1 IMPLIKASI ALIRAN FALSAFAH PROGRESIVISME, PRAGMATISME, REKONSTRUKTIVISME DAN EKSISTENSIALISME DI DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV

)

Terdapat dua cabang falsafah barat iaitu falsafah aliran tradisional dan aliran moden. Kertas kerja ini akan membincangkan implikasi empat falsafah moden di dalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional. Empat falsafah tersebut adalah Pragmatisme, Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran pemikiran tradisional.

Pragmatisme merupakan falsafah moden yang pertama lahir daripada aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme. Manakala Progresivisme dan Reknstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri yang terdapat didalam pendidikan pragmatisme dari sudut peranan kurikulum. Di dalam Pragmatisme, kurikulumnya hanya memperkenalkan jalan penyelesaian masalah, manakala dalam falsafah pendidikan Progresivisme, kurikulumnya memberikan penekanan kepada kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan Rekonstruktivisme pula menitik beratkan kepada jawapan dan alternatif-alternatif kepada masalah. Eksistentialisme pula terkeluar daripada falsafah-falsafah di atas. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada falsafah-falsafah diatas.

Ahli-ahli pragmatisme menganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral. Idea tradisional telah mengatakan bumi ini tetap dan manusia mengetahui hakiki mengenai bumi dan perkara-perkara nilai murni. Dari segi sudut falsafahnya. 1. Falsafah ini merupakan falsafah di antara idea tradisional mengenai realiti dan moden mengenai nihilsme dan irrationalisme. Ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang.2 Definisi Falasafah Pragmatisme Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja. . iaitu pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan. Falsafah ini cenderung kepada falsafah epistomologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik. Sebenarnya pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori makna (theory and meaning). ini bermaksud realiti adalah interaksi antara manusia dan alam sekeliling.1 Latar belakang Falsafah Pragmatisme Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari lewat abad ke 19 hingga kini. sementara nihilsme dan irrationalisme adalah menolak semua dugaan dan ketentuan.2 1 Aliran Falsafah Pragmatisme di dalam PTV 1. Falsafah ini telah dipengaruhi oleh teori Charles Darwin dengan teori evolusinya dan Albert Estein dengan teori relativitinya.

ahli falsafah dan juga pendidik. Dengan kepintaran dan pengalaman. juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke dalam falsafah dan masyarakat. beliau berminat terhadap kaedah saintifik dan matematik. Williams James dan John Dewey.4 Tokoh falsafah Pragmatisme Terdapat 3 tokoh di dalam falsafah pragmatisme iaitu Charles Sanders Pierce. Beliau mengatakan paningkatan ilmu adalah mewujudkan tabiat rohani yang boleh menguji idea melalui pemerhatian.3 Tujuan Falasafah Pragmatisme Pragmatisme menolak semua punca yang membawa kesan negatif kepada masyarakat contohnya satu idea mengenai keadilan mutlak. Beliau mengatakan perasaan dan logik sangat penting kepada rational dan membawa isu-isu besar kepada kehidupan. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling. maka ia adalah benar.3 1. nilai-nilai dan kepercayaan agama. dan masyarakat adalah alat untuk perkembangan minda. Williams James pula merupakan seorang ahli psikologi dan teologi. Jika sesuatu yang berlaku sepertimana yang difikirkan. Pendidikan adalah matlamat dan cara di mana matlamat adalah memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk mencapai matlamat tersebut. Bagi Charles Sanders Pierce. teknologi. 1. Beliau mengatakan bahawa pengalaman. Beliau berminat dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan. Manakala John Dewey pula merupakan seorang ahli sains. manusia bolah menyelesaikan masalah dan juga semua ahli anggota . pengujian dan persoalan. Manusia harus menerima perubahan. kepintaran. oleh itu cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka.

ujikaji dan lain-lain. setelah pelajar itu mempelajarinya. Proses pertanyaan adalah satu transaksi dua hala di mana melibatkan manusia dan realiti. Beliau juga berpendapat bahawa idea-idea tradisional hendaklah dimasukkan atau dikaji semula.5 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV Aliran ini amat sesuai didalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional kerana di dalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional. Dengan cara ini. brainstorming.4 masyarakat berkemampuan untuk menyelesaikan masalah justeru demokrasi dicetuskan. Di dalam falsafah PTV. Seterusnya. pelajar akan dapat menguasai ilmu teori litar elektrik itu bukan saja dari segi pengetahuan tetapi juga dari segi pengetahuan ‘skill’. maka alam sekeliling bertindak terhadap manusia. di dalam konteks pragmatisme. ia bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan-pengetahuan yang dipelajari. . Antara teknik penyelesaian masalah yang boleh digunakan di dalam PTV adalah teknik PBL (problem base learning). Teknik-teknik ini akan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang jitu dan dapat menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. satu masalah diberi kepada pelajar iaitu ‘Apakah punca berlakunya ‘short circuit’ di dalam litar elektrik?’. adalah menekankan kepada outcome-outcome tertentu seperti pelajar mempelajari matapelajaran teori litar elektrik. aliran falsafah pragmatisme amat bertepatan dan berguna bagi pelajar PTV ini memandangkan aliran ini memerlukan penyelesaian masalah. Misalnya. Disamping itu. Manusia melakukan sesuatu terhadap alam sekeliling dan manusia bertindak balas ke atas alam sekeliling dan alam sekeliling akan bertindak balas. 1. pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru. pelajar sepatutnya juga dapat membina litar elektrik tertentu.

Pelajar mestilah belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran memberikan kesan terhadap kehidupannya. Manusia juga perlu hidup di kawasan atau alam sekalilingnya di mana manusia akan menemui masalah dan mereka perlu bijak untuk menyelesaikan masalah. untuk menambah tumbesaran dan perkembangan. . hasil daripada aplikasi falsafah pragmatisme di dalam PTV. Untuk itu. Manusia adalah organisme sosial dan kajihayat yang mempunyai daya tenaga dan gerak hati untuk hidup. para pelajar akan dapat diberikan pendedahan untuk bijak menyelesaikan masalah dan juga teknik-teknik penyelesaian masalah bagi sesuatu masalah yang akan diberikan. Pelajar juga tidak semestinya mengikut prinsipprinsip moral. Guru merupakan salah satu golongan yang menerima implikasi tersebut.5 Secara keselurhannya. tetapi mereka dapat belajar membuat keputusan terhadap tindakan moralnya supaya dapat diterima oleh orang lain. sekolah-sekolah yang lengkap dengan prasarana untuk pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji lebih banyak telah dibina. terdapat 3 golongan masyarakat di dalam pendidikan teknik dan vokasional yang menerima implikasi daripada falsafah pragmatisme ini. Guru akan mengenengahkan masalah dan beberapa penyelesaian masalah di samping menggalakan para pelajar mencari penyalesaian lain terhadap masalah tersebut. Mereka harus mengetahui sesuatu pelajaran dan juga hal-hal mereka. guru merupakan seorang ketua projek penyelidikan dan perlu mengambil bahagian di dalam usaha menimba ilmu. Implikasi daripada falsafah pragmatisme ini. Pelajar pula merupakan pelajar yang semulajadi kerana pelajar akan belajar perkaraperkara yang diminati sahaja. Sekolah juga tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kerana sekolah adalah tempat untuk pelajar menguji kebenaran dan kebenaran dugunakan untuk penghidupan pelajar.

pendidikan adalah satu penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah bermula. tetapi mestilah mengandungi bermacam-macam pengalaman mengenai evolusi. Kurikulum juga tidak mengandungi fakta-fakta atau idea-idea atau pengetahuan yang perlu dikuasai pada masa akan datang. maka kurikulum mesti selalu bertukar. terdapat banyak mata pelajaran yang bersangkut paut dengan kehidupan sebenar pelajar contohnya di dalam mata pelajaran sains yang banyak menerangkan bagaimana hidupan di bumi ini sangat memerlukan di antara satu sama lain. buku yang pertama diterbitkan adalah School of . Disebabkan pengalaman tidak pernah kekal benar.6 Kurikulum sekolah juga mendapat kesan hasil daripada falsafah pragmatisme di dalam PTV ini. yang mana ia boleh dilihat sendiri oleh pelajar di dalam kehidupan sebenar mereka. Sepertimana yang berlaku kini. Pada tahun 1915. Maka kurikulum perlu dihubungkaitkan dengan masalah semasa dan hendaklah diselesaikan oleh pelajar dan juga masyarakat. kini di dalam pendidikan teknik dan vokasional. Oleh kerana itu. dengan ini dapatlah kita melahirkan pelajar yang mengetahui ilmu-ilmu terkini di dalam pendidikan teknik dan vokasional. Sebagaimana yang kita maklum.1 Latarbelakang Falsafah Progresivisme Falsafah ini wujud pada abad ke 20. silibus ataupun sukatan matapelajaran sering kali diubah mengikut kemampuan semasa pelajar. 2 Aliran Falsafah Progresivisme di dalam PTV 2.

2.2 Tujuan Falsafah Progresivisme Dalam PTV Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan. Pada peringkat awalnya. Ini kerana skolatisisme mementingkan dunia akhirat manakala perenalisme pula memuja kegemilangan zaman lampau. ianya bersifat individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia menumpukan kepada perubahan sosial. Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak. Essentialisme menghadkan konsep essential kepada fakta dan perkara-perkara tertentu saja. falsafah ini merupakan sebahagian daripada pergerakkan sosio politik yang besar di Amerika di mana ianya mendukung cita-cita untuk pembaharuan umum dan ia dipengaruhi kehidupan di Amerika Syarikat pada abad ke 19 atau akhir abad ke 20. perenalisme dan essentialisme. barulah ia membawa kesan kepada pendidikan. Mereka memberi tumpuan kepada memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat. Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai ada zaman moden. Tetapi progresivisme ini pula lebih menumpukan perhaian kepada dunia sekarang iaitu masyarakat masa kini. Pada mulanya. Alat ini merupakan . Ahli-ahli politik progresivisme seperti Robert La Follette dan Woodrow Wilson mahukan sistem demokrasi dilaksanakan bagi menggantikan dasar monopoli.7 Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme ditubuhkan empat tahun kemudian.

Dimana tugasan yang diberi merupakan tajuk-tajuk yang perlu diajar oleh guru di dalam kelas. Proses pembelajaran berfokus kepada kerjasama dan disiplin diri yang mana kedua-duanya adalah diperlukan untuk hidup dalam masyarakat berdemokrasi. Ini dapat di lihat dengan adanya sesi pembentangan tugasan oleh para pelajar di institusi pengajian tinggi. Ahli-ahli progresivisme juga berpendapat pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan dalam hal ini. menganalisa dan menyelesaikan dalam masalah di dalam matapelajaran yang dipelajari seperti matapelajaran matematik moden. proses-proses matematik dan penyelidikan saintifik maka kurikulum yang wujud berdasarkan falsafah progresivisme ini adalah benar-benar yang berkaitan dengan disiplin atau alam (nature). lukisan kejuruteraan dan banyak lagi. kolej-kolej mahupun sekolah-sekolah. Pendekatan induktif ini amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami matapelajaran tersebut. teori litar. Disamping itu. Sementara itu. ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam perkara-perkara berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial. Apa yang dimaksudkan dengan pendekatan ini adalah guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Oleh kerana penyelesaian masalah melibatkan kemahiran-kemahiran komunikasi. 2. matematik tambahan. .8 kemahiran penyelesaian masalah di mana individu boleh menggunakannnya untuk mengenalpasti. Dasar pelajarannya adalah sains sosial yang digunakan sebagai pengalaman penyelesaian masalah dan projek-projek.3 Implikasi Falsafah Progresivisme Dalam PTV Kurikulum di sekolah-sekolah ataupun institusi pendidikan telah dibangunkan di sekeliling pengalaman sosial dan personal pelajar.

journal. Diantaranya adalah penglibatan pelajar di dalam kelas. kuiz-kuiz. keseluruhan bidang pengajian kurikulum perlu ditentukan dengan merujuk kepada keperluan dan desakan masa kini. Dengan ini. Ia juga menentang kepada kaedah pembelajaran pasif iaitu pembelajaran secara menghafal dan mengingati fakta. Ia juga tidak bergantung semata-mata kepada kaedah mengajar. Kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah merupakan kaedah yang diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme. Bagi pendidikian teknik dan vokasional. dapat kita lihat. majalah dan sebagainya. tugasantugasan yang diberikan. malah terdapat sekolah-sekolah sudah mula untuk menggunakan teknik penilaian ini. proses pendidikan tidak hanya tertumpu kepada buku sebagai sumber utama buku tetapi dengan kecanggihan teknologi kini. Menurut falsafah progresivisme. pelbagai enota dan e-jurnal dapat dicapai dengan melayari internet. penganjuran program oleh pelajar. Kebanyakan teknik-teknik ini telahpun digunapakai oleh institusi pengajian tinggi. soalan-soalan secara lisan di dalam kelas dan banyak lagi. buku hanyalah alat dalam proses pendidikan bukannya sebagai sumber ilmu.9 akan terdapat idea-idea baru berkenaan tajuk yang dibentangkan dapat dikongsi bersama rakanrakan di kelas. di dalam PTV. terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan seperti internet. Para guru juga kini tidak lagi membuat penilaian kepada pelajar hanya melalui peperiksaan yang mana pelajar perlu menghafal dan mengingati fakta-fakta untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Falsafah ini juga menentang falsafah pendidikan yang cuba mengasingkan pendidikan daripada kenyataan sosial. Bagi falsafah ini. tetapi kini pelbagai aspek dapat dinilai oleh guru-guru. Ini bermakna tiada .

Implikasi falsafah ini juga adalah. telah memberi sesuatu nafas baru kepada pelajar untuk memilih bidang PTV yang diminati sesuai dengan keperluan kerjaya yang difikirkan mampu menjana sosio ekonomi seseorang individu. maka kurikulum PTV juga mudah diubahsuaikan dan tidak terikat pada mana-mana corak kurikulum yang lepas. Dengan pengenalan pakej PTV lepasan tingkatan tiga. pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluas-luasnya. Selain itu. tetapi ia juga lebih luas dan mungkin tidak terbatas jika dibandingkan dengan kurikulum tradisional. seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini. kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental. bermula pada tingkatan empat. Oleh kerana keperluan dan kehendak manusia sentiasa berubah.10 rekabentuk kurikulum yang digunakan hanya atas sebab ia berjaya pada masa lepas. Semua matapelajaran yang di sampaikan di dalam PTV adalah bernilai dan berfaedah asalkan matapelajaran itu boleh digunakan sebagai alat untuk memenuhi kehendak. . Pendidikan tradisional menetapkan had-had kurikulum tetapi progresivisme pula menolak kesemua ini. pelajar juga dapat menghadapi cabaran atau perubahan dalam kehidupan sebagai individu serta sebagai ahli masyarakat. Contohnya. Kurikulum PTV yang wujud hasil daripada falsafah ini bukan saja mempunyai matapelajaran-matapelajaran yang tidak berheirarki. keperluan dan kepentingan setiap pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran. jasmani dan rohaniya. Kurikulum PTV kini juga mengambil kira bahawa sumber ilmu yang semakin mudah diperolehi oleh para pelajar kini.

Selain dari itu. kreatif. dan inovatif serta bijak. membincangkan dengan bebas apa yang hendak dipelajari serta memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan daripada pengalamannya di dalam di luar bilik darjah. menafsir dan menilai ketepatan data serta merumuskan kesimpulan dalam membantu menyelesaikan masalah yang timbul. mereka juga berperanan membantu dari segi mencari sumber-sumber data yang relevan. guru dilatih untuk memberikan tumpuan dalam memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat. Oleh yang demikian. menjalankan eksperimen. Guru juga lebih bijak mengawal suasana pembelajaran supaya perkembangan bermakna dapat dicapai. Disamping itu juga. . fleksibel. Sepertimana yang dilaksanakan di dalam falsafah PTV. menyelidik.11 Falsafah ini juga memberikan kesan terhadap guru-guru. Oleh itu. guru tidak boleh menggunakan cara-cara memaksa seperti dendam. meneliti dan menimbangkan sesuatu bukti. Guru yang dihasilkan daripada falsafah progresivisme ini adalah lebih sabar. membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran berfikir. dimana falsafah progresivime ini telah menegaskan bahawa ia menolak wujudnya kebenaran atau hakikat yang mutlak dan ia juga berpegang kepada doktrin. guru progresivisme akan mengenalpasti tahap di mana pelajar memerlukan arahan dalam kemahiran tertentu bagi membolehkan atau memudahkan mereka untuk meneruskan penyelidikan mereka. Pengajaran guru progresivisme mestilah mengutamakan pelajar. penekanan mesti diberikan kepada pelajar iaitu. hafal dan latih tubi tetapi mesti membimbing pelajar untuk berfikir dengan kritis. Selaras dengan itu. guru-guru lebih fleksible dan mudah dibawa berbincang. Guru-guru juga dilatih untuk menyayangi para pelajarnya. Ahli-ahli progresivisme telah menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar-pelajar mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan.

sekolah-sekolah yang dibina lebih demokratik dan juga dapat memberikan suasana positif kepada pelajar. 3 Aliran Falsafah Rekonstruktivisme di dalam PTV 3. Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes.12 Hasil daripada falsafah progresivisme ini. sekolah berperanan untuk menggalakkan demokrasi. Mengikut falsafah progresivisme. ahli-ahli progresivisme berpendapat sekolah bukan saja tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk mendapatkan kemahiran contohnya pelajaran pertukangan yang dapat menimbulkan daya cipta daripada pelajar itu sendiri. Selain itu. pendidikan progresif yang significant. Ini kerana. mahukan kemajuan dan pembentukan semula didalam pendidikan dan masyarakat. Pada tahun 1930an ketika pergerakkan pendidikan progresif berada di puncak masyarakat Amerika. Kraft dan Haas. 1979). sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar-pelajar tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar-pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan-keadaan yang berubah.1 Latarbelakang Falsafah Rekonstruktivisme Kemunculan falsafah rekonstruktivisme bermula pada tahun 1920 an oleh John Dewey apabila beliau mencadangkan istilah Rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction In Philosophy. Pendidikan. . pertumbuhan dan demokrasi sekolah itu sendiri mestilah demokratik.

. mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. 3. guru haruslah mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang kreatif untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang. Guru juga lebih menggalakkan pelajarnya berfikiran kehadapan yang mana boleh membentuk pelbagai jalan atau cara penyelesaian masalah. Disamping itu juga. Oleh kerana itu. Selain itu. ia akan membentuk masyarakat yang unggul. Hasil daripada aplikasi falsafah ini. guru-guru bukan saja bertindak menyampaikan pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menerangkan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi di dalam persekitaran yang baik.2 Tujuan Falsafah Rekonstruktivisme Secara amnya rekonstruktivisme memberikan penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis di dalam membangunkan masyarakat tersebut.3 Implikasi Falsafah Rekonstruktivisme Dalam PTV Kesan daripada falsafah Rekontruktivisme ini di dalam falsafah PTV. guru bertindak sebagai egen pengubah dan pembaru sosial serta kebudayaan. Ia juga menekankan ke arah pembelajaran yang aktif dan penyelesaian masalah.13 3. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima. Penekanan terhadap peranan sekolah juga dinyatakan di dalam falsafah rekonstruktivisme. mampu menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka. Guru juga dapat memastikan pelajarnya berhati-hati dengan masalah yang membelenggu mereka untuk diselesaikan dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran untuk berbuat demikian.

rekonstruktive akan memberi implikasi kepada falsafah PTV ke arah pembinaan prasarana yang bersifat PTV. politeknik. Seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Kabinet. politeknik. kurikulum yang dilaksanakan juga harus dititik beratkan dan dikaji dari segi keberkesanannya terhadap proses pembelajaran yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar. kolej universiti. Universiti Telekom. ia telah memberi implikasi kepada falsafah PTV yang mana memberi penekanan pembinaan lebih banyak kepada institusi PTV di Malaysia seperti pembinaan kolej komuniti. lahirnya pelbagai kolej-kolej swasta yang bersifat teknikal seperti Universiti Multimedia. matlamat. Disamping mewujudkan lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi ini. Pusat GIAT MARA. outcomenya dalam menghadapi zaman sains teknologi dan globalisasi. dengan aliran ini.14 Selain itu. Dr. universiti dan lainlain dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran secara sistematik dan terancang. Pembinaan prasarana institusi-institusi di atas adalah amat bersesuaian dan berkemestian untuk menghadapi pesaingan. Mahathir Mohamed untuk : . Sistematik adalah dari segi kaedahnya. lebih banyak pembinaan institusi-institusi kemahiran oleh MARA-Pusat Kemahiran MARA. kolej komuniti. Samaada ianya ditahap sekolah. Aliran ini menekankan bahawa institusi itu penting. Di samping itu. Kesimpulannya. Sunway Kolej yang menjadi medan kepada perkembangan PTV negara. kolej universiti yang bersifat teknikal. pada bulan September 1974 telah ditubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan.

dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud. Seorang ahli falsafah Denmark. penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. termasuk kurikulumnya.15 “Mengkaji semua matlamat dan kesan sisitem pelajarn sekarang. merenung ke dalam. Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan penghidupannya. falsafah ini terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktor-faktor yang subjektif seperti intuisi.” 4 Aliran Falsafah Eksistensialisme di dalam PTV 4. Kraft dan Haas (1979). Menurut Van Scottes. berdisiplin dan terlatih. dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang lebihlebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersepadu. Falsafah ini tidaklah begitu popular pada awalnya sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua di mana ia mula mendapat perhatian umum.2 Tujuan Perlaksanan Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV Secara amnya eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang mana . 4.1 Latarbelakang Falsafah Eksistensialisme Eksistensialisme adalah salah satu falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama.

Masyarakat yang menguasai pendidikan khasnya PTV akan dapat membangunkan masyarakat. guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mesti menghormati kebebasan guru. Dengan kemajuan pengetahuan kejuruteraan elektrik perhubungan atau telekomunikasi telah melahirkan teknologi telefon bimbit yang mana telah membantu pembangunan perhubungan. ciri aliran eksistensialisme mampu membawa perubahan kepada masyarakat sukarnya di bawa dengan teliti. Di dalam pendidikan. 4. pendidikan mampu membangunkan penghidupan manusia. ekonomi. . Selain daripada itu. ianya telah memberikan pembangunan dalam telekomunikasi masyarakat dunia. Kedua-duanya diperlukan bagi membentuk pendidikan yang diinginkan.3 Implikasi Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV Kesan daripada falsafah eksistensialisme ini di dalam falsafah PTV ialah meletakkan pendidikan PTV yang berasaskan kepada kemahiran dan pengetahuan menjadi pendidikan yang penting kepada pembangunan dan pembinaan sesuatu masyarakat. Individu juga mestilah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. sosial. contohnya masyarakat yang dapat menguasai pembinaan empayar maka masyarakat atau tamadun sesuatu bangsa itu akan menjadi unggul contohnya pembinaan empangan Saad di Baghdad yang mampu menbina pembangunan ekonomi di negara tersebut.16 memberikan tumpukan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. politik. Oleh itu. contohnya pendidikan penguasaan angkasa lepas seperti pembinaan satelit. keselamatan dan sebagainya kepada masyarakat.

4. Syarifah Alawiyah Alsogoff. Kuala Lumpur. (1994). United State: Routledge. Kurikulum pendidikan Malaysia. (1986). Zakaria Kasa . Ronald W. Dicapai Julai 16. . 5. Salleh Lebar. An Introduction to Philosophy of Education. Bhd. 2005. Robin B. Pembangunan Sahsiah Tunjang Pendidikan Negara.geocities. 2. Sidek Baba. 3. Abdul Rahman Md Aroff. dari http://www. Falsafah dan Konsep Pendidikan.com/athens/parthenon/4926/rencana/tunjang. (1996).17 Rujukan 1. Falsafah Pendidikan . KL : Heinemann Educational Books ( Asia ). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1987). (30 November 1998).htm . : Berita Publishing.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful