You are on page 1of 1

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

1. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya perhatikan ialah jenis bentuk muka bumi yang telah terdapat di Kampung Jawang dan kegiatan penduduk di kampung tersebut.

2. Soal-selidik Saya telah mengedarkan borang soal-selidik kepada 20 orang responden yang menetap di sekitar Kampung Jawang untuk mendapatkan maklumat tentang komposisi penduduk dan aktiviti penduduk.

3. Temu bual Saya telah menemu bual Ketua Kampung Jawang iaitu Encik Meor Hamid Bin Zakaria untuk mendapatkan bilangan penduduk kampong mengikut kaum dan jantina. Maklumat lain yang saya perolehi daripada beliau ialah tentang pekerjaan penduduk di kampong tersebut.

4. Rujukan Saya merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu saya membuat rujukan internet melalui komputer.

You might also like