang kerap digunakan oleh guru pada setiap bulan. Guru dikehendaki menyediakan ujian bulanan, ujian pertengahan semester juga ujian percubaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Manakala menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor dalam mengukur pencapaian murid bagi sesuatu mata pelajaran seperti dalam ujian KajianTempatan murid mendapat markah 90/100. Contoh sistem berkategori seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti dan buta warna hijau-merah bagi ujian penglihatan (Mokhtar, 2009). 2

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 1.0 Pengukuran 3 .2 Pelaksanaan pengujian Pelaksanaan ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian berbahasa dan ujian bukan berbahasa. b) Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. d) Maklum balas kepada guru dari segi kekuatan dan kelemahan pengajarannya. 2. Jelaskan proses-proses yang terlibat. c) Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pelajar. Guru di sekolah selalu mengadakan ujian dari masa ke semasa. Contoh ujian berbahasa adalah ujian kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian lisan. e) Maklum balas kepada pelajar dari segi kekuatan dan kelemahan pembelajarannya. 1.1 Tujuan pengujian a) Menentukan perubahan tingkah laku pelajar. Ujian bukan berbahasa contohnya adalah ujian prestasi yang lebih tertumpu kepada kemahiran psikomotor.

Contoh bagi pengukuran adalah skor atau markah 85 daripada 100 markah bagi sesuatu ujian. d) Mendapat maklumat membuat pengelasan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. b) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Pengukuran adalah satu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat atau instrumen tertentu (Azizi.0 Penilaian 4 . Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian. Menurut Bhasah (2009) pengukuran adalah pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan.1 Tujuan Pengukuran a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran dan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh. c) Membandingkan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran untuk yang tertentu ataupun dan keseluruhan pencapaian akademiknya. 2. skala kadar (rating scales) atau senarai semak. Huraikan alat-alat pengukuran yang boleh digunakan oleh guru selain daripada ujian. 2008). 3. e) Mendapat maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil sebagai maklum balas kepada pelajar dan ibu bapa.

penilaian adalah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. berkesan. ibu bapa. Seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. kaedah. pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan Penilaian merupakan satu aspek penting dan sangat mustahak dalam pendidikan. untuk membuat analisis dan keputusan yang sewajarnya dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang berkesan. para pengajar. penilaian adalah satu usaha mengemukakan pendapat tentang nilai sesuatu idea. Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. murid. bahan dan sebagainya. penyelesaian. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program-program penambahbaikkan pendidikan. Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. Ia melibatkan penggunaan kriteria dan juga standard untuk menentukan sejauh mana sesuatu itu tepat. pentadbir dan 5 . Menurut Gay (1985) dalam Bhasah (2009). Ia melibatkan pengenalpastian. penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai. guru. Dalam konteks yang lebih luas. pelajar. Melalui penilaian pengajaran dan pembelajaran.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Menurut Siti Rahayah (2003). pensyarah. ekonomikal atau memuaskan.

Ringkasnya penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting kerana ia menggalakkan murid menbaiki pencapaiannya.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) perancang pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu (Bhasah. b) Kuantitatif Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti Nurul Izzah mempunyai darjah kecerdasan 120. Data kualitatif diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu. Contoh: Muhammad Haziq seorang pelajar yang pintar dan cerdas.1 Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk a) Kualitatif maklumat kualitatif yang mengandungi Menggunakan pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Namakan jenis-jenis penilaian yang kamu tahu? 6 . 2009). 3. dan menggalakkan guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka. membantu guru membuat taksiran tentang pembelajaran murid-murid.

Anda dikehendaki mencari maklumat tentang pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah anda. d) Menentukan pencapaian objektif ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. proses membuat penilaian adalah seperti berikut: a) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan b) Menentukan jenis responden/subjek c) Pengumpulan data d) Analisis e) Interpretasi data f) Membuat keputusan 3.3 Tujuan Penilaian a) Mengumpul maklumat pencapaian pelajar. b) Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar serta merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan. keadaan ini memudahkan guru membuat keputusan.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 3. keberkesanan atau nilai sesuatu pelajaran aktiviti yang pendidikan. membuat analisis dan mengambil tindakan yang selanjutnya. e) Membantu guru mengetahui tahap pencapaian sesuatu objektif pengajaran. c) Membuat pertimbangan dan penghakiman terhadap kualiti.2 Proses Penilaian Pada umumnya. 7 .

Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah tersebut tidak mencukupi untuk memberi maklumat yang berkenaan.0 Pentaksiran Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009). menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang pelajar. tahap program. 8 . sebab-sebab pelajar mendapat markah sedemikian. Azni mendapat 85 markah untuk mata pelajaran Kajian Tempatan. istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian. Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran. 2001) dalam Vincent Pang dan Denis Lajium (2008). sintesis dan interpretasi maklumat dalam membuat keputusan (Airasian. Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengutipan. Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. oleh itu pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Yang diukur adalah prestasinya sahaja. pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan pemantauan pengajaran. Contohnya nilai. Menurut Bhasah (2009). ada beberapa perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan daripada penaksiran. pentaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan sumber yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan. Sebagai contoh.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 4. Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan interpretasi juga terlibat dalam pentaksiran. pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan objektif kurikulum tercapai atau tidak.

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 4. Contohnya. 9 . d) Mengunakan maklum balas dari hasil pentaksiran untuk pendidik dan pelajar memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran mereka. sekolah-sekolah. c) Memberi sijil kepada pelajar yang menunjukkan kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran dan guru menentukan tahap pencapaian pelajar berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan. b) Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran dalam menepati piawaian yang ditetapkan. guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan. 4.1 Ciri-ciri pentaksiran a) Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan. b) Ujian merupakan sebahagian daripada pentaksiran. c) Semasa membuat pentaksiran ke atas pelajar. mencari punca kelemahan dan membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki kaedah pengajaran. guru dan pelajar meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna.2 Tujuan Pentaksiran a) Membolehkan sistem persekolahan.

Mengesan hasil pembelajaran. Pengukuran dan Penilaian JADUAL 1. semasa Sebelum. Masa Sebelum. jenisjenis kemahiran dan kemajuan.0: Perbezaan antara Pengujian.0 Perbezaan antara Pengujian. semasa 10 Sebelum. semasa . Mengapa guru perlu tahu mengenai pentaksiran? 5. pelajar melaksanakan tugasan dengan cemerlang.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) e) Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Pengukuran dan Penilaian Perkara Takrif Pengujian Teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna berkesan. individu. Penilaian Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. dan sistem persekolahan apabila yang lebih dapat Contohnya. mereka diberikan pengiktirafan di atas pencapaian mereka. Pengukuran Proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran Fungsi Mengesan hasil pembelajaran yang diperolehi.

memperoleh kuantitatif. penaksiran dan penilaian. Menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur. Melalui item-item Berbagai-bagai cara Melalui ujian dan (soalan-soalan) ujian. Hasil Menunjukkan pencapaian muridmurid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran. pengukuran. 11 .0 Kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial adalah seperti berikut. pengajaran. Fokus Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran. Menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dan selepas Cara dan selepas dan selepas pengajaran. soal selidik atau senarai semak. rekod anekdot atau senarai semak. data alat-alat lain seperti soal selidik. Nyatakan hubungan antara pengujian. pengajaran. Berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian. 6. Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran.

Ini merupakan motivasi yang menyebabkan pelajar berminat untuk belajar. sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dikuasai. Bandingkan dan bezakan pengukuran. Pelajar perlu berusaha untuk lulus dalam peperiksaan kerana hasil peperiksaan memberi satu status pencapaian akademik. c) Memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan. b) Memberi kesan yang sangat hebat iaitu secara umumnya kesannya adalah memberi motivasi kepada pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dalam pembelajaran. bentuk dan proses pelaksanaan dalam konteks pendidikan. Daripada keputusan prestasi pelajar. TAJUK 2 Penilaian dan Ujian 12 . dapat membantu guru mempertingkatkan pasti kekuatan pengajarannya. d) Mendapat maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. dan Guru dapat mengenal kelemahan pengajaran berdasarkan objektif yang ditetapkan. pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan. e) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. pengujian. kemahiran.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) a) Memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

0 Penilaian dan Ujian 13 . HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan dan membanding beza jenis-jenis ujian. KERANGKA TAJUK-TAJUK Formatif Penilaian Sumatif Jenis-jenis Ujian Ujian Rujukan Kriteria Ujian Rujukan Norma Ujian Pencapaian Ujian Kecerdasan Ujian Prestasi Ujian Diagnostik Ujian Personaliti Ujian Bakat 2. ujian dan bentuk-bentuk ujian dan seterusnya membanding beza jenisjenis ujian.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) SINOPSIS Dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis penilaian.

Cara penilaian adalah berbentuk formal seperti ujian bertulis. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 2. kuiz. peperiksaan amali. Contoh penilaian sumatif adalah seperti peperiksaan akhir tahun.1. kerja rumah dan ujian ringkas. Penilaian Menengah Rendah 14 . Contoh ujian formatif adalah seperti lembaran-lembaran kerja dan ujian bulanan. skala kadar dan senarai semak. tugasan.1. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dijalankan.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 2.1 Jenis-jenis Penilaian Penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.Tujuan penilaian formatif adalah untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar mendapat maklum balas dengan kadar dalam segera sesuatu tentang yang kemahiran. Fungsi penilaian formatif adalah untuk memastikan guru pengajarannya dan pelajar dapat memahami pembelajaran sedang berlaku.2 Penilaian sumatif Merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus atau program. 2. Cara penilaian adalah berbentuk tidak formal seperti pemerhatian.1 Penilaian formatif Satu jenis penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad contohnya satu unit pelajaran.

JADUAL 2.1 Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif Perkara Konsep Ujian formatif Ujian boleh dibina dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan pelajar terhadap sesuatu Kaedah pembelajaran. 15 Tingkah laku kognitif. ujian Secara formal : ujian kertas dan pensel .1 menyenaraikan perbezaan di antara ujian formatif dan ujian sumatif. soal jawab. Secara formal: kertas dan pensel Secara tidak formal: pemerhatian. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Fungsi tugasan dan latihan. Pencapaian ini dinyatakan dalam bentuk gred dan markah tertentu dan pemberian sijil-sijil. Pemberian gred dan sijil kepada kursus. Dapat mengesan puncapunca kelemahan untuk kegunaan dalam Penekanan pendidikan pemulihan. murid diakhir Ujian sumatif Ujian boleh dibina dan ditadbir secara tidak formal bagi mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan. Penilaian sumatif juga digunakan untuk mengesan pencapaian dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid antara kelas. Tingkah laku kognitif. Jadual 2. Memberi maklum balas kepada guru dan murid.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) (PMR).

Matlamat URN adalah untuk membuat perbandingan antara pelajar oleh itu URN tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Diakhir satu-satu unit atau kursus.2 Ujian Rujukan Kriteria (URK) 16 . Matlamat URN adalah untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar. Ujian bulanan. STPM dan Peperiksaan akhir tahun. 2. 50% sederhana dan 25% sukar. PMR. lembaran kerja Objektif kursus.1 Ujian Rujukan Norma (URN) URN dirangka untuk membandingkan prestasi individu dengan kumpulan rakan sekelasnya atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas. tingkatan atau program sekolah. SPM.2. Sepanjang tahun.2 Jenis-jenis Ujian 2. UPSR. Lazimnya kesukaran item adalah berdasarkan nisbah 25% mudah. Bezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif dari segi kaedah dan kepentingan. Oleh itu tahap kesukaran item yang dibina dikawal supaya mempunyai pelbagai aras kesukaran.2. Satu-satu segmen. 2.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dalam penilaian Fokus pengukuran Masa diberi Contoh psikomotor dan afektif. Item URN juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah.

tidak melebihi 2 kesilapan ejaan pada setiap muka surat Adakah ujian formatif boleh dianggap sebagai ujian URK? Berikan sebabnya. 2009) Bagi satu ujian sepanjang 10 muka surat. menggunakan mesin taip elektrik. Kriteria: Keadaan: Piawai: menaip 10 muka surat dengan kelajuan 50 psm. URK merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan. URK memberikan penjelasan yang lebih baik tentang sesuatu atribut yang diukur. tetapi pengukurannya tidak menyeluruh URN.2 Perbandingan antara ciri-ciri Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan (URK) 17 . Contoh: (Bhasah. URK digunakan untuk memastikan status pencapaian seseorang individu berdasarkan domain perlakuan yang telah ditetapkan. URK tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar yang lain. pelajar dianggap lulus. JADUAL 2. sekiranya dapat menaip 50 psm tanpa membuat lebih 2 kesalahan ejaan pada setiap muka surat.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Ujian ini digunakan sekiranya guru ingin membandingkan pretasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. URK memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Menurut Popham (1981) dalam Bhasah (2009).

Satu kaedah membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar yang lain terhadap satu-satu tugasan yang nyata. Kegunaan Sebagai satu sekatan untuk menentukan sama ada seseorang pelajar telah mendapat cukup pengetahuan atau kemahiran. telah cukup penguasaan untuk terus ke aras pengajaran yang lebih tinggi. Sebagai suatu alat untuk memilih individu dalam mendapatkan sesuatu hadiah yang terhad. gagal Jangkaan Purata bilangan pelajar Purata bilangan purata jawapan yang dapat menjawab pelajar yang dapat betul item dengan betul menjawab item 50%. Kemasukan ke universitii awam. PMR. Contohnya. Bertujuan kesukaran dengan untuk mendapatkan berpandukan objektif diskriminasi maksimum pelajaran antara calon. Contoh. Ciri-ciri soalan Soalan ujian berbeza Semua soalan hampir mengikut tahap sama tahap kesukaran. latihan. hadiah biasiswa. UPSR. Satu kaedah yang menentukan berbanding dengan satu-satu kriteria atau objektif yang spesifik. tugasan. Kandungan ujian Contoh ujian Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas Peperiksaan akhir tahun.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Perkara Matlamat Ujian Rujukan Norma(URN) Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain. Ciri-ciri ujian Penentuan pangkat. 18 Terumpu pada topiktopik tertentu yang lebih khusus. Tiada gred ditetapkan gred bagi menentukan dan memadai kelulusan murid pernyataan lulus/ pelbagai peringkat. soal . Ujian pendek. dengan betul 80%. Ujian Rujukan Kriteria(URK) Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.

2. Ujian ini telah dibina oleh Alfred Binet dan beliau telah menerbitkan Skala Binet pada tahun 1905. Ujian pencapaian akademik mengukur pengetahuan. siasah. minat. 2009). aptitud. Skala ini digunakan untuk mengasingkan kanakkanak “lembam” daripada kanak-kanak cerdik (Mokhtar. Ujian ini boleh dibina oleh pihak institusi seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan ujian di peringkat pusat seperti UPSR. Ujian ini berjaya menguji aktiviti mental yang kompleks serta dapat memberikan nilai Intelligence Quotient (IQ) yang mudah difahami. Ujian ini juga boleh dibina oleh guru secara perseorangan seperti ujian dalam kelas. SPVM.Terman telah menghasilkan Skala Ujian Mental pada tahun 1916 yang dikenali sebagai Standard-Binet yang popular hingga ke hari ini. sikap dan sebagainya.2. Lewis M. SPM. PMR.2. The Wechler Intelligence Scale for Children (WISC) 19 jawab. kemahiran dan kecekapan semasa. Terdapat ujian kecerdasan yang lain seperti The Wechsler Adult Intelligence Scale(WAIS). . Bertujuan untuk mengukur prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. STPM dan sebagainya.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) SPM. Kekuatan ujian ini adalah ia menjadikan kebolehan mental sebagai sesuatu yang standard.3 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian digunakan bagi menilai tahap pengetahuan.4 Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik. STPM. 2. kebolehan dan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

sahaja Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memgembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan berasaskan kurikulum yang diajar. Pelajar perlu membuat beberapa tugasan selain daripada menjawab soalan.5 Ujian Prestasi Adalah ujian yang digunakan bagi mengelak berlakunya tekanan kepada pelajar hasil daripada penggunaan ujian kertas dan pensel yang berasaskan fakta. Teknikteknik yang digunakan adalah seperti memerhati.6 Ujian Diagnostik Digunakan oleh guru atau kaunselor untuk mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dan menentukan punca yang menimbulkan masalah itu. kefahaman dan pemikiran mereka. menemubual. Dalam ujian diagnostik 20 . Melalui laporan kendiri pula. merakam aktiviti dan membuat folio bagi mengesahkan kebolehan.2.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dan The Wechler Pre-school and Primary Scale of Intelligence (WPPSI). 2. Oleh kerana ujian diagnostik kelemahan dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan bukan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. pelajar menilai diri sendiri melalui soal selidik yang menilai peribadi seseorang individu.2. Tujuan ujian diagnostik adalah untuk menentukan kedudukan seseorang atau sekumpulan pelajar dalam pelajarannya sebelum memulai sesuatu pelajaran. Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya sesuatu kelemahan bertujuan dalam untuk pembelajaran menentukan sebelum merancang maka ujian dan ini menjalankan rancangan pemulihan. 2. Teknik menghasilkan folio juga selalu digunakan untuk memeriksa hasil kerja pelajar.

Bakat bermaksud apa yang pelajar boleh belajar. Ciri-ciri yang Contoh ujian personaliti adalah dinyatakan diukur dengan instrumen psikologi yang berbentuk ujian. Profil ini membantu guru dalam mengenal pasti tentang aspek-aspek yang belum dikuasai sepenuhi oleh murid. Ujian ini mengukur kewujudan keadaan atau trait dalam seseorang pelajar. nilai. 2. minat dan motivasi.8 Ujian Bakat Ujian ini digunakan untuk membuat ramalan prestasi dan kebolehan pelajar belajar pada masa hadapan. inventori. permohonan biasiswa. Contoh ujian diagnostik adalah seperti menilai bacaan murid yang bertujuan untuk membunyikan huruf dan mengenal huruf.2. sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Preference Schedule (EPPS). Maklumat yang diperolehi daripada ujian bakat sangat berguna untuk pemilihan dan penempatan pelajar sesuatu progam. 2. Sebagai contoh. inventori. kemasukkan ke program latihan.2. membimbing pelajar ke arah kerjaya yang 21 seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Personal . Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon bagi melakukan pekerjaan tertentu. Ujian personaliti digunakan bagi memahami tingkah laku pelajar khususnya sikap. Ujian diagnostik biasanya diberi secara individu dan ujian ini boleh dijalankan secara formal iaitu ujian kertas dan pensel juga kaedah lain seperti soal jawab. seperti sikap. minat dan motivasi mereka. pemerhatian dan tugasan. indikator atau indeks.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) markah diterjemahkan dalam bentuk profil individu dengan berasaskan markah tentang aspek-aspek pelajaran.7 Ujian Personaliti Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar. pendirian.

3 Bentuk-bentuk ujian 2. Ujian Kecerdasan The Stanford Binet Intelligence scale dan The Weschsler Intelligence Scale. Kelasifikasikan ujian-ujian yang telah anda pelajari kepada tiga bidang iaitu bidang kognitif.3. 2. ujian perlakuan/ ujian prestasi. Contoh lain ujian bakat yang biasa digunakan di sekolah menengah Amerika Syarikat ialah Differential Aptitud Test (DAT) (Mokhtar. 2009). 2. Contoh ujian individu adalah ujian lisan berbahasa. Nyatakan perbezaan antara ujian pencapaian dan ujian perlakuan.3. Kedua-dua ujian kecerdasan ini adalah contoh ujian kecerdasan yang ditadbirkan secara individu pada satu-satu masa.2 Ujian bertulis dan lisan 22 .1 Ujian individu (perseorangan) dan kumpulan Bilangan calon yang mengambil ujian pada satu-satu masa terbahagi kepada ujian individu dan ujian berkumpulan. Ujian berkumpulan biasa dijalankan di sekolah contohnya ujian pencapaian.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) sesuai dan sebagainya. Ujian berbahasa (ujian bertulis dan ujian lisan) jarang dijalankan secara individu oleh guru di sekolah. Contoh ujian bakat adalah Ujian Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). afektif dan psikomotor.

Dalam ujian subjektif pula. Contoh ujian berbahasa adalah ujian kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian lisan (Mokhtar Ismail. ujian terbahagi kepada ujian berbahasa dan ujian bukan berbahasa. benar-salah dan mengisi tempat kosong. kertas dan pen biasanya diperlukan dan biasanya dijalankan secara kumpulan. Ujian bukan berbahasa (bukan lisan) ialah ujian perlakuan/ ujian prestasi yang lebih menumpukan perhatian kepada kemahiran 23 . Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif (Ee Ah Meng. menanda atau memilih jawapan. Dalam ujian objektif pelajar mungkin dikehendaki menulis dengan ringkas. Tujuan ujian lisan adalah untuk mengesan punca kelemahan pelajar dengan serta merta dan menolong pelajar membetulkan kesalahan. Ujian kertas dan pensel adalah ujian yang menguji pencapaian pelajar. 2009).(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Dari segi pelaksanaan. Ujian kertas dan pensel adalah contoh ujian bertulis yang bergantung kepada penggunaan perkataan. Ujian bertulis merupakan ujian yang paling kerap digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ujian lisan boleh melibatkan pembacaan. Ujian lisan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Contoh soalan objektif adalah soalan objektif pelbagai pilihan. 2009). 2000). Antara ciri-ciri ujian ini adalah memerlukan kemahiran membaca dan menulis. Dalam ujian lisan guru boleh mendapat maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran dan sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. memadankan jawapan. penulisan dan lisan (Bhasah. pelajar dikehendaki menulis jawapan pendek (satu atau lebih ayat) atau jawapan tidak terhad (bentuk karangan). Ujian lisan memberi penekanan kepada penggunaan bahasa sebagai asas menjawab soalan atau item.

Oleh yang demikian ia mempunyai ciri kesahan kandungan. b) Ujian ini dapat meliputi banyak bidang yang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran. menanda atau memilih jawapan. c) Ujian ini dapat menguji aras kognitif di peringkat pengetahuan. Kelebihan-kelebihan Ujian Objektif a) Mempunyai keobjektivitian yang tinggi. Oleh yang demikian pemeriksa yang kurang berpengalaman juga boleh memeriksa dan lebih mudah lagi mesin juga boleh digunakan untuk memeriksa jawapan pelajar. 24 .3 Ujian objektif dan subjektif Ujian objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek dan tepat. benar-salah. kefahaman dan aplikasi dengan berkesan. contohnya ujian membaiki radas elektronik. tidak semestinya memerlukan kertas dan pen dan biasanya dijalankan secara individu. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan. Ujian objektif mudah diperiksa dan boleh diperiksa oleh pemeriksa yang lain akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Contoh soalan objektif adalah soalan aneka pilihan. Antara ciri-ciri ujian perlakuan yang lain adalah tidak memerlukan kemahiran membaca dan menulis. Pelajar dikehendaki menulis dengan ringkas.3. Ujian objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek dan tepat biasanya beberapa perkataan atau satu frasa sahaja.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) psikomotor daripada kemahiran kognitif. 2. padanan dan mengisi tempat kosong.

b) Ujian objektif jika tidak berhati-hati. Kelemahan-kelemahan Ujian Objektif a) Pembinaan ujian objektif memerlukan lebih tenaga. c) Ujian ini menggalakkan calon-calon yang tidak tahu menjawab untuk meneka jawapan. aras sintesis dan penilaian agak sukar diukur.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Walau bagaimanapun. item mungkin mempunyai lebih daripada satu jawapan yang betul. g) Ujian objektif lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif kerana ia dapat menguji banyak bidang pada sesuatu masa. satu perenggan atau beberapa 25 . e) Calon-calon yang berlatih menjawab soalan-soalan objektif tahun lepas dapat meningkatkan prestasinya. f) Calon-calon yang penguasaan bahasanya lemah juga dapat menjawab soalan-soalan objektif. d) Ujian objektif kurang sesuai digunakan dalam penilaian formatif. oleh itu ujian objektif mempunyai cirri kebolehpercayaan. masa dan perbelanjaan untuk membina item yang bermutu tinggi. Ujian Subjektif Dalam ujian subjektif pelajar dikehendaki memberikan jawapan yang terdiri daripada satu atau lebih ayat. f) Setengah-setengah calon tidak perlu membuat persediaan yang rapi kerana mereka boleh meneka jawapan daripada senarai jawapan yang diberi. d) Ujian objektif ini mudah ditadbir dan mudah diperiksa. e) Unsur-unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.

Kelemahan-kelemahan Ujian Subjektif 26 . e) Soalan subjektif memerlukan calon menulis jawapan dengan perkataan sendiri. mengait.(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) perenggan atau sebuah karangan yang lengkap. f) Peluang untuk meniru dapat dikurangkan kerana soalan subjektif memerlukan calon menggunakan perkataan sendiri untuk menulis jawapan. b) Soalan subjektif boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. d) Oleh sebab tiada pilihan jawapan maka peluang pelajar untuk meneka jawapan adalah kurang. Kelebihan-kelebihan Ujian Subjektif a) Soalan subjektif lebih mudah digubal dan ditadbir. struktur dan jawapan pendek. menyusun. membuat sintesis. Soalan esei menguji kebolehan murid untuk mengingat semula. menganalisis dan menilai idea-idea. Pemeriksa akan menentukan ketepatan dan jawapan berdasarkan kepada tugasan soalan dan peraturan pemarkahan yang disediakan. ujian subjektif akan memberi peluang kepada calon untuk latihan kemahiran menulis. c) Soalan jenis ini amat sesuai untuk mengukur aras kognitif seperti sintesis dan penilaian. Contoh soalan subjektif adalah soalan esei.

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) a) Soalan subjektif hanya meliputi bidang yang terhad kerana bilangan soalan esei terbatas. d) Pemeriksaan jawapan soalan subjektif memerlukan masa dan tenaga yang banyak. c) Ujian ini kurang sesuai untuk mengukur aras kognitif pengetahuan sesuatu bidang terutama bagi calon yang kurang mahir dalam penggunaan bahasa. Oleh itu soalan ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang rendah. 27 . calon boleh meramal soalan-soalan yang akan disediakan. b) Oleh kerana bilangan soalan terhad. f) Pemeriksa juga mungkin dipengaruhi oleh kesan horn iaitu apabila sesorang pelajar jawapannya kurang memuaskan tetapi pelajar itu adalah budak pandai maka pemeriksa akan memberi markah tinggi. e) Pemeriksa mungkin dipengaruhi oleh kesan halo iaitu apabila pelajar mendapat menjawab soalan 1 dengan baik tetapi tidak dapat menjawab soalan 2 dan 3 dengan baik maka pemeriksa akan memberi markah rendah.