Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid pandai dan lemah.

Pengenalan Seperti yang dinyatakan oleh Research Center on Academic Success [CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dalam aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi.

Berdasarkan pernyataan tersebut, saya telah menjalankan kajian ke atas dua orang murid sekolah rendah di SK Abuan dalam daerah Beluran. Seorang berpencapaian akademik yang baik iaitu adik Azvensus bin Maidin dan seorang lagi yang berpencapaian akademik yang lemah adik Edrin bin Justin.

2.0 Faktor Pencapaian Akademik Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik kedua-dua orang murid tersebut. Antaranya ialah faktor yang mempengaruhi murid yang mendapat pencapaian akademik baik ialah dorongan, motivasi dan sokongan daripada keluarga. Menurut teori pelaziman operan Skinner (1953) gerak balas boleh diperkuat (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam kes ini, ibubapa dan keluarga sangat memainkan peranan penting dengan memberikan peneguhan kepada anak mereka. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Skinner telah membahagikan peneguhan kepada 2 jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Contoh peneguhan positif : Tingkah laku Seorang anak berjaya dalam peperiksaan Kesan/akibat Ibubapa memberikan hadiah dan penghargaan Tingkah laku masa hadapan Anak tersebut akan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Manakala contoh peneguhan negatif pula ialah : Tingkah laku Kesan / akibat Tingkah laku masa hadapan

1

Murid tersebut membina matlamat hidup sendiri dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. sikap mereka sahaja boleh dilihat bagi melambangkan kemalasan mereka dan tidak mempunyai semangat untuk belajar. Selain faktor kedua di atas. mengamal.Anak tidak menyiapkan kerja sekolah Ibubapa akan menegur anaknya Anaknya akan menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya Manakala bagi pelajar yang lemah pula. Manakala bagi pelajar yang lemah pula. menghindar. jangkaan mereka untuk masa hadapan masih agak jauh. Murid yang bersikap begini. Anak-anak seperti ini akan membesar tanpa perhatian yang secukupnya daripada ibubapa. Mereka memberikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan banyak membuat ulangkaji tentang pelajaran yang tidak difahami.Peneguhan pula sama ada positif atau negatif tidak diendahkan. memberi perhatian. Murid tidak boleh berdiri sendiri tanpa mendapat sokongan yang padu dari keluarga terutama sekali murid sekolah rendah yang memang memerlukan banyak kesabaran untuk mendidik mereka. Pada peringkat umur sebegini. Mereka sekadar memenuhkan keperluan anaknya sahaja seperti memberi makan. Ahli psikologi kognitif juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (woolfolk. mempengaruhi fakta yang murid pelajari dan cara dia belajar. cara mereka berfikir tentang situasi termasuk kepercayaannya. menurut ahli psikologi kognitif. 1998) menyatakan bahawa manusia secara aktif memilih. faktor persekitaran juga turut memainkan peranan penting 2 .1 Faktor Pencapaian Akademik Faktor kedua. jangkaannya dan perasaannya. Oleh yang demikian. kita sebagai ibubapa yang seharusnya menunjukkan jalan kepada mereka. bagi murid yang mendapat pencapaian baik ialah sikap murid itu sendiri yang ingin berjaya dalam pelajaran hasil daripada motivasi yang diperolehi dari keluarganya. Tidak mendengar dan banyak bermain sewaktu guru mengajar menyebabkan mereka tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru semasa di dalam kelas. pakaian dan tempat tinggal.Menghadiri kelas juga dalam keadaan tidak bersedia dan mereka juga tiada matlamat untuk dicapai samada jangka masa pendek mahupun panjang.1998). merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitan bagi mencapai matlamat mereka. Mereka hanya melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak-anak kepada guru semata-mata. kebanyakkannya mereka terdiri daripada keluarga tidak begitu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Anderson et al (dalam woolfolk . 2.

mematuhi peraturan kumpulan di dalam usaha mewujudkan keharmonian di dalam kumpulan. Secara khusus. murid itu secara automatiknya juga mementingkan pelajaran bagi mencapai matlamat mereka. Bagaimanapun individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. teori ini mengatakan bahawa kebanyakkan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. murid tersebut hidup dalam suasana / keluarga yang amat mementingkan pelajaran.1977. Setiap masalah yang dihadapi akan cuba diatasi bersama-sama. seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan 3 . kita dapat mengaitkannya bahawa persekitaran yang membina boleh mendorong seseorang itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pencapaian yang baik dalam pelajaran. Persekitaran yang begini sangat penting kepada anakanak bagi menunjukkan kasih sayang ibu bapa dan keluarga kepada mereka. Murid ini juga mempunyai semangat untuk belajar bersama kerana belajar secara berkumpulan adalah yang paling berkesan. individu itu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Individu belajar menghormati hak individu lain. salah seorang pengasas psikologi Gestalt. kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikannya. Menurut Kohler. Rakan sebaya mempengaruhi individu itu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain dari adikberadiknya. Oleh yang demikian. Sebagai contoh. Melalui rakan sebaya. pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam mendapat pencapaian yang baik. Ibubapa yang bermotivasi akan berusaha sedaya upaya menghasilkan yang terbaik utuk anak mereka serta memantau pembelajaran anak-anak dari semasa ke semasa. Masing-masing dengan hal sendiri. ibu bapa tidak sefahaman antara satu sama lain. Melalui proses memerhati orang lain. Di samping itu.bekerjasama. Adik -beradik juga tidak membantu dalam memberikan semangat untuk mencapai cita-cita mereka. persekitaran mereka tidak banyak membantunya malah melemahkan mereka untuk terus belajar seperti menghadapi keluarga yang bermasalah. Murid yang sebegini biasanya banyak terlibat dalam masalah disiplin sekolah.2000) ia menyatakan bahawa faktor-faktor sosial. Ini membolehkan mereka dapat bersaing sesama mereka. Dalam kes murid ini pula. Menurut Berk (1989) rakan sebaya adalah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan murid tersebut. Manakala bagi murid yang lemah pula.kepada murid tersebut. Pada kebiasaannya murid yang cerdik akan berkawan dan memilih rakannya yang cerdik juga. melalui kajiannya ke atas seekor cipanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep 'celik akal' yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Menurut teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Albert bandura (1986. mempelajari peranannya.1998.

Semangat bekerjasama akan menjadi lebih tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan 4 . walaupun orang itu adalah kembarnya. maka guru bolehlah membentuk kumpulan dengan menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan mereka. Pemantauan ibubapa sangat penting bagi memastikan anak mereka tidak terlibat dalam masalah disiplin di sekolah terutamanya seperti ponteng sekolah. Koperatif membawa maksud bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama.dilaksanakan dan apakah kesannya. merokok dan membuli rakan yang lain. pembelajaran secara koperatif juga boleh dilaksanakan. Di dalam aktiviti pembelajaran. Ini adalah disebabkan setiap orang adalah unik dan tidak ada orang lain yang seratus peratus sama dengannya. Guru perlu mencatat rekod kemajuan setiap muridnya bagi mengetahui perkembangan mereka dari masa ke masa. Selain itu. sebagai guru kita haruslah belajar memahami perbezaan ini di kalangan murid kita dan memberi perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah dengan bersungguh-sungguh kerana markah yang diperoleh setiap individu akan menjadi markah kumpulan. 4. di mana setiap kumpulan terdapat murid yang cerdas dan yang lemah. Setiap murid adalah berbeza daripada murid yang lain.Pembelajaran koperatif ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya murid bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid denganpencapaian yang berbeza ialah melalui kaedah kumpulan .Saling berbincang dan saling membantu antara satu sama lain untuk memahami dan menggalak supaya bekerja bersungguh-sungguh. Kebanyakkan orang terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak baik adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. rakan sebaya yang biasa dipilih oleh mereka adalah yang setaraf dengan mereka juga. Tidak bermotivasi dan tidak mempunyai matlamat hidup. Seorang bapa pun akan mendapati anaknya yang pertama tidak sama dengan anaknya yang kedua. Oleh kerana murid dalam sesebuah kelas adalah berbeza tahap pencapaiannya. Akibat tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari keluarga. Manakala bagi murid yang lemah pula. begitu juga seterusnya. murid-murid menganggap kawan mereka adalah yang terbaik. Oleh itu.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Aspek Kelemahan Pencapaian Akademik dan Langkahlangkah Bernas yang Boleh diambil oleh Seseorang Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

contohnya “murid yang dapat membuat 10 latihan matematik dengan betul akan dibenarkan membaca buku cerita kegemarannya”. guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka sepanjang pengajaran. guru yang hendak mengelakkan pelajar bising semasa di dalam kelas akan mengatakan “murid yang diam akan keluar rehat lebih awal”. Antara unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: 1) 2) 3) 4) 5) Interaksi bersemuka (face to face interaction) Saling pergantungan positif Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif dan peneguhan negatif. Di samping itu. Kaedah ini adalah menggunakan idea “perancah” dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky di mana murid cerdas membimbing murid yang lambat di dalam zon perkembangan proksimal. Ini bermakna murid akan cuba sedaya upaya membuat kerja sekolah mereka dengan cermat bagi mendapatkan sesuatu yang disukainya. Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh guru ialah membuat peneguhan positif danpeneguhan negatif. Menurut teori pembelajaran Gagne.kumpulan lain. Begitu juga dengan peneguhan positif. Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangan mereka mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara: 1) Daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui 2) Daripada senang kepada susah 3) Daripada dekat kepada jauh 4) Daripada konkrit kepada abstrak 5 . Contohnya. pembelajaran berlaku secara berperingkat 'hierarki' iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. langkah-langkah lain yang boleh digunakan ialah mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru juga perlu memberikan peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau diterima oleh semua guru dan ibubapa. Ada kalanya pengajaran rakan sebaya adalah lebih berkesan berbanding guru. Untuk menjayakan proses pembelajaran. Murid akan faham dan diam untuk mengelakkan diri mereka daripada keluar rehat lambat.

kerja amali dan membuat projek juga boleh digunakan dalam membantu mempelbagaikan strategi dan kaedah pembelajaran di samping pendekatan berpusatkan guru seperti penerangan. Pendekatan seperti ini lebih berpusatkan murid. soal jawab. Sebenarnya kedua-dua pendekatan ini boleh digabungjalinkan bagi membentuk pembelajaran yang lebih berkesan. kerana banyak ilmu pengetahuan yang akan diperolehi di dalam surat khabar.Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah juga adalah satu perkara yang menarik dan boleh merangsang minda murid untuk berfikir. syarahan dan demonstrasi. guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan kemudahan yang sedia ada di sekolah seperti penyampaian maklumat melalui pencarian internet atau melalui laman web. Sebagai kesimpulannya. memberi nota. carta. Guru perlu mengenalpasti sahsiah murid terlebih dahulu bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan . bacaan.Guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk murid yang lambat. sumbang saran. guru boleh menyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa. huraian. main peranan. Sahsiah seseorang murid juga mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut teori perkembangan Bruner Selain itu kaedah berpusatkan murid seperti bercerita. guru boleh membina model rumah bersama-sama murid dan seterusnya melabelkan tempat-tempat yang terdapat di dalam rumah tersebut. mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan seperti menjawab teka silang kata. latih tubi. Contohnya belajar bahasa Inggeris membosankan. Langkah-langkah seterusnya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran individu. penjelasan. Adakalanya guru meminta murid membuat model bersama-sama akan menambahkan minat mereka dan perasaan ingin tahu apa sebenarnya yang ingin diajarkan oleh guru itu tentang sesuatu mata pelajaran pada hari tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat murid untuk menggalakkan mereka berfikir dan berkembang seterusnya kerana kebolehan dan keupayaan murid-murid adalah berbeza-beza. Oleh itu. Ini adalah sesuai dengan pencapaian murid yang berbeza tahap penerimaan mereka. pembelajaran akses kendiri. demonstrasi penyelesaian masalah. inkuiri penemuan. Ini akan menjadikan pembelajaran tersebut menjadi lebih seronok dan ingatan mereka terhadap perkara tersebut menjadi lebih kuat berbanding dengan pembelajaran seperti biasa. guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi perbezaan tahap pemikiran murid ketika berada di dalam bilik darjah. Pelbagai kaedah dan strategi yang sesuai dan berkesan boleh digunakan dalam menangani masalah ini supaya murid lebih mudah 6 . gambar dan sebagainya selain daripada suasana bilik darjah yang teratur dan kondusif.Sekiranya mereka di dalam matapelajaran bahasa. Contohnya untuk murid-murid tahun 4 dan 5.

Ibubapa perlu bekerjasama bagi mengawal tingkah laku mereka ketika berada di rumah. bermakna dan menyeronokkan . Guru juga perlu memberi pemupukan disiplin murid-murid ketika berada di sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa murid berada di luar sekolah.Hasil kerjasama ini boleh dilihat pada sikap murid itu sendiri samada berjaya atau tidak. pembelajaran menjadi lebih menarik. guru. pentadbir. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan. Adalah menjadi satu cabaran kepada Fungsi Sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yang amat mencabar. 7 . ibubapa dan murid mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan kejayaan generasi anak bangsa di masa hadapan.memahami dan menghayati kandungan pelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful