You are on page 1of 10

KERTAS KERJA CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM (Framework of Scientific Thinking for Learning & Teaching) SCIENCE TEXT Teknik berfikir

secara saintifik perlu diberi keutamaan dalam menerapkan kemahiran berfikir kepada semua pelajar MRSM. Institusi Maktab Rendah Sains MARA yang menjunjung terminologi ‘sains’ dalam namanya sendiri, sepatutnya menjadikan budaya berfikir secara saintifik sebagai ‘soft skill’ dan tunggak dalam perlaksanaan dasar P&P kepada semua pelajar. ABSTRAK: Pemikiran saintifik merupakan satu daripada alat berfikir secara sistematik untuk menghuraikan konsep dan fenomena. Dalam mempelajari sesuatu konsep dan fenomena, pelajar biasanya akan mendapatkan maklumat tersebut dari buku dan kemudian cuba menghafalnya. Tetapi dengan menggunakan pemikiran saintifik, pelajar boleh mendifinisikan konsep dan menghuraikan sesuatu fenomena berkenaan dengan kreativiti sendiri. Ini akan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan independant . Pemikiran saintifik boleh dijadikan sebagai pedagogi untuk merealisasikan Pembelajaran Berfikrah dan pengantar yang konstruktif untuk menyampaikan isikandungan. Konsep pemikiran saintifik ini telah pun digunauji kepada pelajar-pelajar MRSM. Pemikiran saintifik ini telah berjaya disusun dan berbentuk ‘framework’ yang mudah diguna, iaitu Science Text. Science Text ini mampu melahirkan guru-guru dan pelajar yang mempunyai satu corak pemikiran yang universal, mengamalkan pendekatan P&P secara ‘thoughful learning’, kreatif dan ‘independent’. Bagi pelajar-pelajar khususnya, pemikiran saintifik bukan hanya bermanfaat diperingkat menengah sahaja, malahan boleh dipraktikkan dalam peringkat pengajian yang lebih tinggi dimasa hadapan. Teknik berfikir secara saintifik perlu diberi keutamaan dalam menerapkan kemahiran berfikir kepada semua pelajar MRSM. Institusi Maktab Rendah Sains MARA yang menjunjung terminologi ‘sains’ dalam namanya sendiri, sepatutnya menjadikan budaya berfikir secara saintifik sebagai ‘soft skill’ dan tunggak dalam perlaksanaan dasar P&P kepada semua pelajar. 1. Pendahuluan a. MRSM adalah institusi pendidikan menengah alternatif terbeza. MRSM mempunyai pendekatan khusus dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang

dalam memberi definisi ke atas konsep tertentu. a. Untuk mempastikan kecemerlangan ini dicapai. ciri-ciri berikut diberi penekanan kepada pelajar.dari segi sahsiah dan akademik. pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan memberi penekanan khusus kepada beberapa perkara iaitu. • Scientific Thinking • Independence • Kreatif • Amanah • Patriotik c. Konsep pemikiran saintifik sebagai pedagogi untuk merealisasikan visi MRSM. Contohnya. Dalam mencapai kecemerlangan sikap dan keunggulan peribadi. kemahiran generik yang perlu dikuasai ialah: • Isikandungan • Pedagogi • Kaunseling 2. iaitu. Bagi guru pula. Pemikiran saintifik merupakan satu daripada alat berfikir secara sistematik untuk menghuraikan konsep dan fenomena. • Student Centered • Meaningful • Active Learning • Reflection • Thoughtful Learning b. biasanya pelajar akan terus mendapatkan maklumat tersebut dari .

al-Quran juga membimbing manusia supaya sentiasa menggunakan akal fikiran berasaskan pemikiran yang mana pada hari ini digelar kaedah saintifik. Pemikiran saintifik boleh dijadikan sebagai pedagogi untuk merealisasikan Pembelajaran Berfikrah dan pengantar yang konstruktif untuk menyampaikan isikandungan . Antaranya ialah astronomi. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda . Lebih-lebih lagi apabila corak pemikiran saintifik ini telahpun difomulasikan secara mudah.buku dan kemudian cuba menghafalnya. geologi. fizik. Ini secara tidak langsung menunjukkan relevan sains dalam agama. Al-Quran telah meletakkan asas yang jelas di dalam pengkajian sains. zoologi. Ini akan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan independant . Di samping itu. pelajar boleh mendifinisikan konsep berkenaan dengan kreativiti sendiri. Tetapi dengan menggunakan pemikiran saintifik. Beberapa petikan ayat Al Quran telah menyentuh kepentingan berfikir secara saintifik ke atas fitrah kejadian dan penciptaan. Institusi Maktab Rendah Sains MARA yang menjunjung terminologi ‘sains’ dalam namanya sendiri. Tuntutan berfikir secara saintifik a. Analisis ini berasaskan kepada terdapatnya ayat al-Quran yang menyentuh pelbagai bidang yang termasuk di dalam disiplin ilmu sains. sepatutnya menjadikan budaya berfikir secara saintifik sebagai tunggak dalam perlaksanaan dasar P&P kepada semua pelajar. Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. 3. i. b. b. Di dalam buku Quranic Science. botani dan sebagainya. Antaranya ialah. Afzalur Rahman telah menyenaraikan 27 cabang ilmu sains yang disentuh oleh al-Quran. Teknik berfikir secara saintifik perlu diberi keutamaan dalam menerapkan kemahiran berfikir kepada semua pelajar MRSM.

Pemikiran saintifik adalah satu alat berfikir yang universal. Pemikiran saintifik merupakan satu pendekatan P&P yang realistik. konstruktif. dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun.(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. Seorang daripada ahli panel ialah Profesor Dato’ Koo Kay Kim. Pemikiran saintifik mendorong pelajar supaya berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghuraikan sesuatu kejadian atau fenomena. (Ar Rad 04) 4. tetapi relavan dengan semua subjek sains. 5. Kepentingan pemikiran saintifik kepada guru a. menyumbat fakta dan menghafal. yang dianjurkan oleh RTM 1 telah mengundang beberapa orang ahli panel. Pemikiran saintifik boleh membimbing pelajar membina nota sains dengan cara yang betul dan relavan dengan konsep pembinaan skima jawapan. bermakna dan terpandu. Konsep pemikiran saintifik adalah universal dan sangat relaven dengan sistem pembelajaran masa kini. Beliau menegaskan bahawa selagi sistem pendidikan hanya menekankan hafalan dan . a. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orangorang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. tidak terkhusus hanya kepada subjek biologi semata-mata. Ini dapat mengelakkan guru dan pelajar dari mengamalkan teknik P&P yang pasif. pemikiran saintifik tetap relaven untuk diaplikasikan dalam P&P. Walaupun sistem pendidikan dan peperiksaan kerapkali berubah dari masa ke masa. membicarakan tajuk Perjuangan Tanpa Noktah. rasa dan baunya). b. Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya). semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk. Satu forum Bicara Merdeka 51. (Al Nahl 11) ii.

dan mempunyai peluang yang terbuka luas menambahkan satu lagi kemahiran generik dalam P&P iaitu pemikiran saintifik. Membantu dalam membina item pentaksiran subjek sains iii. menerapkan konsep pembelajaran berfikrah (thoughtful learning) dan berpusatkan pelajar (student centered) ii. tetapi tidak dapat membantu dalam menghadapi peperiksaan. walaupun nota lengkap dan kemas.membilang sebanyak mana A. guru-guru akan dapat. Bagi memastikan pencapaian hasrat ini. b. selagi itu kita tidak dapat mencabar pemikiran barat. Kepentingan pemikiran saintifik kepada pelajar Pelajar yang mempraktikkan pemikiran saintifik dalam kaedah belajar dan studi akan dapat. b) membuat nota pelajaran dengan cara yang betul. pelajar menghadapi masalah tidak yakin dengan nota sendiri. i. a) berfikir bagi mendapatkan fakta tertentu secara sendiri tanpa hanya bergantung kepada buku teks atau buku rujukan. Membimbing pelajar membuat nota sains dengan cara yang betul 6. MRSM yang mempunyai sistem pendidikan terbeza. kritis dan kreatif. Biasanya. Membantu dalam membina skima jawapan dengan tepat. pelajar menjadi lebih kreatif dan dapat mengenalpasti kejituan fakta dengan ‘bungabunga bahasa’ yang dipamerkan dalam buku tertentu. Malahan dengan menggunakan pemikiran saintifik. Dengan menggunakan kaedah ini. tahap profesionalisme guru dalam menguasai pemikiran saintifik perlu dimantapkan. Kaedah membina nota berasaskan pemikiran saintifik akan dapat memenuhi rubrik skima . sudah tentu dapat menyambut cabaran ini. iv. Pelajar akan menjadi lebih independent.

disebabkan oleh kebiasaan membaca dan menghafal fakta. akan menjadi lebih jelas dan bermakna. Antara kebaikan Science Text ini ialah: i. memberi bengkel dan ceramah. (rujuk lampiran) 7. c) Pelajar perlu didedahkan dengan teknik berfikir yang betul. Seterusnya. pelajar akan terbimbing untuk berusaha menambahkan pengetahuan dengan sendirinya dan menjadi lebih ‘independence’ . iaitu Science Text . Hasil pengalaman mengajar. Alat berfikir yang berstruktur ii. kreatif dan inovatif. pelajar akan berusaha mencari pelbagai langkah penyelesaian dan mengemukakan idea secara kritis. Alat buat nota yang serasi dengan Teknik Menjawab Soalan. kadangkala pelajar menghadapi masalah ‘blank’ atau putus idea. Ini juga akan mendorong pelajar menghuraikan fenomena. pemikiran saintifik ini telah berjaya difomulasikan dalam bentuk yang mudah diguna. Alat mengajar yang berkesan untuk guru v.(rujuk Lampiran 1). a) Konsep pemikiran saintifik ini telah pun digunauji kepada pelajar-pelajar MRSM. iv. Pendekatan P&P secara kontekstual. sistematik dan kreatif d) Dalam menjawab soalan peperiksaan.jawapan. Alat belajar yang bermakna dan menarik minat iii. Konsep pemikiran saintifik yang difomulasikan dan mesra pelajar: Science Text. tetapi dengan menggunakan alat berfilkir. e) Ini menjadikan pelajar menyedari bahawa pemikiran saintifik ini adalah sangat bermakna dalam menghadapi peperiksaan dan sangat membantu dalam menghuraikan permasalahan kehidupan seharian. Alat membina item pentaksiran yang tepat . langkah ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam menggunakan nota sendiri untuk menghadapi peperiksaan. Dengan menggunakan teknik berfikir. menyelesaikan masalah secara rasional. yang berkaitan dengan pengalaman dan persekitaran pelajar.

pelajar dapat menggunakan konsep pemikiran saintifik ini secara bersepadu dalam teknik membuat nota. . tetapi konsep pemberian markah agak berlainan. Alat yang membantu meningkatkan pencapaian dalam subjek. sesuatu konsep dan terminologi dalam ketiga-tiga subjek sains ini dapat diselaraskan. kimia dan fizik akan berada pada landasan yang sama. skema jawapan akan tersebut akan menjadi ‘tidak adil’ dan menafikan ‘akur peluang’ pelajar dalam memberi jawapan. ix. Begitu juga dalam kontek menganalisa dan menjelaskan sesuatu fenomena yang berasaskan konsep biologi. a) Science Text berupaya menyelaraskan konsep-konsep asas berfikir dalam subjek Biologi. Alat membina rubrik skema jawapan yang adil vii. bermakna. viii. Sekiranya skema jawapan tidak mengikut rubrik yang betul. teknik belajar dan teknik menjawab soalan. dengan menggunakan Science Text . Rujuk respons pelajar – Lampiran 2. Contohnya. Penyelarasan konsep berfikir dalam subjek sains. Alat berfikir yang universal dan kreatif. menarik dan mesra pelajar. berkesan. Kelebihan Science Text bukan sahaja dapat menyelaras tapi dapat mengelakkan kekeliruan dalam mengaplikasikan konsep dalam ketiga-tiga subjek sains berkenaan. b) Semakan ke atas rubrik skema jawapan bagi ketiga-tiga subjek ini adalah seiring. b) Secara keseluruhannya. kerana ketiga-tiga subjek ini adalah subjek sains. khususnya biologi dapat dipelajari dengan lebih mudah.vi. 8. Makluman balas dari para pelajar menunjukkan bahawa teknik berfikir ini mampu menjadikan sesuatu subjek. Rubrik skema jawapan bagi ketiga-tiga subjek sains ini seharusnya tidak boleh lari dari aliran pemikiran saintifik. Alat yang mampu menyelaraskan konsep berfikir dalam subjek sains: biologi fizik dan kimia. Fizik dan Kimia.

pelajar-pelajar memberi respons positif ke atas keberkesanan aplikasi pemikiran saintifik ini. Pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengikuti seminar ini. jika pengetahuan pemikiran saintifiknya kurang mantap. akur peluang. Pembinaan item pentaksiran adalah merujuk kepada kerangka ‘9 point system’. Sejauhmana pemikiran saintifik dipraktikkan di MRSM a) Dari pengalaman memberi ceramah ke beberapa MRSM. b) Kemahiran membina item pentaksiran dan kebolehan menguasai pemikiran saintifik adalah sangat penting kepada semua guru. skema jawapan akan menjadi lebih tepat. Oleh itu disarankan agar guru-guru.9. Pengalaman dalam membina item pentaksiran. terutama sekali guru-guru baru. untuk memantapkan pengisian kerangka ini. Secara keseluruhan pelajar tingkatan 5 mengakui. khususnya dalam membina rubrik skema jawapan (bagi subjek sains). Pemikiran saintifik Science Text dan perkaitannya dengan pembinaan item pentaksiran a) Pemikiran saintifik juga sangat berkaitan dengan teknik membina item pentaksiran dan skema jawapan. didedahkan dengan asas pemikiran saintifik terlebih dahulu. guru-guru biasanya sangat sukar membina skema jawapan. adil dan tidak tersasar dari landasan soalan. sepadan. didapati sebahagian besar guru-guru sains. Walaubagaimananpun. Konsep pemikiran saintifik sebenarnya merupakan ‘anak kunci’ kepada pembinaan item pentaksiran dan rubrik skema jawapan yang dibina. masih belum mahir menggunakan pendekatan mengajar berasaskan pemikiran saintifik. kemudian didedahkan pula dengan konsep membina item pentaksiran. . menyedari dan yakin bahawa gaya pemikiran saintifik ini sangat membantu dalam memahami iskandungan dan alat berfikir dalam teknik menjawab soalan (rujuk Lampiran 2). Berasaskan pemikiran saintifik. 10. konsep pemikiran saintifik sangat diperlukan. b) Biasanya setiap kali ceramah dan seminar disampaikan. menyarankan agar gaya pemikiran ini sebaik-baiknya diterap lebih awal semasa mereka ditingkatan 4.

i. i. kreatif dan ‘independent’. Kajian ini terpaksa dilakukan secara ‘satu persatu’ ke atas setiap komponen Science Text. c) Science Text mampu melahirkan guru-guru dan pelajar yang mempunyai satu corak pemikiran yang universal. adalah berasaskan konten biologi dan pengetahuan am. Pendekatan Science Text bukan hanya untuk subjek biologi. Langkah memantapkan implementasi pemikiran saintifik dalam P&P a) Bagi memantapkan implementasi pemikiran saintifik dalam P&P. guru sains khususnya perlu diberi latihan yang cukup bagi menguasai pemikiran saintifik. Guru-guru baru. Bagi pelajar-pelajar khususnya. dalam subjek biologi. Kemahiran asas untuk guru – Learn how to teach biology ii. Harapan dan Penutup a) Satu kajian tindakan akan dijalankan bagi membimbing pelajar menguasai kaedah pemikiran saintifik ini – rujuk Laporan Kajian Tindakan 2010. mengamalkan pendekatan P&P secara ‘thoughful learning’. iaitu. bagi membuktikan bahawa setiap komponen kemahiran ini adalah teruji dan sangat membantu pelajar dalam mengamalkan teknik belajar. pemikiran saintifik bukan hanya bermanfaat diperingkat . Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi eviden kepada keberkesanan penggunaan kaedah pemikiran saintifik Science Text ini dalam pembelajaran sains. namun secara kebetulannya contoh yang digunakan dalam kajian ini. membuat nota dan teknik menjawab soalan dengan cara yang betul. ii. Sebenarnya Science Text adalah merupakan corak berfikir berasaskan sains secara menyeluruh. Sebagai contoh. jika dirujuk kembali dalam perkara 10 di atas. beberapa perkara disarankan.11. seminar pemikiran saintifik diadakan secara berterusan kepada guru dan pelajar. b) Walaubagaimanapun. seminar ini disampaikan dalam bentuk. survey dari pendapat pelajar ini mungkin sudah cukup untuk dijadikan asas. 13. Pemikiran saintifik dijadikan satu daripada silibus dalam kurikulum terbitan atau ‘softskill’. bagi melaksanakan pendekatan ini ini. Kemahiran asas untuk pelajar – Learn how to learn biology b) Bagi memantapkan perlaksanaan Science Text dimasa hadapan.

Process [OCCER] [Events sequence/schematic diagram] • Object • Condition • Cause • Effect • Result 4.[zolkof] [Framework of Scientific Thinking for Learning & Teaching] SCIENCE TEXT 1. malahan boleh dipraktikkan dalam peringkat pengajian yang lebih tinggi dimasa hadapan. sepatutnya menjadikan budaya berfikir secara saintifik sebagai ‘soft skill’ dan tunggak dalam perlaksanaan dasar P&P kepada semua pelajar. Comparison [QRST] [Difference / similarity] • Quantitative • Reaction • Structure • Term 5. Experiment [Fomulae 30 P3] . Structure [NCF] [Structured diagram / drawing] • Name / Location / Characteristic / Function 3. characteristic) o Example & Significant o Operational definition o [Laws / principles] 2. Sekian. d) Teknik berfikir secara saintifik perlu diberi keutamaan dalam menerapkan kemahiran berfikir kepada semua pelajar MRSM. Institusi Maktab Rendah Sains MARA yang menjunjung terminologi ‘sains’ dalam namanya sendiri. Concept [DES] o Definition ( classification. Problem solving / Analysing [UPSR] • Unit • Phase • Shape • Reason 6.menengah sahaja.