You are on page 1of 26

BAB 8

PROSES PENERBITAN AYAT

PROSES PENERBITAN AYAT KONSEP AYAT TERBITAN PROSES PENGGUGURAN PROSES PENYUSUNAN SEMULA PROSES PELUASAN

PROSES PENERBITAN AYAT


Setiap penutur asli sesuatu bahasa seharusnya mempunyai kemampuan untuk mengenali atau membezakan satu jenis binaan ayat daripada satu binaan yang lain. Kemampuan tersebut mempunyai kaitan dengan kemampuan membentuk / memahami bilangan ayat dalam bahasanya, memahami makna dan menentukan kegramatisan sesuatu ayat.

Cuba teliti ayat berikut: 1. Ali memandu kereta itu. Kereta itu dipandu oleh Ali. 2. Ali teringat akan kekasihnya. Ali teringat oleh kekasihnya.

3. Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.

Noam Chomsky melalui teori Transformasi-Generatif (T-G) mengatakan pengetahuan dan penguasaan bahasa seseorang berlaku pada dua tahap iaitu: 1. Tahap struktur dalaman Struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar / ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat (membentuk semantik ayat) 2. Tahap struktur permukaan Struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur.

Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang wujud pada tahap struktur dalaman. Ada kalanya ayat struktur dalaman atau ayat dasar itu sama dengan ayat permukaan. Namun begitu, sebahagian besar ayat permukaan telah berubah daripada ayat dasar. Perubahan ini berlaku melalui suatu proses tatabahasa, iaitu pelaksanaan rumus-rumus transformasi.

Mengikut teori T-G, rumus-rumus transformasi ini mengubah aturan atau struktur ayat dan memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat melibatkan 3 proses utama iaitu: 1. proses pengguguran 2. proses penyusunan semula 3. proses peluasan

PROSES PENGGUGURAN
Satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, hingga menyebabkan, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 1. pengguguran frasa nama sebagai subjek 2. pengguguran frasa predikat 3. pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek


Proses pengguguran ini berlaku pada 2 tempat iaitu: 1. Pengguguran subjek kata ganti nama Contoh: a. Kamu duduk Duduk b. Awak semua pulang sekarang Pulang sekarang c. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan masuk Dipersilakan masuk

2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh: a. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar. b. Dia masih ke sekolah + Dia sakit Dia masih ke sekolah walaupun dia sakit. Dia masih ke sekolah walaupun sakit.

Pengguguran Frasa Predikat


Proses pengguguran ini berlaku pada 2 tempat 1. Pengguguran seluruh frasa predikat (4 kategori) a. Pengguguran frasa kerja yang serupa Contoh: Ali belajar di sekolah berasrama penuh. + Sepupunya belajar di sekolah berasrama penuh. Ali belajar di sekolah berasrama penuh dan sepupunya belajar di sekolah berasrama penuh. Ali dan sepupunya belajar di sekolah berasrama penuh.

b. Pengguguran frasa nama yang serupa Contoh: Bendera lambang negara + Lagu kebangsaan lambang negara. Bendera lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara Bendera dan lagu kebangsaan lambang negara. c. Pengguguran frasa adjektif yang serupa Contoh: Kesopanan sangat mulia + Budi bahasa sangat mulia Kesopanan sangat mulia dan budi bahasa sangat mulia Kesopanan dan budi bahasa sangat mulia.

d. Pengguguran frasa sendi nama yang serupa Contoh: Dia masih di kampung + Isterinya masih di kampung. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Dia dan isterinya masih di kampung.

2. Pengguguran bahagian tertentu dalam frasa predikat (4 kategori) a. Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif Pencuri itu telah ditangkap oleh polis. Pencuri itu telah ditangkap. b. Pengguguran kata bantu yang serupa Udara masih nyaman. Udara masih segar. Udara masih nyaman dan segar

c. Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa Seniman itu menggubah lagu. Seniman itu merakamkan lagu. Seniman itu menggubah dan merakam lagu. d. Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. Kejadian itu sungguh menakjubkan.

Pengguguran Frasa Nama Yang Mendahului Frasa Relatif


Apabila 2 ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh: Perempuan itu kakak saya. (ayat dasar) Perempuan itu memakai tudung. (frasa relatif yang dipancangkan) Perempuan (perempuan itu memakai tudung) itu kakak saya. Perempuan yang memakai tudung itu kakak saya.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA


Melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat, dan kadangkadang pengguguran atau penambahan beberapa unsur. Umumnya proses ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Dalam bahasa Melayu, proses penyusunan semula terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 1. Penyusunan semula frasa sebagai subjek 2. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek 3. Penyusunan semula melalui ayat songsang

Penyusunan Semula Frasa Sebagai Subjek


Keadaan ini berlaku melalui proses transformasi pasif aktif aktif pasif. Contoh: 1. Anita membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Anita. 2. Abang Ahmad memandu kereta itu Kereta itu dipandu oleh Abang ahmad. 3. Awak membaca buku itu sekarang juga. Buku itu awak baca sekarang juga.

Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek


Boleh terjadi pada ayat yang mengandungi 2 jenis objek (objek tepat dan objek sipi). 1. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga. Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka. 2. Ayah memberikan pekerja baharu itu nasihat berguna. Ayah memberi nasihat berguna kepada pekerja baharu itu.

Penyusunan Semula Melalui Ayat


Songsang
Berlaku pada ayat songsang yang mengandungi keterangan seperti tempat, masa, syarat dan musabab yang dikedepankan apabila keterangan itu difokuskan. 1. Rombongan pelancong itu pergi ke pusat belibelah. Ke pusat beli-belah rombongan pelancong itu pergi. 2. Dia gagal dalam peperiksaan itu kerana dia tidak bersedia. Kerana dia tidak bersedia, dia gagal dalam peperiksaan itu.

PROSES PELUASAN
Proses yang menambahkan unsur baharu ke dalam ayat. Dalam bahasa Melayu, proses ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu 1. Peluasan frasa nama sebagai subjek 2. Peluasan frasa predikat 3. Peluasan dengan kata hubung 4. Peluasan melalui proses komplementasi

Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek


Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh: Wanita itu teman saya. Wanita itu sedang membaca buku cerita. (ayat relatif) Wanita (Wanita itu sedang membaca buku cerita ) itu teman saya. Wanita yang sedang membaca buku cerita itu teman saya.

Peluasan Frasa Predikat


Frasa nama objek kata kerja, iaitu frasa nama dalam predikat, boleh diperluaskan juga dengan pemancangan ayat relatif. Contoh: Kami menonton pementasan drama. Drama diarah oleh Nordin. Kami menonton pementasan drama (Drama diarah oleh Nordin). Kami menonton pementasan drama yang diarah oleh Nordin.

Peluasan Dengan Kata Hubung


Melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walau bagaimanapun dan sebagainya. Contoh: Mereka berjaya dalam ujian itu. Mereka membuat persediaan yang cukup. Mereka berjaya dalam ujian itu kerana membuat persediaan yang cukup.

Peluasan Melalui Proses Komplementasi


Proses memancangkan ayat komplemen ke dalam ayat induk. Contoh: Penceramah itu menegaskan sesuatu. Ekonomi negara semakin pulih. Penceramah itu menegaskan bahawa ekonomi negara semakin pulih.