You are on page 1of 5

Soalan: Perjanjian tanpa balasan adalah batal tetapi terdapat pengecualiaan terhadap peraturan tersebut.

Nyatakan syarat-syarat yang menjadikan perjanjian tanpa balasan tidak batal. Sokong jawapan anda dengan kes-kes yang berkaitan.

Jawapan: Mengikut kaedah am, perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah dan perjanjian itu tidak akan mengikat pihak yang berkontrak. Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah atau batal. Namun begitu terdapat pengecualian terhadap seksyen 26 di mana kontrak yang dibuat masih sah walaupun tiada balasan dan ini melibatkan keadaan seperti di bawah. perjanjian yang dibuat adalah berdasarkan kasih sayang. perjanjian untuk memberi pampasan ke atas kerja yang dibuat secara sukarela. perjanjian memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi undangundang. perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas oleh status.

a)

Perjanjian dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak ada

hubungan karib boleh mewujudkan suatu perjanjian yang sah, jika dibuat secara bertulis dan didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yang menghendakinya berbuat demikian. Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950, A kerana kasih sayang semulajadi, berjanji memberi kepada anak lelakinya B Rm 1,000. A menyatakan janjinya kepada B secara bertulis dan mendaftarkannya menurut undang-undang berkuatkuasa pada masa itu untuk mendaftarkan dokumen sedemikian. Ini adalah suatu kontrak. Contoh kes 1: Re Tan Soh Sim Isu: Hubungan rapat anak angkat lelaki dengan keluarga ibu angkat. Dalam kes Tan Soh Sim, Deceased, Re, Chan Lam Keong lawan Tan Saw Keong (1951) MLJ 21, suatu perjanjian telah dibuat oleh waris mendiang Puan Tan Soh Sim bahawa harta peninggalan beliau hendaklah dibahagikan di antara

dua anak angkat perempuandan dua anak angkat lelakinya sebagai memenuhi hasrat mendiang Puan Tan Soh Sim. Isu utama dalam kes ini ialah adakah anak lelaki angkat mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah angkat atau ibu angkatnya? Mahkamah memutuskan isu tersebut berdasarkan adat resam masyarakat Cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan ayah angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga ibu angkatnya. Oleh yang demikian dalam kes ini didapati tidak wujudnya hubungan yang rapat di antara pihak-pihak yang berjanji, maka dengan ketiadaan balasan serta tiadanya hubungan yang rapat, mahkamah memutuskan perjanjian di antara mereka adalah tidak sah. Contoh kes 2: Rajlukhy Dabee vs Bhoothnath Mukherjee (1900) Isu: Mahkamah mendapati tiada bukti kasih sayang. Menurut Akta Kontrak India seksyen 2(e), kes Rajlukhy, HC Calcutta memutuskan bahawa perjanjian antara suami dan isteri tiada perjanjian kerana mereka telah memutuskan untuk memisahkan pertengkaran kerap berikut. Oleh itu terdapat tiada cinta dan kasih sayang di antara mereka supaya dapat membawa persetujuan di bawah Sec. 25 (1) Akta Kontrak.

Contoh kes 3: Bhiwa vs Shivram Isu: Seseorang memberi separuh daripada harta kepada saudaranya untuk berdamai dengannya. Mahkamah memutuskan bahawa ia adalah kerana kasih sayang semula jadi. A didakwa oleh B iaitu saudaranya, untuk berkongsi di tanah tertentu.Tetapi saman itu telah ditolak sebagaimana B mendakwa tanah itu bukan tanah pusaka, B kemudiannya bersetuju untuk memberi A sebahagian daripada tanah yang sama. Saman telah dibuat untuk mendapatkan saham itu walaupun saudara-saudara berada dalam pertengkaran. Sec.25 (1) boleh digunakan kerana defendan mempunyai cinta terhadap saudaranya dan dia bersedia untuk memberi harta.

Contoh kes 4: Poonoo Bibee vs Fyez Buksh Seorang suami bersetuju untuk membayar pendapatan kepada isteri dan ini telah dibuat secara bertulis. Ia telah diadakan bahawa isteri akan dapat menuntut amaun sebagai perjanjian telah dibuat di bawah kasih sayang dan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Contoh kes 5: Voatka vs Rogata Dengan perjanjian berdaftar, Voatka dalam alam cinta dan kasih sayang untuk saudaranya, Rogata menjanjikan untuk menunaikan hutang Voatka. Jika Voatka tidak menunaikan hutang maka perjanjian akan terbatal. Rogata boleh menunaikan dan kemudian menyaman Voatka untuk memulihkan jumlah. Oleh itu, ia adalah satu perjanjian yang sah.

b)

Janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian kepada

seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan secara sukarela, atau melakukan sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat. i. Satu janji untuk memberikan ganjaran atas perbuatan sukarela yang telah dilakukan oleh penerima janji ii. Pembayaran kembali perbelanjaan yang telah ditanggung oleh penerima janji. Dimana ia merupakan perkara-perkara yang menjadi tanggungan pembuat janji dari sudut undang-undang seperti nafkah kepada anak-anak, saman, hutang yang telah luput tarikh, cukai kepada kerajaan dan seumpamanya. iii. Perjanjian untuk membayar hutang yang telah luput had masa menurut Seksyen. J.M. Wotherspoon & Co. Ltd . lwn Henry Agency House (1962) Isu: Tindakan yang dibuat lebih awal oleh firma plaintif iaitu membekalkan barangan dari England kepada firma defendan di Malaysia adalah merupakan suatu yang dilakukan secara sukarela? Dalam kes J.M Wotherspoon & Co. Ltd v Henry Agency House (1962) MLJ 86 , kedua-dua plaintif dan defendan telah bertindak sebagai ejen bagi pelbagai barangan.Plaintif merupakan firma dari England telah menyaman defendan

Contoh kes:

iaitu firma dari Malaysia menuntut bayaran ganti rugi akibat pembeli di Malaysia yang tidak membuat bayaran. MahkamahTinggi mendapati bahawa terdapat janji oleh firma Malaysia (defendan) kepada firmaEngland (plaintif) untuk membayar ganti rugi tetapi telah tidak disokong oleh balasan yang membolehkan mereka menguatkuasakannya di sisi undang-undang.

Jadi, isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada tindakan yang dibuat lebih awal oleh firma plaintif iaitu membekalkan barangan dari England kepada firma defendan di Malaysia adalah merupakan suatu yang dilakukan secara sukarela? Mahkamah telah memutuskan bahawa plaintif bertindak mengikut cadangan defendan.Oleh itu, tindakannya bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sukarela. Maka, janji yang dibuat oleh firma defendan untuk membayar ganti rugi kepada firma plaintif tidak dapat dikuatkuasakan mengikut pengecualian Seksyen 26(b) kerana tindakan firma plaintif yang membekalkan barangan daripada England kepada firma defendan tidak dibuat secara sukarela tetapi adalah atas permintaan firma defendan.

c) Pengecualian ketiga juga dinyatakan oleh Seksyen 64(b) iaitu janji untuk membayar pampasan kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu yang pembuat janji bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk melakukannya dan ianya sesuatu janji yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya atau agennya, yang diberi kuasa secara am atau khusus. Perkara ini dijelaskanoleh ilustrasi (d) dalam Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 iaitu A menanggung anak B. B berjanji akan membayar balik semua perbelanjaan A dalam memelihara anak B. Ini merupakan kontrak. Ilustrasi ini menunjukkan bahawa A telah melakukan sesuatu yang merupakan tanggungjawab B dari segi undang-undang iaitu memelihara dan menjaga anak B yang sepatutnya dilakukan oleh B sendiri. Maka janji B untuk membayar A atassetiap sen yang telah dikeluarkannya merupakan janji yang sah dan mengikat dari segi undang-undang mengikut Seksyen 64(b) ini.

d)

Janji untuk membayar suatu hutang yang dibatas oleh status tetap sah walaupun

dibuat tanpa balasan. Hutang yang dibatasi status adalah hutang yang tidak boleh dituntut melalui tindakan undangundang disebabkan oleh luputnya tempoh masa pembayaran hutang dimana biasanya ia dikira enam tahun dari semasa kuasa tindakan itu timbul, ia lazimannya dikira dari saat berlakunya kemungkaran kontrak. Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh enam tahun itu telah berakhir, melainkan pihak penghutang telah membuat suatu perjanjian baru untuk membayar hutang yang dibatasi status itu dan janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang menanggungnya, atau oleh ejennya yang diberi kuasa untuk berbuat demikian. Misalannya, menurut Seksyen 26 Akta Kontrak, A berhutang RM1,000 kepada B, tetapi hutang itu dihalang oleh had masa. A menandatangi satu perjanjian memberikan B RM500.00 sebagai bayaran hutang tersebut. Ada kontrak terbentuk dan si penghutang/pejanji boleh dituntut atas janji barunya.

You might also like