Bab 1 PENDAHULUAN Pengenalan Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat

keputusan dalam pelbagai konteks. Justeru itu, dalam bab ini pengkaji menghuraikan serba sedikit tentang latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Latar belakang Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka, kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbang dan menyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnya bertujuan untuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang lalu hinggalah ke saat ini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian dan menjadi satu topik perbincangan. Pelbagai usaha dicurahkan sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga untuk memastikan usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan modal insan pada tahap yang membanggakan. Pengetahuan berkenaan perkembangan kanak-kanak dapat memberi panduan kepada para pendidik bagi mengetahui tingkah laku dan sifat-sifat yang dapat dijangka dalam diri kanak-kanak. Maklumat ini amat penting bagi membantu para pendidik menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang dapat membantu penyuburan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua prasekolah wajib berpegang pada garis panduan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara membolehkan kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetika sebagai persediaan awal sebelum melangkahkan kaki ke alam sekolah rendah.

1

Penyataan Masalah Kajian Bermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak, sama seperti makan dan tidur. Ini kerana dalam aktiviti bermain, kanak-kanak prasekolah dapat diasuh secara langsung dan tidak langsung bagi mengembangkan kesuburan diri yang menyeluruh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan seluruh anggota deria mereka seperti mata, telinga, hidung dan kulit mereka. Oleh itu, semasa kanak-kanak bermain menggunakan alat permainan luar khususnya mereka dapat meneroka, menyiasat benda-benda di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah, membina dan sebagainya. Namun begitu, sejauh manakah fungsi alat permainan luar prasekolah ini dapat membantu guru dalam proses perkembangan kanak-kanak ? Adakah kondisi alat permainan luar yang disediakan mematuhi piawaian dan benar-benar selamat digunakan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah kemudahan yang disediakan dapat dinikmati sepenuhnya oleh guru dan kanak-kanak prasekolah? Pengkaji tertarik untuk mengkaji masalah ini, berasaskan peristiwa yang dialami oleh sekolah pengkaji sediri. Terdapat sejumlah 39 orang kanak-kanak prasekolah yang melibatkan dua buah kelas prsekolah di tempat pengkaji berkhidmat tidak dapat menikmati kemudahan untuk bermain alat permainan luar sejak tahun 2005 sehingga kini. Hampir dua tahun kanak-kanak prasekolah ini tidak mendapat hak mereka seperti kanak-kanak prasekolah yang lain. Masalah timbul apabila beberapa orang kanak-kanak prasekolah tercedera ketika menggunakan ‘monkey bar’ dan buaian. Kecederaan ini disebabkan oleh kondisi alat permainan luar tersebut yang telah berkarat dan kurang selamat digunakan. Justeru itu, pihak pentadbir telah mengarahkan agar taman permainan prasekolah ini ditutup sehingga usaha untuk menggantikan alat permainan luar yang baru. Justeru itu, pengkaji ingin meninjau dan menyelidik tentang penggunaan alat permainan luar terhadap perkembangan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berpeluang menikmati kemudahan tersebut dan sebaliknya.

2

Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, mempertingkatkan kemahiran sosial dan berdisiplin apabila mereka bermain. Di samping itu, dapat membantu kanak-kanak melahirkan perasaan mereka apabila bermain. Bermain merupakan asas program amalan bersesuaian perkembangan (Developmentally Appropriate Practice). Robinson & Schwartz (1972), berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan melalui aktiviti tertentu iaitu : “The natural form of activity for the young child is usually referred to as play. Very early in life, a child begins learning through play. He engages extensively in numerous types of play activities through which he develops most of his acquired skills and understanding”. (h:113) Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanakkanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermain dengan lebih efisen. Mengikut pakar perkembangan otak (neurologist), bahagian atau sel otak (neuron) yang dirangsang dari awal lagi akan berkembang dengan pesat dan membentuk sinaps yang kompleks. Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik untuk berlakunya proses perubahan-perubahan yang penting dalam diri kanak-kanak. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif. Memandangkan penggunaan alat permainan luar adalah sebahagian daripada kurikulum prasekolah, maka pengkaji ingin mengkaji penggunaa alat ini sebagai pemangkin yang membantu guru prasekolah dalam usaha memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

3

Tujuan Kajian Tujuan kajian penyelidikan ialah untuk meninjau penggunaan alat permainan luar kelas terhadap perkembangan kanak-kanak Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur. Kajian ini melibatkan sebanyak 40 buah kelas prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan terletak di dalam empat buah zon iaitu Zon Bangsar, Zon Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul. Kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti pengetahuan guru-guru prasekolah tentang penggunaan alat permainan luar dalam proses perkembangan motor kanak-kanak dan impaknya dalam membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kajian ini ingin mendapatkan pandangan atau persepsi guru tentang kemudahan yang disediakan serta tahap keselamatannya. Kajian ini juga meninjau tentang masalah yang sering dihadapi oleh guru dan kanak-kanak ketika menggunakan alat permainan luar kelas yang disediakan di Taman Permainan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

4

Objektif Kajian Objektif Kajian adalah berdasarkan tujuan kajian iaitu: 1. mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah tentang penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah dalam poses perkembangan motor kanak-kanak. 2. mengenalpasti impak penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. mengenalpasti kemudahan alat permainan luar yang disediakan di prasekolah KPM dan tahap keselamatannya. 4. mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru dan kanak-kanak ketika menggunakan alatan permainan luar kelas.

Soalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan berikut: 1. Adakah guru-guru prasekolah mempunyai pengetahuan tentang penggunaan alat permainan luar kelas dalam proses perkembangan motor kasar kanak-kanak? 2. Adakah alat permainan luar kelas prasekolah yang disediakan memberikan kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Apakah kemudahan alatan permainan luar kelas prasekolah KPM dan tahap keselamatannya ? 4. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru semasa menggunakan alat permainan luar kelas prasekolah?

5

Kepentingan Kajian Kajian penyelidikan ini ingin meninjau sejauh manakah pengetahuan guru khususnya dalam aspek perkembangan motor kanak-kanak dan aspek perkembangan yang lain seperti intelektual, emosi, sosial dan moral dalam membantu guru menangani masalah dan memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti bermain menggunakan alat permainan luar. Kajian ini juga berhasrat untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh warga pendidik prasekolah menggunakan alat permainan luar yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kajian yang dilaksanakan dapat mengesan pengetahuan guru tentang kesesuaian alatan, ciri-ciri dan langkah keselamatan kerana guru telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak ketika di sekolah. Melalui kajian ilmiah seumpama ini, dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika kanak-kanak belajar sambil bermain memandangkan kanak-kanak merupakan permata negara yang tidak ternilai harganya. Diharapkan hasil daripada kajian ini juga mampu memberikan persepsi yang positif kepada ibu bapa agar mereka berasa lebih yakin dengan keselamatan anak-anak mereka ketika menggunakan alat permainan luar yang disediakan di Prasekolah Kementerian Pelajaran. Justeru itu, ibu bapa serta masyarakat lebih prihatin dan dapat membantu pihak sekolah dalam usaha menyediakan alat permainan luar yang selamat untuk kanak-kanak. Kajian ini diharap dapat membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan sekolah rendah dengan memperluaskan Prasekolah KPM selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Semoga, perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini kerana prasekolah merupakan batu asas dan titik tolak kepada pendidikan sepanjang hayat.

6

Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan 40 buah prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan melibatkan 40 orang guru prasekolah dan 880 orang murid-murid prasekolah yang terdiri daripada empat buah zon yang berbeza iaitu Zon Bangsar, Zon Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul. Besar kemungkinan borang soal-selidik yang diedarkan tidak dipulangkan dalam jumlah yang sewajarnya. Selain itu, penggunaan sampel yang terhad, memungkinkan penemuan hanya sesuai untuk prasekolah di Kuala Lumpur sahaja dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mewakili seluruh Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kondisi alat permainan luar juga merupakan batasan kajian kerana ada kemungkinan alatan tersebut telah rosak atau uzur kerana terdapat beberapa buah prasekolah di Wilayah Persekutuan yang sudah lama ditubuhkan sejak tahun 1991. Ini menyebabkan para guru jarang atau tidak menggunakan kemudahan alat permainan luar sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan motor kanak-kanak. Penyelidik tidak mempunyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam ruang lingkup bidang prasekolah kerana tidak terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak secara langsung. Besar kemungkinan berlakunya dapatan yang diperolehi tidak dapat mencakupi dan menyeluruh dengan aspek yang dikaji.

7

Definisi Istilah Dalam kajian ini beberapa istilah dan frasa ayat digunakan oleh pengkaji.

Penggunaan Menurut Kamus Dewan(2005), penggunaan didefinisikan sebagai perihal (perbuatan, kegiatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu. Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan alat permainan luar kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alat Permainan Luar Alat permainan luar ialah alatan yang digunakan di dalam sesuatu ruang atau lanskap bertujuan merangsang fitrah kanak-kanak yang suka bermain, membantu perkembangan psikomotor, kreativiti dan memotivasikan mereka untuk meneroka.

Perkembangan Kanak-Kanak Menurut Berk (2000), perkembangan merupakan satu proses yang kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelek, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu. Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain seperti perubahan kemahiran berfikir an bersosial. Perubahan ini merupakan proses yang berlaku secara beransuransur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran.

8

Kanak-Kanak Prasekolah Kanak-kanak prasekolah merujuk kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang mengikuti segala program dan aktiviti pengajaran serta pembelajaran di kelas prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan secara formal.

Guru Prasekolah Guru Prasekolah pula merujuk kepada tenaga pengajar yang terlatih dan dilantik untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pun kelas prasekolah. Guru prasekolah bertanggungjawab mengurus kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk kepada kelas-kelas yang dibuka di sekolah rendah dan dimiliki oleh kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kelas prasekolah boleh disamakan dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak, termasuk istilah ‘Kindergarten’ serta ‘Nursery’. Dalam kajian ini, kanak-kanak prasekolah terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun.

9

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Dalam tinjauan literatur pengkaji telah mengupas tentang teori dan konsep yang berkaitan dengan tajuk kajian yang berkaitan dengan penggunaan alat permainan luar di prasekolah. Selain itu, pengkaji juga mengulas beberapa kajian lepas di Malaysia dan kajian lepas di luar negara. Literatur Berkaitan Sejak abad ke-19 lagi, masyarakat imigran yang berhijrah ke Amerika sedar betapa pentingnya keperluan alat permainan luar kepada kanak-kanak. Senario ini dibuktikan dengan petikan yang diambil dari artikel ‘Home –Community Visits during an Era of Reform(1870-1920)’ hasil tulisan Navaz Peshoton Bhavnagri & Sue Krolikowski yang berbunyi: “The Henry Street settlement workers created a mini-playground in their backyard, which was so popular that children lined up at the gate and down the street to use it.” Hasil tulisan ini membuktikan bahawa sejak dari dulu lagi, masyarakat sudah mula menerima hakikat tentang keperluan dan kepentingan alat permainan luar kepada kanak-kanak. Meskipun negara-negara besar seperti Amerika dan Eropah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi mereka tidak menolak keperluan kanak-kanak untuk mempunyai ruang permainan luar yang semakin pesat berkembang dan maju. Henniger (1994) berpendapat “Children deserve the same diversity and richness in their outdoor play environment as they have indoors.”

10

Kanak-kanak prasekolah hanya memerlukan sedikit usaha untuk meningkatkan pergerakan mereka yang semakin bebas dan pantas. Menurut, Cratty (1986); Getchell & Roberton (1989) dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 6 tahun sudah mencapai tahap kawalan motor kasar yang baik. Mereka dapat berlari dengan laju tanpa jatuh, melompat secara berterusan, membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil dengan mahir. Pada peringkat ini, mereka suka melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan rakan sebaya. Mereka sangat aktif dan gelisah apabila pergerakan mereka sentiasa dikongkong. Menurut Gabbard (1979) dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah menunjukkan pertumbuhan secara ‘cephalacaudel’ iaitu bergerak daripada kepala turun ke kaki dan ‘proximodistal’ iaitu berpusat dari tengah badan dan menuju keluar. Berdasarkan kajian perkembangan motor kasar mendahului perkembangan motor halus. Kadar perkembangan motor kasar kanak-kanak sering dikaitkan dengan pengaruh persekitaran yang memberikan impak terhadap domain perkembangan yang lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak dapat membina perkembangan bahagian atas badan apabila bermain menggunakan alat permainan luar yang mempunyai ‘overhead ladders’. Berdasarkan Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah(2003), aktiviti

permainan luar membolehkan murid : i. ii. iii. iv. Meningkatkan kemahiran motor kasar Meningkatkan kefahaman konsep sains dan matematik seperti gelongsor, buaian dan jongkang-jongkit. Memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar, menunggu giliran dalam suasana riang Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan

11

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus. Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan bantuan banyak otot seperti berguling, merangkak, memanjat, bergayut, melompat, berlari, dan sebagainya melibatkan proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang. Justeru itu, bermain mampu memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optimum. Oleh itu, alat permainan luar digunakan sebagai pemangkin oleh guru untuk membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Selain itu, kebaikan permainan luar bilik darjah berbanding permainan dalaman ialah peraturan bersosialisasi dan kecergasan fizikal adalah lebih longgar sedikit diberikan oleh guru. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah menekankan empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam merealisasikan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu:i. ii. iii. iv. Pendekatan Belajar Melalui Bermain Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal perlu seimbang dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh. Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermain. Sayugia, belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak.

12

Kanak-kanak prasekolah mempunyai hak untuk menikmati keperluan asas permainan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Ini kerana persekitaran berupaya memberi ruang lingkup dan penyediaan konteks yang yang berbeza ketika kanak-kanak bermain setiap hari. Oleh itu, kanak-kanak di prasekolah mempunyai hak untuk memilih sama ada menggunakan peralatan permainan dalaman atau permainan di luar bilik darjah. Alat permainan yang disediakan di taman permainan prasekolah lebih diminati oleh kanak-kanak kerana mereka berasa bebas untuk memilih permainan yang disukai. Selain itu, rekabentuk taman permainan juga memainkan peranan penting dalam menyuburkan perkembangan kanak-kanak. Frobel (1837) berpendapat setiap manusia, walaupun masih kecil, perlu dihormati dan dianggap sebagai penting. Taman permainan kanak-kanak adalah penting bagi membantu mewujudkan proses pembelajaran yang paling berkesan sekiranya aktiviti yang dirancang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Beliau juga menegaskan bahawa taman permainan luar perlu menyediakan suatu turutan aktiviti yang membenarkan kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas. Ini kerana bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak dan pastinya mereka akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Dalam keadaan bermain secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Frobel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal iatu kebebasan dan kreativiti. Maria Montessori (1906) menyokong Frobel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui bermain. Menurut beliau, dalam keadaan bermain, kanakkanak sebenarnya bekerja bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Kanak-kanak digalakkan untuk menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka. Oleh yang demikian, satu persekitaran dan alat permainan luar yang disediakan perlulah lengkap dan sesuai. Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan.

13

Borson.et.Al,(1985), Konsortium untuk kajian longitudinal (1983), Gray et.Al,(1982) dan beberapa kajian lain mendapati kesihatan dan perkhidmatan sosial merupakan komponen yang penting terhadap kejayaan sesebuah program prasekolah. Oleh itu, keperluan perkembangan fizikal dan perkhidmatan sosial perlulah bergerak seiring agar perkhidmatan pendidikan dapat memberikan impak yang signifikan kepada pengguna. Elkind (1987) berpendapat bahawa kanak-kanak yang digalakkan bermain dan membentuk persekitaran yang bebas daripada stress merupakan amalan yang sihat. Menurut beliau lagi, kanak-kanak memerlukan sokongan yang kuat dalam bermain daripada aktiviti pilihan mereka sendiri supaya dapat mempertahankan diri daripada stress dunia sekarang. Kanak-kanak yang memperolehi pengalaman sedemikian berupaya mengendalikan masalah stress dalam kehidupan mereka dengan baik apabila dewasa kelak. Menurut Patern (1932), tingkah laku bermain kanak-kanak bermula dengan main bukan sosial (nonsocial play), iaitu bermain tanpa penglibatan sosial, main berseorangan (solitary play) dan main sambil memerhati orang lain (onlooker play) kepada main sejajar (parallel play), kepada main berhubungan (associative play) dan akhirnya kepada main kerjasama (cooperative play). Pada peringkat tertinggi, kanak-kanak akan mahir berinteraksi sosial, bantu-membantu, dan mengambil giliran apabila bermain dengan rakan sebaya. Menurut Howes (1992) pada usia empat hingga lima tahun, kanak-kanak mula bercampur dan menjalinkan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain. Aktiviti bermain melibatkan interaksi kanak-kanak sesama sendiri semasa berkongsi dan menunggu giliran menggunakan alatan dapat membantu perkembangan kanak-kanak daripada aspek bahasa dan sosial. Manakala menurut Casidy et.al (1992) kanak-kanak lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan.

14

Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Tingkah laku sosial kanak-kanak dihuraikan dalam jadual berikut:Jadual 2.1: Tingkah Laku Sosial Kanak-Kanak Semasa Bermain Jenis Ciri-ciri

Peniruan Pertandingan Berkawan kesetiaan Bekerjasama Simpati Simpati Simpati Pengiktirafan sosial Pengiktirafan sosial

Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan kepada kawan. Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah mencapai matlamat atau berebut permainan orang lain. Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan seperti tercedera atau terjatuh ketika bermain bersama Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya

Simpati simpati bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain tanpa mengganggu

15

Reka bentuk sesebuah taman permainan prasekolah juga memberikan impak kepada proses pembelajaran kanak-kanak semasa menggunakan kemudahan peralatan tersebut. Reka bentuk taman permainan sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran masa dan perkembangan teknologi. Perubahan dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta interaksi sosial di antara kanak-kanak dengan rakan sebaya, kanak-kanak dengan guru, dan kanak-kanak dengan ibu bapa serta masyarakat di sekelilingnya. Reka bentuk alat permainan luar yang kreatif dan inovatif disertai kemampuan guru dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan alat permainan luar dapat menjadi pemangkin ke arah mempercepatkan lagi proses perkembangan kanak-kanak secara holstik dan seimbang. Berikut adalah beberapa jenis reka bentuk taman permainan di prasekolah dan fungsinya:  Reka bentuk permainan tradisional dapat melatih, meningkatkan kemahiran fizikal, membantu perkembangan fizikal dan sosial. Peralatannya seperti kayu pengimbang dan palang gayut.  Reka bentuk kontemporari pula mampu mendorong kanak-kanak membuat penerokaan, berasa ceria, membantu perkembangan fizikal dan sosial. Ini kerana peralatan diubahsuai daripada bentuk tradisi untuk tujuan menarik perhatian kanak-kanak. Peralatannya seperti gelongsor, buaian, palang gayut, jongkangjongket dan sebagainya.  Reka bentuk kreatif pula mendorong penglibatan kanak-kanak secara individu atau kumpulan. Reka bentuk kreatif juga mampu membantu perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak.Peralatan permainan diubahsuai dengan pelbagai rupa bentuk binatang seperti zirafah, buaya, katak dan sebagainya untuk menarik perhatian kanak-kanak menggunakannya.  Reka bentuk permukaan bumi pula memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan alam semulajadi untuk kemahiran fizikal. Keadaan permukaan yang curam dan mendatar serta terdapat bukit-bukit kecil membolehkan kanakkanak berguling atau menggelungsur. Selain itu, mereka berpeluang bermain air, pasir dan tanah untuk memenuhi naluri ingin tahu dan meneroka.

16

Berdasarkan soal-selidik yang diperolehi daripada kajian penyelidikan lepas oleh Hafsah(2005) tentang penggunaan alat permainan luar kelas prasekolah, KPM di daerah Tampin dan Rembau kebanyakkan kecederaan kanak-kanak disebabkan oleh jatuh daripada peralatan permainan seperti buaian, papan gelungsur dan alat memanjat. Alatan permainan yang sentiasa digunakan oleh kanak-kanak pastinya akan mengalami kerosakan. Penyelenggaraan alat permainan luar prasekolah menjadi satu tanggungjawab dan menjadi masalah kepada pihak pengurusan prasekolah. Masa, tanggungjawab, menyimpan rekod dan persediaan kecemasan adalah faktor yang perlu diambil kira dalam proses memastikan peralatan tersebut mesra kanak-kanak. Kawalan ini penting agar alat-alat itu sentiasa selamat dan selesa untuk penggunaan kanak-kanak. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan alatan permainan luar di Taman Permaianan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Item-item alat permainan luar mula mengalami perubahan dari segi bahan yang digunakan. Merujuk kepada Brif Projek Program Perluasan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia m/s 276 hingga 302 (pindaan Ogos, 2003) item-item di dalam sesebuah taman permainan ialah jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, rangka bergayut, kotak main air, kotak main pasir, terowong, tiang bola keranjang dan pondok. Bahan yang digunakan untuk membuat alat-alat ini ialah HDPE ( High Density Polyenthylene) yang tahan cuaca panas dan hujan. Aspek-aspek seperti kemasiapan iaitu bahan besi hendaklah diberikan kemasan tahan karat epoxy, polymer atau setara dengannya hendaklah diberi penekanan. Bahan kayu perlu dilicinkan dan disapu bahan melindung dari kecacatan. Kesemua bahan kemasan pada komponen yang disentuh oleh kanakkanak mestilah bukan bahan toksik. Aspek pemasangan juga diberi penegasan bagi menentukan keutuhan alat-alat ini agar lebih selamat dan tahan lama. Penggunaan warnawarna ceria juga ditekankan pada alatan permainan luar. Keperluan keselamatan juga diberi perhatian dalam penentuan spesifikasi Alat Permainan Luar Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran pada masa kini berbanding pelaksanaan prasekolah di bawah Program ANNEX 1991.

17

Di awal perkembangan prasekolah, alat permainan luar yang dibekalkan menggunakan bahan seperti besi, kayu dan konkrit sahaja tetapi apabila program perluasaan prasekolah bermula pada tahun 2002, maka banyak perubahan telah dilakukan iaitu aspek material, kemasiapan, pemasangan, ketahanan, dan saiz yang sesuai diberi perhatian. Dengan adanya Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, pindaan Ogos 2003 telah menunjukkan kesungguhan pihak yang berwajib dalam menyediakan kemudahan alat permainan luar yang mesra pengguna kepada kanak-kanak. Peranan guru amat penting dalam memastikan proses pembelajaran kanak-kanak yang signifikan semasa mereka menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Semasa kanakkanak melakukan aktiviti guru perlu memainkan peranannya sebagai pemerhati. Melalui pemerhatian guru dapat membantu dan mentukan sama ada kanak-kanak menghadapi masalah ataupun bantuan. Guru dapat mengenal pasti tahap pemikiran, kebolehan, interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak. Guru juga perlu bertindak sebagai perancang supaya kanak-kanak dapat bermain dengan selesa tanpa banyak halangan. Guru perlu peka dengan masa yang diperuntukan untuk kanak-kanak bermain dengan kesesuaian aktiviti yang dirancang. Sambil memerhati dan menyelia kanakkanak bermain, guru juga seharusnya menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas. Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran intelektual, sosial, emosional dan fizikal mereka. Selain itu, guru perlulah memastikan langkah-langkah dan ciri-ciri keselamatan sentiasa dititikberatkan ketika kanak-kanak ini bermain agar proses pembelajaran mereka tidak dicemari dengan insiden yang boleh mematahkan semangat mereka untuk belajar sambil bermain.

18

Kajian Lepas di Malaysia Kajian ilmiah berkaitan Pendidikan Prasekolah di Malaysia masih lagi terhad jika dibandingkan dengan negara luar. Apatah lagi kajian yang melibatkan alat permainan luar kanak-kanak prasekolah. Alat permainan luar adalah salah satu daripada peralatan yang digunakan dalam melaksanakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memastikan semua prasekolah kerajaan mempunyai taman permainan kanak-kanak. Berdasarkan hasil pembacaan pengkaji terdapat beberapa kajian berkaitan alat permainan luar di Malaysia yang kebanyakannya menjurus kepada isu membandingkan mutu pengurusan tadika swasta dengan Prasekolah Kementerian Pelajaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa penyelidikan yang ada kaitannya dengan pendidikan prasekolah di Malaysia. Kajian Mengenai Perbandingan Sistem Pengurusan Tadika Swasta dan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) dengan objektifnya untuk mengenal pasti perbandingan di antara tadika swasta dengan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia terutama dari segi aspek pengurusan. Kajian ini dijalanakan di tadika swasta di seluruh negara mengikut zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang), Zon Tengah (Pearak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Zon Timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Hasil dapatan kajian diperolehi melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan semasa di tadika swasta yang dipilih. Sementara itu, lokasi kajian adalah tadika swasta yang terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Hasil Dapatan 13, dalam kajian mencatatkan perabot dan alat permainan luar tadika swasta mempunyai set alat permainan luar reka bentuk kreatif yang menggabungkan beberapa jenis alat seperti buaian, gelongsor dan pondok. Alat permainan luar ini kebanyakannya diperbuat daripada bahan gentian kaca (fibre glass) berbanding alat permainan luar Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia diperbuat daripada besi, kayu dan simen.

19

Laporan kajian mengesyorkan agar perabot dan alat permainan luar prasekolah ini ditukarkan daripada kayu, besi dan simen kepada bahan gentian kaca (fibre glass) bagi tujuan menjaga keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan peralatan tersebut dan kemudahan yang disediakan setanding dengan tadika swasta. Namun begitu, berdasarkan kepada Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, (pindaan Ogos 2003, h:276-302) bahan yang dipilih ialah bagi alat permainan luar ialah HDPE (High Density Polyethylene) yang lebih tahan terhadap cuaca panas dan hujan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menjalankan satu kajian berkaitan status pendidikan prasekolah. Tujuan kajian ialah meninjau senario prasekolah swasta dan kerajaan secara menyeluruh di Malaysia. Sebanyak 176 buah prasekolah telah dipilih sebagai sampel daripada 3851 buah prasekolah. Lokasi kajian ialah prasekolah di bandar ialah 31.8%, manakala prasekolah di luar bandar ialah 68.2 % daripada jumlah 176 buah prasekolah. Kajian yang dijalankan menggunakan laporan pusat prasekolah, soal-selidik, menemubual pakar, lawatan, dan pemerhatian sebagai alat penyelidikan. Hasil kajian mendapati prasekolah swasta kurang menekankan perkembangan kognitif , 3M dan awal membaca. Manakala prasekolah di tadika swasta yang menggunakan bahasa Cina, guru-guru lebih menekankan kepada penguasaan 3M kepada kanak-kanak berbeza pula dengan guru-guru tadika anjuran Jabatan Agama Islam Negeri yang lebih memberikan penekanan kepada penyampaian pendidikan Islam dan akhlak kepada kanak-kanak. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan hanya sebilangan kecil pusat prasekolah mempunyai kurikulum yang menekan aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang. Tadika tersebut ialah tadika swasta yang dianjurkan oleh guru-guru yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang pendidikan prasekolah. Hasil kajian juga mendapati ada sebahagian prasekolah kerajaan, swasta dan dan separa kerajaan mempunyai kurikulum yang menekankan perkembangan aspek sosialisasi dan fizikal kanak-kanak.

20

Bertitik tolak daripada hasil kajian ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang proaktif dengan menggubal Akta Pendidikan 1996 dan secara rasminya menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan Kebangsaan. Manakala, pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua tadika sama ada kerajaan mahupun swasta agar matlamat pendidikan prasekolah yang bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah dapat diselaraskan. Hafsah (2005) telah menjalankan kajian penyelidikannya tentang penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan kajian ialah mengenal pasti penggunaan alat permainan luar Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sampel kajian meliputi 39 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Tampin dan Rembau. Seramai 30 orang guru prasekolah dan 970 orang kanak-kanak prasekolah telah terlibat sebagai responden. Instrumen penyelidikan yang digunakan ialah soal-selidik. Hasil dapatan kajian mendapati 53.3% daripada jumlah prasekolah masih tidak menerima bekalan alat pemainan luar seperti pondok dan alat pengimbang. Hasil dapatan kajian juga mendapati hampir 33.3% daripada peralatan permainan luar yang dibekalkan dalam kondisi yang tidak memuaskan. Hasil kajian mendapati 46.6% iaitu 14 orang daripada jumlah 30 orang guru kurang pengetahuan dan pendedahan tentang kemahiran penggunaan alatan dan ciri-ciri keselamatan alat permainan luar. Beliau mengemukakan beberapa cadangan kajiaan lanjutan diteruskan agar alat permainan luar ini diberikan perhatian sewajarnya. Beliau juga mencadangkan kajian mengenai alat permainan luar yang kreatif dan inovatif di kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Perhatian dan usaha untuk menyediakan peralatan permainan luar yang baik bukan sahaja terletak di bahu Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi melibatkan kerjasama semua pihak iaitu pentadbir sekolah, para pendidik, ibu bapa, dan masyarakat.

21

Kajian Lepas di Luar Negara Beberapa kajian penyelidikan di luar negara telah dijadikan rujukan ilmiah oleh pengkaji dalam tugasan penyelidikan. Antara kajian yang menarik perhatian pengkaji ialah kajian tentang ‘Children’s use of the street as a playground in Abu-Nuseir, Jordan’ oleh Tawfiq M. Abu-Ghazzeh(1998). Kajian yang dijalankan telah memilih lokasi kajian iaitu dua batang jalan raya yang dinamakan ‘Street 1’ dan ‘Street 2’. Pengkaji telah membuat pemerhatian serta merekodkan tingkah laku orang di jalan raya dan kawasan berhampirannya. Tingkah laku yang direkodkan oleh pengkaji ialah bermain, berehat dan memerhati tingkah laku orang lain. Rekod pemerhatian yang dicatat oleh pengkaji selama 81 jam diambil sewaktu tengah hari dari bulan Julai hingga Ogos pada musim panas yang merupakan waktu cuti persekolahan di Jordon. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual bersama 150 orang kanak-kanak dan soalan yang dikemukakan berkaitan aktiviti-aktiviti mereka, rumah, permainan yang digemari dan peluang bermain di atas jalan raya dan berkaitan persekitaran jalan raya. Temu bual yang dijalankan adalah tidak berstruktur kerana keunikan yang terdapat pada diri kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan hasil kajian temu bual dengan 50 orang ibu pula, mendapati jalan raya dan kawasan berhampiarannya adalah tumpuan utama kanak-kanak selepas waktu sekolah. Hasil dapatan menunjukkan 60% daripada kanak-kanak yang ditemu bual lebih gemar berada di luar rumah untuk bermain dan berjumpa kawan. Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak inginkan kemudahan alat permainan luar seperti buaian dan alat memanjat. Malangnya, alat permainan luar sebegini jarang diperolehi. Kanak-kanak terpaksa bermain di jalan raya kerana peluang yang nipis untuk mendapatkan kemudahan alat permainan luar atau pun taman permainan kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian lapangan dan temu bual yang dijalankan di Abu Nuseir, 60% daripada responden menganggap jalan raya sebagai taman permainan kerana di sini komuniti setempat menjalankan aktiviti perniagaan dan pelbagai bentuk kehidupan yang memeriahkan suasana di jalan raya. Manakala, 30% daripada responden menjalankan aktiviti bermain di tempat letak kereta dan 5% responden bermain di permukaan asphalt.

22

Kajian juga menunjukkan jalan raya merupakan persekitaran sosial dengan jiran, tempat perjumpaan kanak-kanak, bertemu dengan jiran yang lebih dewasa serta kanakkanak dapat meneroka persekitaran mereka, memperolehi pengetahuan dan pengalaman menyebabkan kanak-kanak minat untuk bermain di jalan raya. Usaha masyarakat setempat menyediakan keperluan kanak-kanak di jalan raya sebagai taman permainan dengan mengambil kira aspek keselamatan kanak-kanak dan orang dewasa adalah agak unik. Keadaan ini berlaku di negara dunia ketiga. Inisiatif masyarakat merupakan kunci elemen strategi yang diperlukan untuk membantu menyediakan kemudahan di mana orang ramai boleh duduk, berbual dan bermain di ‘Street Play’. Pengkaji merasakan kerajaan Jordon perlu mengambil kira reka bentuk jalan raya yang memberi kesan terhadap pembaikan fungsional dan estetika yang berupaya menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Kajian seterusnya ialah ‘Student Plan Special Playground’ oleh Susan S.Long(1996) di dalam Human Ecology Forum, Winter 1996 V24. Kajian ini melibatkan sekumpulan pelajar universiti yang mereka bentuk semula alat permainan luar di Kem Percutian untuk orang-orang buta di Rockland County, New. York. Tujuan kajian mereka bentuk semula taman permainan khas ini ialah membolehkan orang buta dewasa bermain di persekitaran yang dan menghiburkan ketika bermain dengan anak-anak mereka yang juga cacat penglihatan. Kawasan ini direka dengan mengambil kira penggunaan permukaan pelbagai deria yang tertentu, bahan sensori atau deria dan struktur aktiviti main. Reka bentuk taman permainan khas ini yang dihasilkan oleh siswa dan sisiwi melibatkan penggunaan permukaan multisensori yang pelbagai seperti pasir, batu-batu hancur, rumput, getah, kayu dan black top. Manakala struktur main ialah roda stering, tali, takal dan bakul. “Cues” untuk mendapatkan bantuan dengan pandu arah (gong, loceng kecemasan dan seruling cina) telah dibina oleh kumpulan pelajar ini. Kumpulan pelajar di bawah seliaan pembantu Prof. Lorraine Maxwell mereka cipta panduan yang unik iaitu “integrated” taman permainan membolehkan orang dewasa cacat bermain dengan selamat bersama kanak-kanak.

23

Menurut Maxwell (1996) : “The outdoor play area had to provide a sense of safety for blind or partially blind adults while being stimulating to children of all ages and abilities, including those with a range of disabilities”. Siswa dan siswi yang terlibat mempunyai ilmu pengetahuan tentang reka bentuk serta ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak. Mereka mengkaji isu-isu berkaitan perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas bersama Maxwell. Kajian seterusnya oleh Soo-Young Shin; Joan E. Herwig; Mack Shelly (2001) bertajuk ‘Preschooler’s Play Behaviour With Peers in Classroom and Playground Setting’. Tujuan kajian ialah memeriksa perbezaan anatara kesan persekitaran luaran dan dalaman kepada kanak-kanak mengikut usia yang terendah dan tertinggi. Selain itu, tujuan kajian juga ialah melihat pengaruh persekitaran tempat bermain terhadap tingkah laku kanak-kanak yang pelbagai. Kajian menggunakan 41 orang kanak-kanak sebagai sampel yang berumur dalam lingkungan 2-5 tahun. Kanak-kanak ini mendapat pendidikan awal di pusat jagaan pendidikan awal kanak-kanak di dalam komuniti Universiti Midwestern, Amerika Syarikat. Bagi mendapatkan dapatan kajian, pengkaji menggunakan ‘The Assessment Profile for Early Childhood Programs (Abbott-Shin & Sibley,1992). Alat ini digunakan untuk menerangkan pengurusan aktiviti dan kualiti keseluruhan persekitaran kelas pusat jagaan. Kajian ini menggunakan senarai semak yang direka bentuk untuk mentaksir kualiti hari ke hari yang disediakan untuk kanakkanak. Kajian yang dijalankan diselaraskan dengan merujuk kepada Kriteria Akreditasi Akademi Program Kanak-Kanak Kebangsaan, Amerika Syarikat.

24

Alat kajian untuk mendapatkan dapatan kajian mempunyai 87 dichotomus item yang mengukur material kelas, susun atur kelas, rancangan aktiviti dan aktiviti kesedaran multi budaya, kepelbagaian strategi pengajaran, pembelajaran kendiri, sikap guru dan pentafsiran kanak-kanak. Manakala kualiti taman permainan pusat jagaan kanak-kanak dinilai dari aspek komplesiti, ruang, kepelbagaian peralatan dan material dengan menggunakan protokol yang dikemukakan oleh Kritchersky, Prescott and Walling(1969). Aktiviti atau rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak telah dirakamkan dengan menggunakan video. Kajian merakamkan dua masa yang berbeza iaitu sebelum kanakkanak memasuki taman permainan dan sepuluh minit kanak-kanak memasuki taman permainan. Seterusnya, bagi mendapatkan dapatan tentang tingkah laku kanak-kanak ketika bermain, pengkaji menggunakan ‘The Parten-Smilansky Play Scale’. Selain itu, soal selidik juga disediakan untuk guru dengan menyenaraikan item yang berkaitan latar belakang akademik dan pengalaman mengajar guru. Laporan hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji terhadap Kualiti Program menyatakan bahawa ketiga-tiga program yang melibatkan kumpulan kanak-kanak yang lebih muda menghasilkan kualiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang lebih berusia. Berdasarkan alat pengukur kualiti Kritchevsky, hasil Kajian menunjukkan terdapat beberapa kualiti alat permainan luar yang kurang memuaskan dan ruang yang tidak mencukupi untuk kanak-kanak. Hasil kajian juga menunjukkan kanak-kanak cenderung terlibat dalam bentuk yang permainan lebih kompleks dengan rakan sebaya. Contohnya, permainan dramatik interaktif di persekitaran alat permainan luar lebih digemari berbanding permainan dalaman. Hasil kajian juga, mendapati kanak-kanak yang lebih berumur lebih banyak berinteraksi dengan rakan sebaya ketika menggunakan alat permainan luar berbanding kanak-kanak berusia muda yang lebih suka bersendirian. Kanak-kanak yang berumur mendapat faedah dan pengalaman yang lebih banyak apabila menggunakan alat permainan luar tersebut. Dapatan ini menunjukkan kepentingan keduadua persekitaran dalaman dan luaran dalam membentuk tingkah laku bermain yang baik serta menggalakkan interaksi positif dengan rakan sebaya.

25

Rumusan Dalam tinjauan literatur ini, pengkaji menyentuh pandangan tokoh akademik, kurikulum pendidikan prasekolah, faedah bermain terhadap proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, reka bentuk taman permainan dan spesifikasi alat permainan luar berdasarkan Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, pindaan Ogos 2003. Dapatan daripada kajian-kajian lepas di Malaysia lebih memberi tumpuan kepada perbandingan mutu alat permainan luar tadika swasta dengan Prasekolah Kementerian Pelajaran. Dapatan kajian juga telah membuka dimensi baru agar alat permainan luar diberikan nafas baru. Selain itu, kajian juga menjurus kepada senario prasekolah secara menyeluruh dari segi kurikulumnya. Kajian terhadap kepentingan alat permainan luar kepada kanak-kanak prasekolah oleh pengkaji tempatan amat terhad berbanding dengan pengkaji luar negara. Terdapat banyak kajian ilmiah yang berkaitan alat permainan luar oleh pengkaji luar negara. Kajian di timur tengah yang memfokuskan jalan raya sebagai alternatif lain untuk kanak-kanak bermain bagi memenuhi fitrah bermain kanak-kanak iaitu di jalan raya. Dapatan kajian seumpama itu, dapat mendorong pihak yang kurang berkemampuan mempelbagaikan persekitaran sedia ada agar kanak-kanak mendapat hak mereka untuk bermain. Usaha siswa-siswi dalam mereka bentuk alat permainan luar yang relevan dengan keperluan golongan istimewa membolehkan mereka mendapat manafaat daripada reka cipta alat permainan luar yang membolehkan golongan istimewa di kalangan dewasa bermain bersama anak-anak mereka. Dapatan ini membuktikan betapa pentingnya alat permainan luar kepada semua golongan masyarakat sama ada normal atau sebaliknya. Meskipun, hasil kajian yang berkaitan pendidikan prasekolah di Malaysia masih jauh ketinggalan, namun usaha para pengkaji di Malaysia untuk berdiri sama sebaris dengan pengkaji luar negara dalam usaha memartabatkan pendidikan prasekolah haruslah diberi perhatian. 26

Bab 3 METODOLOGI Pengenalan Bab ini menjelaskan pemilihan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah analisis data. Maklumat yang diperolehi daripada instrumen kajian membolehkan pengkaji mengumpul data yang diperlukan untuk tujuan kajian. Reka Bentuk Kajian Kajian ini secara umumnya adalah berbentuk deskriptif kerana tujuan kajian ialah untuk menjelaskan subjek dan tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek.Ini kerana variable kajian diukur sekali sahaja. Meskipun kajian ini mungkin tidak dapat menghasilkan inferensi yang kuat namun ia dibuat merentas disiplin dan boleh dijalankan dengan lebih mudah untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian. Menurut Gay (1992), penyelidikan yang berbentuk deskriptif melibatkan pengumpulan data bagi menjawab persoalan tentang senario terkini bidang yang hendak dikaji dan meneroka sesuatu bidang yang belum pernah dikaji ataupun jarang dikaji. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen “crossover” memerlukan sekurang-kurangnya 30 subjek kajian. Pengkaji memilih menggunakan reka bentuk tinjauan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan maklumat daripada guru prasekolah melalui borang soal selidik. Reka bentuk tinjauan sesuai digunakan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa kajian. Kebaikan menggunakan soal selidik kerana responden kajian pengkaji adalah ramai. Pengkaji akan menggunakan reka bentuk cross-sectional untuk mendapatkan maklumat yang menggambarkan sikap, pendapat dan kepercayaan semasa responden. Selain itu, pengkaji boleh memilih responden secara rawak dan pandangan daripada sudut yang berbeza agar hasil dapatan lebih menyeluruh dan memudahkan pengkaji menganalisis data.

27

Populasi dan Sampel Kajian Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai : “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Manakala sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih mewakili sesuatu populasi. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih 40 buah kelas prasekolah ( 54.05% ) daripada 74 buah prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Bangsar, Zon Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul. Seterusnya, pengkaji telah memilih 10 buah kelas prasekolah secara rawak daripada setiap zon. Seramai 40 orang guru-guru prasekolah yang terlibat dalam soal selidik tersebut. Senarai kelas prasekolah di sekolah rendah daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. telah diperolehi

Instrumen Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif untuk mendapatkan data yang sesuai dengan persoalan kajian agar dapatan kajian menjadi benar atau mempunyai kesahan yang tinggi. Dalam kajian ini pengkaji tidak memberi apa-apa rawatan kepada subjek kajian, sebaliknya mengukur variabel kajian yang sedia ada. Data kajian diperolehi daripada guru-guru dan kanak-kanak prasekolah di empat buah Zon di Kuala Lumpur. Alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal-selidik. Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan ataupun persepsi tentang sesuatu perkara. Bentuk item adalah dalam pilihan jawapan dan item terbuka yang membolehkan responden menyatakan jawapan dalam bahasa tersendiri. Soal-selidik menjadi pilihan pengkaji kerana dapat mengumpul data dengan lebih meluas. Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan beberapa bahan sumber iaitu ‘Playground Safety’ yang diambil daripada internet beralamat http://kidsheslth.org/ dan ‘Public Playground Safety Checklist ’(2005).

28

Pengkaji juga merujuk buku Perkembangan Kanak-Kanak oleh Rohani Abdullah serta buku pendidikan yang dihasilkan oleh penulis tempatan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan aspek perkembangan dan proses pembelajaran kanak-kanak untuk membina soal-selidik. Selain itu, pengkaji juga merujuk kajian lepas yang berkaitan dengan alat permainan luar untuk membina soal-selidik. Maklumat yang diperolehi daripada buku, kajian lepas dan sumber internet telah digabungkan bagi membantu pengkaji membina item dalam soal-selidik dan terdapat beberapa item dalam soal-selidik yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian tujuan kajian. Manakala item soal-selidik yang berkaitan jenis dan ciri-ciri keselamatan alat permainan luar adalah berdasarkan kepada Brief Projek Peluasan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, pindaan Ogos 2003.

29

Pembinaan Item Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan satu set soal-selidik bagi mendapatkan maklumat daripada guru dan kanak-kanak prasekolah. Setiap set soalselidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A ialah berkaitan tentang demografi guru iaitu latar belakang pendidikan, pengalaman dan latihan guru. Manakala, Bahagian B diperincikan kepada 4 bahagian berdasarkan persoalan yang berkaitan dengan objektif kajian. Skala Yang Digunakan Bahagian A Penyelidik mendapatkan maklumat soal-selidik pada Bahagian A iaitu Maklumat Guru Prasekolah dengan memberikan arahan menandakan (  ) pada kotak yang dipilih. Bahagian B  Bahagian I : Pengetahuan guru tentang penggunaan alat permainan luar terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dianalisis dengan pilihan jawapan ‘ Ya’ atau ‘Tidak’.  Bahagian II : Pandangan guru tentang impak penggunaan alat permainan luar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dianalisis dengan pilihan jawapan ‘Setuju’ dan ‘Tidak Setuju’  Bahagian III: Pandangan guru tentang kemudahan dan tahap keselamatan alat permainan luar prasekolah dianalisis dengan pilihan jawapan ‘Ada’ dan ‘Tiada’ serta Skala Linkert (1 hingga 5)  Bahagian IV: Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan alat permainan luar prasekolah dianalisis dengan menggunakan Skala Linkert (1 hingga 5 mata)

30

Prosedur Pengumpulan Data Sebelum memulakan kajian, pengkaji perlu mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada tutor penyelia yang dilantik oleh pihak Open University untuk pengkaji menyediakan kertas kerja ringkasan cadangan penyelidikan dan cadangan penyelidikan. Seterusnya, pengkaji dikehendaki memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengisi borang kebenaran yang telah disahkan oleh penyelia. Sejurus mendapat kelulusan EPRD, langkah selanjutnya ialah pengkaji mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjalankan kajian penyelidikan terhadap 40 buah kelas prasekolah dengan melibatkan 40 orang guru prasekolah yang mempunyai sejumlah 880 orang kanak-kanak prasekolah. Borang soalselidik diedarkan melalui ‘pigeon hole’ yang disediakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Borang soal-selidik yang diedarkan kepada responden hendaklah dikembalikan dalam tempoh 2 minggu. Menurut Cohen and Manion (1994) kadar pulangan borang soal-selidik antara 70% hingga 80% adalah mencukupi bagi tujuan mendapatkan dapatan penyelidikan. Jadual 3.1: Kajian: Meninjau Penggunaan Alat Permainan Luar Kelas Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah KPM di Kuala Lumpur. Aktiviti Perjumpaan dan perbincangan dengan tutor penyelia Menulis Cadangan Kajian dan Ringkasan Cadangan Kajian Membina dan menguji Mendapatkan kebenaran alat kajian
Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

menjalankan

daripada EPRD dan JPWPKL Membuat tinjauan dan mengutip data Analisis data Menulis laporan kajian Kaedah Analisis Data

31

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan dapatan kajian diperolehi menggunakan alat kuantitatif secara soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan SPSS( Statistical Package For The Social Sciene) version 12.0. Hasil dapatan kajian melalui jawapan soal-selidik yang telah dikumpul dianalisis dalam bentuk peratus. Soal-selidik yang berkaitan dengan maklumat guru dianalisis secara kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang pendidikan, pengalaman dan latihan keguruan. Manakala bagi item soal selidik pada Bahagian B menjawab persoalan berkaitan tentang pengetahuan guru berkenaan penggunaan alat permainan luar terhadap proses perkembangan motor kasar kanak-kanak prasekolah, dengan pilihan jawapan yang digunakan ialah ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan dianalisis secara kekerapan dan bentuk peratusan. Cara yang sama digunakan bagi menganalisis item yang menjawab persoalan yang berkaitan tahap pandangan guru tentang penggunaan alat permainan luar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pilihan jawapan yang digunakan ialah ‘Setuju’ atau ‘Tidak Setuju’. Dapatan kajian tentang kemudahan dan tahap keselamatan alat permainan luar juga dianalisis dalam bentuk peratusan berdasarkan jawapan ‘Ada’ atau ‘Tiada’ dan seterusnya Skala Linkert digunakan untuk mengukur tahap keselamatan. Bagi item yang menganalisis masalah yang sering dihadapi oleh guru ketika menggunakan alat permainan luar, peratusan dikira berdasarkan jawapan Skala Linkert. Rumusan Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semasa menjalankan kajian. Pengkaji perlu merangka reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian yang hendak dikaji. Instrumen kajian yang digunakan hendaklah berupaya untuk mendapatkan jawapan yang diperlukan bagi menjawab segala objektif kajian. Dapatan atau maklumat kajian yang diperolehi berkaitan keberkesanan penggunaan alat permainan luar prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur terhadap perkembangan kanak-kanak akan digunakan oleh pengkaji untuk dianalisis dan seterusnya dilaporkan dalam Bab 4 dan 5 pada tahun 2008 melalui Kursus HBEF4303. RUJUKAN

32

Abu Zahari Abu Bakar.(1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.(2002).Jurnal Pendidikan Pendidikan Jld 4.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004). Pelaksanaan Program Pendidikan Prasekolah (Kertas Laporan).Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bhavnagri,N.P,Krolikowski,S.(2000),Home Community Visits during an Era of Reform (1870-1920).ECRP,Vol.2 No 1,Collage of Education Wayne State University.USA.19 Chiam,H.K.(1999).Excellence In Early Childhood Education.Subang Jaya:Pelandok Publication. Chiam,H.K.(2002).Access to Preschool Education.Persidangan Hak Asasi Manusia (Kertas Persidangan).K.L. Hafsah Jantan.(2005). Penggunaan alat permainan luar kelas prasekolah KPM di daerah Tampin dan Rembau: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Henniger,M.L.(1994).Enrichcing The Outdoor Play Experience.Journal of Childhood Education,Vol 4,Winter 1993/94.USA. Hoorn,J.V.Nourat,P.M.(1999). Play at the Center of Curriculum.Merril of Prentice Hall,N.Jersey,USA. Jaafar,J.L.S.(1996) Psikologi Perkembangan:Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

33

Jawatankuasa Penentuan Brif Projek dan Spesifikasi Peralatan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.(2003).Brif Projek Peluasan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2003-2007.Lampiran 6.276-308. Lang,S.S.(1996). Student Plan Special Playground. Ohio:Cornell University,Human Ecology. MDC.(2003). Education Act and Regulations. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd. Mohamad Najib Abdul Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan.Johor:Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang.(1997). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah.(2003).Panduan Pendidikan

Prasekolah.Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Percetakan Rina Sdn.Bhd:Kuala Lumpur Putri Zabariah M.A. Rahman.(2006). HBPS1103 Pengenalan Pendidikan Awal KanakKanak. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia (OUM) Rahmad Sukor bin Ab.Samad. (2006). HBME1103 Pengenalan Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Selangor Darul Ehsan:Universiti Putra Malaysia.

34

Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim & Mohd Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sawyers,J.K.(1994)The Preschool Playground,Developing Skills Through Outdoor Play,JOPERD,USA.31-33. Sharifah Alwiah Alsaqoff.(1987). Psikologi Pendidikan I. Selangor: Logman Malaysia Sdn. Bhd. Sook,Y.S,Herwing,J.E,Shelly,M.(2001).Preschooler’s Play Behavior With Peers in Classroom and Playground Settings.USA: Midwestern University Taufiq M.Abu Gazzeh.(1998).Childrens’ Use Of The Street As a Playground in Abu Nuseir.Jordan: Case study. Unit Kurikulum JPWPKL.(2005). Prosiding Seminar Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan 2005. Kuala Lumpur: JPWP http://kidsheslth.org/ http://www.learningdomain.com

35

Lampiran

36

Borang Soal Selidik Meninjau Penggunaan Alat Permainan Luar Kelas Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur.

Kepada Tuan/Puan/Cik ……………………… ……………………….

Soal selidik yang diedarkan ini adalah untuk tujuan kajian penyelidikan. Diharapkan agar soal selidik ini dijawab dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang diberi adalah rahsia.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Nor Lela binti Mahat Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.

37

BAHAGIAN A: MAKLUMAT GURU Arahan: Sila tandakan (  ) pada kotak yang berkenaan. 1. 2. Jantina : Umur : 20 hingga 29 tahun 30 hingga 39 tahun 3. Kelayakan Akademik : SPM/SPVM/SMA/MCE Diploma Sarjana 4. Kelayakan Iktisas : Sijil Perguruan Asas Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 5. Lokasi Sekolah: Zon Pudu Zon Bangsar 6. Bandar Zon Sentul Zon Keramat Luar Bandar STPM/HSC/STA Sarjana Muda Doktor Falsafah 40 hingga 39 tahun 50 hingga 56 tahun Lelaki Perempuan

Pengalaman Mengajar Prasekolah : 1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun

38

7.

Adakah anda opsyen prasekolah/pendidikan awal kanak-kanak? Ya Tidak

8.

Jika jawapan anda ‘Tidak’, sila nyatakan kursus/bengkel yang pernah anda hadiri sebelum ditempatkan untuk mengajar prasekolah?

Bi l 1. 2. 3. 4.

Nama kursus/bengkel/seminar/latihan

Tempat

Tempoh

9.

Pernahkah anda menghadiri kursus/bengkel mengenai penggunaan alat permainan luar prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Ya Tidak

10. Bi l 1. 2. 3. 4.

Sekiranya jawapan anda ‘Ya’, sila nyatakan: Nama kursus/bengkel/seminar/latihan Tempat Tempoh

BAHAGIAN B : SOAL SELIDIK KAJIAN PENYELIDIKAN

39

BAHAGIAN I :

PENGETAHUAN MENGENAI PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

Arahan : Sila tandakan ( ) pada jawapan pilihan anda. 1. Kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh menaiki alat memanjat dengan laju dan terkawal. Ya 2. Tidak

Kanak-kanak yang berusia 4 tahun tidak boleh menguasai kemahiran meloncat turun daripada buaian dengan mendarat menggunakan sebelah kaki. Ya Tidak

3.

Kanak-kanak berumur 5 tahun boleh bergayut dan bergerak di atas “monkey bar”. Ya Tidak

4.

Kemahiran menaiki tangga alat gelongsor dengan menggunakan kaki secara selang-seli boleh dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Ya Tidak

5.

Kemahiran berjalan atau meniti di atas alat pengimbang “balance beam” boleh dikuasai oleh kanak-kanak apabila berusia 5 tahun. Ya Tidak

40

BAHAGIAN II :

PANDANGAN PEMBELAJARAN

MENGENAI

PENGGUNAAN

ALAT

PERMAINAN LUAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

Arahan : Sila tandakan ( ) pada jawapan pilihan anda. 1. Kanak-kanak dapat memahami konsep Sains dan Matematik dengan lebih baik apabila belajar sambil bermain dengan alat permainan luar. Setuju 2. Tidak setuju

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan luar kelas prasekolah berupaya memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar, menunggu giliran dalam suasana riang. Setuju Tidak setuju

3.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan luar kelas menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Setuju Tidak setuju

4.

Kebebasan menggunakan alat permainan luar kelas sebagai ganjaran selepas suatu proses pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran. Setuju Tidak setuju

5.

Tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan alat permainan luar kelas sebagai dendaan dapat membantu guru mendisiplinkan kanak-kanak prasekolah. Setuju Tidak setuju

41

BAHAGIAN III :

KEMUDAHAN

DAN

TAHAP

KESELAMATAN

ALAT

PERMAINAN LUAR KELAS PRASEKOLAH KPM Arahan: Sila tandakan ( ) pada ruang kemudahan iaitu ‘Ada’ dan ‘Tiada’ dan seterusnya bulatkan nombor di sebelah kanan berdasarkan skala berikut: 1 2 3 4 5
Bi l

Sangat tidak selamat Tidak selamat Sederhana selamat Selamat Sangat selamat
Perkara Kemudahan alat permainan luar Keselamatan Alat Permainan Luar Prasekolah

Jenis Alat Permainan Luar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Alat main air Alat main pasir Alat pengimbang /‘balance beam’ Buaian Gelongsor Jongkang-jongket Palang bergayut/ ‘monkey bar’ Pondok-pondok Terowong Terrarium / ‘kolam ikan’ Pentas bercerita

Ada Tiada

Tahap Keselamatan Penggunaan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

BAHAGIAN IV :

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU SEMASA MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN LUAR

Arahan: Sila bulatkan nombor di sebelah kanan berdasarkan skala berikut:

42

1 2 3 4 5
Bi l

Sangat tidak setuju Tidak setuju Sederhana setuju Setuju Sangat setuju
Perkara Jawapan

1

Lokasi taman permainan luar prasekolah bersesuaian dengan lokasi kelas prasekolah.

1

2

3

4

5

2

Bilangan alat permainan luar di taman permainan luar kelas prasekolah mencukupi.

1

2

3

4

5

3

Kanak-kanak tidak dapat menggunakan kemudahan alat permainan luar kerana sudah rosak dan tidak selamat digunakan. Guru menghadapi masalah mengawal tingkah laku kanak-kanak ketika mereka bermain Sikap ibu bapa yang lebih mementingkan 3M berbanding aspek perkembangan yang lain.

1

2

3

4

5

4 5

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

Segala maklumat yang anda berikan amatlah dihargai. Sekalung terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan masa yang diluangkan. Contoh Alat Permainan Luar di Taman Permainan Kanak-Kanak

43

Alat bergayut dan gelongsor

Alat memanjat

Pondok

Alat pengimbang

Jongkang-jongket

Contoh Visual Reka Bentuk Kreatif Taman Permainan Kanak-Kanak 44

45

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful