You are on page 1of 1

Kelab Belia Parit Jalil Kampung Parit Jalil, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Tarikh : Rujukan : KBPJ 01/10/10 ________________________ ________________________ ________________________

SUMBANGAN KORPRAT UNTUK AKTIVITI BELIA. Perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan Kelab Belia Parit Jalil ialah sebuah kelab yang tubuhkan dan disertai oleh belia-belia Kampung Parit Jalil dan kawasan sekitarnya. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menyediakan para belia dengan aktiviti berfaedah yang berkaitan keagamaan, kebajikan, kemasyrakatan, sukan dan reakreasi serta keusahawanan. Diharapkan dengan terlaksananya aktivitiaktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh kelab ini maka para belia Kampung Parit Jalil dan kawasan sekitarnya akan mendapat manafaat bagi meningkatkan jatidiri serta dapat menghindarkan diri mereka dari gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini. 3. Oleh yang demikian, saya sangat-sangat mengharapkan jasa baik tuan/puan untuk memberikan sedikit sokongan dalam bentuk sumbangan kewangan untuk kelab ini, bagi memudahkan belia-belia ini menjalankan aktiviti kelab mereka. Tuan/puan juga dialu-alukan untuk hadir dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 4. Segala sumbangan dan sokongan dari tuan/puan sangat-sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

MOHD YAZID BIN JAMIL Pengerusi Kelab Belia Parit Jalil

MOHAMAD NOH BIN RAHMAT Ketua Kampung Parit Yusof

sk

- Penghulu Mukim 4