You are on page 1of 6

INTSTRUMEN KAJIAN/ KAEDAH KAJIAN alat/kaedah yg digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data yang dikehendaki jenis instrumen

en bergantung kepada kesesuaian dan keperluan kajian aspek penting pengkaji perlu tahu tahap dan kebolehan responden sebelum menyediakan instrumen contoh2 instrumen: - borang soal kaji selidik (questionnaire) - pemerhatian (observation) - temu bual (interview) - analisis dokumen - ujian (pra atau pasca atau kedua2nya), lisan atau kuiz PANDUAN PEMBENTUKAN INTSRUMEN Prihatin terhadap perasan responden tiada paksaan Bilangan item perlu sedikit, ikut keperluan kajian Soalan item perlu ringkas dan mudah difahami responden Jangan beri soalan yang membebankan responden atau yang berisiko Pembinaan item hendaklah sesuai dgn tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Jangan beri soalan berbentuk umum/yg boleh didebatkan. JENIS INSTRUMEN i) SOAL SELIDIK (QUESTIONNAIRE) Dirangka berdasarkan objektif kajian Guna konsep KISS (Keep It Short & Simple) Fokus satu subjek/satu isu : o Bertanya soalan yang tepat o Kenal pasti jumlah soalan yang hendak ditanya o Ketahui waktu soalan hendak dikemukakn dan lokasinya o Elak soalan yang mengelirukan responden o Bina soalan dalam bentuk positif KAEDAH SOAL SELIDIK BENTUK TERBUKA (open ended) o Beri kebebasan responden menjawab mengikut isu yg dikemukakan BENTUK TERTUTUP (close ended) o Soalan yang berstruktur responden hanya pilih jawapan sahaja o Ada masa menjawab yang ditentukan o Jawapan mudak dianalisis

JENIS-JENIS KAJI SELIDIK 1) BENTUK LIKERT Contoh a) Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan mengikut persetujuan anda. 1. Sangat bersetuju 2. bersetuju 3. tidak bersetuju 4. Sangat tidak bersetuju Kualiti makanan di kantin sekolah 1 1. Makanan yang disedikan adalah pelbagai. 2. Makanan yang disediakan mematuhi syarat pemakanan seimbang. 3. Bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan bersih. 4. Menu makanan adalah berbeza pada setiap hari

Contoh b) Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan berdasarkan skala yang telah disediakan. Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju 1 2 3 4 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Soalan 1 Pelajar tingkatan 6 sekolah ini lebih gemar ke sekolah menaiki kenderaan persendirian. Jarak antara rumah dan sekolah yang jauh menyebabkan pelajar tingkatan 6 lebih suka menggunakan kenderaan persendirian. Jadual perjalanan pengangkutan bas awam sekitar Kepong sentiasa tidak tepat. Tambang teksi dari rumah ke sekolah adalah tinggi. Kawasan sekolah yang luas memudahkan pelajar meletakkan kenderaan masing-masing. Pelajar tingkatan 6 sekolah ini sememangnya harus menaiki kenderaan sendiri ke sekolah. Skala 2 3 4

2. BENTUK GUTTMAN Contoh: Sila tandakan (/) pernyataan yang anda setuju. 1. 2. 3. 4. Penjualan barangan di kedai buku sekolah memenuhi permintaan para pelajar. Penjualan barangan di kedai buku sekolah kurang memenuhi permintaan para pelajar. Perkhidmatan yang disediakan oleh kedai buku disekolah sangat memuaskan. Kedai buku sekolah sentiasa beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.

3. BERBENTUK SKALA THURSTORNE Item dalam skala ini menekankan dua pilihan dalam setiap pernyataan : benar atau salah, setuju atau tidak setuju, baik atau buruk, ya atau tidak, tinggi atau rendah dll Contoh: 1. Ramai pelajar suka makan makanan bekalan yang dibawa dari rumah. Ya Tidak

2. Pelajar lelaki lebih suka makan makanan yang dijual dikantin berbanding pelajar perempuan. Setuju 4. SOAL SELIDIK BIASA. CONTOH: Latar belakang responden. 1. Umur 3. Bangsa: Melayu 4. Pekerjaan : Cina Kakitangan kerajaan 2. Jantina: India Swasta L Lain-lain pelajar Tidak P Tidak setuju

5. Adakah anda pengguna tetap perkhidmatan KTM? Ya

6. Jika Ya, berapa kalikah anda menggunakan perkhidmatan KTM setiap hari? 1 kali 2 kali Lebih dari 3 kali

7. Jika tidak, mengapakah anda tidak suka menggunakan perkhidmatan KTM? Laluan dari rumah ke tempat kerja tiada kemudahan KTM Lebih selesa memandu sendiri ke tempat kerja. Tidak suka suasana yang padat dan sesak dalam koc KTM.

ii) KAEDAH TEMU BUAL Boleh dapatkan maklumat secara langsung. Pengkaji boleh terangkan dengan jelas maksud soalan/penyelidikan kepada responden. Boleh elakkan salah tafsir dan salah anggap 2 bentuk temu bual - temu bual berstruktur soalan-soalan telah dirangka - temu bual tidak berstruktur membentuk soalan bebas dan responden tidak dipandu dalam memberikan jawapan ASPEK PENTING: Memilih setting yang sesuai dr segi tempat dan masa. Penampilan diri secara baik supaya dapat diterima oleh semua golongan responden. Beri soalan rangsangan untuk mendapatkan maklumat atau keyakinan yang lebih daripada responden Contoh borang: BORANG TEMU BUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM TAJUK: KAJIAN KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH DI SMK X, BANDAR Y. Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan dirakam menggunakan alat perakam digital. _________________________________________________________________________________ MAKLUMAT AM: NAMA PENYELIDIK AZIM BIN AZAM NAMA RESPONDEN AMIN BIN AMAN TARIKH DAN MASA TEMU BUAL 20 JANUARI 2013/ 2.45 PETANG TEMPAT TEMU BUAL KANTIN SEKOLAH _________________________________________________________________________________ SOALAN TEMU BUAL: 1. Pada pandangan anda/encik/ saudara/puan/ cik bagaimanakah keadaan kebersihan bas ini? ABA Pada pandangan saya..................... 2. Adakah anda rasa pemandu bas ini seorang yang berhemah? ABA Pada pendapat saya..................... 3. Adakah anda berasa selesa berada dalam bas ini? ABA Bagi saya.. kurang selesa..kerana mungkin air-cond tidak begitu berfungsi. ...................

iii) KAEDAH PEMERHATIAN Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku, keadaan semasa/peristiwa, atau objek. Tujuan pemerhatian; untuk mendapatkan gambaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara yang sedang dikaji. Perkembangan pemerhatian haruslah direkod ASPEK PENTING: Memastikan lokasi/objek pemerhatian Kenal pasti perkara yang perlu diperhatikan Memilih teknik pemerhatian yang baik Menyediakan persiapan instrumen pemerhatian Menggunakan kamera Boleh memerhati secara tidak langsung ; iaitu, sampel kajian tidak tahu sedang diperhatikan Boleh memerhati secara bebas; bertindak mengkaji dengan menyertai sampel seperti menggunakan pengangkutan bas yang sedang dikaji Meminta bantuan rakan/pembantu untuk mengkaji dan memberi laporan Contoh: BORANG CATATAN PEMERHATIAN NAMA PENYELIDIK TARIKH MASA HARI LOKASI AZIM BIN AZAM 18 JANUARI 2013 6.50AM- 7.15AM JUMAAT PERJALANAN KE SEKOLAH Catatan 1. Kebersihan bas secara umumnya kurang memuaskan. 2. Banyak sampah di atas lantai bas 1. Nampaknya bas dipandu dengan penuh berhemah. Memberi laluan kepada para pelajar melintas jalan serta bergerak dengan perlahan sewaktu menghampiri kawasan sekolah 2. begitu juga sewaktu membelok, pemandu bas berjaya mengawal bas dengan baik Keadaan keselesaan penumpang 1. walaupun bas kurang bersih, tetapi para pelajar kelihatannya tidak menghiraukan aspek tersebut. 2. seramai 5 orang terapaksa berdiri sepanjang perjalanan ke sekolah kerana tempat duduk penuh Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertai dengan rakaman foto pegun.

Item pemerhatian Keadaan kebersihan bas

Pengendalian bas oleh pemandu

Tandatangan: