You are on page 1of 55

BENTUK AYAT

AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK

DEFINISI BINAAN AYAT TUNGGAL BINAAN SUBJEK BINAAN PREDIKAT SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL UNSUR PILIHAN DALAM FRASA PREDIKAT

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat tunggal terbit dari ayat dasar. Walau bagaimanapun tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat seperti ayat dasar.

Terdapat juga ayat tunggal yang terhasil apabila predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek, yang dikenali sebagai ayat songsang. Contoh: * Wanita itu terjatuh di situ. (FN + FK) * Terjatuh di situ wanita itu. (songsang seluruh) * Terjatuh wanita itu di situ. (songsang sebahagian

Terdiri daripada 2 bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan. Predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut: 1. Subjek kata nama 2. Subjek kata ganti nama 3. Subjek kata kerja 4. Subjek kata adjektif

Terbahagi kepada 3 iaitu: 1. Subjek kata nama am Kerbau itu berlumpur. Kolam itu terletak di belakang rumah.
2. Subjek kata nama khas Ikhmal sedang berlari. Taman Seri Changlon bersih.

3. Subjek kata nama terbitan Kediamannya mewah. Masakan ibu istimewa sekali.

Terbahagi kepada 2 iaitu: 1. Subjek kata ganti nama orang Kami pelajar PKPG. Saya seronok belajar tatabahasa.
2. Subjek kata ganti nama tunjuk Ini buku tatabahasa. Itu usaha yang mulia.

Subjek kata kerja

Kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek. * Berlatih akan menjadikan anda mahir. * Memasak ialah kepakarannya.

Subjek kata adjektif

Kata adjektif yang penggunaanya dalam ayat berfungsi sebagai subjek. * Rajin tangga kejayaan. * Hijau melambangkan ketenangan.

1. 2.

3. 4.

Predikat frasa nama Predikat frasa kerja Kata kerja asal Kata kerja terbitan Kata bantu Unsur-unsur keterangan Predikat frasa adjektif Predikat frasa sendi nama

Binaan frasa nama yang berfungsi sebagai predikat. Terbahagi kepada 3 iaitu: 1. Predikat kata nama am Bapa saya / askar. 2. Predikat kata nama khas Bangunan itu / Canselori UUM 3. Predikat kata nama terbitan Ceritanya / gurauan semata-mata.

i. Kata kerja asal Terbahagi kepada 2 a. Kata kerja asal tidak berimbuhan Transitif Ali / makan coklat. Tak transitif Ali / mandi. b. Kata kerja asal berimbuhan Transitif Ali / bermain bola. Tak transitif Ali / berlari.

ii. Kata kerja terbitan Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Kata-kata tersebut mestilah menggunakan imbuhan kata kerja seperti * me- -kan * me- -i * memper-

Kata kerja terbitan yang terhasil ialah kata kerja transitif dan kehadirannya dalam ayat memerlukan objek. Contoh: 1. teman (KN) Dia / menemani (ibu)nya ke pasar. 2. lebar (KA) Ali memperlebar (jalan) di rumahnya. 3. sejuk (KA) Timah menyejukkan (badan)nya di situ.

iii. Kata bantu Kata bantu yang menjadi unsur frasa ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terbahagi kepada 2 iaitu: 1. Kata bantu aspek (berkaitan masa) Pekan Changlon / sedang membangun. 2. Kata bantu ragam (berkaitan perasaan) Pekan Changlon / boleh menjadi bandar besar suatu hari nanti.

iv. Unsur keterangan Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja (transitif dan tak transitif), boleh menerima frasa keterangan. Frasa keterangan ialah unsur-unsur yang menerangkan sesuatu kata kerja dengan lebih mendalam. Contoh: Dia berlari (dengan pantas). Mereka sedang berdebat (mengenai isu itu).

Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif Terbahagi 2 iaitu 1. Kata adjektif selapis Baju kakak / sangat cantik. 2. Kata adjetif berganda Baju itu / cantik-cantik belaka.

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. * Surat itu / daripada ibunya. * Rumahnya / di Pekan Changlon. * Dia / ke kelas menaiki bas HBR. * Hadiah itu / untuk gurunya.

Ayat tunggal terbina daripada dua konstituen iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai 2 bentuk susunan iaitu 1. Susunan biasa subjek / predikat 2. Susunan songsang predikat / subjek

Kedudukan konstituen subjek adalah di hadapan konstituen predikat. Contoh: Pelajar itu / sedang membaca buku. Beberapa orang pelajar / sedang makan. Kebanyakan pelajar / sudah pulang.

Ayat tunggal dalam BM boleh wujud dalam bentuk songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang, konstituen predikat dipindahkan ke hadapan subjek untuk diberi unsur penegasan. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 1. Pendepanan seluruh predikat 2. Pendepanan sebahagian predikat

Pendepanan seluruh predikat Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek melalui proses pendepanan. Contoh: 1. Guru itu / sedang mengajar. (biasa) Sedang mengajar / guru itu. (songsang) 2. Pekerjaannya / telah selesai. (biasa) Telah selesai / pekerjaannya. (songsang)

Pendepanan sebahagian predikat Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan (sebahagian). Terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 1. Pendepanan frasa kerja 2. Pendepanan frasa adjektif 3. Pendepanan frasa sendi nama

1.

a.

b. c. kerja

Pendepanan frasa kerja Pendepanan kata kerja sahaja Dia / berdiri di situ. Berdiri / dia di situ. Pendepanan kata kerja dengan objek Ali / mengecat (rumah)nya semalam. Mengecat (rumah)nya / Ali semalam. Pendepanan kata bantu dengan kata
Kami / akan ke UM petang esok. Akan ke UM / kami petang esok.

2.

Pendepanan frasa adjektif a. Pendepanan kata adjektif sahaja Pesakit itu / pulih sepenuhnya. Pulih / pesakit itu sepenuhnya. b. Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif Permainannya / sangat baik petang ini. Sangat baik / permainannya petang ini.

3.

Pendepanan frasa sendi nama a. Frasa sendi nama sebagai predikat Dia / di bilik kuliah sekarang. Di bilik kuliah / dia sekarang. b. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Dia / membaca buku di bilik hingga pagi. Di bilik / dia membaca buku hingga pagi.

Predikat ayat tunggal boleh terbina hasil daripada empat unsur utama iaitu FN, FK, FA, dan FSN. Predikat ayat tunggal juga boleh terbina hasil daripada 2 unsur pilihan iaitu 1. Kata nafi 2. Kata pemeri

Unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Terbahagi kepada 2 iaitu: 1. bukan (boleh menafikan FN dan FSN) Itu bukan ayah saya (FN). Bungkusan itu bukan untuk saya (FSN). 2. tidak (boleh menafikan FK dan FA) Dia tidak mencari saya lagi (FK). Bunga itu tidak segar (FA).

Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasafrasa utama dalam predikat. Pemerian dibuat dalam 2 bentuk: 1. ialah (secara persamaan ekuatif) Kekuatan kita ialah berani untuk gagal. Calon-calon pelajar terbaik ialah 2. adalah (secara huraian kualitatif) Matlamat dasar pendidikan nasional adalah Fungsi utama jantung adalah sebagai

PENDAHULUAN AYAT MAJMUK GABUNGAN AYAT MAJMUK PANCANGAN AYAT MAJMUK CAMPURAN AYAT MAJMUK PASIF

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. Percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh: Ayat 1 : Ibu membeli sayur. Ayat 2 : Ibu membeli ikan. Ayat majmuk : Ibu membeli sayur dan ikan.

Terdapat 3 jenis ayat majmuk iaitu: 1. Ayat majmuk gabungan 2. Ayat majmuk pancangan 3. Ayat majmuk campuran

Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayatayat tersebut dengan kata hubung. Contoh kata hubung yang digunakan ialah dan, atau, tetapi, lalu, lagi, serta, sambil. Ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat tersebut mesti sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Contoh: Ahmad mendengar radio sambil membaca buku.

Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini juga boleh digabungkan tanpa kata hubung. Apabila keadaan ini berlaku, nada suara berfungsi sebgai penanda wujudnya penggabungan 2 ayat atau lebih. Contoh: Dia bangkit, berjalan lurus ke hadapan.

Terbahagi kepada 2 1. Gabungan yang susunan faktanya berturutan. Kata hubung: dan, lalu, lagi, serta, sambil,

akhirnya

malahan, kemudian,

Contoh: Dia bangun sambil menarik langsir tingkap, kemudian merenung jauh ke luar, menikmati udara pagi yang segar.

2. Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta. Kata hubung: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal Contoh: Ibunya pandai berhias, tetapi anaknya comot. Dia memilih telur rebus sebagai sarapan, padahal banyak lagi makan lain yang lebih menyelerakan.
Hasil karangan ayah hebat, sebaliknya hasil karangan saya agak kasar.

Terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama. Terdapat satu ayat utama / ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terbahagi kepada 3 iaitu: 1. Ayat pancangan relatif 2. Ayat pancangan komplemen 3. Ayat pancangan keterangan

Ayat yang menggunakan perkataan yang Contoh: Ayat induk : Buku itu kepunyaan saya. Ayat kecil : Buku itu tebal. Ayat majmuk : Buku yang tebal itu kepunyaan saya.

Ayat yang menggunakan perkataan bahawa dan untuk, untuk menunjukan wujudnya pancangan dalam ayat. Terbahagi kepada 3 iaitu: 1. Ayat pancangan komplemen frasa nama a. Frasa nama subjek b. Frasa nama objek tepat 2. Ayat pancangan komplemen frasa kerja 3. Ayat pancangan komplemen frasa adjektif

Ayat pancangan komplemen frasa nama a. Ayat komplemen frasa nama subjek Boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Contoh: Dakwaan bahasa Abu mencuri / tidak benar.
b. Ayat komplemen frasa nama objek tepat Contoh: Wanita itu mengakui bahawa dirinya telah berpunya.

Ayat pancangan komplemen frasa kerja Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif. Contoh: Pelajar itu bersetuju bahawa sifat malas boleh mengundang kegagalan.

Ayat pancangan komplemen frasa adjektif Ayat kecil yang menjadi ayat komplemen dalam ayat induk frasa adjektif. Contoh: Dia sedar bahawa dirinya serba kekurangan.

Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Saya akan berpuasa tujuh hari sekiranya saya lulus mata pelajaran tatabahasa. * Klausa induk : saya akan berpuasa tujuh hari * Klausa kecil keterangan: saya lulus mata pelajaran tatabahasa

Ayat keterangan berfungsi memberi huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terbahagi kepada 9 jenis keteragan 1. Keterangan musabab (menerangkan sebab berlakunya kejadian)
2. Keterangan akibat (unsur yang menerangkan kesan) 3. Keterangan syarat (menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi) Jika diizinkan Allah, kami akan datang lagi.

Mereka berjaya kerana mereka berusaha.

Mereka bersorak kuat hingga sakit tekak.

4. Keterangan waktu (menerangkan masa sesuatu kejadian)

Dia membaca buku sementara menanti gurunya masuk.

5.

Keterangan pertentangan (menerangkan sesuatu kejadian yang berlawanan)

Mereka tetap meneruskan pelajaran biarpun malam telah larut.


6.

Keterangan harapan (menerangkan suatu kejadian yang dihajati)

Kita mesti berikhtiar agar tercapai cita-cita.


7.

Keterangan cara (menerangkan gaya atau kaedah sesuatu kejadian)

Dia menunggang motosikal dengan berhatihati.

8.

Keterangan tujuan (menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan)

Marilah kita bekerjasama demi kebaikan semua pihak.


9.

Keterangan perbandingan (menerangkan kejadian yang menjadi persamaan)

Dia kebingungan seperti rusa masuk kampung.

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Ayat majmuk campuran biasanya panjang.

Contoh 1 Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidur.

Ayat majmuk gabungan klausa a: dia mengambil buku klausa b: (dia) masuk ke bilik tidur kata hubung gabungan: lalu
Ayat majmuk pancangan relatif klausa induk: dia mengambil buku klausa relatif: (buku) baru dibeli kata hubung relatif: yang

Contoh 2 Polis melaporkan bahawa satu kemalangan telah berlaku oleh sebab hujan lebat.

Ayat majmuk pancangan komplemen klausa induk: polis melaporkan (sesuatu) klausa komplemen: satu kemalangan telah berlaku kata hubung komplemen: bahawa
Ayat majmuk pancangan keterangan musabab klausa induk: satu kemalangan telah berlaku klausa keterangan musabab: hujan lebat kata hubung keterangan musabab: oleh sebab

Kenal pasti ayat majmuk yang hadir dan binaannya. 1. Anita telah tiba, tetapi rakan-rakannya yang tinggal agak jauh dan perlu mencari kenderaan sendiri masih belum sampai. 2. Pelajar-pelajar yang baru masuk dikehendaki membaca buku yang baru diedarkan. 3. Kami sungguh sedar bahawa cadangan kami yang baru dikemukakan itu mengandungi beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan mendalam.

Semua ayat aktif, jika mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif. Contoh: 1. Ayat majmuk gabungan Aktif: Kakak memotong sayur dan ibu memasak nasi. Pasif: Sayur dipotong oleh kakak dan nasi dimasak oleh ibu.

2. Ayat majmuk relatif Aktif: Abang membaca buku yang tebal itu. Pasif: Buku yang tebal itu dibaca oleh abang
3. Ayat majmuk komplemen Aktif: Ayah memberitahu bahawa keretanya rosak di tengah jalan. Pasif: Bahawa keretanya rosak di tengah jalan diberitahu oleh ayah.

4. Ayat majmuk keterangan Aktif: Dia menggunakan buluh untuk membunuh ular. Pasif: Buluh digunakan olehnya untuk membunuh ular.