P. 1
SABILAHBP030052D2006TTP

SABILAHBP030052D2006TTP

|Views: 8|Likes:

More info:

Published by: Nor Hashida Abdul Wahab on Mar 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/18/2014

pdf

text

original

PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH

JOHOR BARU

SABILAH BT WAHAB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

.

.

.

borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik telah diedarkan dan seramai 30 responden memberi kerjasama. mengkaji adakah pelajar dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup. berdasarkan skor min 2. mengkaji adakah pelajar dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. peratusan. untuk mengkaji adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini berminat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua.98 dan juga berada pada tahap tinggi menunjukkan responden memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar oleh guru mereka. Analisis data kajian menggunakan kekerapan. Keempat. skor min 2. Hasil kajian objektif pertama. Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Taman Universiti. menunjukkan responden berminat belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. . Johor. crosstab dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa 97 % responden mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran ini di rumah. Pertama. skor min 2. Objektif keempat pula pengkaji menggunakan crosstab antara item di bawah tajuk mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dengan jantina dan umur. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej “SPSS For Window Version 13”. mengkaji hubungan di antara mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka dengan demografi.ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Penyelidik mencadangkan guru Pendidikan Khas yang mengajar Kemahiran Hidup perlu lebih peka terhadap pelajar mereka.80 dan berada pada tahap tinggi. Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dan Sekolah Menengah Majidi Baru. Ketiga.86 dan berada pada tahap tinggi menunjukkan responden mengaplikasi bahagian amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Objektif soalan kajian kedua pula. Hasil kajian objektif ketiga.

The first objective of this research used the crosstab data analysis shows the mean score 2. to study whether the respondents really understand the content of Life Skills subject. First objective is to study whether Special Education in Learning Problems students are interested in Life Skills subject. In order to achieve all the objectives. Secondly. Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 and Sekolah Menengah Majidi Baru. 97% of respondents have applied the practical skills in the subject at home and it is suggesting those Special Education teachers who teach the Life Skills subject to be more attentive towards their students. percentage and mean score by using ‘SPSS for Windows. Johor.80 which indicate the high level and prove that the respondents interested in learning the Life Skills. it shows a mean score 2. From the study on the third objective. In overall. cross tab has been used between the items on respondent’s application of subject practical skills with gender and age.86 which indicate the high level of respondents application in practicing the subject skills into their life. questionnaire has been distributed to the 30 respondents.98 and indirectly achieve the second objective. The study has been conducted in Sekolah Menengah Taman Universiti. Thirdly. to find out whether the respondents able to apply the practical skills of the subject in their daily life and the forth objective is to see the relationship between the application of practical skills in the subject into their daily life with the demography. version 13”.ABSTRACT The purpose of this research is to study the perception of Special Education in Learning Problems students towards the subject of Life Skills (Kemahiran Hidup). . Finally. All the data that obtained from the questionnaire has been analyzed into frequency. While in the aspects of respondent’s understanding towards the subject that teach by their teacher also shows a high level with the mean score 2. This study aims to achieve all its four objectives. in fourth objectives.

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN MUKASURAT i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi BAB 1 PENGENALAN 1.8.2 1.1 1.1 1.8.2 1.7 1.6 1.4 1.8.3 1.3 1.4 Persepsi Pelajar Bermasalah Pembelajaran Kurang Upaya Pendidikan Khas 10 10 11 11 1 4 7 7 8 8 9 .8 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Terminologi 1.8.5 1.

8.2 2.8.6 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Khas Matlamat Pendidikan Khas Objektif Pendidikan Khas 14 14 16 16 17 17 19 20 21 22 Latar Belakang Kemahiran Hidup Fungsi Kerja Amali Kurikulum Kemahiran Hidup Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 2.5 1.8.3.3 Tingkah Laku 22 23 23 23 24 25 26 2.10 Guru 1.3.7 Objektif Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 22 2.3 2.8.12 Sekolah Menengah BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.3.2 2.6 1. Matlamat Dan Objektif Pendidikan Khas 2.10 Objektif Kurikulum 2.4 2.8 Kemahiran Hidup Program Integrasi Pendidikan Inklusif Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 11 12 12 12 1.1 Fizikal 2.3.11 Masalah 1.8.8.4 2.1 2.8.8.3 Pendahuluan Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Falsafah.8.8.8.2 Intelek 2.9 Kurikulum Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 2.1.7 1.11 Minat .9 Program Inklusif Pelajar Bermasalah Pembelajaran 13 13 13 13 1.5 2.1 2.8 Ciri-Ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 2.

7 3.13 2.3 4.2.2.2.1 4.2 3.5 3.2.2.9 Prosedur Kajian Kajian Rintis Kaedah Analisis Data Kesahan Kandungan Soal Selidik 40 40 40 41 41 42 42 42 44 45 46 46 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 3.4 3.4 Umur Bangsa Tempat Tinggal 48 48 49 49 50 51 52 52 53 54 54 55 56 4.1 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Responden Kajian Tempat Instrumen Kajian Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 3.14 Kefahaman Aplikasi Rumusan Kajian Lepas 30 33 35 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.12 2.5.6 3.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 4.5.2.3.5 Bilangan Adik Beradik 4.1 Jantina 4.2.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik 3.6 Pekerjaan Bapa Atau Penjaga 4.7 Taraf Pendidikan Tertinggi Bapa Atau Penjaga 4.3 3.8 3.2 4.2.8 Pendapatan Bapa Atau Penjaga 4.3 Analisa Soal Selidik Bahagian B 4.2.1 Mengkaji Minat Pelajar Pendidikan Khas .

3.3.2 Mengkaji Kefahaman Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4. 4.3.1 72 72 73 Mengkaji Minat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah 73 Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 5.2 5.3 Mengkaji Pengaplikasian Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.3.4 Mengkaji hubungan di antara mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan demografi.3 Mengkaji Pengaplikasian Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 75 77 .2 Mengkaji Kefahaman Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 5.3.3 Rumusan Hasil Dapatan Objektif Kajian 5.Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4.3. 62 60 58 BAB 5 5.1 RUMUSAN DAN CADANGAN Pengenalan 5.

3.5 5.6 5.4 Mengkaji Hubungan Di Antara Mengaplikasikan 79 Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Dengan Demografi 5.5.7 Rumusan Dapatan Kajian Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup 80 81 82 83 RUJUKAN LAMPIRAN A-G 84 .4 5.

Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek. tetapi mereka sering dianggap lemah.BAB 1 PENGENALAN 1. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu. mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain. jasmani. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang telah berlaku di Malaysia.1 Pendahuluan Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur. emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini dan . pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. rohani. peranan kerajaan sebagai tunggak utama. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Peringkat tersebut adalah seperti berikut: 1) Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947) Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa. jantina atau pun bangsa.

SMT Langkawi. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963). Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guruguru di Maktab Perguruan Ilmu Khas. SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah. SMT Bagan Serai. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an.pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk membantu mereka. Cheras. Johor. Kedah. Perak. kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah. 2) Peringkat kedua (1948-1980) Pada tahun 1948. Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. SMT Batu Pahat. Penubuhan sekolahsekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. 3) Peringkat ketiga (1981 – kini) Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah. . Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Johor Bahru. khidmat sokongan (pekerja).

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. No 26. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. berumur 6 hingga 14 tahun. Apabila tamat prasekolah. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”. Syarat yang sama seperti prasekolah perlu diikuti iaitu. 94. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada 7 kategori iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi) Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded) Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Prasekolah. guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran. Tambahan No. kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki sekolah rendah mengikuti aliran akademik. disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Murid yang . Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan “ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Jilid 41. masa bagi aktiviti.

Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. berhaluan. 1. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat.2 Latar Belakang Masalah Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui 3 program iaitu : 1. .mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Manakala peringkat menengah pula adalah lima tahun. disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. berupaya. pelajar Pendidikan Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. beriman. berdikari. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga 19 tahun.

2. Kebolehan kognitif Kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan Penguasaan kemahiran matematik Penguasaan kemahiran membaca Penguasaan kemahiran berinteraksi yang sesuai Kemahiran mengikut umurnya Darjah kebolehan penglihatan Darjah keupayaan pendengaran Jika dilihat secara kasar. 4. Terdapat ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran iaitu : 1. Program yang disediakan di Sekolah Khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai tingkah laku yang berlainan daripada pelajar normal. 6.2. 8. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut kebolehan fungsi kemahiran berikut: 1. mata dan tangan) Terlampau berhati-hati dan teliti Tidak boleh menumpukan perhatian . 6. 4. 5. Kelakuan yang terlampau aktif Tidak mempunyai gerakbalas (kaku) Tidak ada motivasi atau daya penggerak dalam diri Tidak ada kordinasi (penyelaras motor. 5. 2. 3. kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran. Program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan. 3. penyelidik akan membincangkan Program Integrasi bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas (masalah pembelajaran) yang belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah harian biasa. 7. 3. Di dalam kajian ini.

guru. ibu bapa dan masyarakat perlu membantu kanakkanak ini supaya mereka dapat belajar dengan baik. seperti penglihatan. Setelah dikenalpasti jenis kecacatan. Murid-murid bermasalah pembelajaran akan memasuki sekolah integrasi dimana mereka akan ditempatkan di dalam kelas khas tetapi masih bersekolah di sekolah menengah akademik biasa. Oleh itu. fizikal. Di dalam kajian ini. Mereka perlu belajar secara teori dan amali sebagaimana pelajar normal yang lain. pusat atau institusi terencat akal. sekolah integrasi. kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam tingkahlaku mereka. pendengaran dan sebagainya. penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang telah . masalah neurologikal. Mereka akan belajar mata pelajaran yang sama dengan pelajar normal yang lain. Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.7. 8. Ini bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. 11. institusi vokasional dan pemulihan dalam komuniti. masalah pembelajaran. psikologikal dan masalah persekitaran. Walaubagaimanapun. sekolah pendidikan khas. terencat akal. Kecacatan yang dialami oleh murid-murid tersebut akan dikategorikan mengikut tahap-tahap tertentu. 10. Sebelum memasuki alam persekolahan murid-murid pendidikan khas ini perlu berjumpa pengamal perubatan untuk disahkan kecacatan yang mengganggu proses pembelajarannnya. Gangguan dalam ingatan Terlampau menumpukan perhatian Gangguan dalam pendengaran dan penglihatan Tidak boleh bertindakbalas dengan alam sekeliling Lemah dalam menguasai 3M Daripada pernyataan di atas. muridmurid ini akan dicadangkan penempatan persekolahan iaitu sama ada sekolah biasa. kurikulum dan sukatan pelajarannya tidak sesukar pelajar normal yang lain. 9. pusat jagaan harian.

1. 1. Selain daripada itu penyelidik juga ingin mengkaji adakah pelajar mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian mereka dan adakah terdapat hubungan di antara mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian dengan demografi. Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup? 3. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah mereka mempunyai minat terhadap apa yang dipelajari. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru Kemahiran Hidup kepada mereka? Adakah mereka dapat mengaplikasi apa yang dipelajari contohnya menanam sayur-sayuran di dalam kehidupan mereka sehari-hari.3 Pernyataan Masalah Penyelidik ingin mengkaji mengenai persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian? . Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mempunyai minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup? 2. Aspek yang ingin dikaji ialah minat dan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.4 Persoalan Kajian Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut: 1.mereka pelajari.

4. Adakah terdapat hubungan di antara mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan demografi? .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->