You are on page 1of 5

Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada objektif dan proses.

Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan, iaitu: (a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar. Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkan empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu: (a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. (b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. (c)Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. (d)Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkaraperkara berikut: (a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai.

(b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya. (c)Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran.

Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawah kurikulum sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiripenemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian Kurilukum (19331941) USA, menyenaraikan empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah: (a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum. (b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum. (c) Organisasi kaedah dan strategi. (d) Penilaian untuk pencapaian objektif. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum, beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap seperti berikut: (a) Diagnosis atas permintaan kurikulum. (b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum (c) Pemilihan isi kandungan kurikulum. (d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih. (e) Pemilihan pengalaman pembalajaran. (f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih. (g) Pengukuran dan penilaian.

Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya. Maka,

Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: (a)Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. (b)Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran. (c)Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. (d)Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek. (e)Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan. (f)Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau displin.

CABARAN PROFESION KEGURUAN (CARA TANGANI CABARAN) Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

JENIS2 CABARAN PROFESION KEGURUAN Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;

o o o o o o o

pemupukan Integrasi Nasional melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.