4.

0

Kebudayaan Melayu Malaysia Adat dan budaya Melayu tradisional Melayu merupakan suatu amalan

yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu

pada suatu ketika

dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang -kadang bertembung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.

4.1 1)

Definisi Terminilogi Budaya i) Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan

sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).

ii)

Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem

idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

iii)

Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang

memberi maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

2)

Adat

i)

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan,

aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).

ii)

Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan

adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulangulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).

iii) )

Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris

iaitu custom

mamberi maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997

3)

Tradisional

i)

Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat

resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad Saman,1997).

4)

Ajaran Islam

i)

Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan

penganutnya harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya (Eko Jati Waluyo).

Ada sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti ( Abdul makan bertertib. ( Kamus Dewan ) . adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah. norma.2 Pengenalan Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.. seperti ketetapan besarnya bagian ahli waris yang tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma.. Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat Melayu namun apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya dianggap sopan Rahman . sistem idea. bersopan-santun ketika bertutur.. Qiyas.. masali mursalah dan seterusnya. kepercayaan.) merupakan sumber hukum yang menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis. menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun. pengetahuan. Jika dilihat dari aspek kajian lepas yang telah dilakukan. sumber-sumber tersebut di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum dalam Al-Qur'an dan Al Hadits. nilai. 2007) 4. Definisi 1- Budaya : Warisan sosial sesuatu masyarakat. ( Johan. dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat.ii) Ajaran agama Islam senatiasa disandarkan pada 2 sumber utama iaitu Al Qur'an dan AL Hadits..1994 ) 2Adat : Adat kebiasaan..

Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. 1987) Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masingmasing. kejahatan. Terdapat nilai yang positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. dan kerifan dinggap sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut. Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan.). aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib. bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar. 1984. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. dinamik dan progresif. semua itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju. 1970).. Menurut satu pendapat “. Namun. kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif. keangkuhan. bertutur. Contohnya sifat dermawan. berjumpa sahabat handai. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka. Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama..3- Nilai : Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. kerajinan.. adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan. dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial”( Mac Iver . kesabaran.kelamaan menjadi satu kemestian. kesopanan. Adat resam dalam suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. ketekunan. . ( Noran Fauziah. menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan.

1974). makan dan minum. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran. Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk. Dalam konteks masyarakat Melayu pula. tatacara menziarahi keluarga. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas. Justeru itu.Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana. Dalam pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi kebiasaan kerana dilakukan berulang kali.3 Budaya . untuk membolehkan seseorang memahami maksud adat bagi setiap suku bangsa itu. (A. peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba. istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga sukar diberikan pengertian yang kukuh. resam. dia harus memakai budaya dan falsafah hidup mereka (Abdullah Sidek.. mendirikan rumah baru dan lain-lain. adat selepas bersalin. 1974). dan merangkumi adat-adat kebiasaan yang lainnya. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan Arab iaitu kebiasaan. 4. 1974). Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. 1995). Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan normatif . Adat juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak kelahiran sehinggalah kepada kematian. lembaga. lalu berubah menjadi adat resam.Aziz. Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat resam berkomunikasi. berkhatan.

Menurut pandangan lain pula. dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman. pengetahuan. norma.1996). cuma difahami oleh individu dalam Masyarakat adalah wadah budaya. 1992). dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat. Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Dalam proses sosialisasi . individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya komunikasi yang simbolik.Roolvink. Budaya adalah cara yakni cara berfikir. manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. dan seni lakonan ialah budaya. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits.Kita sering memperkatakan tentang budaya. 1988:1). Pelbagai tafsiran dapat diberikan tentang budaya. Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan asalnya budi dan daya. Sesuatu budaya itu dinamis sifatnya. cara berinterksi.1985). yakni berubah mengikut . system idea. dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya (R. 1966). Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi (Koentjaraningrat. adat resam. kepercayaan. bertatacara dan beradab yang sesebuah masyarakat. muzik. adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion. Ada yang mengatakan tarian. nilai. Ahliahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea. norma. 1980). kepercayaan. pengetahuan. cara merasa. Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. nilai.

kepercayaan. budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-lahan mengikut zaman. 1991). kesenian. tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan positif terhadap masyarakat. kesenian. Konsep budaya luas pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu pengetahuan. Justeru itu.peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis pembaharuan. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau reka cipta. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan positif. segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di dunia. pengetahuan. yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim. Namun. Kebudayaan dari segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara hidup manusia. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir. 1966). norma dan sebagainya. malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk.( Ismail Hussein. kesenian. adat resam. Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran masyarakat. nilai. aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan mati. atau artifek budaya. . kepercayaan. Oleh yang demikian. 1988). Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek nonmaterial dan aspek material. adat resam.

4. Seperti budaya orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju kurung.keperibadian. Selain itu. dan baju Melayu.1994). dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan kebudayaan. budaya juga dapat membezakan sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.4 Kepentingan Budaya Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identiti sesuatu bangsa dan masyarakat (Asma. kain batik. kebaya. 1     ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN Adat melenggang perut Azan dan iqamat Adat menanam uri Adat pecah mulut dan bercukur Adat semasa pantang 2   KELAHIRAN MENURUT ISLAM Azan dan iqamat Tahnik Memberi nama yang baik Akikah dan bercukur rambut Amalan bercukur rambut Berkhitan    .

3- BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM a) Memberi salam dan bertanya khabar b) Belajar al-Quran 4. Wanita pada peringkat ini. biasanya dijaga rapi sehingga hari kelahiran.5 ADAT BERKAITAN DENGAN KELAHIRAN : a) Adat melenggang perut Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian Merupakan adat untuk wanita yang mengandung sulung. minyak urut dan nasi kunyit. . Adat melenggang perut dijalankan sebelum matahari tegak. Keperluannya adalah bergantung pada kehendak bidan tersebut. pada hari melakukan adat melenggang perut diadakan kenduri ala kadar untuk sanak saudara yang dekat ataupun jiran tetangga. Adat ini akan dilakukan oleh seorang bidan. adat melenggang perut dilakukan ketika wanita itu mengandung tujuh bulan. Bidan yang ditempah akan mengendalikan upacara itu yang dihadiri oleh suami dan saudara terdekat wanita tersebut. Pada kebiasaannya. Setiap orang yang menempah bidan mestilah disertakan dengan pengeras yang diletakkan di dalam tepak sirih . Kebiasaannya. bidan akan menyediakan segala kelengkapan untuk adat melenggang perut seperti sebiji kelapa. Biasanya.

semoga mendapat perlindungan dan keselamatan bagi kedua-dua ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Setelah selesai melenggang perut. Apabila kain itu jatuh ke tanah. jampi serapah dan mentera merupakan komunikasi antara manusia dengan Allah s. kain tersebut dicampakkan keluar tingkap atau pintu.t. Perlakuan itu secara rasionalnya bertujuan untuk melonggarkan tulang pinggang dan membesarkan ruang tulang punggung supaya senang melahirkan anak. Perbuatan bidan tersebut mengikut kepercayaannya mengibas penyakit yang ada pada tubuh wanita mengandung itu. Bidan memulakan upacara dengan disertai jampi serapah sebagai doa yang dipohon kepada Allah s. Perbuatan menarik kain itulah yang menerbitkan panggilan adat melenggang perut. Kain kemudiannya diletakkan di bawah pinggangnya dan ditarik ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. bidan mengibas kain yang disediakan.t.w. perbuatan itu bertujuan untuk membuang segala malapetaka dan syaitan serta iblis yang melekat pada kain itu.Bakal ibu itu disuruh berbaring terlentang dan kepalanya menghadap kiblat.t. Mengikut kepercayaan bidan.w. Pengucapan yang dilafazkan ialah doa atau permohonan yang ditujukan kepada Tuhan. Justeru itu. bererti segala kejahatan juga tercampak lalu membebaskan wanita yang akan bersalin daripada gangguan makhluk halus. Peralatan untuk upacara ini termasuk     Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah . Setiap pekerjaan dilakukan terlebih dahulu dengan memanjatkan doa kepada Allah s. Setelah jampi mentera dilafazkan.w.

Kebaisaannya azan akan dilaungkan di sebalah telinga kanan bayi manakala iqamat pula dilaungkan di telinga sebelah kiri. c) Adat menanam uri/placenta Kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan: ‫ نجسة من غيره‬، ‫ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الدمي‬ Ertinya: Dan daripadanya. (Nihayah alMuhtaj: 1/245 . tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia. maka bapa akan menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengazan bayi lelaki dan mengiqamatkan di telinga bayi perempuan yang baru lahir itu. najis daripada lainnya.25 b) Azan dan Iqamat Merupakan suatu adat yang dilakukan setelah selamat bayi tersebut dilahirkan. Ini bagi memastikan ayat pertama yang didengar oleh bayi tersebut adalah berkaitan Islam.     Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM1.

Kepercayaan yang maksudkan ialah kepercayaan-kepercayaan tradisional dalam langkahlangkah pengurusan Uri bayi yang baru lahir. orang yang lebih layak dan elok untuk melakukannya ialah bapa bayi itu sendiri. dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci. Dalam adat menanam uri. ada beberapa tatacara yang perlu dipatuhi. anak itu senang diasuh dan dilentur supaya menjadi orang baik-baik iaitu mudah mengaji al-Quran. tidak tinggal solat. Selain itu. Salah satu kepercayaan-kepercayaan karut dalam budaya Melayu yang di bincangkan berkaitan dengan selepas kelahiran adalah budaya / adat masyarakat Melayu dalam upacara menguruskan uri anak yang baru lahir. . Uri atau lebih dikeneli dengan nama sainstifik placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Kebanyakan masyarakat Melayu kita memegang kepercayaan-kepercayaan yang telah di turun temurun oleh masyarakat Melayu dahulu seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu atau digugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai. setiap kali bayi dilahirkan. Walau bagaimanapun. bukan najis (Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004). taat dan takut pada bapanya. apabila bayi itu dewasa ia akan patuh. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu. dan taat pada hukum agama. jika si bapa yang menanam uri itu. Kebiasaannya selepas si ibu selamat melahirkan. bidan akan terus menanam uri tersebut.Berdasarkan daripada kenyataan di atas. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita. Uri dalam masyarakat Melayu juga di kenali sebagai kantung yang melindungi bayi semasa di dalam rahim. uri yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam mengikut budaya / adat yang berpunca dari kepercayaan-kepercayaan yang telah di tanam dalam masyarakat Melayu-islam.

ada tatatertib tertentu ketika proses menanam uri dilakukan. Setelah dicuci uri hendaklah dibungkus dengan kain putih berserta beberapa batang jarum atau paku dan asam gelugur. Semasa mencuci uri. Peraturan dan adab itu merupakan tatacara menanam dan doa yang dibaca.t. Namun. Dalam masyarakat Melayu. Menanam uri seolah-olah menanam mayat dan lubang yang digali juga mestilah menghadap kearah kiblat. jika uri ditanam sembarangan. uri hendaklah dicuci. Perbuatan melambat-lambatkan menanam uri dipercayai menyebabkan bayi mudah kembung perut dan sesak nafas.w. Uri tersebut dicuci dengan air asam dan air garam. ada beberapa peraturan dan adab yang perlu diikuti dan dipatuhi. Orang yang melakukannya hendaklah berwuduk terlebih dahulu.a. sehingga selesai uri itu dicuci. terdapat pelbagai cara pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita. Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat kita ialah: .w. supaya anaknya dilindungi daripada keburukan dan kejahatan di dunia dan di akhirat. bayi yang dilahirkan sering menangis dan meragam dan selalu dikaitkan tidak mengikut peraturan dan adat yang dikehendaki. Sebaik-baiknya uri itu ditanam secepat mungkin selepas bayi itu dilahirkan. Ketika menanam uri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu. dia mestilah menghadap ke kiblat dan berselawat berulang kali keatas junjungan besar Nabi Muhammad s. Seseorang yang menanam uri hendaklah melafazkan doa kepada Allah s. bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian. Sebelum ditanam. Tempat atau kawasan yang dipilih menanam uri mestilah menghadap arah kiblat.Adat menanam uri tidak boleh dipandang ringan kerana uri tidak boleh ditanam sesuka hati.

Uri atau placenta perlu ditanam bagi mengelakkan bau busuk ataupun dimakan oleh binatang. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. terdapat langakah-langkah lain yang sering di amalkan oleh masyarakat Melayu-islam ialah--: . Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat kita yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. Kaedah pengurusan uri bayi menurut Islam   Hukum menanam uri bayi adalah harus. o Uri ditanam bersama kepingan duit syiling. Dan.o Menanam uri bersama pensil dan buku. 2. kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam. ianya adalah harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut untuk mengelak daripada di hidu dan di makan binatang buas. o Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam.  3.  4. dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. o halus'. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam. paku dan sebagainya adalah amalan khurafat. Selain itu.

Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis. Selesai menimbus lubang. timbus kembali lubang menjadi permukaan tanah yg rata. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri… Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat juga sering di lakukan.       Selain itu dengan tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid. Cara atau amalan menanam uri bayi dengan lada hitam. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa. Selepas itu. paku dan sebagainya adalah amalan khurafat. Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir. Seelok2nya guna paku yg masih elok (bukan yg telah bengkok dan berkarat. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). syaitan dan jin. Sedekahkan doa Al Fatihah. Letakkan uri di atas papan tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur).. d) Adat pecah mulut dan bercukur . Ini adalah bertujuan atau di katakana akan mempengaruhi keadaan bayi yg baru lahir dan sedang membesar. jika ada. Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut. menghadaplah ke arah kiblat.tak mahu). Taburkan antara 5 hingga 7 batang paku rumah di atas kain bungkusan.ini lagi baik)..

namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. cincin emas dan cincin perak. garam. Adat ini dimulakan dengan imam membaca selawat kemudian imam tersebut mengunyah kurma lalu dimbil sedikit dari mulutnya dan dimasukkan ke mulut bayi tersebut. Namun demikian. Adat bercukur bertujuan membuang rambut yang kotor daripada rambut asal bayi supaya rambut baru dapat tumbuh subur. Adat ini dikira selesai setelah selesai mengelilingi setiap tetamu yang hadir dalam bentuk bulatan. mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Biasanya adat ini dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari. Peralatan yang digunakan untuk adat itu ialah air zam zam. gula. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang.Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu. Setelah itu imam dan semua tetamu bangun dan berselawat beramairamai. Kemudian para tetamu dihidangkan sudah jarang diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. buah kurma. Peraturan dan pantang larang ini merupakan pendisiplinan ibu dari segi mental dan fizikal selama 44 . Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah AlIkhlas. Ini dilakukan bertujuan untuk mengambil berkat dari seseorang yang alim keatas bayi tersebut. Tradisi masyarakat Melayu ini dilakukan selepas adat bersalin.Merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang ibu yang baru melahirkan anak mengikut peraturan dan pantang larang. adat ini e) Adat semasa pantang Dalam masyarakat Melayu. Ketika itulah bapa kepada bayi tersebut mendukung bayinya dan menghampiri setiap seorang tetamu untuk melakukan adat bercukur kapala. kismis. wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan.

terdapa beberapa perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti azan dan iqamat. Selain itu.1 KELAHIRAN MENURUT ISLAM Azan Dan Iqamat Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat dilaungkan di telinga kiri bayi. Kebiasaannya selepas tiga hari si ibu melahirkan anak. ia diurut selama tiga pagi. si ibu tidak boleh minum dan makan sembarangan sebagaimana orang lain. . Setelah selesai adat berpantang. 4. Selama tempoh tersebut. si ibu tidak boleh bersama-sama suaminya selama 100 hari bagi memberi tempoh masa untuk saluran peranakan dan urat sarafnya dibaik pulih. yang bermaksud : “ Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa.hari. maka tamatlah proses kesemua adat berkaitan kelahiran. sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.”. Sungguh sempurna kekuasaanNya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikanNya. Makanan tidak boleh mengandungi sesuatu yang memudaratkan. Tahnik Perkara yang kedua yang disunatkan oleh Islam dalam menyambut kelahiran bayi ialah tahnik.5. Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi.a. Justeru itu. Hal ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai komunikasi budaya yang tersendiri dalam adat bersalin.

Baginda lalu Ibrahim. Sebenarnya pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim.a. Tunututan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing . bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya pada hari kiamat kelak.ke kiri dan ke kanan mulutnya. yang bermaksud : “ Aku telah mendapat seorang anak.Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r. Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. kemudian aku membawanya menamakannya sebiji kurma.a. Memberikan Nama Yang Baik Seterusnya perkara yang ketiga yang disunatkan dalam menyambut kalahiran bayi ialah memberikan nama yang baik.” kepada nabi SAW. mentahnikkannya( memecahkan mulutnya ) dengan Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

Akikah dari segi bahasa adalah memutus. Oleh itu. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat. “ Hukum bagi daging akikah itu adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga.” Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik.( seperti nama di dunia). jiran tetangga dan saudara mara terdekat.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Bersama bayi itu akikahnya. Amalan Mencukur Rambut . dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. biri-biri. Akikah Dan Bercukur Rambut Menamakan bayi yang beru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi. pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian. Manakala dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta. maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis). Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ialah dari Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.

daripada Nabi SAW yang bermaksud : “Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita. mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga. Berkhitan Hikmat berkhitan ialah boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. .Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim. Ia juga bagi membezakan antara orang Islam dan bukan Islam dan menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.a. memotong kuku dan menggunting misai. daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “ Fitrah itu lima perkara. ataupun lima bentuk fitrah ialah berkhatan. pendengaran dan deria hidu. Hikmah berakikah ialah melahir rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baruyang sujud dan menyembah Allah SWT di dunia. amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi. mencukur bulu kemaluan ( lelaki ataupun perempuan). Terdapat sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah.” . mencabut bulu ketiak. Hikmah skikah juga dikatakan bagi menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya serta menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.. membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan . Selain itu ia juga pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit. saudara mara dan jiran tetangga.” Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.

sekalipun ia sudah dewasa.Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : “ Bagi sesiapa yang masuk Islam. wajiblah ia berkhitan.” .” Disebutkan juga oleh Imam Ahmad daripada Ummu ‘Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Jika kamu menkhitan maka janganlah kamu berleihlebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami.