KERTAS KERJA DASAR PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK DUHAI AYAH IBU!

AMPUNKAN LAH DOSAKU

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK DANAU KOTA DENGAN KERJASAMA GURU PELATIH DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS.

TARIKH: 4 FEBUARI 2012

TEMPAT: KELAS 5 PINTAR

1

1.0 PENGENALAN Ibubapa merupakan insan yang amat penting dalam kehidupan anak- anak. Tanpa ibu bapa, anak- anak tidak mungkin akan mendapat kasih sayang yang secukupnya. Oleh yang demikian, anak- anak perlulah mengetahui adap- adap untuk berkomunikasi dengan kedua ibubapanya. Kemahiran berkomunikasi

amat penting supaya hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Oleh yang demikian, program „Duhai Ayah Ibu : Ampunkalah dosaku” ini membantu para murid kearah menjadi anak yang mithali dan patuh kepada agama, bangsa dan negara.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Murid dapat mengetahui kaedah untuk berkomunikasi dengan ibubapa 2.2 Menyedarkan kesedaran kompetensi diri murid terhadap kepentingan patuh kepada ibubapa. 2.3 Menginsafi kesalahan yang telah dilakukan kepada ibubapa. 2.4 Mengetahui kepentingan kemahiran mendengar dengan baik.

3.0 NAMA PROGRAM “Duhai Ayah Ibu : Ampunkanlah dosaku! “ 4.0 MOTTO “Anak Mithali Keluarga Berkualiti” 5.0 ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Danau Kota dengan kerjasama guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

6.0 TEMPAT Kelas 5 Pintar , SK Danau Kota, Kuala Lumpur

2

0 SASARAN Enam orang murid daripada kelas 5 Pintar.20pg 11.11.0 TARIKH 4 Febuari 2012 ( Jumaat) 8.50pg 10.00 RM 18.Jagung Manis Kata 11.30pg 11.10pg -11.0 PANDUAN MODUL *rujuk lampiran A 11.0 TENTATIF PROGRAM Masa Aktiviti 10.00 3 .10pg 11.30pg-11.00 Pg Slot 1.7. 9.Saya Anak Mithali Perkara Fotokopi Hadiah saguhati Unit RM 1 x 6 orang RM 3 x 6 orang Jumlah RM 6.Kemahiran Komunikasi Berkesan Slot 5 – Luahan Perasaan Slot 6.Memperkenalkan Diri Slot 2.11.40pg 10.50pg-11.00pg.0 BELANJAWAN Slot 3.40pg.10.00 JUMLAH RM 24.20pg.Bisikan Makmur Slot 4.

30 Januari 2012.22 Febuari 2012 Menganalis borang maklum balas Menulis laporan dan melengkapkan tugasan 6.0 PENUTUP Sesungguhnya kita hanya merancang. SK Danau Kota. Zulkipli bin Mohd Zin Guru Besar.3 Febuari 2012 Mengadakan perjumpaan dengan guru unit bimbingan dan kaunseling sekolah.0 BIL 1.. Harapan saya agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. 2. Disediakan oleh. KL Diluluskan oleh. ……………………….25 Januari 2012 CATATAN Merangka kertas kerja dasar dan mencari maklumat yang berkaitan. JADUAL PELAKSANAAN TARIKH 20 Januari 2012. saya merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 24 Febuari 2012 Menghantar tugasan 13. 3.KL 4 . namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. 5 6 Febuari 2012 12 Febuari 2012.12. SK Danau Kota. Akhir kata. 4 Febuari 2012 Menjalankan program kaunseling kelompok 4. ………………………… Siti Khalilah binti Abdul Rahman Guru Pelatih.

Pada 5 . telah berkumpul di dewan kulian Institut Pendididkan Guru Kampus Ilmu Khas.LAPORAN SEBELUM Pada 19 Januari 2012. kami para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 .

maka pada minggu itu kami mengadakan temujanji dengan guru unit bimbingan dan kaunseling sekolah. bahawa beliau akan memaklumkan kepada kami sekiranya beliau mendapat kelas ganti selama satu jam. Semasa cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selama seminggu.borang maklum balas dan borang maklumat diri. Kami bertemu dengan Pn Suzana untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti kaunseling kelompok yang dijalankan di sekolah tersebut. Oleh itu. Suzana binti Hashim. beliau mencadangkan kepada kami untuk mengambil kelas yang beliau ganti bagi guru mata pelajaran yang tidak hadir pada hari tersebut. beliau membenarkan menggunakan modul bimbingan bagi tahap dua.aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah kelak. Apabila melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Danau Kota. melaksanakan dan membuat refleksi tentang aktiviti kaunseling kelompok yang dijalankan semasa menjalani latihan amalan pratikum di sekolah selama 12 minggu. Berdasarkan temubual dengan Pn. Guru tersebut ialah En. Suzana. dua orang guru ditugaskan dibawah unit bimbingan dan kaunseling. Memandangkan saya tidak mengetahui kelas yang perlu dijalankan tugasan ini. Oleh demikian. (rujuk lampiran belakang). lima dan enam. saya telah mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan kaunseling kelompok. Bagi persekolahan sesi pagi. Justeru itu. kami pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak. kaunseling kelompok belum bermula bagi tahun 2012. Memandangkan kami tidak diberikan jadual mengajar lagi. Saya juga 6 . kami diberi taklimat berkaitan dengan tugasan bagi mata Dalam tugasan ini. dikehendaki merancancang. Memandangkan ayah saya juga. Samsuri dan Pn. saya meminta bantuan daripada beliau berkaitan dengan aktiviti. Suzana memberitahu.Kanak. maka saya membuat persediaan untuk darjah empat. Pn. saya menggunakan masa yang ada untuk menyediakan insturmen.instrumen yang berkaitan seperti slaid hamparan multimedia . saya bersamasama rakan yang lain mengambil peluang pada minggu pertama pratikum untuk menyelesaikan tugasan ini.perjumpaan tersebut. merupakan seorang kaunselor sampingan.

Kami membuat pembahagian kepada empat kumpulan. Pn Suzana telah datang ke bilik rekreasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Melalui. Saya memulakan pertemuan kami dengan membuat sedikit aktiviti pecah bendungan supaya mereka berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka dengan saya. Saya telah memilih untuk menjadikan bidang keibubapaan sebagai tema perbincangan kauseling kelompok saya pada kali ini. saya meminta peserta untuk membuat kesimpulan tentang kedua. kami berempat bersama.merancang kertas kerja program sebelum menjalankannya supaya dapat dijadikan panduan kepada saya apabila mengaplikasikannya. Mereka mendengar arahan saya dengan baik tetapi objektif aktiviti kurang tercapai kerana murid kurang peka dengan arahan yang diberikan. Setiap orang mengambil satu kumpulan.sama ke kelas tersebut apabila tiba waktunya. Saya meminta mereka memperkenalkan nama serta tarikh mereka terlebih dahulu.40pagi. mereka baru pertama kali membuat aktiviti seperti ini. Ahli kumpulan di bawah kendalian saya seramai 6 orang. Mungkin kerana. 7 . Memandangkan masa yang agak padat. Saya mengaplikasikan kemahiran kaunseling kelompok dalam menjalankan aktiviti ini. Setelah itu. saya membuat aktiviti „jagung manis kata‟. Oleh yang demikian. LAPORAN SEMASA.40 hingga 11. saya hanya menjalankan aktiviti kaunseling kelompok saya di dalam kelas 5 Pintar sahaja. Pada 3 Febuari 2012. Selepas itu. Jumlah ahli dalam satu kumpulan terdiri daripada 6 hingga 8 orang. Aktiviti ini adalah untuk mem beri pengalaman kepada ahli kumpulan mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. aktiviti ini. Murid yang kedua harus mengulangi nama murid pertama dan langkah tersebut diulangi sehingga murid ke enam. saya melakukan aktiviti kedua iaitu diberi nama „bisikan makmur‟ ( rujuk lampiran belakang) . Saya telah meminta bantuan seorang murid untuk merakamkan video.dua aktiviti yang telah mereka lakukan. memaklumkan kepada saya dan rakan yang lain supaya membuat aktiviti kaunseling kelompok di kelas 5 Pintar pada jam 10.

Melalui aktiviti ini.dua ibubapa untuk mendidik dan memberikan keperluan kita.Melalui aktiviti tersebut.Saya memberikan kata. Saya menerangkan contoh. Oleh itu. (rujuk lampiran belakang). Apabila mereka berasa selasa berkomunikasi dengan saya. Saya mengingatkan mereka supaya menjada rahsia masalah keluarga ahli kumpulan ini agar tidak diketahui oleh rakan daripada kumpulan yang lain.contoh komunikasi berkesan dan kemahiran – kemahiran yang perlu ada apabila seseorang itu berkomunikasi.kata semangat kepadanya agar terus berdoa dan jangan sekali-sekali menyimpan perasaan marah kepada ibubapanya. saya menjana pemikiran mereka supaya menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga serta menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan santun. saya kaitkan dengan komunikasi berkesan antara seorang anak dengan ibu bapanya. secara tidak langsung. mereka haruslah berasa simpati dan belas kasihan atas nasib yang menimpa rakan mereka. . Setelah hampir satu jam. Dia ditinggalkan di rumah anak yatim di Kuala Lumpur manakala adiknya di tempatkan di rumah anak yatim di Perak. Saya juga meminta mereka untuk meluahkan perasaan dengan menulis kesalahan yang mereka pernah lakukan terhadap kedua ibubapa mereka. terdapat beberapa ahli yang lain turut meluahkan perasaan mereka. Saya juga menyedarkan mereka tentang kesusahan yang harus dipikul oleh kedua. Selain daripada itu. Setelah seorang ahli kumpulan ini bercerita. ahli di dalam kumpulan dapat mengetahui masalah sebenar yang berlaku pada rakan sekelas mereka. Saya juga mengedarkan borang maklum balas sebagai penilaian kepada saya dalam mengendalikan aktiviti kaunseling kelompok. saya meminta mereka membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah mereka lakukan. Mereka diingatkan supaya tidak meninggalkan solat dan berdoa untuk kedua. Terdapat seorang daripada ahli kumpulan saya tidak mengenali adik beradiknya sendiri dan tidak mengetahui punca kematian ibunya.dua ibubapa mereka. 8 . mereka mula menceritakan serba sedikit permasalahan yang berlaku dalam ahli keluarga mereka.

Dalam penulisan refleksi. saya menyediakan laporan sebelum. Saya harus menyenaraikan segala kekuatan dan kelemahan sepanjang saya merancang dan melaksanakan program ini. peringkat. Saya dikehendaki menyatakan refleksi kendiri tentang aktiviti yang telah dilaksanakan selama satu jam tersebut. saya haruslah menyenaraikan cadangan penambahbaikan supaya saya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama sekiranya saya menjalankan aktiviti kaunseling kelompok kelak.prinsip kaunseling kelompok. saya harus membuat perkaitan dengan ilmu. Di samping itu juga. prinsip.kemahiran asas asas bimbingan dan kaunseling. Setelah selesai melaksanakan aktiviti kaunseling kelompok. “Duhai Ayah Ibu : Ampunkanlah Dosaku” ini. Antara teknik yang diaplikasikan adalah kemahiran. 9 . saya mengambil beberapa gambar sebagai tanda kenangan. Saya juga menghasilkan satu video menceritakan tentang sepanjang program berlangsung (rujuk lampiran belakang). Saya juga memberikan sedikit saguhati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana memberikan kerjasama dengan baik. LAPORAN SELEPAS. melaksanakan dan melaporkan program yang telah dilaksanakan.ilmu bimbingan kaunseling yang telah dipelajari selama ini.peringkat kaunseling kelompok dan intervensi yang sesuai digunakan.Baki masa yang tinggal. semasa dan selepas dalam merancang.

Latihan sebegini adalah suatu pakej program yang bertumpu kepada pembelajaran dan pengembangan sesuatu kemahiran atau pembentukan keperibadian (Wan Norjihan. Oleh yang demikian.2006). semasa 10 .REFLEKSI Salah satu proses pembelajaran separa formal adalah melalui latihan dan motivasi dan kepimpinan.

Tiada jurang antara kami. Fasilitator bertanggungjawab memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan lancar. saya sebagai fasilitator ataupun guru pembimbing haruslah membuat persediaan awal sebelum bertemu dengan ahli kumpulan. saya merujuk modul bimbingan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar bersesuaian mengikut tahap umur mereka. pelaksanaan hanya melibatkan diri saya tanpa melibatkan manamana guru lain. Fasilitator bertanggungjawab mengawal ahli kumpulan supaya tidak melampaui batasan dan menimbulkan sebarang provokasi yang dapat memberi kesan dan impak kepada keseluruhan program itu. 11 . mengumpul maklumat ahli dan menentukan objektif sesi kelompok itu (Zuraidah. saya merujuk contoh kertas kerja SK Danau Kota sebagai panduan kepada saya dalam merancang aktiviti. Perkara ini merupakan kekuatan pertama saya dalam melaksanakan program ini. menyediakan peralatan. Dalam penghasilan perancangan program. Saya juga tidak menganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran guru. menetapkan tempat perbincangan yang selesa dan tidak terbuka kepada orang ramai. Dalam pelaksaan aktiviti kaunseling kelompok pula.merancang kertas kerja untuk aktiviti kaunseling kelompok ini. Kertas kerja yang dihasilkan juga berbentuk ringkas kerana hanya melibatkan pihak dalaman sekolah sahaja. Kertas kerja yang dirangka tidak melibatkan sebarang jawatankuasa dan kos yang besar.sama pensyarah banyak membantu saya. Berdasarkan pengalaman melaksanakan kaunseling kelompok dalam kelas bersama.guru kelas saya mengantikan kelas guru yang tidak hadir. Hal ini kerana. berpengetahuan dan terlatih dalam mengendalikan kelompok kecil. Saya tidak menggunakan perkhidmatan pihak luar.mata. Kekuatan yang kedua adalah saya dapat mengawal ahli kumpulan saya dengan baik dan mewujudkan suasana yang mesra. Guru pembimbing perlu bersedia secara mental. 2005). Perkara yang paling penting fasilitator mesti tahu tanggungjawabnya bukan sekadar kepada aktiviti yang dirancang atau ahli kumpulan atau program semata. tetapi juga ke atas Allah SWT (Wan Norjihan 2006). Saya bertanggungjawab memastikan objektif setiap segmen yang dirancang tercapai. walaupun baru berjumpa untuk pertama kali dalam aktiviti kaunseling kelompok ini.

Menurut Zuraidah (2005). Manakala. permainan boleh digunakan sebagai penutup program supaya keseronokan bermain meninggalkan kesan positif kepada ahli dan mengingatkan mereka kepada aspek latihan yang dilalui.Ahli kumpulan saya yang kecil menyebabkan susunan kerusi dalam bentuk bulatan. saya mengaplikasikan terapi yang telah dipelajari dalam kaunseling kanak. (1992) mendefinisikan permainan sebagai . Peringkat pertama ialah penubuhan. Saya cuba berfikiran terbuka dan bersedia maklum balas serta tidak bersifat defensif. kelemahan yang dapat dikesan sepanjang saya melaksanakan program kaunseling kelompok adalah kurang mahir menarik perhatian ahli kelompok yang senyap. Ahli kumpulan yang kecil juga merupakan kekuatan bagi saya untuk mengenali mereka dengan lebih baik. konflik. “…. 2004). penghasilan dan penamatan. Saya telah berjaya memulakan kelompok dengan membina suasana mesra. Perkara ini juga memudahkan saya untuk berinteraksi dan memudahkan ahli kumpulan memandang rakan mereka yang lain dengan jelas semasa berbincang. terbuka dan menyokong pendapat sesama ahli. Ahli kumpulan yang senyap dikategorikan sebagai ahli kelompok yang mencabar (Zuraidah. Kesenyapan membawa pelbagai erti. Peranan fasilitator adalah aktif pada peringkat ini untuk menggalakkan ahli mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan serta mendorong mereka mengetepikan perasaan ragu.kanak. Saya mengaplikasikan peringkat perkembangan kelompok yang dijelaskan oleh Tubbs(1992). 1991). Mungkin ahli berkenaan sedang berfikir atau mengimbas kembali pengalamannya. Terdapat perhubungan antara penerimaan pembelajaran oleh otak dengan keselesaan kerusi duduk ( Leigh.aktiviti latihan yang berstuktur yang mengandungi isi atau objektif pembelajaran selain daripada sekadar menyempurnakan aktiviti tersebut.ragu ( Zuraidah. Di samping itu juga. Saya membuat aktiviti “jagung manis berkata” sebagai terapi main pada p eringkat penubuhan. Kirby A. Dalam konteks 12 . Banyak kajian telah membuktikan bahawa pembelajaran mempunyai kesan secara langsung dengan hasil daripada kedudukan fizikal kelompok. 2005).

Ahli kumpulan juga akan tertarik dan tidak rasa bosan untuk meneruskan aktiviti dalam kelompok. pada peringkat perkembangan kelompok dalam fasa konflik. Kelemahan yang ketiga adalah pengurusan masa tidak mengikut seperti yang dirancang. Kebiasaanya. Sesetengah aktiviti dijalankan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sumber pengajaran yang menarik dan berkesan akan membuatkan aktiviti kaunseling kelompok akan lebih berkesan.gesa untuk menyelesaikan segala langkah yang dirancang. Kelemahan saya adalah kurang bahan bantu. tenang dan jauh daripada orang ramai. Kaunseling kelompok sebagai proses menggunakan intervensi kelompok untuk memudahkan pemahaman diri dan juga 13 . mungkin terlalu mengawal atau terlalu longgar dan tidak faham kehendak kelompok (Rybak dan Brown. terdapat dua orang murid yang menceritakan tentang konflik yang berlaku dalam keluarga mereka. saya kelihatan tergesa. Hal ini kerana. kaunseling kelompok dijalankan atas murid yang mempunyai masalah yang sama. Terdapat beberapa sebab mengapa konflik berlaku pada peringkat ini. kumpulan kaunseling kelompok yang dibentuk terdiri daripada kumpulan yang tidak mempunyai masalah displin. dalam Gladding 1999). Ahli kumpulan saya berasa malu – malu untuk melakukan aktiviti yang diarahkan oleh saya kerana dikelilingi oleh kumpulan yang lain. Tempat yang strategik adalah luas. kawasan itu terhad dan pergerakan dalam kumpulan agak terbatas. kesenyapan ahli tersebut tidak mempunyai keyakinan untuk mengambil bahagian kerana malu atau takut. lokasi di dalam kelas kurang sesuai kerana kumpulan lain juga menjalankan kaunseling kelompok di tempat yang sama. Oleh yang demikian.ahli kumpulan saya. Selain daripada itu. Saya kurang menimbulkan konflik tersebut dengan baik. Kelemahan yang terakhir adalah. Manakala . Saya banyak menggunakan kemahiran lisan berbanding penggunaan bahan sumber yang lain seperti bahan maujud. Semasa fasa ini. Oleh yang demikian. multimedia dan sebagainya. kumpulan kaunseling kelompok adalah bukan daripada kelompok asal. Mereka merupakan anak murid yang baik dan berdisplin. termasuklah fasilitator tidak berkesan.

perubahan tingkah laku individu (McLeod. mereka sudah mengenali ahli kumpulan mereka. secara tidak langsung. Oleh kerana.rakan ahli kumpulan mereka. tidak mengetahui masalah peribadi rakan. Tetapi kebanyakkan mereka. mereka daripada satu kelas.2007). 14 . J.

Pengurusan masa yang baik bijak menawan hati klien CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Tingkatkan kemahiran kaunseling menggunakan sumber pengajaran yang menarik terapkan unsur kecindan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 15 .

Saya seharusnya menggunakan pendekatan dari hati ke hati untuk menawan hati meraka. Kemahiran menyoal . saya haruslah bijak menawan hati ahli kumpulan saya agar mereka berasa senang mendampingi diri saya. Aktiviti ini dapat dikaitkan bahawa seseorang manusia yang hidup perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas. Sekiranya . saya meminta mereka membalingkan pundi kacang ke dalam bakul mengikut jarak. kurangkan aktiviti supaya ahli kumpulan tidak berasa penat. Antaranya adalah. Dengan mengaplikasikan segala teori ini dalam bentuk aplikasi. mencerca atau mengeluh. Antara teknik.teknik asas menangani manusia adalah mengelakkan daripada mengkritik. memberi penghargaan yang jujur dan tulus serta bangkitkan minat dalam diri orang lain (Dale. Contohnya. Penumpuan seharusnya diberikan kepada mereka yang senyap atau kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Terdapat banyak kaedah – kaedah dalam kaunseling kanak – kanak yang diaplikasikan oleh pelbagai teori. Pengurusan masa juga hendaklah dikendalikan dengan baik. Tempoh satu jam yang diperuntukan seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin agar mampu memberi kesan kepada jiwa ahli kumpulan. menggunakan sumber pengajaran yang menarik. teori behaviour dan kaedah terapi realiti. 2010). terlalu banyak aktiviti. Antaranya. Saya boleh mengaplikasikan terapi seni atau terapi main dalam kaunseling kelompok yang dijalankan. proses perkembangan dapat dirungkai dengan mudah kerana ahli kumpulan jelas dengan maksud yang ingin disampaikan. Apabila menggunakan sesuatu bahan atau alatan. secara tidak langsung akan membantu saya tingkatkan kemahiran dalam ilmu bimbingan dan kaunseling. Selain daripada itu. teori berpusat klien . membuat konfrontasi haruslah ditingkatkan lagi. Pengetahuan tentang konsep asas kaunseling juga perlu ditingakatkan lagi supaya ahli kumpulan jelas dengan aktiviti yang ingin dijalankan.Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki agar tidak berulang lagi bagi sesi kaunseling kelompok yang akan datang. KESIMPULAN 16 .jarak yang telah ditetapkan.

perkara seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk membantu mereka yang memerlukan kekuatan atau perubahan dalam hidup agar mereka dapat mengecapi kehidupan yang hormoni di dunia dan beroleh kebahagian di akhirat. dorong orang lain supaya bercerita tentang diri mereka. mengingati nama setiap individu itu adalah nada yang enak di dengar dan penting dalam apa. kita haruslah menjadi pendengar yang baik. 2010). diharapkan agar selepas ini. Saya belajar bagaimana untuk menenagkan ahli kumpulan yang kurang bermotivasi ataupun mempunyai masalah dalam keluarga mereka.sungguh menaruh minat pada orang lain. Aktiviti seperti ini banyak menggunakan kebijaksanaan psikologi sesorang guru pembimbing atau fasilitator. sebagai seorang guru pembimbing. Selain itu. RUJUKAN 17 .Tugasan ini memberikan satu seribu pengalaman kepada saya dalam mengendalikan kaunseling kelompok. berbincang tentang minat orang lain dan buat orang lain berasa penting dan lakukannya dengan tulus (Dale. Oleh yang demikian. Antaranya. adalah bersungguh.apa bahasa sekalipun. Walaupun kumpulan saya tidak mencabar. saya merasai kesukaran untuk mengendalikan sesuatu kumpulan tersebut dalam aktiviti kaunseling. Justeru itu. Murah dengan senyuman. haruslah mengamalkan 6 perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menyukai kita.

Zuraidah Abdul Rahman (2005). Games For Trainers. Ee Ah Meng. Group Work : A Counselling Speciality ( 3rd ed.(1999). New York : MacMilan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Panduan Menjadi Fasilitator . Bhd. Bimbingan dan Kaunseling Kanak. J. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. 18 . Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti (2012) . London : Kogan Page Mc Leod. Fasilitator Kelompok Kecil. Selangor : Oxford Fajar Sdn. (1991). Gladding. Counseling Skill.Kuala Lumpur : PTS Professional. Lee Keok Cheong. Wan Norjihan Wan Abdullah (2006). Selangor : PTS Proffessional. Vol. Leigh. England : Gower Pub. Tang Chee Yee (1991).Kanak. Bhd. Kirby.(2007). A Pratical Apporach to Group Training.Dale Carnegie (2010).). Perkhidmatan. Bimbingan dan Kaunseling. D. New York : Open University Press. Prosedur dan Kemahiran . Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi orang lain. S. 2. A (1992).

Lampiran A Bidang : Keibubapaan 19 .

Langkahlangkah : Set induksi . 2. 2. 4. Masa Sasaran Bahan : : : 60 minit Tahun 5 Lembaran kerja disediakan oleh guru. 3. Budi bahasa budaya kita. Penilaian : Murid melengkapkan dialog berdasarkan situasi yang diberi dalam lembaran kerja. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan aktiviti. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan perbualan ibu bapa dalam satu situasi marah. Hubungan yang baik dapat dilahirkan melalui komunikasi berkesan. 3. 20 . Menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan santun. Murid melengkapkan aktiviti dalam lembaran kerja. Mencipta dialog yang sesuai semasa berkomunikasi.Tajuk Objektif : : Komunikasi Berkesan Murid dapat : 1. Murid memberi komen mengenai dialog tersebut. Falsafah : 1. Menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga. 2. Guru Bimbingan dan kaunseling menunjukkan cara yang betul berkomunikasi dengan ahli keluarga. Rumusan : Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli keluarga. 1.

skrip mesej 21 .AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR MASA : 15 minit ALATAN : Wisel.

6. KL BORANG MAKLUM BALAS KAUNSELING KELOMPOK 22 . Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. Akhirnya terima padah. FALSAFAH : 1. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. Ibunya bernama Bedah. 2. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA. Bedah selalu marah. Fasilitator : a. b. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. Ahmad buat tak endah. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan. PROSEDUR : 1. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. 3. Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang. Peserta berada dalam satu barisan. 4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya. Ahmad penagih dadah. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. OBJEKTIF : 1. 5. Setelah selesai.SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. 2. c.

Program ini memberikan motivasi kepada saya 2. 8. Memberi peluang untuk memberi pendapat. Bahan berkualiti. Guru mempunyai pengetahuan yang baik dalam topik yang dibincangkan. Mampu memberikan kesan yang mendalam dalam diri.☺ Sangat tidak setuju. Topik yang dibincangkan menarik. 3 Suara guru jelas. Mampu tingkatkan keyakinan diri. 10. Item 1. yang digunakan guru ☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Komen/ cadangan penambahbaikan TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA ! BORANG PROFIL MURID PROGRAM AYAH IBU: AMPUNKANLAH DOSAKU 23 . 4. Guru berjaya mewujudkan suasana yang seronok 6. 5 Komunikasi guru baik. 7. 9. No. ☺☺ Tidak setuju ☺☺☺ Setuju ☺☺☺☺ Sangat setuju Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut.

2 3. Telefon Bimbit : _______________________________________ : _______________________________________ : ___________________________________ : _______________________________________ Tandatangan Nama Tarikh : ……………………………… : ………………………………. PERIBADI 1. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Alamat Rumah : _______________________________________ : ______________ 1. : ……………………………….4 Nama Umur Pekerjaan No.1 1.3 Jantina : ____________ : _______________________________________ : _______________________________________ : _______________________________________ _______________________________________ 1.6 Nama Umur No. Telefon Bimbit : _______________________________________ : _______________________________________ : ___________________________________ : _______________________________________ 3.2 1. BUTIRAN IBU 3.5 1. BUTIRAN BAPA 2.3 2.KELAS 1.. 24 .7 No Telefon Rumah : _______________________________________ 2.4 1.1 3.3 3.6 Nama Umur Pekerjaan No.1 2.2 2.

Ahli kumpulan tekun mendengar penerangan oleh Cikgu Siti. Ahli kumpulan mengadakan perbincangan dalam kumpulan 25 . Cikgu Siti memberi penerangan tentang kemahiran berkomunikasi.GAMBAR KENANGAN SEPANJANG AKTIVITI.

Ahli kumpulan tekun menulis dalam slot luahan perasaan Terima kasih ahli kumpulan Cg Siti!!! SEMOGA KAMU SEMUA BERJAYA. 26 .

27 .

28 .

29 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful