You are on page 1of 2

REFLEKSI Terima kasih.

Itu adalah yang terbaik yang boleh saya katakan untuk menunjukkan rasa terima kasih saya kepada orang-orang yang sanggup membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Satu terima kasih khas kepada pensyarah Pn Enchum yang memberikan sokongan yang hebat kepada kami dari segi membimbing dan memudahkan kami dalam projek ini. Tidak lupa kepada kawankawan baikku, yang pada asasnya membantu saya banyak dalam menyiapkan tugas ini dan pada masa yang sama berkongsi kesukaran yang besar bersama-sama. Sebelum memulakan tugasan, kami terlebih dahulu merancang cara membuat tugasan dengan berkesan supaya dapat menyiapkan dalam tempoh masa yang ditentukan dan sekaligus menghasilkan satu tugasan yang baik. Jadi kami bermula dengan mencari bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kami telah meminjam beberapa buku yang berkaitan kemahiran saintifik sebagai panduan kepada kami untuk memulakan tugasan kami. Sepanjang perjalanan menyiapkan projek ini, saya akan mengatakan bahawa, pada awal tugasan kami telah mengalami banyak masalah dalam memahami kemahiran proses sains dan pada masa yang sama mencari penyiasatan terbaik untuk dijalankan. Walaupun kami telah menghadapi agak beberapa masalah tetapi akhirnya kami telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru semasa menyiapkan tugasan ini. Semasa melakukan tugasan, saya dan rakan saya tidak pernah jemu untuk merujuk buku atau mencari bahan rujukan tambahan di Internet untuk menyiapkan tugasan kami. Kami juga sering berbincang dan bertukar pendapat supaya kami sekumpulan dapat menghasilkan satu tugasan yang terbaik. Setelah menyelesaikan tugasan pertama, saya lebih memahami dengan terperinci mengenai kemahiran saintifik dimana ia terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran sains pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran saintifik menjuruskan murid ke arah pemikiran secara kritis , kreatif dan analitis.

Dalam tugasan kedua, kami telah diminta untuk menjalankan penyiasatan eksperimen, di mana saya dan rakan saya telah memilih tajuk penyerapan untuk menyiasat. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari nilai kerjasama. Saya menyedari betapa pentingnya nilai kerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Apabila kami bekerjasama membuat sesuatu kerja, kerja tersebut senang dibuat tanpa masalah dan juga cepat dihabis buat. Saya juga berpeluang untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kemahiran saintifik dan juga mengenai tajuk penyiasatan yang dipilih bersama rakan sekelas dan juga berkongsi dan bertukar pendapat serta idea mengenai aktiviti yang hendak dijalankan. Hal ini telah membantu saya untuk mengenali rakan sekelas saya dengan lebih baik dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara kami dalam melaksanakan tugasan tersebut. Sebagai kesimpulan, apa yang boleh saya katakan dengan melakukan tugasan ini ialah saya telah mendapat banyak pengalaman walaupun terdapat kesukaran sedikit. Tambahan, saya telah mendapat banyak pengetahuan yang baru dan pada masa yang sama belajar beberapa nilai yang baik. Walau bagaimanapun, ini telah menjadikan saya seorang yang lebih baik dan saya berharap dapat melakukan kerja-kerja yang lebih baik pada masa hadapan. Terima kasih.

You might also like