You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN BENGKEL PANDUAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) 2003

1.0

TAJUK PROGRAM Kertas Cadangan Bengkel Panduan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2003.

2.0

PENGENALAN Hasrat Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan pelajarpelajar yang berperibadian seimbang dan harmonis baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Atas dasar itu, sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan cita-cita tersebut. Bengkel panduan ke IPT adalah merupakan salah satu program bersama sekolah-sekolah di dalam daerah Yan dalam memberi panduan dan bimbingan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2002 tentang bagaimana cara yang betul dalam mengisi borang kemasukan ke universiti dan panduan memilih bidang dan kerjaya yang sesuai yang akan diceburi selepas tamat mengikuti pengajian nanti. Program ini adalah merupakan satu program usahasama antara Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah menengah dalam daerah Yan dan Persatuan Belia-Belia Malaysia (MAYC) daerah Yan. Sekolah-sekolah menengah yang terlibat adalah seperti berikut : Sekolah Menengah Kebangsaan Yan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok (Jemputan)

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Membantu para pelajar lepasan SPM dan STPM 2003 tentang panduan yang betul melengkapkan borang BPKP/UPU. Membantu para pelajar dalam memilih kerjaya dan bidang yang sesuai dengan minat dan diri mereka. Mewujudkan pemuafakatan dan kerjasama yang erat di kalangan pihak PIBG. MAYC serta pentadbir sekolah-sekolah yang terlibat

4 TEMA Strategi Tepat Kecemerlangan Meningkat

5 RASIONAL Program ini perlu dilaksanakan bagi membantu para pelajar khususnya di daerah Yan dapat melengkapkan borang kemasukan ke IPT dengan betul dan mengelakkan berlakunya kesilapan yang boleh menjejaskan peluang mereka mendapat tempat ke universiti.

6 KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM 2002 sekolah-sekolah di daerah Yan dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Sasaran Penyertaan Pelajar SPM & STPM : SMK Yan SMK Agama Yan SMK Guar Chempedak SMK Sungai Limau SMK Batu 17 SMK Dulang SMK Seri Badong SMK Gurun SMK Merbok Lain-lain Sekolah Jumlah 200 100 200 100 50 100 100 100 100 100 1150

7 TARIKH CADANGAN 3 hari selepas keputusan STPM dan SPM diumumkan.

8 TEMPAT CADANGAN Dewan Besar SMK. Yan

9 MASA 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

10 JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 : Dato Badruddin b. Amiruldin, DSDK, AMN, PPN, PJK : Dr. Ku Abdul Rahman b. Ku Ismail : En. Johari b. Salleh Pengerusi PIBG SMK. Yan

Naib Pengerusi 11 : En. Ku Razak b. Ku Ismail Pengerusi MAYC Daerah Yan Setiausaha Pen. Setiausaha : En. Ahmad Ikmal b. Ismail Pengerusi Biro Pendidikan MAYC Daeran Yan : En. Mohd Roslan b. Abd. Razak Kaunselor Sek. Men. Keb. Yan : Kaunselor Sek. Men. Keb. Agama Yan Kaunselor Sek. Men. Keb. Guar Chempedak Kaunselor Sek. Men. Keb. Sungai Limau Kaunselor Sek. Men. Keb. Batu 17 Kaunselor Sek. Men. Keb. Dulang Kaunselor Sek. Men. Keb. Seri Badong Kaunselor Sek. Men. Keb. Gurun Kaunselor Sek. Men. Keb. Merbok

AJK

Jawatankuasa Pengelolaan : Jawatankuasa Pengelolaan & Pendaftaran Jawatankuasa Makanan/Minuman Jawatankuasa Peralatan/Siaraya Jawatankuasa Tempat Jawatankuasa Jemputan & Sambutan Jawatankuasa Perasmian Jawatankuasa Buku Program Jawatankuasa Jurufoto/Dokumentasi

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN 10.1 Sumbangan MAYC Daerah Yan RM 2365.00

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 11.1 11.2 11.3 11.4 Makan/minum pelajar Makan/minum tetamu Banner SPM/STPM Pengurusan RM1.50 X 1150 RM 2.00 X 50 RM 60 X 4 RM 150 X 2 RM 1725.00 RM 100.00 RM 240.00 RM 300.00 ----------------RM 2365.00 ========== 12.0 ATURCARA PROGRAM 8.30 pagi 9.00 pagi Pendaftaran pelajar Majlis Perasmian - Bacaan Doa - Ucapan Perasmian Taklimat IPT & Panduan Mengisi Borang - Panduan Mengisi Borang - Bengkel/LDK - Bersurai

9.30 pagi

13.0 PENILAIAN PROGRAM Kejayaan kursus ini dinilai dari : 13.1 Kelancaran perjalanan program melalui kerjasama antara PIBG, MAYC, pentadbir-pentadbir dan kaunselor-kaunselor pelajar sekolah terlibat. Maklum balas pelajar-pelajar sepanjang program dijalankan. Maklum balas dari ahli jawatankuasa yang terlibat.

13.2 13.3

14.0 PENUTUP Program Bengkel Panduan Ke IPT bagi pelajar sekolah-sekolah di dalam daerah Yan ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama sekolah yang terlibat serta dibantu oleh MAYC daerah Yan bagi membantu para pelajar khususnya di daerah ini mendapat panduan dan bimbingan yang terbaik dari para kaunselor bagi melanjutkan pelajar ke institut pengajian tinggi. Diharapkan semoga program yang dijayakan bersama ini akan mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T. Orang yang berbudi pekerti mulia dan berilmu itu jernih mukanya; lapang dadanya; suci hatinya dan lemah lembut perkataannya dan baik segala perbuatannya. HUKAMA

Disediakan oleh : Mohd Roslan b. Abd. Razak Kaunselor Pelajar Sek. Men. Keb. Yan

You might also like