You are on page 1of 1

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU PENGKALAN CHEPA 16109, KOTA BHARU Tel

: 09-7717700 Fax : 09-7738488

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Tuan : Ruj. Kami : IPG KB 1/110/1/Jld 2 (**) Tarikh : 1 Julai 2012 Zoo Taiping, Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tuan, Mengadakan Lawatan Ilmiah Murid Prasekolah Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, Unit Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) bersama murid Prasekolah Tunas Durrani akan menjalankan lawatan ilmiah ke Zoo Taiping bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid prasekolah tersebut tentang haiwan-haiwan di zoo. 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik serta pertimbangan daripada pihak tuan untuk memberikan sedikit taklimat ringkas tentang: a) Maklumat berkaitan zoo. b) Haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut. 4. Sehubungan dengan itu, kami sertakan maklumat ini kepada pihak tuan untuk dijadikan rujukan: Tarikh : 12 Julai 2012 (Khamis) Jumlah pelajar prasekolah: 18 orang Jumlah guru pelatih: 18 orang Masa Lawatan : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan, saya terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuaan terima kasih. Sekian, terima kasih. GIGIH ILTIZAM CEMERLANG Yang menurut perintah,

(KASNIMI BINTI SEMAN) Penyelaras Prasekolah Tunas Durrani IPGKKB.

You might also like