You are on page 1of 4

Asam Pedas Ikan

Bahan-bahan ( 1 kluarga leh makan )


1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera) 4 ulas bawang merah-ditumbuk 3 ulas bawang putih-ditumbuk 2cm kunyit hidup-ditumbuk 1 btg serai dititik 3 btg daun kesum 1 bunga kantan-dibelah dua 1/2 mangkuk kecil air asam jawa 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin 1 1/2 mangkuk kecil air biasa garam dan gula (ikut rasa) minyak masak sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau. 2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih. 3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. 4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Ayam Berempah
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil) garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti. 1 Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup

Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja

Nasi Tomato Bahan-Bahan: 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar cawan minyak sapi 2 kuntum bunga lawang 1 biji buah pelaga Cara: Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang. 2 cawan air 2 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 2 cawan beras cawan tomato sos

Air Asam
Bahan-Bahan: BAHAN 'A' Asam jawa (dalam dua kerat jari) (direndam cawan air suam, buang biji) 1 biji limau kasturi (besar) (dibelah dua dan dibuang biji) 8-10 cili padi kampung biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Cara: Bahan B 1-2 biji tomato 1-2 biji bawang besar

1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Potong tomato kecil-kecil (kiub 4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang. 5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar. Cadangan Hidangan: Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar. Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jantung hitam dek getah. Rebus sampai empuk 20 - 30 mengikut saiz. Sambal Belacan Utara Bahan-Bahan: Cili Merah 3 biji Belacan 3 cm x 3cm Asam jawa 2 cm Air 10 ml Cara: 1. Tumbuk Cili Merah + belacan sehingga hancur. Put aside 2. Campur air dengan asam jawa & ramas2 3. Gaulkan Air asam jawa dengan cili merah & belacan tumbuk Kerabu Mangga Bersama Taugeh Bahan-Bahan: 200g taugeh 3 biji mangga dipotong panjang 500g timun dipotong memanjang Satu sudu serbuk belacan Maggi
3

2 sudu air asam jawa 2 biji limau 4 biji cili padi dihiris halus Satu batang bunga kantan

2 sudu serbuk ikan bilis Maggi Cara:

500g udang kering

Celurkan mangga dan taugeh selama 5 minit. Sementara itu, tumbuk udang kering yg telah dicuci dengan bunga kantan yg telah dihiris sehinnga hancur. Setelah mangga dan taugeh siap dicelur, tapiskannya. Sediakan sebuah mangkuk. Masukkan kesemua bahan satu persatu. Cadangan Hidangan: Boleh dimakan begitu sahaja ataupun disejukkan dahulu sebelum dimakan bersama nasi dan lauk pauk yang lain.

You might also like