You are on page 1of 16

1) Tamadun Islam dan peradaban manusia

1.1 Peranan manusia sebagai pemulihara alam


Kamus dewan edisi baharu telah mendefinisikan manusia sebagai makhluk yang
berakal, berfikiran, berperasaan, bernaluri, bernafsu serta beremosi dan mempunyai
perilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Kesemua sifat ini telah menjadikan
manusia mempunyai banyak peranan untuk wujud di muka bumi ini. Salah satu
peranan manusia ialah sebagai pemulihara alam. Allah SWT telah memperundangkan
atucara bagaimana manusia harus bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam
sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan
semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagian manusia sejagat.
Dengan penganugerahan akal pula, manusia di galakkan oleh Allah SWT untuk
menguasai dan menerokai angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencari
gali di perut bumi untuk mengambil faedah, dan mengetahui rahsia alam. Hal ini semua
adalah ke arah peningkatan keimanan kepada Allah SWT, dan tamadun manusia untuk
kepentingan kehidupan manusia sejagat. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT didalam
ayatnya:
“Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan Ia menurunkan dari langit
akan air, maka Ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki
bagi kamu. Dan Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut
dengan ketentuan daripada-Nya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai,
disediakan malam dan siang dan Ia membawa datang untuk kamu akan segala
sesuatu yang kamu bermohon daripada-Nya”.
Perundangan yang digubal oleh Allah SWT di dalam hal hubungan manusia
dengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalam
dua hal:
a) Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah SWT apabila
ia dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaan
b) Supaya kesemuanya dipergunakan sebail mungkin bagi memperoleh
keredhaan Allah SWT
Dari segi pelaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah
menyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mencapai kebahagian.
Keadilan meluas di dalam semua bidang tidak kira di dalam bidang politik, ekonomi,
pentadbiran, pendidikan, kebudayaan, dan sebagainya. Contohnya pada zaman Umar
bin al-khattab dan Umar bin Aziz, tidak ada fakir miskin yang dapat diberikan wang
zakat dari Baitulmal. Interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan
nilai-nilai spritual terhadapa alam dan pengalaman (peng+alam+an) kepada diri sendiri
tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Walau sekuat mana sekalipun
ketahanan diri seorang manusia, paling minimum dia memerlukan ibu dan bapa, atau
seorang teman.
Interaksi dengan alam mestilah dimasyarakatkan dan dibudayakan secara
kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar dan terlalu luas unruk
dinisbahkan kepada sebuah masyarakat apalagi kepada tubuh badan seorang
manusia. Justeru pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha, dan
pengalaman yang terhasil daripada interaksi dengan alam akhirnya akan membawa
manusia semakin memahami tentang kelahiran tamadun.

1.2 Asal usul kejadian manusia


Manusia adalah punca penciptaan alam ini sama ada alam nyata, atau ghaib.
Dalam erti kata lain kerana Allah s.w.t hendak menjadikan manusialah sekalian alam ini
dijadiakan. Bagi membolehkan manusia yang begitu mulia ini hidup aman bahagia dan
selamat sejehtera, Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang dapat
menyempurnakan keperluan manusia. Sebab itulah bumi dijadikan sebagai planet yang
paling sempurna dan terbaik sehingga mengandungi serba-serbi yang dapat digunakan
oleh manusia untuk kesempurnaan hidup mereka.
Al-Quran sebagai sumber wahyu ada menjelaskan tentang kejadian manusia.
Manusia adalah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah yang disebutkan dalam
al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama yang diberikan oleh
Allah s.w.t kepada manusia membawa erti sebagai makhluk yang menjadi khalifah Allah
s.w.t di atas muka bumi ini yang sekaligus menjdi tuan pemerintah, pemilik dan
pengguna segala yang dijadikan oleh Allah s.w.t sama ada yang berada di lautan, di
daratan atau di udara.
Al-Quran menjelaskan bahawa asal kejadianmanusia adalah daripada keturunan
Nabi Adam a.s sebagaimana firman Allah s.w.t Suarah al-Nisa’,1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) yang telah
menciptakan kamu seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan
isterinya (Hawa), daripada kedua-duanya Allah membiakkan lelaki dan perempuan
yang banyak.”
Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s daripada tanah seperti yang disebutkan
dalam al-Quran sebagai al-tin, al-turab, al-hama dan al-salsal. Nama istilah-istilah
berkenaan dapat dirujuk dalam Surah al-Sajadah,7 yang bermaksud:
“Dialah yang meciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulakn
ciptaan manusia daripada tanah (al-tin).

Surah al-Hijr 15,28, yang bermaksud:


“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada salsal(tanah
liat kering yang berasal daripada hama lumpur hitam yang diberi bentuk).”
Surah al-Rum,20,yang bermaksud:
“Antara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan kamu daripda tanah
(al-turab).
Para ulama bersepakat bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan Nabi Adam a.s pada hari
Jumaat. Terdapat empat peringkat proses mencipta Nabi Adam a.s, iaitu:
1. Allah s.w.t. menghimpunkan semua unsur untuk menjadikan Nabi Adam a.s.
2. Semua himpunan itu di adun untuk menjadi sejenis tanah atau al-tin. Kemudian
tanah ini di biarkan kering dan bertukar warnanya.
3. Allah s.w.t mereka bentuk tanah ini menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi.
4. Kemudian Allah s.w.t menghembuskan roh ke rangka Nabi Adam a.s.
Hikmat Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s daripada berbagai-bagai unsur yang
semuanya terdapat di dalam tanah bai membolehkan Nabi Adam a.s menyesuaikan
dirinya dengan muka bumi kelak.
Di samping itu, bagi menyedarkan manusia bahawa mereka dijadikan oleh Allah
s.w.t meskipun terdiri daripada pelbagai puak, namun hakikatnya mereka berasal
daripada satu, iaitu tanah. Justeru itu, manusia tidak boleh berbangga diri, sombong
dan takbur antara satu sama lain. Menyedari hakikat itu, manusia akan berjaya
mencetuskan perpaduan. Manusia adalah punca Allah s.w.t menciptakan alam ini sama
ada alam nyata atau alam ghaib. Allah s.w.t menjadikan alam ini bagi menyempurnakan
keperluan hidup manusia agar manusia sentiasa bersyukur kepada-Nya. Manusia juga
telah di ingatkan bahawa perbezaan di kalangan mereka bergantung kepada sejauh
mana ketakwaanmasing-masing kepada Allah s.w.t.

Sifat dan semulajadi manusia tidak jauh berbeza daripada haiwan seperti
beranak,makan,minum dan sebagainya, serta mempunyai nafsu yang tidak terbatas.
Oleh itu, ia amat sesuai dengan istilah al-insan atau al-nas yang disebut oleh pakar
bahasa arab berasal daripada perkataan nasiya yang memberi makna lupa. Dalam
konteks ini, Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran, Surah Taha, ayat 15 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepad Adam dahulu; maka dia
lupa perinta itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat.
Berdasarkan ayat di atas, Nabi Adam a.s telah terlupa janjinya kepada Allah s.w.t yang
menyebabkan beliau dikeluarkan daripada syurga dan hidup dimuka bumi.
Hanya Nabi Adam a.s yang diciptakan olah Allah s.w.t secara langsung daripada
tanah, sementara manusia lain (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.) dijadikan daripada
paduan air mani ibu dan bapanya. Meskipun bayi itu dijadikan daripada paduan air mani
ibu dan bapanya,tetapi sebenarnya manusi itu dijadikan daripada tanah juga. Hal ini
kerana sebatian air mani itu terdiri daripada unsur-unsur yang datang daripada tanah
juga. Justeru, sel-sel yang membentuk jasmani juga berasal daripada tanah. Menurut
beberapa ulama seperti Ibnu Abbas, Ibn Sa,d dan Mujahid, seseorang bayi itu akan
mengalami tiga alam kegelapan, iaitu alam rahim, alam perut dan alam selaput yang
menutupinya.
Sementara itu, kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa proses pembentukan
bayi di dalam rahim melalui tujuh peringkat, iaitu bermula dari Allah s.w.t jadikan saripati
tanah (nutfah) yang tersimpan di dalam rahim, kemudian membentuk alaqah,tulang,
tulang yang di balut dengan daging dan akhirnya terbentuklah lembaga yang lengkap,
dan ketika itu Allah s.w.t meniupkan roh kepadanya ketika bayi berumur empat bulan di
dalam rahim ibu. Hal ini di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadis yang
dirawayatkan oleh Bukhari; terjemahannya:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpun dalam perut (rahim) ibunya
selama 40 hari. Kemudian menjadi bentuk al-‘Alaqah seumpama itu juga. Kemudian
dijadikan mudhghah seumpama itu. Seperti itu diutuskan Malaikat supaya
meniupkan roh dan menulis empat perkara, iaitu rezeki,ajal,amal dan celaka, atau
bahagia.”
Apabila seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, maka bermulalah zaman baru baginya
yang terang-benderang berlainan sama sekali dari dunia rahim ibunya yang gelap-
gelita.
1.3 Mengenal pasti potensi diri sendiri untuk dimanfaatkan
Potensi diri yang harus dikenal pasti dan di manfaatkan dalam islam terbahagi
kepada tiga iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Melalui ketiga-tiga aspek ini,
seseorang manusia akan mencapai tahap potensi diri yang amat tinggi bagi
meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Dari segi akidah, akidah merupakan dasar
terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T
adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam
merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan
kukuh dalam jiwa setiap Muslim.
Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat.
Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang
mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit
dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi
memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup.
Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan
patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda)
atau roh yang telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini
manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya
kepada Allah S.W.T semata-mata. Asas-asas akidah Islam ialah:
(i) Beriman kepada Allah
(ii) Beriman kepada Malaikat
(iii) Beriman kepada Kitab-Kitab
(iv) Beriman kepada Rasul-rasul
(v) Beriman kepada Hari Akhirat
(vi) Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak
mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia
kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah Islam akan
melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita
gariskan seperti berikut:
Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa.
Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan
gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam melahirkan insan
yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah
akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja
bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya
mendapat kebahagiaan di akhirat.
Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya,
mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang
mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil
kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai
yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian
insan dan masyarakat. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan
masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat
Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah
masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka
menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju
dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan
mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin
kepada hari pembalasan. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah
putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar
biasa. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah
S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati
kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir.
Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk
mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah
Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di
zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh
akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur
negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati
akidah Islam yang sebenar. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang
melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah
dan kemungkaran.
Dari aspek syariah pula, syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk
hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la
merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang diwahyukan
samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-
Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang
berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan dengan
ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai
perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi
mereka dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga aspek
akhlaqiyyah(yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai
individu dalam bermasyarakat dan bernegara.
Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi
skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama
ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.
Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah
Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada
individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan
Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain.
ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif
dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah
seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar
serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini
adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti
hudud, qisas dan takzir.
Manakala dari segi aspek akhlak pula, Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam
Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia
terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan
dan larangan serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah.
Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan
tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia.
Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit,
tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia
terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi
kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq
dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.
Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang
tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit
perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang
baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

1.4 Sistem nilai dan pembinaan sahsiah


Berpandukan al-Quran dan sunnah, Islam menetapkan perbuatan manusia kepada
lima nilai iaitu:
a) Nilai wajib: perbuatan yang apabila dilakukan mendapat pahala dan
meninggalkannya mendapat dosa seperti sembahyang dan ibadat-ibadat yang
wajib yang lainnya.
b) Nilai sunat: perbuatan yang di beri pahala apabila melakukannya dan tidak
berdosa apabila meninggalkannya seperti bersugi ketika hendak
bersembahyang.
c) Nilai haram: di beri balasan dosa apabila melakukannya dan di beri pahala
apabila meninggalkannya seperti minum arak, berzina dan sebagainya.
d) Nilai makruh: di beri pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila
melakukankannya seperti makan benda yang berbau busuk seperti bawang dan
sebagainya.
e) Nilai harus: tidak berdosa apabila melakukannya dan meninggalkannya seperti
makan,minum,mandi dan sebagainya.
Pembinaan sahsiah amat penting dalam diri manusia bagi membentuk jati diri yang
berakhlak mulia. Oleh yang demikian, tahap pembinaan peribadi adalah tahap
pembinaan tamadun Islam. Peribadi-peribadi ini menjadi batu-bata kepada tahap- tahap
pembinaan yang lebih besar sperti keluarga dan masyarakat. Oleh itu Rasulullah s.a.w
memulakan dengan membina peribadi-peribadi dalam dakwahnya.
Mokhtar Syafie (1993) menyebut, “Oleh itu ke arah melahirkan keluarga, masyarakat
dan negara yang bertamadun sesuai dengan ciri-ciri Islam, maka Rasulullah s.a.w
memulakan langkah membentuk peribadi para pengikutnya sehingga mempunyai ciri-
ciri peribadi seorang Muslim. Rasulullah s.a.w pada peringkat permulaannya berjaya
membentuk peribadi Muslim daripada segenap sudut seperti akidah, syariah, akhlak,
ilmu, dan sifat kenegaraan yang menyentuh seluruh sistem politik, ekonomi, sosial,
ketenteraan dan sebagainya.”
Rasulullah s.a.w membentuk peribadi para pengikutnya sehingga mempunyai ciri-
ciri yang melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin umat. Ciri-ciri
yang disemai kepada sahabatnya meliputi kemurniaan aqidah, ibadah yang bertepatan
dengan syarak serta ikhlas, serta mempunyai akhlak yang mantap. Selain itu Rasulullah
s.a.w menekankan aspek meluaskan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam.
Baginda memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup melalui sabdanya yang
bermaksud, “Tuntulah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad.”
Baginda tidak mengabaikan aspek kesihatan fizikal. Justeru itu, baginda bersabda, “
Muslim yang kuat fizikalnya adalah lebih baik daripada muslim yang lemah.”
Latihan meningkatkan kekuatan fizikal turut diberi keutamaan oleh Bgainda seperti
latihan memanah, menunggang kuda dan berenang. Baginda melatih para sahabatnya
berdikari dan melaang mereka daripada sikap suka meminta-minta daripada orang lain.
Seterusnya Baginda mendidik umat Islam supaya mengurus kehidupan dengan teratur
dan berdisiplin. Dalam hal ini di antara kaedah berkesan yang dilaksanakan ialah
melalui pelaksanaan kewajipan sembahyang berjemaah. Dengan cara ini umat Islam di
latih menepati dan menghargai masa( Dr. Faris Ulwan. 1992).
Seterusnya Baginda membentuk para sahabatnya berbakti kepada masyarakat dan
manusia sejagat mengikut kemampuan masing-masing. Sumbangan adalah dalam
pelbagai bentuk seperti ilmu yang disampaikan, sumbangan harta-benda ataupun
khidmat bakti yang termampu, ataupun sekadar bermanis muka ketika bertemu orang
lain yang dianggap sedekah.
Peribadi yang mempunyai ciri-ciri di atas ini menjadi asas kukuh kepada pembinaan
tamadun Islam. Justeru itu walaupun tamadun Islam sepanjang sejarahnya melalui
pelbagai cabaran getir seperti serangan Moghul dan penjajahan Barat, namun ia dapat
bertahan kerana memiliki peribadi-peribadi yang unggul ini.

1.5 Pembentukan keluarga dan masyarakat.


1.5.1 Keperluan membentuk keluarga
Pembentukan keluarga adalah untuk memastikan kesinambungan generasi
manusia. Tiada siapa yang dapat menafikan keluarga merupakan unit yang terpenting
dan asas kepada kesinambungan generasi manusia. Dalam erti kata yang lain, mustahil
generasi manusia itu akan kekal tanpa wujudnya keluarga. Hal ini sukar untuk
dinafikan. Apabila pengabaian pembentukan institusi keluarga dapat membawa kepada
kehancuran sesuatu masyarakat. Hal ini dapat dilihat di Barat pada masa kini.
Selain itu, pembentukan institusi keluarga juga diperlukan untuk memelihara
akhlak dan tata susila. Kejadian manusia amat berbeza daripada kejadian makhluk lain.
Manusia merupakan kejadian yang paling mulia mengatasi segala kejadian yang lain
dan harus dipelihara. Salah satu cara bagaimana kemuliaan ini dipelihara ialah melalui
pembentukan keluarga. Oleh kerana manusia merupakan kejadian yang paling
sempurna naluri cinta dan sels itu harus disalurkan melalui jalan yang mulia juga, iaitu
melalui perkahwinan. Pengabaian hal ini telah menyebabkan banyak masyarakat dan
generasi terdahulu dan kini hancur dilanda kebuasan hawa nafsu kehaiwanan manusia.
Perbuatan ini akhirnya membawa keruntuhan akhlak dan tatasusila masyarakat.
Pembentukan keluarga juga untuk mencapai kebahagian, keharmonian,
kebaikan dan kasih sayang. Setiap manusia yang hidup di dunia ini sentiasa rindukan
kebahagian. Kebahagian dalam ertikata yang sebenarnya ialah terletak pada
kerohanian. Kebendaan dan kejasmanian hanyalah alat semata-mata. Rohani dan
jasmani manusia mencapai kesempurnaan melalui institusi keluarga. Malah tidak ada
satu cara lain yang lebih sempurna kearah pencapaian kebahagian selain pembentukan
keluarga.
Pembentukan keluarga juga diperlukan untuk membentuk umat yang kuat.
Selain itu, institusi keluarga juga dapat memperkukuhkan ekonomi ummah. Tidak ada
satu institusi yang lebih penting daripada keluarga dalam pemupukan kasih sayang,
tolong-menolong, kerjasama, silaturahim dan perpaduan.
1.5.2 Pembentukan keluarga
Islam menetapkan perkahwinan sebagai asas pembentukan keluarga. Tujuan
perkahwinan adalah untuk memperoleh zuriat, memelihara kehormatan diri,mencapai
kegembiraan hati, ketenangan batin dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta,
kasih sayang dan tuntutan batin yang menjadi fitrah semula jadi manusia. Hukum
berkahwin terbahagi kepada lima iaitu:
a) Harus - Ini hukum asal.
b) Wajib - Bagi yang berkemampuan dan luapan nafsu syahwatnya begitu
tinggi hingga bolehmembawa ke lembah zina. Bagi yang tidak
berkemampuan wajib ia berpuasa untuk menahan nafsunya.
c) Sunat - Bagi mereka yang berhajat, cukup syarat dan berkemampuan.
d) Haram - Bagi yang tidak cukup syarat, tidak berkemampuan dan tidak
bertanggungjawab kerana di khuatiri akan merosakkan rumah
tangga dan masa depan isteri dan anak-anaknya.
e) Makruh - Bagi yang berkemampuan memberi nafkah, tetapi bakal isteri
dengan rela hati sanggup menyara keluarga.
1.5.3 Tanggungjawab Suami Isteri
✔ Hak isteri
• Memperoleh nafkah zahir dan batin daripada suami.
• Memperoleh pakaian dan tempat tinggal yang munasabah daripada suami.
• Memperoleh jaminan keselamatan dan kebajikan daripada suami
• Memperoleh nasihat yang baik daripada suami
✔ Hak suami
• Kepimpinan dan keketuaan dalam ruamh tangga.
• Ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak bertentangan dengan
ajaran islam
• Isteri juga bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami selagi kepada
orang lain
• Layanan yang munasabah dan kasih sayang, temasuk zahir dan baton
daripada isteri.
• Isteri mesti menjaga maruah dan akhlak sama ada berada di hadapan atau
pun di belakang suami.
• Meminta keizinan daripada suami sebelum keluar rumah.
✔ Hak bersama
• Suami dan isteri sama-sama berhak menikmati kemanisan, kenikmatan dan
kebahagian hidup berumah tangga.
• Suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan
silaturrahim dengan kedua-dua belah pihak.
• Harta kedua-duanya boleh diwarisi oleh salah seorang daripada keduanya
apabila berlaku kematian.

✔ Tanggungjawab bersama
• Mendalami ilmu fardu ain
• Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama
• Saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan menasihati
• Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
• Bersikap jujur dan menepati janji.

1.5.4 Tanggungjawab Keibubapaan


Ibu bapa hendaklah berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar dikurniakan anak yang
soleh sebaik sahaja bernikah. Selain itu, ibu bapa juga hendaklaha mengazankan anak
lelaki dan mengqamatkan anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Memberikan anak
nama-nama yang baik agar sejehtera di dunia dan juga akhirat kelak. Ibu seboleh-
bolehnya hendaklah menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Sebagai ibu bapa,
hendaklah menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal yang munasabah dan
mendidik anak supaya menjadi soleh dan beriman. Kasih sayang yang secukupnya
haruslah diberikan kepada anak-anak dan hendaklah bersikap adil terhadap mereka.

1.5.5 Tanggungjawab Anak terhadap Ibu Bapa


Anak hendaklah mentaati ibu bapa dalam segala hal selagi tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Selain itu, anak hendaklah menyahut seruan dan panggilan
mereka dan segera hadir apabila di perlukan. Malah anak tidak boleh meninggikan
suara apabila bercakap dengan ibu bapanya. Berdoa untuk kedua-duanya sama ada
ketika hidup mahupun sesudah meninggal dunia amatlah dituntut untuk dilakukan oleh
seorang anak.Disamping itu, anak juga hendaklah melaksanakan wasiat yang
ditinggalkan oleh ibu bapa.
1.5.6 Konsep Kemasyarakatan Islam
Umum memahami bahawa masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi realitinya masyarakat Islam
ialah orang Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu
kelompok masyarakat. Masyarakat itu terlaksana melalui kehidupan yang berlandaskan
nilai-nilai Islam. Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai
keislaman merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang
islam. Masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh
Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya di Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat islam
yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w pada ketika itu telah
melaksanakan tugas mendirikan masyarakat berlandaskan nilai-nilai Islam yang
cekal,gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan
menjadi contoh dan model bagi masyarakat manusia selepasnya.
Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat
dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan negara
tidak akan sempurna. Oleh itu, Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi
pencorak, masyarakat yang bakal di bina. Sekiranya keluarga yang dibentuk itu
beriman, maka akan lahirlah masyarakat yang beriman. Ibu bapa dan anak-anak pula
merupakan komponen keluarga yang bertanggungjawab mencorakkan sesebuah
keluarga itu. Untuk memastikan setiap anggota menjalankan hak dan tanggungjawab,
maka Allah s.w.t menurunkan undang-undang kekeluargaan yang dipanggil munakahat.
Antara lain, ia menyentuh segala hal yang berkaitan dengan kekeluargaan dan
perkahwinan. Sesebuah masyarakat Islam yang beriman mampu menghadapi dan
bersama-sama dengan masyarakat agama lain untuk membentuk sebuah negara yang
aman, makmur, maju dan berakhlak. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu
Baginda membina masyarakat Islam pertama di Madinah pada tahun 622 Masihi.